• Tiada Hasil Ditemukan

MITI DAY 2018 OBJEKTIF KESELURUHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MITI DAY 2018 OBJEKTIF KESELURUHAN "

Copied!
21
0
0

Tekspenuh

(1)

MITI DAY 2018 OBJEKTIF KESELURUHAN

Tujuan MITI Day 2018 diadakan adalah untuk mempromosi peranan serta fungsi MITI dan agensi-agensi di bawah MITI kepada pelanggan serta orang ramai. MITI Day 2018 juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara MITI serta agensi dengan orang ramai dan mempamerkan fungsi MITI dan agensi yang meliputi segenap aspek di dalam kehidupan seharian. Program MITI Day 2018 adalah berkonsepkan mesra rakyat dan outcome-based fokus kepada sektor perkhidmatan. Julung kalinya National Services Sector Summit 2018 akan diadakan sempena MITI Day 2018. Program kali ini dibahagikan kepada empat (4) konsep utama iaitu Konsep Seranta (Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Antara peranan MITI serta agensi adalah :

i) Merancang, menggubal serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan industri, perdagangan antarabangsa serta pelaburan;

ii) Menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara;

iii) Meningkatkan produktiviti serta kompetensi negara di dalam sektor pembuatan

IMPAK KESELURUHAN

Antara impak MITI Day 2018 kepada masyarakat adalah :

i) Pelanggan dan masyarakat akan lebih mengenali fungsi serta peranan MITI dan agensi;

ii) Mengurangkan jurang di antara agensi kerajaan serta rakyat, selaras dengan pendekatan kerajaan yang berteraskan perkhidmatan kepada rakyat; dan

iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sektor perkhidmatan dalam Negara.

(2)

SENARAI PROGRAM

Antara pengisian program yang terdapat di dalam MITI Day 2018 adalah seperti berikut :

Seranta (Outreach)

i) Pavilion MITI & Agensi;

ii) Pameran Automotif oleh MAI;

iii) SafeCar@MITI oleh MAI;

iv) Program Catur Bestari oleh SME Bank dan JCorp.

Peluang Pekerjaan

v) Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka oleh MIDA;

vi) Resource Management in Automotive Sector oleh MAI.

Keusahawanan

vii) Kapsul Usahawan & Saham oleh Bahagian Keusahawanan Bumiputera &

PKS MITI;

viii) Taklimat ‘Boost Application’ oleh Axiata.;

ix) Passage to International Business: #SrikandiGlobal oleh MATRADE;

x) Enterprise Improvement Programme – “Lebih Cekap, Lebih Jimat” oleh MPC;

xi) MIDF Tea Talk “Industrial Revolution – Aspiration and Reality” oleh MIDF.

Pembangunan Sektor Perkhidmatan

xii) Pameran Perkhidmatan & PKS

xiii) Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti oleh MITI;

xiv) Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018 bersama YB Menteri oleh MITI.

(3)

RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM

PAVILION MITI & AGENSI

Objektif

Pavilion MITI & Agensi akan menampilkan booth pameran oleh setiap agensi di bawah MITI. Pengunjung akan berpeluang melihat success stories MITI dan agensi yang fokus kepada pembangunan sektor perkhidmatan akan dipaparkan di setiap booth serta boleh berinteraksi secara terus dengan pegawai yang bertugas di setiap booth bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh setiap agensi.

Pihak Terlibat

Pameran ini akan melibatkan penglibatan MITI dan setiap agensi di bawah MITI iaitu MATRADE, MIDA, MIDF, MPC, MAI, SME CORP, serta SME BANK.

Di samping menampilkan agensi-agensi di bawah MITI, Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) dan Unit e-Commerce juga akan mempunyai booth pameran masing-masing untuk dikunjungi orang ramai.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Foyer Lobi, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

Pavilion MITI & Agensi ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2018.

Anggaran Pengunjung 9,000 orang (sepanjang hari)

(4)

PAMERAN KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN MIDA

Objektif

1. Menyediakan platform untuk pencari pekerjaan mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat tempatan dan GLC;

2. Menyalurkan maklumat berhubung berkenaan peluang latihan industri yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat kepada pelajar-pelajar tahun akhir universiti, politeknik, kolej vokasional dan lain-lain institusi pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang kursus;

3. Sebagai program untuk meningkatkan pemahaman masyarakat berhubung fungsi MITI dan agensi dan sebagai inisiatif Kerajaan dalam menangani isu pengganguran.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Dewan Perdana 2, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

i) Jobseekers; dan

ii) Pelajar universiti tahun akhir yang bakal bergraduat

Jobseekers digalakkan untuk berpakaian kemas dan membawa resume terkini kerana temuduga terbuka juga akan dijalankan.

Penglibatan

Dianggarkan sekitar 30 syarikat multinasional dan tempatan dari sektor perkhidmatan dan pembuatan akan terlibat sebagai exhibitor yang menawarkan lebih 3,578 peluang kerjaya di pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan yang melibatkan pelbagai peringkat terutamanya eksekutif dan professional. Antara syarikat yang akan menyertai pameran ini adalah YCH Logistics, Sony EMCS

(5)

(Malaysia) Sdn Bhd, Oncogen Pharma (Malaysia) Sdn Bhd, Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.

Impak

i) Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan MITI dan MIDA serta impaknya terhadap masyarakat yang merangkumi penyelesaian kepada masalah pengangguran; dan

ii) Peluang untuk meluaskan jaringan di antara jobseekers, syarikat multinasional dan tempatan membincangkan peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada

(6)

CATUR BISTARI

OBJEKTIF

Catur Bistari adalah satu permainan mendidik ilmu dan amalan perniagaan untuk belajar berdikari. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan peserta. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan perniagaan berlandaskan nilai-nilai Islam. Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan masyarakat bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.

LATAR BELAKANG DAN PENGISIAN

Pertandingan Catur Bistari merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh SME Bank dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) disertai oleh pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Permainan ‘CATUR’ adalah merupakan percaturan atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri ketajaman akal dan bertindak dengan kebijaksaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan. Manakala ‘BISTARI’ adalah cantuman dan ringkasan kepada ungkapan ‘Bisnes Untuk Berdikari’.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menarik minat dan pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.

i. Terbuka kepada pelajar;

ii. Bagi memupuk minda keusahawanan dan menarik minat untuk berniaga;

iii. Belajar ambil risiko;

iv. Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan;

v. Mengambangkan jaringan usahasama;

vi. Menanam semangat berbinaga untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.

KAEDAH PELAKSANAAN

Sebelum memulakan permainan seorang juruwang atau jurubank akan dilantik terlebih dahulu. Tugas juruwang ini adalah untuk mengawal permainan dan urusan kewangan. Bilangan peserta yang diperlukan adalah seramai 4 – 6 orang.

Setiap peserta akan bermula dengan tunai (duit permainan) di tangan sebanyak RM5,000.00. Bagi memulakan permainan, setiap peserta akan memilih ‘gundu’

masing-masing sebagai simbol dan 1 buah catur digunakan untuk mengetahui jumlah petak perjalanan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah aset yang

(7)

dimiliki iaitu jumlah wang tunai dan nilai perniagaan serta jumlah mata sumbangan amal yang disumbangkan.

KUMPULAN SASAR

Pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 09.30 – 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Sumber

Menara MITI, Kuala Lumpur

Pihak Terlibat

SME Bank dan JCorp

(8)

National Services Sector Summit (NSSS) 2018

Objektif

Matlamat utama penganjuran program National Services Sector Summit (NSSS) 2018 adalah untuk membincangkan trend dan peluang yang berubah, dan mencadangkan langkah-langkah untuk berdepan dengan cabaran terkini dalam memperkasakan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia.

Sesi perbincangan panelist bersama beberapa tokoh dan pemain industri perkhidmatan tempatan di dalam sektor perkhidmatan dirancang untuk menghasilkan satu set idea-idea baru dalam agenda pembagunan sektor perkhidmatan yang selaras dengan agenda Industri 4.0 (i4.0) negara.

Semasa penganjuran program NSSS 2018 ini, satu rangkaian booth pameran oleh pemain industri perkhidmatan terkemuka di Malaysia akan turut diadakan. Para pengunjung program MITI Day 2018 dan jemputan NSSS 2018 akan berpeluang untuk melihat dan berinteraksi melalui pelbagai pameran yang menarik dengan tema #MYServices4ward oleh agensi dan pemain industri terkenal di Malaysia.

Pihak Terlibat

Program NSSS 2018 ini akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri perkhidmatan Malaysia, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018. Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti MIDA, SME Corp, MIGHT dan MdeC terlibat sebagai penganjur bersama sesi-sesi perbincangan khas sub- sektor perkhidmatan seperti Industri Kreative, Animasi, Penyiaran, Inovasi Digital dan sebagainya.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 & 27 Februari 2018 (Isnin & Selasa) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Foyer Lobi, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

(9)

Kumpulan Sasaran

Program NSSS 2018 ini mensasarkan para ahli dan pemain industri perkhidmatan di Malaysia, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, wakil-wakil daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.

Anggaran Pengunjung

500 orang (pelbagai siri program NSSS 2018)

RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM SESI PANEL 26 FEBRUARI 2018

1) Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti

Objektif

Matlamat utama sesi ini ialah untuk membincangkan trend perubahan dan kemunculan peluang-peluang baru dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran bagi memantapkan agenda pembangunan industri kreatif, penyiaran, animasi dan permainan video di Malaysia.

Sesi ini dijangka akan mengupas topik-topik seperti pembangunan kandungan yang berkualiti, seni persembahan bagi muzik, filem dan drama, reka bentuk dan animasi dan juga aspek pengiklanan. Para panelist yang dipilih adalah terdiri daripada tokoh- tokoh dan pemain industri terkenal untuk mengupas dan menghasilkan satu set idea- idea baru bagi memperhebatkan dan merakyatkan industri kreatif ini. Selain itu, para ahli panel juga dijangka akan mengupas berkenaan peluang-peluang untuk mempertingkatkan lagi sumbangan industri ini kepada ekonomi negara melalui program-program mengekspot bakat dan penawaran perkhidmatan ke pasaran luar negara bersandarkan kepada kemampuan anak-anak muda tempatan.

Pihak Terlibat

Sesi Panel Industri Kreatif, Penyiaran, Animasi dan Permainan Video akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri ini, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai

(10)

yang mengunjungi program MITI Day 2018. Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti SME Corp dan MdeC akan terlibat sebagai penganjur bersama sesi ini.

Moderator

Datuk Dr. Hafsah Hashim (CEO, SME Corp.) Panelists

i. Mr. Wan Hazmer (CEO, Metronomik Studio);

ii. Mr. Edmund Chan (Managing Director, Animasia Studios); and

iii. Datin Paduka Shuhaimi Baba (Managing Director, Pesona Pictures Sdn.

Bhd.) Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Perdana 1, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur Kumpulan Sasaran

Sesi ini mensasarkan para ahli dan pemain industri industri kreatif, penyiaran, animasi dan permainan video tempatan, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, wakil-wakil daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.

Anggaran Pengunjung 500 orang

2) Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018

Objektif

Matlamat utama sesi ini ialah untuk membincangkan trend perubahan dan kemunculan peluang-peluang baru dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran bagi memantapkan agenda pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia. Secara khususnya sesi ini dijangka akan mengupas topik-topik seperti berikut:

i) Trend, pembangunan, dan perubahan lanskap perdagangan sector perkhidmatan

(11)

ii) Cabaran yang dihadapi berasaskan kepada persekitaran Volatality, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity (VUCA);

iii) Memperkasakan PKS di dalam program eksport dan penyediaan persekitaran yang mesra kepada pembangunan start-ups;

iv) Cabaran perdagangan berasaskan teknologi digital dan e-commerce;

v) Program pambangunan modal insan yang berkaitan perdagangan, promosi eksport dan kredit; dan

vi) Senarai harapan daripada pemain sektor perkhidmatan kepada Kerajaan.

Pihak Terlibat

Sesi ini akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri perkhidmatan Malaysia, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.

Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti MIDA, SME Corp, MIGHT dan MdeC terlibat sebagai penganjur bersama sesi-sesi perbincangan khas sub-sektor perkhidmatan seperti Industri Kreative, Animasi, Penyiaran, Inovasi Digital dan sebagainya.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 3.30 petang – 5.00 petang Tempat : Dewan Perdana 1, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur Kumpulan Sasaran

Program NSSS 2018 ini mensasarkan para ahli dan pemain industri perkhidmatan di Malaysia, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, wakil-wakil daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.

Anggaran Pengunjung 500 orang

(12)

PAMERAN AUTOMOTIF

Objektif

Tujuan pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai halatuju sektor automotif di masa hadapan serta sebagai satu platform bagi memperkenalkan teknologi terkini dalam memangkin industri automotif di dalam negara.

Pihak Terlibat

Pameran ini akan melibatkan kerjasama diantara MITI dan Malaysia Automotive Institute (MAI).

Disamping itu pameran ini turut mempamerkan autonomous dan electric car (TESLA) beserta penglibatan PROTON dan PERODUA bagi mempromosikan kenderaan nasional. Pameran ini juga turut mengetengahkan industri- industri berkaitan seperti pameran 3D printing dan virtual reality (VR).

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Foyer Kapsul, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

MINI AUTOSHOW ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2017.

Anggaran Pengunjung 9,000 orang (sepanjang hari)

(13)

MOCK NEGOTIATION SESSION

Objektif

Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).

Memberi pendedahan dan gambaran kepada para pelajar bagaimana sesuatu rundingan perdagangan ekonomi dijalankan.

Pihak Terlibat

Puspanita MITI dan Bahagian Rundingan Strategik.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 – 11.30 pagi

Tempat : Bilik Bunga Raya (Aras 31); dan Bilik Saffron (Aras 31)

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

100 Pelajar IPT yang dijemput.

(14)

PASSAGE TO INTERNATIONAL BUSINESS : #SRIKANDIGLOBAL

Objektif

Objektif seminar adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman, cabaran dan penerokaan pasaran antarabangsa oleh dua (2) usahawan wanita yang telah berjaya sebagai pengeksport.

Menampilkan Prof Dr. Norayati Abdul Majid, CEO Hana Medic Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan peralatan perubatan dan produk penjagaan kesihatan yang kini telah mengekpsort ke Myanmar, Macau serta mempunyai pejabat operasi di Dubai.

Turut menampilkan usahawanita yang menjadikan e-commerce sebagai platform untuk mengeksport ke luar negara, Cik Jenn Low, pemilik Wanderlust Sdn Bhd yang mengeksport barang kemas (fashion jewelry) secara atas talian. Pasaran yang telah diterokai termasuk USA, UK dan Australia.

Moderator

Pn. Rashidah Othman Panelists

i. Prof. Dr. Norayati Abd Majid (CEO, Hana Medic Sdn Bhd) ii. Jenn Low (Founder Wanderlust Sdn Bhd); and

iii. Dr. Aishah Tul Radziah (Founder Dr Aishah Solutions Sdn Bhd)

Pihak Terlibat

Warga MATRADE, Strategic Partners MATRADE Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Kapsul MITI

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

Usahawan wanita yang berminat menerokai pasaran eksport dan pelajar kolej/

universiti yang dijemput melalui fakulti dan pensyarah.

Anggaran Pengunjung 200 orang

(15)

SAFE CAR@MITI DAY

Objektif

SafeCar@MITI DAY merupakan satu platform MAI untuk mencapai & menggalakkan pelan strategik NAP 2014. MAI akan menganjurkan taklimat berserta dengan

demontrasi penggunaan peralatan keselamatan dengan cara yang betul.

Pihak Terlibat

Program ini akan melibatkan kerjasama di antara Malaysia Automotive Institute(MAI) bersama PROTON dan PERODUA.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : Kapsul MITI, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

SafeCar@MITI DAY ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2017.

Anggaran Pengunjung 200 orang

(16)

RESOURCE MANAGEMENT IN AUTOMOTIVE SECTOR

Objektif

Taklimat ini merupakan salah satu usaha MAI dalam mempromosikan program- program modal insan(IPC, AICE dan Apprentiship) yang dilaksanakan bagi memperkasakan keboleh pasaran pelajar serta pekerja didalam industri automotif.

Pihak Terlibat

Taklimat ini akan melibatkan kerjasama diantara MITI dan Malaysia Automotive Institute (MAI).

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : Bilik seminar 2,

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

Taklimat Resource Management In Automotive Sector ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2017.

Anggaran Pengunjung 200 orang

(17)

KAPSUL USAHAWAN MITI & AGENSI

Objektif

1. Memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran (usahawan, para pelabur Bumiputera, orang awam) mengenai perkhidmatan dan bantuan keusahawanan yang disediakan oleh MITI

2. Menyediakan platform untuk penyebaran maklumat dan perkongsian idea 3. Menyediakan platform dan saluran yang terbaik untuk jalinan kerjasama di

antara MITI dan industri di dalam agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

4. Berkongsi kejayaan dan pencapaian program-program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh MITI dan agensi-agensi di bawah MITI.

Latar Belakang dan Pengisian

1 Kapsul Usahawan MITI & Agensi dengan tema #roadtoglobalchampion2020, mempromosikan program dan aktiviti berkaitan pembangunan usahawan Bumiputera dan PKS yang dilaksanakan oleh MITI dan agensi-agensi di bawah MITI.

2 Dengan menggunakan konsep pavilion, ianya akan menempatkan ruang dan aktiviti seperti berikut:

a) Entrepreneur 101 iaitu penyediaan 5 buah point informasi untuk penyaluran maklumat secara one-to-one kepada pengunjung:

 Point Usahawan Start-Up (SME Corp)

 Point Pembiayaan SME (SME Bank/MIDF/MIDA)

 Point Pembangunan Kapasiti (SDSI/GroomBig/SME Bank/MAI)

 Point Eksport (GEB (Galakan Eksport Bumiputera) – MATRADE)

 Point Pencapaian Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera(PEB) MITI 2017 & Saham MITI

b) Kuiz Usahawan yang menawarkan 20 hadiah berbentuk hamper. Antara soalan yang akan diajukan adalah mengenai perkhidmatan ditawarkan oleh MITI dan Agensi serta agensi kerajaan lain yang berkaitan.

c) Showcase usahawan di bawah program Pembangunan Kapasiti Vendor (VDP) yang terlibat dalam sektor perkhidmatan.

d) Pelbagai aktiviti tarikan pengunjung

(18)

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

 Pelajar/graduan

 Usahawan bumiputera dan bukan bumiputera;

 Vendor bumputera (VDP); dan

 Orang Awam / pengunjung MITI Day 2018

Anggaran Pengunjung 500 orang (sepanjang hari)

(19)

TAKLIMAT ‘BOOST APPLICATION’

Objektif

Untuk menyebarkan maklumat mengenai ‘Boost Application’ yang merupakan aplikasi e-wallet yang dibangunkan oleh Axiata Digital eCode Sdn Bhd. Penggunaan aplikasi ini akan dapat membantu meningkatkan penggunaan ICT di kalangan PKS.

Pihak Terlibat

Axiata Digital eCode Sdn Bhd

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tempat : Kapsul MITI

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

Sesi Taklimat Bersama Axiata ini terbuka kepada PKS dan orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2018.

Anggaran Peserta 100 orang

(20)

ENTERPRISE IMPROVEMENT PROGRAMME “Lebih Jimat, Lebih Cekap”

Objektif

Sesi ini mendedahkan maklumat kepada usahawan mengenai Penjimatan Kos Operasi dan pengurusan perniagaan yang lebih cekap serta berkualiti melalui Skim Peningkatan Produktiviti Enterprise (SPPE).

Pihak Terlibat

Usahawan dalam industri berikut : i. Agro-food

ii. Chemicals and Chemical Products iii. Electrical and Electronics

iv. Machinery and Equipment v. Retail and F&B

vi. Tourism

vii. Private Healthcare viii. Professional Services ix. ICT

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 3.00 ptg – 4.00 ptg Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Jumlah sasaran peserta seminar 150 hingga 200 peserta

(21)

MIDF AFTERNOON TEA TALK

– INDUSTRIAL REVOLUTION – Aspirations and Realities

Objektif

Membincangkan berkenaan aspirasi-aspirasi penggalak atau pendokong revolusi industri tempatan dan cabaran-cabaran dalam mencapai aspirasi-aspirasi tersebut.

Menampilkan ahli-ahli ekonomi tempatan yang akan membincangkan berkenaan polisi-polisi yang mendokong aspirasi-aspirasi tersebut di samping langkah-langkah atau cadangan dalam menangani cabaran-cabaran yang telah wujud atau bakal menghalang dalam mencapai aspirasi yang dikehendaki.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.30 – 5.30 petang Tempat : Kapsul, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Cadangan Pelaksanaan:- Moderator:

1. Megane S.C. Soo, National President, SMITA Malaysia Panelists:-

1. YBhg Datuk Stevan C M Wong, Deputy Chief Executive, Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia.

2. Haji Burhanuddin Md Radzi, Managing Director of Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

Kumpulan Sasaran

Usahawan-usahawan, ahli-ahli akademia dan terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day 2018.

Anggaran Peserta

150 orang (4.30 petang sehingga 5.30 petang).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Faktor-faktor Kesedaran Terhadap Perpustakaan Digital di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Kajian ini mendapati bahawa lebih daripada dua pertiga responden

Oleh itu, tanaman pokok kurma harus di usahakan secara meluas melalui kerjasama dan bantuan dari agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat swasta yang mana buah kurma tempatan ini

Kritikan ini mendapati bahawa graduan yang keluar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia ini tidak dapat memenuhi keperluan pasaran industri adalah

Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan ragbi institusi pengajian tinggi di Johor untuk mendapatkan cara terbaik bagi memotivasikan

Mengikut Teori Jaringan Sosial, sekiranya institusi tidak memperlihatkan hubungan dengan agensi-agensi lain atau hanya menjalinkan pertalian jaringan dengan pihak

• Bagi memudahkan kementerian/agensi membuat perancangan dan permohonan projek pembangunan, Kementerian akan dimaklumkan siling bayangan untuk setiap rolling plan.

Dasar ini hendaklah menjadi rujukan asas kepada Pegawai Arkib, Pegawai Rekod Jabatan dan Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam

Adalah menjadi harapan agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat memberikan emolumen dan royalti yang tinggi