• Tiada Hasil Ditemukan

View of Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di

Sekolah Rendah

(Elements Of Literature Achieve Critical Thinking In The Teaching And Learning Of History In Primary Schools)

Ros Anita Kartini Mohamed1*, Abdul Halim Ali1

1Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: ros_kartini@yahoo.com Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.10

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Adunan teknik dan keindahan diksi menjadikan karya itu hidup dan bertenaga. Antara elemen sastera yang terdapat pada sesebuah hasil karya ialah pemikiran pengarangnya, gaya bahasa, bentuk struktur, tema, persoalan dan pengajaran merupakan nilai estetika yang merakamkan realiti kehidupan masyarakat yang mewarisinya. Oleh kerana hal ini penting, maka elemen sastera Melayu pada peringkat sekolah rendah mula diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Elemen sastera Melayu diserapkan ke dalam beberapa mata pelajaran melalui buku teks. Penerapan elemen sastera Melayu sebagai Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) dalam mata pelajaran lain di sekolah rendah yang bertujuan untuk merealisasikan potensi murid di samping melahirkan generasi yang mempunyai daya saing tinggi dalam membuat keputusan di bawah Perkara Kemahiran Bernilai Tambah yang menggariskan tujuh kemahiran, antaranya Kemahiran Berfikir (KB). Fokus makalah ini adalah perbincangan tentang implikasi elemen sastera Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah melalui kaedah pembelajaran kognitif. Dalam perhubungan ini, domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001 digunakan kerana domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001 ini dilihat mempunyai landasan yang kukuh bagi mengukuhkan kefahaman murid-murid untuk menerima fakta sejarah bersandarkan elemen sastera Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hingga menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih menyeronokkan dan bermakna.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir, KSSR, elemen, kognitif, sastera Melayu

Abstract: Malay literature has a beautiful and structured language art. The blend of technique and the beauty of diction makes the work alive and energetic. Among the literary elements found in a work are the author's thoughts, language style, structural form, themes, questions and teaching are aesthetic values that record the reality of life of the society that inherited it.

As this is important, the elements of Malay literature at the primary school level were introduced in the Primary School Standard Curriculum (KSSR). Elements of Malay literature are absorbed into several subjects through textbooks. The application of Malay literature elements as a Cross Curricular Element (CCE) in other subjects in primary schools that aims to realize the potential of students while producing a generation that is highly competitive in decision making under the Value Added Skills Item which outlines seven skills, including Thinking Skills (KB). The focus of this paper is a discussion on the implications of Malay

(2)

literary elements in the teaching and learning of History subjects through cognitive learning methods. In this regard, the cognitive domain of Anderson & Krathwohl 2001 is used because the cognitive domain of Anderson & Krathwohl 2001 is seen to have a strong foundation to strengthen students' understanding to accept historical facts based on Malay literary elements in teaching and learning in the classroom to make History a subject. more fun and meaningful.

Keywords: Thinking Skills, KSSR, elements, cognitive, Malay literature

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Penerapan elemen kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah rendah bertujuan untuk merealisasikan potensi murid di samping melahirkan generasi yang mempunyai daya saing tinggi dalam membuat keputusan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, elemen kesusasteraan Melayu yang diselitkan oleh pengarang dalam buku teks edaran pada peringkat sekolah rendah adalah sebagai wadah bagi beberapa mata pelajaran teras dan elektif sahaja. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti sastera yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan elemen kesusasteraan Melayu dapat memantapkan lagi pengetahuan, pemahaman dan penguasaan murid terhadap mata pelajaran lain yang mereka minati. Adapun yang sangat menariknya ialah penggunaan bahan sastera dalam buku teks Sejarah bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah yang akan dibincangkan dalam makalah ini.

Objektif

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti implikasi penggunaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tahap dua di sekolah rendah.

Objektif khusus kajian ini pula ialah;

1) Mengenal pasti elemen-elemen sastera dalam mata pelajaran Sejarah tahap dua di sekolah rendah.

2) Menganalisis implikasi elemen sastera sebagai alat pengukuhan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Latar Belakang

Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam kepada negara semakin dilupakan. Negara telah melalui detik pahit apabila golongan tertentu telah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden membakar Jalur Gemilang dan mengubahsuai lirik lagu “Negaraku” suatu ketika dahulu. Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda kini.

Oleh demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek Sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik. Fokus KSSR Sejarah lebih kepada untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) di samping pengamalan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) untuk melahirkan murid yang cinta akan negara. Kesepaduan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai ini diharapkan mampu memberi pemahaman kepada murid untuk membina jati diri sebagai rakyat Malaysia. Reka bentuk kurikulum Sejarah merupakan kesepaduan berbentuk

“intra” iaitu yang berlaku dalam pengetahuan sejarah itu sendiri (Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019).

(3)

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di kalangan generasi muda, maka pendedahan awal pada peringkat sekolah rendah kepada mata pelajaran ini amat penting. Antara tujuan mata pelajaran Sejarah diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah adalah sebagai usaha menyemai kefahaman sejarah pada peringkat awal yakni untuk melahirkan generasi baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah rendah dikatakan dapat memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Dasar mewajibkan murid sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Sejarah adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek murid-murid secara seimbang. Kepentingan sejarah telah mewujudkan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib dipelajari di tahap 2 pada peringkat sekolah rendah di bawah KSSR, mulai tahun 2014. KSSR bagi mata pelajaran Sejarah telah dibina di bawah Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan enam aspirasi iaitu, pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional dan kemahiran berfikir. Aspirasi tersebut perlu dikuasai oleh murid sebenarnya pada peringkat sekolah rendah agar tidak teraba-raba pada peringkat sekolah menengah. Antara aspirasi tersebut, aspirasi kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting (Mohd Radzi, 2010). Enam aspirasi ini dikaitkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis serta berpengetahuan dan berketrampilan. Enam aspirasi ini mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi

asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis, dan inovatif.

Bagi mencapai hasrat tersebut penggunaan korpus ilmu lain dalam pengajaran dan pembelajaran utama di bilik darjah perlu diperhebatkan dengan menyuntik korpus ilmu lain ke dalamnya. Proses ini dinamakan Elemen Merentasi Kurikulum (EMK). Rata-ratanya kini, buku teks terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah rendah banyak menerapkan puisi sebagai EMK (Ros Anita Kartini & AH Ali, 2021). Justeru itu, elemen sastera di dalam mata pelajaran Sejarah dirancang agar dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari Sejarah.

Proses gabungjalin ini memperlihatkan unsur kreativiti. Unsur kreativiti ini adalah kebolehan seseorang menyalurkan sebahagian daripada pengalaman lalu, dan dijelmakan kembali dalam bentuk baru. Elemen-elemen sastera Melayu yang disuntik dalam teks mata pelajaran Sejarah adalah seperti prosa moden (cerpen, drama, dialog), prosa klasik (karya klasik, hikayat), puisi moden (sajak) dan puisi tradisional (pantun, syair, gurindam dan seloka). Elemen kesusasteraan Melayu yang dibawa masuk ke dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dilihat mampu membawa murid berkomunikasi secara gerak balas intelektual dan berimaginasi tinggi. Ini kerana elemen kesusasteraan Melayu yang diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran membawa pembaca khususnya murid mengamati dalam bentuk atau cara yang belum pernah dialami mereka. Murid-murid misalnya diheret merasai konflik-konflik, watak- watak, elemen-elemen tentang latar keadaan dan masalah manusia universal (Salmah Ayob, 1981). Sememangnya, peribahasa, syair, cerita teladan, seloka, pantun, gurindam dan pepatah misalnya telah didedahkan dalam kalangan masyarakat Melayu tentang erti kehidupan sedari dulu lagi. Ini merupakan satu pengetahuan sedia ada atau kearifan tempatan yang dimiliki oleh murid-murid secara tidak formal dari masyarakatnya. Ciri-ciri sastera yang unik ini membolehkan murid menghayati dan seronok menikmati sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berdasarkan fakta benar. Bahan-bahan dan fakta sejarah yang hendak dikemukakan oleh guru kepada murid menjadi menarik lagi apabila disertakan dengan lukisan grafik visual. Ini memberi peluang kepada murid-murid menemui potensi diri mereka melalui perkataan, warna dan lukisan. Dengan menggunakan gambar, membantu murid membuat keputusan berdasarkan kefahaman dan pengetahuan masing-masing dalam memproses maklumat. Demikianlah halnya, dengan gambar membolehkan murid meneroka kembali ke zaman silam untuk menghayati cerita tersebut. Umpamanya, melalui gambar ilustrasi grafik

