• Tiada Hasil Ditemukan

Dana bank diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada modal penubuhan bank itu sendiri, keuntungan hasil operasi perbankan, akaun pelaburan dan daripada akaun deposit yang ditawarkan oleh bank

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Dana bank diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada modal penubuhan bank itu sendiri, keuntungan hasil operasi perbankan, akaun pelaburan dan daripada akaun deposit yang ditawarkan oleh bank"

Copied!
166
0
0

Tekspenuh

(1)

1 Bab 1 : Pengenalan

1.1. Pengenalan

Perbankan wujud bagi memenuhi kehendak ekonomi masyarakat dan merupakan kemunculan tamadun moden dalam pengurusan kewangan. Perbankan Islam secara umumnya didefinisikan secara umumnya sebagai urusan perbankan yang bebas daripada amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip muamalat Islam1. Fungsi utama sebuah bank adalah untuk menghasilkan dana atau mengumpulkan wang yang tidak digunakan daripada orang ramai dan wang tersebut kemudian digunakan sebagai pendahuluan kepada orang ramai yang lain untuk menghasilkan keuntungan2.

Dana bank diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada modal penubuhan bank itu sendiri, keuntungan hasil operasi perbankan, akaun pelaburan dan daripada akaun deposit yang ditawarkan oleh bank. Akaun deposit merupakan bahagian terbesar dalam sumbangan dana kepada bank, akaun deposit terdiri daripada akaun semasa, akaun simpanan, deposit tetap, instrumen deposit boleh niaga dan perjanjian beli balik (REPOs)3.

Di samping itu dana bank digunakan untuk membuat pembiayaan projek, pembiayaan perumahan, modal kerja dan lain-lain kepada masyarakat. Selain itu dana bank juga

1 Joni Tamkin Borhan. (2000). “Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangan”. Jurnal Usuluddin.

b.12. h.105.

2 Mohammad Muslehuddin. (1986). Urusan Bank dan Hukum Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.17.

3 Shamsudin Ismail. (2003). Pengurusan Bank Perdagangan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. j.2. h.82-83.

(2)

2 digunakan dalam pelaburan saham, jaminan bank, kemudahan overdraf, pajakan dan sebagainya.4

Sejak penubuhan institusi perbankan Islam pertama iaitu Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983, sektor kewangan Islam di Malaysia terus berkembang dalam pelbagai bidang seperti takaful, unit amanah, pasaran saham, pajak gadai, sukuk dan sebagainya5. Dalam tempoh ini juga, sektor kewangan Islam telah berjaya mewujudkan pelbagia instrumen dan produk yang dapat memenuhi keperluan masyarakat Malaysia amnya dan khususnya masyarakat Islam dalam pelbagai kegiatan atau keperluan ekonomi6.

Hasil daripada inovasi dan peredaran zaman pelbagai produk beraneka jenis dan fungsi telah dicipta mengikut arus perkembangan teknologi moden yang menjanjikan cara yang mudah kepada pelanggan bagi menarik masyarakat melabur untuk meningkatkan kuasa beli atau menyimpan kekayaan di bank, hasil daripada respon orang ramai melalui langganan produk-produk yang ditawarkan oleh bank, maka bank akan berhasil mendapatkan dana daripada masyarakat untuk meneruskan operasi bank di samping memenuhi kehendak masyarakat.

Pada tahun 1997 Maybank telah menawarkan sebuah produk pelaburan baru, iaitu Akaun Pelaburan Emas, diikuti oleh Public Bank pada tahun 2007, Kuwait Finance House pada tahun 2010, Unite Overseas Bank / UOB dan CIMB Bank pada 2011. Akaun Pelaburan

4 Mustapa Muhamed. (1995). Sistem dan Institusi Kewangan Islam Malaysia.Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd. h.17.

5 Mohd Yahya Mohd Hussin et. al. (2010). “Daya Saing dan Anjakan (shift) Dalam Jenis Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam”. Jurnal Syariah. j.18. b.1. h.124.

6 Mohd Yahya Mohd Hussin dan Joni Tamkin Borhan. (2009). “Analisis Perkembangan Pasaran Saham Islam

di Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.3. h.431-456.

(3)

3 Emas merupakan sebuah portfolio pelaburan melalui akaun simpanan. Pada masa ini, pelaburan emas memperlihatkan perkembangan yang baik pada setiap tahun, hal ini dapat dilihat dengan graf peredaran harga emas dunia pada graf 1. Di mana dilihat harga emas semakin meningkat naik, oleh yang demikian institusi-institusi perbankan tertarik untuk menawarkan produk mengenai pelaburan emas, oleh hal yang demikian pengkaji akan membincangkan mengenai Akaun Pelaburan Emas di dalam kajian ini.

Graf 1.1 : Kenaikan Harga Emas Dunia

Sumber : Gold Price (17 januari 2012)

1.2. Latar Belakang Kajian

Pelaburan merupakan aktiviti menjana pendapatan. Di malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan, antaranya pelaburan fizikal seperti hartanah, bangunan, emas dan sebagainya, manakala pelaburan kewangan terdiri daripada simpanan biasa, deposit tetap, bon, saham, pasaran hadapan dan pertukaran wang (forex).

(4)

4 Di Malaysia, pelaburan hartanah, saham, bon, pasaran hadapan, forex telah lama dibincangkan menurut perspektif Islam atau konvensional. Tetapi kebelakangan ini, pelaburan emas telah menjadi perbualan yang semakin rancak dibincangkan oleh masyarakat Malaysia, ramai pelabur mula melabur dalam portfolio emas, ini kerana harga emas dilihat meningkat naik sejak 20 tahun kebelakangan ini7, peningkatan harga emas berlaku walaupun mata wang dunia mengalami inflas. Ini membawa erti emas mampu menyimpan nilai yang menjadikannya terlindung daripada kesan inflasi terhadap pasaran kewangan8.

Dewasa ini, di Malaysia terdapat 2 kaedah dalam portfolio pelaburan emas, iaitu secara fizikal dan secara bukan fizikal, pelaburan emas fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu, syiling emas, jongkong emas dan barangan kemas.

Pelaburan menggunakan barangan kemas adalah tidak begitu sesuai, ini kerana perbezaan harga jualan dan belian barang kemas adalah sangat tinggi iaitu antara 13% - 25%9. Manakala emas dalam bentuk jongkong dan syiling yang dikeluarkan oleh bank-bank atau syarikat-syarikat tertentu adalah sangat sesuai untuk dijadikan bahan pelaburan. Ini kerana emas jongkong atau syiling mempunyai ketulenan yang tinggi dan di manapun ia dijual, nilainya tetap sama iaitu mengikut nilai semasa emas dunia. Selain itu ia juga mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah iaitu antara 5% - 6%10. Antara bank-bank dan syarikat di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas secara fizikal adalah, Maybank,

7Gold Price, http://www.goldprice.org/gold-price-history.html#20_year_gold_price ( 17/1/2012)

8 Greg Tkacz. (2007). “Gold Prices and Inflation”. Bank of Canada Working Paper. h.12

9 Louis Ng. (2009). “Public Gold : Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Bangi : Selangor. h.182

10 Ibid.

(5)

5 UOB Bank, Public Dinar, Kedai Emas Poh Kong, IGDExchange Sdn Bhd, Public Fine Gold International Sdn Bhd dan sebagainya.

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun pelaburan emas di institusi perbankan yang menawarkannya. Akaun pelaburan emas membolehkan pelanggan membeli dan melabur emas dengan cara yang mudah dan selamat, tanpa perlu menyimpan emas secara fizikal11 dengan emas akan disimpan oleh pihak bank. Buku akaun atau penyata akaun akan diberikan kepada pelabur sebagai pemilik emas, dan setiap pesanan belian atau jualan akan direkodkan ke dalam buku akaun tersebut12. Pelabur akan mendapat pulangan apabila membeli emas pada harga yang rendah dan menjual semula emas pada harga yang tinggi. Setakat awal 2012 terdapat 5 bank yang menawarkan kemudahan akaun pelaburan emas iaitu iaitu Public Bank13 - Gold Investment Account (GIA), Maybank14 - Gold Saving Passbook Account (GSPA), KFHMB15 - Gold Account-I, UOB16 - Premier Gold Account (PGA) dan Gold Savings Account (GSA) dan CIMB17 - Gold Deposit Account (GDA).

1.3. Masalah Kajian

Penggantian sistem urusan bank dan kewangan yang berasaskan kepada riba, kepada sistem yang berasaskan perkongsian untung dan rugi (sistem perbankan Islam) tidak sahaja menggantikannya dari sudut tektikal, tetapi mesti menggunakan mekanisma-mekanisma

11 Kuwait Finance house Malaysia Berhad, http://www.kfhonline.com.my/ ( 16/6/2011)

12 Public Bank, http://www.pbebank.com/ ( 16/6/2011)

13Public Bank, www.pbank.com.my (16/6/2011)

14 Maybank, www.maybank2u.com.my (16/6/2011)

15 Kuwait Finance House Malaysia Berhad, www.kfh.com.my (16/6/2011)

16 United Overseas Bank, www.oub.com.my (16/6/2011)

17 CIMB, www.cimb.com.my (16/6/2011)

(6)

6 peerlaksanaan dan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan syariah dan masyarakat Islam18.

Di awal kajian ini akan memberi tumpuan kepada mengkaji prinsip asas dan konsep syariah yang digunakan dalam penawaran produk akaun pelaburan emas oleh KFHMB. Ini kerana, seperti mana dimaklumi setiap produk perbankan atau pasaran modal yang ditawarkan mempunyai teori pendasar iaitu prinsip asas dan konsep syariah tertentu untuk membolehkan ia dilaksanakan mengikut perspektif ekonomi Islam. Sebagai contohnya, produk pembiayaan perumahan boleh menggunakan konsep musharakah mutanaqisah atau baic bithamal ajil atau murabah atau istisna’. Di KFHMB bagi penawaran produk akaun pelaburan emas, pihak KFHMB menggunakan akad al-sarf dan al-qard untuk menjalankan operasi penawaran akaun pelaburan emas. Oleh itu kajian ini akan mengkaji mengenai teori pelaburan emas yang merangkumi pelaburan dan teori transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam.

Kajian ini seterusnya akan cuba merungkai persoalan tentang bagaimana institusi perbankan di Malaysia yang terlibat iaitu KFHMB melaksanakan operasi produk akaun pelaburan emas. Hal ini adalah untuk mengenal pasti samada perlaksanaan produk ini bertepatan atau tidak dengan konsep syariah atau ekonomi Islam. Ini kerana walaupun produk yang diisytiharkan patuh syariah, tetapi jika wujud isu-isu yang berlawanan dengan prinsip syariah atau tidak memenuhi kriteria konsep syariah yang didasari, maka produk tersebut perlu diperbaiki.

18 Joni Tamkin Borhan. (2000). op. cit., h.109.

(7)

7 Pemerhatian dan pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa ke atas amal ibadah dan tatacara muamalat kita bagi memastikan bahawa segala perbuatan yang dilakukan oleh insan itu tidak tersimpang jauh dari landasan agama serta untuk mengembangkan penyelesaian masalah mengikut peredaran zaman dengan berpaksikan sumber yang kukuh bagi mengharmonikan prinsip Islam yang sesuai sepanjang zaman.

Selain itu, antara masalah yang membuatkan kajian ini perlu dilaksanakan atau isu-isu yang dikenalpasti dalam perlaksanaan akaun pelaburan emas adalah berkaitan dengan kewujudan emas fizikal diragui kerana transaksi urusniaga yang dilakukan hanya dicatatkan dalam buku akaun, jika emas tersebut tidak wujud, jual beli ini tergolong dalam baic al-macdum19 yang dilarang oleh syara’.

Seterusnya penggunaan konsep al-sarf dan al-qard di dalam produk akaun pelaburan emas oleh KFHMB membawa kepada persoalan bagaimana 2 kontrak boleh dilakukan di dalam 1 produk pelaburan, tidakkah hal ini membawa kepada timbulnya persoalan 2 kontrak di alam 1 akad yang dilarang oleh syara’20.

Selain itu, masih berkaitan dengan penggunaan konsep al-sarf dan al-qard, di mana isu yang timbul ialah simpanan emas, jika disyaratkan emas disimpan oleh bank maka pelabur tidak mempunyai hak penuh ke atas pemilikan emas sekaligus pindahan milik sempurna kepada pembeli tidak berlaku. Hal ini merosakkan akad jual beli kerana barangan tidak

19 Baic al-macdum ialah jual beli ke atas barang yang tidak ada atau yang mungkin tidak ada. Imam-imam mazhab yang empat bersependapat mengatakan hukum jual beli ini adalah terbatal. Lihat : Wahbah al- Zuhayli. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuh . Damsyiq : Dar Fikr. j.4. h.427

20 Al-Nasaci. (2001). Sunan al-Kubra. Beirut : Muacssasah al-Risalah. j.6. h.66. no.6181

(8)

8 berpindah sepenuhnya kepada pembeli daripada penjual dan dikhuatiri juga transaksi ini tergolong dalam jual beli bersyarat21 yang dilarang oleh syara’.

Oleh itu, kajian berkaitan dengan akaun pelaburan emas ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan sejauh manakah pengaplikasiannya bertetapan dan bersesuaian dengan kehendak shariah memandangkan portfolio pelaburan emas sentiasa berkembang dan berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.

1.4. Objektif Kajian

1. Menjelaskan transaksi berkaitan pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam.

2. Mengkaji perlaksanaan akaun pelaburan emas di KFHMB.

3. Menganalisis keabsahan akaun pelaburan emas yang dilaksanakan oleh KFHMB menurut perspektif ekonomi Islam.

1.5. Skop Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti konsep atau teori yang digunakan dalam perlaksanaan akaun pelaburan emas serta permasalahan-permasalahan yang berhubung kait dengan pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam. Seterusnya skop kajian hanya akan melihat kepada modus operandi22 bagaimana akaun pelaburan emas dilaksanakan dalam amalan institusi perbankan di Malaysia bagi mengenal pasti keabsahan konsep syariah yang diguna pakai dalam produk akaun pelaburan emas. Hal ini

21 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.461

22 Modus Operandi bermaksud cara atau prosuder dan sebagainya untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu.

Sila lihat: Kamus Dewan. (2000). Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. edisi.3. c.5. h. 895.

(9)

9 merangkumi perihal kontrak syariah yang diguna pakai, pembukaan akaun pelaburan emas, pembelian emas, penjualan emas dan penutupan akaun pelaburan emas.

Kajian ini hanya memfokuskan kepada aplikasi perlaksanaan akaun perlaburan emas di Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB), ini kerana hanya KFHMB sahaja menawarkan produk akaun pelaburan emas berasaskan prinsip syariah berbanding 4 buah bank yang lain.

1.6. Sorotan Literatur

Kajian lepas adalah sangat penting bagi tujuan rujukan berkaitan kajian yang dilakukan, ia bertujuan mengelakkan berlakunya pengulangan kajian yang sama serta memberi pengkaji idea-idea yang baru untuk dikemukakan. Selain itu kajian lepas juga penting untuk menjadi titik tolak kepada perkembangan sesuatu kajian dengan melakukan penambahbaikan atau penghuraian yang lebih jelas bagi menjadikan kajian tersebut lebih bermutu.

1.6.1. Kajian Berkaitan Pelaburan

Prinsip mudarabah merupakan salah satu prinsip yang digunakan oleh bank-bank dalam mengeluarkan produk-produk pelaburan yang berasaskan syariah. Nurul Huda Binti Yahaya23 membincangkan mengenai perlaksanaan prinsip mudarabah di dalam Akaun Pelaburan Am al-Mudharabah di Bank Pertanian Malaysia, beliau menjelaskan secara terperinci definisi, objektif, keistimewaan skim tersebut dan perlaksanaan operasi produk

23 Nurul Huda Binti Yahaya @ Yahuza. (2001). “Perlaksanaan Prinsip Mudharabah di Dalam Akaun Pelaburan Am Al-Mudharabah : Kajian Kes di Bank Pertanian Malaysia”. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan Ekonomi , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

(10)

10 Akaun Pelaburaban Am al-Mudharabah ini yang merangkumi pembukaan akaun, deposit, pembahagiaan keuntungan dan pengeluaran keuntungan. Selain itu di dalam kajian beliau juga, beliau mengemukakan prinsip-prinsip mudarabah yang meliputi sejarah, rukun, syarat serta jenis mudarabah yang digariskan di dalam sistem kewangan Islam. Hasil daripada kajian ini, prinsip syariah yang digunakan oleh Bank Pertanian Malaysia dalam akaun Pelaburan Am al-Mudharabah ini ialah prinsip mudarabah mushtarikah, iaitu gabungan konsep mudarabah dengan musyarakah.

Manakala Noprizal Bin Muhammad Yunus24 pula membincangkan mengenai kriteria pelaburan Bank Syariah di Bank Negara Indonesia (BNI), di dalam kajiannya, beliau memulakan kajian dengan menjelaskan mengenai definisi dan hakikat pelaburan, iaitu merangkumi pelaburan jangka pendek dan pelaburan jangka panjang serta kedudukan pelaburan dalam perbankan syariah. Selepas itu beliau menerangkan mengenai konsep mudarabah menurut hukum Islam yang merangkumi definisi, jenis rukun, keuntungan dan sebagainya. Kemudian kajian beliau disusuli pula dengan perbincangan mengenai aplikasi mudarabah di BNI syariah yang meliputi perlaksanaan operasi pelaburan dan tatacara pemberian imbalan perkongsian keuntungan. Akhir sekali kajian beliau menjelaskan mengenai aspek hukum terhadap perkongsian keuntungan di BNI syariah, peluang dan cabaran sistem mudarabah serta ancaman dan rintangan Bank Syariah di era globalisasi.

24 Noprizal Bin Muhammad Yunus. (2006). “ Kriteria Pelaburan Bank Syariah : Aplikasi Mudharabah Pada Bank Negara Indonesia”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

(11)

11 Fauzi Kado25 telah membincangkan mengenai skim pelaburan al- mudarabah di Islamic Bank of Thailand. Di dalam kajian beliau, beliau menjelaskan mengenai akad mudarabah di dalam Islam yang merangkumi definisi, rukun dan syarat serta perlaksanaan sistem kewangan Islam. Beliau juga menerangkan mengenai perlaksanaan skim pelaburan mudarabah di Islamic Bank of Thailand (ISBT) yang merangkumi definisi Akaun Pelaburan al-Mudharabah, operasi perlaksanaannya iaitu cirri-ciri asas, syarat, pembukaan akaun dan keuntungan. Seterusnya di dalam kajian beliau, beliau menganalisis produk- produk mudarabah di ISBT iaitu membawa kepada analisis pertumbuhan deposit pelaburan yang diaplikasikan oleh ISBT di dalam pelaburan am dan pelaburan khas. Beliau juga menganalisis perlaksanaan mudarabah di ISBT berkaitan pembatalan kontrak, perlaksanaan mudarabah al-mushtarikah serta jaminan modal. Selain itu beliau juga membuat analisis mengenai modal pelaburan dalam akaun mudarabah al-mushtarikah dan pelaburan am di ISBT, tidak ketinggalan juga beliau membincangkan permasalahan yang dihadapi dalam perlaksanaan skim pelaburan mudarabah di ISBT. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa instrumen mudarabah yang diaplikasikan di ISBT adalah patuh syariah.

Fatimah Binti Abdul Majid26 membincangkan mengenai perlaksanaan instrumen pelaburan Islam di Islamic Bank of Thailand (ISBT). Di dalam bab yang pertama beliau menjelaskan konsep pelaburan menurut perspektif konvensional dan ekonomi islam, kemudian beliau menyusunkan sejarah kepada tertubuhnya institusi kewangan Islam di Thailand dan ISBT serta konsep dan operasi ISBT. Perkara pokok yang dibincangkan di dalam kajian beliau

25 Fauzi Kado. (2009). “Analisis Skim Pelaburan Al-Mudharabah di Islamic Bank of Thailand”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

26 Fatimah Binti Abdul Majid. (2010). “Perlaksanaan Instrumen Pelaburan Islam di Islamic Bank of Thailand (ISBT)”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

(12)

12 ialah aplikasi prinsip syariah yang berada di dalam bab ketiga dan empat iaitu prinsip syariah sebagai instrumen pelaburan di ISBT seperti al-wadiah, al-mudarabah, baic al-

cinah dan sebagainya. Dan akhir sekali, beliau menganalisis perlaksanaan instrumen pelaburan Islam di ISBT yang meliputi prestasi, kesan dan masalah yang dihadapi oleh ISBT. Hasil daripada kajian beliau, ISBT Berjaya mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah sebagai instrumen pelaburannya.

Muhammad Yamin Ismail27 membincangkan mengenai skim pelaburan SwissCash yang dikendalikan oleh Syarikat SwissCash Mutual Fund. Di dalam skim ini, pelaburan ini menawarkan pulangan keuntungan sehingga 300% dalam masa 450 hari atau 15 bulan.

Aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh syarikat ini adalah seperti projek pembangunan, hedging, ekuiti, tukaran asing, perniagaan komoditi dan sebagainya. Menurut beliau, pelaburan SwishCash ini adalah haram kerana ia menjanjikan pulangan keuntungan secara tetap, perjanjian pulangan keuntungan inilah yang membawa kepada unsur riba seperti pinjaman dengan faaedah yang disyaratkan atau aqad mudarabah yang rosak syarat- syaratnya. Menurut pandangan ulama’, kontrak pelaburan mudarabah yang menjamin keuntungan adalah tidak sah dari segi syariah. Selain itu di dalam pelaburan tukaran wang asing pula ia berlawanan dengan prinsip qabd dalam transaksi matawang di dalam Islam iaitu penyerahan mestilah secarai langsung, manakala transaksi matawang secara tangguh yang dijalankan oleh syarikat ini akan menyebabkan berlakunya riba nasicah.

27 Muhammad Yamin Ismail. (2008). “Hukum Pelaburan ke Atas Syarikat SwissCash Mutual Fund”. Jurnal Muamalat, bil.1. h.9.

(13)

13 Selain itu Muhammad Yamin Ismail28 juga membincangkan mengenai Investment-link menurut hukum Islam. Investment-link ialah satu produk yang menggabungkan pogram pelaburan dan caruman insurans nyawa. Di Malaysia antara syarikat yang menawarkan produk ini adalah Takaful Malaysia Berhad dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

Bagi produk yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia, tiada permasalahan yang timbul kerana pelaburan dan insurans adalah berlandaskan syariah. Akan tetapi bagi syarikat Great Eastern, terdapat permasalahan dari segi syariah di dalam produk ini, iaitu polisi insurans yang ditawarkan adalah polisi insurans konvensional dan skim pelaburan yang ditawarkan pula adalah pelaburan saham amanah Islam, maka di sini terdapat percampuran antara skim syariah dan konvensional. Oleh itu, menurut muzakarah fatwa kebangsaan kali ke-76, produk investment-link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah Islam adalah tidak menepati syariah dan perlu dielakkan.

Asyraf Wajdi Dusuki29 membincangkan mengenai Islamic Real Estate Investment Trusts (I-REITs) iaitu pelaburan hartanah Islam di Malaysia. Portfolio pelaburan I-REITs ini mengendalikan pelaburan hartanah seperti hartanah kediaman, komersial, runcit, kemudahan penyimpanan, gudang dan tempat letak kereta. I-REITs berbeza daripada dana harta konvensional kerana I-REITs perlu mematuhi garis panduan pelaburan Islam dan prinsip-prinsip Syariah. Oleh itu, ia menyediakan peluang pelaburan baru bagi pelabur yang ingin melabur dalam hartanah melalui instrumen pasaran modal patuh Syariah. selain itu, kajian ini juga membincangkan mengenai dan prospek REITs Islam di Malaysia di mana

28 Muhammad Yamin Ismail. (2008). “Investment-link Menurut Hukum Islam” . Jurnal Muamalat. bil.1.h.65.

29 Asyraf Wajdi Dusuki. (2010), “Practice and Prospect of Islamic Real Estate Investment Trusts (I-REITs) in

Malaysian Capital Market”. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, vol.6, no.2. p.25-40.

(14)

14 instrumen ini mempunyai kelebihan tersendiri dan nilai tambah yang akan menjadikan ia medium pilihan dalam memenuhi keperluan dan tuntutan tertentu di dalam pelaburan.

Anas Elmelki dan Mounira Ben Arab30 membincangkan mengenai etika pelaburan dan tanggungjawab sosial perbankan Islam, di mana etika pelaburan atau etika perniagaan merupakan isu penting dalam bidang kewangan kerana pelaburan itu bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi tujuannya juga haruslah untuk memenuhi kewajipan moral atau tanggugjawab sosial kepada masyarakat. Di mana perbankan Islam atau sistem kewangan Islam ditubuhkan untuk menghapuskan eksploitasi dalam urus niaga dan memberi keadilan kepada masyarakat, matlamat ini boleh dicapai dengan larangan berurusan daripada sumber-sumber haram dan larangan berurusan dengan aktiviti yang mengandungi risiko yang keterlaluan atau spekulasi.

Imran Tahir dan Mark Brimble31 mengkaji mengenai tingkah laku atau gelagat pelabur Islam, hasil kajian ini mendapati agama Islam mempengaruhi tingkah laku pelabur, tetapi tahap pengaruhan itu bergantung kepada tahap keimanan seseorang muslim tersebut.

1.6.2. Kajian Berkaitan Emas

Di dalam kajian berkaitan dengan pelaburan emas, Mohd Aidid Bin Md Said32 membincangkan mengenai emas sebagai alternatif pelaburan, di dalam kajian beliau, iaitu

30 Anas Elmelki dan Mounira Ben Arab. (2009). “Ethical Investment and the Social Responsibilities of the

Islamic Banks”. International Business Research. vol.2, no. 2. p.123-130.

31 Imran Tahir dan Mark Brimble. (2011). “Islamic Investment Behavior”. International Journal of Islamic

and Middle Eastern Finance and Management. vol. 4, no.2, p.116-130.

(15)

15 mengenai syiling kijang emas di SMI-Q Resource Sdn Bhd, beliau membincangkan jenis- jenis instrumen pelaburan yang ada seperti sijil simpanan emas dan syiling kijang emas.

Kemudian beliau mengulas mengenai operasi pelaburan syiling kijang emas serta prestasi syiling kijang emas sebagai instrumen pelaburan di syarikat SMI- Q Resourse Sdn Bhd.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaburan emas merupakan satu alternatif pelaburan yang terbaik dan mempunyai prospek yang cerah dan luas.

Manakala Salmy Edawati Yaacob33 juga membincangkan mengenai dinar emas di dalam kajiannya, beliau membincangkan mengenai dinar emas di dalam syariat Islam seperti periwayatan dinar di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan kedudukan dinar di dalam Islam.

Di dalam kajian beliau juga membincangkan mengenai wang kertas dan riba, iaitu kaitan riba yang terdapat di dalam wang kertas serta perbandingan wang kertas dengan dinar emas. Beliau juga membincangkan mengenai perlaksanaan dinar emas di Malaysia iaitu sijil simpanan emas sebagai mata wang beredar seperti E-dinar, E-gold, E-Qirad dan gold money. Selain itu dinar juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran iaitu dalam jual beli, bayaran gaji, pembayaran zakat dan mas kawin. Tidak ketinggalan juga, beliau membincangkan dinar sebagai pelaburan, iaitu kajian mengenai sistem pelaburan yang menggunakan dinar emas yang telah dibangunkan oleh IGDExchange Sdn Bhd iaitu anak syarikat Islamic Mint yang berlandaskan prinsip mudarabah.

32 Mohd Aidid Bin Md Said. (2007). “Emas sebagai Satu Alternatif Pelaburan : Kajian Terhadap Syiling Kijang Emas di SMI-Q Resources Sdn Bhd”. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

33 Salmy Edawati Yaacob. (2009). Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

(16)

16 Mat Noor Mat zain34 membincangkan mengenai jual beli barang kemas daripada emas dan perak menurut pendapat Ibn Taymiyyah. Dalam perbincangannya, beliau membahaskan mengenai kedudukan barang kemas samada ia berada dalam golongan kepingan emas mutlak atau barang dagangan setelah ia ditempa. Selain itu perbincangan ini juga menyentuh mengenai jual beli barang kemas dengan emas dengan adanya lebihan, jual beli barang kemas dengan emas secara tangguhan dan jual beli barang kemas dengan wang kertas. Hasilnya barang kemas dibolehkan jual beli dengan emas dengan adanya lebihan, dengan emas secara tangguhan dan dengan wang kertas atas hujah barang kemas merupakan barangan dagangan atau barangan jualan selepas ia ditempa, ia bukan lagi emas mutlak yang terikat dengan larangan daripada hadis Nabi s.a.w, ini bermakna barang kemas telah berpindah sifat daripada barangan ribawi kepada bukan ribawi.

Syukor bin Hashim35 pula membincangkan mengenai cara untuk membuat pelaburan emas di Malaysia, dalam perbincangannya, beliau menjelaskan mengenai dua cara pelaburan emas di Malaysia iaitu melalui pelaburan emas secara fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas. Pelaburan emas secara fizikal dibahagikan kepada tiga ketogeri iaitu syiling emas, jongkong emas dan barangan kemas. Manakala pelaburan emas melalui akaun pelaburan emas pula adalah dengan membuka akaun simpanan emas di bank-bank yang menawarkan produk ini, di mana pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.

Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

34 Mat Noor Mat Zain. (2009). “Jual Beli Barangan Kemas daripada Emas dan Perak: Reaksi Terhadap Pandangan Ibn Taymiyyah”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Selangor : Bangi.

35 Syukor Hashim. (2009). “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Selangor : Bangi.

(17)

17 Louis Ng36 pula membincangkan mengenai kelebihan pelaburan emas, beliau menyatakan simpanan emas fizikal atau pelaburan melalui pembelian emas fizikal mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, antaranya adalah emas merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Emas mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang. Selain itu, emas fizikal juga boleh dijadikan sebagai mas kahwin, hadiah, pembayaran zakat dan juga berfungsi sebagai medium yang sah dalam pertukaran jual beli.

Mohamed Fairooz37 membincangkan mengenai isu-isu semasa riba dalam jual beli emas dan perak, beliau memulakan perbahasannya mengenai akad al-sarf sebagai pendasar jual beli emas dan perak dan diikuti dengan isu-isu yang membawa kepada riba, iaitu isu qabd, hurriyah al-tasarruf dan baic al-macdum dalam jual beli emas yang membawa kepada riba al-nasa’, riba al-fadl dan riba al-nasicah.

Saat Sukami38 membincangkan mengenai kaedah, pendekatan dan strategi pelaburan emas di Malaysia, dalam awal penulisannya, beliau membahaskan mengenai kegunaan dan kelebihan emas, iaitu dari segi penggunaan dalam industri dan dalam pelaburan. Selain itu beliau juga turut membincangkan bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia, pembekal- pembekal pelaburan emas di Malaysia, perancangan sebelum melabur, risiko pelaburan emas, stategi pelaburan emas serta pengiraan zakat emas.

36 Louis Ng. (2009). “Public Gold : Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Selangor : Bangi.

37 Mohamed Fairooz. (2011). “Isu-Isu Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak”. Konvensyen Kewangan Islam 2011 : Selangor.

38 Saat Sukami. (2011). Pelaburan Emas : Kaedah, Pendekatan dan Strategi. Selangor : PTS Professional.

(18)

18 Forrest Capie, Terence C. Mills dan Geoffrey Wood39 pula membincangkan bahawa emas berfungsi sebagai lindung nilai terhadap pertukaran matawang asing terhadap Dollar, walau bagaimanapun lindung nilai ini juga bergantung kepada keadaan politik negara dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Emas menjadi pelindung nilai kerana ia adalah bersifat hemogen yang mana ia mudah diniagakan dalam pasaran.

Pradeep Dubey, John Geanakoplos dan Martin Shubik40 membincangkan mengenai kesesuaian emas sebagai alat penyimpan nilai dengan membandingkan emas dengan tembakau untuk dijadikan sebagai wang komoditi yang sesuai. Hasil daripada kajiannya, emas adalah tidak sesuai dijadikan wang komoditi atau alat penyimpan nilai, ini kerana emas bersifat sebagai penyimpan dan penggunaan, yang mana kebiasaanya masyarakat akan menyimpan emas, oleh itu aktiviti menyimpan emas ini akan menyebabkan berlakunya pengurang penggunaanya dalam pasaran. Selain itu, emas juga tidak sesuai dijadikan sebagai wang kerana ia tidak mudah cair dalam pasaran jual beli.

G. D. I. Barr dan J.F Affleck-Graves41 membincangkan mengenai pelaburan emas bullion (syiling) atau fizikal dengan pelaburan saham emas, dalam kajian ini, mereka melihat kepada gelagat pelabur Amerika Syarikat dalam memilih pelaburan yang lebih mendapat sambutan. Hasil daripada kajian ini mendapati pelaburan saham emas adalah lebih baik berbanding pelaburan dalam bentuk bullion atau fizikal. Ini kerana pulangan bagi saham

39 Forrest Capie, Terence C. Mills dan Geoffrey Wood. (2005). “Gold as a Hedge Against the Dollar” Journal of International Financial Markets, Institutions and Money. j.15. h.343-352

40 Pradeep Dubey, John Geanakoplos dan Martin Shubik. (2003). “Is Gold an Efficient Store of Value?”.

Journal of Economic Theory. vol.21. no.4. h.767-782.

41 G. D. I. Barr, J.F Affleck-Graves. (1985). “Gold Share or Gold Bullion – Which is The Better Investment?“. Journal of Managerial and Decision economic. vol.6. no.4. h.241-245.

(19)

19 emas adalah lebih tinggi daripada emas fizikal dan risiko pelaburan saham emas juga kurang berbanding dengan pelaburan syiling emas (bullion).

Dirk G. Baur dan Thomas K. McDermott42 membincangkan mengenai peranan emas dalam sistem kewangan dunia. Mereka menganalisis data keupayaan emas sebagai pelindung nilai terhadap pasaran saham di Eropah dan Asia. Hasil daripada kajian mereka, emas adalah alat pelindung nilai yang paling selamat terhadap pasaran saham, yang mana emas berfungsi sebagai alat menstabilkan sistem kewangan dengan mengurangkan kerugian apabila menghadapai situasi krisis ekonomi.

Dirk G. Baur dan Brain M. Lucey43 membincangkan mengenai emas sebagai pelindung nilai yang selamat. Mereka mengkaji hubungan antara pulangan saham, bon dan pulangan emas untuk membuktikan emas sebagai pelindung nilai yang selamat. Hasil daripada kajian mereka, emas merupakan pelindung nilai yang selamat bagi jangka masa pendek sahaja, yang mana purata pemegang emas mendapat pulangan yang positif apabila pasaran saham mengalamai kejatuhan atau krisis dan pulangan emas mungkin menjadi negatif apabila keadaan pasaran menjadi stabil.

James Ross McCown dan John R. Zimmerman44 mengkaji mengenai prestasi pelaburan logam berharga, mereka mendapati emas dan perak mampu menjadi portfolio pelaburan yang setanding dengan portfolio pelaburan yang lain. Hal ini kerana pulangan emas adalah

42Dirk G. Baur dan Thomas K. McDermott. (2010). “Is gold a safe haven? International evidence”. Journal of Banking and Finance 34. h.1886-1898.

43 Dirk G. Baur dan Brian .M. Lucey. (2010). “Is gold a hedge or a safe haven? An analysis of stocks, bonds and gold” Financial Review 45. h.217-229.

44 James Ross McCown dan John R. Zimmerman. (2006). “Is Gold a Zero-Beta Asset? Analysis of the Investment Potential of Precious Metals”, Working Paper Series. Available at SSRN:

http://ssrn.com/abstract=920496. (Dilayari pada 14/7/2011)

(20)

20 konsisten daripada tahun 1970 sehinggalah 2003, dan pulangan tersebut melebihi pulangan bil perbendaharaan, emas juga tidak mempunyai risiko yang sistematik kepada pelabur portfolio tersebut iaitu risiko terhadap kejatuhan nilai emas sangat kurang. Selain daripada itu, emas juga mempunyai keupayaan yang kuat untuk melindung nilai daripada risiko inflasi, oleh itu emas boleh menjadi satu portfolio pelaburan yang baik.

Virginie Coudert dan Helena Raymond-Feingold45 mengkaji peranan emas sebagai tempat pelaburan yang selamat dan sebagai pelindung nilai terhadap saham. Mereka membandingkan pulangan saham dan emas semasa berlakunya zaman kemelesetan pasaran iaitu semasa krisis ekonomi. Hasilnya, mereka mendapati emas merupakan pelaburan yang selamat berbanding saham yang lain. Ini adalah kerana pulangan emas adalah positif berbanding pulangan saham semasa kemelesetan, sekaligus menjadikan emas sebagi pelindung nilai terhadap kerugian saham.

Greg Tkacz46 mengkaji mengenai harga emas dan inflasi, dengan mengambil data harga emas dan inflasi daripada 14 buah negara sejak dari tahun 1994 sehingga 2005, hasil kajiannya menunjukkan bahawa, harga emas boleh dijadikan indikator yang signifikan terhadap jangkaan inflasi sesebuah negara pada masa hadapan.

Nadeshda Demidova-Menzel dan Thomas Heidorn47 membincangkan mengenai emas dalam portfolio pelaburan, dalam kajian mereka, pelaburan emas boleh dilakukan dengan

45 Virginie Coudert and Hélène Raymond-Feingold. (2011). ''Gold and financial assets: Are there any safe havens in bear markets?''. Economics Bulletin, vol. 31 no.2 h. 1613-1622.

46 Greg Tkacz. (2007). “Gold Prices and Inflation”. Bank of Canada Working Paper.

47 Nadeshda Demidova-Menzel dan Thomas Heidorn. (2007). “Gold in the Ivestment Portfolio”. Frankfurt scholl of Finance & Management, Working Paper. no.87.

(21)

21 pelbagai cara iaitu, pelaburan dalam emas fizikal, akaun pelaburan emas, pasaran hadapan emas, sekuritii emas dan syarikat perlombongan emas.

Mark Joy48 mengkaji mengenai perbandingan emas dan dollar USD sebagai lindung nilai, beliau mendapati emas menjadi lindung nilai yang sangat berkesan berbanding dollar USD selama tempoh 23 tahun kebelakangan ini dengan melihat perubahan harga emas dan Dollar selama tempoh itu.

Thi Hong Van Hoang49 mengkaji mengenai peranan emas (fizikal atau kertas) di Perancis dalam kepelbagaian portfolio pelaburan dari tempoh 2004 sehingga 2009. Hasil daripada kaijian ini menunjukkan portfolio emas dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan keuntungan, dianggarkan risiko portfolio emas ini antara 2% sehingga 5% sahaja.

Oleh itu, emas merupakan portfolio yang cekap dan prestasinya sangat memberangsangkan berbanding portfolio saham dan bon.

