• Tiada Hasil Ditemukan

View of Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Share "View of Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.1931

Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia (A Political Values in the Context of New Politics at Malaysia)

Sharmin Kutty Sivaraman1* , Awang Azman Awang Pawi2 Zulkanain Abdul Rahman3

1Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia.

Email: sharminkutty0207@gmail.com

2Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia.

Email: awangazman@um.edu.my

3Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia.

Email: zulkana@um.edu.my

CORRESPONDING AUTHOR (*):

Sharmin Kutty Sivaraman (sharminkutty0207@gmail.com) KATA KUNCI:

Nilai Politik Nilai Politik baharu Etika

KEYWORDS:

Values

Politics of Value New Politics Ethics CITATION:

Sharmin Kutty Sivaraman, Awang Azman Awang Pawi, & Zulkanain Abdul Rahman.

(2023). Politik Nilai dalam Konteks Politik Baharu di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e001931.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.1931

ABSTRAK

Nilai memainkan suatu peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Perkara ini juga sama dalam arena politik. Politik yang mempunyai nilai tertentu akan menjadi satu contoh kepada semua lapisan masyarakat untuk menilai seseorang dengan lebih mendalam lagi.

Politik nilai yang disebutkan disini ialah nilai yang penuh dengan moral yang sudah menjadi elemen kebiasaan dalam diri seseorang individu. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini secara sepenuhnya ialah kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah pembacaan jurnal, majalah, akhbar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan politik nilai iaitu sikap seseorang pemimpin dari segi cara seorang pemimpin mengamalkan sesuatu nilai dalam politik, bagaimana seorang pemimpin dapat kaitkan semua nilai moral dalam era kepimpinan mereka dan juga konteks nilai ini dalam konteks antarabangsa. Nilai dalam konteks antarabangsa ini menjadi satu etika yang akan menjadi rujukan dalam semua perkara yang dilakukan oleh pemimpin. Secara kesimpulan, kajian ini akan memberikan penerangan yang jelas dan mendalam berkaitan dengan aplikasi nilai secara keseluruhan dalam konteks kepimpinan.

ABSTRACT

The value is a very important role in the life of a human being is also the same in the political arena. Politics that has a certain value will be an example to all walks of life to judge a person even more deeply. The politics of values mentioned here are values full of morals that are already an element of habit in an individual. The method that will be used in this study is entirely a qualitative method of using the method of reading journals, magazines, newspapers to

(2)

obtain this related information. The findings in this study found that there are many things that can be attributed to the politics of values which is the attitude of a leader in terms of the way a leader practices values in politics, how a leader can relate all moral values in their leadership era and also the context of these values internationally. The international context of this value becomes an ethical one that will be a reference in everything that the leader does.

In conclusion, this study will provide a clear and in-depth description of the application of values as a whole in the context of leadership.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dan memberikan penerangan yang mendalam berkaitan dengan politik nilai dalam konteks politik baharu.

1. Pengenalan

Nilai moral atau nilai murni merupakan satu perkara asas yang sangat penting kepada kepada seseorang individu dalam kehidupan seharian. Masyarakat Malaysia penuh dengan penghayatan nilai-nilai murni yang lebih baik.

Senario nilai dalam politik agak unik dan berbeza kerana politik nilai merupakan satu politik yang diperjuangkan dalam arena politik baharu. Menurut Pandian (2022a), politik lazimnya merujuk kepada pihak yang mendapat kuasa yang dapat dihubung kait kepada kedudukan dan kuasa dominan untuk membentuk dan membuat sebarang keputusan.

Politik nilai ini mempunyai taraf yang sama dalam arena politik kerana tradisi masih dipertahankan walaupun membuat perubahan dalam konteks politik baharu ini. Nilai memainkan satu peranan yang cukup penting dalam politik demi menjaga keamanan dan kestabilan negara mengikut kepada konteks Perlembagaan Persekutuan. Hal politik nilai ini tidak boleh dijadikan sebagai satu perkara retorik sahaja namun amalan perlu dirasakan dalam ruang lingkup politik.

Selain itu, politik nilai ini perlu dipandang mulia dan baik supaya tidak membelakangkan nilai baik yang lama tersemai. Kejadian nilai mula tercalar dalam dunia politik jika mempunyai sikap saling membenci, menghina, memfitnah, mencaci maki antara satu sama lain, tidak telus dan tidak jujur dalam konteks kerja, lompat-melompat dalam parti dan sebagainya. Menurut Pandian (2022b), politik nilai merupakan satu elemen yang sangat penting dalam dunia politik supaya dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan juga produktif.

Justeru, tujuan penulisan artikel ini untuk mengetahui kaitan nilai dalam konteks politik baharu.

2. Kronologi Politik Baharu di Malaysia

Menurut Loh (2003), perkara yang berkaitan dengan kronologi yang berlaku dalam konteks politik baharu ini. Dalam ini Loh (2003) telah menceritakan bagaimana wujudnya satu konsep berkaitan politik baharu di Malaysia. Politik baharu ini wujud selepas berlaku pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kes seksual

(3)

dan rasuah. Hal yang demikian telah memberikan laluan untuk membentuk gerakan yang dinamakan sebagai reformasi.

Gerakan reformasi ini telah membawa satu perubahan dalam struktur politik negara.

Gerakan reformasi ini terdiri daripada komponen parti pembangkang yang pertama membentuk ADIL dan telah berubah kepada Parti KeADILan Nasional yang dibimbing di bawah Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Menurut Saravanamuttu (2003), selepas komponen parti daripada PAS, DAP dan komponen kecil PRM bergabung dan telah membentuk parti komponen yang bernama Barisan Alternatif iaitu pada tahun 1999.

Seterusnya, walaupun parti komponen PAS bersama tetapi perjuangan PAS sangat berlainan berbanding dengan parti lain kerana perjuangan PAS ialah lebih berprinsip dan lebih menekankan kepada strategi keagamaan yang menebal dalam setiap perkara yang dilakukan. Oleh itu, PAS tidak bersama dengan Barisan Alternatif untuk tempoh masa yang lama. Proses politik baharu ini merupakan satu proses yang mengambil masa.

Menurut Mastropaolo (2012), politik baharu ini merupakan proses yang menuntut segala yang dipraktikkan pada zaman politik lama malah politik baharu ini lebih menjurus kepada penggantian nilai yang bersifat kemanusiaan, kebenaran, kebebasan dan juga keberkesanan. Ciri-ciri nilai diberikan ialah penekanan yang lebih mendalam dalam konteks politik baharu ini. Menurut Mohd Yusof dan Azlan (2002), kewujudan politik baharu ini mula pada abad ke-20 dan kewujudan adalah melalui proses yang lama kepada yang baharu. Selain itu, beberapa perkara yang dititikberatkan dalam proses ini iaitu terdapat faktor tertentu yang menyebabkan berlakunya politik baharu di Malaysia.

Pertama ialah penyertaan masyarakat sivil kerana masyarakat sivil mampu menggunakan ruang yang sedia ada untuk mengkritik perkara yang tidak berkaitan dan juga ruang ini untuk menggerakkan politik baharu ini dengan secukupnya. Menurut Castells (2008), ruang seperti ini penting kerana dapat memberi masyarakat ruang dan peluang untuk melontarkan idea dan juga dapat mempengaruhi institusi politik masyarakat. Menurut Ekiert dan Kubik (2014), banyak isu-isu atau krisis yang berlaku dalam politik yang melibatkan golongan pelajar, pekerja golongan intelektual dan juga lain-lain yang banyak membawa perjuangan kepada konsep keadilan, keadaan ini sama seperti yang berlaku di Poland selepas tahun 1956 melalui konsep pergerakan Solidarity.

Kedua ialah kemunculan politik baharu juga boleh dikatakan hasil daripada penglibatan golongan muda dan masyarakat dalam kalangan pertengahan yang mewujudkan budaya penglibatan dalam politik. Jika dilihat pada sejarah kembali, banyak demonstrasi, perhimpunan dan juga forum reformasi diadakan oleh golongan muda dan juga masyarakat pertengahan ini untuk perjuangkan beberapa isu yang tertentu. Menurut Curran dan Couldry (2003), Internet juga merupakan salah satu sumber yang mencetuskan satu budaya yang baharu dalam membuka ruang dan peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai perkara yang tertentu.

Seterusnya, politik baharu dalam konteks Malaysia mula untuk menjadi lebih hangat selepas kejadian pemecatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurut Loh (2000) yang merupakan seorang sarjana awal yang mengupas mengenai politik baharu, dalam hujahan beliau telah menyatakan bahawa PRU-10 telah mula untuk menjelaskan penglibatan rakyat dan NGO dalam gerakan konsep reformasi dan politik baharu didominasi oleh kebanyakan masyarakat bandar dan industri. Hal yang demikian jelas bahawa kebanyakan hak masyarakat telah mendahului dalam konteks politik baharu berbanding dengan isu nasional dan isu

(4)

perkauman. Masyarakat dalam konteks politik baharu telah mula untuk menekankan berkaitan dengan politik nilai. Nilai yang berteraskan berkaitan keadilan, ketelusan, kepentingan awam dan demokrasi dalam tadbir urus negara.

Menurut Mohd Yusof dan Azlan (2002) politik baharu ini tercetus disebabkan oleh dua perkara ini sahaja iaitu Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan juga Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menutup peluang dan ruang kelas menengah dan memfokuskan kepada hak bumiputera sahaja. Setiap struktur perubahan sosioekonomi masyarakat telah membawa kepada perubahan dalam amalan poltik negara. Politik baharu ini juga ingin membawa perubahan dalam struktur pemerintahan dalam negara dengan merapatkan jurang perbezaan yang wujud antara ketiga-tiga parti iaitu DAP, PKR dan juga PAS. Retorik pihak pembangkang yang hendak membawa politik baharu ini tercapai juga selepas pasca PRU-10 walaupun bukan sepenuhnya. Walaupun usaha untuk menggabungkan ketiga-tiga buah parti tersebut tetapi akhirnya tidak terhasil kerana perjuangan yang berlainan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga hendak memperjuangkan berkaitan dengan politik baharu. Secara rasional keputusan PRU bermula pada tahun 1999, tahun 2008 dan juga 2013 yang kebanyakan berpihak kepada pihak pembangkang. Menurut Mohamad (2012), politik baharu ini tidak boleh meminggirkan perkara yang dibawa oleh parti politik Barisan Nasional (BN) juga. Beliau menjelaskan lagi bahawa politik baharu ini juga memberikan nilai tambah atau plus point kepada parti pembangkang malah meminggirkan segala perjuangan dan idea yang telah dibawa oleh parti kerajaan iaitu BN.

Hal ini jelas dapat kita lihat selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengundurkan diri dari komponen parti UMNO, pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba untuk membawa retorik politik baharu seperti membanteras rasuah, mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia, pemansuhan projek berjuta-juta dan sebagainya. Hal ini secara jelas merupakan idea yang dibawa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa kepada konteks politik baharu.

Perjuangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam konteks politik baharu ini tidak memberi hasil kerana masyarakat sivil mula untuk membawa idea mereka yang tersendiri. Gerakan masyarakat sivil dibantu dengan teknologi telah mula untuk berkembang dengan sangat cepat dengan pelbagai gerakan atau kumpulan telah mula untuk ditubuhkan antaranya ialah Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HIDRAF), Gerakan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan sebagainya. Kumpulan ini telah mula untuk memperjuangkan hak yang mereka kehendaki, menjurus dengan itu, kejatuhan 5 buah negeri dalam PRU-12 pada tahun 2008 juga memberikan kejutan yang amat serius kerana BN telah kehilangan dua pertiga di dalam Parlimen.

Selepas PRU-12 pada tahun 2008, pihak pembangkang dilihat sebagai komponen yang memperjuangkan berkaitan dengan politik baharu. Dato Seri Najib Razak telah mula memasuki arena politik. Dato Seri Najib Razak telah berusaha untuk membawa perubahan dalam BN dengan mengamalkan pendekatan politik baharu. Perkara yang telah dilakukan oleh beliau ialah menghapuskan segala akta kawalan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga beberapa undang-undang yang lain. Dato Seri Najib Razak telah mula untuk membawa perubahan dalam zaman pentadbiran beliau dengan merapatkan jurang NGO Neo-Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan juga Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) telah mengambil kesempatan untuk mengisikan masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN.

