• Tiada Hasil Ditemukan

Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut oleh syarak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut oleh syarak"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

HIS 224 – INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Soalan nombor LIMA WAJIB dijawab.

(2)

1. Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut oleh syarak. Ia mempunyai beberapa rukun dan syarat.

[a] Apakah maksud nikah dan huraikan secara ringkas EMPAT hikmah pernikahan.

[30 markah]

[b] Berikan maksud mahar dan jenis-jenisnya.

[30 markah]

[c] Jelaskan EMPAT ciri perempuan yang sesuai untuk menjadi calon isteri seperti yang disarankan dalam Islam.

[20 markah]

[d] Huraikan rukun-rukun nikah.

[20 markah]

2. Hubungan ikatan perkahwinan yang murni datang seiringan dengan hak-hak yang perlu dipenuhi oleh setiap suami dan isteri. Ia bertujuan untuk memelihara maslahat setiap individu dalam institusi kekeluargaan tersebut.

[a] Jelaskan ENAM hak seorang suami yang perlu dipenuhi oleh isterinya?

[30 markah]

[b] Huraikan tentang hak mendapat nafkah yang menjadi tanggungjawab suami untuk diberikan kepada isterinya.

[30 markah]

[c] Jelaskan EMPAT perkara yang boleh menyebabkan seorang isteri hilang kelayakan mendapat nafkah.

[20 markah]

…3/-

(3)

[d] Nyatakan EMPAT perkara yang menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri.

[20 markah]

3. Perkahwinan kadangkala mengalami konflik yang berpanjangan dan berakhir dengan suami menjatuhkan talak ke atas isterinya.

[a] Apakah maksud talak? Berikan EMPAT hikmah diharuskan talak.

[30 markah]

[d] Huraikan maksud talak sunni, talak bid’i dan talak ba’in.

[30 markah]

[c] Berdasarkan ayat 34 dan 35 surah al-Nisa’, nyatakan langkah- langkah yang perlu diambil oleh suami apabila berhadapan dengan isteri yang nusyuz.

[20 markah]

[d] Huraikan dengan ringkas EMPAT keadaan yang mengharuskan seorang isteri menuntut perceraian secara fasakh.

[20 markah]

4. Sekiranya sesuatu perkahwinan tidak dapat diselamatkan lagi, Islam membenarkan perceraian. Seiringan dengan itu, terdapat beberapa kesan yang timbul seperti hadhanah, nafkah, hukum-hukum rujuk dan sebagainya.

[a] Nyatakan maksud hadhanah. Berikan EMPAT syarat yang melayakkan seorang ibu mendapat hak hadhanah.

[30 markah]

[b] Huraikan EMPAT jenis tempoh iddah. Jelaskan masa habis iddah seorang perempuan yang diceraikan ketika dia

(4)

[c] Huraikan DUA jenis nafkah yang boleh diperolehi oleh seorang isteri yang diceraikan dengan talak satu sedangkan dia tidak nusyuz.

[20 markah]

[d] Huraikan EMPAT syarat sah rujuk.

[20 markah]

5. Nyatakan hukum masalah-masalah berikut dan alasannya dengan ringkas.

[a] Amin ingin mengahwini Laili. Kembar Laili iaitu Lina pernah menyusu dengan ibu Amin.

[10 markah]

[b] Munah dan Roslan telah mendirikan rumahtangga menggunakan wali hakim kerana bapa Munah enggan mewalikan perkahwinan Munah walaupun Roslan seorang yang sekufu dan mampu membayar mahar mithil.

[10 markah]

[c] Jamal telah berkahwin, tetapi semasa melafazkan ijab dan kabul, dia tidak menyebut kadar mahar.

[10 markah]

[d] Faizah enggan berpindah ke rumah suaminya kerana selesa tinggal di rumah ibunya.

[10 markah]

[e] Perkahwinan Leman dengan Siti tidak bertahan lama kerana Siti enggan mengizinkan Leman menyetubuhinya. Selepas bercerai, Leman ingin mengahwini anak Siti iaitu Rohana.

[10 markah]

[f] Walaupun suaminya tidak mengizinkannya, Jamilah tetap nekad keluar rumah untuk menuntut ilmu fardu ain kerana suaminya tidak mampu mengajarnya.

[10 markah]

…5/-

(5)

[g] Romi telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya sedangkan isterinya sedang haid.

[10 markah]

[h] Kemalangan ngeri telah meragut nyawa suami Norma. Ketika itu dia sedang mengandung sembilan bulan. Selepas bersalin dan habis nifas, Norma mengahwini Ali.

[10 markah]

[i] Saleh cuba merebut hak penjagaan anaknya daripada bekas isterinya kerana bekas isterinya seorang pelacur.

[10 markah]

[j] Selepas menceraikan isterinya dengan talak tiga, Mamat rujuk semula isterinya.

[10 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jawab soalan-soalan berikut dengan andaian bahawa gelintaran tabu akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dalam soalan 1. (a) Nyatakan satu pergerakan

Antara contoh data primer berkaitan seperti masalah-masalah yang dihadapi oleh para responden, langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah berkenaan

Maksudnya: “Kahwinilah perempuan-perempuan yang subur dan penyayang kerana saya akan berbahagia dengan jumlah kamu yang banyak di hadapan umat lain”.. Dalam hukum syarak

(b) Sebagai seorang pengurus jualan, anda telah diminta memperakukan seorang untuk jawatan pengurus jualan dengan sebuah firma bukan saingan. Terdapat beberapa orang calon

[b] Bincangkan masalah yang mungkin dihadapi oleh penterjemah semasa menterjemahkan ayat-ayat dalam perenggan-perenggan berikut dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil

(20 markah) (b) Sediakan satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk mengira Purata Nilai Gred (PNG) bagi seseorang pelajar bagi satu semester serta tentukan taraf mereka (iaitu,

Minda yang terbuka tentulah memberi penghargaan kepada mereka yang mempelajari sains dan teknologi, memperkayakan masyarakat Islam, mencipta dan mengeluarkan senjata

“Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada suatu perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan