• Tiada Hasil Ditemukan

MADELINE BERMA ABSTRAK Slogan “pertanian adalah perniagaan” merupakan slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sektor pertanian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MADELINE BERMA ABSTRAK Slogan “pertanian adalah perniagaan” merupakan slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sektor pertanian"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) 151-160 ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)

Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009

“PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN” : ANALISIS PENGURUSAN KEWANGAN PKS PERTANIAN DAN ASAS TANI

(“AGRICULTURE IS BUSINESS”: AN ANALYSIS ON THE FINANCIAL MANAGEMENT OF AGRICULTURAL AND AGRO-BASED SMES)

SHAMSHUBARIDAH RAMLEE & MADELINE BERMA

ABSTRAK

Slogan “pertanian adalah perniagaan” merupakan slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sektor pertanian. Salah satu aspek penting kejayaan perniagaan pertanian dan asas tani, adalah aspek pembiayaan dan pengurusan kewangan. Kertas ini bertujuan meniliti kedua-dua aspek ini dengan menganalisis data daripada survei terhadap 237 orang pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pertanian dan asas tani di Malaysia pada tahun 2008. Antara perkara yang dibincangkan dalam kertas ini, termasuk isu-isu pengurusan kewangan, kekaburan (opaqueness) dan profil risiko, serta faktor kejayaan (atau kegagalan) PKS.

Katak kunci: PKS asas tani; pemasaran; prestasi.

ABSTRACT

The slogan ‘agriculture is business’ is a motto that is oftened promoted in an effort by the government to increase the development in the agricultural sector. Two of the important aspects of the success of the agricultural and agro-based businesses, are the aspect of financing and financial management. This paper intends to examine both of these aspects by analysing the data obtained through a survey conducted on 237 of Malaysian agricultural and agro-based SME entrepreneurs in 2008. Among the topics discuss in this paper are the financial management issues, opaqueness and risk profile; as well as the success (or failure) factors of the SMEs.

Keywords: agro-based SME, marketing, performance

1. Pengenalan

Di Malaysia, Kerajaan sedang giat membangunkan sektor pertanian dan asas tani kerana sektor ini berpotensi luas sebagai kuasa penggerak perubahan dalam ekonomi dan persekitaran perniagaan. Kini tumpuan lebih diberikan terhadap pembangunan keusahawan dalam sektor ini. Bangun-jatuhnya sektor ini dikaitkan dengan kemampuan petani dan usahawan-tani (agric-preneurs) membangunkan sektor ini.

Apakah hubungan antara keusahawan dan pertanian? Jawapan kepada persoalan ini mempunyai makna yang mendalam terhadap pemodenan pertanian, bila pengusaha mencari laluan untuk meningkatkan pendapatan. Keadaan harga tidak menentu menyebabkan kaum tani atau pengeluar pertanian terpaksa mencari peluang pendapatan baru. Turun naik harga komoditi sejak belakangan ini memaksa usahawan-tani untuk menjadi pengeluar pertanian moden dan berdaya saing.

(2)

Kertas ini didasari oleh kerangka teoritis yang menjelaskan keusahawan pertanian.

Kerangka ini mengandungi penjelasan mengenai keusahawanan, kemahiran dan kepentingan keusahawan pertanian. Persoalan yang dikupas dalam kerangka teori ini adalah ciri-ciri keusahawan dan kemahiran keusahawan yang perlu dimiliki.

Sebagai permulaan, kertas ini menghuraikan perbincangan mengenai wacana ilmiah mengenai pemikiran mengenai peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara dan kedudukan keusahawan pertanian.

Kepentingan keusahawan di sektor pertanian boleh dikaitkan dengan peralihan paradigma mengenai peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara. Secara tradisinya, sektor pertanian dianggap sebagai sektor tradisional, pasif, tidak produktif dan berfungsi sebagai penggenap kepada sektor industri. Sektor pertanian hanya penting sebagai pembekal input bahan mentah, makanan dan lebihan buruh untuk pembangunan industri. Dalam keadaan yang sedemikian, isirumah yang terlibat dalam sektor pertanian adalah keluarga tani yang terlibat dalam pengeluaran pertanian. Pengeluaran pertanian adalah semata-mata untuk kegunaan sendiri semata-mata; bukan untuk diniagakan. Dalam keadaan sedemikan mereka kurang mengutamakan aspek produktiviti, pemasaran dan teknologi. Mereka bergantung kepada pegawai kerajaan atau agen-agen pengembangan (extension agents) untuk memasar, input dan teknologi.

Kini, keadaan banyak berubah dimana sektor pertanian dan asas tani dianggap sebagai sektor penting untuk pembangunan ekonomi. Sektor ini bukan lagi sektor yang dihuni oleh petani tradisional, tetapi golongan profesional, usahawan dan ahli korporat yang mempunyai kemahiran perniagaan. Peralihan kepentingan sektor pertanian juga menyaksikan kepentingan keusahawan dalam sektor pertanian. Sektor pertanian yang dulunya dicirikan oleh petani miskin, kini menyaksikan kemunculan usahawan-tani yang sentiasa bersaing untuk berjaya daripada segi perniagaan. Pertanian kini merupakan sektor yang boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi jika ia diuruskan secara profesional, daripada aspek kewangan, pemasaran, pembangunan sumber manusia, teknologi, logistik dan rantaian nilai.

Seterusnya, kertas ini menghuraikan prinsip keusahawan. Kertas ini mengakui bahawa adalah sukar untuk memberi definisi tepat mengenai keusahawan. Perbincangan mengenai keusahawan boleh dilakukan dari pelbagai sudut pandangan. Satu sudut pandangan memfokus kepada ciri-ciri individu sebagai elemen penting. Satu daripada ciri usahawan ialah keupayaan untuk mengambil risiko dan mengurus sumber menjadi satu perniagaan yang berjaya dalam jangkamasa panjang. (Verhaar and Hoeve, 1999; Nandram and Samson, 2000;

de Buck, et.al, 2000; Schrapnel and Davie, 2001). Penentu lain keusahawan adalah modal manusia (umur, pendidikan, pengalaman), modal kewangan (modal persendirian, sumber pendapatan), strategi memenuhi permintaan perniagaan (hubungan usahawan dengan pembekal dan pembeli), serta modal sosial serta jaringan dengan usahawan lain (Bosma et al., 2000). Satu lagi aspek penting mengenai keusahawan ialah pengunaan instrastruktur ilmu (Wolfe, 2007) untuk membantu usahawan bertindakbalas terhadap perkembangan terkini dalam dunia perniagaan. Faktor inovasi kini banyak diberi penekanan dalam perbincangan mengenai ciri keusahawan. Elfring (2000) mendefinisikan keusahawan inovatif sebagai keupayaan individu untuk melakukan sesuatu dengan cara berbebeza daripada orang lain.

Kini, aspek inovasi amat diberi penekanan untuk memastikan kejayaan keusahawan.

Sudut pandangan lain pula mengutamakan keusahawan sebagai satu langkah untuk mencapai sesuatu, keinginan untuk mengawal, dan kesedian untuk menanggung risiko dan kemampuan untuk menghadapi keadaan ketakpastian Elfring (2000). Pandangan ini juga memfokus kepada aspek matlamat keusahawan. Keusahawanan dikaitkan dengan kualiti dan aktiviti usahawan, iaitu untuk megenal peluang dan berjaya memanfaatkan peluang yang ada.

(3)

Analisis Pengurusan Kewangan PKS Pertanian dan Asas Tani 153 Menurut pandangan ini, kejayaan menjadi axis mundi dan salah satu matlamat dan wawasan usahawan. Bagi Zimmer dan Norman (1996:52) keusahawanan terhasil daripada sikap disiplin dan sistematik dalam proses mengaplikasikan daya cipta atau kreativiti dan inovasi terhadap keperluan dan peluang dalam pasaran. Ia bukan sahaja mengaplikasikan strategi terhadap ide dan pengetahu baru, tetapi juga produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pengguna.

Boleh dirumuskan bahawa keushawan dalam sektor pertanian dikaitkan dengan kemahiran dan usaha mencari cara serta langkah untuk mencipta dan membangunkan perniagaan ladang yang menguntungkan. Dalam konteks ini, keusahawanan perlu dibezakan dengan kemahiran. Kemahiran, adalah kompentensi yang diperlukan untuk melakukan tugas dan aktiviti berkaitan dengan perniagaan ladang. Ia boleh dibangunkan melalui pembelajaran dan pengalaman. Kemahiran keusahawanan boleh dibangunkan melalui pengalaman dan pembelajaran.

Daripada sudut ilmiah, kemahiran keushawan boleh dibahagikan kepada lima kategori asas, iaitu profesional, pengurusan, peluang, strategik dan jaringan (lihat Jadual 1),Setelah membincangkan definisi keusahawanan dan kemahiran yang diperlukan, seterusnya kertas ini mengariskan kerangkas konsepsual secara grafik hubungan kesemua variabel ini untuk menjelaskan keterkaitan mereka. Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep untuk kejayaan perniagaan pertanian dan asas tani.

Jadual 1: Kemahiran Keusahawanan

Kategori Kemahiran

Profesional Kemahiran pengeluaran (tananam, ternakan)

Kemahiran teknikal

Pengurusan

Pengurusan Kewangan

Pentadbiran

Pengurusan pengguna

Perancangan

Peluang

Mengenalpasti peluang perniagaan

Orientasi pengguna dan pasaran

Kesedaran mengenai ancaman

Inovasi

Pengurusan risiko

Strategik

Menerima dan mengguna maklumbalas

Pemantauan dan Penilaian

Konsepsual

Perancangan strategik

Membuat keputusan strategik

Mencapai matlamat

Jaringan

Bekerjasama dengan petani dan agensi pertanian lain

Membina dan mengeratkan jaringan

Kepimpinan

(4)

Kemahiran kerja berpasukan Sumber: Wolf, Peter de (2007)

Merujuk kepada kerangka konsep dalam Rajah 1, didapati bahawa ciri dan faktor kejayaan usahawan-tani dicorak oleh faktor-faktor persekitaran dan individu. Faktor persekitaran terdiri daripada dua, iaitu antarbangsa dan domestik. Faktor antarbangsa seperti globalisasi, arah aliran perdagangan, pasaran, teknologi, sumber manusia mempengaruhi faktor domestik serta faktor individu. Faktor domestik merangkumi tren ekonomi semasa dalam negara, dasar kerajaan seperti Dasar Pertanian I, II, III serta dasar lain berkaitan, persekitaran perniagaan (kos menjalankan perniagaan, infrasturktur), aspek-aspek kewangan, pemasaran, teknologi, sumber manusia, termasuk program pembangunan perniagaan mencorak. Faktor individu, seperti umur, gender, saiz keluarga, pengalaman, sikap boleh mempengaruhi secara langsung ciri dan faktor kejayaan usahawan-tani. Ia juga mempengaruhi faktor kemahiran usahawan’ kemahiran profesional, pengurusan, peluang, strategik dan jaringan. Gabungan kesemua faktor-faktor ini, merupakan faktor mencorak prestasi usahawan di sektor pertanian.

Rajah 1: Kerangka konsepsual Ciri dan Faktor Kejayaan Usahawan-Tani

Bahagian seterusnya membincangkan hasil kajian terhadap 237 pemilik perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pertanian dan asas tani. Perbincangan ini memfokus kepada

(5)

Analisis Pengurusan Kewangan PKS Pertanian dan Asas Tani 155 aspek pengurusan kewangan, iaitu salah satu kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam seorang usahawan.

2. Analisis Pengurusan Kewangan Dikalangan PKS

Bahagian membincangkan aspek-aspek pengurusan kewangan dikalangan PKS. Sebagai permulaan, kertas ini menghuraikan latarbelakang responden , diikuti dengan analisis pengurusan kewangan dikalangan responden.

Survei telah dilakukan ke atas 237 responden PKS pertanian yang menjalankan kegiatan pertanian sayur-sayuran (77), penanaman bunga (38), penternakan ikan (42), lembu dan kambing (60) dan industri desa (20) dari seluruh Malaysia. Antara faktor yang dinilai untuk menjadikan sektor pertanian ini mempunyai nilai komersil, aspek pengurusan kewangan dikalangan pengusaha dikenalpasti. Kemampuan responden dalam pengurusan kewangan dinilai daripada kemampuan mereka menyimpan rekod kewangan dan pengurusan keluar masuk tunai perniagaan. Ini termasuk kemampuan responden untuk mengurus hutang yang diterima daripada institusi kewangan atau pembekal.

Aspek penting dalam menilai kemampuan pengusaha sektor ini membawa syarikat ke tahap yang menguntungkan juga dianalisis daripada kemampuan pengusaha menyediakan perancangan kewangan. Kesemua aspek tersebut dianalisis untuk memastikan sejauhmana kenyataan tentang kekaburan ciri risiko PKS ini benar dan menjadi penghalang kepada pertumbuhan dan keuntungan firma ( Berger & Udell, 2004). Kertas ini mendapati 68 peratus daripada responden yang mempunyai prestasi yang baik adalah terdiri daripada PKS yang mempunyai keupayaan mengurus aspek kewangan syarikat.

Sebagai langkah untuk membesarkan operasi syarikat, PKS sering bermula dengan sumber dalaman yang diperoleh daripada simpanan sendiri, pinjaman sanak saudara ataupun sumbangan daripada rakan-rakan kongsi. Setelah sumber dalaman berkurangan, PKS perlukan pembiayaan luaran untuk meluaskan operasi mereka. Untuk mendapatkan pembiayaan luar khususnya daripada bank, banyak syarat-syarat pinjaman yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat ini sering membebankan PKS; namun ia merupakan satu cara yang diambil oleh bank kerana PKS sering dianggap bersifat opaque’ atau kabur dari aspek kemampuan mengurus kewangan syarikat.

Antara aspek yang sering dilihat oleh bank atau mana-mana pembiaya luar untuk menimbang permohonan pinjaman bermula daripada kemampuan PKS untuk menyediakan rekod-rekod kewangan. Dengan adanya rekod-rekod kewangan ini pembiaya bukan hanya setakat mampu membuat pertimbangan permohonan; tetapi juga mampu mengurangkan risiko pembiayaan. Pengurusan mudah tunai yang cekap akan memberikan gambaran tentang kemampuan PKS mengurus pembayaran pinjaman, bayaran kredit atas bekalan inventori dan keupayaan PKS untuk membesarkan perniagaan.

3. Analisis Kajian Kemampuan Pengurusan Kewangan Dengan Prestasi

Dalam kajian ini, 230 responden telah dianalisis keupayaan pengurusan kewangan mereka mengikut 4 tajuk utama iaitu; kewujudan simpanan rekod, pengurusan alir tunai, prestasi pinjaman dan kemampuan merancang keperluan kewangan akan datang. Kemampuan pengurusan kewangan PKS dalam kajian ini turut dianalisis mengikut 2 kumpulan besar yang dianggap berjaya dan sederhana kejayaan mereka. Prestasi syarikat akan diteliti juga menurut 2 kumpulan besar tadi. Daripada penelitian aspek pengurusan kewangan ini, perbincangan dibuat tentang faktor-faktor kejayaan PKS.

(6)

3.1. Penyimpanan rekod kewangan

Bila ditanya sama ada mereka menyimpan sebarang rekod kewangan, 85 peratus daripada 230 responden yang disoal-selidik didapati menyimpan rekod-rekod kewangan. Antara penyata kewangan terpenting yang disimpan adalah penyata alir tunai masuk dan keluar. Ini dilihat apabila 88 peratus daripada mereka yang menyimpan rekod, memiliki penyata alir tunai. Rekod pengeluaran dan penerimaan wang dianggap sebagai satu penyata terpenting untuk disimpan dan digunakan untuk memantau keluar-masuk tunai syarikat oleh PKS. Apa yang menarik di kalangan PKS ini adalah, mereka tahu membezakan antara jualan tunai dan hutang. Ini penting kerana jualan yang meningkat setiap hari atau bulan tidak bermakna jika ianya tidak dibayar secara tunai kepada PKS.

Analisis prestasi syarikat juga menunjukkan bahawa 90 peratus daripada syarikat yang mempunyai rekod kewangan adalah PKS yang mempunyai prestasi yang baik sementara 81 peratus daripada PKS yang berprestasi memuaskan turut menyimpan rekod kewangan yang teratur. Dari kalangan PKS yang mempunyai prestasi yang baik, 68 peratus adalah syarikat milik sendiri, 20 peratus adalah syarikat sendirian berhad sementara 12 peratus adalah syarikat perkongsian. Jelas dapat dirumuskan di sini bahawa untuk mendapat prestasi yang baik dan memuaskan, PKS perlu menyimpan rekod kerana ia berkait rapat dengan kemampuan PKS mengurus alir tunai syarikat. Penyata alir tunai turut menjadi antara rekod kewangan terpenting yang disimpan oleh PKS. Rata-rata PKS yang mempunyai prestasi yang baik dan memuaskan adalah PKS yang menyimpan penyata alir tunai tersebut.

Penemuan ini agak bercanggah dengan kebanyakan kajian yang menyatakan bahawa PKS di negara membangun adalah tidak telus tahap penyimpan rekod mereka yang mana akan menyulitkan pihak pembiaya untuk menimbangkan kemampuan bayaran balik pinjaman jika diberikan.

3.2. Pengurusan Alir Tunai Masuk dan Keluar

Hampir 90 peratus daripada PKS yang menjadi responden bersetuju bahawa mereka mengawal tunai yang diterima dan keluar setiap bulan. Namun hanya 38 peratus sahaja yang berjaya menghasilkan lebihan tunai yang positif yang membawa maksud bahawa responden lebih banyak membuat pembayaran tunai berbanding jumlah kutipan jualan yang diterima.

Hanya 15 peratus daripada mereka mempunyai lebihan tunai yang positif berbanding 47 peratus yang tidak pasti sama ada mereka mempunyai lebihan tunai setiap bulan. PKS yang berprestasi baik adalah terdiri daripada syarikat yang mampu mengawal keluar masuk tunai bulanan dengan baik.

Didapati 67 peratus daripada PKS tidak menghadapi masalah untuk mengutip jualan yang telah dibuat. Kemampuan PKS untuk mengurus alir tunai dilihat daripada kemampuan mereka untuk membayar gaji pekerja setiap bulan. 82 peratus daripada responden tiada menghadapi masalah untuk membayar gaji pekerja, 61 peratus mampu membayar kos overhed seperti api, air dan elektrik sementara 59 peratus tidak menghadapi masalah dalam pembayaran bahan mentah kepada pembekal. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa pembayaran gaji pekerja merupakan alir tunai utama bagi PKS. Ini sesuai dengan peranan PKS sebagai pembuka peluang pekerjaan di mana kadar upah merupakan perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan pekerja terus setia berkhidmat.

PKS yang berprestasi baik tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji pekerja, belanja overhed, bahan mentah pembekal. Namun mengutip tunai daripada jualan yang telah

(7)

Analisis Pengurusan Kewangan PKS Pertanian dan Asas Tani 157 dibuat agak mencabar bagi PKS walaupun prestasi mereka adalah baik dan memuaskan.

Mereka tidak mempunyai polisi kutipan yang teratur kerana kebanyakan urus niaga adalah berdasarkan kepercayaan yang lahir daripada jalinan hubungan perniagaan yang telah dibina.

3.3. Kelakuan Pembayaran Hutang Bank

Prestasi pembayaran hutang di kalangan PKS tidak menggalakkan kerana 55 peratus sahaja yang mampu menjelaskan hutang dengan bank, sementara 40 peratus tidak berkecuali yakni tidak pasti sama ada mereka mampu membuat pembayaran pinjaman dan 5 peratus memang tidak mampu untuk membuat pembayaran. Kajian menunjukkan 52peratus daripada PKS yang mampu membuat bayaran pinjaman berjaya untuk menjelaskan faedah dan juga pokok.

PKS yang mampu menjelaskan pinjaman mereka adalah merupakan syarikat yang berprestasi baik dan memuaskan. Sering PKS ini mempunyai aset dan penjamin yang boleh dijadikan cagaran dan jaminan kepada bank untuk pinjaman yang diterima.

Kemampuan sederhana dikalangan PKS untuk membayar pinjaman sama ada faedah mahupun pokok adalah sebahagiannya disebabkan sikap pihak pembiaya yang terlalu berhati- hati dalam memberikan pinjaman. Jumlah pinjaman yang tidak mencukupi dan lewat dikeluarkan adalah akibat daripada syarat pinjaman yang ketat. Dengan jumlah kutipan daripada jualan yang sederhana PKS dan jumlah perbelanjaan yang terlalu tinggi menjadikan bank ragu-ragu untuk meluluskan pinjaman yang besar untuk operasi PKS. Sikap pembiaya yang tidak mahu menanggung risiko bayar balik yang tinggi mengakibatkan mereka mengenakan syarat pinjaman yang ketat yang tidak memihak kepada PKS. Syarat jumlah aset yang mencukupi dan penjamin yang layak menjamin pinjaman sering menyulitkan pengeluaran wang kepada PKS. Ini akhirnya akan mengganggu kelicinan operasi syarikat.

3.4. Kepentingan Perancangan Kewangan

Kajian terhadap data sekunder mendapati bahawa kebanyakan pengusaha-pengusaha PKS terutamanya pengusaha Bumiputera masih menghadapi masalah kekurangan aliran tunai.

Persoalannya ialah: Bagaimanakah masalah ini boleh dielakkan? Salah satu cara ialah dengan melakukan perrancangan kewangan adalah jawapannya. Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Untuk berjaya, PKS perlu mempunyai ilmu perancang kewangan, serta ilmu-ilmu perbankan, pengurusan aliran tunai, pelaburan, pengurusan kredit, hartanah, pemindahan risiko (insurans), cukai dan peninggalan estet.

Satu masalah berkaitan pembiayaan ialah ajaran mengenai pinjaman. PKS sejak dulu diajar untuk tidak meminjam, apatah lagi cara membayarnya. Rata-rata PKS kurang diajar membayar hutang. Ramai daripada PKS menghadapi masalah kerana mereka kurang faham cara wang pinjaman boleh mendatangkan pulangan dengan sendirinya menerusi pelaburan di dalam produk jaminan modal dan kemudahan overdraf. Dividen atau pulangan pelaburan itu pula secara automatik boleh membayar balik pinjaman mereka. Masalah kewangan yang sering melanda PKS, juga timbul disebabkan oleh amalan bank. Kajian Shamshubaridah dan Madeline (2008) menunjukkan bahawa masalah pembiayaan bukan yang dihadapi oleh PKS bukan sahaja berpunca daripada kekurangan dana, tetapi juga akses kepada dana. Kajian juga menunjukkan bahawa institusi kewangan kurang berupaya untuk membantu pengusaha- pengusaha kecil dan sederhana kerana mereka lebih mementingkan rekod pencapaian, semakan kredit dan cagaran ke atas pinjaman sebelum pinjaman diluluskan. Masalah ini berkait rapat dengan masalah “kekaburan” PKS yang menyukarkan bank menghulur bantuan kewangan kepada mereka. Bermakna, pegawai-pegawai bank dan pengusaha PKS perlu

(8)

mempertingkatkan latihan dan pengetahuan mereka mengenai ilmu perancangan kewangan untuk mempermudahkan pinjaman diluluskan.

Berkaitan dengan perancangan kewangan, hasil survei menunjukkan bahawa PKS yang berjaya sering memberi penekanan kepada pertumbuhan syarikat di masa depan. Syarikat sering memandang berat tentang prestasi enam bulan ke belakang; analisis dibuat secara teliti kerana mereka yakin bahawa sebarang pembiaya luar akan menilai permohonan pinjaman setelah melihat prestasi lepas mereka. Namun kajian ini menunjukkan bahawa 53 peratus daripada PKS percaya akan betapa pentingnya rekod prestasi lepas ini. Daripada jumlah tersebut hanya 56 peratus adalah merupakan syarikat berprestasi baik sedangkan 41 peratus tidak pasti sama ada penyimpanan rekod tersebut penting atau tidak.

Didapati 90 peratus daripada PKS merasakan perlu meningkatkan modal untuk membesarkan perniagaan dan 75 peratus bersetuju untuk mendapatkan sumber luaran untuk tujuan yang sama. Syarikat PKS yang ingin membesar tidak lagi mampu untuk menyediakan sumber dalaman daripada simpanan sendiri, hutang pembekal atau pinjaman daripada sanak saudara. Dengan aset yang ada mereka perlu mendapatkan sumber modal luaran yang disediakan oleh institusi-institusi yang telah dibentuk khusus untuk membantu PKS pertanian khususnya. Hampir 92 peratus PKS yang bersetuju tentang pentingnya sumber luaran untuk membesar, adalah merupakan PKS yang berprestasi baik.

4. Penutup

Kertas ini telah membincang aspek-aspek pembiayaan dalam sektor pertanian dan asas tani.

Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya aspek pembiayaan dikalangan PKS dalam sektor pertanian. Jatuh-bangunnya PKS dalam sektor peratanian banyak bergantung kepada kemampuan pengusahanya untuk mengakses pembiayaan serta mengurus kewangannya secara profesional. Aspek penting untuk menjayakan sektor pertanian adalah menaikkan taraf profil PKS untuk beralih daripada satu sektor yang bersifat ‘opaque’ kepada sektor yang lebih telus. PKS perlu dilatih agar percaya akan kepentingan adanya maklumat seperti perancangan kewangan dan pelan perniagaan adalah langkah awal untuk menjadikan sektor ini lebih berjaya. Setelah PKS berjaya menyediakan maklumat, pemantauan pendapatan dan perbelanjaan lebih mudah dilakukan. Ini adalah guna untuk menyediakan mereka untuk mendapatkan pembiayaan dari luar syarikat.

Kerjasama pihak pembiaya adalah antara faktor penting untuk menjayakan sektor PKS.

PKS khususnya dari sektor pertanian tidak lagi boleh dianggap satu sektor yang berisiko tinggi. Peringkat pembiayaan pelbagai perlu diwujudkan melalui kerjasama pihak kerajaan dan swasta. Peranan kerajaan adalah untuk memberikan PKS geran dalam bentuk ‘soft loan’

dan khidmat nasihat dalam bentuk latihan. PKS perlu dilatih untuk menyediakan satu pelan jangka panjang syarikat di masa akan datang, menyediakan rancangan kewangan dan pemasaran. Kemahiran PKS untuk memasarkan keluaran juga perlu diberikan sebagai satu aktiviti khidmat nasihat agensi kerajaan.

Peranan pembiaya swasta seperti bank pula adalah untuk memudahkan keperluan kewangan syarikat. Ini boleh dilakukan melalui syarat-syarat permohonan dan pengeluaran pinjaman tidak terlalu ketat. Syarat yang ketat seperti menyediakan aset berlebihan untuk dicagarkan akan menjejas kelancaran operasi syarikat. Bank mesti melihat PKS sebagai satu sektor yang berdaya maju yang boleh diberikan pinjaman dengan syarat-syarat yang lebih selesa untuk PKS. PKS yang dianggap berjaya dan baik prestasi adalah mereka yang memahami betapa pentingnya untuk mempunyai rekod kewangan. Ini kerana tanpa sistem rekod kewangan yang teratur, PKS yang berjaya ini tidak akan dapat mengesan keluar masuk

(9)

Analisis Pengurusan Kewangan PKS Pertanian dan Asas Tani 159 tunai. Bagi pembiaya luar rekod kewangan mereka digunakan untuk membuat penilaian terhadap keperluan pinjaman PKS dan membentuk syarat pinjaman dan pengeluaran wang.

Sebagai rumusan perlu ditegaskan bahawa Kejayaan PKS bukan sahaja terletak kepada pengurusan kewangan yang baik. Pengurusan kewangan yang baik perlu juga dilengkapi dengan nilai insaniah dan amalan terbaik seperti berikut: amanah, iaitu sifat yang perlu ada pada semua peniaga yang menyakinkan orang lain dalam urusan perniagaan. Disamping itu, pengusaha juga perlu mempunyai nilai integriti yang tinggi. Mereka mempunyai sejarah rekod baik dalam berurusan dan mampu menunjukkan tiada menyelewengan dari perjanjian yang telah dipersetujui. PKS juga perlu memastikan kedudukan kewangannya baik.. Mereka perlu membuktikan kemampuan peniaga untuk mencapai prestasi yang baik dan berpotensi untuk mengekalkannya. Kejayaan juga dicorak oleh wujudnya rancangan perniagaan, pengetahuan dan kemahiran mengenai perniagaan, ICT. Mewujud dan mengekalkan jaringan perniagaan yang baik adalah juga antara faktor penting menjayakan perniagaan. Disamping itu, pengusaha juga perlu memiliki kemahiran mengurus risiko dan berdaya kreatif serta inovatif. Gabungan kesemua faktor ini meningkatkan keupayaan PKS sektor pertanian dan asas tani untuk menghadapi cabaran dan ancaman, serta memanfaatkan peluang dan kekuatan yang ada dalam sektor pertanian di Malaysia agar pertanian dapat menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.

Rujukan

Allen N. Berger & Gregory F. Udell. A More Complete Conceptual Framework for SME Finance . Presentation at the World Bank Conference on Small and Medium Enterprises. World Bank, October 14-15, 2004 Bosma, N., M. van Praag and G. de Wit. 2000. Determinants of successful entrepreneurship. Research report

0002/E. EIM, Zoetermeer, 35 pp

Norman, M. S and T.W. Zimmer. 1996. Entrepreneurship and New Venture Formation. Prentice Hall Publication.

London

Morris, M.H and P.S Lewis. 1995. ‘Determinant of Entrepreneurship Activity: Implication for Marketing’

European Journal of Marketing; xxix:. 31-34

Brockhaus, R.H. and P.S. Horwitz. 1986. The psychology of the entrepreneur. In: D.L.Sexton and R.W. Smilor (eds.), The art and science of entrepreneurship. Ballinger publishing company, Cambridge, pp. 25-48.

Buck, A.J. de, I. van Rijn, N.G. Röling, and G.A.A. Wossink. 2000. Farmers’ reasons for changing or not changing to more sustainable practices: an exploratory study of arable farming in the Netherlands. In: A. de Buck, The role of production risks in the conversion to more sustainable arable farming (thesis), Wageningen University, Wageningen.

Duijzer, D. 1999. The country side of The Hague (in Dutch), LTO-Nederland, Den Haag.

Elfring, T. 2000. Innovative entrepreneurship – Management briefing - (in Dutch). Academic Services, Schoonhoven, 64 pp.

Nandram, S.S. and K.J. Samson. 2000. Succesful entrepreneurship: more a matter of character than of knowledge.

Nyenrode Center for Entrepreneurship, Breukelen, The Netherlands, 242 pp.

Ploeg, J.D. van der. 1999. The virtual farmer (in Dutch). Van Gorcum, Assen.

Ploeg, J.D. van der. M. Ettema and J. Roex, 1994. The crisis – national agriculturaldebate – (in Dutch). Misset, Doetichem, 45 pp.14

Schilden, M. van der and C.H.A. Verhaar. 2000. A concept of modern entrepreneurship in Dutch horticulture. In:

J.P. Ogier (ed.), Proc. of the XIVth. Int. Symp. On horticultural economics. ISHS, Leiden, pp. 439-447.

Schrapnel, Marilyn and Jim Davies. 2001. The influence of personality in determining farmer responsiveness to risk. In: Journal of Agricultural Education and Extension, vol. 7, no. 3, pp. 167 – 178.

Verhaar, C.H.A. and A. Hoeve. 1999. Mega-enterprises in Dutch agriculture (in Dutch). Stoas Research Wageningen, 149.

(10)

Wolf, Peter de. 2007. General Introduction. in Wolf, Peter de and Schoorlemmer, Herman (eds.) Exploring the Significance of Entrepreneurship in Agriculture. Report submitted to the Research Institute of Organic Agriculture FiBL. European Union.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ini bermakna kepadanan yang tinggi antara strategi perniagaan dan system perakaunan pengurusan strategik memberikan kesan positif terhadap prestasi kewangan bagi syarikat

Berikut adalah maklumat yang diambil daripada rekod kewangan Syarikat ABC Berhad dan syarikat subsidiarinya bagi tahun

O-9 Rekod perakaunan dan rekod lain-lain juga jadual yang diperlukan oleh Akta telah disimpan dengan baik oleh Syarikat dan anak syarikatnya yang mana kami telah bertindak

pembangunan pertanian bersepadu, Pelaburan pertanian yang berasaskan konsep tersebut dikatakan merupakan satu pelaburan pertanian yang boleh memaksimakan pulangan dalam

Pelaburan pertanian yang berasaskan konsep tersebut dikatakan merupakan satu pelaburan pertanian yang boleh memaksimakan pulangan dalam jangkamasa yang pendek.. Atas sebab di

Hakikat yang menunjukkan bahawa sektor-sektor pertanian dan perkilangan berasaskan pertanian mempunyai rantaian badapan dan rantaian belakang yang kuat dibandingkan

Implikasi dasar yang boleh disimpulkan adalah pertukaran gunatanah pertanian kepada gunatanah bukan pertanian telah menyebabkan petani terkeluar dari sektor pertanian yang selama

Implikasi dasar yang boleh disimpulkan adalah pertukaran gunatanah pertanian kepada gunatanah bukan pertanian telah menyebabkan petani terkeluar dari sektor pertanian yang selama