• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Semasa Penghasilan Boneka Tongkat Terhadap Kemahiran Komunikasi Dan Kemahiran Berpasukan Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Semasa Penghasilan Boneka Tongkat Terhadap Kemahiran Komunikasi Dan Kemahiran Berpasukan Murid"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Semasa Penghasilan Boneka Tongkat Terhadap Kemahiran Komunikasi Dan

Kemahiran Berpasukan Murid

(Effects Of Cooperative Learning Methods During The Production Of Stick Puppets On Communication Skills And Student Team Skills)

Rasathi Selvarajah1*, Nurfaradilla Mohd Nasri1, Ahmad Zamri Mansor1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: rasathi8414@gmail.com Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran koperatif dimaksudkan satu proses pembelajaran dengan amalan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai objektif atau matlamat kumpulan. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan, membantu guru menjalankan aktiviti boneka tongkat dan untuk membantu murid menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti. Seramai 32 orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang yang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah temubual, soal selidik dan analisis dokumen untuk mengumpul data kuantitatif dan data kualitatif. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah min 78.5. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 26.0.

Hasil dapatan mendapati 32 peserta kajian telah berjaya mendapat gred A. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif ini berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan untuk membentuk dan membuat binaan boneka tongkat yang berkualiti.

Kata kunci: kaedah pembelajaran koperarif, kemahiran komunikasi, kemahiran berpasukan murid, kualiti

Abstract: Cooperative learning is a learning process with the practice of working together in small groups to achieve group objectives or goals. The objective of this study is to improve communication skills and team skills, to help teachers carry out stick puppet activities and help students to produce quality stick puppets. A total of 32 grade five students of Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang have been involved in this study. This study uses interview methods, questionnaires and document analysis to collect quantitative data and qualitative data. The reliability value of the study instrument is a mean of 78.5. Data is analyzed using Statistical Package For The Social Science (SPSS) version 26.0 software.

Results of this findings proved that all 32 participants have successfully obtained grade A. In conclusion, this cooperative learning method successfully improved communication skills and team skills to form and build quality stick puppets.

Keywords: Cooperative learning methods, communication skills, student team skills, quality _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pembelajaran koperatif merujuk kepada pelajar untuk mendapat keputusan bermanfaat untuk diri serta semu ahli kumpulan yang lain serta memaksimumkan pembelajaran mereka

(2)

(Tristiantari, 2017). Tujuan utama ialah untuk menjayakan tahap pembelajaran pada kadar maksimum untuk diri dan rakan-rakan yang lain. Kaedah ini juga mendorong murid untuk berinteraksi secara aktif dan positif untuk perkongsian idea dan pandangan sendiri. Fokus utama pengkaji adalah pada kesan pembelajaran koperatif semasa penghasilan boneka tongkat terhadap kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan murid tahun 5. Pemilihan kaedah pembelajaran koperatif adalah untuk membantu pelajar untuk menhasilkan satu karya yang kreatif dalam masa yang ditetapkan dan mempertingkatkan kemahiran tenaga pengajar dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual dengan penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif.

Kemahiran Komunikasi

Sekolah merupakan ruang pendidikan terpenting untuk membina komuniti yang berkualiti dengan amalan kemahiran komunikasi yang berkesan. Kemahiran komunikasi ialah kemahiran yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan, menilai demi memahami fenomena komunikasi. Ia dapat membantu murid untuk mengumpul segala pengalaman yang sedia ada dan menjadikan sesuatu perlakuan komunikasi dalam beberapa proposisi atau penyataan. Kemahiran bahasa merupakan aspek yang penting dan dikenali sebagai medium perantara yang mengharungi kehidupan seharian seseorang (Noor Aini, Zamri & Zahara, 2012).

Kemahiran Berpasukan

Kriteria yang diperlukan oleh setiap kumpulan ialah kemahiran kerja berpasukan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid ini juga dikenali sebagai kemahiran insaniah. Kemahiran berpasukan murid dengan komunikasi yang baik dapat mampu menyelesaikan masalah mereka untuk berkembang dan meningkatkan keupayaan mereka untuk mencapai matlamat mereka (Dickinson, 2003). Cara mempertingkatkan kualiti prestasi akademik murid ialah melalui penglibatan dan pembelajaran kreatif. Murid juga digalakan saling bertukar informasi dan pendapat dengan teman dalam kumpulan yang sama.

(Irdaningsih, 2018).

2. Penyataan Masalah

Pengkaji mengajar Pendidikan Seni Visual mengikut opsyen di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang Selangor. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan pelajaran yang sangat penting untuk meningkatkan perkembangan kognitif setiap individu murid di sekolah.

Kajian dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan murid tahun 5 untuk menghasilkan boneka tongkat dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Fokus utama kajian pengkaji ialah melihat kesan Pembelajaran Koperatif membantu murid menghasilkan boneka tongkat dan bagaimana kaedah ini membantu murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berpasukan untuk menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti. Bidang membentuk dan membuat binaan untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Menurut Anita Lie (2004), kemampuan menjalin hubungan berpasukan yang mesra sesama murid dan guru adalah amat penting, bagi mengelakan masalah yang di hadapi oleh mereka serta mengenali pasti kelemahan dikalangan guru dan murid. Oleh yang demikian pengkaji telah menjalankan kajian dengan teliti supaya dapat memperbaiki kelemahaan pada diri pengkaji serta menaik taraf pembelajaran anak didiknya.

Beberapa langkah seperti menjalankan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik telah di ambil oleh pengkaji sebagai permulaan kajian. Justeru itu, jika masalah ini dibiarkan

(3)

bimbang akan memberi kesan pada pembelajaran murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu memikirkan cara untuk memudahkan pengajaran supaya murid memahami cara penghasilan dan memikirkan cara lain yang dapat membantu murid dalam banyak aspek seperti, masa, kemahiran komunikasi, kemahiran berpasukan dan kreativiti hasil seni.

Kesimpulannya, pengkaji telah memikirkan cara penyelesaian baru bagi masalah yang dihadapi dengan membuat kajian kepada masalah ini supaya masalah ini tidak terus menjadi penghalang kepada kesempurnaan pelaksanaan cara guru mengajar dan belajar. Ia juga bimbang akan impak yang diberi kepada pelajar dari segi penerimaan isi pengajaran.

3. Sorotan Literatur

Pengkaji telah memfokuskan kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif semasa penghasilan boneka tongkat terhadap kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan murid.

Berdasarkan refleksi yang telah buat, pengkaji dapati dalam pangajaran dan pembelajaran menghasilkan boneka tongkat yang telah jalankan, terdapat beberapa halangan yang timbul iaitu kekurangan kemahiran komunikasi dan kemahiran pasukan, kekangan masa, kesukaran, serta minat. Ini bahawa murid kurang berminat untuk menghasilkan boneka secara individu dan menjadikan mereka bosan dan kurang keminatan dalam penghasilan karyanya. Polai (2001), menyatakan pembelajaran koperatif adalah satu cara pembelajaran. Latihan yang mengutamakan penguasaan pengetahuan, idea dan perincian supaya murid dikategorikan ke dalam kelas yang berbeza. Dalam pengalaman ini, pelajar belajar bagaimana berkomunikasi dan bersosial dengan betul, kerana pelajar dibenarkan untuk berkongsi pemikiran dan pandangan mereka dengan berani dan bebas melalui proses kemahiran.

Murid dapat berkerjasama, bergabung pengetahuan, bertukar idea dan berhubung bersama sekutu mereka melalui Pembelajaran Kooperatif seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan (2016). Kartini (2012), mengambarkan pembelajaran bersama sebagai kaedah menyelaraskan kelas pembelajaran supaya murid dapat menyiapkan kerja bersama ahli kumpulan mereka serta bersiap untuk memenuhi penilaian dan menyelesaikan masalah. Rosyidah (2016) kaedah pembelajaran kooperatif merupakan pembelajaran yang melibatkan murid berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan dalam satu kumpulan murid atau gabungan yang terdiri dari pelajar - pelajar yang berkelakuan serupa. Kaedah pelajaran ini bertujuan untuk mencapai satu matlamat yang spesifik supaya pelajar dapat mengubah kelakuan mereka, sementara perubahan kelakuan ini adalah keputusan pelajaran ini. Murid berpeluang untuk berbincang dan berinteraksi di luar atau di dalam kelas melalui Pembelajaran Kooperatif yang di jalankan oleh guru untuk mencapai satu matlamat yang sama. (Ahmet Basal, 2015). Pembelajaran koperatif adalah pengajaran secara bekerjasama dalam kumpulan kecil (Seamah, 2009) dengan teknik yang mengandungi isu interaksi, perbincangan dan penglibatan pelajar dalam sesutu projek untuk mencapai satu matlamat yang sama dan dapat menghasilkan kesatuan antara pelbagai penguasaan kemahiran dalam satu kumpulan.

Manakala menurut Ng Kim Choy (1999), prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:

i. Positive Interdendence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Saling kebergantungan positif adalah elemen pembelajaran koperatif dan kolaboratif di mana ahli kumpulan yang mempunyai tujuan bersama merasakan bahawa bekerja bersama bermanfaat secara individu dan kolektif, dan kejayaan bergantung pada penyertaan semua anggota untuk mencapai matlamat kumpulan.

(4)

ii. Individual Accountability (Akauntabiliti lndividu)

Tanggungjawab individu adalah kepercayaan bahawa setiap orang akan dipertanggungjawabkan untuk pencapaian sendiri. Pertanggungjawaban individu berlaku apabila prestasi setiap individu dinilai dan hasilnya diberikan kepada kumpulan.

iii. Group Interaction (lnteraksi Kumpulan)

Pencapaian setiap murid bergantung terhadap pembelajaran murid yang lain dengan perkongsian idea dan maklumat. Tindakan yang merancang dapat membantu anatara satu sama lain untuk menerangkan, membincang dan mengajar bagi menjayakan matlamat kumpulan.

iv. Social Skills (Kemahiran Sosial)

Kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik perlu dipupuk oleh guru kepada murid-murid supaya kaedah pembelajaran koperatif berkesan. Berdasarkan prinsip-prinsip dan asas kaedah pembelajaran koperatif ini maka pengkaji yakin kaedah ini dapat membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dikendalikannya.

Hal ini selaras dengan pendapat Kagan (2009) terhadap kebaikan kaedah pembelajaran koperatif kepada murid adalah seperti motivasi yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan juga dalam meningkatkan pencapaian dalam kaedah pembelajaran ini. Sepertimana menurut Christina Lau Jin (2012), hasil kajiannya telah membuktikan kaedah pengajaran koperatif telah berjaya menjamin tahap pencapaian murid –murid secara keseluruhan dan lebih berkesan (Zahara Aziz dan Suzela Bustam, 2011). Pemerhatian guru terhadap perubahan tingkah laku murid juga tindak balas yang positif kearah kecemerlangan pencapaian murid.

Oleh itu, para guru di sekolah perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah kemahiran belajar secara koperatif. Jadi kaedah pembelajaran koperatif lebih difocuskan dengan menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah untuk menghasilkan boneka tongkat. Namun pengkaji, telah kecilkan skop kajian kepada lebih khusus iaitu kelemahan murid dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu kekurangan kemahiran dan keminatan mereka dalam menghasilkan boneka tongkat untuk mendapatkan gambaran sebenar isu pengkaji telah membuat tinjauan masalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen serta soal selidik sebagai bahan bukti. Kajian ini dijalankan bagi mencapai matlamat berikut:

• Pengunaan kaedah pembelajaran koperatif Memudahkan murid dalam proses penghasilan boneka tongkat.

• Meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid dalam penghasilan boneka tongkat.

• Memupuk minat murid dalam penghasilan tersebut boneka tongkat.

4. Metodologi Kajian

Dalam pembelajaran ini murid tahun 5 dari tahap rendah dan tahap pertengahan telah terlibat dalam penggunaan reka bentuk kajian tinjauan. Ujian pra iaitu sebelum kajian dilakukan dan ujian pasca iaitu diakhir kajian, telah dijalankan oleh pengkaji. Bagi mengurangkan ralat dalam pembelajaran ini, tempoh masa tiga minggu telah diambil oleh pengkaji dalam pengajaran bagi murid. Hukum penyelidikan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dalam pembelajaran ini untuk mendapatkan fakta yang diperolehi dari keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan oleh pengkaji. Pelajar tersebut diberikan ujian pra sebelum dan ujian pasca selepas kajian, Pengkaji akan menentukan contoh bagi pelajar tersebut memperolehi kebolehan pencapaian yang hampir sama meskipun pemilihan contoh tidak berlaku secara rawak.

(5)

Matlamat reka bentuk kajian tinjauan digunakan adalah untuk mendapatkan perbezaan tahap penguasaan pada pembinaan ulasan bagi sesuatu penulisan oleh pelajar tahap 5. Satu pembolehubah yang diselidik terdapat dalam pembelajaran ini ialah pembolehubah bersandar.

Kadar pengusaan pengunaan model Kurt Lewin (1946) secara ujian pra dan ujian pasca terkandung dalam pembolehubah bersandar. Jumlah pelajar tahap 5 yang dianggarkan dalam pembelajaran ini adalah seramai 32 orang yang telah dipilih daripada jumlah 60 orang iaitu murid tahun 5 Zuhal dan Neptun dari Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang Selangor. Daripada jumlah 32 orang peserta kajian tersebut terdapat 18 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan. Pemilihan tahap 5 Zuhal dan Neptun dibuat sebab kelas ini adalah kelas yang dipertanggungjawabkan ke atas guru untuk mengajar Pendidikan Seni Visual.

Secara umumnya kelas 5 Zuhal dan Neptun merupakan kelas akhir daripada 8 kelas keseniannya untuk tahun 5. Sebahagian besar daripada murid- murid tersebut datang dari kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta mempunyai masalah keluarga. Murid-murid ini juga antara murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran 4M dengan baik seperti mana rakan-rakan lain yang sebaya dengan mereka. Dari pemerhatian sepanjang pengajaran pengkaji hanya murid perempuan sahaja yang membawa alat dan bahan semasa sesi pengajaran.

Guru yang mengajar telah menyelidik kesulitan dengan menggunakan cara pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Borang senarai semak digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap kefahaman aktiviti, penggolahan bahan, penggunaan teknik, kreatif dan kekemasan karya serta mengenalpasti keminatan untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu, analisis dokumen juga akan digunakan untuk melihat peningkatan kemahiran murid terhadap aktiviti menghasilkan boneka tongkat menggunakan kaedah pemarkahan yang disediakan oleh pengkaji. Berdasarkan hasil akhir karya boneka tongkat setiap murid skor markah diberikan berpandukan rubrik. Rubrik gred pemarkahan tersebut dibina sebagai panduan untuk mengukur kemahiran -kemahiran tertentu semasa penghasilan bnneka tongkat sebelum dan selepas kajian. Oleh itu, markah akhir akan menjadi penentu keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif yang digunakan.

lnstrumen soal selidik selepas intervensi akan digunakan bagi mendapatkan data serta maklumat yang berkait rapat dengan minat serta pengalaman lalu murid. Selain itu, soal selidik akan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan murid terhadap aktiviti menghasilkan bnneka tongkat secara koperatif. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik selepas kajian. Hal ini bertujuan untuk mengukur minat terhadap penghasilan boneka tongkat secara koperatif. Soalan bagi borang soal selidik dibina berdasarkan pengalaman peserta pengkaji menghasilkan boneka tongkat secara koperatif. Soal selidik ini merupakan data ordinal.

Berdasarkan kemahiran dan pengetahuan murid, guru telah membina item-item dalam kajian ini untuk menentukan kesahan kandungan. Pengkaji juga merujuk terhadap beberapa guru yang berpengalaman dan pengetahuan bagi mendapatkan pendangan dan komen mereka untuk meningkatkan tahap kesahan kandungannya dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Menurut ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai. Data dari soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0, disebabkan tahap pengukuran kajian ini berada pada aras nominal, ordinal dan selang. Disebabkan itu, dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai, frequensi dan peratusan. Ujian -t juga digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Kekerapan dan peratusan digunakan

(6)

untuk mendapat maklumat dan mengenali latar belakang responden seperti jantina, kaum dan lain-lain yang berkaitan.

5. Dapatan Kajian

5.1 Diskriptif analisis - Seksen A

Jadual 1: Diskriptif bagi frekuensi dan peratusan jantina murid

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 18 56.25

Perempuan 14 43.75

Jumlah 32 100

Jadual 1 menunjukkan peratusan murid lelaki ialah 56.25 dan peratusan bagi murid Perempuan yang telah mengambil bahagian (responden) ialah 43.75 daripada jumlah 32 murid dari Tahun 5 Zuhal dan Neptun.

Jadual 2: Diskriptif frekuensi dan peratusan mengikut kaum.

Kaum Frekuensi Peratus (%)

Melayu 17 53.0

Cina 7 21.9

India 5 15.7

Lain-lain 3 9.4

Jumlak 32 100.0

Jadual 2 menerangkan peratusan mengikut kaum respons murid dan majoritinya ialah daripada kaum Melayu iaitu 53%.

5.2 Diskriptif analisis – Seksen B

Jadual 3: Diskriptif min dan peratus markah soal selidik sebelum dengan selepas soal selidik.

Jadual 3 menunjukkan min markah sebelum soal selidik adalah rendah (min=57.63, peratus=

79.0) Berbanding Markah selepas soal selidik (min=78.50, peratus =90.0).

5.3 Diskriptif analisis sebelum Intervensi – Seksen C

Jadual 4: Frekuensi dan peratus item atau hasil pembelajaran murid tahun 5 Zuhal dan Neptun

Bilangan Pembolehubah N Min Peratus (%)

Markah Soal Selidik sebelum 32 57.63 79.0 Markah Soal Selidik selepas 32 78.50 90.0

Kemahiran / Item / Hasil Pembelajaran Yes Peratus (%) No Peratus (%)

1.Murid faham definisi boneka tongkat. 10 31.25 22 68.75

2.Murid dapat menggolah bahan dengan baik. 11 34.4 21 65.6

3.Murid dapat menghasilkan boneka tongkat dengan mengaplikasikan teknik dengan baik.

9 28.1 23 71.9

4.Murid dapat menghasilkan bentuk boneka tongkat secara kreatif dan kemas.

6 18.7 26 81.3

5.Murid berminat untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan.

29 90.6 3 9.4

6.Kaedah pengajaran di dalam kelas sangat berfaedah dan menarik.

3 9.4 29 90.6

(7)

Jadual 4 menunjukkan frekuensi dan peratus item atau hasil pembelajaran murid tahun 5 Zuhal dan Neptun. Aktiviti secara berkumpulan didapati peratus yang tertinggi iaitu sebanyak 90.6%

manakala “Saya gemar belajar secara individu”, mendapat 12.5% menunjukkan tahap pembelajaran koperatif adalah signifikan.

5.4 Diskriptif Soal Selidik Selepas Intervensi -Seksen D

Lampiran C, menerangkan frekuensi dan peratusan soal selidik selepas intervensi. Penyataan 9 “Melalui aktiviti pembelajaran koperatif, saya kurang memberi gangguan, penyataan 12

“dalam bilik darjah. Kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian saya dalam penghasilan boneka tongkat”, serta penyataan 13 “Sikap saya terhadap penghasilan boneka tongkat berubah selepas didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif”, menerangkan bahawa peratusan yang tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 23%, 18% dan 24%. Jadual 5, dibawah menunjukkan soal selidik sebelum dan selepas tindakan.

Jadual 5: Markah soal selidik sebelum dan selepas tindakan.

Peserta Kajian Markah Sebelum Tindakan (%)

Markah Selepas Tindakan (%)

Perbezaan Markah (%)

PK 1 75 89 14

PK 2 53 81 28

PK 3 54 86 32

PK 4 52 86 34

PK 5 42 88 46

PK 6 36 80 44

PK 7 54 87 33

PK 8 51 89 38

PK 9 65 88 23

PK 10 58 81 23

PK 11 69 84 15

PK 12 70 88 18

PK 13 55 79 24

PK 14 66 80 14

PK 15 73 85 12

PK 16 68 81 13

PK 17 52 88 36

PK 18 67 87 20

PK 19 74 86 12

PK 20 62 82 20

PK 21 53 81 28

PK 22 57 80 23

PK 23 45 78 33

PK 24 71 89 18

PK 25 65 80 15

PK 26 66 80 14

PK 27 59 81 22

PK 28 60 80 20

PK 29 67 82 15

PK 30 62 80 18

7.Saya sangat aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti.

7 21.9 25 78.1

8.Saya memahami pengajaran guru dengan lebih jelas.

6 18.7 26 81.3

9.Saya gemar belajar secara individu. 4 12.5 28 87.5

10.Bahan boneka tongkat mudah untuk didapatkan

5 15.6 27 84.4

(8)

PK 31 53 79 26

PK 32 57 83 26

Jumlah 1911 2668 757

Jumlah Min 59.71 83.38 23.65

5.5 Inferensi

Jadual 6: Paired sample t-test min dan sisihan piawaian bagi markah soal selidik sebelum dengan markah soal selidik selepas interversi.

Bilangan Pembolehubah N Min Sisihan Piawaian

Markah Soal Selidik sebelum 32 57.63 14.68 ± 2.7

Markah Soal Selidik selepas 32 78.50 7.46 ± 1.4

Jadual 6 menunjukkan dapatan bagi ujian _t paired sample. Markah soal selidik sebelum menunjukkan dapatan yang kurang berbanding markah soal selidik selepas intervensi bagi responden tahun 5. Markah sebelum soal selidik minnya ialah 57.63, sisihan piawaian pula (14.68 ± 2.7) manakala markah selepas soal selidiknya ialah 78.63, sisihan piawaian (7.46±1.4). Didapati markah selepas soal selidik iaitu pembelajaran melalui koperatif memang mempunyai signifikan tinggi berbanding sebelum soal selidik dijalankan.

5.6 Ujian EFA mengikut Faktor

Jadual 7: Analisis EFA bagi penyataan faktor 1

Penyataan Min Sistem Piawaian

PENY1- Saya gemar belajar secara berkumpulan. 4.87 .346

PENY5- Saya memberi kerjasama terhadap aktiviti berkumpulan. 4.93 .254

Jadual 7 menerangkan tentang dapatan analisis EFA yang mengkategorikan item-item penyataan mengikut faktor 1. Item bagi penyataan 1 dan item bagi penyataan 5 dikategorikan dalam faktor 1, (Min=4.87, s.p=0.35) bagi Item Peny1 dan (Min=4.93, s.p=0.25) bagi Item Penyataan 5.

Jadual 8: Dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 1.

Reliabiliti Statistik

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha berdasarkan item Number Items

.788 .811 2

Jadual 8 menjelaskan dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 1 bagi kedua-dua Items dalam Faktor 1(r=0.788) adalah lebih signifikan.

Jadual 9: Analisis EFA bagi penyataan Faktor 2

Penyataan Min Sistem Piawaian

PENY3- Saya lebih fokus ketika guru menggunakkan kaedah pembelajaran koperatif.

4.73 .640

PENY12-Kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian saya dalam penghasilan boneka tongkat.

4.90 .403

PENY15-Alat dan bahan boneka tongkat mudah untuk didapatkan. 4.90 .403

Jadual 4.9 menerangkan tentang dapatan analisis EFA yang mengkategorikan item-item penyataan mengikut faktor 2. Item bagi penyataan 3, item bagi penyataan 12 dan item bagi penyataan 15 dikategorikan dalam faktor 2 (Min=4.73, s.p=0.64) ,bagi Item Peny3 dan (Min=4.90, s.p=0.40) bagi Item Peny12,(Min=4.90, s.p=0.40) bagi Item Peny15.

(9)

Jadual 10: Dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 2 Reliabiliti Statistik

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha berdasarkan item Number Items

.649 .672 3

Jadual 10 menjelaskan dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 2 bagi ketiga-tiga Items dalam Faktor 2(r=0.649) adalah signifikan.

Jadual 11: Dapatan analisis EFA bagi penyataan Faktor 3.

Penyataan Min Sistem Piawaian

PENY 6 - Dalam aktiviti kumpulan, rakan saya memberi kerjasama dengan lebih baik.

4.87 .434

PENY16- Menghasilkan boneka tongkat secara berkumpulan lebihseronokberbanding seorang diri.

4.83 .461

Jadual 11 menerangkan tentang dapatan analisis EFA yang mengkategorikan item-item penyataan mengikut faktor 3. Item bagi penyataan 6 dan item bagi penyataan 16 dikategorikan dalam faktor 3 (Min=4.87, s.p=0.44) bagi Item Peny6 dan (Min=4.83, s.p=0.46) bagi Item Peny16.

Jadual 12: Dapatan analisis EFA bagi penyataan Faktor 4.

Penyataan Min Sistem Piawaian

PENY9- Melalui aktiviti pembelajaran koperatif, saya kurang memberi gangguan dalam bilik darjah.

4.93 .254

PENY13- Kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian saya dalam penghasilan boneka tongkat.

4.93 .254

Jadual 12 menerangkan tentang dapatan analisis EFA yang mengkategorikan item-item penyataan mengikut faktor 4. Item bagi penyataan 9 dan item bagi penyataan 13 dikategorikan dalam faktor 4 (Min=4.93, s.p=0.25) bagi Item Peny13 dan (Min=4.93, s.p=0.25) bagi Item Peny16.

Jadual 13: dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 4 Reliabiliti Statistik

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha berdasarkan item Number Items

.634 .634 2

Jadual 13 menjelaskan dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 4 bagi kedua-dua Items dalam Faktor 4 (r=0.634) adalah signifikan.

Jadual 14: Dapatan analisis EFA bagi penyataan Faktor 5.

Penyataan Min Sistem Piawaian

PENY7- Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi penerangan dalam kumpulan.

4.80 .551

PENY10- Melalui aktiviti pembelajaran koperatif, saya kurangmemberi gangguan dalam bilik darjah.

4.87 .346

Jadual 14 menerangkan tentang dapatan analisis EFA yang mengkategorikan item-item penyataan mengikut faktor 5. Item bagi penyataan 7 dan item bagi penyataan 10 dikategorikan dalam faktor 5, (Min=4.80, s.p=0.55) bagi Item Peny10 dan (Min=4.93, s.p=0.25) bagi Item Peny16.

(10)

Jadual 15: Dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 5 Reliabiliti Statistik

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha berdasarkan item Number Items

.327 .357 2

Jadual 15 menjelaskan dapatan Kronbach Alpa bagi Faktor 5 bagi kedua-dua Item dalam Faktor 5(r=0.327) adalah tidak signifikan sama sekali.

5.7 Hipotesis

5.7.1 Hal I: Kesan Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan murid untuk menghasilkan boneka tongkat.

Jadual 15: Perbezaan yang signifikan antara markah soal selidik sebelum

Min N Sisihan Piawaian

Pair 1 SOALSELIDIK SEBELUM 57.63 32 14.684

SOALSELIDIK SELEPAS 78.50 32 7.459

Analisis inferensi Ujian pair_t antara pencapaian Markah Soal Selidik sebelum dan Markah Selepas Soal Selidik. Dari segi markah soal selidik sebelum, dapatan kajian dilihat daripada jadual 15 menunjukkan perbezaan yang signifikan antara markah soal selidik sebelum. Min skor markah soal selidik sebelum ialah min = 57.63, S.P= 14.68, manakala min skor soal selidik sebelum ialah min=78.50, S.P = 7.46, dengan nilai _t = -11.63 (sig)p=.000.

5.7.2 Hal 2: Kesan Pembelajaran Koperatif dapat membantu guru semasa pengajaran aktiviti boneka tongkat.

Ujian_t pada aras signifikan p<0.005 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor markah soal selidik sebelum dengan markah soal selidik selepas. Oleh itu, hipotesis Ho1 adalah ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan.

Jadual 16: Korelasi bagi soal selidik selepas intervensi.

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

S1

S2 0.098

S3 0.154 -0.045

S4 -0.177 0.138 -0.145

S5 0.000 0.023 0.218 -0.111

S6 0.189 -0.203 -0.175 -0.134 0.089

S7 -0.279 -0.256 -361 0.118 -0.079 0.169

S8 0.000 0.138 -0.145 0.167 -0.111 -0.134 -0.079

S9 -0.347 0.109 -9.257 0.049 0.131 -0.105 -0.216 0.049

S10 0.126 0.031 -0.098 0.000 0.149 0.239 -0.247 0.224 0.351

*correlation is significant at 0.0.5 (2-tailed)

Kebanyakan korelasi bagi soal selidik selepas intervensi menunjukkan nilai p > 0.05 di mana menunjukkan nilai signifikan tidak terdapat perbezaan signifikan di antara itemnya. Oleh itu, Hipotesis gagal ditolak.

5.7.2 Hal 3: Sebelum dan selepas Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dapat membantu murid tahun 5 untuk menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti.

(11)

Jadual 17: dapatan analisis ujian EFA mengikut Faktor 1 hingga Faktor 5 mengikut analisis Keberkesanan (relibiliti).

Faktor Nilai r Tahap Kekuatan Hubungan

F1 .788 Sederhana Tinggi

F2 .649 Sederhana Tinggi

F3 .729 Sederhana Tinggi

F4 .634 Sederhana Tinggi

F5 .327 Sederhana Lemah

Jadual 17 menunjukkan dapatan Analisis Ujian EFA mengikut Faktor 1 hingga Faktor 5 mengikut analisis. Keberkesanan (reliabiliti) menunjukkan tahap kekuatan hubungan antara signifikan yang tinggi dari Faktor 1 hingga Faktor 4, manakala Faktor 5 menunjukkan signifikan yang lemah. Nilai r yang tinggi dapat memperlihat hipotesis sebelum dan selepas Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dapat membantu murid tahun 5 untuk menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti. Hipotesis kajian Ha3 mengutarakan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap sebelum dan selepas. Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dapat membantu murid tahun 5 untuk menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti.

6. Rumusan

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap prestasi dan motivasi pelajar semasa mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni dengan menggunakan kaedah koperatif dan hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan murid yang belajar menggunakan Kaedah pembelajaran koperatif dapat dikatakan pencapaian mereka telah meningkat dan cara komunikasi di antara murid telah dipertingkatkan dalam pendidkan seni visual, serta berjaya menghasilkan boneka tongkat. Melalui pembelajaran koperatif para murid bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah, malah pemahaman terhadap topik yang diajar oleh para guru juga berjaya mencapai matlamatnya. Oleh itu, tidak dapat dipertikaikan bahawa pembelajaran koperatif dapat melahirkan para murid bermotivasi dalam mempelajari pendidikan seni visual yang mengutamakan pembelajaran koperatif.

Menurut Veldman (2020) dalam penyataannya telah menyokong manfaat pembelajaran koperatif dapat memberi manfaat yang beragam kepada pengamalnya. Namun latihan dan perkembangan professional yang berterusan amat digalakkan oleh setiap guru, serta kolaborasi sesama para guru tanpa mengenal usia dan pengalaman dalam menjalankan rutin seharian mereka sebagai pendidik amat ditititberatkan.

Rujukan

Anita Lie. 2004. Cooperative Learning. Jakarta: Grasindo.

Christina Lau Chui Jin. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran.

Cook-Sather, A. and Agu, P. (2013). Student consultants of color and faculty members working together toward culturally sustaining pedagogy, in Groccia, J. E. (pp. 181–

80). San Francisco: Jossey-Bass.

Johnson, D.W. and Johnson, R.T. (2003). What is Coopeartive Learning. Dicapai daripada http:www.co-operation.org

Johnson, D.W & Johnson, R (1985). Learning Together and Alone: Cooperative Competitive and Individualistic Learning. Boston: Allyn & Bacon First Edition.

Kagan Y. Y. (1991). Likelihood analysis of earthquake catalogues. First published: July 1991.

Kagan,S.(1989). Cooperative Learning Resources For Teachers. Riverside, CA University of California at Riverside.

(12)

Kamaruddin Hj. Husin (1994),“KBSM dan Strategi Pembelajaran Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , Edisi Keempat (2012). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Pelajar, Terbitan Khas KBSM (2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kartini, Ahmad Shabudin, Rosli & Badrul Hisyam (2012). Menguasai Penyelidikan Tiindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Perpustakaan Negara Malaysia.

Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kurt Lewin. (1946). The Action Reaearch Planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Mujibul Hasan Siddiqui (2005). Technique Of Teaching Strategies, New Delhi Aph Publishing Corporation.

Ng Kim Choy (1999). Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif. Sandakan Maktab Program Sabah.

Noor Aini Ahmad (2012). Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (2): 13-20.

Rousliludin.(2007).HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan (bahagian satu).UNITEM Sdn.Bhd.Perpustakaan KUITTHO.

Sanecka, A. (2014). Social barriers to effective communication in old age. The Journal of Education Culture and Society, 3, 153-172.

Slavin, R.E. (1992), “Cooperative-Learning: Theory, Researched, Practice, Massachusetts:Simon & Schuster Inc.

Tristiantari, K. D. (2017). Model Pembelajaran Cooperatif. (Integrated Reading Composition Berpola Lesson Study) Meningkatkan Keterampilan Membaca dan Menulis.

Pendidikan Indonesia, 4(5), 880–925

Gan, T. H. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: Satu kes pelaksanaan Penyelidikan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS, 3, 73-92.

Zahara Aziz, Suzela Bustam (2011). Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Goegrafi Tingkatan Satu – Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar (The Impact of Coorperative Learning Strategy on the Geography Achievement of Form One: Topics Forest and the Wild Life). Retrieve aug 26,2014 dari http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%202012/JP39 (1)%20Chap%201new.pdf

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini penting dan perlu dijalankan bagi melihat kesan terhadap prestasi pencapaian dan pengetahuan geografi serta motivasi pelajar, jika pendekatan

Justeru itu, kajian ini menggunakan reka bentuk pengajaran yang menyepadukan kaedah koperatif, kaedah inkuiri dan berbantukan multimedia dengan menggunakan sampel

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perbezaan kesan penggunaan kaedah kaunsehng brief dan kumpulan kaunsehng yang menggunakan pende

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan serta kekangan yang dihadapi oleh semasa pengajaran dan pembelajaran

Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini selain mengkaji kesan kaedah Model Pembelajaran 5E dengan Pembelajaran Kontekstual (MOPEK) terhadap motivasi murid, kaedah

Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini selain mengkaji kesan kaedah Model Pembelajaran 5E dengan Pembelajaran Kontekstual (MOPEK) terhadap motivasi murid, kaedah

Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pelajar dalam tiga aspek iaitu motivasi pelajar, penguasaan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani

Hasil kajian menunjukkan kesedaran terhadap literasi maklumat adalah rendah dikalangan peserta kajian.Kebanyakan guru dan pelajar tidak tahu tentang kemahiran ini dan tahap