(4)

tentang pembukaan Melaka dalam Sejarah Melayu dilukis kembali di dalam buku teks Sejarah Tahun 4, jelas tujuan pengarang selari dengan keperluan Kemahiran Bernilai Tambah, iaitu Berfikir Aras Tinggi yang mengkehendaki murid-murid berfikir dengan kreatif dan kritis, dengan memasuki zaman silam dan mengingat kembali tokoh terbilang tempatan yang tercatat dalam lipatan sejarah. Hal ini kerana, setiap pengalaman itu tidak semestinya baru tetapi baru dari segi konsepsi dan gaya persembahannya (Ani Hj Omar, 2012). Dan pada masa yang sama, melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketaqwaan, kebijaksanaan, dan tazkirah yang disampaikan secara sederhana tetapi amat berkesan di jiwa (A. Samad Said, 1996). Hal ini menggalakkan murid untuk berimaginasi secara kreatif dan kritis. Apatah lagi dengan unsur warna dan ruang digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang realistik. Menaakul dengan menggunakan gambar visual secara tepat dinamakan kecerdasan ruang. Ini akan mendorong berlakunya proses kolaboratif antara guru dengan murid, berfantasi dan berimaginasi lalu menceritakan kembali peristiwa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah walaupun di anggap mitos dan tidak masuk akal. Pengungkapan kembali cerita yang berlaku dalam lipatan sejarah dalam konteks kini melalui penerokaan ruang sebenarnya telah meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Hal demikian kerana, kecerdasan ruang melibatkan penaakulan menggunakan gambar dan mempercepatkan dunia visual secara tepat, berkebolehan berfikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek pengalaman visual melalui imaginasi. Dapatlah dikatakan bahawa, penggunaan bahan sastera dalam teks Sejarah bukan kebetulan tetapi merupakan sesuatu yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti yang dirancang oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam usaha melahirkan murid yang cinta akan negara serta mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Sejarah.

Penyusunan bahan sastera dengan fakta sejarah ini juga membantu guru merancang maklumat awal dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan sesuai dengan aktiviti. Hal ini memenuhi matlamat KSSR Sejarah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah serta meningkatkan semangat cinta akan negara (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019).

Permasalahan Kajian

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah adalah unik. Apatah lagi, mata pelajaran kesusasteraan Melayu hanya wujud pada peringkat sekolah menengah atas sahaja. Dalam konteks tuntutan inilah, kajian ini difikirkan relevan serta perlu untuk diusahakan bagi mengukuhkan bahawa keunikan mata pelajaran Sejarah diajar dengan pendekatan sastera Melayu. Kajian ini releven, apatah lagi sehingga kini belum ada satu kajian ilmiah secara komprehensif membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu telah diberi pendedahan pada peringkat sekolah rendah sebagai satu elemen sisipan dalam sukatan mata pelajaran Sejarah KSSR tanpa disedari. Menarik lagi apabila teks Sejarah disampaikan dengan bahan sastera. Persoalannya, apakah tujuan dan perhubungan antara Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Komunikatif dan DSKP Sejarah itu sendiri. Justeru, pengumpulan maklumat awal adalah sangat penting bagi membolehkan guru mencari bahan untuk bahan bantu mengajar.

Kerangka Teori

Taksonomi merupakan cara pengkategorian atau mengklasifikasikan daripada keseluruhan bahagian. Guru mengharapkan anak didik berhasil mempelajari sesuatu. Justeru keberhasilan itu perlu diukur bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Pendekatan

(5)

Taksonomi Bloom merupakan pendekatan yang dapat mempermudahkan guru membuat klasifikasi dalam apa sahaja yang harus dipelajari oleh anak didiknya dalam waktu tertentu.

Taksonomi dalam pendidikan digunakan untuk mengklasifikasikan tujuan instruksional, yakni sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan murid-murid menguasai objektif yang dikehendaki (Molenda, Reigeluth, &

Nelson, 2003; Yusup Hashim; 2006). Ada juga yang menamakannya sebagai tujuan pembelajaran, tujuan penampilan atau sasaran belajar. Tujuan instruksional ini dibahagikan kepada tiga domain iaitu, (1) domain kognitif; domain berkaitan dengan tujuan belajar yang berorientasi pada kemampuan berfikir, (2), domain afektif; domain berkaitan dengan perasaan, emosi, sistem nilai, dan sikap hati, dan yang terakhir (3) domain psikomotor; yakni domain yang bereorientasi pada ketrampilan moto dan penggunaan otot.

Benjamin S. Bloom, pada tahun 1949 telah memperkenalkan idea mengenai pembahagian atau Taksonomi Kognitif untuk mempermudahkan proses penyusunan bank soalan sehingga memiliki tujuan pembelajaran yang sama (Krathwohl, 2002). Taksonomi Kognitif ini mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada tahun 1956 di dalam buku berjudul Taxonomy of Educational Objectices: The Classification of Educational Goals. Handbook I: Cognitive Domain. Buku yang menjelaskan tentang sistem klasifikasi pendidikan tersbut disebut sebagai Handbook (Putu Ayub et al.; 2013). David R. Krathwohl, seorang daripada ahli kumpulan Bloom telah memperkenalkan Revisi Taksonomi setelah empat puluh lima tahun kemudiannya. Taksonomi Revisi telah dibicarakan di dalam buku berjudul Theory Into Practice (Anderson, et al.; 2001). Makalah ini akan membincangkan tentang bagaiman Taksonomi Revisi Anderson & Krathwohl 2001 dapat melahirkan pemikiran kritis dalam pelajaran Sejarah di bilik darjah. Dengan demikian diharapkan penulisan makalah ini dapat memberi gambaran kepada para guru untuk memahami dan Taksonomi Revisi Anderson &

Krathwohl. Hal ini dapat membantu para guru manfaat dan menerapkan taksonomi tujuan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) di bilik darjah secara berkesan berdasrkan Rajah 1 domain kognitif di bawah;

Rajah 1: Taksonomi Revisi Anderson & Krathwohl, 2001)

Berdasarkan gambar Rajah 1 di atas, kelihatan perubahan berlaku pada istilah daripada kata nama (dalam taksonomi Bloom) menjadi kata kerja (dalam taksonomi revisi). Perubahan istilah ini dibuat agar sesuai dengan tujuan pendidikan kini yang bersifat holistik dan boleh digunakan pada semua peringkat pendidikan bagi tujuan pengukuran dan penilaian. Sehubungan dengan gambar rajah di atas, kata pengetahuan dalam taksonomi Bloom berubah menjadi mengingat.

Kata kerja mengingat mendeskripsikan tindakan pertama yang dilakukan oleh murid dalam

Mengingat

Memahami

Mengaplikasikan

Menganalisis

Mengevaluasi

Mencipta

Dimensi Proses Kognitif

(6)

belajar pada tahap pengetahuan adalah mengingatnya. Manakala kata pemahaman pula menjadi memahami. Pemahaman merupakan tingkat memahami yang paling rendah.

Pemahaman terbatas pada hanya memahami tentang apa yang sedang dikomunikasikan tanpa menghubungkannya dengan hal lain. Kemudiannya, istilah aplikasi pula menjadi mengaplikasikan. Dalam istilah ini hanya terjadi perubahan dari kata nama menjadi kata kerja.

Istilah analisis menjadi menganalisis. Dalam istilah ini hanya terjadi perubahan dari istilah kata nama menjadi kata kerja. Istilah sintesis pula telah menjadi mencipta. Mencipta melibatkan proses menyusun unsur-unsur menjadi sebuah kesatuan yang koheren dan berfungsi baru. Istilah akhir evaluasi menjadi menilai. Adapun, pengetahuan dalam taksonomi Bloom berdiri sendiri manakala dalam taksonomi revisi ianya menjadi dua dimensi iaitu dimensi pengetahuan dan dimensi proses kognitif.

Metodologi

Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan melihat bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan pemakaian puisi kanak-kanak dalam silibus pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah rendah. Kaedah kepustakaan juga dapat digolongkan dalam kelompok penyelidikan kualitatif, kerana data yang dianalisis memerlukan deskripsi yang terperinci dan menyeluruh (A. Halim Ali, 2019). Analisis dibuat ke atas beberapa bentuk puisi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Sumber utama dalam kajian ini ialah buku Teks Sejarah Tahun 4, 5 dan 6, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Dalam kajian elemen-elemen sastera yang terdapat dalam buku teks Sejarah Tahap 2 sekolah rendah, iaitu Tahun 4, 5 dan 6 dirujuk. Metode kepustakaan ini merupakan metode yang dilaksanakan melalui kajian pustaka, iaitu menjaring data tertulis melalui buku teks sejarah tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan penulis juga memperoleh data-data dan maklumat tentang objek telitian melalui buku-buku ilmu lain yang mendukung masalah penelitian seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah KSSR dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sekolah Menengah cetakan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Analisis Dan Perbincangan

Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam KSSR yang wajib dipelajari oleh semua murid tahap dua dari Tahun 4 sehingga Tahun 6. Kurikulum ini merupakan usaha untuk mendedahkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019). Bagi mencapai hasrat tersebut, maka kolaborasi mata pelajaran dilaksanakan antara Kesusasteraan Melayu dengan Sejarah. Dalam konteks ini, elemen sastera diguna secara meluas dalam buku teks Sejarah KSSR bagi mendukung fakta asas sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian mendapati, elemen sastera dapat berfungsi sebagai alat dan bahan perancangan awal dalam pengajaran yang paling berkesan.

Hal demikian kerana pemaparan dan kupasan isi atau temanya yang lebih realistik. Ianya mencerminkan kehidupan dan keinginan masyarakat serta kemampuannya mengisi naluri dan citarasa semulajadi manusia yang inginkan sesuatu yang penuh imaginasi dan keindahan bahasa serta teknik penyampaiannya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional cerita-cerita rakyat bercorak teladan, cerita jenaka, dan cerita lipur lara cukup popular dan juga bentuk puisi seperti pantun, peribahasa, pepatah, gurindam, seloka dan syair telah tersebar luas di kalangan masyarakat dan telah mempengaruhi penilaian masyarakat Melayu terhadap kehidupan.

Elemen-elemen sastera ini berupaya membawa peristiwa masa silam untuk paparan generasi

(7)

masa kini. Dengan elemen sastera, pembaca dapat mengetahui kejadian-kejadian masa lalu, masa kini, dan masa akan datang kerana melalui imaginasi, sastera dapat menjadikan peristiwa silam sebagai realiti (Ann Hasanah dan Dadan Wahyudin, 2014). Penyerapan elemen sastera yang unik ini membolehkan murid-murid pada peringkat sekolah rendah yang masih mentah dan dianggap “gold age” mudah menghayati dan berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berasaskan fakta semata-mata. Bahan atau karya sastera, sama ada karya klasik atau moden, boleh menjadi daya penarik semulajadi kepada pendengar atau pembacanya kerana ciri-ciri kesusasteraannya. Tambahan pula, bahan sastera dalam bentuk cerita lisan atau sastera rakyat, adalah bentuk atau saluran pengajaran moral yang tertua dan telah teruji keberkesanannya sejak berzaman lagi (Hadijah Rahmat, 1998). Melalui cerita dongeng rakyat, mitos dan lagenda, unsur-unsur nasihat dan pendidikan moral telah disalurkan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan ini telah membentuk sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang melahirkannya. Penulis mendapati, antara elemen-elemen sastera yang diterapkan dalam buku teks Sejarah KSSR adalah seperti pantun, lagu, drama, mitos visual, gurindam, syair dan cerita rakyat. Ini amatlah baik untuk dimanfaatkan kerana ianya terangkum di bawah Falsafah Pendididikan Kebangsaan dan objektif Sejarah KSSR iaitu, bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah perkembangan bangsa, budaya dan agama serta menghormati kepelbagaian kaum dan kepelbagaian agama yang wujud di Malaysia (Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019).

Pada masa yang sama, dalam bidang kesusasteraan, tidak dinafikan bahawa aspek sejarah turut menjadi satu sumber pengakaryaan, kritikan dan rujukan. Peristiwa sejarah seringkali diangkat sebagai acuan yang membentuk dan mendasari penulisan karya sastera (A. Halim Ali, 2012).

Oleh itu, elemen sastera dalam teks mata pelajaran Sejarah diharapkan dapat meningkatkan nilai dalam membentuk keperibadian murid pada peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana, menggunakan bahan sastera dalam pengajaran ialah proses memandu murid untuk berhibur, mentafsir dan menilai kehidupan dan fenomenanya (N.S Rajendran, 2000). Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah, kajian mendapati elemen sastera seperti dalam jadual di atas kerap digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses penyediaan maklumat awal guru sebelum memulakan pengajaran di bilik darjah. Kajian mendapati, guru menyediakan bahan sastera seperti syair tentang tokoh pemberontakan tempatan dalam buku Teks Sejarah Tahun 5 seperti di bawah;

Bersama Seputum rakan seperjuangan Pasir Salak dapat dipertahankan Kerana muafakat membuat keputusan Terbukti pemimpin mendapat sokongan

Pemimpin ini bersemangat waja Berkubu di Kampung Saring bersama pengikutnya Berani berjuang demi pusaka Hingga sanggup berkorban nyawa

Pahlawan Iban gagah berani Bijak dan pandai mengatur strategi Menentang James Brooke perjuangan suci Pahlawan sejati ibu pertiwi

(Shakila Parween Yacob,et.al., 2014 :70)

(8)

Syair di atas merupakan fakta Sejarah yang disesuaikan dengan buku teks secara kolaborasi yang dirancang bagi mewujudkan keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang berasaskan fakta semata-mata. Elemen sastera iaitu, genre puisi tradisional syair digunakan dalam proses penyampaian fakta tersebut kepada murid sebagai maklumat awal dalam membina item soalan. Genre puisi tradisional seperti syair, pantun, dan peribahasa misalnya merupakan elemen sastera tradisional yang mudah dan bersifat ringan dijadikan medium dalam proses. Sifat genre sastera tradisional yang mudah dan ringan ini dilihat bersesuaian dengan domain kognitif Anderson & Krathwohl yang memberi penekanan kepada aspek permulaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan keperluan penerangan perhubungan antara konsep-konsep penting dan asas dalam pendahuluan atau permulaan yang akan mencakupi keseluruhan pelajaran pada hari tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004).

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid tentang syair bagi menjamin kesesuaian bahan pelajaran dan aktiviti yang disediakan. Elemen sastera sesuai digunakan untuk mengangkat fakta sejarah menjadi realistik untuk paparan generasi kini apabila dikolaborasikan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang mampu mewujudkan keseronokan dan kemudahfahaman murid-murid.

Ausubel menegaskan bahawa pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik dan daripada pemerolehan prinsip kepada contoh yang berkaitan dengan prinsip (Hussein, 1994; Siew, 2015). Jadi syair yang dipaparkan di atas merupakan bahan utama dalam penyusunan awal pengajaran guru untuk memberikan gambaran kepada jawapan yang dikehendaki daripada murid dalam proses pengayaan. Seterusnya, proses gambaran awal ini membantu kognitif murid untuk menghubungkan kembali kognitif murid dengan konsep yang telah dipelajari atau pengetahuan sedia ada murid itu sendiri yang disampaikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran sebelumnya. Perhubungan ini yang dinamakan proses comparative. Dalam perhubungan ini, Taksonomi Bloom semakan akan menjadikan proses belajar lebih bermakna. Taksonomi Bloom semakan menjadikan pembelajaran tidak hanya kepada penerimaaan fakta daripada guru kepada murid dalam bilik darjah sahaja tetapi menggalakkan murid-murid mengingat kembali pengetahuan sedia ada berdasarkan persoalan-persoalan yang diajukan oleh guru menyangkut dengan pengalaman lepas (Ros Anita Kartini & AH Halim, 2021) pada peringkat memahami dan mengaplikasi.

Pendekatan ini juga turut digunakan oleh pengarang buku teks Sejarah Tahun 4 sebagai aktiviti pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah untuk memberi gambaran awal kepada murid tentang ketokohan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Peristiwa ini tidak diketahui oleh murid-murid kini. Justeru syair digunakan bagi menyampaikan peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah tersebut secara kreatif dan didik hibur. Ketokohan Tun Perak sebagai Bendahara terulung dipaparkan secara comparative dalam pengajaran menggunakan prosa klasik melalui teknik penceritaan semula catatan peristiwa di dalam Sejarah Melayu. Proses penceritaan semula ini digabungkan dengan gambar-gambar ilustrasi berwarna tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang negara untuk membangkitkan keseronokan belajar dan mengajar di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, cerita- cerita bergambar yang baik mutunya juga dapat membantu murid-murid mengikuti cerita-cerita melalui gambarnya dengan penuh minat (Salmah Ayob, 1981). Oleh sebab itu, elemen sastera yang ditampilkan sebagai medium penyampaian fakta sejarah berbeza bentuk kerana ianya cuba disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid itu sendiri dalam menerima pengetahuan. Impak perkembangan korpus Teknologi Maklumat (IT), banyak elemen kesusasteraan mengalami perkembangan dan diperturunkan dalam bentuk tulisan. Contohnya mitos, penglipurlara, lagenda, cerita rakyat, hikayat dan puisi kini telah diperturunkan dalam

(9)

bentuk tulisan dan bahan bercetak daripada lisan. Jadi perlukisan cerita-cerita prosa klasik bergambar banyak dipaparkan di dalam buku teks Sejarah di sekolah rendah adalah satu perancangan Bahagian Perkembangan Kurikulum dalam usaha meningkatkan pemahaman guru serta murid tentang pendidikan sejarah untuk mendidik generasi masa kini dan akan datang (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, 2019). Hal ini dapat dilihat daripada petikan waadat yang terkandung di dalam teks Sejarah Melayu menerusi buku teks Sejarah Tahun 5 seperti di bawah;

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak

cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’.

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu’.

