• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENJAGAAN CUCU OLEH WARGA EMAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENJAGAAN CUCU OLEH WARGA EMAS"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Social Science Research eISSN: 2710-6276 [Vol. 1 No. 2, December 2019]

http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

PENJAGAAN CUCU OLEH WARGA EMAS

Siti Azura Bahadin1*

1 Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Kedah, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: sitiazura@uum.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 17 July 2019 Revised date : 24 July 2019 Accepted date : 15 October 2019 Published date : 17 October 2019

To cite this document:

Bahadin, S. (2019). PENJAGAAN CUCU OLEH WARGA EMAS.

International Journal Of Social Science Research, 1(1), 25-33.

Abstrak: Kajian ini mengemukakan isu penjagaan cucu oleh warga emas yang menjadi trend masyarakat hari ini, Perubahan sosial dan struktur keluarga yang berlaku dalam masyarakat hari ini telah menyebabkan warga emas terlibat dalam tugas menjaga cucu. Datuk nenek merupakan kategori warga emas sememangnya memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan intergenerasi keluarga di negara ini. Tugas menjaga cucu yang diambil alih oleh datuk nenek bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai aspek berkaitan dengan permasalahan ini berjaya diterokai. Artikel ini menghuraikan punca peralihan tugas pengasuhan dan didikan kepada ibu-bapa dan kesan psikologi perkembangan yang dialami oleh cucu tersebut.

Kajian ini merumuskan bahawa dalam era modenisasi, anak dewasa perlu ada kesedaran dan prihatin mengenai kesejahteraan hidup ibu bapa tua (datuk nenek) yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga cucu secara sepenuhmasa. Tahap perkembangan yang kritikal dan perlu diberi fokus adalah di awal tumbesaran anak- anak di mana ianya proses awal membentuk tingkahlaku dan sosial anak-anak di masa dewasa kelak dan usaha membesarkan anak bukannya mudah terutama di usia remaja yang perlu diberi perhatian serius dalam menjamin kehormanian tumbesaran generasi akan datang.

Kerjasama semua pihak amat penting dalam menjamin dua generasi ini selesa berkembang di dalam ruang lingkup kehidupan yang patut dan sempurna.

Kata Kunci: Penjagaan cucu, datuk nenek, warga emas, faktor, cabaran, psikologi perkembangan

(2)

1. Pengenalan

Dewasa ini, peranan keibubapaan menjadi semakin mencabar di mana berlaku dua tahap berbeza pengurusan anak dan cucu. Keadaan ini seolah-olah menjadi trend masyarakat hari ini menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada ibu-bapa yang berpangkat datuk dan nenek. Pada pandangan individu ianya seperti perkara remeh namun dari sudut ilmu psikologi perkembangan ianya menimbulkan pelbagai kesan serius dari pelbagai sudut ke atas kedua pihak tersebut. Isu penjagaan cucu bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan melibatkan negara-negara lain di dunia ini. (Dorothy, 2007)

Datuk nenek merupakan tempoh masa transisi daripada alam dewasa pertengahan ke alam akhir hayat. Ia juga dikenali sebagai dilema generativiti berbanding kepentingan diri (generativity versus stagnation) oleh Levinson. Generativiti ialah konsep merangkumi keibubapaan datuk nenek, penerusan generasi dan ingin melabur sesuatu dalam bentuk kehidupan dan pekerjaan.

Generativiti dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu, generativiti biologi dimana orang dewasa mengembangkan keturunan melalui reproduktif; generativiti keibubapaan dimana penjagaan, mendidik dan membimbing akan dan generativiti kebudayaan dimana orang dewasa mencipta, inovasi dan melestarikan budaya dan adat resam dalam generasi penerus (McAdam, 1990)

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas (World Assembly on Ageing 1982).

Di Malaysia pihak kebajikan masyarakat (JKM) telah menyediakan bantuan kepada golongan ini dalam pelbagai aspek dalam meraikan kehidupan mereka di fasa akhir seperti kewangan, pusat aktiviti warga emas (PAWE), Unit Penyayang warga emas (UPWE) dan lain-lain. Ini menunjukkan golongan warga emas amat dilindungi dan disayangi.

Kanak-kanak pula merupakan modal insan penting kepada negara. Kehidupan seorang anak bermula selepas ianya dilahirkan sehingga ke peringkat remaja. Mereka memerlukan penjagaan yang selamat dan kondusif, perlindungan daripada pengabaian, jauh dari penderaan, keganasan dan eksploitasi. Kanak-kanak mempunyai hak untuk disayangi dan perlukan jagaan yang sesuai dengan tahap umur perkembangan. (Hj. Ishammudin Hj. Ismail, 2009).

Pelbagai faktor dikenalpasti transisi peranan keibubapaan datuk dan nenek dalam kalangan masyarakat Malaysia, antaranya masalah keluarga yang berpunca dari ibu dan bapa yang menagih dadah, alkohol, pendera dan pengabaian kanak-kanak, penjenayah yang dipenjarakan, kehamilan luar nikah, kesihatan mental, gelandangan, masalah wang kronik, penyakit kronik, keganasan rumahtangga, kemalangan jalan raya, kematian dan penceraian ibubapa juga pelbagai masalah dan isu yang dihadapi oleh anak dewasa yang menyebabkan datuk dan nenek perlu mengambil tanggungjawab menjaga cucu. (Alavi, k., Dagang, D., & Manap, J., 2016)

Salah satu sebab peralihan penjagaan anak-anak ini adalah pnguasaan wanita dalam sesetengah bidang dan pekerjaan mewujudkan pula masalah baru iaitu tanggungjawab mereka terhadap rumah tangga. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang bekerja dan kesuntukan masa, menyebabkan mereka berdepan dengan masalah penjagaan anak. Bagi wanita yang sudah berkahwin dan terus bekerja, anak-anak terpaksa dihantar untuk penjagaan warga tua iaitu datuk dan nenek yang sedikit

(3)

Selain itu, kes kematian pada umur dewasa yang meragut nyawa kebanyakan ibu bapa juga turut menyumbang kepada transisi peranan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang boleh mengundang maut tanpa mengira usia seperti strok, sakit jantung, diabetes dan sebagainya serta mati mengejut akibat daripada kemalangan jalan raya. Hal ini menyebabkan ramai anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dijaga oleh datuk nenek.

2. Objektif kajian

Artikel ini untuk meneroka faktor yang menyumbang kepada keibubapaan warga emas dalam proses penjagaan cucu

3. Metodologi

Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan kaedah temubual secara mendalam.

Persampelan secara bertujuan telah digunakan bagi memilih informan yang sesuai dengan tujuan kajian. Seramai 4 orang warga emas yang menjalankan tugas menjaga cucu telah ditemubual.

responden dikenalpasti melalui teknik snowballing berdasarkan criteria seperti jantina iaitu lelaki dan perempuan, kaum, Kriteria umur responden iaitu 65 tahun ke atas serta tempoh telah menjalankan tugas menjaga cucu. Temubual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang ingin diselidik dalam sesuatu kajian atau penyelidikan. Penyelidik telah menjalankan temuduga separa berstruktur. Kaedah proses data dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian. Kaedah tersebut termasuklah proses mendengar pita rakaman, proses pengekodan maklumat dan proses mempersembahkan data kajian. Proses mendengar pita rakaman: Dalam proses mendengar pita rakaman atau transkripsi data, pengkaji mendengar semula rakaman yang telah direkodkan semasa proses pengumpulan data sekurang-kurangnya dua kali dan kemudiannya membuat transkripsi temubual. Melalui kajian ini, terdapat empat transkripsi temubual telah dijalankan memandangkan terdapat empat responden yang telah ditemubual dalam kajian ini untuk proses menganalisis data.

4. Hasil Kajian dan Perbincangan Profil Responden

Seramai empat orang responden telah dipilih secara bertujuan oleh penyelidik dalam kajian ini.

Bagi memulakan temubual bersama responden, penyelidik telah mengemukakan soalan berkaitan dengan latar belakang mereka terlebih dahulu.

Jadual 1: Profil Responden

Responden Umur Status

Perkahwinan

Pekerjaan Pekerjaan Pasangan

A 85 Balu Tidak bekerja -

B 70 Berkahwin Tidak bekerja Kerja kampung

C 65 Balu Tidak bekerja -

D 66 Berkahwin Tidak bekerja Pesara kerajaan

(4)

Maklumat latar belakang responden adalah merangkumi umur, status perkahwinan, bangsa dan Pekerjaan dan pekerjaan pasangan.responden terdiri daripada warga emas yang menjaga cucu.

Responden telah didapati dalam lingkungan umur 65 tahun hingga 85 tahun. Seramai dua orang responden masih dalam ikatan perkahwinan atau lebih jelas lagi masih ada pasangan suami atau isteri. Manakala dua orang daripada responden adalah balu dimana pasangan mereka telah meninggal dunia. Dari segi pekerjaan, keempat-empat orang responden didapati tidak bekerja dan dua pasangan responden yang bekerja sebagai kerja kampung dan pesara kerajaan. Kepelbagaian maklumat latar belakang responden sedikit sebanyak mampu mempengaruhi dapatan kajian kerana kepakaran serta pengalaman di antara mereka adalah berbeza-beza. Melalui temubual yang telah dijalankan, penyelidik telah mendapati beberapa faktor-faktor yang menyebabkan datuk dan nenek sebagai penjaga cucu.

5. Faktor penyumbang warga emas menjaga cucu 5.1 Penglibatan Ibu bapa dalam pekerjaan

Hampir kesemua responden memberi penjelasan bahawa mereka menjaga cucu disebabkan ibu- bapa cucunya bekerja.

“.. Anak makcik bekerja, siang dan malam..cari duit lebih. Dia tidak ada pilihan selain menyerahkan makcik jaga. “

“.. Dia kerja tak tentu masa,mengurut sana sini dan jaga orang bersalin.. takda siapa jagakan anak di rumah. Terpaksalah saya tengok-tengokkan juga..”

“.. Maknya bekerja di kelantan, ayahnya menagih dadah. Anak-anak bior le makcik nengokkan senang dema nak buat kerja. Harap ke ayahnya, haram.. susah budak- budak tu nanti..”

“.. sementara muda dan larat anak pergi kerja, kena OT nak bayar itu ini. Lepas siang di Ampang, malam di klinik Wangsa Maju..”

Pernyataan ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pekerjaan menyumbang kepada faktor penjagaan cucu oleh datuk dan nenek bagi penerusan kehidupan yang selesa. Ibu bapa seharusnya bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Datuk dan nenek merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah menjaga anak.

(5)

5.2 Penceraian dalam kalangan ibu bapa

Faktor penceraian dalam kalangan anak dewasa juga merupakan faktor warga emas terlibat dalam penjagaan cucu. Isu penceraian adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat hari ini.

Dalam kajian ini responden C bahawa beliau menjaga cucu disebabkan anaknya telah bercerai dengan menantunya. Kemudian beliau mengambil alih tugas menjaga cucu demi kelangsungan hidup. Anaknya terlibat dengan penagihan dadah tegar..

“.. Hmm, susah nak cakap. Anak makcik tak cukup duit nak jaga anak dia.

Makan sendiri pun tak mampu. Depa bercerai..bini dah balik rumah dia di sana (kelantan), anak-anak semua tinggal ke makcik..makcik jaga semua cucu....”

Penjelasan ini menunjukkan bahawa responden C menjaga cucunya disebabkan faktor penceraian anak-menantunya. Kajian menunjukkan bahawa penceraian boleh menimbulkan masalah kepada pasangan malahan juga anak-anak (Duniform, & Kowalksi-Jones, 2007). Dadah juga boleh merosakkan generasi muda dan punca penceraian sesebuah institusi kekeluargaan. Oleh yang demikian datuk dan nenek terlibat dalam menangani dari masalah ini bertambah teruk dalam urusan penjagaan cucu.

5.3 Kematian dalam kalangan ibu dan bapa

Kematian yang berlaku dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal dewasa menjadi faktor kepada penjagaan datuk dan nenek terhadap cucunya. Antara sebab kematian adalah penyakit kronik iaitu kanser usus dan kemalangan jalan raya. Inilah penjelasan responden A dan B.

“.. Anak makcik dah mati, suaminya kemalanganja jalan raya. Siapa lagi boleh jaga kalau bukan makcik. Kesian, depa kecik-kecik lagi..”

“.. Ayah dia meninggal masa budak-budak kecil lagi. Sakit kanser usus. Suaminya pun masa tu muda lagi. Banyak kali berubat, tak menjadi juga. Akhirnya meninggal di hospital di Melaka”

Oleh yang demikian, datuk dan nenek perlu membantu memudahkan urusan kehidupan cucu- cucunya. Dalam psikologi perkembangan kanak-kanak memerlukan sokongan moral dan mental dari orang terdekat dan dipercayai dari segi penjagaan dan kelangsungan hidup apabila berlaku kematian ibu-bapa. (Kamaruzzaman, 2016)

(6)

5.4 Kesunyian dalam kalangan warga emas

Antara faktor lain yang menjadi penarik kepada penjagaan cucu oleh datuk dan nenek adalah kesunyian dalam kalangan warga emas di mana responden B, C dan D menjelaskan bahawa tanpa cucu di sisinya hidup tidak meriah Mereka akan lebih rasa gembira bila dikelilingi anak dan cucunya.

“ .. Pernah mak depa amik cucu sat dok sana.. Tak tahan saya call suruh balik.. Sunyi la dok sorang-sorang. Nanti saya sedih..saya susah sikit takpa asal tak sunyi..”

“.. dok ramai-ramai pun tak pa. cucu sana datang rumah tak sunyi, depa pun dah besar boleh tolong jaga saya balik.. kalau saya dan tokwan dia lagi lah tak tahu nak buat apa..boring”

“.. makcik pernah duduk dengan depa awal dulu, kemudian pakcik ajak pindah.

Sedih, sunyi, tak oleh duduk, gelisah, sedih.. Makcik datang semula ke sana untuk sambung terus jaga cucu. Biar letih sikit tapi makcik happy, tak sunyi.

Seronok…”

Faktor kesunyian berlaku pada tahap lanjut usia di mana anak-anak dan cucu tidak lagi tinggal bersama. Kesunyian boleh menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian faktor ini menjadi penyebab mengapa warga emas mahu anak dan cucunya terus berada di sisi walaupun ramai dan menghadapi sedikit kesulitan namun mereka berasa gembira dan bahagia dan tidak kesunyian. (Siti Azura Bahadin, Siti Rozaina Kamsani, Azmi Shaari, Daisy Jane C. Orcullo, Zarina Mat Saad, Noor Azniza Ishak, Mohd Makzan Musa & Nabisah Ibrahim, 2018).

6. Cabaran penjagaan Cucu oleh warga emas 6.1 Cabaran Fizikal

Fizikal warga emas akan merosot dan menyusut dengan perubahan usia dan kesihatan diri. Mereka menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas-tugas berat seperti menyiapkan makanan, menyalin lampin, berjaga malam, menguruskan cucu-cucu ke sekolah dan urusan harian seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan lain-lain. Selain itu struktur rumah menyukarkan pergerakan warga emas dan telah mendatangkan masalah. Keadaan ini dijelaskan dari jawapan kesemua responden.

“… makcik uzur, mana nak urus diri mana nak urus cucu. Memang mencabar nak buat sendiri. Nak harap anak makcik sorang tu, anak dia pun tak sihat. Dia bantulah setakat yang boleh.. kesian juga…”

“.. Kena jalan kaki pi mana-mana, nak bawak motor tak larat. Kederat takdak..

Harap tokwan depa, tu pun mata rabun, bahaya takut accident..”

“.. Muda-muda dulu biasala mangkit bancuh susu. Tua-tua ni pakat lena, kesian budak. Makcik tak larat jaga baby..harap ayah dia tak peduli dah semua

(7)

“.. Letih sangat rumah dua tingkat, basuh baju di atas.. Pernah terjatuh di tangga..naik turun naik turun, memang payah, letih. Nak senang malam nak tidur baru basuh baju.. bilik tidur sebelah laundry room..”

Penjelasan di atas menunjukkan kesemua responden menghadapi kesukaran fizikal menguruskan anak-anak yang masih kecil kerana keperluan mereka lebih rumit. Keadaan diri mereka membataskan pergerakan dan tidak mampu melaksanakan dengan sempurna. Apa yang dilakukan seminima yang mungkin di samping mengharapkan pasangan membantu dan orang-orang terdekat di sekeliling rumah dalam memudahkan urusan hidup.

6.2. Cabaran kewangan

Faktor kewangan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti hidup hari ini untuk membeli makanan, membayar bil rumah, kos perubatan, yuran, belanja sekolah dan keperluan luar jangkaan. Kekurangan ini bahagian ini boleh memberi masalah besar kepada datuk dan nenek.

Sumber kewangan mereka perolehi dari bantuan Jabatan kebajikan (JKM), sumbangan ihsan anak- anak dan pinjaman dari jiran dan kenalan. Namun ada yang tidak mencukupi menurut responden A, B dan C

“.. Ada JKM bagi bantuan RM300, tak cukup.. Cucu ramai, yang lain pun mai tumpeng...cucu sulung tak ambik SPM, takda duit nak urus persekolahan. Dia berhenti sekolah bantu makcik cari kerja..”

“..anak makcik yang duduk sekali makcik bantu sikit-sikit tapi dia pun tak cukup.. Anak tak sihat juga, duit nak pakai banyak..”

“..ikut depa bagi apa.. Makan apa ada. Kerja pun takda..kadang bagi banyak, kadang sikit..harap tokwan depa kerja kampung. Tak larat mana pun”

Generasi hari ini merupakan tunggak negara yang sangat memerlukan kehidupan yang sempurna terutamanya bab persekolahan. Dengan pendidikan mampu mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik masa di masa depan. Selain itu manusia memerlukan nutrisi yang baik untuk tumbesan dengan pemakanan yang sihat dan lengkap samada di peringkat kecil sehinggalah dewasa. Oleh yang demikian sumber kewangan amat penting dalam melengkapkan keperluan di atas.

(Kamaruzzaman, 2017) 6.3. Cabaran Kesihatan

Keseluruhan responden mengakui mereka menghadapi masalah kesihatan samada yang sederhana dan kritikal. Mereka terasa beban untuk menjaga cucu kerana pergerakan mereka juga terhad.

Selain memerlukan kos membeli ubat, mereka tidak mampu mengurus cucu dengan sempurna.

Paling tragis mereka mendapat penyakit kritikal setelah tertekan (stress) menjaga cucu dan ada responden mengalami kemalangan semasa melaksanakan kerja-kerja harian.

“.. makcik kena strok. Duit nak pakai banyak.. harap anak sendiri dia pun tak cukup anaknya pun sakit jantung berlubang…”

“..sakit macam-macam.. Dah tua. Darah tinggi ada. Susah juga nak urus depa bila sakit. Tokwan depa pun pernah kena strok. Kalau nak ke mana-mana kena

(8)

“.. kadangkala stress dengan anak yang menangih tu. Ada saja masalah timbul.

Kita pulak yang sakit.., mujur jiran-jiran ada yang prihatin..tolong bantu mana boleh.. ”

‘’.. Sejak jatuh dan jari patah, nak gengam pun susah. Buat kerja tak boleh kuat- kuat. Takut sakit lagi… saya jatuh tangga sebab terpijak mainan cucu..”

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulan di sini cabaran yang dihadapi oleh responden adalah masalah kesihatan yang kebiasaanya dihidapi oleh warga emas. Masalah kesihatan ini dikenalpasti setelah mereka menggalas tanggungjawab menjaga cucu. Selain itu, faktor fizikal yang sudah tua dan tidak kuat dan tidak secergas diusia muda mereka dahulu. Tambahan pula pasangan turut menderita penyakit kritikal dan strok menyukarkan kegiatan harian dan urusan anak cucu yang tinggal bersama dan mengharapkan bantuan jiran yang prihatin.

7. Kesimpulan

Tanggungjawab menjaga cucu bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya dalam kalangan datuk nenek yang kian mencapai usia tua (warga emas). Kajian ini telah dijalankan empat kawasan berbeza mengambil kira bandar dan luar bandar dan ramai ibu bapa yang keluar bekerja. Ekoran daripada kesibukan bekerja, ramai yang meninggalkan anak-anak di bawah pangkuan datuk nenek untuk dijaga walaupun ada yang mengambil alternatif lain seperti mengupah pengasuh dan meletakkan anak-anak di taska. Pengkaji telah memilih 4 orang datuk nenek di usia emas untuk dijadikan sebagai subjek kajian ini bersesuaian dengan tujuan kajian. responden telah ditemubual secara mendalam dan identiti mereka dirahsiakan oleh pengkaji.

Tanggung jawab menjaga cucu di usia emas bukanlah perkara mudah kerana ianya memerlukan kudrat dan badan yang sihat, kewangan yang kukuh dan kekuatan mental dan emosi yang stabil.

Memanusiakan manusia ini bukan kerja sembarangan, seharusnya ibu-bapa memainkan peranan paling besar dalam hal ini bukan sekadar menyogok makan dan minum sahaja. Pendidikan anak- anak perlu dititik beratkan kerana setiap kanak-kanak merupakan permata negara sepatutnya mendapat penjagaan, asuhan dan persekitaran yang sempurna untuk membesar. Situasi ini boleh memberikan kesan psikologi dan mental ke dalam diri anak-anak kerana keinginan mereka banyak terpendam (impuls terpendam) dan situasi storm dan stress remaja yang tidak diurus dengan baik di waktu kecil. (Siti Azura, et al., 2018)

Selain daripada ibu bapa, kerajaan juga merupakan pihak yang berkepentingan dalam membantu serta memberi sokongan kepada datuk nenek yang menjaga cucu. Misalnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengambil alternatif dengan mempelbagaikan program sama ada secara teori mahupun pratikal berkenaan dengan datuk nenek yang sedang menjaga cucu. Di samping itu, semua masyarakat perlu berganding bahu dalam memberi sokongan sosial dan sokongan fizikal kepada datuk nenek terlibat dalam isu penjagaan cucu.

(9)

Rujukan

Dorothy Ayer’s Conts (2007). Introduction: The Practice and Prospects of Grandparenting in the Pacific. University of British Columbia, Okanagan.

Duniform, R., & Kowalksi-Jones, L. (2007). The Influence of Grandparents in Single Mother Families. Journal of Marriage and Family.

Gerald Y. Michaels, Wendy A. Goldberg. (1998). The Transition Of Parenthood. Cambridge Press Syndicate of the University of Cambridge.

Gregory. E. Kennedy. (2006). Updating for Curriculum Development. Grandparenthood Literature for Family Life Educators. Central Missouri State University.

Hj. Ishammudin Hj. Ismail. (2009). Kaunseling Keibubapaan ke Arah Pembentukan Sahsiah Mulia Bakal Pewaris Negara. Selangor Darul Ehsan. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Kamaruzzzaman Kamaruddin (2016). Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk Guru. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim. Perak.

Khadijah Alavi, Doris Dagang & Jamiah Manap (2016). Datuk Nenek Menjaga Cucu: Faktor Penyumbang dan Cabaran Penjagaan. Journal of Science and Humanities. Vol. 11, No. 1 (2016) 125-136.

Kenneth H. Rubin Ock Boan Chung. (2006). Parenting Beliefs, Behaviours, and Parent Child Relation. Britain. Taylor & Francis Group.

Kvale S. 1996. Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing. London.Sage Publications.Vol. 11, No. 1 (2016) 125-136.

ldrop, D. P., & Weber, J. A. (2001). From grandparent to caregiver: The stress and satisfaction of raising grandchildren. Families in Society: Journal of Contemporary Human Services.

Merrim, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application ini Education. Ed ke- 2.Thousand Oaks, Caluff: Sage.

Mikiyasu Hakoyama & Eileen E. MaloneBeach. (2012). Young Adult Grandchildren’s Perceptions of Grandfather Roles. The American Association of Behavioral and SocialSciences Journal.

Nattavudh Powdthavee. (2011). Life Satisfaction and Grandparenthood. Evidence from a Nationwide Survey. Nanyang Technological University and IZA.

Siti Azura Bahadin, Siti Rozaina Kamsani, Azmi Shaari, Daisy Jane C. Orcullo, Zarina Mat Saad, Noor Azniza Ishak, Mohd Makzan Musa & Nabisah Ibrahim (2018). Pengantar Psikologi.

Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sintok.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh yang demikian, dicadangkan agar satu kajian longitudinal dijalankan dengan menggunakan pendekatan mix-method bagi mengkaji dengan lebih mendalam keberkesanan

Kualiti hidup diukur dengan menggunakan instrumen Older People Quality of Life (OPQOL) (Bowling et al., 2012). Soal selidik OPQOL telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Bagi

Intervensi amalan kerja sosial memberi impak berkesan dalam usaha menangani hambatan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas

Umpamanya program Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) iaitu satu khidmat yang bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas

Bagi mencapai matlamat kajian ini, objektif kajian adalah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh warga emas terhadap penggunaan sistem maklumat semasa yang terdapat di

Pelbagai faktor dikenalpasti transisi peranan keibubapaan datuk nenek dalam kalangan masyarakat Malaysia, antaranya masalah keluarga yang berpunca daripada ibu atau bapa yang

Berdasarkan dapatan yang diperoleh bagi memahami isu, cabaran dan peluang yang dihadapi oleh individu warga emas dari segi penggunaan media baharu dan penglibatan dalam

Persampelan dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga