• Tiada Hasil Ditemukan

View of PERSETUJUAN PAKAR TERHADAP KERANGKA MODEL MUALLIM IDEAL BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI: ANALISIS KAEDAH FUZZY DELPHI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PERSETUJUAN PAKAR TERHADAP KERANGKA MODEL MUALLIM IDEAL BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI: ANALISIS KAEDAH FUZZY DELPHI"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

22

PERSETUJUAN PAKAR TERHADAP KERANGKA MODEL MUALLIM IDEAL BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI: ANALISIS KAEDAH FUZZY DELPHI

Ramlan Mustapha,PhD1 Hj Zulquarnain Ali2 Abdullah Mohd Yusof 3

1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan muja

mujahidpahang@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan pandangan pakar terhadap kerangka model Muallim ideal berdasarkan surah Al-Kahfi. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi serta menggunakan skala Likert 7 untuk mengumpul maklum balas daripada 8 pakar dalam pelbagai bidang pendidikan di universiti awam di Malaysia dan di IPGM. Sebanyak 8 elemen utama dan sub item elemen soal selidik telah diberikan kepada pakar-pakar untuk penilaian. Data dianalisis dengan menggunakan triangular fuzzy number dan kedudukan (ranking) dengan setiap elemen model ditentukan menggunakan proses 'defuzzication'. Keputusan analisis terhadap persetujuan dan konsensus pakar menunjukkan nilai persetujuan berada pada tahap yang baik. Ini menunjukkan elemen- elemen model muallim ideal telah mendapat persetujuan pakar-pakar yang baik. Elemen- elemen yang disepakati oleh pakar disusun mengikut keutamaan (ranking) yang telah disepakati oleh pakar.

Kata Kunci: Muallim, Fuzzy Delphi, Al-Kahfi, persetujuan pakar.

(2)

23

EXPERT REVIEW TOWARDS MUALLIM IDEAL MODEL FRAMEWORK BASED ON SURAH AL KAHFI: FUZZY DELPHY METHOD ANALYSIS

hidpahang.coAAbstract

This study is aimed to obtain expert agreements and views on the framework of the ideal Muallim model based on surah Al-Kahfi. This study uses Fuzzy Delphi method by using 7 Likert scale to collect feedback from 8 experts in various educational fields at public universities in Malaysia and at IPGM. A total of 8 main elements and sub items of the questionaire were given to the experts for evaluation. The data were analyzed using triangular fuzzy number and ranking with each model element determined using the 'defuzzication' process. The analysis results on approval consensus and expert consensus indicate that the value of the agreement is at a good level. This shows that the elements of the ideal muallim model have been well received by experts. The elements agreed by the experts on consensus are arranged according to the priorities agreed by the expert.

Key words: Muallim, Fuzzy Delphy, Al- Kahfi, expert agreements.

PENDAHULUAN

Elemen utama yang dititikberatkan Islam dalam perkembangan manusia adalah elemen pembentukan akhlak. Pembentukan akhlak akan berpasksi kepada kaedah pembentukan yang digembeleng oleh insan yang bernama muallim (guru). Seorang muallim yang berakhlak mulia akan mudah mendidik muridnya supaya berkelakuan baik dan berakhlak mulia (Mohamad, Jasmi & Jailani, 2016). Pendidikan akhlak (khuluq) dalam Islam amat dititikberatkan bagi melahirkan insan yang baik dan sempurna tingkahlakunya. Guru pula merupakan golongan yang utama bagi pembentukan akhlak selain ibu bapa. Oleh itu, Pendidikan Islam menekankan kemahiran dan penghayatan ilmu bagi melahirkan insan yang bertakwa (Zaharah, 2005).

Pembentukan jati diri dan akhlak pelajar akan bermula dengan didikan oleh guru secara formal dan ibubapa secara tidak formal. Sejak menjejakkan kaki ke alam persekolahan, para pelajar adalah amat bergantung kepada tunjuk ajar para guru

(3)

24

memandangkan jumlah masa mereka bersama para guru (Muhamad Khairi & Asmawati Suhid, 2010). Oleh yang demikian, sebagai agen utama pembentukan akhlah pelajar, muallim perlulah bersifat dengan sifat yang terbaik dan mantap untuk menjadi rujukan “role model” kepada pelajar. Justeru, kajian ini diolah untuk menggariskan satu kerangka model muallim ideal bagi guru daripada persepktif Al–Quran.

Pernyataan Masalah

Guru atau muallim merupakan agen pelaksana agenda sistem pendidikan negara. selaras dengan hasrat kerajaan dalam menuju negara maju, aspek pendidikan dan tarbiyyah perlu diberi perhatian khusus memandangkan pembentukan akhlak dan sahsiah murid bergantung pada corak asuhan dan didikan yang diberikan insan yang bernama guru. Perkara ini dilihat sejajar dengan hasrat dan komitmen kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam memartabatkan guru sebagai satu profesion yang berupaya membentuk masyarakat yang baik daripada segi emosi mahupun jasmani.