(dalam Shakila Parween Yacob,et.al., 2014 :5)

Berdasarkan rajah di atas, pada peringkat pengetahuan, kajian mendapati guru memaparkan elemen prosa klasik iaitu, waadat Demang Lebar Daun. Kemudian, guru akan menerangkan isi kandungan pelajaran melalui perbandingan antara fakta-fakta penting dengan menggunakan contoh-contoh khusus untuk proses mengingati dalam pelajaran seterusnya. Dalam hubungan ini, guru akan meminta murid menceritakan (memahami) cara mentaati keluarga dan guru sebagai contoh. Hal ini adalah percubaan guru mengembalikan kognitif mengaplikasi murid dengan pengetahuan sedia ada yang telah diketahui sebelum ini, iaitu cara menghormati ibu bapa dan guru yang telah menjadi amalan. Pada masa yang sama, guru juga merungkaikan tentang konsep daulat. Kaedah ini akan mendekatkan lagi proses ingatan murid (gambaran mental) dengan objektif pengajaran semasa guru. Proses ini melibatkan domain mengevaluasi (menilai). Murid diminta untuk menilai kembali kesan dan akibat daripada waadat yang dimeterai. Domain akhir iaitu mencipta dalam pengajaran ini guru akan menghubungkan semula isi kandungan kepada penyusunan sedia ada. Dalam proses akhir ini, guru akan membawa semula perbincangan kepada domain mengingati dan memahami seterusnya mengembangkan topik pengajaran apabila murid diminta menyediakan satu tugasan penciptaan waadat sendiri.

Dapatan Kajian

Berdasarkan pemerhatian, kajian mendapati elemen sastera diwujudkan dalam Sejarah KSSR sememangnya sebagai satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran. Keperluan elemen sastera ini kerana ianya bersifat analitis yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam bilik darjah. Penggunaan elemen sastera ini juga tidak lari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah KSSR, yang antaranya keperluan mengaplikasikan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk bersaing pada peringkat global. Justeru itu, dalam menyusun maklumat awal semasa pengajaran dan pembelajaran, bahan yang dirancang oleh guru seharusnya sesuai untuk membawa wacana yang tinggi dalam bilik darjah. Penggunaan bahan ilustrasi grafik bergambar untuk memaparkan pengkisahan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah, misalnya membantu

(10)

menyusun proses kognitif murid untuk memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi-isi pelajaran, serta pertalian antara pengalaman antara pengalaman baru dan pengalaman lama.

Dalam penggunaan domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001, penggunaan gambar ilustrasi grafik dalam menyampaikan fakta sejarah secara induktif merupakan satu keperluan yang jelas untuk mengetahui kandungan mata pelajaran dan mengaitkan peristiwa dahulu dengan objektif pengajaran sekarang. Kecenderungan ini membuktikan bahawa matlamat pengajaran melalui nyanyian, berpantun, lakonan dan sebagainya melahirkan murid yang dapat melafaz dan memahami fakta sejarah yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan dan mampu mengingatinya untuk jangka masa yang panjang. Sayugia, elemen kesusasteraan Melayu perlu dihadirkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah supaya menjadi tunjang secara santai dalam membentuk modal insan generasi muda yang tahu tentang budaya lokal. Hal ini kerana dalam kesusasteraaan Melayu terdapat teks-teks yang menjadi bukti sejarah bangsa yang sentiasa menjadi “evergreen” seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai, dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, penggunaan elemen sastera tidak lari daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah KSSR yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apabila elemen sastera Melayu itu dapat menjadi alat yang dapat memahami akan kewujudan kepelbagaian ini, maka kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Kebangsaan adalah unsur penting yang dapat dirancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan pembelajarannya (Shamsudin Othman, 2018). Keberkesanan penggunaan elemen sastera di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bergantung kepada tiga faktor utama; guru, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran; dan elemen sastera yang dipilih. Guru harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar elemen sastera berdasarkan kognitif Ausubel yang meletakkan guru sebagai penyedia maklumat manakala murid adalah penerima maklumat yang pasif. Selain itu, elemen sastera yang digunakan oleh guru harus mencabar pemikiran murid peringkat awal untuk berfikir secara kristis dan analitis. Hal ini kerana sastera itu sendiri menawarkan wacana yang kaya dengan pelbagai isu dan persoalan yang boleh dieksploitasi oleh guru untuk mengajara murid ke arah lebih kritis beradasarkan aras pemikiran murid- murid.

Rumusan

Elemen sastera penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah. Berdasarkan perbincangan yang dilakukan dalam makalah ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberi kesan dalam melahirkan murid yang berfikir kritis mengikut tahap kemampuan murid-murid tersebut terutama pada peringkat sekolah rendah dan seterusnya akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana untuk melahirkan murid yang berfikiran kristis dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan seperti yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom Anderson & Krathwohl 2001, pembelajaran berlandaskan isi kandungan mata pelajaran yang diajar perlu sistematik supaya maklumat baru yang diajar dapat dikaitkan dengan maklumat lama yang diajar dalam proses “mengingat”. Ini dapat membantu murid-murid memahami mata pelajaran yang diajar agar mudah difahami dan diingati daripada tahap paling rendah (1) “mengingat” (remember); (2) “memahami”

(understand); (3) “mengaplikasikan” (apply); (4) “menganalisis” (analysze); (5)

“mengevaluasi” (evaluate); dan tahap paling tinggi yakni keupayaan murid (6) “mencipta”

(create).

(11)

Rujukan

Anderson, L.W & Krathwohl, D.R,. (2001). A Taxonomy For Learning, Teaching, And Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Allyn &

Bacon. Boston, MA (Pearson Education Group)

Ani Omar. (2012). Pendidikan Ssatera Remaja di Malaysia dalam membina generasi unggul berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, Pendeta: Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, Vol 5(1), 1-22.

Ann Hasanah & Dadan Wahyuddin. (2014). Menumbuhkan Nilai Sastera bagi Pendidikan Anak, Jurnal Kajian Pendidikan. Vol.4(1).13-24

A. Halim Ali. (2012) Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pendeta:

Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 2, 99-117.

A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu.

Selangor: MZ Edu Publication.

A. Samad Said. (1996). Pengantar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2019)

Hadijah Rahmat. (1998). Mutiara pada telingan budi, permata pada cincin hati: Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Sivik, Moral dan Pendidikan Kebangsaan, SEKATA.

Vol.11(1). 41-60.

Hussein mahmood. (1994). Teori-teori Pengajaran dan Implikasi. Petaling Jaya: Prints Press.

Krathwohl, David R.,. (2002). “A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview”, Theory Into Practice, Volume 41, Number 4, Autum 2002, Ohio: College of Education, The Ohio State University.

Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional design. [Diakses pada 4 Januari 2011], sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf

N.S Rajendran. (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pedagogi, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Oktober

Putu Ayub Darmawan. (2016). “Revisi Taksonomi Pembelajaran Benyamin S. Bloom”, dalam Jurnal Satya Widya, Januari.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kotemporari Edisi Revisi. Tanjong Malim: Mc Graw Hill Education.

Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Jurnal Dunia Pendidikan. e-ISSN:

2682- 826X | Vol. 3, No. 540-550,

Salmah Hj Ayob. (1981). Sastera Untuk Kanak-kanak: Fungsi dan Implikasinya, Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 3. Bil.1., 74-77

Shakila Parween Yacob,et.al. (2014). Sejarah Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsuddin Othman. (2018). Masa Depan Pendidikan Kesusasteraan Kebangsaan Dalam Hala Tuju Malaysia Baharu. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Sehari Isu-isu Mutakhir Kesusasteraan Melayu Moden Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. September.

Siew Pei Hwa. (2005). Pembangunan dan Keberkesanan Pakej Multimedia Interaktif (Citra) dalam Pendidikan Moral untuk Murid Sekolah Rendah. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sains Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan serta kekangan yang dihadapi oleh semasa pengajaran dan pembelajaran

Set induksi bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah elemen yang penting bagi menarik minat murid terhadap tajuk kemahiran dalam komponen

“guiding by scaffholding” (Valk & Jong, 2009) dengan menjadikan tajuk eksperimen, alat radas yang digunakan dan teknik penyoalan yang berkesan sebagai rangsangan untuk

Tujuan kajian ialah untuk mengukur tahap kewujudan masalah disleksia yang mempengaruhi pencapaian dalam pelajaran serta tingkah laku murid pemulihan di sekolah-sekolah

Dalam bidang akademik, antara perkara yang diperkenalkan ialah menghubungjalinkan elemen keusahawanan dengan topik-topik yang terdapat dalam silibus pengajaran melalui

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses yang baharu dalam kalangan guru, murid

Dalam proses “memahami”, kognitif murid akan menghubungkan kembali kognitif murid dengan konsep yang telah dipelajari atau pengetahuan sedia ada murid itu sendiri

4.4 Mengenal Pasti Perbezaan Persepsi Murid Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Berkaitan Rukun Solat Menerusi KBS Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar