• Tiada Hasil Ditemukan

View of PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MASJID MENGURUSKAN DANA SEDEKAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MASJID MENGURUSKAN DANA SEDEKAH"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

1

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Social Science Research eISSN: 2710-6276 | Vol. 2, No. 3, September 2020

http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MASJID MENGURUSKAN DANA SEDEKAH

Nor Asmat Ismail1* dan Muhammad Hilmy Syafiq Mohamad Yusoff2

1 2 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Penang, MALAYSIA

*Corresponding author: norasmat@usm.my; hilmy94uum@gmail.com Article Information:

Article history:

Received date : 19 June.2020 Revised date : 26 July.2020 Accepted date : 20 August 2020 Published date : 1 September 2020 To cite this document:

Ismail, N., & Mohamad Yusoff, M.

(2020). PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MASJID MENGURUSKAN DANA

SEDEKAH. International Journal Of Social Science Research, 2(3), 1-11.

Abstrak: Masyarakat yang miskin dan memerlukan bantuan kadang kala tercicir daripada mendapat bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ataupun institusi berkaitan kerajaan seperti Pusat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri. Tugas membantu masyarakat miskin bukan hanya tugas kerajaan ataupun Pusat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri, tetapi juga tugas masyarakat yang berada disekeliling mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi masyarakat terhadap peranan masjid dalam menguruskan dana sedekah yang disumbangkan oleh masyarakat setempat. Sebanyak 288 soal selidik berstruktur diagihkan kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati masyarakat percaya bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dan akan menyalurkan kepada pihak yang memerlukan bantuan. Tahap kepercayaan lebih tinggi daripada masyarakat yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid.

71.5 peratus responden bersedia bersedekah kepada masjid secara bulanan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan masjid adalah pertama, masjid menyediakan laporan aktiviti program dan kewangan, kedua, pengerusi dan jawatankuasa masjid adalah sumber rujukan masyarakat setempat dan ketiga, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid menarik masyarakat setempat untuk menyertainya. Bagi melancarkan lagi aktiviti memberi sumbangan kepada orang miskin yang memerlukan bantuan, pihak masjid disarankan agar membentuk jawatankuasa khas untuk mengenalpasti pihak yang memerlukan bantuan.

(2)

2

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pendahuluan

Konsep memberi atau menyumbang adalah sebahagian daripada konsep altruisme termasuk dalam kategori aktiviti-aktiviti menderma kepada masyarakat lain atas keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat yang lain (Teah et al., 2014; Otto dan Bolle, 2011; dan Sanusi et al, 2015).

Kepercayaan agama memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan masyarakat untuk bersedekah. Bersedekah secara sukarela digalakkan oleh kesemua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan juga Hindu. Sebagai contoh yang lebih praktikal, Islam menggalakkan penganutnya bersedekah melalui kaedah-kaedah tertentu iaitu zakat, infaq dan waqf. Penganut kristian pula mempunyai pegangan dan kepercayaan yang dikenali sebagai ma’aser kasafim iaitu memperuntukkan sebanyak 10% daripada pendapatannya untuk bersedekah (Kashif et al, 2018).

Selain itu, agama lain juga mempuyai tanggungjawab seperti Yahudi dengan memberi 10 peratus daripada pendapatan kepada pusat kebajikan serta penganut agama Kristian juga dipertanggungjawabkan memberi 10 peratus daripada jumlah pendapatan kepada pusat kebajikan (Istiqomah, 2017).

Sedekah yang diberikan oleh masyarakat perlu diuruskan oleh institusi yang bertanggungjawab.

Peningkatan jumlah masyarakat yang memberi sedekah telah mewujudkan pusat-pusat yang menguruskan sedekah dan seolah-olah bersaing antara satu sama lain (Rangathan dan Henley, 2008). Di Malaysia, terdapat institusi khas yang menguruskan sedekah, zakat dan wakaf bagi orang-orang Islam, iaitu Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat. Walau bagaimanapun pengurusan Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat diuruskan secara berpusat dan tidak berdekatan dengan masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini telah menyebabkan segelintir masyarakat Islam yang miskin dan memerlukan bantuan tercicir daripada menerima bantuan.

Masyarakat Islam yang patuh kepada ajaran agama Islam dan perihatin terhadap masyarakat yang miskin sanggup tampil memberi bantuan. Secara umumnya, bantuan diberikan terus kepada orang miskin yang mereka ketahui tanpa ada sistem pengurusan sedekah yang sistematik. Maka kajian ini bertujuan melihat persepsi masyarakat jika masjid diberi tugas menerima sedekah daripada masyarakat setempat dan mengagihkan sedekah kepada mereka yang memerlukan dari masyarakat setempat yang sama.

2. Tinjauan Literatur

Peranan agama dan kepercayaan masyarakat kepada institusi yang menguruskan sedekah didapati mempunyai hubungan yang positif dengan kelakuan bersedekah (Shukor et al 2017; dan Teah et al 2014). Aktiviti bersedekah tidak hanya tertakluk kepada kelas tertentu dalam masyarakat tetapi semua ahli masyarakat boleh bersedekah kepada golongan yang berada dalam kesusahan (Avdeyeva, 2006). Hal ini menunjukkan bahawa ahli masyarakat itu sendiri boleh membantu ahlinya yang susah dengan bersedekah dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk membantu golongan tersebut. (Kashif et al,2015).

Kata kunci: Dana sedekah, peranan masjid, golongan miskin, bantuan.

(3)

3

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Masjid adalah sebuah pusat pembangunan masyarakat bukan hanya tertakluk kepada kegiatan ibadah sahaja seperti solat lima waktu dan lain-lain tetapi skop peranannya adalah lebih luas.

Roslan (2004) percaya bahawa masjid adalah pengkalan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat yang berpaksikan kepada akidah dan mengangkat nilai hidup yang mulia. Justeru itu, peranan masjid dalam membangunkan sebuah pusat ilmu adalah amat penting. Abdul Razak, Mohd Khairil dan Ezry Fahmy (2010) menyatakan bahawa ketika zaman Rasulullah s.a.w, kepentingan masjid bukan sahaja terhad kepada aktiviti ibadah sahaja tetapi ia meliputi segala aspek demi pembangunan masyarakat. Ini terbukti ketika penghijrahan Rasulullah tiba di Madinah, perkara yang paling asas untuk di bina adalah sebuah masjid kerana ia berpontensi sebagai sebuah pusat pendidikan, pengajian, perbincangan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, sosial dan sebagainya. Ia selari dengan nadi kekuatan masyarakat ketika itu. Disamping itu, Rasulullah juga menjadikan masjid sebagai sebuah tempat menerima rombongan-rombongan daripada pimpinan besar kabilah ketika itu. Masjid juga telah diangkat pengiktirafannya sebagai sebuah tempat menerima golongan-golongan fakir miskin di ruangan rehat di masjid. Ini menunjukkan bahawasanya peranan masjid bukan terhad kepada pusat ibadah sahaja tetapi ia menyeluruh daripada segi kepenggunaannya. Selain daripada itu, Hamka (1985) dan Azlina dan Isa (2010) percaya bahawa masjid adalah sebuah tempat untuk menyuburkan jiwa seseorang insan agar sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan ibadat umum ataupun khusus.

Tambahan pula, peranan masjid secara kontektual bukan hanya berlaku ketika zaman Rasulullah sahaja. Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila masjid bukan hanya sekadar tempat ibadah tetapi meluas kepada aktiviti kemasyarakatan. Menurut Mohd Roslan dan Wan Mohd (2011) ketika zaman kesultanan Melayu Melaka, masjid berperanan sebagai pusat menyebarkan Islam dan pusat pengajian. Maka, pengurusan masjid haruslah mempunyai minda pengurusan dalam memartabatkan kembali peranan sebenar masjid terutamanya di Malaysia. Nik Daud, Mohd Helmi dan Rosmawati (2014) menyatakan pengurusan masjid haruslah berfikiran kritis, kreatif untuk merangka program yang lebih baik yang boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang. Kebolehan dan kepakaran para jemaah harus bekerjasama dengan pihak pengurusan masjid agar dapat mengoptimumkan dan merealisasikan fungsi masjid yang berjaya. Struktur organisasi masjid juga harus dirangka dengan lebih baik. Menurut Noor Azlina dan Mohd Isa (2010) ciri-ciri sebuah masjid untuk mencapai kejayaan daripada segi pentadbiran dan pengurusan adalah tertakluk kepada struktur organisasi masjid itu sendiri.

Jawatankuasa yang lebih dinamik dan berkaliber dapat merancang serta mentadbir masjid dengan lebih baik.

Disamping itu, imam masjid juga harus dilihat bukan sekadar imam yang hanya boleh memimpin ketika solat tetapi daya kepimpinannya harus dipertingkatkan. Hailan dan Rofishah (2016) menyatakan bahawa seorang imam haruslah mempunyai kepimpinan, pengetahuan, wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah masyarakat dengan lebih meluas. Mahazan dan Abdullah (2010) menyatakan karakter dan ciri-ciri yang ada pada seorang individu adalah sangat penting untuk dipertimbangkan dalam proses pemilihan dan latihan kepimpinan. Lima teras asas dalam karakter dan ciri-ciri dalam menentukan kepimpinan iaitu kemampuan kognitif, personaliti yang sesuai, bersifat keagamaan, bermotivasi untuk memimpin dan mempunyai pengalaman dalam memimpin. Maka dalam menentukan kepimpinan dalam institusi, lima teras asas ini adalah perkara yang penting dalam pemilihan kepimpinan yang boleh dilaksanakan didalam institusi masjid. Oleh yang demikian, proses pemilihan imam dan jawatankuasa masjid perlu

(4)

4

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dititkberatkan. Ini kerana jawatankuasa dan imam yang berkaliber memainkan peranan yang penting dalam menarik masyarakat ke masjid. Dalam masa yang sama imam adalah sebuah model personaliti kepada semua masyarakat Islam yang memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan mereka. Kajian oleh Faisal dan Firdaus (2018) mengenai pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid mendapati bahawa faktor akhlak dan budi pekerti pihak pengurusan masjid menyumbang kepada pengimarahan sesebuah masjid. Hasil kajian yang serupa dilaporkan oleh Munir Ismail (2012) dan Nizam dan Badri (2010).

Peranan masjid harus menyeluruh bukan hanya sekadar pusat ibadah semata-mata. Masjid boleh dibangunkan sebagai pusat kegiatan wanita, remaja dan kanak-kanak. Masjid bukan hanya terhad kepada golongan lelaki sahaja malah ia harus menjadi ruang kepada golongan wanita remaja dan kanak-kanak. Nazneen, Nurzatil dan Hasliza (2014) menyatakan masjid harus memberi ruang terhadap semua peringkat golongan. Oleh itu, program-program masjid harus bersikap realistik.

Dalam konteks remaja, program-program seperti sukan, sukaneka, pelajaran seni mempertahankan diri, senaman dan latihan-latihan lain boleh dilaksanakan. Malah Arman (2009) menyifatkan aktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan sekaligus ia dapat menjayakan objektif pembangunan jasmani ummah serta dapat memupuk hubungan baik antara masyarakat dengan pihak masjid.

Selain daripada itu, Noor Azlina (2010) menyatakan bahawa masjid boleh menjalankan aktivit- aktiviti remaja dengan kerjasama pertubuhan dan kumpulan tertentu secara langsung. Penganjuran aktiviti yang kreatif perlu mengambil kira aspek adat dan unsur budaya bagi menarik minat remaja menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Disamping itu, masjid boleh menjadi tarikan kepada remaja jika terdapat aktiviti-aktiviti yang meraikan mereka sebagai remaja. Ainoor (2010) menyatakan bahawa remaja akan tertarik untuk kemasjid jika terdapat aktiviti dan ruang yang memahami rentak serta naluri sebagai remaja. Oleh itu, program dan aktiviti yang harus dilakukan bukan sekadar meraikan remaja yang ke masjid tetapi mencakupi remaja yang tidak berminat ke masjid.

Masjid harus dibangunkan sebagai penggerak ekonomi masyarakat setempat. Menurut Yahya et al (2015) peranan masjid mempunyai ruang lingkup yang luas kerana ia sebagai simbol kesepaduan kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid adalah dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan ekonomi masjid. Fauzi dan Yusuf (2016) menyatakan kelangsungan aktiviti masjid akan dapat diteruskan jika masjid boleh menjana ekonominya dalam kegiatan ekonomi yang produktif. Arman (2009) mencadangkan jika masjid mempunyai ruang yang luas, masjid boleh menyediakan bazar atau kedai di luar masjid untuk menjual aneka keperluan masyarakat. Selain daripada itu, masjid berperanan untuk mengutip zakat, wakaf dan sedekah. Selain daripada memudahkan masyarakat untuk berzakat, kesedaran untuk bersedekah dan berwakaf juga dapat disuntik. Ini penting kerana kekayaan yang dikurniakan oleh Allah adalah satu kelebihan yang perlu dikongsi bersama dengan masyarakat Islam yang lain. Suntikan ini harus bermula di masjid dengan fungsi dan peranan masjid sebagai sebuah pusat ibadah dan pembangunan masyarakat. Oleh yang demikian, ekonomi umat Islam dapat dimajukan dan diperkukuhkan.

(5)

5

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3. Metodologi Kajian

Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan persampelan secara rawak mudah dan mengedarkan soal selidik kepada 390 orang individu beragama Islam di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun hanya 288 borang selidik sahaja yang diisi dan dikembalikan oleh responden.

Borang soalselidik dianalisis secara deskriptif dan Ordered Logistic Regression untuk melihat tahap kepercayaan masyarakat terhadap masjid menguruskan dana sedekah, kesanggupan masyarakat bersedekah di masjid dan persepsi masyarakat terhadap meningkatkan kecekapan pengurusan masjid. Bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan masyarakat terhadap masjid menguruskan dana sedekah di analisis menggunakan kaedah regresi OLS.

4. Hasil Kajian

4.1 Profil Demografi Responden

Seramai 288 responden terlibat dalam kajian ini dan profil demografi responden ditunjukkan dalam Jadual 1. Dari segi jantina, 29.9 peratus adalah responden lelaki dan 70.1 peratus adalah responden perempuan. 14.6 peratus responden tidak pergi ke masjid, 49.3 peratus pergi ke masjid 1 hari dalam masa seminggu, 22.6 peratus pergi ke masjid 2-3 hari dalam masa seminggu, 5.2 peratus pergi ke masjid 4-5 hari seminggu dan 8.3 peratus pergi ke masjid 6-7 hari dalam masa seminggu. 30.2 peratus responden mempunyai pendidikan SPM ke bawah, 31.9 peratus responden mempunyai STPM/Diploma, 30.9 peratus mempunyai Ijazah Sarjana Muda, 5.6 peratus mempunyai Ijazah Sarjana, 1.4 peratus mempunyai Phd. Hampir semua responden adalah dalam kategori B40, iaitu mempunyai pendapatan kurang daripada RM 8000. Dari segi pekerjaan, 12.5 peratus responden bekerja sendiri, 52.1 peratus pekerja swasta, 19.8 peratus pekerja kerajaan, 1.4 peratus pesara dan 14.2 peratus tidak bekerja.

Jadual 1: Profil Demografi Responden

Butiran Perincian Peratus

Jantina Lelaki

Perempuan

29.9 70.1 Melibatkan diri dalam aktiviti

masjid

Ya Tidak

42 58 Kekerapan ke masjid Tidak pergi ke masjid

1 hari seminggu 2-3 hari seminggu 4-5 hari seminggu 6-7 hari seminggu

14.6 49.3 22.6 5.2 8.3

Tahap pendidikan SPM ke bawah

Diploma/STPM Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Phd

30.2 31.9 30.9 5.6 1.4

Pendapatan Tiada pendapatan

RM 1000 ke bawah RM 1001-RM 2000 RM 2001-RM 3000 RM 3001-RM 4000 RM 4001-RM 5000 RM 5001-RM 6000

12.2 15.6 28.5 13.5 12.8 8.7 3.1

(6)

6

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved RM 6001-RM 7000

RM 7001-RM 8000 RM 8000 ke atas

2.4 1.7 1.4

Pekerjaan Bekerja sendiri

Swasta Kerajaan Pesara Tidak bekerja

12.5 52.1 19.8 1.4 14.2

4.2 Keyakinan Masjid Mampu Menguruskan Dana Sedekah Dengan Cekap

Secara deskriptif, seramai 3.1 peratus responden tidak yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap, 12.2 peratus responden tidak pasti sama ada masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap, 46.5 peratus responden yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap dan 38.2 peratus responden sangat yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap. Ujian cross-tabulation menunjukkan 88.4 peratus responden yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap. 82 peratus responden yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti masjid yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap. Ujian Ordered Logistic Regression dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa responden yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid lebih yakin bahawa masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap. Ujian juga menunjukkan kekerapan ke masjid tidak signifikan dan tidak terdapat perbezaan keyakinan responden yang tidak pergi ke masjid dengan responden yang kerap pergi ke masjid terhadap masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap.

Jadual 2: Ujian Ordered Logistic Regression Parameter Estimates

Estimate Std.

Error

Wald df Sig. 95% Confidence Interval Lower Bound

Upper Bound Threshold [CB2 = 2.00] -3.227 .347 86.490 1 .000 -3.908 -2.547

[CB2 = 3.00] -1.498 .183 67.256 1 .000 -1.856 -1.140

[CB2 = 4.00] .731 .159 21.260 1 .000 .421 1.042

Location [penglibatan dalam aktiviti

masjid=1.00]

.576 .229 6.342 1 .012 .128 1.024

[penglibatan dalam aktiviti

masjid=2.00]

0a . . 0 . . .

Link function: Logit.

a. This parameter is set to zero because it is redundant.

CB2 = saya yakin masjid menguruskan dana sedekah dengan cekap

(7)

7

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4.3 Kesediaan Bersedekah Secara Bulanan Kepada Masjid

Seramai 71.5 peratus responden menyatakan kesediaan bersedekah secara bulanan kepada masjid.

Daripada jumlah tersebut 55.3 peratus responden sanggup membuat potongan gaji secara berkala.

Jadual 3 menunjukkan responden lelaki kurang berminat bersedekah kepada masjid berbanding responden perempuan. Di samping itu, responden yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid lebih berminat bersedekah kepada masjid berbanding dengan responden yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti masjid. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid lebih yakin terhadap pengurusan masjid dalam menguruskan dana sedekah dan lebih bersedia bersedekah kepada masjid berbanding dengan masyarakat yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti masjid. Oleh itu, bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan pengurusan kewangan masjid, pihak jawatankuasa masjid perlu meningkatkan aktiviti dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti yang dijalankan.

Jadual 3: Kesediaan Bersedekah Kepada Masjid Secara Bulanan Parameter Estimates

Estimate Std.

Error

Wald df Sig. 95% Confidence Interval Lower Bound

Upper Bound Threshold [DB2 = 2.00] -3.798 .371 104.934 1 .000 -4.525 -3.071

[DB2 = 3.00] -1.991 .216 84.982 1 .000 -2.414 -1.568

[DB2 = 4.00] .456 .168 7.358 1 .007 .126 .785

Location [Jantina=1.00] -1.478 .264 31.421 1 .000 -1.995 -.961

[Jantina=2.00] 0a . . 0 . . .

[penglibatan dalam aktiviti

masjid=1.00]

.826 .237 12.133 1 .000 .361 1.290

[penglibatan dalam aktiviti

masjid=2.00]

0a . . 0 . . .

Link function: Logit.

a. This parameter is set to zero because it is redundant.

DB2 = saya bersetuju memberi sejumlah wang kepada masjid sebagai sedekah bulanan Jantina 1= lelaki, 2 = perempuan

Penglibatan dalam aktiviti masjid 1= ya 2=tidak

4.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Kaedah Menambahbaik Pengurusan Masjid

Hasil kajian menunjukkan terdapat tujuh cadangan yang diberikan oleh responden bagi menambahbaik pengurusan masjid. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti dalam Jadual 4.

Susunan mengikut peratusan tertinggi menunjukkan bagi menambahbaik pengurusan kewangan masjid terutamanya dalam kes menguruskan dana sedekah, masyarakat berpendapat bahawa jawatankuasa masjid perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengenalpasti masyarakat yang memerlukan bantuan. Cadangan ini sangat penting kerana dalam dunia sebenar, walaupun telah terdapat Pusat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri yang mempunyai tugas membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi kewangan tetapi masih terdapat masyarakat yang miskin tercicir daripada mendapat bantuan kewangan. Dengan adanya ahli jawatankuasa khas ini dijangka dapat mendekati masyarakat dan mengurangkan jumlah masyarakat miskin yang tercicir

(8)

8

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

daripada menerima bantuan disamping meningkatkan lagi kecekapan pengurusan dana sedekah oleh masjid.

Jadual 4: Persepsi Masyarakat Terhadap Kaedah Menambahbaik Pengurusan Masjid

Pendapat responden Peratus

(%) Masjid menyediakan program dan aktiviti yang menarik masyarakat setempat pergi ke masjid 88.2 Ahli Jawatankuasa masjid mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan 87.5

Ahli Jawatankuasa pengurusan masjid mestilah kritis 96.9

Ahli Jawatankuasa pengurusan masjid mestilah kompeten 96.8

Ahli Jawatankuasa pengurusan masjid mestilah dinamik dan berkaliber 95.9 Ahli Jawatankuasa pengurusan masjid mestilah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari masyarakat yang memerlukan bantuan

98.0 Ahli Jawatankuasa pengurusan masjid mestilah menyimpan sebahagian dana sedekah untuk digunakan pada masa kecemasan dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam masa kecemasan

92.8

4.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Masyarakat Terhadap Masjid Menguruskan Dana Sedekah

Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan masyarakat terhadap masjid menguruskan dana sedekah ialah pertama, masjid menyediakan laporan aktiviti program dan kewangan. Dengan adanya laporan aktiviti program dan kewangan, maka tiada unsur ketidakpercayaan masyarakat terhadap pengurusan kewangan masjid. Faktor kedua ialah pengerusi dan jawatankuasa masjid adalah sumber rujukan masyarakat setempat. Hubungan yang baik antara pihak pengurusan masjid dengan masyarakat setempat membuatkan masyarakat yakin dengan pengurusan masjid. Faktor yang ketiga adalah program dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid menarik masyarakat setempat untuk menyertai program dan aktiviti yang dijalankan.

Penglibatan masyarakat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak masjid membuatkan masyarakat yakin dengan pegurusan masjid. Keterlibatan masyarakat dalam aktiviti yang dijalankan oleh masjid bukan sahaja meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan kewangan masjid tetapi yang lebih penting adalah menentukan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid. Oleh itu pihak masjid disarankan menjalankan aktiviti yang menarik minat masyarakat menyertainya.

Jadual 5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Masyarakat Terhadap Masjid Menguruskan Dana Sedekah

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1 Regression 27.739 3 9.246 18.496 .000b

Residual 141.979 284 .500

Total 169.719 287

a. Dependent Variable: saya yakin masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap

(9)

9

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

b. Predictors: (Constant), program dan aktiviti menarik masyarakat setempat, ada laporan aktiviti program dan kewangan, pengerusi dan jawatankuasa masjid sebagai rujukan masyarakat setempat

Coefficientsa

Model Unstandardized

Coefficients

Standardized Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1 (Constant) 1.713 .361 4.743 .000

Ada laporan aktiviti program dan kewangan

.169 .061 .164 2.774 .006

Pengerusi dan

jawatankuasa masjid sebagai rujukan masyarakat setempat

.160 .079 .124 2.036 .043

Program dan aktiviti menarik masyarakat setempat

.247 .055 .258 4.472 .000

a. Dependent Variable: saya yakin masjid mampu menguruskan dana sedekah dengan cekap

5. Kesimpulan dan Implikasi Dasar

Keyakinan masyarakat terhadap pengurusan kewangan masjid adalah sangat penting bagi mendorong masyarakat bersedekah kepada masjid. Latihan pengurusan kewangan masjid mengikut standard perakaunan yang betul boleh dianjurkan oleh pihak yang berkaitan seperti Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peranan masjid bukan hanya sebagai pusat ibadah semata-mata tetapi merangkumi aspek sosial, kebajikan dan rohani. Maka jawankuasa pengurusan masjid harus terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan mendekatkan masjid dengan masyarakat setempat. Rancangan aktiviti masjid perlu dibuat dengan teliti supaya setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan dan penyertaan yang baik daripada masyarakat.

Rujukan

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behaviour. Organizational Behaviour and Human Decision Processes, Vol 50 No 2 pp 179-211.

Alwi, M. (2015). Optimalisasi Fungsi masjid dalam pemberdayaan ekonomi masyarakat. Al- tatwir, Vol.2 No 1, pp.133-152.

Armitage, C.J and Conner, M. (2001). Social cognitive determinants of blood donation. Journal of Applied Social Psychology, Vol 31 No 7 pp.1431-1457.

Arsyianti, L.D and Kassin, S. (2016). Regular charity giving behaviour among low-income households in Indonesia. Intellectual DIscourse, Vol.24 No 1.

Avdeyeva, T.V., Burgetova, K. and Welch, I.D. (2006). To help or not to help? Factors that determined helping responses to Katrina victims. Analyses of Social Issues and Public policy, Vol.6 No 1, pp.159-173.

Azlina, N and Isa, M. (2010). Masjid dan Remaja. Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Berassaskan Masjid.

Hailan and Rofishah. (2016). Tahap amalan kepimpinan pengerusi masjid di Terengganu. Journal of Business and Social Development, 4(1), 65-77.

Hamka. (1985). Tafsir al-Juzu;18. Jakarta: Pustaka Panjimas.

(10)

10

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Hassan, S.H., Masron, T.A., Mohamaed, N and Thurasamy, R. (2018). Antecedents of trust towards the attitude of cheritable organisation in monetary philantropic donation among generation-y. Asin Academy of Management Journal, VO;.23 No 1.

Istiqomah, I. (2017). Analisisis Pengaruh Religiusitas Terhadap perilaku donasi dengan menggunakan metode classroom experiment skripsi. tidak dipublikasikan, Universitas Indonesia, Jakarta.

Kashif, M., Sarifuddin, S. and Hassan, A. (2015). Charity donation: intentions and behaviour.

Marketing Intelligence and Planning, Vol.4 No.3, pp.306-324.

Kashif, M. Faiisal Jamal, K. and Abdur Rehman, M (2018). The dynamics of zakat donation experience among muslims: a phenomenulogical inquiry. Journal of Islamic Accounting and Business Research, Vol.9 No.1, pp.45-58.

Knowles, S.R, Hyde, M.K and White, K.M. (1990). Predictors of young people's cheritable intentions to donate modey: an extended theory planned behaviour perspective. Journal of Applied Social Psychology, Vol.67 No.5, pp 91-94.

konkoly, T.H and Perloff, R.M. (1990). Applying the ehory of reasoned action to cheritable intent.

Psychological Reports, Vil.67 No 5. pp-91-94.

Lim, D. and Putnam, R.D. (2010). Religion, social networks and life satsfaction. American Sociological Review, Vol.75 No 6, pp.914-933.

linden, V. d. (2011). Cheritable intent: a moral or social construct? A revised theory of planned behaviour model. Current psychology, Vol.30 No.4, pp-355-374.

Mahazan and Abdullah. (2010). Meningkatkan kualiti imam sebagai pemimpin masyarakat:

Perbincangan berdasarkan kepada teori kepimpinan dan pengurusan organisasi. seminar kebangsaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid.

Nik Daud, Helmi dan Rosmawati. (2014). Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih- pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Journal of Social Science and Humanities, 9(1).

Otto, P.E and Bolle, F. (2011). Multiple facets of altruism and their influence on blood donation.

The journal of socio-economics, Vol.40 No.5, pp. 558-563.

Ranganathan, H. (2008). Deterimants of cheritable donation intentions, a structural equation model. Internation Journal of Nonprofit and Voluntary Sector Marketing, Vol.13 No1, pp-11.

Razak Abd, A. (2010). Isu dan cabaran institusi masjid dalam pembentukan sahsiah remaja di era globalisasi dan cadangan penyeleisaiannya. Seminar Kebangsaan Pengajian dan Pembelajaran Berteraskan Masjid.

razak, A.A, Hussin, M.Y.M, Muhammad, F and Mahjom, N. (2014). Economic significance of mosque institution in Perak State, Malaysia. Kyoyo Bulletin of Islamic Area Studies, Vol.7 No.7, pp.98-109.

Roslan dan W, M, Daud. (2011). Sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal At-Ta'dib, 6(1).

Saleh, A. (2010). Masjid dan kaunselor dalam pembentukan generasi muslim. seminar kebangsaan pengajaran dan pembelajaran berteraskan masjid, 115.

sanusi, Z.M., Johari, R.J., Said, J. and Iskandar, T. (2015). The effects of Internal control system, financial management and accountability of NPOs: the perspective of mosque in Malaysia.

Procedia Economics and Finance, Vol.28, pp.156-162.

shukor, S.A., Anwar, F.I., Sabri, H., Aziz, S.A and Ariffin, A.R.M.A. (2017). Muslim attitude toward participation in cash waqf: antecendents and consequences. International Journal of Business and Society, Volu.18, pp.193-204.

(11)

11

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Smith, J.R and McSweeney, A. (2007). Cheritable giving: the effectiveness of a revised theory of planned behaviour model in predicitng donating ontentions and behaviour. Journal of community and aplied social psychology, Vol 17 No 5, pp. 3636-386.

Teah, M., Lwin. M and Cheah, I. (2014). Moderating role of religious belief on attitudes toward charities and motivation to donate. Asia Pacific Journal of Marketing and Logistivs, Vol.26 No.5, pp.738-760.

Wulandari, S., Sawarjuwono, T and Iswati, S. (2017). Optimising fund management of mosque cash for economic empowerment of people, advances in social sicences. Education and Humanities Research (ASSEHR), Vol 98.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak yang dapat dikenal pasti ialah kekurangan sumber kewangan menyebabkan aktiviti

kajian lepas mendapati terdapat tujuh faktor yang mendorong kepada kehadiran yang sedikit ini ialah fungsi masjid yang terhad, masalah individu, kemudahan asas tidak sempurna,

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pendekatan dakwah dan medium dakwah yang relevan digunakan oleh institusi masjid sebagai alat dakwah kepada masyarakat multi

Melalui pengenalan sistem elektronik perakaunan masjid (EMAS) yang telah dilaksanakan oleh institusi masjid di Negeri Perak, mendapati jumlah dana masjid yang

Keputusan menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap masyarakat Melaka mempunyai kesan positif, di mana responden percaya bahawa peranan individu dalam prihatin

Hasil dari penelitian menunjukkan bahwa bangunan Masjid Merah Panjunan Cirebon memperlihatkan adanya akulturasi (percampuran) antara budaya masyarakat setempat dan budaya

Dalam kajian ini, institusi-institusi yang terpilih ialah Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Wilayah yang mewakili institusi peribadatan; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Setelah menggariskan langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan, boleh dirurnuskan bahawa Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam ICT. Bukan itu sahaja,