• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Stres Kerja, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Pensyarah di Politeknik Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Stres Kerja, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Pensyarah di Politeknik Perlis"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Stres Kerja, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Pensyarah di Politeknik Perlis

(Level of Job Stress, Job Satisfaction and Organizational

Commitment amongst Polytechnic Tuanku Syed Sirajuddin Lecturers)

Muhamad Reduan Abu Bakar1, Nor Azrizal Norazmi1, Muhammad Masri Ahmad2

1 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kangar, Perlis

2 Jabatan Matematik Sains Komputer, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kangar, Perlis

*Pengarang Koresponden: reduan_ab@yahoo.com

Accepted: 15 September 2020 | Published: 30 September 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap stres pekerjaan, kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi dalam kalangan Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis. Seramai 140 pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diperoleh daripada sampel dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 55 item soalan yang terdiri daripada beberapa dimensi atau faktor. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0.

Hasil dapatan kajian, menunjukkan kesemua pembolehubah yang dikaji seperti stres pekerjaan, kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah PTSS Perlis menunjukkan tahap yang sederhana. Nilai min komitmen organisasi adalah yang tertinggi iaitu 3.6121 diikuti oleh nilai min kepuasan pekerjaan sebanyak 3.5510 dan stres pekerjaan 3.0974. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.

Kata kunci: stres, kepuasan, komitmen, SPSS

Abstract: This research had been carried out to determine the level of job stress, job satisfaction and organizational comitment among lecturers in Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis. About 140 lecturers are chosen as research sample. Data acquired from sample are through questionaire consist of 55 items divided by different dimensions or factors. Data collected are descriptively analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22.0. Result shown, all studied variable such as job stress, job satisfaction and organizational commitment among PTSS’s lecturer at moderate level. The highest average min are organizational commitment 3.6121 followed by average min for job satisfaction 3.5510 and job stress 3.0974. For future research few recommendations are suggested.

Keywords: satisfaction, commitment, inference, SPSS

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Produktiviti dan kualiti aktiviti sesebuah organisasi adalah sangat bergantung kepada sumber manusia yang merupakan aset penting. Tenaga kerja, bakat dan daya cipta dalam sesebuah organisasi adalah terhasil daripada sumber manusia. Oleh sebab itu, pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perlu dilakukan dengan berkesan dan sistematik agar tenaga dapat disumbangkan bagi pembangunan organisasi. Jika sumber manusia terganggu

(2)

dari segi tumpuan dan keselesaan di dalam organisasi dalam proses kerjanya, kesan negatif akan diterima oleh organisasi disebabkan oleh sumber manusia tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya (Hapriza 2005).

Seperti yang diketahui umum, guru atau pensyarah merupakan satu bidang pekerjaan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam memastikan penerapan ilmu kepada generasi bangsa Malaysia. Lemaire (2009) menyatakan dalam kajiannya guru menerima tekanan daripada aspek emosi, fizikal dan psikologi disebabkan beban yang bertambah. Begitu juga Yahaya dan Ramli (2010) mendapati para pensyarah berhadapan dengan tanggungjawab yang lebih mencabar, berat dan semakin sukar. Perubahan pesat dari segi struktur, pengurusan dan pentadbiran organisasi yang berlaku pada masa kini memberi tekanan kepada para pekerja untuk menyesuaikan diri dan memberi kesan terhadap tahap kepuasan kerja yang dicapai.

Bebanan kerja, kerenah dorongan dari segi pengiktirafan dan sokongan pihak atasan menjadi isu yang sering dibincangkan dalam memberi komitmen kepada kerja.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Sapora Sipon (2007) didapati golongan pendidik yang mengalami tekanan kerja menyebabkan mereka menjadi murung, kecewa, bimbang dan mengalami tekanan jiwa. Ini memberi kesan kepada komitmen mereka terhadap kerjaya. Jika berterusan, tekanan kerja yang berlebihan boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan profesion sebagai pendidik dalam membentuk masyarakat berilmu pada masa hadapan.

Pendidik pada hari ini termasuklah pensyarah Politeknik terbeban dengan pelbagai peranan tidak hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi tugas-tugas sampingan lain seperti pengkeranian, menghadiri kursus atau bengkel, penyediaan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan interaktif dan perlu menyesuaikan diri dengan dasar dan kurikulum baru yang sentiasa mengalami perubahan serta penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Bagi seseorang pekerja, kepuasan dalam pekerjaan adalah sangat penting. Ini disokong oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Herzberg (1959), Mc Gregor (1960) dan Maslow (1970) bahawa keperluan manusia yang utama dan mesti dipenuhi adalah kepuasan kerja supaya tahap kesempurnaan kendiri dapat dicapai. Tafsiran atau pengertian kepuasan pekerjaan adalah berbeza kepada setiap individu sama ada dia seorang pensyarah atau pun bekerja dalam profesion yang lain. Tafsiran bagi kepuasan pekerjaan adalah bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu membuat penilaian terhadap nilai pekerjaan. Seseorang pekerja akan merasa berpuas hati, komited, berminat dan setia kepada pekerjaannya jika dia menilai pekerjaannya di tahap yang tinggi. Seterusnya menyebabkan pekerja tersebut akan sentiasa menjalankan tugas dan kewajipannya dengan penuh kerelaan dan tanpa paksaan (Mc Gregor, 1960).

Komitmen organisasi adalah sangat penting dan menjadi elemen utama dalam memacu institusi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Menurut Mowday, Steer dan Porter (1979) dalam Yaakob Daud (2007), komitmen boleh ditakrifkan sebagai satu keyakinan yang tinggi terhadap sesuatu nilai yang mendorong kelakuan seseorang individu dalam peningkatan pencapaian organisasi dan untuk terus bersama organisasi secara sukarela tanpa apa-apa paksaan. Sesebuah organisasi perlulah mempunyai kakitangan yang komited terhadap organisasi agar organisasi dapat berkembang dan seterusnya cemerlang. Politeknik juga tidak terkecuali dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan dan teknologi serta transformasi yang rancak berlaku dalam struktur pentadbiran politeknik yang memerlukan pensyarah-pensyarah lebih versatil dan komited terhadap tugas-tugas yang diberikan. Dengan komitmen yang jitu dan berterusan organisasi seperti Politeknik akan

(3)

dapat berkembang dan cemerlang sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang hebat di Malaysia mahupun antarabangsa.

2. Pernyataan Masalah

Politeknik bertanggungjawab bagi melahirkan teknologis yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) sebagai peneraju dalam technical education and vocational training (TEVT). Ini sejajar dengan keperluan dan permintaan daripada pihak industri yang memerlukan graduan yang mempunyai kompetensi daripada pelbagai aspek termasuklah soft skills dan nilai tambah dalam bidang keusahawanan. Oleh itu amatlah penting bagi Politeknik untuk mempunyai budaya kerja yang sihat, bermula dengan misi, visi dan matlamat yang jelas, persekitaran kerja yang kondusif, pengusrusan yang cekap dan telus, interaksi yang baik antara pekerja, pelajar dan komuniti sekitar. Bersesuaian dengan teras keempat PSPTN bagi memperkasakan institusi pengajian tinggi, tahap kepuasan dalam kalangan kakitangan organisai adalah sangat penting dan menjadi salah satu elemen bagi memenuhi agenda transformasi dalam Politeknik.

Bidang pendidikan merupakan bidang yang sentiasa dinamik dan menghadapi pelbagai cabaran dan isu dari masa ke semasa. Pensyarah Politeknik juga tidak terkecuali memandangkan mereka terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan. Kajian terdahulu tentang stres kerja, kepuasan kerja dan komitmen kerja banyak dijalankan dalam kalangan guru-guru dan bidang profesion lain. Kajian dalam kalangan pensyarah Politeknik kurang dijalankan dan terbatas kepada hanya beberapa pembolehubah sahaja. Kejayaan sesuatu organisasi khususnya Politeknik adalah bergantung kepada pensyarah yang menjadi nadi kepada proses pengajaran dan pembelajaran iaitu bisnes teras Politeknik sebagai salah satu institusi pengajian awam utama di Malaysia.

Sehubungan itu pensyarah politeknik haruslah mempunyai tahap stres yang rendah, tahap kepuasan yang tinggi dan sentiasa memberi komitmen terhadap kerja agar matlamat organisasi tercapai. Justeru kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap stres dalam kalangan pensyarah di Politeknik Perlis dan faktor-faktor utama yang menyebabkan masalah ini. Kajian juga mengukur tahap kepuasan pensyarah terhadapat kerja dan bagaimana kedua- dua pembolehubah ini mempengaruhi komitmen pensyarah-pensyarah terhadap organisasi.

3. Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap stress kerja, kepuasan kerja dan komitmen organisasi di kalangan pensyarah Politeknik di Perlis (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin). Secara khususnya objektif kajian adalah untuk:

i. Megenalpasti tahap stres pekerjaan dalam kalangan pensyarah di Politeknik perlis.

i. Mengenalpasti tahap kepuasan pekerjaan dalam kalangan pensyarah di Politeknik perlis.

ii. Mengenalpasti tahap komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik perlis.

4. Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan dalam kalangan pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Pauh putra Perlis yang terdiri daripada enam jabatan. Kajian ini dijalankan untuk

(4)

mengetahui tentang tahap stres pekerjaan, kepuasan Pekerjaan dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di PTSS Perlis. Kajian tidak melibatkan kakitangan sokongan akademik dan pihak atasan institusi.

5. Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam mengenalpasti tahap stress, kepuasan dan komitmen. Analisis data akan dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0. Mohamad Najib (1999) menyatakan sesuatu masalah atau fenomena akan dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sulaiman Masri (2005) menerangkan bahawa cara yang paling mudah untuk memperolehi maklumat adalah dengan menggunakan soal selidik. Di antara kelebihan-kelebihan soal selidik adalah mudah disusun, menjimatkan kos, masa dan mudah diuruskan dalam ruang lingkup yang besar.

5.1 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah di kalangan pensyarah yang berkhidmat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis. Pemilihan sampel adalah mengikut jadual penentu saiz sampel berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970). Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan di kalangan pensyarah daripada enam jabatan di PTSS. Populasi kajian adalah 220 orang, berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (rujuk lampiran) jumlah sampel yang perlu dipilih adalah sebanyak 140 orang pensyarah.

5.2 Instrumen Kajian

Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan maklumat dan data.

Setiap responden akan diberikan satu set borang soal selidik untuk dijawab. Data dan maklumat yang diperoleh diperlukan bagi membuat analisis dan kesimpulan.

Set borang soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan dengan demografi responden (lima soalan), bahagian B yang berkaitan dengan tekanan kerja (25 soalan), Bahagian C yang berkaitan dengan kepuasan kerja (15 soalan) dan bahagian D yang berkaitan dengan komitmen organisasi (10 soalan) pensyarah-pensyarah Politeknik Perlis.

Jumlah keseluruhan soalan yang perlu dijawab oleh responden adalah 55 soalan. Soalan soal selidik adalah berdasarkan Mazlina(2013) yang telah diuji kebolehpercayaannya Dapatan analisis kebolehpercayaan soal selidik bagi kajian rintis ini dengan menggunakan Alpha Cronbach adalah 0.916.

6. Dapatan Kajian

Dalam bab ini dapatan kajian yang telah dijalankan terhadap sampel yang dipilih akan dikemukakan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 140 orang pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Perlis bagi melihat sejauh mana tahap stress, kepuasan dan komitmen para pensyarah di PTSS yang dipilih secara bertujuan. Hasil dapatan deskriptif nilai kekerapan, frekuensi, min dan peratus bagi setiap item di dalam borang soal selidik akan dibincangkan. Terdapat tiga dimensi yang dikaji, iaitu tekanan kerja, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja bagi pensyarah di PTSS Perlis.

6.1 Tahap Stres Kerja Pensyarah

Tahap stres kerja bagi pensyarah di PTSS Perlis terdiri daripada lima dimensi yang dikenalpasti iaitu beban tugas, karenah murid, penghargaan, kekangan masa dan hubungan

(5)

interpersonal. Kesemua dimensi stres diuji dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 25 item yang dibahagikan bagi mewakili setiap dimensi. Bagi menentukan tahap stres pensyarah PTSS di Perlis kaedah penentu ukuran yang diperkenalkan oleh Mohd Najib (2003) digunakan, dimana min dibahagikan kepada tinggi, sederhana dan rendah.

Dapatan kajian menunjukkan nilai tahap stres dalam kalangan pensyarah PTSS Perlis berada pada tahap sederhana iaitu 3.0974 dan penyumbang utama stres pensyarah adalah beban tugas.

Jadual 1: Nilai keseluruhan min bagi stres Pensyarah PTSS Perlis.

Item Stres Min (T)

Beban Tugas 3.2686

Karenah Murid 3.1071

Penghargaan 3.1500

Kekangan Masa 3.0657

Hubungan Interpersonal 2.8957

Purata Min Keseluruhan Stres 3.0974

6.2 Tahap Kepuasan Pensyarah

Tahap kepuasan kerja bagi pensyarah di PTSS Perlis terdiri daripada enam dimensi yang dikenalpasti iaitu gaji yang diterima, peluang kenaikan pangkat, keadaan tempat kerja, suasana pekerjaan, rakan sekerja dan penyeliaan dalam pekerjaan. Kesemua dimensi kepuasan diuji dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 15 item yang dibahagikan bagi mewakili setiap dimensi. Bagi menentukan tahap kepuasan pensyarah PTSS di Perlis kaedah penentu ukuran yang diperkenalkan oleh Mohd Najib (2003) digunakan, dimana min dibahagikan kepada tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian, menunjukkan kepuasan berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.5510. Gaji yang diterima adalah dimensi utama yang menyumbang.

Jadual 2: Nilai keseluruhan min bagi kepuasan Pensyarah PTSS Perlis.

Item Kepuasan Min (T)

Gaji Yang Diterima 3.8893

Kenaikan Pangkat 3.4643

Keadaan Tempat Kerja 3.5107

Suasana Pekerjaan 3.3952

Rakan Sekerja 3.5095

Penyeliaan Dalam Pekerjaan 3.6071

Purata Min Kepuasan 3.551

6.3 Tahap Komitmen Pensyarah

Tahap komitmen organisasi bagi pensyarah di PTSS Perlis terdiri daripada Lima dimensi tersebut adalah ponteng kerja, pusingan kerja, kos operasi bertugas, ketepatan masa bekerja dan kesetiaan kepada organisasi. Kesemua dimensi komitmen diuji dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 10 item yang dibahagikan bagi mewakili setiap dimensi. Bagi menentukan tahap kepuasan pensyarah PTSS di Perlis kaedah penentu ukuran yang diperkenalkan oleh Mohd Najib (2003) digunakan, dimana min dibahagikan kepada tinggi, sederhana dan rendah. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai tahap komitmen pensyarah PTSS Perlis berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.6121 dan penyumbang

(6)

utama komitmen organisasi boleh dilihat pada dimensi pusingan kerja dan ketepatan masa bekerja.

Jadual 3: Nilai keseluruhan min bagi komitmen Pensyarah PTSS Perlis.

Item Komitmen Min (T)

Ponteng Kerja 3.4857

Pusingan Kerja 4.1429

Ketepatan Masa Bekerja 4.1357

Kos Operasi Bertugas 3.5571

Kesetiaan Kepada Organisasi 3.4214

Purata Min Komitmen 3.6121

7. Kesimpulan

Berdasarkan hasil dapatan ujian dan analisis yang telah dijalankan didapati kesemua pembolehubah yang dikaji iaitu stres pekerjaan, kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi di kalangan pensyarah berada pada tahap sederhana. Dapatan purata min bagi tahap stres pensyarah adalah 3.0974, tahap kepuasan pensyarah adalah 3.5510 dan tahap komitmen pensyarah adalah 3.6121. Dapatan ini menunjukkan Pensyarah- pensyarah PTSS Perlis mempunyai komitmen organisasi yang lebih tinggi berbanding faktor stres dan kepuasan pekerjaan. Beban tugas merupakan penyebab utama stres bagi pensyarah PTSS Perlis berbanding dengan dimensi lain yang telah diuji. Bagi kepuasan pekerjaan pula gaji yang diterima adalah penyumbang utama kepada kepuasan kerja di kalangan pensyarah. Komitmen para pensyarah yang paling utama boleh dilihat di dimensi pusingan kerja dalam usaha mereka untuk memahirkan diri apabila mendapat tugasan yang baru.

Rujukan

Hapriza, Ungku Norulkamar dan Siti Aisyah (2005). Komitmen organisasi di kalangan staf akademik: Hubungannya dengan tahap stress. Kajian ilmiah. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Teknologi Malaysia.

Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6

Yahaya, A., & Ramli, J. (2010). Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia ( Factors That Contributed Stress Among Secondary School Teachers In Four States In Malaysia ).

Kyriacou, C dan Sutcliffe, J. (1978). A Model of Teacher Stress. Educational Studies.

Adams, E. (2014). A proposed causal model of vocational teacher stress. Journal of Vocational Education and Training.

Ambotang, A. S., & Hashim, M.H (2002.). Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Journal of Techno- Social.

Othman. M. Y. (2005). Pemikiran Kreatif Ke Arah Kecemerlangan. Selangor: Aras Mega Sdn. Bhd.

Sipon, S., Othman, K., & Abdul Rahman, O. (2013). Stress: Punca, Teori dan Pengurusan Efektif.

Boyle, G.J., Borg, M.G., Falzon, J.M., and Baglioni, A.J. Jr. (1995). A Structural Model of the Dimensions of Teachers’ Stress. Britsh Journal of Educational Psychology, 63 (1):

271-286

(7)

Boyle G. J., Borg M. G., Falzon, J. M. & Baglioni, A. J. Jr. (1995). A structural model of the dimensions of teacher stress. British Journal of Educational Psychology, 65, 49-67.

Yahaya, A., & Othman, N. B. (2000). Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Stres Dalam Kalangan Guru Sains Dan Matematik Di Sekolah Menengah Daerah Johor

Baru. UTM. Tesis.

Yahaya, A., & Ramli, J. (2010). Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia ( Factors That Contributed Stress Among Secondary School Teachers In Four States In Malaysia ).

Mazlina (2013). Hubungan Tekanan dengan Komitmen dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Empat Buah Sekolah Rendah Daerah Pontian. Tesis Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abd. Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Sulaiman Masri, (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposol, tesis).

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Herzberg, F. M. (1959). The Motivation to Work. (2nd . Ed). New York: John Wile y and Sons.

McGregor and Douglas. (1960). Human side of enterprise. New York, McGraw-Hill.

Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality [2nd Ed.] New York: Harper and Row (Donnelly, 1988).

Gruneberg, M. M. (1981). Understanding Job Statisfaction. London : Mac Millan Press Ltd.

Steers, R.M. (1977). Antecedents and Outcomes of Organizational Commitment. Dalam John, M. C., & Taylor, J. W, V. (1999).Leadership Style, School Climate and Institutional Commitment of Teachers. International Forum, 2 (1): 25-27.

Yaakob Daud. (2007). Budaya sekolah rendah: Hubungannya dengan kepemimpinan, komitmen organisasi dan pencapaian akademik. PhD thesis. Universiti Sains Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bahagian ini membentangkan keputusan daripada analisis deskriptif yang melaporkan latar belakang subjek, sumber stres utama yang dialami subjek, pengaruh sumber stres ke atas

Kajian ke atas Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) di Kalangan Guru Sekolah Menegah di Daerah Pasir Puteh.. Universiti

Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi dalam kajian ini akan dikaji khusus kepada gaya kepimpinan guru besar, tekanan kerja, budaya organisasi dan

Ia mengkaji permasalahan yang dihadapi dalam membangunkan modal insan dan hubungannya dengan motivasi dan komitmen kerja di kalangan warga kerja pembikinan filem.. Kajian

Dapatan kajian ini juga adalah selari dengan dapatan kajian oleh Amiraa (2010) yang turut melihat hubungan tingkah laku kewargaan organisasi dengan kepuasan kerja

Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru

Kajian turut mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi profil kecerdasan emosi pensyarah berdasarkan faktor kumpulan umur dan pengalaman pekerjaan, dan terdapat

Stres berlebihan yang berlaku di tempat kerja boleh menyebabkan masalah kesihatan pekerjaan yang kronik dialami oleh sumber manusia organisasi. Ini kerana lebih 20