• Tiada Hasil Ditemukan

SENADI BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NOV 2019BIL. 18

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SENADI BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NOV 2019BIL. 18 "

Copied!
28
0
0

Tekspenuh

(1)

ISSN 1985-9392 BIL. 16

SENADI BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NOV 2019BIL. 18

ISSN 1985-9392

The National University of Malaysia

ALUMNI

UKM

(2)

IR. DR. NAZRUL ANUAR NAYAN

Pengarah

Pusat Perhubungan Alumbi (ALUMNI-UKM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera alumni

hebat dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alhamdulillah diucapkan kerana dengan izin-Nya Majalah SENADI bilangan ke-18 berjaya diterbitkan dengan bantuan daripada semua pihak terutamanya para alumni UKM, fakulti dan kolej kediaman. Pusat Perhubungan Alumni UKM

(ALUMNI-UKM) secara rasminya berusia setahun 3 bulan sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang sepenuhnya

berkhidmat berkenaan hal ehwal perhubungan alumni. Kami sebagai satu pasukan yang kukuh, berusaha untuk terus bergerak bagi memastikan hubungan antara UKM dan alumni sentiasa kukuh.

Banyak aktiviti bersama alumni telah disusun agar hubungan baik tersebut dapat dicapai dan dimanfaatkan kedua-dua pihak iaitu alumni dan universiti. Antara program yang terkini adalah Program Kejohanan Bola Tampar Alumni Veteran Universiti Awam (AVUA) 2019 dan Wahana Ilmu.

AVUA 2019 telah mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari kalangan alumni UKM, tetapi juga sokongan dan apresiasi dari Universiti – Universiti Awam yang terlibat dalam program AVUA 2019 ini. Hasil dari program ini,

ALUMNI-UKM dapat bertemu alumni dari pelbagai Universiti Awam serta mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain.

Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke- 47 ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah rasmi bergelar sebagai alumni setelah menuntut ilmu selama tiga hingga lima tahun di UKM. Selamat maju jaya di masa yang akan datang . Akhir kata, saya berharap agar para alumni terus bersemangat untuk bersama-sama barisan pentadbiran UKM dalam usaha memastikan UKM sederap terkehadapan. UKM dan alumni berpisah tiada!

ISSN 1985-9392

SENADI

BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ALUMNI UKM



   

    

­    € ‚ 

­ ƒ

„ …†

­    € ‚ 

­ ƒ

„ …†

­     ‡  

„ ‚   

„   

(3)

PROF. DATO’ IR. DR. OTHMAN A. KARIM

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih utuh berdiri dan terus terkehadapan melang- kaui jangkaan. Bagi menggerakkan program – program alumni yang dirancang agar lebih efektif dan tersusun, saya menyeru agar para alumni dapat mengemaskini data peribadi melalui Sistem Maklumat Alumni UKM. Ini akan membolehkan pihak UKM menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua alumni yang dihormati. Universiti Kebangsaan Malaysia sangat mengalu – alukan kerjasama, sokongan dan keterlibatan para alumni dalam sebarang aktiviti yang akan dianjurkan oleh UKM.

Peranan alumni di luar sana memberikan impak yang penting iaitu sebagai Duta UKM di dalam menzahirkan dan juga memperlihatkan kehebatan dan keunggulan UKM bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan di persada antarabangsa. Pihak universiti amat berharap agar alumni UKM dapat kembali ke kampus untuk mencurahkan bakti dalam pelbagai bentuk termasuklah daripada segi kepakaran, perkongsian pengalaman, bantuan kewangan dan sebagainya.

ISSN 1985-9392

SENADI

BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ALUMNI UKM

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar UKM yang bakal bergelar alumni UKM pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke- 47. Segala usaha memaksimakan peranan alumni kepada universiti ini bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan yang erat di

kalangan alumni tetapi memantapkan hubungan bersama pihak UKM. Kami mendoakan agar alumni UKM akan terus menempa lebih banyak kejayaan di dalam bidang masing-masing dan secara tidak langsung akan mengharumkan nama universiti serta membakar semangat mahasiswa baharu untuk berjaya seperti alumni mereka.

Salam Alumni Hebat!

(4)

CERITA ALUMNI 1

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH

PELANTIKAN SEBAGAI URUSETIA ALUMNI-UKM

2

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN

KE PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA

ALUMNI-UKM 3

KURSUS ROBOTIK

ALUMNI UKM SARAWAK

4

WAHANA ILMU

Bersama En. Adi Efendi

(Liku – Liku Perjalanan Seorang Usahawan)

6

TAHNIAH ALUMNI 8

TAKZIAH ALUMNI 9

VETERAN UNIVERSITI AWAM 2019 (AVUA’19)

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ALUMNI 10 PERJUMPAAN IKATAN

KETUA ALUMNI UKM INDONESIA

12

MAJLIS MAKAN MALAM

PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PERUBATAN UKM 2019

14

KARYA ALUMNI

AKU RINDU KUALA LUMPUR

CERITERA UKM DI HATIKU

15

MAJLIS MENGGAMIT 16

MEMORI KALI KE-7

18

CARA SUMBANGAN ALUMNI 20

CENDERAMATA ALUMNI 21

PENCAPAIAN UKM 22

IKLAN ALUMNI 23

KANDUNGAN M/S

(5)

Alumni Hebat UKM iaitu Encik Lau Seng Yee (FSKK 1990) telah pulang ke UKM sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2019/2020 UKM pada 5 September 2019 yang lalu. Beliau

merupakan Senior Executive Vice President, Tencent Holdings Ltd dan juga Ahli Lembaga Pengarah, Khazanah Malaysia Berhad.

Beliau banyak berkongsi ilmu mengenai ekonomi digital dan pengalaman beliau mencipta kejayaan di luar negara kepada pelajar-pelajar baharu. Beliau menyatakan kepada semua pelajar bahawa semua perlu tahu siapa diri diri kita, kenapa kita berada di UKM dan dimana kita akan berada pada masa akan datang. Beliau berpesan kepada para pelajar supaya sedia berbakti kepada negara tercinta. Dalam perkongsiannya, beliau menceritakan walaupun beliau daripada keluarga yang susah, namun akhirnya mampu menggenggam segulung Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walau telah lama meninggalkan UKM, namun lagu keramat UKM iaitu Ilmu Mutu dan Budi tetap beliau ingat hingga sekarang.

Itulah salah satu aspek yang membuatkan beliau berjaya hingga sekarang.

Beliau juga banyak menceritakan tentang Fourth Industrial Revolution (4IR).

Beliau sering mengingati asal usul beliau walau dimana beliau berada. Kejayaannya sekarang patut dibanggakan dan dicontohi oleh semua pelajar UKM. Beliau sering dijemput untuk menghadiri persidangan ekonomi dunia, forum dan banyak lagi.

Oleh itu, komitmen, ketelitian dan cinta kepada kerja, nilai murni dan tingkah laku yang baik adalah aspek yang penting untuk berjaya.

SY LAU

Beliau juga menyatakan “love what you love, love what you do” ketika syarahan beliau.

Kata-kata tersebut merupakan pegangan

beliau sehingga menjadikan beliau seorang

yang berjaya seperti sekarang. Akhir sekali

beliau berpesan kepada semua pelajar UKM

untuk berkhidmat dan berbakti untuk negara

tercinta.

(6)



Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Sebagai Urusetia Alumni UKM telah diadakan pada 19 September 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Aras 5 Bangunan Pusanika UKM. Majlis ini dihadiri oleh 20 orang pelajar dari pelbagai Fakulti yang telah dipilih oleh Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar fakulti masing-masing. Pelajar-pelajar yang telah terpilih ini dilantik sebagai urusetia alumni yang akan membantu kerja-kerja Pusat Perhubungan Alumni seperti menganjurkan program dan sebagainya.

Mereka juga berkongsi pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi memantapkan lagi apa jua program yang akan datang. Pusat Perhubungan Alumni berharap dengan pelantikan ini, ia akan dapat membantu pelajar-

pelajar UKM meningkatkan kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program.

   

 

(7)

Pada 4 Julai 2019 (Khamis), Pusat

Perhubungan Alumni UKM telah

menganjurkan Program Lawatan Kebajikan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia. Pusat jagaan ini terletak di Kajang, Selangor dan menempatkan seramai 70 orang penghuni lelaki dan wanita. Penghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah ini terdiri daripada kalangan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), mualaf dan juga bekas-bekas pesakit hospital.

Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari wakil Pusat Jagaan Al-Fikrah dan Ir. Dr. Nazrul Anuar Bin Nayan,

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM dan seterusnya penyerahan sumbangan berjumlah dua ribu ringgit.

Sumbangan tersebut dikumpul dari kakitangan pejabat Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni serta alumni UKM. Inisiatif

tanggungjawab sosial ini juga turut disertai oleh alumni UKM. Warga UKM dan alumni yang hadir turut berkesempatan

berbual-bual dengan penghuni pusat jagaan ini yang sememangnya mesra.

Semoga sumbangan yang telah

diberikan dapat membantu Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan diharap kehadiran UKM dapat menggembirakan penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

    

­

€  ‚  ƒ‚ 

(8)

‚ ‚   €  

Pusat Khidmat ADUN N.27 Sebuyau dan Alumni UKM Sarawak telah

menganjurkan Kursus Robotik selama 15 hari yang berakhir pada 20 Julai 2019. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Majlis Guru Besar dan Pengetua Zon Sebuyau dan

Sebangan. Seramai 72 orang pelajar sekolah dan 28 orang guru dari 19 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah (SMK Sebuyau) telah menyertai kursus yang

dibahagikan kepada tiga sesi ini.

Menurut En. Adenan Bukra, wakil Alumni UKM Sarawak, kursus jangka pendek

pengaturcaraan robot seumpama ini adalah yang pertama kali dilaksanakan untuk

pelajar-pelajar sekolah rendah di Sarawak.

Kebanyakan program robotik lain yang pernah diadakan lebih berbentuk

pertandingan. Majoriti peserta yang dipilih oleh pihak sekolah masing-masing adalah dari kalangan pelajar-pelajar kaum Melayu dan Iban.

Selama 5 hari, peserta dan guru-guru telah dilatih memahami konsep pemikiran

komputasional, membina permainan komputer menggunakan pengaturcaraan Scratch, pembangunan sistem lampu isyarat dan penggera keselamatan menggunakan mikropengawal Arduino, pemasangan robot mBot serta pengaturcaraan mBlock untuk mengarahkan robot melakukan tugasan.

Kursus ini diakhiri dengan pertandingan robotik yang menggunakan penderia penjejak garisan serta ultrabunyi untuk menamatkan pusingan di dalam arena.

Presiden Alumni UKM Sarawak, YB Datuk Julaihi Haji Narawi amat teruja dengan

pencapaian pelajar-pelajar luar bandar ini dan beliau berhasrat untuk mengembangkan lagi program STEM sebegini dengan penganjuran pertandingan robotik diperingkat negeri. Ujar beliau lagi, pendedahan awal kepada robotik dapat melahirkan ramai jurutera yang mahir di masa hadapan. Tahniah Alumni UKM Sarawak!

„

(9)

…

‚ ‚   €   

(10)

Pada 1 Oktober 2019 (Selasa), Pusat

Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) telah menganjurkan sebuah Program Wahana Ilmu dengan

mengundang alumni hebat UKM iaitu En. Adi Efendi. Beliau adalah seorang pengacara majlis, pelakon, personaliti tv, dan juga penceramah motivasi yang handal. Program ini dihadiri oleh 50 orang pelajar dari pelbagai fakulti. Beliau berkongsi tentang liku – liku kehidupan beliau dari awal ketika beliau bergelar seorang peguam sehingga menjadi seorang usahawan dan juga seorang pengacara yang berjaya.

Kisah hidup beliau sangat memberi

semangat kepada pelajar agar lebih bersedia untuk menempuhi cabaran dunia pekerjaan yang akan datang. Kerjayanya sebagai seorang pengacara ini telah dijadikan sebagai peluang untuk memperluaskan kerjayanya juga sebagai usahawan.

Beliau turut mengadakan kelas pengacaraan dan sebagainya bagi bakat-bakat muda yang ingin menjadi pengacara yang berjaya seperti beliau.

Dari kisah yang beliau sampaikan berkenaan pengalaman dan

keusahawanan, banyak ikhtibar yang dapat para pelajar ambil untuk kehidupan masa akan datang.

 

†

     ­ € ‚ ƒ „

(11)

‡



(12)

ˆ

 



(13)

‰

Š 



(14)

7.30 PAGI 17 OGOS 2019

DEWAN GEMILANG, UKM BANGI

‹

… … †‡ˆ‰ … Šˆ‰

   €      ‚ 

Pada 17 Ogos 2019, Pusat

Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) telah berjaya menganjurkan buat kali kedua Kejohanan Bola Tampar Alumni Veteran Antara Universiti Awam Malaysia 2019 (AVUA’19). Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan

Gemilang UKM Bangi. Kejohanan kali ini telah berjaya menarik penyertaan daripada 11 buah pasukan dan pada tahun ini, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Senior dan Master.

Pasukan yang terlibat terdiri daripada pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra

Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Johan AVUA’19 bagi kategori Master telah berjaya diraih oleh pasukan dari Universiti Teknologi MARA dan tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan Universiti Utara Malaysia. Bagi kategori Senior pula, Johan AVUA’19 berjaya disandang oleh pasukan dari Universiti Teknologi MARA manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Universi- ti Sains Malaysia.

AVUA’19 siri kedua ini telah

mendapat maklum balas dan sambutan yang sangat baik. Selain menjadi

medium untuk merapatkan hubungan antara alumni universiti awam, AVUA’19 juga berjaya mencapai objektifnya untuk memastikan alumni aktif bersukan dan bersenam.



(15)
(16)



‚ 

Sabtu, 28 September 2019 – Pusat

Perhubungan Alumni Universiti

Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) telah menganjurkan sebuah sesi

Pembentangan Aktiviti, Perbincangan dan Pewujudan Ikatan Keluarga Alumni (IKA) UKM Indonesia di Swiss-Belhotel Airport Jakarta, Indonesia. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar dan Alumni UKM (TNC HEPA), Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Pengarah Pusat

Perhubungan Alumni UKM dan Dr. Azahan Awang, Ketua Hal-Ehwal Siswa & Alumni Pusat Kembangan Pendidikan.

Turut hadir bersama iaitu alumni-

alumni UKM dari Indonesia diantaranya Dr.

Ruslan Ramli dari Makassar, Prof. Dr. Tulus, M.SI dari Medan, Dr. M. Ihsan Dacholfany dari Lampung, Encik Bahren Nurdin

perwakilan Jambi, Dr. Adib Fuadi Nuriz dari Ponorogo, Prof. Fachri Bey perwakilan Jakarta, Puan Cut Erika Ananda perwakilan Jakarta dan Puan Dini Bahraini Sinulingga perwakilan Jakarta.

‚  ‚  ‚  ‹

(17)

­

Agenda utama majlis ini adalah

menubuhkan Ikatan Keluarga Alumni (IKA) UKM Indonesia yang menyatukan ketua- ketua persatuan/ikatan alumni setiap provinsi/daerah. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, TNC HEPA dan Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar. Majlis diteruskan dengan pembentangan oleh setiap ketua atau wakil Ikatan Keluarga Alumni UKM Indonesia mengenai sejarah dan juga aktiviti yang mereka jalankan.

Seterusnya, Dr. Azahan Awang

menerangkan tentang pakej insentif yang akan diberikan kepada ikatan alumni Indonesia sekiranya dapat

mempromosikan UKM sebagai tempat pengajian bagi pelajar dari Indonesia.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan

pemilihan ahli jawatankuasa protem Ikatan

Ketua Alumni UKM Indonesia dengan

melantik Prof. Muhammad Zilal Hamzah

sebagai Presiden, Prof. Fachri Bey sebagai

wakil Presiden, Cut Erika Ananda sebagai

Setiausaha dan Dini Bahraini Sinulingga

sebagai Bendahari. Dengan penubuhan

Ikatan Keluarga Alumni (IKA) UKM Indonesia

ini, pihak Pusat Perhubungan Alumni UKM

berharap agar alumni UKM Indonesia dapat

bergerak aktif antara mereka dan sentiasa

berhubung baik dengan universiti.

(18)

„

Majlis Makan Malam Alumni

Perubatan UKM 2019 (anjuran kumpu- lan 1994) telah diadakan dengan jayanya pada 28 September 2019 (Sabtu) bertempat di Everly Hotel Putrajaya. Ianya diadakan dengan tujuan untuk meraikan pencapaian dan

sumbangan dari alumni perubatan UKM. Tema pakaian untuk majlis ini ialah pakaian

tradisional. Antara tetamu yang menghadiri majlis ini ialah YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli, Timbalan Menteri

Pembangunan Usahawan, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM, Prof.

Dato’ Dr. Razman Jarmin, Presiden Persatuan Doktor Perubatan UKM (PDPUKM) dan Prof.

Datuk Dr. Mohammad Abdul Razak, Presiden Majlis Alumni UKM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyerikan majlis seperti persembahan Caklempong dari MRSM Tun Ghafar Baba dan Bicara Presiden Majlis Alumni UKM dan Mantan Presiden PDPUKM yang pertama. Sumbangan dari kumpulan alumni 1994 ini diserahkan pada penghujung majlis kepada Naib Canselor UKM yang diiringi oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM dan Presiden PDPUKM. Majlis berakhir dengan sesi ramah mesra dan

fotografi. Semoga hubungan yang erat antara alumni UKM dan universiti kekal selamanya.

‚  ‚     

‚ € ‚ 

†‡ˆ‰

(19)

… CERITERA UKM DI HATIKU

Tawaran UKM sudah diterima Terpesong sudah bidang di impi Redha dan tawakal mengurus terma Fikiran melayang mencuka diri

Giat laku di kolej dan fakulti

Bilik beradu pilihan sendiri Itulah cara kepuasan diri

Setiap semester ‘Roomate’ tak berganti

Nasyid dan bowling menjadi nadi Kolej Keris Mas menjadi saksi FSSK tempat menuai bakti

Kepimpinan mahasiswa cuba ku terokai

Program bersama badan kebajikan Menuntut jua ilmu kemasyarakatan Johor dan Pahang menjadi sasaran

Menelusuri kehidupan bersama rakan taulan

Orang Asli antara kajian ku

Bersama rakan seperjuangan ke Sungai Gabai Menyelesaikan tugasan sampai termangu Tidur di lokasi langsung kami abai

Susah senang tidak ku hirau

Beroda dua temani di jalanan Gerimis guruh masih terjangkau

Mengemis sebingkis ilmu buat kehidupan

Soal cinta sering menerjah

Membahagi masa wajib tersepadan Berusaha supaya ia terpisah

Akademik dan cinta tergabung jangan

Teman dan taulan berbisik ceria Berdamping demi perjuangan tersisa Mengorak langkah bersama-sama Mewujud suasana indah tercinta

Tarikh 23 Oktober 2012 tersemat di dada Saat terlerai amanah dan impian yang terlaksana 3 tahun menuntut mengejar cita

Akhirnya tergapai segulung Sarjana Muda

Kenangan kekal terpahat kini Menggamit kenangan tidak terperi

Masih terkenang saat dianugerahi Hingga kini tersemat di hati

‹

 †‡ˆ†„



(20)

Langkah wanita separuh baya itu terhenti seketika di depan pintu kamar yang ia tuju. Tangannya dalam posisi siap mengetuk pintu namun terhenti begitu saja ketika pelan tapi pasti terdengar isak tangis dari dalam. Tidak cukup yakin dengan apa yang ia dengar, ia tempelkan kupingnya ke daun pintu untuk meyakinkan bahwa yang sayup-sayup ia dengar adalah tangis bukan nyanyian atau suara televisi. Ternyata benar ia yakin itu adalah tangis. Tangis si sulung, Nancy Shaliza. Semakin lama semakin terdengar dan semakin menyesakkan dada. Ada apa gerangan?

”Izaa...”, dipanggilnya halus dan lembut diiringi tiga kali ketukan di daun pintu. Lama tidak terdengar suara dari dalam. Suara tangis tiba-tiba hilang, namun tidak ada sahutan hingga diulanginya lagi beberapa kali dan beberapa ketukan.

”Iya Ma...tunggu sebentar”, suara gadis itu dari dalam sambil berlari menuju kamar mandi.

