• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL ZON KAJANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL ZON KAJANG"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

18

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH JENIS

KEBANGSAAN TAMIL ZON KAJANG

Gobinathan Vijian1* dan Jamalul Lail Abdul Wahab2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Corresponding author: gobikalki@gmail.com

Accepted: 4 May 2020 | Published: 20 May 2020

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. Dimensi kepimpinan transformasional dalam kajian ini terdiri daripada empat iaitu memupuk pengaruh yang ideal, menyediakan motivasi berinspirasi, membina rangsangan inteleksual dan menunjukkan pertimbangan individu. Manakala kepuasan kerja pula terdiri daripada enam elemen iaitu keadaan pekerjaan sekarang, rakan sekerja, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan pekerjaan secara am. Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellrigel (2007) dan Model Kepuasan Teori Dua Faktor Herzberg (1959) diterapkan dalam kajian ini. Data kajian ini dianalisis menggunakan diskriptif dimana nilai peratus, min digunakan. Manakala Korelasi Peorson digunakan untuk menganaslisis data inferensi, frekuensi peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan korelasi sederhana dan signifikan antara amalan transformasional guru besar dengan tahap kepuasan kerja. Dapatan kajian mendapati tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Tahap Kepuasan Kerja Guru berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi dan cadangan mengenai Kepimpinan Transformasional serta Kepuasan Kerja Guru di SJKT Zon Kajang turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci: kepimpinan guru besar, kepimpinan transformasional, kepuasan kerja guru

1. Pengenalan

Pemimpin merupakan individu yang memegang amanah dan bertanggungjawab untuk mengurus sesebuah organisasi. Pemimpin-pemimpin yang akan menentukan arah tuju masa hadapan untuk mencapai matlamat, visi dan misi organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin pula memainkan peranan penting bagi mengubahkan strategi-strategi yang perlu diaplikasikan untuk mencapai objektif. Menurut (Bass, 2002) keberkesanan sesebuah organisasi dan sifat kepimpinan adalah saling berkait rapat. Hal ini adalah kerana pemimpin ialah penggerak utama yang jelas dengan hala tuju untuk membawa kejayaan dalam sesebuah orgnisasi. Oleh sebab itu, pemimpin berinisiatif mengambil langkah untuk merealisasikan impiannya walaupun melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Sehubungan itu, (Zaleznik 2001) memberitahu bahawa memberi tumpuan kepada

(2)

19

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

motivasi pekerja melalui strategi-stretegi tertentu seperti pelbagai faedah bukan gaji, sistem penilaian prestasi dan program latihan merupakan salah satu pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi.

Terdapat empat dimensi untuk diukur iaitu rangsangan intelektual, pertimbangan secara individu, karisma dan inspirasi motivasi. Dimensi pertama iaitu karisma adalah menjadi contoh yang terbaik kepada orang bawahan, sikap membuat “membuat perkara yang betul” dan sedia mengambil risiko demi kebaikan organisasi. Dimensi kedua adalah pertimbangan secara individu iaitu memandang setiap keunikan pekerja dan menghormati setiap perbezaan di kalangan pengikutnya. Dimensi seterusnya adalah rangsangan inteleksual iaitu mewujudkan persekitaran yang mendorong pekerjanya bertindak secara kreatif dan berani mengambil keputusan dengan mempertimbangkan kebaikan pekerjanya. Akhir sekali, inspirasi motivasi iaitu pemimpin menjadi motivator utama kepada para pengikutnya yang mempunyai harapan tinggi untuk meningkatkan prestasi dan mencapai matlamat organisasi.

Menurut (Avolio & Yammarino, 2002), kajian-kajian lepas dan kini sangat menekankan kepimpinan transformasional kerana kepimpinan tersebut dikatakan amat penting dalam berbagai- bagai jenis bidang atau sektor untuk membentuk organisasi yang berkesan. Guru besar mempunyai amanah yang tinggi selaku pentadbir sekolah yang akan menguruskan perjalanan sekolahnya.

Guru besar pula merupakan penentu keseluruhan suasana sekolah untuk memperkembangan dan mengukuhkan kualiti sekolah. Guru besar ialah kapten yang membawa pengikutnya ke destinasi yang ditentukan dengan selamat demi mencapai menara gading. Walaubagaimanapun didapati para guru berkemelut dengan karenah pemimpin sekolah yang tidak mahir atau tidak cekap mentadbir sekolah. Hal ini menyebabkan suasana sekolah terganggu dengan konflik antara pentadbir dengan guru-guru.

