• Tiada Hasil Ditemukan

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SAMPAI SYARAHAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 11 APRIL 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SAMPAI SYARAHAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 11 APRIL 2016"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

image002

USM, PULAU PINANG, 5 April 2016 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal akan menyampaikan Syarahan Perdana 'CEO Faculty Programme' pada hari Isnin, 11 April 2016 jam 9.00 pagi di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Syarahan Perdana yang pertama kali diadakan di USM melalui program CEO Faculty Programme Kementerian Pendidikan Malaysia ini terbuka kepada orang ramai.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman, berkata Ketua Pengarah Pentadbiran Awam (KPPA) yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam pentadbiran awam itu dijangka menyentuh tentang usaha melaksanakan program Keberhasilan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam setelah lebih tiga tahun pelaksanaannya sejak tahun 2013 yang telah menunjukkan impak yang telah melakar wajah baharu Perkhidmatan Awam.

"Kita telah menyaksikan bagaimana Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam telah digagaskan yang bertunjangkan kepada lima teras strategik iaitu Mendaya Upaya Bakat; Merekayasa Organisasi;

Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan; Merangkum dan Sepunya; serta Membudaya Nilai, agenda Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam ini disebar luas ke seluruh peringkat Perkhidmatan Awam," kata Omar.

Tambahnya, USM menyokong usaha ini yang perlu dikongsi bersama seluruh warga USM malah pegawai-pegawai perkhidmatan awam seluruh negara serta masyarakat yang tentunya berpeluang untuk memahami usaha yang dibuat dengan lebih objektif apatah lagi melihat kepada cabaran dan realiti yang ada yang kini berada pada fasa terakhir sebelum mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Peranan Perkhidmatan Awam dan sumbangan penjawat awam menjadi penentu kejayaan agenda besar negara sebagai pemelihara kepentingan rakyat yang bukan sekadar mentadbir untuk rakyat, tetapi juga mentadbir bersama rakyat, membina rangkaian, memudah cara perkhidmatan dan memfokus kepada keberhasilan yang besar serta pantas," kata Omar.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SAMPAI SYARAHAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 11 APRIL 2016

05 APR

(2)

Syarahan Perdana ini menjadi wacana intelektual dalam gapura keilmuan untuk direnungi, diamati dan diterjemahkan pemikiran dan paradigma Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke-21 ini dalam bentuk tindakan oleh para pentadbir, golongan ilmuan, para penyelidik dan penjawat awam keseluruhannya.

Teks: Mohamad bin Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seremban: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengetuai senarai 272 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari

(10 markah) (b) Kenalpasti dan bincangkan dengan ringkas, padat dan tepat, tiga (3) perbezaan penekanan yang menggambarkan perubahan dari Pentadbiran Awam

Sebelum melaksanakan sesuatu program perhubungan awam, pengamal perhubungan awamnya atau perunding perhubungan awam akan merujuk kepada proses perhubungan awam untuk memastikan

Justeru, Kerajaan telah mengkaji semula program Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dan seterusnya memperkenalkan satu pekeliling baru iaitu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran

Prinsip yang ketiga ialah aspirasi yang dihajatkan melalui cabaran Wawasan 2020 yang penting yakni “Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

Keperluan untuk mempertingkatkan perkhidmatan sektor awam melalui teknologi maklumat disedari sejak kebelakangan ini dan pentadbiran awam kian mendesak untuk

Bincangkan peringkat pertama iarf.t elemen yang dipindahlwn dengan merujuk kepada satu dasar kerajaan Malaysia.

 Seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (JKRTT) dalam tempoh 14 hari keputusan