• Tiada Hasil Ditemukan

INSTITUT ISLAM HADHARI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "INSTITUT ISLAM HADHARI "

Copied!
37
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

PANDUAN SISWAZAH

INSTITUT ISLAM HADHARI

(INSTITUTE OF ISLAM HADHARI) SESI AKADEMIK 2021/2022

INSTITUT ISLAM HADHARI

(INSTITUTE OF ISLAM HADHARI) Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan www.ukm.my/hadhari

(3)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 1

Cetakan I Printing

Hak Cipta I Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat

juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Islam Hadhari terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh I Published in Malaysia by : INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada:

Pengarah

INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

Tel: 03 89216988 / 89216991 Faks: 03 89216990 E-mel: pghiih@ukm.edu.my

(4)

2 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

KANDUNGAN

Falsafah, Wawasan, Misi, dan Matlamat Universiti

4 Maksud Logo UKM

5 Maksud Logo Hadhari

6

Aluan Pengarah 7

Kalendar Sesi Akademik 2021 – 2022

8 Pihak Berkuasa dan Pegawai UKM

9 Latar Belakang Universiti Kebangsaan Malaysia 18

Latar Belakang Institut Islam Hadhari 19

Pengurusan Institut Islam Hadhari 23

Sarjana Peradaban Islam 29

Doktor Falsafah 12

Zamalah 32

Etika Penyelidikan 32

Tempoh Pengajian 32

Peraturan UKM Pengajian Siswazah 2021 32

Sinopsis Kursus 32

Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Siswazah 2021/2022 Institut Islam Hadhari

35

(5)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 3

“Universiti Kebangsaan ini merupakan puncak dari usaha kita ke arah

memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahawa bahasa ibunda

mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya di dalam usaha memenuhi keperibadian nasional”

(Ucapan Tun Abdul Razak di Konvokesyen Pertama UKM, 1973)

(6)

4 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

FALSAFAH, WAWASAN, MISI DAN MATLAMAT UNIVERSITI

Falsafah

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses

pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.

Wawasan

UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului Langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan

berakhlak mulia.

Misi

Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Matlamat

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan budaya asing yang:

• Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

• Membangunkan masyarakat dinamik dan berakhlak mulia

• Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat

• Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat

(7)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 5

MAKSUD LOGO UKM

Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mempunyai gambar dan membawa maksud-maksud tertentu

Buku

Buku melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan

Perisai

Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini

Harimau

Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan dan keupayaan UKM mara memerangi kejahilan,

kejahatan dan kepalsuan

Atom dan Teknologi

Simbol-simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga-tenaga mahir dalam semua bidang

untuk memenuhi keperluan pembangunan negara

Bunga Raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan

sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia

(8)

6 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

MAKSUD LOGO

INSTITUT ISLAM HADHARI

(9)

ALUAN PENGARAH

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi dan tahniah kepada saudara/i yang telah memilih dan berjaya melanjutkan pengajian saudara/i di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pilihan saudara/i adalah satu pilihan yang tepat dalam mendalami ilmu Islam yang bersifat multidisiplin dan kontemporari. Gabungan ilmu ini sangat sesuai dengan perkembangan semasa yang memerlukan pelbagai kepakaran dalam membantu pembangunan dan penyelesaian masalah masyarakat.

Oleh itu, saudara/i perlu mengambil inisiatif untuk melakukan penyelidikan dengan penuh bertanggungjawab, komitmen dan beretika untuk memperkayakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan kemajuan diri dan negara dalam bidang Peradaban Islam. Bersesuaian UKM sebagai universiti penyelidikan, Institut Islam Hadhari dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran yang terkini. Dana penyelidikan dan skim galakan disediakan untuk pelajar siswazah meningkatkan keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Saudara/i juga digalakkan menyertai secara aktif dalam pelbagai kegiatan ilmiah seperti persidangan, seminar, wacana ilmu dan penerbitan bagi memantapkan pengetahuan dan membangun diri agar lebih kompeten dalam bidang masing-masing. Sebagai pelajar yang berpengalaman saudara/i diharap akan menjadi duta kepada Institut untuk mengajak rakan di luar sana untuk menyambung pelajaran di Institut serta menjadi pembimbing kepada pelajar prasiswazah bagi menjayakan hasrat universiti melahirkan modal insan kelas dunia.

Saya juga berharap saudara/i dapat meningkatkan usaha dan iltizam dengan sungguh- sungguh untuk menjadi graduan siswazah UKM yang berupaya memberi sumbangan besar terhadap kecemerlangan ilmu, universiti, masyarakat dan negara.

Selamat Maju Jaya.

Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.

Prof. Dr. Fariza Md Sham Pengarah

Institut Islam Hadhari (Institute of Islam Hadhari)

(10)
(11)

PIHAK BERKUASA DAN PEGAWAI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAHUN 2020

CANSELOR

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir D.K., D.M.N., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis)., D.K.

(Selangor)., D.K. (Kedah)., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Terengganu)., D.K.Y.R., P.P.T., LLB (Aberystwyth)., Hon. LLD (South Wales)., Hon. Fellow (Aberystwyth)., FRCSEd (Hon).

PRO-CANSELOR

Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar

DK., DKYR., SPNS., SPMP., PPT., BSC ECON (HONS)., Legion d’Honneur, Ordre du Merite, Palmes Academiques (France)., Order of Gran Cruz De La Orden Bernardo O’Higgins (Chile)., Fellow of Aberystwyth University (Wales)., Royal Fellow of Lestari Institute (UKM).

Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid

SSM., PMN., SIMP., SSSA., PNBS., SPMT., DGSM., SSMT., SPNS., SPDK., SPMP., DPCM., JMN., SMP., PJK., BA (Hons) (Malaya)., DPA (The Hague)., MPA (Harvard)., Doktor Kehormat Sains (Pengurusan) (UUM)., Hon. Doctor of BA (Nottingham-Trent)., Doktor Kehormat Persuratan (UNIMAS)., Hon. Doctor in Management (UIAM)., Doktor Kehormat Pengurusan (UNIMAP)., Hon. Doctorate of Management (INTI)., Doktor Kehormat Pengurusan (UNITEN)., Dr. Fal. (Keh.) Kepimpinan dan Pentadbiran Awam (UKMalaysia).

Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP.Hon. PhD. (UUM)., Hon. PhD. (KUIN)., Hon. Ph.D. (UPNM). Tunku Temenggong Kedah

LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) Pengerusi

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar

Ahli-ahli LPU

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar

YBrs. Dr. Nirwan bin Noh

Yang Berbahagia Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani

(12)

10 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Yang Berbahagia Prof. Dr. Lilia Halim

Yang Berbahagia Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie Yang Berbahagia Dato’ Sri Amrin Haji Awaluddin

Yang Berbahagia Datuk Johan Idris Yang Berbahagia Dato’ Yeow Wah Chin

Yang Berbahagia Tan Sri. Dr. Jemilah Mahmood

AHLI EX-OFFICIO

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohammad Kassim

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, FASc Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin

Pendaftar

YBrs. Dr. Hjh. Ina Md Yasin Bendahari

Puan Norini Mohamad Ketua Pustakawan Encik Hazmir Hj. Zainal Penasihat Undang-Undang

YBrs. Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir

(13)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 11

PEGAWAI PENGURUSAN UTAMA

Naib Canselor

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

SmSa (Kep) (UKMalaysia), M.Sc. (University of Manchester, U.K.), Ph.D.

(NEWCASTLE UPON TYNE)

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohammad Kassim

B.Sc. (Hons)(Lakehead), MSc (UKM), Ph. D (Bristol), AMC, MRSC, MACS Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, FASc

DSDK, BSChE(Lehigh), MSChE (Purdue), Ph.D (Wales-Swanse), PEng, CEng, FIChemE, MIEM

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

DBNS., DNS., ANS., PPT., BSCE (Toledo)., MSc. (Eng)., Ph.D (Liverpool)., MIEM., MMWA., PEng

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat) Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin

BSc (Math.) (Florida State, USA), MSc. (Math.) (California State, USA), Dip. Lanjutan Pend. (UTM), Ph. D (UKMalaysia)

Pendaftar

YBrs. Dr. Hjh. Ina Md Yasin

BHSc (Hons)(IIUM), MA (UKM), Ph. D (UPM), D.N.S Bendahari

Puan Norini Mohamad

ANS., AAP., MBA (HullUni, UK) Ketua Pustakawan

Encik Hazmir Hj. Zainal

MLS (UMalaya), B.Sc. (Hons) Lib.Sc. (UiTM) Penasihat Undang-Undang

YBrs. Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir

LL.B (Hons) (UKMalaysia), LL.M (UKMalaysia), Ph.D (UKMalaysia) Advocate &

Solicitor (Malaya)

Ketua Pegawai Maklumat

YBrs. Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali

BSc. (Hons) (Sheffield Hallam Univ. UK), MSc (UiTMalaysia), Ph. D (Univ. of Southampton)

Pro-Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) Yang Berbahagia Prof. Dr. Wan Kamal Mujani

B.A.(Hons.) (Al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Ph. D (Manchester)

(14)

12 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) Yang Berbahagia Prof. Dr. Norhamidi Muhamad

BSc.(Mechanical Engineering)(USA)., MSc. (Design & Economic Manufacturing) (Wales)., Ph.D (Mechanical Engineering) (Wales)

Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid

BSc (University of St. Andrews, UK), MBChB (University of Edinburgh, UK), FRCS (Royal College of Surgeon, Ireland)

(15)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 13

DEKAN / PENGARAH

FAKULTI / INSTITUT / PUSAT

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Yang Berbahagia Prof. Dr. Aini Aman

Ph.D (Uni of Manchester), MBA (Manchester Business School), BSc (Purdue), Dip.

Arts (SUNY), AM(M) Fakulti Farmasi

YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Makmor Bakry

Ph.D. (Medicine & Therapeutics); Glasgow University Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah

DNS., B.Eng. (UKMalaysia)., M.Sc., Ph.D (Wales) ., P.Eng Fakulti Pendidikan

YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang

SM (UM), Sarjana (UKM), PhD (University of Dundee, UK) Fakulti Pengajian Islam

YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long

Sm.P.I. (Kep.)(UKMalaysia), M.A. (Nottingham), Ph.D (Malaya) Fakulti Perubatan

Yang Berbahagia Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali

MB Bch BAO., MMed.Sc., HDip (clinical teaching) (NUI)., MD.MRCPI ., FRCP (Edin)., AM (Mal)

Fakulti Pergigian

Yang Berbahagia Prof. Dr. Noor Hayaty Abu Kasim

BDs (Umalaya), Sarjana (University of London), Ph.D (Newcastle Upon Tyne) Fakulti Sains dan Teknologi

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ishak Ahmad SmSn (UKMalaysia), PhD (UMIST), AMIC Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Hazita bt Azman

BAEd., MA Educ. (Kansas)., Ph.D (Western Australia) Fakulti Sains Kesihatan

Yang Berbahagia Prof. Dr. Suzana Shahhar

SmSn (UKMalaysia)., M.Med.Sci., Ph.D (Sheffield) Fakulti Undang-undang

Yang Berbahagia Prof. Dr. Nazura Abdul Manap

LL.B (UKMalaysia)., LL.M (Lond)., Ph.D (IIUM).,Certified Mediator (Malaysian Bar Council)

(16)

14 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Yang Berbahagia Prof. Dr. Salwani Abdullah

SmSn(UTMalaysia), SSn (UKMalaysia), Ph.D (Nottingham) Graduate School of Business (UKM-GSB)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul BBA(UUMalaysia), SPP(UKMalaysia), Ph.D(UTMalaysia) Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin

MBBS (UM) MD(UKM), MS (UKM), SmSn(Per), Fellow in Hepatobiliary Surgery(Melbourne)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Yang Berbahagia Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan Sarjana Sastera (UMalaya), Ph. D (UMalaya)

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar FASc, FMIC DSDK., PMP., BSc (Tasmania)., Ph.D (Queensland)

Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) YBrs. Prof. Madya Dr. Azrul Azlan Hamzah

BSc. (Berkeley), Ph.D (UKMalaysia) Institut Perubatan Molekul (UMBI) YBrs. Dr. Nor Azian Abdul Murad

BSc (UPM), MSc (UKMalaysia), Ph.D (University of Queensland, Australia) Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Sufian Jusoh

LL.B (Wales)., LL.M (Lond.)., Doctor Iuris (Institute of Economic and European Law, University of Bern).

Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

YBrs. Prof. Madya Dr. Zeti Azura Mohamed Hussein

BSc (Biology/Zoology)(UKMalaysia)., MSc (Pharmaceutical Sciences)(UKMalaysia).,Ph.D (Bioinformatics) (Edinburgh) Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Kamaruzaman Sopian

DPMP., PMP., BSc (Wisconsin-Madison)., MSc (Pittsburg)., Ph.D (Miami) Institut Sel Fuel (SELFUEL)

Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin

BEng (UKMalaysia.), MSc (UKMalaysia)., Ph.D (UKMalaysia) Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Fariza Md. Sham BA, MA (UKMalaysia), PhD (UMalaya)

(17)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 15

Institut Kajian Etnik (KITA)

Yang Berbahagia Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin PJN., DSNS., PPT., BA., MA (Malaya)., Ph.D (Monash)

Institut Perubahan Iklim (IPI)

YBrs. Prof. Madya Dr. Zaini Bin Sakawi

SmSa Kep. (UKMalaysia), S. Pengu. Pers. (UKMalaysia), Dfal. (UKMalaysia) Institut IR 4.0

Yang Berbahagia Prof. Dr. Haslina Arshad

BSc. (Bridgeport), MSc. (Coventry), Ph.D (UPMalaysia)

Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran (PENGAJARAN UKM) Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan

B.Eng (UKMalaysia), Ph.D (University of Wales Swansea, U.K.)

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (PROFESIONAL UKM) YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad

B.Sc (UKM), M.Sc (UKM), PhD (Bristol UK) Pusat Siswazah

Yang Berbahagia Prof. Dr. Sarani Zakaria

B.Sc. (Hon) Chemistry (Bishop's University) MSc. (Wales), Ph.D (UMIST, UK) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismanizan Ismail DNS., BSc. (Hons) (UKMalaysia)., Ph.D (UK)

Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) YBrs. Prof. Madya Dr. Maslina Jamil

SmSn(UKMalaysia),M.Eng(UKMalaysia), PhD (UKMalaysia) Pusat Citra UKM (CITRA UKM)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor

SmSn (Kep.) (UKMalaysia), MAEd (George Washington, USA), Dip. Peng.

Islam (UKMalaysia), Ph. D (New South Wales, Australia)

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob

BSBA (American), MCom(Hons)(Wollongong), DBA(UKMalaysia)., Postdoctoral Research Fellow (CAFI-USQ)., CMP(AIF), CRM(IIPER)

Pusat Strategi UKM

Yang Berbahagia Prof. Dr. Wan Kamal Mujani

B.A.(Hons.) (Al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Ph. D (Manchester) Pusat Teknologi Maklumat

YBrs. Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali

BSc. (Hons) (Sheffield Hallam Univ. UK), MSc (UiTMalaysia), Ph. D (Univ. of Southampton)

(18)

16 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Pusat Kembangan Pendidikan

Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin SmEkon (UKM), SPend (UKM), PhD (Wales)

Pusat GENIUS@PintarTM Negara YBrs. Prof. Madya Dr. Rorlinda Yusof

BSc. Bus Administration (USA)., Dip of Education (UIAM)., Master of Edu.

Guidance & Counseling (UMalaya)., Ph. D (UKMalaysia) Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA)

Leftenan Kolonel Mohd Jasmy Abd Rahman BA (Hons) UKM, Dip. Ed. (UKM), MA. Ed. (UTM) Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Yang Berbahagia Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz

BMedSc (UKM), MD (UKM), FRCS (Edinburgh UK), Fellow in Paediatric Laparoscopy (Adelaide Australia)

Pusat Pembangunan Karier (KARIER UKM) YBrs. Prof. Madya Dr. Salleh Amat

BacPend(UPMalaysia), SPend(UKMalaysia), PhD (UW, USA) Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP UKM)

YBrs. Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

SmSn Dietetik (UKM), MSc (Aberdeen), PhD (Glasgow) Pusat Komunikasi Korporat

YBrs. Dr. Shahrul Nazmi Sannusi

B. Comm Journalism (USMalaysia), MA Comm. (USMalaysia), PhD Media Studies (Malaya)

Pusat Jaminan Kualiti

YBrs. Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek

SmP.I (Kep) (UKMalaysia)., Dip Pend (UKMalaysia)., M. Litt. (Edinburgh)., Ph.D (UMalaya)

Pusat Sukan

YBrs. Dr. Zulkafli Bin Amat

BBA (Hons) (UKMalaysia), MBA (UKMalaysia), Doctorate in Business Administration (UKMalaysia)

Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad

BA (Hons) (Kent), Masters in Mass Comm (UITM), Ph.D (Queensland) Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar

PSD., BOptom.(UKMalaysia)., Ph.D (NSW)., FAAO., FAMO

(19)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 17

Pusat IDEA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal

BPharm (Hons) (University of Nottingham), MSc (Pharmaceutical Analysis & Quality Control) (King's College London), PhD (Pharmacognosy) (King's College London) Pusat Perhubungan Alumni

Yang Berbahagia Prof Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman B.Eng. (UKM), S.Sn (UKM), PhD (UKM)

Penerbit UKM

Yang Berbahagia Prof. Datin Dr. Ruzy Suzila Hashim

BSc (Univ. of Otago), MSc (Univ. of Essex), Ph.D (Univ. of Otago) Jabatan Pembangunan Prasarana

Encik Zolkefli Bin Mohamed Pejabat Yayasan Canselor

YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Faizal Mohamed BSc (UKM), PhD (Exeter, UK)

Pejabat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Perkerjaan (ROSH-UKM) Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin

SmSa Kep.(UKMalaysia), S.Pengu. Pers.(UKMalaysia), DFal (UKMalaysia)

(20)

18 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

LATAR BELAKANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad oleh segolongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara telah bermula pada tahun 1930-an. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang subur dan terlaksana pada ketika itu kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme. Walau bagaimanapun, idea, pemikiran, semangat dan tekad terus hidup dalam kalangan golongan intelek Melayu dan perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak lagi apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Mulai tahun 1957 hingga tahun 1967, perjuangan dan tekad untuk penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada tahun 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang bertugas serta merancang penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelbagai forum budaya dan politik diadakan untuk mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pengajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan golongan intelek yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah membuahkan kejayaan dengan terlaksananya penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970.

Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada bulan Mei 1970.

Sejak tarikh tersebut, UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mengandungi 13 fakulti (termasuk Graduate School of Business, UKM-GSB) dan 12 institut kecemerlangan penyelidikan.

(21)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 19

LATAR BELAKANG INSTITUT ISLAM HADHARI

Mesyuarat Senat UKM yang ke-329 pada 21 Mac 2007 telah meluluskan penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 10 Mei 2007 keputusan Senat ini telah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk menubuhkan sebuah Institut Penyelidikan yang memfokuskan bidang Peradaban Islam yang bersifat pelbagai disiplin. Sehubungan itu, pada tanggal tersebut Institut Islam Hadhari UKM telah memulakan kegiatan sebagai salah sebuah Institut penyelidikan di Universiti ini.

HADHARI menumpukan kepada aktiviti penyelidikan yang bersifat multidisiplin dalam memfokuskan kepada 4 bidang tujahan iaitu:

a. Politik dan Kepimpinan b. Sosio Budaya

c. Pengurusan, Ekonomi dan Perniagaan

d. Sains & Teknologi dan Alam Sekitar & Kesihatan

VISI INSTITUT

Institut bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan muktabar dalam pembangunan peradaban Islam sejagat.

MISI INSTITUT

Menerajui pendekatan peradaban Islam melalui kegiatan ilmiah

MATLAMAT INSTITUT

1. Menjadi Institut penyelidikan dalam memperkasakan pendekatan peradaban Islam.

2. Menjadi pusat rujukan, pangkalan data dan pendidikan bagi melahirkan sarjana penyelidik.

3. Menjadi wadah penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan peradaban dan ummah.

4. Mewujudkan jaringan ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam kalangan cendekiawan peradaban Islam.

5. Membudayakan pendekatan penyelidikan dalam kalangan cendekiawan Islam dalam menyediakan asas yang kukuh terhadap perkembangan ilmu serta peradaban Islam.

(22)

20 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Intitut Islam Hadhari menawarkan program secara sepenuh masa atau separuh masa dalam pengajian berikut dalam bentuk tesis (penyelidikan) seperti berikut:

• Sarjana Peradaban Islam

• Doktor Falsafah

STAF AKADEMIK Profesor

Yang Berbahagia Prof. Dr. Khairul Anwar @ Johari Mastor

SmSn(Kep.) (UKMalaysia), MAEd (George Washington, USA), Dip. Peng. Islam (UKMalaysia), Ph.D (New South Wales, Australia)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Latifah Amin BSc(Hons) (Malaya), SSn, Ph.D (UKMalaysia) Yang Berbahagia Prof. Dr. Fariza Md Sham Sm.PI. (Kep.), S.P.I (UKMalaysia), Ph.D (Malaya) Yang Berbahagia Prof. Dr. Aisyah Abdul Rahman BSc(Lehigh Univ. Bethlehem), MBA(UKM), Ph.D(UIAM)

Profesor Madya

Prof. Madya Dr. Aminudin Basir @ Ahmad BA, MA(Faisalabad, Pakistan), Ph.D (USM) Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek

SmP.I (Kep) (UKMalaysia)., Dip Pend (UKMalaysia)., M. Litt. (Edinburgh).,Ph.D (UMalaya)

Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit

B.A Usul (Hons.) (Malaya), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (Wales) Prof. Madya Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed

SmSn (UKMaaysia), PhD. (Exeter) Prof. Madya Dr. Fazilah Idris

BA Linguistics (Iowa, USA), MA TESL (Northern Iowa, USA), Ph.D (UPM) Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron

Dip. Peng. Islam (KUSZA), SmPI(Kep.) (UKMalaysia), MCL (UIA), Ph.D (Jordan) Prof. Madya Mohd Al Adib Samuri

SmU(Kep)(UKMalaysia), SUU(UKMalaysia), Ph.D (UKMalaysia)

(23)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 21

Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

B.A. (Hons) (al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Dr. Fal. (UKMalaysia) Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah

BBA(UUM), MBA(UKM), Ph.D(Essex Univ.) Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali

Sm.P.I. (Kep.), S.P.I. (UKMalaysia), Dok. Fal. (Malaya) Prof. Madya Dr. Salmy Edawaty Yaacob

Sm.Sy, M.Sh. (Malaya), Dr. Fal. (UKMalaysia) Prof. Madya Dr. A’dawiyah Ismail

Sm.P.I. (Kep), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (USM) Prof. Madya Dr. Jaffary Awang

Sm.P.I. (Kep.)(UKMalaysia), M.A. Ph.D (Birmingham) Prof. Madya Dr. Mazlan Ibrahim

B.A. (Hons.)(al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (Malaya) Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan

BEng. (Univ. of Tokyo), MEng. DPhil. Of Eng. (Gifu) Prof. Madya Dr. Norhayati Ibrahim

BA(Psych)(UKMalaysia), MA(Counseling Psychology)(UKMalaysia)

Pensyarah Kanan

Dr Shamsul Azhar bin Yahya

BA ( Al Azhar) M.A ( Malaya) PhD (Malaya) Dr Muhammad Hilmi bin Jalil

Sm.PI (UKMalaysia), Ph.D (UMalaya) Dr Norshariani Binti Abd Rahman

BSc. (UKMalaysia), M.ED (UKMalaysia), PhD (UKMalaysia) Dr Farah Ayuni Mohd Hatta

B.LA(Hons) (UIAM), MSc. BE (UIAM), Ph.D (PHI) (UIAM) , P.Tech (MBOT) Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin

BHSc. (Hons), MEd (UIAM), Ph.D Psikologi (UKMalaysia) Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah

B.A Syariah (Hons.) Yarmouk, S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D. (Malaya) Dr. Wan Zulkifli Wan Hassan

BA (Al-Azhar, Egypt), Dip. Ijazah Lanjutan (Zamalek, Giza, Egypt), MA, Ph.D (Malaya)

(24)

22 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

BASyariah, MASyariah(UM), Ph.D(Kyoto Jepun) Dr. Nasruddin Yunos

BA (Hons) (Madinah, Arab Saudi)., MA (Malaya)., Ph.D (Wales, UK) Dr. Jamsari Alias

BHSc. (Hons) Psychology (UIAM), DiMM (Sunderland, UK), M.A. (UKMalaysia), Ph.D (Aston,UK)

Dr. Shifa Mohd Nor

BBA(UIAM), MA(Loughborough Univ.), Ph.D(Durham, Univ. UK) Dr. Ahmad Irdha Mokhtar

B.A. (Hons.) (Ibnu Tofail, Maghribi), M.A, Ph.D (Hassan II Bimsik, Maghribi) Dr. Ahmad Yunus Mohd Noor

B.A (Kep) UIAM, M.A. (UIAM,), Ph.D (Durham) Dr. Mohd Hafiz Safiai

B.F.F. (Hons) (USIM), S.K.A.B. (UKMalaysia) Dr. Zaleha Yazid

BSc.(UKM), MSc(UiTM), Ph.D (Univ. of Strathclyde, UK)

Pensyarah

Cik Zubaidah Mohd Nasir

BSc. (Hons) (UiTM) & MSc. (UKM)

En Mohammad Ikhwan Ismail (Cuti Belajar)

(25)
(26)

SARJANA PERADABAN ISLAM

(27)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 25

SARJANA PERADABAN ISLAM Kelayakan & Syarat Kemasukan

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelulusan yang setaraf dengannya;

atau

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang- kurangnya 2.75 dan mempunyai sekurang- kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;

atau

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang- kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang- kurangnya 3 tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.

Syarat dan Keperluan Bahasa Inggeris Bagi Pelajar Luar Negara:

Pelajar luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor minimum 46 bagi TOEFL IBT atau 5.5 bagi IELTS.

Pelajar luar negara yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat (Conditional Offer) seperti berikut:

1. Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (Intensive English Program) di UKM tanpa had tempoh masa, namun pelajar masih tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa;

2. pelajar luar negara yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (Intensive English Program) perlu menduduki peperiksaan MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

Pengeculian syarat dan keperluan Bahasa Inggeris boleh diberikan kepada pelajar luar negara seperti berikut:

1. pelajar luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau

2. pelajar luar negara yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

(28)

26 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Tempoh Pengajian

PROGRAM SEMESTER

SEPENUH MASA SEPARUH MASA Sarjana Peradaban Islam 4 - 6 semester 6 - 8 semester

Struktur Program

Semua pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus enam (6) jam kredit kursus. Pelajar juga dikehendaki mendaftar tesis pada SETIAP semester dan hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis. Keperluan enam (6) jam kredit kursus ini adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

KURSUS KOD KURSUS JUMLAH

KREDIT

Kaedah Penyelidikan RHRH8024 4

Peradaban Islam RHRH6012 2

JUMLAH 6

Objektif Pendidikan Program (OPP)

OPP1 : Graduan menguasai pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam menjalankan penyelidikan bagi membina pemahaman dan hasil yang berimpak.

OPP2 : Graduan berkomunikasi secara berkesan dan profesional melalui kerja penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

OPP3 : Graduan menyusun atur tanggungjawab secara profesional dan beretika bagi memenuhi kehendak pelanggan, organisasi, negara dan agama.

OPP4 : Graduan prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan perkembangan ilmu dalam bidang Peradaban Islam.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

HPP1 : Menguasai salah satu daripada empat bidang tujahan IIH iaitu i) Politik dan kepimpinan ii) Sosio-Budaya iii) Ekonomi dan Perniagaan iv) Sains

& Teknologi dan Alam Sekitar & Kesihatan melalui penyelidikan.

HPP2 : Mengaplikasi kemahiran kaedah penyelidikan berkaitan bidang penyelidikan.

HPP3 : Menghubung kait hasil penyelidikan dengan isu Peradaban Islam dalam masyarakat.

HPP4 : Menjalankan penyelidikan kendiri, beretika dan bertanggungjawab.

(29)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 27

HPP5 : Memimpin penyelidikan dan berkomunikasi secara berkesan dengan penyelidik dan pihak berkepentingan.

HPP6 : Menyelesaikan masalah dalam bidang Peradaban Islam menggunakan kemahiran kaedah penyelidikan dan pemikiran kritis.

HPP7 : Mengurus maklumat penyelidikan dan meneruskan penerokaan ilmu melalui penyelidikan.

Syarat Pengijazahan

Setiap calon Sarjana Peradaban Islam perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah

1. Membentangkan cadangan / usul penyelidikan (Semester 1 atau ke-2).

2. Membentangkan hasil kajian sebelum menghantar Notis Penyerahan Tesis.

3. Membentang dua (2) kertas kerja dalam seminar yang dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM atau luar UKM.

4. Menerbit sekurang-kurangnya satu (1) artikel daripada mana-mana kategori yang berikut:

a. Jurnal ERA/Scopus/WoS;

b. Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;

c. Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Clarivate Analytic WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

5. Memenuhi keperluan kursus dan jumlah kredit.

6. Pelajar luar negara perlu mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu.

Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu anjuran pihak lain yang setara yang diperakukan oleh Senat.

(30)

28 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

DOKTOR FALSAFAH

(31)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 29

DOKTOR FALSAFAH

Kelayakan I Syarat Kemasukan

Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM;

atau

Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang- kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.

Syarat dan Keperluan Bahasa Inggeris Bagi Pelajar Luar Negara:

Pelajar luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor minimum 46 bagi TOEFL IBT atau 5.5 bagi IELTS.

Pelajar luar negara yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat (Conditional Offer) seperti berikut:

1. Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (Intensive English Program) di UKM tanpa had tempoh masa, namun pelajar masih tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa;

2. pelajar luar negara yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (Intensive English Program) perlu menduduki peperiksaan MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

Pengeculian syarat dan keperluan Bahasa Inggeris boleh diberikan kepada pelajar luar negara seperti berikut:

1. pelajar luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau

2. pelajar luar negara yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

Tempoh Pengajian

PROGRAM SEMESTER

SEPENUH MASA SEPARUH MASA Doktor Falsafah 6 - 12 semester 8 – 14 semester

(32)

30 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

Struktur Program

Semua pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus lapan (8) jam kredit kursus. pelajar juga dikehendaki mendaftar tesis pada SETIAP semester dan hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis. Keperluan lapan (8) jam kredit kursus ini adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

KURSUS KOD KURSUS JUMLAH

KREDIT

Kaedah Penyelidikan RHRH8024 4

Peradaban Islam RHRH6012 2

Kursus dari mana-mana Fakulti/Institut yang sesuai 2

JUMLAH 6

Objektif Pendidikan Program (OPP)

OPP1 : Graduan berpengetahuan dan berkemahiran untuk berfikir dalam menjalankan penyelidikan bagi membina pemahaman dan hasil yang berimpak tinggi.

OPP2 : Graduan berkomunikasi secara interpersonal, berkesan dan profesional dengan semua lapisan masyarakat melalui kerja penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

OPP3 : Graduan melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan beretika bagi memenuhi kehendak pelanggan, organisasi, negara dan agama

OPP4 : Graduan melibatkan diri secara bersama dalam pembangunan masyarakat, perkembangan ilmu serta Peradaban Islam.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

HPP1 : Mensintesis salah satu daripada empat bidang tujahan IIH iaitu i) Politik dan kepimpinan ii) Sosio-Budaya iii) Ekonomi dan Perniagaan iv) Sains

& Teknologi dan Alam Sekitar & Kesihatan dengan menghasilkan penemuan penyelidikan asli yang meluaskan sempadan ilmu dalam bidang Peradaban Islam.

HPP2 : Mengadaptasi kemahiran kaedah penyelidikan yang sistematik dalam menghasilkan idea inovatif dalam bidang Peradaban Islam.

HPP3 : Membina kemahiran interpersonal dan kepakaran berhubung isu masyarakat dalam bidang Peradaban Islam.

HPP4 : Mengaplikasi amalan etika dan professional dalam menjalankan penyelidikan.

HPP5 : Mempamerkan kepimpinan penyelidikan melalui komunikasi dan kerjasama berkumpulan dalam kalangan penyelidik dan pihak berkepentingan.

(33)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 31

HPP6 : Menangani isu bidang Peradaban Islam secara praktikal menggunakan kaedah penyelidikan dan kemahiran digital.

HPP7 : Menyepadu maklumat penyelidikan untuk menghasilkan penemuan baru dalam bidang penyelidikan Peradaban Islam.

Syarat Pengijazahan

Setiap calon Sarjana Peradaban Islam perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah

1. Membentangkan cadangan / usul penyelidikan (Semester 1 atau ke-2).

2. Membentangkan hasil kajian sebelum menghantar Notis Penyerahan Tesis.

3. Membentang tiga (3) kertas kerja dalam seminar yang dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM atau luar UKM.

4. Memenuhi Syarat Penulisan Makalah seperti berikut:

a. Dua (2) artikel dalam jurnal berindeks Scopus/WoS; atau b. Sekurang-kurangnya satu (1) Jurnal Scopus/WoS; dan c. Satu (1) artikel dari kategori berikut:

• Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti / Institut;

• Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Clarivate Analytics WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

5. Memenuhi keperluan kursus dan jumlah kredit.

6. Pelajar luar negara perlu mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu.

Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu anjuran pihak lain yang setara yang diperakukan oleh Senat.

(34)

32 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

ZAMALAH

UKM turut menawarkan pembiayaan kewangan berbentuk zamalah yang terhad kepada pelajar yang layak. Permohonan boleh dibuat terus kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).

ETIKA PENYELIDIKAN

Semua tesis yang dihantar perlu tidak melebihi 30% kadar persamaan mengikut perisian pengesanan plagiat (Turnitin).

PERATURAN UKM PENGAJIAN SISWAZAH 2021

Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah, tesis, pendaftaran, rayuan, salah laku penyelidikan dan pengurniaan ijazah boleh dirujuk di https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/Buku-Peraturan-Pengajian-Siswazah- 2021.pdf

SINOPSIS KURSUS

RHRH 6012 Peradaban Islam

Kursus ini membincangkan tentang konsep Peradaban Islam. Fokus kursus ini meliputi empat bidang utama yang ditawarkan di Institut Islam Hadhari (IIH) iaitu: (a) politik dan kepimpinan; (b) sosiobudaya; (c) pengurusan, ekonomi & perniagaan; (d) sains &

teknologi, kesihatan & alam sekitar. Secara khususnya, kursus ini mengintegrasikan Peradaban Islam dengan isu-isu kontemporari dalam konteks perbincangan multidisiplin. Kursus ini merangkumi penghujahan tentang urus tadbir yang baik, pembangunan insan, perubahan sosio-budaya masyarakat Islam, pendidikan Islam, sains tauhidik, biotek dan industri halal, kewangan dan perbankan Islam.

Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus ini pelajar berupaya untuk:

HPK1 : Menilai sejarah dan konsep peradaban Islam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

HPK2 : Mengintegrasikan peradaban Islam dengan pelbagai disiplin ilmu.

HPK3 : Menghubungkaitkan isu-isu kontemporari dari perspektif peradaban Islam.

Bacaan Asas

Zaini Ujang, Zulkifli Mohd Yusoff. 2019. 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar. Kuala Lumpur. ITBM

Khaidzir Hj Ismail, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Jamsari Alias. 2019. Islam dan Psikologi dari Perspektif Kemanusiaan. UKM.

Auni Hj Abdullah. 2018. Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu.

ABIMPress

(35)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 33

Jawiah Dakir, Fariza Md Sham, Mujahid Abu Bakar. 2017. Peradaban Islam. Selangor.

Penerbit UKM.

Hauss, Charles.2015. Comparative Politics, Domestic Responses to Global Challenges. Stanford: Cengage Learning.

RHRH 8012 Peradaban Islam

Kursus ini membincangkan tentang konsep Peradaban Islam. Fokus kursus ini meliputi empat bidang utama yang ditawarkan di Institut Islam Hadhari (IIH) iaitu: (a) politik dan kepimpinan; (b) sosiobudaya; (c) ekonomi & muamalat; (d) sains & teknologi, kesihatan & alam sekitar. Secara khususnya, kursus ini mengintegrasikan Peradaban Islam dengan isu-isu kontemporari dalam konteks perbincangan multidisiplin. Kursus ini merangkumi penghujahan tentang urus tadbir yang baik, pembangunan insan, perubahan sosio-budaya masyarakat Islam, pendidikan Islam, sains tauhidik, biotek dan industri halal, kewangan dan perbankan Islam.

Hasil Pembelajaran Kursus

Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya berkebolehan untuk:

HPK1 : Berhujah tentang konsep peradaban Islam berteraskan al-Quran dan al- Sunnah.

HPK2 : Mensintesis ilmu Peradaban Islam dengan pelbagai disiplin ilmu lain.

HPK3 : Mengadaptasi perspektif Peradaban Islam dalam isu-isu kontemporari.

Bacaan Asas

Zaini Ujang, Zulkifli Mohd Yusoff. 2019. 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar. Kuala Lumpur. ITBM

Khaidzir Hj Ismail, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Jamsari Alias. 2019. Islam dan Psikologi dari Perspektif Kemanusiaan. UKM.

Auni Hj Abdullah. 2018. Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu.

ABIMPress

Jawiah Dakir, Fariza Md Sham, Mujahid Abu Bakar. 2017. Peradaban Islam. Selangor.

Penerbit UKM.

Hauss, Charles.2015. Comparative Politics, Domestic Responses to Global Challenges. Stanford: Cengage Learning.

RHRH8024 Metodologi Penyelidikan

Kursus ini bertujuan menerangkan konsep dan kaedah menjalankan penyelidikan multidisiplin dalam bidang peradaban Islam, bermula dengan menulis cadangan penyelidikan sehinggalah kepada menjalankan penyelidikan dan menulis manuskrip hasil penyelidikan. Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan etika penyelidikan, pengenalan kepada kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, penyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka

(36)

34 Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022

teoretikal dan kerangka konseptual, populasi dan pensampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, teknik persembahan hasil penyelidikan secara lisan dan bertulis seperti penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut Panduan Gaya UKM. Kursus ini akan menyentuh aspek bentuk-bentuk penulisan yang terhasil dari aktiviti penyelidikan seperti penulisan artikel jurnal, penulisan makalah seminar, penulisan prosiding, sehinggalah kepada penulisan buku.

Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan berupaya untuk menulis cadangan penyelidikan, menjalankan penyelidikan secara ilmiah dan menghasilkan sebuah manuskrip ilmiah yang ditulis secara sistematik.

Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus ini pelajar berupaya untuk:

HPK1 : Menghuraikan falsafah dan amalan penyelidikan multi disiplin terhadap bidang peradaban Islam.

HPK2 : Menyampaikan hasil penyelidikan melalui pembentangan dan penerbitan.

HPK3 : Menjelaskan peranan penyelidik dan kepentingan penyelidikan.

HPK4 : Menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan dan menganalisis data yang pelbagai.

HPK 5 : Menyediakan cadangan penyelidikan yang sesuai dengan jenis kajian.

Bacaan Asas

Creswell, J. W., & David Creswell, J. 2017. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. SAGE Publications.

Devi, P. S. 2017. Research Methodology: A Handbook for Beginners. Notion Press.

Kumar, R. 2019. Research Methodology: A Step-by-Step Guide for Beginners. SAGE.

Lury, C., Fensham, R., Heller-Nicholas, A., Lammes, S., Last, A., Michael, M., &

Uprichard, E. 2018. Routledge Handbook of Interdisciplinary Research Methods. Routledge.

Repko, A. F., & Szostak, R. 2020. Interdisciplinary Research: Process and Theory.

SAGE Publications.

(37)

www.ukm.my/hadhari Buku Panduan Siswazah Institut Islam Hadhari Sesi Akademik 2021 - 2022 35

AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU PANDUAN SISWAZAH 2021/2022

INSTITUT ISLAM HADHARI

Penasihat

Prof. Dr. Fariza Md Sham Pengarah

Editor

Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri Timbalan Pengarah

Dr. Norshariani Abd Rahman Ketua Jaminan Kualiti Dr. Muhammad Hilmi Jalil

Penyelaras RHRH 8024 Noor Hayati Ahmad Rasol

Ketua Pentadbiran

Ts. Dr. Farah Ayuni Mohd Hatta Penyelaras RHRH 6012

Pembantu Penerbitan Puan Faridah Abdullah Encik Mohd Nor Adzhar Adnan

Fotografi

Encik Wan Muhammad Hazim Wan Mustapha

www.ukm.my/hadhari https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/Buku-Peraturan-Pengajian-Siswazah-2021.pdf

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Memiliki Diploma dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh

Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan sekolah rendah dan mulai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan Bahasa

(iii) Calon luar negara yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat boleh dikecualikan daripada

Terdapat sistem pendidikan kebangsaan di mana sekolah kebangsaan (rendah, menengah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar persekolahan; sekolah jenis

Persoalannya apakah sumbangan dan peranan persekitaran dalam kampus ini dalam meningkatkan kemahiran belajar dan menggunakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.. Teori

Kajian kes melibatkan 24 pelajar, yang terdiri daripada 18 pelajar perempuan dan 6 pelajar lelaki Tahun 1 jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

Maka suatu hari bahasa Melayu SMS ini akan menjadi dominan, malah mengatasi bahasa rojak yang masih menggunakan campuran penuh tata- bahasa Melayu-Inggeris. Bahasa Melayu

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk pencapaian matematik antara pelajar bumiputera daripada sekolah