Kejayaan dan kemenjadian sistem pendidikan sesebuah negara berkait rapat dengan kecemerlangan tahap kualiti guru di sesebuah sekolah tersebut (Kantrowitz & Wingert, 2000; Jamilah, Yahya & Siti Noor, 2016). Sistem pendidikan perlu memastikan supaya modal insan yang lahir mempunyai keperibadian tinggi (Jamilah, Yahya & Siti, 2016) dan mampu bersaing di peringkat global (Mohd Shafie Apdal, 2013).Namun begitu, profesion pendidikan pada abad ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Guru-guru sekarang juga terdedah kepada dimensi kepelbagaian seperti pelbagai generasi termasuk generasi ‘Y’ yang mampu memberi manfaat kepada kemajuan sekolah dengan menggunakan perbezaan ini sebagai kekuatan untuk menambah baik sistem di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, ia juga boleh membawa kepada berlakunya konflik, salah faham, ketegangan dan menyebabkan produktiviti menurun (Kersten, 2002: Jamilah et al. 2016). Hal ini akan memberi kesan kepada kualiti guru dan seterusnya akan memberi impak kepada keberkesanan sesebuah sistem pendidikan itu sendiri (Spence, 2011). Kita juga sering disajikan dengan laporan tentang masalah disiplin guru, guru tidak kompeten, tidak berdaya saing, kurang ilmu dan pelbagai masalah yang dipaparkan di media massa. Perkara ini sedikit sebanyak

(4)

25

mencacatkan reputasi guru atau muallim sebagai insan pendidik yang mendidik generasi dari masa ke semasa. Hasilnya, kemenjadian murid semakin terhakis disebabkan oleh masalah guru. Persoalannya, apakah yang menjadi faktor penyebab masalah seperti ini berlaku?

Apakah kriteria yang sepatutnya ada dalam kalangan guru demi membentuk jati diri dan personaliti guru sebagai muallim ideal?

Oleh itu, dalam mewujudkan satu ruang lingkup guru yang kompeten dan berdaya saing, maka terdapat keperluan kepada pembinaan satu kerangka yang dapat menggambarkan karektor guru yang ideal. Justeru, kajian ini sedikit sebanyak cuba merungkaikan dan mencadangkan satu kerangka model dalam menghadapi masalah karektor muallim yang ideal menurut kaca mata Al-Quran.

KAJIAN LITERATUR

Surah Al-Kahfi dan kaitannya dengan sahsiah guru

Al-Quran merupakan sumber ilmu terunggul dalam Islam bahkan menjadi rujukan agama- agama lain. Ianya berfungsi sebagai sumber pemikiran Islam, yang memberi inspirasi kepada perkembangan ilmu dan penyelesaian kepada pelbagai persoalan penyelesaian konkrit. Bertitik tolak daripada itu, surah-surah yang terkandung di dalamnya mengandungi ilmu dan pengetahuan yang perlu dikembangkan dan dikeluarkan sebagai iktibar dalam konteks ilmu dan falsafah. Selain itu, metodologi Al-Quran mengandungi kisah-kiasah anbiya’ yang menghuraikan peristiwa yang boleh dijadikan ibroh dan teladan kepada umat manusia; seperti yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi.

Salah satu kisah yang boleh menjadi rujukan adalah peristiwa yang berlaku di antara Nabi Musa A.S. dan Nabi Khaidir A.S. yang terkandung dalam ayat 71-82 Surah Al-Kahfi.

Ayat ini menceritakan dengan jelas proses mencari ilmu Nabi Musa A.S. ketika berguru dengan Nabi Khaidir A.S. Dalam konteks kisah inilah terbentuknya elemen model Muallim Ideal kajian ini. Proses menuntut ilmu Nabi Musa A.S. dengan Nabi Khaidir A.S. dijelaskan dalam ayat 60 hingga 67. Proses pembelajaran dimulai terjadi perjanjian antara Khaiḍir A.S.

sebagai guru dan nabi Musa A.S sebagai murid. Di sini Nabi Musa A.S. di syaratkan agar

(5)

26

tidak bertanya sesuatu pun mengenai apa yang dilakukan oleh Nabi Khaiḍir A.S. meskipun pada hakikatnya perbuatan itu melanggar syariat. Akhirnya, Nabi Musa A.S. menerima syarat tersebut dalam medium pembelajarannya.

Walau bagaimanapun, semasa proses pembelajaran berlaku Nabi Musa A.S.

melanggar perjanjian tersebut. Namun begitu, Nabi Khaidir A.S. tidak serta-merta menghukum Nabi Musa A.S. walaupun melanggar perjanjian dan ini menunjukkan sifat kebijaksanaan Nabi Khaidir A.S. sebagai seorang guru yang baik. Malahan, dalam proses pembelajaran Nabi Musa A.S. tidak dapat menahan perasaannya dan sering bertanya terhadap setiap perlakuan Nabi Khaidir A.S., dan akhirnya NabiKhaidir A.S. memutuskan untuk berpisah dengan Nabi Musa A.S. Pada peristiwa ini, Allah bermaksud untuk menyandarkan Nabi Musa A.S. bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Nabi Musa A.S. hanya mempunyai ilmu lahiriah, sedangkan Nabi Khaiḍir A.S.

digambarkan oleh para mufassir mempunyai ilmu batiniah. Hakikatnya Nabi Musa A.S.

hanya melihat natijah lahiriah sahaja, sedangkan perbuatan Nabi Khidir A.S. mempunyai maksud tersirat bathiniyyah. Berdasarkan kisah ini, pengkaji mengeluarkan ibrah dan pengajaran yang boleh diambil panduan dalam meneliti sifat yangt ideal bagi seorang guru dan dijadikan panduan dalam membentuk jati diri seorang guru yang ideal daripada kaca mata Islam (Razali, Ilias, Rashid, Izzuddin & Sokri, 2016).

Ringkasan kisah Nabi Musa A.S. dan Nabi Khaidir A.S.

Bertitik tolak daripada kisah ini, maka pengkaji meringkaskan beberapa aspek muallim ideal ialah:

A. Menguasai ilmu pengetahuan

Secara zahir kisah ini menunjukkan sifat penguasaan ilmu Nabi Khaidir A.S. Selain itu, aspek penguasaan ilmu bathiniyyah terserlah sementara Nabi Musa A.S. pula menguasai ilmu dzhoriyaah.

B. Bijaksana

Sikap interaksi Nabi Khaidir dalam bermuamalah dengan Nabi Musa A.S. penuh hikmah dan bijaksana. Beliau tidak menyalahkan muridnya atas kesalahan namun diselesaikan secara hikmah dan bijaksana.

C. Tegas

(6)

27

Sifat tegas ditunjukkan oleh Nabi Khaidir A.S. semasa pelanggaran perjanjian yang dilakukan oleh Nabi Musa A.S.

D. Memahami psikologi murid

Setiap perlakuan Nabi Musa mudah difahami Nabi Khaidir A.S.. Di samping meletakkan syarat tertentu dalam medium pengajarannya, namun setiap tatasusila dijalankan berdasarkan keupayaan psikologi Nabi Musa A.S.

E. Ikhlas

Sifat ikhlas jelas ditunjukkan oleh Nabi Khaidir A.S. dalam mendidik Nabi Musa A.S, hasil permintaan Nabi Musa A.S. supaya Nabi Khaidir A.S. meminta upah dalam setiap pengajarannya.

F. Pemaaf

Sifat Nabi Khaidir A.S yang banyak memberi pertimbangan kepada perlakuan muridnya menggambarkan Nabi Khaidir A.S. mempuyai sifat yang pemaaf.

Walaupun banyak kali perlanggaran perjanjian yang dilakukan oleh Nabi Musa, namun Nabi Khaidir A.S. sering memaafkannya.

G. Bertanggungjawab

Sifat ambil peduli Nabi Khaidir A.S. terhadap Nabi Musa A.S. menunjukkan bahawa Nabi Musa A.S. amat bertanggungjawab dengan murid jagaannya. Sebelum berpisah dengan Nabi Musa A.S., Nabi Khaidir A.S. menjelaskan dengan terperinci di sebalik perlakuannya.

H. Variatif

Kaedah pengajaran yang digunakan Nabi Khaidir A.S. yang pelbagai semasa mengajar Nabi Musa A.S. menggambarkan keperluan variasi perlu diwujudkan agar murid lebih mudah memahami. Kaedah demonstrasi, layanan, ceramah dan tauladan amat dititikberatkan oleh Nabi Khaidir A.

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pakar terhadap elemen kerangka model Muallim ideal berdasarkan surah al-Kahfi.

(7)

28 Kerangka Kajian

Rajah 1: Kerangka kajian

Jadual 1 Elemen model

Menguasai Ilmu Memiliki ilmu

Berpengetahuan luas

Peka terhadap perubahan dan perkembangan teknologi Bijaksana Bersifat mendidik dan tidak menyalahkan orang lain

Bijak membuat penilaian

Membuat penambahbaikan melalui teguran Tegas dengan peraturan Peka dengan peraturan

Tegas mempertahankan hak

Menepati janji dan peraturan Memahami psikologi murid Menyelami jiwa murid

Memahami tabiat dan minat murid

Memahami permasalahan psikologi murid

Ikhlas Bekerja tanpa niat untuk balasan

Ikhlas dalam menyampaikan ilmu

Ikhlas memahami kerjaya

Pemaaf Interaksi edukatif

Mengakui kesalahan dan memiliki kekurangan

Menahan diri daripada marah dan berlapang dada Bertanggungjawab Bertanggungjawab menjelaskan kekaburan

Bertanggungjawab dalam tugas Surah Al-Kahfi Ayat 60-82

Muallim Ideal Menguasai ilmu

Bijaksana Tegas Memahamsi psikologi

murid Ikhlas Pemaaf Bertanggungjawab

Variatif

(8)

29

Inisiatif dalam menyelesaikan tugas

Memindahkan ilmu

Variatif • Kepelbagaian kemahiran

• Menguasai ilmu

• Kreatif

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan dua fasa pembentukan elemen soal selidik kajian iaitu melalui sorotan literatur. Kajian ini mengandungi fasa pengkaji membuat analisis literatur dalam mengenal pasti elemen kriteria muallim berdasarkan surah Al-Kahfi. Setelah kesemua faktor diperoleh, pengkaji membentuk satu soal selidik pakar 7 poin dan seterusnya diagihkan kepada 8 orang pakar yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang tertentu dan dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM).

Responden Kajian Dan Pensampelan Kajian

Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan (purposive sampling). Kaedah ini adalah paling sesuai memandangkan pengkaji ingin mendapatkan pandangan dan konsensus pakat terhadap sesuatu perkara. Menurut Hasson, Keeney & McKenna (2000) kaedah yang paling sesuai dalam FDM adalah pensampelan bertujuan. Kajian Delphi mahupun Fuzzy Delphi, sampel pakar yang digunakan adalah dilantik dan dipilih secara khusus, maka aspek mewakili (representative) dan rawak (random) adalah tidak berkenaan (Mullen, 2003;

Ramlan & Ghazali, 2018). Selain itu, pensampelan kajian Fuzzy Delphi adalah pensampelan bukan kebarangkalian sama ada pensampelan bertujuan atau pensampelan kriteria (Ramlan

& Ghazali, 2018). Oleh itu, pensampelan kajian ini adalah menggunakan pensampelan bertujuan (purposive sampling).

Lantaran itu, seramai 8 orang pakar terlibat dalam kajian ini. Pakar yang terlibat adalah seperti yang diterangkan dalam jadual 3. Pemilihan pakar ini dibuat berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing Pakar-pakar yang terlibat terdiri daripada beberapa orang pensyarah IPGM, 2 seorang daripada Universiti Malaya, dan beberapa orang guru Pendidikan Islam, rujuk jadual 2.

(9)

30 Jadual 2

Profil pakar

Institusi Jumlah pakar Jantina /kepakaran Pengalaman Institut

Pendidikan Guru Malaysia

4 orang (Pensyarah Kanan)

2 lelaki dan 2 perempuan

Pendidikan Islam Melebihi 10 tahun

Sekolah Kebangsaan

1 orang Lelaki Pendidikan Islam Melebihi 8

tahun Sekolah

Menengah

1 orang Perempuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Melebihi 10 tahun Universiti

Malaya

1 orang (Prof Madya)

Perempuan Pendidikan Islam Melebihi 15 tahun 1 orang

(Profesor)

Perempuan Pendidikan Melebihi 20 tahun

Dalam kajian ini jumlah pemilihan pakar yang digunakan oleh pengkaji berdasarkan saranan Clayton (1997) yang menyatakan jika pakar yang terlibat bersifat homogenous maka jumlah pakar yang diperlukan memadai seramai 5-10. Adler &Ziglio (1996) bilangan pakar yang sesuai dalam kaedah Delphi adalah di antara 10 hingga 15 orang jika terdapat tahap keseragaman (homogenous). Menurut Cavalli & Ortolano (1984) menyatakan bahawa sampel bagi FDM adalah di antara 8 hingga 12 jika sampel bersifat homogenous dan adalah mencukupi begitu juga dengan pendapat Philip (2000) menyatakan sampel pakar di antara 7 hingga 12. Oleh itu, pengkaji menggunakan seramai 8 orang pakar dalam kajian ini, yang dianggap mencukupi berdasarkan saranan literatur.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian bagi Fuzzy Delphi dibentuk oleh pengkaji berdasarkan sorotan kajian.

Berdasarkan Skulmowski, Hartman & Krahn (2007) pembentukan elemen-elemen soal selidik oleh pengkaji boleh dibentuk berdasarkan sorotan literatur, kajian rintis dan pengalaman (Ramlan & Ghazali, 2018). Selain itu, menurut Okoli dan Pawlowski (2004) pembentukan item dan elemen kandungan sesuatu kajian perlu dibuat melalui tinjauan literatur yang berkaitan dengan skop kajian. Justeru, pengkaji menggunakan sorotan literatur dan temu bual pakar dalam memperoleh elemen-elemen kerangka muallim ideal. Setelah

(10)

31

elemen dan faktor yang telah dikenal pasti melalui literatur dan temu bual pakar, satu set soalan pakar dibentuk dengan menggunakan skala 7 poin. Bagi memudahkan pakar menjawab soal selidik, pengkaji telah meletakkan nilai skala 1 hingga 7 bagi menggantikan nilai Fuzzy seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 bagi skala linguistik 7 poin berikut:

Jadual 3

Skala Fuzzy 7 poin

Aras persetujuan pakar Skala fuzzy

Sangat-sangat tidak setuju (0.0. 0.0, 0.1)

Sangat tidak setuju (0.0, 0.1, 0.3)

Tidak setuju (0.0,0.3, 0.5)

Tidak pasti (0.3, 0.5, 0.7)

Setuju (0.5, 0.7, 0.9)

Sangat setuju (0.7, 0.9, 1.0)

Sangat-sangat setuju (0.9, 1.0, 1.0)

Sumber: (Chang, Hsu & Chang 2011)

Pengumpulan dan Analisis Data

Dalam teknik Fuzzy Delphi (FDM) ada dua istilah yang perlu difahami iaitu Triangular Fuzzy Number dan proses Defuzzification. Triangular Fuzzy Number mewakili nilai m1, m2 dan m3 dan ia ditulis seperti ini (m1, m2, m3). Nilai m1 mewakili nilai minimum, nilai m2 mewakili nilai munasabah manakala nilai m3 mewakili nilai maksimum. Manakala Triangular Fuzzy Number digunakan untuk menghasilkan skala Fuzzy (yang sama seperti skala Likert) bagi tujuan menterjemahkan pemboleh ubah linguistik kepada nombor Fuzzy.

