• Tiada Hasil Ditemukan

JEREBU: USM TERUS BERJAGA-JAGA DAN BUKA BILIK GERAKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JEREBU: USM TERUS BERJAGA-JAGA DAN BUKA BILIK GERAKAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 4 Oktober 2015 - Memandangkan keadaan jerebu yang makin buruk, Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan para pelajar dan warga lainnya untuk tidak mengadakan aktiviti luar di semua kampusnya di Pulau Pinang, Bertam, Nibong Tebal dan Kubang Kerian Kelantan.

"USM telah pun menggerakkan Bilik Gerakan Jerebu sejak beberapa minggu lalu di Pusat Sejahtera USM Pulau Pinang dan meminta agar usaha yang sama digerakkan segera di Kampus Kejuruteraan dan Bertam manakala Kampus Kesihatan apabila keadaan memerlukan," kata Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman.

Tambah Omar, Panduan Pentadbiran (SOP) pengurusan jerebu telah pun dikeluarkan oleh USM yang boleh diikuti di laman sesawang www.pusatsejahtera.usm.my (http://www.pusatsejahtera.usm.my).

Antara lain SOP ini menyebut apabila IPU 130 (Indeks Pencemaran Udara), semua aktiviti luar bangunan melibatkan pelajar dan staf perlu dihentikan dan apabila IPU 200 semua aktiviti termasuk kuliah ditangguhkan.

Keputusan rasmi aktiviti akademik untuk menangguhkan kuliah akan dikeluarkan oleh Naib Canselor manakala semua kemudahan Pusat Sukan dan Rekreasi yang digunakan oleh warga kampus dan orang awam akan ditutup sekiranya berada di paras IPU 200.

Penasihatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di luar bangunan hanya dikeluarkan oleh Bilik Operasi Jerebu di Pusat Sejahtera USM.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sejahtera Dr. Normala Abdul Wahid memaklumkan yang Pusat Sejahtera USM di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan beroperasi seperti biasa untuk memberi rawatan kepada pelajar manakala di Kampus Bertam sedia beroperasi 24 jam.

"Ini adalah ekoran daripada keadaan jerebu yang semakin meningkat indeks pencemarannya dan kami ingin menasihatkan agar pelajar dan warga kampus tidak melakukan aktiviti luar," kata Normala.

Warga USM terutamanya pelajar dinasihatkan menyemak keadaan semasa jerebu dan mematuhi SOP dan Garis Panduan yang ada seperti tertera dalam laman web Pusat Sejahtera USM.

Teks: Tan Ewe Hoe (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

JEREBU: USM TERUS BERJAGA-JAGA DAN BUKA BILIK GERAKAN

04 OCT

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

PULAU PINANG, 18 Oktober 2016 - Pusat E-Rezeki USM (USM Centre) Pulau Pinang telah menggondol 3 anugerah dari 5 yang dipertandingkan untuk Program E-Rezeki Global High

USM, PULAU PINANG, 22 Mac 2016 – Pelancaran rasmi Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul

PULAU PINANG, 1 Oktober 2016 - Sebagai salah satu rancangan di bawah Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia (USM), Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM)

“Sejak penubuhan USM pada tahun 1969 dengan pengambilan pertama pelajar di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang pada mulanya dinamakan sebagai Universiti Pulau Pinang

USM PULAU PINANG, 16 Ogos 2016 - Fokus dalam pengajian di universiti, terus menyumbang kepada komuniti dan turut serta bersama masyarakat dengan hati yang

USM, PULAU PINANG, 8 November 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sebagai satu-satunya universiti di negara ini yang

PULAU PINANG, 16 Oktober 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu

USM, PULAU PINANG, 21 Julai 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) terus meningkatkan jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan