• Tiada Hasil Ditemukan

View of Covid-19: Khidmat Komuniti Secara Dalam Talian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Covid-19: Khidmat Komuniti Secara Dalam Talian"

Copied!
6
0
0

Tekspenuh

(1)

Covid-19: Khidmat Komuniti Secara Dalam Talian (Covid-19: Online Community Service)

Amnah Saayah Ismail1*, Nur Surayya Mohd Saudi1, Nor Nazimi Mohd Mustaffa1, Nurhana Mohd Rafiuddin1, Aida Nasirah Abdullah1

1 Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur

*Pengarang Koresponden: amnah@upnm.edu.my

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pandemik Covid-19 telah menjadi ancaman kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Keadaan ini menyebabkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai program dibuat oleh banyak pihak untuk memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan bahaya pandemik ini. Justeru penulisan ini akan membincangkan berkenaan khidmat komuniti secara dalam talian yang dibuat oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang bermula pada bulan Mac 2020 yang lepas. Medium yang digunakan untuk program khidmat komuniti secara dalam talian ini ialah Youtube dan Instagram. Metodologi penulisan ini ialah kualitatif dengan memberi penekanan kepada kajian kepustakaan dan analisis kandungan serta pemerhatian. Penulisan juga akan mengenengahkan data tontonan, menyukai dan komen yang diperolehi sepanjang video dimuatnaik oleh pelajar. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Youtube terdapat 643 tontotan, 202 menyukai dan 15 komen sepanjang satu minggu tempoh tayangan. Manakala di saluran Instagram pula terdapat 2038 tontonan dan 97 menyukai video yang dimuatnaik oleh peserta khidmat komuniti. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan terdapat sambutan yang baik dalam kalangan warga maya dengan video yang dimuatnaik berkenaan kesedaran, keselamatan dan pengetahuan berkenaan Covid-19.

Kata kunci: Dalam talian, Covid-19, Khidmat Komunti, Pelajar, Mata Pelajaran Umum

Abstract: The Covid-19 pandemic has become a threat to the whole of world including Malaysia. This situation causes anxiety and unrest in the community. Various programs are made by many parties to provide awareness and knowledge on the dangers of this pandemic.

Therefore, this paper will discuss about the online community service made by students of Universiti Pertahanan Nasional Malaysia during the period of Movement Control Order in Malaysia since March 2020. The online mediums used for this online community service program are Youtube and Instagram. The methodology of this writing is qualitative with emphasis on literature review and content analysis as well as observation. The writing will also highlight the viewing data, likes and comments obtained throughout the video uploaded by the students. Based on observations made on Youtube there were 643 views, 202 likes and 15 comments over the seven day period of the show. Meanwhile, on the Instagram channel, there were 2038 views and 97 likes of videos uploaded by community service participants.

Based on the data obtained shows that there is a good response among virtual citizens with videos uploaded regarding awareness, safety and knowledge regarding Covid-19.

Keywords: Online, Covid-19, Community Service, Students, General Subjects

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Khidmat komuniti dijalankan atas hasrat untuk membentuk nilai rasa prihatin dan kasih sayang antara masyarakat. Khidmat komuniti, khidmat masyarakat, aktiviti kesukarelawan atau Corporate Social Responsibility (CSR) merujuk kepada aktiviti yang hampir sama iaitu menyantuni masyarakat dengan pelbagai kaedah, cara dan pelaksanaan. Kebiasaannya program-program yang dijalankan adalah berbentuk fizikal yang memerlukan semua sukarelawan untuk berada di lapangan bertemu dengan komuniti atau masyarakat.

Program kemasyarakatan sangat dekat di hati seluruh rakyat Malaysia. Program sebegini amat sinonim dengan sifat kasih dan sikap prihatin seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama untuk sentiasa suka tolong menolong, bantu membantu serta berkasih sayang antara satu sama lain. Terdapat banyak program yang dijalankan oleh banyak pihak yang mewakili badan kerajaan, swasta termasuk para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Khaled, 2011, Idris, 2015).

Namun begitu, mutakhir ini dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang masih belum berpenghujung. Pandemik COVID-19 merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Tindak balas dan kesiapsiagaan perubatan terhadap wabak tersebut di Malaysia diselia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di bawah Kementerian Kesihatan. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa disedari (Webmaster, 2020). Keadaan ini menyebabkan berlaku penyebaran virus secara berleluasa dan mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi saban hari dan waktu. Berhadapan dengan virus ini menyebabkan manusia menjadi keliru, bimbang dan pelbagai tekanan emosi yang lain serta mengakibatkan pelbagai masalah dan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia (Sirletti, 2020), (Webmaster, 2020).

Justeru, berdasarkan dengan situasi pandemik yang berlaku pada hari ini, seharusnya terdapat tindakan sokongan daripada masyarakat untuk masyarakat untuk berhadapan dengan situasi pendemik ini dengan baik. Tindakan sokongan menerusi kepelbagaian cabang khidmat komuniti dilihat banyak dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memastikan setiap lapisan masyarakat berada dalam keadaan tenang dan berkeupayaan untuk melangsungkan kehidupan.

Khidmat komunti secara fizikal atau turun padang bertemu pelbagai lapisan masyarakat bagi menyantuni mereka berlangsung dengan amat baik di Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Penulis melihat situasi bantuan kemsyarakatan dan khidmat komuniti ini berupaya membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menghulurkan pelbagai bantuan termasuk bantuan secara fizikal dan atas talian.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO), merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) telah dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 (Bunyan, 2020). Rakyat Malaysia dilihat menyambut penuh arahan kerajaan dengan mematuhi semua Standard Operational Prosedure (SOP) bagi mencegah penularan virus ini. Namun begitu, terdapat kesan impak terhadap pelaksanaan PKP itu sendiri terhadap masyarakat khusunya dalam sector pekerjaan dan perniagaan, pendidikan, kesihatan, keagamaan dan banyak lagi (Rozita, 2020).

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenal dan dilaksanakan memerlukan seluruh rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah. Perintah ini juga turut memberi kesan

(3)

kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Para pelajar telah diarahkan untuk pulang ke kediaman masing-masing manakala pembelajaran secara atas talian diwajibkan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (Abdul Hakim, 2020), (Fauzi, 2020). Keadaan ini telah memberi kesan terhadap penawaran semua kursus-kursus di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia termasuk kursus khidmat komuniti yang secara praktikalnya memerlukan para pelajar melaksanakannya secara fizikal.

Keadaan pembelajaran secara dalam talian tersebut turut memberi kesan langsung terhadap pelaksanaan kursus khidmat komunti sebagai kursus elektif wajib di bawah komponen Mata Pelajaran Umum (MPU) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Justeru, berdasarkan arahan pihak KPT yang memerlukan para pelajar mengikuti semua kursus secara atas talian telah membawa kepada idea dan inovasi terkini dalam pelaksanaan kursus khidmat komunti di UPNM. Inovasi pembelajaran yang berlaku adalah dengan memerlukan para pelajar melaksanakan khidmat komuniti secara dalam talian dengan hasrat supaya para pelajar turut sama memberi sumbangan dan menyantuni masyarakat meskipun tidak dapat bertemu secara fizikal. Kaedah ini disambut baik oleh para pelajar dengan membuat perancangan yang teliti sehingga berupaya menghasilkan video dan memuatnaikkannya ke dalam talian tertentu.

Jesteru penulisan ini akan membincangkan tindakan sokongan yang dibuat oleh para pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menerusi program khidmat komuniti secara atas talian yang berlangsung pada musim Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak Mac hingga Mei 2020 tahun lepas. Program khidmat komuniti secara atas talian ini berhasrat untuk membantu masyarakat umum dalam berhadapan pandemik Covid-19 yang merungsingkan semua pihak.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis kandungan serta pemerhatian. Pemilihan kaedah ini berikutan kajian ini tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistik dan penemuan yang dihasilkan juga tidak melalui prosedur statistik atau cara kaedah kuantiti yang lain. Bagi menganalisis dapatan hasil pemerhatian khidmat komuniti secara dalam talian, kajian ini memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Metodologi kajian berbentuk ini memerlukan keperluan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat berkaitan melalui bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan, bagi mengumpul data dengan bantuan buku-buku, majalah, jurnal, artikel, naskhah, catatan, dokumen, kertas kerja dan bahan-bahan bertulis yang lain. Selain itu, keperluan maklumat juga diperolehi menerusi laman sesawang secara dalam talian yang turut sama menyalurkan pelbagai input maklumat terhadap kajian. Segala maklumat yang diperoleh digunakan terutamanya untuk menguatkan perbincangan, menambah dan memperdalam pengetahuan pengkaji supaya kefahaman terhadap tajuk kajian dapat dikuasai.

3. Dapatan Kajian

a. Kursus Khidmat Komuniti Secara Dalam Talian

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil pendekatan membentuk minat dan sifat kesukarelawan dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan kursus khidmat komuniti. Kursus kesukarelawan dijadikan kursus Mata pelajaran Umum yang berada di bawah Kelompok U4 (Buku Garis Panduan Pengajian Umum (MPU) Edisi kedua, 2016). Ia merupakan kursus Elektif Wajib yang perlu diambil oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Selain nama Khidmat Komuniti, terdapat pelbagai nama lain yang

(4)

turut digunapakai bagi merujuk kursus ini. Antaranya seperti Khidmat Masyarakat, Kesukarelawan, Bina Insan Bermasyarakat dan lain-lain lagi. Namun semangat dan hasratnya adalah sama iaitu membawa pelajar untuk mendekati masyarakat menerusi aktiviti kemasyarakatan atau khidmat komuniti.

Objektif utama pelaksanaan kursus ini ditawarkan adalah bagi membawa para pelajar mendekati masyarakat, alam semulajadi, flora dan fauna melalui kursus yang ditawarkan. Para pelajar juga boleh mengaplikasikan pelabagai kemahiran yang dipelajari termasuk kemahiran sepanjang kursus ini. Aplikasi kemahiran insaniah tersebut adalah (1) Pengetahuan bidang (2) Kemahiran Praktikal (3) Kemahiran dan tanggung jawab sosial (4) Nilai, Sikap dan Profesionalisme (5) Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan Kerja Berpasukan (6) Kemahiran Menyelesaikan Masalah (7) Kemahiran Mengurus Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan (9) Kemahiran kepimpinan (Amnah Saayah, 2020). Hasil Pembelajaran Kursus Khidmat Komuniti ini membolehkan pelajar (i) menghasilkan kertas cadangan projek keterlibatan komuniti yang berimpak sosial. (ii) mempamerkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dan (iii) mempamerkan tanggungjawab sosial dalam pelaksanaan projek (Buku Garis Panduan Pengajian Umum (MPU) Edisi kedua, 2016).

Namun kehadiran pandemik Covid-19 telah menyebabkan perubahan dalam cara pelaksanaan kursus khidmat komuniti yang merupakan kursus yang telah ditawarkan pada semester semasa.

Berlaku inovasi dalam pelaksanaan yang menganjurkan cara khidmat komuniti secara dalam talian. Proses pengajaran telah mengambil kira keadaan semasa yang memerlukan kekreatifan dalam pelaksanaan khususnya berkaitan dengan kursus khidmat komuniti tersebut. Pada pendapat pengkaji yang juga merupakan tenaga pengajar bagi kursus ini, kita tidak boleh menjadikan kehadiran pandemik Covid-19 ini sebagai halangan untuk para pelajar turut sama menyantuni masyarakat. Meskipun pelaksanaan secara dalam talian, ia turut sama boleh memberi kesan keprihatinan, kecaknaan dan tanggung jawab para pelajar ke atas masyarakat.

Pelaksanaan kursus masih memerlukan sesi kuliah dan perbincangan bersama para pelajar.

Namun kaedah yang digunakan adalah melalui dalam talian. Para pelajar tetap perlu melakukan semua proses perancangan sebelum, semasa dan selepas program dijalankan sama seperti program khidmat komuniti secara fizikal. Bezanya pada kali ini, program yang mereka lakukan adalah dengan menyediakan sebuah video usaha sama mereka bersama ahli kumpulan dan perlu dimuat naik ke platform yang terpilih. Berikut merupakan rangka kerja tugasan berkumpulan yang perlu dilakukan oleh para pelajar bagi menghasilkan program khidmat komuniti dalam talian mereka.

Rajah 1: Rangka Kerja Tugasan Berkumpulan Kursus Khidmat Komuniti

(5)

b. Program Break the Chain: Covid-19

Program Break the Chain: Covid-19 merupakan program khidmat komuniti dalam talian yang dianjurkan oleh pelajar Pusat Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah bimbingan penasihat program iaitu pensyarah kursus sendiri. Program ini secara asasnya ingin menyantuni dan menghargai barisan hadapan atau lebih dikenali sebagai frontliners untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini dan membendung wabak Covid-19 dari menular.

Barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat, anggota polis, askar dan agensi-agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan telah berusaha sehabis baik. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin perlulah berganding bahu memberikan kerjasama untuk menangani wabak ini dan memberikan sokongan moral kepada barisan hadapan ini supaya terus berjuang untuk kesejahteraan bersama. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai dan berterima kasih kepada barisan hadapan yang telah melakukan banyak pengorbanan.

Program ini menggariskan tiga objektif program iaitu (1) Mengucapkan terima kasih kepada hadapan kerana pengorbanan mereka, (2) Memberi kesedaran kepada para masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan (3) Menghargai pengorbanan barisan hadapan ke seluruh masyarakat dan negara. Di samping itu, program ini mensasarkan (a) Para mahasiswa dan mahasiswi UPNM dan (b) Seluruh rakyat Malaysia. Pogram ini telah berlangsung selama 2 minggu bagi membuat penilaian bermula pada 25 April 2020 iaitu tarikh muat naik video ke atas platform digital Youtube dan Instagram sehingga 9 Mei 2020.

Fasiliti yang digunakan bagi melaksanakan program Break The Chain: Covid-19 ialah telefon pintar atau kamera untuk merakan serta komputer riba bagi menyunting video. Manakala Kandungan program ini ialah ucapan terima kasih daripada para pelajar Pusat Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ekoran wabak covid 19 kepada para barisan hadapan dan juga kepada semua penonton yang menontot video tersebut.

Berikut merupakan hasil pemerhatian yang dibuat terhadap program Break The Chain: Covid- 19 yang dilaksanakan di platform Youtube dan Instagram.

Jadual 1: Jadual Jumlah Pemerhatian di Platform Digital Youtube dan Instagram

Platform digital Jumlah

Instagram 2038 (T) 97 (M)

YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=JcUZwhyfauA&t=58s

548 (T) 203 (M) 15 (K)

T – tontonan, M – menyukai, K – komen

Berdasarkan jadual di atas didapati bahawa dalam tempoh dua minggu pelancaran video program Break the Chain: Covid-19 terdapat 2038 tontonan dan 97 menyukai dalam platform Instagram. Manakala bagi platform Youtube terdapat 548 tontonan, 203 Menyukai dan 15 komen video yang dimuat naik oleh kumpulan pelajar. Program ini dilihat berjaya mencapai objektif program yang dicadangkan pada awal perancangan program. Namun, terdapat cadangan penambahbaikan iaitu (1) Pemilihan perkataan atau susunan ayat yang digunakan mungkin boleh diperbaiki agar dapat menarik perhatian dan lebih ramai penonton untuk menonton dan (2) Durasi bagi video yang dibuat mungkin agak singkat dan ia menjadikan pesanan yang ingin di sampaikan agar terhad.

(6)

4. Kesimpulan

Kesimpulannya, meskipun pandemik Covid-19 berada dalam komuniti dan negara kita, ia bukan menjadi halangan untuk kita terutama para pelajar institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan khidmat komuniti. Ia merupakan inovasi baharu dalam pelaksanaan khidmat komuniti iaitu secara dalam talian. Program Break the Chain: Covid-19 merupakan salah satu program khidmat komuniti yang dibuat secara dalam talian. Program ini dibuat dengan memuat naik video di platform digital Youtube dan Instagram. Semua masyarakat dalam komuniti dapat menonton program ini dengan mudah terutama rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Seluruh masyarakat pasti dapat memahami apa yang disampaikan kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan oleh para pelajar seperti bahasa Malaysia atau Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain lagi bahasa. Seterusnya program ini juga dapat memupuk semangat kerja sama serta saling menghargai antara satu sama lain. Menerusi program ini juga dapat mengasah kreativiti para pelajar untuk menghasilkan video yang menarik serta membentuk semangat kerjasama dan saling memahami kerana video ini di hasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perbincangan serta gerak kerja berkumpulan hanya berhubung melalui Whatsapp group sahaja.

Rujukan

Abdul Hakim Rahman. April 24, 2020. Pelajar IPT boleh balik kampung mulai 27 April ini.

Dimuat turun dari https://www.astroawani.com.

Amnah Saayah Ismail, Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Aida Nasirah Abdullah, Nur Surayya Mohd Saudi, Nurhana Mohd Rafiuddin. 2020. Pembentukan Kepimpinan Pelajar Menerusi Program Khidmat Komuniti di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Social Sciences and Humanities in the 4th Industrial Revolution Issues, Special Issue, ZULFAQAR Journal of Defence Management, Social Science & Humanities (2020) 29-35.

Bunyan, John (16 March 2020). "PM: Malaysia under movement control order from Wed until March 31, all shops closed except for essential services". Dimuat turun dari https://www.malaymail.com.

Fauzi Suhaimi. Mac 20, 2020. KPT benarkan UA, IPTS laksanakan PdP dalam talian. Dimuat turun dari https://www.astroawani.com.

Idris Jusoh. (2015, Januari 23). Terima kasih untuk Sukarelawan. Berita Harian

Khaled Nordin (2011, September 29). Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia. Utusan Malaysia.

Rozita Talha. 2020. Kajian Kes Impak Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Penduduk Malaysia. Dimuat turut dari https://www.dosm.gov.my.

Sirletti, Sonia; Remondini, Chiara; Lepido, Daniele (24 February 2020). "Virus Outbreak Drives Italians to Panic-Buying of Masks and Food". Dimuat turut dari www.bloomberg.com.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Dimuat turun dari https://www.mkn.gov.my.

Webmaster. (22 Jun 2020) "Ministry of Hajj and Umrah: Hajj 1441H Is Decided to Take Place This Year with Limited Number of Pilgrims from All Nationalities Residing in Saudi Arabia The official Saudi Press Agency". Dimuat turut dari www.spa.gov.sa.

Webmaster. (26 Jan 2021). Langkah-langkah Kesiapsagaan dan respon KKM Novel Coronavirus. Dimuat turun dari https://www.penerangan.gov.my/

Zaliha Hj Hussin. & Mohd Ramlan Mohd Arshad. (2012). Altruism as Motivational Factors Toward Volunteerism among Youth in Petaling Jaya, Selangor. IPEDR, 225-229.

Mardhiyyah, S. & et al. (2013). Empowering Youth Volunteerism: The Importance and Global Motivating Factors. Journal of Educational and Sosial Research, 502-507.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Cadangan ini adalah berkaitan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa suapaya dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif semasa

Hal ini demikian, berkemungkinan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk turut sama melaksanakan pembelajaran dalam talian (Yahaya et al. Kebelakangan ini,

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar menghadapi kelas secara dalam talian, mengenalpasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kekurangan

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam

Soal selidik yang diberikan dan dikumpul adalah untuk mendapatkan maklum balas terhadap pelajar melalui dua (2) aspek iaitu interaksi pelajar terhadap pembelajaran secara

Rentetan pandemik wabak COVID-19, pelaksanaan PdP secara bersemuka telah ditukarkan kepada Pembelajaran dan Pengajaran Secara Dalam Talian (PdPDT) sepenuhnya kepada pelajar

Contohnya, pembelajaran zakat melalui medium Youtube channel Zakat Selangor TV, selain terdapat berita terkini tentang laporan Zakat Selangor, terdapat juga

Satu tinjauan awal melalui soal selidik yang diedarkan melalui Google form secara dalam talian telah dibuat ke atas pelajar bagi mengenalpasti sama ada pelajar telah