• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MENINGKATKAN INTEGRASI DOMAIN PEMBELAJARAN DALAM KARYA MURID BELAJAR GAYA VISUAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MENINGKATKAN INTEGRASI DOMAIN PEMBELAJARAN DALAM KARYA MURID BELAJAR GAYA VISUAL"

Copied!
21
0
0

Tekspenuh

(1)

140

PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MENINGKATKAN INTEGRASI DOMAIN PEMBELAJARAN

DALAM KARYA MURID BELAJAR GAYA VISUAL

(THE USE OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY APPLICATION SOFTWARE ENHANCES LEARNING DOMAIN INTEGRATION IN

VISUAL STYLE STUDENT ART WORKS)

1Siti Hayati bin Hj Mohd Yusoff

2Halim bin Husain

1-2Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA

1 Corresponding author:sitihayati@ipgmipoh.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam instruksional guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang memberi impak terhadap peningkatan integrasi domain pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual berdasarkan hasil karya mereka. Secara tidak langsung melihat sama ada guru mempraktiskan perisian aplikasi TMK sebagai amalan terbaik dalam proses pembelajaran.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan dokumentasi karya murid. Kajian ini dilakukan terhadap lapan orang murid sekolah rendah dan empat orang guru Pendidikan Seni Visual. Hasil kajian menunjukkan pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang menggunakan perisian Tux Paint, Adobe Photoshop dan Paint Tool SAI telah mencetuskan satu inovasi dalam pengajaran dan meningkatkan integrasi domain pembelajaran murid melalui karya yang dihasilkan berdasar gaya belajar visual. Perisian aplikasi TMK dalam mata pelajaran PSV sebagai amalan terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna ke arah kemenjadian murid sejajar dengan Pendidikan Abad Ke-21.

Kata kunci: Perisian aplikasi TMK, integrasi domain pembelajaran, gaya belajar visual.

ABSTRACT

This study aims to identify information and communication technology (ICT) application software in the instruction of Visual Arts Education teachers in primary schools that have an impact on improving the integration of learning domains among students who have a visual learning style based on their art work. Indirectly, teachers practice ICT application software as

(2)

141

a best practice in the learning process. This study uses a qualitative approach. Data were collected using interview methods, observations and documentation of student art work. The study was conducted on eight primary school students and four Visual Arts Education teachers.

The results showed that the teaching of Visual Arts Education teachers using Tux Paint software, Adobe Photoshop, Paint Tool SAI has sparked an innovation in teaching and improving the integration of student learning domains through art works produced based on visual learning style. ICT application software in PSV subjects as a best practice to make learning more meaningful towards becoming a student who is more efficacious with 21st Century Education.

Keywords: ICT applications software, learning domain integration , visual learning style.

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Menurut Gustafson dan Branch (2007) pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Ia memberi sumbangan kepada pembangunan sesebuah negara.

Dalam aspek pendidikan masa kini, perisian aplikasi TMK media teknologi maklumat dan komunikasi menjadi pendekatan untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid. Para pendidik perlu menggunakan pendekatan yang menerapkan kemahiran TMK dalam proses pengajaran. Teknologi ini diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi perisian aplikasi TMK dalam dunia pendidikan memberi sumbangan yang tinggi dalam pembentukan jati diri murid selain mempunyai ilmu pengetahuan. Perisian aplikasi yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti seni seperti perisian Tux Paint, Paint Tool SAI, Art Rage 5, Adobe Photoshop dan Paint.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007), dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan aplikasi teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi satu budaya pada masa kini.

Penggunaan aplikasi teknologi ini dilihat dapat menarik minat murid dalam mencari maklumat tambahan semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP).

(3)

142

Antara tujuan PdP Pendidikan Seni Visual (PSV) dengan menggunakan perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai BBM adalah untuk meningkatkan persepsi murid yang tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam bilik seni dengan kaedah konvensional sahaja tetapi juga perlu dikembangkan dan divariasikan dalam aktiviti yang mampu menarik minat dan motivasi murid terutamanya yang berada di sekolah rendah.

Pembelajaran PSV di sekolah menekankan kepada proses pemerolehan pengetahuan, menzahirkan perasaan dan penyataan yang semuanya berlaku menerusi deria murid. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pengajaran dan pembelajaran berteknologi dilaksanakan. Secara tidak langsung akan memperlihatkan sama ada penggunaan media TMK sebagai BBM dipraktiskan sebagai amalan terbaik dalam PdP guru.

Rusmini Ku Ahmad (2012), menyatakan bahawa melalui integrasi TMK beberapa perubahan dan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Dalam hal ini murid menjadi lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan perisian aplikasi TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual sebagai satu wadah dalam PdP yang menyumbang kepada satu inovasi. Kajian Rozinah Jamaludin (2005) mendapati cara penyampaian guru mengajar juga antara punca murid kurang berminat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru menggunakan pendekatan syarahan berbanding kaedah cuba jaya atau penerokaan untuk aktiviti semasa pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Jika diperhalusi, ini menunjukkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak mengamalkan satu model pembelajaran bermakna sebagai asas keberhasilan dan kemenjadian murid, terutama kepada murid yang mempunyai gaya belajar visual. Murid gaya belajar visual cenderung kepada ketajaman penglihatan. Mereka melihat secara visual untuk mencari tahu dan kefahaman tentang sesuatu perkara. Kecerdasan visual menunjukkan kebolehan untuk berfikir secara gambaran, bentuk dan corak. Mereka cenderung mempunyai kebolehan membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Pengetahuan yang kurang dalam perisian aplikasi TMK semasa PdP PSV disebabkan sebelum ini guru-guru hanya menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti peribadi mereka seperti tradisi tugas dengan alaf baharu iaitu penggunaan komputer untuk tugasan pentadbiran. Memandangkan tahap pengetahuan yang lemah dan sederhana mengakibatkan

(4)

143

guru di peringkat penyesuaian tidak cenderung untuk mengarahkan pelajar kepada mengeksplorasi kegiatan dalam bidang seni melalui penggunaan TMK. Justeru kebanyakan kegiatan seni dilakukan menggunakan kaedah konvensional untuk mengatasi kekurangan guru yang tidak mempunyai pengetahuan tinggi dalam TMK. Aplikasi teknologi dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual boleh meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid dalam melaksanakan aktiviti. Keberkesanan PdP sangat penting ke arah pembelajaran bermakna dengan menerapkan penguasaan kemahiran kendiri murid.

Objekif Kajian

i. Mengenalpasti reka bentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian aplikasi TMK.

ii. Menjelaskan perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan integrasi pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual berdasar hasil karya.

Soalan Kajian

i. Bagaimanakah reka bentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan?

ii. Bagaimanakah perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan integrasi pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual?

Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan guru dan murid di sekolah rendah. Kajian terbatas kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun Empat dan Tahun Lima. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan lapan orang murid Tahap 2.

TINJAUAN LITERATUR

Kemahiran dan kesediaan guru merujuk kepada guru mahir yang bersedia menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Osman dan Ahmed (2003) untuk mencapai pengajaran yang komprehensif dengan menggunakan TMK guru perlu yakin akan kepentingan dan faedah penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus diberi latihan yang mencukupi untuk menggunakan alat TMK dengan berkesan dan cekap. Hasil kajian

(5)

144

menunjukkan bahawa guru yang pernah dan telah mengikuti kursus latihan dalam TMK lebih cekap dan berkebolehan menggunakan komputer dan bersedia melaksanakan pengajaran berbanding dengan guru yang tidak mempunyai latihan (Saamad, 2003).

Sutherland et al. (2004) menyatakan bahawa TMK akan meningkatkan pembelajaran sekiranya guru merancang dengan teliti untuk memasukkan aktiviti berasaskan teknologi dalam pengajaran. Tanpa rancangan yang baik pembelajaran berasaskan TMK akan menjadi sia-sia.

Murid mesti didorong untuk memahami proses yang terlibat. Lim (2005) mendapati bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid aktif dalam mencari maklumat dan membina pengetahuan dari maklumat yang diperoleh dengan berpeluang untuk saling berkait antara pengetahuan mata pelajaran tanpa had mengikut masa dan jarak.

Berdasar teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baharu yang berkaitan.

Di bawah proses pembelajaran, murid membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada supaya dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu. Teori konstruktivisme menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan. Pernyataan ini tepat dengan peningkatan menggunakan perisian aplikasi TMK dalam PdP Pendidikan Seni Visual, iaitu menggunakan kaedah konvensional di transformasi kepada kaedah digital yang lebih memberi impak dalam pendidikan semasa.

METODOLOGI KAJIAN

Kemajuan perisian aplikasi TMK memberi cabaran baharu kepada guru-guru PSV. Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mengharungi perubahan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memberi peluang untuk meningkat kreativiti murid. Pendidikan Seni Visual tidak lagi dikaitkan dengan bahan tara tradisional tetapi diperluaskan menggantikan crayon, cat dan tanah liat. Potensi ini dikesan apabila perisian aplikasi TMK boleh membantu dengan meneroka masalah reka bentuk, selain meningkat pembelajaran baharu dalam PdP Pendidikan Seni Visual. Ini dapat menarik murid gaya belajar visual melalui pengetahuan-pengetahuan baharu. Secara tidak langsung menyokong murid dalam artistik dan ekspresi diri.

(6)

145 Reka bentuk Kajian

Kajian ini berasaskan paradigma kualitatif kajian kes dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temu bual berstruktur yang dijalankan secara formal, dirancang dengan teliti selain mengemukakan soalan yang sama bagi setiap peserta kajian supaya maklumat yang dikumpul dapat dibezakan dengan tepat. Penggunaan pendekatan kualitatif dapat menjelaskan isu ontologi iaitu dengan membincangkan realiti atau keadaan sebenar sesuatu situasi. Realiti merupakan sesuatu yang dibina individu yang terlibat dalam penyelidikan (Creswell, 2007). Antara faktor yang membina ‘realiti’ atau ‘dipengaruhi’ adalah termasuk nilai, sikap, persepsi dan kepercayaan individu yang terlibat. Dalam hal ini pengkaji perlu memahami dari aspek perasaan, sikap, pandangan, pengetahuan, pengalaman dan kepercayaan guru dan murid yang mempengaruhi pelaksanaan penggunaan media-media teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

Penggunaan perisian aplikasi TMK dalam program seni boleh meningkatkan motivasi dan kreativiti serta memberi impak yang yang paling berkesan dengan pemilihan dan penggunaan sumber yang memenuhi keperluan murid. Penggunaan perisian aplikasi TMK dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dilihat sebagai satu tambahan kepada alat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia mampu menghasilkan produk seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Peserta Kajian

Pemilihan peserta kajian seramai empat orang guru PSV dan lapan orang murid adalah dianggap memadai dalam sesuatu kajian kualitatif yang mementingkan kedalaman data yang dikutip. Ini adalah kerana dalam kajian yang bersifat kualitatif, penentuan bilangan informan kajian atau peserta kajian tidak menjadi persoalan yang penting (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2012; Gay, 1992). Selain itu, kaedah pemilihan peserta kajian adalah berbentuk persampelan bertujuan.

