• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 112 – Karya-Karya Besar Dari Kesusasteraan Asia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 112 – Karya-Karya Besar Dari Kesusasteraan Asia "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HKB 112 – Karya-Karya Besar Dari Kesusasteraan Asia

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Sekurang-kurangnya SATU soalan mesti dijawab dari setiap Bahagian A, B dan C.

Bahagian A

1. Mengikut Barbara Stoller Miller keistimewaan kesusasteraan Asia ialah sifatnya sebagai "sastera dunia", dan pada masa yang sama, sebagai

"artifak budaya" bagi negara yang menghasilkan sesuatu karya. Buktikan pendapat ini dengan contoh-contoh yang tepat daripada karya-karya besar Asia yang anda baca.

2. “Karya-karya besar tidak mengenal sempadan.” Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujahan anda.

…2/-

(2)

- 2 - [HKB 112]

Bahagian B

3. Bandingkan aspek pengolahan watak wanita dalam dua karya Asia Tenggara yang terkemuka untuk membuktikan bahawa pengarang wilayah ini mampu menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

4. Huraikan bagaimana Manuel Arguilla menunjukkan wujudnya perbezaan di antara cara hidup kota dan desa dalam cerpen terkenalnya, "How My Brother Leon Brought Home a Wife."

5. Cerpen “The Enchanting Cooking Spoon" mendedahkan pelbagai jenis ketegangan dalam masyarakat Thailand moden. Buktikan pernyataan ini.

Bahagian C

6. Novel Raise The Red Lantern telah diharamkan oleh kerajaan Komunis negara China, dan sebaliknya mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca Barat. Huraikan mengapa hal ini berlaku dengan merujuk kepada elemen sosio-politik dalam karya tersebut.

7. Kanadehon Chushingura adalah drama kabuki Jepun yang masyhur dari abad ke-17 sehingga kini. Bincangkan keistimewaan-keistimewaannya yang membolehkan drama ini bertahan sepanjang zaman.

8. Gitanjali, karya India oleh Rabindranath Tagore digelar sebagai sebuah karya shastra sebenar. Buktikan kesahihan pernyataan ini (petikan puisi- puisi dalam Lampiran A boleh dirujuk untuk menyokong jawapan anda).

…3/-

…LAMPIRAN A/-

(3)

- 3 - [HKB 112]

LAMPIRAN A

- ooo 0 ooo - kurniamu maha besar

datang padaku

betapa hanya melalui tangan kecilku ini abad datang dan abad lalu tetapi engkau

senantiasa memberi dan ruang itu

senantiasa pula ada untuk di isi

dalam diam engkau berjalan di redup suram

di musim hujan bulan Julai bagai malam dengan langkah perlahan

sambil menjauhi orang yang mengintai

kembangan telah disusun rapi karangan bunga telah sedia untuk mempelai

setelah upacara nikah

pengantin akan meninggalkan rumahnya

lalu pergi menemui padukanya sendirian:

dalam kesunyian malam

berhentilah dari berdendang bernyanyi dan menghitung - menghitung lokan ini!

siapakah yang kaupuja di sudut rumah suci yang sunyi gelap ini

sedang pintu semua tertutup?

bukalah matamu dan lihatlah tuhanmu tidak ada dihadapanmu!

apakah yang kau berikan kepada malaikat maut

pada hari ia datang mengetuk pintumu?

o akan ku sajikan piala hidupku yang penuh ini pada tamuku - sudah tentu tidak akan

kubenarkan ia

pulang dengan tangan hampa

apabila kereta-emasmu nampak muncul dari jauh bagai mimpi yang indah dan aku bertanya

pada diriku sendiri siapakah raja

dari segala raja-raja itu

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin dipelajari oleh seorang pengarang Malaysia daripada sastera Eropah dan Amerika, terutama dari sudut bentuk dan cara mengolah

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin clipelajari oleh seorang pengarang Malaysia daripada sastera Eropah clan Amerika, terutama dari suclut bentuk clan cara mengolah temanya..

Merujuk kepada beberapa buah sajak yang sesuai bincangkan perbezaan gaya dan tema yang anda lihat dalam karya-karya mereka5. Cara berfikir manusia sering menyeberang

Dengan adanya karya-karya yang dihasilkan oleh Shaykh Ali Hasan, menjadi bukti bahawa pada kurun ke-20, di Sumatera Utara ada tokoh ulama yang berautoriti di

Bandingkan aspek pengolahan watak wanita dalam dua karya Asia Tenggara yang terkemuka untuk membuktikan bahawa pengarang wilayah ini mampu menghasilkan karya yang bermutu

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika dan huraikan kejayaannya dari sudut persoalan dan alatan puisi

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang