• Tiada Hasil Ditemukan

JMK101 – Pengantar Kesusasteraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK101 – Pengantar Kesusasteraan "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

SULIT

…2/-

SULIT

__________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2018/2019

Jun 2019

JMK101 – Pengantar Kesusasteraan

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab SEMUA soalan di Bahagian A dan pilih DUA (2) soalan sahaja daripada Bahagian B.

Baca soalan dengan teliti sebelum anda menjawab.

Bahagian A diperuntukkan 40 markah dan Bahagian B diperuntukkan 60 markah.

(2)

SULIT JMK101

…3/- SULIT - 2 -

BAHAGIAN A (40 markah) Jawab SEMUA soalan.

1. (a). Terangkan takrif kesusasteraan mengikut pandangan R.Wellek dan R.

Warren yang termuat dalam buku Theory of Literature.

(b). Huraikan maksud karya agung dalam konteks definisi kesusasteraan yang diutarakan oleh R.Wellek dan R. Warren.

(20 markah)

2. (a). Bincangkan tiga (3) perbezaan antara puisi dan prosa.

(b). Bincangkan tiga (3) perbezaan antara kreativiti yang bersifat kolektif dan yang individualistik.

(20 markah)

BAHAGIAN B (60 markah)

Pilih dan jawab DUA (2) soalan sahaja.

3. (a). Huraikan cakupan bidang kesusasteraan.

(b). Apakah yang dimaksudkan dengan naratif? Bincangkan kedudukan pantun dalam konteks naratif.

(30 markah)

4. Bincangkan persoalan yang ingin disampaikan oleh Ali Jusoh dalam novel Suami.

(30 markah)

5. Pada pendapat anda, mengapakah Sulaiman dalam novel Harga Sebuah Maruah, karya Azizi Hj. Abdullah tidak sehaluan dengan adiknya, Hijrah dan ibunya dalam mempertahankan tanah mereka?

(30 markah)

6. Bincangkan tema perpaduan yang diutarakan oleh Usman Awang melalui sajak “Anak Jiran Teonghua”. Rujuk lampiran.

(3)

SULIT JMK101

…4/- SULIT (30 markah) - 3 -

LAMPIRAN

Anak Jiran Tionghua

BEGITU kecil ia berdiri di tepi pagar kilat matanya memanggil Iskandar siapa lalu siapa berkaca

melihat keduanya bergurau senda.

Anak Tionghua kelahirannya di sini

di bumi hijau ladang-ladang getah dan padi ia bisa bercerita untuk siapa saja

di sini tanahnya dan ibunya bersemadi.

Lihat mereka sedang berebutan pistol mainan he, jangan berkelahi

ah, anak-anak dengan caranya murni berkelahi untuk nanti bermain kembali.

Lihat mereka tertawa riang

Ah Chew tak punya gigi sebatang Iskandar mengesat hingus ke baju

sekarang mereka menunggu aiskrim lalu.

Bumi tercinta resapkan wahyumu jantung mereka adalah langitmu darah mereka adalah sungaimu nafas mereka adalah udaramu.

Usman Awang

(Puisi-puisi Pilihan Usman Awang 1987)

(4)

SULIT JMK101

…5/- SULIT - oooOooo -

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin, bincangkan DUA (2) konflik penting dalam novel serta cara pengarang menyelesaikannya.. Watak-watak

Bincangkan nilai-nilai kemanusian yang cuba disampaikan oleh Hamka dalam novel Di Bawah

Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin menceritakan beberapa tekanan hidup yang dihadapi oleh watak-watak dalam novel ini.. Berikan contoh

Berdasarkan puisi Seribu Rumah karya Hilmi Rindu, pada pendapat anda, adakah gaya bahasa yang dipilih penyair itu bersesuaian dengan isu yang hendak disampaikan dalam

Berdasarkan sebuah esei kritikan yang dipilih daripada buku Novel dalam Kritikan, bincangkan ciri-ciri kritikan sastera yang terdapat di dalamnya.. Berdasarkan kepada novel

Kematian watak-watak yang ingin mencari kehidupan baru dalam novel Men In The Sun,karya Ghassan Kanafani membayangkan perjuangan rakyat Palestin yang tiada

Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kursus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan itu,

Bincangkan bentuk-bentuk bencana alam yang dihadapi oleh golongan petani di Kampung Banggul Derdap yang tergambar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad7.