• Tiada Hasil Ditemukan

View of RAKAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU: MEMAHAMI PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA DI SEKOLAH NEGERI PERLIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of RAKAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU: MEMAHAMI PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA DI SEKOLAH NEGERI PERLIS"

Copied!
33
0
0

Tekspenuh

(1)

125

RAKAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU: MEMAHAMI PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA DI

SEKOLAH NEGERI PERLIS

(IPGK'S LEARNING PARTNERSHIP: TO UNDERSTAND THE IMPLEMENTATION OF PEDAGOGICAL CAPACITY FOR DEEP LEARNING IN PERLIS SCHOOLS)

1Mohd Fadzil Mohd Salleh

2Rusmawati Othman, Ph.D 3Sukri Salim

1,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

2 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

1 Corresponding author; mfadzil05@yahoo.com

ABSTRAK

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) adalah satu inisiatif baharu dalam pendidikan yang menekankan pendekatan berbeza untuk mengajar, belajar dan mentaksir secara holistik dalam sistem Institut Pendidikan Guru Kampus Malaysia (IPGM). Model KPPB mensasarkan ekosistem pembelajaran untuk menyediakan pelajar ke arah kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, model KPPB masih baharu dalam sistem sekolah. Untuk membugarkan KPPB dalam sistem sekolah, satu kerjasama telah diusahakan antara Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan 10 buah sekolah di sekitarnya. Selepas lengkap satu kitaran KPPB, satu kajian telah dibuat terhadap guru-guru yang terlibat. Kajian ini bertujuan untuk memahami pelaksanaan KPPB di sekolah dan meneroka cabaran yang guru hadapi serta bimbingan instruksional yang diberi sepanjang KPPB berlangsung. Seramai sepuluh orang guru telah terlibat sebagai peserta kajian untuk menjawab soalan terbuka melalui google form. Analisis data dilakukan secara manual menggunakan kaedah pengekodan. Hasil analisis membentuk empat tema utama, iaitu, 1) kompetensi guru, 2) kemenjadian murid, 3) cabaran pelaksanaan dan 4) manfaat bimbingan instruksional. Ringkasnya, guru memahami intipati kapasiti dalam KPPB namun kurang rangsangan dalam elemen Rakan Pembelajaran untuk mengupayakan keterlibatan murid dengan komuniti luar atau pakar

(2)

126

profesional berbanding elemen digital yang kerap disebut oleh guru-guru dalam kajian ini.

Jurang yang dikenal pasti dari kajian ini akan menjadi satu data empirikal untuk penambahbaikan latihan dan fokus bimbingan instruksional KPPB fasa seterusnya.

Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), Institut Pendidikan Guru, kompetensi guru, bimbingan instruksional.

ABSTRACT

Capacity Pedagogy for Deep Learning (NPDL) is a new initiative in education which give emphasize on different approach to teaching, learning and assessing holistically within the system Malaysian Institute of Teacher Training Education (IPGM). The KPPB model targets such a learning ecosystem to prepare students for life after school and encourage a lifelong learning thinking. However, the KPPB model is still new in the school system. In order to cultivate KPPB in the school system, a collaboration has been worked out between Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis and 10 schools nearby the institute. After completing the one cyle of KPPB, a study was conducted involving the teachers as the participants. This study aims to understand the implementation of KPPB in schools and explore the challenges faced by teachers as well as the instructional guidance given throughout the KPPB. A total of ten teachers were involved as study participants to answer open ended questions via google form. Data analysis was performed manually using coding method. The results of the analysis emerged four main themes, namely 1) teacher competence, 2) student learning outcomes, 3) challenges and 4) harness of instructional guidance. In short, teachers understood the essence of capacity in KPPB but lacking the stimulus to enliven the element of Learning Partnership and enable student engagement with the outside community or professional experts compared to the digital element which frequently mentioned by teachers in this study. Thus, the findings in this study will become an empirical data for improvement of training and instructional guidance for our next series of KPPB project.

Keywords: New Pedagogy Deep Learning, Institute of Teacher Training Education, teacher competency, instructional guidance.

(3)

127

PENGENALAN

Pendahuluan

Pendidikan diumpamakan sebagai jentera yang memacu pertumbuhan dan kemajuan masyarakat. Selari dengan tuntutan pekerja abad ke-21, guru sebagai enjin utama dalam sistem pendidikan bukan lagi berperanan setakat menyampaikan pengetahuan, memindahkan kemahiran serta menanamkan nilai-nilai tetapi juga bertanggungjawab untuk membina modal insan yang dinamik, tangkas dan pencetus inovasi teknologi selari dengan kepesatan perkembangan ekonomi global.

Guru dan pembelajaran murid adalah pemboleh ubah dalam kurikulum sistem pendidikan. John Dewey mengusulkan pembelajaran seharusnya relevan dengan pelajar dari aspek pengetahuan isi kandungan dan guru perlu merangsang pemikiran kontekstual yang logik dan jelas dengan kehidupan dan pengalaman sedia ada murid (Thorburn &

Allison, 2017). Fullan et al. (2018), telah menjenamakan semula satu pedagogi pembelajaran bermakna sebagai satu rangkuman kapasiti yang dinamakan New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) yang seterusnya IPGM menjenamakan lagi sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Pembelajaran bermakna bukanlah satu pendekatan pembelajaran yang baharu. Namun beberapa elemen baharu telah dimasukkan ke dalam pendekatan KPPB bagi melonjakkan lagi manfaat rakan pembelajaran di luar koridor sekolah dan amalan pembelajaran yang inkuisitif dan konstruktif serta pedagogi baharu yang memanfaatkan digital.

Strategi backward design diaplikasikan dalam KPPB sebagai respons dari limitasi strategi konvensional yang bermula dengan rujukan buku teks, penyampaian isi kandungan dan penekanan kepada pematuhan peruntukan masa bagi setiap tema tersusun dalam maklumat kursus. Sebaliknya, melalui backward, one start with the end iaitu lensa pembelajaran tertumpu kepada matlamat pembelajaran terlebih dahulu diikuti langkah merangkai berlapis supaya pengalaman pembelajaran dan eviden pentaksiran benar-benar

(4)

128

mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan menepati pedagogi dan insaniah abad ke-21.

Namun begitu, guru sendiri perlu bijak mengawal proses pembelajaran sebagaimana yang diperkatakan oleh Gray (2016). Ini bermaksud, pertimbangan profesional guru sendiri menjadi penentu sama ada guru selesa sebagai penyampai pengetahuan dalam bentuk fakta dan murid hanya diam pasif mendengar penerangan guru atau guru bersedia bertindak balas terhadap tuntutan global abad ke-21 yang memerlukan guru mempraktik pendekatan berpusatkan pelajar serta mengadun ICT dalam ekosistem pembelajaran yang kreatif. Pendekatan kuliah dalam bilik darjah telah dibuktikan kurang keberkesanannya kerana persekitaran pembelajaran yang pasif serta tiada elemen keterlibatan menyebabkan konsentrasi murid hilang setelah 15 hingga 20 minit. Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan relevan kepada pelajar, KPPB menjadi satu strategi pilihan dan katalis dalam usaha menghasilkan pemikir yang kritis, penyelesai masalah, dengan sahsiah integriti, boleh bekerja sendiri dan bertanggungjawab dengan keyakinan diri yang tinggi.

Latar Belakang Kajian

Misi Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Dasar kualiti IPG mengutamakan usaha penambahbaikan yang berterusan ke arah mewujudkan pengurusan pendidikan keguruan yang bertaraf dunia. Projek New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) adalah salah satu projek Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi kehendak anjakan pendidikan negara. Konsep pembelajaran bermakna dalam KPPB adalah selari dengan Inisiatif Perluasan Penggunaan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta Program Transformasi Sekolah (TS25).

(5)

129

IPG berperanan sebagai peneraju pembelajaran bermakna yang merupakan salah satu teras TS25. Konsisten dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), NPDL menggariskan inti pati sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid dengan mengemukakan beberapa model sebagai titik mula (entry points) untuk membugarkan kompetensi pembelajaran bermakna 6C (creativity, communication, critical thinking, collaborative, character dan citizenship). Pada 15 Februari 2019 IPG Malaysia telah menjenamakan Projek NPDL kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Melalui KPPB, beberapa aspek, telah diadaptasi seperti pemantapan komitmen rakan pembelajaran antara pelajar, pensyarah dan komuniti di samping tiga elemen lain lagi iaitu kompetensi, reka bentuk dan iklim pembelajaran.

Sokongan dan usaha yang berterusan warga IPG juga telah diperluaskan dengan kerjasama yang erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam bentuk sokongan profesional secara berterusan kepada guru-guru dalam perkhidmatan untuk menyokong program transformasi sekolah. Maka KPPB telah diusahakan antara satu IPGK zon utara dan 10 buah sekolah di sekitarnya. Selepas lengkap satu kitaran KPPB, satu kajian telah dibuat terhadap guru-guru yang terlibat. Kajian ini bertujuan untuk memahami pelaksanaan KPPB di sekolah, bimbingan instruksional dan meneroka cabaran yang guru hadapi sepanjang projek berlangsung. Walau bagaimanapun, kajian ini terbatas kepada 10 orang guru yang telah dipilih oleh Guru Besar sekolah masing-masing dari 10 sekolah yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Perlis untuk menyertai program Bimbingan Instruksional KPPB. Mata pelajaran juga yang tersedia dalam sistem sekolah rendah sahaja serta murid yang tidak mewakili keseluruhan populasi murid sekolah rendah di negeri Perlis.

(6)

130

Pernyataan Masalah

Revolusi dalam pendidikan global turut memberikan impak dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu guru perlu mengubah kaedah pembelajaran tradisional kepada kaedah yang lebih agresif iaitu pembelajaran inkuiri berpusatkan pelajar. O'Brien dan Murray (2015) menyebut pembelajaran inkuiri menjadi tunjang kepada pembelajaran berasaskan projek iaitu pedagogi baharu yang dapat menyumbang kepada peningkatan kreativiti dan inovasi. Namun begitu, guru tidak sepenuhnya mengetahui bagaimana melaksanakan elemen praktikal pembelajaran berasaskan inkuiri dan mereka juga kekurangan amalan yang mencukupi dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri (Bilal Khalid Khalaf, 2018). Situasi ini bercanggah dengan tuntutan kompetensi guru masa kini. Menurut Mashira Yahaya el al. (2019), guru itu sendiri yang berperanan untuk mempersiapkan murid dengan segala kemahiran abad ke-21 dan ilmu pengetahuan agar mereka dapat mendepani cabaran dalam dunia pekerjaan kelak. Penekanan untuk menguasai kemahiran abad ke-21 haruslah bermula dengan menerapkan pelbagai kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc. Penegasan yang sama ditemui dalam artikel Nurmelda dan Roslinda (2020) yang mendakwa penguasaan pengetahuan kandungan guru sahaja tidak cukup bahkan guru juga perlu melengkapkan pengetahuan tentang pedagogi baharu.

Dari aspek kluster mata pelajaran, penerapan pembelajaran berasaskan inkuiri kerap dijalankan di kelas Sains tetapi kurang dalam kelas sains sosial (Bilal Khalid Khalaf, 2018). Ini kerana, guru mata pelajaran sains sosial beranggapan hanya mata pelajaran berteraskan sains sahaja boleh mengaplikasikan pembelajaran inkuiri semasa PdPc kerana melibatkan aktiviti hands on. Selain itu, sebilangan besar guru masih mengemukakan soalan pemikiran aras rendah untuk menguji penghafalan fakta dan pemahaman pelajar (Wan Mazwati Wan Yusoff & Shamilati Che Seman,2018).

Guru menerapkan pemikiran kritis dalam kelas mereka tetapi aktiviti yang dirancang tidak mencapai tahap yang sewajarnya (AlJaafil & Sahin, 2019).

(7)

131

Pembelajaran berasaskan inkuiri ditafsirkan melalui peranan guru sebagai pemudah cara dan perancah pembelajaran iaitu keterbalikan dari peranan tradidional guru iaitu memberikan fakta dan pengetahuan. Keterlibatan pelajar menjadi keutamaan dalam penyiasatan untuk merangsang aktiviti pembelajaran pelajar menyoal dan dapat memahami dan menerangkan dunia sekeliling dalam pembelajaran berpusatkan persekitaran (Wale &

Bishaw,2020). Sebaliknya, terdapat kelemahan dalam sistem pembelajaran apabila kajian mendapati kurangnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan teknologi manakala pemilihan bahan mengajar tidak sesuai adalah antara indikator ketidaksediaan guru dalam merancang aktiviti pembelajaran (Min & Mohammad Tahir Mapa, 2021).

Kebanyakan guru mengatakan mereka tidak dapat melaksanakan PdPc abad ke-21 bagi semua kelas pada satu-satu hari kerana terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk merancang aktiviti dan menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran (Mashira Yahaya et al.,2019). Bahkan, terdapat juga kajian menunjukkan guru-guru masih mempunyai pemahaman yang kurang lengkap tentang KBAT dalam kurikulum pendidikan Malaysia dan pemahaman guru tentang KBAT didapati sangat umum (Bernard Tahim Bael et al., 2021). Hal sedemikian telah membataskan guru untuk melaksanakan pembelajaran bermakna secara lebih berkesan semasa PdPc. Kebanyakan guru masih belum bersedia melaksanakan KBAT dalam pengajarannya disebabkan oleh kurang pendedahan tentang cara pelaksanaan KBAT dalam PdPc, tidak tahu bagaimana untuk menerapkan KBAT dalam PdPc dan juga dibebani dengan pelbagai tugas lain yang menghalang untuk melaksanakan PdPc berasaskan KBAT dilaksanakan dengan baik (Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman, 2018).

Di sebalik kelemahan yang dibincangkan dalam tinjauan bacaan, guru masih memerlukan masa untuk mempertimbangkan, membincangkan, mempraktikkan dan merenungkan perubahan dalam amalan pedagogi untuk menerapkan amalan pedagogi baharu (Min & Mohammad Tahir, 2021). Komitmen yang pelbagai di sekolah juga menjadikan guru kurang bermotivasi mudah berputus asa serta kurang berusaha menerapkan pengajaran berasaskan KBAT pada kekerapan yang sepatutnya (Syazana

(8)

132

Sahari & Zamri Mahamod, 2018). Pelaksanaan KBAT dalam PdPc abad ke-21 amat bergantung kepada kesediaan guru (Bernard Tahim et al., 2021). Dengan ini, faktor kurangnya integrasi kemahiran berfikir guru semasa proses PdPc pastinya akan menyebabkan murid masih lagi belum mencapai tahap yang baik dan hasrat pendidikan untuk melahirkan warganegara abad ke-21 yang berketrampilan dengan sifat resilient yang dapat menyatukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap secara holistik sukar dicapai.

Sehubungan itu, kelemahan pelaksanaan PPB yang ditemui dalam kajian ini membolehkan bimbingan instruksional dapat diberi secara bersasar dan diharapkan dapat mengatasi jurang kompetensi guru dalam sistem sekolah terutama sekolah rendah sekitar negeri Perlis terutama dalam aspek menyediakan Rakan Pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk memahami pelaksanaan KPPB di sekolah dan meneroka cabaran yang guru hadapi sepanjang projek berlangsung.

Soalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian seperti berikut:

i. Bagaimanakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah dalam usaha merealisasikan reka bentuk KPPB?.

ii. Bagaimanakah kaedah dan aktiviti digunakan oleh guru sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijajarkan dengan kemenjadian murid mengikut elemen 6C KPPB?.

iii. Apakah cabaran yang dihadapi guru sekolah dalam pelaksanaan KPPB?.

iv. Bagaimanakah bentuk bimbingan instruksional yang dapat pensyarah berikan untuk membantu guru sekolah menjayakan lagi pelaksanaan KPPB?.

(9)

133

TINJAUAN LITERATUR

Pedagogi Baharu untuk Pembelajaran Bermakna (NPDL) memberi penegasan kepada proses pembelajaran murid (Fullan & Langworthy, 2014). Perkembangan kemampuan murid menjadi teras kepada NPDL dengan kepercayaan murid dapat memimpin pembelajaran kendiri dan melalui proses tersebut kemenjadian pelajar dapat direalisasikan.

Secara asasnya, strategi yang disokong oleh Piaget, Dewey, Montessori dan Vygotsky, KPPB bukanlah pedagogi yang baharu, tetapi pendekatan berorientasi murid yang disusun semula dan diberi nafas baharu dengan lebih tepat dan mantap, terutama melalui elemen perkongsian pintar antara guru dan pelajar dan pemanfaatan teknologi digital (Fullan &

Langworthy, 2014).

Sebagai perbandingan, pendekatan berorientasi guru membataskan autonomi pelajar di dalam kelas, dan menghadkan ruang dan waktu untuk pembugaran kreativiti, inovasi, dan inisiatif pelajar. James dan Williams (2017) membincangkan situasi di Amerika Utara, Great Britain, Australia, dan New Zealand tentang isu ujian standard.

Menurut kumpulan penyelidik tersebut fokus yang diberi kepada peperiksaan mendorong guru mengabaikan pembelajaran berpusatkan pelajar, aktiviti berasaskan pengalaman dan pembelajaran kontektual tetapi memilih model pembelajaran latih tubi, hafalan dan ceramah.

Walau bagaimana pun, peralihan masyarakat ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan tuntutan penghasilan insaniah yang kompeten selari dengan pedagogi abad ke-21 telah memberi tekanan kepada kesediaan guru-guru (Fullan & Langworthy, 2014). Krisis dalam pendidikan menjadi pencetus intrinsik kepada penyelidik berkenaan untuk menggagaskan satu reka bentuk pembelajaran yang diaktifkan melalui saling kebergantungan pendidikan dan rakan pembelajaran global. Projek Perkongsian Global dalam NPDL dimulakan dengan pembiayaan dan sokongan sepenuhnya oleh syarikat multinasional seperti Intel, Microsoft dan Pearson Publishing sebagai rakan pembelajaran.

(10)

134

Melalui projek yang sama juga, Fullan telah berkolaborasi secara kluster dengan seratus sekolah di setiap sepuluh negara.

Dalam model pembelajaran bermakna, guru bekerjasama dengan pelajar sebagai satu pasukan. Proses ini dicirikan sebagai penerokaan dan saling hubungan dalam konteks dunia nyata yang lebih luas. Konteks yang sama dibincangkan oleh penyelidik O'Brien dan Howard (2015) sebagai sekolah yang hidup (living school). Living school dibincangkan sebagai sekolah yang mengintegrasikan kurikulum secara autentik dengan kesepaduan elemen kelestarian, kreativiti, inovasi, keusahawanan, keseronokan berterusan, pembelajaran sosial dan emosi serta menitikberatkan juga hubungan kontekstual dengan alam sekitar. Pendekatan living school membantu pelajar dan guru dalam membuat pilihan dan perubahan yang bermakna. Aktiviti kolaborasi tersebut menyokong saling hubungan dengan masyarakat. Ini membawa kepada perbincangan mengenai pedagogi baharu dan pembelajaran abad ke-21 dan bagaimana pembelajaran tanpa batasan koridor sekolah sesuai dengan kapasiti bermakna ini.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran yang tidak terbatas kepada aktiviti dalam bilik darjah telah dikaitkan dengan peningkatan skor ujian dan pengurangan dalam masalah disiplin dan kesukaran pengurusan bilik darjah (James & Williams, 2017).

Pembelajaran luar juga menjadi peramal yang signifikan dengan penglibatan emosi tinggi pelajar, dan dengan demikian motivasi untuk belajar (James & Williams, 2017);

begitu juga, apabila guru melihat pelajar termotivasi dan menunjukkan keterlibatan, keseronokan dan keyakinan guru-guru dalam pengajaran meningkat (Martin, 2006).

Terdapat jurang yang ketara dalam penyelidikan mengenai pembelajaran melangkaui koridor sekolah. Jelasnya, tidak banyak kajian yang menghubungkan secara eksplisit pembelajaran outdoor dengan penghasilan pelajar dengan perkembangan watak. Atas rasional tersebut, kajian ini dibuat untuk meneroka bagaimana NPDL atau dalam kajian ini menggunakan istilah KPPB dapat dimantapkan dalam persekitaran sekolah di negeri Perlis dan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil untuk memacukan lagi kemenjadian murid mengikut kompetensi abad ke-21. Sebagai rakan pembelajaran kepada

(11)

135

sekolah, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berkunjung ke sekolah yang terlibat dengan kajian rintis dan memberi bimbingan instruksional kepada guru terlibat untuk membantu dan menunjuk cara aplikasi KPPB.

METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada semua guru sekolah rendah di negeri Perlis. Oleh sebab kajian ini adalah kajian kes, maka penyelidik telah memilih guru-guru yang terlibat dalam projek rintis KPPB fasa 1 sahaja sebagai sampel kajian atau disebut sebagai persampelan bertujuan. Menurut Sabitha Marican (2005), persampelan bertujuan adalah kelompok peserta yang mewakili populasi yang hendak dikaji dan dikenal pasti mewakili situasi yang hendak dikaji.

Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru yang telah dipilih oleh guru besar sekolah masing-masing dari 10 sekolah yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Perlis untuk menyertai program Bimbingan Instruksional Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) buat julung kali di Perlis seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1

Perincian Peserta Kajian Berdasarkan Sekolah dan Subjek

Bil Sekolah Kategori Bilangan Guru Subjek Murid

Tahun

1 SK Putra Bandar 1 RBT 4

2 SK Behor Mali Luar bandar 1 Pemulihan

3 SK Changkat Jawi Luar bandar 1 BM 4

4 SK Tengku Budriah Bandar 1 Pemulihan Khas

5 SJKC Hwa Aik Luar bandar 1 Bahasa Inggeris 5

6 SK Santan Luar bandar 1 Pemulihan

7 SK Seri Perlis Bandar 1 Sains 5

8 SK Dato’ Kayaman Luar bandar 1 Matematik 4

9 SK Tambun Tulang Luar bandar 1 RBT 4

10 SJKC Kong Aik Bandar 1 Bahasa Inggeris 4

(12)

136

Guru telah dipilih oleh guru besar sekolah yang terlibat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Antaranya guru besar melihat realiti persekitaran sekolah yang perlu diberi perhatian. Daripada sepuluh orang guru yang dipilih iaitu tiga orang guru lelaki dan tujuh orang guru perempuan. Manakala subjek yang dipilih adalah terdiri daripada dua subjek Reka bentuk dan Teknologi, tiga subjek Pemulihan, dua subjek Bahasa Inggeris dan masing-masing satu subjek Sains, Matematik dan Bahasa Melayu.

Daripada sepuluh sekolah yang terpilih empat sekolah kategori bandar dan enam sekolah kategori luar bandar.

Pada peringkat permulaan projek, guru-guru diberi taklimat berkenaan fasa pengajaran dan pembelajaran dalam model KPPB. Guru perlu melalui fasa perancangan, perlaksanaan dan refleksi. Dalam perancangan, guru diperkenalkan dengan pendekatan backward design. Selesai merungkai DSKP, guru-guru merancang evidens pentaksiran holistik dan akhir sekali proses merangkai iaitu guru menjajarkan kaedah dan aktiviti PdPc ke arah kemenjadian murid mengikut elemen 6C. Penekanan pada peringkat awal ini hanya satu subjek sahaja yang dilaksanakan KPPB yang belum melibatkan interdisiplin atau beberapa subjek lain. Penegasan kepada pelaksanaan perancangan pengajaran mengikut model perlaksanaan KPPB. Kejelasan guru sangat penting dalam fasa ini. Penekanan diberi dalam proses menentukan kaedah dan aktiviti yang sesuai semasa PdPc dilaksanakan.

Kejelasan guru termasuklah standard kandungan, perkembangan pembelajaran, hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan yang dimantapkan dahulu sebelum strategi, kaedah dan aktiviti pembelajaran ditentukan.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidikan kualitatif dipilih dengan menggunakan kaedah kajian kes.

Kes yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelaksanaan KPPB di sekolah rendah.

Penyelidikan kualitatif merujuk kepada kajian yang dihasilkan daripada data deskriptif yang diperoleh berdasarkan catatan atau pengucapan dan pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang (Taylor & Bogden, 2015). Kebenaran telah diperolehi terlebih dahulu

(13)

137

daripada peserta kajian untuk mendapatkan respons mereka dan melaporkan dapatan dari respons guru-guru untuk penyelidikan ini. Dalam kajian kualitatif penerokaan ini, data dikumpulkan dalam dua fasa, iaitu fasa satu dan fasa dua. Oleh kerana Covid-19, penyelidik tidak dapat bertemu dengan responden secara fizikal untuk sesi temu bual.

Sebagai alternatif, dalam fasa satu, guru yang terlibat sebagai peserta kajian secara individu telah memberi respons dalam google form yang dihantar secara peribadi melalui satu pautan. Soal selidik ini terdiri daripada 8 item soalan terbuka. Contoh item dalam soalan tersebut adalah: 'kongsikan pelaksanaan aktiviti yang anda buat bersama-sama pelajar dalam projek KPPB ini'. Untuk mengenal pasti impak aktiviti yang guru laksanakan kepada murid, soalan yang diberi adalah ‘Sebagai guru yang telah melalui sendiri pengalaman KPPB, boleh kongsikan bagaimanakah aktiviti yang cikgu telah laksanakan dengan murid dapat melonjakkan elemen 6C dalam diri murid’. Soalan-soalan juga dibina untuk mengesan kelemahan, kekuatan dan cabaran guru-guru dan murid untuk membudayakan elemen KPPB di sekolah seperti ‘adalah menjadi hasrat IPG untuk melengkapkan kemahiran yang maksima berkenaan KPPB khususnya kepada guru-guru yang telah terlibat dalam projek rintis ini, contohnya, ‘bolehkan cikgu huraikan aspek apa yang cikgu perlukan latihan untuk mantapkan lagi pelaksanaan KPPB cikgu dengan murid’.Bentuk kajian ini juga adalah sebagai usaha untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang sesuatu perkara atau situasi dengan mengambil kira semua sifat atau tingkah laku yang terlibat. Dengan cara ini, keadaan sebenar atau sesuatu fenomena dapat difahami dan diterangkan dengan jelas dan tidak berasaskan andaian semata-mata (Merriam 2009). Seterusnya, kesahan item soalan dibuat dengan semakan dari jurulatih utama KPPB institut dari aspek isi kandungan dan bahasa yang tepat. Kebolehpercayaan item soalan juga dibuat dengan mentadbirkan dahulu soalan ini kepada lima orang guru sekolah yang tidak terlibat dalam kajian rintis ini tetapi telah biasa dengan amalan KPPB.

Pada fasa dua, satu sesi perbincangan kumpulan fokus diatur melalui google meet sebagai fasa refleksi dan triangulasi data. Semasa fasa ini, penyelidik mengesahkan semula pemahaman penyelidik supaya selari dengan tanggapan peserta kajian dari aspek kesesuaian makna. Menurut Braun dan Clarke (2006), triangulasi data melalui dua atau

(14)

138

lebih sumber kaedah pengumpulan data dapat memudahkan pengesahan data atau dikenali sebagai verifikasi silang. Triangulasi kaedah dapat menguji konsistensi penemuan yang diperoleh melalui instrumen yang berbeza dan meningkatkan peluang untuk mengawal, atau setidaknya menilai, beberapa bias atau penyebab yang mungkin mempengaruhi ketidaktepatan tafsiran dapatan. Respons peserta kajian dari fasa satu dianalisis secara tematik. Dalam kajian ini, dapatan dilaporkan mengikut tema yang diterbitkan berdasarkan respons peserta (Jadual 1). Empat tema yang dibina adalah kompetensi guru, kemenjadian murid, cabaran pelaksanaan dan manfaat bimbingan instruksional.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dalam kajian ini, dapatan dipersembahkan dalam kategori tema terbitan dari respons peserta kajian. Huraian setiap tema pada Jadual 2.

Jadual 2

Tema Terbitan Dari Respons Peserta Kajian

Tema Huraian Tema Diterbitkan dari Respons Peserta Kajian Kompetensi

Guru

Kompetensi guru yang dioperasikan sebagai reka bentuk model KPPB iaitu amalan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, rakan pembelajaran dan pemanfaatan digital

Kemenjadian Murid

Hasil pembelajaran murid yang dioperasikan sebagai kompetensi abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti, kewarganegaraan dan sahsiah Cabaran

Pelaksanaan

Kesukaran guru dan pelajar yang dioperasikan sebagai cabaran pelaksanaan KPPB seperti pematuhan SOP ekoran dari pandemik Covid 19, ketiadaan peranti dan internet serta kekangan masa diikuti kelemahan kemahiran dan pengetahuan guru dan keupayaan murid

Manfaat Bimbingan Instruksional

Pengetahuan baharu yang guru-guru peserta kajian perolehi semasa projek rintis fasa pertama dan sokongan pensyarah IPGK yang dioperasikan sebagai manfaat bimbingan instruksional KPPB seperti perbincangan rakan pensyarah bersama guru untuk memantapkan lagi pelaksanaan KPPB

Dalam kajian ini, peserta kajian diminta menjawab soalan terbuka. Respons peserta kajian dipersembahkan dalam terbitan tema mengikut Jadual 2 dan dibincangkan mengikut soalan kajian.

(15)

139

Soalan 1. Bagaimanakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah dalam usaha merealisasikan reka bentuk KPPB?

Jawapan kepada soalan kajian ini terdapat pada tema kompetensi guru.Tema ini diterbitkan dari respons peserta kajian berkenaan inisiatif guru yang dioperasikan sebagai reka bentuk model KPPB iaitu rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, amalan pedagogi dan pemanfaatan digital.

Tema Kompetensi Guru Kategori Rakan Pembelajaran

Konsep KPPB menekankan kecekapan yang perlu dicapai oleh pelajar hari ini melalui pembinaan hubungan, perkongsian dan pembelajaran berasaskan konteks dunia nyata di luar koridor sekolah. Dalam kajian ini elemen Rakan Pembelajaran dengan komuniti luar tidak dipraktikkan. Guru T1 mahu mempelajari cara merancang pembelajaran yang lebih baik manakala guru T4 menyebut pengajaran yang baik hanya dirancang dalam panitia di sekolah sahaja.

Perbincangan dalam panitia di sekolah (T4).

Saya mahu mempelajari cara merancang pengajaran yang lebih baik (T1).

Jurang ini akan dibawa kepada perbincangan bimbingan instruksional kajian seterusnya. Penekanan seterusnya akan diberi mengenai pedagogi baharu dan pembelajaran abad ke-21 dan bagaimana pembelajaran tanpa batasan koridor sekolah sesuai dengan kapasiti bermakna ini. Menurut Fullan dan Langworthy (2014), kekuatan memasukkan elemen Rakan Pembelajaran dengan komuniti luar adalah untuk membina kapasiti secara kolektif di dalam sistem dan merentasi keseluruhan sistem pendidikan.

Keterlibatan pelajar, guru dan komuniti luar terutamanya pakar bidang dalam mencapai satu tujuan sebenarnya secara tidak langsung dalam menggerakkan pembelajaran bermakna serta memupuk pedagogi baharu yang progresif, bermakna dan berterusan.

(16)

140

Tema Kompetensi Guru Kategori Amalan Pedagogi

Apabila ditanya apakah aktiviti yang guru buat bersama-sama murid. Majoriti peserta kajian memberi jawapan aktiviti yang menggunakan strategi pembelajaran berasaskan projek dengan pemanfaatan digital.

Projek Reka Bentuk Makanan (T1).

Projek reka cipta mesin kompleks(inovasi) (T2).

Flipped classroom (T4).

Projek berasaskan pembelajaran sains (T5).

Simulasi jual beli (T6).

Sebelum PdPc dijalankan, murid disuruh untuk mencari notis dari internet (T7).

Inovasi dalam pendidikan akan mencetuskan satu rasa kepuasan pada guru lebih-lebih lagi jika tercapai produk yang dihasratkan. Dalam kajian ini guru telah mempraktikkan pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran teradun. Menurut O'Brien dan Murray (2015), pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran teradun adalah pedagogi yang dapat menyumbang kepada pemantapan kapasiti pembelajaran melalui pengukuhan kreativiti dan inovasi. O'Brien dan Murray (2015) seterusnya mencadangkan pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran teradun sebagai pedagogi baharu yang dapat menyumbang kepada kelestarian pendidikan melalui peningkatan kreativiti dan inovasi serta diaktifkan dan dipercepatkan oleh teknologi.

Tema Kompetensi Guru Kategori Persekitaran Pembelajaran

Guru bekerja dan belajar bersama pelajarnya dan secara tidak langsung terjalin satu kerjasama sebagai rakan sepasukan. Respons daripada peserta kajian membuktikan wujud elemen KPPB ini sebagaimana yang disebut oleh guru T2 dan T4. Guru berkolaborasi dengan pelajar dan sekaligus dengan guru lain serta pemimpin sekolah dalam merancang tugasan pembelajaran bagi melahirkan murid yang holistik.

(17)

141

Mengenal pasti dan menghubung kait empat elemen reka bentuk pembelajaran bagi mewujudkan pembelajaran bermakna dalam memilih strategi PdPc yang sesuai dengan keadaan tersebut (T2).

Perbincangan dalam panitia di sekolah (T4).

Sewaktu mengajar, elemen elemen baru ini dapat diselit dalam proses pengajaran bagi melahirkan murid yang holistik (T4).

Persekitaran pembelajaran dalam kajian ini memenuhi keperluan reka bentuk KPPB dan menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar. Namun begitu, aktiviti yang lebih agresif seperti menggalakkan pelajar menyertai pertandingan dan kajian dengan komuniti luar boleh diperhebatkan lagi dalam kajian akan datang kerana dalam KPPB mengambil manfaat pendapat Fullan dan Langworthy (2014), keseluruhan pengalaman pembelajaran tertanam dengan bermakna dalam rakan pembelajaran ini dan menyumbang seterusnya kepada perkembangan kemahiran abad ke-21. Fullan (2013) menerangkan 6 kunci kemahiran masa hadapan yang dapat dikembangkan melalui NPDL atau disebut dalam naratif 6Cs.

Tema Kompetensi Guru Kategori Pemanfaatan Digital

O'Brien (2016) menambah bahawa teknologi, apabila disepadukan dengan betul ke dalam pedagogi pastinya mampu membawa kepada hasil pembelajaran yang bermakna. Dalam kajian ini guru T7 menerapkan elemen digital dalam perancangan PdPc begitu juga guru T3 mengintegrasikan kemahiran digital dalam PdPc beliau. Amalan ini selari dengan sokongan kolaborasi dalam mengorganisasikan isi kandungan digital sebagaimana yang disarankan oleh O'Brien (2016).Pemanfaatan digital membuka ruang ke arah komunikasi melaluinya diikuti sebagai medium berkongsi.

Menerapkan elemen digital dalam perancangan PdPc (T7).

Penguasaan alat digital (T3).

(18)

142

Fullan menegaskan walaupun teknologi adalah kunci pada transformasi pendidikan, namun ia tidak boleh berdiri sendiri (O'Brien, 2016). Pelajar dapat menggunakan teknologi digital serentak dengan pembelajaran outdoor untuk mengasahkan lagi kompetensi abad ke-21. Komunikasi digital juga mengupayakan ekosistem jaringan perhubungan pembelajaran yang membuka ruang komunikasi dengan individu dan organisasi di serata dunia, bahkan walau di seberang bandar sekalipun.

Soalan 2. Bagaimanakah kaedah dan aktiviti digunakan oleh guru sekolah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijajarkan dengan kemenjadian murid mengikut elemen 6C KPPB?

Bolehkah kita mewujudkan persekitaran iaitu murid terlibat dan guru mendapat kepuasan?.

Fullan dan Langworthy (2014) mengemukakan idea pedagogi baharu sebagai satu cara untuk merangsang keterlibatan murid dan menghidupkan pembelajaran bermakna. Fullan dan Langworthy (2014) mendefinisikan istilah sebagai model baru perkongsian pembelajaran antara murid dan guru yang bertujuan ke arah memacu pembelajaran yang bermakna dan diaktifkan dengan akses digital yang meluas (Fullan & Langworthy, 2014).

O'Brien (2016) pula menggambarkan pedagogi baharu ini sebagai ikatan pembelajaran pelajar dan guru dengan hasil pembelajaran yang melangkaui indikator perolehan kompetensi dan kemahiran asas. Jawapan kepada soalan ini terdapat pada tema kedua kajian ini iaitu tema kemenjadian murid terbitan dari respons peserta kajian terhadap soalan “bagaimanakah aktiviti yang guru-guru jalankan dapat memacu kemenjadian murid yang holistik”. Antara respons peserta kajian adalah seperti berikut:

Tema kedua hasil pembelajaran murid kategori sahsiah diekspilisitkan melalui aktiviti pembelajaran seperti yang dikongsikan oleh guru T2 dan T6.

Memberi peluang murid buat pilihan bagi meningkatkan motivasi dan penglibatan (T2).

Memberi peluang murid buat refleksi kendiri dan maklum balas semasa sesi pembentangan hasil projek (T2).

(19)

143

Dalam set induksi, murid dikehendaki mencari notis dari internet. Dalam proses mencari notis dari internet, murid perlu belajar cara menggunakan komputer. Ini dapat membina elemen character (sahsiah) murid supaya mereka menjadi lebih mahir semasa menggunakan elemen digital (T6).

Tidak jelas aktiviti guru dalam kajian ini untuk melahirkan murid yang mempunyai kompetensi kewarganegaraan. Walau bagaimanapun dalam tema ketiga hasil pembelajaran murid kategori kewarganegaraan iaitu peserta kajian ada mendakwa telah mencetuskan elemen kewarganegaraan dalam aktiviti seperti mana yang disebut oleh guru T5 dan T6.

Wujud kerjasama, komunikasi, pemikiran kreatif, pemikiran kritis, pewatakan dan kewarganegaraan semasa murid menjalankan aktiviti bersama dalam kumpulan (T5).

Dalam set induksi, murid dikehendaki mencari notis dari internet. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga mampu membina elemen citizenship (kewarganegaraan) murid (T6).

Hasil pembelajaran murid kategori kolaborasi diungkapkan oleh guru T3 dan T6.

... melibatkan perkongsian antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dan guru (T3).

...menyampaikan maklumat dengan mudah dan jelas (T6).

Untuk elemen komunikasi pula, guru T6 sekali lagi menambah

.. menyampaikan maklumat dengan mudah dan jelas (T6).

Melalui aktiviti simulasi murid dapat berkomunikasi secara interpersonal dengan rakan sebaya (T6).

(20)

144

Melihat kepada respons peserta kajian terhadap amalan pedagogi iaitu guru mempraktis pembelajaran berasaskan projek dalam kluster mata pelajaran STEM, maka terbukti dari dapatan kajian ini elemen pemikiran kritis dan kreativiti banyak disebut sebagai hasil pembelajaran murid yang dihasratkan oleh majoriti guru-guru (peserta kajian).

Mengambil kira idea murid dalam pelaksanaan projek. Membuat perkaitan tentang isi pembelajaran tersebut (contohnya murid kenal pasti beberapa mesin ringkas untuk menghasilkan mesin kompleks) (T2).

Mengkehendaki dan memerlukan pelajar mencipta pengetahuan baru (T3).

Melalui aktiviti simulasi murid dapat menghubungkaitkan pelajaran dengan kehidupan sebenar (T6).

Dalam set induksi, murid dikehendaki mencari notis dari internet. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga mampu membina elemen citizenship (kewarganegaraan) murid. Untuk elemen critical thinking murid (T6).

... bukan sekadar mengaplikasikan kompetensi 6C di dalam kelas sahaja tetapi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh murid di dalam kelas dapat digunakan dalam kehidupan dan masa depan mereka (T1).

.... dan menyambungnya ke dunia sebenar nanti (T3).

Elemen kreativiti merupakan elemen yang dapat mencungkil bakat semula jadi murid.

Guru menggilap lagi bakat yang telah sedia ada (T1).

Dapatan kajian ini membuktikan pembelajaran di luar batasan koridor sekolah memenuhi kriteria KPPB kerana terdapat elemen perkongsian pembelajaran antara guru dan murid, pengaplikasian pengetahuan pada isu dunia nyata, pembelajaran berdasarkan kontekstual dan pemecutan pelajar menjadi kreatif, saling hubungan, dan berkolaborasi dalam merealisasikan individu yang dapat menyelesaikan masalah seumur hidup serta menjadi insan yang sihat dan holistik yang bukan sahaja menjadi penyumbang tetapi juga pencipta kepada sinergi seperti yang dibahaskan oleh Fullan dan Langworthy (2014).

(21)

145

Soalan 3. Apakah cabaran yang dihadapi guru sekolah dalam pelaksanaan KPPB?

Tema ketiga akan dibincangkan pada bahagian ini sebagai menjawab kepada soalan kajian ketiga berkenaan cabaran yang dihadapi guru sekolah dalam pelaksanaan KPPB. Rata-rata guru menyuarakan faktor luar kawal seperti kesibukan rutin kerja di sekolah, normal baharu situasi pandemik Covid 19 dan kekurangan fasiliti serta peranti di sekolah. Faktor kedua adalah keterbatasan pengetahuan dan kemahiran guru dan akhir sekali kemampuan murid.

Tema Cabaran Guru Kategori Situasi dan Fasiliti Sekolah

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 dan negara masih dalam fasa PKP ekoran dari jangkitan baru masih terlalu tinggi untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19. Akibatnya, sekolah kerajaan dan swasta, serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta diperintahkan untuk menghadiri kelas maya dari rumah (Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM],2020). Fenomena tersebut telah mengakibatkan perubahan dalam pendidikan kita iaitu proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di rumah dengan menggunakan teknologi dan pembelajaran dalam talian mula berfungsi sebagai alat komunikasi antara guru dan pelajar. Situasi yang sama diperkatakan oleh peserta kajian T5 dan T2. T3 menambah PKP membataskan penyediaan bahan pembelajaran manakala T5 membicarakan tentang keterbatasan pergerakan murid untuk aktiviti hand on serta ketidakhadiran murid oleh guru T6.

Kekangan waktu dan suasana semasa(covid-19)membataskan pergerakan murid (T5).

Covid menyukarkan aktiviti PdP dalam kumpulan yang agak terbatas (T5, T2).

Cabaran PKP ini, memang mencabar dalam penyediaan PdPr

..segelintir sahaja murid mengikuti. Aktiviti mencipta setakat ini hanyalah bahan sdia ada untuk kegunaan murid itu sendiri (T3).

...masalah ketidakhadiran murid (T6).

(22)

146

Guru T6 menyebut cabaran kekangan masa dengan disokong oleh guru T2 berhubung kerja-kerja hakiki di sekolah di samping cabaran fasiliti peranti yang minimum oleh guru T4.

....kekangan masa (T6).

Kekangan masa dengan kerja-kerja hakiki di sekolah (T2).

Penggunaan peranti yang minimum (T4).

Tema Cabaran Guru Kategori Faktor Kemampuan Murid

Faktor kedua dalam tema ini adalah kemampuan murid yang menjadi cabaran kepada guru untuk memperluaskan lagi KPPB pada peringkat yang lebih tinggi. Antara yang dibincangkan oleh guru T6 adalah kesukaran murid membaca dan memahami arahan di samping murid kurang kemahiran dalam elemen digital. Pandangan yang sama disokong oleh guru T2 dan T7. Guru juga perlu berhadapan dengan emosi murid kerana menurut guru T1 terdapat segolongan murid yang merasa rendah diri semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan kerana terdapat rakan-rakan yang lebih menonjol. Walau bagaimanapun, guru positif untuk menghadapi cabaran ini melalui kata-kata guru T3 yang menyakinkan walaupun kemahiran murid terbatas tetapi kemahiran murid perlu dikembangkan lagi.

Murid sukar membaca dengan lancar petikan dialog (T6).

Bila melaksanakan aktiviti kumpulan terdapat murid yang merasa diri kekurangan daripada kawan-kawan yang lebih menonjol (T1).

Ilmu pengetahuan murid kurang dalam mengendalikan elemen digital (T6).

Membimbing murid-murid yang lemah dalam mengendalikan elemen digital(T7).

Murid tidak mempunyai kemahiran untuk mencari informasi dari internet (T7).

Kemahiran dalam mengendalikan alatan semasa proses membuat mesin kompleks (T2).

Kemahiran murid terbatas dan perlu dikembangkan lagi (T3).

(23)

147

Tema Cabaran Guru Kategori Faktor Kemampuan Guru

Selari dengan transformasi global dalam era digital dan keperluan mencipta pembelajaran kendiri murid melalui pembelajaran berasaskan projek.Guru-guru dalam kajian ini melahirkan rasa kebimbangan dalam perolehan pengetahuan dan kemahiran kemahiran teknologi sebagaimana yang disebut oleh guru T3 dan disokong oleh guru T1,T3,T4 dan T6 berhubung kemahiran memperkukuhkan perancangan aktiviti dan strategi pembelajaran supaya lebih kreatif, kritis, menarik, konstruktif dan kontekstual.

Guru yang kurang mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat (T3).

Membuat perancangan untuk memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan murid (T6).

Merancang aktiviti yang lebih menarik dalam kumpulan (T5).

Cabaran yang saya hadapi ialah melatih murid untuk yakin berkomunikasi di hadapan ketika pembentangan. Murid kurang idea bercakap terlalu bergantung kepada skrip yang dibuat tetapi kalau bercerita tentang hal yang tiada kaitan pandai pula bercakap (T1).

Mengasah pemikiran kritis dalam kalangan murid pemulihan yang mempunyai keupayaan intelektual yang sedikit berkurang berbanding rakan-rakan di kelas perdana (T4).

Walau bagaimanapun semua guru-guru yang terlibat dalam kajian ini tetap menyokong peluasan keterlibatan guru-guru lain dalam KPPB kerana kajian rintis KPPB yang dibuat oleh IPGK ini telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru yang terlibat. Ini dinyatakan dalam respons peserta.

Semua guru perlu diberi peluang (T1).

... program ini dapat memantapkan lagi pelaksanakan aktiviti PcPc guru (T2).

Sepatutnya program ini diperluaskan kepada semua guru supaya pencapaian kelas dapat di perhebatkan lagi (T3).

Rakan rakan akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran mereka jika mereka turut terlibat dalam KPPB ini (T4).

(24)

148

Setiap subjek merentas kurikulum ada hubungan antara satu sama lain (T5).

Saya cadangkan supaya semua guru terlibat dalam KPPB untuk mewujudkan pembelajaran bermakna dan kemenjadian murid selari dengan TS25 (T6).

Saya akan mencadangkan rakan-rakan guru lain untuk terlibat dalam KPPB ini kerana elemen 6C dapat diterapkan dalam perancangan PdPc. Ini akan memanfaatkan anak murid kita (T7).

Penerimaan yang positif serta cabaran yang dikenal pasti dalam kajian ini menjadi satu motivasi kepada pihak penyelidik untuk melengkapkan pensyarah IPGK sendiri dengan pengetahuan dan kemahiran yang guru-guru perlukan supaya IPGK dan guru-guru di sekolah sama-sama mengorak langkah ke hadapan dalam KPPB ini selari dengan Dokumen Buku Putih NPDL yang menyatakan, pendidikan perlu secara radikal difikirkan semula.

Fullan dan Langworthy (2014) menyebut frasa “ke arah pengakhiran yang baharu” dengan membincangkan KPPB bermula dengan menggambarkan krisis dalam pendidikan awam, iaitu ketidakterlibatan pelajar dan kebimbangan guru. Maka, hasil kajian ini menjadi satu rintis untuk mengurangkan kebimbangan guru-guru ke arah pedagogi yang lebih bermakna dengan mengambil kira keterlibatan pelajar yang maksimum serta bantuan bimbingan instruktif yang berfokus dan bersasar.

Soalan 4. Bagaimanakah bentuk bimbingan instruksional yang dapat pensyarah berikan untuk membantu guru sekolah menjayakan lagi pelaksanaan KPPB?

Kejayaan pelaksanaan KPPB memerlukan kerjasama berterusan IPGK dan sekolah dalam bentuk bimbingan instruksional. Dapatan kajian ini memberi satu panduan kepada pihak IPGK untuk memantapkan lagi bimbingan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran yang peserta kajian telah teroka dan perlu lagi peluasan dan pemantapan. Tema ke empat iaitu pemanfaatan bimbingan instruksional menjawab soalan ini. Tema ini terangkum dalam dua kategori iaitu pengetahuan baharu yang diperolehi dari projek rintis fasa pertama yang telah dijalankan dan kategori kedua iaitu bimbingan tambahan yang guru-guru perlukan dalam projek KPPB seterusnya.

(25)

149

Tema Pemanfaatan Bimbingan Instruksional Kategori Pengetahuan Baharu Yang Diperolehi Dari Projek Rintis Fasa Pertama

Refleksi transformasi guru selepas projek KPPB menemukan dapatan yang positif.

Guru-guru menghargai pengetahuan baharu yang diperoleh sepanjang projek rintis ini.

Antara yang disebut adalah teknik-teknik baharu dalam pedagogi bermakna seperti merungkai kurikulum, mencambahkan idea persekitaran pembelajaran pada murid, mengukuhkan amalan pedagogi pada guru dan memperjelaskan lagi konsep evidens holistik pentaksiran pembelajaran murid untuk merealisasikan lagi inisiatif kemenjadian murid dalam program TS25.

Projek ini berjaya untuk memberi kesedaran kepada saya tentang peri pentingnya melahirkan murid yang holistik selain tumpuan kepada menghabiskan silibus semata mata.

Saya dapat mempelajari tentang teknik-teknik terbaru dalam proses pedagogi di sekolah (T4).

Belajar tentang cara menghuraikan kandungan pembelajaran semasa menyediakan perancangan PdPc. Dapat menggunakan proses yang sesuai untuk menilai kebolehan murid dan keperluan akademik mereka (T2).

Melalui kerjasama KPPB dengan IPG, saya telah mendapat ilmu tentang cara merungkai dan merangkai kurikulum, penentuan idea utama dan lesson plan dengan elemen KPPB.

Projek ini telah berjaya mentransformasikan saya menjadi lebih mantap dalam amalan pengajaran selari dengan pedagogi abad 21 kerana saya dapat menerapkan elemen 6C semasa membuat perancangan pengajaran harian (T7).

Bimbingan dan perkongsian idea daripada dua orang pensyarah dari IPG dapat membantu memantapkan lagi amalan pengajaran. Sikap dan kesungguhan semua pihak banyak membantu untuk menjayakan program rintis KPPB. Aktiviti pembelajaran yang bermakna untuk murid (T5).

Dapat mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan pembelajaran bermakna dan kemenjadian murid melalui projek yang dilaksanakan (T6).

(26)

150

Mengenali konsep 4K + 1N dalam PAK-21, saya telah diperkenalkan dengan elemen 6C untuk diaplikasikan dalam PdPc melalui pembelajaran bermakna (T1).

Masih banyak yang perlu dipelajari sebenarnya, tetapi serba sedikit dapat meningkatkan prestasi PdPc di dalam kelas (T3).

Pengetahuan baharu yang guru-guru perolehi dalam kajian rintis ini diharapkan dapat melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam KPPB selari dengan kata-kata Wiggins dan McTighe (1998) bahawa guru adalah designers. Reka bentuk yang terbaik bermula dari proses merungkai yang dibuat melalui analisis maklumat kursus dan seharusnya menetapkan hasil pembelajaran aras tinggi sehingga menjangkaui aras mencipta diikuti pengenalpastian instrumen bersama rubrik untuk memastikan penjajaran kriteria pentaksiran dan objektif prestasi tepat dan boleh diukur. Langkah seterusnya adalah merangkai semula kurikulum dengan mengambil kira kesepaduan reka bentuk pembelajaran iaitu amalan pedagogi, persekitaran pembelajaran, rakan pembelajaran dan akhir sekali pemampatan digital.Tiga langkah ini disebut oleh penyelidik Wiggins dan McTighe (1998) sebagai backward design.

Tema Pemanfaatan Bimbingan Instruksional Kategori Bimbingan Tambahan Yang Guru-guru Perlukan Dalam projek KPPB Seterusnya

Di samping pengetahuan baharu yang peserta kajian perolehi dalam kerjasama KPPB dengan IPGKP, guru-guru juga menyebut beberapa aspek yang menjadi kelemahan dalam projek rintis ini dan mengharapkan bimbingan dan latihan untuk memantapkan lagi pelaksanaan KPPB guru dengan murid. Menurut guru T1, proses bimbingan instruksional perlu dijalankan dalam kuantiti dan kualiti yang sepatutnya kepada guru. Guru T3 pula menambah, fasa ini masih lagi dalam projek rintis dan memerlukan bimbingan dan kawal selia agar dapat memantapkan kualiti dan dapat menterjemah bahan kepada pelajar dengan lebih bermakna.Guru T3 juga menyarankan penyelidikan berasaskan bukti masih diperlukan untuk mendapatkan kesan positif di dalam kelas dari aspek mengukuhkan pemikiran dan inovasi pelajar manakala guru T2 mencadangkan modul yang lengkap dibekalkan mengikut mata pelajaran bagi membantu guru dalam pelaksanaan KPPB.

(27)

151

Menariknya penemuan kajian ini, elemen pengetahuan baharu yang guru perolehi semasa projek rintis juga adalah elemen yang sama guru sebut sebagai latihan yang diperlukan untuk fasa kedua projek KPPB tetapi datangnya dari peserta kajian yang berbeza. Penyelidik mentafsir refleksi guru peserta kajian ini sebagai satu impak yang positif. Ini adalah indikator kefahaman KPPB telah tersebar secara menyeluruh kepada keseluruhan peserta kajian. Kemahiran yang perlu bimbingan tambahan dari respons peserta kajian masih lagi merungkai kurikulum, persekitaran pembelajaran pada murid, amalan pedagogi pada guru dan konsep evidens holistik pentaksiran kemenjadian murid.

Saya perlu dijelaskan lagi tentang big idea yang dimaksudkan itu. Cara merungkai kurikulum itu bagaimana sebenarnya?.Saya mahu mempelajari cara merancang pengajaran yang lebih baik (T1).

Cara penyediaan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan murid dengan lebih bermakna. Integrasi teknologi dan alatan yang mencukupi agar dapat dilaksanakan dengan maju jaya bersama pelajar... Kaedah& strategi pentaksiran (T2).

Kreativiti guru perlu untuk menarik minat pelajar agar minat dan menceburi bidang ini dengan lebih kreatif dan kritis. Integrasi teknologi iaitu perbanyakkan aktiviti mencipta agar murid dapat menterjemah bahan agar menjadi bahan kegunaan sendiri dan masyarakat (T3).

Aspek yang saya perlu dilatih lagi adalah pedagogi untuk melahirkan murid-murid yang berpemikiran kritis dan intelektual. Saya akan membawa murid murid membuat lawatan sambil belajar di sekolah antarabangsa bagi melihat sistem yang dibangunkan dalam kalangan murid elit yang berbilang ras (T4).

Bantuan dari segi peralatan (T5).

Aspek berkaitan kemenjadian murid (T6).

Transformasi pendidikan pada abad ke-21 menuntut guru-guru mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih konstruktif dan berasaskan digital. Ini memberi satu kejutan kepada guru-guru dan pelajar sendiri. Kajian telah membuktikan kesejahteraan emosi guru dipengaruhi secara kuat dengan kesejahteraan emosi pelajar serta

(28)

152

mempengaruhi pencapaian hasil pembelajaran pelajar (Roffey, 2012). Oleh itu, ancaman terhadap keseronokan guru akan menyebabkan berlakunya keletihan berlebihan (burnout) guru iaitu mencetuskan masalah yang besar kepada sekolah, pelajar dan guru sendiri. Carney (2015) menambah adalah penting guru mengenal pasti efikasi kendiri agar dapat mengenali dan bertindak balas terhadap perasaan mereka sendiri dan juga perasaan pelajar. Atas kepentingan kestabilan emosi guru dan pelajar dalam adaptasi KPPB, maka IPGK mengambil peranan untuk memantapkan lagi bimbingan instruksional terhadap guru-guru di sekolah. Terjemahan pengetahuan baharu dalam Projek KPPB ditunjukkan dalam proses pelaksanaan kajian rintis ini. Entry point amat penting untuk disepadukan secara konstruktif, kontekstual dan autentik bagi menjamin pemecutan kemenjadian murid menepati elemen 6C yang dibincangkan oleh Fullan dan Langworthy (2014). Elemen ini juga sinonim dengan elemen 4C dalam pedagogi abad ke-21 (Kaume-Mwinzi, 2018) iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti dengan tambahan dua lagi kompetensi iaitu sahsiah dan kewarganegaraan.

Kepentingan Kajian

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila guru perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dilaksanakan secara dalam talian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk memahami pelaksanaan KPPB di sekolah dan meneroka cabaran yang guru hadapi disepanjang program berlangsung. Biarpun terkesan dengan cabaran pandemik, guru sebagai tenaga pengajar dalam era kontemporari seharusnya melestarikan amalan pedagogi terkini dan menarik selari dengan konsep KPPB.

Jelasnya, kemenjadian murid sangat bergantung kepada kaedah dan aktiviti yang tepat mengikut reka bentuk model KPPB yang telah ditetapkan. Melalui kajian ini, penyelidik telah menemui dapatan berlaku pencerapan dan bimbingan instruksional perlaksanaan PdPc terhadap guru-guru mengikut model pembelajaran murid dan

(29)

153

kompetensi global 6C oleh pensyarah. Hasil kajian juga telah dapat mencungkil batasan pengetahuan dan kemahiran guru-guru di sekolah yang menjadi cabaran dalam pelaksanaan KPPB. Dapatan kajian kali ini menjadi satu panduan kepada pihak IPGK Perlis meletakkan sasaran dan fokus latihan kepada guru-guru sebagai sumbangan komuniti pembelajaran profesional. Kekurangan dan kelemahan yang ditemui dalam perlaksanaan KPPB di sekolah pada fasa pertama ini dapat membantu para pensyarah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak pengurusan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia menambah baik strategi dan kaedah yang terbaik bagi membantu guru melaksanakan KPPB di sekolah.

Cadangan Kajian

KPPB adalah satu kaedah baharu dalam dunia pendidikan di Malaysia, maka keberkesanan masih lagi belum dapat ditentukan. Memandangkan kajian ini mempunyai batasannya tersendiri maka kajian lanjutan dicadangkan untuk meneroka dengan lebih meluas kesan perlaksanaan KPPB terhadap murid di sekolah. Kajian lanjutan bertujuan meneroka perlaksanaan KPPB dalam memberi impak terhadap kemenjadian murid seperti yang diharapkan. Adakah perlaksanaan elemen 6C itu benar-benar mengubah sikap murid ke arah yang lebih positif. Selain itu, kefahaman pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sendiri sangat penting bagi membolehkan perlaksanaan KPPB di sekolah dapat berjalan dengan lancar. Perlaksanaan tanpa kefahaman akan kepentingan terhadap murid akan menimbulkan kekeliruan dan boleh merencatkan usaha penerapan KPPB dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari perspektif guru pula, kajian lanjutan cuba memahami adakah perlaksanaan KPPB ini menambah beban tugas dari segi persediaan serta perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran terutama dalam reka bentuk Rakan Pembelajaran dengan komuniti luar. Perancangan yang lebih agresif akan dibuat untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih global melalui pertandingan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, keutamaan kefahaman KPPB kepada pihak pengurusan boleh melancar dan mempercepatkan lagi proses penyerapan KPPB di sekolah.

(30)

154

Rumusan

Hasil analisis respons peserta kajian membentuk empat tema utama iaitu kompetensi guru, kemenjadian murid, cabaran pelaksanaan dan manfaat bimbingan instruksional. Guru memahami KPPB daripada perkataan yang guru gunakan iaitu merangkai kurikulum, persekitaran pembelajaran, aktiviti pedagogi dan pentaksiran murid sebagai pengetahuan baharu yang guru perolehi dari projek KPPB ini. Melalui respons peserta kajian dalam soalan terbuka, elemen persekitaran pembelajaran, amalan pedagogi dan pemanfaatan digital juga dipraktikkan dalam kajian ini. Hasil pembelajaran murid seperti kolaborasi, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis juga disebut oleh peserta kajian sebagai penting dalam pembelajaran bermakna. Walau bagaimanapun, guru tidak menyebut atau kurang tafsiran tentang Rakan Pembelajaran untuk mengupayakan keterlibatan murid (student engagement) dengan komuniti luar atau pakar profesional berbanding elemen digital yang kerap disebut oleh guru-guru dalam kajian ini. Dari respons peserta kajian, bimbingan instruksional yang telah dibuat IPGK Perlis di sekolah rintis telah berjaya mencetuskan aliran KPPB di sekolah itu. Jurang yang dikenal pasti dari kajian ini akan menjadi satu data untuk penambahbaikan latihan dan fokus bimbingan. Untuk kitaran bimbingan instruksional seterusnya, demi kelangsungan KPPB di sekolah-sekolah negeri Perlis dicadangkan kompetensi guru diperkukuhkan lagi dalam aspek learning partnership iaitu Rakan Pembelajaran dan dengan cara ini hasil pembelajaran murid iaitu kewarganegaraan dan sahsiah (citizenship dan character) dapat dipacu lagi. Tidak dilupakan juga jurang kemahiran yang disebut oleh peserta bagi tema keempat iaitu cabaran pelaksanaan dan latihan yang guru perlukan.

RUJUKAN

AlJaafil, E. & Sahin, M. (2019). Critical thinking skills for primary education: The case in Lebanon. Turquoise International Journal of Educational Research and Social Studies,1(1), 1-7.

Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan & Maslinda Pungut. (2021). Analisis kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran,

(31)

155

pengajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal of Social Science and Humanities,5(1),100-119.

Bilal Khalid Khalaf. (2018). Traditional and inquiry-based learning pedagogy: A systematic critical review. International Journal of Instruction, 11(4), 545-564.

Braun,V.,& Clarke,V.(2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77-101.

Carney, P. (2015). Well aware: Developing resilient, active, and flourishing students.

Pearson.

Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di bilik darjah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 80-101.

Fullan, M. (2013). The Jossey- Bass reader on educational leadership. John Wiley & Son.

Fullan, M. & Langworthy, M. (2013). Towards a new end: New pedagogies for deep learning.Collaborative Impact.

Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How new pedagogies find deep learning. Pearson.

Fullan, M., Quinn, J., & McEachen, J.J. (2018). Deep learning: Engage the world change the world. Corwin/ Principals’ Council.

Gray,K.(2016).Teacher-centred classroom;Characteristics and management.

https://study.com/academy/lesson/teacher-centered-classroomcharacteristics- management.htm

James, J. K., & Williams, T. (2017). School-based experiential outdoor education: A neglected necessity. Journal of Experiential Education, 40(1), 58-71.

Kaume-Mwinzi, R. K. (2018). Teaching practices in the 21st Century in Kenya: A qualitative approach. International Journal, 4(1), 79-99.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan Covid-19. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020. moz-extension://1fa52177-cf87-4e1e- b329- c782d6cc980e/enhanced-reader.html?openApp&pdf=https%3A%2F%2Fwww.m oe.gov.my%2Fpekeliling%2F

(32)

156

3361-surat-siaran-kpm-bilangan-3-tahun-2020-garis-panduan-pelaksanaan-penga jaran-dan- pembelajaran-pdp-semasa-pkp-disebabkan

Martin, A. J. (2006). The relationship between teachers' perceptions of student motivation and engagement and teachers' enjoyment of and confidence in teaching.

Asia-Pacific Journal of Teacher Education, 34(1), 73-93.

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. (2019). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA, 26, 13-24.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative research:A guide to design and implementation. John Wiley and Sons.

Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa.(2021). Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1), 268-289.

Nurmelda Patric & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan pedagogi dan isi kandungan guru opsyen Matematik dalam pengajaran topik pecahan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (1), 92-101.

O'Brien, C. (2016). Education for sustainable happiness and well-being. Routledge.

O'Brien, C. (2016). The living school: The emergence of a transformative sustainability education paradigm. Journal of Education for Sustainable Development,10(1), 115-130.

O'Brien, C., & Murray, S. E. (2015). Sustainable wellbeing, creativity and innovation.

International Journal of Innovation, Creativity and Change, 2(1).

Roffey, S. (2012). Pupil well-being teacher well-being: Two sides of the same coin?.

Educational & Child Psychology, 29 (4), 8-17.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan Sains Sosial. Pearson Prentice Hall.

Syazana Sahari & Zamri Mahamod. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (1), 63-78.

Taylor,S.J.&Bogden,R.(2015). Introduction to qualitative research methods: A guidebook and resource (4th ed.). John Wiley & Sons.

(33)

157

Thorburn, M.,&Allison,P.(2017). Learning outdoors and living well? Conceptual prospects for enhancing curriculum planning and pedagogical practices. Cambridge Journal of Education, 47(1), 103-115.

Wale, B. D. & Bishaw, K. S. (2020). Effects of using inquiry-based learning on EFL students’ critical thinking skills.Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education,5(1),1-14.

Wiggins, G., & McTighe, J. (1998).What is backward design. Understanding by Design, 1, 7-19.

Wan Mazwati Wan Yusoff & Shamilati Che Seman (2018). Teachers’ knowledge of higher order thinking and questioning skills: A case study at a primary school in Terengganu, Malaysia.International Journal of Academic Research.

https://study.com/academy/lesson/teacher-centered-classroomcharacteristics- management.htm

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

"pembelajaran bermakna". Pembelajaran bermakna berlaku apabila maklumat baharu dikititkan dengan konsep-konsep rei evan yang sedia ada dalam struktur kognitif'

Di samping itu, tindakan guru mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar ADHD adalah penting bagi mempertingkatkan keupayaan pelajar ADHD untuk belajar di

Berdasarkan kerangka teori kajian yang dibincangkan sebelum ini seperti yang terdapat dalam rajah 1.1, maka ianya diekstrak dan dikategori semula untuk menghasilkan sebuah

Selain itu, pedagogi pembelajaran yang lain juga boleh dilaksanakan yang lebih berpusatkan kepada kecaknaan guru terhadap masalah dan iklim sekolah seperti pembelajaran berasaskan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses yang baharu dalam kalangan guru, murid

Secara keseluruhannya, seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan kesediaan

Objektif kajian adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Faktor Input (SSFI) Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang

Berdasarkan Jadual 5, antara cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh guru pelatih ke atas projek KPPB ini adalah penambahbaikan kepada RMK terutama dalam penilaian