(1)FYP FTKW PEMULIHARAAN WARISAN TIDAK KETARA: KAJIAN TERHADAP KUIH BUNGA PUDAK DI ALOR SETAR, KEDAH Oleh
Tekspenuh
(2) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan olch Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh. hingga. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi" 1972). TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. Tandatangan. Tandatangan Penyelia Utama. liyana. Siti Nur Liyana Binti Bakhari Nombor Kad Pengenalan:. Nama Penyelia Utama:. 980110026532. Tarikh: 27022022. Tarikh: 26022022. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.
(3) Assalamualaikum w.b.t saya dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima terima kasih yang tak terhinggga kepada pihak yang telah membantu saya menyiapkan projek penyelidikan ini. Saya bersyukur sangat kerana telah Berjaya menyiapkan projek penyelidikan ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr.Daeng Haliza Binti Daeng Jamal yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya juga ingin mengucap jutaan terima yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah membantu dari sumber kewangan dan memberi kata kata semangat buat saya untuk menyelesaikan projek penyelidikan yang dijalankan ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai dan pihak yang terlibat dalam membantu memberi maklumat berkaitan dengan projek penyelidikan ini. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.
(4) PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. ii. ABSTRAK. viii. BAB I. 1. PENDAHULUAN. 1. 1.1. PENGENALAN. 1. 1.2. PERMASALAHAN KAJIAN. 3. 1.3. PERSOALAN KAJIAN. 4. 1.4. OBJEKTIF KAJIAN. 4. 1.5. SKOP KAJIAN. 5. 1.6. DEFINISI OPERASIONAL. 6. 1.6.1. Pemuliharaan. 6. 1.6.2. Warisan Tidak Ketara. 8. 1.6.3. Kuih Bunga Pudak.. 9. 1.7. KEPENTINGAN KAJIAN. 10. 1.7.1. Individu. 10. 1.7.2. Pemuliharaan Kuih Bunga Pudak. 11. 1.7.3. Komuniti. 11. 1.8. ORGANISASI PENULISAN. 11. BAB II. 13. SOROTAN KAJIAN. 13. iii. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.
(5) PENGENALAN. 13. 2.2. TEORI FUNGSIONALISME (Talcott Parsons, 1937). 13. 2.3. SOROTAN KAJIAN. 14. 2.3.1. Pemuliharaan. 15. 2.3.2. Warisan tidak ketara. 24. 2.3.3. Kuih Bunga Pudak. 31. 2.4. KERANGKA TEORITIKAL. 32. 2.5. KESIMPULAN. 35. BAB III. 36. METODOLOGI KAJIAN. 36. 3.1. PENGENALAN. 36. 3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA. 37. 3.2.1. Sumber Primer. 37. 3.2.2. Sumber Sekunder. 38. 3.2.3. Kaedah Kualitatif. 39. 3.3. KAEDAH ANALISIS DATA. 40. 3.3.1 Analisis Data Kualitatif. 41. 3.4. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN. 44. 3.5. KESIMPULAN. 46. BAB IV. 48. DAPATAN KAJIAN. 48. 4.1. PENGENALAN. 48. 4.2. ANALISIS DAPATAN TEMU BUAL INFORMAN. 48. iv. FYP FTKW. 2.1.
(6) ANALISIS SEJARAH DAN KEUNIKAN KUIH BUNGA PUDAK DI. KEDAH. 52. 4.3.1. Asal-Usul Kuih Bunga Pudak. 53. 4.3.2. Sejarah Nama Kuih Bunga Pudak. 54. 4.3.3. Keunikan Bahan-Bahan Dalam Menghasilkan Kuih Bunga Pudak. 56. 4.3.4. Kesesuaian Waktu Menghidang Kuih Bunga Pudak. 59. 4.3.5. Kuih Bunga Pudak diangkat sebagai kuih warisan Negeri Kedah. 60. 4.4. ANALISIS KAEDAH PEMBUATAN KUIH BUNGA PUDAK DI ALOR. SETAR, KEDAH. 63. 4.4.1. Pengekalan Bahan-Bahan Menghasilkan Kuih Bunga Pudak Dan Inovasi 63. 4.4.2. Bahan-Bahan Menghasilkan Kuih Bunga Pudak Mudah Didapati Atau Tidak 65. 4.4.3. Tempoh Masa Menghasilkan Kuih Bunga Pudak. 66. 4.4.4. Kaedah Masakan Kuih Bunga Pudak. 68. 4.4.5. Kesesuaian Menghidangkan Kuih Bunga Pudak Dengan Sajian Lain. 69. 4.5. ANALISIS PENGLIBATAN KOMUNITI DI ALOR SETAR, KEDAH. DALAM PEMULIHARAAN WARISAN TIDAK KETARA TERHADAP KUIH BUNGA PUDAK. 71. 4.5.1. Usaha Pemeliharaan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah. 4.5.2. Peranan Pihak Bertanggungjawab Dalam Pemeliharaan Kuih Bunga Pudak 71. 4.5.3. Perananan Pihak Bertanggungjawab Mempromosikan Kuih Bunga Pudak. Kepada Pelancongan Dan Komuniti Setempat 4.5.4. 75. Perananan Pihak Pengusaha Dalam Mempromosikan Kuih Bunga Pudak. Dengan Menggunakan Platform Digital 4.6. 71. 76. PENGLIBATAN KOMUNITI DI ALOR SETAR, KEDAH DALAM. PEMULIHARAAN TERHADAP KUIH BUNGA PUDAK. v. 78. FYP FTKW. 4.3.
(7) KESIMPULAN. 81. BAB V. 83. RUMUSAN DAN PENUTUP. 83. 5.1. RUMUSAN KAJIAN. 83. 5.2. CADANGAN. 85. 5.3 PENUTUP. 86. RUJUKAN. 88. LAMPIRAN. 95. SENARAI GAMBAR No. Gambar Gambar 1.1. Lokasi Alor Setar, Kedah. 5. Gambar4.1. Pokok Bunga Pudak. 56. Gambar 4.2. Kuih Bunga Pudak. 58. Gambar 4.3. Buku Around West Coast Malaysia in 80 kuih. 62. Gambar4.4. Cara melipat Kuih Bunga Pudak. 69. Gambar4.5. Kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak. 70. Gambar4.6. Demonstrasi rakaman pembuatan Kuih Bunga Pudak. 72. Gambar 4.7. Demonstrasi Kuih Bunga Pudak Oleh JKKN dan MOTAC. 74. Gambar 4.8. Demonstrasi Kuih Bunga Pudak oleh RTM. 77. SENARAI RAJAH No.Rajah vi. FYP FTKW. 4.7.
(8) Kerangka teoritikal. 35. 4.1. Kerangka teoritikal pemuliharaan warisan tidak ketara terhadap Kuih Bunga Pudak kajian di Alor Setar, Kedah. 81. SENARAI JADUAL No. Jadual Jadual 4.1. Informan dan huraiannya. Jadual 4.2. Latarbelakang informan dari aspek jantina, umur, tahap pendidikan dan. Jadul 4.3. 49. pekerjaan. 50. Senarai tema dan subtema. 51. SENARAI SINGKATAN No.Singkatan PKBP1. Pengusaha Kuih Bunga Pudak 1. PKBP2. Pengusaha Kuih Bunga Pudak 2. PKBP3. Pengusaha Kuih Bunga Pudak 3. PKBP4. Pengusaha Kuih Bunga Pudak 4. PJKDKNK. Pengawai Jabatan Kesenian dan Kebudayan Negeri Kedah. vii. FYP FTKW. 2.1.
(9) BUNGA PUDAK DI ALOR SETAR, KEDAH ABSTRAK. Kuih Bunga Pudak merupakan kuih warisan negeri Kedah. Keunikan kuih ini terletak pada nama dan kaedah masakan kuih tersebut. Kajian ini dijalankan ini adalah untuk mengkaji tentang pemuliharaan warisan tidak ketara iaitu kajian terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.Terdapat tiga objektif yang dinyatakan di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah, menghuraikan kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah dan menganalisis penglibatan komuniti di Alor Setar, Kedah dalam pemuliharaan terhadap Kuih Bunga Pudak.Bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap Kuih Bunga Pudak. Seramai 5 orang informan di pilih untuk di temu bual. Hasil dapatan yang diperolehi mendapati Kuih bunga Pudak ini berasal daripada Kedah iaitu termasuklah wilayah jajahan kedah pada masa dahulu. Kuih ini juga diambil bersempena nama Pokok Bunga Pudak yang boleh dijumpai di sekitar pesisir pantai. Akhir sekali, Kuih Bunga Pudak ini adalah kuih warisan negeri Kedah yang harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman dan kekal hingga ke generasi yang seterusnya. viii. FYP FTKW. PEMULIHARAAN WARISAN TIDAK KETARA: KAJIAN TERHADAP KUIH.
(10) PENDAHULUAN. 1.1. PENGENALAN. Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri khususnya terhadap warisan budaya (Harian Metro, 2018). Selain itu, Malaysia juga terdiri daripada kepelbagaian kaum dan setiap kaum tersebut mempunyai warisan tersendiri seperti makanan warisan (Majalah Saji, 2021). Jabatan Warisan Negara (2016) menyatakan bahawa budaya dan identiti sesuatu masyarakat itu dapat digambarkan melalui makanan dan juga makanan warisan ini terdiri daripada seperti makanan berat, pencuci mulut iaitu seperti laukpauk dan kuih-muih yang diturunkan dari generasi terdahulu kepada generasi sekarang. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan kuih tradisional yang tersendiri, rasa yang sedap serta nama yang unik (Majalah Rasa, 2019). Antara negeri di Malaysia yang kaya dengan kuih tradisional adalah di negeri Kelantan. Kuih tradisional yang sering mendapat sambutan dari masyarakat setempat semasa bulan puasa ialah Kuih Tahi Itik, Jala Emas, Buah Tanjung, Onde-onde dan sebagainya (Sinar Harian, 2021). Manakala bagi negeri Pahang pula kuih tradisional yang sering disebut semasa bulan puasa dan mendapat permintaan yang tinggi ialah Kuih Tiga Beradik iaitu kuih ini terdiri daripada Badak Kubang, Dodol kukus dan Pepena (Berita harian, 2020). Antara Kuih tradisional yang lain dan mempunyai nama unik namun tetapi rasa yang sedap ialah Kuih Badak Berendam, Beko Pandan, Puteri Mandi, Serabai, Nekbat Sira, Kuih Ulat bulu dan sebagainya. Secara ringkasnya kuih pembuatan kuih Ulat Bulu ini menggunakan bahan seperti tepung pulut, 1. FYP FTKW. BAB I.
(11) manakala untuk intinya pula kacang hijau ,gula Melaka, gula pasir dan daun pandan (Majalah Rasa, 2018). Penggunaan bahan asas seperti beras juga turut digunakan dalam masakan dan kuih-muih iaitu penggunaan beras ini turut digunakan dalam sajian makanan Sarawak. Antara sajian makanan Sarawak yang menggunakan beras ialah Nasi Aruk, Takir, Kuih anyie, kuih Cina, Celorot, Penganan Jala dan sebagainya. Kebanyakan kuih ini menggunakan tepung beras sebagai bahan asas kerana mudah didapati (Bernas, 2021) Santan juga antara bahan asas yang digunakan dalam pembuatan kuih tradisional (Majalah Rasa, 2021) Disamping itu, teknik pembuatan kuih tradisional juga sangat penting bagi memperolehi kuih yang sedap seperti pembuatan Kuih Bahulu. Sebagaimana kita ketahui Kuih Bahulu ini adalah kuih tradisional yang dihidangkan semasa waktu perayaan namun tetapi penyediaan bagi kuih ini sangat rumit iaitu menurut Ahmad Hakimi iaitu pensyarah Kanan, Jabatan Sosio-Budaya dan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya beliau telah menyatakan bahawa penyediaan Kuih Bahulu ini perlu mengikut aturan yang ditetapkan bagi mendapatkan tekstur kuih yang lembut tetapi keras di luarnya. Perkara ini juga bagi memastikan kuih tersebut tahan lama dan Menurut Ahmad Hakimi proses penghasilan kuih ini mengambil masa yang lama dengan membakar dan perlu bekerjasama dalam menyediakan Kuih Bahulu ini (Berita Harian, 2019). Selain teknik bakar, teknik kukus juga turut digunakan dalam penghasilan kuih tradisonal iaitu antara kuih tradisional yang menggunakan teknik kukus yang mendapat sambutan pada bulan puasa ialah Kuih Apam Mekar Gebu, Dodol Kukus, Kuih Kaswi, Kuih Limas ,Kuih Sagu dan sebagainya (Majalah Saji, 2021). Kepelbagaian kuih tradisional ini menjadi salah satu faktor yang dapat. 2. FYP FTKW. tepung pulut hitam, air, air kapur dan kelapa parut yang dicampur sedikit garam halus.
(12) muih tradisional ini didapati semakin sukar ditemui (Majalah Rasa, 2017) misalnya di negeri Kedah, Kuih tradisional seperti Kuih Bunga Pudak sukar didapati dijual berbanding kuihmuih yang lain. Kuih Bunga Pudak adalah sejenis kuih tradisional masyarakat orang Melayu dan nama kuih ini diambil dari bunga pokok Pudak. Kuih ini berbentuk segi empat tepat dan berwarna-warni dan mempunyai rasa yang sedap (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, 2021). Kuih Bunga pudak ini pada ketika dulu popular di sekitar Jitra dan Alor Setar, Kedah. Kuih ini juga turut dihidangkan pada musim perayaan dan majlis perkhawinan. Kuih Bunga Pudak pada ketika ini sangat sukar didapati (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, 2021 & Majalah Rasa, 2021). Disamping itu, kuih tradisional juga banyak digunakan dalam perayaan dan ritual keagamaan. Antara kuih tradisional yang digunakan dalam ritual keagamaan ialah kuih penyeram iaitu kuih ini digunakan dalam ritual Serarang oleh suku Melanau Likow iaitu kuih penyeram ini wajib sediakan kerana kuih ini adalah kuih kegemaran Ipok (Noor Norazila Inai dan Mohamad Maulana Magiman, 2019). Selain daripada Kuih Penyaram, Kuih bulan juga digunakan dalam pesta Kuih Bulan kepada kaum Cina, pesta ini bagi mengekalkan tradisi kebudayaan yang indah bagi kaum Cina (Utusan Borneo, 2019). Jelaslah Kuih tradisional adalah warisan yang dimiliki dan diwarisi dari generasi ke generasi. Oleh itu, kuih tradisional haruslah dipulihara agar tidak hilang dan ditelan zaman.. 1.2. PERMASALAHAN KAJIAN. 3. FYP FTKW. menarik pelancong luar untuk melancong ke Malaysia.Walau bagaimanapun, beberapa kuih-.
(13) menyanjung tinggi dan mengangkat makanan luar berbanding makanan tradisional sehingga nama serta jenis makanan tradisional ini tidak diketahui langsung oleh sebilangan masyarakat dan telah menyebabkan makanan tradisional tersebut didapati kian pupus dan hilang begitu sahaja. Perkara sama turut terjadi pada Kuih Bunga Pudak yang kian pupus di negeri Kedah. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan hasil (JKKN) iaitu telah menyenaraikan Kuih Bunga Pudak sebagai warisan untuk di dokumentasi bagi memuliharaan warisan pembuatannya. Hal ini kerana Kuih Bunga Pudak ini kian pupus disebabkan kekurangan pewaris untuk mewarisi kemahiran bagi menghasilkan Kuih Bunga Pudak (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, 2019 & Bernama, 2019).. 1.3. PERSOALAN KAJIAN. Terdapat beberapa persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji dalam kajian Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara Terhadap Kuih Bunga Pudak iaitu: i.. Apakah sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah?. ii.. Bagaimanakah kaedah penghasilan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah?. iii.. Sejauhmanakah penglibatan komuniti terhadap pemuliharaan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah?. 1.4. OBJEKTIF KAJIAN. 4. FYP FTKW. Menurut Shahrim Karim (2020) beliau menyatakan bahawa masyarakat sekarang lebih.
(14) yang dinyatakan oleh pengkaji berkenaan dengan tajuk yang dikaji iaitu: i.. Mengenal pasti sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah.. ii.. Menghuraikan Kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.. iii.. Menganalisis penglibatan komuniti di Alor Setar, Kedah dalam pemuliharaan Terhadap Kuih Bunga Pudak.. 1.5. SKOP KAJIAN. Gambar 1.1: Lokasi Alor Setar, Kedah. Sumber: Google Maps Fokus kajian ini adalah berkenaan dengan Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara Terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah. Nama Kuih Bunga Pudak ini berasal daripada warna bunga Pokok Pudak itu sendiri. Kuih Bunga Pudak ini adalah kuih tradisional masyarakat orang Melayu di negeri Kedah (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, 2021). Skop kajian ini tertumpu kepada lokasi di sekitar Alor Setar, Kedah. Perkara. 5. FYP FTKW. Terdapat tiga objektif kajian terhadap kajian ini bagi menjawap kepada persoalan kajian.
(15) tempat lain (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, 2021) Seterusnya, informan yang dipilih terhadap kajian ini adalah terdiri daripada golongan penjual dan pengusaha Kuih Bunga Pudak di sekitar Alor setar, Kedah. Penjual dan pengusaha Kuih Bunga Pudak ini dipilih sebagai informan kerana mereka adalah komuniti yang mempunyai maklumat yang lebih mendalam berkenaan dengan Kuih Bunga Pudak ini.. 1.6. DEFINISI OPERASIONAL. Definisi operasional ini adalah satu skop pengertian yang dijadikan sebagai rujukan bagi sesuatu perkara dalam menilai sesuatu maksud. Dalam kajian ini menghuraikan konsep dan definisi berkenaan dengan pemuliharaan, Warisan tidak tidak ketara dan Kuih Bunga Pudak.. 1.6.1. Pemuliharaan. Menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pemuliharaan adalah langkah-langkah yang dibuat bagi memanjangkan hayat sesuatu warisan dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi nilai maklumat serta nilai kepentingan warisan iaitu dengan tujuan agar dapat memelihara ciri-ciri fizikal dan objek budaya tersebut supaya tidak berkurangan (UNESCO, 1998). Seterusnya, Menurut Abdul Aziz Hussin (2014) beliau mendefiniskan bahawa pemuliharaan adalah satu proses bagi mengembalikan sesuatu benda kepada keadaan yang sedia kala dan boleh digunakan dengan menggunakan kaedah pembaikian dan pemindaan dan 6. FYP FTKW. disebabkan Kuih Bunga Pudak ini sangat popular di sekitar Alor Setar dan Jitra berbanding.
(16) benda yang dipulihara tersebut. Disamping itu, menurut International Charter for the Conservation and Restoration of Monument and Sites (ICOMOS) telah menyatakan bahawa pentingnya memelihara sesuatu monument agar dapat mengekalkan keaslian dan kepentingan terhadap monument tersebut (International Charter for the Conservation and Restoration of Monument and Sites,1964). Selain itu, menurut Patrick (2001) menyatakan pemuliharaan adalah kegiatan untuk memelihara dan menjaga kemudahan yang ada sera memperbaiki iaitu melakukan penyesuian dan penggantian yang diperlukan. Pemuliharaan juga menurut Corder (1988) adalah gabungan dari pelbagai tindakan bagi melindungi sesuatu betul dan keadaan yang diterima. Assauri (2008) turut menyatakan bahawa pemuliharaan ini ialah mengatur aktiviti untuk mengawal atau mengendalikan kemudahan atau peralatan kilang dengan membuat pembaikan atau penyesuaian atau penggantian. Disamping itu, menurut Supandi menyatakan bahawa. Menurut Perbadanan Muzium Melaka pemuliharaan ialah pengekalan warisan iaitu kerja-kerja membaik pulih monument dan tapak bersejarah dengan menggunakan teknik mengekalkan seni bina dan bahan binaan yang hampir sama dengan bahan asal tambahan pula menurut Bullock, O.M beliau menyatakan bahawa pemuliharaan adalah proses penjagaan warisan termasuk penyelenggaraan yang merangkumi restorasi dan pembinaan semula serta adaptasi (Mohd Qawiem, 2019). Secara ringkasnya pemuliharaan adalah memulihara warisan seperti bagunan iaitu bagi mengembalikan semula fungsi asalnya dan pemuliharaan dijalankan bagi menjaga keaslian sesuatu warisan dari mengalami kerosakan agar warisan tersebut kekal hingga genarasi yang seterusnya.. 7. FYP FTKW. disamping itu juga dapat mengekalkan rupa bentuk, nilai sejarah dan budaya terhadap.
(17) Warisan Tidak Ketara. Warisan ketara ini secara ringkasnya menurut Akta Warisan Kebangsaan (2005) menyatakan bahawa warisan tidak ketara adalah termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, puisi, lirik yang boleh didengar, nyanyian,lagu rakyat, tradisi lisan, tarian pementasan, seni mempertahankan diri yang telah wujud berhubung dengan warisan Malaysia atau mana mana bahagian di Malaysia. Manakala menurut artikel Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage(CSICH) iaitu menyatakan definisi warisan tidak ketara itu ialah amalan, perwakilan,ungkapan,kemahiran serta instrumen, Objek, artifak, dan ruang budaya yang berkaitan dengan komuniti, kumpulan atau individu tersebut mengakui warisan tidak ketara ini sebahagian daripada warisan budaya mereka (Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage, 2003). Selain itu, warisan tidak ketara ini terdiri daripada semua manfiestasi budaya yang tidak material dan mewakili pelbagai warisan hidupan manusia (Federico Lenzerini, 2011). Selain itu, menurut UNESCO telah menyatakan bahawa warisan budaya tidak tertumpu kepada warisan seperti monument dan koleksi objek tetapi juga warisan budaya ini juga turut melibatkan warisan tidak ketara seperti tradisi atau ungkapan hidup yang diwarisi dari generasi terdahulu dan diteruskan oleh generasi sekarang iaitu seperti tradisi lisan, seni persembahan, amalan ritual, acara , perayaan, pengtahuan dan amalan semesta atau pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan tradisi kraftangan dan UNESCO juga turut menyatakan bahawa pemahaman terhadap warisan tidak ketara ini harus dipertingkatan terutamanya dalam kalangan komuniti 8. FYP FTKW. 1.6.2.
(18) UNESCO juga turut menekankan bahawa warisan tidak keatra ini bukanlah manifestasi budaya itu sendiri melainkan kepelbagaian terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diturunkan kepada generasi ke generasi (UNESCO, 2021). Yuszaidy et al. (2005) juga turut mentakrifkan bahawa warisan budaya itu adalah benda yang diwarisi secara turuntemurun kepada generasi yang akan datang iaitu dengan wujudkan nilai tambahnya iaitu warisan tidak ketara ini ialah seperti aspek Bahasa dan perbahasaan iaitu seperti nyanyian, pantun, gurindam, seloka, komposisi muzik,lirik, lagu, ungkapan tradisi dan cerita rakyat. Disamping itu juga seni mempertahankan diri juga antara salah satu warisan tidak ketara. Secara ringkas warisan tidak ketara ini melibatakan Bahasa, ungkapan tradisi lisan, muzik kemahiran, makanan, perayaan dan sebagainya. Namun tetapi penyelidikan terhadap warisan tidak ketara di Malaysia sangat berkurangan berbadingan dengan warisan ketara. Oleh itu, penyelidikan terhadap warisan tidak ketara ini haruslah diperbanyakkan agar sesuatu warisan itu tidak akan pupus dan diiktiraf sebagai warisan negara 1.6.3. Kuih Bunga Pudak.. Kuih Bunga Pudak ialah sejenis kuih tradisional yang hanya terdapat di Negeri Kedah. Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara Kedah telah memberi maksud Kuih Bunga Pudak ini adalah sejenis kuih tradisonal masyarakat melayu iaitu kuih sangat popular di sekitar Jitra dan Alor Setar. Kuih ini dinamakan sebagai Bunga Pudak disebabkan warna pokok Pudak. Bahan-bahan untuk kuih ini ialah tepung pulut, air secukupnya dan garam halus. Manakala baginya intinya pula ialah kelapa parut, gula. 9. FYP FTKW. dengan dialog antara budaya dan mendorong saling menghormati cara hidup yang lain..
(19) musim perayaan dan majlis perkahwinan (Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara Kedah, 2021). Secara ringkasnya Kuih Bunga Pudak ini adalah sejenis kuih tradisional bagi negeri kedah. Kuih ini popular di sekitar Alor setar dan Jitra, Kedah pada seketika dahulu namun pada masa kini kuih ini sukar didapati berbanding kuih- muih yang lain. Kuih Bunga Pudak ini haruslah dipulihara agar kuih ini tidak akan hilang dan pupus begitu sahaja.. 1.7. KEPENTINGAN KAJIAN. Terdapat beberapa kepentingan kajian terhadap Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara terhadap Kuih Bunga Pudak ini iaitu kepentingan terhadap individu, pemuliharaan warisan Kuih Bunga Pudak dan kepada komuniti. 1.7.1. Individu. Kajian ini sangat penting kepada individu untuk mengenali sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak. Hal ini kerana Kebanyakkan orang kurang mengenali kuih ini kerana Kuih ini susah didapati berbanding dengan kuih-muih yang lain kerana tiada pewaris atau orang yang mahir dalam membuat kuih ini berbanding dengan kuih tradisional yang lain yang mudah didapati (Bernama, 2019).Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dapat memberi kepentingan kepada individu bagi mengenali tentang sejarah dan keunikan terhadap Kuih Bunga Pudak yang kian pupus ditelan zaman terutmanya kepada generasi muda. 10. FYP FTKW. pasir, sedikit garam, perasa ros dan pewarna. Kuih Bunga Pudak ini disajikan pada.
(20) Pemuliharaan Kuih Bunga Pudak. Kepentingan kajian yang seterusnya adalah kepentingan terhadap pemuliharaan Kuih Bunga Pudak. Pengkaji akan menghuraikan kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak ini agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui secara langsung dan juga mendapat memberi kesedaran untuk memulihara warisan Kuih Bunga Pudak. Hal ini kerana satu Pendokumentasian telah dijalankan oleh pihak JKKN (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, 2019).. 1.7.3. Komuniti. Disamping itu, kepentingan kajian yang lain ialah kepentingan kepada penglibatan komuniti dalam Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara Terhadap Kuih Bunga Pudak. Penglibatan komuniti ini sangat penting agar dapat bersama-sama untuk memulihara warisan itu supaya tidak hilang dan pupus. Hal ini kerana komuniti itu sendiri ialah tunjang utama dalam memelihara warisan yang dimiliki berbanding dengan komuniti luar. Seandainya komuniti itu tidak mengambil kisah terhadap warisan yang dimiliki maka warisan itu tidak akan ada nilainya dan tidak berkembang dan hari demi hari akan pupus jadi dengan melakukan pemuliharaan terhadap warisan maka warisan tersebut dapat diberi nafas yang baru dan warisan itu juga dapat dikomersialkan kepada orang luar.. 1.8. ORGANISASI PENULISAN. 11. FYP FTKW. 1.7.2.
(21) pengenalan iaitu terdiri daripada pengenalan tajuk, latar belakang, Permasalahan kajian, persoalan kajian, Objektif kajian, definisi operasi, kepentingan kajian,metodologi kajian, skop kajian, teori dan organisasi pengurusan. Seterusnya, bab 2 ialah berkenaan dengan sorotan kajian atau kajian literatur.bab dua ini berkenaan dengan kerangka teori dalam mengakaji tajuk kajian ini.Sorotan kajjian juga ialah kajian lepas yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, bab 3 pula berkenaan dengan kaedah kajian atau metodologi kajian.dalam bahagian pengkaji akan menerangaka kaedah apa yang digunakan dengan kajian yang dihasilkan.bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif.Kaedah kajian kualitati lebih bersesuaian dengan tajuk yang dikaji iaitu pengkaji menggunakan kaedah temu bual,rakaman video,pemerhatian dan sumber sekunder. Manakala bagi 4 pula berkenaan dengan dapatan hasil kajian. Dapatan kajian ini hasil maklumat yang diperoleh. Daripada hasil dapatan tersebut pengkaji akan menganalisis dan menilai dapatan kajian tersebut secara lebih terperinci. Akhir sekali, bab 5 iaitu berkenaan dengan perbincangan kesimpulan dan cadangan terhadap kajian tersebut.Rumusan dilakukan secara keseluruhan.. 12. FYP FTKW. Organisasi penulisan ini terbahagi kepada 5 bab.Bab1 membincangkan berkenaan dengan.
(22) SOROTAN KAJIAN 2.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan konsep, kerangka teori dan kajian lepas sebagai rujukan. Konsep yang dibincangkan ialah berkenaan dengan pemuliharaan, warisan tidak ketara dan Kuih Bunga Pudak. Kerangka teori turut membincangkan tentang Teori Fungsionalisme dengan kajian yang dikaji bagi menganalisis data yang diperolehi. Kajian ini juga turut membincangkan tentang sorotan kajian. Sorotan kajian ini penting bagi menyelak penyelidik melakukan kesilapan yang sama iaitu mengulang kembali kajian yang telah dikaji (Zulkarnaian, 2001). Sorotan kajian ini juga turut membantu pengkaji untuk memperolehi maklumat daripada kajian lepas.. 2.2. TEORI FUNGSIONALISME (Talcott Parsons, 1937). Teori Fungsionalisme ini adalah pandangan teori yang yang menekankan fungsi yang dipenuhi oleh struktur sosial seperti institusi, hierarki serta norma masyarakat. Teori Fungsionalisme ini diselaraskan pada abad ke-20 dan teori ini dikaitkan dengan pengarang seperti Talcott Parson, Emile Durkhiem, Rober Merton dan Herbet Spencer. Dalam kajian ini pengkaji akan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme yang dinyatakan oleh Talcott Parson. Secara umumnya Talcott Parsons ialah seorang ahli sosiologi Amerika (The IndoPacific Journal of Phenomenology, 2021).. 13. FYP FTKW. BAB II.
(23) sistem teori yang lebih umum bagi menganalisis masyarakat atau komuniti terhadap struktur-fungsional iaitu dimana pendekatan yang dibawa oleh Talcott Parsons lebih cenderung kepada kelompok masyarakat bagi memenuhi empat keperluan fungsional. Empat pendekatan keperluan fungsional ini terdiri daripada penyesuaian (Adaption) iaitu penyesuian terhadap persekitaran fizikal atau sosial. Pendekatan keperluan fungsional yang kedua ialah pencapaian matlamat (Goal Attainment) iaitu pendekatan ini adalah bagi menentukan fokus dan tujuan utama agar meminta masyarakat atau individu supaya berusaha mencapai matlamat. Pendekatan keperluan fungsional yang ketiga yang dinyatakan oleh Talcott Parsons ialah integrasi (Integration) iaitu menyelaras masyarakat atau kumpulan yang bersatu padu secara keseluruhannya. Akhir sekali, pendeakatan yang keempat yang dinyatakan oleh Talcott Parsons ialah kependaman (Latency) pendekatan ini adalah bertujuan mengekalkan motivasi masyarakat atau individu untuk melakukan peranan mereka mengikut sosial (The Indo-Pacific Journal of Phenomenology, 2021). Melalui empat pendekatan keperluan fungsionalisme yang dinyatakan oleh Talcott Parsons ini pengkaji akan mengaitkan kajian yang dibuat dengan Teori Fungsionalisme yang ditekankan oleh Talcott Parsons iaitu didalam kerangka teoritikal.. 2.3. SOROTAN KAJIAN. Sorotan kajian bertujuan untuk berkongsi tentang hasil kajian lepas yang berkait rapat dengan kajian yang dikaji sekarang (Fraenkel dan Wallen, 1990). Sorotan kajian ini juga turut menghubungkan kajian yang lebih besar dan berterusan tentang kajian yang di kaji dan mengisi jurang serta membangunkan penyelidikan sebelum (Marshall dan Rossman, 1989). 14. FYP FTKW. Teori Fungsionalisme yang ditulis oleh Talcott Parsons ini menekankan tentang.
(24) dibincangkan dalam sorotan kajian. 2.3.1. Pemuliharaan. Antara Sorotan kajian yang dikaji ialah kajian yang ditulis oleh Sarah Nur Hamidah, Dewi Turgamini (2020) iaitu berkenaan dengan Kajian Pemuliharaan Tea Kejek sebagai warisan Gastronomi Kabupaten Garut, Indonesia. Secara ringkas Tea Kejek ialah Tea Cidegung yang diproses secara khas menggunakan kaedah manual yang menggunakan alatan tradisional dan kilang pengeluaran Tea Kejek ini hanya tinggal Satu sahaja maka kajian ini adalah melihat usaha pihak yang bertanggungjawab dalam memelihara Tea Kejek. Objektif kajian adalah untuk mengetahui kewujudan Tea Kejek, mengetahui kaedah penghasilan Tea Kejek, melihat bagaimana Tea Kejek ini diminum dan menggambarkan Tea Kejek menjadi tarikan kepada para pelancong gastronomi. Kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan kaedah kualitatif deskiptif iaitu menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan dokumentasi bagi memperolehi data dan maklumat tentang Tea Kejek. Hasilan dapatan daripada kajian pemuliharaan Tea Kejek ini ialah tea ini telah ditanam sejak era penjajahan Belanda terhadap Indonesia lagi. Seterusnya, hasil dapatan kajian ini juga turut memperlihatkan cara pembuatan Tea Kejek secara manual dengan menggunakan peralatan tradisional dan turut memperkenalkan tradisi minum tea iaitu dikenali sebagai Nyaneut dan akhir sekali, hasil dapatan kajian ini ialah usaha daripada pihak bertanggungjawab terhadap pemuliharaan Tea kejek iaitu pihak bertanggungjawab memelihara warisan Tea Kejek ini bukan hanya terletak kepada pihak pengeluar atau pihak kerajaan tetapi kepada seluruh anggota masyarakat. 15. FYP FTKW. Konsep seperti pemuliharaan, warisan tidak ketara dan Kuih Bunga Pudak turut.
(25) (2019) iaitu kajian berkenan Mengartikulasikan Cabaran Dalam Mendefinisikan Washoku Jepun dan Gastronomi Perancis aitu Menganalisis Perbandingan Definisi yang Ditulis dan Langkah-Langkah Perlindungan. Washoku adalah warisan tidak ketara yang diiktiraf oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengartikulasikan cabaran dan melindungi Washoku agar dapat memberi pengetahuan dan rujukan efektif kepada makanan dan gastronomi Perancis. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian yang pertama ialah menunjukkan tentang definisi akhir iaitu apakah yang ditulis di teks iaitu memperlihatkan Dimensi pertama yang dirujuk kepada makna seperti berkongsi keseronokan rasa, kebersamaan, pertimbangan. Manakala Dimensi kedua yang disebut khusus upacara yang terdiri daripada resipi, struktur dan susunan kursus, mencuba dan perbualan. Hasil dapatan kedua untuk kajian ini adalah ikatan dan integrasi sosial adalah memperkukuhkan lagi ikatan sosial antara keluarga dan masyarakat, mempromosikan dialog antara generasi dan budaya agar masyarakat menghormati budaya ini dan yang terakhir sekali ialah integrasi sosial dan gastronomi iaitu melalui perkongsian nilai ataupun amalan sosial serta ikatan integrasi sosial di Washoku iaitu dengan merialisasikan dengan berkongsi makanan dan hidangan bersama. Hasil dapatan ketiga bagi kajian ini adalah identiti dan kepunyaan iaitu menjelaskan keduadua fungsi elemen ini dengan perasaan identiti dan kepunyaan masyarakat. Antaranya identiti perasaan dan harta benda iaitu dengan memperkukuhan lagi tentang nilai-nilai sosial amalan dengan gastronomi orang Perancis sebagai identiti. Manakala identiti dan. 16. FYP FTKW. Seterusnya, pengkaji turut melihat sorotan kajian yang ditulis oleh Haruka Ueda.
(26) dapatan yang terakhir bagi kajian ini ialah langkah memelihara bagi meningkatkan kesedaran dalam menjaga alam dan persekitaran kepada masyarakat jepun iaitu melalui projek Post- WG dan Cite Perancis di Dijon. Projek ini adalah proses menentukan semula kandungan Washoku yang harus dilindungi dan diperbincangkan. Sorotan kajian yang ketiga ialah Kajian ini ditulis oleh Natasha Edreena Mohamad Nasruddin dan Zuliskandar Ramli (2020). Berkaitan dengan Kajian Keberkesanan Media Massa dan Media Sosial kepada Masyarakat dalam Menyelesaikan Isu Penjagaan Warisan Negara. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan media Massa dan media sosial kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu penjagaan warisan negara. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah kajian keperpustakaan dengan menggunakan akhbar, jurnal dan internet. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana sangat sesuai dengan kajian yang dikaji. Teori yang digunakan oleh pengkaji ialah Teori Komunikasi. Teori ini digunakan kerana bagi menerangkan, menjelaskan dan membuat ramalan dan menilai tentang komunikasi. Maka teori ini sangat sesuai diaplikasikan dalam kajian ini. Antara isu yang dinyatakan dalam kajian ini ialah isu-isu berkaitan dengan pemuliharaan warisan negara. Antaranya isu yang diperkatakan ialah makanan dan kuih tradisional yang hampir pupus iaitu didalam akhbar Utusan Online pada 2018 yang menyatakan bahawa golongan muda lebih berminat dengan kuih moden berbanding dengan kuih tradisional dan kekurangan individu yang pakar dalam menghasilkan kuih tradisional ini menyebabkan kuih tradisional kian pupus. Oleh itu, bagi memelihara kuih tradisional ini satu usaha telah dibuat dengan melibatkan. 17. FYP FTKW. barang Washoku diperkukuhkan dengan makanan tradisional dan diseimbangkan. Hasil.
(27) pendokumentasian terhadap sajian generasi dahulu iaitu melalui projek Kuih Warisan Ihsan Hari Depan (KWIH). Melalui projek ini warisan tersebut dapat dipulihara dan penggunaan media Massa telah membantu masyarakat tempatan ataupun golongan pelancong asing iaitu dapat mempelajari pembuatan kuih tradisional dan pada masa yang sama kesinambungan terhadap warisan kuih tradisional ini dapat diteruskan. Akhir sekali, hasil dapatan kajian ini ialah. Melihat peranan pihak media dalam menyatakan isu berkaitan dengan warisan negara. Hal ini kerana pengaruh media massa pada masa kini sangat tinggi iaitu masyarakat memperolehi maklumat yang berkaitan dengan isu semasa melalui media massa. Maka peranan media massa ini sangat penting terhadap isu berkaiatan dengan pemuliharaan sesuatu warisan kerana pengaruh yang sangat efektif dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sama ada masyarakat setempat atau kepada pelancong asing. Kajian yang ditulis oleh Muhammad Syahir (2018) iaitu terhadap Keunikan Makanan Tradisional Masyarakat Keturunan Melayu Jawa ke Arah Kelestarian Budaya dan Pelancongan. Kajian ini bertujuan untuk menerokai dan memahami tentang keunikan makanan tradisional keturunan Jawa Johor dalam pelestarian terhadap budaya pelancongan. Kajian ini adalah terhadap jenis-jenis makanan tradisional Jawa Johor, keunikkan Makanan tradisional Jawa dan mengaitkan makanan tradisional Jawa dengan pelestarian budaya dan pelancongan. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu bagi memahami secara lebih mendalam mengenai makanan tradisional Jawa Johor. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bagi memperolehi maklumat dari Yayasan Warisan Johor iaitu seramai tiga orang yang dipilih bagi. 18. FYP FTKW. Yayasan Hasanah dengan FriedChillies Media Sdn. Bhd dengan menjalankan satu.
(28) menyatakan tentang permasalahan kajian terhadap tahap kelestarian budaya pelancongan dalam konteks makanan tradisional yang sangat berkurang dan agak krtikal kerana kurangnya penyelidikan berkenaan tentang makanan tradisional Jawa Johor bagi memastikan makanan tradisi ini tetap mempunyai kesinambungan dan kekal dipulihara. Hasil dapatan kajian ini ialah melihat antara jenis-jenis makanan tradisional keturunan Jawa Johor iaitu pengkaji menyatakan cara-cara penyediaan makanan tersebut. Seterusnya hasilatan dapatan kajian ini juga turut memperlihatkan keunikan yang ditonjolkan terhadap makanan tradisional Keturunan Jawa Johor kepada masyarakat umum dan yang terakhir ialah pengkaji mengaitkan makanan tradisional Jawa johor ini dengan pelestarian budaya pelancongan iaitu dengan pelestarian ini dapat memulihara dan mengekalkan kesinambungan makanan tradisional Jawa Johor kepada masyarakat agar tidak pupus ditelan zaman. Melalui kajian yang dijalankan oleh Muhamad Fadzllah (2016) iaitu berkenaan dengan kajian Masyarakat Pribumi tentang Makanan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak. Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis makanan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu Sarawak. Permasalahan kajian ini menyatakan bahawa kurang pendedahkan dan penerangan secara terperinci mengenai makanan tradisional masyarakat Melayu Sarawak dan kurangnya pendedahan tahap pengetahuan terhadap makanan warisan ini. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini bagi memulihara makanan tradisional ini supaya kekal dan terus diamalkan. Hasil dapatan kajian ini juga turut memperkenalkan jenis-jenis makanan dan pengaruh. 19. FYP FTKW. menjawap soalan yang dinyatakan oleh pengkaji. Selain itu, dalam kajian ini turut.
(29) dapat dikomersialkan lagi ke pasaran luar dan dipulihara. Manakala sorotan kajian yang lain dikaji ialah mengenai tajuk kajian yang ditulis oleh Suzanne Kapelari et al. (2019). Kajian ini berkenaan dengan Perbezaan Makan Warisan Iaitu Iaitu Kepentingan Pengetahuan Meningkatkan Pendidikan Untuk Pilihan Makanan Lestari. Kajian ini membincangkan tentang makanan warisan sebagai bentuk budaya dan kepentingan pengetahuan budaya bagi memahami dan pilihan pengguna terhadap makanan bagi mewujudkan pelestarian dan pemuliharaan melalui projek Bigpinic. Kajian ini mengambil seramai 1189 informan mengenai motif yang mempengaruhi pemilihan makanan seseorang. Kajian ini juga turut menekan betapa pentingnya budaya pengetahuan dan pemuliharaan terhadap makanan yang dipilih dan hasil kajian ini juga turut menerangkan berkenaan tentang keselamatan makanan lestari dan peranan makanan sebagai bentuk budaya bagi pelestarian. Kajian Bustamam (2021) adalah berkenaan dengan Kesedaran Masyarakat Terhadap Warisan Santapan Tradisi Perlis Iaitu Kajian Terhadap Kerabu Umbut Palas. Objektif kajian ini ialah memelihara khazanah makanan tradisional perlis dan mengenal pasti punca kepupusan makanan tradisi ini. Kaedah kajian yang diguna pakai oleh pengkaji ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu pengkaji menggunakan kaedah soal selidik kepada 20 orang respoden iaitu terdari daraipada penduduk Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis. Hasil dapatan kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa tahap kesedran berkenan Warisan Santapan Tradisi Kerabu Umbut Palas ini sangat sedikit. Oleh itu, pengkaji telah mencadang beberapa kaedah pemuliharaan yang dapat. 20. FYP FTKW. makanan tradisional kepada masyarakat Melayu Sarawak dan pada masa yang sama.
(30) dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat. Kajian yang ditulis oleh Mohd Faizal Musa, Muhamad Shafiq dan Mohd Ali Suhaini Md Noor (2019). Berkenaan dengan Gastronomi Melayu. Daripada kajian penyelidik ini, pengkaji telah berjaya mendokumentasikan sembilan jenis juadah yang hampir pupus. Pendokumentasi terhadap jaudah ini sangat penting kepada peradaban bangsa dan budaya. Selain itu, kajian ini turut menyatakan bahawa kajian terhadap makanan tidak digunakan secara keseluruhan dalam kajian sejarah dan ketamadunan manusia di Malaysia dengan lebih meluas. Pengkaji turut menyatakan bahawa kealpaan dan pengabaian terhadap usaha pemuliharaan makan warisan ini boleh dilihat melalui pengklasifikasikan makanan sebagai khazanah warisan tidak ketara yang dinyatakan oleh Jabatan Warisan Negara. Kajian Ahmad Hakimi Khairuddin dan Wan Abdul Kadir Wan Yusoff (2016). Iaitu kajian terhadap Makanan Dalam Masyarakat dan Budaya Melayu iaitu Pengumpulan Perkataan untuk Kamus Sebagai Warisan Seni Budaya Melayu. Kajian penyelidikan yang dihasilkan ini mengkaji tentang makanan masyarakat Melayu. Tujuan kajian ini dijalankan bagi bagi memperkenalkan tentang kebudayaan Melayu serta usaha–usaha pemuliharaan kearah pelestarian kebudayaan Melayu. Kajian ini turut membincangkan tentang konsep-konsep penting berkenaan dengan kebudayaan dan makanan serta membincangkan tentang pembentukan kajian terhadap makanan dan pembahagian jenis-jenis makanan. Hasil dapatan dari kajian ini telah menyatakan tentang pelestarian kebudayaan Melayu iaitu dengan ada kajian ini warisan makanan Melayu mudah diketahui dari segi makna dan konsepnya. Oleh itu, kajian ini adalah 21. FYP FTKW. mengekalkan makanan warisan ini agar terus dipulihara dan pada masa yang sama.
(31) menjadi warisan negara. Sorotan kajian yang lain ialah yang ditulis oleh Farhana, Norsuhana dan Norfarizan Hanoon (2019). Kajian ini berkaitan dengan kajian Masakan Tradisional Dan Komposisi Nutrien Ikan Air Tawar Di Homestay Kg Batu Ring, Beng, Lenggong, Perak iaitu bagi Pembagunan Kesejahteraan Pelancongan Lestari. Kajian ini adalah menekankan kepada penggunaan sumber iaitu mengekalkan dan memulihara sumber budaya termasuk sumber warisan. Selain itu, makanan tradisional di sesuatu tempat atau negeri adalah salah satu sumber yang patut dipelihara dan dijaga agar generasi yang akan datang dapat merasai warisan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temu bual iaitu menemu bual penduduk setempat yang menjalankan perkhidmatan Homestay di kampung tersebut bagi mengetahui tentang menu dan resepi masakan tradisional. Daripada hasil dapatan kajian ini pengkaji telah menyatakan masakan yang mendapat sambutan iaitu masakan tradisonal seperti masakan Pindang, Ikan Panggang Cicah Air Asam dan Gulai Asam Masak Tempoyak dan banyak lagi. Selain itu, hasil dapatan kajian ini melihat dari segi kandungan nutrien masakan Ikan Air Tawar. Disamping itu, hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa penduduk yang menjalankan perkhidmatan Homestay turut menyediakan resepi makanan tradisional kepada pelancong dan perkara ini juga merupakan kaedah pelestarian terhadap pemuliharaan makanan tradisional. Sorotan kajian yang lain ditulis oleh Khadijah Mohamed et al. (2020) ialah berkenaan dengan Analisis Perundangan terhadap Perlindungan Kebudayaan Warisan Tidak Ketara di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi melindungi warisan tidak 22. FYP FTKW. salah satu usaha yang dibuat bagi memelihara warisan makanan Melayu supaya kekal.
(32) warisan bukan benda seperti kemahiran, kesusasteraan, makanan dan sebagainya. Disamping itu, warisan ini menganalisis tentang perundangan terhadap undang-undang bagi melindungi warisan tidak ketara. Kajian ini juga turut membincangkan tentang penambahbaikan terhadap definisi warisan tidak ketara agar definisi ini dapat diperluaskan lagi iaitu bagi mencukupi elemen warisan budaya tidak ketara sperti seni halus dan makanan. Akhir sekali, kajian yang dikaji oleh Fatin Noranneliana Rosdi (2019) ialah berkenaan dengan kajian Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan Terhadap Nasi Ambeng Sebagai Makanan Tradisi Masyarakat Jawa iaitu kajian ini ditulis oleh. Kajian ini secara umumnya membincangkan tentang persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok terhadap Pembudayaan makanan tradisi Nasi Ambang. Tujuan kajian ini ialah bagi mengenalpasti langkah terhadap pemuliharaan Nasi Ambang kepada tradisi jawa. Pengkaji turut menggunakan kaedah kajian kaulitatif iaitu kaedah keperpustakaan dan juga kaedah kajian kuantitatif iaitu menggunakan kaedah soal selidik. Teori yang digunakan oleh pengkaji menggunakan Teori Gibson (1989). Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa informan sangat berminat untuk mempelajari tentang pembuatan Nasi Ambang dan akhir sekali langkah-langkah pendekatan yang terbaik harus dilakukan bagi memulihara Nasi Ambang ini sebagai makanan tradisi masyarakat jawa dan warisan Nasi Ambang juga turut dikekal sebagai identiti kepada masyarakat Jawa. Kesimpulannya, daripada sorotan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji kebanyakkannya kajian pemuliharaan terhadap sesuatu warisan seperti makanan dan 23. FYP FTKW. ketara.Warisan budaya tidak ketara ini menjadi satu keutamaan, iaitu merangkumi.
(33) dengan tepat dan mendalam. Disamping itu, sorotan kajian yang dinyatakn ini juga melihat peranan pihak bertanggungjawab dalam memelihara warisan seperti makanan, kuih tradisional dan Gastronomi sesuatu bangsa. Oleh itu, pemuliharaan ini sangat penting bagi memberi kesenambungan dan pelestarian terhadap warisan yang kita miliki ini dan penyelidkan terhadap pemuliharaan warisan tidak ketara ini harus dipergiatkan lagi kerana dariapada sorotan kajian yang dibuat mendapat bahawa kurangnya penyelidikan tentang pemuliharaan warisan tidak ketara ini terutamanya di Malaysia khususnya. 2.3.2. Warisan tidak ketara. Kajian ini ditulis oleh María de Miguel Molina et al. (2016). Kajian yang dikaji ialah berkenaan dengan Warisan dan Gastronomi Tidak Ketara iaitu Kesan dari Unsur Gastronomi UNESCO. Tujuan kajian ini dijalankan bagi bagi mengenal pasti adakah definisi khusus gastronomi sebagai warisan tidak ketara dan elemen yang diiktiraf UNESCO digunakan untuk pemasaran. Kajian ini juga membincangkan tentang warisan tidak ketara yang agak baru berbanding warisan ketara. Selain itu, kajian ini turut membincangkan tentang usaha untuk mengiktirafkan nilai gastronomi dalam senarai UNESCO sebagai warisan tidak ketara iaitu Mexico telah menyediakan aplikasi warisan berkaitan masakan pertama untuk dimasukkan ke dalam Pengisytiharan Karya Warisan Lisan dan Tidak ketara. Kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan kaedah kandungan analisis dan analisis rangkaian iaitu melalui pengenalpastian kata kunci dengan menggunakan aplikasi pakej perisian VantagePoint dan Ucinet 6. Hasil dapatan kajian ini telah menyatakan bahawa warisan tidak ketara telah meningkat dari 24. FYP FTKW. kuih tradisional banyak menggunakan kaedah kualitatif bagi memperolehi maklumat.
(34) mungkin akan menjadi salah kajian yang akan dikaji pada masa akan datang. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan gambar rajah 1 berkenaan dengan istilah-istilah yang muncul antara tahun 1991 hingga 2013 dan juga menunjukkan istilah berkaitan dengan gastronomi. Seterusnya dapatan kajian ini turut menyatakan bahawa warisan tidak ketara ini mula menjadi penting setelah pada tahun 2011 tambahan UNESCO turut meletakkan gastronomi sebagai senarai yang diiktiraf. Akhir sekali, daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa gastronomi adalah warisan tidak ketara yang kurang dikaji dan kajian tentang gastronomi juga agak baru. Kajian ini ditulis oleh Soren Askegaard dan Dannie Kjeldgaard (1999). Kajian bertajuk Identiti dan Akulturasi iaitu Kes Penggunaan Makanan oleh Greenlanders di Denmark. Kajian yang ditulis Soren Askegaard dan Dannie Kjeldgaard memfokuskan terhadap strategi akulturasi yang digunakan pakai oleh pengguna Greenland yang tinggal di Denmark iaitu khususnya bagaimana produk makanan memasuki wacana pembentukan identiti. Selain itu, kajian ini juga turut membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan iaitu menggunakan kaedah temu bual kepada penduduk di empat Bandar Denmark iaitu sebanayk 20 orang yang ditemu bual bagi memperolehi maklumat. Responden yang di temu bual ini terdiri daripada golongan wanita dan lelaki yang berusia antara lingkungan 22 tahun sehingga 14 tahun. Di samping itu, pemberi maklumat ini ada yang suka rela untuk menyatakan maklumat kepada pengkaji dan pengkaji juga turut menggunakan kaedah snow board Akhir sekali, hasil dapatan mendapati bahawa perbezaan budaya diantara Greenlandic dan Denmark secara umum. 25. FYP FTKW. sebelum ini dan kajian berkenaan dengan gastronomi kurang dikaji sebelum ini.
(35) dan proses melalui kedua dua budaya ini. Sorotan kajian yang lain ditulis oleh Sharifah Hafiza M.R dan Norazatul Hanim M.R (2020) ialah berkenan dengan tajuk Kesan Pencampuran Pada Struktur Aerasi Kuih Bahulu. Pengenalan kajian ini menyatakan bahawa Kuih bahulu adalah salah satu Kuih tradisional yang disenaraikan sebagai warisan tidak ketara oleh Jabtan Warisan Negara iaitu Pada tahun 2019. Disamping itu, Kuih Bahulu antara kuih yang dihidangkan pada musim perayaan dan hari-hari biasa kerana Kuih bahulu ini sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa (Raji et al., 2017). Selain itu, Usaha untuk memperkenalkan Kuih Bahulu sebagai makanan pelancongan juga turut terhalang kerana disebabkan kualiti makanan. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang Kesan Pencampuran pada Struktur Aerasi Kuih Bahulu. Keadah kajian yang diguna dalam kajian ini ialah kualitatif iaitu pengkaji memperolehi data dari kaedah pemerhatian. Hasil kajian yang didapati terhadap kajian ini ialah graf menunjukkan bahawa berlakunya pengurangan tertinggi iaitu oleh pemprosesan secara automatik sebanyak 171 % sementara pemprosesan secara manual menunjukkan penurunan sebanyak 120% hal ini berlaku disebabkan proses pencampuran penggabungan udara dengan pencampuran adunan kuih bahulu tersebut. Manakala Kajian yang dikaji oleh Martin Mac Con Iomaire (2018) iaitu beliau mengkaji tentang Mengenali Makanan Sebagai Sebahagian daripada Budaya Tidak Ketara di Ireland’s. Kajian ini mengkaji tentang kekurangan mengenai ikonik antara Ireland dengan makanan.Secara ringkas kajian ini menyatakan bahawa menyapa makanan dan Ireland tidak dapat dikaitakan dan juga memperlihatkan bahawa 26. FYP FTKW. tidak sangat berbeza selain juga hasil dapatan ini juga menyatakan tentang makanan.
(36) mengenal pasti potensi sebuah sekolah di Ireland’s iaitu bagi tujuan sejarah makanan Ireland’s. Hasil berbincang dalam kajian ini ialah pengkaji membincangkan tentang makanan sebagai warisan budaya, warisan ketara dan tradisi makanan Ireland’s iaitu adakah makanan tradisi Ireland’s ini wujud. Akhir sekali pengkaji juga turut membincangkan tentang sumber Bahasa Ireland’s. Disamping itu kajian yang seterusnya, kajian ini ditulis oleh Nurul Dayana dan Mohd Dinar (2019) kajian terhadap Makanan Tradisional Masyarakat Bugis (Burasak) di Klang, Selangor. Secara ringkasnya kajian ini juga turut membincangkan mengenai masyarakat Bugis dan makanan tradisional iaitu Burasak sebagai makanan warisan yang dimiliki oleh masyarakat Bugis. Pengkaji menggunakan kaedah pendekatan kualitatif bagi memperolehi maklumat iaitu menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian Akhir sekali, kajian menunjukkan hasil iaitu mengenai sejarah, faktor perkembangan, perubahan terhadap budaya dan akhir sekali ialah kepentingan budaya terhadap masyarakat Bugis. Kajian ini ditulis oleh Ainul Hidayah (2019) berkenaan dengan Makanan Tradisional Masyarakat Banjar di Felda Gunung Besourt 4, Sungai Perak. Kajian ini dalam kajian ini pengkaji membincangkan mengenai Mandai iaitu sejenis makanan tradisi masyarakat Banjar yang dianggap mempunyai keunikan dan mempunyai keistimewaan. Kajian ini juga turut membincangkan tentang kekurangan modal insan terhadap kemahiran dalam pembuatan kuih tradisional dan juga kurangnya minat dari generasi muda berkenaan dengan kuih tradisional berbanding dengan kuih moden yang sering mendapat sambutan pada masa sekarang. Objektif kajian ini adalah mengenal 27. FYP FTKW. pentingnya makanan terhadap budaya di Ireland’s tambahan pula kajian ini juga turut.
(37) Mandai kepada masyarakat setempat. Selain itu, pengkaji juga turut menggunakan kaedah campuran iaitu mengunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji juga turut menyatakan tentang hasil kajian iaitu beliau menyatakan bahawa masyarakat Banjar telah berakar umbi dari keturunan Melayu di Kalimantan, Indonesia dan Mandai juga dikatakan mempunyai sejarah yang sangat unik iaitu selaras dengan konsep Fungsionalisme. Akhir sekali Mandai ini sebenar berperanan penting dalam menyatupadukan hubungan antara Melayu, Banjar dan Jawa dan juga Mandai merupakan makan warisan tidak ketara yang harus dipelihara agar generasi seterusnya dapat menikmati warisan ini. Sorotan yang kajian yang lain ialah ditulis oleh Mohamed Faeez dan Kamarulzaman (2015). Kajian ini berkenaan dengan Mempromosikan Makanan Tradisi Kuih Akok Iaitu Merupakan Warisan Tidak Ketara Dengan Membuat Penjenamaan Baru. Secara ringkas kajian ini membincangkan tentang Kuih Akok sebagai kuih tradisional dan identiti kepada masyarakat terutama kepada masyarakat di Kelantan dan Terangganu. Tujuan kajian ini ialah melakukan pengkaedahan yang baru dalam mempromosikan Kuih Akok iaitu melalui keadah penjenamaa yang baru agar kuih ini dikenali.Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah kuantitatif .Hasil kajian yang didapati ialah beberapa aspek telah diambil kira bagi meningkatkan produk supaya sesuai dengan keusahawanan sekarang dan mempunyai keunikan dalam mempromosikan Kuih Akok dengan penjenamaan baru. Kajian yang ditulis oleh ditulis oleh Nor Afifah Hanim dan Ag Lah (2015) iaitu kajian ini Mempromosikan kuih tradisional Jala Emas Kelantan. Kajian ini melihat 28. FYP FTKW. pasti penyedian Mandai dan melihat sejauhmanakah penerimaan masyarakat mengenai.
(38) ketara yang harus dipulihara. Melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif pengkaji menggunakan kaedah temu dan borang soal selidik bagi memperolehi maklumat tentang Kuih Jala emas ini di Pasar Siti Khadijah dan borang soal selidik di edar bagi melihat kaedah mana yang lebih bersesui bagi mempromosikan Kuih Jala emas ini. Daripada borang soal selidik yang di jalankan pengkaji mendapati bahawa kaedah poster adalah kaedah yang terbaik baik mempromosikan Kuih Jalan Emas ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Medium Poster adalah bersesuai iaitu dengan menggunakan grafik yang menarik dapat mempromosikan Kuih Jala Emas sebagai warisan tidak ketara bagi negeri Kelantan. Kajian ini ditulis oleh Ros aidwati dan Isa (2015) kajian berkenaan dengan Grafik Pembukusan Makanan Tradisional Semai. Pengkaji membincangkan tentang kuih ini sebagai kuih tradisional masyarakat dahulu kala. Pengkaji juga turut menyatakan bahawa generasi sekarang kurang mengenali dan berminat dengan kuih tradisional. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mengenal pasti kaedah yang terbaik bagi memperkenalkan kuih ini ekpada masyarakat iaitu pengkaji menggunakan kaedah grafik dan reka bentuk pembungkusan. Objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah mengkaji berkenaan dengan elemen dan konsep rekabentuk yang bersesuai terhadap kuih ini. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan kajian lapangan. Hasil perbincanagan kajian ini ialah pengkaji menyatakan bahawa penggunaan warna diraja iaitu kuning, emas dan warna hitam menampakkan lagi pembukusan kuih lebih elegen berbanding dulu dan pengkaji juga turut menggunakan. 29. FYP FTKW. Kuih Jala emas sebagai kuih tradisional masyarakat Kelantan dan juga warisan tidak.
(39) ketara kepada masyarakat. Kajian yang lain turut dikaji ialah kajian oleh Gregory dan Noria Tugang (2020) iaitu berkenaan dengan kajian Artifak Budaya Masyarakat Iban Iaitu warisan Dan Pusaka. Kajian ini secara umum membincangkan tentang warisan yang diwariskan sejak dahulu kala dan diturunkan oleh generasi yang lain iaitu kajian ini merangkumi elemen objek, seni linguistik, kulinari tradisonal dan lain-lain lagi. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kualitatif iaitu kaedah kajian lapangan dan penglibatan turut serta.Kaedah kajian ini digunakan bagi memerhati dan juga menganalisis budaya tingkah laku sesebuah etnik dalam penyelidikan berkaitan dengan sejarah warisan ini. Hasil dan perbincangan dari kajian ini mendapati bahawa masyarakat Iban mempunyai budaya yang dinamik dan komprehensif. Orang Iban juga mempunyai ilmu yang tinggi terhadap warisan iaitu mereka mampu mengekalkan elemen warisan ini sama ada warisan yang disentuh atau diamalkan sentiasa berada dalam rumah panjang orang Iban.Oleh itu, masyarakat Iban ini mempunyai warisan yang masih dikekalkan dalam kalangan masyarakat Iban. Kajian ini ditulis oleh Muhammad Faris Abdul Fatah dan Muhammad Faisal Ahaari (2020) iaitu tentang Asimilasi Masyarakat Cina dengan Orang Melayu di Kelantan. Kajian ini berkenaan dengan asimilasi antara masyarakat Cina dan Melayu. Masyarakat Cina di Kelantan adalah masyarakat yang kedua terbesar di negeri Kelantan selepas Melayu. Masyarakat Cina ini mudah bergaul dengan masyarakat Melayu sehinggakan berlakunya asimilasi antara masyarakat Melayu dan Cina iaitu dari segi Bahasa, pakaian, makanan dan sebagainya. Melalui asimilasi ini masyarakat Cina 30. FYP FTKW. poster A2 sebagai medium bagi memperkenal Kuih Semai ini sebagai warisan tidak.
(40) masyarakat Cina di Kelantan ini mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu. Asimilasi terhadap makanan dan cara hidup masyarakat Cina ini kepada masyarakat Melayu menjadi keunikan iaitu sama ada dari segi warisan tidak ketara dan warisan ketara. Akhir Sekali, kajian yang dikaji oleh Fenny Arisca (2017)) berkenaan dengan Kajian Tradisi Bubur Pedas Masyarakat Melayu Di Hamparan Perak, Indonesia iaitu kajian cerita rakyat. Tujuan utama kajian ini memfokuskan pada makanan daerah iaitu menggambarkan makanan daerah mempunyai hubungan berpengaruh dengan kehidupan sosial masyarakat Melayu Hampar. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kualitatif. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa tradisi makanan atau makanan warisan ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kesimpulannya, daripada sorotan kajian ini didapati bahawa warisan ketara itu bukan sahaja terdiri daripada elemen seperti seni, bahasa namun warisan ketara ini juga terdiri daripada makanan dan kemahiran dalam menghasilkan makanan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan bagi sorotan kajian warisan tidak ketara ini banyak menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. 2.3.3. Kuih Bunga Pudak. Antara sorotan kajian yang dikaji berkenaan dengan Kuih Bunga Pudak ini ialah kajian yang dijalankan oleh Kasturi A/p Nathan et al. (2017) iaitu Kajian Mengenai Kearifan Lokal Kuih Bunga Pudak. Kajian ini mengenai Warisan Kuih Bunga Pudak sebagai kuih tradisional bagi negeri Kedah. Selain itu, pengkaji turut menyatakan bahawa Kuih. 31. FYP FTKW. mengamalkan cara hidup seperti masyarakat orang melayu iaitu cara masakan.
(41) Bunga Pudak dan Menganalisis cara Penyediaan Kuih Bunga Pudak dan terkahir ialah cara mempromosikan Kuih Bunga Pudak kepada generasi muda. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan resepi Kuih Bunga Pudak sebagai warisan lama negeri Kedah. Kuih Bunga Pudak menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah (2021) telah mentakrifkan bahawa Kuih Bunga Pudak adalah sejenis kuih tradisional bagi negeri kedah yang popular disekitar Alor Setar dan Jitra. Kuih ini juga berbentuk segi empat tepat dan berwarna-warni serta mempunyai rasa yang pelbagai. Kesimpulnya, kajian mengenai Kuih Bung Pudak ini kurang dikaji. Kuih Bunga Pudak kurang dikenali mungkin disebabkan masyarakat atau generasi muda kurang berminat dengan kuih ini.Oleh itu, kajian terhadap Kuih ini harus dikaji bagi menambah maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai Kuih Bunga Pudak.. 2.4. KERANGKA TEORITIKAL. Menurut Koentjaraningrat teori adalah alat bantu dalam menentukan tujuan dan penelitian yang lebih mendalam serta sebagai langkah yang dijalankan dalam kajian agar kajian tersebut lebih jelas dan berterusan. Manakala pendapat H. nawawi beliau menyatakan bahawa kerangka teori sangat penting dalam menjalankan penyelidikan kerana teori yang digunakan mengandungi teori-teori yang relevan dalam menjelaskan sesuatu masalah (Siti Aishah, 2019) Teori Fungsionalisme ini menerangkan tentang perspektif struktur fungsional yang dinyatakan oleh Talcott Parsons (1937). Selain itu, komuniti atau masyarakat harus 32. FYP FTKW. Bunga Pudak ini kurang dikenali. Objektif kajian ini ialah mengkaji keunikan Kuih.
(42) yang dinyatakan oleh Talcatt Parsons ialah adapatisi, Pencapaian Tujuan, Integrasi dan Latensi Pemeliharaan. Setersunya, Teori Fungsionalisme ini juga adalah berfungsi sebagai penyatuan iaitu saling bergantung antara satu sama lain di antara golongan masyarakat. Contohnya Teori Fungsionalisme ini menyatakan setiap anggota badan memainkan peranan yang penting supaya dapat meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan anggota masyarakat seandainya anggota masyarakat atau komuniti tidak saling bergantung antara satu sama lain maka tidak akan wujudnya kesepaduan bersama. Empat fungsi yang dinyatakan oleh Talcatt Parsons sangat berkait dengan tajuk yang dikaji iaitu bagi menjawap objektif ketiga yang dinyatakan oleh pengkaji tentang penglibatan komuniti. Objektif ketiga yang dinyatakan oleh pengkaji ialah menganalisis penglibatan komuniti terhadap pemuliharaan warisan tidak ketara terhadap Kuih Bunga Pudak. Antara empat pendekatan fungsi yang dibawa oleh Talcott Parsons ialah Adaptasi. Adaptasi menurut Soekanto (2017) menyatakan bahawa adaptasi ialah proses penyesuian dari individu, kumpulan dan unit .Oleh itu, Komuniti harus mengadaptasi Kuih Bunga Pudak dalam kehidupan agar kuih ini tidak hilang dan pupus. Apabila komuniti itu sudah mengadaptasi Kuih ini dalam kehidupan maka pengetahuan dan maklumat terhadap kuih ini dapat disebarkan pula kepada masyarakat lain berkenaan Kuih Bunga Pudak ini. Fungsi yang seterusnya, ialah pencapaian. Pencapaian tujuan ini menurut Duncan (1985) beliau menyatakan bahawa pencapaian tujuan ini adalah usaha secara keseluruhan bagi mencapai matlamat yang mengambil kira mengenai proses.Sebagai contoh, dalam kajian yang dikaji matlamat utama adalah pemuliharaan Kuih Bunga Pudak. Oleh itu, usaha untuk melakukan pemuliharaan Kuih Bunga Pudak ini harus melalui proses untuk mencapai 33. FYP FTKW. memenuhi empat fungsi supaya terus kekal dan wujud (Talcot Parson, 1964). Empat fungsi.
(43) komuniti agar pemuliharaan Kuih bunga Pudak ini dijalankan. Selain itu, Fungsi yang ketiga yang dinyatakan oleh Talcatt Parsons ialah berkenaan dengan inegrasi. Integrasi menurut Duncan (1985) menyatakan bahawa pengukuran tahap kemampuan dan kesapaduan mengenai proses sosialisasi iaitu Komuniti dan pihak bertanggungjawab harus bersepadu untuk melakukan pemuliharaan terhadap Kuih Bunga Pudak ini agar tidak pupus ditelan zaman. Akhir sekali, fungsi yang keempat ialah latensi atau pemuliharaan pola yang sudah ada (Latency). Kajian ini berkaitan dengan komuniti maka komuniti harus berkerjasama bagi mewujudkan motivasi untuk mencapai tujuan iaitu komuniti harus saling bekerjsama dan saling melengkapi supaya motivasi untuk mencapai kejayaan terhadap pemuliharaa Rajah 2.1 Kerangka Teoritikal. Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara Terhadap Kuih Bunga Pudak: kajian di Alor Setar, Kedah. Empat prinsip Talcott Parson dalam Teori Fungsionalisme i. ii. iii. iv.. penyesuaian (Adaption) pencapaian matlamat (Goal Attainment) integrasi (Integration) Latensi atau pemuliharaan pola yang sudah ada (Latency). Pihak berkepentingan. Komuniti Temu bual 34. FYP FTKW. kepada pencapaian tujuan atau (Goal attainment). Usaha ini harus di lakukan oleh pihak.
(44) Negatif. Positif. .. Mencapai obejektif Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara Terhadap Kuih Bunga Pudak: kajian di Alor Setar, Kedah Sumber: Kajian Lapangan 2021. 2.5. KESIMPULAN. Kesimpulannya, bab ini secara keseluruhanya menerangkan mengenai kajian lepas yang dikaji iaitu mengenai tajuk yang dikaji berdasarkan konsep seperti pemuliharaan, warisan tidak ketara dan Kuih Bunga Pudak. Pengkaji mendapati kajian sorotan terhadap Kuih Bunga Pudak kurang dikaji oleh pengkaji dan sorotan kajian terhadadap pemuliharaan ini lebih kepada pemuliharaan warisan ketara berbanding warisan tidak ketara. Sorotan kajian yang dinyatakan ini juga turut memperlihatkan perbezaan dan menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan kajian. Selain itu, pengkaji juga turut menggunakan Teori Fungsionalisme oleh Talcott Parsons terhadap kajian ini. Teori ini sangat bersesuaian dengan tajuk yang dikaji iaitu penglibatan pihak komuniti dalam pemuliharaan Kuih Bunga Pudak 35. FYP FTKW. Keputusan.
(45) METODOLOGI KAJIAN. 3.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan proses pengumpulan data, kaedah analisis data, kesahan dan kebolehpercayaan dan kesimpulan. Metodologi juga boleh ditakrifkan sebagai ilmu mengenai kajian dalam mentadbir tentang sesuatu perkara bagi memenuhi matlamat atau objektif yang telah dirancang (AS Hornby et al. 1980). Manakala menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) iaitu beliau menyatakan penyelidikan atau kajian ialah sesuatu perkara yang dijalankan bagi mengetahuai perkara yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku bagi menambah maklumat dan pengetahuan kepada pengkaji berkenaan dengan tajuk yang dikaji. Dalam kajian ini juga pengkaji menyatakan proses pengumpulan data. Dalam proses pengumpulan data ini terdiri daripada sumber primer, sekunder dan kaedah kualitatif. Sumber primer menurut Rohana Yusof (2004) beliau mendefinisikan bahawa data primer ialah sumber yang diperolehi adalah sumber pertama dan asli. Seterusnya, Sumber Sekunder ialah maklumat atau data yang diperolehi daripada kajian orang lain (Sabitha Marican, 2005). Manakala dalam proses pengumpulan data ini juga pengkaji menggunakan kaedah kualitatif. Seterusnya, pengkaji juga turut menyatakan kaedah analisis data dalam bab ini. Kaedah analisis ini penting bagi menganalisis data kualitatif dan kuantitatif iaitu dalam 36. FYP FTKW. BAB III.
(46) tematik. Analisis kaedah tematik ini dijalankan bagi melihat tema yang bersesui dan pengekodan yang digunakan untuk menganlisis data kualitatif. Disamping itu juga dalam kajian ini juga turut menyatakan tentang kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan dan kebolehpercayaan dibuat keatas pengumpulan data temu bual. Tahap kebolehpercayaan yang tinggi akan dicapai seandainya persampelan tersebut dilakukan secara rawak iaitu berbeza lokasi.. 3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA. Prosese pengumpulan data ini penting bagi memperolehi maklumat dalam menjalankan kajian lapangan. Suliman Masri beliau menyatakan bahawa prosese atau kaedah pengumpulan data ini ialah proses pengumpulan pemboleh ubah dan pengkaji akan menentukan prosedur atau teknik yang sesuai digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan (Zulkifley Hamid dan Nirwana Sudirman, 2017). Proses pengumpulan data ini terdiri daripada sumber primer, sekunder dan kaedah kajian Kualitatif.. 3.2.1. Sumber Primer. Sumber primer merupakan data yang diperolehi dari sumber asli yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Selain itu, data-data yang diperolehi oleh pengkaji ini akan dikumpul melalui proses eksperimental atau kajian lapang yang dilakukan oleh pengkaji iaitu melalui kaedah temu bual, soal selidik, pemerhatian dan lain sebagainya (Rohana Yusof, 2005). Sumber primer yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual 37. FYP FTKW. kajian ini pengkaji menggunakan analisis data kualitatif menggunakan analisis kaedah.
(47) iaitu temu bual secara terbuka, temu bual formal dan dan temu bual secara tidak formal. Manakala Fontana dan Frey (1994) turut menyatakan bahawa temu bual ini terdiri daripada temu bual Berstruktur, Separa struktur dan tidak berstruktur. Bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Bagi soalan temu bual berstruktur ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian dan soalan ini juga telah dibina terlebih dahulu.. 3.2.2. Sumber Sekunder. Sumber sekunder ini secara ringkasnya menurut Sabitha Marican (2005) beliau mendefinsikan bahawa data-data yang dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sumber sekunder juga ialah data lepas yang dikumpul oleh pengkaji bagi tujuan kajian dan datadata berkenaan haruslah releven dan bersesuai bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian (Ang Kean Hua, 2016). Disamping itu juga Sabitha Marican (2005) menyatakan bahawa sumber sekunder ialah tediri daripada bentuk tulisan dan pandang dengar iaitu dokumen awam iaitu seperti laporan formal, majalah, surat khabar dan sebagainya manakala bagi sumber sekunder pandang dengar ialah ucapan, tayangan video, gambar dan lain lain lagi. Sumber sekunder dalam bentuk tulisan ialah jurnal, tesis, surat khabar, internet dan lain lain lagi manakala bagi sumber sekunder untuk pandang dengar pengkaji menggunakan tayangan video iaitu bagi melihat pembuatan Kuih Bunga Pudak. Pengkaji menggunakan sumber sekunder kerana memudahkan pengkaji memperolehi maklumat. Menurut Ang Kean Hua (2016) beliau menyatakan 38. FYP FTKW. Menurut Patton (1980) beliau menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temu bual.
(48) mudah, menjimatkan masa dan Sesetengah maklumat yang diperlukan oleh pengkaji yang boleh didapati pada data sekunder dan kelemahan sumber sekunder ialah maklumat yang diperolehi tidak lengkap dan tidak memenuhi kehendak pengkaji. 3.2.3. Kaedah Kualitatif. Kualitatif menurut Hamzah (2010) ialah kaedah yang tidak memerlukan informan yang banyak bagi memperolehi maklumat kerana maklumat yang diperolehi adalah berkualiti hal ini kerana pengkaji hanya menumpukan kepada persampelan yang lebih kecil dalam satu kumpulan. Kaedah kualitatif ini juga hanya melibatkan data-data yang diperolehi dari kaedah temu bual dan pemerhatian secara mendalam (Chua, 2011). Oleh itu, pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan bagi memperolehi maklumat dari informan tentang Kuih Bunga Pudak. Kaedah kualitatif ini menggunakan temu bual. Temu bual yang digunakan oleh pengkaji ialah temubual berstruktur. Pengkaji memilih informan seperti pengusaha Kuih Bunga Pudak untuk ditemubual iaitu seramai empat orang pengusaha Kuih Bunga Pudak dan seorang pegawai JKKN dipilih sebagai informan. Pengkaji melihat temu bual berstruktur ini lebih sesuai dengan kajian. Kaedah temu bual ini dijalankan oleh pengkaji kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu tidak perlu menumpu kepada kumpulan yang besar dan menjimatkan masa pengkaji untuk memperolehi maklumat. Disamping itu, pengkaji juga turut menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Pengkaji menggunakan kajian-kajian lepas bagi memperolehi maklumat yang dikaji. 39. FYP FTKW. bahawa kelebihan menggunakan sumber sekunder ini adalah maklumat didapati dengan.
(49) khabar dan sebagainya. Sumber sekunder banyak digunakan dalam kajian ini kerana kebanyakan maklumat diperolehi daripada jurnal, tesis, artikel dan sebagainya. Penggunaan sumber sekunder ini juga membantu dalam melakukan sorotan kajian. Pengkaji menggunakan Penelitian terhadap kajian lepas dilakukan bagi melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan yang boleh di aplikasikan dalam tajuk kajian. Pengakaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan ini kerana memudahkan pengkaji untuk mendapat maklumat dan sesetengah maklumat hanya boleh didapati dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Pengkaji juga turut menggunakan kajian kepustakaan ini bagi melihat teori-teori yang bersesuai dengan tajuk kajian. Pengkaji turut menggunakan persampelan bertujuan. Pengkaji mengambil kira informan berdasarkan kriteria yang terpilih dan relevan. Persampelan ini juga memilih informan yang mempunyai input iaitu pengkaji memilih pengusaha Kuih Bunga Pudak kerana dapat memberi input yang diinginkan oleh pengkaji. Persampelan bertujuan ini juga banyak digunakan dalam kajian kualitatif.. 3.3. KAEDAH ANALISIS DATA. Menurut Sugiyono (2010) teknik analisis data atau kaedah analisis data ialah proses mencari data, menyusun secara sistematik terhadap data yang dikumpul iaitu dari hasil temu bual, kajian lapangan dokumentasi. Selepas itu, menyusun data menjadi beberapa kategori kepada beberapa unit, mensintesis, menyusun mengikut corak dan hanya memilih data yang penting untuk dikaji dan akhir sekali membuat kesimpulan data.. 40. FYP FTKW. berdasarkan tajuk kajian. Pengkaji menggunakan sumber data seperti Jurnal, tesis, surat.
(50) mencatatkan data yang diperolehi dan seterusnya mengumpulkannya. Pengumpulan data ini diperolehi daripada temu bual di kajian lapangan. Reduksi Data (Pengurangan Data) ini ialah secara umumnya ialah mengringkaskan data, memilih perkara utama sahaja iaitu memberi tumpuan terhadap perkara penting yang ingin dikaji dan mencari tema dan corak yang sesuai dan akhir sekali membuang perkara yang tidak penting. Pengurangan data ini dapat membantu para pengkaji memfokuskan kajian dengan jelas dan memudahkan pengkaji mengumpulkan data (Sugiyono, 2010). Persembahan data (Display Data) menurut Amailes dan Hurberman (Sugiyono, 2010) adalah kebanyakan persembahan data kualitatif ini mengunakan teks dan naratif. Oleh itu, pada peringkat ini pengkaji akn memaparkan data-data yang telah dikurangkan ke dalam kajian. Pengambilan Keputusan langkah kaedah analisis data kualitatif menurut Amiles dan Hurberman (Sugiyono, 2010) ialah langkah terakhir dalam membuat kesimpulan dan pengesahan iaitu pada peringkat awalnya kesimpulan yang dilakukan masih sementara dan berkemungkinan akan berubah sekiranya tiada bukti yang sahih untuk menyokong di peringkat pengumpulan data .Disamping itu, kesimpulan dalam penyelidikan kualitatif mungkin dapat menjawap rumusan masalah namun akan berubah dan berkembang setelah penyelidikan dijalankan.. 3.3.1 Analisis Data Kualitatif Selain itu, Menurut Braun dan Clarke (Heriyanto, 2018) telah menyatakan analisis tematik ini adalah salah satu cara menganalisis data dengan cara mengidentifikasikan. 41. FYP FTKW. Pengumpulan data secara ringkasnya ialah mencari, mendapatkan data dan.
(51) Disamping itu, Fereday dan Muir Cochrane (2006) telah menyatakan bahawa Kaedah analisis tematik ini sangat sesuai digunakan bagi menganalisis data kualitatif iaitu dengan mengaitakan pola-pola dalam sebuah fenomena dan menjelaskan secara terperinci bagaimana fenomena itu terjadi melalui penilaian dari pengkaji dan akhir sekali Holoway dan Todres juga turut menyatakan bahawa analisis tematik ini adalah asas untuk tujuan analisis bagi penyelidikan kualitatif (Heriyanto, 2018) Kaedah ini digunakan bagi mengklasifikasikan data-data dalam bentuk tema bersesuai bagi menjawab persoalan kajian. Analisis tematik ini juga adalah tahap awal bagi menganalisis data dan seterusnya memproses data iaitu dengan memasukan kebahagian kod dan akhirnya dibahagian pameran data sama ada dalam bentuk jadual, gambar, carta alir, gambar rajah dan sebagainya bagi memudahkan para pembaca memahami tentang kajian yang dijalankan (Rohizani Yaakub, 2018). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan gambar rajah, jadual temubual dan sebagainya. Menurut (Heriyanto, 2018) antara tahap melakukan analisis tematik ini ialah memahami data. Data yang diperolehi tidak bermaksud pengkaji memahami tentang kajian tersebut. Kajian kualitatif ini adalah bertujuan memahami secara lebih terperinci daripada pelbagai sudut pandangan informan, rakaman temu bual dan sebagainya .Pengkaji juga harus memahami secara mendalam bagi mengintegrasikan data kualitatif yang diperolehi iaitu dengan membaca berulang kali transkrip temu bual dan mendengar semula rakaman temu bual. Oleh itu, rakaman temu bual adalah data atau sumber terpenting kepada pengkaji bagi memperolehi maklumat.. 42. FYP FTKW. pola atau tema iaitu melalui kaedah data maklumat yang dikumpulkan oleh pengkaji..
(52) pengusaha Kuih Bunga Pudak. Tujuan memahami data ini adalah bagi membantu pengkaji memahami tentang data yang dikaji dan dari situ pengkaji akan mula mencari di dalam data tersebut tentang persoalan kajian. Maka bagi memahami data pengkaji harus membaca transkrip temu bual sekurangnya melebihi dua kali atau lebih baik berkali-kali sehingga pengkaji memahami data tersebut. Selain itu, juga turut dicatat semasa membaca transkrip hal ini penting agar dapat memahami lebih lanjut tentang pembacaan data Seterusnya, ialah Pengekodan. Pengekodan menurut Richards dan Morse (2002) mereka telah menyatakan bahawa pengekodan adalah sebagai bahagian yang penting dalam data analisis kualitatif dan terdapat banyak pengkaji mempertimbangkan untuk pengekodan sebagai sinonim dengan analisis dan pengekodan juga adalah proses penafsiran bergerak iaitu dari data idea dan dari idea kepada pengumpulan data yang berkaitan. Saldana juga turut menyatakan bahawa pengekodan ini adalah tindakan interpretatif yang mewakili proses peralihan antara pengumpulan data yang lebih meluas (Nicholas Hedlund, 2013). Pengekodan ini juga boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu pengekodan terbuka (Open Coding), Pengekodan paksi (Axial Coding) dan peengekodan terpilih (Selective Coding) (Marzni Mohamed Mokhtar et al, 2018). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pengekodan terbuka (Open Coding) iaitu pengekodan terbuka ini adalah menganalisis setiap data dengan melihat baris demi baris, ayat dan perkataan hal ini penting bagi membina konsep dan kategori. Jesteru itu, dengan melakukan pengekodan jenis ini pengkaji dapat memahami data dengan lebih cepat.. 43. FYP FTKW. Dalam kajian pengkaji akan merakam audio semasa sesi temu bual dengan.
DOKUMEN BERKAITAN
Muhammad Saiful Islami, “Penerimaan Pelanggan Terhadap Skim Pajak Gadai Islam: Kajian di Kedai Ar-Rahnu Bank Rakyat Cawangan Alor Setar, Kedah”, Disertasi Sarjana Syariah,
Dalam konteks ini, warisan merujuk kepada tinggalan berbentuk fizikal iaitu artifak yang ketara mahupun dalam bentuk tidak ketara iaitu idea, teknik, kemahiran yang diwarisi sejak
Penemuan sejarah telah membuktikan bahawa bangunan Balai Besar, Istana Pelamin, Balai Nobat dan juga Masjid Zahir adalah hampir seusia dengan pembukaan Kota Setar
Kajian ini adalah berdasarkan kepada matlamat kajian dan ini dibahagi kepada dua iaitu (1) Untuk memahami konsep keseluruhan pemuliharaan warisan di dalam
Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar Semester 1 di Fakulti Pendidikan UiTM Seksyen 17 Shah Alam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan
Noor Hanita Abdul Majid Heritage Studies & Measured Drawing of Istana Cegar, Alor Setar,. Kedah, Malaysia
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian responden terhadap pengurusan pemuliharaan bangunan warisan adalah dalam keadaan yang baik walaupun terdapat isu kerosakan bangunan,
Objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemeliharaan bangunan warisan Muzium Islam terhadap masyarakat sekitar, serta mengkaji kerja-kerja konservasi
Projek penyelidikan ini menyentuh kesemua isu yang telah dibangkitkan berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang telah dibuat oleh pengkaji iaitu mengenai Pengembalian Semula
Pengkaji mendapati projek pemuliharaan terhadap makam-makam belum dilakukan kerana pengurusan Makam D’Raja Langgar ini tidak melibatkan kerjasama dengan muzium bahkan Jabatan
Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai kepentingan budaya pada Kompleks Warisan Pahlawan Resort, mengenalpasti pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah-rumah tokoh di
Kajian ini dijalankan terhadap masjid ini adalah untuk menilai tahap penglibatan komuniti dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Masjid Pangkalan Kakap, Merbok, Kedah dengan
Instrumen temubual yang digunakan bertujuan bagi menjawab objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu menganalisis fungsi muzium Hang Tuah untuk melindungi warisan di Melaka dan
Di dalam kajian ini, teori fungsionalisme ini telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan warisan senibina yang berkaitan dengan Istana Balai Besar Alor Setar..
Pada masa yang sama, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka latar belakang sejarah pembinaan galeri Mahathir Mohamad, menghurai perubahan fungsi rumah kelahiran
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif kajian iaitu Mengenalpasti pelan strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Muzium Diraja Negeri Kedah dalam
Ucapan penghargaan terima kasih turut diberikan kepada Lembaga Zakat Alor Setar, Kedah yang sentiasa memberikan kerjasama di dalam memperoleh maklumat berkaitan
Pada peringkat awal, undang-undang yang berkait warisan ketara dengan merujuk kepada benda purba tanpa memberi perhatian khusus terhadap warisan budaya tidak
Selain pelabuhan pedalaman di Limbong, pelabuhan Kuala Kedah juga membantu dalam perkembangan bandar Alor Setar dengan berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dagangan
Melalui kajian pemetaan yang dijalankan di ketiga-tiga daerah iaitu daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah terdapat beberapa buah masjid warisan yang masih mengekalkan
Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga responden terhadap keseluruhan kemudahan, program,
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneneliti faktor penentu kejayaan usahawan produk kuih tradisional yang terdapat di daerah Papar, Sabah..
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka ( SM ), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana