• Tiada Hasil Ditemukan

HKT 504 – KAEDAH PENYELIDIKAN KESUSASTERAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKT 504 – KAEDAH PENYELIDIKAN KESUSASTERAAN "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007

Oktober/November 2006

HKT 504 – KAEDAH PENYELIDIKAN KESUSASTERAAN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TIGA soalan sahaja.

…2/-

(2)

[HKT 504]

- 2 -

1. Pilih satu permasalahan kajian dalam bidang Kesusasteraan, kemudian sediakan satu proposal untuk kajian tersebut

2. Tradisi lisan yang berbentuk verbal sangat sesuai dikaji dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Terangkan dengan jelas bagaimana anda menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan data kajian dan masalah-masalah yang dihadapi.

3. Kemukakan satu persediaan untuk menjalankan wawancara dengan orang atau pihak tertentu berhubung dengan sambutan masyarakat terhadap novelis Shahnon Ahmad dan karya-karyanya. Jelaskan kelebihan kaedah ini berbanding dengan kaedah soal selidik.

4. Terangkan dengan jelas tentang kaedah Filologi. Kemukakan satu gerak kerja untuk menghasilkan sesuatu edisi bagi naskhah-naskhah tertentu yang dikaji. (Anda boleh menggunakan Sulalatus Salatin selenggaraan A. Samad Ahmad atau Hikayat Merong Mahawangsa selenggaraan Siti Hawa Salleh sebagai panduan)

5. Penyelidikan dalam bidang Kesusasteraan biasanya tidak lengkap jika tidak menggunakan kaedah dokumentasi. Bincangkan kepentingan kaedah ini dan jelaskan bagaimana kaedah ini menjadi pelengkap kepada kaedah-kaedah lain dalam sesuatu kajian.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dengan pemikiran kritis berdasarkan langkah penyelesaian tetap (KPMs1),

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menggunakan kaedah ruang-skala Gaussan dengan memilih satu nilai σ yang bersesuaian untuk melicinkan data aktiviti lompat tali.Teknik

Dengan merujuk kepada kajian anda, huraikan kelebihan dan kelemahan penyelidikan yang menggunakan kaedah tinjauan.. Bandingkan kaedah penyelidikan kualitatif dengan kaedah

Berdasarkan penyelidikan yang anda lakukan, bincangkan salah satu metodologi yang memungkinkan anda menyokong setiap hujahan

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perbezaan kesan penggunaan kaedah kaunsehng brief dan kumpulan kaunsehng yang menggunakan pende

Menggunakan kajian kes yang anda pernah bincangkan di dalam keras, jelaskan bagaimana model ini boleh digunakan untuk menganalisis masalah dalam kajian kes itu

Bagaimanakah anda akan menasihat Syarikat Agrotech ini dalam rekaan satu makmal kultur tisu tumbuhan yang clapat menghasilkan anak benih in vitro dengan masalah pengkontaminatan

Apakah perkara-perkara utama yang harus dicari dalam mukadimah clan kolofon sebuah manuskrip sebelum anda mula mentransliterasikannya5. Mengapakah teori clan metodologi penting