• Tiada Hasil Ditemukan

Falsafah dekad baharu Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Falsafah dekad baharu Johor"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

3/22/2018 Falsafah dekad baharu Johor - Utama - Utusan Online

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/falsafah-dekad-baharu-johor-1.580101 1/8

Falsafah dekad baharu Johor

Ibrahim Komoo

ANTARA landskap yang terdapat di trek rekreasi yang dibina di Hutan Bandar Putra, Kulai , Johor.

UTUSAN

27 Disember 2017 12:00 PM

1

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S & T GAYA HIDUP SUKAN

RENCANA

UTAMA BISIK-BISIK FORUM BLOG AGAMA

T&CS APPLY from

RM 168

Kuala Lumpur to

Langkawi

BOOK NOW

Advertisement

(2)

3/22/2018 Falsafah dekad baharu Johor - Utama - Utusan Online

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/falsafah-dekad-baharu-johor-1.580101 2/8

BAJET Johor 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini, saya sifatkan sebagai amat komprehensif, inklusif dan penuh de - ngan wawasan serta berstrategi.

Ia bukan sahaja menegaskan kepentingan pembangunan ekonomi negeri, tetapi turut memberikan perhatian kepada kesejahteraan masyarakat dan prihatin alam sekitar.

Johor memperuntukkan RM1,503 juta daripada anggaran pendapatan RM1,504 juta bagi tahun 2018. Inilah bajet wawasan berteraskan Pembangunan Lestari Johor.

Bajet Johor 2018 memperlihatkan buat pertama kali kerajaan negeri memperkenalkan falsafah dekad baharu Johor iaitu apa yang ingin dicapai dalam tempuh 10 tahun akan datang. Inilah contoh pemikiran pragmatik, berpandangan jauh dan berpijak di bumi nyata.

Berasaskan pencapaian terdahulu, Mohamed Khaled percaya Johor mempunyai potensi ekonomi luar biasa, dan potensi ini tidak boleh lagi dibangunkan secara biasa- biasa. Beliau menegaskan pertumbuhan secara malar ternyata terlalu perlahan dan tidak sepadan dengan kepesatan pembangunan Johor.

Dekad baharu Johor dihuraikan dalam perspektif inti pati, hala tuju dan misi baharu yang perlu diperkenalkan. Enam perkara dihuraikan secara mendalam adalah pembangunan pada skala besar-besaran; mensasar perubahan drastik struktur ekonomi negeri; transformasi sistem, budaya dan norma kehidupan ke arah sekitaran digital; membangun putera-puteri bangsa Johor berkemahiran tinggi; wawasan hijau dan lestari; dan meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat.

Wawasan 10 tahun dengan hala tuju jelas membolehkan semua jentera kerajaan, sektor swasta dan masyarakat digembleng bersama secara bersepadu.

Bajet Johor 2018 memperkenalkan 153 titik sentuhan melalui lima strategi terfokus.

Strategi pertama ialah mengukuhkan asas ekonomi sejahtera dengan mempelbagaikan pertumbuhan ekonomi.

Iklan

(3)

3/22/2018 Falsafah dekad baharu Johor - Utama - Utusan Online

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/falsafah-dekad-baharu-johor-1.580101 3/8

Penekanan diberikan kepada pembangunan di semua daerah dengan mencorakkan semula struktur ekonomi supaya lebih pelbagai, menyapa, lestari dan berorientasi tuntutan masa hadapan. Strategi ini akan dipandu oleh sebuah Jawatankuasa Ekonomi Baharu Johor dengan mandat yang jelas dan berpaksikan aspirasi ekonomi masa hadapan.

Strategi kedua ialah memantapkan kemudahan awam dan pelebaran ruang

kesejahteraan rakyat. Strategi ini memberikan perhatian kepada inisiatif menterjemah kesejahteraan kepada semua, khususnya kepada golongan kebanyakan dan bukan eksklusif kepada kelompok tertentu.

Rakyat harus dipastikan benar-benar menerima keistimewaan dan manfaat daripada semua dasar, kemudahan dan prasarana yang disediakan di Johor. Beliau

mengungkapkan “yang miskin disantuni dan diupayakan, yang memerlukan dibantu, dan yang tiada tempat berteduh ditawarkan rumah.”

Strategi ketiga pula memberikan fokus kepada keperluan masa hadapan iaitu

membangunkan kemahiran semua rakyat Johor. Melalui strategi ini, semua potensi dan bakat anak-anak Johor akan diberikan perhatian serius dan dibangunkan sebagai aset masa hadapan.

Strategi ini memberikan tum puan kepada program Pembangunan Sahsiah Murid Johor, sambil memperuntukkan pelbagai bentuk bantuan kewangan dan kemudahan institusi bagi pendidikan dan latihan. Kerajaan negeri mahu tiada anak-anak Johor yang akan dibiarkan tertinggal tanpa kemahiran dan kepakaran.

Strategi keempat ialah menjelmakan pengurusan kerajaan berprestasi, telus dan beramanah. Kerajaan negeri mahu sistem pe nyampaian mesti inklusif, cekap dan beramanah. Operasi mesti te lus dan bebas ketirisan, sementara perbelanjaan mesti berhemah, berimpak dan menepati sasaran.

Nampaknya, penjawat awam masih perlu diingatkan mengenai tanggungjawab asasi mereka iaitu ikhlas menyumbang, berkemahiran dan profesional. Beberapa program pendedahan dan latihan asas masih sangat penting bagi menjelmakan tadbir urus berprestasi tinggi.

Saya paling berminat dengan strategi kelima iaitu mewujudkan persekitaran

pembangunan yang lestari, islami, selamat, berbudaya, seimbang dan bersandarkan kearifan tempatan khusus nya konsep Johor Lestari, Johor Islami dan Johor Berbudaya.

Mengambil contoh Johor Lestari, ia berpaksikan iltizam melaksana Dasar Kelestarian Negeri Johor 2017 - 2021 yang baharu sahaja diluluskan. Dasar ini menggariskan lima tunggak strategi untuk mencapai hasrat ‘Muafakat Johor’ iaitu pemuliharaan warisan alam; memupuk gaya hidup bertanggungjawab; menghijau ekonomi; menambahbaik tadbir urus; dan memperkasa komuniti setempat.

(4)

3/22/2018 Falsafah dekad baharu Johor - Utama - Utusan Online

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/falsafah-dekad-baharu-johor-1.580101 4/8

Tag Berkaitan

Kerajaan Negeri Ekonomi dan Polisi Pendapat

Tumpuan yang seimbang antara ekonomi, masyarakat dan alam sekitar adalah kunci kejayaan pembangunan negeri. Tumpuan bajet kali ini terletak kepada mengenal pasti dan menghormati warisan alam sebagai sumber asas kehidupan masyarakat.

Dalam bajet 2018, beberapa inisiatif baharu diperkenalkan, antaranya, menaik taraf lapan hutan lipur sebagai kawasan rekreasi komuniti setempat, mewujudkan pusat kecemerlangan pemuliharaan bakau, dan memperkenalkan penggunaan bahan pembungkusan biorosot dan bio kompos. Dalam mukadimah nya, Mohamed Khaled turut menegaskan - “Kita tidak akan menjadi bangsa yang berperadaban tinggi dan berbudaya, jika kita tidak pandai menjaga dan menghormati alam sekitar yang menjadi rumah kediaman kita semua.”

Saya ingin simpulkan di sini, jika mahu merantau carilah perahu, mahu berlabuh carilah muara, mahu makmur dan bersatu carilah pemimpin yang berwawasan dan berjiwa rakyat.

PROFESOR EMERITUS DATUK IBRAHIM KOMOO ialah Penyandang Kursi Iskandar Malaysia @ UTM; dan Felo Utama, LESTARI-UKM.

ARTIKEL BERKAITAN

Azmi Hassan Gerbang Global/

HATI-HATI SEMAK BERITA MANIPULASI

Zein Isma Catatan/

Azmin jadilah anak jantan!

Hassan Mohd. Noor Selak/

Peluang pilih KM baharu, Chang Yeow atau Kon Yeow

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pada tahun 1678 seperti digambarkan oleh Tuan Bort, tempat tersebut sebagai berikut : Bengkalis, sebagaimana telah dihuraikan, termasuk dalam wilayah Kerajaan

Arus pergerakan keluar daripada kawasan kepulauan sekitar Mersing pada ketika ini lebih didorong oleh tindakan pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor yang

Anugerah Graduan Terbaik (Khas) (Sarjana Muda) UiTM Cawangan Johor (Kerajaan Negeri Johor) Best Graduate Award (Special) (Bachelor’s Degree) UiTM Johor Branch (Johor State

Anugerah Graduan Terbaik (Khas) (Sarjana Muda) UiTM Cawangan Johor (Kerajaan Negeri Johor) Best Graduate Award (Special) (Bachelor’s Degree) UiTM Johor Branch (Johor State

Anugerah Graduan Terbaik (Khas) (Sarjana Muda) UiTM Cawangan Johor (Kerajaan Negeri Johor) Best Graduate Award (Special) (Bachelor’s Degree) UiTM Johor Branch (Johor State

Anugerah Graduan Terbaik (Khas) (Sarjana Muda) UiTM Cawangan Johor (Kerajaan Negeri Johor) Best Graduate Award (Special) (Bachelor’s Degree) UiTM Johor Branch (Johor State

 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI JOHOR yang beralamat Aras 3, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, 79626 Nusajaya, Johor

Idea atau tema yang dicadangkan berkaitan dengan penghasilan seni awam ini menyentuh aspek interaksi sosial, obsesi terhadap teknologi dan amalan gaya hidup digital yang