Menurut (Massithah, 2009) memberitahu bahawa para pelajar, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, suasana tempat kerja, rakan sejawat, gaji yang diterima, tugas yang membebankan dan keluarga adalah faktor utama yang menentukan kepuasan kerja guru. Apabila tugas di sekolah semakin meningkat, para guru merasa diri mereka menanggung kebebanan kerja. Menurut (Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita, 2016), selain daripada tugas akademik guru juga mempunyai bertanggungjawab dalam tugas bukan akademik. Para pendidik terpaksa melibatkan diri dengan sedaya upaya demi mencapai matlamanya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Oleh sebab itu, tahap stress di kalangan guru meningkat dan mengakibatkan motivasi mereka menurun.

(Junaidah dan Nik, 2013), menyatakan bahawa kepuasan kerja guru memainkan peranan penting untuk kesejahteraan guru di sekolah. Selain itu, guru besar juga bersikap ketidakjujuran dalam menilai prestasi guru dan membuatkan guru-gurunya tidak berpuas hati dengan tindakannya. Guru besar sepatutnya memberi perhatian terhadap para guru dimana ia merupakan salah satu dimensi kepimpinan transfomasional iaitu pertimbangan individu. Tugas guru pula semakin beban kerana tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja merangkumi tugas akademik tetapi lagi menambahkan tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail dan Ruzita, 2016). Sebagai seorang ketua sekolah hendaklah mempertimbangkan keadaan guru yang semakin menanggung banyak kerja sehingga mereka hilangnya motivasi dan puas hati untuk bekerja. Pengagihan tugas hendaklah dibincang dengan guru sebelumya supaya mengetahui sama ada guru berkenaan mampu

(3)

20

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

menunaikan tanggungjawab atau membankan mereka. Menang kalahnya sesebuah sekolah adalah disebabkan kepuasan kerja guru. Guru sekolah perlu diberi penghargaan atau pujian dan membimbing mereka supaya diri mereka tidak berasa seperti dihimpit dengan arahan dan tugasan yang berterusan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti terdapat tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar mengikut empat dimensi iaitu pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek, dan motivasi berinspirasi, mengenalpasti tahap kepuasan guru dan mengenalpasti hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang.

2. Sorotan Literatur

2.1 Kepimpinan Transformasional

Kepimpinan merupakan bidang utama yang sentiasa dibincang oleh para penyelidik kerana pemimpin merupakan agen utama yang memainkan peranan penting mengurus sesebuah organisasi dengan baik. Pemimpin ialah bagaikan seorang ‘hero’ atau watak utama yang menjadi pusat untuk menjayakan matlamat dengan menyatupadukan semua aspek ke bawah payung. Oleh hal sedemikian sikap kepimpinan kerap ditekankan oleh para penyelidik khususnya dalam bidang pendidikan terutamannya guru besar atau pengetua kerana individu yang mengetuai sekolah adalah tunjang membentuk sekolah yang sempurna. Pemimpin yang jelas dengan matlamat organisasi yang ditetapkan akan berfokus dan berusaha untuk mencapainya dengan kerjasama orang bawahannya. Pemimpin tidak seharusnya menunjukkan kehebatan atau kuasa kedudukannya dengan memberi arahan sahaja. Hal ini adalah kerana pemimpin yang suka memberi arahan bukanlah salah satu ciri kepimpinan yang sesuai buat masa kini.

Sehubungan itu banyak kajian dijalankan terhadap guru besar atau pengetua untuk mengetahui keberkesanan kepimpinan terhadap organisasi sekolah. (Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2015) menyatakan bahawa kepimpinan transformasional bermatlamat untuk menyemai nilai moral dan motivasi subordinat supaya mereka menyumbang pada organisasi. Pemimpin hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan mempunyai sikap keterbukaan untuk mendengar luahan dalam menangani masalah para pengikutnya.

Tambahan pula, amalan kepimpinan guru besar mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru.

