• Tiada Hasil Ditemukan

Keberkesanan Bantuan Modal Zakat dari Perspektif Penerima:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Keberkesanan Bantuan Modal Zakat dari Perspektif Penerima: "

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Keberkesanan Bantuan Modal Zakat dari Perspektif Penerima:

Kajian Kes Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

The Effectiveness of Capital Zakat Aid from the Receiver Perspectives: A Case Study in Selangor and Wilayah Persekutuan

Rosbi Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

43600 UKM Bangi Selangor Sanep Ahmad

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 43600 UKM Bangi Selangor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan bantuan modal zakat keatas sosioekonomi dilihat dari perspektif penerima. Penilaian dilakukan keatas kesemua aspek keperluan kehidupan sebagaimana digariskan oleh maqosid al-syariah. Kajian dilakukan keatas asnaf penerima bantuan modal zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan dan data dianalisis menggunakan analisis CAST. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden penerima bantuan modal zakat umumnya merasakan bahawa bantuan modal yang mereka terima telah memberi impak positif ke atas taraf sosioekonomi mereka. Mengikut kriteria Maqasid Al-Syariah, mereka merasa bahawa bantuan telah dapat meningkatan aspek keselamatan (nyawa), kasih sayang dan sosial (aqal), kehormatan diri (keturunan) dan fisiologi (harta) secara sederhana. Peningkatan yang signifikan (berjaya) telah dirasakan pada aspek kesempurnaan diri (agama). Dapatan jelas membuktikan bahawa bantuan modal zakat yang diamalkan oleh pusat zakat boleh dikatakan telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi asnaf dan oleh itu perlu diteruskan.

Namun bagi mendapatkan impak yang signifiken bagi semua aspek keperluan kehidupan maka penambahbaikan dalam agihan zakat masih diperlukan.

Kata Kunci: Bantuan modal zakat, keberkesanan perspektif penerima, Maqasid Al-Syariah,

ABSTRACT

This study attempts to evaluate the effectiveness of zakat capital contribution on socioeconomic from receivers’ perspective. The evaluation will be done based on all elements required for living as outlined by maqosid al-syariah. The study was conducted on zakat capital receivers in Selangor and Wilayah Persekutuan and the data was analyzed using CAST analysis. The study shows that generally zakat capital receivers felt that capital that they received has had positive impact on their socioeconomic level. According to the criteria Maqasid Al-Shariah, they feel that there has been increasing over the aspect of self-perfection (religion), safety (life), love and social (aqal), dignity (descent) and physiology (the property). Significant improvement (success) has been felt in the aspect of self-perfection (religion). The findings clearly prove that a given zakat capital practiced by zakat authority has succeeded in raising the socioeconomic status of receiver’s and thefore should be continued. However for obtaining singnificant impact on all required elements, improvement on zakat distribution is still needed.

Key Words: Zakat capital contribution, effectiveness from receivers’ perspective, maqosid al-syariah.

PENGENALAN

Objektif utama pihak berkuasa dan agensi yang mengendalikan urusan penagihan zakat adalah supaya agihan yang diberikan kepada penerima bantuan dapat mengubah dan meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih baik. Justeru keberkesanan agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin oleh pusat zakat akan dianggap sebagai penanda aras oleh masyarakat bahawa pusat zakat menjaga kebajikan kedua golongan ini dengan sewajarnya. Sekiranya golongan asnaf fakir dan miskin berjaya

(2)

meningkatkan tahap ekonomi (pendapatan) mereka setelah menerima bantuan zakat, maka agihan zakat oleh pusat zakat akan dinilai sebagai berjaya mencapai objektifnya membantu golongan berkenaan. Sebaliknya jika tingkat pendapatan gagal dinaikkan maka program bantuan dikatakan sebagai gagal. Akan tetapi penilaian yang dilakukan dalam menilai keberkesanan bantuan zakat tersebut adalah tertumpu kepada penilaian berasaskan faktor ekonomi sahaja terutama dari segi peningkatan pendapatan. Penilaian yang dilakukan berdasarkan aspek ekonomi semata-mata sebagai satu-satunya tanda aras menilai kejayaan atau kegagalan bantuan zakat adalah kurang tepat. Malahan adalah tidak wajar untuk melabelkan bahawa pihak berkuasa khususnya pusat zakat dan Baitulmal sebagai gagal memainkan peranan, dan tentunya tidak sesuai untuk juga menganggap golongan fakir dan miskin sebagai golongan yang tidak mahukan perubahan. Untuk itu penilaian yang lebih komprehensif merangkumi aspek fizikal dan kerohanian amat diperlukan diperlukan bagi memberi gambaran yang lebih adil.

Berdasarkan ajaran Islam kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai maqosid al-syariah yang terdiri dari agama, nyawa, akal, keturunan dan harta(Rosbi et.al (2009). Maqosid al-syariah itu jugalah yang menjadi tujuan syariah diturunkan kepada manusia maka tentunya bantuan zakat juga mempunyai maksud untuk memenuhi maqosid al-syariah tersebut (Sanep

& Rosbi, 2010). Maka penilaian kegagalan atau kejayaan sesuatu tindakan perlulah didasarkan kepada kegagalan atau kejayaan dalam memenuhi maqosid as-syariah tersebut.(Rosbi &Sanep,2010). Penilaian akan dilakukan oleh penerima bantuan modal zakat sendiri untuk mengukur impak dan kesan yang dirasai mereka dari segi memenuhi keperluan yang digariskan menerusi pendekatan maqosid as- syariah tersebut.

ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN

Penilaian keberkesanan agihan zakat tidak boleh hanya dinilai dari sudut ekonomi terutama penilaian yang diukur semata-mata berdasarkan tingkat pendapatan. Ini kerana sungguhpun penilaian berdasarkan tingkat pendapatan telah diterima umum sebagai kaedah untuk mengukur taraf sosiekonomi seseorang dimata masyarakat, namun pada hakikatnya masih terdapat banyak faktor lain lagi yang sepatutnya dipertimbangkan. Malahan kemungkinan juga berlaku bantuan modal zakat mungkin gagal meningkatkan pendapatan asnaf secara signifikan atau gagal mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan, namun kemungkinan terjadinya peningkatan atau penambahbaikan dari segi aspek sosio yang lain. Lantaran itu satu kaedah ukuran yang menyeluruh perlu diterokai dan dicadangkan bagi tujuan mengukur keberkesanan agihan zakat secara komprehensif dan adil. Justeru objektif kajian ini adalah untuk membina satu kaedah penilaian keberkesanan bantuan modal zakat yang lebih komprehensif. Penilaian akan dilakukan dengan mengambil kira kesemua prinsip yang dinyatakan dalam maqosid al-syariah. iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Di samping itu perspepsi berkenaan keberkesanan agihan zakat yang dinyatakan kebanyakannya adalah dari perspektif pihak luar iaitu sama ada pihak pembayar atau masyarakat umum. Penialain sebegini adalah semata-mata berdasarkan pemerhatian. Penialian juga sepatutnya dilihat dari perspektif penerima sebagai pihak yang sebenarnya merasakan kesan bantuan yang diterima. Pandangan dan perasaan mereka tentang bantuan yang diberikan sama ada berkesan atau tidak adalah lebih releven. Berdasarkan kaedah penilaian ini maka keberkesanan atau kegagalan agihan zakat perlu dinilai dari persepktif penerima samada mereka merasa sebarang perubahan dari segi kehidupan khususnya dalam memenuhi kesemua keperluan yang digariskan dalam prinsip maqasid al-syariah tersebut.

Lantaran itu objek kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan bantuan modal zakat keatas taraf sosioekonomi dilihat dari perspektif penerima. Penilaian akan dilakukan keatas kesemua aspek kehidupan sebagaimana digariskan oleh maqosid al-syariah

KAJIAN LEPAS

Didapati bahawa kajian-kajian lepas apabila membincangkan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan terutama untuk golongan fakir dan miskin mengambil kira pelbagai faktor samada aspek ekonomi mahupun aspek sosial mengikut presepktif barat semata-mata dan agak sukar ditemui kajian yang menjurus kepada presepktif kajian dari sudut pandangan Islam. Emil J. Pasavac (1992) mengambil kira semua maklumat sosioekonomi komuniti, Ahmad Mahdzan Ayob (1998) pula mengambilkira semua petunjuk ekonomi dan sosial, manakala Zainal Abidin (1992) mangambilkira perubahan pandangan dan gaya hidup. Sesetengah pengkaji menggunakan beberapa petunjuk dalam penilaian keberkesanan misalnya David Hulme (2000) mengambil kira petunjuk ekonomi, petunjuk

(3)

sosial, dan petunjuk sosial politik manakala Birta Mikkelsen (2005) mengambilkira petunjuk perbelanjaan pendapatan, petunjuk diskrit, petunjuk livehood, petunjuk sumber dan petunjuk pengetahuan. Parashar Koirala (2005) menggunakan juga faktor lain selain pendapatan seperti kemudahan pendidikan, elektrik, dan jalanraya manakala Jaya S. Anand (2005) mengguna tiga aspek untuk dinilai iaitu aspek ekonomi, aspek politik dan aspek sosial. AKM Ahsan Ullah & Jayant K Routray (2007) menilai dari segi pendapatan, aspek aset produktif dan aset bukan produktif dan Majabean R (2008) pula menggabungkan petunjuk ekonomi dan sosial dalam penilaian.

Manakala kajian- kajian mengenai keberkesanan agihan zakat juga didapati hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Hairunizam Wahid et al. (2001) hanya menilai aspek kualiti hidup, Fuad Johari (2004) melihat kesan dari aspek agihan pendapatan, dan Patmawati Ibrahim (2005) menilai dari aspek kesaksamaan agihan pendapatan. Mujani Tarimin (2005) juga menilai kesan dari aspek pendapatan tetapi kearah pengurusan yang profesional, manakala Ahmad Fuad Mohammad (2006) menilai hanya dari aspek pendapatan sahaja. Maka dapat dirumuskan bahawa kebanyakan kajian yang lepas menangani kesan agihan zakat hanya menilai kejayaan atau kegagalan berdasarkan faktor-faktor tertentu secara terpisah. Ia sepatutnya mengambil kira beberapa faktor lain sebagaimana dilakukan dalam membuat penlaian keberkesanan sesuatu program pembangunan ekonomi. Maka kajian ini akan menilai keberkesanan bantuan modal zakat dari sudut penerima bantuan yang akan menilai samada ianya berupaya memberikan impak yang positif dan mampu memenuhi kesemua apsek yang digariskan oleh maqosid al-syariah. Ini bertujuan untuk memastikan penilaian yang dilakukan menjadi lebih komprehensif dan menepati keperluan kehidupan berlandaskan garis panduan Islam .

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah penilaian ukuran keberkesanan yang digunakan adalah penggabungan prinsip maqasid al- syariah dan Teori Maslow (Rosbi Ab Rahman & Sanep Ahmad, 2010). Metodologi yang dicadangkan adalah menggunakan ukuran keberkesanan yang dinilai menerusi kaedah Kaedah `Change Assessment And Scoring Tool‘ (CAST).’ Kaedah CAST ini pada asalnya digunapakai oleh pengkaji dari Denmark Birtha Mikkelsen (2005) dalam kajian mengenai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan di bawah program DANIDA. Menerusi kaedah CAST ini ukuran keberkesanan diperolehi apabila melihat kepada perubahan yang berlaku kepada responden apabila sesuatu program dilaksanakan., menerusi kaedah ini ukuran keberkesanan ditentukan oleh mereka yang terlibat dalam sesuatu program yang dilaksanakan. Pilihan jawapan yang dinyatakan oleh responden akan dikodkan dalam bentuk ‘Change Assessment And Scoring Tool’ (CAST). Perubahan ini akan diukur dalam 5 skala iaitu perubahan daripada yang paling positif (nilai 5), perubahan positif(nilai 4), tiada perubahan (nilai 3), perubahan tidak positif (nilai 4) dan kepada perubahan yang paling negatif iaitu perubahan sangat tidak positif (nilai 1). Keberkesanan atau pencapaian golongan asnaf dalam memenuhi setiap kategori ini akan dikategorikan semula kepada 3 keadaan pencapaian sama ada berjaya, sederhana dan kurang berjaya.

HASIL KAJIAN

Latar belakang responden

Bagi menilai keberkesanan bantuan modal zakat ini, maka satu kajian telah dijalankan keatas penerima bantuan modal zakat. Maka seramai 534 penerima bantuan modal perniagaan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah dikaji secara rawak berdasarkan senarai bantuan modal zakat. Kajian ini dilaksanakan selama 3 bulan bermula Januari 2010 hingga Mac 2010. Jadual 1 berikut menunjukkan maklumat latar belakang responden yang akan merangkumi maklumat seperti negeri, jantina, kawasan kajian, daerah kajian, umur, bangsa, status, tahap pendidikan, taraf kesihatan dan jumlah tanggungan responden.

Ukuran keberkesanan bantuan modal zakat menggunakan kaedah penilaian komprehensif berlandaskan prinsip maqasid al-syariah

Selaras dengan prinsip Maqasid Al-Syariah yang menetapkan bahawa seseorang Muslim sewajarnya menjaga lima perkara utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bagi memastikan keperluan kehidupan dapat dipenuhi, maka sewajarnya keberkesanan bantuan modal ini perlu dinilai dari segi keupayaannya memenuhi 5 keperluan berkenaan. Selain itu keberkesanan bantuan modal ini juga akan

(4)

mengambil kira keupayaannya memenuhi keperluan yang digariskan dalam Teori Maslow. Maka gabungan kedua-duanya iaitu prinsip Maqasid Al-Syariah dan Teori Maslow akan diguna pakai untuk membentuk satu kaedah penilaian komprehensif untuk melihat keberkesanan bantuan modal zakat dalam perspektif yang lebih tepat.

a) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip pertama maqasid-keperluan menjaga agama (ad-din) & keperluan kesempurnaan diri-teori maslow

Keperluan menjaga kepentingan agama (ad-din) dalam Islam diletakkan sebagai tunggak paling utama yang perlu diutamakan. Kegagalan memenuhi keperluan paling utama ini akan menunjukkan bahawa seseorang Muslim tidak dianggap berjaya dalam kehidupannya. Berdasarkan jadual 2 di bawah, bagi mengukur keberkesanan bantuan modal zakat dalam memenuhi keperluan menjaga agama, terdapat tujuh item/ soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperoleh bagi setiap elemen berkenaan.

Maka hasil kajian di dapati bahawa skor yang diperoleh adalah pada gabungan tahap pencapaian sederhana dan berjaya.

Rajah 1 di bawah menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi keperluan menjaga agama (ad-din)/

keperluan kesempurnaan diri. Seperti yang ditunjukkan dalam carta CAST, kebanyakan elemen adalah pada kategori berjaya kecuali dua item berada pada kategori sederhana iaitu kemampuan berdikari (D5) dan kemampuan membayar zakat (D6). Ini menunjukkan golongan asnaf masih tidak begitu yakin dapat berdikari sepenuhnya dan menjadi pembayar zakat pada masa akan datang. Maka golongan ini perlu diberi pengawasan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka lebih yakin untuk berdikari tanpa bergantung kepada pihak lain dan pada akhirnya mampu mentransformasikan diri dari status penerima kepada pembayar zakat Menjaga agama bermakna mematuhi segala perintahnya dan kewajiban membayar zakat adalah satu tuntutan rukun Islam yang wajib ke atas umat Islam yang berkemampuan. Sekiranya mereka mampu menjadi pembayar zakat ini bermakna telah menunaikan keperluan Rukun Islam yang menjadi tuntutan ajaran Islam.

Didapati juga daripada 534 responden, seramai 404 orang iaitu 75.7% berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, seramai 112 orang (21.1%) pada tahap sederhana dan hanya 18 orang (3.4%) tidak berjaya. Maka sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa lebih daripada 2/3 responden iaitu (75.7%) menyatakan bahawa mereka mengalami perubahan yang sangat positif dari segi memenuhi keperluan hidup yang digariskan berlandaskan prinsip Maqasid al-Syariah. Menerusi bantuan modal zakat yang diperolehi, mereka telah berjaya membina jati diri dan keyakinan dari segi memenuhi tuntutan agama (ad-din) yang merupakan keperluan paling penting dalam Maqasid al- Syariah.

b) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip kedua maqasid-keperluan menjaga nyawa (al-nafs) & keperluan keselamatan-teori maslow

Bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (al-nafs)/ keperluan keselamatan, sebanyak 5 item perlu diberi pandangan dan penilaian oleh responden. Berdasarkan jadual 4 di bawah didapati kebanyakan penilaian adalah pada tahap sederhana berjaya.

Rajah 2 menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Nyawa (al-nafs) &

Keperluan Keselamatan Diri. Seperti yang ditunjukkan dalam carta CAST, daripada 5 item yang dinilai, sebanyak 4 item telah mencapai tahap kesederhanaan iaitu dari segi menyediakan tempat tinggal yang terjamin keselamatan (S1), keselesaan persekitaran (S2), ketenangan dalam pekerjaan (S4) dan kebebasan dalam menjalani kehidupan (S5). Hanya satu item sahaja iaitu dari segi ketenteraman dalam kehidupan (S3) yang memberikan skor berjaya. Maka secara puratanya bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (al-nafs)/ keperluan keselamatan masih berada pada tahap sederhana berjaya.

Berdasarkan hasil kajian terhadap 534 responden, seramai 273 iaitu 51.1% berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 221 orang (41.4%) pada tahap sederhana dan hanya 40 orang (7.5%) tidak berjaya. Sebagai rumusan dapat dinyatakan bahawa walaupun tahap berjaya tidaklah terlalu tinggi iaitu hanya 51.1% sahaja, tapi sekurang-kurangnya ia memberikan petunjuk bahawa bantuan modal zakat ini telah memberikan harapan baru dan memberikan mereka keyakinan dapat memastikan kehidupan mereka berada pada tahap yang lebih selamat. Keadaan ini akan dapat diubah dan diperbaiki di masa hadapan asalkan mereka sanggup untuk berubah secara fizikal dan minda demi memastikan pada akhirnya nanti akan berjaya memenuhi prinsip Maqasid al-Syariah yang kedua ini.

(5)

c) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip ketiga maqasid-keperluan menjaga akal & fikiran (al-aqal) & keperluan kasih sayang-teori maslow

Prinsip Maqasid al-Syariah berikutnya adalah keperluan menjaga akal dan fikiran (al-aqal)/ keperluan kasih sayang-Teori Maslow. Berdasarkan Jadual 4 di bawah, terdapat lima item/ soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi bagi setiap elemen berkenaan. Maka hasil kajian didapati bahawa skor yang diperolehi kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana.

Rajah 3 menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Akal & Fikiran (al- aqal) & Keperluan Kasih Sayang. Berdasarkan rajah CAST tersebut, hanya satu item yang dikategorikan pada tahap berjaya iaitu kasih sayang ahli keluarga (K1). Manakala lain-lain item berada pada kategori sederhana adalah dari segi keprihatinan terhadap jiran tetangga (K2), penyertaan aktiviti kemasyarakatan (K3), keyakinan berinteraksi (K4), kemampuan bersuara dan memberikan idea (K5).

Ini menunjukkan bahawa golongan asnaf masih tidak begitu aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, kurang keprihatinan terhadap keperluan jiran dan kurang keyakinan dalam berinteraksi dan menyuarakan idea atau pandangan.

Didapati juga daripada 534 responden, seramai 234 iaitu 43.8% berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 220 orang (41.2%) pada tahap sederhana dan hanya 80 orang (15 %) tidak berjaya. Berdasarkan kajian ini didapati tahap berjaya hanya dinikmati tidak sampai separuh daripada responden (43.8%). Maka itu perkara ini perlu diberi perhatian, ini kerana ciri-ciri yang ada ini menunjukkan bahawa golongan asnaf berkenaan masih terbelenggu dengan ciri-ciri peribadi yang dikaitkan dengan ciri keperibadian golongan miskin terutama dari segi rasa rendah diri, kurang bergaul dan rasa terpinggir. Golongan asnaf fakir dan miskin perlu dibantu bukan sahaja dari segi keupayaan meningkatkan kedudukan ekonomi malah diberikan dorongan, motivasi dan galakan yang berterusan untuk meningkatkan kekuatan jati diri. Sekiranya jati diri dan ketahanan diri dapat dibangunkan maka bukan suatu yang mustahil, mereka akan berupaya memenuhi keperluan menjaga akal dan fikiran pada tahap yang membanggakan di masa akan datang.

d) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip keempat maqasid-keperluan menjaga maruah & keturunan (al-nasb) & keperluan penghormatan diri-teori maslow

Prinsip Maqasid al-Syariah seterusnya adalah dari segi menjaga maruah dan keturunan (al-nasb) &

keperluan penghormatan diri-Teori Maslow. Untuk itu, 5 item perlu diberi pandangan dan penilaian oleh responden. Berdasarkan jadual 5 di bawah didapati, kebanyakan penilaian adalah campuran di antara pelbagai tahap.

Rajah 4 di bawah menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Maruah

& Keturunan (al-nasb) & Keperluan Penghormatan Diri. Berdasarkan rajah CAST tersebut, didapati item yang dalam kategori berjaya ialah penghargaan dan kepercayaan ahli keluarga (H1), penghormatan daripada ahli keluarga (H2), sikap bertanggungjawab dan amanah (H5). Manakala satu item dikategorikan pencapaian sederhana iaitu penghormatan daripada jiran (H3). Satu lagi item berada pada kategori pencapaian kurang berjaya iaitu dari segi keberanian memegang jawatan (H4).

Pencapaian pada tahap sederhana dan kurang berjaya ini menunjukkan golongan asnaf fakir dan miskin masih tidak begitu berpengaruh dari segi hubungan dengan jiran dan masyarakat sekeliling. Malahan mereka juga dilihat tiada mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk menawarkan dan memegang sebarang jawatan dalam sebarang persatuan atau organisasi NGO. Kemungkinan ini dipengaruhi oleh pandangan peribadi mereka dan rasa rendah diri mereka yang dianggap golongan fakir dan miskin di kalangan masyarakat setempat.

Hasil kajian juga menunjukkan daripada 534 responden, seramai 195 orang 36.5% berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 301 orang (56.4%) pada tahap sederhana dan hanya 38 orang (7.1%) tidak berjaya.Berdasarkan kajian ini didapati tahap berjaya hanya dinikmati oleh seramai 195 orang responden (36.5%). Ini menunjukkan lebih ramai berada pada tahap sederhana. Maka itu perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan mereka dibantu dan diberi galakkan untuk meningkatkan tahap keyakinan tinggi dan memberikan penghormatan pada diri dan akhirnya mampu memenuhi keperluan dari segi menjaga nama baik dan keturunan (al-nasb) yang telah digariskan dalam Maqasid al-Syariah.

(6)

e) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip kelima maqasid-keperluan menjaga harta (al-mal) & keperluan fisiologi-teori maslow

Aspek terakhir yang diukur adalah prinsip Maqasid al-Syariah keperluan menjaga harta (al-mal)/

keperluan fisiologi-teori Maslow. Berdasarkan Jadual 6 di bawah, terdapat lapan item/ soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi dan hasil kajian di dapati bahawa skor yang diperolehi kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana.

Rajah 5 di bawah menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Harta (al-mal) & Keperluan Fisiologi.

Berdasarkan rajah CAST tersebut, didapati terdapat satu sahaja item yang mencapai tahap berjaya iaitu dari segi memenuhi keperluan pakaian (F3). Manakala lain-lain item berada pada kategori sederhana iaitu, adalah keperluan hidangan makanan yang mencukupi (F1), keperluan barangan dapur (F2), keperluan tidur dan rehat (F4), kemampuan membayar sewa/ ansuran rumah (F5), kemampuan membayar bil elektrik/ air (F6), keperluan dan perbelanjaan pendidikan (F7) dan keperluan rawatan (F8). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan golongan asnaf masih tidak mampu lagi berada pada tahap yang lebih selesa dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka seperti menyediakan keperluan makanan, bayaran bil, keperluan pendidikan dan keperluan rawatan kesihatan.

Didapati daripada 534 responden, seramai 348 orang (65.2%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 137 orang (25.7%) pada tahap sederhana dan hanya 49 orang (9.2%) tidak berjaya. Maka sebagai rumusan, dapatlah dirumuskan bahawa lebih daripada separuh iaitu (65.2%) menyatakan bahawa mereka mengalami perubahan yang sangat positif.

Walaupun begitu, baki selebihnya masih berada pada tahap sederhana dan kurang berjaya. Maka golongan asnaf ini masih perlu dibantu dan juga perlu berusaha lebih keras untuk memastikan mereka berupaya menjalani kehidupan yang lebih baik. Sekiranya mereka berjaya memenuhi keperluan menjaga harta & keperluan fisiologi ini menandakan mereka telah berjaya melepasi had kifayah dan memenuhi keperluan asasi tahap darurriyat yang perlu dipenuhi sebagai penanda aras untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sempurna.

f) Rumusan keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi kelima-lima prinsip maqasid al- syariah & teori maslow

Rumusan hasil kajian bagi kelima-lima prinsip Maqasid al-Syariah & Teori Maslow yang telah diperolehi dapat diringkaskan menerusi Jadual 11. Berdasarkan Jadual 7 di bawah, terdapat 30 item/

soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi. Maka hasil kajian didapati bahawa purata skor bagi setiap prinsip berkenaan kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana berjaya.

Rajah 6 di bawah menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden yang terlibat bagi memenuhi keperluan kelima-lima prinsip Maqasid al-Syariah & Teori Maslow.

Berdasarkan carta CAST ini, dapat dirumuskan hasil kajian mendapati majoriti responden adalah berjaya sekurang-kurangnya pada tahap sederhana berjaya bagi setiap elemen yang dikaji bagi memenuhi keperluan yang kelima-lima yang telah ditetapkan oleh Maqasid al-Syariah. Maka secara majoritinya golongan asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan modal zakat telah berupaya untuk mengubah taraf sosioekonominya ke arah yang lebih baik jika dinilai daripada perspektif memenuhi keperluan yang digariskan berdasarkan prinsip Maqasid al-Syariah itu.

Berdasarkan jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa daripada 534 responden, seramai 300 orang (56.2%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 205 orang (38.4%) pada tahap sederhana dan hanya 29 orang (5.4%) tidak berjaya.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa lebih separuh responden iaitu 56.2% menyatakan bahawa mereka mengalami perubahan yang sangat positif iaitu berada pada tahap berjaya. Walaupun sebahagian lagi masih berada pada tahap sederhana dan kurang berjaya, tetapi ia masih mempunyai ruang dan harapan untuk diperbaiki. Justeru itu bagi mana-mana elemen dan aspek yang didapati berada dalam kedudukan sederhana atau lemah perlu diambil perhatian oleh pihak yang terlibat untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

RUMUSAN

Kesimpulannya berdasarkan prespektif penerima bantuan modal zakat iaitu golongan fakir dan miskin, memberikan pandangan bahawa dengan adanya bantuan modal zakat ini telah berupaya untuk

(7)

mengubah taraf sosio ekonominya ke arah yang lebih baik jika dinilai dari perspektif memenuhi keperluan yang digariskan berdasarkan prinsip maqasid syariah itu. Walaupun tidak kesemua elemen dalam setiap prinsip maqasid adalah pada katogeri berjaya tetapi setiap penerima bantuan zakat telah menunjukkan peningkatan dalam sekurang-kurangnya satu kategori. Ini menunjukkan bahawa bantuan modal zakat telah membawa perubahan dan kejayaan walaupun bukan dalam aspek ekonomi.

Berdasarkan analisimes CAST ini tindakan yang tepat boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan institusi zakat kerana ia memberikan gambaran yang terperinci untuk setiap elemen yang dikaji sama ada perubahan berkenaan adalah menggalakkan atau sebaliknya. Maka menerusi kaedah CAST ini dapat memenuhi objektif utama kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan bantuan modal dari persepektif penerima dapat memenuhi keperluan yang digariskan berdasarkan prinsip Maqasid al- Syariah.

RUJUKAN

Abraham H. Maslow, 1970. Motivation and Personality. Second Edition. New York: Harperv & Row.

Abu Sufian Abu Bakar, 2006. “Baitulmal dan kemiskinan di Kuala Lumpur: Program Agihan zakat Dalam Bentuk Perniagaan”. Dlm Abdul Ghafar Ismail &Hailani Muji Tahir(ed). Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fuad Mohamed,2006. Zakat Sebagai Mekanisma Pembangunan Usahawan Di Kalangan Asnaf.

Kertas Ilmiah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

AKM.Ahsan Ullah & Jayant K.Routray,2007. “Rural Poverty Alleviation Through NGO Intervention in Bangladesh”:How Far It The Achievement. International Journal of Social Economics.

Vol 34, No 4 (2007),hlm 237-248.

Al- Syatibi , al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, Beirut, Dar al-Ma’rifah, 1416 H/ 1996M Jld 2.

Asmadi Muhamad Naim, 2003. Maqasid Syariah. Tujuan Akhir Syariat. Sintok,Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Emil J. Posavac& Raymond G. Carey,1992. Program Evaluation Methods and Case Studies. Fourth Edition. United State of America: Prentice Hall.

Fuadah Johari,2004. Keberkesanan Zakat dalam Mengatasi Masalah kemiskinan di Negeri Melaka.

Disestasi Sarjana Syariah dan Ekonomi. Universiti Malaya.

Habib Ahmad.2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Occasioanal Paper No 8, Islamic Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia Hailani Muji Tahir,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan Ekonomi, Kewangan dan

Pembangunan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 ,13 Julai 2009, Kota Bharu Kelantan.

Anjuran Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor,2004. “Kesan bantuan Zakat terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin”. Dlm Muhamad Muda et.al. Proceeding on National Seminar in Islamic Banking & Finance 2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication Hulme, David,2000. “Impact Assesment Methodologies For Micro Finance: Theory, Experience and

Better Practice World Development”. Vol 28, No1 (2000):79- 98.Elseveier Sciences Ltd.

Jaya S. Anand,2005. “Addressing Poverty Through Self- Help Groups in Kemala”.Dlm Jak

Jabes(ed). The Role of Public Administration in Alleviating Poverty and Improving Government. Manila: Asian Development Bank.

Mahjabean,R,2008. “Microfinancing in Bangladesh; Impact on Household, Consumption and Welfare”. Journal of Policy Modeling(2008).doi.10.1016/j.jpolmod.2007.12.007.

Mikkelsen, Britha,2005. Methods of Development Work and Research. A New Guide For Practitioners.

Second Edition. New Delhi: Sage Publications India. Pvt.Ltd

Mohammed Obaidullah,2008. Introduction to Islamic Microfinance. International Institute of Islamic Business and Finance. IBF Education and Charitable Trust. India:IBF(Net)(P) Limited .Web.http//www.iiibf.org

Mohamed Yusoff,2006.“Fiscal Policy in Islamic Economy and The Role of Zakat” IIUM Journal of Economic and Management 14,no 2 (2006) 117-145.

Muhamad Loqman &K.M. Golam Muhiuddin,2003. “Zakat: An Instrument For Alleviating Poverty in Bangladesh: A Case Study of Chittagong District”. Dlm Shah Abdul Hassan (et.al) Zakat and Poverty Alleviation . Dhaka: Islamic Economics Research Bureau

(8)

Mujani Tarimin.2005 Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution

Nasim Shah Shirazi,2006. “ Providing For The Resource Shortfall for Poverty Elimination Through The Institution of Zakat in Low Income Muslim Countries, IIUM Journal of Economic and Management 14,No 1(2006) P1-27

Nor Ghani Md. Noor, Abd. Razak Dan & Mohd Ali Mohd Nor,2002. The Contribution of Zakat as an Income Creating Asset ini Selangor and Wilayah Persekutuan Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 36: 69-80

Parashar Koirala.2005. Public Service Delivery Mechanisms and Rural Poverty in Nepal. Dlm Jak Jabes(ed). The Role of Public Administration in Alleviating Poverty and Improving Government. Manila: Asian Development Bank.

Patmawati Ibrahim, 2005. “ Potential Role of Zakat Distribution in Reducing Inequality Among the Muslim Society’. Dlm Abdullah Alwi Hj Hassan et al. Teori dan Applikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd

Rosbi Abd Rahman, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, 2008. Perlaksanaan bantuan modal zakat : Analisis perbandingan. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 20-22 Ogos 2008,Port Dickson, Negeri Sembilan.Anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosbi Abd Rahman, Prof Madya Sanep Ahmad & Prof Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir 2009. Keberkesanan Agihan Zakat mengikut Perspektif Maqasid al- Syariah. Kertas kerja dibentang di Seminar Antarabangsa Muamalat Kewangan Ekonomi Islam di Hotel Equatorial Bangi, Anjuran fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Ekonis, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. 21 Oktober 2009.

Rosbi Abd. Rahman, Prof Madya Sanep Ahmad & Prof Madya Dato Dr. Hailani Muji Tahir 2009. Penilaian Komprehensif Keberkesanan Agihan Zakat mengikut Perspektif Maqasid al- Syariah. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol 3, No 2, 2009. hlm.47-67.

Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad 2010. Pengukuran Keberkesanan Agihan Zakat: Perspektif Maqasid al-Syariah. Kertas Kerja dibentang di Seveth International conference; The Tawhidi Epistemelogy: Zakat and Waqf Economy. Organise by Institut Islam Hadhari dan Ekonis, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM di ILIM, Bangi. 6-7 Januari 2010.

Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad. 2010. Strategi pembangunan keusahawanan asnaf fakir dan miskin melalui agihan bantuan modal zakat. Proceedings of the Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management And Accounting 2010: Regional Development in an Era of Global Innovation Economy, hlmn 1725-1738. 25-26 November 2010.

Shukeri Mohamad,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia.

Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 , 13 Julai 2009 , Kota Bharu Kelantan, Anjuran jabatan Al- Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Supardi. 2005. Zakat Organization and Poverty Alleviation; A Macro Social Work and Community Development Perspectives. Thesis Master, School of Graduate Studies, State Islamic University Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia

Surtahman Kastin Hassan,1996. Kemiskinan dan Pembasmian kemiskinan mengikut Perspektif Islam.

Dlm Chamhuri Siwar dan Nor aini Hj. Idris(ed) Kemiskinan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Zainal Abidin Arshad,1992. Kemiskinan:Kajian Keberkesanan Program- Program Kerajaan Di Perlis.

Tesis Sarjana Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

(9)

JADUAL 1 : Ringkasan Profil Responden

Latar Belakang Responden Bilangan (orang) Peratusan (%) 1) Negeri

Selangor Kuala Lumpur

331 203

62 38

Jumlah 534 100

2) Jantina Lelaki Perempuan

249 285

46.6 53.4

Jumlah 534 100

3) Kawasan Luar Bandar Bandar

304 230

56.9 43.1

Jumlah 534 100

4) Umur

< 25 tahun 25-34 tahun 35-44 tahun 45-55 tahun >55 tahun

3 40 161 259 71

6 7.5 30.1 48.5 13.3

Jumlah 534 100

5) Bangsa Melayu Cina India Lain-lain

522 7 4 1

97.8 1.3 0.7 0.2

Jumlah 534 100

6) Status Bujang Berkahwin Duda

Janda/ibu tunggal

10 446

6 72

1.9 83.5

1.1 13.5

Jumlah 534 100

7) Pendidikan Tidak bersekolah Tamat sekolah rendah SRP/PMR

SPM/Sijil kemahiran STPM/diploma Ijazah

20 79 130 275 28

2

3.7 14.8 24.3 51.5 5.2

4

Jumlah 534 100

8) Tahap kesihatan Sihat

Sakit berbahaya Sakit kurang berbahaya

415 26 93

77.7 4.9 17.4

Jumlah 534 100

9) Jumlah tanggungan 0 orang

1-3 orang 4-8 orang 9-12 orang Lain-lain

1 181 322 13 17

0.21 33.9 60.3 2.4 3.2

Jumlah 534 100

Sumber : Kaji selidik pada 15 Januari hingga 31 Mac 2010

(10)

JADUAL 2: Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Menjaga Agama (ad-din) &

Keperluan Kesempurnaan Diri

Item Keperluan Menjaga Agama (ad-din) &

Kesempurnaan Diri

Purata Skor/kategori D1 Berkelakuan Baik Terhadap Diri dan Keluarga 4.40 (Berjaya) D2 Kepercayaan Terhadap Kebolehan Diri 4.36 (Berjaya) D3 Berkeyakinan Membebaskan Diri Dari Kemiskinan 4.32 (Berjaya) D4 Bersemangat Melibatkan Diri Dalam Latihan 4.27 (Berjaya)

D5 Berkemampuan Berdikari 4.13 (Sederhana)

D6 Berkeyakinan Mampu Menjadi Pembayar Zakat 4.15 (Sederhana) D7 Memahami Matlamat Mencapai Keredaan Allah

Dunia dan Akhirat 4.52 (Berjaya)

Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.31 (Berjaya)

RAJAH 1: Carta CAST Menjaga Agama (al-din) & Keperluan Kesempurnaan Diri JADUAL 3: Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Menjaga Nyawa (al-nafs) &

Keperluan Keselamatan Diri

Item Keperluan Menjaga Nyawa (al-

nafs) & Keselamatan Diri Purata Skor/ Kategori S1 Keselamatan Tempat Tinggal 4.22 ( Sederhana) S2 Keselesaan Persekitaran 4.17 ( Sederhana) S3 Ketenteraman Dalam Kehidupan 4.34 (Berjaya) S4 Ketenangan Dalam Pekerjaan 4.20 (Sederhana) S5 Kebebasan Dalam Kehidupan 4.21 (Sederhana) Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.23 (Sederhana)

Good Fair Poor

D1 D2

D3

D4

D5

D7

D6 5.00 4.25 3.50

(11)

RAJAH 2: Carta CAST Menjaga Nyawa (al-nafs) & Keperluan Keselamatan Diri

JADUAL 4 : Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Menjaga Akal & Fikiran (al-aqal) &

Keperluan Kasih Sayang

Item Keperluan Menjaga Akal & Fikiran (al-aqal) & Keperluan Kasih Sayang

Purata Skor/kategori

K1 Kasih Sayang Ahli Keluarga 4.34( Berjaya)

K2 Keprihatinan Jiran Tetangga 4.12( Sederhana)

K3 Penyertaan Aktiviti Kemasyarakatan 4.15(Sederhana)

K4 Keyakinan Dalam Berinteraksi 4.19(Sederhana)

K5 Kemampuan Bersuara dan Memberi Idea 3.89(Sederhana) Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.14 (Sederhana)

RAJAH 3: Carta CAST Menjaga Akal dan Fikiran (Al-Aqal)/ Keperluan Kasih Sayang dan Sosial Good

Fair Poor

S1 S2

S3

S4

S5 5.00 4.25 3.50

Good Fair Poor

K1 K2

K3

K4

K5 5.00 4.25 3.50

(12)

JADUAL 5: Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Menjaga Maruah & Keturunan (al- nasb) & Keperluan Penghormatan Diri

Item Keperluan Menjaga Maruah & Keturunan (al-nasb) &

Keperluan penghormatan Diri

Purata Skor/kategori H1 Penghargaan Dan Kepercayaan Ahli Keluarga 4.37 (Berjaya)

H2 Penghormatan Dari Ahli Keluarga 4.27 (Berjaya)

H3 Penghormatan Dari Jiran 4.18 (Sederhana)

H4 Keberanian Memegang Jawatan 3.46 (Kurang Berjaya)

H5 Bertanggungjawab Dan Amanah 4.33 (Berjaya)

Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.12 (Sederhana)

RAJAH 4: Carta CAST Menjaga Maruah dan Keturunan (al-nasb) & Keperluan Penghormatan Diri JADUAL 6: Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Menjaga Harta (al-mal) & Keperluan

Fisiologi

Item Keperluan Menjaga Harta (al-mal)& Keperluan Fisiologi Purata Skor/ kategori

F1 Hidangan Makanan Mencukupi 4.15( Sederhana)

F2 Keperluan Barangan Dapur 4.21(Sederhana)

F3 Kelengkapan Pakaian 4.38(Berjaya)

F4 Kelengkapan Tidur/Rehat 4.22(Sederhana)

F5 Kemampuan Membayar Sewa/Ansuran Rumah 4.08(Sederhana) F6 Kemampuan Membayar Bil Elektrik/Air 4.24(Sederhana)

F7 Kemampuan Perbelanjaan Pendidikan 4.17(Sederhana)

F8 Keperluan Rawatan 4.15(Sederhana)

Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.20 (Sederhana) Good

Fair Poor

H1 H2

H3

H4

H5 5.00 4.25 3.50

(13)

RAJAH 5 : Carta CAST Menjaga Harta (Al-mal)/ Keperluan Fisiologi

JADUAL 7 : Rumusan Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Prinsip Maqasid al- Syariah & Teori Maslow

PRINSIP MAQASID/

TEORI MASLOW

SCORE Purata Keberkesanan

Menjaga Agama (al-din)/

Keperluan Kesempurnaa

n Diri

D1 (4.40)

D2 (4.36)

D3 (4.32)

D4 (4.27)

D5 (4.13)

D6 (4.15)

D7

(4.52) 4.31 Berjaya Menjaga

Nyawa (al-nafs)/

Keperluan Keselamatan)

S1 (4.22)

S2 (4.17)

S3 (4.34)

S4 (4.20)

S5

(4.21) 4.23 Sederhana

Menjaga Akal dan Fikiran (al-

aqal)/

Keperluan Kasih Sayang

K1 (4.34)

K2 (4.12)

K3 (4.15)

K4 (4.19)

K5

(3.89) 4.14 Sederhana

Menjaga Maruah dan

Keturunan (al-nasb)/

Keperluan Penghormata

n Diri

H1 (4.37)

H2 (4.27)

H3 (4.18)

H4 (3.46)

H5

(4.33) 4.12 Sederhana

Menjaga Harta (al-mal)/

Keperluan Fisiologi

F1 (4.15)

F2 (4.21)

F3 (4.38)

F4 (4.22)

F5 (4.08)

F6 (4.24)

F7 (4.17)

F8

(4.15) 4.20 Sederhana Sumber : Hasil Kajian 15 Januari-31 Mac 2010 di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Good Fair Poor

F1 F2

F3 F4

F5

F8

F6 5.00 4.25 3.50

F7

(14)

RAJAH 6 : Ukuran Keberkesanan CAST Berdasarkan Prinsip Maqasid al-Syariah & Teori Maslow JADUAL 8 : Tahap CAST Keseluruhan Bagi Kelima-lima Prinsip Maqasid al-Syariah & Teori

Maslow

Kategori Bilangan

Responden Peratus Peratus Terkumpul

Berjaya 300 56.2 56.2

Sederhana 205 38.4 94.6

Tidak Berjaya 29 5.4 100.0

Jumlah 534 100.0

Good

Fair

Poor

D1 D2 D3 D4 D5

S1

S2

S3

S4

S5 F

1 F 2 F 3 F 4 F 5 F 6

F 7

K1

K2

K3 H2 K4

H3 H4 H5

D6 D7

Menjaga maruah dan keturunan (al-

nasb)/

Keperluan penghormatan diri

Menjaga akal dan fikiran (al-aqal)/

Keperluan kasih sayang dan

sosial Menjaga

nyawa (al-nafs)/

Keperluan keselamatan Menjaga harta

(al-mal)/

Keperluan fisiologi

Menjaga Agama (al-din)/ Keperluan Kesempurnaan Diri

F8

K5 H1

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji keberkesanan pendekatan tazkiyah al-nafs serta integrasi pendekatan tazkiyah al-nafs dengan teknik-teknik SFBT ke atas

elektrik tidak merbahaya telah berubah apabila kemalangan/kecelakaan berlaku. Maka keperluan Prosedur Keselamatan Elektrik mula dibuat untuk menjaga. keselamatan pengguna...

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan ABM juga berada pada rendah; tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa

Kajian menunjukkan keberkesanan bantuan modal zakat yang diberikan kepada asnaf miskin oleh MAIDAM sangat berkait rapat dengan sikap, pemantauan, bimbingan dan disiplin

Keberkesanan tersebut dilihat dari aspek tahap pengetahuan penduduk, kesesuaian program berbanding keperluan, faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan program

Dari rumusan di atas dapat disimpulkan bahawa Skim Zakat (Bantuan Jayadiri) yang dijalankan oleh Pejabat Zakat Negeri Kedah telah berhasil membantu mengatasi

Rumusan dari perbincangan di atas adalah, maka boleh disimpulkan bahawa mangsa banjir boleh menerima bantuan daripada dana zakat berdasarkan pertama: sebagai hak

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan masih berada pada peringkat sederhana, malah, amat rendah bagi firma bersaiz mikro..