Persampelan bertujuan dipilih atas dasar kepercayaan, asas kepada maklumat utama, boleh menyediakan data yang diperlukan (Fraenkel et al., 2012), memenuhi keperluan soalan kajian, bersedia untuk bekerjasama dan ditemu bual. Pemilihan peserta kajian dalam kalangan guru adalah untuk mendapatkan maklumat tentang reka bentuk instruksional guru dalam proses PdP berasaskan aplikasi teknologi.

(7)

146 Instrumen Kajian

Kajian dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah atau metodologi pengumpulan data seperti pemerhatian, temubual dan rakaman visual (dokumentasi). Instrumen yang digunakan asalah seperti yang berikut:-

i. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang penting dan dijadikan tumpuan utama dalam pengumpulan data dan maklumat. Pemerhatian ini mengungkapkan gambaran secara sistematik mengenai peristiwa, karya yang dihasilkan dan tingkah laku. Maklumat berdasar pemerhatian dapat mendokumentasikan sikap dan kesediaan guru melaksanakan PdP menggunakan perisian aplikasi TMK selain bentuk karya yang dihasilkan berdasar gaya belajar visual. Pengkaji boleh mendapatkan maklumat yang lebih realistik jika kaedah temu bual diguna bersama. Borang catatan pemerhatian sebagai panduan untuk mengenal pasti kriteria yang diperhatikan digunakan semasa pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

ii. Temubual

Kaedah temu bual semi berstruktur digunakan dalam kajian. Peserta kajian boleh menjawab soalan dengan cara tersendiri dan tiada had masa. Kandungan temu bual adalah berbeza antara peserta kajian menjurus kepada soalan kajian yang berbeza. Tujuan temu bual dijalankan terhadap guru adalah untuk mendapatkan keterangan secara mendalam terhadap amalan instruksional guru, kesediaan guru dan pelaksanaan aplikasi teknologi dalam PSV. Temu bual terhadap murid pula bertujuan untuk melihat kesediaan murid menggunakan media teknologi dalam aktiviti seni serta impak kepada peningkatan integrasi domain berdasar hasil karya mereka.

iii. Pengumpulan dokumen

Kaedah ketiga yang penting dalam kajian ini ialah kaedah mendapatkan data melalui dokumen- dokumen yang berkaitan dengan kajian. Dokumen peribadi dan rekod awam digunakan untuk mendapatkan data-data kajian. Dokumen peribadi yang digunakan oleh pengkaji adalah karya seni murid. Dokumen rekod awam digunakan oleh pengkaji ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Penggunaan kaedah ini telah menjawab objektif dan soalan kajian. Sumber dokumen diperoleh daripada buku-buku di perpustakaan, buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015 dan risalah yang berkaitan.

(8)

147 Kaedah Mengumpul Data

Data kajian dikumpulkan dengan mengambil kira dua perkara penting iaitu fokus kajian dan kaedah pengumpulan data. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian pengajaran, temu bual dan analisis dokumen (Patton, 1990). Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data memastikan pengkaji tidak hanya bergantung pada satu kaedah. Hal ini dapat mengukuhkan kesahan dalam reka bentuk kajian yang dijalankan. Setiap data yang diperolehi diperjelaskan bukti yang lebih kuat dengan mengambil sokongan daripada sumber sampingan yang sangat membantu dan relevan.

Pengkaji membuat pemerhatian ke atas murid dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan perisian aplikasi TMK seperti Tux paint, Adobe Photoshop, Art Rage 5, Paint Tool SAI dan Paint sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual. Setelah memperolehi data lapangan di peringkat pemerhatian, pengkaji akan menemu bual secara langsung berpandu soalan yang telah dibina berdasar pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini di dalam bilik darjah. Pada fasa akhir kajian, pengkaji akan membuat analisis dapatan menerusi data pemerhatian, data temu bual di samping menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan seperti hasil karya murid.

Pengkaji akan mengumpul data dan seterusnya menyediakan data-data untuk proses analisis. Ini termasuk mentranskripsikan temu bual yang diperoleh daripada data temu bual, data rakaman video dan audio, data pemerhatian dan nota lapangan. Proses transkripsi juga melibatkan catatan yang berkaitan dengan keperluan kajian dan catatan aksi pergerakan badan yang membantu dalam dapatan kajian.

Proses pengumpulan data melibatkan kajian rintis dan kajian lapangan sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan data kajian pada peringkat awal dan mendapatkan gambaran awal tentang pelaksanaan perisian aplikasi TMK dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang mempunyai instrumen yang bersesuaian dengan kajian. Sesi temu bual dan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan dalam kajian rintis bagi tujuan memurnikan semula soalan yang dapat menjawab persoalan kajian. Pada peringkat kajian lapangan sebenar murid telah diberi modul manual penggunaan beberapa perisian TMK bagi menjalankan aktiviti Pendidikan Seni Visual. Modul tersebut telah dirujuk kepada pakar bagi tujuan kesahan dan kebolehpercayaan. Berdasar soal selidik didapati kebanyakan murid suka kepada penerokaan menjalankan aktiviti seni dengan menggunakan TMK.

(9)

148 Analisis Data

Analisis data merupakan proses yang kompleks dengan melibatkan pertimbangan antara data konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif (Meriam, 2009).

Analisis data seni juga merupakan suatu cara bagi pencarian atau pengujian penyataan umum tentang perkaitan dan berasaskan tema-tema yang membangunkan teori dari lapangan.

Pengumpulan dan analisis data biasanya berjalan serentak dalam kajian kualitatif untuk membina interpretasi data yang koheran. Cresswell (2008a) menyarankan bahawa analisis data kualitatif memerlukan kefahaman bagaimana menjadikan imej dan teks supaya soalan kajian dapat dijawab. Silverman (2010) menyatakan tiga cara yang dapat diguna dalam proses menganalisis data iaitu grounded theory, analisis naratif dan juga analisis kandungan. Pengkaji menggunakan kaedah analisis secara naratif dalam kajian ini kerana proses analisis dalam kajian ini akan berlaku serentak bersama proses pengumpulan data yang dilakukan secara deskriptif iaitu dihurai dalam bentuk naratif atau penceritaan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

i. Reka bentuk instruksional guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Kaedah PdP yang bagus, menarik, interaktif serta mengikut perkembangan teknologi semasa, menggalakkan perkembangan dan penerokaan idea. PdP Pendidikan Seni Visual perlu dikembangkan dan divariasikan dengan aktiviti yang mampu menarik minat dan motivasi murid terutamanya mereka yang berada di sekolah rendah. Pada usia yang masih muda, kumpulan murid ini perlu digandingkan dengan kreativiti dan imaginasi yang sesuai dengan fitrah mereka.

Ini menggalakkan perkembangan positif. Pemilihan dan penentuan kaedah pengajaran yang pelbagai perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid.

Hasil kajian menunjukkan taburan guru yang mempunyai tahap minimum dalam penguasaan menggunakan perisian aplikasi TMK dalam PdP. Hanya seorang guru yang mencapai tahap sederhana iaitu mempunyai pengetahuan tentang TMK dan boleh menggunakan beberapa perisian dalam e-learning selain membantu urusan pentadbiran dengan mudah. Beliau juga mempunyai kemahiran tentang TMK kerana pernah mengikuti kursus jangka pendek dalam TMK. Kemahiran beliau meningkat kerana menguasai beberapa perisian yang mudah dan berminat terhadap e-learning.

(10)

149

Berdasarkan temu bual dan pemerhatian, kajian rintis memberi maklumat bahawa kebanyakan guru tidak menggunakan perisian aplikasi TMK dalam pengajaran kerana kekurangan pengetahuan dan tidak menguasai TMK yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu belajar kepada murid. Sehubungan itu pada sesi berikutnya guru-guru telah dibekalkan dengan manual penggunaan perisian aplikasi TMK yang mudah untuk membantu pengajaran guru menjadi lebih efektif.

Dapatan kajian berdasarkan temu bual dan pemerhatian menunjukkan guru-guru tidak mempunyai pengetahuan yang cukup, penguasaan yang baik dan penggunaan yang minimum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berasaskan perisian aplikasi TMK.

Penemuan kajian menunjukkan bahawa kumpulan minoriti guru berpengetahuan asas dalam TMK. Senario ini jelas menunjukkan bahawa untuk meningkatkan pengetahuan guru-guru dalam TMK, adalah perlu membuat program untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka.

Apabila guru tahu dan menjadikan praktis dalam proses PdP maka penguasaan menggunakan perisian aplikasi TMK akan meningkat dan menjurus kepada kluster pedagogi yang mantap.

Sikap positif dan penerimaan guru terhadap TMK adalah suatu keharusan dan juga kelebihan tambahan kepada pelaksanaan PdP PSV yang berkesan. Budaya media teknologi tidak dipraktikkan sepanjang kajian dilaksanakan. Pendekatan aplikasi teknologi yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan PdP Pendidikan Seni Visual. Aplikasi TMK bagi guru mata pelajaran PSV pada dasarnya adalah bertujuan untuk mempersiapsiagakan guru-guru PSV bagi mendepani PdP abad ke-21.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaktif, iaitu hasil aktiviti guru dan murid yang menjadi elemen utama dalam suasana pembelajaran yang spesifik. Bentuk interaktif dalam pembelajaran berkait rapat dengan kefahaman guru tentang sifat setiap individu muridnya. Apa yang menjadi masalah ialah perkakasan berkualiti rendah kerana guru merasa sukar untuk mencari maklumat di internet. Guru PSV mempunyai sikap positif tetapi masih kurang kemahiran kerana mereka tidak berpengalaman. Banyak perisian aplikasi baharu sedangkan infrastruktur terhad. Guru juga kurang dalam latihan dan juga kepakaran untuk menawarkan bantuan dan bimbingan untuk meningkatkan proses pembelajaran. Guru harus dicabar menggunakan TMK. Mereka perlu mencapai tahap kecekapan teknologi yang membolehkan mereka memahami dan mampu menguasai integrasi TMK dalam pengajaran.

Guru perlu menghubungkan murid dengan dunia sebenar dan bukan lagi terikat dengan silibus yang perlu dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pengubahsuaian perlu dalam menerapkan nilai kerohanian yang murni dengan membina kemahiran, pengetahuan, keyakinan diri dan efikasi kendiri melalui inkuiri. Secara tidak langsung memberi pengalaman baharu

(11)

150

kepada murid sebagai co-designers dan co-learners. Murid sebagai problem designers di mana berubah dari what is kepada what could be. Murid terlibat dalam mengemukakan masalah dan bukan sebagai penyelesaian masalah semata-mata. Pengubahsuaian ini akan memberi impak terhadap karya murid.

Kajian juga mendapati antara punca penggunaan TMK tidak dijadikan amalan praktis dalam PdP guru adalah kerana kurang pengalaman mengajar menggunakan perisian aplikasi TMK, kekurangan sokongan di tapak untuk guru menggunakan teknologi, kekurangan guru pakar TMK untuk mengajar kemahiran komputer, kekurangan komputer, kekurangan masa yang diperlukan untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum dan jelasnya kekurangan sokongan kewangan. Sikap guru terhadap komputer dan internet secara umumnya positif. Kajian mendapati terdapat pertumbuhan eksponen dalam penggunaan maklumat dan komunikasi teknologi yang telah memberi impak besar kepada masyarakat dan dalam kehidupan seharian.

Persepsi guru terhadap penggunaan teknologi dalam PdP memainkan peranan penting dalam menentukan sikap positif terhadap penerimaan media teknologi ke arah pembelajaran bermakna.

Persepsi dan sikap guru boleh berubah sekiranya guru diberi latihan atau kursus yang berkaitan dengan perisian-perisian yang sesuai dalam PdP Pendidikan Seni Visual.

ii. Perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual meningkatkan integrasi pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual berdasar hasil karya

Pengkaji memilih empat orang murid Tahun 4 dan empat orang murid Tahun 5 dalam melaksanakan aktiviti bidang menggambar. Ini dapat dikesan melalui modul yang diedarkan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat perbezaan sikap dalam kalangan murid semasa melakukan aktiviti menggambar menggunakan kaedah konvensional dengan kaedah menggunakan perisian aplikasi (TMK) sebagai bahan bantu belajar. Ini membawa maksud pengajaran dan pembelajaran guru bertumpu kepada pengajaran konvensional dan tidak menjadikan perisian aplikasi teknologi sebagai amalan praktis dalam pengajaran semasa.

Sikap murid yang sebelum ini tidak menunjukkan minat melukis dan mewarna berubah kepada suka mencuba apabila dibawa ke makmal komputer untuk melakukan aktiviti menggambar dengan menggunakan perisian aplikasi Tux Paint. Malahan murid menunjukkan minat dan motivasi yang meningkat seiring dengan pencapaian mereka. Tingkah laku yang menganggu PdP semakin berkurangan seiring dengan hasil seni yang ditunjukkan. Aktiviti kumpulan berjaya menarik minat murid untuk sama-sama mencuba malahan mereka berasa seronok dengan perisian aplikasi Tux Paint, ditambah lagi dengan grafik serta bunyi-bunyian berbanding PdP konvensional. Ini dapat dilihat berdasar hasil kerja seni murid.

(12)

151

Gambar 1(a) dan 1(b) : Karya Murid yang Menggunakan Perisian Tux Paint

Berdasarkan karya murid seperti dalam Gambar 1(a) dan 1(b), pengkaji telah mengenal pasti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian aplikasi Tux Paint ini berkesan dan boleh meningkatkan domain pembelajaran murid termasuk minat dan motivasi terhadap mata pelajaran PSV. Secara tidak langsung membuktikan kepentingan PdP berbantukan komputer yang sesuai dengan Pendidikan Seni Visual (PSV) pada alaf baharu.

Penggunaan perisian aplikasi TMK amat digalakkan. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang menggalakkan kemahiran penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam kalangan murid.

Gambar 2(a) dan 2(b) : Perisian Aplikasi Adobe Photoshop

Perisian aplikasi Adobe Photoshop boleh membantu murid mengekspresikan perasaan dan menyatakan maksud yang ingin disampaikan kepada orang lain. Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 2(a) dan 2(b) di mana Perisian aplikasi TMK seperti Adobe Photoshop sebagai elemen nilai tambah BBM. Murid menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Catan

(13)

152

konvensional memerlukan murid mahir dan ada pengetahuan tentang penggunaan berus yang dipilih dan ton dalam konteks pencahayaan. Namun demikian implementasi perisian aplikasi teknologi merupakan satu kaedah pendidikan abad ke-21 yang perlu dipertingkatkan dalam proses PdP untuk melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Gambar 3(a) dan 3(b): Perisian Aplikasi Adobe Photoshop

Perisian aplikasi TMK sebagai pembelajaran eksploitasi murid untuk meneroka dan mengumpul pengetahuan yang berterusan. Murid akan menimbang maklumat tersebut sama ada memberi manfaat atau sebaliknya. Implementasi merupakan satu platform untuk memudahkan murid menyiapkan latihan dalam pembelajaran mereka. Setiap murid berpotensi untuk mendapat pengetahuan yang berbeza dengan rakan yang lain dalam membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna dan berkesan. Pembelajaran sebagai agen perubahan membina pengalaman seperti Gambar 3(a) dan 3(b) di mana murid diberi kebebasan untuk membuat justifikasi terhadap apa-apa juga dapatan yang diterima melalui pembelajaran berasaskan penerokaan.

Domain Kognitif

Teori perkembangan kognitif oleh Piaget (1953) merupakan satu teori yang menjelaskan bagaimana individu itu beradaptasi dan menginterpretasi objek-objek dan kejadian di sekitarnya.

Bagaimana individu itu mempelajari ciri-ciri serta fungsi daripada objek-objek seperti manusia dan objek-objek sosial. Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Seni mempunyai kepentingan dalam kognitif anak-kanak. Pengkaji bersetuju dengan teori tersebut yang menyatakan, masa remaja adalah tahap transisi dari penggunaan berfikir konkrit secara operasional ke berfikir formal secara operasional. Mereka cuba membina satu perkara baharu di luar kepompong buana mereka yang biasa. Ini berdasar hasil karya yang dihasilkan mengandungi objek-objek dan kejadian di sekitarnya.

(14)

153

Gambar 4(a) Fresh Paint dan 4(b) Paint Tool SAI

Murid di sekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memberi peranan memperkembangkan sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasa sendiri. Aplikasi perisian TMK dalam PdP meningkat kognitif murid seperti dalam Gambar 4(a) dan 4(b). Hasil pemerhatian pengkaji penggunaan aplikasi perisian TMK dalam aktiviti seni telah menunjukkan pembangunan intelektual berkaitan dengan progres pembentukan logik dalaman. Penjelasan melalui gerakan psikomotor, penghantaran idea yang konkrit, dan seterusnya menerusi simbol representasi yang lengkap. Kemajuan pembangunan dipengaruhi antara interaksi murid dengan persekitaran. Pengalaman baharu ini diasimilasi dalam struktur kognitif sedia ada dan struktur baharu yang diperolehi mengakomodasi kehendak semasa. Secara tidak langsung melihat bagaimana cara minda murid beroperasi. Sepanjang aktiviti seni menggunakan komputer dapat dikesan ada intimasi pertalian antara minda mata, dan pengetahuan sedia ada yang digunakan semasa manusia melihat dan menzahirkan catan berbantukan aplikasi teknologi.

Aplikasi perisian TMK menunjukkan karektor penting dalam pembelajaran iaitu kualiti perubahan kognitif iaitu kemahiran berfikir yang sesuai dengan aras kebolehan murid dalam proses mensintesis konsep. Murid mempunyai keupayaan untuk menghasilkan catan digital melalui input pembangunan kognitif yang diberi kepada murid dalam satu jangka masa.

Berdasar hasil kerja murid telah menjelaskan berlakunya gerakan psikomotor, penghantaran idea yang konkrit, dan seterusnya menerusi simbol representasi yang lengkap telah membangkitkan ekspresi diri. Kesan langsung yang ditinggalkan kepada emosi selain memberi kepuasan keinginan estetik.

Persekitaran pembelajaran kontruktivisme menyokong proses mengumpul pengalaman dengan mempermudahkan keperluan dan minat murid yang berkaitan dengan topik

(15)

154

pembelajaran. Guru memandu arah dan memudahkan inkuiri murid. Dalam karya seni, murid tampil dengan kefahaman sendiri berkaitan sesebuah medium dan mengaitkannya dengan ekspresi personal.

Gambar 5(a) Fresh Paint dan 5(b) Paint Tool SAI

Berdasar Gambar 5(a) dan 5(b) dalam karya seni, murid tampil dengan kefahaman sendiri. Hasil karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan murid yang dicerna melalui mesej dan falsafahnya. Murid berpeluang untuk membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan dari aspek bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya akan menyelesaikan suatu permasalahan menerusi kemudahan komputer. Justeru hasil karya murid mempunyai cetusan idea dalam ruang lingkupnya yang ingin dihasilkan. Karya seni dalam kalangan lapan orang murid Tahap 2 membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan. Bertepatan dengan teori konstruktivisme yang menekankan peranan guru sebagai pembimbing maka konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila mendapat pengetahuan atau pengalaman baharu. Pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid berdasarkan kajian yang dilaksanakan.

Hasil kajian mendapati murid boleh mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan karya.

Hasil karya yang menggunakan kaedah konvensional untuk menghasilkan catan boleh diberi nilai tambah semasa menggunakan perisian aplikasi Art Rage5 yang dimuat turun dalam komputer. Secara tidak langsung kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan seseorang murid menyimpan dan mengingat semula maklumat dari memori jangka panjang berdasar keperluan.

Domain Afektif

Pendidikan Seni Visual melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengalaman seni dapat memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas menggalak pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari aspek sosio

(16)

155

emosi, psikomotor dan mental yang mencakupi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual dalam kalangan murid.

Gambar 6(a) dan 6(b) : Perisian Aplikasi Fresh Paint

Pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan memberi kesedaran kepada murid untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Apresiasi seni membangun sahsiah murid. Berdasar Gambar 6(a) dan 6(b), satu cara untuk ilustrasi emosi adalah dengan menggunakan seni sebagai perangsang dan menyatakan emosi itu.

Aktiviti seni memberi kesan emosi terhadap diri murid seperti kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil dalam emosi dan lain-lain dalam konteks luahan perasaan terhadap hasil karya. Hasil temu bual dengan murid menunjukkan mereka suka kepada aktiviti penerokaan dan cuba dan jaya.

Dalam proses menghasilkan karya, sikap sabar amat diperlukan. Ini kerana berlaku banyak kesilapan semasa mewarna di bawah kawalan tetikus. Warna ton yang sesuai juga perlu diisi dengan sabar dan teliti supaya mendapat hasil yang cantik. Berdasar pemerhatian pengkaji melihat murid sangat tekun menyiapkan tugasan dan fokus terhadap ikon-ikon yang terdapat dalam perisian tersebut.

Secara tidak langsung wujud komunikasi visual menerusi unsur simbolisme untuk membolehkan individu membuat interpretasi makna yang tersembunyi dalam imej visual.

Bermula dari identifikasi objek mudah kepada penggunaan simbol dan konseptualisasi bahasa serta dari pemikiran induktif kepada pemikiran deduktif.

Belajar gaya visual merupakan belajar dengan mengamati dan menggambarkan sesuatu.

Visual melibatkan lihat, cipta dan mengintegrasi segala maklumat. Otak manusia menggunakan lebih banyak peranti ketika memproses maklumat daripada visual berbanding berbanding deria lain. Manakala belajar intelektual adalah merangkumi proses mencipta, menyelesaikan masalah dan mendalami makna. Proses pengajaran adalah mengikut perkembangan semasa yang mampu merangsang keseronokan murid dalam reka bentuk dengan idea-idea seni.

(17)

156

Murid yang mempunyai gaya belajar visual belajar dengan menitikberatkan ketajaman penglihatan. Bukti-bukti konkrit perlu ditunjukkan terlebih dahulu supaya mereka lebih mudah faham. Pengkaji dapati murid-murid ini lebih mudah mendapat informasi secara visual iaitu berdasar gambar-gambar yang terdapat dalam perisian tersebut seperti Tux Paint dan Fresh Paint. Mereka mempunyai daya kepekaan yang kuat terhadap warna di samping pemahaman yang mencukupi terhadap masalah artisitik. Kepintaran yang berkaitan dengan pemerhatian yang tajam, pengamatan yang kukuh dalam konteks imej mental, fikiran visual dan bentuk merupakan kebolehan dalam visualisasi. Ini merupakan kebolehan semula jadi pada murid.

Berbeza dengan kemahiran visualisasi yang boleh ditingkatkan. Murid gaya belajar visual belajar menggunakan visual dan memanipulasi objek untuk mendapatkan maklumat. Ini bermakna murid kumpulan ini mempunyai daya visualisasi yang baik serta berfikir dalam bentuk imej dan gambar seperti yang dihasilkan pada karya seni.

Berdasarkan pemerhatian, Secara ringkasnya murid-murid ini menyerap maklumat yang masuk melalui pancaindera secara optima melalui gaya belajar visual. Mereka sangat tenang dan tekun dalam menghasilkan kerja mereka. Mereka menggunakan pengalaman lalu untuk menghasilkan karya. Mereka lebih mengingati apa yang dilihat dan dilalui sebelum ini daripada apa yang didengar. Dapat dikatakan gaya belajar visual merupakan kombinasi cara seseorang menyerap, mengatur dan mengolah informasi.

Kajian mendapati murid telah menunjukkan minat, sikap dan latar belakang, serta kefahaman dalam penggunaan perisian teknologi sebagai bahan bantu belajar. Secara tidak langsung membolehkan cara-cara baharu untuk memanipulasi sesuatu yang telah sedia ada dan mengujudkan amalan seni baharu bertujuan mencipta inovasi dalam PdP Pendidikan Seni Visual. Secara tidak langsung penggunaan perisian aplikasi TMK dalam Pendidikan Seni Visual meningkatkan motivasi dan kreativiti dalam kalangan guru dan murid yang mempunyai gaya belajar visual.

Domain Psikomotor

Seni lukis merupakan salah satu bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum berupaya bertutur dan merupakan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis memberi kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain membina kekuatan otot. Secara tidak langsung menajamkan daya intuisi kanak- kanak. PSV dapat memberi kepuasan kepada murid dalam meluahkan apa yang mereka lihat lalu dipindahkan semula dalam rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.

Melalui aktiviti atau bidang kegiatan seperti melukis, murid dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam

(18)

157

persekitaran. Kemahiran yang diperolehi adalah kemahiran memanipulasi bahan, alatan dan teknik, berfikir secara KBAT, berkomunikasi secara berkesan, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Gambar 7 : Perisian Aplikasi Tux Paint

Berdasar hasil karya seperti Gambar 7, murid mempunyai pengamatan yang tinggi.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis sentiasa terdorong untuk menggunakan akal fikiran, berdaya cipta, mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Ini merupakan ciri-ciri murid yang diharap akan terbentuk untuk bersaing dengan cabaran akan datang. Gaya pembelajaran mempengaruhi kesediaan murid untuk menerima, mengumpul dan memproses maklumat.

Perisian aplikasi TMK mengubah cara belajar murid selain perlu membuat pemetaan semula seperti pedagogi baharu dalam bilik darjah yang perlu seiring dengan perkembangan teknologi. Kajian menunjukkan pendidikan sangat penting untuk membawa perubahan transformasi bagi melahir insan yang berilmu dan cekap dalam semua bidang. Melalui bidang teknologi ini memberi kemudahan kepada guru dan murid untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Kaedah konvensional sudah tidak sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran PSV semasa, justeru memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan zaman kini.

Berasaskan kepada pemerhatian pengkaji, guru masih terikat dengan matlamat, objektif, isi kandungan, dan falsafah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran mereka.

Perkara yang ditekankan dalam pengajaran guru adalah berkaitan asas-asas seni reka, organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Seharusnya guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di sekolah rendah atau pun sekolah menengah menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang memberi garis panduan dalam

(19)

158

melaksanakan pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual sesuai dengan pendidikan abad ke-21. Selari dengan pendidikan abad ke-21, kemenjadian murid harus dipraktiskan dengan menekankan aplikasi teknologi dalam kalangan murid.

Sikap guru merupakan faktor utama dapat dikesan terhadap murid yang menunjukkan sikap positif terhadap penerimaan penggunaan teknologi dalam PdP. Sikap mereka menjadi pendorong utama dalam usaha melaksanakan proses PdP berasaskan perisian teknologi. Amalan praktis menggunakan teknologi dalam proses PdP bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ianya dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan proses PdP ke arah pembelajaran bermakna, namun usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan pembangunan modal insan dalam konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) diperkasakan lagi melalui Kurikulum Standard Sekolah rendah (KBSR) di mana elemen TMK, kreativiti dan inovasi, juga keusahawanan diberi tumpuan utama sebagai elemen nilai tambah (ENT) sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan penggunaan teknologi secara meluas dalam kehidupan seharian iaitu Internet of Things (IOT) harus dipuji.

Rumusan

Guru Pendidikan Seni Visual perlu bersedia untuk menambah pengetahuan dalam bidang teknologi sesuai dengan pendidikan abad ke-21 yang mensasarkan penggunaan teknologi dalam PdP secara berperingkat. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi sememangnya akan memberi impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Salah satu daripada implikasi positif penggunaan teknologi sebagai BBM dalam proses pembelajaran ialah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini menggalakkan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Berdasar dapatan kajian jelas menunjukkan aktiviti seni yang menggunakan perisian aplikasi TMK dapat meningkatkan integrasi domain pembelajaran dalam kalangan murid. Setiap aktiviti seni yang dilakukan berasaskan teknologi ada sumbangan dari aspek pembangunan kognitif, pembinaan afektif dan pengurusan psikomotor secara serentak.

Kesimpulannya di sini bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Media berperanan untuk menimbul rangsangan keinginan murid untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. Guru perlu lebih kreatif dalam mengolah corak dan strategi pengajaran. Bahan

(20)

159

bantu mengajar dapat merangsang fikiran dan emosi murid selain memberi keseronokan dalam PdP. Secara tidak langsung membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.

RUJUKAN

Creswell, J.W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions (2nd ed). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Creswell, J.W. (2009). Education research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd.ed.). New Jersey: Pearson Education.

Fraenkel, J.R., Wallen, N. E., & Hyun, H.H.(2012). How to design and evaluate research in education (8th.ed.). New York: McGraw-Hill.

Gay, L. R. (1992). Educational research: Competencies for analysis and application (4th ed.).

New York: Macmillan Publishing Company.

Gustafson, K.L., & Branch, R. M. (2007). What is instructional design?. In Reiser, R.A., &

Dempsey, J.V. (eds.). Trends and issues in instructional design and technology. Upper saddle River, NJ: Pearson.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lim, S. C. (2005). Web learning: Effects of constructivists approach than a direct approach to the science and high-level of thinking skills. (Unpublished Master’s Thesis). Universiti Sains Malaysia.

Merriam, S.B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implement. San Francisco:

Jossey-Bass.

Osman M., & H. Ahmed. (2003). Web assisted instruction: Its potentials and impact on students’

learning and attitudes. Paper presented at the conference of the Centre for Educational Technology (ETEX2003).Sultan Qaboos University, Sultanate of Oman.

Patton, M.(1990). Qualitative evalaution and research methods. Newbury Park, CA: Sage.

Piaget (1953). The origin of intelligence in the child. London: Routledge.

Robertson, C,. Cowell, B., & Olson, J. (1998). A case study of integration and destreaming:

Teachers and students in an Ontario school respond. Journal of Curriculum Studies, 30 (6), 691-717.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32,139-152.

Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran.Dimuat turun daripada

http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/ Integrasi_Teknologi.

Rozinah Jamaludin.(2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

(21)

160

Saamad Mohd Rasdi. (2003). The readiness of primary school teachers implement the changes the language of teaching instruction in Science and Mathematics. (Unpublished Master’s Project). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Silverman, D. (2010). Doing qualitative research (3rd ed.). Thounsand Oaks, CA: Sage.

Sutherland, R.V., Armstrong, S., Barnes, R. B. N., Breeze, M., Gall. S., Matthewman, F., Olivero, A., Taylor, P., Triggs, J., Wishart., & P. John. (2004). Transforming teaching and learning: Embedding ICT into everyday classroom practices. Journal of Computer Assisted Learning, 20, 413-425.

http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/ Integrasi_Teknologi.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan teknologi.. Kajian tinjauan menggunakan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengalaman murid dalam penggunaan buku elektronik, mengenal pasti tahap minat membaca buku elektronik dalam kalangan murid, mengenal

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk sebagai panduan guru menggunakan kaedah pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan menulis ayat murid di sekolah rendah. Kajian ini juga

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran teknologi dan kesediaan guru melaksanakan PdPc dalam talian serta kemudahan penggunaan Google Classroom dan

Penentuan perisian pengarangan multimedia di pasaran dan dalam e-pembelajaran dilakukan untuk tujuan pemilihan perisian pengarangan yang tepat dalam sesuatu pembangunan

Satu dasar penggunaan sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merangkumi pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan

Kajian ini memberi tumpuan dalam kalangan remaja Malaysia yang belajar di sebuah sekolah swasta, dan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis

Justeru, satu kajian tentang penggunaan strategi pengajaran komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam program pendidikan guru perlu dilakukan untuk mendapat