• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEPIMPINAN KARISMATIK PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEPIMPINAN KARISMATIK PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH RENDAH"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

KEPIMPINAN KARISMATIK PENTADBIR DAN

HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH RENDAH

Thaamarai Selvi Murgaya1* dan Aida Hanim A. Hamid2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: aidahanim@ukm.edu.my Article Information:

Article history:

Received date : 1 December 2020 Revised date : 23 December 2020 Accepted date : 28 December 2020 Published date : 29 December 2020 To cite this document:

Murgaya, T., & A. Hamid, A. (2020).

KEPIMPINAN KARISMATIK

PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH RENDAH. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(4), 415-429.

Abstrak: Pemimpin memerlukan pengikut yang bermotivasi dan efektif dengan memberi inspirasi kepada mereka dimana ia dapat membantu dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan karismatik pentadbir dan motivasi guru di sekolah. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Responden kajian terdiri daripada 92 orang guru yang sedang berkhidmat di 2 buah sekolah yang dipilih. Instrumen yang digunakan ialah berdasarkan Model Kepimpinan Karismatik oleh Conger- Kanungo (1994). Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara gaya kepimpinan karismatik dan motivasi guru. Dapatan kajian membuktikan bahawa pihak pentadbir sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan karismatik dalam mentadbir dan mengurus subordinat agar misi dan visi organisasi dapat dicapai.

Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan kepada para pentadbir mengenai amalan kepimpinan mereka terhadap motivasi guru- guru. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi maklumat berkenaan tahap gaya kepimpinan karismatik yang diaplikasi dan tahap motivasi guru di

(2)

1. Pengenalan

Bidang pendidikan merupakan elemen terpenting dalam pembangunan sesebuah negara. Dalam merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, bidang pendidikan perlu mengahadapi trasformasi sepanjang masa untuk membentuk sistem pendidikan yang efektif dan adaptif selari dengan perkembangan global. Hala tuju transformasi sistem pendidikina Malaysia berhasrat untuk membentuk modal insan yang berinovasi, kreatif dan berdaya maju agar dapat bersaing dalam pasaran Model Baharu Ekonomi (MBE). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah antara inisiatif kerajan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam pembangunan modal insan. Bagi mencapai hasrat kerajaan ini, mutu dan kualiti pendidikan perlu diperbaiki dan ditingkatkan setanding dengan taraf pendidikan negara maju.

Jesteru itu, peranan pemimpin atau pentadbir sebagai individu berpengaruh kuat sebagai ‘key player’ untuk menggerakkan subordinat untuk memastikan kelestarian sekolah dengan mencapai matlamat yang ditetapkan adalah sangat penting (Weber 1991). Mastura (2013) menyatakan pentadbir atau pemimpin sesebuah organisasi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan dan pilihan yang akan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif semasa organisasi untuk menempuh kejayaan.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada keberkesanan gaya kepimpinan. Armstrong (2012) menyatakan kepimpinan sebagai proses memberi inspirasi kepada pengikut untuk melakukan tugasan mereka dengan baik. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin atau guru besar di sekolah adalah pelbagai dan ia turut mempengaruhi motivasi guru dan kejayaan organisasi. Ini disokong oleh pendapat Obiwuru et al. (2011) bahawa kecekapan kepimpinan bergantung kepada pelbagai gaya. Pandangan ini wujud ekoran dari Polychronious (2009) bahawa pemimpin sesebuah organisasi perlu berusaha untuk memenuhi tuntutan persekitaran yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, pemimpin atau pentadbir sekolah harus peka terhadap keperluan guru dan pelajar agar dapat memilih pendekatan kepimpinan yang sesuai dan mengaplikasikannya dalam menyediakan iklim sekolah yang kondusif dimana ia dapat meningkatkan motivasi guru-guru. Dalam meneruskan momentum pembangunan sistem pendidikan pada ke abad ke-21, motivasi guru dianggap sebagai satu elemen utama dalam pentadbir sekolah dalam usaha memastikan kakitangan kearah mencapai matlamat dan halatuju organisasi.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang sesuai dan efektif merupakan kunci kejayaan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat.

Kata Kunci: Amalan Kepimpinan, Kepimpinana Karismatik, Motivasi, Tahap Motivasi Guru, Sekolah Rendah.

(3)

pembelajaran dan lebih cenderung untuk memberi motivasi kepada pelajar. Disamping itu, motivasi guru juga dianggap sebagai asas dalam pengurusan sekolah dan turut merupakan faktor penting dalam mewujudkan amalan kepimpinan dan iklim sekolah yang kondusif (Samuel &

Chipunza 2009).

2. Tinjauan Literatur 2.1 Kepimpinan

Gandolfi dan Stone (2018) menyatakan kepimpinan merupakan satu domain yang sangat luas dalam organisasi. Mereka menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan penjelasan dari aspek- aspek seperti kepimpinan, gaya kepimpinan, ciri- ciri kepimpinan yang berkesan serta jenis kepimpinan yang dapat memenuhi kehendak subordinat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji pemahaman yang mendalam terhadap keberkesanan dan kepentingan kepimpinan dan kepimpinan efektif terhadap sesebuah organisasi. Nwokocha (2014) berpendapat bahawa hubungan antara kepimpinan dan tujuan serta matlamat organisasi tidak dapat dipisahkan kerana pemimpin merupakan penentu dalam mencapai sasaran tersebut. Kepimpinan mempunyai hubungan langsung sebab- kesan terhadap kejayaan organisasi (Michael 2010). Pemimpin menentukan nilai, budaya, toleransi perubahan dan motivasi pekerja dimana ia perlu diberi penekanan untuk membentuk strategi pelaksanaan dan keberkesanan. Walaupun terdapat pelbagai definisi, secara rumusan kepimpinan adalah proses yang berterusan dilakukan oleh pemimpin untuk mengerakkan organisasi. Oleh yang demikian, perlu di beri perhatian dan penekanan terhadap pemilihan gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi organisasi dari masa ke semasa demi kejayaan organisasi.

2.2 Kepimpinan Karismatik

Pada dasarnya, seperti yang dikemukakan oleh Sankowsky (1995), pemimpin berkarismatik berperanan mengembangkan pemikiran kreatif dan kritikal guru- guru di bawah pimpinan serta memberi peluang untuk berkembang di samping sentiasa mengalu- alukan maklum balas positif dan negatif dari semua kakitangan termasuk peringkat bawahan dalam organisasi. Selain itu, pemimpin berkarisma merupakan agen perubahan yang menjamin peluang yang luas dan lebih baik kepada para pengikut untuk terus berkembang (Javidan dan Waldman 2003). Pemimpin berkarisma tidak mudah berpuas hati dengan keadaan semasa dan sentiasa mencari peluang untuk membawa perubahan kepada organisasi ke arah pencapaian yang cemerlang. Pernyataan ini disokong oleh Conger (2000) di mana pemimpin berkarismatik mempunyai visi yang kuat untuk mencabar status quo. Menurut Yukl (1994) pemimpin karismatik mempunyai visi yang menarik terhadap masa depan organisasi dan berkemampuan menarik minat serta memotivasikan kakitangan agar berkomitmen untuk mencapai tujuan. Di samping itu, pemimpin berkarisma membantu meningkatkan motivasi kakitangan dengan memberikan tugasan atau tanggungjawab yang kompleks agar mereka berinisiatif untuk menyiapakan dengan tekun dan yakin. Pernyataan ini disokong oleh Avolio dan Gibbons (1998) di mana pemimpin berkarisma menyampaikan harapan yang tinggi terhadap pengikut agar mereka dapat mempamerkan keyakinan dan kebolehan yang tinggi untuk memenuhi harapan. Ini dapat meningkatkan kecekapan pengikut dan keberkesanan diri seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka.

(4)

2.3 Motivasi Guru

Motivasi adalah proses psikologi yang wujud dalam individu dimana ia mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan ( Becker 2010). Robbins (2003) menyatakan bahawa motivasi adalah keusahaan individu untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi demi mencapai matlamat organisasi. Motivasi dianggap suatu kuasa dorongan yang membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup (Agnes Chigona 2014). Dalam sistem persekolahan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran oleh guru. Motivasi guru sangat penting dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dan secara langsung mempengaruhi pencapaian prestasi murid-murid di dalam bilik darjah (Mustafa et. al. 2010). Ini disokong oleh pendapat Cave dan Mulloy (2010) yang mengatakan guru yang bermotivasi tinggi adalah lebih cenderung untuk berinovatif untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid.

Hubungan antara dimensi gaya kepimpinan yang cekap memberi kesan yang berbeza terhadap penglibatan, motivasi, kepuasan kerja serta keberkesanan kerja. Keadaan ini wujud disebabkan oleh kualiti peribadi seseorang pemimpin dapat memberi kesan hubungan yang baik dengan subordinat dalam mencapai matlamat organisasi (Papalexandris dan Galanaki, 2009). David McClelland (1978) memperkenalkan Teori Motivasi Pencapaian dimana ada tiga jenis keperluan motivasi iaitu keperluan untuk berjaya, keperluan dalam perhubungan dan keperluan mendapat kuasa yang dapat dimanfaatkan oleh seseorang pemimpin untuk memotivasi pekerjanya dengan gaya kepimpinan yang sesuai. Kenyataan ini disokong Hariandja (2002) yang mengatakan bahawa usaha yang diberikan dalam memotivasikan seseorang dilakukan dengan cara mengenal pasti dan menggunakan faktor-faktor yang dapat mendorong motivasi individu. Menurut para penyelidik Gibson, Ivancevich dan Donnelly (1988), motivasi ditakrifkan sebagai daya yang menyebabkan seseorang bertindak dengan berorientasikan cara tertentu ke arah sesuatu pencapaian. Motivasi dapat ditingkatkan apabila diberikan peluang kepada orang bawahan atau kakitangan untuk menunjukkan potensi mereka dalam melakukan tugasan dan perlu diberi pengiktirafan terhadap kejayaan ( Herzberg 1967). Disamping itu, Acker (1989) pula menyatakan pada dasarnya, faktor motivasi guru adalah melibatkan realisasi diri, kepakaran, penghormatan, misi masa depan dan keinginan untuk maju malah bukannya gaji dan faedah semata- mata. Gaji dan manfaat yang tinggi tidak menjamin pembangunan dan motivasi diri dalam jangka masa yang panjang dalam sesebuah organisasi. Ini disokong oleh penyelidik Oplatka (2010) bahawa tempoh pekerjaan dan gaji tidak sesuai disenaraikan sebagai salah satu faktor utama yang mendorong motivasi guru. Selain itu, faktor lain yang turut memainkan peranan dalam daya motivasi guru adalah psikologi seperti penghargaan terhadap kerja seseornag individu, kebebasan dalam menjalankan tugas, projek – projek yang menarik dan bermakna, perkongsian idea semasa membuat keputusan, menerima maklum balas positif, kerjaberpasukan, perwakilan kuasa dan sokongan daripada pihak pentadbiran, pengagihan tugas secara adil dan beban kerja yang munasabah, diberi peluang untuk kemajuan serta peluang melanjutkan pelajaran. Tambahan pula, Kocabas dan Karakose (2005) menekankan faktor pentadbiran sekolah, penyertaan guru dalam membuat keputusan, perkongsian kuasa dan tanggungjawab, pampasan dan ganjaran boleh memberikan motivasi kepada para guru.

(5)

2.4 Hubungan Kepimpinan Dengan Motivasi Guru Dan Prestasi Sekolah

Kepimpinan organisasi sudah pasti mempunyai kesan yang kuat terhadap prestasi, motivasi guru, kepuasan kerja dan komitmen pekerja. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa para pemimpin membantu dan memotivasikan guru di sekolah dengan menggunakan gaya kepimpinan yang berkesan agar guru- guru dapat bersaing demi menjayakan sekolah (Bhargavi & Yaseen 2016, Bass & Riggio 2006 dan Luftman 2004). Hubungan antara gaya kepimpinan dan prestasi organisasi menjadi isu sejak kebelakangan ini. Kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi organisasi dan gaya kepimpinan yang berbeza mungkin mempunyai korelasi positif atau korelasi negatif dengan prestasi organisasi di mana ia bergantung kepada pembolehubah yang digunakan oleh penyelidik (Wang et al. 2010).

Oleh itu, penggunaan pemimpin gaya kepimpinan yang berkesan adalah penting untuk menggalakkan piawaian kecemerlangan dalam pembangunan motivasi dan profesional ahli-ahli organisasi atau guru. Gaya kepimpinan yang efektif berpotensi dalam mengurus dan membangun profesionalisme guru agar dapat bersaing dalam era globalisasi ini (Al Khajeh 2018). Kepimpinan yang berserta dengan perangsang dan insentif menggalakkan motivasi pekerja sesebuah organisasi dalam mencapai mencapai matlamat (Senge 1990). Friedman (2004) menegaskan bahawa pemimpim atau pentadbir mempunyai peranan kritikal dalam mewujudkan persekitaran positif kepada para guru demi meningkatkan motivasi dan terus berkhidmat. Harapan guru daripada pemimpin menerima sokongan, mewujudkan bidang tugas yang jelas, menetapkan matlamat, memberi maklum balas, galakan dan interaksi yang berkesan antara kakitangan. Kajian oleh beberapa penyelidik menekankan hubungan antara gaya pengurusan pemimpin dan komitmen guru terhadap kerja mereka (Duo et al. 2016, Ling & Ling 2012 dan Raman et al. 2015). Ghazala et al.(2015) dalam kajiannya menyatakan gaya kepimpinan dan pengurusan sangat berpengaruh terhadap motivasi guru dan kepuasan kerja guru di sekolah. Friedman (1997) menekankan pemberian autoriti kepada guru terhadap sesuatu tugasan atau projek dapat meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan mereka untuk menyiapkan tanggungjawab yang dipikul.

(6)

3. Metodologi

Dalam kajian ini, pendekatan kuantitatif digunakan dan dapatan kajian akan diperoleh hasil daripada analisis kuantitatif. Kemudian, kajian ini akan dijalankan menerusi kaedah tinjaun deskriptif. Pembolehubah tidak bersandar adalah gaya kepimpinan karismatik yang dipraktik oleh pentadbir manakala pembolehubah bersandar terdiri daripada tahap motivasi guru. Ujian Kolerasi digunakan untuk mengukur hubungan dan kekuatan antara dua pembolehubah yang terlibat iaitu gaya kepimpinan dan motivasi guru. Kajian ini melibatkan sekolah berprestasi tinggi dimana terdapat dua buah sekolah rendah berprestasi tinggi di daerah Petaling Utama di negeri Selangor.

Populasi kajian ini terdiri daripada 118 orang guru dari sekolah rendah berprestasi tinggi dan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan sampel yang terlibat adalah seramai 92 orang guru. Walau bagaimanapun, sebanyak 120 borang soal selidik akan diedarkan kepada responden. Soal selidik meliputi item yang berkaitan dengan persepsi guru tentang motivasi, iklim sekolah dan kepimpinan pengetua mereka. Pada bahagian B, item- item dalam borang soal selidik berdasarkan Model Kepimpinan Karismatik Conger- Kanungo (1994). Pada bahagian C, untuk penilaian tahap motivasi guru diukur menggunakan soal selidik A questionaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT) yang dibina oleh Mehrabian dan Bank (1978) dan digunakan dalam kajian Norhannan Ramli dan Jamaliah Hamid (2006). Soal selidik ini menggunakan skala likert yang digunakan ialah 1 sehingga 5. Dalam bahagian ini responden diminta untuk menandakan nombor yang paling sesuai dengan diri mereka. Cara penilaian setiap item adalah setiap berikut :

Jadual 1: Skala Pengukuran Soal Selidik NOMBOR PENGUKURAN/SKOR

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

(7)

Soalan-soalan soal selidik dirangka dalam bentuk kiraan mata dimana responden diminta membuat penilian berdasarkan skala yang disediakan. Sebanyak 40 soalan yang dibentuk terdiri daripada soalan pilihan wajib (forced-choice questions) yang mengandungi jawapan daripada ‘Sangat Tidak Setuju’ hingga ‘Sangat Setuju’ yang menggunakan Skala Likert dari skala 1 hingga 5. Skala ini digunakan untuk soalan utama manakala soalan sokongan seperti demografi untuk mengetahui profil responden. Borang soal selidik diedarkan kepada responden mengikut populasi dan lokasi setelah kesahan dan kepercayaan item-item dipastikan. Seterusnya borang kaji selidik yang diisi oleh responden perlu dikutip dan disemak. Sebagai proses akhir, data yang dikumpul dimasukkan dalam dalam sistem menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk dianalisis. Dalam kajian ini statistik deskriptif yang merangkumi jumlah skor, peratus, min dan frekuensi digunakan untuk memerihalkan latar belakang responden. Analisis inferens ini digunakan untuk melihat perhubungan yang wujud antara dua jenis pembolehubah yang dikaji untuk pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dimana dalam penyelidikan ini pembolehubah tidak bersandar adalah amalan kepimpinan manakala pembolehubah bersandar ialah motivasi guru.

(8)

Jadual 1: Demografi Responden (n= 92 orang)

4. Dapatan dan Perbincangan 4.1 Analisis Demografi Responden

Data yang dikutip diuji dengan ujian normaliti Kolmogorov-Smirnov. Hasil daripada analisis yang dibuat, didapati data yang dikutip bertabur secara normal. Sterusnya ujian deskriptif yang telah dijalankan untuk mengenalpasti taburan demografi responden seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Pembolehubah

Kekerapan (f)

Peratus (%)

Jantina

Lelaki 38 41.3

Perempuan 54 58.7

Umur

20-30 Tahun 22 23.9

31-40 Tahun 31 33.7

41-50 Tahun 27 29.3

51-60 Tahun 12 13.1

Bangsa

Melayu 53 57.6

Cina 21 22.8

India 17 18.6

Lain-lain 1 1.09

Kelayakan Akademik Sijil/Diploma

10

10.7

Ijazah 45 49.0

Sarjana/Ph.D Lain-lain

33 4

35.7 4.6 Pengalaman

Mengajar

1-8 Tahun 29 31.5

9-16 Tahun 29 31.5

17-24 Tahun 21 22.8

25 Tahun dan keatas 13 14.2

(9)

Jadual 2: Interprestasi Skor Min

Jadual 1 menunjukkan keseluruhan responden adalah berjumlah 92 orang dimana mereka terdiri daripada 38 orang guru lelaki (41.3%) dan 54 orang guru perempuan (58.7%). Dari segi umur responden, majoriti responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini terdiri daripada kategori umur dari 31- 40 tahun iaitu seramai 31 orang (33.7%) manakala responden yang terbanyak terlibat adalah berbangsa melayu iaitu seramai 53 orang atau 57.6%. Dari segi kelayakan akademik tertinggi responden pula, didapati seramai 45 orang (49.0%) responden berkelayakan Ijazah Sarjana Muda. Di samping itu, responden yang memiliki pengalaman mengajar selama 1-8 tahun dan 9-16 tahun adalah seramai 29 orang iaitu 31.5%.

Sumber: Sanger et al., (2007)

Jadual 2 menunjukkan interprestasi skor min yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 adalah nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi.

Skor Min Interprestasi Skor Min

3.67- 5.00 Tinggi 2.34-3.66 Sederhana

1.00- 2.33 Rendah

(10)

Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Item soal selidik kepimpinan pentadbir

Konstruk Min

Sisihan Piawai Guru besar mempengaruhi saya dengan menghormati dan menjalin persahabatan. 3.75 0.705 Guru besar menggalakkan saya memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah. 3.75 0.705 Guru besar meluangkan masa untuk membimbing saya dan guru- guru lain. 3.75 0.705 Guru Besar menganggap setiap individu mempunyai keperluan, keupayaan dan aspirasi

yang berlainan. 3.66 0.715

Guru besar menunjukkan kemampuan dan bakat yang luar biasa dalam sebarang hal

yang dilaksanakan oleh beliau. 3.75 0.705

Guru besar mencadangkan cara baru bagi kami untuk menjalankan tugas. 3.72 0.881 Guru besar tetap tenang semasa menghadapi keadaan krisis. 3.75 0.705 Guru besar mempertimbangkan semula penyelesaian bagi sesuatu masalah untuk

memastikan kesesuaian. 3.65 0.65

Guru besar menetapkan prestasi pencapaian yang tinggi. 3.75 0.705

Guru besar sentiasa mendorong saya memberi idea- idea kreatif dan kritis dalam hal

pembangunan sekolah. 3.63 0.690

Guru besar menyuarakan keyakinan beliau terhadap kami dalam mencapai matlamat.

3.53 0.733 Guru besar mendorong saya untuk membentuk kekuatan diri. 3.75 0.705 Guru besar lebih mementingkan kaedah penyelesaian masalah berdasarkan penaakulan.

3.44 0.803 Guru besar memberi perhatian peribadi kepada guru- guru yang sering menyisihkan diri.

3.75 0.705 Guru besar tidak menggunakan kuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan. 3.47 0.940 Guru besar menunjukkan kepuasan dan pujian jika pencapaian berjaya dicapai. 3.80 0.723 Guru besar bertindak sebagai perangsang kepada pencapaian. 3.73 0.697 Guru besar menggalakkan kemajuan diri.

3.78 0.784 Guru besar memberi perhatian terhadap guru yang telah melanggar peraturan yang sedia

ada.

3.71 0.703 Guru besar memberi galakkan yang berterusan dalam segala hal berkaitan sekolah.

3.92 0.759

Skor Kepimpinan Karismatik (Purata) 3.71 0.736

(11)

Jadual 4: Skor Min dan Sisihan Piawai Item soal selidik tahap motivasi guru

Konstruk Min

Sisihan Piawai Tingkah laku guru besar menimbulkan penghormatan saya terhadap beliau.

3.77 0.683

Menganggap diri anda sangat bermotivasi untuk melalukan yang terbaik di sekolah ini.

3.75 0.705

Guru besar menjadi inspirasi anda untuk terus berkhidmat di bawah kepimpinan beliau.

3.75 0.705

Perhatian daripada guru besar mendorong saya untuk sentiasa memberi yang terbaik

kepada sekolah. 4.01 0.733

Saya dimotivasi oleh cara guru besar menyelesaikan sesuatu masalah dengan menerima pandangan dan pendapat dari semua guru secara terbuka.

3.75 0.705

Saya sangat menghargai tindakan guru besar yang sudi meluangkan masa untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru di sekolah.

3.82 0.806

Saya menghargai guru besar kerana memberi dorongan dan sokongan dalam kemajuan diri

guru- guru. 3.75 0.705

Menyokong sepenuhnya cara guru besar yang sudi menerima dan menimbangkan idea dan

cadangan yang kreatif daripada pihak guru. 3.75 0.705

Bermotivasi tinggi dengan tindakan guru besar yang berperanan sebagai pemangkin dalam

pencapaian sekolah. 3.95 0.652

Saya bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi untuk berkhidmat di sekolah saya.

3.76 0.652

Saya berpuas hati dengan persekitaran dan kemudahan asas sekolah.

3.92 0.729

Saya terdorong untuk bekerja lebih baik jika terdapat kemudahan asas yang lengkap.

3.89 0.777

Saya sentiasa dihargai atas segala jasa dan kejayaan. 3.80 0.964

Saya merasakan tugas guru adalah perkhidmatan yang dipandang tinggi dan mulia.

3.75 0.705

Saya sentiasa motivasikan diri saya agar menjadi guru contoh yang terbaik.

4.05 0.778

Skor Motivasi Guru (Purata) 3.83 0.733

(12)

4.2 Tahap Kepimpinan Karismatik Pentadbir

Jadual 3 menunjukkan analisis taburan min dan sisihan piawai kepimpinan pentadbir. Secara keseluruhan skor min bagi amalan kepimpinan karismatik pentadbir ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.736. Dapatan ini menunjukkan 14 item daripada 20 item yang diuji berada pada tahap tinggi, maka tahap amalan kepimpinan karismatik pentadbir atau guru besar sekolah adalah tinggi.

4.3 Tahap Motivasi Guru

Jadual 4 menunjukkan analisis taburan min dan sisihan piawai motivasi guru yang merangkumi 15 item. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi responden terhadap motivasi guru adalah pada tahap tinggi iaitu dengan min =3.83 (SP =0.733)

4.4 Hubungan Amalan Kepimpinan Karismatik Pentadbir dengan Motivasi Guru

Berdasarkan Keputusan Ujian Korelasi Pearson pada Jadual 5, adalah terbukti bahawa amalan kepimpinan karismatik pentadbir mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap motivasi guru (r =0.847, p =0.005). Hubungan positif menunjukkan semakin baik kepimpinan yang ditunjukkan oleh pentadbir atau guru besar, maka semakin tinggi motivasi guru di sekolah berprestasi tinggi.

Kepimpinan Pengetua Motivasi Guru

Kepimpinan Karismatik Pentadbir

Pearson

Correlation 1 .847*

Sig. (2-tailed) 0.005

N 92 92

Motivasi Guru

Pearson

Correlation .847** 1

Sig. (2-tailed) 0.005

N 92 92

**. Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

(13)

4.5 Perbincangan

Dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan amalan kepimpinan karismatik pentadbir adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Norlela (2011) dimana ia mununjukkan amalan kepimpinan karismatik dalam kalangan pemimpin organisasi di sesebuah institusi pendidkan berada pada tahap yang tinggi serta memberangsangkan menjadi kunci kejayaan visi dan misi organisasi tersebut. Di samping itu, Menurut Marginingsih (2017) amalan kepimpinan karismatik merupakan gaya kepimpinan yang dapat mempengaruhi anggota organisasi untuk lebih efektif dalam melaksanakan tugasan seharian agar dapat membawa kesan yang luar biasa ke atas diri sendiri, subordinat dan organisasi. Menurut Berson dan Bruce (2011), gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir sesebuah organisasi merupakan salah satu faktor utama yang berpengaruh terhadap motivasi, kreativiti, kepuasan kerja dan kejayaan organisasi. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan Lapierre (2009) yang menyatakan amalan kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin akan mempengaruhi persekitaran organisasi apabila pemimpin menunjukkan gaya kepimpinan yang efektif demi untuk menggerakkan kakitangannya ke arah yang mercu kejayaan. Malah Hardjana (2006) turut menyatakan amalan kepimpinan seseorang pemimpin adalah salah satu aspek yang akan mempengaruhi mutu dan suasana kerja di dalam organisasi. Kepimpinan karismatik ketua jabatan ternyata membawa pengaruh yang baik dalam organisasi kerana berjaya mewujudkan kesejahteraan kerja dalam kalangan guru-guru. Keadaan ini akan membantu organisasi untuk mencapai setiap visi dan misi organisasi.

Kajian ini terbatas kepada guru – guru dari sekolah berprestasi tinggi hanya dari daerah Petaling utama sahaja. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memberi perhatian terhadap borang soal selidik yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji terpaksa memerhatikan segala data yang diberikan dalam borang adalah lengkap dan memastikan hampir semua borang selidik diedarkan dikutip semula dalam jangka masa tertentu. Sebagai cadangan untuk pengkaji pada masa akan datang, kajian ini boleh diperluaskan ke semua jenis organisasi selain dari sekolah rendah.

5. Kesimpulan

Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada kebolehan semua pihak untuk memainkan peranan masing- masing. Oleh itu, sebagai pemimpin organisasi di sekolah, guru besar perlu ada sifat tertentu yang unggul dari segi kapasiti dan profesionalisme dalam menangani dan menyelesaikan masalah, berintegriti tinggi, berwibawa dan berpengetahuan luas untuk menguruskan organisasinya secara berkesan dan membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan yang berterusan dan reformasi sekolah secara berkesan dan cemerlang ( Hussien Ahmad. 2008). Justeru itu, penggunaan sumber kuasa mengikut gaya kepimpinan yang tepat oleh guru besar akan membentuk kecemerlangan akademik di sekolah dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru (Lokman dan Ai Ling, 2011).

(14)

Rujukan

Agnes Cave, Ph.D. Maura Mulloy, Ph.D. How Do Cognitive and Motivational Factors Influence Teachers' Degree of Program Implementation? A Qualitative Examination of Teacher

Agnes Chigona Faculty of Education and Social Sciences, Cape Peninsula University of Technology, South Africa chigonaa@cput.ac.za. South African Journal of Education, Volume 34, Number 3, August 2014.

Al Khajeh, E. H. (2018). Impact of Leadership Styles on Organizational Performance. Journal of Human Resources Management Research, 2018, Article ID: 687849.

Avolio BJ, Gibbons TC (1988). Developing transformational leaders: A life span approach. In Conger JA, Kanungo RN (Eds.), Charismatic leadership: The elusive factor in organizational effectiveness. San Francisco: Jossey-Bass. pp. 276-308.

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim. Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Prosiding “Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V1” – Halatuju Kepemimpinan Sekolah Untuk Penambahbaikan Yang Mapan – 10-12 Mac 2009. Institut Kepengetuaan, Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bhargavi, S., & Yaseen, A. (2016). Leadership Styles and Organizational Performance. Strategic Management Quarterly, 4, 87-117.

Mohamad Amin Azwin Jaafar, Mohd Shahril Ahmad Razimi, Mohd Zam Zam Saroni (2013).

Kepuasan Kerja Guru-Guru Agama Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Conger, J.A. Kanungo, R.N.Menon, S.T. (2000) Charismatic Leadership and Follower Effect, Journal of Organizational Behavior. 21(7), 747. E., (eds). Motivation to Learn: New Concepts of Motivation, Teaching to Think. Jerusalem: Edited by Saul S.Gillerman.

Washington, D.C.: BNA Inc.Educational Organization Haifa: Pardes.

Fei, E. L. E., & Han, C. G. K. (2017). Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi Guru.

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 145-159.

Jamilah Ahmad¹ & Yusof Boon ², Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia.

Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 323-335.

Mastura, I. (2013). Amalan rangka kepimpinan pengetua serta hubung kaitnya dengan komitmen guru di dua buah sekolah menengah kluster kecemerlangan di daerah Muar. (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Mathis, R. L. and Jackson, J. H. (2004). Human Resource Management, 10th ed. South-Western, Ohio.

Mehrabian, A. & Bank, L. (1978). A questionnaire measure of individual differences in achieving tendency. Educational and Psychological Measurement 38: 475-478.

Michael, A. (2010). Leadership Style and Organizational Impact. http://www.ala-apa.org

(15)

Mohamad Fuad Ishak, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Amin Azwin New paradigm of leadership: An inquiry into transformational leadership. Mahwah, NJ.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Nik Badrul Hisham Nik Ismail & Mastura Mahfar. (2015). Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi dalam kalangan guru SMK Harian Daerah Kluang, Johor. Sains Humanika, 5(1), 9-18.

Norhannan Ramli & Jamaliah Abdul Hamid. (2006). Jurnal Pendidikan. 31: 53-69. NZEI Te Riu Roa. 2005. Quality Teachers, Quality Teaching. An NZEI Discussion Paper Presented to Annual Meeting August, 2005. www.nzei.org.nz/resources publications/documents/QualTeachFinal WEB.pdf

Obiwuru, T. C., Okwu, A. T., Akpa, V. O., and Nwankwere, I. A. (2011) “Effects of Leadership Style on Organizational Performance: A survey of Selected Small Scale Enterprises in Ikosi- Ketu Council Development Area of Lagos State, Nigeria” Australian Journal of Business and Management Research, 1 (7), pp. 100-111.

Oplatka, I. (2010). Motivation, Satisfaction and Commitment to Educational Work.

Parsons,Trans.). New York: Oxford University Press. (Original work published 1924) Perspectives. National Forum Of Educational Administration And Supervision Journal Wang, F.-J., Shieh, C., & Tang, M. (2010). Effect of Leadership Style on Organizational

Performance as Viewed from Human Resources Management Strategy. African Journal of Business Management, 14, 3924-3936.

Weber, G (1971). “Inner-city Children Can Be Taught to Read: For Successful Schools.”

Washington, D.C.: Council for Basic Education.

Xu, G. Y. & Wang, Z. S., (2008). The impact of transformational leadership style on organizational performance: The intermediary effects of leader-member exchange. Long Beach, CA, USA, IEEE Xplore, pp. 1090-1097.

Yukl. (1994). Kepemimpinan dalam Organisasi. Jakarta: Index

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Proses penting yang mesti diberi perhatian oleh pihak guru pentadbir dengan kerjasama semua guru di sekolah ialah ketika sebelum, semasa atau selepas

Oleh yang demikian, kajian terhadap pembentukan Model Kepimpinan Murabbi ini adalah salah satu cara mengatasi ketidak upayaan guru dan kepimpinan sekolah di dalam

Demikian juga dengan hasil kajian oleh Alia Yashuk (2020) dapatan hasil kajiannya terhadap tahap motivasi guru Pendidikan Islam iaitu kerja itu sendiri, peluang memajukan diri

Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbir di sekolah melihat secara telus permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan integrasi kepimpinan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan transformasi pentadbir dengan komitmen guru di Sekolah Rendah Islam (SERI) Zon Tengah,

Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta

Oleh itu pihak sekolah, semua guru, ibu bapa dan pentadbir seharusnya bekerjasama dalam mengurangkan masalah disiplin yang selamat yang mana guru dan murid- murid boleh

Oleh itu, kajian ini dapat memberi panduan kepada para pengetua dan pentadbir sekolah untuk memainkan peranan sebagai fasilitator perubahan yang efektif terhadap penggunaan