• Tiada Hasil Ditemukan

PELA JAR ANTARABANGASA TERUJA SAMBUNG PENGA JIAN DI USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PELA JAR ANTARABANGASA TERUJA SAMBUNG PENGA JIAN DI USM"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

NIBONG TEBAL, 30 Ogos 2016 – Tiga daripada lima pelajar antarabangsa yang mendaftar diri sebagai pelajar kejuruteraan teruja untuk menyambung pengajian di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Tiga pelajar itu, Abdelrahman Abdelaziz, 21, Abdelrahman Tarek Ismail, 18 dan Osama Mohamned Ajlan, 21 antara 22 pelajar antarabangsa yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) di kampus ini.

Abdelrahman Abdelaziz dan Abdelrahman Tarek Ismail yang berasal dari Egypt itu memilih menyambung pengajian dalam bidang yang sama iaitu bidang kejuruteraan aeroangkasa manakala Osama Mohamned Ajlan berasal dari Yemen, bidang kejuruteraan mekatronik.

Menurut Abdelrahman Abdelaziz, impiannya untuk menyambung pengajian dalam bidang aeroangkasa telah bermula sejak beliau masih berada di zaman kanak-kanak lagi.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PELA JAR ANTARABANGASA TERUJA SAMBUNG PENGA JIAN DI USM

31 AUG

(2)

“Saya telah menamatkan pengajian di Cairo University, Egypt selama dua tahun sebelum ini dan telah menanam hasrat untuk melengkapkan pengajian ini di peringkat yang lebih tinggi di luar dari negara saya dan saya memilih USM sebagai destinasi tersebut,” katanya.

Tambahnya, beliau telah pun datang melawat Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM sebelum ini dan mendapati ia memenuhi keperluan bagi seseorang pelajar dalam mendalami ilmu kejuruteraan aeroangkasa.

“Saya lihat, kemudahan dan kaedah pengajian dan pembelajaran di sini, cukup memuaskan dan mempunyai teknologi yang tinggi berbanding dengan Universiti lain yang pernah saya kunjungi,”

katanya lagi.

Berlainan pula dengan rakan beliau, Abdelrahman Tarek Ismail dengan hanya membuat sedikit penyelidikan melalui internet dan pertanyaan kepada guru-guru mendapati bidang kejuruteraan di USM berada di tahap 100 terbaik di dunia.

“Saya sangat yakin saya telah membuat pilihan yang tepat kerana tidak semua Universiti mampu untuk mengajar bidang berteknologi tinggi seperti aeroangkasa ini,” kata Abdelrahman Tarek Ismail.

Bagi Osama, beliau telah datang seorang diri ke Malaysia sejak lapan bulan yang lalu dengan menyewa bilik di Kuala Lumpur untuk mengetahui dan mendalami cara hidup masyarakat kita di sini.

Katanya, beliau sangat tertarik dengan keamanan dan keramahan penduduk negara ini yang berbilang kaum dan dapat hidup sejahtera serta harmoni.

“Sebenarnya bidang mekatronik telah lama bertapak di USM ini iaitu sejak tahun 2002 lagi, jadi ini telah membuktikan bahawa pasti pengajian dan pembelajarannya lebih baik berbanding negara saya yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menawarkan pengajian dalam bidang ini,” kata pelajar bersusuk tubuh halus itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi pembelajaran dalam banyak bidang, justeru itu saya amat bersyukur dan merasa bangga kerana dapat melanjutkan pengajian saya di sini,” tambahnya lagi.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin

Share This

(3)

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 11 Mac 2016 – Kualiti akademik serta status APEX telah menjadi salah satu faktor kuat kepada Amanda May Safira, 19, untuk menyambung

USM PULAU PINANG, 12Oktober 2016 – Saintis yang juga merupakan pakar dalam bidang pembuatan ubat-ubatan herba dari Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains

Menurut Ketua Projek ‘Charity Car Wash’ yang juga merupakan pelajar perubatan USM tahun dua, Nurul Aqilah Ab Razak, aktiviti seumpama ini membuka ruang untuk para

“Saya lihat hasil daripada lawatan ini banyak persamaan antara USM dan CMU yang boleh memberi laluan kerjasama bukan sahaja dalam pemindahan ilmu malah juga

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana

Terdapat beberapa kajian kebolehbacaan yang pernah dilakukan di pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang-bidang tertentu sama ada melibatkan teks berbahasa Melayu atau

Memandangkan bidang penyelidikan Reproduktif Toxicology adalah bidang yang baru di USM, kami bekerjasama rapat dengan Pusat Pengajian Sains Perubatan dan dengan

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK minima 3.00 dari mana-mana universiti