Apabila para guru ditekankan dengan pelbagai tugas, tahap kepuasan bekerja di kalangan mereka semakin merosot. Hal ini dipersetujui oleh (Azrul Hisham, 2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa para guru yang menghadapi tekanan adalah disebabkan faktor bebanan tugas. Oleh sebab itu (Jazmi, 2009) memberi idea iaitu pengetua sekolah agar mengamalkan gaya kepimpinan transformasional di tempat kerjanya. Guru-guru di sekolah akan berasa diri mereka dihargai dan puas bekerja jika guru besar menjalinkan hubungan yang berprofesional dan fleksibel sesama mereka. Perkara ini adalah dianggap penting kerana memberi kepuasan kerja kepada guru.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh (Habib Ismail & Zaimah Ramli, 2012), tahap kepuasan kerja guru di pendidikan khas adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini adalah bersamaan dengan kajian (Woo, 2007) yang mencatatkan bahawa dari segi dimensi penyeliaan,

(4)

21

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

kepuasan kerja yang tinggi dicapai oleh guru-guru teknikal dan vokasional. Hal ini adalah kerana cara penyeliaan pengetua yang berpengaruh dan pemberian penghargaan terhadap kerja baik telah memberi kepuasan kepada mereka. Pengikut-pengikut akan diberi peluang untuk mengambil keputusan oleh pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasional. Kajian yang dilakukan oleh (Loy Liang Hui, 2003), membincangkan tentang hubungan kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan guru, menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru berada pada aras rendah di sekolah menengah di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur.

2.2 Konsep / Teori Kepimpinan Transformasional

(James McGregor Burns, 1978) telah mengasaskan teori kepimpinan transformasional dan kemudian (Bass, 1985) telah mengembangkan teori tersebut. (Burns, 1978) mendefinisikan kepimpinan transformasional adalah satu proses di mana pemimpin dan pengikutnya saling membangunkan satu sama lain untuk meningkatkan tahap nilai moral dan motivasi ke tahap yang lebih tinggi. Kepimpinan transformasional yang dimurnikan oleh (Bass, 1985) berasaskan (Burns, 1978) telah dikelaskan kepada empat elemen iaitu rangsangan intelek, pengaruh ideal, motivasi berinspirasi dan pertimbangan individu. Model kepimpinan (Leithwood, 1994) sedikit berbeza berbanding dengan model (Burns, 1978) dan (Bass, 1985). Terdapat beberapa komponen dalam model (Leithwood, 1994) iaitu menyediakan rangsangan inteleksual, membina visi dan matlamat sekolah, menjadi teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi, menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, menawarkan sokongan secara individu, mewujudkan budaya sekolah yang kreatif dan membangunkan struktur serta menggalakkan penglibatan dalam proses membuat keputusan.

Manakala (Slocum & Hellrigel, 2007) telah membahagikan kepimpinan transformasional kepada empat dimensi iaitu sikap menunjukkan pertimbangan berasaskan individu, meningkatkan motivasi, membina rangsangan inteleksual dan memupuk pengaruh yang ideal dalam kalangan warga pendidik.

(5)

22

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

2.3 Model Kepimpinan Transformasional

Model Kepimpinan Transformasional (Slocum & Hellriegell, 2007) mencerminkan empat dimensi yang menunjukkan kepimpinan transformasional pemimpin dan mempengaruhi pengikutnya.

Rajah 1: Model Kepimpinan Transformasional Slocumdan Hellriegel (2007)

2.4 Teori Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja adalah salah satu aspek yang dianggap sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Hal ini adalah kerana menurut (Habib Ismail & Zaimah Ramli, 2012) memberitahu bahawa hampir kebanyakan orang meluangkan masa yang lebih panjang di tempat kerja. Lebih-lebih lagi pekerjaan yang dipegang oleh seseorang individu menentukan masa depan mereka untuk menyara kehidupan sampai akhir hayat. Banyak teori yang terdapat berkaitan kepuasan kerja untuk melakukan kajian tetapi dalam kajian ini penyelidik menggunakan Teori Dual Faktor Herzberg.

Teori ini yang diasaskan oleh (Frederic Herzberg, 1959) adalah sesuai diterapkan dalam kajian ini bagi memahami konsep kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja guru-guru Sekolah Jenis Rendah di zon Kajang. Herzberg menggariskan dua faktor bentuk motivasi iaitu faktor hygience yang menyebabkan ketidakpuasan kerja dan faktor motivator yang menyebabkan kepuasan kerja.

Ketidakpuasan kerja mencerminkan kelemahan suasana tempat kerja manakala kepuasan kerja menunjukkan kelebihan yang terdapat di tempat kerja bagi pekerja.

(6)

23

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

2.5 Model Kepuasan Kerja

Model Motivasi Kerja Dua Faktor Herzberg yang mencerminkan faktor hygience dan motivator di kalangan pekerja.

keadaan pekerjaan sekarang rakan sekerja

gaji

peluang kenaikan pangkat penyeliaan

pekerjaan secara am

Rajah 2: Model Teori Dua Faktor Herzberg (1959)

2.6 Kajian-kajian Lepas Kepimpinan Transformasional dan Kepuasan Kerja Guru

Sesebuah organisasi yang mengalami perubahan adalah kerana aspek yang dinyatakan di atas dan memberi kesedaran bahawa amalan kepimpinan transformasional yang mampu meningkatkan produktiviti. (Hoy & Miskel, 2005), menjelaskan bahawa model kepimpinan transformasional adalah sangat sesuai untuk diimplementasi oleh guru besar selaku pemimpin sekolah. Dapatan kajian (Othman bin Md Jihan & Ishak bin Madsyah, 2008) menunjukkan tingkah laku kepimpinan transformasional pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru.

Tambahan pula kajian yang dilakukan oleh (Jazmi Md. Isa, 2009) menunjukkan amalan kepimpinan transformasional pengetua sekolah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru di SMKA dan SMK.

Selain itu, dimensi bertimbangrasa secara individu adalah salah satu gaya kepimpinan paling dominan yang dinyatakan dalam kajian (Intan, 2013). Kajian yang sama menunjukkan tahap kepuasan kerja guru pula adalah paling. Kajian (Zuriman, 2013) kepuasan kerja guru adalah berada pada tahap rendah di sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Menurut (Jamalullail, 2014) mengatakan bahawa pengamalan gaya kepimpinan transformasional guru besar di daerah Temerloh adalah berada pada tahap yang maksimum. Oleh sebab itu, kepuasan kerja guru pula adalah tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru. Kajian yang dilakukan oleh (Rosmawati, 2014) menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional pengetua dan semua kempat-empat dimensi yang diukur terdapat hubungan yang signifikan positif dan kuat dengan kepuasan guru.

Manakala kajian (Siti Nazatul Norashikin Ali, 2016) bertentangan kerana mendapati bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua berada pada tahap sederhana di sekolah-sekolah menengah di daerah Gua Musang.Didapati gaya kepimpinan guru besar di daerah Temerloh dan di daerah Gua Musang adalah berbeza.

KEPUASAN KERJA GURU (faktor Hygeine & Motivasi)

(7)

24

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Secara keseluruhannya, melalui kajian-kajian lepas didapati bahawa guru besar yang mengamalkan kepimpinan transformasional dapat mewujudkan kepuasan kerja guru. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan transfomasional dapat membentuk organisasi yang sistematik. Gaya kepimpinan transformasional memberi kesan terhadap organisasi sekolah dan mempunyai hubungan signifikan terhadap kepuasan kerja guru.

3. Pernyataan Masalah

Guru besar mempunyai amanah yang tinggi selaku pentadbir sekolah yang akan menguruskan perjalanan sekolahnya. Guru besar pula merupakan penentu keseluruhan suasana sekolah untuk memperkembangkan dan mengukuhkan kualiti sekolah. Beliau mengetuai para guru, staf-staf sokongan dan juga para murid untuk menguruskan hal-hal sekolah demi mencapai matlamat yang telah digariskan. Guru besar ialah kapten yang membawa pengikutnya ke destinasi yang ditentukan dengan selamat demi mencapai menara gading. Walaubagaimanapun didapati para guru berkemelut dengan karenah pemimpin sekolah yang tidak mahir atau tidak cekap mentadbir sekolah.

Menurut (Massithah, 2009) memberitahu faktor-faktor seperti pelajar, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, rakan sekerja, persekitaran tempat kerja, beban tugas, gaji dan keluarga turut menentukan kepuasan guru. Apabila tugas di sekolah semakin meningkat, para guru merasa diri mereka menanggung kebebanan kerja. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja memikul tugas akademik tetapi juga tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita, 2016). Bagi mencapai matlamat yang telah digariskan di sekolah oleh pemimpin, para pendidik terpaksa melibatkan diri dengan sedaya upaya demi mencapai matlamatnya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Oleh sebab itu, tahap stress di kalangan guru meningkat dan mengakibatkan motivasi mereka menurun. Sehubungan itu, kajian (Mohamad Zabidi, 2009) menunjukkan terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru. (Junaidah & Nik, 2013), menyatakan bahawa kepuasan guru memainkan peranan penting utnuk kesejahteraan guru di sekolah. Selain daripada itu, guru besar juga bersikap ketidakjujuran dalam menilai prestasi guru. Hal ini membuatkan guru-gurunya tidak berpuas hati dengan kepimpinan guru besar yang tidak jujur. Guru besar selaku ketua organisasi dikatakan memberi tekanan kerja kepada orang bawahannya demi mencapai matlamat. Guru besar sepatutnya memberi perhatian terhadap para guru selari dengan salah satu dimensi kepimpinan transformasional iaitu menunjukkan pertimbangan individu. Tugas guru pula semakin beban kerana tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja merangkumi tugas akademik tetapi lagi menambahkan tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita, 2016). Sebagai seorang ketua sekolah hendaklah mempertimbangkan keadaan guru yang semakin menanggung banyak kerja sehingga mereka hilangnya motivasi dan puas hati untuk bekerja. Pengagihan tugas hendaklah dibincang dengan guru sebelumya supaya mengetahui sama ada guru berkenaan mampu menunaikan tanggungjawab atau membebankan mereka. Kepuasan kerja guru pula merupakan salah satu faktor utama menang kalahnya sesebuah sekolah. Guru sekolah perlu diberi penghargaan atau pujian dan membimbing mereka supaya diri mereka tidak berasa seperti dihimpit dengan arahan dan tugasan yang berterusan.

(8)

25

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4. Metodologi

4.1 Reka Bentuk Kajian

Penyelidik mengaplikasikan kaedah tinjauan dalam kajiannya bagi mendapatkan maklumat dan menganalisis data yang diperolehinya. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan maklumat daripada responden dengan menyediakan borang soal selidik. Pengkaji mengaplikasikan Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru. Selain itu, kaedah diskriptif digunakan untuk membuat pengiraan berdasarkan instrumen yang dijawab oleh responden.

4.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi untuk kajian ini adalah semua guru yang bertugas di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang iaitu seramai 110 orang dari tiga buah sekolah rendah. Seramai 86 orang guru dipilih sebagai sampel berdasarkan jadual penentu saiz sampel (Krejcie & Morgan, 1970).

Seterusnya, sampel kajian dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.

4.3 Instrumen Kajian

Soal selidik digunakan oleh pengkaji sebagai instrumen untuk menganalisis data. Soal selidik yang dikemukan oleh penyelidik merangkumi tiga bahagian. Bahagian A adalah demografi seperti jantina, umur, tahap akademik, dan tempoh perkhidmatan. Bahagian B pula amalan kepimpinan transformasional yang meliputi empat dimensi. Bahagian ketiga iaitu bahagian C adalah kepuasan kerja guru. Item-item dalam bahagian ini terdiri daripada enam elemen kepuasan kerja guru.

Pengkaji menggunakan Skala Likert lima point dalam instrumen.

4.4 Pengumpulan Data dan Analisis

Dalam kajian ini, data kuantitatif didapati daripada soal selidik dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian program SPSS Versi 20.0.

Analisis statisitik deskriptif dimana nilai peratus, min digunakan untuk mengetahui frekuensi peratus jantina responden, mengukur tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan tahap kepuasan kerja guru. Manakala analisis inferensi yang digunakan ialah ujian Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru.

(9)

26

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kajian rintis yang melibatkan 30 orang responden telah dijalankan untuk mendapat satu analisis kebolehpercayaan instrumen. kesemua nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan instrumen adalah tinggi iaitu 0.974 bagi soal selidik kepimpinan transformasional dan 0.946 bagi soal selidik kepuasan kerja guru. Oleh sebab itu, instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini boleh dipercayai dan boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar.

5. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Kajian kuantitatif telah dianalisis frekuensi peratus untuk melihat peratus responden mengikut jantina, min dan sisihan piawai dikira untuk melihat tahap kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru, Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunaka Skala lima likert iaitu Sangat Tidak Setuju dengan skor 1, Tidak Setuju dengan skor 2, Kurang Setuju dengan skor 3, Setuju dengan skor 4 dan Sangat Setuju dengan skor 5. Skala ini kemudian telah diinterpretasikan kepada empat tahap bersama skor purata seperti 1.0 hingga 2.00 untuk tahap rendah, 2.01 hingga 3.00 untuk tahap sederhana rendah, 3.01 hingga 4.00 untuk tahap sederhana tinggi dan 4.01 hingga 5.00 untuk tahap tinggi. Skala dan interpretasi ini dirujuk dan adaptasi daripada kajian (Azhar Ahmad, 2006) dan (Ahmad Munawwar, 2009). (Zawiah & Norli, 2010) skala penilaian kekuatan iaitu nilai pekali korelasi hubungan antara dua pemboleh ubah digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. ±0.0 – 0.2 untuk sangat lemah, ±0.2 – 0.4 untuk lemah, ±0.4 – 0.7 untuk sederhana, ± 0.7 – 0.9 untuk kuat dan ±0.9 – 1.0 untuk sangat kuat

Jadual 1: Frekuensi peratus jantina responden

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 13 15.1

Perempuan 73 84.9

Jumlah 86 100.0

Jadual 1 menunjukkan frekuensi peratus dimana menujukkan kekerapan lelaki adalah 13 dan peratusnya 15.1%. Manakala kekerapan bagi perempuan adalah 86 dan peratusnya 84.9%.

(10)

27

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Objektif 1: Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar

Jadual 2: Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar

Kepimpinan Transformasional Min SP Tahap

Memupuk pengaruh ideal 3.76 0.73 Sederhana tinggi

Menyediakan motivasi berinspirasi 3.54 0.77 Sederhana tinggi

Membina rangsangan inteleksual 3.74 0.74 Sederhana tinggi

Pertimbangan individu 3.81 0.66 Sederhana tinggi

Kepimpinan transformasional keseluruhan

3.71 0.69 Sederhana tinggi 1.00-2.00(rendah), 2.01-3.00(sederhana rendah), 3.01-4.00(sederhana tinggi), 4.01-5.00(tinggi)

Jadual 2 menunjukkan skor min tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam aspek memupuk pengaruh ideal, menyediakan motivasi berinspirasi, membina rangsangan inteleksual dan pertimbangan individu. Semua aspek kepimpinan transformasional kepimpinan guru besar masing-masing berada pada tahap sederhana tinggi. Melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa tahap amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar di Sekolah-sekolah Jenis Tamil Zon Kajang adalah pada tahap sederhana tinggi. (Min = 3.71; P =0.69). Bagi semua aspek kepimpinan transformasional guru besar berada dalam tahap yang sederhana tinggi.

Manakala Jadual 2 juga menunjukkan dimensi kedua iaitu menyediakan motivasi berinspirasi berada pada tahap yang paling rendah antara dimensi-dimensi yang lain iaitu min=3.54; P=0.77.

Dimensi yang berada pada kedudukan yang tinggi jika berbanding dengan dimensi yang lain adalah pertimbangan individu (min=3.81; P=0.66).

Objektif 2: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Kerja Guru

Jadual 3: Tahap Kepuasan Kerja Guru

Kepuasan Kerja Guru Min SP Tahap

Keadaan pekerjaan sekarang 3.86 0.59 Sederhana tinggi

Rakan sekerja 3.97 0.63 Sederhana tinggi

Gaji 3.20 0.40 Sederhana tinggi

Peluang kenaikan pangkat 3.57 0.54 Sederhana tinggi

Penyeliaan 3.63 0.35 Sederhana tinggi

Pekerjaan secara am 3.75 0.61 Sederhana tinggi

Kepuasan Kerja Guru keseluruhan 3.66 0.33 Sederhana tinggi 1.00-2.00(rendah), 2.01-3.00(sederhana rendah), 3.01-4.00(sederhana tinggi), 4.01-5.00(tinggi)

Jadual 3 menunjukkan skor min tahap kepuasan kerja guru dalam aspek keadaan pekerjaan sekarang, rakan sekerja, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan pekerjaan secara am.

Semua aspek kepuasan kerja guru terletak pada tahap sederhana tinggi. Melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa Kepuasan Kerja Guru dalam kalangan guru Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang secara keseluruhannya terletak pada tahap sederhana tinggi (Min=3.66; P=0.33). Dimensi yang berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan dimensi-dimensi lain adalah dimensi gaji (min=3.20; P=0.40). Manakala dimensi yang berada pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan dimensi-dimensi lain adalah dimensi rakan sekerja (Min=3.97; P=0.63).

(11)

28

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Objektif 3: Hubungan Antara Kepimpinan Transformasional dengan kepuasan Kerja

Jadual 4: Analisis Korelasi Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru.

Amalan Kepimpinan Transformasional

Kepuasan Kerja Guru Amalan Kepimpinan Transformasional

Korelasi Pearson 1

Signifikan (2-hujung) .538**

N 86

Kepuasan kerja guru

Korelasi Pearson .538**

Signifikan (2-hujung) .000

N 86

Nota: **Signifikan pada aras 0.01

Jadual 4 menunjukkan hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Analisis pekali korelasi ini menunjukkan kekuatan hubungan tersebut adalah berada pada tahap sederhana (r=0.538). Ini bermakna hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang dengan kepuasan kerja guru adalah berada pada tahap sederhana.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kepimpinan transformasional di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Hulu Langat berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap sederhana tinggi. Ini bermakna, turun dan meningkatnya kepuasan kerja guru adalah terletak pada kepimpinan transformasional guru besar. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional nescaya dapat mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan pekerja. Akhirnya, segala kekuatan yang terdapat dalam kajian ini haruslah dijadikan panduan manakala jika ada kelemahan haruslah dijadikan sempadan. Kajian ini adalah sebagai pengukur sejauhmana seseorang pemimpin menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir sekolah dan boleh digunakan sebagai rujukan oleh pihak yang terlibat dengan terus dalam alam pendidikan. Sebagai cadangan kajian tambahan, bolehlah membuat kajian dan membandingkan tahap amalan kepimpinan transformasional Sekolah Jenis Kebangsaan dengan Sekolah Kebangsaan. Selain daripada itu, kajian ini hanya dijalankan di tiga buah sekolah SJKT di Daerah Hulu Langat. Kajian ini bolehlah diperluaskan di seluruh negeri Selangor untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan terperinci tentang kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru.

(12)

29

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

7. Penghargaan

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana memberkati saya sepanjang masa sehingga menyempurnakan kajian saya. Dengan menggunakan kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia saya iaitu Encik Jamalul Lail Abdul Wahab yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan bantuan serta membimbing saya untuk menyempurnakan kajian saya. Setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ibu tersayang saya Puan Dhanam, ayah saya Encik Vijian, kakak saya Hemavathy dan adik saya Lt M. Arunraaj yang telah memberi sokongan dan bantuan untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang merupakan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu M. Kalaivani, V. Anuratha dan A.

Gobindaran yang memberi tunjuk ajar tanpa mengira balasan untuk menyiapkan kajian saya.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kajian saya.

Rujukan

Abdullah Wafi Bin Ariffin. (2013). Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Kualiti Pengurusan Sekolah Menengah Di Negeri Sembilan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Affendi, Fatimah. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azrul Hisham, Abdul Manaf. (2009). Faktor-Faktor Tekanan dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Bass BM. (1985). Leadership and performance beyond expectations. Harper & Row, New York.

Bass, B. &. (1990). Transformational leadership: A response to critiques. (pp. 49-80). San Diego, SD: Academic Press, Inc.

Burns, J. M. (1978). Burns Transformational Leadership Theory. New York, NY: Harper &Row.

BJ Avolio , FJ Yammarino Transformational and Charismatic Leadership: The Road Ahead:

10th Aniversary Edition (Monographs in Leadership & Management Book 5)

Ganefri. Dr. Fal. (2011). Prestasi Di Tempat Kerja Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Habib Ismail dan Zaimah Ramli. (2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua danHubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru. Prosiding Perkem Vii, Jilid 2 (2012) 1471 – 1478 Issn: 2231-962x Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke Vii (Perkem Vii) Hellriegal, S. &. (2007). Fundamentals of Organizational. USA: ThomsonSouth Western.

Hoy, W, K & Miskel, C, G. (2005). Educational Administration: Theory, Research, and Practice.

America: McGraw Hill Companies, Inc.

(13)

30

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Jamalullail Abdul, et al. (2014). Headmasters Transformational Leadership and Their Relationship with Teachers Job Satisfaction and Teachers Commitments. International Education Studies.

7.13(2014): p40

Jazmi, Md Isa. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian Perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Junaidah Mohamad dan Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian Tentang Kepuasan Dalam Kalangan

Guru-guru Pendidikan Khas. Universiti Sains Malaysia

http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art7_103_115.pdf

Ku Sahida bt Ku Shali. (2016). Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kualiti Pengurusan Sekolah Rendah di Perlis. Tesis Sarjana. Universiti KebangsaanMalaysia.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement.

Leithwood K (1994). Leadership for school restructuring. Educational Administration Quarterly 30, 498-518.

Lee Gek Hoi (2001). Hubungan Antara Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kluang Johor.Universiti Kebangsaan Malaysia

Lia Indah Ahmad Dan Ruslin Bin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018. Eisbn: 978-967-2122-47-0

Liew Mei Yon. (2004) Kepuasan Kerja Guru Prasekolah Di Daerah Seremban, negeri Sembilan.Universiti Kebangsaan Malaysia

Loy, Liang Hui. (2002). Hubungan Kepemimpinan Transformasional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Massithah. (2009). Hubungan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja guru di sekolah rendah luar bandar. Universiti Malaysia Sabah. The International Journal ofLearning.Volume 16

Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab. (2016). Kepimpinan Transformasi Pengetua Program Sekolah Transformasi Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Zon Utara Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Mohamad Radzi Saidin, Azlin Norhaini Mansor, Mohamad Yusoff Mohd Nor & Jamallullail Abd Wahab. (2014). Kepimpinan Transformasional Dan Komitmen Kerja Guru Di Sekolah Rendah SBT Di Negeri Sembilan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor

Mohamad Zabidi Abdullah. (2009). Kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannyadengan kepuasan kerja guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Nadiah Mohd Abdah & Azlin Norhaini Mansor (2014). Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Cemerlang Di Daerah Seremban. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Nor Mohamad Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab dan Ruzita Md Hassan. (2016).

Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia Pelajar 19(2016): 49-54[PREVIEW COPY]

(14)

31

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Othman bin Md Johan & Ishak bin Mad Shah. (2008). Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan transformasi pengetua terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah.

Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Jilid:34-43.

Raihana Abd Rahim. (2012). Amalan Kepimpinan transformasi Pengetua Dan Hubungkaitnya Dengan Kepuasan Kerja Tenaga Pengajar Di IPMa Di Negeri Melaka.Universiti Teknologi Malaysia.

Robert V., Krejcie, Daryle W., Morgan. (1970). Determining Sample Size for ResearchActivities.

30(3), 607-610.

Roselena Mansor, and Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan berkualiti: perspektif mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan, 45 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713.

Rosmawati binti Abdullah. (2014). Hubungan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009 di UTHM.

Siti Nazatul Norashikin Ali. (2016). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua Dengan Komitmen Guru Pjk Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gua Musang Kelantan Universiti Utara Malaysia Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 123-130 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016,

Thalahuddin Bin Abdullah. (2016). Amalan Kepimpinan Transfrormasional Pengetua DanKepuasan Kerja Guru Di Sabk Negeri Perak. Tesis Sarjana. Universiti KebangsaanMalaysia.

Woo, Yoke Ling (2007) Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

Zuriman bin Abdul Rahman. (2013). Hubungan gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Kertas Penyelidikan Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan ISPEN2018||eISBN978 967-2122-54-8 5 Julai 2018

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah

Dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan Ujian Korelasi Pearson yang dijalankan dalam menentukan hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru

Manakala item dalam bahagian B digunakan untuk mengukur kepimpinan teragih guru besar di SJKC di Semenanjung Malaysia mengikut persepsi guru berdasarkan empat

Objektif bengkel yang ditetapkan oleh penganjur kursus iaitu Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Escot bersama MGBST Daerah Hulu Selangor dan Gombak adalah

Jadual 4.12 di atas menujukkan hasil data analisis regresi iaitu nilai R-square adalah 0.140 atau bersamaan dengan 14% dalam analisis regresi yang

Dapatan kajian mendapati tahap tingkah laku kepimpinan guru besar, beban kerja guru dan prestasi kerja guru di daerah Sarikei adalah sederhana manakala analisis

Seterusnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu menunjukkan hubungan di antara amalan kepimpinan lestari guru besar

Justeru, kajian ini menyumbang secara signifikan terhadap teori dan bidang ilmu dengan menjelaskan peranan kepimpinan transformasional, begitu juga dengan peranan iklim sekolah