• Tiada Hasil Ditemukan

Pengetahuan dan sikap guru pendidikan Islam terhadap amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) Sekolah Kebangsaan di Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pengetahuan dan sikap guru pendidikan Islam terhadap amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) Sekolah Kebangsaan di Perlis"

Copied!
44
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

SEKOLAH KEBANGSAAN DI PERLIS

SALIHAH BINTI ABD KADIR

SARJANA PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2022

(3)
(4)

ii

Kebenaran Mengguna

Penyerahan tesis ini ialah sebagai memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Pendidikan daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah, (UUM). Saya bersetuju menjadikan tesis ini sebagai bahan rujukan di perpustakaan. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran untuk membuat salinan keseluruhan atau sebahagian daripadanya bagi tujuan akademik mestilah mendapat kebenaran daripada penyelia saya atau semasa ketiadaan beliau, kebenaran tersebut boleh diperolehi daripada dekan (Awang Had Salleh Graduate School), UUM College of Art and Sciences. Sebarang penyalinan, penerbitan dan penggunaan ke atas keseluruhan atau penggunaan ke atas sebahagian daripada tesis ini tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada penyelidik. Penyataan rujukan kepada penyelidik dan UUM mestilah dinyatakan dalam bentuk rujukan yang dalam tesis ini.

Sebarang permohonan untuk menyalin atau menggunakan tesis ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya boleh dibuat dengan menulis kepada:

Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Art and Sciences UUM College Of Art and Sciences

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok

(5)

iii

Abstrak

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). PBD yang mula dilaksana di sekolah pada tahun 2017 menimbulkan isu apabila terdapat perdebatan berhubung pelaksanaan di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh tahap pengetahuan dan sikap terhadap amalan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam (PI). Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan seramai 217 orang guru PI yang terdiri daripada 48 buah sekolah di Negeri Perlis. Kajian ini yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklumat berhubung tahap pengetahuan, sikap dan amalan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan guru PI berada pada tahap yang tinggi. Manakala sikap guru PI terhadap PBD adalah positif.

Kajian ini juga menemukan bahawa terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan tahap amalan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Di samping itu, terdapat juga hubungan yang positif dan signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap terhadap PBD. Dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap dan tahap pengetahuan guru PI mempengaruhi tahap amalan PBD secara signifikan. Kajian ini memberikan implikasi kepada amalan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam secara khusus dan kepada semua guru secara umumnya. Dalam memastikan tahap amalan PBD yang baik, pembentukan sikap yang positif serta tahap pengetahuan yang mendalam tentang PBD akan memungkinkan amalan PBD menjadi lebih baik dan berkesan. Justeru, pihak bertanggung jawab seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan serta pihak pengurusan sekolah perlu memberikan perhatian kepada perkara ini mengadakan bengkel-bengkel serta latihan tertentu dari semasa ke semasa demi memastikan pelaksanaan PBD menjadi lebih berkesan dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Sikap, Pengetahuan, Amalan, Pentaksiran bilik darjah, Guru pendidikan Islam.

(6)

iv

Abstract

Classroom assessment (PBD) is an assessment that occurs continuously throughout the teaching and learning processes. PBD which was first implemented in schools in 2017 raises issues when there is a debate regarding implementation in the classroom. This study aimed at examining the influence of the level of knowledge and attitudes on the practice of PBD among Islamic Education (PI) teachers. This quantitative study involved a total of 217 PI teachers from 48 primary schools in Perlis. This study which adopted a survey design used a questionnaire instrument to obtain information on the level of knowledge, attitudes and practices of PBD among PI teachers. The findings of the study showed that the level of knowledge and practice of PI teachers was high while PI teachers’ attitude towards PBD was positive. The study also found that there were significant differences in knowledge levels and levels of practice based on teaching experience. In addition, there was also a positive and significant relationship between the level of knowledge and attitudes towards PBD. The study also found that the attitudes and level of knowledge of PI teachers significantly influenced the level of PBD practice. This study gives implications to the implementation practices of PBD among PI teachers in particular and to all teachers in general. In ensuring a good level of PBD practice, the formation of a positive attitude as well as a deep level of knowledge about PBD will enable better practice of PBD Therefore, responsible parties such as the Ministry of Education, Department of Education and school management need to pay attention to this matter to hold workshops and specific training from time to time to ensure the implementation of PBD to be more effective and help to facilitate the teaching and learning processes.

Keywords: Attitude, Knowledge, Practice, Classroom assessment, Islamic education teacher.

(7)

v

Penghargaan

Bersyukur kepada Allah kerana dengan izin dan inayat-Nya, tesis ini dapat disempurnakan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia Prof. Madya Dr. Mohd. Isha Awang atas bimbingan, nasihat dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga kepada Dr. Nurliyana Bukhari, Prof. Dr. Azmil Hashim, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Haji Othman, Prof. Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim, Prof Madya Dr.

Arumugam Raman, Dr. Byabazaire Yusuf dan Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi sokongan kepada penulis sepanjang tempoh pengajian dalam bentuk galakan dan insentif. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Guru Besar dan GPI sekolah- sekolah rendah di negeri Perlis yang terlibat dalam kajian kerana memberi keizinan dan kerjasama untuk menjayakan kajian ini.

Terima kasih juga kepada suami tercinta En. Azman Ariffin, anak-anak Muhammad Farhi, Mu’taz, Rifqi, Nawal, Hirfiy yang menjadi pencetus semangat dan inspirasi, turut merakamkan terima kasih yang berpanjangan kepada ayahanda, En. Abd Kadir Salleh dan bonda, Pn. Aisyah Omar atas doa yang sentiasa mengiringi. Kesabaran dan sokongan kalian dapat memudahkan lagi usaha menamatkan kajian ini. Akhir sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan di atas dorongan dan nasihat yang diberikan serta semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Keikhlasan dan doa kalian amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

(8)

vi

Isi Kandungan

Kebenaran Mengguna ... ii

Abstrak ... iii

Abstract ... iv

Penghargaan ... v

Isi Kandungan ... vi

Senarai Jadual... x

Senarai Rajah ... xi

Senarai Lampiran ... xii

Senarai Nama Singkatan ... xiii

BAB SATU PENDAHULUAN ... 1

1.1 Pengenalan ... 1

1.2 Latar Belakang Kajian... 2

1.3 Penyataan Masalah ... 4

1.4 Objektif Kajian ... 8

1.5 Soalan Kajian ... 8

1.6 Hipotesis ... 9

1.7 Kerangka Konseptual Kajian ... 9

1.8 Kepentingan Kajian ... 10

1.8.1 Guru ... 11

1.8.2 Murid ... 12

1.8.3 Pentadbiran Sekolah ... 13

1.8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia ... 13

1.9 Skop Kajian dan Limitasi Kajian ... 13

1.10 Definisi Operasional... 14

1.10.1 Pengetahuan ... 14

1.10.2 Sikap ... 15

1.10.3 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ... 15

1.11 Kesimpulan ... 15

BAB DUA KAJIAN LITERATUR ... 17

2.1 Pengenalan ... 17

2.2 Kerangka Teoritikal Kajian ... 17

2.2.1 Model Dick dan Carey (2015)... 18

(9)

vii

2.2.2 Model KAP (Knowledge, Attitude, Practice) ... 21

2.2.3 Konsep Mu’allim, Mudarris, Muaddib, Murabbi dan Mursyid 23 2.3 Pentaksiran Bilik Darjah ... 25

2.3.1 PBD Tahap Satu ... 28

2.3.2 Konsep Asas PBD ... 29

2.3.3 Kelebihan PBD ... 34

2.3.4 Perbezaan antara Penilaian dan Pentaksiran ... 36

2.4 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Amalan Pentaksiran ... 37

2.5 Pengetahuan Guru Berdasarkan Jantina dan Pengalaman ... 40

2.6 Sikap Guru Terhadap Amalan Pentaksiran ... 41

2.7 Sikap Guru Berdasarkan Jantina dan Pengalaman ... 45

2.8 Tahap Amalan Guru terhadap Pentaksiran Bilik Darjah... 46

2.9 Tahap Amalan Berdasarkan Jantina ... 49

2.10 Tahap Amalan Berdasarkan Pengalaman... 51

2.11 Amalan dari perspektif Islam ... 53

2.12 Kesimpulan ... 54

BAB TIGA METODOLOGI ... 55

3.1 Pengenalan ... 55

3.2 Reka Bentuk Kajian ... 55

3.3 Populasi dan Sampel Kajian... 56

3.3.1 Populasi ... 56

3.3.2 Sampel ... 57

3.4 Instrumen Kajian ... 58

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan ... 60

3.5.1 Kesahan ... 60

3.5.2 Kebolehpercayaan ... 64

3.5.3 Kajian Rintis ... 64

3.6 Prosedur Pengumpulan Data ... 65

3.7 Analisis Data ... 66

3.8 Kesimpulan ... 68

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN ... 69

4.1 Pengenalan ... 69

4.2 Analisis Tinjauan Kajian ... 69

4.2.1 Kadar Tindakbalas (Response Rate)... 70

(10)

viii

4.3 Pembersihan Data (Data Cleaning) ... 70

4.3.1 Analisis Kehilangan Data (Missing Data)... 70

4.3.2 Analisis Data Terpencil (Outliers) ... 71

4.3.3 Analisis Multicollinearity ... 73

4.3.4 Ujian Kenormalan Data ... 73

4.3.5 Analisis Common Method Bias ... 75

4.3.6 Analisis Homoscedasticity ... 76

4.4 Profil Responden (Demografi) ... 76

4.5 Analisis Deskriptif ... 78

4.5.1 Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam ... 79

4.5.2 Sikap terhadap PBD ... 82

4.5.3 Tahap Amalan PBD ... 85

4.6 Ujian Hipotesis ... 88

4.6.1 H₀1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan berdasarkan jantina. ... 89

4.6.2 H₀2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan berdasarkan pengalaman. ... 89

4.6.3 H₀3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap GPI berdasarkan jantina... 91

4.6.4 H₀4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap berdasarkan pengalaman. ... 92

4.6.5 H₀5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan PBD berdasarkan jantina. ... 93

4.6.6 H₀6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan berdasarkan pengalaman. ... 93

4.6.7 H₀7: Tidak terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan tahap pengetahuan dan sikap GPI terhadap amalan PBD. ... 95

4.6.8 Kesimpulan...99

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN ... 101

5.1 Pengenalan ... 101

5.2 Ringkasan Kajian ... 101

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian ... 102

5.3.1 Tahap pengetahuan GPI terhadap amalan PBD tahap satu....103

5.3.2 Tahap sikap GPI terhadap amalan PBD tahap satu...105

(11)

ix

5.3.3 Tahap amalan PBD tahap satu dalam kalangan GPI...106

5.3.4 Perbezaan pengetahuan berdasarkan jantina...108

5.3.5 Perbezaan pengetahuan berdasarkan pengalaman...109

5.3.6 Perbezaan sikap berdasarkan jantina...110

5.3.7 Perbezaan sikap berdasarkan pengalaman...110

5.3.8 Perbezaan tahap amalan PBD tahap satu berdasarkan jantina. ...111

5.3.9 Perbezaan tahap amalan PBD tahap satu berdasarkan pengalaman...112

5.3.10 Pengaruh sikap dan pengetahuan GPI terhadap amalan PBD ...113

5.4 Implikasi Kajian ... ..114

5.4.1 Implikasi Terhadap Teori...114

5.4.2 Implikasi Terhadap Amalan...116

5.4.2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)…………..117

5.4.2.2 Pentadbiran Sekolah ... .118

5.4.2.3 Guru ... .118

5.4.2.4 Murid ... .119

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan...119

5.6 Kesimpulan ... 120

RUJUKAN ... 122

LAMPIRAN A ... 132

(12)

x

Senarai Jadual

Jadual 2.1 Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minumum Jam Setahun KSSR

(Semakan 2017) Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) ... 31

Jadual 3.1 Ringkasan Analisis Konstruk ... 59

Jadual 3.2 Analisis I-CVI dan S-CVI bagi instrument untuk mengukur aspek pengetahuan... 62

Jadual 3.3 Analisis I-CVI dan S-CVI bagi instrument untuk mengukur aspek sikap 61 Jadual 3.4 Analisis I-CVI dan S-CVI bagi instrument untuk mengukur aspek amalan ... 63

Jadual 3.5 Kebolehpercayaan Instrumen Berdasarkan Kajian Rintis ... 65

Jadual 3.6 Analisis data menggunakan SPSS ... 67

Jadual 4.1 Keputusan Ujian Skewnes Dan Kurtosis ... 74

Jadual 4.2 Maklumat Demografi Responden ... 77

Jadual 4.3 Jadual Interpretasi Min ... 78

Jadual 4.4 Analisis Nilai Purata dan Sisihan Piawai Bagi Konstruk Pengetahuan .... 79

Jadual 4.5 Analisis Nilai Purata dan Sisihan Piawai Bagi Konstruk Sikap ... 82

Jadual 4.6 Analisis Purata Dan Sisihan Piawai Bagi Konstruk Amalan ... 85

Jadual 4.7 Analisis Nilai Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Kontruk ... 87

Jadual 4.8 Perbandingan Pengetahuan Antara Jantina ... 89

Jadual 4.9 Perbezaan Tahap Pengetahuan Berdasarkan Pengalaman ... 90

Jadual 4.10 Ujian Post-Hoc Pengetahuan Berdasarkan Pengalaman ... 90

Jadual 4.11 Perbandingan Sikap Antara Jantina ... 92

Jadual 4.12 Perbezaan Sikap Berdasarkan Pengalaman ... 92

Jadual 4.13 Perbandingan Amalan Berdasarkan Jantina... 93

Jadual 4.14 Perbandingan Amalan Berdasarkan Pengalaman ... 94

Jadual 4.15 Ujian Post-Hoc Amalan Berdasarkan Pengalaman... 94

Jadual 4.16 Hubungan antara Sikap, Pengetahuan dan Amalan ... 96

Jadual 4.17 Jadual Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Korelasi ... 96

Jadual 4.18 Pengaruh Sikap dan Pengetahuan Terhadap Amalan PBD... 97

Jadual 4.19 Nilai R Square Pengetahuan dan Sikap ... 98

Jadual 4.20 Rumusan Dapatan Analisis SPSS ... 99

(13)

xi

Senarai Rajah

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Pengetahuan dan Sikap Guru ... 10

Rajah 2.1 Model Dick & Carey (2015) ... 20

Rajah 2.2 Model KAP Monde (2011) ... 22

Rajah 2.3 Kerangka Teoritikal Kajian ... 25

Rajah 2.4 Konsep Mu’allim, Mudarris, Murabbi, Muaddib dan Murshid (al-Attas, 1994) ... 24

Rajah 2.5 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah ... 26

Rajah 2.6 Perkembangan Pentaksiran dan DSK ... 27

Rajah 2.7 Hala Tuju Baharu Pentaksiran Malaysia ... 29

Rajah 3.1 Skala Maklum Balas Responden ... 59

Rajah 4.1 Keputusan Analisis Kehilangan Data……….71

Rajah 4.2 Analisis Data Terperncil……….72

Rajah 4.3 Scatterplot………...76

Rajah 4.4 Pengaruh Pengetahuan dan Sikap Terhadap Amalan .. ………..98

(14)

xii

Senarai Lampiran

Lampiran A: Borang soal selidik...132

Lampiran B: Surat Kelulusan eRas...138

Lampiran C: Surat kebenaran menjalankan kajian JPN...139

Lampiran D: Pengesahan instrumen kajian...141

(15)

xiii

Senarai Nama Singkatan

DSK Dokumen Standard Kurikulum

DSKP Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran DSP Dokumen Standard dan Pentaksiran

GPI Guru Pendidikan Islam HSP Huraian Sukatan Pelajaran

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum PAK21 Pembelajaran Abad Ke 21

PBD Pentaksiran Bilik Darjah

PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah PdP Pengajaran dan Pembelajaran PdPc Pengajaran dan Pemudahcaraan

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PS Pentaksiran Sekolah

SPPK Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

SR Sekolah Rendah

SPi Standard Prestasi

SK Standard Kurikulum

TP Tahap Penguasaan

AfL Assessment for Learning AaL Assessment as Learning AoL Assessment of Learning

(16)

1

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran asas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penggubalan subjek ini bertujuan melengkapkan keperluan sebagai seorang muslim dengan penghayatan Islam secara menyeluruh, memahami, mengamalkannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017b). Seperti mana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 114;

ُمرِ عۡ مَ لۡ ٱ بُِ نَوَمرِممِ ٱ يَ وَُ رِ خِ لۡأٓ ٱُ مِ و يَ لۡ ٱ وَُ للَّهِ ٱ بُِ نَومنُ مِ ؤۡ ُملا

ُ فِيُ نَومعَ سَٰرِميُ وَُ رِ كَنممَ لۡ ٱُ نِ عَُ نَ و نۡهَ يَ وَُ فِوَ

ُ

ي خ لۡ ٱ

ُ ي ح ل صلۡ ٱُ نِ مُِ ك ئ لْۡوَُٱ وَُ ِۖ ت

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh kepada yang makruf, dan melarang daripada yang mungkar, dan bersegeralah mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka itu, termasuk orang-orang yang soleh.

(Ali-Imran: 114)

Oleh itu, ilmu asas berkaitan al-Quran, hadis, ibadah, aqidah, sirah dan adab dibekalkan kepada murid. Mereka dididik untuk menghayati dan mengamal ilmu yang dipelajari berasaskan al-Quran dan al-Sunnah supaya mampu membangunkan diri serta masyarakat.

Sistem pendidikan di Malaysia telah berubah daripada sistem berorientasikan peperiksaan (exam-oriented) kepada pentaksiran yang bersifat holistik (Mohd Huzaimi, Zolkepli & Norasmah, 2020). Sistem pendidikan negara kita ditransform agar sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Segala kriteria pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai akan diterapkan kepada murid-murid

(17)

122

RUJUKAN

Abdul Said Ambotang, & Gobalakrishnan, S. (2017). Tahap integriti dan kesediaan guru. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(4), 1–22.

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Fajar Bakti.

Ainuddin Mohd Isa. (2018). Penaakulan moral, nilai profesional dan membuat keputusan terhadap amalan etika akademik dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru. (Tesis doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia).

Ali Semerci, & Mehmet Kemal Aydın. (2018). Examining high school teachers’

attitudes towards ICT use in education. International Journal of Progressive Education, 14(2), 93–105.

Al-Qaradawi, Yusof. (1995). Al-‘Ibādah fī al-Islām. Cet. 4, Maktabah Wahbah.

Al-Attas, M. N. (1994). Konsep pendidikan dalam Islam; suatu rangka pikir pembinaan filsafat Pendidikan Islam. Mizan.

Analisa Hamdan, Jamil Ahmad, & Ramlah Ab Khalid. (2015). Pembentukan sikap positif guru terhadap pelaksanaan aktiviti pentaksiran. Journal of Personalized Learning, 1(1), 77–84.

Aniza Ahmad, & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 5(1), 18–29.

Apak, J., & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(4), 6–22.

Artika Rasul Sulaiman & Hasmadi Hassan. (2019). Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 6 (1), 1-7

Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152–161.

https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175

Baharin Abu & Hasnita Ismail @ Nawang. (2010). Tahap kesediaan guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup mengajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Diperoleh dari http://eprints.utm.my/id/eprint/10523/

(18)

123

Baird, J. A., Andrich, D., Hopfenbeck, T. N., & Stobart, G. (2017). Assessment and learning: fields apart? Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 24(3), 317–350.

Bagozzi, R. P., Yi, Y., & Phillips, L. W. (1991). Assessing construct validity in organizational research. Administrative science quarterly, 36(3), 421-458.

Bijat, T. (2016). Pengaruh kepimpinan pengajaran terhadap efikasi kendiri guru, budaya sekolah dan amalan pentaksiran guru sekolah menengah kebangsaan, Sarawak. (Tesis doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia).

Budiaji, W. (2013). Skala pengukuran dan jumlah respon skala likert (The measurement scale and the number of responses in likert scale). Jurnal Ilmu Pertanian dan Perikanan, 2(2), 127–133. Diperoleh dari https://weksi- budiaji.github.io/publikasi/2013-12-01-skala-likert/

Chee, C. S., & Sern, L. C. (2019). Tahap kepuasan guru terhadap pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menegah harian biasa di Sarawak. Online Journal For TVET Practitioners, 4 (2), 30–34.

Cleland, J. (1973). A critique of KAP studies and some suggestions for their improvement. Studies in Family Planning, 4(2), 42.

https://doi.org/10.2307/1964829

Connelly, L. M. (2008). Pilot studies. Scholarly Journals, 17(6), 411–412.

https://doi.org/10.1001/jama.2015.10962

Creswell, J. W. (2014). Research design : Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). Sage Publications.

Dewi Purnama Sari, & Edy Surya. (2017). Development the module of mathematics statistics 1 by using the model of Dick and Carey Design. International Journal of Sciences: Basic and Applied Research (IJSBAR), 34(1), 237–246

Dick, W., Carey, L., & Carey, J. (2015). The systematic design of instruction (8th ed.).

Florida.

Ezwafahmey Ahmad Kusaini. (2018). Tahap kesediaan guru cemerlang Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah di Negeri Melaka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 8(Mei), 63–73.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) daerah Pontian.

(Laporan Projek Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia).

Faizah Yunus. (2003). Analisa keperluan latihan. Malaysian Journal of Social Administration, 2, 1–19.

(19)

124

Fakhri Abdul Khalil, & Mohd Isha Awang. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Journal of Social Science, 2, 1-7.

Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS. Sage Publications Limited.

Flamm, B. J. (2006). Environmental knowledge, environmental attitudes, and vehicle ownership and use. (PhD thesis, University of California, Berkeley).

https://www.researchgate.net/publication/34172665

Gengatharan, K., & Azali Rahmat. (2019). Keperluan modul pentaksiran pendidikan kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.

Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8(2), 19–27.

Gocmen, N. M., & Gulec, S. (2018). Relationship between teachers’ perpections of mobbing and their problem solving skills. Educational Research and Reviews, 13(1), 32–50. https://doi.org/10.5897/err2017.3404

Guat, T. M., Sare, K., & Bilung, L. (2015). Kesediaan pelajar institut pendidikan guru dalam pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1–18.

H. M. Natsir. (2017). Pengembangan pembelajaran Fikih kelas X Madrasah Aliyah dalam Model Dick & Carey. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 5(1), 44-67.

https://doi.org/10.15642/jpai.2017.5.1.44-67

Habibah Mat Rejab. (2016). Amalan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran Insya’ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). (Tesis doktor falsafah, Universiti Malaya

Hair, J., Sarstedt, M., Hopkins, L., & Kuppelwieser, V. (2014). Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM): An Emerging Tool In Business Research. Article in European Business Review, 26(2), 106–121.

https://doi.org/10.1108/EBR-10-2013-0128

Halimah Jamil, & Rozita Radhiah Saad. (2019). Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM, 9(2), 25–36.

Hall, B. G. E., & Hord, S. M. (2011). Implementation, learning builds the bridge between research and practice. www.learningforward.org

Hamdallat Taiwo Yusuf. (2015). Teachers’ classroom assessment strategies and curriculum implementation in Nigerian Secondary Schools. Malaysian Online Journal of Educational Management, 3(4), 50–62.

Hamimah Abu Naim, & Rohaya Talib. (2014). Cabaran pentaksiran berasaskan sekolah : Dilema guru. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014, 2014(April), 9–10.

(20)

125

Hana Yuliyani. (2010). Hubungan antara pengalaman mengajar dan motivasi mengajar dengan kompetensi guru Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan di Sekolah Menengah Pertama di Kabupaten Karanganyar. (Skripsi, Universitas Sebelas Maret).

Ibnu Muskawaih.(1981). Tahdhīb al-Akhlāq wa Tațhir al-‘Arāq. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

Institut Pendidikan Guru. (2019). Bimbingan instruksional bagi pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ismadiah Omar. (2012). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Gelang Patah, Johor. (Laporan projek penyelidikan sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah:

satu penilaian. (Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Kaliyaperumal, K. (2004). Guideline for conducting a knowledge, attitude and practice (KAP) Study. AECS Illumination, IV(1), 7–9. https://doi.org/10.1007/978-3-319- 12874-0_10

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011a). Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011b). Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Kurikulum standard sekolah rendah Pendidikan Islam: Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 1.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan pelaksanaan pentaksiran sekolah.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017a). Buku penerangan kurikulum standard sekolah rendah (Semakan 2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017b). Kurikulum standard sekolah rendah Pendidikan Islam:Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 3.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018a). Dokumen standard sekolah rendah (KSSR) Pendidikan Islam. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018b). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (1st ed.). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

(21)

126

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (2nd ed.). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khairul Anwar Abu Bakar. (2014). Tahap kesediaan guru pelatih institut pendidikan guru dalam latihan mengajar. (Laporan projek penyelidikan sarjana, Universiti Tun Hussein Onn).

KPM, SPI Bil 14/2018. Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid tahap 1 (tahun 1, tahun 2 dan tahun 3) di sekolah rendah KPM mulai tahun 2019.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Diperoleh dari https://doi.org/10.1261/rna.2763111

Kurt, S. (2015). Dick and Carey Instructional Model. Diperoleh dari https://educationaltechnology.net/dick-and-carey-instructional-model/

Lauermann, F., & König, J. (2016). Teachers’ professional competence and wellbeing:

Understanding the links between general pedagogical knowledge, self-efficacy and burnout. Journal of the European Association for Research on Learning and Instruction, 45, 9–19.

Launiala, A. (1970). How much can a KAP survey tell us about people’s knowledge, attitudes and practices? Some observations from medical anthropology research on malaria in pregnancy in Malawi. Anthropology Matters, 11(1), 1–13.

https://doi.org/10.22582/am.v11i1.31

Likert, R. (1932) A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology, No. 140.

Lynn M.R. 1986. Determination and quantification of content validity. Nursing Research 35: 382-385.

Mario Yusef. (2016). Model penilitian pengembangan Dick & Carey. Diperoleh dari https://marioyosefkabosu.wordpress.com/2016/12/21/pos-blog-pertama/

Mazlini Adnan, & Noorfazelawati Abd. Kadir. (2014). Amalan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4(1), 59–69.

Meyers, L., Gamst, G., & Guarino, A. (2006). Applied multivariate design and interpretation. Thousand Oaks, Sage Publication.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. DBP

Mohd Azeman Sailin. (2013). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah rendah Daerah Pontian. (Laporan projek penyelidikan sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

(22)

127

Mohd Eezan Hamdzsh, & Shahlan Surat. (2020). Pemupukan minat terhadap Jawi dalam kalangan sekolah rendah, International Conference On Educational Research (InCER 2020). UKM

Mohd Haidzir Yusof@Jusoh, & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. e-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial. UKM

Mohd Hilmi Mahmud, & Kamaliah Hj. Siarap. (2013). Kempen pencegahan H1N1 : Kajian tentang pengetahuan, sikap dan amalan penduduk di Timur Laut Pulau Pinang. Jurnal Komunikasi, 29(1), 127–140.

Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Haron, & Norasmah Othman. (2020). Penilaian pelaksanaan program pentaksiran alternatif sekolah rendah (PASR) di sekolah rendah Pendidikan Khas Integrasi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 9–16.

http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-02

Mohd Nawi, Muhammad Zulazizi (2020). Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah Yayasan Islam Kelantan terhadap multimedia dalam

pengajaran. Journal contribution.

https://doi.org/10.6084/m9.figshare.13498365.v1

Mohd Salihudin Rasul. (2013). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan di Daerah Muar dan Ledang Johor.

(Tesis sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Mohd Qhairil Anwar Azhar, & Zamri Mahamod. (2018). Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu -JPBM, 8(2), 13–24.

Monde, M. du. (2011). The KAP Survey Model (Knowledge, Attitudes & Practice).

USAID, SPRING. https://www.spring-nutrition.org/publications/tool- summaries/kap-survey-model-knowledge-attitudes-and-practices

Muhammad, Muhammad Al-Ghazali. (2005). Ihya' Ulum al-Din, cet.1.

Mustafa al-Bugha. (2006). Maqasid al-Syari'ah al-Islamiyah, Cet Dar al-Mustafa.

Nadhilah Abdul Pisal, & Kamarul Shukri Mat Teh. (2018). Perbezaan jantina dalam penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab. Journal of Nusantara Studies, 3(1), 143-153.

Nik Azis Nik Pa. (2003). Penggunaan teori dan kerangka teori dalam penyelidikan pendidikan Matematik. Masalah Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 26, 29–61.

Noor Asmina Mohd Rashid, Shaharuddin Md Salleh & Norah Md Noor. 2019.

Development of Jawi Spelling Skills Applications, ‘Oh Jawiku’. Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM)13(7): 80–89.

(23)

128

Noor Hisyam Mat Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula Pendidikan Islam. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nur Niaga Sdn.Bhd.

Noorzeliana Idris. (2016). Penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam kalangan guru. (Tesis doktor falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Noorzeliana Idris, Norazilawati Abdullah, & Saniah sembak. (2017). Isu dan cabaran pentaksiran berasaskan sekolah dalam kalangan guru. Conference on Teachers Education.

Nor Kalsium Mohd Isa. (2016). Pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar UPSI terhadap prinsip-prinsip Kampus Lestari. Jurnal Perspektif, 8(1), 29-41.

Noraini Bidin, & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 6(1), 64–76.

Noraini Mat Loddin, & Suhaida Abdul Kadir. (2013). Penerimaan guru terhadap pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan, 526–531.

Norhaslina Adam. (2013). Pemahaman, amalan dan permasalahan guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kurikulum baru sekolah menengah. (Laporan projek penyelidikan sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Norhayati Ibrahim, Fatimah Wati Halim, Noordeyana Tambi, Aizan Sofia Amin, &

Sariyah Abdullah. (2019). Kajian perbezaan jantina dan faktor berkaitan dengan tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan sukarelawan sukan sea. Jurnal Psikologi Malaysia, 33(3), 47.

Norlly Mohd Isa, & Hamimah Abu Naim. (2013). Kajian keperluan pembinaan modul pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam mata Pelajaran Sains tingkatan 2. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education, 30–

39.

Norshafinaz Abdul Sani, & Faridah Yunus. (2018). Amalan perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran pranumerasi di tadika swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2)(2018): 101-110 DOI:

http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-10

Nunnally. J.C., & Bernstein. I.H. (1994). Pychhometric theory (3rd ed.). McGraw-Hill Nur Syamira Abd Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis, & Aisyah Sjahrony. (2016).

Aplikasi permainan bahasa bermultimedia ke arah memacu peningkatan kefahamanal-Quran dan Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. 1(1):1-12.

(24)

129

Nurul Akmar Said. (2020). Pentaksiran alternatif : Pentaksiran prestasi, autentik, portfolio dan kaedah. Sains Humanika, 12(2-2), 51–55.

Nurulhuda Mohd Sukri. (2013). Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan kompetensi di Kolej Vokasional. (Laporan projek penyelidikan sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Piaw, C. Y. (2011). Kaedah penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan (2nd ed.).

McGraw Hill Education.

Pilok, S., Abdul Razak Ahmad, & Mohd. Mahzan Awang. (2019). The readiness of history teacher in implementing classroom assessment. International Conference on Sustainable Development & Multi-Ethnic Society 2, 192–196.

https://doi.org/10.32698/gcs.0196

Polit D.F. & Beck C.T. 2006. The content validity index: are you sure what's being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing & Health 26: 489- 497.

Raja Abdullah Raja Ismail, Y., & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘konsep 4C’

pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1, 45–

65.

Ramlan Mustapha. (2017). Reka bentuk model integriti akademik berasaskan penghayatan rohani. (Tesis doktor falsafah, Universiti Malaya).

Ravikumar. (2015). Amalan pentaksiran dalam PdP KSSR di sekolah kluster. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, jilid 9, 1–17.

Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila, & Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1(4), 1–

23.

Riza Faishol. (2018). Pengembangan paket pembelajaran ilmu pengetahuan sosial (IPS) kelas IV menggunakan model Dick, Carey & Carey di SD Negeri 2 Tamanagung.

Tarbiyatuna, 2(2), 31–49.

Roszalina Rawi. (2017). The impact of Malay Language teachers’ early assessment habitus on classroom assessment procedures. Sarjana, 32(1), 11–20.

Saliza Ali. (2019). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan Guru Matematik.

(Tesis sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business. John Wiley & Sons Ltd. (7th ed.). https://doi.org/10.1007/978-94-007-0753-5_102084

(25)

130

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 9(1), 56–67.

Siti Nor Aisah Moktar, Zaliza Hanapi, Kiong, Tee Tze, Suriani Mohamed, & Ridzwan Che Rus. (2018). Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Sains Humanika, 10(3–3), 89–94.

Suhaimi Hj. Muhamad. (2007). Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model pengajaran simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. (Tesis sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Tabachnik, B. G., & Fidell, L. S. (2019). Using multivariate statistics (5th ed.). Boston, MA: Pearson Education

Tabachnik, B. G., & Fidell, L. S. (2019). Using multivariate statistics. Pearson Education (7th ed.). Carlifonia State University.

Tabuk, M. (2018). Prospective primary school teachers’ attitudes towards teaching Mathematics. Journal of Education and Learning, 7(4), 225.

https://doi.org/10.5539/jel.v7n4p225

Thangamani, E. (2013). Pentaksiran berasaskan sekolah dalam KSSR : Persepsi, amalan dan masalah guru di daerah Kluang. (Projek penyelidikan ijazah sarjana, Universiti Teknologi Malaysia).

Unit Data Sektor Pendidikan Islam. (2019). Senarai guru Pendidikan Islam SR Negeri Perlis. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Veloo, A. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran.

Journal of Governance and Development, 7(1), 8–15.

Wijaya, H. H. (2019). Analisis data kualitatif. Helaluddin, Hengki Wijaya. Diperoleh dari analisis data kualitatif: Sebuah tinjauan teori & praktik - Helaluddin, Hengki Wijaya - Google Books

Wilfridus Muga, Bayu Suryono, & Eko Lodang Januarisca. (2017). Pengembangan bahan ajar elektronik berbasis model problem based learning dengan menggunakan model Dick and Carey. Journal of Education Technology, 1(4), 260.

https://doi.org/10.23887/jet.v1i4.12863

Zaliza Mohamad Nasir, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134, 408–415. http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.263

Zhou, M. C. (2016). Anesthesia cost swareness project : Price list of common anesthetic drugs. College of Science and Health. 1–29.

(26)

131

Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT. (Laporan projek ijazah sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Zuraimy Ali. (2017). Komitmen organisasi guru-guru Pendidikan Islam : Etika Kerja Islam Sebagai Moderator. (Tesis doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia).

(27)

132

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Nama Pelajar : Salihah binti Abd Kadir Peringkat Pengajian : Sarjana

Program : Pendidikan (Pendidikan Islam) Struktur Program : Penyelidikan

Nombor Matriks : 825876

Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohd Isha bin Awang

SIKAP DAN PENGETAHUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP AMALAN PBD MURID TAHAP SATU DI PERLIS

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan: sila tandakan (/) pada bahagian yang berkenaan

1) LOKASI SEKOLAH

Bandar Luar bandar

Makluman Kepada Responden: Soal selidik ini adalah memenuhi keperluan penilaian Pelaksanaan PBD Tahap Satu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Soal selidik ini bertujuan mengkaji kesediaan sikap dan pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap amalan PBD Tahap Satu di Sekolah Rendah di Negeri Perlis

.

Makluman Kepada Respondan: Soal selidik ini adalah memenuhi keperluan penilaian Pelaksanaan PBD Tahap I untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Soal selidik ini bertujuan mengkaji Kesediaan guru pendidikan Islam dalam

melaksanakan PBD Tahap I di Sekolah Rendah di Negeri Perlis.

Makluman Kepada Respondan: Soal selidik ini adalah memenuhi keperluan penilaian Pelaksanaan PBD Tahap I untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Soal selidik ini bertujuan mengkaji Kesediaan guru pendidikan Islam dalam

melaksanakan PBD Tahap I di Sekolah Rendah di Negeri Perlis.

Makluman Kepada Respondan: Soal selidik ini adalah memenuhi keperluan penilaian Pelaksanaan PBD Tahap I untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Soal selidik ini bertujuan mengkaji Kesediaan guru pendidikan Islam dalam

melaksanakan PBD Tahap I di Sekolah Rendah di Negeri Perlis.

Makluman Kepada Responden: Soal selidik ini adalah memenuhi

keperluan penilaian Pelaksanaan PBD Tahap Satu untuk mata pelajaran

Pendidikan Islam. Soal selidik ini bertujuan mengkaji kesediaan sikap

(28)

133 2) JANTINA

Lelaki Perempuan

3) PENGALAMAN MENGAJAR

Kurang 5 tahun 6-15 tahun

16-25 tahun Lebih 26 tahun

SOALAN KAJIAN

Arahan: sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh oleh orang lain. Berdasarkan skala dari 1 hingga 5, sila tandakan (/) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap penyataan.

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju (STS) Sangat Setuju (SS)

BAHAGIAN B: SIKAP GPI

Bil Penyataan 1 2 3 4 5

1 Saya berminat melaksanakan PBD semasa PdP Pendidikan Islam.

2 Saya menyediakan fail PBD

Pendidikan Islam untuk menyimpan rekod prestasi murid sebelum menjalankan pentaksiran.

3 Saya berbincang dengan guru yang lain tentang pelaksanaan PBD.

4 Saya berminat menghadiri kursus PBD yang dianjurkan oleh pihak JPN/IPG.

5 Saya mematuhi garis panduan PBD dan DSKP dalam PdP Pendidikan Islam.

6 Saya memberikan penekanan yang lebih kepada memupuk

(29)

134 pembangunan seluruh kemahiran murid.

7 Saya menjadikan maklum balas prestasi PBD untuk memperbaiki pengajaran saya.

8 Saya bersedia memberi peluang kepada anak murid saya untuk berinteraksi dalam kelas.

9 Saya mengikuti perancangan serta waktu yang telah ditetapkan oleh KPM.

10 Saya menyediakan rekod prestasi murid berdasarkan DSKP

Pendidikan Islam sebelum menjalankan PBD.

11. Pelaksanaan PBD tahap satu subjek Pendidikan Islam mudah difahami.

12. Saya bersedia untuk meningkatkan pengetahuan PBD berdasarkan panduan PBD dan DSKP Pendidikan Islam.

13. Saya berminat menguasai PBD tahap satu subjek Pendidikan Islam.

14. Saya bersedia melaksanakan PBD tahap satu kerana PBD selari dengan falsafah PBD memenuhi matlamat KSSR.

15. Saya berpuas hati melaksanakan PBD semasa mengajar subjek Pendidikan Islam.

16. Saya bersedia mengikut garis panduan PBD yang dirancangkan.

17. Saya seronok menggunakan

pelbagai bentuk kaedah pentaksiran bilik darjah.

18. Saya bersedia mengubah cara pentaksiran apabila murid gagal melepasi tahap penguasaan.

19 Saya gembira melaksanakan tugas yang diamanahkan termasuk PBD tahap satu.

20 Saya bersedia melaksanakan PBD tahap satu kerana ia adalah

tanggungjawab saya sebagai guru.

(30)

135 BAHAGIAN C: PENGETAHUAN GPI

Bil Penyataan 1 2 3 4 5

1 Saya tahu aspek-aspek perbezaan pelaksanaan PBD Tahap Satu dengan PBD biasa dalam PdP Pendidikan Islam.

2 Saya mengetahui objektif PBD semasa menjalankan PdP Pendidikan Islam.

3 Saya tahu kriteria PBD berdasarkan arahan dalam buku Panduan

Pelaksanaan PBD yang disediakan oleh KPM.

4 Saya tahu pelaksanaan PBD dapat membantu meningkatkan

pencapaian murid terhadap mata pelajaran Pendidkan Islam.

5 Saya tahu PBD mengubah kaedah sistem pengujian daripada ujian pencapaian kepada ujian kebolehan murid.

6 Saya tahu dalam melaksanakan PBD, pihak sekolah dikehendaki menguruskan dokumen masing- masing.

7 Saya tahu sekolah wajib

melaksanakan PBD bagi semua mata pelajaran mulai 2011.

8 Saya tahu PBD memberi penekanan kepada bentuk pentaksiran yang mengukur penguasaan kemahiran berbanding penguasaan kandungan mata pelajaran.

9 Saya tahu pihak sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa PBD yang terdiri daripada pentaksir, penyelaras dan pemantau dalaman bagi memastikan PBD dikendalikan mengikut prosedur ditetapkan.

10 Saya tahu sebelum melaksanakan pentaksiran perlu merujuk panduan PBD 2019 dan DSKP Pendidikan Islam semakan 2017.

11 Saya tahu menetapkan objektif pentaksiran yang hendak diuji semasa membina instrumen pentaksiran.

(31)

136 12 Saya menjadikan DSKP Pendidikan

Islam sebagai panduan terbaik untuk pentaksiran.

13 Saya tahu cara melakukan pentaksiran dalam kemahiran Al- Quran.

14 Saya tahu cara melakukan pentaksiran dalam kemahiran Hadis.

15 Saya tahu cara melakukan pentaksiran dalam kemahiran Akidah.

16 Saya tahu cara melakukan pentaksiran dalam kemahiran Ibadah.

17 Saya tahu cara melakukan

pentaksiran dalam kemahiran Sirah.

18 Saya tahu cara melakukan

pentaksiran dalam kemahiran Adab.

19 Saya tahu cara melakukan

pentaksiran dalam kemahiran Jawi.

20 Saya tahu cara merekod PBD dalam templat Pelaporan PBD yang telah disediakan.

BAHAGIAN D: AMALAN PBD TAHAP I

Bil Penyataan 1 2 3 4 5

1 Saya sentiasa merujuk buku Panduan PBD yang disediakan sebelum melaksanakan pentaksiran.

2 Saya laksanakan PBD secara berterusan semasa proses PdP.

3 Saya menjalankan pentaksiran terhadap murid bagi setiap kemahiran yang diajar.

4 Saya meningkatkan kemahiran mentaksir setelah menjalankan beberapa kali pentaksiran.

5 Saya menggunakan pelbagai instrumen ketika mentaksir seperti lembaran kerja, pentaksiran kendiri, senarai semak dan rakan sebaya.

6 Saya menetapkan elemen yang akan ditaksirkan sebelum melakukan pentaksiran.

(32)

137 7 Saya memberikan penerangan

tentang instrumen atau kaedah yang digunakan untuk mentaksir.

8 Saya membina sendiri tugasan untuk mentaksir murid.

9 Saya membuat pemerhatian

terhadap tingkah laku murid ketika mentaksir.

10 Amalan PBD kepada murid-murid boleh dilakukan lebih daripada sekali.

11 Saya merujuk DSKP Pendidikan Islam untuk membuat evidens.

12 Saya menilai hasil kerja murid berdasarkan DSKP Pendidikan Islam.

13 Saya mempelbagaikan kaedah pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

14 Saya membuat pemulihan dahulu kepada murid yang gagal sebelum ditaksir semula.

15 Saya mempelbagaikan kaedah menyoal ketika melakukan PBD.

16 Saya memberi peluang kepada murid bertanya ketika ditaksir.

17 Saya menggunakan maklumat daripada respon murid untuk meningkatkan prestasi murid.

18 Saya menilai hasil kerja murid dan memaklumkan kelemahan atau kekuatan mereka.

19 Saya menggunakan borang senarai semak untuk merekod pencapaian murid.

20 Saya memasukkan prestasi murid dalam Sistem Pengurusan

Pentaksiran Sekolah secara ‘Off- line’ dengan teratur.

(33)
(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)
(40)
(41)
(42)
(43)
(44)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah borang soal selidik seperti yang terdapat dalam Lampiran 1. Borang soal selidik ini terbahagi

PENILAIAN TERHADAP KESEDIAAN DAN PROSES PENGAJARAN YANG DILAKSANAKAN OLEH GURU. Senarai semak ini digunakan untuk memudahkan pengkaji menjalankan pemerhatian atau penyeliaan

Perhatian : Soal selidik ini bertujuan untuk melihat persepsi murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar, persepsi murid terhadap mata pelajaran bahasa Arab dan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental kakitangan dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam sepanjang

Objektif kajian adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Faktor Input (SSFI) Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang

Analisis turut menunjukkan bahawa guru pelatih lelaki menilai diri mereka dengan tahap kemahiran yang lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan pada hampir

Penilaian pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran seni reka tanda dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik.. Tesis Sarjana Pendidikan

Dalam bab ini, metode soal selidik digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 orang responden dalam kalangan pelajar kelas pengajian al-Qur’an