• Tiada Hasil Ditemukan

View of Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Aspek Tatabahasa Pelajar Tingkatan Enam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Aspek Tatabahasa Pelajar Tingkatan Enam"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Aspek Tatabahasa Pelajar Tingkatan Enam

(Malay Language Learning Strategies In Grammatical Aspects Among Form Six Students)

Amira Abdul Razak1*, Zamri Mahamod2

¹Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 95400, Saratok, Sarawak

²Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: amiraabdulrazak@ymail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa pelajar tingkatan enam ketika di dalam kelas (DDK), di luar kelas (DLK) dan ketika menghadapi peperiksaan( PEP). Seramai 150 orang pelajar tingkatan enam atas di sebuah kolej tingkatan enam, di daerah Saratok, Sarawak dipilih sebagai sampel kajian.

Instrumen soal selidik dengan skala Likert 1-5 digunakan sebagai alat kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 22.0 bagi mencari statistik deskriptif, iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai sahaja.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam mempunyai strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa yang tinggi ketika DDK, DLK dan ketika PEP. Kesimpulannya, strategi pembelajaran bahasa Melayu ini dapat membantu pelajar tingkatan enam meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan lebih efektif sama ada ketika DDK, DLK dan menghadapi PEP khususnya dalam aspek tatabahasa.

Kata kunci: strategi pembelajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa, pelajar tingkatan enam

Abstract: This study aims to explain in detail about the Malay language learning strategies among students in the sixth form. In particular, this study is to identify the level of learning strategies in the Malay language grammar when form six students present in the classroom, outside classroom and during exams. A total of 150 upper six students at a form six college in Saratok, Sarawak were selected as the study sample. A questionnaire instrument with a Likert scale of 1-5 was used as a research tool. Data were analyzed using Statistic Package For Social Science (SPSS) software version 22.0 to find descriptive statistics is frequency, percentage, mean and standard deviation only. The results showed that form six students have high learning strategies in the Malay language grammar while in classroom, outside the classroom and during exams. A conclusion, grammar learning strategies Malay language can help students improve their proficiency more effectively whether in the classroom, outside the classroom and during exams especially in grammatical aspects.

Keywords: Malay language learning strategies, grammatical aspects, form six students _________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Strategi pembelajaran bahasa dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan dalam bahasa sasaran malah dapat membentuk pelajar berdikari dalam mempelajari bahasa tanpa bantuan guru (Zamri et al., 2016). Justeru, pelajar harus memiliki strategi pembelajaran dalam mempelajari bahasa Melayu agar mereka dapat mencapai matlamat pembelajaran dengan baik.

Liong Yaw Peng et al. (2020) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran merupakan pemprosesan maklumat dalam mental yang berdasarkan pengalaman dan latihan, bukannya kebolehan mental semula jadi malahan strategi pembelajarn merupakan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan juga teknik pembelajaran berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, strategi pembelajaran yang baik membolehkan pelajar menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Penggunaan teknik-teknik yang bersesuaian kepada pelajar mampu menarik minat pelajar dan menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran akan berlaku dengan efektif dan efisien jika pelajar berkemahiran mengatur strategi pembelajaran. Liong Yaw Peng et al. (2020) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran juga dikaji sebagai salah satu pemboleh ubah kajian dalam konsep pembelajaran aturan kendiri.

Sehubungan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan proses penguasaan bahasa Melayu secara seimbang agar pelajar dapat menggunakan bahasa tersebut secara gramatis dan berkesan dalam situasi sosial untuk pelbagai tujuan. Abdul Rasid et al.

(2014) berpendapat bahawa dalam bidang pengajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar untuk menguasai bahasa dengan cekap. Oleh hal yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) menerapkan isi kandungan dan kemahiran agar selaras dengan perkembangan semasa dan memberi pendedahan tentang hal ehwal bahasa Melayu. Tambahan pula, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting merangkumi beberapa perkara agar pelajar mahir dalam bidang morfologi dan sintaksis. Abd.

Aziz (2000) menjelaskan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik malahan memerlukan pelajar menguasai kemahiran dan kebolehan berbahasa dengan betul.

Hal ini dikatakan demikian kerana masih terdapat pencapaian pelajar pada tahap yang sederhana kerana faktor kelemahan pelajar dalam aspek penguasaan tatabahasa. Zamri (2015) menjelaskan bahawa pembelajaran tatabahasa memerlukan pelajar memahami dan menguasai struktur dan sistem tatabahasa bahasa Melayu itu dengan baik. Selain itu, pelajar menganggap aspek tatabahasa membosankan dan menyukarkan kerana mereka perlu menghuraikan rumus- rumus bahasa dan perlu teliti dalam binaan ayat. Awang Sariyan (2009) menjelaskan bahawa aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek yang “kering”, membosankan, dan kadangkalanya menakutkan.

Pengkaji mendapati kajian tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam tingkatan enam tidak pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain. Strategi pembelajaran ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan enam. Zamri (2015) menjelaskan bahawa penguasaan pelbagai SPB merupakan sesuatu yang penting bagi setiap pelajar. Strategi yang digunakan oleh pelajar dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Melayu sekaligus melonjakkan pencapaian akademik.

Oleh itu, satu kajian tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa dalam mata pelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar tingkatan enam perlu dilakukan agar

(3)

lebih banyak manfaat diperoleh. Selain itu kajian ini juga dapat meningkatkan pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan enam serta menambah pengetahuan pelajar tingkatan enam dalam kemahiran berbahasa

.

2. Ulasan Kajian Lepas

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji tempatan, Kajian tentang strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelejar-pelajar asing di institusi pengajian tinggi banyak dijalankan oleh para pengkaji. Zamri et al. (2014) dalam kajiannya menunjukkan SPB yang paling tinggi ialah strategi mendengar (min 3.04) dan paling rendah ialah strategi menulis (min 2.97). Hal ini bermakna pelajar-pelajar asing ini kurang menggunakan SPBM ketika mempelajari BM sebagai mata pelajaran wajib lulus di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Manakala kajian oleh Noor Zuhidayah & Siti Saniah (2016) menunjukkan pelajar di Jerman menggunakan pelbagai strategi pembelajaran untuk menguasai bahasa Melayu. Penggunaan SPB adalah pada tahap memuaskan hasil daripada 18 strategi yang disenaraikan, 12 strategi yang paling popular dalam kalangan pelajar dan 6 strategi kurang popular. Manakala dapatan kajian yang dijalankan oleh Rashidah Hassan (2017) mendapati analisis strategi pembelajaran menunjukkan bahawa pelajar Perancis lebih cenderung menggunakan strategi ingatan, metakognitif, afektif dan sosial dalam pembelajaran mereka. Selain itu, dapatan kajian dalam kajian yang dihasilkan oleh Zamri et al. (2014) menunjukkan SPB berdasarkan kemahiran bahasa memang mempengaruhi gred bahasa Melayu pelajar warga asing. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara SPB berdasarkan kemahiran bahasa dengan gred bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus bahasa Melayu

Kajian strategi pembelajaran bahasa Melayu juga berfokus kepada kemahiran-kemahiran bahasa. Dapatan kajian oleh Zamri & Mohamed Amin (2005) menunjukkan pelajar cemerlang menggunakan dua pola SPB yang tidak digunakan oleh pelajar lemah, iaitu mendengar dengan teliti dan memperbanyakkan latih tubi. Dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan SPB dalam kemahiran membaca ketika belajar BM di dalam kelas. Selain itu, kajian yang telah dilakukan ialah daripada Mohamad Azrien & Zamri Ghazali (2011) menunjukkan bahawa secara puratanya kebanyakan pelajar (melebihi 60%) mengamalkan strategi membaca, strategi mendengar, strategi bertutur dan strategi belajar kosa kata dan hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian pelajar.

Kajian strategi pembelajaran bahasa Melayu juga turut merangkumi aspek jantina dan budaya seperti kajian yang dihasilkan oleh Noor Zuhidayah & Siti Saniah (2015) mendapati terdapat perbezaan penggunaan SPBM antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan semasa DDK, DLK dan SMP. Analisis deskriptif menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak menggunakan strategi semasa mempelajari BM baik semasa DDK, DLK mahupun SMP. Noor Zuhidayah & Siti Saniah (2015) dalam kajian mereka mendapati faktor budaya benar-benar mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Jerman. Budaya pembelajaran yang lebih bersifat pembelajaran kendiri menyebabkan pelajar- pelajar memilih strategi yang hanya melibatkan usahanya sendiri.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, maka jelaslah bahawa terdapat pelbagai strategi pembelajaran bahasa Melayu telah dilaksanakan merangkumi kemahiran berbahasa, kaum, tahap pendidikan pelajar, tahap pencapaian dan jantina. Namun begitu, tidak terdapat kajian

(4)

yang khusus dalam aspek tatabahasa untuk pelajar tingkatan enam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap strategi pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam di daerah Saratok, Sarawak.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap strategi pembelajaran bahaasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika DDK, DLK dan PEP dalam kalangan pelajar tingkatan enam.

3. Metodologi

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif secara tinjauan. Pengkaji memilih kaedah tinjauan kerana dapat menggambarkan situasi dan keadaan pembelajaran bahasa melalui strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika DDK, DLK dan PEP dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Lokasi kajian ini berfokus di sebuah kolej tingkatan enam di daerah Saratok, Sarawak. Justifikasi lokasi ini dipilih kerana kolej tersebut merupakan satu-satunya kolej tingkatan enam yang terdapat di negeri Sarawak dan kolej tersebut menawarkan mata pelajaran bahasa Melayu di tingkatan enam.

Seramai 150 orang pelajar tingkatan enam atas dari sebuah kolej tingkatan enam di daerah Saratok dipilih sebagai responden kajian. Pelajar-pelajar ini telah melalui pelbagai bentuk strategi pembelajaran bahasa terutama dalam soalan-soalan yang melibatkan aspek tatabahasa bahasa Melayu. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Soalan soal selidik dengan lima skala likert ini diubah suai daripada kajian oleh Zamri Mahamod (2015). Soalan soal selidik dalam kajian ini dibina daripada dua bahagian iaitu Bahagian A bagi mendapatkan data demografi dan Bahagian B bagi mendapatkan data strategi pembelajaran bahasa Melayu aspek tatabahasa. Data yang didapati daripada borang soal selidik responden dianalisis dengan penggunaan perisian statistik iaitu Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22.0 untuk memperoleh statistik deskriptif, iaitu mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai sahaja. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kajian Jamil Ahmad (2002).

4. Dapatan kajian

Kajian dijalankan bagi menentukan strategi pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Kajian ini melibatkan seramai 150 orang pelajar dengan pelbagai demografi merangkumi jantina, bangsa dan aliran kelas. Profil demografi tersebut dihuraikan seperti Jadual 1. Jadual 1 menunjukkan berdasarkan jantina, seramai 52 orang (34.7%) pelajar lelaki dan 98 orang (65.3%) pelajar perempuan. Seterusnya berdasarkan aliran kelas, seramai 62 orang (41.3%) pelajar SEJ – KMK, seramai 22 orang (14.7%) pelajar SV – KMK, seramai 30 orang (20%) pelajar SV – GEO dan seramai 36 orang (24%) pelajar EKO – GEO. Berdasarkan bangsa, seramai 68 orang (45.3%) pelajar berbangsa Melayu, seramai 73 orang (48.7%) pelajar Bumiputera berbangsa Iban/Melanau dan seramai 9 orang (6%) pelajar berbangsa Cina.

(5)

Jadual 1: Profil demografi kajian

Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina

Lelaki

Perempuan

52 98

34.7%

65.3%

Aliran

SEJ – KMK

SV – KMK

SV – GEO

EKO - KMK

62 22 30 36

41.3%

14.7%

20.0%

24.0%

Bangsa

Melayu

Bumiputera

Cina

68 73 9

45.3%

48.7%

6.0%

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa

Kajian ini menggunakan analisis deskriptif melibatkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa yang digunakan oleh pelajar tingkatan enam. Jadual 2 membincangkan nilai min bagi strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa yang digunakan oleh pelajar tingkatan enam ketika DDK, DLK dan PEP. Tahap strategi pembelajaran yang paling tinggi ialah strategi pembelajaran ketika menghadapi PEP (M=4.03, SP=1.06), manakala strategi pembelajaran ketika DDK (M=3.96, SP=.530) dan strategi pembelajaran ketika DLK (M=3.82, SP=1.05) juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 2: Tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa Strategi

Pembelajaran Tatabahasa

Min Sisihan Piawai Tahap Interpretasi

DDK 3.96 .530 Tinggi

DLK 3.82 1.05 Tinggi

PEP 4.03 1.06 Tinggi

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa di Dalam Kelas

Jadual 3 membincangkan persepsi pelajar tingkatan enam terhadap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika di dalam kelas. Terdapat sebanyak tujuh item dikemukakan kepada pelajar, iaitu item B1 hingga item B7. Item B1 hingga item B6 menunjukkan tahap interpretasi yang tinggi manakala item B7 menunjukkan tahap interpretasi yang sederhana.

Analisis item mendapati strategi B1 iaitu saya berminat untuk mempelajari tatabahasa memperoleh nilai min sebanyak 4.18. Taburan peratusan bagi item B1 menunjukkan sebanyak 55.3% pelajar ‘Setuju’ bahawa pelajar berminat untuk mempelajari tatabahasa manakala 2.7%

menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’. Strategi B2 iaitu saya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari tatabahasa menunjukkan nilai min sebanyak 3.86. Taburan peratusan item B2 menunjukkan 54.7% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari tatabahasa manakala 0.7% yang menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 2% menjawab ‘Tidak Setuju’.

Analisis item bagi B3 iaitu saya melibatkan diri secara aktif semasa mempelajari tatabahasa menunjukkan nilai min sebanyak 3.85. Taburan peratusan bagi item B3 menunjukkan sebanyak 56.7% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka melibatkan diri secara aktif semasa

(6)

mempelajari tatabahasa manakala 0.7% menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 1.3% menjawab

‘Tidak Setuju’. Item B4 iaitu saya membuat tugasan tatabahasa yang diberikan oleh guru dengan sebaik-baiknya dengan nilai min sebanyak 3.91. Taburan peratusan item B4 menunjukkan 58.7% pelajar ‘Setuju’ bahawa mereka membuat tugasan tatabahasa yang diberikan oleh guru dengan sebaik-baiknya tetapi 1.3% menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 2.7% pelajar menjawab ‘Tidak Setuju’ manakala 18.7% menjawab ‘Kurang Setuju’ dan 18.7%

pelajar ‘Sangat Setuju’.

Item B5 iaitu saya bertanya kepada guru sekiranya saya tidak faham pembelajaran tatabahasa dengan nilai min sebanyak 4.01. Taburan peratusan bagi item B5 menunjukkan sebanyak 49.3% pelajar “Setuju’ bahawa mereka bertanya kepada guru sekiranya tidak faham pembelajaran tatabahasa BM. 1.3% pelajar menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’, 4% menjawab

‘Tidak Setuju’ dan 16% pula menjawab ‘Kurang Setuju’ tetapi 29.3% menjawab ‘Sangat Setuju’. Analisis item B6 iaitu saya bertanya kepada rakan sekiranya saya tidak faham tentang tatabahasa mendapat nilai min sebanyak 4.49. Taburan peratusan bagi item B6 menunjukkan bahawa 0.7% pelajar menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 54% pelajar menjawab “Sangat Setuju’. Item B7 membincangkan tanggapan pelajar terhadap strategi saya membuat latihan atau ulang kaji tatabahasa sebelum kelas bermula mencatat nilai min sebanyak 3.42. Strategi ini menunjukkan tahap min yang sederhana. Taburan peratusan item B7 menunjukkan sebanyak 42% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka membuat latihan atau ulang kaji tatabahasa sebelum kelas bermula manakala 4% pelajar ‘Sangat Tidak Bersetuju’, 8% pelajar menjawab ‘Tidak Setuju’, 38% pelajar menjawab ‘Kurang Setuju’ manakala hanya 8% pelajar yang menjawab ‘Sangat Setuju’.

Oleh itu secara keseluruhannya, berdasarkan nilai min yang tinggi dalam kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam memang menggunakan strategi pembelajaran bahasa Melayu terhadap aspek tatabahasa ketika di dalam kelas bagi memudahkan pelajar untuk memahami dan menguasai bidang tatabahasa BM ketika sesi pembelajaran.

Jadual 3: Tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa DDK

Item Strategi Min SP

B1 Saya berminat untuk mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu. 4.18 .795 B2 Saya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari

tatabahasa Bahasa Melayu. 3.86 .742

B3 Saya melibatkan diri secara aktif semasa mempelajari tatabahasa

Bahasa Melayu 3.85 .712

B4 saya membuat tugasan tatabahasa Bahasa Melayu yang diberikan

oleh guru dengan sebaik-baiknya 3.91 .772

B5 Saya bertanya kepada guru sekiranya saya tidak faham

pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu 4.01 .859

B6 Saya bertanya kepada rakan sekiranya saya tidak faham tentang

tatabahasa Bahasa Melayu 4.49 .621

B7 Saya membuat latihan /ulang kaji tatabahasa Bahasa Melayu

sebelum kelas bermula 3.42 .899

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa di Luar Kelas

Jadual 4 membincangkan persepsi pelajar tingkatan enam terhadap strategi pembelajaran bahasa Melayu terhadap aspek tatabahasa ketika di luar kelas. Terdapat sebanyak tujuh item dikemukakan kepada pelajar, iaitu item B8 hingga item B14. Item B9 hingga item B14 menunjukkan tahap interpretasi yang tinggi manakala item B8 menunjukkan tahap interpretasi yang sederhana.

(7)

Analisis item B8 iaitu saya banyak membuat latihan tatabahasa di luar kelas atau di rumah atau pada masa lapang menunjukkan nilai min sebanyak 3.62. Taburan peratusan bagi item B8 menunjukkan sebanyak 47.3% pelajar ‘Setuju’ bahawa mereka banyak membuat latihan tatabahasa BM di luar kelas atau di rumah atau pada masa lapang manakala 2% menjawab

‘Sangat Tidak Setuju’ dan 2.7% menjawab ‘Tidak Setuju’ terhadap item B8. Analisis item B9 iaitu saya membuat latihan tatabahasa yang diberikan oleh guru dengan segera sebanyak 3.75.

Taburan peratusan item B9 menunjukkan 50% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka membuat latihan tatabahasa yang diberikan oleh guru dengan segera manakala 2% yang menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 2.7% menjawab ‘Tidak Setuju’.

Analisis item bagi B10 iaitu saya membaiki kesalahan tatabahasa dalam ayat dengan segera setelah guru menyemaknya menunjukkan nilai min sebanyak 3.99. Taburan peratusan bagi item B10 menunjukkan sebanyak 56.7% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka membaiki kesalahan tatabahasa dalam ayat dengan segera setelah guru menyemaknya manakala 2.7%

menjawab ‘Tidak Setuju’ dan 18% menjawab ‘Kurang Setuju’. Analisis item B11 iaitu saya bertanya kepada guru tentang kesalahan tatabahasa yang dilakukan dengan nilai min sebanyak 4.18. Taburan peratusan item B11 menunjukkan 52.7% pelajar ‘Setuju’ bahawa mereka bertanya kepada guru tentang kesalahan tatabahasa yang dilakukan tetapi 2% menjawab

‘Sangat Tidak Setuju’ dan 1.3% pelajar menjawab ‘Tidak Setuju’ manakala 18% menjawab

‘Kurang Setuju’ dan 25.3% pelajar menjawab ‘Sangat Setuju’.

Analisis item B12 iaitu saya bertanya kepada rakan sekiranya saya tidak faham pembelajaran tatabahasa dengan nilai min sebanyak 4.71. Taburan peratusan bagi item B12 menunjukkan sebanyak 46.3% pelajar “Setuju’ bahawa mereka bertanya kepada rakan sekiranya saya tidak faham pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. 1.3% pelajar menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’,0.7% menjawab ‘Tidak Setuju’ dan 4% pula menjawab ‘Kurang Setuju’ tetapi 46.7%

menjawab ‘Sangat Setuju’. Analisis item B13 iaitu saya membaca pelbagai bahan bacaan untuk membantu saya menguasai pelbagai tatabahasa dengan nilai min sebanyak 3.82. Taburan peratusan bagi item B13 menunjukkan bahawa tiada pelajar yang menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’, 2.7% pelajar yang ‘Tidak Setuju’ dan 31.3% yang ‘Kurang Setuju’ manakala 47.3%

pelajar menjawab ‘Setuju’ dan 18.7% yang menjawab ‘Sangat Setuju’. Item B14 membincangkan tanggapan pelajar terhadap strategi kelas tambahan banyak membantu saya mengukuhkan aspek tatabahasa dengan nilai min sebanyak 4.13. Taburan peratusan item B14 menunjukkan sebanyak 46.7% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa kelas tambahan banyak membantu saya mengukuhkan aspek tatabahasa BM manakala 1.3% pelajar ‘Sangat Tidak Bersetuju’, 1.3% pelajar juga menjawab ‘Tidak Setuju’, 15.3% pelajar menjawab ‘Kurang Setuju’ manakala hanya 35.3% pelajar yang menjawab ‘Sangat Setuju’.

Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam menggunakan strategi pembelajaran dalam mempelajari aspek tatabahasa BM walaupun berada di luar kelas.

(8)

Jadual 4: Tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa DLK

Item Strategi Min SP

B8 Saya banyak membuat latihan tatabahasa Bahasa Melayu di luar kelas/di

rumah/ pada masa lapang 3.62 .791

B9 Saya membuat latihan tatabahasa Bahasa Melayu yang diberikan oleh

guru dengan segera 3.75 .827

B10 Saya membaiki kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam ayat dengan

segera setelah guru menyemaknya 3.99 .719

B11 Saya bertanya kepada guru tentang kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu

yang dilakukan 4.18 2.507

B12 Saya bertanya kepada rakan sekiranya saya tidak faham pembelajaran

tatabahasa Bahasa Melayu 4.71 4.195

B13 Saya membaca pelbagai bahan bacaan untuk membantu saya menguasai

pelbagai tatabahasa Bahasa Melayu. 3.82 .760

B14 Kelas tambahan banyak membantu saya mengukuhkan aspek tatabahasa

Bahasa Melayu 4.13 .816

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa ketika Menghadapi Peperiksaan

Jadual 5 membincangkan persepsi pelajar tingkatan enam terhadap SPBM dalam aspek tatabahasa ketika menghadapi PEP. Terdapat sebanyak tujuh item yang dikemukakan kepada pelajar, iaitu item B15 hingga item B21. Item B15, B16, B17, B20 dan B21 menunjukkan tahap skor min yang tinggi manakala item B18 dan B19 pula menunjukkan tahap skor min yang sederhana.

Analisis item B15 menunjukkan bahawa pelajar banyak membuat ulang kaji menjawab soalan tatabahasa BM yang pernah keluar dalam peperiksaan. Taburan peratusan tertinggi ialah 55.3% yang menjawab ‘Setuju’ dan peratusan terendah ialah 0.7%. yang menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’. Hasil analisis mendapati item B16 iaitu saya berbincang dengan rakan tentang soalan tatabahasa BM yang pernah keluar dalam peperiksaan mencatat nilai min tertinggi sebanyak 4.41. Taburan peratusan bagi item B16 menunjukkan sebanyak 55.3% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka berbincang dengan rakan tentang soalan tatabahasa BM yang pernah keluar dalam peperiksaan. 0.7% pelajar menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’, 1.3%

pelajar ‘Tidak Setuju’ manakala 34% pula ‘Sangat Setuju’.

Selain itu, pelajar juga mencari bahan tatabahasa bahasa Melayu di internet untuk dibuat latihan dengan nilai min sebanyak 3.71 daripada item B17. Taburan peratusan bagi item B17 menunjukkan sebanyak 50% pelajar ‘Setuju’ bahawa mereka mencari bahan tatabahasa bahasa Melayu di internet untuk dibuat latihan manakala 0.7% pelajar menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 5.3% menjawab ‘Tidak Setuju’ terhadap item B17.

Analisis item B18 iaitu saya meminta guru memeriksa jawapan bagi latihan tatabahasa bahasa Melayu yang saya buat sebelum peperiksaan dengan nilai min 3.47. Taburan peratusan item B18 menunjukkan 39.3% pelajar ‘Setuju’ bahawa mereka meminta guru memeriksa jawapan bagi latihan tatabahasa bahasa Melayu yang dibuat sebelum peperiksaan namun begitu sebanyak 39.3% pelajar juga yang menjawan ‘Kurang Setuju’. Analisis item B19 iaitu saya bertukar soalan tatabahasa bahasa Melayu dengan rakan dari sekolah lain untuk dibuat latihan dengan nilai min 3.41. Taburan peratusan bagi item B19 menunjukkan sebanyak 26.73%

pelajar sahaja yang ‘Setuju’ bahawa mereka bertukar soalan tatabahasa bahasa Melayu dengan rakan dari sekolah lain untuk dibuat latihan. Sebanyak 46% pelajar menjawab ‘KurangSangat’

dengan soalan tersebut, 14.7% menjawab ‘Tidak Setuju’ dan 7.3% pula menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ selebihnya 4.7% menjawab ‘Sangat Setuju’.

(9)

Analisis item B20 iaitu saya membeli pelbagai buku berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu yang dapat membantu saya menjawab soalan peperiksaan dengan nilai min sebanyak 3.95. Taburan peratusan item B20 menunjukkan bahawa 41.3% pelajar menjawab ‘Setuju’

bahawa mereka membeli pelbagai buku berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu yang dapat membantu saya menjawab soalan peperiksaan manakala 2.7% yang menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 6.7% menjawab ‘Tidak Setuju’. Analisis item bagi B21 iaitu saya menyemak setiap jawapan tatabahasa bahasa Melayu yang dijawab sebelum menghantarnya untuk diperiksa dengan nilai min sebanyak 3.93. Taburan peratusan bagi item B21 menunjukkan sebanyak 59.3% pelajar menjawab ‘Setuju’ bahawa mereka menyemak setiap jawapan tatabahasa bahasa Melayu yang dijawab sebelum menghantarnya untuk diperiksa manakala 0.7% menjawab ‘Sangat Tidak Setuju’ dan 3.3% menjawab ‘Tidak Setuju’.

Oleh itu dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam memang mengaplikasikan SPBM dalam usaha menguasai aspek tatabahasa ketika sebelum menghadapi peperiksaan dan mereka membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi peperiksaan.

Jadual 5: Tahap strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika menghadapi PEP

Item Strategi Min SP

B15 Saya banyak membuat ulang kaji menjawab soalan tatabahasa Bahasa

Melayu yang pernah keluar dalam peperiksaan 3.90 .702 B16 Saya berbincang dengan rakan tentang soalan tatabahasa Bahasa Melayu

yang pernah keluar dalam peperiksaan 4.41 2.452

B17 Saya mencari bahan tatabahasa Bahasa Melayu di internet untuk dibuat

latihan 3.71 .797

B18 Saya meminta guru memeriksa jawapan bagi latihan tatabahasa Bahasa

Melayu yang saya buat sebelum peperiksaan 3.47 .857

B19 Saya bertukar soalan tatabahasa Bahasa Melayu dengan rakan dari sekolah

lain untuk dibuat latihan 3.41 4.345

B20 Saya membeli pelbagai buku berkaitan dengan tatabahasa Bahasa Melayu

yang dapat membantu saya menjawab soalan peperiksaan. 3.95 4.296 B21 Saya menyemak setiap jawapan tatabahasa Bahasa Melayu yang dijawab

sebelum menghantarnya untuk diperiksa. 3.93 .748

5. Perbincangan

Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap strategi pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam ketika DDK, DLK dan PEP di sekolah yang dikaji adalah tinggi.

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa di Dalam Kelas

Tahap strategi pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu DDK adalah tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan pelbagai strategi pembelajaran ketika belajar DDK dapat menggalakkan minat pelajar untuk terus menguasai aspek tatabahasa. Faktor minat memainkan peranan yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mempunyai minat yang positif mudah memahami pengajaran guru. Pelajar yang meminati sesuatu pelajaran akan memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa mempelajari tatabahasa malahan mereka juga akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa DDK.

Persepsi pelajar tingkatan enam terhadap peranan guru dan rakan menunjukkan tahap min yang tinggi. Pelajar suka bertanya kepada guru mata pelajaran sekiranya wujud persoalan atau permasalahan dalam pembelajaran tatabahasa. Dapatan kajian oleh Noor Zuhidayah & Siti Saniah (2016) mendapati penting untuk pelajar memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah yang disampaikan oleh guru semasa DDK. Selain itu, strategi bertanya kepada rakan-rakan

(10)

juga mendapat min yang tinggi dalam kalangan pelajar. Noor Zuhidayah & Siti Saniah (2016) merumuskan bahawa pelajar lebih terbuka dan tidak ada perasaan malu untuk bertanya apabila bersama rakan-rakan berbanding bersama guru. Rashidah (2017) merumuskan bahawa pelajar lebih gemar belajar bersama kawan-kawan dan bertanya kepada kawan-kawan apabila mempunyai soalan, bukan mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi secara bersendirian.

Jelaslah, strategi pembelajaran ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Selain itu, pelajar tingkatan enam juga mempunyai tahap min yang tinggi melalui strategi membuat tugasan tatabahasa yang diberikan oleh guru dan membuat latihan dan ulang kaji sebelum kelas bermula. Tugasan, latihan dan ulang kaji merupakan faktor yang menyumbang kepada penguasaan aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar tingkatan enam.

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa ketika di Luar Kelas Kajian ini menunjukkan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika DLK juga mencapai tahap skor min yang tinggi. Keberkesanan proses pembelajaran pelajar ketika DLK turut dipengaruhi oleh strategi-strategi tertentu iaitu menggunakan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan, menggunakan sumber bacaan dan menghadiri kelas tambahan.

Justeru, setiap fakta yang dibaca harus dilanjutkan dengan latihan-latihan sehingga pelajar memahami dan mengingatinya. Ulang kaji yang dibuat secara berterusan walaupun ketika DLK membolehkan pelajar tidak mudah lupa dengan semua hasil pembelajaran dan strategi ini berkesan dilaksanakan di rumah. Selain itu, strategi pelajar yang suka bertanya kepada guru dan rakan juga penting ketika belajar tatabahasa semasa DLK. Pelajar akan merujuk kepada guru atau rakan dalam usaha memahami isi pembelajaran. Menurut Zamri et al. (2016) pendedahan yang diterima oleh pelajar apabila guru mengajar di dalam kelas turut dibantu oleh rakan berbangsa Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu. Interaksi yang berkesan antara pelajar dan guru serta rakan membolehkan pelbagai maklumat yang betul diperoleh di samping membina iklim komunikasi yang positif. Strategi ini juga memperlihatkan keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi dan menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis.

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Aspek Tatabahasa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Kajian ini mendapati strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek tatabahasa ketika menghadapi PEP secara keseluruhan mempunyai nilai min tertinggi berbanding strategi pembelajaran ketika DDK dan DLK. Hal ini dikatakan demikian kerana strategi berbincang dengan kawan-kawan dapat memberi manfaat kepada pelajar hasil perkongsian ilmu secara bersama-sama. Situasi ini dapat memudahkan pelajar tingkatan enam memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sebelum menghadapi peperiksaan. Selain itu, pelajar mengambil kesempatan untuk membeli pelbagai jenis buku rujukan sebelum menduduki peperiksan sebagai satu persediaan. Selain merujuk buku, pelajar juga mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan peperiksaan melalui internet. Medium ini dapat menambah lebih banyak pengetahuan dan dapat meluaskan ilmu dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Strategi membuat ulangkaji sebelum peperiksaan dengan menjawab soalan peperiksaan lepas memberi ruang kepada pelajar untuk merujuk contoh-contoh soalan dan mencuba untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Sharala (2012) dalam kajiannya mendapati pelajar asing kerap menggunakan strategi menjawab soalan peperiksaan lepas. Oleh itu strategi ini merupakan salah satu strategi yang bermanfaat kepada pelajar.

(11)

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini banyak memberi manfaat kepada penguasaan pelajar tingkatan enam terhadap kemahiran berbahasa khususnya dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu. Malahan para guru juga dapat merancang pengajaran dengan baik berdasarkan pelbagai strategi pembelajaran.

Rujukan

Abdul Rasid Jamain, Shamsudin Othman & Nur Farah Athirah Khuzaimi. (2014). Strategi Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

Abdul Aziz Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Awang Sariyan. (2009, Mac). Bahasa yang mengikat perpaduan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3(9), 11-14.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah : Satu penilaian. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam.

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Liong Yaw Peng, Wong Su Luan, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub & Wong Shu Ling.

(2020).Hubungan di antara strategi pembelajaran dengan literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar prasiswazah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1): 1-11.

Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Zamri Ghazali. (2011). Persepsi pelajar terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan efikasi kendiri: Kajian ke atas pelajar universiti di Semenanjung Malaysia. Sarjana, 26(1), 81-99.

Noor Zuhidayah Muhd. Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2015). Perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman berdasarkan jantina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 61-70.

Noor Zuhidayah Muhd. Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2016). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 10-19).

Rashidah Hassan. (2017). Gaya dan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies, 17(1), 125-146.

Sharala a/p Subramaniam. (2012). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sukata Idris.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca. Jurnal Teknologi, 42(E), 1-18.

Zamri Mahamod, Jamaludin Badusha, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi

& Subramaniam, S. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

4(2), 25-35.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016).

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38- 51.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk

Selain itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian

Kajian ini mendapati bahawa pengetahuan tentang peta pemikiran dalam kalangan pelajar akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan kerana peta pemikiran merupakan

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi murid Tingkatan 1 terhadap perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) berasaskan multimedia bagi

Ini adalah kerana pelajar dapat membezakan di antara kedua-dua antonim tersebut dan dari jawapan yang diberikan untuk soalan itu, pelajar lain dapat memahami dengan jelas

Mengambil kira kajian yang dilakukan oleh Siti Aishah Ashaari (2005), penyelidik bersetuju dengan hasil kajian yang mengatakan bahawa pelajar akan mengalami

Standard Pembelajaran Yang Paling Sukar Untuk Dikuasai Oleh Pelajar Dalam Tajuk Garam Hasil dapatan kajian dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa 15 orang guru kimia bersetuju

Berdasarkan hasil kajian tersebut, secara amnya bahawa pemilihan BBM yang berasaskan teknologi multimedia yang bersesuaian dengan pelajar seperti animasi mampu menimbulkan rangsangan