• Tiada Hasil Ditemukan

View of Aktiviti Fizikal Dan Kelakuan Sedentari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Aktiviti Fizikal Dan Kelakuan Sedentari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Aktiviti Fizikal Dan Kelakuan Sedentari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

(Physical Activity And Sedentary Behavior Among Primary School Pupils)

Lim Siew Khim1*, Denise Koh1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.

*Pengarang Koresponden: skhim84@gmail.com

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari berperanan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan murid-murid terutamanya terhadap komposisi badan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid sekolah rendah dan hubungannya dengan komposisi badan. Murid-murid tahun 5 dan 6 dari 5 buah sekolah jenis kebangsaan cina di negeri Kelantan telah menyertai kajian ini. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Kelakuan aktiviti fizikal telah diukur dengan menggunakan borang soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ- C) yang telah diubahsuai dari segi bahasa dan aktiviti yang dilakukan. Kelakuan sedentari diukur dengan menggunakan Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ) yang diubahsuai dari segi bahasa. Seramai 200 orang murid (100 lelaki dan 100 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal adalah sederhana dengan skor min 2.65 manakala tahap aktiviti sedentari agak tinggi dengan skor min 3.59.

Hanya separuh daripada murid-murid mempunyai berat badan normal (52.5%) dan 6.5%

responden adalah kurang berat badan. Namun begitu, responden yang berlebihan berat badan adalah seramai 21% orang dan 20% responden bermasalah obesiti. Keputusan ujian Khi Kuaa Dua (Pearson Chi-Square) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dan status BMI (x2 = 288.938, df = 72, p<0.05 dan terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tahap kelakuan sedentari dan status BMI (x2 = 182.661, df = 9, p<0.05). Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dengan murid lelaki dan murid perempuan dalam kalangan SJKC di negeri Kelantan(p>0.05). Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap kecergasan dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan malakukan aktiviti fizikal khususnya kepada murid-murid sekolah rendah dalam membendung masalah obesiti.

Kata kunci: Aktiviti Fizikal, Kelakuan sedentari, Indeks Jisim Tubuh

Abstract: Physical activity and sedentary behavior play an important role in the health and well-being of students especially on body composition. This study aimed to identify the level of physical activity and sedentary behavior among primary school students and its relationship with body composition. Pupils in years 5 and 6 from 5 Chinese national type schools in the state of Kelantan participated in this study. The sample determination method was to use Krecjie and Morgan’s (1970) sample determination table and to use stratified sampling method. Physical activity behavior was measured using the Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) which was modified in terms of language and activities performed.

Sedentary behavior was measured using a language -modified Sedentary Behavior

(2)

Questionnaire (SBQ). A total of 200 students (100 males and 100 females) completed the questionnaire. The findings show that the level of physical activity is moderate with a mean score of 2.65 while the level of sedentary activity is relatively high with a mean score of 3.59.

Only half of the students were normal weight (52.5%) and 6.5% of the respondents were underweight. However, overweight respondents are 21% of people and 20% of respondents are obese. The results of the Pearson Chi-Square test showed that there was a significant difference between the level of physical activity and BMI status (x2 = 288.938, df = 72, p <0.05 and there was also a significant difference between the level of sedentary behavior and BMI status (x2 = 182.661, df = 9, p <0.05). The results of t test analysis found that there was no significant difference in the level of physical activity and sedentary behavior with male and female students among SJKC in Kelantan (p> 0.05). -Students should increase their fitness levels and have awareness of the importance of doing physical activities, especially for primary school students in curbing obesity.

Keywords: Physical Activity, Sedentary Behavior, Body Mass Index

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pada zaman kini yang mengarah kepada kehidupan yang berteknologi, kekerapan masyarakat melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian didapati adalah kurang. Di sebaliknya, kelakuan sedentari kerap berlaku di kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Tampilnya alat elektronik dan komunikasi yang canggih seperti telefon pintar, komputer, televisyen, permainan video dan sebagainya menyebabkan kebanyakan murid berat badannya menambah kerana duduk sahaja membuangkan masa berjam-jam dan tidak melakukan apa-apa aktiviti terutamanya murid sekolah rendah. Masa lapang yang sepatutnya diisi dengan aktiviti riadah telah ditukarkan dengan penggunaan gajet secara berlebihan dan ini boleh meningkatkan kelakuan sedentari.

Lantaran dari perkembangan teknologi yang makin maju ini, masyarakat kini melakukan kerja harian dengan bantuan elektronik ataupun komputer. Dengan itu, mereka kurang menggunakan tenaga sendiri untuk melakukan kerja harian mereka. Ramai yang berpendapat bahawa perkembangan ini dapat mendatangkan banyak impak yang positif. Namun, perubahan zaman dan peningkatan teknologi menjadikan masyarakat kini turut mengalami perubahan dalam corak atau gaya hidupnya. Gejala ini berlaku di semua lapisan masyarakat terutamanya kanak- kanak dan remaja tanpa mengira bangsa dan agama. Perkembangan ini hanya mendatangkan satu gejala yang membimbangkan iaitu obesiti. Kini, berat badan berlebihan dan obesiti kanak- kanak adalah masalah kesihatan yang sangat serius.

Oleh yang demikian, penglibatan aktiviti fizikal yang aktif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah amat dititikberatkan. Walaupun terdapat banyak kajian lepas mengkaji perhubungan antara aktiviti fizikal dengan tahap kesihatan, didapati kajian sebegini yang dijalankan pada murid-murid yang berusia 7 tahun hingga 12 tahun tidak banyak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid sekolah rendah dengan status BMI (Body Mass Index).

2. Ulasan Kajian Lepas

Kementerian Kesihatan Malaysia (2003) mengungkapkan aktiviti fizikal merupakan pergerakan badan yang dapat meningkatkan pengeluaran tenaga. Misalnya berjalan, melompat,

(3)

duduk dan bangun sama ada bertujuan senaman, aktiviti harian, pertandingan ataupun rekreasi.

Menurut Kok Jye Weei (2010), masa minima aktiviti fizikal yang seharusnya dilakukan supaya mendatangkan faedah kesihatan adalah menjalankan aktiviti berintensi sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul selama 5 hari atau lebih dalam seminggu dan mejalankan aktiviti lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi dalam 3 hingga 5 hari seminggu. Sementara itu, jurnal rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (2016) menunjukkan bahawa kelakuan sedentari merupakan sesuatu pergerakan yang menggunakan tenaga yang agak minimum. Sedentari merupakan gaya hidup yang tidak aktif yang dilakukan secara berlama-lama misalnya baring atau duduk sahaja dalam tempoh masa yang agak lama manakala pengamalan aktiviti fizikal tidak aktif adalah tidak melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang secukupnya.

Menurut Datuk Dr Chong Chee Keong sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , kajian Adolescent Health Survey 2017 menyatakan sebanyak 81.2 peratus remaja tidak aktif dan 50.1 peratus remaja sering duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal sehingga tiga jam. Dapatan kajian Malaysian Journal of Public Health (2016) turut melaporkan bahawa penduduk di negara Malaysia menggunakan 41 peratus daripada masa seharian mereka dengan duduk sahaja.

Menurut seorang pengkaji global NCD, Datuk Seri Jessy Lai, amalan aktiviti fizikal yang tidak aktif dan kelakuan sedentari merupakan faktor utama bagi seseorang berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit. Di samping itu, kajian Giovanna, Marianna, Laura, Federica dan Stefania (2008) menunjukkan bahawa penglibatan remaja lelaki dalam aktiviti fizikal lebih aktif daripada remaja perempuan. Namun, dapatan kajian menunjukkan penglibatan murid lelaki masih belum memenuhi keperluan menjalankan aktiviti fizikal sebagaimana yang disarankan.

Berdasarkan laporan National Health Morbility Survey 2011 menyatakan bahawa seramai 0.3 milion golongan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dikategori sebagai obesiti (National Institute of Health, 2012). Profesor Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin sebagai Perunding Kanan Pediatrik dan Endokronologi Pusat Pakar UM (UMSC) turut menyatakan bahawa kaji selidik Nutrisi Asia Tenggara (2013) mendapati 21.6 peratus kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga 12 tahun dikategori sebagai berat badan berlebihan atau obes. Berdasarkan data- data tersebut, seramai 1.65 juta murid-murid sekolah rendah dijangka akan mengalami obesiti menjelang tahun 2025 jika kelakuan sedentari dan keadaan kekurangan aktiviti fizikal di kalangan murid-murid diteruskan (Utusan Borneo, 2019).

Fogelholm dan Kukkonene-Harjula (2000) dalam kajian untuk mengenalpasti impak aktiviti fizikal terhadap perubahan berat badan, mendapati terdapat perhubungan antara aktiviti fizikal dengan berat badan. Kajian Dabrowska-Galas, Plinta dan Skrzypulec (2013) turut menyatakan bahawa penglibatan aktiviti fizikal yang tidak aktif berkait rapat dengan masalah kesihatan.

Peningkatan berat badan adalah penyebab yang dihubungkaitkan dengan sikap kurang aktif dalam aktiviti fizikal (Racette, Strube, Deusinger & Highstein, 2005; Berry, Jackson &

Kennedy, 2009). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2003) dapatan terbukti bahawa pengamalan aktiviti fizikal yang aktif dapat menurunkan risiko berat badan berlebihan.

Sebaliknya, kelakuan sedentari yang kerap akan memaksimumkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti.

(4)

3. Metodologi

Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan kaedah kajian deskriptif dan telah dilaksanakan untuk mendapatkan data tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari di kalangan murid sekolah rendah. Populasi sasaran adalah murid tahun 5 dan tahun 6 dari lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan cina yang mewakili lima daerah di negeri Kelantan. Seramai 200 orang murid telah dijadikan sebagai responden yang terdiri daripada 100 orang lelaki dan 100 orang perempuan.

Persampelan dipilih secara rawak berstrata di mana penentuan jumlah sampel adalah merujuk daripada Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) (Crocker, P. R. E., Bailey, D. A., Faulkner, R. A., Kowalski, K. C., & McGrath, R., 1997) yang telah diubahsuai dari segi bahasa dan aktiviti mengikut kesesuaian kajian. Soalan selidik ini berkaitan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh responden dalam jangka masa 7 hari yang lepas dan digunakan adalah untuk mengumpul data kekerapan murid-murid melakukan aktiviti fizikal. Soal selidik Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ) (Dori E.Rosenberg, Gregory J. Norman, Nicole Wagner, Kevin Patrick, Karen J. Calfas & James F. Sallis, 2010) yang telah diubahsuai dari segi bahasa.

Pengukuran antropometri yang digunakan dalam kajian ini adalah berat badan dan ketinggian murid-murid. Setelah berat badan dan ketinggian perlu diukur, barulah dapat mengira nilai BMI dan mengenalpasti status BMI iaitu kurang berat badan, normal, berlebihan berat badan dan obesiti . Berdasarkan World Health Organization (WHO, 2007), Indeks Jisim Badan murid-murid yang berumur 11 dan 12 tahun dikategorikan sebagai kurang berat badan,berat badan normal, berat badan berlebihan dan obes. Jadual 1 menunukkan pengkelasan BMI bagi murid lelaki dan murid perempuan yang berumur 11 dan 12 tahun.

Jadual 1: Pengkelasan BMI bagi murid lelaki dan perempuan yang berumur 11 dan 12 tahun

Umur Kategori Lelaki Perempuan

11 tahun Kurang berat badan Berat badan normal Berat badan berlebihan Obes

≤ 14.0 14.1--19.2 19.3--22.5

> 22.5

≤ 13.8 13.9--19.9 20.0--23.7

> 23.7 12 tahun Kurang berat badan

Berat badan normal Berat badan berlebihan Obes

≤ 14.4 14.5--19.9 20.0--23.6

> 23.6

≤ 14.3 14.--20.8 20.9--25.0

> 25.0

4. Dapatan Kajian

Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa seramai 13 orang murid dikelaskan dalam kategori kurang berat badan iaitu 6.5 peratus, berat badan normal seramai 105 orang iaitu 52.5 peratus, 42 orang murid adalah berat badan berlebihan iaitu 21 peratus dan 40 orang murid dikategorikan sebagai obes iaitu 20 peratus. Min status Indeks Jisim Tubuh (M=2.55, SD = 0.890) dalam kalangan murid sekolah rendah jenis kebangsaan cina adalah antara berat badan normal dan berat badan berlebihan. Rajah 1 menunjukkan bilangan murid mengikut kategori status BMI.

(5)

Rajah 1: Kategori status Indeks Jisim Tubuh (BMI) murid SJKC di Kelantan

Analisis deskriptif juga dijalankan bagi mengenalpasti tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan 200 responden. Hasil analisis tersebut menunjukkan bahawa tahap aktiviti di sekolah adalah sederhana (M= 2.65, SD=0.651). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 200 responden terhadap tahap aktivti sedentari adalah agak tinggi (M=3.59, SD=0.704).

Keputusan ujian Khi Kuaa Dua (Pearson Chi-Square) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dan status BMI (x2 = 288.938, df = 72, p<0.05). Nilai- nilai rasidual piawai -0.3 (rendah-kurang berat badan), -2.3 (sederhana-berat badan normal), - 0.6 (tinggi- berat badan berlebihan) dan -0.5 (sangat tinggi-obes). Ini bererti, tahap aktiviti fizikal yang rendah mempunyai berat badan yang tinggi manakala tahap aktiviti fizikal yang tinggi mempunyai berat badan yang kurang. Bagi hubungan antara tahap kelakuan sedentari dengan status BMI pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kelakuan sedentari dan status BMI (x2 = 182.661, df = 9, p<0.05). Nilai-nilai rasidual piawai 1.8 (rendah-kurang berat badan), 5.0 (sederhana-berat badan normal), 5.4 (tinggi-berat badan berlebihan) dan 7.35 (sangat tinggi-obes). Ini bererti, tahap aktiviti fizikal yang rendah mempunyai berat badan yang kurang manakala tahap aktiviti fizikal yang tinggi mempunyai berat badan yang tinggi.

Ujian t dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari antara murid lelaki dan murid perempuan. Keputusan menunjukkan skor min tahap aktiviti fizikal bagi murid lelaki adalah 2.56 (SD=0.652) dan murid perempuan adalah 2.73 (SD=0.641). Perbezaan tahap aktiviti fizikal antara murid lelaki dan murid perempuan adalah tidak signifikan [F(0.223) = t (198) = -1.908, p> 0.05] manakala perbezaan tahap aktiviti sedentari antara murid lelaki dan murid perempuan pula, ujian t tidak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F(5.967) = t (198) = 0.702, p>0.05]. Nilai min menunjukkan bahawa murid lelaki (M=3.62,SD=0.776) dan murid perempuan (M=3.55, SD=0.626) tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Jadual 2 menunjukkan perbezaan tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentary antara murid lelaki dan murid perempuan di kalangan murid SJKC di negeri Kelantan.

6

51

19 24

7

54

23

16

0 10 20 30 40 50 60

kurang berat badan

berat badan normal

berat badan berlebihan

obes Lelaki Perempuan

(6)

Jadual 2: Perbezaan tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari antara murid lelaki dan murid perempuan di kalangan murid SJKC di negeri Kelantan.

Jantina N Min Sisihan

Piawai

F Sig. t Nilai p

Tahap aktiviti fizikal

Lelaki Perempuan

100 100

2.56 2.73

0.652 0.641

0.223 0.637 -1.908 198

Tahap aktiviti seentari

Lelaki Perempuan

100 100

3.62 3.55

0.776 0.626

5.967 0.015 0.702 198

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Artikel ini dilihat dalam mengenalpasti tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari sama ada aktif atau tidak aktif dalam kalangan murid yang berumur 11 tahun dan 12 tahun sekolah rendah jenis kebangsaan cina di negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal bagi murid-murid yang berumur 11 tahun dan 12 tahun adalah di antara rendah dan sederhana (M=2.65) kerana kebanyakan responden melakukan aktiviti fizikal yang aktif seperti sukan, permainan atau aktiviti-aktiviti yang berpeluh sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu. WHO (2012) melaporkan bahawa semasa melakukan aktiviti fizikal termasuklah aktiviti semasa bekerja, pengangkutan dan masa lapang dalam tempoh masa seminggu, penggunaan tenaga perlu diambil kira. Bagi murid sekolah rendah yang berusia 7 tahun hingga 12 tahun, mereka seharusnya mejalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit iaitu satu jam setiap hari.

Di samping itu, dapatan juga menunjukkan bahawa tahap aktiviti sedentari di antara sederhana dan tinggi kerana kebanyakan responden melakukan aktiviti sedentari lebih daripada 14 jam seminggu (M= 3.59). Hasil kajian ini menunjukkan tahap aktiviti sedentari lebih tinggi jika dibanding dengan tahap aktivti fizikal. Kajian yang menyatakan bahawa mengutamakan pelbagai aktiviti sedentari dan mengabaikan aktiviti kecergasan fizikal menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan di kalangan murid (Berkey et al., 2003; Hoos et al., 2003).

Walaubagaimanapun, data-data ini diambil ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat daripada pandemik covid-19. Di sekolah, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas dan digalakkan berada di rumah sahaja setelah balik ke rumah. Maka, aktiviti sedentari yang dilakukan oleh murid lebih kerap daripada aktiviti fizikal.

Selain itu, artikel ini turut berfokus bagi melihat hubungan antara tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dengan status Indeks Jisim Tubuh (BMI) murid-murid yang berumur 11 dan 12 tahun sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Kajian ini memfokuskan pada dua faktor iaitu tahap aktiviti dan kelakuan sedentari, yang diketahui merupakan faktor risiko untuk kegemukan kanak-kanak. Keputusan ujian Khi Kuaa Dua (Pearson Chi-Square) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dan status BMI (x2 = 288.938, df = 72, p<0.05). Ini bererti, secara signifikan, tahap aktiviti fizikal yang rendah mempunyai berat badan yang tinggi manakala tahap aktiviti fizikal yang tinggi mempunyai berat badan yang kurang. Bagi hubungan antara tahap kelakuan sedentari dengan status BMI pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kelakuan sedentari dan status BMI (x2 = 182.661, df = 9, p<0.05). Dengan lain kata, tahap aktiviti fizikal yang rendah mempunyai berat badan yang kurang manakala tahap aktiviti fizikal yang tinggi mempunyai berat badan yang tinggi.

Hasil kajian ini sepadan dengan kajian yang dijalankan oleh Racette, Strube, Deusinger &

Highstein (2005) dan juga Berry, Jackson & Kennedy (2009) yang menyatakan bahawa

(7)

peningkatan berat badan adalah penyebab yang dihubungkaitkan dengan sikap seseorang yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal. Dapatan kajian ini turut sepadan dengan kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa aktiviti fizikal berperanan penting untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (Warburton et.al. 2006; WHO, 2008; WHO, 2010). Menurut Dabrowska-Galas, Plinta dan Skrzypulec (2013), hasil kajian menyatakan bahawa penglibatan aktiviti fizikal yang tidak aktif berkait rapat dengan masalah kesihatan. Kajian Hayati Adilin et. al (2015) turut menunjukkan bahawa aktiviti fizikal adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengalami obesiti. Ini jelas dilihat bahawa sekiranya kerap melakukan aktiviti fizikal dan kurangkan aktiviti sedentari dapat mengawal status BMI mereka.

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelaslah tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kalangan SJKC di negeri Kelantan. Nilai signifikan untuk kedua-dua tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari terhadap jantina adalah lebih daripada 0.05. Ini disebabkan usia responden masih muda, maka aktiviti fizikal yang dijalankan antara lelaki dan perempuan lebih kurang sama. Melainkan bagi murid yang berusia 12 tahun ke atas, tahap aktiviti fizikal antara lelaki dan perempuan lebih ketara. Dapatan kajian tidak sepadan dengan kajian Giovanna, Marianna, Laura, Federica dan Stefania (2008) yang menyatakan penglibatan aktiviti fizikal remaja lelaki lebih aktif daripada remaja perempuan.

Kesimpulannya, tahap aktiviti fizikal murid tahap dua yang berusia 11 tahun dan 12 tahun di SJKC negeri Kelantan adalah sederhana manakala tahap aktiviti sedentari lebih tinggi sikit daripada tahap aktivti fizikal murid. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini diambil ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B) dilaksanakan di negeri Kelantan. Kedua-dua tahap aktivti fizikal dan kelakuan sedentari dapat mempengaruhi status BMI murid. Justeru, murid-murid sekolah rendah haruslah mengamalkan aktivti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari dan kurangkan tempoh masa aktivit sedentari. Ini adalah penting kerana ia akan menyebabkan lebihan berat badan atau obesiti dan tidak baik untuk kesihatan.

Rujukan

Ahmad Amirulhadi (2018). kelaziman lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar di sebuah sekolah rendah di Bandar Selayang, Selangor. Jurnal Seminar Antarabangsa Isu-is Pendidikan UKM. 978-967-2122-54-8.

Azrina et.al (2017). Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. E- Proceeding of the 6th Global Summit on Education 2017.e-ISBN 978-967-0792-22-4.

Dori E.Rosenberg, Gregory J. Norman, Nicole Wagner, Kevin Patrick, Karen J. Calfas &

James F. Sallis (2010). Reality and validity of the Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ). Journal of Physical Activity and Health, 2010,7,697-705.

Fogelholm, M., & Kukkonen-Harjula, K. (2000). Does physical activity prevent weight gain?

A systematic review. Obesity Review, 1, 95-111.

Giovanna, T., Marianna, G., Laura, M., Federica, C., & Stefania, S., (2008). Eating habits and behaviors, physical activity, nutritional and food safety knowledge and beliefs in an adolescent Italian Population. Journal of the American College of Nutrition, 27(1), 31- 43.

Hill, J. O., & Wyatt, H. R. (2005). Role of physical activity in preventing and treating obesity.

Journal of Applied Physiology, 99(2), 765–770.

Ismail, M.N. 2002. The nutrition and health transition in Malaysia. Public Health Nutrition 5(1A): 191-195.

(8)

Kerlinger, F. N., dan Lee, H.B. 2000. Foundations of Behavioral Research (4th ed.).United States : Wadsworth Thomson Learning.

Lekhraj Rampal et al.2017. Worldwide trends in body-mass index, underweight, overweight and obesity from 1975 to 2016. Medical Journal of Malaysia 59 (2), 207-211

Malaysian Journal of Public Health Medicine (2016).7th International Public Health Conference: IR 4.0 & New Health Paradigm 28th-30th August 2015.2016:Volume 19(Suppl,1)

National Health and Morbidity Survey III (NHMS II). 2016. Institute of Public Health,Ministry of Health Malaysia.

Norimah Abdul Karim (2010). Messages of the Newly Proposed Malaysian Dietary Guidelines (MDG): Do Adults in Kuala Lumpur Understand Them?. Malaysian Journal of Nutrition 16(1) April 2010:113-123.

Ravichandran (2000). Tinjauan masalah obesiti di kalangan murid thn enam sek ren di daerah minjung, perak Darul Ridzuan.

Sizer, F. & Whitney, E. (2006). Nutrition concepts and controversies. United Stated : Thomson Wadworth

Soo KL (2000). Prey Alens Dan Etiologi Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Cina Di Kota Bharu,Kelantan.

Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical Activity, Sports, and Exercise 1: 17–20.

World Health Organization (2011). Physical inactivity: A global public health problem.

Available.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan aktiviti aktiviti asrama berada pada tahap tinggi dalam

Seramai 60 orang murid dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada murid tahun lima dan kesemua responden berumur 11 tahun. Kesemua responden yang

Kajian Lim, Md Yunus dan Embi (2017) pula mendapati bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di luar bandar lebih rendah berbanding

Secara umumnya, kajian ini menunjukkan bahawa murid sekolah menengah tingkatan 4 mempunyai kesediaan yang sederhana dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh

Anda adalah dipelawa untuk menyertai satu kajian penyelidikan secara sukarela tentang hubungan antara tahap aktiviti fizikal yang dilaporkan sendiri dan