• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 313/JMK 423 - SASTERA MELAYU KLASIK BERCORAK ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 313/JMK 423 - SASTERA MELAYU KLASIK BERCORAK ISLAM "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2017/2018

Mei/Jun 2018

JMK 313/JMK 423 - SASTERA MELAYU KLASIK BERCORAK ISLAM

Masa: 3 Jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT (4) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- [JMK 313/JMK 423]

- 2 -

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

1. Empat kerajaan Melayu Nusantara telah menjadi pusat gerakan dakwah Islamiyah serta bertanggungjawab sebagai pusat karang-mengarang. Bincangkan peranan keempat-empat kerajaan tersebut, berserta contoh pengarang yang terkenal daripada mana-mana kerajaan.

(25 markah)

2. Menurut Virgina Matheson, Kitab Jawi ialah karya yang menulis tentang prinsip Islam dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. Mohd Nor Ngah pula mendefinisikan kitab sebagai buku dan Jawi merujuk kepada orang Melayu Jawa yang akhirnya membawa kepada konsep Kitab Jawi sebagai kitab pedoman buat masyarakat Melayu Islam. Terangkan maksud serta ciri-ciri Kitab Jawi, juga sebab Kitab Jawi dikatakan memiliki unsur Israiliyat.

(25 markah)

3. (a) Terangkan struktur pembahagian Kitab Jawi dan kepentingannya.

(b) Bagaimanakah teks-teks kitab/agama ini dianggap sebagai naskhah kesusasteraan Melayu?

(25 markah)

4. Pada waktu sastera bercorak Islam mula bertapak, alam Melayu ketika itu sedang dalam proses perkembangan tamadun. Kemudian, sastera Islam terus mendapat tempat dalam pengukuhan pemerintahan serta pembinaan negara bangsa.

Bincangkan peri pentingnya fungsi sastera Islam terhadap Nusantara serta masyarakatnya.

(25 markah)

5. Konsep Wahdatul Wujud begitu terkenal dan sebati dalam diri serta kepengarangan Hamzah Fansuri. Jelaskan konsep tersebut berdasarkan karya Hamzah Fansuri yang dilampirkan.

(25 markah)

(3)

…4/- [JMK 313/JMK 423]

- 3 -

6. Taj Us-Salatin difahami sebagai “kemahkotaan raja-raja” ataupun “kod etika raja-raja”. Sastera berbentuk undang-undang ini ditulis oleh Bukhari al-Jauhari dengan memasukkan beberapa hadis, contoh peristiwa dan rukun yang perlu menjadi pedoman kepada golongan pemerintah dan masyarakat. Huraikan peri pentingnya genre sastera ini kepada ketamadunan bangsa dan kelangsungan agama.

(25 markah)

(4)

…5/- [JMK 313/JMK 423]

- 4 -

SYAIR BURUNG PUNGGUK

Bismillah itu mula dikata Limpah rahmat terang cuaca Berkat Muhammad penghulu kita Ialah penghulu alam pendeta Pertama mula pungguk merindu Berbunyilah guruh mendayu-dayu Hatinya rawan bercampur pilu Seperti dihiris dengan sembilu Dari hati terlalu murung Dikarang syair seekor burung Sakitnya hati dendam berkurung Gila merawan segenap lorong Pungguk bermadah seraya merawan

“Wahai bulan, terbitnya tuan Gundahku tidak berketahuan Keluarlah bulan tercelah awan”

Ketika bulan sedang berkurung Pungguk terbang segenap lorong Ramai bertanya sekalian burung Pungguk wahai mengapa nan murung Bulan purnama cahayanya terang Bintang seperti intan dikarang Rawannya pungguk bukan sebarang Berahikan bulan di tanah seberang Gemerlapan cahaya Bintang Kertika Beratur madjelis bagai dijangka Sekaliannya bintang terbit belaka Pungguk melihat kalbunya duka Tengah malam pungguk terjaga Melihat Bintang Puyuh Berlaga Bintang Belantik beratur tiga Cahayanya terang tidak terhingga

-oooOooo-

LAMPIRAN

Rawannya pungguk tidak terperi Melihat bintang pari-pari

Bulan pernama cahayanya berseri Haram tak boleh pungguk hampiri Terbitlah bintang sebelah wetan Cahayanya limpah di tengah lautan Pungguk bercinta berlarat-laratan Menantikan sampai janji suratan Hari malam bulan nan terang Paksi berbunyi suaranya jarang Merak berbunyi segenap jurang Cengkerik bersyair mengatur sarang Sebuah tilam kita beradu

Mendengarkan bunyi pungguk merindu Suaranya halus tersedu-sedu

Laksanakan orang berahikan jodoh Pungguk merawan setiap hutan Sebilang jitun berlompatan

Bulan mengandung di sebelah lautan Dengannya bersambut-sanbutan Bukannya muda mandi bergempa Tidak kuasa duduk bercinta

Ayuhai kakanda adinda bunuhnya sahaya Tidak kuasa mandi berlimbah

Pungguk terbang dengan beraksa Di dalam hati rusak binasa Tubuhnya halus samar berasa Digoda bulan dari angkasa Di atas beraksa berapa lama Gilakan cahaya bulan purnama Kalau bulan jatuh kerama

Di manakah dapat pungguk bersama

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Puisi berjudul “yang kami perlukan” dari kumpulan puisi Selamat Pulang, Juita (2009) melengkapkan mesej yang menarik dalam bahasa yang ringkas dan padat.. Puisi adalah

Salmiah Ismail adalah seorang penyair dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang mula dikenali sekitar tahun-tahun 1980-an kerana puisi-puisinya yang ringkas, padat dan bermakna..

Dengan merujuk kedua-dua teks Hikayat Merong Mahawangsa dan Misa Melayu, bandingkan aspek-aspek Realisme Sejarah (Historical Realism) yang terdapat di dalamnya. Dengan

Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin menceritakan beberapa tekanan hidup yang dihadapi oleh watak-watak dalam novel ini.. Berikan contoh

Berdasarkan empat rangkap pantun yang diberi dalam Lampiran B, bincangkan ketepatan penyataan tersebut dengan mengaitkannya dengan Teori Estetika Melayu... ...4/-

Pertama mula pungguk merindu Terbitlah bintang sebelah wetan berbunyilah guruh mendayu-dayu cahayanya limpah di tengah lautan hatinya rawan bercampur pilu pungguk

Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai keadah pengimejan iaitu mengambil foto pada objek-objek langit seperti bulan, matahari, planet-planet, galaksi, buruj-buruj,

Sumber alam seperti sungai, tasik, gunung, bukit, sawah padi, laut, pohon kelapa serta kedudukan kosmos seperti bulan, bintang, matahari dan awan adalah elemen yang