• Tiada Hasil Ditemukan

(1)KEMPEN KESEDARAN SALAH LAKU PAPAN KENYATAAN MELALUI VIDEO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)KEMPEN KESEDARAN SALAH LAKU PAPAN KENYATAAN MELALUI VIDEO"

Copied!
83
0
0

Tekspenuh

(1)KEMPEN KESEDARAN SALAH LAKU PAPAN KENYATAAN MELALUI VIDEO. Oleh. MUHAMAD ASHRUL HANIF BIN FAUZI. Laporan Kajian ini disediakan bagi memenuhi keperluan untuk Pengijazahan Untuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Rekabentuk Komunikasi Visual). Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan. 2021. FYP FTKW. PROJEK PENYELIDIKAN TENTANG.

(2) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan asal dan belum diserahkan untuk ijazah yang lebih tinggi kepada mana-mana Universiti atau Institusi lain.. AKSES TERBUKA. Saya bersetuju bahawa tesis saya kan dibuat dengan serta merta sebagai cetakan atau akses dalam talian (teks penuh). EMBARGO. Saya bersetuju bahawa tesis saya akan disediakan sebagai Salinan kertas atau dalam talian (teks penuh) untuk tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Siswazah Siswazah Tarikh dari _________ sehingga _________. SULIT. (Mengandungi maklumat rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi) *. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad seperti yang dinyatakan oleh organisasi di mana penyelidikan telah dilakukan) *. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan berhak seperti berikut.. I. II.. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat Salinan tujuan penyelidikan sahaja. Perpustakaan berhak membuat Salinan tesis untuk pertukaran akademik.. III.. ____________________________ TANDATANGAN. ____________________________ KAD PENGENALAN/ PASPORT. ____________________________ TANDATANGAN PENYELIA. ____________________________ NAMA PENYELIA. Tarikh:. Tarikh:. i. FYP FTKW. DEKLARASI TESIS.

(3) Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya yang bernama Muhamad Ashrul Hanif bin Fauzi dengan rela hati ingin memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan serta menyiapkan penyelidikan ini yang bertajuk Kempen Kesedaran Salah Laku Papan Kenyataan Melalui Video sehingga berjaya disiapkan. Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Encik Fauzi bin Awang dan Puan Roslina binti Mohd Amin kerana terus menerus menyokong saya jatuh dan bangun sepanjang saya menyiapkan penyelidikan saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Cik Izati Nabila Binti Marzuki kerana banyak memberikan motivasi dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini sehingga selesai. Tanpa tunjuk ajar beliau penyelidikan saya ini sukar dijalankan. Saya juga ingin memberikan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya serta saudara-mara saya diatas keterlibatan mereka secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Akhir sekali, saya mengharapkan agar penulisan penyelidikan saya ini dapat digunakan sebagai rujukan dalam melakukan kajian akan datang dan hasil kerja saya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Sekian terima kasih.. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(4) DEKLARASI TESIS…………………………………………………………….…i PENGHARGAAN…………………………………………………………….…...ii SENARAI KANDUNGAN………………………………………………………iii-v SENARAI CARTA…………………………………………………………..……vi SENARAI GRAF………………………………………………………………….vi SENARAI RAJAH……………………………………………………………...vii-viii ABSTRAK………………………………………………………………………...ix ABSTRACT……………………………………………………………………..…x. BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan…………………………………………………………………….1-5 1.1 Penyataan Masalah.……………………………………………...…………...6-10 1.2 Objektif Kajian……..………………………………………………………….10 1.3 Persoalan Kajian…….………………………………………………...……….10 1.4 Kepentingan Kajian.………………………………………………………….11-12 1.5 Rumusan……………………………………………………………………….13. BAB 2 : KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan……………………………………………………………………..14 2.2 Jenama Filem………………………………………………………...……….15-16 2.3 Pendidikan……………………………………………………………………16-18 2.4 Dokumentari……………………………………………………………….…18-19 2.5 Menghiburkan atau Emosi……………………………………………………20-21 2.5 Penjelasan Video……………………………………………………………...21-22 2.6 Rumusan…………………………………………………….………………….22. iii. FYP FTKW. SENARAI KANDUNGAN.

(5) 3.1 Pengenalan……………………………………………………………………..23 3.2 Reka Bentuk Kajian…………………………………………………….……23-24 3.3 Sampel Kajian………………………………………………………………….25 3.4 Pemilihan Lokasi Kajian…………………………………………………..…...25 3.5 Kaedah Kajian………………………………………………………………..26-27 3.5.1 Data Primer………………………………………………………………26 3.5.2 Soal Selidik…………………………………………………………….26-27 3.6 Kaedah Menganalisis Data……..………………………………………………27 3.7 Carta Gantt……………………………………………………………………..28 3.8 Rumusan……………………………………………………………………….29. BAB 4 : ANALISIS DATA DAN PEMBANGUNAN PRODUK 4.1 Pengenalan…………………………………………………………………..…30 4.2 Analisis Data………………………………………………………………...…30 4.3 Analisis Dapatan Kajian Soal Selidik.…………...…………………………….31 4.4 Hasil…………………………………………………………………………..31-42 4.5 Analisis Data Keseluruhan……………………………………………….....….43 4.6 Pembangunan Produk……………………………………………………...…43-44 4.7 Proses Penghasilan……………………………………………………………44-46 4.8 Development……………………………………………………………….…..46 4.9 Proses Penghasilan Video…………………………………………………….46-49 4.10 Produk Akhir………………………………………………………………….50 4.11 Kesimpulan…………………………………………………………………...50. iv. FYP FTKW. BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN.

(6) 5.1 Perbincangan…………………………………………………………………...51 5.2 Cadangan…………………………………………………………………........52 5.3 Kesimpulan…………………………………………………………………….52. RUJUKAN……………………………………………………………………….53-54 LAMPIRAN A …………………………………………………………………..55-62 LAMPIRAN B…………………………………………………………………...63-64 LAMPIRAN C…………………………………………………………………...65-72. v. FYP FTKW. BAB 5 : CADANGAN DAN KESIMPULAN.

(7) 3.6 Carta Gantt……………………………………………….……………………...26 4.4.1 Jantina……………………………………………………….…………….......31 4.4.2 Umur…………………………………………………………………….….…32 4.4.3 Bangsa…………………………………………………………………….......32 4.4.4 Tahap Pendidikan………………………………………………………..…....33. SENARAI GRAF. 4.4.5 Pengetahuan masyarakat……………………………………………….…….34 4.4.6 Pendapat masyarakat…………………………………………………………35 4.4.7 Bersetuju bahawa perbuatan salah laku menjejaskan imej Negara…….…….35 4.4.8 Infografik memainkan peranan penting……………………………………...36 4.4.9 Penyampaian mesej yang lebih jelas dan telus…………………………….…37 4.4.10 Pengetahuan mengenai salah laku………………………………………..…37 4.4.11 Jenis kempen kesedaran……………………………...……………….….…38 4.4.12 Penghasilan video yang dapat menyampaikan mesej yang jelas……….…..39 4.4.13 Persoalan mengenai perbuatan salah laku………………………………..…40 4.4.14 Jangka masa yang sesuai dalam penghasilan video……………….…….….40 4.4.15 Penggunaan sari kata……………………………………………………..…41 4.4.16 Tempat yang selalu dilihat perbuatan salah laku tersebut………………..…42. vi. FYP FTKW. SENARAI CARTA.

(8) 4.7.1 Rajah proses pembuatan papan cerita…..…………………………………..44 4.7.2 Rajah proses memasukan teks………………………………………………44 4.7.3 Rajah proses melukis 1…………………………………………………...…45 4.7.3 Rajah proses melukis 2……………………………………………………...45 4.9.1 Rajah proses memasukan gambar dan video…………………………….....46 4.9.2 Rajah proses memasukan suara latar belakang dan audio……………….....47 4.9.3 Rajah proses memasukan effect dan transition……………………………..47 4.9.3 Proses membuat sari kata…………………………………………...………48 A.1 Soal Selidik m/s 1………………………………………………………...…..55 A.2 Soal Selidik m/s 2…………………………………………………………….56 A.3 Soal Selidik m/s 3…………………………………………………………….57 A.4 Soal Selidik m/s 4…………………………………………………………….58 A.5 Soal Selidik m/s 5…………………………………………………………….59 A.6 Soal Selidik m/s 6…………………………………………………………….60 A.7 Soal Selidik m/s 7…………………………………………………………….61 A.8 Soal Selidik m/s 8…………………………………………………………….62 B.1 Carta Gantt 1………………………………………………………………….63 B.2 Carta Gantt 2………………………………………………………………….64 C.1 Hasil Soal Selidik 1………………………………………………………..….65 C.2 Hasil Soal Selidik 2………………………………………………………...…65 C.3 Hasil Soal Selidik 3………………………………………………….………..66 C.4 Hasil Soal Selidik 4…………………………………………………….……..66 C.5 Hasil Soal Selidik 5……………………………………………………….…..67 C.6 Hasil Soal Selidik 6………………………………………………………...…67 C.7 Hasil Soal Selidik 7…………………………………………………………...68. vii. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.

(9) C.9 Hasil Soal Selidik 9………………………………………………………….69 C.10 Hasil Soal Selidik 10……………………………………………………….69 C.11 Hasil Soal Selidik 11…………………………………………………….…70 C.12 Hasil Soal Selidik 12…………………………………………………….…70 C.13 Hasil Soal Selidik 13…………………………………………………….…71 C.14 Hasil Soal Selidik 41……………………………………………………….71 C.15 Hasil Soal Selidik 15……………………………………………………….72 C.16 Hasil Soal Selidik 16……………………………………………………….72. viii. FYP FTKW. C.8 Hasil Soal Selidik 8………………………………………………………….68.

(10) Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah video kesedaran mengenai perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan. Projek penyelidikan yang menghasilkan video kesedaran ini dikaji berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat. Manakala objektif yang selanjutnya ialah menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat dan objektif kajian yang akhir ialah menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab yang merupakan pengenalan kepada kajian, kajian literasi, metodologi, dan kesimpulan kepada keseluruhan projek penyelidikan ini.. Kata kunci: salah laku, kesedaran, kempen, papan kenyataan. ix. FYP FTKW. ABSTRAK.

(11) This research project is a study on the production of an awareness video on misconduct on notice boards. The research project that produced this awareness video was studied based on three research objectives, namely to identify the impact of misconduct on notice boards to the community. While the next objective is to determine the type of awareness campaign on the consequences of notice board misconduct to the community and the final objective of the study is to produce awareness campaign videos to provide awareness to the community about the dangers of misconduct on notice boards. Apart from that, this report also contains chapters that are an introduction to the study, literacy review, methodology, and conclusions to the entire research project.. Keywords: misconduct, awareness, campaign, notice board. x. FYP FTKW. ABSTRACT.

(12) PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan Gejala salah laku telah lama wujud di Negara kita dan ianya akan menjadi satu masalah yang amat serius jika tidak dibendung dari akarnya, terdapat pelbagai tempat yang boleh dijadikan salah laku oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini antaranya ialah papan kenyataan, dinding bangunan, pengangkutan awam dan sebagainya.. Di. dalam. kajian. yang. dilakukan. oleh. Siti. Fauziyani. Md. Saleh@Masrom(2017) menyatakan bahawa salah laku merujuk kepada perbuatan membinasakan atau merosakan harta benda awam atau laku musnah. Papan kenyataan di lihat sebagai tempat yang sering dilakukan aktiviti perbuatan salah laku seperti contengan serta tampalan iklan pinjaman tidak berlesen. Selain itu, gejala salah laku ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala salah laku (Suraini binti Mat Salleh, 2012). Menurut Suzy Rahim salah laku mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana teraksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang telah dirosakkan. Perbuatan salah laku ini boleh dilakukan secara bersendirian dan atau berkumpulan. Di negara kita, tingkah laku merosakkan harta benda di tempat awam dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Hal ini terbukti sejak 1968 lagi, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling 1. FYP FTKW. BAB SATU.

(13) sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zainal, 2006). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa banyak laporan yang diadukan kepada pihak berkuasa tempatan dan sekolah yang menunjukkan jenis vandalisme di Malaysia, iaitu dengan yang tertinggi adalah merosak dan menampal pelekat (Abdul Karim, 2010). Menurut Majlis Perbandaran MANJUNG (MPM) Orang ramai yang melakukan perbuatan salah laku, MPM boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDM) 1992 (Akta 171). Berdasarkan undang-undang tersebut, jika sabit kesalahan, pelaku salah laku akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM 100 bagi setiap hari kesalahan tersebut dilakukan. Hal ini kerana papan kenyataan merupakan tempat untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam dan juga luar Negara. Akibat dari aktiviti salah laku ini akan menyebabkan masyarakat sukar unutk mendapatkan maklumat-maklumat yang penting yang diterjemahkan pada papan kenyataan tersebut. Menurut Ketua Pengarah Operasi GERAKAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Albert Teo, berkata pihaknya mengesan perbuatan salah laku dimana papan kenyataan tumbang disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjatuhkan papan kenyataan tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, ketika dihubungi BH berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan berkemingkunan angkara sabotaj. “Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya. 2. FYP FTKW. yang mengatakan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan tersebut akan digantung.

(14) aktiviti menconteng dan merosakan harta benda awam yang tidak sihat ini? Bukankah perbuatan menconteng ini merupakan suatu kerja yang membuang masa? Tidakkah masyarakat sedar akan perbuatan tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada mereka. Masyarakat mengalami krisis psikologi dan konflik identiti yang hebat. Beberapa kategori perbuatan vandalisme dilakukan oleh sesetengah masyarakat iaitu merosakkan harta benda dengan sesuka-sukanya atau hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Tidak pernah terlintas dalam fikiran minda mereka bahawa perbuatan tersebut boleh mendatangkan impak yang negatif seperti permukaan harta benda yang kelihatan menyakitkan mata orang pengguna. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka yang ketidakstabilan dalam emosi dicurahkan ke atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen, batu-batan dan dinding. Tujuan tingkah laku golongan mereka langsung tidak jelas. Ini mungkin mereka hendak untuk menghabiskan masa lapang. (Moli, 2004). Masalah ini akan mengakibatkan remaja tersebut meningkat dewasa dan akan terus melakukan salah laku ini dan menjadikan ia perkara biasa jika tidak dibendung. Perbuatan salah laku seperti menampal stiker haram yang tidak asing lagi berlaku di negara kita seperti di kawasan pinggir bandar malahan di tengah-tengah pusat bandar. Selain memaparkan nombor telefon perkhidmatan ah long, iklan-iklan haram lain yang turut memenuhi papan-papan tanda dan jalan antara lain termasuklah tawaran perkhidmatan urutan batin, jualan ubat kuat, nombor telefon pusat tuisyen, tukang tukar tiup tayar motor dan macam-macam lagi. Iklan haram yang tak diundang atau lebih tepat digelar ‘parasit kertas’ ini mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan. Usaha demi usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menghalang dan membersihkan iklan haram ini namun 3. FYP FTKW. Persoalannya kini, mengapakah mereka begitu mudah terpengaruh dengan.

(15) 2010 sahaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menanggalkan sebanyak 458,811 iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, setiap bulan DBKL menurunkan kira-kira 15,000 iklan haram dan sehingga Julai tahun ini sebanyak 278,466 iklan haram telah diturunkan.“Iklan-iklan ini kebanyakannya digantung di pokok, tiang lampu dan ditampal di dinding dan papan tanda jalan,” katanya dalam pertemuan dengan Mingguan mStar. Mohd Amin Nordin berkata, walaupun iklan haram di ibu kota seperti. tidak. dapat. dibendung. tetapi. DBKL. tetap. meneruskan. operasi. menanggalkannya. Ia dilakukan oleh satu pasukan khas yang ditubuhkan pada 2007.Pasukan yang terdiri daripada 110 orang kakitangan itu akan bertindak menurunkan iklan-iklan haram di sekitar 11 kawasan parlimen Kuala Lumpur. Hal ini kerana di negara kita Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk pelancongan dan tempat yang bersejarah.ini secara tidak langsung telah mencacatkan pemandangan dan member pandangan yang negatif daripada pelancong khususnya pelancong luar negara. Apa yang lebih mengecewakan adalah mereka yang melakukan salah laku ini langsung tidak memikirkan akibatnya terhadap orang lain mahu pun diri sendiri. Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat perbuatan salah laku terhadap peti pembekal elektrik di Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kegelapan di laluan-laluan utama. Perbuatan mereka ini bukan sahaja mengancam nyawa tetapi turut menyusahkan masyarakat setempat. Perbuatan laku musnah merupakan perbuatan membinasakan atau merosakan harta benda awam. Ia juga dikenali sebagai pugut atau pemugut atau laku musnah.. 4. FYP FTKW. usaha tersebut nampaknya sia-sia. 15,000 iklan haram diturunkan sebulan Sepanjang.

(16) kepada kerosakan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal dan mengotoran harta benda awam tanpa kebenaran. Secara ringkasnya laku musnah ini ialah perbuatan merosakan dan memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang sama ada ia dilakukan secara persendirian atau berkumpulan. Kegiatan ini juga seriang dilakukan oleh golongan remaja terutamnya pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki ataupun perempuan.. 5. FYP FTKW. Dalam erti kata lain laku musnah ialah membuat sebarang perubahan daripada asal.

(17) Masalah salah laku di papan kenyataan pada ketika ini dilihat semakin berleluasa, walaupun pihak yang terlibat seperti kerajaan serta NGO telah mengadakan kempen untuk menjaga papan kenyataan dari sikap salah laku ini namun ianya. masih. kurang. mampu. unutk. menyedarkan. masyarakat. yang. tidak. bertanggungjawab ini tentang kepentingan papan kenyataan. Umumnya mengetahui bahawa papan kenyataan merupakan salah satu tempat untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang penting namun jika terdapat salah laku yang boleh menjejaskan maklumat yang ingin di sampaikan ianya akan menyebabkan maklumat tersebut sukar untuk disalurkan kepada masyarakat dengan sempurna. Masyarakat sekarang kurang berminat untuk membaca tentang gejala-gejala salah laku . Hal ini kerana masyarakat zaman sekarang sudah didedahkan dengan maklumat-maklumat yang disampaikan melalui video dan mereka tertarik dan mudah difahami dengan penyampaian masalah salah laku melalui video tersebut. Menurut Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye (2015) berkata, biarpun media massa sentiasa melaporkan pelbagai kejadian vandalisme dilakukan ke atas harta benda awam, kesedaran orang ramai masih berada di tahap rendah. Sering kali kita melihat pondok telefon awam, lampu jalan, papan tanda jalan, taman awam, lif rumah pangsa dan lain-lain kemudahan awam menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab. Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula akhirnya terpaksa membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk membaiki kemudahan dan harta awam yang dirosakkan. Dapat diperhatikan bahawa perkara utama dalam menyelesaikan perbuatan salah laku ini adalah dengan mengenalpasti punca berlakunya kegiatan salah laku ini.. 6. FYP FTKW. 1.1 Penyataan masalah.

(18) laku adalah dari kalangan daripada pelajar sekolah. Pelajar merupakan remaja yang mudah terpengaruh dan sukar untuk menerima nasihat ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Perbuatan salah laku yang merosakan harta bennda awam bukan sahaja merugikan pelbagai ihak malah memburukkan imej masyarakat dan juga negara terhadap sikap golongan remaja pada masa kini. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong masyarakat melakukan perbuatan salah laku ini antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, ibubapa, media massa dan sebagainya. Hal ini kerana perngaruh inilah yang menjadi punca berlakunya perbuatan salah laku ini. Masyarakat biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakan sikap, nilai dan tingkah laku masyarakat tersebut lebih-lebih lagi masyarakat yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.. Pengaruh media massa merupakan pengaruh yang kuat dan sukar untuk dibendung. Hal ini kerana papan adegan-adegan yang negatif dari pelbagai filem terutamanya filem-filem barat yang mempunyai unsur-unsur salah laku akan mudah mempengaruhi fikiran remaja untuk melakukan hal-hal yang tersebut. Remaja pada masa kini mudah meniru dan mengikuti perbuatan yang tidak bermoral itu tanpa berfikir panjang. Hal ini jelaslah pengaruh media massa merupakan salah satu faktor yang mendorong remaja melakukan kesalahan salah laku tersebut.. Selain itu, golongan remaja mudah terikut dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya ini akan mencorakan sikap, nilai dan tingakah laku remaja tersebut. Salah laku seperti menconteng, merosakan harta awam akan terus menerus sehingga mereka berasa puas dan perbuatan ini tidak akan 7. FYP FTKW. Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, perbuatan salah.

(19) pendorong kepada sifat salah laku di kalangan remaja.. Oleh itu, rakyat perlu dididik dengan kesedaran sivik untuk menghargai segala kemudahan yang telah disediakan. Hal ini kerana banyak kempen-kempen kesedaran pada masa kini tidak bersesuaian dengan masyarakat yang membuatkan maklumat yang ingin dismpaikan itu tidak sampai kepada masyarakat. Adalah wajar sekiranya pihak yang terlibat sama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pihak yang terlibat juga boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan undang-undang khas bagi kesalahan salah laku supaya masyarakat kita tidak lagi bersikap lepas tangan dan melakukan salah laku sesuka hati. Pelaksanaan undangundang yang tegas juga adalah penting supaya masyarakat negara ini sedar bahawa salah laku juga merupakan kesalahan jenayah. Oleh yang demikian, pihak berwajib juga boleh mengambil langkah-langkah pengawasan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan perbuatan salah laku ini. Gejala salah laku perlu dilihat dari aspek yang lebih serius supaya ia tidak membawa kecelakaan atau keburukan yang lebih teruk pada masa akan datang.. Ianya jelas menunjukkan tahap kesedaran masyarakat untuk menjaga harta benda awam masih lagi di tahap rendah walaupun sekarang kita telah menganjak ke tahun 2020. Kemudahan awam yang disediakan adalah bertaraf kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan baik, ianya adalah sesuatu yang merugikan negara khususnya dalam usaha merancakkan sektor pelancongan domestik dalam negara.. Tambahan pula, penggunaan video dalam mencegah remaja malakukan kesalahakn tersebut kurang dititik beratkan. Hal ini jelas remaja zaman sekarang tidak 8. FYP FTKW. terhenti sehinggakan mereka menigkat dewasa. Tidak lupa juga ibubapa ialah.

(20) perbuatan salah laku begitu banyak sehinggakan ianya dapat dilihat oleh kanak-kanak dibawah 18 tahun dimana ia lebih terpengaruh dan terjerumus kedalam maslah salah laku tersebut. Pelbagai aksi dan cara yang telah dipaparkan di youtube dan google untuk mempengaruhi fikiran remaja zaman ini. Menurut Afinur (2019) penglibatan akhlak yang buruk akan mudah individu tersebut terjebak dalam aktiviti-aktiviti jenayah.. Media massa, media cetak jugak turut mempengaruhi dan menjadi maslah kepada golongan remaja pada masa kini. Hal ini kerana majalah-majalah dalam pasaran juga mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan dan kehidupan harian remaja. Hasil dari pemerhatian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis majalah yang boleh didapati dan dibeli dengan mudah dalam pasaran dan kebanyakan difokuskan kepada golongan pembaca remaja. Majalah-majalah keganasan mendapat sambutan yang hangat dari golongan remaja hanya banyak memaparkan kerosakan dan kemusnahan. Ini ditambah pula dengan aksi-aksi dari masyarakat tempatan dan luar negara yang melakukan kesalahan undang-undang.. Kesan sebaran bahan media massa dan media cetak ini secara umumnya tidak dapat di kawal lagi kerana ianya amat mudah didapati di mana kawasan walaupun jauh diluar bandar. Majalah, CD/VCD, internet, cyber café, Astro dan majalah mudah didapati atau dilanggani oleh individu tanpa sebarang sekatan dan kawalan yang ketat. Ini telah memberikan kesan negatif kepada golongan remaja, termasuk mereka yang diketegorikan sebagai golongan fakir miskin. Sehubungan dengan itu, jika hendak dibendung perlullah dimulakan dari kecil oleh didikan ibu bapa dan bersekitaran kanak-kanak tersebut. Seperti pepatah biarlah melentur buluh dari rebungnya, ini. 9. FYP FTKW. diberi pendedahan kepada masalah salah laku tersebut malahan sekarang ini video.

(21) berpunca daripada ibu bapa itu sendiri.. 1.2 Objektif kajian Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa objektif kajian yang ditentukan oleh pengkaji supaya kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. 1) Mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat. 2) Menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat. 3) Menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. 1.3 Persoalan kajian Bahagian ini menyatakan mengenai persoalan-persolan yang timbul dari isu yang dibangkitkan oleh pengkaji. 1) Apakah kesan akibat daripada salah laku terhadap masyarakat. 2) Adakah pendekatan mengenai video kempen kesedaran dapat menyedarkan masyarakat. 3) Sejauh manakah penerimaan masyarakat mengenai video kempen kesedaran salah laku papan kenyataan.. 10. FYP FTKW. bertujuan menyedarkan pihak berkenan agar kesalahan yang dilakukan anak-anak.

(22) Terdapat pelbagai kepentingan yang boleh didapati daripada kajian ini antaranya ialah papan kenyataan merupakan salah satu sumber maklumat yang diperolehi masyarakat. oleh itu, jika papan kenyataan tersebut rosak akibat dari gejala salah laku ini masyarakat tidak akan dapat manfaat daripada papan kenyataan tersebut. Kajian ini juga merumuskan tentang kepentingan kesedaran yang perlu wujud pada masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak sedar akan kepentingan papan kenyataan. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan remaja tentang bahayanya perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan ini melalui video. Hal ini kerana pendedahan melalui video yang berunsurkan kesedaran dapat memberikan rasa belas kasihan dan perasaan ingin berubah terhadap remaja mahupun masyarakat. Melalui video kesedaran ini juga mampu menyedarkan masyarakat supaya hentikan perbuatan tidak berfaedah tersebut. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang perlakuan salah laku yang wujud di sekitar dan juga mendidik masyarakat untuk mencintai harta awam terutamnya papan kenyataan. Jumlah kerugian akibat perbuatan salah laku ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Masyarakat perlu menyedari dan harus dididik untuk memahami bahawa menjaga kemudahan awam khususnya papan kenyataan adalah tanggungjawab bersama. Kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta kita 11. FYP FTKW. 1.4 Kepentingan kajian.

(23) akan sampai satu peringkat di mana masyarakat akan menerima persepsi bahawa apa yang berlaku itu merupakan perkara biasa. Oleh itu, masyarakat seperti jiran-tetangga, NGO dan golongan cendekiawan perlu menghulurkan bantuan tenaga, buah fikiran dan kewangan bagi mengurangkan perbuatan salah laku ini. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama kerajaan perlu menyediakan program-program bagi membendung masalah ini setelah mengetahui punca-punca sebenar perlakuan ini. Tambahan pula, perbuatan salah laku tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Bagi sesetengah orang mereka tidak peduli terhadap perbuatan menconteng atau merosakan papan kenyataan ini kerana mereka menganggapnya hanyalah fenomena sementara. Apabila pelajar meningkat dewasa, mereka berfikir perbuatan salah laku ini akan terhenti dengan sendiri?. Gejala salah laku dilakukan berterusan dari generasi ke generasi seolah-olah menjadi warisan yang mempunyai waris-warisnya. Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, tentu ia menggalakkan lagi perbuatan salah laku ini sampai bila-bila. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan dengan harapan supaya dapat memberi gambaran sebenar tentang kaedah-kaedah atau cara yang berkesan untuk memastikan perbuatan salah laku ini tidak terjadi. Diharap dengan kaedah ini dapat memberi bantuan kepada semua pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular.. 12. FYP FTKW. sendiri. Sekiranya kegiatan salah laku ini tidak ditangani secara bersungguh-sungguh,.

(24) Kajian ini menyimpulkan tentang pengenalan terhadap tajuk kajian iaitu kempen kesedaran salah laku papan kenyataan melalui video di mana perbuatan salah laku ini merujuk kepada merosakan dan memusnahkan harta benda awam. Selain itu bahagian ini juga secara ringkasnya menerangkan penyataan masalah kajian. Ini bertujuan bagi memberi penjelasan atau gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat tentang penyataan masalah bagi kajian ini. Seterusnya kajian ini juga mempunyai tiga objektif kajian yang telah dikenal pasti iaitu mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat, menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyarkat dan menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. Seterusnya pengkaji juga menerangkan tentang persoalan kajian ini iaitu apakah kesan akibat daripada salah laku terhadap masyarakat,. adakah pendekatan. mengenai. video. kempen kesedaran dapat. menyedarkan masyarakat dan sejauh manakah penerimaan masyarakat megenai video kempen kesedaran salah laku papan kenyataan. Kajian ini juga telah menerangkan tentang kepentingan kajian agar kajian yang dilakukan oleh pengkaji lebih jelas.. 13. FYP FTKW. 1.5 Rumusan.

(25) KAJIAN LITERATUR. 2.1 Pengenalan Kempen melalui video membolehkan anda menjangkau dan berinteraksi dengan khalayak anda di YouTube dan menerusi rakan kongsi video, Google atau sebagainya. Apabila anda membuat Kempen melalui video, anda boleh memilih daripada jenis-jenis video dan kandungan video tersebut agar cara penghasilan video dapat difahami. Video merupakan salah satu bahan yang mempunyai potensi yang baik. untuk. menarik perhatian. masyarakat. disebabkan. video. berkebolehan. menyampaikan mesej dan maklumat dengan berkesan dari satu pihak kepada pihak lain. Video mempunyai kelebihan kerana mempunyai kebolehan ulang tayang semula dengan cepat dan program-program di dalamnya boleh dibuat dengan pelbagai versi bahasa dalam pita yang sama selain boleh digunakan untuk tujuan latihan secara langsung. Video juga boleh digunakan untuk merangsang perbincangan dan perdebatan serta menyalurkan ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih mudah difahami dan menarik. Oleh itu, terdapat beberapa kandungan yang dapat diperoleh untuk penghasilan sesebuah video kesedaran. Terdapat 5 unsur dalam penghasilan sesebuah video kesedaran antaranya ialah jenama filem, pendidikan, dokumentari, menghiburkan dan emosi dan penjelasan video. Pengamatan terhadap kajian-kajian sedia ada dapat memberikan idea dan juga dapat mencari kelompongan yang ada terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan.. 14. FYP FTKW. BAB DUA.

(26) Menurut Datuk Norman Abdul Halim (2017), berkata penonton dilihat lebih cenderung memilih sesuatu judul berdasarkan genre, barisan pelakon, syarikat produksi dan jenama filem terbabit. Jenama video adalah bertujuan untuk memperkenalkan anda kepada penonton dan memamparkan kepada penonton cerita jenama anda, matlamat penghasilan video anda dan yakinkan mereka tentang masej yang ingin dismpaikan. Cara terbaik untuk membezakan video jenama anda daripada orang lain adalah seperti menggunakan animasi. Animasi menawarkan banyak kemungkinan untuk menunjukkan jenama anda dengan cara yang kreatif. Ia memberikan rangsangan visual dan emosi kepada penonton dan meninggalkan penonton dalam mood yang baik. Jenama filem juga merupakan objek uatama penerimaan dan pemahaman kepada setiap masyarakat. ini kerana setiap individu akan melihat tajuk filem tersebut dahulu untuk mereka menilai jalan cerita yang terdapat dalam filem tersebut. Kebanyakkan tajuk cerita lebih bersifat kepada tersirat. Hal ini telah menyebabkan pelbagai konflik dalaman kepada penerbit dan pengarah filem trsebut sehinggakan menimbul isu perkauman jika jenama filem ini tidak diperiksa trlebih dahulu sebelum dipasarkan. KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pengarah filem Babi menegaskan karyanya bukan untuk mencetuskan perkauman dan menghina bangsa Melayu tetapi mengajak kepada perpaduan dan keharmonian sesama rakyat Malaysia. Jelaslah bahawa jenama sesuatu filem merupakan medium yang penting dalam sesebuah perfileman tersebut. Selain itu, tajuk filem juga turut memainkan peranan penting dalam sesebuah perfileman. Hal ini dapat dilihat dimana sambutan yang hebat bagi filem-filem yang menggunakan tajuk-tajuk yang mudah difahami dan terus menangkap para penonton 15. FYP FTKW. 2.2 Jenama filem.

(27) memberansangkan. Melihatkan kepada perkara ini, para pembikin filem terus membuat filem berdasarkan selera dan sambutan yang hangat walaupun hanya sekadar hiburan tanpa mesej atau pengajaran kepada para penonton ( Daily seni, 2014) 2.3 Pendidikan Video pendidikan, juga dikenali sebagai video 'bagaimana', adalah cara cepat dan mudah bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang berharga. Video mendorong pembelajaran, ingatan dan pemahaman, dan disebarkan dengan mudah melalui carian dan media sosial. Menurut Nurul Fatiha bt. Che Jamin@Abd Hamid (2012) video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Penggunaan video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran.. Melalui. video. tersebut. pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkodkan ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomain,1986). Video pembelajaran ini telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan teliti oleh penyeldik. Sebagai contoh krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan. 16. FYP FTKW. untuk menonton filem tersebut walhal sudut teknikal filem tersebut tidak.

(28) dilaksanakan secara dalam talian. Pembelajaran berasaskan video sebagai ‘technology enhance learning’ (TEL) yang paling berkesan sebagai sumber pembelajaran dalam pembelajaran atas talian (Yousef, Chatti & Schroeder, 2014). Penggunaan video membolehkan murid menvisualkan sesuatu yang dipelajari dengan mudah dan jelas. Sebagai contoh, sukar bagi kita untuk bercerita tentang situasi angkasawan di stesen antarabangsa angkasa lepas (ISS). Melalui penggunaan video, paparan situasi dan keadaan kerja angkasawan membolehkan murid membina pengetahuan sendiri tanpa memerlukan kos untuk ke sana.. Menurut Wan Faizal Ismayatim (2019), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,timbalan perdana menteri berkata pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform YouTube pertama kali dilaksanakan di Malaysia. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pendekatan kreatif melalui YouTube bertujuan memastikan mesej dapat disampaikan secara meluas melangkaui kumpulan sasar kementerian. Kanak-kanak perlu tahu dan diajar apa itu ‘safe touch’ (sentuhan selamat) dan ‘bad touch’ (sentuhan buruk) seawal mungkin.Pengetahuan dan kesedaran disampaikan melalui video ini perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu bagi mengelak menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencuriga yang sepatutnya dilaporkan. Hasil kajian Shaples (2000) mendapati bahawa penggunaan video dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam mempelajari sesuatu. Justeru, pendidik seharusnya perlu mengaplikasi penggunaan teknologi ini dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.. 17. FYP FTKW. dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP).

(29) sebagai alat yang praktikal bagi menambah kualiti kaedah konvensional sedia ada.. 2.4 Dokumentari Menurut Cahaya Diana (2016). Dokumentari adalah berasal dari kata dasar `document` yang memberi makna `to document reality`. Dokumentari merujuk kepada rakaman bersifat non-fiksi yang berperanan dalam memaparkan realiti kehidupan melalui rakaman kamera bagi membolehkan ia ditonton, difahami dan dinikmati merentas masa dan ruang. Video dokumentari ini membolehkan masyarakat lebih faham kerana penyampainya lebih jelas dan terperinci. Keadaan ini berbeza apabila teknik pemujukan digunakan dalam rancangan yang berbentuk dokumentari dalam mengetengahkan mesej kepada masyarakat. Mesej atau informasi melalui dokumentari menumpukan kepada kandungan yang berbentuk mendidik tanpa mengandungi unsur hiburan. Owens (1987) menyatakan, sikap dan tingkah laku penonton berpotensi berubah melalui sumber maklumat dan pengetahuan yang berkaitan diri individu tersebut daripada program televisyen terutamanya yang berbentuk dokumentari. Malah tahap pengetahuan penonton juga akan semakin bertambah melalui pendekatan yang santai dan mengandungi informasi yang jelas di dalam program dokumentari. Levine (2007) turut mendapati genre dokumentari mampu membawa perubahan terhadap masyarakat di Afrika Selatan. Kajian beliau dilakukan dengan membuat tinjauan selepas mengadakan tayangan dokumentari mengenai langkah ke arah masa depan dalam mencegah. Manakalah menyatakan tayangan atau drama berbentuk dokumentari juga ditakrifkan sebagai penceritaan dan peristiwa yang berlaku tanpa mengolah situasi sebenar. Dalam plot tayangan dokumentari juga hanya 18. FYP FTKW. Sebagai contoh penggunaan video dapat dimanfaat dalam pengajaran di dalam kelas.

(30) memesongkan pemikiran penonton. Justeru, penonton yang menjiwai dan mendalami kandungan genre dokumentari akan cenderung untuk melakukan perubahan dari segi tingkah laku tanpa terpengaruh dengan kempen-kempen awam. (Ashuri ,2007) Sehubungan itu, menurut Owens (1987) pula menyatakan, mesej yang disampaikan daripada kandungan berbentuk dokumentari juga berkesan dalam memberi peningkatan dari segi pengetahuan kepada masyarakat walaupun tanpa melalui unsur hiburan. Fakta dan maklumat tepat banyak yang diterima oleh masyarakat akan memberi keyakinan dan kepercayaan kepada masyarakat. Malah Levine (2007), mengatakan penggunaan filem dokumentari mampu menarik audien sasaran untuk berbincang dan berdialog tentang mesej dan informasi yang dipaparkan malahan pemaparan visual yang menarik beserta informasi dalam filem dokumentari mampu mendidik masyarakat agar lebih sensitif terhadap isu- isu yang berkait. Tambahan pula, Terdapat dua jenis filem dokumentari yang diterbitkan untuk penayangan kepada penonton iaitu yang bersifat khusus dan umum. Filem dokumentari yang khusus merujuk kepada filem atau video dokumentari yang direka bentuk dan diterbitkan secara khusus dan sistematik berdasarkan pendekatanpendekatan tertentu dan seterusnya digunakan secara sistematik mengikut kaedah tertentu bagi mencapai keberkesanan objektif yang diharapkan (Galbraith 1990). Manakala filem dokumentari yang umum pula merupakan apa sahaja bentuk video atau filem dokumentari yang mengandungi unsur-unsur yang dapat digunakn dan diubah secara sistematik untuk mencapai objektif penerbitannya (Galbraith 1990). Galbraith (1990) dan Bernard (2007) juga mengklasifikasikan filem dokumentari sebagai salah satu media komunikasi berkesan yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat penyampaian informasi yang diingini. 19. FYP FTKW. mempunyai fakta yang tepat tanpa menambah elemen-elemen yang boleh.

(31) Video menghiburkan ini merupakan video yang dapat membuat sesorang itu gelak tawa apabila melihatnya, dalam erti kata lain adalah video komedi. Salah satu konten video yang paling banyak dicari atau dikunjungi pengguna Youtube ialah acara komedi. Menonton konten video lucu menjadi cara paling efektif untuk melepaskan penat setelah melakukan berbagai aktiviti seharian. Selain itu, kini juga banyak ditemukan akaun Youtube yang selalu memperkenalkan karya-karya video yang sarat dengan unsur komedi.. Selain itu, mendapati bahawa iklan yang paling banyak dikongsi pada tahun 2015 sangat bergantung pada kandungan emosi, Kesedaran emosi dari jenama ini tidak selalu berlaku. Pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, pengiklan lebih mementingkan humor dan sindiran.Menurut Ketua pegawai kreatif beliau berasa apa yang berlaku ialah industri iklan telah menghabiskan dekad yang lalu untuk meraikan kepahitan dan sinis dan bersikap jahat kepada orang. Ia sangat bagus kerana berbeza dengan orang lain dan kemudian menjadi trend dan orang mula bosan dengannya. Ia tidak lucu atau menarik lagi. Oleh itu, apabila perkara mula muncul dengan idea yang sama masyarakat akan mula bosan melihatya.. Istilah video viral yang merupakan kemunculan pada tahun 2009. Istilah video viral ini digunakan untuk mearik perhatian masyarakat yang melihatnya dan ianya lebih bersifat kreatif dan lucu. ( David 2019). Video viral dapat mengubah sesorang itu menjadi terkenal didalam internet dalam masa yang agak singkat. Bayangkan jutaan orang yang meihat dan mengetahui perihal tentang diri disebabkan sesuatu yang viral. Bagi sesetengah orang, untuk menjadi terkenal adalah mustahil dan ada 20. FYP FTKW. 2.5 Menghiburkan atau emosi.

(32) perbuatan yang dirakam menjadi moment yang menghiburkan hati penonton. Sebagai contoh (Astro awani, 2020) Mengisahkan kesiapsiagaan pasukan barisan hadapan Malaysia menghadapi gelombang ketiga penularan COVID-19, video ini baru dimuat naik pada Rabu turut menampilkan lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir. Sebuah video berdurasi empat minit mula menjadi perbualan selepas ia dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.. Terdapat dua jenis video menghiburkan dalam erti kata lain lawak iaitu lawak lucu dan lawak sedih. Perkataan lawak ini biasanya merupakan cerita pendek atau susunan perkataan yang bersifat lucu. Terdapat pelbagai kategori lawak dari lawak yang boleh hinggalah lawak yang mempunyai multi-makna. Maksudnya ia biasa sahaja kepada sesetengah golongan tetapi ia menjadi lawan kepada kumpulan sasaran yang lain.. 2.6 Penjelasan Video Penjelasan terhadap sesuatu video membolehkan masyarakat yang melihatnya akan lebih memahami masej yang ingin disampaikan melalui video tersebut. Terdapat beberapa video yang menerangkan akibat keburukan perbuatan salah laku ini dan cara mencegahnya kepada masyarakat. Menurut fasya sani (2019) secara ringkasnya video penjelasan ini terdiri daripada video atau gambar di mana ia berkaitan secara elektronik dan kesan yang menarik yang membolehkan video tersebut menunjukan emosi dan pergerakan. Manurut Arief S. Sadiman video adalah suatu media pengirim pesan yang dapat menampilkan suara serta gambar bergerak. Pesan tersebut dapat berupa fakta 21. FYP FTKW. juga yang lebih menjaga priversi hidupnya. Hal ini akan terjadi disebabkan sesuatu.

(33) cerita rekaan) yang bisa mengedukasi atau hanya bersifat informasi. Video juga merupakan gambar yang bergerak berulang kali dan menghasilkan satu cerita aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang saintifik. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada isyarat analog video boleh dicipta dengan merakam pada sesuatu filem Yusup dan Alwiah (1999) telah menyatakan bahawa penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. Melalui video, murid-murid boleh membayangkan sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan. Misalnya perubahan fizikal sesuatu haiwan, cara haiwan membiak dan sebagainya. Ia dapat merangsang deria-deria individu di samping menyediakan pengalaman sebenar. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999) juga menyatakan penggunaan video dapat disaksikan berkalikali sehingga sampai ke peringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Antaranya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula. Oleh itu, murid-murid lemah dapat mengimbas kembali pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja. 2.7 Rumusan Berdasarkan kajian literature yang dilakukan jelas menyatakan penggunaan video kesedaran dapat mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja. Teknik yang betul dapat menghasilkan sesebuah video kesedaran yang dapat diterima oleh masyarakat. Pengkaji juga menjelaskan teknik penghasilan video kesedaran yang perlu ada agar penghasilan video tersebut akan berjaya. Diambil juga kajian-kajian lepas untuk menerangkan dengan lebih teliti tentang ketepatan cara tersebut.. 22. FYP FTKW. (seperti berita atau kejadian dan peristiwa penting) mahupun fiktif (seperti sebuah.

(34) METODOLOGI KAJIAN. 3.1 Pengenalan Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, pemilihan lokasi dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau. lebih terperinci lagi tentang. pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, pemilihan lokasi kajian, kaedah kajian, kaedah menganalisis data dan rumusan. Kesemua topik yang dibincangkan di dalam metodologi kajian ini merupakan perkara yang penting di dalam sesebuah kajian yang ingin dihasilkan agar kajian ini dapat menemui kaedah pengumpulan data yang sesuai. Bab ini juga akan membincangkan dengan lebih teliti tentang kaedah kajian yang ingin digunakan agar dapat mencapai matlamat objektif kajian. 3.2 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan unutk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya dapat menjawab persoalan kajian tersebut Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat dan menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat. Kajian yang 23. FYP FTKW. BAB TIGA.

(35) berdasarkan pemberian soal selidik meggunakan media massa iaitu whatsapp dan facebook melalui ‘google form’ kepada masyarakat di sekitar Kota Bharu Kelantan. Data yang diambil membolehkan penyelidik mencapai objektif kajian dan dapat menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. Penelitian kuantitatif adalah suatu proses menemukan pengetahuan yang menggunakan data berupa angka sebagai alat menganalisis keterangan mengenai apa yang ingin diketahui.(Kasiram (2008: 149) dalam bukunya Metodologi Penelitian Kualitatif dan Kuantitatif). Dalam keadan sekarang iaitu pendamik covid-19 wajarlah pengkaji membuat dan memilih kaedah kuantitatif untuk mencari data secara atas talian dan ia tidak mendatangkan risiko kepada pengkaji dan masyarakat. hal ini secara tidak langsung dapat mendidik dan mendisiplinkan diri untuk patuhi undangundang di Negara kita. Melalui kaedah kuantitatif ini pengkaji dapat menunjukan pengesahan bagi setiap maklumat dan data tersebut (Nurzawani Mohamad Zani, 2015). Kebanyakan proses melalui kaedah kuantitatif ini, data yang diperolehi adalah melalui soal selidik. Pengkaji menggunakan media ‘google form’ untuk mendapatkan segala jawapan yang diberikan daripada responden dan akan dianalisa. Jangka masa pengkaji yang diambil untuk mendapatkan data tersebut adalah selama 2 hari disebabkan soalan yang diberikan melalui ‘google form’ dimana ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Pengkaji menghantar link kepada setiap group untuk mendapatkan data daripada responden tersebut.. 24. FYP FTKW. digunakan oleh penyelidik adalah bersifat kuantitatif, iaitu data yang diambil.

(36) Sampel kajian sangat penting digunakan untuk sesebuah kajian. Persempelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan sampel kajian yang terdiri dripada masyarakat di negeri Kelantan. Pengkaji memfokuskan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan Kota Bharu Kelantan. Pemilihan masyarakat dan kawasan tersebut disebabkan oleh jarak yang dekat dengan pusat kajian untuk penyelidik melakukan kajian. Ini secara tidak langsung pengkaji dapat mengurangkan kos dan masa untuk pengkaji melakukan tinjauan dan mendapatkan maklumat yang diinginkan. 3.3 Pemilihan lokasi kajian Pengkaji memilih lokasi untuk menjalankan kajian ini adalah di sekitar kawasan bandar Kota Bharu Kelantan. Ini kerana pemerhatian pengkaji terhadap bandar Kota Bharu Kelantan tersebut terlalu banyak kerosakan dan terdapat pelekatpelekat yang menampal di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Pengkaji juga kerap berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di negeri Kelantan dan perbuatan salah laku ini amat mengecewakan terutama sekali di bandar Kota Bharu Kelantan. Selain itu, pengkaji memilih lokasi Kota Bharu Kelantan juga disebabkan segelintir remaja di negeri Kelantan mengambil mudah akan perbuatan salah laku ini malahan juga turut serta melakukan kesalahan salah laku tersebut. Hal ini kerana mereka tidak dapat sebarang nasihat dan teguran berkenaan kesan negatif perbuatan salah laku ini kepada diri, masyarakat dan negara. Sebagai contoh sekumpulan pelajar bertindak liar merosakan harta benda sekolah dan dipecayai dilakukan oleh pelajar sekolah tahfiz negeri Kelantan (Aiman Sadiq Abdullah,2019) 25. FYP FTKW. 3.3 Sampel kajian.

(37) 3.4.1 Data primer Proses pengumpulan data ini digunakan melalui kaedah primer iaitu melalui borang soal selidik di atas talian yang telah diubahsuai dari soal selidik yang asal. Pengkaji telah memberikan link borang soal selidik di setiap group masyarakat negeri Kelantan untuk mendapatkan data tersebut. Soalan yang ditujukan lebih berfokus kepada kesan perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan dan menentukan jenis kempen kesedaran dalam menagani masalah salah laku melalui video. Terdapat tiga kategori dalam penghasilan video kesedaaran iaitu menghiburkan, dokumentari dan pendidikan. Berdasarkan tiga kategori ini pengkaji akan mengenalpasti kaedah yang sesuai dan berkesan yang telah dipilih oleh masyarkat untuk menangani gejala salah laku ini. 3.4.2 Soal selidik Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Borang soal selidik dilakukan oleh pengkaji adalah melalui kaedah online dimana pengkaji menggunakan media massa dengan mengedarkan link borag soal selidik kepada setiap group masyarakat di negeri Kelantan khususnya di Kota Bharu Kelantan untuk bertujuan mengumpul data dan maklumat pendapat masyarakat tersebut. Soalan soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama iaitu demografi responden mengenai latar belakang responden antara soalan yang 26. FYP FTKW. 3.4 Kaedah kajian.

(38) bahagian kedua pandangan masyarakat terhadap perbuatan salah laku papan kenyataan dan yang ketiga ialah pengetahuan masyarakat terhadap penghasilan sesebuah video dalam menangani perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan di Kota Bharu kelantan. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:13) Soalan ini bukanlah ujian dan tidak terdapat jawapan benar atau salah. 3.5 Kaedah menganalisis data Setelah kesemua data dan maklumat berjaya dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif, data tersebut akan dianalisis dengan sistematik. Analisis kajian akan dilakukan setelah kesemua responden menjawab soal selidik tersebut disebabkan data yang mereka berikan itu membantu pengkaji dalam memproses maklumat dan akan membuat sepertimana didalam objektif kajian iaitu pengkaji akan menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan.. 27. FYP FTKW. terkandung ialah jantina, umur, bangsa, agama dan tahap pendidikan. Manakala.

(39) FYP FTKW. 3.6 Carta gantt. TAJUK DAN PERMASALAHAN KAJIAN. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN. KEPENTINGAN KAJIAN. KAJIAN LITERATUR. METODOLOGI KAJIAN. KUANTITATIF. SUMBER PRIMER. SOAL SELIDIK BEBERAPA RESPONDEN UNTUK MENDAPATKAN DATA. SOAL SELIDIK. KAEDAH MENGANALISIS DATA. RUMUSAN. 28.

(40) Kesimpulanya bab ini adalah bab yang sangat penting kerana bab ini menerangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, pemilihan lokasi kajian, kaedah kajian, kaedah menganalisis data dan carta gantt. Penyeidik telah menerangkan secara terperinci tentang metodologi kajian yang telah digunakan oleh penyelidik dalam proses mendapatkan data sehingga proses menganalisis data yang diperolehi. Hal ini bagi membolehkan objektif kajian dicapai iaitu mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat, menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat dan menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan.. 29. FYP FTKW. 3.7 Rumusan.

(41) ANALISIS DATA DAN PEMBANGUNAN PRODUK. 4.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang analisis data yang merupakan langkah perlu dibuat dalam proses penyelidikan diamana hasil dapatan yang diperoleh berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Borang soal selidik tersebut diedarkan bertujuan untuk memproses analisis data yang bertajuk Kempen Kesedaran Papan Kenyataan Melalui Video. Borang soal selidik tersebut diedarkan melalui kaedah google form dimana seramai 53 orang responden yang telah menjawabnya. Soal selidik ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan masyarakat tentang masalah salah laku ini. Disamping itu, dalam bab ini juga akan membincangkan tentang pembangunan produk yang akan dibincangkan secara lebih terperinci mengikut turutan proses yang dilakukan bermula dengan proses analisis, mencari bahan rujukan, konsep visual dan reka bentuk produk akhir. 4.2 Analisis data Melalui proses pemgumpulan data yang telah dilakukan oleh pengkaji. Kesemua maklumat telah diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden melalui kaedah google form. Didapati seramai 53 orang responden yang telah menjawab kesemua borang soal selidik tersebut yang terdiri daripada umur 21 sehingga 50 tahun dan juga pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut terlibat dalam menjawab soal selidik tersebut.. 30. FYP FTKW. BAB 4.

(42) Melalui kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah membahagikan borang soal selidik kepada tiga bahagian iaitu bahagian A merangkumi demografi responden, bahgian B pula mengenai pandangan masyarakat terhadap perbuatan salah laku papan kenyataan dan bahagian C merupakan pengetahuan masyarakat terhadap penghasilan sesebuah video dalam menangani perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan. Berikut merupakan butiran-butiran data yang diperolehi. 4.4 Hasil Berikut merupakan beberapa carta dan graf penting mengenai kajian ini.. Carta 4.4.1: Jantina. Berdasarkan carta pie 4.4.1 diatas menunjukan bilangan responden lelaki lebih tinggi berbanding bilangan responden perempuan di mana bilangan lelaki menunjukan seramai 33 orang responden bersamaan dengan 62.3% manakala bagi bilangan responden perempuan pula sebanyak 20 orang iaitu bersamaan dengan 37.7%. Taburan responden mengikut jantina yang berjumlah seramai 53 orang responden yang merupakan hasil daripada pengumpulan data melalui google form. 31. FYP FTKW. 4.3 Analisis dapatan kajian soal selidik yang pertama.

(43) FYP FTKW Carta 4.4.2: Umur. Carta pie 4.4.2 mendapati bilangan responden yang berumur 21-30 tahun mempunyai bilangan yang lebih banyak berbanding dengan umur responden yang lain. Responden bagi umur 21-30 tahun menunjukan sebanyak 43 orang responden iaitu bersamaan 81.1%. Responden yang mempunyai jumlah kedua terbanyak adalah responden yang berumur 31-40 tahun yang mempunyai seramai 8 orang bersamaan dengan 15.1%. Manakala responden yang paling sedikit ialah responden yang berumur 41-50 tahun iaitu sebanyak 2 orang sahaja dan bersamaan dengan 3.8 peratus. Responden yang berumur 51 tahu ke atas tidak menunjukan sebarang jumlah responden dan jumlah responden mengikut umur melibatkan seramai 53 orang responden.. 32.

(44) FYP FTKW Carta 4.4.3: Bangsa. Carta pie 4.4.3 menunjukann jumlah taburan responden mengikut bangsa yang menyatakan responden berbangsa Melayu mempuyai responden yang paling tinggi berbanding dengan responden berbangsa lain di mana kekerapan responden berbangsa Melayu ialah seramai 50 orang iaitu bersamaan dengan 94.3%. Kekerapan yang paling sedikit yang berjumlah hanya 1 orang responden sahaja iaitu responden berbangsa India yang mempunyai peratusan sebanyak 1.9%. Manakala responden yang berbangsa Cina pula mempunyai seramai 2 orang responden iaitu bersamaan dengan 3.8% yang menjadikan responden berbangsa Cina adalah kedua terbanyak selepas responden berbangsa Melayu. Secara keseluruhannya responden berjumlah 53 orang.. 33.

(45) FYP FTKW Carta 4.4.4 : Tahap pendidikan. Carta 4.4.4 menunjukan responden yang paling tinggi ialah tahap Ijazah dimana seramai 18 orang responden bersamaan dengan 34%. Manakala yang kedua terbanyak responden ialah tahap pendidikan Spm iaitu seramai 15 orang responden iaitu bersamaan dengan 28.3% diikuti rapat tahap pendidikan Stpm iaitu seramai 10 orang bersamaan dengan 18.9%. Seterusnya bagi responden tahap Diploma ialah seramai 7 orang responden bersamaan dengan 13.2% dan akhir sekali merupakan responden tahap Phd dimana ia menunjukan seramai 2 oarang responden sahaja bersamaan dengan 3.8%.. Graf 4.4.5: Pengetahuan masyarakat 34.

(46) lebih tinggi daripada tidak, ini kerana responden yang memilih ‘Ya’ mempunyai responden yang paling tinggi iaitu sebanyak 47 responden bersamaan dengan 88.7%. Manakala responden yang memilih ‘Tidak’ hanya 6 orang responden sahaja bersamaan dengan 11.3%. Jelaslah bahawa masyarkat lebih tahu mengenai kempen kesedaran dan secara keseluruhanya seramai 53 orang responden telah menjawabnya.. Graf 4.4.6 : Pendapat masyarakat. Graf 4.4.6 menunjukan pendapat masyarakat mengenai kempen kesedaran mampu memberi kesan ataupun tidak dan masyarakat memilih mampu menyedarkan dimana seramai 45 orang responden yang memilih ‘Ya’ iaitu bersamaan dengan 84.9% dan hanya 8 orang responden sahaja yang memilih ‘Tidak’ bersamaan dengan 15.1% dimana mereka menafikan bahawa kempen kesedaran tidak mampu memberi kesan kepada perbuatan salah laku tersebut. 35. FYP FTKW. Graf 4.4.5 menunjukan pengetahuan masyarakat mengenai kempen kesedaran.

(47) FYP FTKW Graf 4.4.7 : Bersetuju perbuatan salah laku menjejaskan imej Negara. Berdasarkan graf 4.4.7 menunjukan bilangan responden bersetuju adalah lebih banyak berbanding tidak bersetuju. Ini kerana bilangan respoden yang memilih ‘Ya’ seramai 44 orang iaitu bersamaan dengan 83% manakala responden yang memilih Tidak hanya 9 orang responden sahaja bersamaan dengan 17%. Jelaslah bahawa ramai yang memilih setuju bahawa perbuatan salah laku boleh menjejaskan imej negara.. Graf 4.4.8 : Infografik memainkan peranan penting. 36.

(48) untuk infografik mampu memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat adalah seramai 50 orang responden iaitu bersamaan dengan 94.3%. manakala bagi reponden yang memilih ‘Tidak’ hnya seramai 3 orang responden sahaja bersamaan dengan 5.7%. maka dengan ini jelaslah bahawa bilangan tertinggi responden adalah memilih ‘Ya’ dan yang paling rendah repoden yang memilih ‘Tidak’.. Graf 4.4.9 : Penyampaian mesej yang jelas dan telus. Graf 4.4.9 menunjukan terdapat perbezaan pendapat di kalangan responden. Hanya 2 orang responden sahaja yang memilih ‘Tidak’ dimana mereka tidak setuju bahawa penyampaian mesej yang jelas dan telus penting bagi menjayakan sesebuah kempen kesedaran iaitu bersamaan dengan 3.8%. bagi responden yang memilih ‘Ya’ sudah tentulah ia merupakan pilihan tertinggi iaitu seramai 51 orang responden bersamaan dengan 96.2%. responden memilih ‘Ya’ mereka bersetuju bahwa penyampaian mesej yang jelas dan telus penting bagi menjayakan sesebuah kempen kesedaran.. 37. FYP FTKW. Berdasarkan graf 4.4.8 menunjukan bilangan responden yang memilih ‘Ya’.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antara objektif kajian ini ialah pengkaji akan mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu melalui pendekatan analisis kesilapan bahasa Melayu dalam karangan

Manakala daripada 8 orang Saudara Kita atau responden yang dipilih untuk ditemu bual adalah terdiri daripada 4 orang atau 50% dalam kalangan mereka yang bekerja

Metod ini merupakan kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul bahan-bahan bacaan, data-data, dan maklumat-maklumat melalui bahan bercetak seperti buku-buku

Oleh itu dalam kajian ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap amalan dan penghayatan ibadah pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi amalan

Potter (t.t), Food Science, ed. New York; Avi Publishing Company, INC, h.. 19 pengkajian tersebut amat membantu pengkaji dalam kajian ini kerana data dan maklumat tersebut

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah borang soal selidik seperti yang terdapat dalam Lampiran 1. Borang soal selidik ini terbahagi

Soalan ini mengandungi lima bahagian, anda diminta menjawab dalam kertas soalan pada ruang yang disediakan. Tujuan soal selidik dilakukan untuk mendapatkan data bagi menyiapkan

Pengkaji akan mengutarakan beberapa kesimpulan berdasarkan analisis dapatan dan menginterpretasi kesemua dapatan penting yang telah diperolehi daripada bab

Justeru itu, instrumen soal selidik ini yang terdiri daripada 29 item adalah dipercayai dan sah digunakan dalam kajian akan datang untuk mengukur aspek kesediaan guru dalam

Bagi menjawab objektif kajian pertama, berdasarkan analisis diskriptif mengenai tahap persetujuan responden terhadap pengaruh keuntungan perniagaan mereka melalui

Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif, dan dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik. Penggunaan soal selidik dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti

Pengenalan Bab ini akan akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat berkenaan objektif kajian yang telah dinyatakan,

Kajian ini dilakukan ke atas „gate keeper‟ muzium dan kemudiannya pengkaji akan berjumpa dengan pegawai-pegawai muzium dalam sesebuah organisasi untuk memberikan maklumat

Melalui analisis dapatan kajian soal selidik yang telah dijalankan, pengkaji telah mengenalpasti bahawa kajian tentang penjenamaan semula reka bentuk identiti korporat di

4.3 ANALISIS DATA KESELURUHAN Melalui dapatan kajian secara keseluruhan daripada soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji, mendapati bahawa kaedah pengenalan alphabet untuk kanak

Pengkaji juga menggunakan pendekatan kaedah soal selidik untuk mengumpul data dan pandangan responden tentang pemerkasaan tulisan Jawi dalam bidang pengiklanan kreatif dan

Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat tentang pendapat responden terhadap Adat Perpatih dan memberikan soalan kaji selidik kepada pegawai di Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Melalui kaedah soal selidik ini, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kajian pengkaji terhadap kualiti skrip dan penerimaan penonton di dalam filem Misteri

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengambil tiga buah lagu daripada kesemua lagu Aman Ra bagi mengkaji representasi sosial yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut

Temu bual adalah teknik soal jawab dengan pihak-pihak berkaitan untuk mendapatkan data kajian yang tidak diperoleh daripada soal selidik dan data sekunder, yang dilakukan

Analisis Rasch digunakan dalam kajian ini kerana analisis ini boleh mengesan kebolehan dan kemampuan setiap calon yang menjawab item dalam soal selidik dan pada

Setelah soal selidik diedarkan, mendapati bahawa kenyataan mengenai ‘penyingkiran barang atau alatan yang tidak diperlukan akan menampakkan ruangan pejabat anda

Maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan analisis faktor bagi mengenal pasti respon masyarakat dari segi