• Tiada Hasil Ditemukan

DOKUMEN SEBUT HARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DOKUMEN SEBUT HARGA "

Copied!
31
0
0

Tekspenuh

(1)

DOKUMEN SEBUT HARGA

TARIKH BUKA SEBUT HARGA : 21 MAC 2019 (KHAMIS)

TARIKH TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK : 25 MAC 2019 (ISNIN) JAM 3.00 PETANG

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 28 MAC 2019 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI

PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG

Tajuk Sebut Harga :

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH

DUA (2) TAHUN

NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 07 / 2019 Kod Bidang: 220901

PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN >

KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE Kontraktor :

(Cop kontraktor)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1,

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA, 41902 KLANG

Tel: 03 33711963, Fax: 03 33732766

(2)

SENARAI SEMAK

(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)

Sila Tandakan Bagi Dokumen-Dokumen Yang Disertakan

BIL PERKARA / DOKUMEN UNTUK DITANDA

OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT

HARGA

1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

3. Borang Jadual Harga Sebut harga telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) Dan Ditandatangani

4. Borang Akuan Sebut Harga (Borang I)

5. Soal Selidik Mengenai Latar Belakang Syarikat (Borang II)

6.

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi 3 Bulan Terakhir (Disember 2018, Januari &

Februari 2019)

7. Soal Selidik Mengenai Pengalaman Syarikat (Borang III)

8. Surat Akuan Pembida (Borang V)

(3)

9. Salinan Surat Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

10. Sokongan Teknikal

11. Katalog/ Gambar/ dan Profil Syarikat (Jika berkaitan)

12. Lain-lain Sekiranya Ada:_______

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebutharga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :………..

Nama : ………..

Jawatan:………

Tarikh: ………..

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……… (jika ada)

Tandatangan:………

Nama: ………

Jawatan : ………

Tarikh : ………

Tandatangan:………

Nama: ……….

Jawatan : ………

Tarikh : ………

(4)

KANDUNGAN

PENGENALAN SEBUT HARGA

BAHAGIAN I : ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PEMBEKAL

ITEM PERKARA MUKA SURAT

1. ARAHAN AM 10

2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA 11

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA 11

4. KEHADIRAN TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK 12

5. BORANG SEBUT HARGA 12

6. PENYERAHAN SEBUT HARGA 12 - 13

7. KOS SEBUT HARGA 13

8. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 13

9. KERAJAAN BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU 14

MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA

10. PENERIMAAN SEBUT HARGA 14

11. PERJANJIAN KONTRAK 15

12. TANGGUNG JAWAB PENYEBUT HARGA 15

13. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT 15

14. JADUAL BAYARAN 15 - 16

15. PEMOTONGAN HARGA BAYARAN 16

16. PENENTUAN TEKNIKAL 16

17. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA 17

18. TEMPOH KONTRAK 17

19. PENOLAKAN 17

20. TAFSIRAN 17

21. PINDAAN 18

22. IKLAN 18

23. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH 18 DIPATUHI

24. PEMERIKSAAN 18

(5)

BAHAGIAN II : SKOP SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK

DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

BAHAGIAN III : FORMAT MAKLUM BALAS DAN BORANG

BORANG I : BORANG AKUAN SEBUT HARGA BORANG II : SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL

SYARIKAT

BORANG III : SOAL SELIDIK MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT

BORANG IV : JADUAL HARGA SEBUT HARGA BORANG V : SURAT AKUAN PEMBIDA

(6)

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK

DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

( NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 07 / 2019 )

PERINGATAN :

1. Penyebut Harga-Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir- butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Pastikan Dokumen Sebut Harga adalah lengkap pada kesemua muka surat.

Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan, adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah/Tanah Klang.

3. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan Dokumen Sebut Harga mengikut format maklum balas yang telah dilampirkan.

(7)

NOTIS SEBUTHARGA 2019 (BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH IKLAN : 21 MAC 2019

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 220901 dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-

No. Sebutharga : PDTK / KP / 07 / 2019

Tajuk Sebutharga : PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

Syarat Pendaftaran : Kod Bidang 220901

Tarikh Buka : 21 Mac 2019 (Khamis)

Tarikh Taklimat/ Lawatan Tapak : 25 Mac 2019 (Isnin), Jam 3.00 petang

Tarikh Tutup : 28 Mac 2019 (Khamis)

Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman sesawang http://tender.selangor.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga.

Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebutharga, No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

JALAN KOTA 41902 KLANG

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 28 Mac 2019 (Khamis).

Sebutharga yang lewat diterima daripada tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi Puan Ruslinda binti Saion 03 - 3371 1963 sambungan 233 atau email di alamat ruslinda@selangor.gov.my.

(8)

(Kew. 284-Pin. 2/94) LAMPIRAN Q No.Sebut harga: PDTK / KP / 07 /2019

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN / PERKHIDMATAN Kepada (Nama Syarikat)

……...

No. Telefon ……….

No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan ………..

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini : Kod 220901

Pelawaan Sebut harga dikeluarkan oleh Jabatan (Alamat Lengkap)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

ARAS 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA

41902 KLANG SELANGOR

No. Telefon : 03-33711963

Tarikh : 21 Mac 2019

1. Sila beri bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan :Setelah surat setuju terima tawaran dikembalikan.

1.2 Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan dikehendaki : Satu (1) minggu dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan.

1.3 Arahan Pengiriman : Mengikut Arahan Pegawai Daerah Klang

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda

“PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN”

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 28 Mac 2019 (Khamis) 1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup

Tarikh ... Tandatangan ………...

Nama Pegawai ………...

Jawatan ………..

(9)

BAHAGIAN I

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(10)

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA,

41902 KLANG, SELANGOR

(Penyebut harga-penyebut harga)

Tuan/Puan,

SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 07 / 2019

1. ARAHAN AM

1.1 Sebut Harga adalah dipelawa dari penyebut harga-penyebut harga bagi Perkhidmatan Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak Di Pejabat Daerah/Tanah Klang Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

1.2 Penyebut Harga yang mengemukakan sebut harga adalah tertakluk

kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini dan kontrak perjanjian kelak. Arahan-arahan dan syarat-

syarat yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai kontrak. Sebutharga yang tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

(11)

2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga dikehendaki membekalkan Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak di Pejabat Daerah/Tanah Klang Bagi Tempoh Dua (2) Tahun seperti di JADUAL 2 (Skop dan Spesifikasi).

2.2 Penyebut harga juga dikehendaki menyediakan perkhidmatan yang merangkumi pemeriksaan dan rawatan pada jarak waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Untuk tujuan ini, Penyebut harga akan menyediakan jadual tarikh dan masa lawatan sepanjang Tempoh Perkhidmatan.

2.3 Penyebut harga dikehendaki menghantar pekerja Syarikat yang berkelayakan dan/atau yang kompeten yang mencukupi bagi bahan dan peralatan yang diperlukan bagi perkhidmatan ini.

2.4 Senarai lengkap bidang kerja adalah seperti di BAHAGIAN II – Penentuan Teknikal

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA

3.1 Tawaran dipelawa kepada Penyebut Harga-Penyebut Harga berikut:-

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah laku di bawah Kod 220901 Kawalan Serangga Perosak, Anti Termite serta bertaraf bumiputera.

ii. Berpengalaman dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun lepas atau semasa.

3.2 Kerajaan Negeri berhak untuk membatalkan pelantikan Penyebut Harga sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan/ditawarkan dan dipersetujui seperti dalam Dokumen Sebut Harga.

(12)

4. KEHADIRAN TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

Syarikat/Wakil syarikat adalah dijemput hadir ke sesi taklimat/ lawatan tapak yang akan diadakan mengikut butiran seperti berikut :

Tarikh : 25 Mac 2019 (Isnin) Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang

Jalan Kota 41902 KLANG

5. BORANG SEBUT HARGA

5.1 Sebut harga hendaklah dikemukakan menggunakan format Borang Sebut harga sepertimana yang ditetapkan pada BORANG I, BORANG II, BORANG III, BORANG IV dan BORANG V dalam BAHAGIAN III.

Sebut harga-sebut harga yang tidak dikemukakan menggunakan format borang Sebut Harga yang berkenaan tidak akan diterima. Walau bagaimanapun, penyebut harga - penyebut harga boleh mengemukakan borang atau dokumen tambahan mengikut format yang dinyatakan untuk memberi penerangan lanjut.

5.2 Penyebut harga dikehendaki menandatangani Borang Akuan Sebut Harga (Borang I) seperti yang dilampirkan bagi mengesahkan tawaran sebut harga tersebut.

6. PENYERAHAN SEBUT HARGA

6.1 Dokumen Sebut Harga perlu dikemukakan seperti format maklumbalas yang dinyatakan serta memenuhi keperluan Bahagian III.

6.2 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dengan sampul surat berlakri (sealed) serta ditandakan dengan Tajuk dan No.Sebut Harga.

6.3 Sampul surat tersebut hendaklah dihantar secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga atau diterima melalui pos selewat- lewatnya pada 28 Mac 2019 (Khamis) jam 12.00 tengahari dan dialamatkan kepada:-

(13)

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 KLANG

6.4 Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan borang- borang penyertaan sebut harga akibat kesilapan alamat yang dihantar secara pos atau melalui serahan tangan.

7. KOS SEBUT HARGA

7.1 Penyebut Harga mesti menanggung sendiri semua kos berkaitan dengan

penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.

8. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU

8.1 Semua harga hendaklah dinyatakan di dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) bagi setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan BORANG IV dalam dokumen ini. Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga.

8.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku di dalam tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.

8.3 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih mengambilkira semua kos berkaitan bagi pelaksanaan kerja dengan sempurna termasuk semua diskaun, pengenaan cukai SST dan kos tambahan yang berkaitan.

8.4 Dalam keadaan terkecuali, tempoh pengesahan sebut harga yang hampir tamat, Kerajaan akan meminta Penyebut Harga untuk menyambung tempoh pengesahan sebut harga tersebut. Permintaan ini dan maklum balasnya mestilah dibuat secara bertulis.

8.5 Penyebut Harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengubahsuai sebut harganya tetapi dikehendaki untuk melanjutkan tempoh pengesahan sebut harganya.

8.6 Harga tawaran tidak boleh diubah dalam tempoh sah asal tawaran atau tempoh lanjutan sekiranya diberikan.

(14)

9. KERAJAAN NEGERI BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA

9.1 Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga yang diterima.

9.2 Kerajaan Negeri juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan cadangan dalam tawaran sebut harga.

9.3 Keputusan Kerajaan Negeri adalah muktamad dan tidak akan terikat untuk memberi apa-apa alasan di atas penolakan mana-mana sebut harga.

10. PENERIMAAN SEBUT HARGA

10.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan.

10.2 Surat berkenaan mungkin mengandungi apa-apa syarat atau pindaan tambahan kepada syarat yang disertakan pada dokumen ini dan jika demikian, sebut harga ini tidak boleh dianggap sebagai telah dipersetujui melainkan pengesahan bertulis daripada Penyebut Harga tentang persetujuannya terhadap syarat/pindaan tambahan itu diterima.

10.3 Apabila Surat Setuju Terima ditandatangani, kontrak dianggap sebagai telah dibuat antara Kerajaan dengan Penyebut Harga itu menurut syarat yang disertakan (termasuk syarat tambahan dan pindaan) dan tiada perjanjian atau syarat lain dianggap sebagai telah dimasukkan ke dalam kontrak ini.