(5)

Kesemua ini telah memberikan keyakinan kepada rakyat berkaitan dengan pengamalan politik baharu di negara kita manakala bagi pihak pembangkang pula keputusan PRU-13 seakan-akan memberikan kekuatan dan juga menebalkan tanggapan umum berkaitan dengan politik baharu ini yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.

3. Politik Nilai dalam Konteks Malaysia

Nilai memainkan peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan seseorang. Definisi nilai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (n.d.) ialah sifat ketinggian yang meliputi pemikiran agama, masyarakat, mentafsir dan menilai seseorang. Nilai ini merupakan satu konsep yang sangat penting untuk diamalkan oleh semua lapisan masyarakat di negara kita. Nilai ini mempunyai kandungan sifat yang terpuji.

Menurut Schwartz et al. (2010), nilai ini merupakan satu prinsip paling asas yang diperlukan di dalam politik. Nilai ini mencerminkan setiap kebaikan yang terdapat dalam diri sendiri dan nilai juga dapat mendisiplinkan seseorang untuk mengikut semua perkara berlandaskan kepada nilai yang terdapat dalam diri. Nilai itu yang akan mencerminkan individu tersebut sebagai pemimpin nanti.

Menurut Sleat (2016), nilai ini mempunyai dua situasi yang berlainan. Situasi yang disebut ini ialah situasi positif dan juga situasi negatif, dalam kedua situasi ini mempunyai satu ruang untuk menilai dan memberikan cadangan yang tertentu. Melalui ini nilai yang terdapat dalam diri seorang pemimpin dapat dilihat dengan jelas sekali sama ada diamalkan ataupun tidak. Nilai yang diamalkan tersebut dapat memberikan gambaran yang menyeluruh berkaitan cara fikir seseorang.

Selain itu, menurut Degolia (2016), dalam mengamalkan politik nilai, seseorang individu perlu mengetahui nilai itu sebenarnya apa dan beliau telah membahagikan nilai kepada 6 bahagian yang tertentu. Nilai pertama yang perlu ada ialah kepercayaan dalam membuat sesuatu perkara supaya masyarakat sekeliling dapat memahami dengan lebih mendalam lagi. Kedua ialah sikap yang diamalkan juga akan diperhatikan oleh masyarakat. Ketiga ialah keperluan dalam kehidupan. Semua ini merupakan nilai yang sangat penting dalam konteks politik dan nilai sebegini perlu diamalkan oleh pemimpin untuk terus berubah mengikut kepada keadaan semasa yang berlandaskan kepada nilai yang tertentu.

Oleh itu, politik nilai merupakan satu komponen yang paling penting ditekankan dalam konteks politik baharu di Malaysia. Apabila disebut sebagai nilai, pelbagai perkara perlu dijadikan sebagai contoh dalam nilai kerana dalam konteks politik baharu ini lebih menekankan kepada hak kemanusiaan, demokrasi, jujur, bersih dan beramanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan sebagainya.

Menurut Abdul Manan (2021), politik nilai merupakan satu perkara yang perlu dilihat khas dengan mengangkat nilai idealisme budaya dan jati diri sesebuah bangsa yang penuh dengan kekuasaan politik. Perkara dalam ini juga menjelaskan cara untuk mencapai atau mempunyai nilai, seseorang pemimpin perlu menunjukkan nilai pimpinan yang baik, demokrasi yang hidup dan juga semua perlu lahir daripada hati nurani. Hal yang demikian akan membawa satu keistimewaan dalam budaya nilai kepimpinan seseorang pemimpin.

Bukan hanya itu, pemimpin bukan hanya perlu menekankan berkaitan dengan kehidupan material malah politik nilai perlu diletakkan dalam konsep kesejahteraan rakyat juga.

(6)

Menurut Pandian ( 2022a), walaupun isu-isu dan bunyi berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 telah bermula namun sejauh manakah persepsi penilaian rakyat terhadap pemimpin yang mengangkat nilai sebagai tujuan dalam perjuangan politik. Dalam dunia politik terutamanya di Malaysia bukan sahaja memberikan ruang kepada rakyat untuk memilih pemimpin malah juga menekankan nilai sewaktu menjalankan proses pilihan raya. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan antaranya ialah masyarakat kelas pertama merupakan golongan yang mempunyai literasi yang tinggi dalam menekankan nilai dalam perjuangannya kerana nilai merupakan satu ciri yang lebih unik dan berkesan untuk diamalkannya.

Walau bagaimanapun, menurut Chong (2021), anjakan politik baharu perlu berteraskan kepada konsep politik nilai dan kenegaraan. Dalam konteks politik baharu ini politik nilai memainkan satu peranan yang penting dengan menonjolkan kredibiliti nilai yang terdapat dalam diri pemimpin dan juga cara pemimpin dalam sesuatu keadaan tertentu.

Lonjakan utama yang berlaku dalam politik baru yang menekankan nilai yang menonjolkan semangat kenegaraan dan konsep politik nilai ialah pada zaman Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaacob dengan menggunakan konsep Keluarga Malaysia. Perkara ini merupakan satu nilai kekeluargaan yang patut kita contohi untuk membawa satu budaya keluhuran yang penuh denga nilai dalam kehidupannya. Wadah politik baharu yang memfokuskan kepada pembangunan dan meletakkan masyarakat sebagai kunci utama dalam setiap perkara yang dilaksanakannya. Konsep sensitiviti dan sebagainya tidak terjadi dalam politik nilai yang lebih menekankan kepada kebebasan, keamanan, perpaduan dan sebagainya yang boleh membantu untuk menyatupadukan semua parti politik antara satu sama lain.

Seterusnya, menurut Kamil (2021), Malaysia perlukan politik nilai untuk PRU-15 sebagai satu agenda utama. Politik nilai merupakan satu elemen yang ditekankan dalam ini kerana mempunyai keunikan yang berbeza dalam struktur kepimpinannya. Nilai dijadikan sebagai tunjang utama dalam proses kepimpinan kerana apabila berbicara berkaitan dengan nilai, ciri-ciri seperti ini perlu ada pada pemimpin iaitu memberikan kepentingan atas hak rakyat, pemimpin yang mempunyai kelayakan akademik dan ketelusan dalam memimpin, seorang pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya, tidak mengamalkan konsep lompat parti dan selalu setia dengan perjuangan parti politik, bersifat mesra dan tidak sombong dalam memberikan bantuan, bebas daripada mengambil rasuah, tidak mempunyai sifat fitnah-memfitnah, seorang yang sabar, pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas serta berwawasan dalam memimpin. Kesemua ini merupakan politik nilai yang akan menjadi perkara utama yang akan dinilai oleh rakyat terhadap pemimpin.

Menurut Bernama (2021), ahli politik sudah semakin susut dengan nilai moral dalam kredibiliti kepimpinan mereka. Hal ini jelas berlaku seiring dengan keadaan politik di negara kita yang mengamalkan konsep lompat parti. Oleh itu, keadaan sebegini akan memberikan impak yang sangat teruk kepada kestabilan politik di negara kita. Jelas sekali selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, tidak mampu bertahan dan tumbang lalu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tidak sampai setahun tumbang lagi dan membentuk PN 2.0. Jika keadaan ini berlarutan, nilai yang dicerminkan oleh ahli politik bagaikan pengkhianat dalam politik malah nilai yang terdapat dalam diri mencalar. Jika perkara ini berterusan, kestabilan politik di negara kita tidak aman dan tidak dapat ditadbir dengan aman dan damai demi kepentingan rakyat sejahtera.

(7)

Seterusnya menurut Idris (2020), politik baru perlu berteraskan kepada nilai jujur dan amanah. Prinsip ini boleh dikategorikan sebagai satu prinsip nilai dalam politik. Keadaan politik nilai ini sangat diperlukan dalam kerangka politik baharu ini kerana masih terdapat lagi pemimpin yang mengamalkan prinsip yang lama dalam arena politiknya.

Prinsip lama ialah prinsip yang berteraskan kepada kekuatan kuasa, tiada kejujuran dalam politik, politik yang berteraskan kepada wang dan sebagainya malah dalam konteks politik baharu ini rakyat lebih menekankan kepada nilai dalam erti kata yang lain politik baharu ini lebih kepada nilai kejujuran dalam setiap perancangan dan perlakuan politik sebagai satu sokongan utama untuk meraih sokongan rakyat. Pemimpin yang mengamalkan politik yang berteraskan nilai perlu menonjolkan ciri-ciri nilai dalam konteks kepimpinannya dan ini akan menghukum ahli politik untuk tidak melakukan perkara sebaliknya kerana undi rakyat tersebut merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Oleh itu, ahli politik perlu sentiasa mempamerkan nilai yang terdapat dalam diri mereka dalam konteks politik malah bukan retorik dengan kaedah yang lama.

Walau bagaimanapun, menurut Bernama (2009), Prof Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff telah mengatakan bahawa isu politik dan moral menimbulkan satu situasi kecelaruan nilai dalam konteks kepimpinan, yang menjelaskan berkaitan dengan sesetengah pemimpin yang berkelakuan tidak betul seperti kes polemik dengan gambar tidak senonoh dan sebagainya. Norma ketatasusilaan semakin tidak mengikut prinsip nilai yang patut diamalkan oleh seorang pemimpin. Interprestasi moral mungkin berbeza mengikut kepada individu tertentu tetapi cara atau kaedah yang diajar dan diamalkan tetap sama kerana setiap agama mengajar nilai moral yang baik untuk diamalkan. Seorang pemimpin perlu menampilkan kriteria yang betul supaya terpancar politik nilai dalam dirinya.

Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dalam satu wawancara bersama dengan Astro Awani telah menyatakan dalam dunia politik perlu diserapkan nilai murni untuk membentuk dasar negara yang lebih mampan (Astroawani, 2021),. Beliau menjelaskan berkaitan dengan politik nilai yang perlu semua faham dalam konteks yang besar. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menilai politik nilai dalam semua skop yang terdiri daripada nilai sosial, riadah, dan agama. Nilai yang perlu diterapkan dalam politik ialah semangat kebangsaan dan semangat cinta akan negara. Nilai agama ialah kesederhanaan yang patut diangkat oleh semua agama, nilai akhlak pula merupakan nilai yang mengandungi rasa tidak putus asa untuk teruskan perjuangan dan nilai sosial pula perlu dijadikan sebagai satu bentuk amalan dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu semua rakyat perlu mempunyai sikap hormat-menghormati, bertegur sapa, tolong-menolong antara satu sama lain. Politik nilai sebegini diperlukan untuk menjamin Keluarga Malaysia terus berkekalan aman damai dan juga dapat menjadi satu contoh kepada yang lain.

Menurut Ahmad (2020), politik di Malaysia pada tahun 2020 yang ketepikan nilai murni dalam konteks politik. Dalam ini telah menjelaskan berkaitan politik nilai iaitu nilai murni dalam politik Malaysia semakin berkurang. Selepas PRU-14 berlakunya perubahan kerajaan pusat pemimpin semakin tepikan politik nilai dalam konteks perjuanganya.

Selepas 61 tahun pentadbiran politik lama, PRU-14 rakyat memilih dan melantik parti pimpinan baru untuk menerajui negara. Perkara yang menjejaskan nilai tidak diamalkan oleh pemimpin tersendiri ialah melompat parti dengan begitu sahaja tanpa memikirkan berkaitan dengan risiko. Prinsip perjuangan dalam parti tidak diketahui dengan lebih mendalam lagi sehinggakan ketandusan nilai dalam perjuangan politik. Pelanggaran nilai ini akan membawa kepada kehancuran dalam perjuangan dan tidak mempunyai prinsip.

(8)

Jika seseorang pemimpin tidak mempunyai nilai dalam perjuangan maka politik nilai tidak dapat dicapai kerana nilai lahir daripada diri sendiri seorang individu itu.

Seterusnya, Mak Din dan Stapa (2016), penekanan nilai dalam konteks pemilihan pemimpin politik di Malaysia. Dalam ini beliau telah menjelaskan berkaitan dengan nilai menjadi satu perkara yang penting dalam konteks kepimpinan di Malaysia. Nilai dalam politik ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi kerana dalam konteks demokrasi dan juga pembentukan peradaban sesebuah negara, baik atau buruk, benar atau salah semuanya bergantung kepada nilai yang diamalkan oleh seseorang. Hal ini jelas dinyatakan tidak kira pemimpin ataupun rakyat kedua-dua pihak perlu mempuyai amalan nilai yang membawa kepada ciri-ciri yang baik kerana kedua-dua ini saling berkait antara satu sama lain. Pemimpin perlu mempunyai nilai yang baik dalam proses politik manakala nilai yang ditonjolkan atau diamalkan tersebut akan dijadikan dan dinilai sebagai contoh oleh rakyat untuk diamalkanya. Politik di Malaysia mengamalkan konsep demokrasi berparlimen maka penumpuan dan penekanan berkaitan dengan nilai begitu penting dalam kehidupan seseorang manusia. Pengamalan nilai dalam politik ini mempunyai kaitan dengan kemajuan sesebuah peradaban yang menjadi formula dalam pembangunan negara.

4. Politik Nilai dalam Konteks Antarabangsa

Nilai merupakan satu amalan secara universal dan sikap yang diamalkan secara terus menerus, tidak ketinggalan juga untuk melihat bagaimana politik nilai ini menjadi satu perkara yang utama dibahaskan dalam konteks antarabangsa. Menurut Kortunov (2001), politik nilai yang lebih dinamakan sebagai realpolitics kerana perkara atau sikap yang diamalkan dalam politik nilai ini merupakan perkara yang benar. Nilai ini perlu mempunyai moral yang tertentu. Sebagai seorang individu perlu mempunyai moral yang membawa nilai dalam kepimpinan dan moral ini menjadi persoalan dan penyataan dalam dunia politik. Kortunov (2001) menjelaskan dengan lebih mendalam tentang politik nilai yang mempunyai dua konsep yang perlu diketahui. Pertama ialah nilai ini boleh diamalkan oleh semua kategori manusia dan kedua nilai ini akan mengajar seseorang individu tersebut untuk mengamalkan moral dalam kehidupanya.

Oleh itu, politik nilai ini membawa kepada moral yang tertentu dan Kortunov (2001) menjelaskan juga agama dan kaum ini menentukan moral dalam politik nilai semuanya berdasarkan bagaimana seorang individu tersebut melihat dan mengamalkan dalam konteks kehidupanya. Dalam semua keadaan, politik nilai menjadi satu titik persoalan yang akan ditekankan, oleh itu moral akan mencerminkan kepada nilai yang diamalkannya.

Menurut Shamsaei dan Mahmoudi (2017), politik nilai dalam konteks Islam. Shamsaei dan Mahmoudi (2017) telah memberikan kronologi bahawa politik nilai ini boleh dijadikan sebagai satu contoh bagaimana pemimpin dalam Islam memperjuangkan konsep Islam menggunakan pendekatan nilai. Dalam ini Shamsaei dan Mahmoudi (2017) telah menjelaskan apa itu moral secara menyeluruh. Moral merupakan perkara atau kegiatan yang mempunyai makna yang tertentu. Seterusnya, kerajaan mempunyai kuasa yang tertentu dalam menentukan sebarang keputusan dan akhir sekali, berkaitan dengan kehendak rakyat dan sebagainya manakala hubungan nilai dengan kerajaan di sini, Maryam telah menjelaskan berkaitan prinsip-prinsip Islam yang terkandung dan yang diajar mengikut Al-Quran merupakan nilai yang patut diamalkan dalam politik. Oleh itu, melalui nilai-nilai tersebut politik nilai yang berteraskan moral dapat diwujudkan dalam

(9)

kalangan pemimpin yang boleh dijadikan contoh oleh semua. Politik nilai berteraskan Islam iaitu bertanggungjawab, amanah, berprinsip dan sebagainya merupakan nilai yang ditekankan dalam konteks Islam.

Seterusnya, menurut Hurka et al. (2018), moral dalam politik nilai. Dalam ini beliau telah menjelaskan berkaitan dengan bagaimana nilai boleh dilihat dalam konteks sebuah parti.

Nilai ini lahir daripada kegiatan moral yang diamalkan oleh seseorang individu secara tersendiri. Hurka et al. (2018) telah kaitkan nilai dengan ajaran agama kerana setiap agama mengajar prinsip moral yang tertentu dan melalui prinsip moral tersebut seseorang pemimpin dapat dibentuk dengan nilai. Nilai tersebut akan membawa kepada imej yang tertentu dalam dunia politik. Konflik antara parti politik akan berlaku secara biasa tetapi bagaimana pemimpin tersebut menegakkan politik nilai dalam perjuangan parti tersebut yang akan mencerminkan kredibiliti dalam kepimpinan mereka.

Menurut Ljupco (2017), moral dan etika dalam politik nilai. Moral merupakan satu amalan yang diajar dan diamalkan oleh seseorang individu berdasarkan daripada sikap individu tersebut. Kegiatan atau sikap moral seperti sabar, tanggungjawab, amanah, jujur, keprihatinan dan sebagainya merupakan amalan yang diamalkan oleh individu tersebut dengan mencontohi daripada orang lain. Selain itu, moral etika juga memainkan peranan dalam ini. Etika pula merupakan sikap yang diamalkan oleh seseorang individu yang mencerminkan moral yang terdapat dalam diri seseorang individu. Jika moral dan etika seseorang tidak ada maka nilai yang terdapat dalam diri seseorang tidak begitu relevan atau mendalam. Etika ini boleh membezakan seseorang individu dalam konteks baik dan buruk dan juga beberapa sikap secara standard. Kedua-dua perkara ini akan membawa kepada nilai yang baik dan produktif dalam diri seseorang yang boleh dibawa dalam politik nilai.

Seterusnya, Westheimer (2008), telah menjelaskan berkaitan dengan berkaitan dengan politik dan berhubungan moral. Sebelum itu, Westheimer (2008) telah menjelaskan bahawa moral ini merupakan satu kegiatan atau sikap yang diamalkan oleh individu secara tersendiri maka moral ini boleh dipelajari daripada sistem pendidikan iaitu di sekolah. Sistem pendidikan dapat memberikan dan membentuk nilai moral yang terdapat dalam diri seseorang individu. Melalui penerapan moral ini nilai-nilai yang sepatutnya akan wujud dalam diri seseorang individu tersebut adalah seperti tanggungjawab, amanah, prihatin dan juga nilai-nilai yang asas dapat dibawa ke dalam konteks politik.

Apabila seseorang mempunyai nilai tersebut politik nilai tidak menjadi susah untuk diamalkan kerana perkara yang paling asas telah dididik dan diterapkan secara asas.

Menurut Kertzer et al. (2014), unsur moral boleh diaplikasikan dalam cara pembuatan dasar untuk kerajaan. Hal ini jelas dapat dilihat dalam konteks nilai yang memainkan peranan cukup penting dalam membuat keputusan juga. Dalam kajian ini, Kertzer et al.

(2014) telah membahagikan kepada 5 komponen yang utama berkaitan dengan nilai.

Politik nilai merupakan satu komponen yang diberikan perhatian sewaktu penggubalan dasar kerana nilai tersebut mempunyai makna yang sangat tersendiri. Nilai dalam kajian ini telah dibahagikan kepada 5 komponen iaitu prihatin, ikhlas, jujur, nilai untuk individu, nilai untuk kumpulan. Semua ini merupakan satu bentuk nilai yang asas yang perlu ada dalam semua masyarakat kerana nilai asas ini akan membina satu keyakinan dan kelakuan yang lebih baik dan jitu. Kaitan dengan dasar pula nilai-nilai ini dapat membentuk seseorang untuk menjadi cermin contoh yang boleh dikaitkan dalam dasar.

Dasar yang dibina dapat membawa kepada pembentukan nilai yang baik dalam merangka dasar untuk kepentingan negara.

(10)

Menurut Lewis dan Bates (2011), personaliti seseorang dapat dikaitkan dalam politik nilai. Beliau telah membuat satu kajian dengan menggunakan 3 jenis modal nilai dalam mengkaji politik nilai dalam seseorang individu. Pertama ialah berkaitan dengan personaliti yang terdiri daripada nilai-nilai asas dalam seseorang manusia contohnya seperti baik hati, budi pekerti, keterbukaan, bertanggungjawab dan sebagainya. Kedua ialah berkaitan dengan sikap ataupun kelakuan seseorang, melalui personaliti seseorang akan membawa kepada amalan sikap untuk amalkan nilai dalam kehidupan. Ketiga ialah berkaitan dengan sikap politik (political behavior). Sikap politik ini akan membawa cerminan kepada kelakuan seseorang iaitu nilai. Ketiga-tiga model ini menghubungkaitkan sikap dan nilai seseorang individu akan membawa kepada sikap pemilihan politik tertentu. Hal ini akan mencerminkan kepada politik nilai dalam seseorang individu.

Seterusnya, menurut Erman dan Möller (2013), politik nilai ini mempunyai pelbagai kefahaman yang tertentu apabila dikaitkan dalam politik. Moral Politics merupakan satu perkara yang dikaitkan dengan nilai moral yang terdapat dalam seseorang individu. Nilai dalam politik ini secara asasnya diamalkan oleh seseorang individu tersebut dan melalui pengamalan tersebut akan membawa mereka kepada arena politik. Segala perkara yang dilakukan dalam politik berdasarkan kepada nilai yang diamalkan dalam diri sendiri. Nilai ini akan membawa kepada political reality iaitu politik yang sebenar dalam seseorang kerana nilai ini dapat menonjolkan ciri-ciri yang yang diamalkan oleh seseorang dalam kehidupannya.

Menurut Yean (2012), persaingan politik moral ini merupakan satu komponen yang perlu diberikan perincian. Chuan menyatakan bahawa politik moral dalam konteks 1 Malaysia telah diterapkan dengan lebih jelas lagi. Konsep 1 Malaysia yang dibawakan oleh bekas Perdana Menteri dahulu telah membawa konsep ini yang boleh dikatakan dapat dilaksanakan. Nilai yang dikaitkan dalam konsep ini merupakan perpaduan (togetherness). Bukan hanya itu dalam konsep ini juga nilai yang menjadi teras utama dalam politik juga telah dikaitkan iaitu nilai berkaitan dengan kesetiaan (Loyalty), penerimaan (Acceptance), Kejujuran (Integrity). Dalam konteks politik nilai perkara utama nilai seperti ini perlu diterapkan dengan lebih mendalam lagi. Sebagai seorang pemimpin nilai seperti ini perlu ada dalam konteks politik kerana rakyat akan lebih percaya (trust) dalam setiap perkara yang dilakukan oleh seorang pemimpin manakala ditambah lagi dengan penerimaan (acceptance). Sebagai seorang pemimpin perlu menerima sebarang perbezaan tetapi tidak semestinya membawa kepada suatu konsep kritikan secara sepenuhnya malah perkara yang baik boleh diterima. Nilai-nilai dalam 1 Malaysia ini membentuk satu bentuk jaringan dalam membentuk perpaduan yang lebih bersatu berteraskan budaya politik nilai ini.

Sládecek (2018) telah menyatakan berkaitan politik moral dan juga kesamarataan atau kesaksamaan antara satu satu lain dalam konteks politik. Penerapan moral dalam politik merupakan satu bentuk realistik kerana dalam konteks politik boleh dikategorikan sebagai konsep realpolitics. Nilai dalam politik ini dikaitkan dengan dua konteks iaitu yang pertama ialah berkaitan moral dalam politik dan juga etika dalam politik. Penjelasan berkaitan moral dalam politik ini merupakan satu sifat yang menyeluruh iaitu ahli politik dalam parti politik perlu mempunyai sikap-sikap yang tertentu supaya rakyat boleh mempercayai mereka. Kedua ialah berkaitan etika (particular communities) ini untuk sesetengah pihak sahaja. Etika ini juga merupakan satu perkara yang biasa diamalkan tetapi apabila moral ada bersama dengan nilai-nilai tertentu, etika semestinya terdapat

(11)

dalam diri seseorang. Nilai hormat-menghormati dalam semua perkara menjadi nilai yang paling penting dan asas untuk pastikan politik nilai ini terus terpelihara oleh ahli politik.

Walau bagaimanapun, Pallikkathayil ( 2010) telah menjelaskan berkaitan dengan konsep atau nilai moral dalam politik. Japa menerangkan bahawa nilai moral ini perlu dijadikan sebagai satu konsep kemanusiaan. Beliau telah mengaitkan dengan teori Kant dalam konsep moral ini. Politik perlukan moral yang baik kerana semuanya diwakili oleh pemimpin yang terdiri dalam parti politik tersebut, perkara utama yang ditekankan dalam ini ialah berkaitan dengan bagaimana nilai moral yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin merupakan cerminan kepada struktur tadbir urus sesebuah kerajaan. Makna yang jelas di sini ialah seorang pemimpin perlu melengkapkan diri dengan nilai moral supaya politik nilai dapat diteruskan dengan baik. Selain itu, Japa juga menerangkan dalam nilai ini hubungan antara manusia memainkan peranan yang sangat penting kerana melalui perhubungan yang baik dapat membentuk satu bentuk jaringan antara masyarakat dengan lebih dekat lagi.

Thiroux dan Krasemann (2012), menjelaskan berkaitan dengan moral dan nasionalisme.

Kedua-dua ini mempunyai satu hubungan yang sangat berkait dengan nilai. Beliau telah menjelaskan moral merupakan satu perkara yang berkait dengan sikap dan etika. Etika mempunyai unsur-unsur baik, buruk, bagus, tidak bagus yang dinamakan sebagai moral sense yang boleh dipelajari dalam diri seseorang individu. Oleh itu untuk membentuk satu nilai terutamanya nilai politik terdapat beberapa elemen moral yang perlu diketahui dengan lebih mendalam lagi. Antaranya ialah moral berkaitan dengan agama (Religious Morality), moral secara semula jadi (Moral and Naturality), moral secara individu (Individual Morality) dan terakhir ialah moral dengan masyarakat (Social Morality).

Pertama ialah berkaitan dengan moral dalam konteks agama. Semua agama mengajar dan memberikan pengajaran yang bersifat baik, memberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dalam kehidupan seseorang. Kedua ialah berkaitan moral secara semula jadi. Hal ini merupakan satu bentuk sikap atau perkara yang secara semula jadi yang dipunyai oleh seseorang individu. Bagaimana individu tertentu mempunyai satu sikap yang diamalkan setiap hari menjadi satu contoh yang jelas. Ketiga ialah berkaitan dengan moral dalam individu tertentu. Setiap individu mempunyai sikap moral yang perlu diamalkan dalam kehidupan mereka. Contohnya budi pekerti, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya.

Akhirnya ialah berkaitan moral dalam masyarakat, jalinan sesebuah masyarakat berdasarkan kepada nilai moral yang terdapat dalam seseorang individu, nilai yang dipamerkan tersebut akan menjadi rujukan atau contoh terdekat dengan masyarakat.

Nilai-nilai moral ini akan membentuk seseorang untuk mempunyai moral dalam setiap nilai yang dilakukannya.

5. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, politik nilai ini merupakan satu perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan merupakan satu perkara yang paling asas dalam kehidupan seseorang manusia. Sesungguhnya, setiap perkara, perlakuan dan juga kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat dinilai dengan satu konteks iaitu nilai. Nilai ini menjadi salah sebuah landasan bagi mengukur tahap seseorang pemimpin dalam konteks kepimpinan. Oleh itu, dalam nilai ini sebenarnya wujud sikap moral yang perlu diamalkan oleh seseorang kerana perkara ini merupakan satu perkara jalinan antara satu sama lain.

Dengan adanya nilai dalam politik, akan menjadi satu contoh yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana semua perkara akan mengalami perubahan

(12)

terutamanya dalam konteks amalan dan juga pemikiran yang tertentu. Asas kepada politik nilai ini ialah individu tersendiri jika dilihat dalam konteks yang lebih luas ialah pemimpin itu sendiri. Amalan nilai ini merupakan satu amalan yang murni dan setiap pemimpin perlu mempunyai nilai yang asas untuk diamalkan sewaktu menjadi pemimpin dan mengajar atau mendidik pengikut untuk mengamalkannya sama juga mengaplikasikan dalam konteks masyarakat. Nilai ini dapat menjadi cerminan kepada masyarakat dalam konteks penilaian perwatakan seseorang individu tersebut.

Penghargaan (Acknowledgement)

Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan kerjasama terutamanya kepada penyelia saya yang sudi membantu dan memberikan idea yang sepatutnya untuk penulisan makalah ini.

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak.

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests)

Penulis melaporkan tiada sebarang konflik kepentingan berkenaan penyelidikan, kepengarangan atau penerbitan kajian ini.

Rujukan

Abdul Manan, A. (2021, Julai 7). Politik idealisme berteraskan nilai. Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/news/582010

Ahmad, B. (2020, December 31).Politik Malaysia ketepikan nilai murni. Malaysia Deadline https://malaysiadateline.com/pendapat-politik-malaysia-2020-ketepikan-nilai- murni/

Astroawani. (2021, September 1). Serapkan nilai murni dalam dasar negara [Video]. Astro AWANI. https://www.astroawani.com/video-malaysia/politik-serapkan-nilai- murni-dalam-dasar-negara-1920794

Bernama. (2009, Mac, 1). Isu moral, politik: Timbulkan kecelaruan nilai?. Mstar.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/03/01/isu-moral-politik- timbulkan-kecelaruan-nilai

Bernama. (2021, Oktober 5). Ahli politik Malaysia makin susut nilai moral - Tok Mat.

Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/872516/ahli-politik- malaysia-makin-susut-nilai-moral-tok-mat

Castells, M. (2008). The new public sphere: Global civil society, communication networks,and global governance. Annals: The American Academy of Political and Social Science, 616(1), 78–93. https://doi.org/10.1177/0002716207311877

Chong, C. (2021, November 15). Anjakan norma politik baharu berasaskan nilai dan

kenegeraan. The Malaysian Insight.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/351139

(13)

Curran, J. P., & Couldry, N. (2003). Global journalism: A case study of the Internet. In N.

Coudlry & J. Curran (Eds.), Contesting Media Power: Alternative Media in a Networked World (pp. 227–242). Rowman & Littlefield.

Degolia, A. (2016). Basic values affect political participation: Comparing six behaviors.

http://www.wpsanet.org/papers/docs/degolia.pdf

Ekiert, G., & Kubik, J. (2014). The legacies of 1989. Myths and realities of civil society.

Journal of Democracy, 25, 46–58. https://muse.jhu.edu/article/535535

Erman, E., & Möller, N. (2013). Political legitimacy in the real normative world: The priority of morality and the autonomy of the political. British Journal of Political Science, 45, 215–233. https://doi.org/10.1017/S0007123413000148

Hurka, S., Knill, C., & Rivière, L. (2018). Four worlds of morality politics: The impact of institutional venues and party cleavages. West European Politics, 41(2), 428–447.

https://doi.org/10.1080/01402382.2017.1380463

Idris, M. R. (2020, Februari 12). Politik baharu perlu berteras jujur, amanah. Berita Harian https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/02/654890/politik-baharu-perlu- berteras-jujur-amanah

Kamil, M. (2021, Julai 12). Malaysia perlu politik nilai menuju PRU-15: Satu agenda nasional. SuaraKeadilan. https://www.suarakeadilan.my/post/malaysia-perlu- politik-nilai-menuju-pru-15-satu-agenda-nasional

Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Nilai. In Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved January 31, 2023, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nilai

Kertzer, J. D., Powers, K. E., Rathbun, B. C., & Iyer, R. (2014). Moral support: How moral values shape foreign policy attitudes. Journal of Politics, 76(3), 825–840.

https://doi.org/10.1017/S0022381614000073

Kortunov, A. V. (2001). Realism and morality in politics.

https://ee.stanford.edu/~hellman/Breakthrough/book/pdfs/kortunov.pdf

Lewis, G. J., & Bates, T. C. (2011). From left to right: How the personality system allows basic traits to influence politics via characteristic moral adaptations. British Journal of Psychology, 102(3), 546–558. https://doi.org/10.1111/j.2044- 8295.2011.02016.x

Ljupco, R. (2017). Morality and ethics in politics in the contemporary societies. Journal of Liberty and International Affairs, 2(3), 83–93. https://e- jlia.com/index.php/jlia/article/view/78

Loh, F. K. W. (2003). Towards a new politics of fragmentation and contestation. In F. K. W.

Loh & J. Saravanamuttu (Eds.), New Politics in Malaysia (pp. 253–282). Institute of Southest Asian Studies.

Loh, F.K.W. (2000). Politik baru di Malaysia?. Siri Syarahan Umum pelantikan profesor.

Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mak Din, H. A., & Stapa, Z. (2016). Penekanan nilai dalam konteks pemilihan kepimpinan politik di Malaysia. Jurnal Tamu, 2, 51–58. https://www.academia.edu/30511939 Mastropaolo, A. (2012). The long build up towards a new politics. Queries, 9, 41–48.

Mohamad, M. (2012, Oktober 22). Mitos politik baru. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my

Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (Eds). (2002). Politik baru dalam pilihan raya umum.Bangi: Penerbit UKM

Pallikkathayil, J. (2010). Deriving morality from politics: Rethinking the formula of humanity. Ethics, 121, 116–147. https://doi.org/10.1086/656041

Pandian, S. (2022a, Jun 26). Mengangkat politik nilai. Sinar Harian.

https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/7970-mengangkat-politik-nilai Pandian, S. (2022b, Ogos). Politik nilai pemacu masa hadapan negara. Dewan Masyarakat,

8, 48-49.

(14)

Saravanamuttu, J. (2003). The middle class factor: Why the Barisan Alternatif failed in Bayan Baru. In F. K. W. Loh & J. Saravanamuthu (Eds.), New Politics in Malaysia (pp.

178–195). Institute of Southest Asia Studies.

Schwartz, S. H., Caprara, G. V., & Vecchione, M. (2010). Basic personal values, core political values, and voting: A longitudinal analysis. Political Psychology, 31(3), 421–452.

https://doi.org/10.1111/j.1467-9221.2010.00764.

Shamsaei, M., & Mahmoudi, A. (2017). The relationship between ethics and politics in the view of Islam and Muslim scholars. International Journal of Environmental and

Science Education, 12(5), 1391–1399.

https://www.researchgate.net/publication/318653095

Sládecek, M. (2018). Political morality and neutrality. Filozofija i Drustvo, 29(3), 401–414.

https://doi.org/10.2298/FID1803401S

Sleat, M. (2016). What is a political value?. Political philosophy and fidelity to reality.

Social Philosophy and Policy, 33(1–2), 252–272.

https://doi.org/10.1017/S0265052516000285

Thiroux, J. P., & Krasemann, K. W. (2012). Ethics theory and practice (5th ed.). Pearson Education.

Westheimer, J. (2008). On the relationship between political andmoral engagement. In F.

Oser & W. Veugelers (Eds.), Getting involved: Global citizenship developmentand sources of moral values (pp. 17–29). Sense Publishers.

Yean, S. C. (2012). Persaingan Politik Moral: Satu Penganalisian Politik Budaya (Contest for Moral Politics: An Analysis of the Cultural Politics of Arts Community in Malaysia). In H. Zuan & R. Hamdan (Eds.), Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi (pp. 25–51). Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Prinsip-prinsip agama yang mendasari pendekatan toleransi ini menunjukkan bahawa toleransi berprinsip mampu menjadi asas sesuatu kerangka nilai dan tindakan di dalam konteks

(iii) Dalam konteks pensampelan penerimaan, apakah dua tujuan untuk menentukan kebarangkalian menerima satu lot yang mempunyai peratusan defektif purata proses (“average

Seterusnya, kaedah butstrap digunakan untuk menguji kewujudan kesignifikanan pengaruh dan sumbangan setiap kriterium. Secara keseluruhannya, nilai R 2 bagi setiap

Nilai-nilai dalam dimensi kepentingan umum menampilkan matlamat yang tidak memfokuskan kepentingan manusia semata-mata (contohnya nilai keindahan alam dan nilai kesatuan dengan

Min adalah purata yang digunakan untuk mewakili satu set nilai-nilai yang diperhatikan.98 Pengiraan min mengambil kira semua nilai data yang dicerap daripada sampel kajian.99

Manakala kajian yang dilakukan oleh Kamil Md Idris (2002) terhadap nilai agama mendapati semakin tinggi nilai agama seseorang itu semakin rendah kepatuhannya dalam

Nilai-nilai J, K dan R adalah input untuk program nilai A mesti dihitung di dalam satu modul, dan nilai B dihitung di dalam modul yang lain. Terangkan langkah-langkah untuk mengkompil

Kenyataan-kenyataan dan fenomena di atas boleh memberi jawapan mudah kepada dua persoalan: Bagaimanakah masyarakat Cina melihat nilai-nilai Konfucianism dalam integrasi