”Kok lama jawab panggilan mama tadi. Yuk makan, papamu udah nungguin dari tadi tuh di meja makan. Kamu gak lapar?”, wanita itu penuh curiga melangkah ke dalam. Mencari-cari suara tangis yang baru saja menghilang tiba-tiba. Diam-diam ia perhatikan mata dan wajah anak tersayang. Tidak ditemukan sisa-sisa tangis di situ.

”Tak de Ma, Iza belum lapar. Tadi dah makan kat kedai ” sahut gadis manis itu dalam Melayu yang kental.

”Dah diisi dah borang semalam ?” tanya wanita itu juga dalam bahasa Melayu yang santun. Namun yang ditanya tidak menjawab malahan mengalihkan pandangan ke sebuah map biru yang ada di meja riasnya. Sang mama pun mengerti apa maksud anak gadisnya itu. Ia menuju dokumen itu sambil duduk di kursi hias yang ada di hadapannya. Sekilas ia melihat di cermin pantulan wajah yang ternyata tidak lagi muda. Dulu cermin itu masih sangat bahagia menerima gambar wajahnya yang ayu dan cantik. Kini wajah itu mulai di makan usia, menipis. Tapi cermin itu agaknya beruntung karena tetap tidak kehilangan orang-orang cantik yang ada di hadapannya silih berganti. Dulu seorang Susan Mohd. Khalil, si dosen muda nan rupawan, dan sekarang, Nancy Shaliza yang tak mau kalah cantik dari sang mama. Wanita paruh baya itu membuka map yang berisikan beberapa formulir di dalamnya sembari memperhatikan satu per satu kolom-kolom yang terisi. Kemudian keningnya berkerut, semakin memperjelas kerutan yang ada di mukanya.

”Iza...ini yang kesekian kalinya kamu lupa mengisi tempat kelahiran kamu. Kenapa harus selalu mama ingatkan?. Yang lain sudah terisi semua”, tanya sang mama tanpa melihat puterinya yang duduk di tepi tempat tidur sambil menimang-nimang ponsel.

”Bukan lupa, Ma. Tapi...”

”Tapi kenapa, sayang?”, sambung wanita itu agak curiga. Gadis itu seakan tidak berani melihat mamanya. Kepalanya semakin menunduk. Ia sekuat tenaga menahan air mata. Tapi sang mama ternyata mengetahuinya juga.

”Ada apa, Iza? Mengapa kamu tidak suka menulis tempat lahirmu sendiri dalam formulir apa pun selama ini. Dan...?” kalimat itu menggantung.

”Cukup ma...! Asal Mama tahu, ini kesalahan sejarah. Dan Iza benci menuliskannya” sambung gadis itu setengah berteriak dan semakin tidak terkontrol. Tidak ada air mata tapi Iza mulai terisak.

Wanita di hadapannya pun mulai kebingungan. Mengapa masalah menuliskan tempat lahir saja membuat anak sulung itu menangis sedemikian rupa. Apa yang salah dengan tempat lahirnya? Ia berdiri dan mendekat hendak memeluk sang buah hati. Namun belum sempat ia lakukan, Iza telah terlebih dahulu beranjak menuju jendela yang masih terbuka. Magrib sudah berlalu dibawa malam.

Iza berdiri menghadap jendela menembus hitam malam yang sedikit diterangi rembulan. Matanya nanar menatap entah apa yang ia tatap. Air matanya mulai ia hapus dari pipi halusnya. Wajahnya nan jelita seakan tak terima ada air mata di sana. Lambat ia lanjut bicara.

”Iza benci menulis nama itu. Iza benci! Itu kesalahan Mama. Kesalahan sejarah, Ma” ucapnya tanpa melihat sang ibu yang sekarang duduk di pinggir tempat tidur empuk itu.

”Apa yang salah dengan menuliskan ”Kuala Lumpur?” Mengapa kau membenci Kuala Lumpur? Bukankah ini negerimu sendiri?” tanya sang mama tak mengerti

”Mengapa Kuala Lumpur? Tidak London?” tanya Iza berbalik

“Apa?”

“Ya, Iza benci Kuala Lumpur. Iza sedih jika harus menuliskannya di setiap formulir. Karena Iza tahu seharusnya Iza punya kesempatan untuk menulis “London” di formulir itu.” jawabnya masih melihat jauh keluar sana seolah-olah ia ingin terbang menuju kota impiannya itu, London.

“Apa maksudmu?” mamanya semakin tak mengerti

”Andai saja mama dan papa mau membuatkan sejarah manis hidup Iza yang membanggakan dan sedikit mau berkorban, Mama tidak akan pulang waktu umur kandungan Mama lima bulan. Mama akan melahirkan aku di kota London. Bukankah Mama yang sering bercerita betapa indahnya kota itu. Betapa besar dan menawan. Betapa orang-orang di sana gagah dan cantik.

Kehidupan mewah dan megah. Tapi mengapa Mama tidak mau melahirkan aku di sana. Mengapa harus Kuala Lumpur. Mengapa Ma..?”