10.4 Kerajaan Negeri boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.

10.5 Jika sebut harga ini dibatalkan sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau mana-mana tempoh lanjutannya atau jika setelah sebut harga diterima, Penyebut Harga enggan atau gagal melaksanakan seperti yang dikehendaki oleh syarat kontrak, maka dalam mana-mana kejadian itu tanpa menjejaskan apa-apa hak yang ada padanya, Kerajaan Negeri berhak mengambil tindakan terhadap Penyebut Harga atau membatalkan pendaftaran Penyebut Harga itu sebagai kontraktor Kerajaan Negeri mengikut mana yang dianggap sesuai oleh Kerajaan.

10.6 Dokumen Sebut Harga ini juga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian di dalam Dokumen Sebut Harga melainkan mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negeri.

(15)

11. PERJANJIAN KONTRAK

11.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan Negeri bagi Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak Di Pejabat Daerah/Tanah Klang Bagi Tempoh Dua (2) Tahun. Bagi memastikan supaya perkhidmatan yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik dan memenuhi syarat-syarat kontrak, Penyebut Harga akan terikat dengan kontrak di antara Kerajaan Negeri dengan Penyebut Harga tanpa mengambil kira perjanjian kontrak disediakan/dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.

11.2 Penyebut Harga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual sebahagiannya mestilah menurut status, peraturan atau melalui undang-undang dan keperluan mana-mana kebenaran.

12. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA

12.1. Penyebut Harga adalah dikehendaki mematuhi semua syarat berkaitan dengan keselamatan di tapak kerja semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan.

13. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT

13.1 Penyebut harga perlu menyediakan maklumat mengenai syarikat pada BORANG II dan BAHAGIAN III dalam dokumen ini.

13.2 Penyebut Harga perlu menyatakan pengalaman syarikat dalam mengendalikan Perkhidmatan Kawalan Serangga dengan mengemukakan latar belakang perkhidmatan, nama-nama dan alamat syarikat atau agensi di mana perkhidmatan tersebut dilaksanakan. Nyatakan tarikh perkhidmatan tersebut selesai dan tarikh sebenar perkhidmatan sepatutnya diselesaikan. Sila nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedang dikendalikan dan tarikh perkhidmatan tersebut dijadualkan tamat seperti pada BORANG III dan BAHAGIAN III dalam dokumen ini.

14. JADUAL BAYARAN

14.1 Penyebut Harga yang berjaya dilantik akan dibayar perkhidmatannya setiap bulan sehingga tamat tempoh kontrak setelah disahkan oleh pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

(16)

14.2 Pembayaran penuh setiap bulan hanya akan dibayar perkhidmatannya setelah Penyebut Harga menyempurnakan kerja dengan sempurna pada bulan tersebut. Invois dan rekod kerja hendaklah dihantar sebelum 10hb.

pada bulan berikutnya.

14.3 Jadual Bertugas dan pengesahan daripada Penyelia mengenai kesempurnaan kerja hendaklah dihantar bersama semasa membuat tuntutan. Kerajaan Negeri tidak akan membuat bayaran jika didapati kerja yang dilaksanakan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

15. PEMOTONGAN HARGA BAYARAN

Potongan harga bayaran sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada jumlah bayaran perkhidmatan mengikut tempoh bulan akan dikenakan sekiranya didapati:-

15.1 Prestasi kerja yang dijalankan tidak sempurna dan memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya;

15.2 Bilangan pekerja tidak mencukupi di atas tapak kerja seperti yang disyaratkan;

15.3 Kehilangan atau kerosakan harta Kerajaan Negeri yang disebabkan oleh kecuaian, kelalian atau salahlaku Kontraktor atau pekerjanya; atau

15.4 Tidak mematuhi perkara-perkara di dalam jadual harga dan skop kerja yang ditetapkan.

16. PENENTUAN TEKNIKAL

16.1 Penentuan Teknikal yang diberikan hendaklah memenuhi Penentuan Teknikal pada BAHAGIAN II dalam Dokumen Sebut Harga ini.

16.2 Penyebut Harga adalah dikehendaki menyatakan keterangan terperinci spesifikasi teknikal yang dicadangkan dan maklum balas yang perlu dikepilkan bersama dokumen sebut harga.

16.3 Penyebut Harga tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan bagi mana- mana butiran yang dimasuki bagi sebut harga ini. Jika terdapat tawaran pilihan, Kerajaan Negeri akan memilih tawaran utama sahaja bagi memudahkan penilaian sebut harga.

(17)

17. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA

17.1 Pendaftaran Penyebut Harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas semua sebut harga yang dikemukakan. Sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan, tindakan tatatertib akan diambil oleh Kementerian Kewangan seperti berikut:

a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

18. TEMPOH KONTRAK

18.1 Kerajaan Negeri berhak menentukan tarikh permulaan dan tarikh tamat kontrak

19. PENOLAKAN

19.1 Kerajaan Negeri berhak menolak sebut harga yang ditawarkan sekiranya Penyebut Harga tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

19.2 Perenggan 15.1 di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

20. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang-bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

(18)

21. PINDAAN

Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sekiranya Pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan semula, maka semua Penyebut Harga akan dimaklumkan sewajarnya.

22. IKLAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

23. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut harga ini.

24. PEMERIKSAAN

24.1 Kerajaan Negeri sentiasa berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja yang sedang dilaksanakan pada bila- bila masa sahaja.

24.2 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

(19)

BAHAGIAN II

SKOP SEBUTHARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(20)

SPESIFIKASI DAN SKOP SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

( NO. SEBUTHARGA: PDTK / KP / 07 / 2019 )

1. Penyebut harga dikehendaki:-

Membekalkan perkhimatan seperti di JADUAL A (Spesifikasi Dan Skop Perkhidmatan, Lokasi Perkhidmatan serta waktu Perkidmatan).

(21)

JADUAL A i. SKOP KERJA DAN TEKNIK RAWATAN

A)

KOMPLEKS PDTK

KEKERAPAN RAWATAN (SEBULAN) JENIS

KAWALAN SERANGGA

TEKNIK RAWATAN BAHAN KIMIA AKTIF 1. Semut, Lipas,

Anai-anai dan Serangga Umum

SPRAYING

- Semburan bahan

kimia cecair pada bahagian bawah dinding dan perabot/partition dalam bangunan.

- Semburan bahan

kimia cecair pada bahagian bawah dinding luar bangunan, longkang dan tangki septik.

- Semburan bahan

kimia cecair khusus pada tempat-tempat infestasi.

- Fendona/

Alphacypermethrin

@ Pestguard/

Esfenvalerate @ Responsar/

Cyfluthrin.

- Barrier Guard/

Chlopyrifos @ Chlopyrifos

Chemicide.

- Agenda 205EC/

Fipronil. Premise 200SC/

Imidacchloprid.

1 Kali

2. Tikus RAT BAIT

- Meletakkan umpan/bijirin

bercampur racun di dalam kotak racun di tempat yang disyaki menjadi laluan/sesuai.

- Storm/Bodofacium - Matikus/Bodofaciu

m

- Talon/Bodofacium

1 Kali

3. Nyamuk FOGGING

- Pengwasapan di

kawasan luar bangunan seperti tepi pagar, pokok, longkang dan bawah tangga tingkat bawah.

- Icon/AFX

1 Kali

(22)

4. Jentik-jentik LARVACIDE

- Semburan/taburan bahan kimia khusus di tempat air bertakung seperti longkang, pelapik pasu bunga dan sebagainya.

- Abate 1.1SG - Abate 500E

1 Kali

B)

BALAI PENGHULU

KEKERAPAN RAWATAN (SEBULAN) JENIS

KAWALAN SERANGGA

TEKNIK RAWATAN BAHAN KIMIA AKTIF 1. Semut, Lipas,

Cicak, Anai-anai dan Serangga Umum

SPRAYING

- Semburan bahan

kimia cecair pada bahagian bawah dinding dan perabot/partition dalam bangunan.

- Semburan bahan

kimia cecair pada bahagian bawah dinding luar bangunan, longkang dan tangki septik.

- Semburan bahan

kimia cecair khusus pada tempat-tempat infestasi.

- Fendona/

Alphacypermethrin

@ Pestguard/

Esfenvalerate @ Responsar/

Cyfluthrin.

- Barrier Guard/

Chlopyrifos @ Chlopyrifos

Chemicide.

- Agenda 205EC/

Fipronil. Premise 200SC/

Imidacchloprid.

1 Kali

2. Tikus RAT BAIT

- Meletakkan umpan/bijirin

bercampur racun di dalam kotak racun di tempat yang disyaki menjadi laluan/sesuai.

- Storm/Bodofacium - Matikus/Bodofacium - Talon/Bodofacium

1 Kali

(23)

B)

BALAI PENGHULU

KEKERAPAN RAWATAN (SEBULAN) JENIS

KAWALAN SERANGGA

TEKNIK RAWATAN BAHAN KIMIA AKTIF

3. Nyamuk FOGGING

- Pengwasapan di

kawasan luar bangunan seperti tepi pagar, pokok, longkang dan bawah tangga tingkat bawah.

- Icon/AFX

1 Kali

4. Jentik-jentik LARVACIDE

- Semburan/taburan bahan kimia khusus di tempat air bertakung seperti longkang, pelapik pasu bunga dan sebagainya.

- Abate 1.1SG - Abate 500E

1 Kali

(24)

ii. LOKASI PERKHIDMATAN A) KOMPLEKS PDTK

(i) Bangunan Pejabat Daerah/Tanah Klang (ii) Dewan Serbaguna

(iii) Surau (iv) Taska

(v) Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Klang (vi) Kediaman Rasmi Orang Besar Daerah (vii) Kontena Simpanan

B) BALAI PENGHULU

(i) Balai dan Rumah Penghulu Pulau Indah (ii) Balai dan Rumah Penghulu Kapar (iii) Balai dan Rumah Penghulu Meru

(iv) Balai dan Rumah Penghulu Rantau Panjang (v) Balai dan Rumah Penghulu Johan Setia

C) KUARTERS KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (i) No. 12, Jalan Tengku Kelana

(ii) No. 12B, Jalan Tengku Kelana

iii. WAKTU PERKHIDMATAN

HARI BEKERJA : 8:30 Pagi – 5:00 Petang

– Kerja-kerja Spraying, Rat Bait + Larvacide

: 5:00 Pagi – 7:00 Pagi atau 6:00 Petang – 7:00 Petang – Kerja-kerja Fogging

(25)

BAHAGIAN III

BORANG-BORANG

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(26)

BORANG I BORANG AKUAN SEBUT HARGA

Kepada :

Pejabat Daerah/Tanah Klang Bahagian Khidmat Pengurusan Jalan Kota, 41902 Klang

Selangor Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA : PDTK / KP / 07 /2019

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas dan tertakluk kepada Arahan dan Syarat-syarat kepada penyebut harga, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah.

Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata dalam arahan dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga, spesifikasi dan jadual harga, dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang dibekalkan dari semasa ke semasa.

Dan selanjutnya, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja yang ditetapkan mengikut arahan dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga yang diberikan.

Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebut harga kami tanpa apa-apa alasan. Sebut harga ini akan sentiasa sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan sebut harga.

Dan selanjutnya, pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya tuan menerima sebut harga ini untuk menyediakan Perjanjian Kontrak Rasmi dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh dihantar tangan sepertimana yang tertakluk dalam perenggan 9 Arahan dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga.

(27)

Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam sebut harga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebut harga.

Tandatangan ……… Tandatangan ………

Penyebut harga : Saksi kepada

Penyebut harga :

Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat

Tarikh : ……… Tarikh : ………

(28)

BORANG II SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL SYARIKAT

Arahan : Semua butir-butir di dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dilengkapkan oleh penyebut harga dengan betul dan tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebut harga ini ditolak dan tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran jika perlu.

Butir-butir Syarikat

1. No. Pendaftaran Syarikat :………Tarikh Tamat :………….………

2. No. Pendaftaran Kem.Kewangan :……… Tarikh Tamat : ………

3. Taraf Syarikat* : Bumiputera/Bukan Bumiputera

4. Peratus Modal :…….% Bumiputera/ ….…% Bukan Bumiputera/…….% Lain-lain 5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat Bumiputera :…………..Hingga………….

6. Jenis Syarikat* : Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain ……….(Nyatakan)

Butir-butir Modal

1. Modal Dibenarkan : RM………

2. Modal Dibayar : RM………

Pemegang Saham

Senarai Pemegang-pemegang Saham

Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan

1. ………. ……….. ……….

2. ………. ……….. ……….

3. ………. ………... ……….

* Sila potong yang tidak berkenaan.

* Sila lampirkan tiga (3) Bulan Penyata Kewangan Syarikat Bulan Disember 2018, Januari dan Februari 2019 untuk semakan.

(29)

BORANG III

SOAL SELIDIK MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT

1. Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan, tahun pengalaman dan kelayakan.

2. Sila nyatakan kerja dalam tangan atau perkhidmatan yang masih dikendalikan yang melibatkan syarikat, jenis kerja, lokasi dan tarikh perkhidmatan tersebut dijadualkan tamat.

3. Pengalaman dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan Kawalan Serangga dalam tiga (3) tahun yang lepas (sila buat ringkasan mengenai perkhidmatan tersebut termasuk nilai, pelanggan untuk dihubungi dan alamat/telefon serta jangka masa/tahun perkhidmatan seperti di bawah):-

Nama Organisasi, Rujukan Pelanggan

dan Lokasi

Perkara / Skop kerja Tempoh pelaksanaan

Nilai projek (RM)

(30)

BORANG IV JADUAL HARGA

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 07 / 2019

JUMLAH (RM) Dua (2) Tahun

Tambahan SST …..%

JUMLAH KESELURUHAN (Jumlah dibawa ke Borang Sebutharga (RM)

(Ringgit Malaysia: )

……….

Tandatangan Penyebutharga

BIL LOKASI Unit KUANTITI /

KEKERAPAN

KADAR SEBULAN

(RM)

JUMLAH (RM)

1.

Menyediakan bahan, peralatan, pekerja serta pengangkutan dan apa-apa yang perlu untuk melaksanakan kerja-kerja yang dinyatakan di bawah mengikut jadual penyelenggaraan.

………... …….……...

2.

Semburan Semut, Lipas, Cicak, Anai-anai dan Serangga Umum

Bulan 24 ………... ………....

3. Letakkan umpan tikus Bulan 24 ………... ………

4.

Fogging menggunakan Resigen, Aqua Resigen, Sumithion

Bulan 24 ………... ………

5. Larvacide menggunakan Abate

500E atau setaraf Bulan 24 ………... ………

Nama : ………..……….

No.K/P : ………...

Alamat : ………...………

Tarikh : ………...

(31)

BORANG V SURAT AKAUN PEMBIDA

BAGI

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

( NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 07 / 2019 )

Saya, ……….……... nombor K.P.………..…………yang mewakili (Nama Wakil Syarikat)

………. nombor pendaftaran ………..

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan melaporkan kepada (SPRM) atau balai polis yang berhampiran dengan segera.

Yang Benar,

……….

Nama : No. KP : Tarikh :

Cop Syarikat :

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam

2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut

2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam

2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam