• Tiada Hasil Ditemukan

-1I Js-~ ~ v~ A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "-1I Js-~ ~ v~ A"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2002/2003 Februari/Mac 2003

HKN 206 - Kesusasteraan Bercorak Islam di Nusantara

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH [7] soalan di dalam DUA [2] muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini .

Jawab EMPAT [4] soalan sahaja .

1 . Bincangkan sejauhmanakah pandangan al-Hallaj mengenai konsep Nur Muhammad seperti yang dapat dikesan menerusi teks Hikayat Nur Muhammad dapat membantu khalayak untuk memahami tahap-tahap kewujudan alam transenden.

2.

-1I Js-~ ~ v~ A

[surah al-Ahzab 33:21]

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah itu adalah sebagai ikutan yang baik bagi kamu.

Dengan menjadikan ayat di atas sebagai panduan, bincangkan secara kritis untuk memperlihatkan bahawa nazam Maulid Jawi [Kanz al-`Ula]

tidak hanya sekadar menghidangkan sejarah dan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

(2)

2 - [HKN 206]

3. Semasa hayatnya Sultan Iskandar Thani telah membina sebuah taman yang dinamakan Taman Ghairah.

Secara kritis nilaikan keberkesanan gambaran yang dibuat oleh Nuru'ddin ar-Raniri tentang taman ini di dalam karyanya Bustanu's- Salatin.

Berikan juga tafsiran anda tentang taman ini dengan merujuk kepada unsur-unsur tertentu yang terdapat di dalamnya.

4. Jelaskan pengertian bingkai sepertimana yang dihuraikan oleh Mia I . Gerhardt dalam bukunya The Art of Story Telling. Berdasarkan pengertian itu, bahaskan secara ilmiah kedudukan Hikayat Maharaja Ali sebagai sebuah cerita berbingkai . Bahasan anda harus disokong dengan hujah-hujah yang mantap dan contoh-contoh yang tepat.

5. Ajaran Wahdatul-Wujud seperti yang disarankan oleh Hamzah Fansuri menerusi karyanya Rubai Hamzah Fansurt menekankan kepada hubungan asyik dan maksyuk di antara perindu dengan mahbubnya.

Dengan mengambil karya tersebut sebagai landasan perbincangan, tafsirkan diksi, simbol dan pelbagai unsur alam yang dapat dikesan dalam karya tersebut sebagai menjelaskan pengalaman kesufian pengarang . 6. Entji' Amin telah memperkenalkan satu gaya baru di bahagian exordium

dan keseluruhan struktur Sja'ir Perang Mengkasar. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan:

[a] Bahagian exordium dengan menyatakan keunikannya.

[b] Ragam bahasa yang terkandung dalam syair tersebut yang memperlihatkan sikap pengarang terhadap musuh pihak Mengkasar.

7. Kitab kecil Jala `al--Qulub Bidhikri'llah karangan Tuan Tabal menyarankan kepada khalayak mengenai kesempurnaan insan. Dengan memfokuskan kepada saranan Tuan Tabal itu, huraikan secara terperinci berserta dengan contoh-contoh yang sesuai mengenai :

[a] pembahagian status insan.

[b] pengertian kalbu sebagai baitullah .

[c] keistimewaan karya ini sebagai sebuah karya bercorak Islam . --0000000--

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dengan mengambil contoh-contoh daripada beberapa buah karya romans masyarakat Asia yang bersesuaian, bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada persamaan plot romans tersebut

Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang bertepatan daripada karya tersebut..

Bentangkan satu analisis terhadap kekuatan dan kelemahan unsur-unsur fiksyen yang terdapat dalam drama Matinva Seoranq Pahlawan-Jebat karya Usman Awang dan drama Malam Jahanam

Dengan merujuk kepada pensejarahan kesusasteraan Melayu Abad Pertengahan, bincangkan karya annal sebagai karya sintesis, dan dengan bercontoh, perlihatkan bagaimana tuntutan

Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kursus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan itu,

1) HKB 112: Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kurus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan

Sesuai dengan manuskrip Melayu sebagai warisan khazanah ilmu orang Melayu yang sangat penting dan memberi pengaruh dalam bidang keilmuan di alam Melayu, maka karya-karya ulama

Berdasarkan pernyataan tersebut dan dengan merujuk kepada ciri-ciri karya bercorak Islam, berikan pandangan kritis anda sejauh manakah kitab ini boleh diterima sebagai sebuah