• Tiada Hasil Ditemukan

View of Faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik: Sorotan Literatur Bersistematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik: Sorotan Literatur Bersistematik"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

173

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik (Factors Influencing Student Engagement in Mathematics Learning:

Systematic Literature Review)

Suhaniz Fazlin Mat1*, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: effendi@ukm.edu.my

Accepted: 1 November 2020 | Published: 15 November 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Keterlibatan pelajar dalam matematik merupakan gabungan antara penglibatan kognitif, emosi dan tingkahlaku yang membawa kepada keseronokan dan penilaian akademik pelajar. Kajian mengenai keterlibatan pelajar telah membuktikan bahawa keterlibatan pelajar dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Namun begitu, tidak banyak kajian yang membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar khususnya dalam bidang Matematik di Malaysia. Justeru, kajian sorotan literatur sistematik ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Dengan menggunakan garis panduan PRISMA, sejumlah 41 artikel yang berkaitan telah dikenal pasti melalui tiga pangkalan data utama iaitu Scopus, Web of Science, dan ERIC. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 15 faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar. Kesemua faktor yang dikenal pasti dibincangkan setelah dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu kategori demografi, kontekstual, individu dan persekitaran. Antara cadangan yang diketengahkan adalah dengan melakukan lebih kajian berbentuk kualitatif menjalankan kaedah tinjauan sistematik yang spesifik dalam konteks keterlibatan pelajar daripada perspektif guru.

Kata kunci: keterlibatan pelajar, pendidikan matematik, faktor, sorotan literatur bersistematik

Abstract: Student engagement in mathematics is a combination of cognitive, emotional and behavioral involvement that leads to the enjoyment and academic evaluation of students.

Studies on student engagement have proven that student engagement can influence student academic achievement. However, not many studies discuss the factors that influence student engagement, especially in the field of Mathematics in Malaysia. Therefore, this systematic literature review study was conducted to identify the factors that influence student engagement in mathematics learning. Using the PRISMA guidelines, a total of 41 related articles have been identified through three main databases namely Scopus, Web of Science, and ERIC. Findings show that there are 15 factors that influence student engagement. All the identified factors are discussed after being classified into four main categories namely demographic, contextual, individual and environmental categories. Among the suggestions that are highlighted is to conduct more qualitative research to carry out specific systematic survey methods in the context of student engagement from the perspective of teachers.

(2)

174

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Keywords: student engagement, mathematics education, factors, systematic literature review _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Secara umumnya, perkataan keterlibatan dan penglibatan dilihat mempunyai maksud yang sama. Namun begitu, kedua-dua terma ini mempunyai maksud yang berbeza. Keterlibatan merangkumi keseluruhan penglibatan secara emosi dan tingkahlaku dan dijadikan pengukuran dalam sesuatu perkara. Perlakuan tanpa keterlibatan emosi hanya dikenali sebagai penglibatan (Trowler, 2010). Keterlibatan pelajar dikelaskan kepada keterlibatan tingkahlaku, keterlibatan emosi dan keterliban kognitif (Fredricks, Blumenfeld, and Paris (2004). Keterlibatan pelajar adalah salah satu daripada berlaku dalam pembelajaran yang berharga bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar. Semasa berada disekolah, pelajar lebih seronok apabila mereka terlibat dalam aktiviti bilik darjah.

Walaupun terdapat banyak kajian mengenai keterlibatan pelajar, usaha untuk mengkaji kajian ini secara sistematik masih kurang. Artikel ini cuba mengisi jurang pemahaman keterlibatan pelajar dan mengenal pasti faktor yang boleh memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar sekolah menengah khususnya. Skilling et al. (2016) mendapati tahap keterlibatan pelajar berubah-ubah apabila mereka tidak mampu untuk terus memberi perhatian dalam bilik darjah.

Mereka dilihat memerlukan dorongan bagi mengekalkan penyertaan mereka. Guru terutamanya perlu menerapkan gaya pengajaran yang releven untuk memupuk minat pelajar mereka, terutama dalam subjek yang mencabar seperti matematik (Pratiwi & Primana, 2018).

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melihat perkembangan kemajuan pelajar disamping membantu guru untuk menambahbaik pengajaran mereka. Secara tidak langsung, guru dapat mengenalpasti keterlibatan pelajar sepanjang PdP disamping memenuhi pelaksanaan PBD.

Tahap keterlibatan pelajar yang rendah dalam Pendidikan Matematik telah menjadi perhatian ramai pendidik dan penyelidik matematik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kajian lepas telah dijalankan untuk melihat hubungan antara keterlibatan pelajar dan pencapaian pelajar khususnya bidang matematik. Terdapat hubungan yang positif antara keterlibatan pelajar dengan pencapaian matematik pelajar (Boaler & Sengupta-Irving, 2016;

Fung, Tan, & Chen, 2018; Gaylo & Dales, 2019; Jie, Ying, & Zhao, 2019). Kajian ini wajar dijalankan setelah pencapaian matematik pelajar yang sangat rendah mengikut keputusan TIMSS dan PISA. Berdasarkan rekod terkini keputusan PISA yang telah dijalankan pada 2018, pencapaian matematik pelajar Malaysia berada di tangga ke 47 daripada 78 buah negara (OECD, 2019). Keputusan ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar masih lemah jika dibandingkan dengan negara-negara luar. Salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar adalah keterlibatan pelajar dalam proses pembelajaran.

Dalam usaha untuk memastikan tahap keterlibatan yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana ianya dipercayai dapat meningkatkan pencapaian matematik, adalah sangat penting untuk mengenalpasti terlebih dahulu faktor yang boleh mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar. Sejurus itu, ianya memberi kepentingan kepada pihak sekolah dan guru untuk merancang pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

(3)

175

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Justeru itu, sorotan literatur bersistematik ini djalankan untuk menjawab persoalan berikut:

1) Apakah faktor - faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik?

2) Apakah faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik?

2. Metodologi

Kajian sorotan literatur secara sistematik ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menerapkan kaedah analisis dokumen sebagai reka bentuk kajian. Pangkalan data yang digunakan untuk mencari artikel berkaitan dengan kajian ini adalah Scopus, Web of Science, dan Eric. Pangkalan data dipilih memandangkan ianya mengumpulkan penerbitan ilmiah dalam kajian Matematik. Google Scholar turut dijadikan database sokongan untuk mencari artikel tambahan. Pencarian artikel dilakukan menggunakan beberapa gabungan kata kunci seperti “student engagement” AND “mathematics”, “mathematic engagement” AND

“faktor”. Kata kunci dalam Bahasa melayu turut digunakan bagi mencari artikel yang menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan laporan artikel.

Sepanjang pencarian artikel ini, terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu : (i) artikel yang diterbitkan dari tahun 2016 hingga 2020 (Mei); (ii) artikel daripada jurnal sahaja; (iii) artikel yang berkaitan bidang kajian pembelajaran matematik peringkat sekolah sahaja; (iv) artikel yang lengkap (full-text); dan (v) artikel yang mempunyai data empirical.

Pencarian dan pemilihan artikel berdasarkan kriteria pula melibatkan empat fasa. Yang pertama adalah fasa mengenal pasti artikel melalui tiga database. 521 artikel daripada Scopus, 136 artikel daripada Web of Science dan 350 artikel daripada ERIC. Jumlah keseluruhan artikel yang dikenal pasti adalah 1007 artikel. Beberapa artikel yang sama antara ketiga-tiga database dikenalpasti dan dikecualikan sehingga menjadikan baki jumlah artikel menjadi 844 artikel. Seterusnya adalah fasa pemeriksaan. Pada peringkat ini, 667 artikel telah dikecualikan disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi kajian ini seperti artikel yang diterbitkan pada tahun sebelum 2016, bab daripada buku dan jurnal, review articles, artikel dari prosiding dan artikel yang menggunakan Bahasa selain Bahasa inggeris dan Bahasa melayu. Rekod setelah pemeriksaan adalah 77 artikel. Pada fasa seterusnya iaitu fasa kelayakan, 41 daripada 77 artikel tidak layak untuk disintesis kerana artikel tersebut tidak mempunyai data empirical. Akhirnya, artikel yang layak disintesis bagi kajian ini adalah 41 artikel. Proses pemilihan bagi kajian literatur ini diringkaskan dalam Rajah 1.

(4)

176

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Rajah 1: Carta Aliran PRISMA

3. Dapatan dan Perbincangan

Berdasarkan tujuan kajian ini, sebanyak 41 artikel telah dipilih setelah melalui proses pencarian dan pemilihan mengikut kriteria kajian yang ditetapkan. Jadual 1 menunjukkan keseluruhan artikel yang dipilih berdasarkan nama penulis, tahun terbitan, negara dan tajuk artikel.

(5)

177

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jadual 1: Gambaran keseluruhan artikel yang dikaji

Penulis & Tahun Negara Tajuk Kajian

Attard & Holmes (2020) Australia “It gives you that sense of hope”: An exploration of technology uses to mediate student engagement with mathematics Skilling et al. (2020) Australia The “ins and outs” of student engagement

in mathematics: shifts in engagement factors among high and low achievers Hong et al. (2020) China The longitudinal linkages among Chinese

children’s behavioural, cognitive, and emotional engagement within a mathematics context

Deng et al. (2020) China Digital game-based learning in a Shanghai primary-school mathematics class: A case study

de Ruiter et al. (2019) Netherland Relevant classroom events for teachers:

A study of student characteristics, student behaviors, and associated teacher emotions

Chipangura & Aldridge (2019) Australia Multimedia: A Means of Improving Students’ Engagement in Mathematics Classrooms?

Frenzel et al. (2019) South Africa

Learners’ awareness of their emotions and their engagement with mathematics tasks in a mathematics club

Whitney et al. (2019) Australia Student self-reported motivation and teacher-rated engagement as predictors of mathematics achievement by sex and SES in a U.S. sample

Abu-Hilal & Al Abed (2019) Spain Relations among Engagement, Self- Efficacy, and Anxiety in Mathematics among Omani Students

Bobis et al. (2019) Australia “Sage on the stage” or “meddler in the middle”: shifting mathematics teachers’ identities to support student engagement

Jie et al. (2019) China The correlation of students’ mathematics learning engagement on their academic

(6)

178

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

performance in junior high school

Gopal et al. (2019) Malaysia Perceptions of Learning Mathematics among Lower Secondary Students in Malaysia: Study on Students’

Engagement using Fuzzy Conjoint Analysis

Moon & Ke (2019) USA In-Game Actions to Promote Game- Based Math Learning Engagement

Alvi & Nausheen (2019) Pakistan Examining Grade 9 Students’

Engagement in Mathematical Problem- Solving (MPS) When Working as Individuals and in a Small Group Settings

Ozkal (2019) Turkey Relationships between self-efficacy

beliefs, engagement and academic performance in math lessons

Deveci & Karademir (2019) Turkey Investigation of the 5th Grade Students’

Engagements in Mathematics Course towards Student Opinions

Collie et al. (2019) Australia How students switch on and switch off in mathematics: exploring patterns and predictors of (dis)engagement across middle school and high school

Gaylo & Dales (2019) Filipina Metacognitive Strategies: Their Effects on Students’ Academic Achievement and Engagement in Mathematics

Putwain et al. (2018) United Kingdom

Achievement goals, behavioural engagement, and mathematics achievement: A mediational analysis Schuetz et al. (2018) USA Is Technology the Answer? Investigating

Students’ Engagement in Math

Lin et al. (2018) Taiwan Description and evaluation of a large- scale project to facilitate student engagement in learning mathematics Lo & Hew (2018) China A comparison of flipped learning with

gamification, traditional learning, and online independent study: the effects on students’ mathematics achievement and cognitive engagement

(7)

179

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Liu et al. (2018) USA Teacher support and math engagement:

roles of academic self-efficacy and positive emotions

Ferrer (2018) Filipina Students’ Engagement in Group-Based Learning in Mathematics

Durksen et al. (2017) Australia Motivation and engagement in mathematics: a qualitative framework for teacher-student interactions

Lazarides & Rubach (2017) Australia Instructional characteristics in mathematics classrooms: relationships to achievement goal orientation and student engagement

Mainini & Banes (2017) United States

Differentiating Instruction to Increase Conceptual Understanding And Engagement In Mathematics

Watt et al. (2017) Australia Students’ engagement profiles in mathematics according to learning environment dimensions: Developing an evidence base for best practice in mathematics education

Kim et al. (2017) China Educational games and students’ game engagement in elementary school classrooms

Nicholas & Fletcher (2017) New Zealand

Early Adolescents’ Views on Engagement and Achievement in Mathematical Learning

Wang et al. (2017) China Teacher's autonomy support

and engagement in math: multiple mediating roles of self-efficacy, intrinsic value, and boredom

Pratiwi & Primana (2017) Indonesia The Relationship between Teachers’

Fostering Relevance Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics

Owusu-darko et al. (2017) Ghana Cognitive Dispositional Empathy on Mathematical Engagement and Performance

Luo (2017) Singapura Perceived teaching practice and its

(8)

180

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

prediction of student engagement in Singapore

(Shernoff et al., 2016) Australia Student engagement as a function of environmental complexity in high school classrooms

Riley et al. (2016) Australia Movement-based Mathematics:

Enjoyment and Engagement without Compromising Learning through the EASY Minds Program

Baroody et al. (2016) USA A multi-method approach for describing the contributions of student engagement on fifth grade students' social competence and achievement in mathematics

Hilton (2016) Taiwan Engaging Primary School Students in Mathematics: Can iPads Make a Difference?

Lein et al. (2016) USA Assessing the Relation Between Seventh- Grade Students’ Engagement and Mathematical Problem-Solving Performance

Boaler & Sengupta-Irving (2016) USA The many colors of algebra: The impact of equity focused teaching upon student learning and engagement

Artikel yang dipilih menjawab kepada persoalan kajian ini dan hasil dapatan telah menemukan 15 faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Kesemua faktor yang dikenalpasti dibahagikan kepada kepada empat kategori iaitu kategori demografi, kontekstual, individu dan persekitaran seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran Matematik

Kategori Faktor yang mempengaruihi keterlibatan pelajar Demografi (n=2) Jantina

Status sosio-ekonomi

Kontekstual (n=4) Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik Persekitaran dalam bilik darjah

Penggunaan teknologi Latar belakang sekolah Individu(n=6) Efikasi kendiri

Pencapaian akademik Sikap dan tingkahlaku Emosi

Kemahiran berfikir

(9)

181

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Kemahiran sosial Persekitaran (n=3) Penglibatan ibubapa

Sokongan guru Kesepaduan rakan

Berdasarkan Jadual 2, terdapat empat kategori yang telah dikenalpasti sebagai faktor utama yang mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran matematik. faktor demografi meliputi jantina dan status sosio-ekonomi. Kategori kontekstual pula merangkumi strategi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), persekitaran dalam kelas, penggunaan teknologi dalam PdP, dan latar belakang sekolah. Kategori individu pula termasuklah efikasi kendiri pelajar, pencapaian akademik, sikap dan tingkahlaku, emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran social. Seterusnya adalah faktor persekitaran yang merangkumi penglibatan ibubapa, sokongan guru dan kesepaduan rakan.

3.1 Faktor Demografi

Jadual 3: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor demografi

Penulis Jantina Status sosio-ekonomi

Collie et al. (2019) *

Chipangura & Aldridge (2019) *

Whitney et al. (2019) *

Nicholas & Fletcher (2017) *

Baroody et al. (2016) *

Jumlah 4 1

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa faktor jantina dan status sosio-ekonomi dapat mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Kedua-dua faktor ini dikelaskan kepada faktor demografi. Berdasarkan jadual 3, lima daripada 41 artikel kajian lepas berkaitan faktor keterlibatan pelajar telah dikenal pasti. Empat artikel menunjukkan bahawa faktor jantina dapat mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik (Baroody et al., 2016; Chipangura & Aldridge, 2019; Collie et al., 2019; Whitney et al., 2019). Manakala kajian Nicholas & Fletcher (2017) pula mendapati status sosio- ekonomi pelajar turut mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran selain daripada faktor sikap dan tingkahlaku pelajar.

3.2 Faktor Kontekstual

Faktor kontekstual yang merangkumi strategi dalam PdP, persekitaran dalam kelas, penggunaan teknologi dan latar belakang sekolah telah dikenalpasti dalam 19 artikel daripada 41 artikel yang dikaji. Berdasarkan jadual 4, strategi ataupun kaedah yang digunakan dalam pembelajaran matematik menjadi faktor paling dominan dalam kajian lepas yang telah membuktikan dapat memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar (Deveci & Karademir, 2019; Ferrer, 2018; Lin et al., 2018; Lo & Hew, 2018; Mainini & Banes, 2017; Putwain et al., 2018). Persekitaran dalam kelas (Boaler & Sengupta-Irving, 2016; Durksen et al., 2017;

Frenzel et al., 2019; Shernoff et al., 2016; Watt et al., 2017), penggunaan teknologi (Attard &

Holmes, 2020; Chipangura & Aldridge, 2019; Deng et al., 2020; Hilton, 2016; Schuetz et al., 2018) dan latar belakang sekolah (Jie et al., 2019; Watt et al., 2017) juga merupakan faktor yang dikenalpasti dalam artikel yang dikaji dapat mempengaruhi keterlibatan pelajar.

(10)

182

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jadual 4: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor kontekstual

Penulis Strategi

dalam PdP

Persekitaran dalam Kelas

Penggunaan Teknologi

Latar Belakang

sekolah

Attard & Holmes (2020) *

Deng et al. (2020) *

Moon & Ke (2019) *

Chipangura & Aldridge (2019) *

Jie et al. (2019) *

Deveci & Karademir (2019) *

Frenzel et al. (2019) *

Putwain et al. (2018) *

Schuetz et al. (2018) *

Lo & Hew (2018) *

Ferrer (2018) *

Lin et al. (2018) *

Mainini & Banes (2017) *

Durksen et al. (2017) *

Watt et al. (2017) * *

Shernoff et al. (2016) *

Riley et al. (2016)

Boaler & Sengupta-Irving (2016) *

Hilton (2016) *

Jumlah 7 5 5 2

3.3 Faktor Individu

Hasil kajian mendapati 18 daripada 41 artikel membincangkan tentang faktor dari aspek inidividu. 6 faktor individu telah dikenalpasti dan antaranya adalah efikasi kendiri, pencapaian akademik, sikap dan tingkahlaku, emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran social pelajar. Kebanyakan kajian lepas mendapati bahawa pencapaian akademik pelajar menjadi punca kepada tahap keterlibatan pelajar (Collie et al., 2019; Gaylo & Dales, 2019; Jie et al., 2019; Kim et al., 2017; Lein et al., 2016; Ozkal, 2019; Skilling et al., 2020). Faktor efikasi kendiri (Abu-Hilal & Al Abed, 2019; Kim et al., 2017; Liu et al., 2018; Ozkal, 2019) dan faktor emosi pelajar (de Ruiter et al., 2019; Frenzel et al., 2019; Gopal et al., 2019; Hong et al., 2020; Liu et al., 2018) turut menjadi faktor kepada tahap keterlibatan pelajar dan diikuti oleh faktor sikap dan tingkahlaku (Lazarides & Rubach 2017; Nicholas & Fletcher 2017;

Owusu-darko et al. 2017; Wang et al. 2017), kemahiran berfikir (Gaylo & Dales, 2019) dan kemahiran sosial (Baroody et al., 2016). Terdapat juga beberapa kajian yang didapati menghasilkan lebih dari satu faktor bagi kategori ini seperti kajian yang dijalankan oleh Ozkal (2019), Liu et al (2019), Wang et al (2017) dan kajian daripada Kim et al (2017).

Jadual 4 Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor individu

Penulis Efikasi

Kendiri

Pencapaian akademik

Sikap dan tingkahlaku

Emosi Kemahiran berfikir

Kemahiran sosial

Skilling et al. (2020) *

Hong et al. (2020) *

de Ruiter et al. (2019) *

(11)

183

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jie et al. (2019) *

Abu-Hilal & Al Abed (2019)

*

Gopal et al. (2019) *

Ozkal (2019) * *

Gaylo & Dales (2019) * *

Frenzel et al. (2019) *

Collie et al. (2019) *

Liu et al. (2018) * *

Wang et al. (2017) * *

Nicholas & Fletcher (2017)

* Lazarides & Rubach

(2017)

*

Kim et al. (2017) * *

Owusu-darko et al.

(2017)

*

Baroody et al. (2016) *

Lein et al. (2016) *

Jumlah 5 7 4 5 1 1

3.4 Faktor Persekitaran

Seterusnya adalah faktor keterlibatan. Faktor keterlibatan, sokongan guru dan kesepaduan rakan dikategorikan mengikut faktor persekitaran. Penyelidikan terhadap 41 artikel telah menghasilkan dapatan yang hanya melibatkan 10 artikel sahaja. Berdasarkan jadual 4, majoriti daripada 10 artikel tersebut, 8 artikel kajian menyatakan sokongan daripada guru sangat mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap PdP matematik (Ahmad Fauzi Mohd Ayu et al. 2018; Bobis et al. 2019; Durksen et al. 2017; Lazarides & Rubach 2017; Liu et al. 2018;

Luo 2017; Pratiwi & Primana 2017; Wang et al. 2017). Selain itu, kesepaduan rakan semasa sesi pembelajaran sangat penting dan turut memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar (Ahmad Fauzi Mohd Ayu et al., 2018; Alvi & Nausheen, 2019; Lo & Hew, 2018). Kajian Ahmad Fauzi et al (2018) menyatakan bahawapenglibatan ibubapa juga turut menyumbang dalam kajian keterlibatan pelajar selain daripada sokongan guru dan kesepaduan rakan.

Jadual 4: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor persekitaran

Penulis Penglibatan

ibubapa

Sokongan guru Kesepaduan rakan

Bobis et al. (2019) *

Alvi & Nausheen (2019) *

Ahmad Fauzi et al. (2018) * * *

Lo & Hew (2018) *

Liu et al. (2018) *

Durksen et al. (2017) *

Lazarides & Rubach (2017) *

Pratiwi & Primana (2017) *

(Luo, 2017) *

Wang et al. (2017) *

Jumlah 1 8 3

(12)

184

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Berdasarkan kajian ini, isu yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dan kajian yang dijalankan oleh penyelidik lepas hanya membuat kajian terhadap sesetengah faktor sahaja. Antara faktor yang paling dominan dalam kajian adalah sokongan guru. Sokongan dari guru memberikan peranan yang paling besar untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan tahap keterlibatan pelajar untuk mempelajari matematik. Secara kognitifnya, pelajar lebih menunjukkan minat belajar apabila mendapat sokongan dan dorongan daripada guru (Pratiwi

& Primana, 2017). Durksen et al. (2017) pula menyokong dengan dapatan bahawa sokongan daripada guru boleh mempengaruhi motivasi pelajar dan ini merupakan keterlibatan pelajar dalam bentuk emosional.

3. Kesimpulan dan Cadangan

Kajian sorotan literatur ini telah dilakukan bertujuan mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran matematik melalui analisis daripada 41 artikel kajian lepas yang terpilih. Artikel-artikel yang dikaji ini merupakan kajian empirikal yang dijalankan keatas pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja.

Berdasarkan hasil dapatan, faktor yang paling menyumbang kepada keterlibatan pelajar adalah faktor individu. Sebanyak 23 artikel yang dikaji mendapati bahawa diri pelajar sendiri yang menjadi pengukur kepada penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik terutama pencapaian akademik pelajar. Keterlibatan pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar malahan juga sebaliknya. Disamping itu, peningkatan akademik pelajar boleh dipengaruhi oleh sokongan dari guru dan perancangan pengajaran yang rapi.

Kepelbagaian kaedah pengajaran sangat perlu dititikberatkan. Secara kesimpulannya, keterlibatan pelajar dalam matematik sangat penting kerana boleh menyumbang kepada peningkatan akademik pelajar. Dapatan kajian ini sangat memberi manfaat kepada guru dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk menarik minat pelajar untuk belajar matematik.

Namun begitu, kesimpulan ini adalah berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan kebanyakannya di luar negara. Maka, dicadangkan kajian yang lebih lanjut dijalankan melalui kajian yang berbentuk empirikal untuk melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran Matematik di Malaysia kerana didapati kurangnya kajian di Malaysia. Selain itu, dicadangkan juga kajian yang menjalankan kaedah tinjauan sistematik yang lebih spesifik kepada hubungan sokongan guru kepada keterlibatan pelajar.

Rujukan

Abu-Hilal, M. M., & Al Abed, A. S. (2019). Relations among engagement, self-efficacy, and anxiety in mathematics among Omani students. Electronic Journal of Research in Educational Psychology, 17(48), 241–266. https://doi.org/10.25115/ejrep.v17i48.2182 Ahmad Fauzi Mohd Ayu, Aida Suraya Md. Yunus, & Rosnaini Mahmud. (2018). Pengaruh

Guru, Rakan Sebaya dan Sokongan Keluarga Terhadap Keterliabatan Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(1), 1–12.

Alvi, E., & Nausheen, M. (2019). Examining grade 9 students’ engagement in mathematical problem-solving (MPS) when working as individuals and in a small group setting.

Bulletin of Education and Research, 41(1), 163–184.

Attard, C., & Holmes, K. (2020). “It gives you that sense of hope”: An exploration of technology use to mediate student engagement with mathematics. Heliyon, 6(1), e02945.

(13)

185

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e02945

Baroody, A. E., Rimm-Kaufman, S. E., Larsen, R. A., & Curby, T. W. (2016). A multi- method approach for describing the contributions of student engagement on fifth grade students’ social competence and achievement in mathematics. Learning and Individual Differences. https://doi.org/10.1016/j.lindif.2016.02.012

Boaler, J., & Sengupta-Irving, T. (2016). The many colors of algebra: The impact of equity focused teaching upon student learning and engagement. Journal of Mathematical Behavior, 41(February 2016), 179–190. https://doi.org/10.1016/j.jmathb.2015.10.007 Bobis, J., Khosronejad, M., Way, J., & Anderson, J. (2019). “Sage on the stage” or “meddler

in the middle”: shifting mathematics teachers’ identities to support student engagement.

Journal of Mathematics Teacher Education, (0123456789).

https://doi.org/10.1007/s10857-019-09444-1

Chipangura, A., & Aldridge, J. (2019). Multimedia : A Means of Improving Students ’ Engagement in Mathematics Classrooms ? International Journal For Mathematics Teaching And Learning, 20(2), 193–211.

Collie, R. J., Martin, A. J., Bobis, J., Way, J., & Anderson, J. (2019). How students switch on and switch off in mathematics: exploring patterns and predictors of (dis)engagement across middle school and high school. Educational Psychology, 39(4), 489–509.

https://doi.org/10.1080/01443410.2018.1537480

de Ruiter, J. A., Poorthuis, A. M. G., & Koomen, H. M. Y. (2019). Relevant classroom events for teachers: A study of student characteristics, student behaviors, and associated teacher emotions. Teaching and Teacher Education, 86, 102899.

https://doi.org/10.1016/j.tate.2019.102899

Deng, L., Wu, S., Chen, Y., & Peng, Z. (2020). Digital game-based learning in a Shanghai primary-school mathematics class: A case study. Journal of Computer Assisted Learning, (February), 1–9. https://doi.org/10.1111/jcal.12438

Deveci, O., & Karademir, C. A. (2019). Investigation of the 5th grade students’ engagements in mathematics course towards student opinions. European Journal of Educational Research, 8(1), 337–348. https://doi.org/10.12973/eu-jer.8.1.337

Durksen, T. L., Way, J., Bobis, J., Anderson, J., Skilling, K., & Martin, A. J. (2017).

Motivation and engagement in mathematics: a qualitative framework for teacher-student interactions. Mathematics Education Research Journal, 29(2), 163–181.

https://doi.org/10.1007/s13394-017-0199-1

Ferrer, F. P. (2018). Students ’ Engagement in Group -Based Learning in Mathematics.

International Journal of Engineering, Science and Mathematics, 7(2), 180–185.

Frenzel, J.-M., Lampen, C. E., & Brodie, K. (2019). Learners’ awareness of their emotions and their engagement with mathematics tasks in a mathematics club. Journal of Education, (77). https://doi.org/10.17159/2520-9868/i77a03

Fung, F., Tan, C. Y., & Chen, G. (2018). Student engagement and mathematics achievement:

Unraveling main and interactive effects. Psychology in the Schools, 55(7), 815–831.

https://doi.org/10.1002/pits.22139

Gaylo, D. N., & Dales, Z. I. (2019). Metacognitive Strategies : Their Effects on Students ’ Academic Achievement World Review of Business Research M etacognitive Strategies : Their Effects on Students ’ Academic Achievement and Engagement in Mathematics.

(September 2017).

Gopal, K., Salim, N. R., & Ayub, A. F. M. (2019). Perceptions of learning mathematics among lower secondary students in Malaysia: Study on students’ engagement using fuzzy conjoint analysis. Malaysian Journal of Mathematical Sciences.

Hilton, A. (2016). Engaging Primary School Students in Mathematics: Can iPads Make a

(14)

186

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Difference? International Journal of Science and Mathematics Education, 16(1), 145–

165. https://doi.org/10.1007/s10763-016-9771-5

Hong, W., Zhen, R., Liu, R. De, Wang, M. Te, Ding, Y., & Wang, J. (2020). The longitudinal linkages among Chinese children’s behavioural, cognitive, and emotional engagement within a mathematics context. Educational Psychology, 0(0), 1–15.

https://doi.org/10.1080/01443410.2020.1719981

Jie, Z. L., Ying, Z., & Zhao, M. Z. (2019). The Corelation of Students’ Mathematics Learning Engagement on Their Academic Performance in Junior High School. Journal On Education, 02(01), 213–227.

Kim, S., Chang, M., Deater-Deckard, K., Evans, M. A., Norton, A., & Samur, Y. (2017).

Educational games and students’ game engagement in elementary school classrooms.

Journal of Computers in Education, 4(4), 395–418. https://doi.org/10.1007/s40692-017- 0095-4

Lazarides, R., & Rubach, C. (2017). Instructional characteristics in mathematics classrooms:

relationships to achievement goal orientation and student engagement. Mathematics Education Research Journal, 29(2), 201–217. https://doi.org/10.1007/s13394-017-0196- 4

Lein, A. E., Jitendra, A. K., Starosta, K. M., Dupuis, D. N., Hughes-Reid, C. L., & Star, J. R.

(2016). Assessing the relation between seventh-grade students’ engagement and mathematical problem solving performance. Preventing School Failure.

https://doi.org/10.1080/1045988X.2015.1036392

Lin, F. L., Wang, T. Y., & Yang, K. L. (2018). Description and evaluation of a large-scale project to facilitate student engagement in learning mathematics. Studies in Educational

Evaluation, 58(December 2016), 178–186.

https://doi.org/10.1016/j.stueduc.2018.03.001

Liu, R. De, Zhen, R., Ding, Y., Liu, Y., Wang, J., Jiang, R., & Xu, L. (2018). Teacher support and math engagement: roles of academic self-efficacy and positive emotions.

Educational Psychology, 38(1), 3–16. https://doi.org/10.1080/01443410.2017.1359238 Lo, C. K., & Hew, K. F. (2018). A comparison of flipped learning with gamification,

traditional learning, and online independent study: the effects on students’ mathematics achievement and cognitive engagement. Interactive Learning Environments, 0(0), 1–18.

https://doi.org/10.1080/10494820.2018.1541910

Luo, W. (2017). Perceived teaching practice and its prediction of student engagement in Singapore. Asia Pacific Education Review, 18(4), 451–463.

https://doi.org/10.1007/s12564-017-9502-9

Mainini, M. J., & Banes, L. C. (2017). Differentiating Inst Ruction To Increase Conceptual Understanding and En Gagement in Mathematics. Journal of Teacher Action Research, 4(1), 81–100.

Moon, J., & Ke, F. (2019). In-Game Actions to Promote Game-Based Math Learning Engagement. Journal of Educational Computing Research.

https://doi.org/10.1177/0735633119878611

Nicholas, K., & Fletcher, J. (2017). Early Adolescents’ Views on Engagement and Achievement in Mathematical Learning. Journal of Research in Childhood Education, 31(1), 40–52. https://doi.org/10.1080/02568543.2016.1243598

Owusu-darko, I., Hughes, W. A., & Yaw, O. (2017). Cognitive Dispositional Empathy on Mathematical Engagement and Performance. European Journal of Education Studies, 3(1), 335–350. https://doi.org/10.5281/zenodo.233021

Ozkal, N. (2019). Relationships between self-efficacy beliefs, engagement and academic performance in math lessons. Cypriot Journal of Educational Sciences, 14(2), 190–200.

(15)

187

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

https://doi.org/10.18844/cjes.v14i2.3766

Pratiwi, B., & Primana, L. (2017). The Relationship between Teachers’ Fostering Relevance Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics.

Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 139(Uipsur 2017), 1–

6. https://doi.org/10.2991/uipsur-17.2018.1

Pratiwi, B., & Primana, L. (2018). The Relationship between Teachers’ Fostering Relevance Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics.

139(Uipsur 2017), 1–6. https://doi.org/10.2991/uipsur-17.2018.1

Putwain, D. W., Symes, W., Nicholson, L. J., & Becker, S. (2018). Achievement goals, behavioural engagement, and mathematics achievement: A mediational analysis.

Learning and Individual Differences, 68(September), 12–19.

https://doi.org/10.1016/j.lindif.2018.09.006

Riley, N., Lubans, D., Holmes, K., Hansen, V., Gore, J., & Morgan, P. (2016). Movement- based mathematics: Enjoyment and engagement without compromising learning through the EASY minds program. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(6), 1653–1673. https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00690a

Schuetz, R. L., Biancarosa, G., & Goode, J. (2018). Is Technology the Answer? Investigating Students’ Engagement in Math. Journal of Research on Technology in Education, 50(4), 318–332. https://doi.org/10.1080/15391523.2018.1490937

Shernoff, D. J., Kelly, S., Tonks, S. M., Anderson, B., Cavanagh, R. F., Sinha, S., & Abdi, B.

(2016). Student engagement as a function of environmental complexity in high school

classrooms. Learning and Instruction, 43, 52–60.

https://doi.org/10.1016/j.learninstruc.2015.12.003

Skilling, K., Bobis, J., & Martin, A. J. (2020). The “ins and outs” of student engagement in mathematics: shifts in engagement factors among high and low achievers. Mathematics Education Research Journal. https://doi.org/10.1007/s13394-020-00313-2

Skilling, K., Bobis, J., Martin, A. J., Anderson, J., & Way, J. (2016). What secondary teachers think and do about student engagement in mathematics. Mathematics Education Research Journal, 28(4), 545–566. https://doi.org/10.1007/s13394-016-0179-x

Trowler, V. (2010). Student engagement literature review. Higher Education, (November), 1–15. Retrieved from http://americandemocracy.illinoisstate.edu/documents/democratic- engagement-white-paper-2_13_09.pdf

Wang, J., Liu, R. De, Ding, Y., Xu, L., Liu, Y., & Zhen, R. (2017a). Teacher’s autonomy support and engagement in math: Multiple mediating roles of self-efficacy, intrinsic value, and boredom. Frontiers in Psychology. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01006 Wang, J., Liu, R. De, Ding, Y., Xu, L., Liu, Y., & Zhen, R. (2017b). Teacher’s autonomy

support and engagement in math: Multiple mediating roles of self-efficacy, intrinsic value, and boredom. Frontiers in Psychology, 8(JUN), 1–10.

https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01006

Watt, H. M. G., Carmichael, C., & Callingham, R. (2017). Students’ engagement profiles in mathematics according to learning environment dimensions: Developing an evidence base for best practice in mathematics education. School Psychology International, 38(2), 166–183. https://doi.org/10.1177/0143034316688373

Whitney, S. D., Asigbee, F. M., Jones, S., & Schulte, K. (2019). Student self-reported motivation and teacher-rated engagement as predictors of mathematics achievement by sex and SES in a U.S. sample. Australian Educational Researcher, (0123456789).

https://doi.org/10.1007/s13384-019-00351-1

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, kajian ini dihasilkan untuk mengkaji interaksi bilik darjah yang melibatkan pelajar sekolah rendah sebagai komponen utama untuk melihat perbezaan

Jumlah keseluruhan item yang terkandung dalam instrumen dibina dalam kajian ini ialah sebanyak 55 item berskala jenis Likert 5 mata (1 = Tidak Berkemahiran kepada 5 = Amat

Pernyataan ini telah disokong lagi dengan kajian yang dijalankan oleh Maharani dan Kartini (2019) kerana hasil dapatannya menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mahasiswa

Analisis turut menunjukkan bahawa guru pelatih lelaki menilai diri mereka dengan tahap kemahiran yang lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan pada hampir

Pengetahuan ini penting dalam menentukan pendekatan yang bersesuaian dengan kandungan yang hendak disampaikan semasa pengajaran (Mishra & Koehler, 2006). Kesemua enam

Oleh hal yang demikian, kajian ini mempunyai matlamat untuk membantu para guru dengan menjalankan kajian literatur bersistematik dengan menumpukan kepada metodologi dan skop kajian

Selain itu, kesukaran yang dihadapi melibatkan pelaksanaan e- pembelajaran disebabkan kekurangan kemudahan (Msomi & Bansilal 2018), kekurangan kemahiran bagi

Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbir di sekolah melihat secara telus permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan integrasi kepimpinan