• Tiada Hasil Ditemukan

View of ANALISIS KEPERLUAN PENGINTEGRASIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN TEKNOLOGI MEDIA BARU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of ANALISIS KEPERLUAN PENGINTEGRASIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN TEKNOLOGI MEDIA BARU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

1

ANALISIS KEPERLUAN PENGINTEGRASIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN TEKNOLOGI MEDIA BARU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

(NEED ANALYSIS OF INTEGRATION BETWEEN LEARNING STYLE AND NEW MEDIA TECHNOLOGY IN VISUAL ART EDUCATION)

1

Wan Lokman bin Wan Ahmad

2

Ahmad Nizam bin Othman,Ph.D

3

Ridzuan bin Hussin,Ph.D

1-3

Universiti Pendidikan Sultan Idris

1 Corresponding author

:loxxstudio@yahoo.com.my

ABSTRAK

Pendekatan gaya pembelajaran merupakan satu keperluan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid generasi baru. Selaras dengan revolusi pendidikan, pendekatan gaya pembelajaran seharusnya diintegrasikan dengan teknologi agar dapat diterapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan murid. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan mengaplikasikan kaedah temu bual terhadap empat orang guru dan dua orang pakar. Dapatan analisis keperluan ini mendapati terdapat empat tema yang memberikan satu signifikasi kepada keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu 1) Memudahkan guru, 2) Menepati pembelajaran abad ke-21, 3) Elemen merentas kurikulum, dan 4) Kefahaman tentang seni dan warisan. Dapatan ini diharapkan dapat membantu para pendidik untuk meneroka dan mengintegrasi pendekatan gaya pembelajaran dan teknologi media baru bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dapatan kajian ini juga akan digunakan di dalam fasa penyelidikan seterusnya untuk pembangunan modul pembelajaran yang berupaya meningkatkan minat, motivasi dan keterlibatan murid di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kata kunci: Gaya pembelajaran, teknologi media baru, Seni Visual.

(2)

2

ABSTRACT

Learning style approach is integral in all teaching and learning sessions especially ones that involving new generations of students. In line with the advent of educational revolution, a learning style approach should be integrated with technologies in order to engage 21st century learning skills to students. This study aimed to identify the importance and need for integrating learning styles and new media technologies in the Visual Arts Education subject. A qualitative approach was employed in this study by applying the interview method to four teachers and two experts. The findings of this needs analysis show that there were four themes that have a significance to the need for the integration of learning styles and new media technologies in Visual Arts Education, namely 1) Facilitating teachers, 2) Complying to 21st century learning, 3) Cross-curricular elements, and 4) Understanding of art and heritage. These findings are expected to assist educators to explore and integrate learning style approaches and new media technologies to create more meaningful teaching and learning sessions. The findings of this study would also be used in the next research phase for the development of learning module that would be able to increase the interest, motivation and involvement of students in the subject of Visual Arts Education.

Keywords: Learning styles, new media technology, Visual Art.

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Dalam usaha menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), guru berhadapan dengan cabaran bagi memenuhi keperluan setiap murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Menurut Norazlin dan Siti Rahaimah (2019), setiap individu mempunyai perbezaan dari segi pengetahuan, minat dan gaya pembelajaran. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru bagi mengekal dan meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran dengan menerapkan pelbagai teknik dan pendekatan yang bermakna. Guru perlu mengubah amalan pengajaran daripada kaedah objektivisme kepada pembelajaran berpusatkan murid dengan mengaplikasikan pengajaran inovatif dengan memberi tumpuan pada penggunaan teknologi secara kreatif mengikut kecenderungan murid. Justeru itu, untuk mendapatkan hasil yang berkesan, pendekatan pengajaran berasaskan minat dan kecenderungan murid perlu diberi perhatian. Pada zaman pendidikan yang kontemporari, guru seharusnya cakna terhadap keperluan gaya pembelajaran murid dalam apa jua mata pelajaran kerana ia mempengaruhi kejayaan PdP (Jayanthi & Munir, 2016). Selain itu, penerapan gaya pembelajaran dalam sesebuah bahan pengajaran adalah perlu agar objektif pengajaran terlaksana

(3)

3

(Unsal, 2018). Di dalam kerangka PPPM 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan jelas telah menggalakkan penerapan gaya pembelajaran di dalam sesi PdP di sekolah. Gaya pembelajaran yang ditekankan oleh KPM meliputi pengaplikasian teknologi sebagai alat untuk memudahkan kefahaman murid terhadap sesebuah pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Di dalam kerangka Transformasi Sekolah 2025 (TS25), pendekatan gaya pembelajaran ditekankan melalui Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan berasaskan pedagogi abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Usaha ini merupakan satu pendekatan pedagogi baharu melalui sistem pendidikan yang luwes bagi menyediakan murid dengan laluan pendidikan yang bersesuaian dangan bakat dan minat agar mereka dapat menikmati persekitaran pendidikan yang berkesan.

Sesuai dengan era kecanggihan teknologi, amalan pedagogi oleh guru dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) juga hendaklah mengikut peredaran zaman. Pada masa ini, penggunaan teknologi media baru dalam dunia pendidikan terutamanya di sekolah masih lagi tidak meluas dan memerlukan persediaan yang rapi agar sesi PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

KPM telah merencanakan PAK-21, yang merangkumi pelbagai kaedah dalam mengajar murid- murid di sekolah rendah mahupun menengah, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Impak penggunaan teknologi dalam konteks pendidikan memberikan peluang kepada tenaga pengajar bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan, malah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan (Smeda, Dakich & Sharda, 2014). Menurut Dewey dan Dewey (1915), pendidikan di sekolah hendaklah mengangkat satu pendekatan baharu dalam sistem instruksi berdasarkan kepada perubahan dan keperluan sosial mengikut peredaran zaman.

Pendekatan ini perlu untuk memberikan kemampanan pendidikan terhadap keperluan murid dan seterusnya bersaing secara sihat pada abad ke-21 ini.

Pernyataan Masalah

Dalam satu kajian di Malaysia, proses pengintegrasian teknologi dalam pendidikan masih lagi di tahap rendah dan tidak digunakan secara efektif dan kreatif (Noraini, Hani Merylina, Mahizer, Mohd Arif & Norazilawati, 2013) Ini adalah kerana guru-guru berpendapat bahawa penggunaan teknologi ini akan mengurangkan nilai estetika terhadap sesebuah karya (Ahamad Tarmizi, 2011).

Situasi ini mengakibatkan murid merasa bosan dan tidak terlibat secara aktif dalam pembelajaran di dalam kelas (Siti Zubaidah & Abdul Razak, 2015). Tambahan pula, pendekatan pendidikan dengan cara yang lama dianggap tidak relevan dengan murid generasi Z dan tidak menyediakan

(4)

4

mereka ke arah pendidikan abad ke-21 (Institut Aminuddin Baki, 2017). Jadi, penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dengan zaman digital ini adalah sangat diperlukan.

Dalam situasi PdP sekarang, guru-guru di sekolah masih lagi mengamalkan teknik dan kaedah yang konvensional dalam menyampaikan isi kurikulum kepada murid (Salyani, Noraidah, Nor Azan, Ratna Zuarni & Nahdatul Akma, 2016). Perkara ini juga berlaku dalam pengajaran PSV di mana sesi pengajaran teori hanya melibatkan chalk and talk sahaja tanpa ada kaedah baru yang sejajar dengan era teknologi maklumat ini (Fatimah & Normah, 2016). Kaedah konvensional yang berpusatkan guru memerlukan murid untuk bergantung sepenuhnya kepada guru menyebabkan murid menjadi bosan dan tidak berminat dengan proses pembelajaran yang diikuti. Kaedah ini tidak fleksibel kerana mengenepikan kecenderungan dan minat murid. Pengintegrasian di antara gaya pembelajaran dan teknologi media baru dilihat berpotensi untuk mengatasi masalah ini. Ia berupaya untuk memberikan suatu nafas baru di dalam sesi PdP PSV yang melibatkan murid generasi Z.

Tujuan Kajian

Secara objektifnya, tujuan penyelidikan adalah seperti berikut:

Mengenal pasti keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV.

Soalan Kajian

Secara literalnya, kajian ini akan menjawab soalan berikut:

Apakah terdapat keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV?.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian diharap dapat menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan dalam penyampaian kandungan secara holistik pada era generasi digital ini. Pengaplikasian gaya pembelajaran adalah perlu kerana ia merupakan satu keperluan semula jadi bagi seseorang murid.

Penerokaan terhadap gaya pembelajaran merupakan salah satu pengembangan ilmu pengetahuan berkaitan pedagogi berbantukan teknologi yang boleh dijadikan panduan kepada para pendidik pada era pendidikan abad ke-21. Gaya pembelajaran adalah berpaksikan kepada keperluan dan kecenderungan murid terhadap stimulus semula jadi yang mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi murid terutamanya dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga dengan penggunaan

(5)

5

teknologi media baru yang mana semakin berkembang hari demi hari. Pendidikan di sekolah hendaklah mengangkat satu pendekatan baharu dalam sistem instruksi berdasarkan kepada perubahan dan keperluan sosial mengikut peredaran zaman. Kajian ini memberikan satu strategi kepada instruksional guru agar dapat menguasai pedagogi menggunakan teknologi sesuai dengan kecederungan murid bagi menerapkan nilai murni dan sahsiah yang baik. Pendekatan ini mampu menjadikan sesi PdP di dalam mata pelajaran PSV lebih interaktif berdasarkan kepada kecenderungan murid. Selain itu, pengintegrasian ini berupaya meningkatkan kemampanan pendidikan terhadap keperluan murid dan seterusnya bersaing secara sihat pada abad ke-21 ini (Dewey & Dewey, 1915).

SOROTAN LITERATUR

Gaya pembelajaran telah diberikan perhatian oleh penyelidik terdahulu sejak 40 tahun lepas yang mana telah mewujudkan pelbagai penemuan berkaitan gaya pembelajaran dalam pengajaran di sekolah (Coffield, Moseley, Hall & Ecclestone, 2004). Gaya pembelajaran merujuk kepada variasi penggunaan pancaindera murid sama ada satu atau lebih penggunaan deria untuk memahmi, menyusun dan menyimpan pengalaman dalam pembelajaran (Reid, 1987). Penerapan gaya pembelajaran ke dalam sesi PdP terutamanya bagi sesuatu mata pelajaran dapat membantu guru menjalankan tugas mendidik dengan lebih berkesan. Gaya pembelajaran ini membolehkan murid untuk memilih cara penerimaan pengetahuan mengikut kecenderungan mereka melalui deria yang ada. Sekaligus dapat menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam sesuatu pembelajaran. Ramai sarjana dan penyelidik bersetuju bahawa penerapan gaya pembelajaran dalam sesebuah pengajaran dapat memberikan banyak manfaat dalam pembelajaran, iaitu mewujudkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan (Taljaard, 2016), meningkatkan prestasi murid (Safiye, 2018) dan mewujudkan sesi pembelajaran yang lebih bermakna (Jayanthi & Munir, 2016). Jika sekumpulan murid mempunyai kecenderungan gaya pembelajaran tertentu, bahan pengajaran seharusnya diaplikasikan gaya pembelajaran yang sesuai agar dapat meningkatkan kefahaman murid dengan maksima (Fesol, Salam, Osman, Bakar & Salim, 2016).

Menurut Salisbury (1996), teknologi adalah aplikasi saintifik yang sistematik atau pengetahuan yang diorganisasikan untuk tugas-tugas yang praktikal. Dengan kata lain, apabila kita mengembangkan sesuatu produk, prosedur, alat-alat dan teknik disatukan untuk menghasilkan satu inovasi, ianya disebut teknologi. Dalam konteks pendidikan, teknologi merupakan aplikasi sistematik sains dan pengetahuan lain dalam tugasan pendidikan (Ishak & Dani, 2015). Media baru pula merujuk kepada medium perantara yang digunakan oleh guru dalam proses PdP. Ia merangkumi media digital yang berinteraktif, melibatkan komunikasi dua hala, berbentuk virtual

(6)

6

serta menggabungkan teknologi digital dan komputer (Logan, 2016). Media baru juga didefinisikan sebagai bahan berteknologi baru yang mempunyai karektor digital, interaktif, hiperteks, virtual, rangkaian dan simulasi (Lister, Dovey, Giddings, Grant & Kelly, 2009). Menurut Gane dan Beer (2008), media baru merupakan anjakan daripada media lama yang bersifat analog kepada komunikasi media digital. Ia merupakan pembaharuan kepada teknologi berasaskan komputer yang mempunyai ciri rangkaian, informasi, arkib, interaktiviti dan simulasi. Media baru dalam konteks kajian ini melibatkan unsur teknologi komputer, peranti pintar, multimedia, komunikasi virtual dan jaringan internet. Kajian berkaitan penggunaan teknologi media baru ini dalam pendidikan juga telah banyak diselidiki. Sebagai contoh, penggunaan teknologi media baru dapat memaksimumkan penerimaan pengetahuan dan kefahaman kepada murid (Kysela & Storkova, 2015; Norabeerah, 2016), menyuburkan perkembangan intelek (Panciroli, Macauda, & Russo, 2017) dan memberikan kefahaman berkaitan warisan dan budaya (Fatin Norsyafawati, Nik Zulkarnaen, Ahmad Rasdan &

Khairul Azhar, 2016; Galatis, Zaroliagis, Pantziou, Galavas, & Kasapakis, 2016).

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini secara dominan untuk memperolehi data. Kaedah ini bermatlamat untuk memahami fenomena tentang apa yang dialami oleh subjek penyelidikan.

Menurut Burn (1995), penggunaan pendekatan kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Denzin dan Lincoln (1994) menyatakan bahawa pendekatan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara berfokus, termasuk menggunakan pendekatan naturalistik untuk menyelidik sesuatu subjek dalam kajian. Creswell (2009) pula menegaskan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial.

Alat Pengumpulan Data

Dalam pendekatan kualitatif, penyelidik merupakan alat utama dalam sesebuah kajian (Creswell, 2009; Bogdan & Biklen, 2007). Dalam kajian ini, penyelidik dapat bertindak sebagai alat yang sensitif untuk meneliti dan mengumpul maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Penyelidikan kualitatif kebiasaannya menggunakan kaedah temu bual terbuka dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat. Temu bual merupakan satu sesi interaksi di antara penyelidik dengan responden atau

(7)

7

informan. Interaksi ini terdiri daripada dua orang atau lebih yang kemudiannya membawa kepada perundingan untuk mendapatkan informasi berasaskan konteks kajian (Silverman, 1993).

Dalam fasa analisis ini, p enyelidik membina instrumen iaitu protokol temu bual yang mengandungi tatacara dan persoalan temu bual terhadap guru dan pakar (Creswell, 2007). Proses kesahan protokol temu bual akan dilaksanakan oleh tiga orang pakar bidang pengajaran dan pakar kajian kualitatif. Sesi temu bual diadakan bersama dengan responden iaitu empat orang guru PSV dan dua orang pakar setelah penyelidik membuat temu janji. Penyelidik memilih untuk menggunakan temu bual separa berstruktur terhadap guru dan pakar. Dalam proses temu bual ini, penyelidik merakam suara responden dengan menggunakan perakam suara. Proses ini akan memudahkan penyelidik mendengar semula hasil temu bual untuk ditranskripsikan secara verbatim.

Prosedur Analisis Data

Penyelidik sebagai instrumen utama yang akan menganalisis data dan ini memerlukan sifat keterbukaan terhadap kemungkinan yang timbul daripada data dan seharusnya peka terhadap situasi, kepercayaan dan fenomena dalam lingkungan penyelidikan yang dikaji. Menurut Merriam (2001), analisis data adalah proses yang kompleks yang memerlukan pertimbangan antara data yang konkrit dan konsep abstrak. Dengan kata lain, analisis data adalah proses menstruktur data yang bercelaru, kabur dan memakan masa yang panjang (Strauss & Corbin, 1997). Apabila data temu bual telah lengkap dikumpulkan, maka proses menganalisis data dimulakan. Proses pertama yang perlu dilakukan ialah menulis semula hasil temu bual ayat demi ayat iaitu secara verbatim berdasarkan rakaman suara. Kemudian, proses analisis verbatim dan pengekodan tematik secara manual.

DAPATAN KAJIAN

Melalui kaedah temu bual responden, hasil transkripsi temu bual telah memberikan satu signifikasi kepada keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam PdP bagi mata pelajaran PSV. Justeru, dapatan kajian ini akan menjawab persoalan ini:

Apakah Terdapat Keperluan Pengintegrasian Gaya Pembelajaran dan Teknologi Media Baru dalam Mata pelajaran PSV?.

Melalui analisis yang telah dijalankan terhadap dapatan temu bual, secara umumnya semua responden bersetuju bahawa pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam

(8)

8

sesi PdP dapat memberikan kelebihan kepada mata pelajaran PSV secara holistik. Rata-rata responden menyatakan bahawa perlunya pengintegrasian di antara gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV. Terdapat empat tema yang telah dikenal pasti melalui sesi temu bual yang telah dijalankan. Tema tersebut ialah:

Memudahkan Guru

Pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV memberikan kelebihan kepada guru untuk menjalankan tugas mengajar. Perlaksanaan PdP menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa dengan adanya bahan berteknologi yang membantu guru menyampaikan isi kurikulum dengan berkesan (Raja & Nagasubramani, 2018) . Ini terbukti dengan kenyataan oleh responden yang ditemu bual:

“Kerja guru menjadi lebih mudah sebenarnya. Kita sebagai guru sememangnya tahu pasal kecenderungan murid generasi baru ni. Saya biasa gunakan multimedia dalam kelas, memang membantu saya untuk mengajar dengan lebih baik.” (G1, ms1, b14-16)

“Gaya pembelajaran dan teknologi adalah elemen yang sepatutnya ada. Pengajaran yang guru jalankan dalam kelas akan jadi lebih tersusun dan memudahkan guru untuk beri penerangan berkaitan topik seni.” (P1, ms4, b10-12)

Menepati Pembelajaran Abad ke-21

Kaedah PAK-21 merupakan satu keperluan yang perlu ditekankan oleh guru dalam sesi PdP dalam semua mata pelajaran. Salah satu elemen PAK-21 yang telah ditegaskan dalam 11 anjakan PPPM ialah memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Menurut Wong dan Kamisah (2018), pendidikan melalui teknologi memainkan peranan yang penting dalam menyediakan murid yang kompeten dan berdaya saing dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Contoh hasil temu bual responden berkaitan pernyataan PAK-21 adalah seperti berikut:

“Kita sebagai guru sememangnya perlu ikut kepada apa yang KPM sarankan pasal PAK- 21 kan. Penggunaan teknologi ni salah satu daripada elemen dalam PAK-21. Jadi, pendekatan gaya pembelajaran dan teknologi ni perlulah seiring supaya sesi PdP berjalan lancar. Yang penting, ianya mengikut minat generasi Z kan.” (G2, ms3, b4-7)

“Apa yang saya tahu, penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah satu elemen dalam PAK-21. Jadi, kalau kita terapkan teknologi terhadap kecenderungan murid, memang akan berhasillah.” (G3, ms5, b13-14).

(9)

9 Elemen Merentas Kurikulum

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), elemen merentas kurikulum adalah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam sesi PdP. Elemen ini bermatlamat untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan agar dapat bersaing pada zaman yang serba mencabar (Ghazali, Noor Azli, Muhammad Firdaus & Mohammad Sabrir, 2018). Menurut responden, elemen ini berupaya memberikan satu pendedahan kepada murid agar mereka dapat belajar dengan kepelbagaian sumber. Ini dibuktikan melalui temu bual responden berikut:

“Pengajaran guru yang gunakan teknologi ni sebenarnya satu bentuk pembaharuan dalam PdP. Jadi, secara tidak langsung membuka mata pelajar mengenai ilmu ICT dan Sains kan.”

(P2, ms11, b5-6)

“Setahu saya, teknologi media baru ni luas skopnya. Jika guru gunakan internet atau AR contohnya, so murid akan terdedah dengan kecanggihan teknologi tanpa sempadan. Jadi, ini salah satu penerapan elemen EMK dalam PdP.” (G4, ms7, b12-14)

Kefahaman Tentang Seni dan Warisan

Isi kandungan PSV adalah luas skopnya melangkaui unsur seni, budaya dan warisan tempatan.

Kefahaman murid mengenai unsur ini adalah salah satu matlamat dalam kurikulum PSV bagi melahirkan murid yang menghargai dan melestarikan warisan kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi berupaya menarik minat murid untuk memelihara identiti seni tradisional sebagai warisan bangsa di samping membina jati diri murid sekolah (Ahamad Tarmizi, 2011). Tema ini disokong oleh responden seperti kenyataan berikut:

“Apa yang kita semua tahu, subjek seni ni banyak beri pendedahan pada murid pasal seni kraf, seni catan contohnya. Apabila guru gunakan internet contohnya, murid dapat lihat, dengar, of courselah mereka lebih jelas pasal seni kraf ataupun seni warisan lain.”(P1, ms10, b2-5)

“Saya biasa gunakan tayangan video untuk tunjuk pada murid pasal penghasilan batik, cara nak buat tikar mengkuang. Murid sangat berminat, sebab bukannya selalu dapat guna makmal komputer. So, saya rasa minat yang ditunjukkan murid menjelaskan bahawa mereka seronok nak tau pasal produk seni warisan kita.” (G2, ms4, b12-15)

Analisis temu bual ini memberikan suatu kepentingan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV yang merangkumi kepelbagaian manfaat seperti yang telah dinyatakan di atas. Ia selaras dengan hasrat negara untuk menghasilkan generasi yang berkemahiran di abad ke-21 dengan konteks strategi kontemporari dan nilai-nilai seni warisan tempatan.

(10)

10

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV. Berdasarkan dapatan, pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru sememangnya perlu di dalam mendidik generasi baru pada abad ke-21. Kaedah pembelajaran yang melibatkan pengintegrasian ini memberikan kelebihan kepada murid untuk memaksimumkan penghayatan terhadap sesebuah mata pelajaran. Yang paling penting, ia berupaya membantu guru untuk memahami situasi dan mempelbagaikan pedagogi terhadap keanekaragaman gaya belajar dalam kalangan murid di zaman digital ini (Banas, 2018).

Penyelidikan ini berkaitan kepentingan memahami gaya belajar dengan penerapan teknologi media baru pengajaran dalam PdP PSV pada masa kini ke arah pembelajaran bermakna. Amalan praktis pengintegrasian ini menjurus kepada pengimplementasian kepelbagaian sumber dan media dalam menghasilkan satu sesi PdP PSV yang kreatif dan berinovasi.

Berdasarkan analisis temu bual daripada responden, dapat dirumuskan bahawa semua responden bersetuju bahawa proses PdP mata pelajaran PSV boleh dipelbagaikan dengan pendekatan yang mampu menarik minat generasi baru sesuai dengan era teknologi digital.

Bersesuaian dengan naratif baharu amalan pendidikan, pengintegrasian ini merupakan satu strategi berpusatkan murid yang perlu diterapkan oleh para pendidik dalam sesi PdP dalam usaha melahirkan murid yang kreatif dan inovatif pada abad ke-21. Adalah diharapkan kajian seterusnya boleh dilaksanakan terhadap mata pelajaran lain dengan mengintegrasikan gaya pembelajaran dan teknologi media baru. Disarankan juga agar bahan berinteraktif dan penggunaan augmented reality diaplikasikan di dalam sesi PdP agar dapat menarik minat generasi Z. Pendekatan ini perlu agar relevan dan koheran dengan zaman kontemporari ini. Dapatan analisis keperluan ini akan digunakan oleh penyelidik untuk fasa kajian seterusnya bagi pembangunan modul pembelajaran PSV. Usaha ini berupaya mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna, meningkatkan minat, motivasi dan keterlibatan murid di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Ahamad Tarmizi Azizan. (2011). Komputer dan seni di era globalisasi: Peranan dan cabaran.

Prosiding Seminar Kebangsaan ICT-Art, UPSI.

Banas, R. A. (2018). Perceptual learning styles of students and its effect to their academic performance. International Journal of Trend in Scientific Research and Development, Vol 3(1), 401-409. Retrived from https://doi.org/10.31142/ijtsrd18992.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2007). Qualitative research for education: An introduction to theory and methods (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

(11)

11

Burn, R. B. (1995). Introduction to research methods. Melbourne: Longman.

Chang, Y. L., Hou, H. T., Pan, C. Y., Sung, Y. T., & Chang, K. E. (2015). Apply an augmented reality in a mobile guidance to increase sense of place for heritage places. Journal of Educational Technology and Society, 18(2), 166-178.

Coffield, F., Moseley, D., Hall, E., & Ecclestone, K. (2004). Learning styles and pedagogy in post- 16 learning: A systematic and critical review. United Kingdom: Learning and Skills Research Centre.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches.

Thousand Oaks, CA: Sage Publications, Inc.

.

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (1994). Handbook of qualitative research. Thousand Oaks, CA:

Sage.

Dewey, J., & Dewey, E. (1915). The schools of tomorrow. New York: The Knickerbocker Press.

Fatimah Ismail & Normah Zakaria. (2016). Kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1), 55–66.

Fatin Norsyafawati Mohd Sabri, Nik Zulkarnaen Khidzir, Ahmad Rasdan Ismail & Khairul Azhar Mat Daud. (2016). An exploratory study on mobile augmented reality application for heritage content. Journal of Advanced Management Science, 4(6), 489-493. Retrived from https://doi.org/10.18178/joams.4.6.489-493.

Fesol, S. F. A., Salam, S., Osman, M., Bakar, N., & Salim, F. (2016). Learning style approaches for gen Y: An assessment conducted in a Malaysian technical university. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 24(4), 1335–1347.

Galatis, P., Zaroliagis, C., Pantziou, G., Galavas, D., & Kasapakis, V. (2016). Mobile augmented reality guides in cultural heritage. MobiCASE’16 Proceedings of the 8th EAI International Conference on Mobile Computing, Applications and Services. Retrived from https://doi.org/10.4108/eai.30-11-2016.2266954.

Gane, N., & Beer, D. (2008). New media: The key concepts. New York: Oxford International Publishers.

Ghazali Zainuddin, Noor Azli Mohamed Masrop, Muhammad Firdaus Abdul Manaf & Muhammad

;Sabrir Shahrir. (2018). Penerapan elemen merentasi kurikulum (EMK) dalam buku teks bahasa Arab sekolah rendah tahun enam. Kertas kerja dibentangkan di 5th International Research Management & Innovation Conference 5th IRMIC 2018.

Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan perlaksanaan pendidikan abad ke-21. Institut

Aminuddin Baki, KPM. Dimuat turun daripada

https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Ishak Abdulhak & Dani Parmawan. (2015). Teknologi pendidikan: Bermula era revolusi digital

(12)

12

dalam dunia persekolahan di Malaysia. Synergy Media.

Jayanthi Muniandy & Munir Shuib. (2016). Learning styles, language learning strategies and fields of study among ESL learners. Malaysian Journal of ELT Research, 12(1),1-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025:

Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Program transformasi sekolah 2025: Penggerak pembelajaran bermakna. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum standard sekolah menengah: Pendidikan seni visual. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kysela, J., & Štorková, P. (2015). Using augmented reality as a medium for teaching history and tourism. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 174, 926–931. Retrived from //doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.713.

Lister, M., Dovey, J., Giddings, S., Grant, I., & Kelly, K. (2009). New media: A critical introduction. London: Taylor & Francis.

Logan, R. K. (2016). Understanding new media : Extending Marshall McLuhan (2nd ed.). New York: Peter Lang Publishing Inc.

Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Norabeerah Saforrudin. (2016). Konsep penggunaan aplikasi luasan reality (augmented reality) dalam pendidikan. E-Proceeding of the 4th Global Submit on Education 2016.

Noraini Mohamed Noh, Hani Merylina Ahmad Mustafa, Mahizer Hamzah, Mohd Arif Ismail &

Norazilawati Abdullah. (2013). Penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran: Cabaran guru dalam e-pembelajaran. Proceedings of The 7th International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2013.

Norazlin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE), UNiSZA.

Panciroli, C., Macauda, A., & Russo, V. (2017). Educating about art by augmented reality : New didactic mediation perspectives at school and in museums. Proceeding: Journal of Multidisciplinary Digital Publishing Institute. Retrived from https://doi.org/10.3390/proceedings1091107.

Raja, R., & Nagasubramani, P. (2018). Impact of modern technology in education. Journal of Applied and Advanced Research, 3(1), 33-35. doi:10.21839/jaar.2018.v3iS1.165.

o

Reid, J.(1987). The learning style preferences of ESL students. Tesol Quarterly, 21(1), 87–110.

Retrived from https://doi.org/10.2307/3586356.

Safiye, C. (2018). The relationship between perceptual learning styles and language learners ’

(13)

13

success in reading tests. Journal of Folkfore and Literature, 24(96), 173–190. Retrived from https://doi.org/10.22559/folklor.310.

Salisbury, D. F. (1996). Five technologies for educational change: Systems thinking, systems design, quality science, change management, instructional technology. New Jersey:

Eaglewood Cliffs.

Salyani Osman, Noraidah Sahari, Nor Azan Mat Zin, Ratna Zuarni Ramli & Nahdatul Akma Ahmad. (2016). The development and evaluation of W-Songket courseware using cognitive apprenticeship strategy. Asia-Pasific Journal of Information Technology and Multimedia, 5(2).

Silverman, D. (1993). Interpreting qualitative data: A guide to the principles of qualitative research (5th ed.). London: Sage.

Siti Zubaidah Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad. (2015). Kreativiti guru dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan sejarah. Proceeding of 7th International Seminar on Regional Education.

Smeda, N., Dakich, E., & Sharda, N. (2014). The effectiveness of digital storytelling in the classrooms: A case study. Proceedings 2013 IEEE 13th International Conference on Advanced Learning Technologies, ICALT 2013, 491-492. Retrived from https://doi.org/10.1109/ICALT.2013.157.

Strauss, A., & Corbin, J. (1997). Grounded theory in practice. Thousand Oaks, CA: Sage.

Taljaard, J. (2016). A review of multi-sensory technologies in a Science, Technology, Engineering, Arts and M athematics (STEAM ) classroom. Journal of Learning Design, 9(2), 46-55.

Unsal, G. (2018). A study on the importance of learning styles. International Journal of Languages, Education and Teaching, 6(2), 184-191.

Wong Weng Siong & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam pendidikan STEM dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 121-135.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Begitu juga dengan gaya pembelajaran eksperimentasi aktif, analisis data menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam penggunaan gaya

Melihat kepada betapa pentingnya bahan bantu mengajar bagi menyokong dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama sekali kepada murid pendidikan

Maklumat yang telah didapati telah diolah dalam medium WebQuest berasaskan gaya pembelajaran sekuential untuk kegunaan guru pelatih murid bermasalah pembelajaran mendapat

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan pendekatan melalui pelbagai kecerdasan membolehkan lebih ramai pelajar yang pelbagai kekuatan kecerdasan (dari

Pendekatan Komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab Komunikasi : satu kajian perbandingan.. Dissertasi M.M.L.S., Universiti

Oleh itu, pendekatan yang diambil dalam kajian ini adalah untuk memahami perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan penyelesaian masalah serta keperluan

Penyelidik dalam pendidikan jarak jauh telah mengkaji dan mencuba berbagai- bagai gaya dan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk meluaskan peluang

Pelaksanaan elemen seni bahasa dalam PdP Bahasa Melayu sewaktu PdPR telah mencetuskan suasana pembelajaran yang menyeronokkan buat murid-murid, walaupun sesi pembelajaran