Laurence E. Blose50 mengkaji mengenai risiko harga emas terhadap pulangan pada pelaburan dana bersama dalam syarikat perlombongan emas. Hasil daripada kajian ini mendapati, harga emas tidak mempengaruhi pulangan pada pelaburan dana bersama syarikat perlombongan emas, ini kerana pulangan dana bersama adalah bergantung kepada rizab emas yang dikawal oleh syarikat-syarikat itu, kos pengeluaran, nilai aset yang tidak berkaitan dengan perlombongan, hutang syarikat dan tahap harga emas.

48 Mark Joy. (2011 “Gold and the US dollar: Hedge or haven?” Finance Research Letters.

49 Thi Hong Van Hoang. (2011). “Gold quoted at Paris and the Diversification of French Portfolios from 2004 to 2009”. Kertas kerja persidangan International Conference of French Finance Association (AFFI) ke-28, Montpellier.

50 Laurence E. Blose. (1996). “Gold Price Risk and the Returns on Gold Mutual Funds”. Journal of Economics and Business. no. 48. h.499-513

(22)

22 Selain itu, Laurence E. Blose51 juga mengkaji bagaimana perubahan dalam inflasi dijangka memberi kesan kepada harga emas, dengan menggunakan perubahan yang tidak dijangka dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), perubahan inflasi dijangka tidak mempengaruhi harga emas. Oleh itu para pelabur tidak boleh menentukan jangkaan inflasi pasaran dengan melihat kepada harga emas, tetapi perubahan inflasi dijangka mempunyai hubungan positif dengan pasaran bon, oleh itu para pelabur perlu melihat kepada pasaran bon untuk menjangkakan inflasi dijangka.

Jeffrey F. Jaffe52 membincangkan mengenai kelebihan emas dan saham emas dalam portfolio pelaburan. Hasil daripada kajiannya mendapati pulangan emas adalah lebih tinggi berbanding portfolio pelaburan yang lain seperti saham dan bon, kecuali portfolio logam berharga yang lain. Selain itu, emas juga tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan portfolio pelaburan yang lain, oleh itu setiap turun naiknya harga pasaran portfolio yang lain adalah tidak mempengaruhi harga dan pulangan emas. Selain itu, risiko inflasi juga tidak mempengaruhi harga dan pulangan emas, oleh itu emas juga berperanan sebagai pelindung nilai. Selain pulangan yang baik dan kebal daripada inflasi, emas juga mampu mengurangkan risiko portfolio dalam pelaburan berbanding portfolio yang lain. Emas juga mempunyai kecairan yang sangat tinggi berbanding portfolio yang lain walaupun disaat krisis ekonomi dan masalah politik.

51 Laurence E. Blose. (2010.) “Gold Prices, Cost of Carry, and Expected Inflation”. Journal of Economics and Business. no.62. h.35–47

52 Jeffrey F. Jaffe. (1989). “Gold and Gold Stocks as Investment for Institutional Portfolio”. Financial Analysts Journal. vol. 45. no. 2. h. 53-59.

(23)

23 David Hillier, Paul Draper, dan Robert Faff53 membincangkan mengenai keupayaan logam berharga, iaitu emas, perak dan platinium sebagai medium pelaburan, dengan menganalisis data daripada tahun 1976 sehingga 2004. Mereka mendapati, ketiga-tiga logam ini tidak mempunyai kolerasi dengan indeks pulangan saham biasa, oleh itu logam ini boleh memberi kepelbagaian dalam portfolio pelaburan. Selain itu, logam-logam ini juga mempunyai keupayaan melindung nilai semasa berlakunya tempoh turun naik pasaran saham yang tidak normal. Oleh itu, portfolio logam berharga ini lebih baik daripada portfolio ekuiti yang biasa.

Kesimpulannya, kajian mengenai pelaburan menurut ekonomi Islam banyak menghuraikan mengenai perlaksanaan kaedah mudarabah di dalam perlaksanaan produk-produk di bank.

Manakala kajian mengenai emas banyak tertumpu kepada keupayaan emas melindung nilai dan jangkaan inflasi. Oleh itu, uniknya kajian ini kerana membincangkan mengenai akaun pelaburan emas yang merangkumi perlaksanaan operasi akaun ini di KFHMB, bagi menilai keabsahan konsep syariah yang dilaksanakan dalam penawaran produk ini. Oleh itu kajian mengenai akaun pelaburan emas menurut perspektif Islam adalah sangat bertepatan untuk memperkembangkan lagi maklumat berkaitan dengan pelaburan emas di Malaysia terutamanya.

53 David Hillier, Paul Draper, dan Robert Faff. (2006). “Do Precious Metals Shine? An Investment Perspektif”. Financial Analysts Journal. vol.63. no.2. h.98-106.

(24)

24 1.7. Metodologi Kajian

1.7.1. Metodologi Pengumpulan Data

1.7.1.1. Metode Dokumentasi

Dalam usaha untuk mengumpul data dan maklumat, pengkaji menggunakan metode dokumentasi dengan merujuk kepada maklumat yang berbentuk jurnal, kertas kerja persidangan, kamus, buku, disertasi, tesis, artikel dan sebagainya yang berkaitan dengan teori transaksi emas dalam Islam dan pelaburan emas di dalam bab ke 2. Maklumat- maklumat tesebut diperolehi dengan berkunjung ke Perpustakaan Utama Universiti Malaya Kuala Lumpur, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.7.1.2. Metode Temubual

Selain daripada itu, metode temubual digunakan untuk mendapatkan data daripada pihak bank iaitu KFHMB mengenai penjelasan berkaitan dengan perlaksanaan akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh KFHMB di dalam bab 3 dan temubual dengan pakar syariah bagi mendapat maklumat yang lebih tepat dalam menjawab persoalan yang ditimbulkan pada bab 4, antara mereka yang ditemubual ialah :

Encik Hidayat Harun Pegawai Pembangunan Produk, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

(25)

25 Encik Ahmad Zaini Ariffin, Pengurus Pembangunan Produk, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, Ketua Penasihat Syariah dan Pembangunan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 5 Januari 2012 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Encik Che Azizi Bin Che Seman, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia, pada 28 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, Pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Hong Leong Islamic Bank, pada 10 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

1.7.2. Metodologi Analisis Data

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menganalisa data. Setelah data yang dikehendaki dikumpul, ia akan dianalisa dan diolah secara berkesan untuk memberi hasil rumusan yang terbaik untuk kajian ini. Ia terbahagi kepada 3 iaitu:

(26)

26 1.7.2.1. Metode Induktif

Pendekatan ini digunakan untuk membuat rumusan dan kesimpulan yang bersifat umum dari hal-hal yang bersifat khusus. Pengkaji menggunakannya dalam kebanyakan bab, terutama apabila terdapat pelbagi pendapat sehingga memerlukan satu kesimpulan yang kukuh. Sebagai contoh dalam menerangkan tentang konsep transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam, pengkaji akan meneliti pendapat sarjana-sarjana yang arif serta daripada sumber yang berautoriti, pengkaji kemudian akan membuat kesimpulan mengenai konsep transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam mengikut perspektif pengkaji berdasarkan data-data yang diperolehi dalam bab 2.

1.7.2.2. Metode Deduktif

Ia adalah cara menganalisa data melalui pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang bersifat umum. Metode ini merupakan satu kaedah memperolehi pengetahuan dengan membuat kenyataan yang umum tentang sesuatu fenomena dan disusuli dengan pernyataan khusus.54 Sebagai contoh, keseluruhan kajian ini adalah berdasarkan kaijan di dalam bidang perbankan Islam yang menjurus kepada pengkhususan pelaburan emas.

1.7.2.3. Metode Komparatif

Metode ini digunakan untuk membandingkan data-data yang dikumpul untuk mencari perbezaan atau persamaan daripada maklumat yang diperolehi. Hasilnya satu rumusan yang menyeluruh daripada maklumat yang diperolehi. Metode ini digunakan oleh pengkaji dalam bab empat, iaitu menganalisa perbandingan perlaksanaan akaun pelaburan emas

54 Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. c.4. h. 12.

(27)

27 dengan transakasi emas menurut syariah untuk mendapatkan keabsahan atau ketepatan perlakasanaan produk berdasarkan prinsip syariah atau ekonomi Islam.

1.8. Sistematika Bab

Bab 1

Pada bab pertama dalam kajian ini pengkaji menerangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, kajian lepas (literature review) dan metodologi penyelidikan yang digunakan.

Bab 2

Pada bab kedua pengkaji menerangkan mengenai pelaburan menurut perspektif Islam dan disusuli dengan huraian mengenai, jual beli daripada perspektif Islam, transaksi emas menurut perspektif syariah (al-sarf) dan teori al-qard yang diguna pakai di dalam produk akaun pelaburan emas KFHMB.

Bab 3

Di dalama bab yang ke tiga, pengkaji akan menghuraikan mengenai konsep dan perlaksanaan operasai Akaun Pelaburan Emas yang dijalankan oleh KFHMB.

(28)

28 Bab 4

Pada bab yang ke empat pula, pengkaji menganalisa perbandingan akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh KFHMB bagi memastikan ia bertepatan atau tidak dengan perspektif ekonomi Islam.

Bab 5

Pada bab yang terakhir, pengkaji membuat kesimpulan mengenai kajian ini serta saranan dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

1.9. Kesimpulan

Bahagian ini adalah sangat penting untuk pengkaji merangka dan menyusun kajian supaya lebih tersusun dan teratur bagi memudahkan proses kajian dilaksanakan. Selain daripada itu, bab ini juga penting dalam menentukan sejauh mana matlamat kajian akan dicapai semasa melakukan kajian dan ke arah mana kajian ini akan menuju.

(29)

29 Bab 2 : Konsep Pelaburan dan Teori Transaksi Emas Menurut Perspektif Ekonomi Islam

2.0. Pendahuluan

Pada bab ini dibincangkan mengenai teori yang berkaitan dengan pelaburan emas, iaitu transaksi berkaitan dengan pelaburan emas yang diguna pakai oleh KFHMB di dalam produk akaun pelaburan emas meraka, iaitu teori al-sarf dan al-qard, walau bagaimanapun untuk menyempurnakan transaksi produk akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh KFHMB, terdapat dua lagi teori asas yang perlu dibincangkan untuk sampai kepada sempurnanya transaksi pelaburan emas ini, iaitu teori jual beli dan teori pelaburan menurut ekonomi Islam. Dua teori ini menjadi asas atau teori awalan sebelum sampainya kepada aplikasi teori al-sarf dan al-qard di dalam memenuhi perlaksanaan akaun pelaburan emas.

2.1.0. Pengenalan Kepada Pelaburan

Harta adalah amanah Allah s.w.t yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk membantu perjalanan hidup dan mencapai kehidupan yang diberkati. Harta ialah barang- barang berharga seperti rumah, kenderaan, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya yang dimiliki oleh seseorang, syarikat, pertubuhan atau lain-lain55.

Islam juga menganggap harta itu sebagai jalan ibadah, iaitu ia menjadi ibadah dengan mencari harta mengikut landasan yang dihalalkan oleh syariah serta ikhlas mencarinya

55 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. h.517.

(30)

30 untuk keluarga dan selebihnya diinfaqkan untuk kemaslahatan ummah. Dalam Islam, infaq atau memberi sumbangan merupakan jalan ibadah bagi seseorang muslim untuk mengagihkan semula kekayaannya dan berkongsi kekayaannya dengan orang lain bagi tujuan menzahirkan keimanan, kesyukuran dan dijanjikan pahala56.

Harta juga adalah ujian Allah s.w.t terhadap manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-taghabun :

















(surah Al-Taghabun 64 : 15)

Terjemahannya : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah s.a.w jualah pahala yang besar.

Di sini yang dikatakan ujian adalah dalam keadaan syukur atau kufur, gelisah atau sabar dan taat atau maksiat57 di saat bagaimana manusia itu menghadapi situasi berada dalam keadaan kemiskinan atau kekayaan. Sesungguhnya seorang muslim itu dipandang mulia di sisi Allah s.w.t jika mereka bersyukur dan bersabar dalam menjalankan hukum-hukum Allah s.w.t.

Dalam menyusuri kehidupan, umat Islam dituntut mencari rezeki yang halal bagi meneruskan keperluan hidup, ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

56 Asmak Ab Rahman. (2009). “Peranan wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di

Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.1. h.125.

57cAid Al-Qarni. (2008). Tafsir Muyassar. Jakarta : Tim Qisthi Press. j.4. h.357

(31)

31































(surah Al-Jumucah 62:10)

Terjemahannya : Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyaknya (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Pada ayat ini, Allah s.w.t menerangkan bahawa manusia boleh menjalankan segala urusan merekadi muka bumi dalam melaksanakan urusan duniawi asalkan menepati syariah dan mereka digalakkan berusaha mencari rezeki yang halal dengan pelbagai cara yang telah digariskan oleh syariah seperti menanam, menyewa, berniaga, melabur dan sebagainya.

Beserta dengan itu, manusia hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t sebanyak- banyaknya di dalam mengerjakan usahanya dengan menghindarkan diri daripada kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya. Hal ini kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersembunyi apatah lagi yang nyata.

Umat Islam juga digesa untuk mencari nafkah atau harta dengan sedaya yang mampu bagi menampung keperluan hidup dan mengelakkan daripada hidup melarat serta meminta- minta daripada orang lain. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w iaitu :

(32)

32 Terjemahannya : Hadis riwayat Hakim bin Hizam r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik adalah sedekah daripada harta yang cukup. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Mulailah dari orang yang engkau tanggung (nafkahnya).

Dalam konsep penggunaan atau perbelanjaan harta pula, harta haruslah dibelanjakan ke arah tuntutan yang fardhu dan sunat, dan menjauhi dari membelanjakan ke atas perkara- perkara yang maksiat, haram dan sia-sia, yang mana kesemuanya itu tergolong dalam perkara yang membazir59. Perbelanjaan harta haruslah dengan mendahulukan keperluan daruriyyah60, kemudian hajiyyah61 dan seterusnya tahsiniyyah62.

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna memerintahkan agar harta diuruskan dan dibelanjakan dengan baik dan bijaksana kerana jika sebaliknya, harta boleh menyebabkan kemusnahan manusia dan kemurkaan Allah s.w.t. Oleh itu Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta berdasarkan nilai dan objektif

58 Ibn cAbd al-Barr. (2000). Al-Istadhkar. Beirut : Dar Kutub al-cIlmiyyah. j.8. h.539

59 Surtahman Kastin Hasan (2002) “Perbelanjaan Bermanfaat dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif Islam” Jurnal syariah, edisi.10. j.2. h.87-98.

60 Daruriyyah ialah sebagai keperluan asasi yang wajib dipenuhi untuk menjamin kesinambungan hidup manusia, tanpanya maka kehidupan akan terganggu daripada semua sudut kemudharatan dan akan musnah kemaslahatan lihat : cAbd al-Karim Zaydan. (1996). Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Mucassasah al-Risalah, h.378-380.

61 Hajiyyah ialah sesuatu yang diinginikan manusia untuk memenuhi kehendak hidup secara normal dan tidaklah sampai diketogerikan sebagai keperluan darurat : ibid

62Tahsiniyyah diketogerikan sebagai pelengkap kepada kesempurnaan hidup untuk memenuhi keperluan adat dan meningkatkan mutu akhlak, tanpa system kehidupan ini kehidupan manusia tidak akan terganggu : Ibid : lihat Wahbah al-Zuhayli. (1969). Nazariyyah al-Darurah al-Shariciyyah. Damsyik : Matbacah al-Farabi. h.49- 52 ; Surtahman Kastin Hasan, Sanep Ahmad (2005). Ekonom Islam : Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka. h. 80-81.

(33)

33 untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari segala keburukan dan kemudaratan.

Atas dasar keterbukaan inilah, harta beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan penggunaannya secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syariah. Dengan hal ini ia dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil.

Oleh itu, secara asasnya harta itu perlu dikembangkan mengikut keperluan semasa. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Allah s.w.t menjanjikan azab siksa kepada mereka yang menyimpan harta dan tidak dibelanjakannya pada jalan Allah s.w.t melalui firmanNya iaitu :

























































(Surah Al-Taubah 9:34)

Terjemahannya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan Ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(34)

34 Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta, ia adalah salah satu cara bagaimana kita berinteraksi dengan harta yang kita ada. Pelaburan merupakan perkara yang penting dalam pembangunan ekonomi kerana ia merupakan satu jalan yang boleh mengembangkan harta ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Selain itu, pelaburan juga mampu meningkatkan pembangunan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai cara dan institusi-institusi yang dapat memainkan peranan dalam bidang pelaburan. Di antaranya ialah syarikat pelaburan dan perbankan komersial. Maka bank secara tidak langsung berperanan dalam pembangunan ekonomi dan seterusnya membawa kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat.

2.1.1. Definisi Pelaburan

2.1.1.1. Pelaburan Menurut Bahasa

Pelaburan di dalam bahasa Arab ialah Istithmar ( رامثتسا ) 63, berasal dari kalimah Thamar ( رمث ), iaitu buah. Istithmar ( رامثتسا ) bermaksud (رمثلا بلط ) iaitu tuntutan untuk membuahkan atau memperbanyakkan. Dikatakan seseorang itu memperbanyakkan hartanya dengan melaburkannya iaitu memperbanyakkanya dengan menyuburkanya.

Pelaburan menurut kamus dewan adalah jumlah wang atau modal dan sebagainya yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga dan sebagainya. Maksud yang kedua ialah sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda64.

63 Ibn Manzur. (1955). Lisan al-cArab. Beirut : Dar Sadir. j.4. h.104.

64 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). op. cit., h.864.

(35)

35 2.1.1.2. Pelaburan Menururt Ulama Fiqh

Para fuqaha’ terdahulu tidak membincangkan konsep pelaburan secara khusus, mereka lebih banyak membincangkan mengenai kaedah menguruskan atau berinteraksi dengan harta dalam mengusahakan dan mengembangkan harta yang ada di samping memastikan peredaran harta di kalangan masyarakat berlaku secara adil.

Mereka juga tidak menggunakan perkataan istithmar ( رامثتسا ) di dalam perbahasan mereka, tetapi mereka ada menggunkan perkataan lain, yang menggambarkan maksud yang sama dengan makna istithmar iaitusuatu usaha untuk mendapatkan hasil atau keuntungan.Ia juga digunakan bagi maksud menyuburkan harta dan menambahkanya. Al-Kasani65 menggunakan perkataan istima’ ( ءامتسا ) dalam menerangkan maksud akad al-mudarabah, iaitu suatu akad untuk memperbanyakkan harta ( لاملاءامتساوهةبراضملادقعنمدوصقملا).

Imam Dardir daripada mazhab Maliki pula menggunakan perkataan tambih bagi menunjukkan makna istithmar di dalam menerangkan hukum mudarabah, iaitu mudarabah adalah harus kerana manusia itu berhajat untuk memperbanyakkan harta mereka, tetapi mereka tidak mampu mengembangkan bersendirian66.

Manakala Ibn Rushd67 pula dalam membincangkan mengenai perbezaan fuqaha’ tentang makna al-rushd ( دشرلا ). Berkata Ibn Rushd, imam Malik melihat perkataan al-rushd itu adalah ( هحلاصإو لاملا ريمثت ) iaitu mengembangkan harta dan mengusahakannya.

65 Al-Kasani. (1327.H). Badaci al-Sanaci fi Tartib al-Sharaci. Kaherah : Matbacah al-Jamaliah. j.6. h.88.

66 Qutub Mustafa Sanu. (2000). Al-Istithmar, Ahkamuhu wa Dawabituhu fi al-fiqh al-Islami. cAmman : Dar al-Nafa’is. h.18.

67 Ibn Rushd. (1415H). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Kaherah : Maktabah al-cIlm. j.4. h.68.

(36)

36 Dapat di kelaskan di sini bahawa, apa pun perkataan yang digunakan oleh ulama’ fiqh terdahulu yang membawa kepada makna mendapatkan hasil ke atas harta seperti mengambil untung daripadanya, memperbanyakkan ia, menyuburkan ia, menambahkan ia atau sebagainya dengan cara ijarah, muzaracah, mudarabah, musharakah dan sebagainya adalah boleh diistilahkan sebagai pelaburan.

2.1.1.3. Pelaburan Menurut Ahli Ekonomi Islam Semasa

Menurut ulama’ semasa seperti Qutub Mustafa Sanu mendefinisikan pelaburan itu ialah menuntut ke atas penghasilan harta mengikut pemilikan syariah, antara kaedah pelaburan mengikut kaedah syariah yang muctabar ialah daripada prinsip mudarabah, murabahah dan musharakah68.

Menurut pendapat Sayyid al-Hawari pula, pelaburan ialah meletakkan sesuatu harta dengan tujuan mendapatkan keuntungan atau pulangan yang dijangkakan dalam jangkamasa panjang pada waktu yang akan datang69. Manakala Tahir Haidar Hardan pula mendefinasikan pelaburan adalah suatu usaha dengan harta untuk menghasilkan keuntungan70.

68 Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.20

69 Sayyid al-Hawari. (1983). Al-Istithmar wa al-Tamwil. Kaherah : Maktabah cAin Shams. h.4. : Muhammad Sulayman al-cAsqar et. al. (1998). Qadaya al-Zakah al-Muacsarah. Jordan : Dar al-Nafa’is. j.3. h.504

70 Tahir Haydar Hardan. (1997). Mabadic al-Istithmar”. cAmman : Dar al-Mustaqbal. h.14.

(37)

37 Menurut Ziyad Ramadan pula, pelaburan ialah meletakkan sesuatu harta yang dimiliki oleh seseorang dalam jangka masa dan tempoh tertentu dengan hasrat mendapatkan hasil ke atas hartanya tersebut pada masa akan datang71.

2.1.1.4. Pelaburan Dari Perspektif Konvensional

Dalam konteks ekonomi konvensional, menurut Keynes72, pelaburan sama dengan tabungan kerana kedua-dua merupakan lebihan pendapatan daripada perbelanjaan. Jumlah nilai antara kuantiti tabungan dan kuantiti pelaburan timbul antara transaksi dua pihak dan ke

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Di Malaysia terdapat 5 buah bank yang menawarkan produk akaun pelaburan emas, tetapi hanya Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad atau KFHMB sahaja yang

pelaburan yang memerlukan jumlah modal yang besar. Oleh itu, setiap peserta pelaburan perlu bijak dalam mengurus setiap pegangan hartanah mereka bagi memastikan

efektif bagi pengurus pelaburan untuk menguruskan risiko ketidakcairan pelaburan berasaskan hartanah 201. Terdapat satu perhubungan yang positif antara jumlah risiko

Begitu juga bagi zakat emas dan perak, bagi akaun pelaburan Islam berasaskan emas, fatwa menyebutkan bahawa zakat dikenakan jika ia melebihi niṣāb emas dan perak. 33

Oleh itu, pelbagai aktivi yang telah dilakukan oleh bank dalam perkhidmatan pendepositan dana samada dalam pembukaan akad al-Mudarabah, kedudukan dana

Setelah itu, 10 peratus baki daripada modal pokok (baki selepas 90 peratus pelaburan sukuk) digunakan untuk membeli opsyen panggilan dalam ekuiti saham patuh Syariah yang

tersebut lebih bersifat falsafah menyebabkan ianya sukar difahami (‘Abduh al-RÉjiÍiy t.t.. fungsi makna tertentu. Menurut al- Akhfash lagi huruf wÉw pada

Adakah pelaburan langsung asing, pelaburan domestik, dan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri memberi impak yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi bagi