Aku Rindu Kuala Lumpur

 Œ ‚   †‡ˆˆ„

  ­

Ž     ‚ ­

†

(21)

Wanita yang mulai menua itu mulai mengetahui letak persoalan sang puteri. Ia kemudian tersenyum, sedikit getir. Dia pun mulai memutar balik sejarah hidupnya. Bak me-replay rekaman video, semua perjalanan hidup itu tampil kembali. Lima tahun hidup di negara Pangeran Charles itu untuk menuntut ilmu ditemai suami tercinta. Namun pada saat lima bulan mengandung anak pertama ia memutuskan untuk kembali ke tanah air tercinta Malaysia.

”Iza, sayang...” sang ibu menuju anak gadisnya yang masih saja mematung di depan jendela. Sambil mengusap rambut panjang sang anak.

”apa bedanya? Di Kuala Lumpur atau di London kau terlahir, tetap saja dirimu kan? Apa jika kau lahir di London membuat badanmu lebih besar dari sekarang? Sama saja, nak.”

”Tidak ma. Pasti berbeda. Kalo Iza lahir di London mungkin orang-orang tidak akan memanggilku Iza, tapi Nancy...”

”Apa bedanya? Apalah arti sebuah nama? Apa pun namamu kau tidak bisa merubah dirimu. Aku masih tetap Mama mu. Prof.

Dr. Nazlim Jalaluddin Abd. Halim adalah papamu. Di manapun kau dilahirkan, siapa pun namamu, apapun kau dipanggil”. Jelas wanita itu sambil menarik nafas panjang.”kau harus bangga dengan negerimu sendiri, nak. Kau harus bangga dengan Kuala Lumpur-mu.

Untuk apa kau harus bangga dengan London, tempat tinggal orang-orang yang telah menjajah datuk-datuk mu.” lanjutnya.

”aku tak peduli, Ma. Aku hanya ingin orang lain salut dan menghormatiku ketika membaca tempat lahirku, ”London”. Mereka akan menganggap aku hebat karena aku dilahirkan di luar negeri. Orang-orang juga akan bertanya tentang mama dan papa. Mereka akan tau kalau mama dan papa itu orang hebat punya anak yang dilahirkan di luar negeri, apalagi kota London. Iza inginkan itu ma” sambil memeluk mamanya.

”Iza..., sudah puluhan tahun Mama belajar dan mengajar tantang penjajah dan penjajahan. Tidak ada yang dapat kita banggakan dari negeri penjajah itu, nak. Penjajah tetaplah penjajah seberapa baiknya mereka sekarang terhadap kita yang pernah dijajahnya. Hati penjajah sampai kapan pun tetap busuk. Tidak ada sama sekali yang dapat kita banggakan dari mereka...” jawabnya lembut tapi penuh sinis yang membara.

”Tapi mama sendiri belajar ke sana dan bangga ngoceh dalam Bahasa Inggris. Apakah itu tidak bagian dari kebanggan Mama?” anak gadis itu nampaknya mulai membuka mata. Yah, dia tahun ini akan masuk universitas walau baru hendak mengisi formulir

pendaftaran.

Mendapat jawaban itu membuat orang tua itu seakan tersentak sadar, anaknya sekarang tidak lagi anak kecil. Ia sudah pandai membuka mata untuk melihat dunia selain negerinya. Ia mulai dipengaruhi segala macam media yang menyuguhkan keunggulan negara Barat dan Eropa. Negara yang dulu tempat ia menempa ilmu. Walau dengan itu pula membuat ia sangat membenci

negera-negara penjajah itu. Dengan ilmu yang ia dapat, ia jadi tahu betapa kejam para penjajah. Dengan ilmu itu ia tahu para penjajah telah banyak merampas negerinya, merampas sejarah, merampas kebenaran. Para pahlawannya disebut kriminal. Para pejuang kemerdekaan mereka sebut penjahat. Hanya penjajah yang mampu membolak balikkan fakta. Menjungkir balikkan kenyataan.

”iya, Mama belajar di sana. Justru karena Mama belajar di sana makanya Mama tahu. Mama tahu mereka itu semua jahat dan penghianat. Anakku, banggalah dengan negeri ini. Jujur Mama katakan, waktu seumurmu Mama pernah bangga dengan

negara-negara itu. Tapi tidak sekarang. Mama tidak pernah bangga dengan New York, London, Paris, Amsterdam, dan sebagainya.

Mama bangga memiliki Kuala Lumpur, Jakarta, Bandar Sribegawan, Bangkok, dan negara-negara serumpun lainnya. Mama tidak ingin kesalahan Mama terulang lagi pada anak Mama. Itu janji Mama”

”kesalahan apa, ma?”

”Bangga kepada negeri yang telah menjajah nenek moyang kita adalah sebuah kesalahan. Kesalahan besar”

”tapi Iza gak peduli. Bukankah mereka memang lebih hebat dari kita. Dari negara kita, negara-negara asia? Coba Mama tonton tivi, lihat di internet, baca di koran. Semua bicara kehebatan mereka.”

”Siapa yang bilang mereka lebih hebat? Bohong. Semua itu bohong, sayang. Jika memang mereka lebih hebat dan memiliki segalanya, mengapa mereka datang ke bumi nusantara ini untuk meminta rempah-rempah. Mengapa mereka membawa harta kekayaan nenek moyang kita. Mengapa mereka merampas minyak di Timur Tengah. Itu bukti mereka tidak punya apa-apa. Kita yang memiliki apa-apa. Kesalahan bangsa kita, Bangsa Terjajah cuma satu yaitu terlalu jujur dan baik hati. Sementara mereka terlalu jahat dan penghianat.”

”Tapi itu kan dulu, ma? Zaman penjajahan. Sekarang kita kan sudah merdeka” sela gadis itu

”Dulu dan sekarang penjajahan itu tetap ada, sayang. Keinginanmu menuliskan ”London” di dalam formulir itu juga bentuk penjajahan. Penjajahan pemikiran. Pemikiranmu, seperti dulu juga mama waktu muda, yang dijajah mereka. Yang muda memang lebih mudah dijajah. Mereka buat negera mereka eksotik di dalam setiap kepala kita. Padahal sebenarnya omong kosong”

”tapi...”

”Oke,..” potong wanita itu. ”Mama akan tunjukkan semua kenenaran itu. Mumpung masih libur sambil menunggu panggilan dari universitas, Mama akan ajak kamu keliling eropa. Kamu boleh saksikan sendiri dengan matamu.”

”Apa..? keliling Eropa? Gak salah ni ma?” Gadis itu seakan meloncat-loncat kegirangan mendengar tawaran Mamanya.

”Upss..tapi dengan satu syarat.”

”apa pun syaratnya, akan Iza penuhi ma. Bantu Mama masak satu bulan juga mau” sambungnya ceria.

”Oke, syaratnya cuma satu, kita harus mengunjungi setiap musium. Mama akan tunjukkan isi musium itu adalah harta benda kekayaan nenek moyangmu. Setuju?”

”Siap boss.” jawabnya sambil mencium pipi mamanya kuat kuat. ”I love you, Mom.” sambil melompat-lompat di atas tempat tidurnya kegirangan. Mimpinya akan segera tertunaikan. Mimpi mengunjungi negara-negara hebat sebagaimana tertanam di dalam benaknya selama ini. Mimpi yang belum tentu mimpi.

Melihat anaknya kegirangan, wanita itupun melangkah meninggalkan kamar itu.

”ups... isi tempat lahirmu di formulir itu dan besok langsung antar ke bagian pendaftaran mahasiswa. Ok. Mama tidak mau lagi melihat bagian itu kosong.” kata sang Mama sambil melangkah meninggalkan kamar itu. Ada keyakinan yang kuat dalam hatinya.

Anak-anak negeri ini hanya belum mengerti saja betapa hebatnya negeri ini dari berbagai hal. Sangat yakin, suatu saat nanti anak-anak bangsa Melayu ini akan berkata dengan bangga ’Aku rindu Kuala Lumpur’”. #bhn#.

Malaysia, 16 Februari 2009

‡

(22)

   

Kumpulan Alumni 1972-76 UKM

secara tidak formal telah ditubuhkan pada tahun 2013. Inisiatif penubuhannya telah diambil oleh Tan Sri Alimuddin bin Mohd Dom, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pengarah Pelajaran di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mahasiswa dan

mahasiswi pengambilan 1972 ini merupakan kohort ketiga bagi UKM, yang ketika itu berpusat di Jalan Pantai Baru Petaling Jaya.

Pada waktu tersebut, terdapat 3 fakulti yang terdiri daripada Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Pengajian Islam. Mahasiswa dan mahasiswi pula terdiri daripada

pelajar-pelajar berkelulusan STPM yang datangnya dari semenanjung Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei.

Diantara objektif penubuhan kumpulan alumni UKM ini adalah untuk merapatkan semula sillaturrahim yang telah lama terputus setelah meninggalkan kampus sejak tahun 1976 disamping dapat berkongsi pengalaman dan menyalurkan maklumat sesama rakan sekuliah dahulu. Semenjak penubuhannya pada tahun 2013, beberapa pertemuan 'Majlis Menggamit Memori' telah diadakan seperti berikut:

• 2013- Di Maktab Perguruan Lembah Pantai

• 2014 -Di Hotel Flaminggo Kuala Lumpur

• 2015- Di UKM

• 2016- Di Dewan Bahasa dan Pustaka

• 2017- Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)

• 2018- Di Maktab Perguruan Lembah Pantai

• 2019- Di Restoren Satey Samuri, Kajang

ˆ

‹ ‘

(23)

Alhamdulillah, setiap perjumpaan yang diaturkan mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli alumni. Pelbagai pengalaman dan kisah hidup dikongsi bersama untuk dijadikan teladan dan iktibar.

Mereka juga turut berkongsi kegembiraan dan bangga apabila ada diantara mereka yang telah menerima pengiktirafan yang tinggi dalam profesion masing-masing, contohnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Professor Emeritus Dr. Laili Din, dan ramai lagi. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Program Ziarah Jejak Kasih telah diadakan seperti menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan doa selamat, menziarahi rakan-rakan alumni yang uzur atau kematian. Kehadiran dan

sumbangan ikhlas berbentuk kewangan yang diberi sudah tentu dapat

mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

Adalah menjadi harapan kami agar lebih ramai lagi sahabat-sahabat dari alumni 72 UKM yang akan turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan, 'bulat air kerana

pembentung bulat manusia kerana muafakat'.

    ‹ ‘

Penulis : Jamelah Mansor

‰

(24)

BAGAIMANA ALUMNI

BOLEH MEMBANTU

ALMA MATER?

KEWANGAN SUMBANGAN

1 TABUNG ENDOWMEN ALUMNI

2 TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR ALUMNI

3 TABUNG MOBILITI PELAJAR ALUMNI

4 TABUNG KOMPLEKS ALUMNI

BERKONGSI ILMU

& KEMAHIRAN MELALUI PROGRAM WAHANA ILMU

MEMBERI MOTIVASI &

INSPIRASI MELALUI PROGRAM INSPIRASI ALUMNI

PELUANG PEKERJAAN/

LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR UKM

MENYERTAI PROGRAM/

AKTIVITI ANJURAN UNIVERSITI

SUKAN

KESUKARELAWAN KEMASYARAKATAN

MENJADI DUTA

KEPADA UNIVERSITI

Berminat untuk menyumbang?

Hubungi Kami

Laman Web : Facebook : Email : No. Tel :

MAJLIS REUNION

MEMPERKENALKAN UKM KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPROMOSIKAN UKM KEPADA

MASYARAKAT TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

1 2

3 4

facebook.com/UKMalumni

ukm.my/alumni alumni@ukm.edu.my 03-8921 5163

SUMBANGAN

BUKAN KEWANGAN

 ‹

(25)





https://bit.ly/2IMNotq

UNTUK PEMBELIAN SILA IMBAS QR CODE

ATAU PERGI KE PAUTAN BERIKUT :

(26)

 

(27)

  ­

BRANCHES :

Kuala Lumpur

No. 19-1, Tingkat 1,Jalan Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel: 03-91728480 FAX: 03-91734806 E-mail: kl@indasiasecurity.com.my

Perak

No. 266A, Jalan Gopeng, Gunung Rapat, 31350Ipoh, Perak. Tel/Fax: 05-3112723 E-mail:perak@indasiasecurity.com.my

Terengganu

Lot PT 32595, Rumah. Kedai Tepoh, Jalan Kelantan,21060 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6621467 Fax:09-6621460 E-mail: terengganu@indasiasecurity.com.my

Kedah

1) No. 138 Tingkat 2, Kompleks Alor Setar, 05100 AlorSetar, Kedah. Tel / Fax: 04-7346737 E-mail: kedah@indasiasecurity.com.my

2) No. 41Tingkat 2, Lorong Seri Berlian 1, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah Langkawi, Kedah.

Tel / Fax: 04-9671011 E-mail: langkawi@indasiasecurity.com.my

Sabah

Lot No.80 DKKK No.17, 2nd Floor ,Blok K, Sadong Jaya, Karamunsing, 88300 KotaKinabalu, Sabah. Tel: 088-231422 Fax: 088-233422 E-mail: sabah@indasiasecurity.com.my

Pahang

Tingkat 1, No. C- 329, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang. Tel / Fax: 09-2902053 E-mail: pahang@indasiasecurity.com.my

Melaka

No.2-13A,Jalan Kerambit 2, Bandar Baru Sg Udang, 76300 Melaka. Tel / Fax:06-7640395 E-mail: melaka@indasiasecurity.com.my

Selangor

No.45A, Tingkat 1, Jalan Klang Banting, Taman Halijahton 42500 Telok Panglima Garang, Selangor Tel:03-31220559 Fax: 03-31227408 E-mail: selangor@indasiasecurity.com.my

Negeri Sembilan

No. 451-1, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai 2, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7640395 E-mail: n9@indasiasecurity.com.my

Johor

No. 12 Tingkat 1, Jalan Pesona 2, Taman Pesona, 86000 Kluang, Johor. Tel/Fax: 06-7760453 E-mail: johor@indasiasecurity.com.my

With Best Compliments from

INDASIA SECURITY SERVICES SDN BHD

(Co. No. 342357-X)

(A Member of Security Services Association of Malaysia)

HEAD OFFICE:

Wisma Indasia, N0. 16-1,Tingkat 1 & 2, Jalan Permaisuri 9 Bandar Sri Permaisuri, Cheras 56000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-91727176 Fax : 03-91734808 E-mail: hq@indasiasecurity.com.my UNARMED GUARD,

CCTV,COMPUTER NETWORKING TELECOMUNICATION & VISITOR

MANAGEMENT SYSTEM

(28)

The National University of Malaysia

ALUMNI

UKM

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau merupakan pelajar yang aktif di kelas, sangat berdisiplin dan tidak pernah hadir lewat ke kelas serta seorang yang aktif menyertai program-program universiti..

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, UKM perlu juga bertindak selari dengan dasar pemerintah, dan dalam konteks ini, dasar bahasa, lebih-lebih lagiyang bersabit

Kerjasama yang terjalin antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan membuka peluang kepada UKM untuk terlibat sama dengan

Suatu kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Sabah menunjukkan terdapat tiga pendekatan yang digunakan dalam konteks menggunakan

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK

Satu dasar penggunaan sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merangkumi pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan berkerjasama dalam aktiviti penyelidikan berkaitan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) termasuk menyediakan kemudahan