• Tiada Hasil Ditemukan

Peningkatan jangka hayat mempunyai implikasi ekonomi dan sosial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Peningkatan jangka hayat mempunyai implikasi ekonomi dan sosial"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

KESAN PENINGKATAN JANGKA HAYAT DI MALAYSIA

EFFECTS OF INCREASED LIFE EXPECTANCY IN MALAYSIA (DORIS PADMINI SELVARATNAM, NOR AINI HJ IDRIS, NORLAILA ABU

BAKAR & ONG BEE KIM)

ABSTRAK

Semenjak 1960-an terdapat peningkatan jumlah warga tua di Malaysia kerana penurunan kadar kelahiran dan mortaliti, peningkatan kawalan penyakit berjangkit serta kemudahan kesihatan yang bertambah baik. Peningkatan jangka hayat penduduk ini menyebabkan kumpulan umur yang lebih tua meningkat secara signifikan. Peningkatan jangka hayat mempunyai implikasi ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, terdapat beban kewangan terhadap individu, ahli keluarga dan juga kerajaan. Dari segi sosial, ianya melibatkan penyediaan kemudahan perumahan dan kesihatan yang melibatkan perbelanjaan yang besar.

Kertas kerja ini membincangkan implikasi peningkatan jangka hayat penduduk terhadap perbelanjaan kerajaan Malaysia.

Kata kunci: jangka hayat, warga emas, jaminan sosial.

ABSTRACT

Since 1960s, increase in the number of elderly in Malaysia is due to reduced number of births and mortality, better control of epidemic and improved health facilities. Increase in the population life expectancy causes the older age group to significantly increase. This increase has implications on the economic and social aspects. In terms of economy, there is burden of financial to individuals, family members and the government. From the social aspect, it involves large expenses in providing housing and health facilities. This paper discusses the implication of increased population life expectancy on Malaysian government expenditure.

Keywords: life expectancy, elderly, social security

1. Pengenalan

Di peringkat global, perangkaan tahun 2020 menunjukkan terdapat 635 juta warga emas yang berusia 65 tahun ke atas di seluruh dunia iaitu 10.0% daripada jumlah penduduk dunia.

Menjelang tahun 2050 pula, bilangan warga emas dijangka meningkat kepada kira-kira 30.0%

daripada jumlah penduduk dunia. Dari segi jumlah, antara negara membangun yang mempunyai bilangan warga emas yang ramai termasuk China (230 juta), India (142 juta), Indonesia (29 juta), Brazil (27 juta) dan Pakistan (18 juta). Namun warga emas di negara membangun kurang diberi tumpuan oleh kerajaan berbanding warga emas di negara maju (Norazam, 2000). Warga emas merujuk kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas. Kini warga emas tidak boleh diukur berasaskan kepada had umur semata-mata memandangkan

“umur kronologi” tidak melambangkan “umur fisiologi”. Dengan kata lain, keupayaan fizikal dan mental warga emas boleh berubah (Law Sung Ing, 2000).

Semenjak 1960-an berlaku peningkatan dalam jumlah warga emas di Malaysia ekoran dari penurunan kadar kelahiran dan mortaliti, wujud penambahbaikan dalam kemudahan kesihatan dan peningkatan kawalan penyakit berjangkit. Peratus warga emas di Malaysia meningkat daripada 5.7% pada tahun 1990 kepada 6.3% pada tahun 2000. Bagi tahun 2020,

(2)

306 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

jumlah warga emas di negara ini dijangka meningkat kepada 3 juta iaitu kira-kira 10.0%

daripada anggaran 32 juta penduduk (Norazam, 2000).

Jangka hayat juga dijangka akan meningkat ekoran peningkatan tahap kesihatan khususnya di negara-negara maju. Secara puratanya di Malaysia, jangka hayat untuk lelaki meningkat daripada 65 tahun (1990) kepada 70 tahun (2000), sementara untuk perempuan daripada 68 (1990) kepada 76 tahun (2000). Purata jangka hayat bagi warga emas lelaki kini ialah 72.3 tahun, manakala wanita 76.9 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) menjangka menjelang 2020, jangka hayat bagi lelaki adalah 75.4 tahun dan wanita 80.4 tahun (Buletin Perangkaan Sosial, 2007). Semakin tinggi umur warga emas, semakin tinggi risiko yang mereka hadapi. Jadi, penambahan bilangan warga emas menjadi satu isu perbincangan penting dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk media, ahli politik, individu, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan.

2. Isu dan Kesan Penuaan

Peningkatan jangka hayat warga emas di negara Malaysia berlaku disebabkan wujud kemajuan sains dan teknologi perubatan, peningkatan taraf hidup, penurunan kadar mortaliti, kemerosotan fertiliti, peningkatan tahap pendidikan dan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan. Ini bermakna banyak isu perlu dihadapi oleh individu yang mungkin akan membawa kesan-kesan yang serius dan buruk terhadap negara.

Permasalahan penuaan penduduk akan menimbulkan keperluan kewangan yang lebih tinggi di hari tua. Sekiranya warga emas tidak mempunyai simpanan atau pencen untuk menyara kehidupan hari tua mereka, kaum keluarga mereka perlu membantu mereka. Jika kaum keluarga pula tidak mampu menampung perbelanjaan orang tuanya, maka mereka akan memohon bantuan daripada kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengutip lebih banyak cukai daripada pembayar cukai bagi tujuan membantu warga emas. Kesannya kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sosial yang tinggi. Pihak kerajaan perlu menggubal dasar-dasar yang sesuai untuk warga emas dari segi menanggung kos bersara, kos kesihatan, ganjaran, kos KWSP, dan kos-kos yang lain berkaitan dengan warga emas.

Peningkatan golongan warga emas juga turut mendorong kerajaan menyediakan perumahan untuk mereka dan keadaan ini akan menambahkan perbelanjaan kerajaan (Syed Shahir, 2007).

Dari segi kesihatan, peningkatan usia juga menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan psikologikal. Perubahan fizikal membabitkan perubahan dari segi luaran dan dalaman, antaranya kulit semakin mengendur, penglihatan tidak jelas (50.0% warga emas mengalami masalah penglihatan) dan pendengaran agak kurang (34.0% di kalangan warga emas). Warga emas juga mengalami tindakan yang lambat, sembelit akibat kurang penyerapan air, degup jantung yang tidak berapa kuat dan menyebabkan cepat penat selain paru-paru yang tidak boleh mengembang sepenuhnya yang menghalang seseorang warga usia emas melakukan aktiviti lasak. Ini bermakna warga emas akan menghadapi banyak risiko di dalam kesihatan (Norazam, 2000). Ini bererti akan wujud permintaan yang semakin meningkat untuk rawatan, penjagaan dan perubatan untuk warga emas.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2005, warga emas menghadapi masalah memperolehi bantuan kewangan seperti pinjaman bank, sementara syarikat insuran seakan-akan tidak berminat untuk menjual polisi hayat kepada mereka.

Justeru, wujud ketidakseimbangan jaminan sosial yang memerlukan keprihatinan dan tindakan sewajarnya. Kerajaan memerlukan sokongan untuk membina lebih banyak rumah orang tua dan prasarana kesihatan khusus untuk warga emas terutama mereka yang terlibat dalam sektor tidak formal dan bergantung pada simpanan peribadi untuk meneruskan hidup.

(3)

3. Trend Warga Emas di Malaysia

Warga emas merujuk kepada penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan warga emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Manakala jangka hayat bermaksud perkadaran bagi ahli sesuatu kohort ini untuk terus kekal hidup pada satu-satu peringkat umur tertentu dan baki tahun tinggal untuk mereka terus hidup (Weeks, 2008).

Penetapan kadar umur 60 tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahap umur yang digunapakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 65 tahun. Warga emas mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Sumbangan mereka kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara begitu banyak. Mereka menjadi penasihat utama kepada keluarga dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang mereka ini adalah aset negara yang paling berharga. Warga emas memiliki kemampuan regeneratif yang terbatas dan lebih mudah diserang penyakit. Di barat seseorang dianggap tua ketika mencapai umur 60-65 tahun.

Negara yang berbeza mempunyai takrif umur warga emas yang berbeza (Weeks, 2008). Dari sudut ekonomi, warga emas dikelaskan sebagai golongan tua yang terdiri daripada individu yang telah bersara atau tamat tempoh perkhidmatan. Ini kerana mereka sudah kurang berdaya untuk melakukan kerja dan menghadapi risiko yang tinggi dari kesihatan mereka.

Jadual 1 menunjukkan jumlah bilangan penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dan jantina antara tahun 1980 hingga tahun 2007. Didapati bilangan penduduk lelaki pada tahun 1980 adalah sebanyak 6,992,000 orang sahaja tetapi pada tahun 2007, bilangan ini meningkat sehingga 13,833,000 orang, iaitu pertambahan sebanyak 6,841,000 dalam tempoh 27 tahun ini. Manakala bilangan penduduk perempuan pada tahun 1980 adalah 6,887,000 orang dan ianya bertambah menjadi 13,341,000 orang pada tahun 2007. Ini bermakna telah berlaku peningkatan sebanyak 6,454,000 orang dalam tempoh yang sama.

Jadual 1: Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Umur dan Jantina di Malaysia, 1980- 2007

Umur/jantina 1980 1991 1995 2000 2001 2004 2006 2007

Lelaki 6992 9417 10564 11853 12062 13023 13563 13833

Perempuan 6887 9131 10125 11421 11733 12558 13078 13341 Jumlah 13879 18547 20689 23274 23795 25581 26640 27174

Kumpulan Umur

0-14 5542 6900 7331 7751 7881 8416 8632 8748

Lelaki 2834 3543 3777 3989 4050 4336 4451 4511

Perempuan 2708 3357 3554 3762 3830 4080 4181 4237

15-64 7846 10972 12602 14623 14957 16091 16859 17238

Lelaki 3915 5559 6440 7446 7566 8189 8577 8768

Perempuan 3931 5413 6162 7178 7391 7902 8282 8470

65> 491 676 756 901 958 1074 1150 1187

Lelaki 243 315 347 419 446 499 535 554

Perempuan 248 361 409 488 512 576 615 633

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial) 1980-2007

(4)

308 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Data di atas menunujukkan berlaku peningkatan warga jumlah emas secara mendadak dalam tempoh 27 tahun. Pada tahun 1980, bilangan warga tua adalah sebanyak 491,000 orang sahaja tetapi pada tahun 2007 ianya meningkat menjadi 1,187,000 orang. Bilangan warga emas lelaki meningkat sebanyak 311,000 orang manakala bilangan warga emas perempuan meningkat sebanyak 385,000.

Jadual 2 menunjukkan bilangan dan peratusan warga emas dalam kohort umur tertentu.

Didapati pada tahun 1980, bilangan warga emas adalah sebanyak 7,452,000 orang dan 6,045,000 orang adalah bilangan tua-muda iaitu orang berumur antara 60-74 tahun dan 1,407,000 orang adalah bilangan tua-tua iaitu orang berumur lebih 75 tahun ke atas. Manakala pada tahun 2020, bilangan warga emas akan meningkat sehingga 32,098,000 orang dan 26,350,000 orang adalah bilangan tua-muda dan 5,748,000 orang adalah bilangan tua-tua. Ini membuktikan bahawa akan berlaku peningkatan bilangan warga emas yang berumur 60 tahun di masa akan datang.

Jadual 2: Peratus Penduduk Mengikut Kohort Umur, 1980 hingga 2020

Tahun

Jumlah (000)

Bilangan(000) Peratus Kadar Pertumbuhan Tua-muda Tua-tua Tua-muda Tua-tua Tua-muda Tua-tua

1980 745.2 604.5 140.7 81.1 18.9 - -

1991 1032.3 813.1 219.2 78.8 21.2 2.7 4.0

2000 1418.2 1150.8 267.4 82.2 18.9 3.9 2.2

2010 2076.1 1688.4 387.7 81.3 18.7 3.8 3.7

2020 3209.8 2635.0 574.8 82.1 17.9 4.5 3.9

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial) 2007.

4. Isu Warga Emas: Satu Sorotan

Menurut Kart dan Metress (1984), penuaan manusia boleh dijelaskan melalui dua konsep umur iaitu had umur dan jangkaan hayat. Had umur merupakan tempoh hayat maksimum yang boleh dicapai oleh manusia secara keseluruhannya. Sementara itu, jangkaan hayat pula adalah umur purata hayat sekumpulan individu atau golongan manusia di sesuatu kawasan tertentu. Menurut kajian beliau, bidang perubatan dan teknologi semakin maju akan meningkatkan jangkaan hayat seseorang. Maka, semakin lama seseorang dapat hidup, semakin ramai warga emas didapati daripada populasi penduduk. Selain itu, gaya hidup juga akan meningkatkan jangkaan hayat. Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang baik berkemungkinan besar akan hidup lebih lama. Gaya hidup yang baik termasuk amalan pemakanan yang sihat, tidak merokok, dan tidak minum arak, mempunyai masa rehat yang mencukupi, penjagaan kebersihan diri dan alam perkeliling yang baik dan sebagainya.

Kajian Tengku Aizan (2003) mendapati pertambahan jumlah warga emas akan membentuk critical mass yang boleh digemblengkan untuk perubahan sama ada untuk kepentingan bersama atau untuk kepentingan komuniti warga emas. Warga emas mempunyai hubungan dengan pembangunan masyarakat iaitu hasrat murni penggubalan dasar warga emas negara adalah untuk mewujudkan masyarakat warga emas yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi dengan mengoptimumkan potensi diri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Mengikut Sharol (2002) profil demografi rakyat Malaysia telah berubah. Sebagai contoh kadar mortaliti telah berkurang dan jangka hayat pula meningkat. Di negara maju, 50.0%

(5)

daipada perbelanjaan penjagaan kesihatan digunakan pada usia tua. Hal yang demikian kerana pada usia ini timbul penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, dan lain yang sukar pula untuk dipulihkan. Hayat hidup yang panjang dan penyakit kronik pada usia tua membawa kesan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Kajian Sharifah Azizan et al. (2006), telah menunjukkan lebih daripada separuh warga emas di negara ini tinggal secara bersendirian tanpa keluarga. Hanya satu perempat sahaja tinggal dengan anak-anak atau individu lain. Kebanyakan warga emas yang tinggal bersendirian adalah mereka yang tidak mempunyai suami dan berumur 65 tahun ke atas, mempunyai tahap pendidikan tidak formal, tahap kesihatan yang teruk dan peruntukan yang sangat sedikit untuk keperluan kesihatan. Kesimpulannya, warga emas perlu diberikan bantuan kewangan untuk memperbaiki status kesihatan mereka.

Tan Hui Meng (2008) telah membuat satu kajian tentang status kesihatan lelaki dan wanita di Lembah Klang. Daripada 351 lelaki yang ditemubual (berusia melebihi 50 tahun), didapati kebanyakannya mengamalkan gaya hidup tidak sihat Sebanyak 41.9% merokok (atau pernah merokok) 43.3% minum arak, 57.3% sangat kurang bersenam dan 78.7% mengalami obesiti. Hasil kajian juga mendapati lelaki banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran. Lebih 66.1% dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4%

benar-benar sihat. Walaupun ramai yang menghadapi masalah kesihatan namun hanya 38.4%

sahaja yang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut Ziauddin (2006), jangkaan hayat merupakan salah satu petunjuk demografi yang signifikan mempengaruhi pertumbuhan warga emas di Malaysia. Beliau tidak menggunakna cara statistik iaitu permodelan untuk menganalisiskan kajiannya, kajian menunjukkan dalam tempoh jangka panjang, tahap kesihatan warga emas akan menjadi lebih buruk apabila tidak bersenam. Hasilnya warga emas perlu berusaha untuk kekal aktif mengikut kemampuan mereka. Berbeza dengan tanggapan umum, bersenam bukan saja memberi manfaat kepada warga emas berumur sekitar 60-an yang masih mampu berdikari dan melakukan aktiviti seperti berjoging. Penyelidik mendapati senaman dan kegiatan fizikal mampu meningkatkan tahap warga emas berusia 90 tahun atau lebih tua. Mengekalkan kehidupan yang aktif dan bersenam secara tetap boleh mencegah atau melewatkan mendapat sesetengah jenis penyakit apabila umur meningkat. Kesimpulannya, peningkatan jangka hayat adalah dipengaruhi oleh gaya hidup individu tersebut. Kajian Jariah, et al. (2006) mendapati kebanyakan anak warga emas yang telah berkeluarga sukar membiayai perbelanjaan perubatan orang tua mereka. Justeru, disarankan supaya kerajaan mempertingkatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan kesihatan warga emas yang tidak dapat ditanggung oleh anak mereka.

5. Hubungan di antara Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Kesihatan Warga Emas dengan Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas

Apabila berlaku peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia maka perbelanjaan kerajaan terhadap kos kesihatan bagi warga emas akan meningkat dari tahun ke tahun.

Masalah ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 3 yang menunujukkan perhubungan di antara jangka hayat penduduk, jumlah warga emas dengan perbelanjaan kerajaan bagi kos kesihatan di Malaysia dari tahun 1993 hingga tahun 2007. Hubungan antara jangka hayat penduduk di Malaysia dengan perbelanjaan kerajaan wujud secara positif iaitu semakin meningkat jangka hayat penduduk bermakna jumlah perbelanjaan kerajaan bertambah secara berganda ekoran peningkatan perbelanjaan terhadap kesihatan untuk warga emas yang semakin meningkat.

(6)

310 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Warga emas adalah golongan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit kritikal. Penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit kritikal juga melibatkan kos yang tinggi kerana ia memerlukan kepakaran tertentu serta penggunaan alat-alat perubatan yang canggih (Syed Shahir, 2006). Jika warga emas tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sendiri atau melalui keluarga untuk mendapat penjagaan kesihatan, mereka akan mendapat penjagaan ini daripada hospital kerajaan.

Jadual 3: Hubungan di antara Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Kesihatan di Malaysia, 1993 - 2007

Tahun Jangka hayat

penduduk (tahun)

Bilangan jumlah warga emas (000’

orang)

Perbelanjaan kerajaan bagi kesihatan warga emas (RM

Juta)

1993 68.7 1107.8 2429

1994 69.0 1144.5 2327

1995 69.3 1188.6 2772

1996 69.6 1226.9 3474

1997 69.9 1267.4 3727

1998 70.2 1312.3 4047

1999 70.5 1361.2 4462

2000 70.8 1451.2 5403

2001 71.1 1494.8 6250

2002 71.4 1544.1 6654

2003 71.7 1599.6 8976

2004 72.0 1661.9 9361

2005 72.2 1731.2 8723

2006 72.5 1786.9 9503

2007 72.8* 1853.6* 9969*

Nota: *Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan), 1993- 2007

Seperti yang umum ketahui, hospital kerajaan sedang mengalami masalah yang meruncing untuk memberikan perkhidmatan kepada terlalu ramai pesakit pada masa kini.

Bayangkan masalah ini akan ditambah dengan masalah berkaitan dengan keperluan warga emas pula. Maka kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak kos untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan warga emas di Malaysia. Contohnya pada tahun 1993, jangkat hayat penduduk hanya adalah 68.7 tahun tetapi jumlah warga emas adalah 11,078,000 orang dan perbelanjaan kerajaan terhadap kesihatan penduduk adalah sebanyak RM2,429 juta. Manakala selepas 5 tahun iaitu tahun 1997, didapati jangka hayat penduduk meningkat kepada 70 tahun, jumlah warga emas telah meningkat ke 12,674,000 orang dan perbelanjaan kerajaan terhadap kos kesihatan penduduk juga meningkat ke RM 3,727 juta. Selama 5 tahun ini, perbelanjaan kerajaan terhadap kos kesihatan penduduk meningkat sebanyak RM 1,298 juta. Pada tahun 2001, jangka hayat penduduk meningkat ke 71.1 tahun bagi setiap penduduk di Malaysia dan perbelanjaan kos kesihata adalah RM 6,250 juta. Seterusnya pada tahun 2005, jangka hayat penduduk adalah 72.2 tahun, jumlah warga emas adalah 17,312,000 orang dan perbalanjaan kerajaan terhadap kos kesihatan adalah sebanyak RM 8,723 juta. Manakala pada tahun 2007, jangka hayat penduduk akan meningkat kepada 73 tahun, jumlah warga emas adalah dijangka meningkat sehingga 18,536,000 orang dan kos kesihatan adalah dijangka sebanyak RM 9,969 juta.

(7)

Ini bermakna dalam tempoh 15 tahun, kos perbelanjaan kesihatan juga meningkat secara berganda-ganda iaitu sebanyak RM 7,540 juta. Keadaan telah membuktikan semakin peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia, maka perbelanjaan kerajaan turut meningkat. Akhirnya kerajaan terpaksa mengurangkan insentif, faedah kepada penduduk dan meningkatkan cukai terhadap penduduk Malaysia.

5. Hubungan di antara Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Ganjaran dan Pencen dengan Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas

Peningkatan jangka hayat warga emas turut meningkatkan perbelanjaan perbelanjaan kerajaan terhadap ganjaran dan pencen untuk mereka. Ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 4.

Penuaan penduduk akan menimbulkan keperluan kewangan yang lebih tinggi di hari tua.

Sekiranya warga emas yang terlibat tidak mempunyai ganjara atau pencen untuk menyara kehidupan hari tua, kaum keluarga perlu membantu mereka. Jika kaum keluarga pula tidak mampu berbuat demikian, akhirnya mereka akan memohon bantuan daripada kerajaan. Ini bermakna kerajaan terpaksa mengutip lebih banyak cukai daripada pembayar cukai untuk memberi bantuan/ganjaran bagi mengelakkan kemiskinan dikalangan warga emas.

Melalui jadual, kita dapati semakin meningkat jangka hayat warga emas di Malaysia maka perbelanjaan kerajaan terhadap kos pencen dan ganjaran kepada warga emas adalah banyak. Kos pencen adalah kos yang diberi kepada seseorang yang berumur 60 tahun ke atas yang bersara manakala ganjara adalah kos bantuan kepada warga emas yang miskin atau tiada mempunyai sebarang simpanan pada hari tua mereka. Menurut statistik Buletin Perangkaan Sosial, kos bantuan penerimaan warga emas semakin meningkat secara beberapa kali ganda.

Pada tahun 2002, jumlah bantuan diberi warga emas oleh kerajaan adalah RM 17,599,564, tahun 2003 adalah RM 19,697,380, tahun 2004 adalah RM 32,067,488, tahun 2005 adalah RM 31,342,805, dan tahun 2006 adalah RM 47,369,400 ( Buletin Perangkaan Sosial, 2007).

Jadual 4: Hubungan di antara Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Ganjaran dan Pencen di Malaysia, 1993 - 2007

Tahun Jangka hayat penduduk (tahun)

Bilangan pesara (orang)

Perbelanjaan ganjaran dan pencen( RM Juta)

1993 68.7 20472 2337

1994 69.0 24278 2742

1995 69.3 18914 2769

1996 69.6 20118 3517

1997 69.9 23246 3638

1998 70.2 20826 3658

1999 70.5 18523 3793

2000 70.8 18748 4187

2001 71.1 16755 4711

2002 71.4 12065 5134

2003 71.7 18396 5870

2004 72.0 17155 6060

2005 72.2 16253 6809

2006 72.5 15212 7009

2007 72.8* 16237 8049*

(8)

312 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Nota: * Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan) 1993-2007.

Walaupun peningkatan bilangan pesara yang menerima pencen adalah tidak kosisten tetapi jumlah perbelanjaan kerajaan terhadap kos pencen dan ganjaran adalah semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ini disebabkan pada tahun1998, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pihak kerajaan akan menaikkan had umur persara dari 56 tahun meningkat kepada 60 tahun. Ini kerana beliau menganggap umur penduduk pada 50 tahun merupakan umur yang peling produktif dan cemerlang bagi kakitangan awam.

Pada masa yang sama, negara kita menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, jadi perlaksanaan dasar ini akan menyebabkan negara kita mengurangkan import tenaga buruh asing dari negara luar. Jadi dengan pelaksanaan peningkatan umur pesara maka jumlah pesara di negara Malaysia menjadi tidak konsisten antara tahun 1993 hingga 2007.

Menurut Dato Seri Mohamed Khalil Hussein (2003), hampir separuh dari 450,000 pesara menerima pencen di bawah RM 500 sebulan. Bayaran pencen RM 500 mungkin sesuai kepada pesara yang menetap di kawasan pendalaman tetapi jika diterima kepada pesara yang tinggal di bandar-bandar besar maka jumlah wang ini tidak dapat menampung kos kehidupan mereka. Jadi, untuk penyelesaikan masalah pesara hidup dalam keadaan yang kesusahan maka ganjaran dan pencen yang diterima semakin bertambah dari tahun ke tahun walaupun jumlah pesara semakin tidak konsisten.

Pada tahun 1993, jangka hayat penduduk adalah 68.7 tahun, jumlah pesara adalah sebanyak 20472 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 2337 juta, pada tahun 1997 pula, jangka hayat penduduk adalah 70 tahun, jumlah pesara adalah 23246 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 3,638 juta. Dalam 5 tahun ini, perbelanjaan kerajaan terhadap kos ganjaran dan pencen telah meningkat sebanyak RM 1,301 juta. Manakala pada tahun 2001, jangka hayat penduduk adalah 71 tahun, jumlah pesara ialah 16,755 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 4,711 juta, pada tahun 2005, jangka hayat penduduk adalah 72 tahun, jumlah pesara ialah 16,253 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 6,809 juta, pada tahun 2007 pula, jangka hayat penduduk meningkat sehingga 73 tahun, jumlah pesara dijangka meningkat sehingga 16,237 orang dan perbelanjaan kerajaan meningkat sehingga RM 8,049 juta. Hubungan antara peningkatan jangka hayat warga emas dan perbelanjaan kerajaan terhadap kos ganjaran dan pencen adalah positif iaitu semakin tinggi jangka hayat warga emas maka semakin tinggi kos bantuan kewangan dan pencen walaupun pada masa yang sama jumlah pesara adalah tidak konsisten. Keadaan ini membuktikan objektif kajian yang menerangkan peningkatan jangka hayat warga emas akan membawa kesan peningkatan perbelanjaan kerajaan.

6. Hubungan di antara Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas dengan Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Berdasarkan Jadual 5, kita dapati wujud hubungan secara positif di antara peningkatan jangka hayat warga emas dengan perbelanjaan kerajaan terhadap KWSP. Mulai 1 November 2007, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur persaraan 55 tahun diberi pilihan sama ada mengeluarkan semua caruman mereka sekali gus, berperingkat atau secara bulanan. Kaedah pengeluaran lebih fleksibel itu adalah antara 12 pembaharuan utama yang diperkenalkan agensi pengurus dana pencen itu bagi memastikan pencarum mempunyai jaminan kewangan bagi menghadapi hari persaraan. Pembaharuan lain termasuk melanjutkan tempoh had umur pekerja yang wajib mencarum daripada 55 kepada 75 tahun

(9)

serta memperkenalkan konsep simpanan asas mengikut umur yang mana pencarum yang mempunyai caruman melebihi paras ditetapkan dalam Akaun 1.

Pencarum KWSP yang mempunyai caruman lebih RM1 juta pula boleh mengeluarkan jumlah yang melebihi RM1 juta itu untuk tujuan pelaburan setiap tiga bulan tertakluk kepada pengeluaran minimum RM100,000 bagi setiap pengeluaran. Menjelaskan pembaharuan di bawah insiatif strategik bertemakan 'Bukan Hanya Simpanan' yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 1 Januari 2013 itu, Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol, berkata bagi menggalakkan ahli yang sudah mencapai umur persaraan mengeluarkan caruman secara berkala, KWSP memperkenalkan tiga pilihan kaedah pengeluaran, iaitu secara sekali gus, bulanan atau berperingkat. Beliau berkata, bagi pencarum yang memilih pengeluaran bulanan, jumlah minimum ialah RM250 sebulan dan ia mestilah untuk tempoh sekurang- kurangnya setahun. Bagi yang memilih secara berperingkat pula, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dengan kadar kekerapan setiap 30 hari tertakluk kepada minimum RM2,000 setiap pengeluaran. Baki caruman yang dikekalkan dalam akaun mereka di KWSP akan terus menikmati bayaran dividen kerana di bawah pembaharuan yang diperkenalkan ini, dividen akan dibayar ke atas caruman pencarum sehingga mereka mencapai umur 75 tahun.

Jadual 5: Hubungan Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Kerajaan terhadap KWSP di Malaysia, 1993 - 2007

Tahun Jangka hayat penduduk (tahun)

Bilangan pencarum kepada KWSP berumur > 55 tahun ( Orang)

Jumlah KWSP (RM Juta)

1993 68.7 172049 71125

1994 69.0 197328 83437

1995 69.3 337563 96924

1996 69.6 356127 113492

1997 69.9 373711 129478

1998 70.2 487261 145326

1999 70.5 505227 163380

2000 70.8 461096 180128

2001 71.1 481538 184194

2002 71.4 517030 200275

2003 71.7 548613 218493

2004 72.0 581054 238398

2005 72.2 625987 262100

2006 72.5 661274 287336

2007 72.8* 696681* 292114*

Nota: *Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan) 1993- 2007

Rumusanya semakin meningkat jangka hayat warga emas, maka perbelanjaan terhadap kos KWSP turut meningkat. Pada tahun 1993, jangka hayat warga emas adalah 68.7 tahun, jumlah warga emas yang mendapat KWSP adalah 172,049 orang dan jumlah perbelanjaan KWSP adalah RM 71,125juta. Pada tahun 1997 pula, jangka hayat warga emas adalah 70 tahun, jumlah warga emas yang mendapat KWSP ialah 373,711 orang dan perbelanjaan kos KWSP ialah RM 129,478 juta. Pada tahun 2001, jangka hayat warga emas meningkat sehingga 71.1 tahun, jumlah warga emas yang menerima KWSP adalah 481,538 orang dan perbelanjaan kos KWSP ialah sebanyak RM 184,194 juta.

(10)

314 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Pada tahun 2005, jangka hayat warga emas juga meningkat sehingga 72.2 tahun, jumlah warga emas yang menerima KWSP meningkat sehingga 625,987 orang dan perbelanjaan kos KWSP mencapai RM 262,100 juta dan pada tahun 2007, jangka hayat warga emas mencapi 73 tahun, jumlah warga emas yang menerima KWSP dijangka meningkat sehingga 696,681 orang dan perbelanjaan kos KWSP dijangka akan meningkat ke RM 292,114 juta. Keadaan ini membuktikan hubungan antara jangka hayat warga emas dan perbelanjaan KWSP adalah positif ini kerana semakin ramai warga emas maka mereka akan memerlukan wang simpanan untuk digunakan pada hari semasa mereka bertua. Akhirnya kerajaan menghadapi masalah kewangan untuk menampungkan perbelanjaan KWSP yang semakin banyak yang berjuta-juta ringgit.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi disebabkan peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia. Semakin meningkat jangka hayat warga emas maka perbelanjaan kerajaan semakin bertambah berat dan akhirnya mungkin membawa banyak kesan terhadap negara Malaysia seperti hutang negara meningkat sebab meningkat pinjaman untuk menampung perbelanjaan terhadap kos pencen, ganjaran, kesihatan, KWSP dan lain-lain perbelanjaan.

8. Gaya Hidup Warga Emas

Analisis Statistical Pakage For Social Sciences (SPSS) menunjukkan wujud hubungan di antara peningkatan jangka hayat warga emas dengan gaya hidup warga emas yang dijalankan.

Gaya hidup warga emas mengandungi tiga bahagian iaitu amalan pemakanan, amalan senaman dan tahap kesihatan mereka. Kajian mendapati kebanyakan warga emas yang ditemuduga adalah mengandungi gaya hidup yang sihat seperti pengambilan minuman yang mencukupi, pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan yang seimbang, selalu melakukan senaman dan lain-lain. Warga emas yang mengamalkan pemakanan dan senaman yang sihat mampu menambahkan jangka hayat mereka. Ini bererti wujud hubungan secara langsung di antara jangka hayat warga emas dengan gaya hidup mereka.

Tahap kesihatan warga emas juga mempunyai hubungkait dengan peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia. Warga emas yang ditemuduga dalam kajian menunjukkan semakin peningkatan jangka hayat maka kesihatan mereka semakin sederhana baik ini disebabkan mereka sudah bertua dan menghadapi penyakit yang tertentu seperti kekaburan penglihatan yang menyebabkan kesihatan mereka terganggu. Didapati kabanyakan warga emas akan melakukan pemeriksaan kesihatan dalam setahun untuk memastikan kesihatan mereka adalah di dalam kawalan dan pencegahan penyakit yang serius dihadapi pada masa hadapanya. Hubungan antara tahap kesihatan warga emas dengan peningkatan jangka hayat adalah songsang iaitu semakin peningkatan jangka hayat warga emas maka tahap kesihatan mereka semakin kurang baik jika mereka tidak selalu melakukan pemeriksaan kesihatan.

9. Rumusan dan Implikasi Dasar

9.1 Umur Persaraan yang Fleksibel

Pihak kerajaan perlu melaksanakan satu kaedah iaitu umur persaraan secara pilihan yang fleksibel. Kaedah ini perlu disokong oleh polisi kerja separuh masa, waktu kerja yang juga fleksibel, mengambil semula pekerja yang telah bersara dan sebagainya dengan syarat melindungi hak dan syarat minimum para pekerja dan tidak dengan mudah dieksploitasi oleh majikannya. Melalui kaedah ini, negara tidak akan mengalami kekurangan tenaga kerja dalam

(11)

bidang yang tidak formal (pertanian, perikanan, dan lain-lain) dan juga akan mengalakkan penuaan yang produktif. Secara tidak langsung kesihatan warga emas juga akan menjadi lebih baik kerana mereka tidak menghadapi tekanan berhubung dengan saraan hidup. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu terus mengambilkira peluang pekerjaan bagi golongon muda.

9.2 Mempertingkatkan Jangka Hayat Warga Emas

Untuk mengekalkan tahap kesihatan, warga emas perlu mengamalkan kaedah-kaedah tertentu. Contohnya, mereka perlu mematuhi pemakanan yang seimbang dan melakukan senaman yang cergas. Usaha yang berterusan perlu dilakukan sama ada dalam bnetuk kempen atau medisa masa atau elektronik untuk member kesedaran tenyang peri pentingnya penjagaan kesihatan terutamanya di kalangan warga emas lelaki. Selain pihak kerajaan, tugas ini juga harus dimainkan oleh anak-anak mereka.

10. Kesimpulan

Peningkatan jangka hayat di Malaysia menyebabkan berlaku peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan terhadap kos ganjaran dan pencen, KWSP dan kos kesihatan untuk warga emas.

Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan data-data perbelanjaan kerajaan dalam tempoh 15 tahun yang menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara peningkatan jangka hayat warga emas dengan perbelanjaan kerajaan. Sekiranya warga emas masih lagi sihat, mereka sebenarnya dapat menjadi aset negara yang berharga dan sekaligus boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Rujukan

Dato Seri Mohamed Khalil Hussein. 1999. Perbelanjaan pesara di Malaysia.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.phpid=206246 [2 Februari, 2009].

Jariah Masud, Sharifah Azizan dan Tengku Aizan. 2006. Proses Penuaan Berkaitan dengan Hubungan antara Pendapatan dan Kesihatan Warga Emas. Dewan Masyarakat, September: 13-15.

Kart dan Matress. 1984. Proses Penuaan Warga Emas di Malaysia. Jurnal Masyarakat Malaysia, (2)2:09.

Law Sung Ing. 2000. Aspek Penuaan Warga Emas di Malaysia. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia.

Norazam. 2000. Peningkatan Jumlah Warga emas di Malaysia. http://www.

bernama.com/bernama/v3/bm/news.phpid=206246 [2 Januari, 2009].

Sharifah Azizan et.al. 2006. Corak Aturan Hidup dan Status Kesihatan Warga Emas. UPM: Institut Gerontologi.

Sharol Lail Sujak. 2002. Era Sistem Penjagaan Kesihatan Maya. Jurnal Masyarakat Malaysia, (1)1:03.

Syed Shahir Syed Mohamud . 2006. Memorandum Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Mac: 09-14.

Tan Hui Meng. 2008. Perangkaan Jangka Hayat antara Jantina di Malaysia. Dasar Warga Tua Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia.

Tengku Aizan Hamid. 2003. Nasib Warga Tua pada Alaf Baru. 31(1): 187-220.Atas talian:http://www.<Warga tua> <Older people-Malaysia> <Aging-Malaysia> [5 Januari 2009].

Weeks, J.R.2008. Population: An Introduction to Concepts and Issues.10th Edition. United States: Wadsworth.

Bab 9 and 10.

Ziauddin Sharuddin. 2006. Proses Demografi dalam Malaysia.http://www.bernama.com. my/bernama/v3/ m/news [20 Februari 2009].

penyakit. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.phpid=206246 [2 sia.http://www.bernama.com.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Walaupun keputusan kajian menunjukkan tidak wujud hubungan jangka pendek dan panjang antara perbelanjaan pembangunan Kerajaan, pelaburan modal dan bilangan pelajar tahap

Pemboleh ubah yang mempengaruhi Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dalam jangka panjang dan jangka pendek adalah pemboleh ubah makroekonomi yang sama iaitu kadar pembiayaan

Kajian mendapati mendapati wujud hubungan yang signifikan jangka panjang antara kelajuan penyelarasan kadar bunga dan kadar pertukaran keseimbangan jangka panjang dengan

Justeru, kajian ini dilakukan bagi menguji hubungan jangka panjang dan jangka pendek di antara keterbukaan perdagangan dan perbelanjaan kerajaan menggunakan ujian had sempadan

Secara keseluruhan, implikasi penting bagi analisis di Malaysia menunjukkan bagi jangka panjang, kerajaan seharusnya mengurangkan perbelanjaan dalam komponen

“Dengan peningkatan jangka hayat wanita di negara ini yang mencapai 76 tahun mereka tidak perlu berasa malu atau bimbang untuk tampil mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal

Kajian dilakukan ke atas indikator utama ekonomi dunia iaitu inflasi, KDNK, harga emas, dan kadar pengangguran bagi jangka masa 100 tahun iaitu semasa sistem Gold

Beberapa hasil kajian penting diperolehi dan dirumuskan seperti berikut.Menerusi ujian arah penyebab Granger, wujud hubungan jangka pendek yang positif dan signifikan antara