• Tiada Hasil Ditemukan

View of Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Perkembangan Kanak-Kanak Di Tabika Kemas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Perkembangan Kanak-Kanak Di Tabika Kemas"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Perkembangan Kanak-Kanak Di Tabika Kemas

(Relationship Between Parental Involvement And Child Development In Tabika Kemas)

Siti Arina Badli1*, Suziyani Mohamed1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: tecer.erynn@gmail.com Accepted: 15 September 2021 | Published: 1 October 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan awal perlu disokong dengan penglibatan daripada ibu bapa. Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa ini merupakan satu konsep tahap penglibatan bagi membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan yang holistik. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan kanak-kanak di Tabika KEMAS. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kaitan hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak di Tabika KEMAS. Kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif ini dijalankan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehkepercayaan dengan nilai Cronbach Alpha iaitu perkembangan kogntif (0.797), perkembangan emosi (0.756), perkembangan sosial (0.740) dan perkembangan bahasa (0.891). Soal selidik kajian ini disediakan kepada sampel kajian melalui Google Form dengan menggunakan kaedah skala likert. Seramai 375 orang yang terdiri daripada ibu bapa daripada 35 buah kelas Tabika KEMAS di Putrajaya telah dipilih berdasarkan kaedah secara rawak bagi mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki. Data dianalisis berdasarkan keputusan dan pengumpulan data yang diterima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak- kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi (0.559), Awal Matematik (0.583) dan Sosiemosi (0.448) pada aras keyakinan p < 0.05 dengan menggunakan Korelasi Spearman. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa memberi kesan yang baik kepada perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Putrajaya. Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan pelbagai pendekatan dalam mewujudkan hubungan yang mesra bersama anak untuk membantu meningkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Kata kunci: Penglibatan ibu bapa, perkembangan kanak-kanak, pendidikan awal kanak-kanak, ibu bapa

Abstract: The development of children in early education needs to be supported with the involvement of parents. The support provided by parents is a concept of the level of involvement to help children to achieve holistic development. Therefore, this study was conducted to examine the level of parental involvement in the development of children in KEMAS Kindergarten. The main focus of this study is to see the extent of the relationship between parental involvement and children's development in KEMAS Kindergarten. The survey study using this quantitative approach was conducted using a questionnaire instrument that has been tested for validity and reliability with Cronbach Alpha values namely cognitive development (0.797), emotional development (0.756), social development (0.740) and language development (0.891). The research questionnaire was prepared to the study sample through

(2)

Google Form using Likert scale method. A total of 375 people consisting of parents from 35 KEMAS Kindergarten classes in Putrajaya were selected based on a random method to obtain the required research information. Data were analyzed based on the results and data collection received. The findings showed that there was a strong significant relationship between parental involvement with children's development in the aspects of Communication Language (0.559), Early Mathematics (0.583) and Sociemotional (0.448) at the confidence level p <0.05 using Spearman Correlation. The implications of the study show that parental involvement has a positive effect on the development of children of KEMAS Kindergarten in Putrajaya Parliament. Parents are encouraged to use a variety of approaches in creating a friendly relationship with the child to help improve their overall development.

.

Keywords: Parental involvement, child development, early childhood education, parents _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Taman bimbingan kanak-kanak atau disebut sebagai TABIKA merupakan satu tempat yang menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Di Tabika, guru akan menyediakan dan merancang aktiviti menggunakan Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (SKPK) bagi memenuhi perkembangan kanak-kanak secara holistik menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran seperti bertema, penerokaan dan pembelajaran secara projek melalui aktiviti permainan sebelum mereka melangkah ke darjah satu. Menurut National Education Goals Panel Early Childhood Assessments Resource Group (1998), perkembangan setiap kanak-kanak berbeza dan mungkin akan berubah mengikut faktor masa dan keadaan persekitaran mereka. Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan utama dalam perkembangan kanak-kanak (Tan Poh Yoke, 2014).

Sementara itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (2013-2015) menyatakan bahawa masa seseorang kanak-kanak berada di rumah bersama keluarga mereka dan masyarakat setempat adalah sebanyak 52% berbanding dengan tempoh mereka berada di sekolah bersama guru adalah sebanyak 15%. Justeru itu, dapat dilihat bahawa penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak merupakan elemen utama dan ia menjadi pendorong kepada kejayaan dan kecemerlangan kanak-kanak kerana ibu bapa merupakan individu terawal serta kerap bersama dengan anak (Anderson & Ann G, 1998). Ibu bapa juga merupakan kumpulan penting untuk menimbulkan dan mengekalkan minat kanak-kanak dalam menuntut ilmu (Ismail Ibrahim, 1992). Selain itu, menurut Reay (2004) menyatakan bahawa seseorang kanak- kanak ini dapat mencapai kecemerlangan dalam pendidikan jika ibu bapa turut terlibat dalam pendidikan mereka. Ini sejajar dengan kenyataan yang dibuat oleh National Parent Teacher Association 1998 (PTA) di Amerika Syarikat iaitu sebagai ibu bapa, mereka berperanan sebagai model ikutan dan menjadi guru pertama kepada anak-anak. Sementara itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Elis & Rohaty (2009) menyatakan bahawa kelebihan penglibatan ibu bapa ini berguna untuk kejayaan akademik dan emosional kanak-kanak.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, penglibatan ibu bapa memberi impak dalam perkembangan kanak-kanak. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh Plotkinet al. (2013). Di dalam kajian yang dijalankan oleh beliau, beliau menyatakan bahawa hasil daripada penglibatan ibu bapa, ia memberi impak yang positif terhadap perkembangan emosi kanak- kanak termasuklah masalah tingkah laku dan sekaligus memberi impak positif dalam pencapaian akademik mereka. Selain itu, kajian yang dibuat oleh Hintermair (2013) menunjukkan bahawa sekiranya kanak-kanak mendapat kesempurnaan dalam perkembangan

(3)

emosi, mereka dapat menyelesaikan masalah dan menghadapi konflik dalam kehidupan mereka dengan baik dan sihat. Hasil kajian yang dilakukan oleh Fitriah Hayati (2014), beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi anak-anak adalah bergantung kepada tahap penglibatan ibu bapa. Ini dapat dilihat melalui hasil kajian soal selidik kepada ibu bapa dan pemerhatian terhadap kanak-kanak. Sementara itu, hasil kajian yang dibuat oleh Abd. Razak Zakaria & Norani Salleh (2011) dengan menggunakan instrumen soal selidik, mereka mendapati bahawa kekuatan dan kebijaksanan intelektual seorang kanak-kanak di sekolah adalah bergantung kepada keberkesanan penglibatan ibu bapa. Ini menunjukkan jika ibu atau bapa memberi perhatian, tunjuk ajar dan keprihatinan kepada anak-anak, maka mereka akan melahirkan anak-anak yang cemerlang dari aspek intelektual. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penglibatan ibu bapa Tabika KEMAS Parlimen Putrajaya dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi, Awal Matematik dan Sosioemosi.

2. Metodologi Kajian

Rekabentuk kajian menggunakan kajian tinjauan. Ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun dan korelasi yang wujud dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Menurut Lay & Khoo (2013) menyatakan bahawa kajian yang dilakukan melalui soal selidik dapat menerangkan secara telus tentang hubungan dan perbezaan antara pembolehubah yang ada di dalam kajian. Kajian ini dijalankan di 35 buah Tabika KEMAS Parlimen Putrajaya. Seramai 375 orang ibu bapa dari kalangan kanak-kanak Tabika KEMAS yang berbeza daripada aspek demografi seperti jantina, bangsa, umur, pekerjaan dan pendapatan bulanan dipilih secara rawak. Pengkaji memilih untuk melakukan persampelan secara rawak kerana jumlah populasi yang diperolehi adalah dalam skala yang besar. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Hasil carian kajian-kajian lepas, kajian yang telah dijalankan oleh Nur Husna Binti Abdul Malek (2017)yang mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak taska secara holistik, pengkaji telah memilih beberapa soalan yang bersesuaian untuk dijalankan sebagai instrumen soal selidik. Nilai kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha iaitu perkembangan kogntif (0.797), perkembangan emosi (0.756), perkembangan sosial (0.740) dan perkembangan bahasa (0.891).

Prosedur pengumpulan data dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berguna daripada data yang diperoleh. Setelah soal selidik diteliti menggunakan perisian google form dan analisis data menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) dengan kaedah statistik deskriptif bagi mendapatkan min, peratus, kekerapan dan sisihan piawai. Statistik inferensi digunakan bagi menguji untuk menkaji hubungan yang wujud antara pemboleh ubah dalam kajian. Dalam kajian ini, korelasi spearman digunakan untuk melihat sejauh manakah hubungan antara pemboleh ubah penglibatan ibu bapa dengan pemboleh ubah perkembangan kanak-kanak dari aspek bahasa, emosi, kognitif dan sosial dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun.

3. Dapatan Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 375 orang ibu bapa kepada anak-anak Tabika KEMAS Parlimen Putrajaya. Terdapat beberapa kriteria dalam demografi responden iaitu jantina, umur, tahap pendidikan formal, pekerjaan dan pendapatan. Majoriti responden terdiri daripada kaum perempuan (ibu) iaitu seramai 248 orang (66.1%). Kebanyakkan umur ibu bapa adalah dalam lingkungan umur 31 hingga 36 tahun iaitu sebanyak 174 orang (46.4%). Seterusnya, majoriti ibu bapa mempunyai tahap pendidikan formal di peringkat Sijil/ Diploma iaitu seramai 289

(4)

orang (77.1%). Kebanyakkan ibu bapa merupakan penjawat awam dalam sektor kerajaan iaitu 241 orang (64.3%). Dari segi kategori pendapatan menunjukkan majoriti ibu bapa mempunyai pendapatan di antara RM 2001 hingga RM 3000 iaitu sebanyak 155 orang (41.3%).

Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan yang diperolehi yang berkaitan dengan penglibatan ibu bapa dalam aspek perkembangan kanak-kanak seperti aspek perkembangan bahasa, kognitif, emosi dan sosial. Semua hasil dapatan yang diperolehi dikemukakan dalam bentuk jadual yang mengandungi bilangan responden dan peratus bagi setiap pernyataan.

Jadual 1: Dapatan Item Penglibatan Ibu Bapa Aspek Perkembangan Bahasa

*Bilangan responden dan nilai peratus, SS: Sangat setuju, S: Setuju, TP: Tidak Pasti, TS: Tidak setuju, STS: Sangat Tidak Setuju

Aspek Perkembangan Kognitif

Perkembangan Kognitif SS S TP TS STS

1. Saya membantu anak untuk mengenal dan memyebut nombor 1 hingga 20.

58.7%

[220]

40.5%

[152]

0.-%

[2]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

2 Saya bermain permainan nombor bersama anak-anak.

40.8%

[153]

48.3%

[181]

10.1%

[38]

0.8%

[3]

0.0%

[0]

3 Saya menunjukkan cara terlebih dahulu dan diikuti oleh anak-anak.

40.8%

[153]

56.3%

[211]

2.9%

[11]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

4. Saya menyediakan peralatan pembelajaran yang mencukupi untuk anak.

33.3%

[125]

39.7%

[149]

25.9%

[97]

1.1%

[4]

0.0%

[0]

5. Saya menyediakan rumah yang selesa dan selamat untuk anak bermain di dalam rumah.

41.9%

[157]

41.9%

[157]

16.3%

[61]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

* Kekerpan dan nilai peratus, SS: Sangat setuju, S: Setuju, TP: Tidak Pasti, TS: Tidak setuju, STS: Sangat Tidak Setuju

Perkembangan Bahasa (Kemahiran Membaca dan Menulis)

SS S TP TS STS

1. Saya membantu mengajar anak untuk mengenal abjad A hingga Z di rumah.

61.3%

[230]

37.3%

[140]

1.1%

[4]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

2 Saya membimbing anak untuk membuat latihan menulis abjad A hingga Z.

60.0%

[225]

38.1%

[143]

1.6%

[6]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

3 Saya membimbing dan menunjukkan minat kepada anak tentang amalan membaca.

36.8%

[138]

43.7%

[164]

19.2%

[72]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

4. Saya membaca cerita kepada anak apabila diminta.

37.1%

[139]

38.1%

[143]

23.2%

[87]

1.6%

[6]

0.0%

[0]

5. Saya membiarkan anak untuk menconteng, melakar dan melukis di dinding rumah.

12.3%

[46]

24.3%

[91]

25.3%

[95]

23.2%

[87]

14.9%

[56]

(5)

Aspek Perkembangan Emosi

Perkembangan Emosi SS S TP TS STS

1. Saya merancang pelbagai aktiviti bersama anak-anak.

38.4%

[144]

52.0%

[195]

8.8%

[33]

0.8%

[3]

0.0%

[0]

2 Saya meluangkan masa berkumpul bersama anak-anak.

49.9%

[187]

46.7%

[175]

3.5%

[13]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

3 Saya membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak semasa membuat tugasan sekolah ketika berada di rumah.

34.9%

[131]

53.9%

[202]

10.9%

[41]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

4. Saya menghukum anak semasa mereka melakukan kesalahan.

34.9%

[131]

56.0%

[210]

4.8%

[18]

3.7%

[14]

0.5%

[2]

5. Saya memberi peluang kpeada anak untuk menyatakan pendapat.

37.6%

[141]

53.3%

[200]

9.1%

[34]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

* Bilangan responden dan nilai peratus, SS: Sangat setuju, S: Setuju, TP: Tidak Pasti, TS: Tidak setuju, STS: Sangat Tidak Se tuju

Aspek Perkembangan Sosial

Perkembangan Sosial SS S TP TS STS

1. Saya membiarkan anak untuk bermain di luar rumah bersama rakan-rakan.

10.7%

[40]

47.5%

[178]

24.5%

[92]

16.3%

[61]

1.1%

[4]

2 Saya meminta anak untuk bercakap benar apabila mereka cuba untuk berbohong.

47.2%

[177]

52.0%

[195]

0.8%

[3]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

3 Saya melatih anak untuk meminta maaf apabila melakukan kesalahan.

54.9%

[206]

44.5%

[167]

0.5%

[2]

0.0%

[0]

0.0%

[0]

4. Saya memarahi anak apabila mereka bergaduh sesama adik- beradik atau rakan sebaya.

41.1%

[154]

53.1%

[199]

3.5%

[13]

2.4%

[9]

0.0%

[0]

5. Saya memberi peluang kepada anak untuk membuat beberapa pilihan tertentu.

34.9%

[131]

46.1%

[173]

18.7%

[70]

0.3%

[1]

0.0%

[0]

* Bilangan responden dan nilai peratus, SS: Sangat setuju, S: Setuju, TP: Tidak Pasti, TS: Tidak setuju, STS: Sangat Tidak Se tuju

Hasil statistik deskriptif di dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa di rumah lebih kepada perkembangan Bahasa dengan peratus 26.96%, nilai min 1.9179 (s.p = 1.0115).

Ini diikuti dengan perkembangan sosial dengan 25.32%, nilai min 1.8005 (s.p = 0.7777).

Seterusnya, perkembangan emosi dengan 23.97%, nilai min 1.7051 (s.p = 0.6533), dan diikuti perkembangan kognitif dengan 23.75%, nilai min 1.6891 (s.p = 0.6805).

Jadual 2: Statistik Deskriptif Mengikut Aspek Penglibatan Ibu Bapa Secara Keseluruhan

Aspek Penglibatan Min SP Peratus (%)

1. Bahasa 1.9179 1.0115 26.96

2.

3.

Kognitif

Emosi

1.6891 1.7051

0.6805 0.6533

23.75 23.97

4. Sosial 1.8005 0.7777 25.32

(6)

Sementara itu, Jadual 3 menunjukkan perkembangan kanak-kanak hasil daripada penglibatan ibu bapa dihuraikan mengikut komponen perkembangan bahasa dan komunikasi, awal matematik serta sosioemosi dan kerohanian. Semua hasil dapatan yang diperolehi dikemukakan dalam bentuk jadual yang mengandungi bilangan responden dan peratus setiap pernyataan.

Jadual 3: Dapatan Item Perkembangan Kanak-Kanak Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Bahasa dan

Komunikasi

SL L S B SB

1. Kanak-kanak boleh mengenal dan menulis abjad A hingga Z.

2.9%

[11]

2.9%

[11]

8.3%

[31]

37.6%

[141]

48.3%

[181]

2 Kanak-kanak boleh bertutur dan menyatakan idea dan perasaan.

3.2%

[12]

1.3%

[5]

5.9%

[22]

41.9%

[157]

47.7%

[179]

3 Kanak-kanak menunjukkan minat membaca dan menulis.

2.7%

[10]

2.4%

[9]

21.6%

[81]

38.9%

[146]

34.4%

[129]

4. Kanak-kanak boleh memahami cerita dan menceritakan semula dengan mudah.

2.1%

[8]

3.5%

[13]

15.5%

[58]

49.1%

[184]

29.9%

[112]

5. Kanak-kanak tahu untuk mengambil giliran dalam perbualan.

2.1%

[8]

4.3%

[16]

24.0%

[90]

41.3%

[155]

28.3%

[106]

*Kekerapan dan nilai peratus, SL: Sangat lemah, L: Lemah, S: Sederhana, B: Baik, SB: Sangat Baik

Perkembangan Awal Matematik

Perkembangan Awal Matematik SL L S B SB

1. Kanak-kanak boleh menyebut nombor mengikut urutan, faham konsep nombor dan memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

2.1%

[8]

3.2%

[12]

8.5%

[32]

41.3%

[155]

44.8%

[168]

2. Kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah yang mudah.

1.9%

[7]

4.3%

[16]

17.1%

[64]

45.6%

[171]

31.2%

[117]

3. Kanak-kanak mengetahui tentang sebab-akibat sesuatu kejadian.

2.1%

[8]

2.9%

[11]

26.4%

[99]

46.1%

[173]

22.4%

[84]

4. Kanak-kanak boleh mengecam bentuk- bentuk geometri di persekitaran.

2.1%

[8]

3.5%

[13]

26.7%

[100]

39.7%

[149]

28.0%

[105]

5. Kanak-kanak faham konsep kedudukan dalam ruang, jarak, masa dan kelajuan.

1.9%

[7]

4.5%

[17]

25.3%

[95]

45.6%

[171]

22.7%

[85]

* Kekerapan dan nilai peratus, SL: Sangat lemah, L: Lemah, S: Sederhana, B: Baik, SB: Sangat Baik

(7)

Perkembangan Sosioemosi dan Kerohanian Perkembangan Sosioemsoi dan

Kerohanian

SL L S B SB

1. Kanak-kanak dapat membina keyakinan diri.

1.9%

[7]

1.9%

[7]

10.7%

[40]

24.5%

[92]

61.1%

[229]

2. Kanak-kanak menunjukkan sikap menghormati orang lain.

1.6%

[6]

1.6%

[6]

13.3%

[50]

33.9%

[127]

49.6%

[186]

3. Kanak-kanak boleh mengawal diri dan mematuhi peraturan.

1.9%

[7]

2.4%

[9]

27.2%

[102]

43.5%

[163]

25.1%

[94]

4. Kanak-kanak menunjukkan sikap mengagumi kebesaran Tuhan seperti mengenal Tuhan dan rasul.

1.9%

[7]

1.9%

[7]

7.5%

[28]

49.6%

[186]

39.2%

[147]

5. Kanak-kanak menunjukkan nilai-nilai murni seperti bertolak-ansur, bekerjasama dan membantu orang lain.

1.3%

[5]

2.4%

[9]

8.5%

[32]

48.8%

[183]

38.9%

[146]

* Kekerapan dan nilai peratus, SL: Sangat lemah, L: Lemah, S: Sederhana, B: Baik, SB: Sangat Baik

Hasil statistik deskriptif di dalam Jadual 4 menunjukkan perkembangan kanak-kanak di Tabika KEMAS hasil daripada hubungan yang wujud dalam penglibatan ibu bapa lebih kepada aspek perkembangan Sosioemosi dan Kerohanian dengan peratus 34.30%, nilai min 4.2016 (s.p = 0.86981). Ini diikuti dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa dan Komunikasi dengan peratus 33.40%, nilai min 4.0907 (s.p = 0.93280). Seterusnya, aspek Awal Matematik mencatat 32.30%, nilai min 3.9557 (s.p = 0.91336).

Jadual 4: Statistik Deskriptif Mengikut Aspek Perkembangan Kanak-Kanak Secara Keseluruhan

Aspek Perkembangan Min SP Peratus (%)

1. Bahasa dan Komunikasi 4.0907 0.93280 33.40

2. Awal Matematik 3.9557 0.91336 32.30

3. Sosioemosi dan Kerohanian 4.2016 0.86981 34.30

Objektif Kajian 1: Hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi

Bagi menjawab objektif kajian 1, maka hipotesis nul (Ho) berikut dibentuk:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara min penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi.

Berdasarkan Jadual 5, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai koefisien korelasi Spearman antara penglibatan ibu bapa [r=0.559, p=0.00] dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi adalah signifikan iaitu hubungan linear negatif yang tinggi. Maka, Ho berjaya ditolak. Justeru, terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi. Perkara ini menerangkan bahawa sekiranya skor semakin rendah (1: Sangat Setuju) pada penglibatan ibu bapa, skor semakin tinggi (5: Sangat Baik) pada perkembangan kanak-kanak dalam aspek Bahasa Komunikasi. Oleh itu, semakin tinggi

(8)

penglibatan ibu bapa, maka semakin baik perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS dalam aspek Bahasa Komunikasi.

Jadual 5: Analisis Korelasi Hubungan antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Perkembangan Kanak- Kanak di Tabika KEMAS dalam aspek Bahasa Komunikasi

Penglibatan Ibu Bapa Perkembangan Kanak-kanak

(Bahasa Komunikasi)

Korelasi Spearman, rs 0.559

Signifikan, p .05

Keputusan Kuat

** Nilai signifikan: p<0.05

Objektif Kajian 2: Hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Awal Matematik

Bagi menjawab objektif kajian 2, maka hipotesis nul (Ho) berikut dibentuk:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara min penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Awal Matematik.

Berdasarkan Jadual 6, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai koefisien korelasi Spearman antara penglibatan ibu bapa [r=0.583, p=0.00] dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Awal Matematik adalah signifikan iaitu hubungan linear negatif yang tinggi. Maka, Ho berjaya ditolak. Justeru, terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Awal Matematik. Perkara ini menerangkan bahawa sekiranya skor semakin rendah (1: Sangat Setuju) pada penglibatan ibu bapa, skor semakin tinggi (5: Sangat Baik) pada perkembangan kanak-kanak dalam aspek Awal Matematik. Oleh itu, semakin tinggi penglibatan ibu bapa, maka semakin baik perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS dalam aspek Awal Matematik.

Jadual 6: Analisis Korelasi Hubungan antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Perkembangan Kanak- Kanak di Tabika KEMAS dalam aspek Awal Matematik

Penglibatan Ibu Bapa Perkembangan Kanak-kanak

(Awal Matematik)

Korelasi Spearman, rs 0.583

Signifikan, p .05

Keputusan Kuat

** Nilai signifikan: p<0.05

Objektif Kajian 3: Hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Sosioemosi

Bagi menjawab objektif kajian 3, maka hipotesis nul (Ho) berikut dibentuk:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara min penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Sosioemosi.

Berdasarkan Jadual 7, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai koefisien korelasi Spearman antara penglibatan ibu bapa [r=0.448, p=0.00] dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Sosioemosi adalah signifikan iaitu hubungan linear negatif yang

(9)

sederhana tinggi. Maka, Ho berjaya ditolak. Justeru, terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak dalam aspek Sosioemosi. Perkara ini menerangkan bahawa sekiranya skor semakin rendah (1: Sangat Setuju) pada penglibatan ibu bapa, skor semakin tinggi (5: Sangat Baik) pada perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosioemosi. Oleh itu, semakin tinggi penglibatan ibu bapa, maka semakin baik perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS dalam aspek Sosioemosi.

Jadual 7: Analisis Korelasi Hubungan antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Perkembangan Kanak- Kanak di Tabika KEMAS dalam aspek Sosioemosi

Penglibatan Ibu Bapa Perkembangan Kanak-kanak

(Sosioemosi)

Korelasi Spearman, rs 0.448

Signifikan, p .05

Keputusan Sederhana

** Nilai signifikan: p<0.05

Berdasarkan Jadual 8, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai korelasi Spearman antara skor min penglibatan ibu bapa dengan perkembangan kanak-kanak adalah signifikan [r = 0.589, p=0.00]. Maka, H0 telah berjaya ditolak. Oleh itu, terdapat hubungan linear negatif yang kuat antara skor min penglibatan ibu bapa dan perkembangan kanak- kanak. Perkara ini menerangkan bahawa sekiranya skor rendah (1: Sangat Setuju) pada penglibatan ibu bapa, skor adalah tinggi (5: Sangat Baik) pada perkembangan kanak-kanak.

Oleh itu, semakin tinggi penglibatan ibu bapa, maka semakin baik perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS.

Jadual 8: Dapatan Korelasi Penglibatan Ibu Bapa dengan Perkembangan Kanak-Kanak secara Keseluruhan di Tabika KEMAS

Penglibatan Ibu Bapa Perkembangan Kanak-kanak

Korelasi Spearman, rs 0.589

Signifikan, p .05

Keputusan Kuat

** Nilai signifikan: p<0.05

4. Perbincangan

Perkembangan emosi kanak-kanak sangat penting kerana ia mempengaruhi pembentukan peribadi pada seorang kanak-kanak. Ia telah disokong daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh Ismail Ibrahim (2002) yang menyatakan bahawa keperibadian kanak-kanak terbentuk sejak lahir hinggalah mereka dewasa. Secara keseluruhan didapati wujud hubungan signifikan antara penglibatan ibu bapa dan perkembangan Sosioemasi dan Kerohanian kanak-kanak di Tabika KEMAS. Ia membuktikan bahawa perkembangan Sosioemsoi dan Kerohanian kanak- kanak dipengaruhi oleh penglibatan ibu bapa. Hasil analisis terhadap demografi responden, sebanyak 94.2% ibu bapa kanak-kanak adalah golongan yang bekerja. Ini menunjukkan bahawa walaupun ibu bapa kanak-kanak sibuk dengan urusan kerja, tetapi mereka juga masih memberi keutamaan kepada pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan kanak-kanak menunjukkan sikap berkeyakinan diri dalam menyesuaikan keadaan di mana mereka mempunyai ibu bapa yang berkerjaya tetapi masih juga memberi ruang masa untuk mengetahui perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

(10)

Sementara itu, wujud hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif dengan perkembangan kanak-kanak di Tabika KEMAS. Ini kerana berdasarkan hasil dapatan perkembangan kanak-kanak menunjukkan 44.8% responden bersetuju bahawa kanak- kanak telah dapat menyebut nombor mengikut urutan, faham konsep nombor dan memadan bilangan objek dengan simbol nombor. Ini menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif memberi impak yang baik untuk perkembangan Awal Matematik pada kanak- kanak.

Dalam aspek perkembangan bahasa kanak-kanak pula, wujud hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek perkembangan Bahasa kanak-kanak. Ini menunjukkan bahawa pembentukan bahasa kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan adanya penglibatan ibu bapa. Ibu bapa merupakan individu terawal yang sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan Bahasa kanak-kanak. Perkembangan Bahasa kanak-kanak merupakan satu keperluan utama di mana jika keperluan ini dipenuhi, maka ia memberi impak yang positif dalam aktiviti membaca dan menulis kanak-kanak. Menurut Masran et al. (2010), ibu bapa berperanan dalam membantu kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran membaca.

5. Kesimpulan

Tujuan utama pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk membantu ibu bapa menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui belajar sambil bermain, ia bukan sahaja memberi keseronokkan yang bermakna kepada kanak-kanak malah ia juga dapat merangsang otak kanak-kanak. Dalam kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa mempunyai satu hubungan atau perkaitan dengan perkembangan kanak-kanak di Tabika KEMAS. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak lebih baik jika penglibatan ibu bapa itu tinggi. Penglibatan ibu bapa penting kerana ia dapat meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak untuk terus membuat aktiviti yang diberikan kepada mereka baik di tabika mahupun di rumah. Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa secara langsung memberikan impak positif kepada perkembangan kanak-kanak. Kajian ini diharapkan dapat menggalakkan ibu bapa untuk terus aktif melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak dan sekaligus memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh dipandang enteng. Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam memastikan anak-anak yang bakal menjadi pemangkin negara kita mendapat kejayaan pada masa hadapan.

Rujukan

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2011). Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di

Sekolah Menengah.Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1):35-44.

Aminah Ahmad & Norhayati Ngah. (2011). Impact of dispositional factors and workfamily conflict on job satisfaction among single mother employees. American Journal of Applied Sciences 8 (11): 1107-1115.

Anderson J. C., Funk J. F., Elliott R. & Hull Smith P. (2003). Parental support and pressure and children’s extracurricular activities: relationships with amount of involvement and affective experience of participation. Applied Developmental Psychology.24:241-257.

Anderson, dan Ann, G. (1998). Parents as Partners: Supporting

Children’s Mathematics Learning Prior to School. Early Childhood Education, 4(6), Ehost@epnet.com.

Astro Awani. (2016), September 26. Tahap penglibatan ibu bapa di

(11)

sekolah perlu dipertingkat - Mahdzir Khalid. Astro Awani.

Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-

penglibatanibu-bapa-di-sekolah-perlu-dipertingkat-mahdzir-khalid- 117649

Burgess, S.R., Hecht, S.A., & Lonigan, C.J. (2002). Relations of the Home Literacy Environment (HLE) to the Development of Reading-Related Abilities: A One-Year Longitudinal Study. Reading Research Quarterly, 37(4), 408–426.

Bronfenbrenner, U. (1992). Ecological systems theory. In R. Vasta(ed.), Six theories of child development: Revised formulations and current issues, London: Jessica Kingsley.

Brown, J. (1999). Bowen family system theory and practice: Illustration and critique. A.N.Z.J Family Theory, 20(2), 94 – 103

Cooper, H., Lindsay, J. J. & Nye, B. (2000). Homework in the home: How student, family, and parenting style differences relate to the homework process. Contemporary Educational Psychology, 25, 464-487

Couchemour, Donna and Kent Chrisman. (2011). Families, schools and communities:

Together for young children ,4th Edition. University of Pennsylvania.

Creswell, J. W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (3rd ed). Upper Saddle River, NJ:

Pearson Merill Prentice Hall.

Epstein, J. L. (2009). Building Bridges of Home, School, and Community: The Importance of Design. Journal of Education for Students Placed at Risk, 6(1&2), 161-168.

Fitriah Hayati. (2014). Perkembangan sosioemosi kanak-kanak PAUD (early childhood education) di Banda Aceh, Indonesia dan hubungannya dengan penglibatan (peranan) ibu bapa. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Harvard Family Research Project. (2006). Family Involvement in Early Childhood Education. Spring Vol. Retrieved December, 15, 2010 from

http://www.hfrp.org/family-involvement.

Henderson, A.T., & Mapp, K. L. (2000). A new wave of evidence: The impact of family, school, community connections on student achievement. Austin, TX:

Southwest Educational Development Laboratory

Hintermain, M. (2013). Parental resources, parental stress, and socioemotional development Of deaf and hard of hearing children. Journal of Deaf Studies and Deaf

Education, 11,493-513.

Hussain Ahmad. (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di Malaysia. Paper presented at the Seminar kebangsaan

pendidikan Prasekolah, Pulau Pinang.

Ismail Ibrahim. (2002). Disiplin keluarga jadi penentu. Diperoleh pada Mac 15, 2015 daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.

Jamilah, Nor Zarina, Laidin, Nasir, Zarul Azhar & Mohd Salim. (2013). Pengaruh status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar melayu:

Kajian terhadap pelajar mengubah destini anak bangsa. Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Shah Alam, pp. 23-29.

Kerlinger, F.N, & Lee Howard, B. (2000). Foundation of behavioural research (4th edition), New York: Earl Mc Peek.

Lareau, A. (2000). Home advantage: Social class and parenttal intervention in Elementary education, Lanham, MD: Roman & Littlefield.

Lawson, M. A. (2003). School-family relations in context: Parent and teacher perceptions of parental involvement. Urban Education, 38,77-133.

Maxwell, J. A. (2005). Qualitative research design: An interactive approach (2nd ed).

(12)

London: Sage Publication Ltd

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurhusna Binti Abdul Malek. (2017). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Perkembangan Holistik Kanak-Kanak Di Taska Permata KEMAS. Universiti Pendidikan Sulta Idris.

Plotkin, R. M., Reesman, J., & Brice, P. J. (2013). It is not just stress: Parent

personality in raising a deaf child. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 19(3),347- 357.

Rahmi. (2012). Penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan kemahiran literasi awal kanak-kanak prasekolah di Banda Aceh, Indonesia. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Reay, D. (2004). Education and cultural capital: the implications of changing trends in Education policies. Cultural Trends 13(2):73-86.

Roediger, H. L., Rushton, J. P., Capaldi, E. D., & Paris, S. G. (1984).

Psychology. Boston, Toronto: Little Brown and Company Inc.

Siraj-Blatchford, J. And Siraj-Blatchford, I. (2002). Evaluation of phase 1 of the kidsmart initiative. London IBM White Paper.

Santrock, J. W. (2014). Essentials of Life-Span Development. 3rd. ed. New York: McGraw- Hill.

Shaverand, A. V., & Walls, R. T. (1998). Effect of title 1, parental involvement on student reading and mathematics achievement. Journal of Research and

Development in Education,31(20),91-97.

Swap, S. (1993). Developing Home-School Partnerships: From Concepts to Practice.

Teachers College Press.

Tan Poh Yoke. (2014). Pengaruh tahap pendidikan ibu bapa dan jenis pekerjaan ibu bapa terhadap penglibatan ibu bapa di prasekolah. Tesis Sarjana. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Wolfendale & Bastiani, John. (2000). The contribution of parents to school effectiveness. London: David Fulton Publishing.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sejauh Manakah Terdapat Hubungan Di Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Komponen-komponen Konteks Keluarga Dalam Pendidikan Anak-anak Di Sekolah Menengah. Interaksi

Pengkaji menggunakan lima pangkalan data elektronik yang terkenal untuk mencari artikel jurnal yang dikaji bermula dari tahun 2015 hingga 2020 (tempoh enam tahun) iaitu

Interaksi antara keluarga dan sekolah: Hal ini adalah berkaitan dengan interaksi sekolah-keluarga yang dilihat daripada segi penglibatan ibu bapa untuk turut sama

Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan di atas, walaupun data kuantitatif daripada ibu bapa menunjukkan bahawa lebih ramai ibu bapa murid berpencapaian rendah dan ibu bapa

Secara keseluruhan kajian ini, dapatan mendapati bahawa tahap penglibatan ibu bapa dari perspektif ibu bapa di TASKA KEMAS berada pada tahap yang sederhana dalam setiap

Menurut Louv (2005), antara sebab pola permainan kanak-kanak berubah adalah terdapatnya permainan elektronik seperti permainan video dan playstation, di samping kebimbangan ibu

KAEDAH PENGAWALAN PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK Menurut Mubara Kayla dan rakan-rakan (2017) sesetengah ibu bapa menerima perkembangan generasi digital dengan bersemangat,

Menurut Louv, antara sebab pola permainan kanak-kanak berubah adalah terdapatnya permainan elektronik seperti permainan video dan playstation, kerisauan ibu bapa