Bilangan tahap bagi skala Fuzzy adalah dalam bilangan ganjil. Lebih tinggi skala Fuzzy, lebih tepat data yang diperoleh. Ia dapat dijelaskan dalam rajah 2.

Rajah 2: Triangular fuzzy number

(11)

32

Dalam kajian ini, proses pengumpulan data dan analisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi dilaksanakan setelah pakar diberikan soal selidik dan setiap instrumen diwakili oleh skala Likert serta ruangan untuk komen serta cadangan pakar. Data skala Likert yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan program Microsoft Excel. Semua data ditukarkan ke dalam bentuk Triangular Fuzzy Number. Skala Fuzzy tujuh poin digunakan dalam kajian ini.

Seterusnya data-data yang diperolehi kemudian dianalisis untuk mendapatkan nilai Fuzzy (n1, n2, n3) , nilai purata Fuzzy (m1, m2, m3) , mendapatkan nilai threshold, peratusan konsensus pakar, defuzzication dan ranking item. Bagi tujuan mendapatkan persetujuan pakar untuk setiap item, nilai threshold tidak melebihi 0.2. Peratusan persetujuan pakar pula perlu melebihi nilai 75% manakala nilai defuzzication bagi setiap item perlu melebihi nilai α-cut = 0.5. Nilai threshold, ditentukan dengan menggunakan formula berikut iaitu:

Langkah seterusnya ialah mengenal pasti tahap agregat penilaian fuzzy setelah persetujuan pakar diperoleh dengan menambah nombor fuzzy bagi setiap item (Ridhuan et al, 2013). Pengiraan dan penentuan nilai fuzzy adalah dengan menggunakan rumus: Amax

= 1

⁄4 (m1+2m2 + m3).

Langkah seterusnya, ialah fasa defuzzication. Proses defuzzification turut dilakukan dalam proses penganalisisan data kajian teknik Fuzzy Delphi. Ia adalah proses menentukan kedudukan atau keutamaan bagi setiap item atau untuk menentukan kedudukan bagi setiap pembolehubah mahupun sub-pembolehubah. Dalam proses ini, terdapat tiga rumus iaitu : A

= 1/3 * (m1 + m2 + m3)

Nilai α-cut = nilai median bagi ‘0’ dan ‘1’, dimana α-cut = (0+1)/2 = 0.5. Sekiranya nilai A terhasil kurang dari nilai α-cut = 0.5, item akan ditolak kerana ia tidak menunjukkan persetujuan pakar. Menurut Bojdanova (2006) nilai alpha cut hendaklah melebihi 0.5. Ianya disokong oleh Tang & Wu (2010) yang menyatakan nilai α-cut hendaklah melebihi 0.5.

(12)

33

Langkah terakhir adalah penentuan ranking. Proses penentuan kedudukan adalah dengan cara memilih nilai defuzzication berdasarkan persetujuan pakar yang mana elemen yang mempunyai nilai tertinggi ditentukan kedudukan yang paling utama (Fortemps dan Roubens, 1996; Ramlan & Ghazali, 2018).

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada elemen muallim ideal (rujuk rajah 1) seperti yang telah pengkaji keluarkan, hasil dapatan analisis kajian adalah seperi berikut:

Jadual 4

Nilai threshold d item

PAKAR

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

ITEM 1

0.09 24

0.092 4

0.053 9

0.092 4

0.092 4

0.408 0

0.092 4

0.292 5

0.092 4

0.092 4 ITEM

2

0.01 15

0.026 9

0.011 5

0.011 5

0.026 9

0.026 9

0.011 5

0.011 5

0.011 5

0.011 5 ITEM

3

0.05 00

0.050 0

0.050 0

0.103 9

0.050 0

0.011 5

0.011 5

0.050 0

0.219 4

0.050 0 ITEM

4

0.03 46

0.119 3

0.034 6

0.034 6

0.119 3

0.003 8

0.034 6

0.034 6

0.034 6

0.034 6 ITEM

5

0.03 08

0.238 6

0.030 8

0.030 8

0.030 8

0.007 7

0.030 8

0.030 8

0.030 8

0.030 8 ITEM

6

0.05 00

0.103 9

0.050 0

0.050 0

0.050 0

0.011 5

0.050 0

0.011 5

0.219 4

0.050 0 ITEM

7

0.09 24

0.092 4

0.092 4

0.092 4

0.092 4

0.053 9

0.408 0

0.092 4

0.292 5

0.092 4

Keputusan analisis terhadap persetujuan dan konsensus pakar menunjukkan nilai persetujuan berada pada tahap yang baik. Berdasarkan jadual 4, tiada nilai threshold yang dihitamkan melebihi nilai threshold 0.2 (> 0.2). Ini bermaksud tidak terdapat pendapat pakar yang tidak seiring atau sekata dan tidak mencapai konsensus terhadap elemen-elemen tertentu.

(13)

34 Jadual 5

Dapatan kajian bagi item elemen muallim ideal.

Elemen muallim ideal

Susunan

asal Item/Elemen model Nilai d Setiap Item

Purata nilai d

Peratus Setiap Item d ≤

0.2

Defuzzication Ranking Status

1 Menguasai ilmu 0.140104

0.071

80 0.806667 5 Terima

2 Bijaksana 0.016166 100 0.946667 1 Terima

3 Tegas dalam

membuat keputusan

0.064663 90 0.88000 4 Terima

4 Memahami psikologi murid

0.048497 100 0.906667 3 Terima

5 Ikhlas 0.049267 90 0.913333 2 Terima

6 Pemaaf 0.064663 90 0.88000 4 Terima

7 Bertanggungjawab 0.140104 80 0.806667 5 Terima

8 Variatif 0.048497 90 0.906667 3 Terima

Rajah 3: Scatter plot for defuzication (alpha-cut)

Berdasarkan jadual 4, tiada nilai threshold yang dihitamkan melebihi nilai threshold 0.2 (> 0.2). Ini bermaksud tidak terdapat pendapat pakar yang tidak seiring atau sekata dan

0.7500 0.8000 0.8500 0.9000 0.9500 1.0000

0 2 4 6 8 10

Series1

(14)

35

tidak mencapai konsensus terhadap elemen-elemen tertentu. Namun begitu, nilai purata kesemua elemen muallim ideal menunjukkan nilai threshold (d) < 0.2 iaitu 0.0715. Jika nilai purata threshold (d) diperoleh kurang daripada 0.2, maka item tersebut telah mencapai persetujuan pakar yang baik (Cheng dan Lin, 2002; Chang, Hsu dan Chang, 2011). Lantaran itu, peratusan keseluruhan persetujuan pakar berada pada nilai 90% persetujuan iaitu melebihi (> 75%) bermaksud memenuhi syarat persetujuan pakar terhadap item ini. Maka, kesemua nilai defuzzication Alpha-Cut (average of fuzzy response) melebihi α-cut = >

0.5.Menurut Tang dan Wu, (2010) nilai alpha cut hendaklah melebihi 0.5 dan sekiranya kurang daripada 0.5, maka ia hendaklah digugurkan. Dapatan analisis ini menunjukkan elemen-elemen kerangka muallim ideal telah mendapat persetujuan pakar-pakar yang baik.

Elemen-elemen yang disepakati pakar disusun mengikut keutamaan (ranking) seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:

Rajah 4: Model Muallim Ideal

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Surah ah-kahfi

Menguasai ilmu

Bijaksana Tegas

Memahami psikologi murid

Ikhlas Pemaaf

Bertanggungjawab Variatif

Model Muallim Ideal

(15)

36

Muallim atau guru, merupakan di antara teras perkembangan ilmu dan kendiri manusia. Dalam membentuk manusia bersifat dan berakhlak semestinya muallim atau guru adalah asasnya. Oleh itu, muallim sewajarnya bersifat sebagaimana yang digariskan dalam sumber yang dipandu Al-Quran mahupun As-sunnah. Justeru, makalah ini sedikit sebanyak menggariskan beberapa sifat yang sepatutnya ada dalam diri seorang muallim yang ideal dalam memperkembangkan ilmu dan metodologi pendidikan dalam Islam. Sebagai role model, dan mewariskan sifat-sifat rasul (Asmawati, 2009) muallim haruslah bersifat sebagaimana yang digariskan Al-Quran iaitu, pertama muallim mestilah menguasai ilmu pengetahuan. Ini sejajar seperti yang dianjurkan oleh Islam, muallim perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan memandangkan ilmu akan meningkatkan darjat seseorang hamba Allah (Musnizam, Halim Tamuri & Rohizan, 2012). Menurut Abdul Halim el- Muhammady (1991) menjelaskan bahawa guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Proses ini berlaku dengan baik jika muallim mempunyai ketekalan ilmu dan berupaya memanipulsi ilmu yang ada ke arah pembentukan nilai diri dan kemenjadian murid itu sendiri.

Kedua, muallim haruslah bijaksana dalam menyampaikan ilmu. Para ulama dan ilmuan mengiktiraf bahawa tiada kaedah yang terbaik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan melainkan bergantung pada kebijaksanaan muallim atau guru (Abdullah 1995;

Sofiah, Kamarul Azmi & M. Azhar, 2016). Asmau Imam (2013) menyatakan bahawa muallim adalah tunjang utama yang mempengaruhi pembelajaran pelajar dan boleh mempengaruhi proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.

Ketiga dalam penyampaian sesuatu ilmu, ketegasan guru juga memainkan peranan yang penting. Ketegasan guru diterjemahkan dalam situasi keperluan dan haq yang perlu dipatuhi.

Proses pemindahan ilmu akan berlaku jika guru berupaya mempertahankan prinsip ilmunya disokong oleh nilai ilmu yang ada pada dirinya. Sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Khaidir A.S. yang mendidik Nabi Musa A.S. yang bertegas dengan prinsipnya.

Keempat, guru haruslah bijak memahami psikologi muridnya. Kejayaan sesuatu pengajaran bergantung juga kepada kefahaman interaksi antara guru dan murid. Secara teoritikal, motivasi akan berlaku dan memberi impak apabila hubungan guru dengan pelajar jelas dan bagaimana pelajar mampu mentafsir sikap guru, serta bagaimana guru mentafsif pencapaian pelajar (Firdaus, Kamarul & Khairunnisa, 2016). Oleh itu, penting bagi muallim

(16)

37

mengetahui psikologi muridnya sebelum melaksanakan proses penyebaran ilmu (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain, 2008; Esah Sulaiman, 2012; Regmi, K., 2012; Firdaus, Kamarul & Khairunnisa, 2016). Hal ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai sikap dan cara belajar mereka yang tersendiri bagi mencari maklumat dan meneroka bentuk-bentuk kemahiran baru (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain, 2008). Bertitik tolak daripada kemampuan daya akal manusia yang berbeza memerlukan sedikit persediaan guru untuk mencorak dan seterusnya mewujudkan proses peralihan ilmu dapat dilakukan dengan berkesan. Jika guru mampu memahami psikologi dan tingkahlaku muridnya, muallim yang berkemahiran berupaya membuat pengubahsuaian corak penyampaian ilmu mengikut keadaan dan kemampuan murid tersebut.

Kelima, muallim perlulah bersifat ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

Muallim atau guru hendaklah mempunyai niat yang ikhlas agar tugas dan tanggungjawab mereka diberkati dan murid-murid menyayangi dan menghormati mereka khususnya (Ab.

Halim & Mohamad Khairul 2010; Sofiah, Kamarul Azmi & M. Azhar, 2016). Malahan, seperti yang ditekankan dalam Islam ikhlas menjadi kunci segala amalan. Jika ikhlas dalam menyampaikan ilmu, pintu keberkatan sentiasa dibuka oleh Allah SWT. Selain itu, muallim atau guru perlu merenungi bahawa sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai sekiranya agen yang menyampaikan tidak bertangggungjawab dan efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah

berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya (Musnizam, Halim Tamuri & Rohizan, 2012). Asas tanggungjawab ini bukan sahaja dipersoal oleh anak murid malahan dipersoal oleh Allah di akhirat. Oleh yang demikian aspek tanggunjawab perlu dititik beratkan oleh muallim, kerana ianya merupakan satu medium kewajipan yang diamanahkan oleh Allah untuk dilaksanakan oleh muallim atau guru.

Tingkahlaku berikutnya adalah variatif atau mempunyai kreativiti dalam menyumbang ilmu dan pengajaran. Perkara ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Khaidir A.S. dalam sepanjang peristiwa pengajarannya kepada Nabi Musa A.S. Hal ini juga secara teorinya dipersetujui oleh Esquivel (1995), antara perkara penting dalam wadah penyampaian ilmu adalah kreatif dan variatif agar konsep pengajaran dan kesinambungan ilmu disampaikan dalam bentuk yang pelbagai (Mohsin & Nasruddin, 2008).

(17)

38 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugas sebagai muallim atau guru merupakan tugas yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah. Atas dasar kemuliaan ini, maka muallim perlulah bersifat sebagaiamana yang digariskan dalam Al-Quran. Kesempurnaan kisah, nukilan wahyu yang disampaikan oleh Al-Quran mempunyai nilai kesempurnaan yang tidak dapat ditandingi sumber lain. Sewajarnya, apa yang dinukilkan dalam Al-Quran, maka itulah sumber yang paling ideal untuk dipraktikkan. Kajian akan datang, pengkaji boleh mengadaptasikan model kajian ini dan menambah baik dengan aspek-aspek lain yang mungkin dapat memberi nilai tambah terhadap model Muallim ideal ini. Apa yang lebih penting, semua perkara dan nilai tambah yang disarankan berupaya menggambarkan dan memberi gambaran keperluan yang perlu ada pada jiwa dan nurani pendidik yang bergelar Muallin Ideal.

(18)

39 RUJUKAN

Abdullah Nasih 'Ulwan. (1998). Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam. Terj.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adler, M., & Ziglio, E. (1996). Gazing into the Oracle: The Delphi method and its application to social policy and public health: Jessica Kingsley Publisher

Al-Ghazali. (2009). Ringkasan Ihya' Ulumuddin: Terj. Zaid Husein al-Hamid. Selangor:

Darul Nu'man Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Bodjanova, S. (2006). Median alpha-levels of a fuzzy number. Fuzzy Sets and Systems, 157(7), 879–891. doi:10.1016/j.fss.2005.10.015

Cavalli-Sforza, V., Ortolano, L., Cavalli‐Sforza, V., & Ortolano, L. (1984). Delphi Forecasts of Land Use: Transportation Interactions. Journal of Transportation Engineering, 110(3), 324–339. doi:10.1061/(ASCE)0733-947X(1984)110:3(324)

Chang, P.-L., Hsu, C.-W., & Chang, P.-C. (2011). Fuzzy Delphi method for evaluating hydrogen production technologies. International Journal of Hydrogen Energy, 36(21), 14172–14179. doi:10.1016/j.ijhydene.2011.05.045

Clayton, M.J. (1997). Delphi: A technique to harness expert opinion for critical decision- making task in education. Educational psychology, 17(4), 373-384

Esquivel, G.B. (1995). Teacher behaviors that foster creativity. Educational Psychology Review, 7 (2), 185-202

Fortemps, P., & Reubens, M. (1996). Ranking and defuzzications methods based area compensation. Fuzzy sets and system, 82(3), 319-330.

Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail (2016). Kepimpinan Transformasional dan Kualiti guru Generasi Y, Jurnal Kepimpinan Pendidikan, vol 3 (1), 29-42.

Kantrowitz, B., & Wingert, P. (2000). Teachers wanted. Newsweek, 136(14), 36-42.

Kersten, D. (2002). Today’s generations face new communication gaps. Retrieved July 7, 2018, from http://www.usatoday.com/money/jobcenter/

workplace/communications/2002

(19)

40

Philip, R.(2000). New Application for Delphi Technique, Annual “San Diego” Pfeifer &

Company, Vol 2, 191-196

Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil, Zaharah Hussin, Nurul Rabihah Mat Noh, Ahmad Arifin Sapar & Norlidah Alias. (2013). Application of Fuzzy Delphi Method in Educational Research. Design and Developmental Research. Dlm. Saedah Siraj, Norlidah Alias, Dorothy DeWitt & Zaharah Hussin (pnyt). Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Mohamad.S., Jasmi.K.A, & Zailani.M.A.(2016). Elements of Delivering Islamic Education through Islamic Morality in Several Malaysian Schools. Pertanika J. Soc. Sci. &

Hum. 24 (4): 1267 – 1277

Mohd Burhan N., Tamuri A H, & Mohd Nordin N. (2016). Pembinaan Hubungan di antara Guru dengan Pelajar. Technical and Social Science Journal (TSSJ), 5(1) p. 138-148.

ISSN: 2289- 7356.

Mohd Shafie Apdal (2013); Perutusan Sambutan Hari Pendidik 2013. Majlis Amanah Rakyat MARA, Kuala Lumpur.

Mohd Khairi Othman & Amawati Suhid (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan, MALIM - SEA Journal of General Studies II, pp 119-130.

Muhammad Abdullah bin Suradi, Selagi Muhammad Abdullah bin Saradi Nadi.Http://Tamanulama.Blogspot.Com/2008/01/DrAbdullah-Nasih-Ulwan- SelagiNadi.Html. (baca juga : Muqoddimah Silsilah Madrasah Du’at .jilid 1.

Mohd Musnizam Jaafar @ Mustapha Ab. Halim Tamuri Rohizan Ya. (2012) Konsep berilmu dalam kalangan guru pendidikan Islamsatu keperluan dalammembangunkan modal insane, Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), 290-303

Mohd Muhsin M.said & Nasruddin Yunus. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar, Jurnal Pengajian Umum Bil. 9, 57-70

Ramlan Mustapha & Ghazali Darusalam (2018). Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi dalam penyelidikan sains sosial, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Razali, A.S.M., Ilias.M.F, Rashed.Z.N, Pisol,M.I., & Sokri.M.E.A. (2016). Ibrah Kisah Nabi Khidir Dalam Surah Al-Kahfi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baru.

Dalam International Seminar on Tarbiyah 2016 (ISoT2016), pada pada 26-29 Mei 2016 bertempat di Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung, Indonesia anjuran KUIS-UPI-PIMM.

Skulmoski, G. J., & Hartman, F. T. (2007). The Delphi Method for Graduate Research.

Journal of Information Technology Education, 6(1), 1–21. doi:10.1.1.151.8144

(20)

41

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini (2016). Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Akademika 86(2), 31-42 Spence, C. (2011). Crossmodal correspondences: A tutorial review. Attention, Perception,

& Psychophysics, 73, 971-995.

Okoli,C. & Pawlowski.S.D (2004).The Delphi method as a research tool: an example,design considerations and applications, Information & Management 42 (2004) 15–29 Hasson, F., Keeney, S.K. & McKenna, H. (2000). Research Guidelines for the Delphi survey

technique. Journal of advanced Nursing, 32(4), 1008-1015.

Zaharah (2005). Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, 79-95

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Fasa Rekabentuk dan Pembangunan Soalan kajian Kaedah/Teknik Berdasarkan pandangan pakar, apakah elemen yang perlu disertakan dalam membangunkan model ENi Nominal Group

Berdasarkan nilai modulus kehalusan, terangkan pasir yang mana akan memerlukan kandungan air yang lebih besar apabila digunakan di dalam konkrit, dengan

Dalam hubungan Malaysia ingin menjadi negara yang mempunyai pakar- pakar berkelas dunia, kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, kesan globalisasi, kerakusan manusia

Soalan terbuka yang diagihkan kepada pakar, berdasarkan kepada tiga sub tema utama iaitu pandangan pakar terhadap fenomena ketidak jujuran akademik dalam kalangan

Kaedah kajian yang diguna dalam kajian ini melibatkan pembangunan ontologi berdasarkan kerangka yang mengguna pendekatan simbiotik melibatkan tesaurus, sumber rujukan

(iii) Dalam konteks pensampelan penerimaan, apakah dua tujuan untuk menentukan kebarangkalian menerima satu lot yang mempunyai peratusan defektif purata proses (“average

yang lepas menunjukkan bahawa skor nilai pekerja kebajikan yang dikaji adalah agak rendah terutamanya dalam domain menyokong penentuan kendiri. Analisis terhadap

Berdasarkan keputusan analisis asid lemak dalam isi ikan, didapati isi ikan yang diberi diet ekstrak air suling dengan berat yang semakin meningkat mempunyai nilai peratusan 16