• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF GURU BESAR TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF GURU BESAR TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

109

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 Vol. 2 No. 2 [June 2020]

Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF GURU BESAR TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU

Nur Syukri Hidayati Che Omar1* dan Mohd Izham Mohd Hamzah2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: atiaizain@gmail.com

Article Information:

Article history:

Received date : 24 January 2020 Revised date : 15 January 2020 Accepted date : 31 May 2020 Published date : 5 June 2020

To cite this document:

Che Omar, N., & Mohd Hamzah, M.

(2020). PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF GURU BESAR TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(2), 109- 123.

Abstrak: Kepimpinan distributif mampu memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru yang akan meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Pentadbir masih mengamalkan amalan kepimpinan tradisional dan kurang memberi keyakinan serta kepercayaan kepada guru-guru terutama untuk membuat keputusan dalam perbincangan. Faktor polisi dan pentadbiran, gaji dan rakan sekerja merupakan faktor ketidakpuasan hati guru.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungan dengan kepuasan kerja guru sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat. Kajian ini diharapkan dapat menambah khazanah ilmu dalam bidang kepimpinan di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah (PPD). Kajian ini juga berupaya memberi garis panduan terbaik kepada guru besar dalam melaksanakan kepimpinan. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Responden kajian sebanyak 303 responden melibatkan guru-guru dari 11 buah sekolah kebangsaan di zon Bangi, daerah Hulu Langat, Selangor. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru di zon Bangi. Kajian ini diharapkan boleh memberi implikasi yang besar terhadap bidang keilmuan kepimpinan dalam menyediakan guru besar agar dapat mengupayakan tugasan memimpin sekolah serta memberi kepuasan kerja kepada guru dengan sempurna.

(2)

110

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Kepimpinan distributif adalah amalan kepimpinan teragih yang mampu memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru demi untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kepimpinan distributif perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Walaupun gaya kepimpinan ini memberi peluang kepada setiap individu untuk memberi sumbangan kepada organisasi sekolah dalam pelbagai aspek seperti dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan dan keberkesanan organisasi, namun, faktor-faktor seperti kemalasan, sensitif dan rasa tidak selamat akan menghalang sesetengah guru di sekolah untuk memberi tindak balas yang positif kepada cabaran yang dihadapi (Harris, 2013). Justeru, disinilah wujud keperluan implementasi dimensi model kepuasan kerja guru untuk menyumbang usaha dengan bersungguh-sungguh kepada organisasi sekolah. Sehubungan itu, kajian berkenaan pengaruh kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru wajar dilakukan bagi mengenalpasti kaitan dan hubungan amalan kepimpinan distributif oleh guru besar kearah peningkatan kepuasan kerja guru. Kepimpinan distributif boleh wujud dalam suatu bentuk rangkaian dan bukannya struktur hierarki atau struktur piramid (Darlene, 2019). Ini bermaksud kepimpinan distributif boleh diagihkan kepada semua individu tanpa mengira hierarki. Kepuasan kerja guru adalah penting kerana ia akan mempengaruhi minat, motivasi dan komitmen mereka terhadap tugas (Hamid, 2012). Justeru, perkaitan positif antara kepimpinan dan kepuasan kerja merupakan satu input penting kepada kejayaan sesebuah organisasi (Ilham Ismail, 2015).

2. Ulasan Kepustakaan

Banyak kajian lepas yang berkaitan dengan kepimpinan distributif telah dilaksanakan dan didapati wujud hubungan yang positif dengan kepuasan kerja guru. Dalam satu kajian kes yang dilaksanakan oleh James A. Diaz (2018) bertajuk tanggapan kerja guru terhadap kepuasan bekerja di bawah transformasi dan gaya kepimpinan distributif. Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa guru melaporkan tahap keberkesanan diri yang tinggi dalam gaya kepimpinan distributif, malah tingkah laku dan amalan kepimpinan distributif adalah positif dan memberi kesan kepada kepuasan kerja mereka. Kajian ini dilaksanakan di sekolah tinggi luar bandar di Selatan tengah Texas. Tambahan, Michael Evan Morris (2016) telah mengkaji pengaruh kepimpinan distributif terhadap kepuasan kerja guru baru di satu sekolah daerah Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian kes kualitatif ini melibatkan sebanyak 11 orang guru baru yang berada di tahun dua dan tiga perkhidmatan. Kajian juga melibatkan 7 orang pengetua, dan 4 orang pegawai pentadbir pusat yang menyokong pembangunan guru baru. Dapatan kajian mendapati guru baru yang terlibat Kepimpinan distributif merupakan elemen penting dan memberi impak yang besar terhadap guru-guru dan keseluruhan sistem organisasi sekolah. Kesimpulannya, guru besar perlu melengkapkan diri dengan kepimpinan distributif supaya dapat meningkatkan kepuasan kerja guru secara berkesan.

Kata kunci: Kepimpinan, Distributif, Kepuasan kerja, Guru Sekolah Kebangsaan

(3)

111

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dengan aktiviti kepimpinan melalui model distributif menunjukkan peningkatan kepuasan kerja.

Ini menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Dalam kajian Ereş, F., & Akyürek, M., İ. (2016) yang bertajuk hubungan di antara prinsip kepimpinan distributif pengetua sekolah rendah dan kepuasan kerja guru, matlamat kajian adalah untuk menentukan tahap hubungan antara ciri kepimpinan distributif pengetua sekolah rendah dan persepsi kepuasan kerja guru. Mengikut penemuan kajian, terdapat hubungan yang positif antara ciri kepimpinan distributif pengetua dan kepuasan kerja guru.

Abu Nayeem Mohammad Salahuddin (2011) telah menjalankan kajian di empat buah sekolah menengah di Bangladesh. Hasil kajiannya mendapati implementasi kepimpinan distributif pengetua masih pada tahap rendah, ini telah menyekat perkembangan professional para guru. Ini bermaksud dalam organisasi yang gaya kepimpinan pengetua bersifat autokratik, budaya demokrasi adalah pada tahap rendah. Dapatan Abu Nayeem Mohammad Salahuddin (2011) berbeza pula dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zuridah & Muhd Izham (2018). Zuridah

& Muhd Izham (2018) mengkaji tahap amalan kepimpinan distributif pengetua. Kajian ini melibatkan seramai 402 orang guru yang berkhidmat di 10 buah sekolah menengah di daerah Putrajaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan distributif adalah tinggi.

García Torres, D. (2018) telah menjalankan kajian untuk melihat pengaruh kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru di Singapura. Data guru telah diambil dari TALIS 2013. Sebanyak 9,044 guru dari 431 sekolah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan di antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru. Ini boleh disimpulkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai kesan yang penting terhadap kepuasan kerja guru. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Ramazan Cansoy (2019) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru. Kajian yang sistematik ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengetua sekolah dan kepuasan kerja guru.

Manakala dapatan García Torres, D. (2019) telah menjalankan kajian ke atas 1507 guru dari 98 buah sekolah di Amerika Syarikat. Kajian ini bertajuk kepimpinan distributif, kerjasama profesional, dan kepuasan kerja guru di sekolah Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja guru. Ini bermakna amalan kepimpinan distributif guru besar mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah.

Kepuasan kerja guru adalah aspek yang penting untuk menjamin kualiti tugas guru yang merupakan tonggak pendidikan sebuah sekolah. Justeru dengan mengamalkan kepimpinan distributif, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhan struktur kecemerlangan sesebuah sekolah. Daripada kajian-kajian dalam negara dan luar negara yang dinyatakan menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Berdasarkan dapatan kajian yang lepas, maka kajian ini menghipotesiskan terdapat hubungan langsung antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru.

(4)

112

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved 3. Penyataan Masalah

Sokongan guru besar dalam membenarkan guru menentukan visi sendiri menjadi isu dalam usaha melaksanakan pentadbiran distributif di sekolah. Hal ini kerana masih ada pentadbir yang mengamalkan kepimpinan tradisional berbentuk autokratik (Tan, 2018). Guru hanya menerima arahan dan tidak berpeluang membina kemahiran kepimpinan sendiri. Dalam keadaan ini, guru hanyalah pelaksana, tidak mempuyai hala tuju sendiri dan sentiasa mengharapkan pentadbir sebagai ketua untuk menggerakkan dan menyediakan hala tuju tersebut (Norasmah & Rofilah, 2013). Kajian Baidi (2018) mendapati masih terdapat pentadbir yang mengamalkan kepimpinan berasaskan kepada kuasa, monopoli. Kurang keyakinan di kalangan guru besar terhadap guru menyebabkan tidak wujud kerjasama pasukan antara pentadbir dan guru. Amalan hierarki dalam pentadbiran dan pemilihan guru senior dalam jawatankusa membuat keputusan menyebabkan guru lain tidak berpeluang terlibat dalam jawatankuasa ini (Raja Maizatul Wizana, 2013).

Kepuasan kerja berkait rapat dengan prestasi dan kualiti kerja yang dilakukan oleh seseorang pekerja dan diterjemahkan ke dalam kejayaan sesebuah organisasi (Aikaterini, Dimitrios &

Athanasions, 2014). Kajian yang dilaksanakan oleh Sara (2012) mendapati faktor beban tugas, polisi dan pentadbiran merupakan faktor ketidakpuasan hati guru. Antara masalah lain yang wujud adalah hubungan dengan rakan sekerja yang tidak menyeronokkan merupakan halangan kepada peningkatan kepuasan bekerja. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Mohamad Fuad (2015), terdapat sebahagian guru yang tidak berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan dan menyebabkan wujud suasana kurang mesra antara guru khususnya apabila tugasan itu melibatkan guru-guru yang lain maka hal ini telah memberi kesan terhadap ketidakpuasan bekerja mereka.

Keberkesanan seseorang pemimpin sekolah ialah pemimpin yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan kepuasan kerja para guru. Namun begitu, terdapat keadaan dimana kepuasan kerja guru tidak dapat dicapai kerana dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti gaji, persekitaran kerja, komunikasi dan komitmen organisasi (Rashid et al, 2013). Ronfelt, Loeb,

& Wyckoff (2012) menyatakan bahawa ketidakpuasan guru terhadap kerjanya bukan sahaja menjejaskan prestasi kerja mereka, malah memberi impak kepada pencapaian murid. Justeru, guru besar seharusnya memberikan perhatian kepada aspek kepuasan kerja guru kerana mereka adalah penggerak utama dan agen penyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, amalan kepimpinan guru besar perlu diperkukuhkan agar guru dapat menghadapi tekanan serta bermotivasi dengan sokongan dan dorongan daripada pemimpin seterusnya mengembalikan kepuasan bekerja dikalangan guru. Tetapi persoalan yang timbul, adakah kepimpinan guru besar yang diamalkan di sekolah mampu memberi kepuasan kerja para guru?

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru sekolah rendah Zon Bangi, Daerah Hulu Langat. Melalui kajian ini, unit analisis kajian adalah guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah kebangsaan zon Bangi.

4. Metodologi

Kerangka konseptual kajian adalah merujuk kepada dimensi-dimensi yang terlibat dalam setiap pemboleh ubah yang dibincangkan. Berdasarkan Hulpia et al. (2009), kepimpinan distributif merangkumi 3 dimensi iaitu dimensi sokongan, dimensi penyelian dan dimensi kerjasama berpasukan. Penerapan sokongan ialah dengan bantuan, penghargaan dan juga meningkatkan

(5)

113

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

interaksi dalam organisasi. Sokongan diamalkan bertujuan untuk meningkatkan peranan dan tanggungjawab tenaga pengajar dalam organisasi (Hulpia et al., 2009). Sokongan diamalkan oleh pasukan kepimpinan organisasi dalam membantu guru untuk menguruskan kerja-kerja dalam organisasi. Dalam kajian ini sokongan meliputi galakan dan bantuan yang diberikan oleh guru besar terhadap guru. Penyeliaan dilaksanakan secara menyeluruh iaitu meliputi semua aspek dalam organisasi. Penyeliaan meningkatkan hubungan dan interaksi antara guru besar dengan guru.

Fungsi penyeliaan terhad kepada kepimpinan organisasi iaitu hierarki (Hulpia et at., 2009).

Penyeliaan mempunyai 3 peringkat iaitu prapenyeliaan, penyeliaan dan pascapenyeliaan (Jemaah Nazir KPM, 2019). Kerjasama pasukan adalah kolaborasi dan perkongsian dalam organisasi sekolah antara pemimpin dan guru.

Kajian kepuasan kerja guru-guru zon Bangi daerah Hulu Langat berlandaskan kepada teori 9 aspek kepuasan kerja yang direka bentuk oleh Spector (1985) dipetik daripada Spector (1997) untuk menilai dimensi kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi. Teori 9 aspek kepuasan kerja merangkumi 9 dimensi utama. Kajian ini memilih 4 dimensi untuk dikaji iaitu kadar gaji yang diterima memadai dengan usaha dan tenaga yang telah dilakukan guru, penghargaan iaitu kepuasan guru terhadap penghargaan yang diberikan berdasarkan hasil usaha mereka, polisi dan peraturan kerja iaitu kepuasan guru dengan prosedur dan peraturan di tempat kerja mereka seperti melibatkan birokrasi dan hubungan rakan sekerja iaitu kepuasan guru dengan rakan sekerja.

Kajian ini juga adalah satu kajian kuantitatif menggunakan kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti sejauh manakah kepimpinan distributif mempengaruhi kepuasan kerja guru. kaedah tinjauan dipilih dalam kajian ini kerana darjah kebolehpercayaannya tinggi, kos yang murah dan jangkamasa yang diperlukan untuk melaksanakannya adalah singkat. Model kepimpinan distributif yang digunakan ialah model kepimpinan distributif Hulpia et al. (2009) manakala kepuasan kerja guru adalah berdasarkan teori 9 aspek kepuasan kerja oleh Spector (1997).

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian Kepimpinan Distributif

Sokongan

Penyeliaan

Kerjasama pasukan

Kepuasan Kerja Guru

Gaji

Penghargaan

Polisi dan peraturan kerja

Rakan sekerja Faktor Demografi Guru

Umur

Pengalaman mengajar

Tahap pendidikan

(6)

114

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Sumber: Telah diubah suai daripada kajian model kepimpinan distributif Hulpia et al. (2009) dan teori 9 aspek kepuasan kerja oleh Spector (1997)

Pemilihan peserta kajian telah dibuat secara teknik persampelan rawak mudah. Teknik persampelan rawak mudah membolehkan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Saiz sampel ditentukan berpandukan kepada jadual Krejcie dan Morgan (1970) bagi kajian ini. Bilangan saiz sampel melibatkan 303 orang responden.

Populasi merupakan satu set pelengkapan data yang mengenai jumlah setiap responden dalam ukuran yang dikaji bagi sesuatu kajian (Zuraidah, 2006). Dalam kajian penyelidikan ini, kajian akan dijalankan di negeri Selangor dan populasi kajian adalah guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat. Daerah Hulu Langat mempunyai 5 zon iaitu zon Bangi, zon Semenyih, zon Cheras, zon Hulu Langat dan zon Ampang. Jumlah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat ialah sebanyak 66 buah sekolah kebangsaan dan jumlah keseluruhan guru yang mengajar sekolah kebangsaan di daerah Hulu Langat ialah sebanyak 4 585 orang. Bagi kajian ini, populasi kajian yang dipilih adalah sekolah kebangsaan yang berada di zon Bangi. Jumlah keseluruhan guru yang mengajar di sekolah kebangsaan zon Bangi ialah sebanyak 1187 orang guru. Responden kajian pula melibatkan guru-guru dari 11 buah sekolah kebangsaan di zon Bangi, daerah Hulu Langat, Selangor. Bilangan saiz sampel melibatkan 303 orang responden.

Pengumpulan data untuk kajian ini adalah dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pengkaji telah mengadaptasi daripada kajian Hulpia et al. (2009) untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan distributif dan kajian oleh Spector (1997) untuk menguji kepuasan kerja guru dalam pembinaan soal selidik ini. Soal selidik untuk kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A merujuk kepada maklumat demografi responden, bahagian B merujuk kepada dimensi kepimpinan distributif guru besar dan bahagian C pula merujuk kepada aspek kepuasan kerja guru. Secara keseluruhan, semua bahagian di dalam soal selidik ini digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru.

Untuk menganalisis data, kaedah yang digunakan adalah kaedah analisis statistik dekskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Aras signifikan yang ditetapkan adalah 0.05 (p<0.05). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada Bahagian A (Demografi) serta untuk menjawab soalan kajian 1 dan 2 melibatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai serta penyusunan data. Manakala soalan kajian 3 pula adalah dengan melihat hubungan kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru.

Bagi tujuan ini, interpretasi skor min bagi soalan kajian 1 dan 2 ditentukan merujuk kepada Jadual 1. Manakala bagi soalan kajian 3 pula interprestasi pekali korelasi ditentukan dengan merujuk jadual 2.

S1 Apakah tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan oleh guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru?

S2 Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru?

(7)

115

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Jadual 1: Interprestasi Skor Min

Skor Min Interpretasi

1.0 – 1.80 Sangat rendah

1.81-2.60 Rendah

2.61-3.40 Sederhana

3.41-4.20 Tinggi

4.21-5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Chua (2012)

S3 Adakah terdapat hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru?

Jadual 2: Interpretasi Nilai Pekali Korelasi

Skor Min Interpretasi

1 Sempurna

0.80 – 0.99 Sangat kuat

0.60 – 0.79 Kuat

0.40 – 0.59 Sederhana

0.20 – 0.39 Lemah

0.01 – 0.19 Sangat lemah

0 Tiada hubungan

Sumber: Fauzi Hussin et al. (2014)

4.1 Dapatan Kajian

Ujian normaliti Kolmogorov-Smirnov telah dilaksanakan terlebih dahulu terhadap data yang diperoleh. Hasil analisis mendapati data yang dikutip adalah bertabur secara normal. Kajian ini berfokuskan kepada guru sekolah kebangsaan di zon Bangi. Seramai 303 orang telah terlibat di dalam menjayakan kajian ini. Sebanyak tiga ciri demografi telah digunakan seperti umur, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan dibentangkan dalam bentuk jadual berdasarkan bilangan dan peratusan responden. Taburan demografi responden dipaparkan dalam jadual.

Jadual 3: Taburan Demografi Responden

Bilangan Peratus

Umur

24-31 tahun 91 30.0

32-39 tahun 91 30.0

40-45 tahun 84 27.7

46-48 tahun 13 4.3

49 tahun ke atas 24 7.9

Pengalaman mengajar

1-8 tahun 112 37.0

9-16 tahun 103 34.0

17-22 tahun 56 18.5

23-25 tahun 14 4.6

(8)

116

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

26 tahun ke atas 18 5.9

Tahap pendidikan

Diploma Pendidikan Malaysia 28 9.2

Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) 129 42.6

Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) 117 38.6

Sarjana Pendidikan 29 9.6

S1 Apakah tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan oleh guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru?

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian pertama iaitu mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama berpasukan. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Nilai Min dan Sisihan Piawai Tahap Kepimpinan Distributif Guru Besar

Min SP Tahap

Sokongan 4.29 .506 Sangat tinggi

Penyeliaan 4.13 .408 Tinggi

Kerjasama Berpasukan 4.28 .409 Sangat tinggi

Kepimpinan Distributif Guru Besar 4.23 .395 Sangat tinggi

(Tahap: Sangat rendah = 1.00 – 1.80, Rendah = 1.81 – 2.60, Sederhana = 2.61 – 3.40, Tinggi = 3.41 – 4.20, Sangat tinggi = 4.21 – 5.00)

Dalam kajian ini, tahap amalan kepimpinan distributif guru besar diukur oleh 3 dimensi iaitu dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama berpasukan. Daripada Jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa skor penyeliaan (min = 4.13, SP = 0.408) adalah berada pada tahap yang tinggi. Manakala skor yang sangat tinggi pula adalah sokongan (min = 4.29, SP = 0.506) dan kerjasama berpasukan (min = 4.28, SP = 0.409). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap kepimpinan distributif guru besar (min = 4.23, SP = 0.395) dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi adalah berada pada tahap yang sangat tinggi.

S2 Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat berdasarkan persepsi guru?

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dari aspek gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja serta rakan sekerja. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Nilai Min dan Sisihan Piawai Tahap Kepuasan Kerja Guru

Min SP Tahap

Gaji 3.97 .561 Tinggi

Penghargaan 3.75 .524 Tinggi

Polisi dan Peraturan Kerja 3.76 .415 Tinggi

Rakan Sekerja 4.36 .474 Sangat tinggi

Kepuasan Kerja Guru 3.96 .319 Tinggi

(Tahap: Sangat rendah = 1.00 – 1.80, Rendah = 1.81 – 2.60, Sederhana = 2.61 – 3.40, Tinggi = 3.41 – 4.20, Sangat tinggi = 4.21 – 5.00)

(9)

117

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Dalam kajian ini, tahap kepuasan kerja guru diukur oleh 4 dimensi iaitu gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja, dan rakan sekerja. Daripada Jadual 4.8 di atas menunjukkan bahawa skor gaji (min = 3.97, SP = 0.561), penghargaan (min = 3.75, SP = 0.524) dan polisi dan peraturan kerja (min = 3.76, SP = 0.415) adalah berada pada tahap yang tinggi. Manakala skor yang sangat tinggi pula adalah rakan sekerja (min = 4.36, SP = 0.474). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap kepuasan kerja guru (min = 3.96, SP = 0.319) dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi adalah berada pada tahap yang tinggi.

S3 Adakah terdapat hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru?

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian ketiga iaitu mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru. Ia juga menilai hipotesis seperti berikut:

H03 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru

Hasil analisis korelasi dipaparkan dalam Jadual 6

Jadual 6: Hubungan Antara Kepimpinan Distributif Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Kepuasan Kerja Guru

r Sig. P Tahap

Sokongan 0.491** .000 Sederhana

Penyeliaan 0.489** .000 Sederhana

Kerjasama Berpasukan 0.465** .000 Sederhana

Kepimpinan Distributif Guru Besar 0.537** .000 Sederhana ** p < 0.01

Hasil kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 6 menunjukkan sokongan (r = 0.491, p < 0.01);

penyeliaan (r = 0.489, p < 0.01); dan kerjasama berpasukan (r = 0.465, p < 0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Secara keseluruhannya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 6 menunjukkan kepimpinan distributif guru besar (r = 0.537, p < 0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangi. Dengan itu Ho3 adalah gagal diterima.

(10)

118

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4.1.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Hasil kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan dipaparkan dalam Jadual 7.

Jadual 7: Kebolehpercayaan Data

Pemboleh ubah Alfa Cronbach Bilangan Item

Kepimpinan Distributif Guru Besar 0.932 31

Sokongan 0.957 9

Penyeliaan 0.917 12

Kerjasama Pasukan 0.922 10

Kepuasan Kerja Guru 0.935 24

Gaji 0.961 6

Penghargaan 0.948 5

Polisi dan Peraturan Kerja 0.858 7

Rakan Sekerja 0.973 6

Jadual 7 di atas menunjukkan julat kebolehpercayaan bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dari aspek sokongan, penyeliaan dan kerjasama pasukan, dan tahap kepuasan kerja guru dari aspek gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja dan rakan sekerja adalah berada di antara 0.858 hingga 0.973. Manakala alfa Cronbach keseluruhan bagi tahap amalan kepimpinan distributif guru besar adalah 0.932 (31 item), manakala tahap kepuasan kerja guru pula adalah 0.935 (24 item). Maka, jadual alfa Cronbach di atas menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima.

5. Dapatan dan Perbincangan

Tahap Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar

Kajian ini mendapati tahap amalan kepimpinan distributif guru besar di sebelas buah sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat, Selangor berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.23, S.P=0.395). Para guru bersetuju bahawa guru besar sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat mengamalkan ketiga-tiga dimensi kepimpinan distributif secara kerap di sekolah. Hal ini menunjukkan guru besar mengamalkan kepimpinan distributif iaitu perkongsian tanggungjawab pemimpin dengan pengikut ketika menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di sekolah. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Zuraidah &

Muhd Izham (2018) yang mendapati tahap kepimpinan distributif adalah tinggi. Kajian ini juga menyokong dapatan kajian oleh Zuraidah, Julaini, Yahya & Siti Noor (2016), amalan kepimpinan distributif pada tahap yang tinggi. Dalam dapatan kajian ini menunjukkan dimensi sokongan mempunyai nilai min yang lebih tinggi berbanding dimensi lain. Kajian ini selari dengan Hulpia et al. (2009) yang mana tahap dimensi sokongan adalah tinggi berbanding dimensi yang lain. Guru- guru sekolah kebangsaan zon Bangi bersetuju bahawa guru besar sentiasa memberi galakan kepada guru untuk menetapkan matlamat, visi dan membangunkan profesionalisme guru bersama-sama

(11)

119

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

semasa mentadbir sekolah. Selaras dengan kenyataan Stemler, Bebell & Sonnabend (2011) yang menyatakan bahawa pembangunan sesuatu visi dan misi sekolah melibatkan mereka yang berada di dalam komuniti sekolah itu sendiri dan bukan sekadar guru besar. Guru-guru sekolah kebangsaan juga bersetuju bahawa guru besar sekolah di zon Bangi telah membangunkan profesionalisme guru bersama-sama. Dapatan ini selaras dengan penyelidikan Tam Hui Teng &

Mohd Izham (2019) yang menyatakan bahawa pengetua yang mengamalkan kepimpinan distributif cenderung untuk membantu dalam pembangunan professional berterusan guru-guru iaitu Komuniti Pembelajaran Profesional dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid.

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Kajian yang dijalankan ini juga mendapati tahap kepuasan kerja guru di sebelas buah sekolah kebangsaan di zon Bangi daerah Hulu Langat, Selangor berada pada tahap yang tinggi (M=3.96, S.P=0.319). Ini bermakna guru-guru berasa puas terhadap gaji, penghargaan yang diterima, polisi dan peraturan kerja di sekolah serta pergaulan dengan rakan sekerja di tempat kerja mereka.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Sarifa (2017) yang telah menjalankan kajian kepuasan kerja guru di sekolah menengah di daerah Kota Marudu dan hasil kajian menunjukkan kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, kajian ini menyokong dapatan kajian Zoolaiha Abd. Rahman (2015) yang mengkaji tahap kepuasan kerja guru-guru dan mendapati ianya berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga menyokong kajian oleh Rozi, Abd Latif, Sofiah &

Faezah (2017) yang telah menjalankan kajian di enam buah sekolah menengah dan melibatkan 200 orang guru turut mendapati tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Namun kajian ini bercanggah dan berbeza dengan kajian Jessica Anak Bettie (2018) yang menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah di luar bandar daerah Miri, Sarawak berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi kerana setiap dimensi yang diukur menunjukkan nilai pada tahap yang tinggi iaitu dimensi gaji, penghargaan, polisi dan peraturan kerja serta rakan sekerja dimana rakan sekerja menunjukkan nilai pada tahap sangat tinggi. Ini bermakna guru-guru berasa puas terhadap dimensi yang dinyatakan dan hal ini meningkatkan semangat melakukan pekerjaan serta tugasan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan kerana kepuasan kerja merupakan salah satu faktor yang penting dalam mencapai objektif sesuatu organisasi. Seseorang guru yang mempunyai tahap emosi yang stabil, berperasaan positif, sentiasa didorong oleh motivasi dan semangat yang kuat serta selalu dihargai oleh orang lain akan lebih gembira dan berpuas hati dengan kerjanya (Haroon et al., 2012).

Hubungan Amalan Kepimpinan Distributif dengan Kepuasa Kerja Guru

Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Nilai pekali pearson ialah 0.537. Ini membuktikan kehadiran hubungan signifikan yang sederhana antara kepimpinan distributif (pemboleh ubah tidak bersandar) dan kepuasan kerja dikalangan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan yang terletak di Zon Bangi di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Dapatan ini menunjukkan yang kepuasan kerja guru meningkat dengan amalan kepimpinan distributif dengan nilai signifikan 0.000, yang lebih kecil dibandingkan dengan nilai signifikan yang ditetapkan (0.05). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru.

(12)

120

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian kualitatif yang dijalankan oleh Michael Evan Morris (2016) mengenai kesan amalan kepimpinan distributif ke atas kepuasan kerja di kalangan guru novis di Massachusetts. Kajian ini juga menunjukkan yang guru novis yang melibatkan diri aktiviti kepimpinan melalui model teragih dilihat menunjukkan kepuasan kerja yang lebih tinggi.

Hasil kajian ini juga selari dengan hasil kajian Garcia Torres, D (2018) mengenai amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja di kalangan guru.

Kajian ini melibatkan 9,044 guru dan 431 buah sekolah di Singapura dan mendapati yang secara keseluruhannya, pengetua di sekolah terpilih menunjukkan amalan kepimpinan distributif pada tahap tinggi dan kepimpinan distributif pengetua mempunyai korelasi dengan kepuasan kerja guru.

Hasil kajian ini juga disokong oleh hasil kajian lampau mengenai korelasi antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru (García Torres, D., 2019; Ramazan Cansoy, 2019; Ereş, F., & Akyürek, M., İ. 2016; Tanriögen, A.Iscan, S. , 2016; dan Zoolaiha, 2015). Selain daripada itu, hasil kajian ini disokong oleh Hulpia et al. (2009) yang mendapati terdapat hubungan positif antara kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru serta Segaran (2018) yang melaporkan hubungan signifikan sederhana antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru.

Dapatan ini menunjukkan yang guru besar di sekolah terpilih mengamalkan kepimpinan distributif yang positif. Guru besar yang mengamalkan kepimpinan distributif cenderung memberi sokongan kepada guru dan menggalakkan pengagihan tugasan serta kolaborasi antara guru-guru.

Amalan ini telah mempengaruhi kepuasan kerja guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru dipengaruhi oleh amalan kepimpinan distributif. Oleh itu, amalan kepimpinan distributif oleh guru besar dapat meningkatkan kepuasa bekerja di kalangan guru-guru, dan sebaliknya. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan sederhana antara ketiga-tiga dimensi kepimpinan distributif dan kepuasan kerja guru. Berdasarkan hasil kajian, kesemua dimensi kepimpinan distributif mempunyai hubungan sederhana, manakala hubungan antara dimensi sokongan dan kepuasan kerja guru menunjukkan nilai skor tertinggi diikuti oleh dimensi penyeliaan dan dimensi kerjasama pasukan.

Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja guru. Ini bermakna amalan kepimpinan distributif guru besar mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah. Kepuasan kerja guru adalah aspek yang penting untuk menjamin kualiti tugas guru yang merupakan tonggak pendidikan sebuah sekolah. Justeru dengan mengamalkan kepimpinan distributif, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhan struktur kecemerlangan sesebuah sekolah.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa guru besar di zon Bangi mengamalkan kepimpinan distributif dengan kerap. Penerapan amalan kepimpinan distributif dalam organisasi sekolah membantu pelaksanaan transformasi yang tidak mampu dilaksanakan oleh guru besar sahaja, malah dapat membantu guru besar dalam mencapai matlamat organisasi. Pelaksanaan amalan kepimpinan distributif dikalangan guru besar akan memberi kesan kepada kepuasan kerja dikalangan guru-guru. Ini adalah kerana guru berasa diberi kepercayaan dan akan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dan seterusnya keyakinan dan kepuasan kerja guru meningkat.

Kajian ini menunjukkan kepimpinan distributif guru besar mempunyai hubungan yang signifikan

(13)

121

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dan positif dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap pihak pembuat polisi dan pentadbir sekolah bahawa amalan kepimpinan distributif merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan kepuasan kerja guru. Justeru, usaha perlu dilakukan untuk menyebar luas amalan kepimpinan distributif ini.

Hal ini juga menjelaskan bahawa kepimpinan distributif memberi impak yang besar terhadap guru- guru dan keseluruhan sistem organisasi sekolah. Penekanan terhadap kepimpinan distributif di Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini menyumbang kepada kejayaan transfromasi sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik.

Oleh hal yang demikian, insentif dan latihan perlu diberi penekanan agar pemimpin dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka dalam memimpin selaras dengan hasrat yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2019) dan pembelajaran abad 21.

7. Penghargaan

Penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah, pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan suami, anak-anak, kedua ibu bapa, adik-beradik serta sahabat.

Rujukan

Abu Nayeem Mohammad Salahuddin. (2012). Distributed leadership in secondary schools:

Possibilities and impediments in Bangladesh. Arts Faculty Journal, 4, 19-32.

Adila Hashim. (2013). Kepimpinan dan motivasi, Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan DimensiKOOP, 41

Aikaterini, Dimitrios & Athanasions. (2014). Teacher’s job satisfaction and selfefficacy: a review.

European Scientific Journal, 10 (22), 321-342.

Ereş, F., & Akyürek, M., İ. (2016). The relationship between elementary school principals’

distributed leadership behaviours and teachers’ job satisfaction. Gazy University Journal, 36(3), 427-449.

García Torres, D. (2019). Distributed leadership, professional collaboration, and teachers’ job satisfaction in U.S. schools. Teaching and Teacher Education, 79, 111–123.

García Torres, D. (2018). Distributed leadership and teacher job satisfaction in Singapore. Journal of Educational Administration, 56(1), 127-142.

Hamid, N. A. (2012). Hubungan burnout dengan kepuasan kerja: Tinjauan dikalangan guru Bahasa Inggeris di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (tesis sarjana). Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Harris, A. (2013). Distributed leadership: Friend or foe?. Educational Management Administration and Leadership. 41, 545.

Hulpia, H., Devos, G. (2009). Exploring the link between distributed leadership and the job satisfaction of school leaders. Educational Studies, 35(2), 153-171.

Ilham Binti Ismail. (2015). Pengaruh kepimpinan beretika dan kepuasan kerja guru terhadap komitmen organisasi di sekolah (tesis doktor falsafah). Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.

(14)

122

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

James A. Diaz. (2018). A case study of the perceptions of teacher job satisfaction working under a transformational and distributed leadership style. (Ed.D. Dissertations). College of Education, Concordia University–Portland.

Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran.

Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Jessica Anak Bettie. (2018). Hubungan Beban Tugas Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah di Luar Bandar Daerah Miri (tesis sarjana pendidikan). School of Education and Social Sciences, Veritas University College.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan 2015 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Mohamad Fuad Haji Ishak, Ab. Halim Tamuri, Suhana Mohamed Lip, Sapie Sabilan, Zetty Norzuliana Rashed & Suziana Hanini. (2015). Tahap kepuasan bekerja dari aspek hubungan rakan

sekerja dalam kalangan guru-guru KAFA Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor, 1-18.

Norasmah Othmana & Rofilah Md. Saida. (2013). Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Harian Mengamalkan Kepimpinan Tersebar. Jurnal Teknologi.

Raja Maizatul Wizana. (2013). Amalan pengetua dan guru dalam membuat keputusan kolaboratif di Maktab Rendah Sains Mara di Negeri Johor (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ramazan Cansoy. (2019). The relationship between school principals’ leadership behaviour and teachers’ job satisfaction: A systematic review. International Education Studies, 12(1), 37- 52.

Rozi, Abd Latif, Sofiah dan Faezah. (2017). komitmen guru dan kepuasan kerja guru di

sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1), 863-874. Kedah: Penerbitan Universiti Utara Malaysia.

Segaran & Jamalul Lail. (2019). Kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru SJKTDI daerah Hulu Selangor. Proceedings of International Conference on Humanities, 428-437. Kuala Lumpur: ICHES 2019.

Sara, F. (2012). Job satisfaction among English language teachers in Malaysia. International Journal of Applied Linguistics & English Literature, 1(4), 30-37.

Sarifa@ Sarifah Sebil. (2017). Pengaruh kepimpinan distributif dan iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Spector, P.E. (1985). Measurement of human service staff satisfaction: Development of the job satisfaction survey. American Journal of Community Psychology, 13(6), 693-713.

Spector, P.E. (1997). Job Satisfaction: Application, Assessment, Causes, and Consequences.

United Kingdom: Sage Publications Ltd.

Stemler, Steven & Bebell, Damian & Sonnabend, Lauren. (2011). using school mission statements for reflection and research. Educational Administration Quarterly, 47, 383-420.

Tam Hui Teng & Mohd Izham. (2019). kepimpinan distributif dan komuniti pembelajaran profesional (KPP) di sekolah rendah. Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017, 257-263. Pulau Pinang, Penerbitan School of Social Sciences.

(15)

123

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Tan. G. K. (2018). Kepimpinan distributif dalam kalangan pengurusan sekolah rendah daerah Muar (tesis sarjana pendidikan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Tanriögen, A.; Iscan, S. (2016). Effect of distributive leadership behaviours of foreign language schools' principals on the job satisfaction of instructors. International Journal of Educational Administration and Policy Studies, 8(6), 48-56.

Zoolaiha Abd Rahman. (2015). Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor (tesis doktor falsafah). Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zuraidah Muda & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018). Amalan Kepimpinan Distributif Hubungannya Dengan Modal Psikologi di Sekolah Menengah Daerah Putrajaya (prosiding international conference on global education v). Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Pengurusan Konflik dalam Kalangan Pemimpin Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2), 165-171.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Keputusan ujian korelasi menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan pada tahap yang sangat kuat antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan

Secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru sekolah menengah adalah di tahap yang sederhana dan terdapat hubungan yang positif antara elemen- elemen komunikasi yang diamalkan

Berdasarkan dapatan kajian, tahap amalan kepimpinan lestari guru besar sekolah amanah di daerah Jeli adalah tinggi di mana dimensi penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat hubungan yang positif antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah pedalaman.. Keputusan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah

Sesuatu kepimpinan yang efektif merupakan satu asas bagi kenaikan taraf sekolah secara berterusan, bersama kepimpinan transformasi guru besar akan memberi impak

Dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan Ujian Korelasi Pearson yang dijalankan dalam menentukan hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru

Dapatan kajian menunjukkan amalan pembangunan profesional dan hubungan positif yang sederhana terhadap aspek reaksi kepuasan guru, pembelajaran guru, sokongan dan