• Tiada Hasil Ditemukan

KAJlAN KES: KAMPUNG NELA YAN PANTAI ACHEH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KAJlAN KES: KAMPUNG NELA YAN PANTAI ACHEH "

Copied!
121
0
0

Tekspenuh

(1)

SATU ANALISIS PEMBANGUNAN SUMBERJAYA KAWASAN PERSISIRAN PANTAI UNTUK TUJUAN PELANCONGAN

KAJlAN KES: KAMPUNG NELA YAN PANTAI ACHEH

oleh

PORCHUNHAU

Tesis diserahkan untuk memenuhi sebahagian keperIuan bagi ljazah Sarjana Sains Perancangan

MAC 2001

.,:;.~

(2)

Di sini, saya ingin rnengarnbil kesernpatan rnerakarnkan jutaan terima kasih terhadap mereka yang telah banyak rnernberi birnbingan, bantuan maklumat, nasihat dan sokongan moral kepada saya. Penyelidikan ini tidak rnencapai kejayaan tanpa bantuan daripada semua pihak yang terlibat.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada penyelia kajian ilrniah saya, Profesor Madya Dr. Mohamad Talhah Idrus, pernbaca kedua kajian Encik Jamel Ariffin, dan pensyarah-pensyarah lain seperti Profesor Madya Dr. Lee Lik Meng dan Dr. Badaruddin Mohamed yang telah banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk rnernberi tunjuk ajar dan nasihat di sepanjang perjalanan kajian penyelidikan ini.

Surnbangan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan yang pernah saya lawati juga amat dihargai. Mereka ialah:

Pegawai

Encik lainal Abidin Bin Mohd Noor (Timbalan Pengarah)

Cik Irene Tan (Pegawai)

Encik Toh Bub Teik (Ketua Kerani) Encik Han Kaw Sey Cik Foong Swee Yeok Encik Kumaradevan, S.

Encik Thor Chien Kee (Penghulu I Pengerusi) Puan Ng Kam Hong

Semua Pegawai

Jabatan

labatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang labatan Perancang Bandar & Pembangunan labatan Perancang Bandar & Pembangunan Pusat Pengajian Sains Biologi USM Pusat Pengajian Sains Biologi USM Centre for Marine and Coastal Studies, Universiti Sains Malaysia

lawatan Kuasa Kecil Kampung Pantai Acheh Makmal Teknologi Maklumat

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan &

Perancangan USM.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Saya juga ingin rnenghulurkan penghargaan kepada penduduk-penduduk kawasan kajian yang memberi maklumat dan juga menjadi 'pemandu pelancong' saya. Layanan dan kerjasama mereka amat dihargai.

Akhir sekali, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan saya, Lee Ham Kong, Hendry Sigau, Teh Sook Kiang, dan Lim Gaik Pheng yang banyak memberi nasihat kepakaran dan sokongan moral kepada saya untuk menghabiskan kajian ini.

Terima kasih.

(3)

Negara kita kaya dengan sumbeIjaya-sumbeIjaya yang berupaya menarik perhatian pelancong asing. Jika dibangunkan dengan cara yang betul dan berkesan, sumbeIjaya ini pastinya akan mendatangkan faedah kepada penduduk tempatan dan juga negara.

Akan tetapi, kawasan yang mempunyai sumbeIjaya tersebut telah terlampau dibangunkan atau digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain yang tidak terancang, dan menyebabkan sumbeIjaya-sumberjaya dimusnahkan.

Perancangan dan pengeksploitasian sumbeIjaya memerlukan penelitian yang terperinci oleh ahli perancang bandar, terutamanya dalam menilai kawasan-kawasan yang berpotensi . dan menentukan aktiviti yang sesuai supaya aktiviti pembangunan tidak akan mendatangkan kesan-kesan negatifkepada ekosistem tersebut.

Kampung Nelayan Pantai Acheh, terletak di bahagian barat laut Pulau Pinang, merupakan satu petempatan nelayan yang belum mengalami arus pembangunan pesat.

Teknik Analisis Potensi Pennukaan (PSA) digunakan untuk mengenalpasti sumbeIjaya yang ada dan mengeksploitasinya untuk pelancongan. Faktor-faktor yang berkaitan dengan pelancongan telah digolongkan ke dalam faktor fizikal, litupan dan juga halangan, kemudiannya diberi wajaran bagi setiap grid kawasan kajian. Seterusnya, indeks potensi pembangunan sumberjaya bagi setiap grid kawasan kajian didapati.

Hasil analisis menunjukkan bahawa bukan semua kawasan yang mempunyai sumber semula jadi di kawasan kajian dapat dimajukan. Zon-zon cadangan diwujudkan dan digolongkan mengikut jenis sumberjaya-sumberjaya yang saling berkaitan. Sebanyak 5 zon dicadangkan untuk dibangunkan dengan siri aktiviti yang lebih mesra alamo

Kaedah ini membolehkan perancang bandar membuat keputusan pada fasa awal perancangan sesuatu kawasan untuk tujuan pembanglman yang disasarkan dengan lebih cepat dan mencapai objektif perancangan tanpa dipengaruhi oleh aspek teknikal.

Seterusnya, langkah-Iangkah susulan yang lebih terperinci dapat dilakukan dan diintegrasikan untuk membentuk pelan pengurusan dan pelan kawalan pembangunan.

(4)

Malaysia is blessed with natural resources that attract foreign tourists. These resources, if carefully planned and developed, benefit both the people and the country. However, the lands that contain these natural resources had undergone unplannned overdevelopment, contributing to the lost of these natural resources.

Planning and exploitation of these valueable resources require precise judgements from planners, especially during evaluating potential lands and determining suitable activities, in order to reduce negative effects to those ecosystems.

Pantai Acheh Fishing Village is located at the North-West part ofPenang Island. Being a fishermen's settlement, it is not heavily developed yet.

Potential Surface Analysis (PSA) is applied to determine the available natural resources and exploit it for tourism purpose. Relevant factors contributing to this purpose is divided and classified into physical, social and constraint, then weigthed for each grid of the study site. Potential index for natural resources development of each grid is then computed.

The analysis concluded that not all the land that contain natural resources have the potentials to be development for tourism purpose. Based on the types of interrelated natural resources, 5 zones have been proposed to be developed together with series of environmental-friendly activities, such as jungle-trekking, agrotourism and boardwalking through mangroves.

Application of this technique enables planners to make decisions during early phase of planning a specific site for specific development purposes. It provides supportive scientific grounds for making decisions faster and more responsibly. Further detailed technical studies can be carried out once decisions made, and integrated with PSA to develop more efficient management and development control plans.

(5)

Agrolancong

Biodiversiti

Ekolancong

Endemik

Pelancong Allocentric

Pelancong Massa

Fotografi Semula Jadi

Mirip kepada ekolancong tetapi lebih fokus kepada penggunaan sumber pertanian sebagai tarikan pelancong. Pelancong- pelancong berpeluang mempelajari cara-cara bertani di sarnping mengenali kehidupan para petani setempat. Pertukaran budaya berlaku.

Merangkurni komponen-komponen, corak-cora~ dan proses- proses pelbagai ekosistem, setiap satunya wujud pada peringkat- peringkat berlainan organisasi dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa (Sheila Pec~ 1998:m. s. 7).

Satu bentuk peJancongan yang diilhamkan oleh sejarah semula jadi sesebuah kawasan, terrnasuk budaya setempatnya. Seseorang ecotourist melawat kawasan yang terpencil dengan semangat penghargaan, penyertaan, dan sensitiviti. Beliau mengamalkan penggunaan surnber alam dan hidupan liar tanpa konsumptif serta menyumbang tenaga dan bantuan kepada kawasan yang dilawatinya. Arnalan ini bertujuan untuk memberi faedah secara langsung kepada pemuliharaan kawasan tersebut dan juga kehidupan ekonomi penduduk setempat.

Sesuatu spesis dikatakan endemik jika ia hanya dijumpai di kawasan yang tertentu sahaja. Contohnya, Panda adalah spesis endemik bagi China.

Berasal dari perkataan 'allo' yang bermaksud variasi bentuk.

Dijelaskan dengan model Plog (Plog, 1972). Golongan 1m

mempunyai kecenderungan kepada kepelbagaian aktiviti khususnya kepada ah.iiviti lasak, mencabar dan barn. Sifat ini menjadikan mereka melawati tempat-tempat terpencil dan belum diterokai. Mereka hanya mernerlukan keperluan asas di temp at yang dilawati. Contoh destinasi yang dilawati oleh golongan ini ialah Tibet dan Taman Negara Afrika.

Dijelaskan oleh Model Interaksi (Cohen, 1974). Seakan-akan sarna erti dengan pelancong psychocentric dalarn Model Plog.

Golongan yang tidak selalu rnembuat lawatan, menetap pada ternpoh y~mg sekejap, kurang berbelanja dan tipikalnya menggernari destinasi pelancongan yang hampir menyerupai tempat asalnya. Contoh destinasi bagi golongan ini ialah: Miami dan Hawaii.

Salah satu bidang fotografi yang melibatkan sumber alam semula jadi sebagai subjeknya. Cabang Fotografi Semula Jadi yang utama ialah wildlife photography, landscape photography, close- up photography dan macro-photography.

(6)

Penghargaan ... , ... , ... '" ... '" .. , '" ... , ... ,. '" ... '" '" ... '" i

Abstrak ... , ... , ... , .... '" ... '" '" .. , ... , .. , ... , ii

Abstract ... , .. " ... '" ., ... , '" ... '" '" ... " .. , '" .. , ... , .... iii

Daftar Kata. " .. , ... '" ... , ... , '" ... , ., ... iv

1.0 Pendahuluan ... 1

1.1 Pengenalan ... : ... 1

1.2 Isu Dan Masalah Kajian ... 2

1.3 Keperluan Untuk Kajian ... 3

1.4 Matlamat Kajian ... :.3

1.5 Objek.'tifKajian ... 4

1.6 Kawasan Kajian ... 4

1.7 Skop dan Batasan Kajian: ... 6

1.8 Metodologi Kajian ... 7

1.9 Hasil Akhir Kajian ... 11

2.0 Kajian Literatur ... 13

2.1 Pengenalan ... 13

2.1.1 Definisi Sumberjaya ... 13

2. 1.2 Definisi Pantai ... 15

2.2 Pembangunan Sumberjaya Persisiran Pantai ... 20

2.2.1 Pembangunan Sumberjaya Persisiran Pantai : Konteks Dunia ... 20

2.2.2 Ancaman Kepada Sumberjaya Persisiran Pantai Di Malaysia ... 22

2.2.3 Ancaman Kepada Kawasan Persisiran Pantai Di Pulau Pinang ... 24

2.3 Pembangunan Sumberjaya Untuk Pelancongan ... 27

2.3.1 Definisi Pelancongan ... 28

2.3.2 Alam Semula Jadi Dan Pelancongan ... 29

Senario Pelancongan Malaysia ... 30

2.3.4 Senario Pelancongan Pulau Pinang ... 31

2.3.5 Dasar Rancangan Struktur (Sektor Pelancongan) ... 35

2.4 Rumusan ... 36

(7)

3.0 Kawasan Kajian ... 38

3.1 Pengenalan ... 38

3.2 Kedudukan Kawasan Kajian ... 39

3.3 Pembangunan Persekitaran Kawasan Kajian ... .40

3.4 Guna Tanah Semasa ... 42

3.5 Keadaan Geografi Kawasan Kajian ... 43

3.6 Kebolehsampaian ... 45

3.7 Aktiviti Penduduk Tempatan ... 46

4.0 Analisis Kawasan Kajian Dan Penemuan ... .47

4.1 Pengenalan ... 47

4.2 Pendekatan-pendekatan Dalam Menilai Sumberjaya ... 47

4.2.1 Pemilihan Teknik Analisis Potensi Pennukaan ... 51

4.3 Teknik Analisis Potensi Permukaan ... 53

4.4 Hasil Analisis Potensi Pennukaan ... 58

4.4.1 FaktorFizikal (P1) ... 58

4.4.2 Faktor Litupan (P2) ... 72

4.4.3 Faktor Halangan (P3) ... 84

4.5 Rumusan ... 90

5.0 Cadangan Pembangunan Sumberjaya Untuk Pelancongan ... 93

5.1 Pemb~hagian Zon Mengikut Potensi Kawasan ... 93

5.2 Cadangan Aktiviti Bersesuaian Mengikut Kawasan Zon Potensi ... 96

5.2.1 Zon Cadangan 1 ... 96

5.2.2 Zon Cadangan 2 ... 98

5.2.3 Zon Cadangan 3 ... 99

5.2.4 Zon Cadangan 4 ... 101

5.2.5 Zon Cadangan 5 ... 103

5.3 Cadangan Pembanguna.n Keseluruhan ... 104

6.0 Kesimpulan ... 106

Bibliografi ... '" ... '" ... '" ... , ... , .. , ... 109

(8)

Senarai Jadual Jadua14.1 Jadua14.2 ladua15.1 Jadua15.2 ladua15.3 ladual5.4 ladua15.5 Jadua15.6 Jadua15.7 ladual5.8

Perbandingan Antara Teknik-teknik Penilaian Sumberjaya ... .49 Penentuan Markah Dan Wajaran Bagi Kriteria-kriteria

Analisis Potensi Permukaan . . . .. 55 Pengelasan Grid Kepada Darjah Potensi Tertentu Mengikut Markah . 93 Pecahan Wajaran Potensi Untuk Grid-grid Kajian ... 94 Pengelasan lon Cadangan Mengikut Faktor Dominan Sumberjaya ., 95 Cadangan Aktiviti Di lon 1. ... 97 Cadangan Aktiviti Di lon 2 ... 98 Cadangan Aktiviti Di Zon 3 '.' ... 99 Cadangan Aktiviti Di lon

4 ... ' ... , . . .

10 1

Cadangan Aktiviti Di lon 5 ... 103

(9)

Senarai Rajah

Rajah 1.1 Kedudukan Tapak Kajian (Kampung Ne1ayan Pantai Acheh) ... 5

Rajah 1.2 Carta Alir Metodologi Kajian ... 12

Rajah 2.1 Persisiran Pantai mengikut Takrif. ... .19

Rajah 2.2 Lokasi Sumber Pelancongan Di Pulau Pinang ... 33

Rajah 3.1 Guna Tanah Semasa Sekitar Kawasan Kajian ... Al Rajah 3.2 Rajah 4.1 Rajah4.2a Rajah4.2b Rajah 4.3 Rajah 4.4 Rajah 4.5 Rajah 4.6 Rajah 4.7 Rajah 4.8 Rajah 4.9 Rajah 4.10 Rajah 4.11 Rajah 4.12 Rajah 4.13 Rajah 4.14 Rajah 4.15 Rajah 4.16 Rajah 4.17 Rajah 4.18 Rajah 5.] Pelan Kontur Persekitaran Kawasan Kajian ... 44

Pembahagian Zon Kawasan Kajian ... .48

Konsep Penggunaan Sistem Grid ... 52

Kaedah Analisis Potensi Permukaan ... 54

Markah Bagi Beting Dan Teluk ... , ... 60

Markah Bagi Sungai Dan Alor ... 62

Markah Bagi Kemudahan Penginapan Berpotensi ... , ... 65

Markah Bagi Kawasan Pantai Hutan Paya Bakau . . . .. 67

Markah Bagi Hakisan Dan Pemendapan ... , ... 68

Markah Bagi Kawasan Berbukit ... 70

Markah Bagi Pemandangan Menarik ... 73

Markah Bagi Flora. . . .. 76

Markah Bagi Fauna ... 79

Markah Bagi Aktiviti Rekreasi Dan Pelancongan Sedia Ada. . . .. 81

Markah Bagi Aktiviti Kebudayaan Dan Kesenian ... 82

Laluan-laluan Pendakian Bukit Di Hutan Simpan Pantai Acheh ... 85

Markah Bagi Kebolehsampaian ... 86

Markah bagi Kawasan Penangkapan Ikan Dan Laluan Nelayan . . . 88

Markah Keseluruhan Semua Faktor PI + P2 - P3 ... 91

Cadangan Zon-zon Pembangunan Aktiviti ... 92

Cadangan Pembangunan Keseluruhan ... 104

(10)

,

Senarai Foto

Foto 3.1 Jenis Perumahan Yang Biasa Didapati Di Kawasan Kajian ... 42

Foto 3.2 Foto 3.3 Foto 4.l Foto 4.2 Foto 4.3 Foto 4.4 Foto 4.5 Foto 4.6 Foto 4.7 Foto 4.8 Foto 5.1 Foto 5.2 Foto 5.3 Foto 5.4 Pandangan Dari Laut Ke Atas Kawasan Kajian ... 43

Antara Spesis Burung Yang Terdapat Di Rutan Paya Bakau Kawasan Kajian . . . 45

Kera Yang Terdapat Di Hutan Paya Bakau Kawasan Kajian ... 59

"Retention pond" Semula Jadi Menambahkan Aspek Estetik Kepada Pemandangan ... 61

Pantai Berpaya Bakau Yang Kelihatan Tenang Dan Memukau Pelancong ... ; ... , ... 64

Kawasan Bukit Di Belakang Petempatan Di Zon A. ... 71

Spesis Paya Bakau Yang Terdapat Di Tebing Sungai ... 74

Pokok KeIapa Yang Terdapat Di Tebing AIor Dan Celah-celah Petempatan ... 75

Pokok Rambutan Merupakan Sumberjaya Penting Untuk Agrotourism ... 75

AntaraFauna Unik Yang Terdapat Di Tebing Sungai Sembi Ian ... 77

Kawasan Rutan Pantai Yang Bersambungan Dengan Zon 1. . . . .. 96

Kelihatan Nelayan Mencari rezeki ... 97

Aktiviti Kegemaran Pelancong Ekolancong ... 99

Keindahan Alam Terserlah ... 100

."

(11)

,. ,

I I

!

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Persis iran pantai di Semenanjung Malaysia memang kaya dengan ekosistem yang unik di dunia ini, dicenninkan oleh terumbu karang dan hutan paya bakau. Dikurniai iklim tropika yang panas lembap, kawasan persisiran pantai berupaya menyokong diversiti hidupan yang banyak. Disebabkan kebaikan ekonomi yang didapati dari kawasan ini, kebanyakan zon persisiran ini telah digunakan sebagai petempatan. Sebagai contoh, lebih 70% daripada penduduk rantau Asia Tenggara tinggal di kawasan persis iran pantai. (P .P. Wong, 1991). Situasi ini amat jelas pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an di mana tekanan sosio-ekonomi meningkat. Pemusnahan besar-besaran ke atas sumberjaya yang tidak ternilai ini telah menyebabkan penurunan kualiti persekitaran, yang seterusnya menjejaskan kehidupan ekonomi penduduk tempatan. Sekiranya sumberjaya ini digunakan dengan baik, ia boleh dimajukan sebagai pusat tarikan pelancong dan lain-lain lagi. Maka, satu kajian yang teliti diperlukan:

Kaj ian ini melibatkan dua aspek yang utama, iaitu aspek pembangunan sumberjaya kawasan persisiran pantai dan aspek pelancongan persisiran pantaL

Pada pennulaan, k~jian ini akan :nelihat dalam konteks sumbeljaya yang terdapat di kawasan persisiran pantai dan juga faktor-faktor yang menyebabkan kemusnahannya.

Kajian ini juga akan melihat aspek ancaman ke atas sumbel~iaya pantai dari segi makro iaitu konteks Asia Tenggara dan juga dari segi mikro iaitu konteks Pulau Pinang.

(12)

Seterusnya, hubungan an tara alam dengan pelancongan akan dibincangkan terutamanya tentang aktiviti pelancongan yang biasa dan boleh diadakan di kawasan pantai. Akan tetapi, bukan semua kawasan ses~ai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Kajian ini akan juga menyingkap syarat kesesuaian sesuatu kawasan untuk dijadikan destinasi pelancongan supaya aktiviti yang dirancang akan dapat memberikan pulangan yang optimum. Kajian ini juga akan menyentuh tentang senario pelancongan semasa dunia dan Malaysia, terutamanya konteks ekolancong (ecotourism) dan semula jadi (nature).

1.2 Isu Dan MasaJah Kajian

Di Pulau Pinang, didapati bahawa tanah yang berpotensi untuk dimajukan adalah terhad. Lantaran itu, jika tanah ini tidak digunakan dengan berkesan, ia akan mendatangkan kerugian kepada penduduk tempatan dan juga negara. Isu-isu yang timbul di sini ialah:

1. Sumberjaya yang sedia ada tidak dieksploitasi dengan baik (optimum).

11. Penyalahgunaan tanah akan menimbulkan masalah, terutamanya pencemaran dan menjejaskan kualiti alam sekitar.

Akibatnya, sumberjaya yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan dan sebagainya tidak dimajukan dengan optimum. Ini merupakan suatu pembaziran yang am at menlgikan. Selain itu. penggunaan yang tidak terancang telah mengakibatkan kerosakan pada alam sekitar.

(13)

f

1.3 Kcperluan Untllk Kajian

Oi Malaysia, persaingan antara pertanian, pembangunan perumahan dan aktiviti industri untuk tanah menyebabkan tanah adalah terhad untuk penggunaan terutamanya pelancongan. Selain itu, sumberjaya sedia ada yang berpotensi untuk dimajukan untuk pelancongan tidak diekspioitasi dengan optimum. Kebanyakan tanah di persisiran pantai di negara kita telah dieksploitasi untuk maksud-maksud pembangunan tertentu, seperti perumahan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya. Kehilangan sumberjaya berlaku akibat daripada aktiviti pembangunan yang tidak ada kawalan bersesuaian.

Kini, kawasan persis iran pantai yang bebas daripada pembangunan tidak banyak yang tinggal. Maka, kawasan persisiran pantai yang tinggal ini merupakan aset yang sangat bemilai dan perlu dibangunkan dengan baik. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji sumberjaya-sumberjaya sedia ada dan juga potensi-potensinya untuk dibangunkan bagi aktiviti pelancongan tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

1.4 Matlamat Kajian

Mengkaji potensi-potensi pembangunan sumberjaya kawasan persisiran pantai untuk pelancongan dan pada masa yang sarna mengeksploitasikan sumberjaya sedia ada secara optimum tanpa menjejaskan kualiti alam semula jadi sedia ada.

3

(14)

,

1.5 Objektif Kajian

Untuk mencapai matlamat di atas, beberapa objektif telah digariskan seperti berikut:

1. Mengkaji dan mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dimajukan di tapak kajian serta halangan-halangan pembangunan;

11. Mengkaji dan mengenalpasti kawasan sumberjaya semula jadi supaya boleh dimajukan secara optimum;

iii. Mengkaji dan mengintegrasikan pembangunan flzikal dengan pembangunan sumberjaya serta mengambil kira aspek sosial dan a1am sekitar; dan

IV. Mengkaji dan mengeksploitasi sumberjaya sedia ada untuk tujuan pembangunan pelancongan.

1.6 Kawasan Kajian

Kawasan kajian adalah Kampung Nelayan Pantai Acheh, iaitu merupakan suatu petempatan nelayan yang terletak di daerah Barat Daya Pulau Pinang. Kampung Nelayan Pantai Acheh terletak di selatan Hutan Simpan Pantai Acheh yang baru-baru ini dicadangkan untuk diwartakan sebagai Taman Negara (Sila rujuk Rajah 1.1).

Kepelbagaian speSlS flora, fauna serta hidupan lain, dan juga keunikan fizikal geografinya merupakan faktor utama hutan ini diwartakan sebagai Taman Negara. Hal ini seterusnya akan menarik lebih ramai pelancong ke kawasan hutan slmpan lOl.

Kampung Nelayan Pantai Acheh juga akan tuna mengecapi nikmat kedatangan pelancong. terutamanya golongan pelancong allOccl1tric yang menggemari suasana kampung.

4

(15)

,

Kampung Nelayan Pantai Acheh

Selat Melaka

Hutan

YLTL-\"(T PINANG

.: ;

Rajah 1.1: Kedudukan Tapak Kajian (Kampung Nelayan Pantai Acheh) Sumber: Makmal Teknologi Maklumat, PBP, USM.

5

(16)

Kampung Nelayan Pantai Acheh dipilih sebagai kawasan kajian kerana perletakannya serta keadaan alam sekitar yang masih behnl1 dieksploitasi, dan mempunyai potensi pembangunan yang tinggi. Tambahan pula, tidak ada kajian yang seumpama dilakukan terhadap pembangunan _ pelancongan di petempatan ini. Ee Chop Ler1 pemah melakukan kajian terhadap aktiviti perikanan di Kampung Pantai Acheh, Teluk Bahang dan Tanjung Bunga pada tahun 1978. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti perikanan masih boleh dikekalkan sebagai punca pendapatan utama penduduk di Kampung Pantai Acheh.

1.7 Skop dan Batasan Kajian:

Untuk memantapkan dan melicinkan kajian ini ke arah mencapai objektif-objektifyang telah digariskan, skop kajian telah ditentukan.

Kajian ini akan meliputi ka\vasan persisiran pantai tapak kajian, Kampung Nelayan Pantai Acheh. Persekitaran kampung ini adalah berbukit-bukau dan mempunyai perbezaan kontur yang tinggi. Setelah mengambil kira aspek aksesibiliti dan topografi sedia ada, kajian ini meliputi kawasan petempatan kampung di bawah garis kontur 20m sahaja. Kajian ini meliputi aspek pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan sumberjaya di tapak kajian dengan mengambil kira aspek sosial penduduk dan alam sekitar untuk tujuan pembangunan pelancongan.

I Laporan kaji::l11 lar::mgan untuk 11Jt:IlK'nuhi keperluan kursus HGMJ 1 J. Geografi. tahun 1978.

(17)

Skop keluasan kawasan tidak merangkumi Hutan Simpan Pantai Acheh, memandangkan terdapat kajian saintifik dilakukan oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai Persatuan Pencinta Alam Pulau Pinang dan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia ke atasnya baru-baru ini.

1.8 Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kajian teoritikal dan aplikasi teknik. Pengumpulan data primer dan sekunder akan dilakukan melalui pelbagai sumber. Secara keseluruhannya, kajian ini akan dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu:

Peringkat 1:

• Mengenalpasti Isu & Masalah Ka\vasan Kajian

• Pembentukan Matlamat & Objek1:ifKajian

• Penentuan Sempadan Kawasan Kajian

• Merangka Skop Kajian

Dalam peringkat ini, pelbagai rujukan dan kajian awalan akan dilakukan bagi mengenalpasti isu dan masalah yang wujud di kawasan kajian. Isu-isu dan masalah- masalah terse but akan ditapis mengikut prioritinya berhubung dengan pembangunan sumbeljaya untuk pelancongan di kawasan kajian. Kajian awalan termasuklah pengumpulan data melalui keratan suratkhabar. majalah-majalah dan juga pengamatan yang dilakukan di tapak kajian itu sendiri.

7

(18)

r

Selepas pertimbangan teliti dilakukan dalam kajian awalan, matlamat dan objektif kajian akan dibentuk. Objektif-objektif yang dirangka dipastikan supaya dapat merealisasikan mat lam at. Dalam peringkat ini juga, sempadan kawasan kajian ditentukan untuk memudahkan pembentukan skop dan metodologi kaj ian. Dalam merangka skop kajian, pertimbangan teliti dilakukan terhadap matlamat dan objektif- objektif kajian, jangka masa yang ada, kemampuan individu dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk melicinkan proses penyelidikan dan juga memastikan hasil penyelidikan memenuhi matlamat dan objek.1:if-objektifnya.

Peringkat 2:

• Kajian Literatur

• Rujukan Kajian-kajian Yang Lepas

Dalam kajian literatur, takrifan tentang persisiran pantai akan ditentukan. Selain itu, isu-isu pembangunan sumberjaya pesisiran pantai di rantau Asia Tenggara dan konteks Pulau Pinang akan didalami untuk memberikan gambaran jelas tentang aspek-aspek positif dan negatif penggunaan sumberjaya pesisiran pantai. Seterusnya, pengenalan kepada industri pelancongan dan jenis-jenis pelancongan pantai akan dibuat. Aspek pembangunan sumberjaya semula jadi sebagai destinasi pelancongan ekolancong akan dijelaskan juga.

Hasil penyelidikan kajian-kajian yang lepas tentang aspek pembangunan sumberjaya pesisiran pantai untuk pelancongan amat berguna untuk membantll pembentukan rumusan hasil penyelidikan ini. Untuk memantapkan lagi penyelidikan ini. kajian-

(19)

k~jian yang pernah dilakukan tentang aspek-aspek lain di kawasan kajian juga akan dirujuk.

Peringkat 3:

• Kajian Tapak & Analisis

• Pembentukan Idea & Rumusan Basil Analisis

Dengan berpandukan matlamat, objektif dan skop kajian, penyelidikan memerlukan pemerhatian persendirian dan lawatan tapak yang banyak memandangkan tidak terdapat kajian yang seumpamanya dibuat sebelum ini. Pengumpulan data melalui temubual ringkas dengan penduduk tempatan dijalankan untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap terhadap tapak kajian dan juga halangan pembangunan yang mungkin timbul akibat konstrain semula jadi seperti sungai. Soal selidik bersampel tidak perlu dijalankan kerana kajian ini tidak meIibatkan data persepsi dan demografi yang terperinci. Sifat umum "common features" seperti aktiviti rekreasi sedia ada, aktiviti kebudayaan dan kesenian di tapak, kebolehsampaian, kawasan penangkapan ikan dan laluan nelayan, boleh didapati melalui pemerhatian pengkaji dan juga temubual dengan penghulu kampung nelayan terse but.

Selain data-data pemerhatian, data-data saintifik seperti spesis flora dan fauna serta hubungannya dengan sumber geografi yang unik juga diperlukan dalam pertimbangan analisis. Misalnya. hubungan antara hutan paya bakau dengan baka buah durian yang sedap di kawasan di bawah lingkungan jejari beberapa kilometer.

9

(20)

,

i

Selain itu, pertimbangan tentang kitar hayat sesebuah destinasi akan dilakukan untuk menilai samada kawasan tapak kajian, iaitu Kampung Nelayan Pantai Acheh dapat dibangunkan untuk tujuan pelancongan dan jenis pelancongan tertentu, tanpa mendatangkan kerosakan terhadapsistem ekologi dan Juga perubahan mendadak kepada sosio-budaya penduduk tempatan.

Dengan lebih khusus lagi, kajian akan dilakukan terhadap aspek geografi kawasan tapak dan juga polisi serta dasar kerajaan berkenaan dengan tapak kajian. Pengajian polisi dan dasar kerajaan yang berkaitan adalah diperlukan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkenaan kajian ini. Daripada kajian tersebut, jenis pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di kawasan kajian akan dapat difahami.

Untuk tujuan analisis, tapak kajian akan dibahagikan kepada grid-grid perancangan kecil untuk analisis lebih terperinci. Keratan rentas tapak denganjenis sumberjaya sedia ada dan kecerunan kontur serta aktiviti sedia ada akan dilakukan. Selain itu, gambar foto yang diambil di tapak kajian dan juga dari lautan (untuk melihat latar "langit dan hubungan tapak dengan persekitarannya) juga akan dipaparkan.

Sebagai rumusan kajian ini, aktiviti pelancongan yang bersesuaian, kawasan terlibat dan juga kemudahan yang perlu disediakan. akan disarankan. Hasil anal isis kajian ini akan memberi sedikit sebanyak panduan bagi memandu perancangan pembangunan pelancongan di kawasan persis iran pantai pada masa hadapan.

10

(21)

Peringkat 4:

• Persembahan Basil Kajian & Cadangan

Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk pelan dan panduan pembangunan.

Pelan ini akan menunjukkan zon gunatanah, pelan cadangan yang menunjukkan sumberjaya yang berpotensi untuk dibangunkan, dan jenis-jenis pembangunan yang sesuai dimajukan.

Secara keseluruhan, metodologi yang akan dijalankan untuk mencapai matlamat yang ditentukan dalam kajian ini telah diterangkan dalam Rajah 1.2.

1.9 HasH Akhir Kajian

Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk pelan cadangan dan panduan pembangunan. Pelan ini akan menunjukkan gunatanah semasa dan cadangan yang menunjukkan sumberjaya yang berpotensi untuk dibangunkan, dan jenis-jenis pembangunan yang sesuai dimajukan.

Hasil akhir kajian boleh digunakan sebagai panduan untuk memandu perancangan pembangunan pelancongan di kawasan persis iran pantai pada masa hadapan. 1a juga boleh dijadikan rujukan kepada pihak-pihak tertentu seperti jabatan-jabatan kerajaan tempatan. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (TDe). peltubuhan bukan kerajaan (NGO). pemaju-pemaju perumahan dan pembangunan dan sebagainya.

J J

(22)

I

Isu & Masalah Kawasan Kajian

1---

I I I I I I 1 I I I I

I

1

Matlamat & Objektif

Skop Kajian

J

Rujukan dan Kajian Awalan

Perinvkat 1

! I

Pembentukan Metodologi

J

-~---.---

l

I

Rujukan Sekunder:

: Kajian Literatur ---. Buku Rujukan

I

: • MajaJah

: • Keratan Akhbar

1 .---::---1, Kajian Tapak & Analisis

:t:===!:=:.=L;:;a;p:;;or;;an==p=en~y..:..eli~"

dikanr" ___ ---1

I I I I

I 1 I 1 1

I

1

Data primer

• Kajian tapak

• Pengamatan

• Perbualan

• Ternuduga

I

KaHan Tapak

I

I

Penl!umoulan Data

J

I

1

Data Sekunder ..

• Laporan-Iaporan

• Garispanduan

• Polisi sedia ada

• Buku rujukan

I

Amdisis

I

Teknik Analisis Potensi Permukaan

1 Penngkat2

~---.---_._---

1 1 I

Kumpulan Aktiviti

I

Hasil .analisis

J

SumbeIjaya Semula Jadi Berpotensi

Potensil HaJangan Perna juan

Aktiviti Pelancongan

Bersesuaian

Peringkat 3

~---_._---

1 l'

1

I---J

HasH Kajian /Cadangan

I

Gunatanah Panduan

Pembangunan

Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Kajian

Pelan Cadangan

Perillgkal 4

12

(23)

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Memandangkan kajian ini meliputi pemajuan persisiran pantai, maka, pelbagai aspek mengenai sektor ini memerlukan penyelidikan mendalam. Untuk memantapkan kefahaman tentang kajian ini, pemahaman tentang takrifan-takrifan, senario semasa dan juga hubungkait pelbagai aspek mengenai penggunaan persis iran pantai amat diperlukan. Bahagian ini akan menerangkan secara terperinci kajian literatur yang telah dibuat daripada pelbagai sumber, tennasuklah sumber internet. Antara aspek yang perlu dikaji adalah maksud-maksud pantai, persisiran pantai, pembangunan persis iran pantai, sumberjaya dan lain-lain lagi.

2.1.1 Definisi Sumberjaya

Perkataan 'sumberjaya' berasal daripada perkataan 'sumber'. Nevada Division of Water Planning (2000) menakrifkan sumber sebagai sesuatu yang telah, atau mungkin sedia ada sebagai bekalan, sokongan atau perkhidmatan. Ini merangkumi sebarang batu-batan, mineral, atau minyak dalam kerak bumi.

KAISEL (2000) pula menakrifkan sumber sebagai elemen-elemen daripada komponen bahan-bahan d,i alam persekitaran kita yang berguna kepada manuSl3.

Frasa 'sumber alam' pula merujuK kepada sumber kebendaan untuk kemewahan, seperti kayu-kayan. air segar, atau simpanan mineral yang berlaku

13

(24)

,

dalam keadaan semula jadi, dan mempunyai faedah ekonomi sertaJatau nilai (Nevada Division of Water Planning, ·2000). Fisheries Department of FAO (1998) pula menakrifkan 'sumber alam' sebagai "any portion of the natural environment, such as air, water, soil, botanical and zoological resources, and minerals." Antara kesamaan dalam penakrifan sumber alam oleh kedua-dua pihak ini ialah pembahagian sumber alam kepada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber tidak boleh diperbaharui. Kedua-dua aspek ini perlu diambil kira dalam aspek perancangan dan pembangunan sumber.

Untuk memantapkan lagi pemahaman tentang matlamat penyelidikan ini, definisi 'sumberjaya' juga dikaji. Menurut Mohd. Zainal Hamid et. a1. (1995), sumberjaya boleh ditakrif sebagai sumber-sumber semula jadi yang diketahui dapat diperolehi dan dapat digunakan oleh manusia dan kemampuan teknologi dan keadaan ekonomi yang sedia ada atau yang dijangkakan. Berdasarkan definisi ini, fenomena-fenomena semula jadi seperti tanah, air, pantai, tumbuhan dan sebagainya boleh dikategorikan sebagai sumberjaya. Sumberjaya- sumberjaya ini mempunyai ciri-ciri penggunaan yang berlainan berdasarkan kepada keadaan dan lokasinya.

Menurut penerangan yang diberikan oleh KAISEL (2000), pembangunan sumber1 merupakan satu pendekatan yang menerima proses semula jadi sebagai

Dalam penyclidikan ini. takrifan . pembangunan sumbcr' dianggap sama dcngan 'pcmbangunan sumberjaya' kerana keutamaan diberib.n kcrada perbincangan mcngcnai ·pembangunan·.

14

(25)

,

f ,

r

cara untuk mencapai keperluan manusia dan berorientasikan pembangunan, dan bukan pemeliharaan.

Walau bagaimanapun, pembangunan sumberjaya di sini merujuk kepada pembangunan sumberjaya sedia ada dalam lingkungan kawasan kajian yang berpotensi untuk pelancongan, merangkumi sumberjaya semula jadi dan juga sumberjaya sosial, iaitu aktiviti penduduk tempatan. Konsep "pembangunan" di sini mempunyai unsur pemeliharaan, iaitu membangunkan sesuatu sumberjaya berdasarkan kesesuaian elemen-elemen tertentu dalam kawasan tersebut dan berusaha memelihara elemen-elemen tersebut untuk generasi mas a depan.

2.1.2 Definisi Pantai

Menurut Akta 56, Kanun Tanah Negara 1965, pantai ditakrifkan sebagai semua tanah yang terbentang antara garisan pantai dan tanda air surut pada arus pasang biasa.· "Garisan pantai" di sini merujuk kepada tanda air pasang waktu aIr pasang yang biasa.

Jika garisan pertemuan ini tidak bergerak, maka penakrifan persis iran pantai adalah mudah - malah ia boleh dianggap satu garisan di atas pelan sahaja - akan tetapi, proses semula jadi yang membentuk persisiran pantai adalah dinamik, iaitll berubah mengikut ruang dan masa. Dengan erti kata lain, garisan yang mencantumkan daratan dengan lautan bergerak konstan. iaitll selaras dengan kenaikan dan penurunan arus, membentuk satu kawasan yang disebllt kawasan interaksi an tara daratan dengan lautan.

15

(26)

1

Carter (I 988) mendefinisikan pantai sebagai:

I

"The Coastal Zone is that space in which terrestrial environments influence marine (or lacustrine) environments and vice versa. The coastal zone is of variable width and may also change in time. Delimitation o/zonal boundaries is not normally possible, more often such limits are marked by an environmental gradient or transition. At an:)/ one locality the coastal zone may be characterized according to physical, biological or cultural criteria. These need not, and in fact rarely do, coincide."

Secara saintifik, definisi yang menunjukkan hubungkait antara daratan dan lautan dikemukakan oleh Ketchum (1972) seperti berikut:

" ... the band of dlY land and adjacent ocean space (water and submerged land) in which teres trial processes and land uses directly affect oceanic processes and uses., and vice versa. The coastal zone is a band of variable width which borders the continents, the inland seas, and the Great Lakes. Functionally, it is the broad interface between land and water where production, consumption and exchange processes occur in high rates of intensity. Ecologically, it is an area of dynamic biochemical activity but with limited capacity for supporting various forms of human use. Geographically, the landward boundary of the coastal zone is necessarily vague. Oceans may affect climate of far inland from the sea. "

Dengan demikian, zon panlai bukan merupakan kawasan yang mempunyal kelebaran tertentu tetapi meliplIti saling pergantllngan an tara aktiviti dan sistem ekologi di antara daratan pantai dan kawasan air.

16

(27)

Walau bagaimanapun, terdapat definisi lain yang berorientasikan polisi.

Contohnya, definisi yang dikemukakan oleh Hildebrand dan Non-ena (1992):

"Coastal zone may include a narrowly defined area about the land-sea interface of the order of a few hundreds of metres to a few kilometres, or extend from the inland reaches of coastal watersheds to the limits of national jurisdiction in the off-shore. Its definition will depend on the particular set of issues and geographic factors which are relevant to each stretch of coast."

Dalam konteks mendefinisikan kawasan pantai mengikut tujuan-tujuan tertentu, konsep "areal foci" yang digunakan oleh Jones dan Westmacott (1993) juga sering digunakan. Mengikut konsep ini, kawasan pantai merangkumi:

• kawasan pentadbiran yang telah ditentukan- tempat yang pihak pentabdir mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya;

• suatu kawasan ekosistem;

• suatu kawasan asas sumberjaya; contohnya habitat, kawasan yang kaya dengan ikan-ikan; dan

• suatu kawasan permintaan, contohnya kawasan yang lebih luas dari kawasan pantai (yang telah ditetapkan) yang mempunyai permintaan, seperti rekreasi.

pengangkutan marina atau pembuangan sisa.

Bagi Pulau Pinang, definisi zon pantai agak berbeza. Memandangkan keseluruhan negeri PlIlall Pinang terletak dalam Iingkungan 16km laut (jarak

17

I t

(28)

maksimum dari bahagian tanah darat semenanjung), maka, keseluruhan pulau diambil kira sebagai zon pantaiJ.

Setelah mengkaji dan meneliti definisi-definisi yang diterangkan oleh penulis- penulis tersebut, secara kese!uruhannya, takrifan bagi pantai boleh diringkaskan sebagai:

Satu kawasan geografi yang menjadi pertembungan laut dan tanah, yang dipengaruhi oleh proses-proses biologikal dan fizikal daripada persekitaran marin dan daratan, dengan kelebaran yang berbeza mengikut keadaan-keadaan tertentu, atau yang lebih ringkas lagi, tempat pertemuan antara daratan dengan lautan. 1a mungkin berubah mengikut perubahan masa, keadaan geografi dan sebagainya.

Persisiran pantai membawa pengertian yang lebih ringkas lagi. Alan dan Arthur (1994) mendefinisikan persis iran pantai sebagai suatu zon yang terdapat proses pantai beroperasi dan mempunyai pengaruh yang kuat; merangkumi zon perairan cetek dalam keadaan ombak melanda, dan juga pantai-pantai serta tebing-tebing yang dibentuk oleh ombak. Peter (1993) pula mendefinisikan persisiran pantai sebagai "the strip of land where the various coastal processes combine to create characteristic landscapes".

Penang Coastal Profile. July 1998. Rusional di sebalik definisi ini ialah sebarang aktiviti yang dilakukan dalam pulau akan mt:mpengaruhi kawasan pantai. Walau bagaimanapun. untuk pengurusan zon pantai. aktiviti yang mempunyai impak major terhadap kawasan pantai sahaja akan diambil kim.

18

(29)

f r

Persisiran Pantai mengikut takrif

,,"- .

Rajab 2.1: Persisiran Pantai Mengikut Takrif

Memandangkan hampir semua Kampung Nelayan Pantai Acheh memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam takrifan persisiran pantai di atas (sila rujuk Rajah 2.1 di atas), maka, adalah wajar menggolongkan keseluruhan Kampung Nelayan Pantai Acheh sebagai kawasan persisiran pantai.

19

(30)

2.2 Pembangunan Sumberjaya Pcrsisiran Pantai

Disebabkan adanya pelbagai sumber yang dapat menampung pelbagai keperluan manusia, zon pantai menjadi rebutan bagi pelbagai kegiatan manusia. Kawasan sepanjang pantai diteroka untuk tujuan pertanian, periombongan, riadah, pengangkutan air dan darat. Sebahagian daripada kegiatan ini pada akhimya mewujudkan ban dar- bandar besar di dunia.

2.2.1 Pcmbangunan Sumberjaya Persisiran Pantai : Konteks Dunia Di peringkat dunia, perkembangan bandar-bandar besar di pantai begitu subur sehingga membentuk satu 'gejala pembangunan' baru yang disebut megalopolis- pertumbuhan kota metropolis di sepanjang pantai sehingga tidak terdapat petempatan des a di antaranya. Yang terdapat hanyalah rantaian bandar yang berkesinambungan menjadikan rangkaian metropolis yang seterusnya bercantum bagi mewujudkan megalopolis. Contoh yang paling ketara ialah megalopolis Tokyo-Osaka, Athens dan sekitamya, Vancouver di Canada dan Seattle (Amerika Syarikat).

Kawasan persisiran pamai telah mengalami pembangunan yang pesat, terlalu sesak dan kadar eksploitasi yang tinggi. Perairan pantai telah dicemari teruk dengan sisa buangan domestik, industri dan pertanian. Sungai-sungai membawa lebih bahan pencemar. merangkumi bahan kimia organik dan logam be rat bersama-sama dengan bahan mendakan yang lain. Ekosistem pantai yang kaya dengan pelbagai sumber alam seperti estuari. paya bakau dan "salt marshes"

telah dimusnahkan.

20

(31)

,

}:

Kajian menunjukkan bahawa lebih dari separuh gansan pantai di dunia mengalami tekanan pembangunan.4 Lebih daripada 50 peratus penduduk . dunia, iaitu lebih kurang 3.2 billion penduduk tinggal di persisiran pantai.

Unjuran penduduk dunia menunjukkan bahawa menjelang tahun 2025, 75 peratus penduduk dunia, atau 6.3 billion penduduk, akan tinggal di kawasan persisiran pantai - 500 juta lebih daripada populasi dunia sekarang (World Resources Institute [WRI], 1995).

Ledakan populasi dunia ini dengan jelas menandakan tekanan penduduk ke atas as as sumberjaya sesebuah negara tersebut. 1a memerlukan pembangunan pelan pengurusan yang lebih banyak, terutamanya dalam bentuk keperluan infrastruktur, perkhidmatan-perkhidmatan penting, dan juga pembekalan pekerjaan pada masa depan. Dengan erti kata lain, kerajaan patut merekabentuk sistem perancangan yang lebih komprehensif, termasuklah ukuran pengezonan yang meregulasi aktiviti pembangunan industri, komersial, dan perumahan serta mengurangkan impak negatifke atas alam sekitar.

Pada tahun 1995, World Resources Institute (WRI) telah melaporkan bahawa lebih separuh daripada pantai di dunia menerima impak pembangunan yang serius. Selaras dengan urbanisasi pantai. pembangunan industri dan komersial berlaku pesat. Pertumbuhan zon pantai yang tidak terancang ini telah

• \\'orld Resources Institutc. 1 <)95. WRI Indicator Brief: Coastlines at Risk: An Index of Potential Dcvelopmenl-Rdated Thrcats 10 Coastal Ecosystems. \\ashington. D.C.:WRI. pp.I-8.

21

(32)

menjejaskan kapasiti kerajaan untuk menguruskan baki sumberjaya secara mampan.

2.2.2 Ancaman Kepada Sumberjaya Persisiran Pantai Di Malaysia

Sumberjaya yang paling berharga bagi rantau Asia Tenggara ialah hutan paya bakaunya yang merangkumi peratusan tinggi di dunia. Kehilangan hutan paya bakau di rantau Asia Tenggara berlaku pada kadar yang tinggi. Sungguhpun masih terdapat sebanyak 5 juta hektar hutan paya bakau, angka ini hanyalah setengah daripada jumlah keluasannya yang asal.

Di Malaysia, keluasan hutan paya bakau sekarang meliputi lebih kurang 650,000 hektar. Sebanyak satu pertiga telah musnah akibat pembangunan, terutarnanya untuk pembalakan, pembinaan kolam penternakan ikan dan udang, serta pembangunan kawasan pertanian kelapa sawit dan getah. Kebanyakan hutan paya bakau yang tinggal sekarang adalah terletak di Sabah dan Sarawak.

Hutan paya bakau memainkan peranan yang amat penting dalam persekitaran marin, bukan sahaja kepada manusia, malah juga kepada tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam ekosistem tersebut. Sebahagian besar spesis-spesis flora dan fauna yang terdapat di hutan paya bakau adalah bersifat endemik (Jabatan Hutan, 2000). Amara fungsi-fungsi utama yang dimainkan oleh paya hakau ialah menstabilkan garisan pantai, asimilasi bahan buangan. memerangkap air

(33)

dalam kitar hidrologi, membekalkan habitat, asas kepada rantaian makanan ekosistem pantai, dan juga sebagai tempat pembiakan (WWF Malaysia, 2001).

Sejak turun temurun, kehidupan penduduk-penduduk tempatan sangat bergantung kepada paya bakau (Ong lin Eong, 1994). Kehilangan hutan paya bakau membawa kesan yang amat ketara kepada mereka. Kehilangan tempat percambahan biodiversiti ini telah menjejaskan kehidupan berjuta-juta nelayan berskel keeil. Sebagai satu eontoh, penangkapan udang telah berkurangan dengan hebat, begitu juga dengan persinggahan spesis-spesis burung unik yang semakin jarang. Selain fungsi ekologi dan ekonominya, hutan paya bakau juga merupakan sumberjaya yang amat berharga untuk ekolaneong. Pemusnahan hutan paya bakau akan mengurangkan kedatangan pelancong asing, terutamanya golongan pelancong ekolancong yang ingin menikmati keindahan alam di negara-negara tropika.

Sumber:iaya-sumberjaya pantai lain yang berharga di rantau Asia Tenggara termasuklah terwnbu karang, pantai berpasir dan sebagainya. Sebanyak 30 peratus daripada terumbu karang dunia terletak di rantau Asia Tenggara.

Sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah keluasan 200,000 kilometer persegi terumbu karang di rantau ini berada di bawah ancaman. Kebanyakannya akan musnah dalam masa 10 hingga 20 tahun melainkan pelan pengurusan yang berkesan dilaksanakan. Terumbll-terllmbu ini dibom dan diracuni oleh nelayan, dilombong untuk kapur, mengalami kesesakan nafas oleh mendapan terhakis,

(34)

dirosakkan oleh sauh perahu, dan juga diracuni oleh sisa pencemaran oleh buangan industri, aktiviti pertanian dan perbandaran (WRl, 1995).

Akibat daripada pembangunan sumberjaya yang tidak terancang ini, bilangan terumbu karang yang terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia semakin berkurangan. Pelancong-pelancong terpaksa membayar kos yang tinggi untuk melawat ke destinasi-destinasi tertentu yang mempunyai sumberjaya tersebut.

2.2.3 Ancaman Kepada Kawasan Persisiran Pantai Di Pulau Pinang

Pembangunan tanpa perancangan penggunaan sumberjaya yang teliti telah mendatangkan pelbagai masalah kepada alam sekitar, manusia dan juga aktiviti manusia itu sendiri.

Dalarn Iaporan Penang Coastal Profile yang disediakan di bawah Penang Integrated Coastal Zone Management (ICZMi, beberapa isu alam s~kitar telah dikenalpasti sebagai mengancam penggunaan mampan sumberjaya-sumberjaya sedia ada di Pulau Pinang. Antara masalah yang utama iaIah:

1. Sesetengah ekosistem dan habitat dalamnya telah dipecah-pecahkan sebagai hasil pembangunan, menjadikan ekosistem dan habitat tersebut lebih terdedah kepada gangguan.

, Projek Penang Integrated Coastal Zone Management (lCZM) tclah dimulakan pada tahun 1996 dengan bantuan kewangan daripada Kcrajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Belanda (Mdalui Danish Cooperation for Environment and Development: DANCED)

24

• • j

<I

I::.

j .

; j

. r

(35)

n. Terdapat kelemahan dari segi pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi kawasan yang kritikal daripada pencerobohan haram.

iii. Konflik gunatanah adalah ketara dan ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti penerokaan tanah bukit untuk pembangunan, penebusgunaan tanah untuk pembangunan, aktiviti perikanan dalam hutan paya bakau, dan akuakultur di tempat yang berdekatan dengan kawasan perindustrian.

IV. Pengurusan hutan slmpan seharusnya mencerminkan dengan tepat fungsi dan keseimbangan bagi penggunaannya yang mampan, dengan rekreasi, habitat hidupan liar, kawasan tadahan air dan sebagainya.

v. Projek-projek kawasan pantai - bilangan penebusgunaan tanah yang tinggi, kawasan perindustrian, perumahan, pembinaan pelabuhan, projek infrastruktur seperti pembinaan laluan ketiga, pembinaan lebuhraya dan sebagainya telah dirancang untuk Pulau Pinang, akan tetapi projek- projek ini mempunyai impak yang tinggi ke atas ekosistem pantai.

VI. Pencemaran marin - aspek pencemaran ini perlu pemantauan yang serius demi menjamin hasil tangkapan yang berterusan di perairan Pulau Pinang

Pada masa sekarang, terdapat sebilangan besar penduduk di Pulau Pinang masih tinggal di kawasan petempatan sementara (pemegang lesen pendudukan sementara-TOL) dan petempatan setinggan sepanjang sungai dan kawasan pesisiran pantai. Petempatan yang terdiri daripada golongan berpendapatan

25

(36)

rendah ini dibina dengan tidak terancang, iaitu tidak mempunYaI sistem pembuangan sisa pepejal dan pembetungan yang terancang, dan hal ini telah menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar yang serius.

Jenis kawasan rekreasi yang utama di sepanjang pesisiran pantai ialah pantai berpasir, hutan simpan, dan lapangan golf. Butan-hutan simpan membentuk satu bahagian yang penting bagi "Green Lung" di Pulau Pinang, selain berfungsi memelihara cerun dan kawasan tadahan air. Lapangan golf pula dibina untuk kegunaan golongan tertentu sahaja.

Terdapat beberapa konflik yang berkaitan dengan nelayan pantai ("inshore fishermen") yang perIu perhatian iaitu:

1. Konflik sempadan pengguna pukat tunda dengan nelayan tepi pamai.

11. Ancaman terhadap industri pentemakan tiram dan ikan sangkar daripada pembuangan sisa pencemaran oleh aktiviti pertanian dan industri.

iii. Pembinaan dan operasi kolam ikan di "wetland" dan paya bakau.

Konflik ini perIu diberikan perhatian yang khusus kerana bilangan perkampungan nelayan yang tinggal di Pulau Pinang adalah sedikit dan kebanyakan nelayan telah bertukar pekerjaan kepada sektor yang lebih menguntungkan. iaitu sektor pelancongan.Pada masa sekarang hanya terdapat 10 perkampungan nelayan berbanding 19 perkampungan pada tahun 1976 (Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2000). Industri perikanan di Pulau Pinang mungkin terjejas jika konlik terse but masih berlaku.

26

(37)

Oleh itu, perancangan yang lebih teliti dan berkesan perlu dijalankan untuk memastikan pemajuan-pemajuan pesisiran pantai kawasan kajian (Kampung Nelayan Pantai Acheh) dapat dirancang dengan lebih baik.

2.3 Pembangunan Sumberjaya Untuk Pelancongan

Negara-negara dunia ketiga dan sedang membangun mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara maju dari segi kepelbagaian dan keadaan persekitaran semula jadi yang belum diterokai. Surnberjaya-sumberjaya tersebut terdiri daripada hutan hujan tropika, tanah padang sanna dan juga terurnbu karang semula jadi. Pernandangan semula jadi yang menakjubkan pula merangkumi air terjun dan juga gunung tertinggi di dunia. Tambahan pula, negara-negara tersebut menawarkan kepelbagaian flora dan fauna dalam habitat semula jadi untuk tontonan semua pelancong.

Pembangunan sumberjaya-sumberjaya tersebut boleh mendatangkan pulangan yang banyak kepada negara-negara terse but. Akan tetapi, bukan semua kawasan sesuai dibangunkan. Penyelidikan dan perancangan yang rapi diperlukan bagi membolehkan sumberjaya-sumberjaya tersebut dieksploitasi dengan optimum. Justeru, pemahaman tentang konsep pelancongan. senario semasa pelancongan. dan juga hubungkait antara alam semulajadi dengan pelancongan perJu didalami.

'27

(38)

, I

f

I;

mengikut ciri-ciri dan juga pengalaman perjalanan mereka, contohnya drifter,

"

I

''- peneroka, pelancong individual 111assa dan juga pelancong massa terahlr6. 2.3.2 Alam Semula Jadi Dan Pelancongan

Pada rnasa-rnasa tertentu, lebih daripada 300 juta penduduk dunia didapati melancong (Cater,1988). Pelancongan rekreasi memenuhi 50 hingga 60 peratus pasaran pelancongan dunia. Adalah dianggarkan bahawa 20 hingga 25 peratus pelancongan rekreasi boleh didefmisikan sebagai pelancongan sernula jadi atau ecotourism. Angka ini adalah lebih kurang 13 peratus pelancong dunia terse but atau 33 hingga 45 juta pelancong.

Dalam konteks wilayah, negara-negara di Asia Tenggara menawarkan pelbagai produk pelancongan yang boleh dianggap sebagai produk ekolancong.

Memandangkan peratusan pelancong ekolancong yang tinggi, pernbang~an

aspek pelancongan ini rnemerlukan perancangan yang rapi.

Pada kebiasaannya, pelancongan sernula jadi senng dikaitkan dengan unsur pendidikan, rekreasi dan pengalarnan. Boo (1990) te1ah rnernperkenalkan perkataan ekolancong yang sarna dengan "nature tourism" dan seterusnya mendefinisikannya sebagai "travelling to relative!v ul1disturbed or unconramil1ated nalurat areas yvith the spec(/k o~iective of stU{~\·il1g. admiring

" Klasi fikasi pelancong mengikut Model Intcraksi ~'ang diperkenalkan oleh Cohen ( I ()7-1 L

29

(39)

and ejoying the scenery and its wild plants and animals, as well as any existing cultural manifestations".

Secara ringkasnya, pelancongan berasaskan sumber semula jadi adalah berkenaan dengan penghayatan langsung beberapa fenomena alam yang tidak terganggu. Sebagai pelancongan altematif, ekolancong menekankan pembangunan aktiviti yang berskala kecil, dan kepunyaan penduduk tempatan.

Dalam konteks Asia Tenggara, implikasinya terhadap penduduk tempatan amat jelas, iaitu tidak memerlukan perbelanjaan besar bagi pembinaan kemudahan pelancongan yang mahal; pemiagaan kepunyaan penduduk tempatan tidak perlu diubahsuai bagi mematuhi citarasa dan identiti pelancongan multinasional; dan keuntungan yang diperolehi tidak mengalir ke luar negara (Cater 1994). Secara tidak langsung, pendapatan daripada sektor ini bukan sahaja membantu peningkatan ekonomi penduduk tempatan, malah boleh digunakan untuk memelihara persekitaran semula jadi sumberjaya terse but juga.

2.3.3 Senario Pelancongan Malaysia

Di Malaysia, pelancongan adalah sektor kedua terbesar selepas industri pembuatan dan dijangka menghasilkan pendapatan RMlS.7 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2000. Untuk menjamin perancangan dan strategi pembangunan yang terperinci dalam pembangunan sektor pelancongan serta memanfaatkan sumber alam yang unik. kerajaan telah menggubaJ Dasar Pelancongan Kebangsaan. Antara strategi dan program peJancongan yang diberi 30

(40)

penekanan utama oleh Dasar Pelancongan Kebangsaan ialah pembangunan prod uk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi.

Terdapat pelbagai konsep dan jenis pelancongan yang digalakkan di Malaysia, seperti pelancongan budaya, pelancongan warisan, ekolancong, pelancongan sungai, pelancongan sukan, pelancongan agro dan pelancongan des a atau kampung. Antara lain, aset-aset marm merupakan tarikan utama yang mengundang kedatangan pelancong-pelancong asmg ke negara kita.

Pembangunan aset-aset tersebut (contohnya, garisan pantai, pulau-pulau, dan terumbu karang) telah diberikan prioriti utama oleh kerajaan dan juga sektor swasta. Pelaburan dalam sektor ini datangnya daripada pertubuhan besar dan juga industri kampung yang kecil. Secara tradisional, pelancongan marin di negara kita merangkumi pengunjungan pantai untuk berkelah dan juga berenang. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini, aktiviti pelancongan marin telah dikembangkan ke pulau-pulau kecil dengan pertambahan peelbagai aktiviti dan kemudahan rekreasi seperti penyelaman dan sukan menangkap ikan (Mohd.

Nizam Basiron, 1994).

2.3.4 Senario Pelancongan Pulau Pinang

Pulau Pinang telah lama dikenali sebagai pusat pelancongan. Pulau Pinang kaya dengan tarikan pelancong seperti kawasan bersejarah, tarikan kebudayaan dan pusat membeli-belah. Disebabkan oleh faktor geografi. Pulau Pinang mempunyai pantai-pantai semula jadi yang indah. seperti Tanjung Bunga, Batu

(41)

Feringgi dan Pantai Keracut. Selain itu, Pulau Pinang juga mempunyai aset-aset pelancongan lain yang berharga (sila rujuk Rajah 2.1 di sebelah). Dengan adanya sistem pengangkutan darat yang baik dan peletakan Pelabuhan Pulau Pinang yang strategik serta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, negeri ini telah mengalami kadar pertumbuhan pelancongan yang tinggi.

Kedatangan pelancong asing ke Pulau Pinang yang banyak telah mendatangkan impak dan kesan buruk ke atas pengurusan sumber pada destinasi-destinasi pelancongan di dalam negeri ini.

Secara ringkas, pembangunan aset-aset pelancongan di Pulau Pinang boleh dikategorikan sebagai:

Sumber keindahan semulajadi.

Sumber bersejarah.

Sumber kebudayaan.

Sumber sukan dan rekreasi.

Sumber membeli-belah.

Sumber pelayaran kruis (Cruising).

Sumber MICE (Meeting, Incentive. Convention & Exposition).

Selaras dengan skop penyelidikan, perbincangan akan ditumpukan terhadap aspek pembangunan sumberjaya persisiran pantai untuk pelancongan.

(42)

, ,

PEnlNJt1K

::::iiI

K _ IWn S'lI'IIjIQIIJPemc~OIVOfi _ Kawosa1 f'eantQ19cn Buld!

~ X,rJSOr. PemJiMrcm ScndGr CodIl~r KOIllSM TllfIlbak lIIlrt

!_/0;:,:::1

Slrlqoi

~ f'tIlt'mpungon Pertonion

;~ Toman iIegeri .... f'ildcnq Golf

~i; Rdmlsi

Tumon RdIreosi Semi!lo p4i

,,,<-~ Pantoi Percnqi1co

Bay

6)-

~ l<anfllek ~\IcJn/5WGm

(t)

lopllnljQ~ TerixJ1c.I Jr\en ~ 5eQia /tds - ltbul Rayt Se&o hi~

Rajab 2.2 : Lokasi Sumber Pelancongan Di Pulau Pinang Sumber: DrafRancangan Struktur (Pengubahan) Pulau Pinang Tahun 2000,

Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

33

(43)

r ,

t

Kawasan pelancongan pantai di Pulau Pinang kebanyakan tertumpu di kawasan pelancongan Utara Pulau Pinang. Aktiviti pelancongan hebat dijalankan di

f

~ sekitar pantai Tanjung Tokong, Tanjung Bunga, Batu Feringgi dan Teluk Bahang. Di sini, terdapat banyak hotel-hotel antarabangsa yang didirikan di tepi pantai. Aktiviti sukan air, berenang, berkelah, dan menunggang kuda di tepi pantai digalakkan oleh pemaju hotei-hotel berkenaan. Pembangunan yang hebat di sini telah menghalang visual orang ramai terhadap pemandangan pantai.

Akses-akses orang awam ke pantai juga sedikit sebanyak terhalang.

Sungguhpun terdapat beberapa laluan disediakan untuk orang awam, masalah masih timbul dari segi perletakan kenderaan dan tempat bertukar pakaian.

Selain pantai utara, pantai-pantai lain yang turut dibangunkan untuk pelancongan ialah pantai Muka Head, Pantai Keracut dan Pantai Mas. Corak pembangunan yang dilakukan di sini lebih pasif, iaitu sekadar berkhemah, memancing, berenang dan penghayatan alam sekitar. Aktiviti sukan air tidak digalakkari di sini. Aktiviti yang lebih dominan di sini ialah penghayatan spesis flora dan fauna yang terdapat di Hutan Simpan Pantai Acheh yang melingkungi pantai-pantai terse but. Kampung Nelayan Pantai Acheh pula terletak di pinggir selatan hutan simpan tersebut. Oleh itu, sentiasa terdapat pelawat yang mengunjungi kawasan perkampungan terse but. Sumberjaya-sumberjaya yang ada pada kampung tersebut j ika dibangunkan dengan baik, mungkin akan menjadi satu Jagi tarikan semula jadi pantai barat kepada pelancong-pelancong.

34

(44)

2.3.5 Dasar Rancangan Struktur (Scktor PelaDcoDgaD)

Industri pelancongan kini kekal sebagai sumber pendapatan yang penting bagi Negeri Pulau Pinang. Pad a tahun 1995, jumlah perbelanjaan pelancong di Negeri Pulau Pinang dianggarkan hampir kepada RM3.223 ribu juta (hampir 34.5% dari KDNK tahun 1995) dan dijangka akan terus meningkat di mana unjuran tahun 2010 menunjukkan peningkatan kepada RM7.79 ribu juta.

Pendapatan yang mengalir masuk dari industri pelancongan ini bukan sahaja memberi faedah kepada pemiagaan-pemiagaan seperti hotel, penyediaan makanan, rune it dan perkhidmatan yang berkaitan, tetapi kesan gandaannya juga telah memberi faedah dan menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain di dalam pulau ini.

Seksyen 8.1.1 Draf Rancangan Struktur (Pengubahan) Pulau Pinang 2000 menyarankan bahawa : tahap keupayaan Pulau Pinang untuk bersaing di pasaran dunia sebagai destinasi yang baik bergantung kepada keupayaannya untuk terus menawarkan kepelbagaian produk pelancongan tanpa menjejaskan sistem ekologi pulau tersebut. Ciri-ciri semula jadi seperti pantai-pamai, bukit-bukau dan bangunan-bangunan lama yang menarik di dalam bandaraya merupakan antara ciri-ciri penting yang menarik pelancong ke pulau ini. Dalam konteks ini, Kampung Nelayan Pantai Acheh boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan ciri-ciri semula jadinya.

Pemyataan dalam seksyen itu juga menyarankan: " ... sumber-sumber dan kemudahan pelancongan yang baru hendaklah diwujudkan dan dibangunkan

(45)

i I

l

dengan rapi dan terancang bagi rnewujudkan suasana yang selesa untuk kunjungan pelancong". Pernyataan ini jelas rnenunjukkan bahawa pernbangunan surnberjaya untuk pelancongan perlu rnelalui proses penilaian yang teliti. Dalarn konteks ini, saranan terse but rnernang selaras dengan matlarnat dan objektif- objektif penyelidikan ini.

Selain itu, dalarn seksyen 8.3.2 Mengenal Pasti, Merancang dan Memajukan Perkarnpungan Nelayan dan· Pertanian untuk Pelancongan, beberapa perkampungan nelayan dan pertanian di bahagian barat dan selatan pulau telah disenaraikan untuk dimajukan sebagai tarikan ecotourism dan agrotourism.

Kampung-karnpung tersebut terrnasuk Kampung Mutiara, Karnpung Tanjung Tokong, Teluk Bahang, Kuala Sungai Pinang, Kampung Sungai Rusa, Pulau Betong, Kampung Jalan Bahru, Karnpung Perlis, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Kampung Seronok dan Teluk Ternpoyak. Beberapa strategi telah digariskan untuk membangunkan kampung-kampung tersebut untuk menarik lebih rarnai pelancong. Karnpung Nelayan Pantai Acheh secara kebetulannya tidak disenaraikan. Dengan dernikian, penyelidikan ini rnerupakan penyelidikan yang pertama untuk mengkaji potensi pembangunan sumberjaya di karnpung tersebut untuk pelancongan.

2.4 Rumusan

Pantai dan ekosistern pantai merupakan sumberjaya yang amat berharga. Jika tidak dieksploitasi dengan baik. pernbaziran dari segi surnber dan tenaga berlaku. Keadaan 36

(46)

ini bukan sahaja mengancam sumberjaya-sumberjaya tersebut, malah juga menjejaskan rezeki penduduk setempat yang bergantung hidup kepadanya sejak turun-temurun lagi.

Sejak dahulu lagi, Pulau Pinang memang dikenali sebagai pusat pelancongan dan rekreasi yang mempunyai tarikan keindahan laut yang utama di rantau ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mempertingkatkan peranan Negeri Pulau Pinang sebagai

"pintu masuk" pelancongan ke wilayah utara Semenanjung Malaysia. Ini secara tidak lang sung telah memberi implikasi pembangunan pelancongan dan rekreasi di zon pantai pada masa akan datang.

Sungguhpun pembangunan pelancongan dan rekreasi di Pulau Pinang banyak bertemakan ciri-ciri pantai tropika dan unsur-unsur zon pantai yang berkaitan, perkembangan sektor pelancongan telah memperlihatkan eksploitasi sumber-sumber zon pantai yang kurang mengambil kira aspek lain zon pantai, seperti kehidupan penduduk tempatan dan keupayaan menampung. Pelbagai masalah telah wujud akibat eksploitasi sumbeIjaya yang tidak terancang, antara lain, tennasuklah konflik pembangunan kemudahan-kemudahan pelancongan dengan kawasan petempatan nelayan di zon pantai, dan juga konflik sosial dengan gaya hidup serta kehidupan penduduk pantai dan nelayan.

-' ,

(47)

3.0 KA W ASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Karnpung Nelayan Pantai Acheh rnerupakan salah satu daripada beberapa perkarnpungan nelayan yang tinggal di Pulau Pinang yang tidak ditelan arus pernbangunan. Ia juga rnerupakan satu-satunya perkarnpungan nelayan yang rnernpunyai majoriti penduduk Cina dan kegiatan ekonomi yang utarna masih merupakan perikanan.

Menurut penghulu kampung ini, Encik Thor Chien Kee, Kampung Nelayan Pantai Acheh merupakan peternpatan nelayan yang wujud sejak seratus tahun dahulu.

Kebanyakan penduduk perintis di sini datangnya daripada negara China dan Indonesia.

Terdapat bilangan penduduk yang ramai pada rnasa itu. Na

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Analisis SWOT terhadap produk pelancongan iaitu Sukan dan Rekreasi, Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (MICE), Persekitaran Semula jadi, Persekitaran Bangunan

(2011) telah meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada hasrat penyertaan penduduk dalam pengurusan ekopelancongan dan mencadangkan hubungan antara struktur hasrat

Pendidikan warisan sejarah, budaya dan alam sekitar di destinasi pelancongan yang dilakukan terhadap pelajar sekolah juga adalah sesuatu program yang baik untuk

Bagi merealisasikan pelaksanaan produk pelancongan khususnya pelancongan di kawasan tanah tinggi, berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2001, Rancangan

Dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa tujuan ke wilayah ECER menunjukan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa untuk bercuti agak tinggi iaitu

Oleh itu, dalam usaha menyokong Lembah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan luar bandar yang berdaya saing, kajian ini memberikan tumpuan kepada perniagaan mikro dan

Hasil kajian mendapati bahawa persepsi pelancong terhadap negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari adalah pada tahap kepuasan yang tinggi.. Ini menunjukkan bahawa

Lata Jarum terletak di Daerah Raub, Pahang merupakan sebuah destinasi ekopelancongan yang dapat menarik pelancong dengan keindahan hutan semulajadi yang kaya