• Tiada Hasil Ditemukan

SUMBANGAN TUAN GURU DATO' DR. HARON BIN DIN (1940-2016) DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SUMBANGAN TUAN GURU DATO' DR. HARON BIN DIN (1940-2016) DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA "

Copied!
63
0
0

Tekspenuh

(1)

The copyright © of this thesis belongs to its rightful author and/or other copyright owner. Copies can be accessed and downloaded for non-commercial or learning purposes without any charge and permission. The thesis cannot be reproduced or quoted as a whole without the permission from its rightful owner. No alteration or changes in format is allowed without permission from its rightful owner.

(2)

SUMBANGAN TUAN GURU DATO' DR. HARON BIN DIN (1940-2016) DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA

SITI AMRINA BINTI BOKHARI

SARJANA SASTERA PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2020

(3)
(4)

Kebenaran Penggunaan Tesis

Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Sastera Pengajian Islam dari Universiti Utara Malaysia. Saya bersetuju bahawa Perpustakaan Sultanah Bahiyyah, Universiti Utara Malaysia untuk membenarkan sesiapa sahaja membaca tesis ini. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran diberikan kepada penyelia-penyelia saya dan Dekan Penyelidikan, bagi menyalin tesis ini dalam sebarang bentuk, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, untuk tujuan akademik. Sebarang penerbitan atau penyalinan atau penggunaan tesis ini sama ada sebahagian atau sepenuhnya daripadanya untuk tujuan kentungan kewangan adalah tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat keizinan daripada saya secara bertulis. Pengiktirafan harus diberikan kepada saya dan Universiti Utara Malaysia dalam sebarang penggunaan daripada tesis ini.

Sebarang permohonan untuk menggunakan atau menyalin mana-mana bahagian daripada tesis ini, hendaklah mendapat izin terlebih dahulu daripada :

Dekan Awang Had Salleh Graduate School Of Arts And Sciences, UUM College Of Arts And Sciences,

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok.

(5)

Abstrak

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din adalah ikon pengamal rawatan Islam yang berkarisma dan sangat dihormati kerana kejayaannya memartabatkan kaedah rawatan Islam di Malaysia. Namun begitu, wujud kekeliruan dalam kalangan masyarakat untuk membezakan antara perubatan Islam, moden, dan Melayu tradisional; terdapat sebilangan perawat yang mengenakan upah atau pengeras yang keterlaluan; serta terdapat sebahagian masyarakat yang mudah mempercayai kehebatan kaedah perubatan alternatif. Kajian ini berusaha untuk menjawab persoalan berkaitan sejarah dan penglibatan tokoh, bentuk ilmu perubatan dan kaedah rawatan yang diamalkan, serta sumbangannya dalam bidang ilmu rawatan Islam di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah penglibatan, meneliti ilmu dan kaedah rawatan yang diamalkan serta mendokumentasikan sumbangannya dalam bidang penulisan buku pengubatan dan melahirkan ramai perawat yang berijazah. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur untuk mendapatkan maklumat diri tokoh serta temu bual semi struktur kepada 10 orang responden yang dipilih dalam kalangan ahli keluarga, murid, perawat dan 20 orang responden dalam kalangan pesakit. Di samping itu, kajian analisis kandungan juga dilakukan bagi menganalisis data maklumat daripada sumber bahan yang diperolehi daripada maklumat temu bual dan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa kehebatan sumbangan beliau ialah ilmu dan kaedah rawatan Islam yang diamalkannya berpandukan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan bahan rawatan sebagai usaha dakwah, menubuhkan Pusat Rawatan Islam Darussyifa’, menerbitkan sebanyak 25 buah buku perubatan Islam serta melahirkan lebih 8000 orang pengamal rawatan Islam yang memiliki ijazah di bawah seliaan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia. Kesimpulannya, beliau adalah seorang tokoh pengamal perubatan Islam yang istimewa kerana menjadikan rawatan moden dan rawatan Islam hari ini mempunyai kesinambungan yang harmoni dan memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia.

Kata Kunci : Tuan Guru Dato’ Haron bin Din, Ilmu perubatan Islam, Kaedah rawatan Islam, Buku perubatan Islam dan Darussyifa.’

(6)

Abstract

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din is an Islamic treatment practitioner icon who is charismatic and highly respected for his success in upholding the Islamic treatment in Malaysia. However, there remain confusion among the public in distinguishing between modern Islamic and traditional Malay medicine; there are also a number of practitioners who charge excessive fees or offerings as a condition in their treatment methods and there are several people who easily believe in the greatness of alternative medicine. This study seeks to answer questions related to the history and involvement of figures, the form of medical knowledge and treatment methods practiced and his contribution in the field of Islamic medical knowledge in Malaysia. This study aims to examine the involvement history, examine the knowledge and methods of treatment practiced and document Tuan Guru’s contribution, specifically in the field of medical books writing and his contribution that has produced many practicing graduates. This study employed structured interview methods to obtain personal information of the figures and semi-structured interview was conducted on 10 respondents selected among family members, students, practitioners and 20 respondents among patients. In addition, content analysis was also conducted to analyze data from material sources obtained from interviews and library studies. The results of the study found that his greatest contribution is the knowledge and methods of Islamic treatment that he practices based on the verses of the Quran, prayers and treatment materials as a way of preaching to the community, in establishing the Darussyifa' Islamic Treatment Center, published a total of 25 Islamic medical books and produced more than 8000 Islamic treatment practitioners with degrees under the supervision of the Malaysian Darussyifa' Islamic Welfare and Medical Association. In conclusion, Tuan Guru is a great and special Islamic medical practitioner that has made today’s modern treatment and Islamic treatment to have harmonious continuity which meet the needs of the Malaysian society.

Keywords: Tuan Guru Dato’ Haron bin Din, Islamic medicine, Islamic treatment methods, Islamic medical books and Darussyifa’

(7)

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, serta keluarga dan sahabatnya. Alhamdulillah.

Penulis mengucapkan rasa syukur yang mendalam kepada Allah SWT kerana dengan taufik, inayah dan pertolongan-Nya, tesis ini berjaya diselesaikan. Dalam menyiapkan tesis ini, penulis melalui pelbagai dugaan dan semuanya menuntut kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Maka dalam ruang yang terbatas tetapi bermakna ini, penulis merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan individu yang menyumbangkan budi dan jasa sama ada secara langsung ataupun tidak langsung untuk kejayaan ini.

Dalam kesempatan ini penulis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr.

Mohd Nizho Bin Abdul Rahman dan Prof. Madya Dr. Kamarudin Bin Ahmad yang membantu dan menyelia penulisan ini manakala Dr Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah daripada UKM dan Prof. Madya Dr. Solahuddin Abdul Hamid selaku panel penilai.

Tidak lupa kepada Ustaz Mohd Khairul Rahimi B Ahmad Masduki yang juga turut membantu aspek pengurusan sepanjang sesi pengajian. Terima kasih juga kepada adinda Ummu Aiman Binti Ibrahim yang merupakan teman seperjuangan dalam penulisan sarjana ini. Daripada merekalah penulis mendapat bimbingan serta tunjuk ajar yang tidak ternilai harganya dan mendapat banyak pengalaman bermakna terutama dalam usaha membina diri menjadi 'sarjana agama'.

Penulis juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sentiasa membantu dalam memudahkan urusan perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian ini. Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada kawan-kawan sekerja di MRSM Beseri, rakan-rakan sepengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan para pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah kerana telah membantu penulis sama ada dalam mendapatkan bahan atau memberi pendapat berguna semasa penyelidikan ini dijalankan.

(8)

Selain itu, penulis juga terhutang budi kepada kekasih hati yang dicintai Haji Mohd.

Fairus bin Ismail dan anak-anak yang sentiasa memberikan bantuan dan faham dengan tugas penulis yang sentiasa sibuk dengan penulisan, bekerja, berkuliah dan tugas-tugas mendidik di sekolah mahupun di lapangan. Dengan dorongan dan bantuan merekalah yang merangsang penulis untuk terus menulis tanpa jemu. Tanpa insan tersayang ayahanda Haji Bokhari bin Abdullah, bonda Hajah Sahrimah Binti Ahmad, bonda mertua Hajah Fatimah @ Fauziah Binti Abdullah, anak-anak Qurratul Ain, Ammar Fathullah, Afif Nasrullah, Izzatul Afwa, Anas Hafizullah serta seluruh adik beradik dan saudara mara, penulis pasti kebuntuan. Kepada semua nama yang disebutkan dan yang tidak dapat disenaraikan di sini, segala budi baik dan jasa yang ditaburkan itu tetap dalam kenangan penulis. Tanpa sumbangan dan kerjasama mereka, tidak mungkin tesis ini dapat disempurnakan.

Meskipun banyak bimbingan dan nasihat yang diberikan, dan daripada pihak penyelia sendiri sedaya upaya mencuba menyempurnakannya, namun kelemahan dan kesilapan tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, segala kesilapan yang terdapat dalam tesis ini adalah tanggungjawab penulis sendiri. Semoga tulisan ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal ibadah dan berguna untuk masyarakat.

Siti Amrina Binti Bokhari

(9)

Senarai Kandungan

Kebenaran Penggunaan Tesis ... i

Abstrak ... ii

Abstrack ... iii

Penghargaan ... iv

Senarai Kandungan ... vi

Senarai Singkatan... xi

BAB SATU PENGENALAN ... 1

1.1 Pendahuluan ... 1

1.2 Permasalahan Kajian ... 2

1.3 Persoalan Kajian ... 6

1.4 Objektif Kajian... 6

1.5 Kepentingan Kajian ... 6

1.6 Limitasi Kajian... 7

1.7 Definisi Operasional ... 7

1.7.1 Tokoh ... 7

1.7.2 Rawatan Islam ... 7

1.8 Ulasan Karya ... 8

1.8.1 Kajian tokoh Tuan Guru Dato’ Dr. Haji Haron Bin Din ... 9

1.8.2 Kajian Pusat Rawatan Darussyifa’... 9

1.8.3 Kajian Perubatan Islam di Malaysia ... 11

1.8.4 Kajian perubatan Islam ... 11

1.8.5 Kajian perubatan Melayu Tradisionl ... 13

1.8.6 Manuskrip Perubatan ... 14

1.9 Metodologi Kajian ... 18

1.9.1 Reka Bentuk Kajian ... 18

1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data ... 18

(10)

1.9.4 Analisis Kajian ... 22

1.10 Kesimpulan ... 23

BAB DUA LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENGLIBATAN TGHD DALAM BIDANG PERUBATAN ISLAM ... 24

2.1 Pendahuluan ... 24

2.2 Asal Usul Keturunan ... 24

2.2.1 Bapa ... 25

2.2.2 Ibu ... 27

2.2.3 Adik-beradik ... 28

2.3 Pendidikan... 29

2.3.1 Pendidikan kanak-kanak ... 29

2.3.2 Pendidikan Rendah ... 31

2.3.3 Pendidikan Menengah ... 31

2.3.4 Pendidikan Pengajian Tinggi ... 32

2.3.5 Pendidikan Tinggi ... 33

2.4 Latar Belakang Keluarga ... 35

2.4.1 Perkahwinan ... 35

2.4.2 Anak-anak ... 35

2.5 Latar Belakang Keperibadian ... 35

2.6 Kerjaya ... 37

2.6.1 Pensyarah ... 37

2.6.2 Pendakwah ... 38

2.6.3 Aktivis ... 40

2.7 Kematian ... 42

2.8 Sejarah Penglibatan Dalam Perubatan Islam ... 42

2.9 Kesimpulan ... 47

(11)

BAB TIGA ILMU PERUBATAN ISLAM ... 48

3.1 Pendahuluan ... 48

3.2 Ciri-ciri Perubatan Islam ... 49

3.3 Matlamat Perubatan Islam ... 54

3.4 Hukum Mempelajari Ilmu Perubatan Islam ... 56

3.5 Perubatan Islam dan Perubatan Melayu ... 56

3.5.1 Kaedah rawatan dalam Perubatan Islam ... 58

3.5.2 Ayat Al-Quran berkaitan Kaedah Perubatan Islam ... 60

3.5.3 Hadis berkaitan Kaedah Perubatan Islam ... 61

3.5.4 Doa Sebagai Asas Kaedah Rawatan ... 63

3.5.5 Kepentingan Kesejahteraan Rohani dan Jasad ... 68

3.5.6 Penjagaan Diri dan Kesihatan ... 68

3.5.7 Perubatan Melayu ... 70

3.6 Isu-Isu Amalan Dalam Perubatan Melayu Tradisional ... 71

3.6.1 Jampi Dan Mentera ... 71

3.6.2 Sihir ... 72

3.6.3 Tangkal Dan Azimat ... 73

3.6.4 Kemenyan ... 74

3.6.5 Amalan Mandi Bunga ... 75

3.6.6 Pengeras ... 75

3.6.7 Pemutus Ubat ... 76

3.6.8 Meminta Bantuan Jin Dan Syaitan ... 76

3.6.9 Meminta Bantuan Roh ... 77

3.6.10 Istighathah ... 78

3.7 Kesimpulan ... 79

BAB EMPAT ILMU DAN KAEDAH RAWATAN TGHD ... 80

4.1 Pendahuluan ... 80

(12)

4.3 Kaedah rawatan ... 85

4.3.1 Hafalan Ruqyah Asas Pertama... 86

4.3.2 Bacaan Selawat Yang Utama dalam Rawatan Penyakit ... 90

4.3.3 Doa Rawatan Penyakit Jasmani ... 91

4.4 Penggunaan Bahan dalam Rawatan Islam ... 100

4.4.1 Bahan Air ... 101

4.4.2 Tumbuhan Ubatan ... 101

4.5 Amalan Tradisional Lain Yang Tidak Bercanggah Dengan Islam ... 102

4.5.1 Amalan Menyeluk Mulut Buaya ... 102

4.5.2 Rawatan Perubatan Sakit Gigi Menggunakan Kaedah Tradisi. ... 103

4.6 Maklum Balas Pesakit... 104

4.7 Kesimpulan ... 107

BAB LIMA SUMBANGAN TUAN GURU DATO' DR. HAJI HARON BIN DIN ... 109

5.1 Pendahuluan ... 109

5.2 Sumbangan ilmu perubatan di Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia ... 109

5.3 Sumbangan Melahirkan Perawat Yang Berijazah ... 111

5.3.1 Tatacara Pengambilan Perawat Pengamal Perubatan Islam ... 116

5.3.2 Ciri-Ciri Seorang Perawat Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia ... 117

5.3.3 Syarat-syarat Utama Menjadi Pengamal Perubatan Islam ... 119

5.3.4 Asas Ketahanan Jiwa Dan Kekuatan Rohani Seorang Perawat ... 121

5.3.5 Etika Seorang Perawat ... 124

5.3.6 Nasihat dan pesanan kepada perawat ... 129

5.3.7 Pengijazahan Kepada Perawat ... 133

5.3.8 Pandangan beliau terhadap golongan yang menjadi perawat tanpa melalui kaedah berguru ... 134

(13)

5.4 Sumbangan Bidang Penulisan... 134

5.4.1 Perubatan Islam ... 135

5.4.2 Pengajian Islam ... 142

5.4.3 Perundangan Islam ... 143

5.4.4 Bacaan Lain ... 143

5.4.5 Kertas Kerja Seminar ... 144

5.5 Kesimpulan ... 144

BAB ENAM RUMUSAN DAN CADANGAN ... 146

6.1 Pendahuluan ... 146

6.2 Implikasi Kajian ... 146

6.3 Cadangan... 150

6.3.1 Kerajaan ... 151

6.3.2 Institusi Pengajian Tinggi ... 151

6.3.3 Masyarakat Awam ... 152

6.3.4 Cadangan Usulan Penyelidikan ... 152

6.4 Kesimpulan ... 153

BIBLIOGRAFI ... 154

LAMPIRAN A ... 164

LAMPIRAN B ... 168

LAMIRAN C ... 190

(14)

Senarai Singkatan

AJK Ahli Jawatankuasa

AKRINE Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan

AMMB Arab Malaysian Merchant Bank Berhad

CUCMS Cyberjaya University College Of Medical Sciences DARUSSYIFA’ Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’

Malaysia

H Hijrah

IMO Islamic Medical Organization (Pertubuhan Perubatan Islam)

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KM Kilometer

MRSM Maktab Rendah Sains MARA

OKU Orang Kelainan Upaya

PAS Parti Islam Se-Malaysia

PKHEM Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PKPIDM Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’

Malaysia

PRIA Pusat Rawatan Islam al- Madani PRIM Pusat Rawatan Islam Al-Manarah PURIDAS Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa’

RIDA Pusat Rawatan Darul Manzil

RM Ringgit Malaysia

RTM Radio, Television Malaysia

SAW Sallallhu Alaihi Wasalam

(15)

SAIM Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah)

Sdn. Bhd Sendirian Berhad

SPI Subjek Pendidikan Islam

SWT Subhanahu Wa Taala

TGHD Tuan Guru Dato' Dr. Haron Bin Din UIA Universiti Islam Antarabangsa

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UUM Universiti Utara Malaysia

WHO World Health Organization (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

(16)

BAB SATU PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Allah SWT menerangkan di dalam al-Quran tentang berita umat terdahulu dan umat kemudian, penciptaan langit dan bumi, perincian yang halal dan yang haram, dasar etika, akhlak, hukum peribadatan dan muamalah, biografi para Nabi dan orang soleh, syurga dan neraka serta balasan yang diperoleh kaum mukmin dan kaum kafir. Allah SWT juga menjadikan al-Quran sebagai ubat dan penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada (hati) manusia, penjelasan terhadap segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman (Abdullah Bin Abdul Hamid Al-Atsari, 2018).

Al-Quran menjadi penawar kesembuhan serta dapat menangani penyakit jasmani, hati, jiwa dan roh manusia. Penyakit jasmani bermaksud tubuh badan berasa tidak sihat manakala penyakit hati, jiwa dan roh ialah merujuk kepada kejahilan, keraguan, kemunafikan, kemusyrikan, kesesatan serta tidak istiqamah dalam diri manusia (Haron Din, 1997). Sehubungan itu kesejahteraan jasmani tubuh badan berkait rapat dengan kesejahteraan hati, jiwa dan roh manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Maka usaha untuk mencari kesembuhan penyakit merupakan salah satu ibadah bagi seorang Muslim yang beramal dengan al-Quran dan mencari keredaan Allah SWT (Abdullah Basmeih, 1980).

(17)

BIBLIOGRAFI

Abdul al-Rahman Rukainy. (1988) al-Tibb al-Islamy, Dar al-I’tisam, al-Qahirah, Muhammad, Abul Quasem, Mutiara al-Quran: diterjemahkan oleh Imam al- Ghazali.

Abdullah Basmeih. (1980). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.

Kuala Lumpur: Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri . JAKIM Ahmad Faisal Abdul Hamid. (2012). Perubatan Melayu Tradisional : Kitab Tibb

Pontianak. Jurnal Al-Tamadun, 149-162.

Ahmad Mahmud. (1994). Perubatan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Darul Hidayah.

Ahmad Taha. (1992). Kedoktoran Islam (Terjemahan Ismail Ibrahim). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Thaha. (1987). Al-Tibb al-Islamy. al-Qahirah: Dar al-I’tisam.

Ahmadie Thaha. (1983). Kedoktoran Dalam Islam. Surabaya: Penerbitan Bina Ilmu.

Al-Ghazali. (1967). Ihya' ulumuddin. Kaherah: Mua'assasah al-Halabi wa Syaikh li al- Nasyr wa al-Tawzi'.

Al-Mubarakfuri. (2007). Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir.

Al-Nawawi. (1994). Kitab Al-Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim 359/14. Beirut: Muassisah al-Qurtubah.

Amani Dahaman. (2011). Penyelidikan Pendidikan, Tinjauan Literature/Sorotan Kajian.

Amir an-Najar. (1987). Fi Tarikh al Tibb Fi al Daulah al Ilamiyyah. Kaherah: Kaherah Dar al Ma'arif.

Amran Kasimin, Haron Din. (1987). Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al- Quran Dan As-Sunnah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Amran Kasimin, Haron Din. (1987). Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As- Sunnah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Amran Kasimin, Haron Din. (1995). Fadhilat Ayat Al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir.

Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Amran Kasimin, Haron Din. (1995). Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As- Sunnah: Doa-Doa. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

(18)

Amran Kasimin, Haron Din. (1996). Doa Dan Rawatan Penyakit. Kuala Lumpur : Percetakan Watan.

Amran Kasimin, Haron Din. (1997). Doa Dan Rawatan Penyakit (I) . Kuala Lumpur : Percetakan Watan.

Amran Kasimin, Haron Din. (1997). Doa Dan Rawatan Penyakit, Jilid 1. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Amran Kasimin. (1991). Darussyifa': Bangunan Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam, Bandar Baru Bangi. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Azemi Ahmad. (2006). Bibliografi Keratan Akhbar: Dato’ Dr. Haron Din Darussyifa’.

Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Azizan Mohd Ramly, Haron Din, Mokhtar Kassan . (2013). Kaedah Merawat Santau.

Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Berhad.

Azizan Mohd Ramly, Haron Din, Mokhtar Kassan. (2015). Kaedah Merawat Saka.

Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Collins. (1995). Cobuild English Dictionary. London: Harper Collins Publisher.

Cresswell. (1994). Research Design : Qualitative And Quantitative Approaches.

California: Sage Publication.

Danial Zainal Abidin. (1988). Konsep Perubatan Islam. Pulau Pinang: Pustaka Nahu.

Denzin dan Lincoln. (1994). Introduction: Entering The Field Of Qualitative Research. California: Sage Publication.

Esther Walcott. (2004). Seni Pengobatan Alternatif Pengetahuan Dan Persepsi. Kerja Kursus Program Australian Consortium For In Country Indonesia Studies (ACICIS), 11.

Farahdina Abd Manaf. (2013). Perubatan Tradisional Melayu : Khazanah Yang Perlu Dipelihara. Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu Dan Kearifan Tempatan.

Fazlur Rahman. (1992). Kesihatan Dan Perubatan Dalam Tradisi Islam, Perubahan Dan Identity, (Terj.) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Fazlur Rahman. (1995). Ensiklopedia Sirah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

(19)

Fred N Kerlinger, Howard B Lee. (2000). Foundation of Behavioral Research. Fort worth, TX: Harcourt College Publishers.

Harmy Mohd Yusoff. (2013). Fikah Perubatan. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Haron Din, Ishak Din. (1994). Himpunan Doa-Doa Pilihan Dari Al-Quran Dan Hadis Serta Terjemahannya. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Haron Din. (1988). Methodologi Zikir. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Haron Din. (1990). Buku Sebahagian Daripada Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Haron Din. (2009). Menjawab Persoalan Makhluk Halus. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Haron Din. (2011). Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Haron Din. (2011). Pengantar Pengubatan Islam. Jilid 1. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia.

Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Jilid 5. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia.

Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Jasmani (II). Jilid 3. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Rohani. Jilid 4. Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Haron Din. (2014). Ruqyah Asas Pengubatan Islam. Edisi Kedua. Bangi, Selangor:

Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia, Koperasi Darussyifa' Berhad.

Harun Mat Piah. (2006). Kitab Tibb - Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur:

Perpustakaan Negara Malaysia Dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KEKKWA).

Hisham Ibrahim al-Khatib. (1985). al-Wajiz fi al-Tibb al-Islami, hlm 16. ‘Amman: Dar al-Arqam.

(20)

Huston Smith. (1999). Ensiklopedia Islam. Ghutron A. Mas’adi. Jakarta: Penerbitan Raja Gratindo Persada.

Ibn Khaldun. (1979). Tarikh Ibn Khaldun, j.1, hlm 346. Beiru: Mu’assasah Jammal li al-Tiba’ah wa al-Nasyr.

Ibn Manzur al-Ifriqy al-Misry(1979) al-Nihayat fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, tahqiq : Mahmud al-Tanahy dan Tahir Ahmad al-Zawy, Juz.3, Dar al-Fikr, Beirut, hlm. 100, Sa’di

Ibn Qayyim. (1994). Zad Al-Maad fi Hady Khayr Al-Ibad. Beirut: Dar al-Manahil.

Ibnu Khaldun. (2015). Terjemahan Mukaddimah Ibnu Khaldun. Jakarta: Penerbit Al- Kautsar.

Ibnu Qayyim. (2012). Terjemahan At-Tibb An-Nabawi. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Ibrahim Mustafa. (1986). Al-Mu’jam al-Wasit. Istanbu: Dar al-Dakwah.

Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan: Suara Sorotan, cetakan pertama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Penerbit Intel Multimedia dan Publication.

Idris Awang. (2009). Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam, Selangor:

Kamil dan Syakir Sdn.Bhd

Imam Bernadib. (1982). Filsafat Pendidikan: Tinjauan Mengenai Beberapa Aspek Dan Proses Pendidikan. Yogyakarta: Yayasan Penerbit FIP-IKIP

Ismail Saad. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ja’far Khadim Yamani. (1993). Sejarah Kedoktoran Islam Dari Masa Ke Masa.

Bandung: Prakarsa Insan Mandiri.

Jahid Sidek. (2004). Berpawang Dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamnul Azhar. (1994). Al-Quran Dan Sains. Percetakan Selaseh.

John T. Zadrozny. (1959). Dictionary of sosial Science. Washington: Public Affairs Press.

Joyce M. Hawkins. (2004). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Penerbit Fajar Bakti

(21)

Keith Allan, Kate Burridge. (1991). Euphemism & Dysphemism: Language Used As Shield And Weapon, Oxford University Press Publisher.

Khader Ahmad. (2013). Pengubatan Alternatif Berteraskan Islam: Analisis Perkembangan Dan Hala Tujunya Di Malaysia. JAKIM.

Leslie Maureen Tut.y. (1996). Qualitative Research for the Social Workers. Boston:

Ally and Bacon.

Martinus Nijhoff. (1970). Hikayat Patani ; The Story of Patani. The Hague.

Mohammad Qayyum. (2016). Belasungkawa Dato’ Dr. Haron Din 1940-2016..

Selangor: Casamas Resources Sdn Bhd

Mohd Farhan Md. Ariffin. (2013). Pengubatan Alternatif Berteraskan Islam: Analisis Mohd Hamedi. (2007). 100 Tokoh Malaysia Berpengaruh. Bangi, Selangor: Medium

Publication.

Mohd Hasbie Al-Shiddieque Ahmad, Abdul Mukhti Baharudin, Nur Syahidatul Solihah Aziz. (2017). Perubatan Islam : Perkembangan Dan Sumbangan tokoh.

3rd Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (3rd MFIFC) (Pp. 16- 26). Shah Alam: KUIS.

Mohd Hashim Jamaludin. (1995). Darussyifa Membantu Masyarakat Islam. Al-Islam.

Mohd Taib Osman. (1982). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Idris Abd. Ra'uf Al-Marbawi. (1990), Kamus al-Marbawi Bahasa Malayu- Arab, Daral-Fikr, Kuala Lumpur.

Mohd. Rifqi Zainuddin. (2012). Berubat Mengikut Nabi SAW. Kuala Lumpur:

Percetakan Zafar.

Muhammad 'Ali bin al-Bar. (1992). Al-Imam 'Ali al-Rida wa Risalatih fi al-Tibb al- Nabawi -al-Risalah al-Dhahabiyyah. Beirut: Dar al-Manahil.

Muhammad Ali Bin al-Bar. (1992). Kesihatan Dan Perubatan Dalam Tradisi Islam, Perubahan Dan Identiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Fadhuli (2012). Salah Faham Terhadap Rawatan Islam. Retrieved From Muhammad Fadhuli Al- Jabali Al- Katibun.

Najib al-Kailany. (1985). Fi Rihab al-Tibb al- Nabawy,. Beirut: Muassasah al-Risalah.

(22)

Noor Naemah Abdul Rahman. (2013). Relevansi Teori Al-Maslahah Menurut Al- Syatibi Dalam Menangani Isu Perubatan Masa Kini. Jurnal Ilmu Hukum, 119- 138.

Noresah Baharom. (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ketiga.

Norhasnira Ibrahim. (2012). Rawatan Islam Di Nusantara : Analisis Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan. Islam Dan Alam Melayu, 399- 407.

Nurazmallail Bin Marni. (2014). Sumbangan Ilmuwan Islam Dalam Perubatan Nabi (Al-Tibb Al-Nabawiyy). Seminar Antarabangsa Educatio, Law, Civilization, Sains & Teknologi Dalam Konsep Dan Aplikasi, 747. Perkembangan Dan Hala Tujunya Di Malaysia. Jurnal ILIM, 55-87.

Ramli Abdul Ghani. (2011). Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Richard Swedberg. (1998). Social Mechanisms. Cambridge University Press.

Riduan Mohamad Nor. (2016). Tribut Sang Murabbi, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Kejora Di Langit Malam. Kuala Lumpur: Jundi Resources

Robiatul Adawiyah Mohd. (2013). Integrasi Sumber At-Tibb Nabawiy Dan Perubatan Moden : Satu Analisis Ringkas. Sunnah, 315.

Ross. (1974). Research : An Introduction. London: Barnes & Noble Books.

Roziah Sidik. (2009). Sumbangan Al-Zahrawi : Kajian Tentang Karya Al-Tafsrif Li Man 'Ajiza 'An Al-Ta'lif. Jurnal Al-Tamadun, 99-106.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall Publisher

Sharan B. Merriam. (2002). Qualitative Research In Practice: Examples For Discussion And Analysis. First Edition. San Farancisco: Jossey-Bass.

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin. (2011). Ayat-Ayat Al-Quran Sebagai Terapi Kerasukan Jin : Analisis Dari Ayat-Ayat Ruqyah Syar'iyyah. Center Of Quranic Research International Journal, 107-138.

Sulaiman Noordin. (1979). Sains Barat Moden Dan Percanggahannya Dengan Islam . Selangor: Nuur Publications.

(23)

Tajuddin Saman. (2005). Tokoh-Tokoh Agama Dan Kemerdekaan Di Alam Melayu.

Kuala Lumpur: YADIM.

Timmermans. (2001). ASEAN Worshop; TRIPS, CBD And Traditional Medicines:

Concepts And Questions. 13-15:02.01.

Wahid Ibnu Abduss Salam Bali. (2015). Terjemahan Ruqyah Jin, Sihir Dan Terapinya.

Jakarta: Ummul Qura.

Wan Mohamad Rasyadan. (2014). Perubatan Ruqyah. Kuala Lumpur: Pusat Rawatan Darussyifa' .

Yusuf al-Qaradawi. (1995). Fi Fiq al Aulawiyyat. Beirut: Muassasah al Risalah.

TESIS DAN LATIHAN ILMIAH

Aziz Harun. (1991). Perubatan Dan Kesihatan Di Kalangan Orang Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Azman Che Amat. (1995). Amalan Perubatan Di Darussyifa : Satu Kajian Kes. Kuala Lumpur: Akademi Islam.

Farahdina Abd Manaf. (2013). Perubatan Tradisional Melayu : Khazanah Yang Perlu Dipelihara. Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu Dan Kearifan Tempatan (Pp. 205-216). Uitm Shah Alam: Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU).

Ibrahim Syukri. (1985). History Of The Malay Kingdom Of Patani. Athens: Center For International Studies Ohio University.

Khader Ahmad. (2012). Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al- Kutub Al-Sittah: Aplikasi Kaedah Rawatan Islam Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mardiana Abdul Ghani. (2004). Penggunaan Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Bidang Perubatan : Kajian Di Darussyifa', Bangi. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya: Akademi Pengajian Islam.

Najmi Aiman Idris. (2011). Pemikiran Politik Dato' Dr. Haron Din. Jakarta, Indonesia.

Nor Asyikin Mohamad Saleh. (1997). Rawatan Islam : Satu Kajian Di Darussifa', Bangi Selangor Darul Ehsan. Kuala Lumpur: APIUM.

Norazirah Amat. (1996). Konsep Perubatan Islam : Satu Kajian Di Darussyifa'.

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sartono Kartodirjo. (1988). Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah.

Yogyakarta: Universitas Gajah Mada.

(24)

Siti Amrina. (2005). Tumbuhan Ubatan Dalam Rawatan Islam: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam Dan Saintifik. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Siti Zubaidah Ibrahim. (2012). Perbandingan Antara Perubatan Tradisional Dan Perubatan Moden. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yassir Anang. (2010). Kefahaman Terhadap Konsep Perubatan Islam Melalui Ayat- Ayat Al-Shifa’ Dalam Al-Quran Di Kalangan Mahasiswa SPI UTM Skudai.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Zauzah Mohamad Ghafar. (1993). Darussyifa': Peranannya Dalam Pengubatan Bagi Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam.

PEMBENTANGAN DAN KERTAS KERJA

Haron Bin Din, Kertas Kerja Konsep Dan Amalan Dalam Perubatan Islam.

Haron Bin Din, Kertas Kerja Al-Quran Dan Pengubatan Penyakit

Haron Bin Din, Kertas Kerja Ke Arah Memartabat dan Memperkasa Pengubatan Islam Haron Bin Din, Kertas Kerja Makhluk Halus dan Penyakit

Haron Bin Din, Kertas Kerja Sihir dan Kesannya Terhadap Akidah Sepanjang Hayat Huda Bin Harun, Kertas Kerja Seminar Pemikiran Tuan Guru Dato Dr. Harun Bin Din.

pada 22 Disember 2017 di Pusat Islam Kuala Lumpur.

Yusuf bin Noor, Kertas Kerja Seminar Pemikiran Tuan Guru Dato Dr. Harun Bin Din pada 22 Disember 2017 di Pusat Islam Kuala Lumpur.

(25)

TEMUBUAL

Tuan Guru Dato Dr. Harun Bin Din (tokoh kajian) Temubual pada 03 Mac 2014, hari Isnin jam 09.00 pagi di kediaman rumahnya di Bangi.

Azizah Binti Abdullah (perawat Darussyifa’ Bertam) Temubual pada 10 Mac 2014 di rumah kediamannya di Bertam

Hajah Fatimah Binti Din (kakak sulung tokoh) Temubual pada 08 Oktober 2016, hari Sabtu jam 2.00 petang di kediaman rumahnya di Bohor Mali.

Khader Bin Ahmad (Pensyarah Al-Quran Dan Al-hadith, Universiti Malaya) Temubual pada 04 Mac 2014 Di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, APIUM

Mohd Zafran (Staf Pusat Rawatan Darussyifa’ Bangi) Temubual pada 04 Mac 2014 di Pusat Rawatan Darussyifa’ Bangi

Noorzamri Bin Ibrahim (Guru Sejarah) Temubual pada 25 Oktober 2016 di MRSM Beseri Perlis.

Professor Dr. Zulkifli @ Yaakub bin Yusuf (Pengarah APIUM) Temubual pada 18 Februari 2014 di Pejabat Pengarah APIUM

Rodzi @ Rodzila Bin Hasan (penduduk Simpang Empat, Perlis) Temubual pada 26 Oktober 2016 di MRSM Beseri Perlis

Suriati Binti Mat (penduduk Bohor Mali) Temubual pada 24 Oktober 2016 di MRSM Beseri Perlis

Tuan Haji Ali Bin Haji Ahmad (murid pertama) Temubual pada 11 Mei 2014 hari Sabtu jam 09.00 pagi di kediaman rumahnya di Bangi.

Ustaz Hadi bin Talhah (Pengamal Perubatan Islam di Pusat Rawatan Gombak) Temubual pada 29 Mac 2005 hari Selasa 05:30 ptg di Taman Melewar

Ustazah Hajah Che Bi Binti Din (adik perempuan) Temubual pada 11 Oktober 2016 di Beseri, Perlis

Ustazah Hajah Nor Asma Binti Abdullah (Penolong Kanan HEM, SAIM, Bohor Mali) Temubual pada 6 Oktober 2016 di SAIM

Ustazah Hajah Rokiah Binti Din (adik perempuan) Temubual pada 22 Disember 2017 di rumah kediamannya Beseri, Perlis

Ustazah Hajah Zaleha.Binti Abu Bakar (anak saudara) Temubual pada 10 Spetember 2017 di Dewan Wawasan, Kangar

Temubual bersama 20 orang Pesakit Darussyifa’ pada 04 Mac 2014 di Pusat Rawatan Darussyifa’ Bangi

(26)

AKHBAR DAN MAJALAH

Abdul Hamid Othman. (1993). Ilmu Yang Semakin Membimbangkan. Al-Islam.

Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam. (2013). Melaka:

Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Mohd Hashim Jamaludin. (1995). Darussyifa Membantu Masyarakat Islam. Al-Islam.

Zaid Zain. (1991). Utusan Malaysia bertarikh 18 Oktober 1991

LAMAN SESAWANG http://omarkasule.tripod.com/.

http://darussyifabbst.blogspot.com/2012/06/mengenali-tokoh-utama-darussyifa-tg- dr.html

http://grenbara.bravejournal.com/entry/23987

http://drshafie.blogspot.my/2014/01/dato-dr-haron-din-menderma- sebanyak.html.Retrieved from dr.shafie.blogspot.my

http://fadhulialkatibun.blogspot.com/2012/02/salah-faham-tentang-perubatan- islam.html

(27)

LAMPIRAN A

(28)
(29)
(30)
(31)

LAMPIRAN B

(32)
(33)
(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)
(40)
(41)
(42)
(43)
(44)
(45)
(46)
(47)
(48)
(49)
(50)
(51)
(52)
(53)

LAMPIRAN C

(54)

Bergambar ketika sesi temubual dijalankan bersama tokoh dan isterinya di kediaman beliau pada 01 Mac 2014

(55)

Gambar rakaman cara merawat sakit gigi dengan menguunakan tukul, paku dan kayu.

Gambar rakaman upacara menyeluk mulut buaya oleh perawat Darussyifa’

(56)

Gambar rakaman sesi temubual dengan ahli keluarga tokoh.

(57)

Gambar rakaman sesi temubual dengan Pak Ali dan perawat yang bertugas.

(58)

Gambar tokoh ketika dirawat pada tahun 2012

(59)

Sebahagian koleksi gambar dan dokumen yang terdapat dalam simpanan Arkin Pusat Rawatan Darussyifa’, Bangi

(60)

Gambar sebahagian artikel yang pernah di tulis oleh tokoh..

(61)

Gambar kenangan memasuki kaabah di Masjidil Haram dan dokumen profile pembinaan masjid-masjid yang diusahakan oleh tokoh

Gambar sebahagian anugerah yang diperolehi beliau.

(62)
(63)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

.', Dalam jadual di atas, taburan tertinggi sebanyak 43.9% "tidak setuju" pusat rawatan altematif Islam hanya sesuai untuk mendapatkan khidmat rawatan penyakit yang

Kaedah rawatan jarak jauh adalah merujuk kepada kaedah rawatan yang dilakukan untuk merawat pelbagai penyakit tanpa kehadiran pesakit 6 atau merawat rumah dan bangunan

Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan yang dapat dijana melalui fiqh al-hadith tersebut iaitu, (1) Kaedah

Hal tersebut, menunjukkan bahawa Tuan Guru Hj.Abdullah Bendang Kebun adalah termasuk ulama Patani yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Patani dan sumbangan ilmu beliau

Kajian ini merupakan gabungan tentang rawatan penyakit dengan menggunakan jampi atau ruqyah yang dibenarkan oleh syarak di Darussyifa’ dan kajian ilmu al-ma‘āni dalam

Oleh hal yang demikian adalah perlu kepada suatu usaha untuk mempastikan bidang perubatan dan rawatan yang dilaksanakan sesuai dengan inspirasi al-Quran dan al-Sunnah

Samalah juga dengan bidang ilmu Islam yang lain, iaitu menyelesaikan masalah dalam bidang masing-masing berpandukan al-Quran dan as-Sunah seperti perbankan Islam, ekonomi

Hasil kajian mendapati bahawa tikus yang menerima rawatan VCO mengalami peningkatan yang signifikan pada ekspresi gen SOD , GPX dan osteokalsin berbanding kumpulan