• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik

Darjah

(Stress Level Of Malay Languange Teacher In National Type Chinese School On The Implementation Of Classroom Assessment)

Lionad Lius1*, Zamri Mahamod2

1 SJKC Kuo Kuang 2, Jalan Persisiran Sutera Utama, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai Johor.

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: lionadlius@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tekanan kerja dialami di dalam pelbagai bidang pekerjaan pada hari ini dan ia bukan lagi perkara yang baru bagi pekerjaan guru. Pada tahun 2018, data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa 4.4% bersamaan 2,123 daripada seramai 48,258 guru dikenal pasti mengalami tekanan tahap sederhana tinggi. Mengajar bahasa Melayu adalah sesuatu yang sangat mencabar terutama sekali untuk guru yang mendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pengajaran Bahasa Melayu di SJKC mempunyai kekangan yang agak ketara. Kefasihan berbahasa Melayu murid di sekolah jenis kebangsaan dalam berbahasa Melayu tidak sehebat murid-murid di sekolah kebangsaan yang kebanyakan muridnya adalah daripada kaum Melayu. Oleh itu, guru bahasa Melayu di sekolah cina menghadapi masalah untuk menjadikan murid mahir dan menguasai kemahiran berbahasa. Kajian ini bertujuan untuk memberi fokus khusus kepada guru bahasa Melayu.

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengukur tahap tekanan 128 orang guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di beberapa buah SJKC. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap tekanan guru-guru bahasa Melayu di SJKC daerah Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan data guru bahasa Melayu sebenarnya berada pada tahap tekanan sederhana. Empat faktor iaitu bebanan kerja, hubungan interpersonal, pengajaran Bahasa Melayu dan disiplin murid, menunjukkan tahap tekanan sederhana dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan satu faktor berada di tahap tinggi iaitu faktor pengiktirafan profesional. Dicadangkan agar kajian yang lebih mendalam untuk melihat di mana punca masalah tekanan dalam kalangan guru bahasa Melayu dapat dibuat oleh penyelidik lain pada masa hadapan.

Kata kunci: tahap tekanan, guru, Bahasa Melayu, pentaksiran, bilik darjah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Abstract: Job stress is experienced in various fields of employment and it is not a new thing for teacher jobs. In 2018, 4.4% or 2,123 out of 48,258 teachers were identified as experiencing moderately high levels of stress. Teaching Malay language is a very challenging job, especially for teachers who teach in national type Chinese schools (SJKC). Teaching Malay language in Chinese schools have a fairly significant constraints. Malay language proficiency of students in national-type Chinese schools is not as pupils in national schools that most of his students were Malays. Thus, the Malay language teachers in Chinese schools are having trouble making students proficient and master Malay language skills. This study aims to focus specifically on

(2)

the Malay language teachers. This survey was conducted to measure the stress level of 128 teachers Malay Classroom Assessment of the implementation of several national-type Chinese schools. The quantitative method using questionnaire was used to determine the stress level of the Malay language teachers in schools vernacular Chinese in Johor Bahru. The results showed that most of the language of the Malay language teachers who studied at the level of moderate level of stress. Four factors indicate the level of stress among teachers of English are right in the Fair and one factor in the high level. It is recommended that further research to see where the root cause of stress among teachers of the Malay language can be generated by other researchers in the future..

Keywords: stress level, teacher, Malay Language, classroom assessment

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Menjadikan murid lengkap dengan pelbagai kemahiran sebagai satu persediaan membolehkan mereka untuk hadapi dan sahut cabaran di masa akan datang dan meningkatkan nilai-nilai murni yang diingini untuk membentuk murid menjadi insan yang secara keseluruhannya bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang merupakan dua daripada objektif-objektif sistem pendidikan negara, Mariam (2010). Kenyataan ini sesuai dengan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu mahu mewujudkan bangsa negara Malaysia yang akan sentiasa taat setia dan mahu bersatu padu, melahirkan insan yang mempunyai ilmu, melahirkan masyarakat beriman mengikut ajaran agama yang dianuti, mempunyai akhlak mulia, berketerampilan baik dan juga sejahtera, dapat menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk kebaikan, keperluan dan kemajuan negara dan memberi peluang menimba ilmu dan kemahiran kepada setiap insan yang bergelar warganegara Malaysia.

Perkembangan dalam aspek teknologi, membawa perubahan semasa kepada arus modenisasi dan globalisasi yang mana secara langsung menjadikan bidang pendidikan perlu dipertingkatkan. Para pendidik pada masa kini perlu berusaha lebih mantap demi merealisasikan hasrat negara kita untuk melahirkan ramai guru yang kompeten dan bertaraf dunia.

Azrul Hisham (2009) ada menyatakan bahawa bebanan tugas, etika kepimpinan dan disiplin murid adalah antara punca tekanan kepada guru. Umi Kalsom (2014) juga menyatakan dalam kajian beliau bahawa faktor pengurusan masa di dalam melaksanakan tugasan, pengurusan masa peribadi, tekanan dalam kerja, kesukaran atau halangan dalam perkembangan kerjaya, motivasi dan disiplin serta autoriti dalam profesion memberikan kesan terhadap tekanan mental dan emosi guru. Selain itu, kesan ketidakselesaan di tempat kerja pula dipengaruhi oleh faktor pengurusan masa dalam tugasan, kesukaran dalam kerjaya serta motivasi dan disiplin murid.

Ini bermaksud, dari masa ke semasa, guru sentiasa mempunyai cabarannya yang tersendiri yang mana tidak akan pernah berhenti. University of Missouri menyatakan bahawa 93% guru berada dalam keadaan tekanan melalui sumber laman web Futurity.org pada tahun 2018.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman independent.co.uk, juga pada tahun 2019 pula mengeluarkan kenyataan ‘Teachers suffer more tekanan than other workers, study finds’, yang menunjukkan bahawa guru di luar negara dari negara berstatus negara maju juga berada pada keadaan tekanan kebanyakannya.

Di Malaysia pula, KPM telah mengeluarkan panduan-panduan untuk mengurangkan tekanan kepada guru-guru, dan menunjukkan usaha-usaha mengurangkan bebanan guru seperti memperkenalkan sistem e-RPH kepada guru yang mana dilihat boleh mengurangkan bebanan

(3)

kerja guru. Usaha-usaha ini dibuat sudah pasti kerana adanya data yang menunjukkan bahawa guru di negara ini tekanan walaupun tidak lah semua. Dalam kajian ini, tahap tekanan dalam kalangan guru Bahasa Melayu akan dikaji untuk melihat adakah guru-guru Bahasa Melayu khususnya, dapat menerima dan beradaptasi dengan perubahan ataupun tidak. Banyak perubahan telah berlaku dalam arena pendidikan Malaysia pada hari ini. Penggunaan teknologi seperti, Google Classroom, Frog VLE, Google Meet, Smart Bees dan sebagainya lagi, telah diaplikasikan di sekolah-sekolah dan mulai dapat dilihat kesannya kepada guru. Pengajaran guru tidak lagi hanya berfokus pada pengajaran di dalam kelas tetapi juga secara maya yang mana mungkin menambahkan jumlah kerja yang perlu dibuat oleh guru kerana pendidikan secara maya boleh dilakukan di luar waktu kerja di sekolah walaupun mempunyai keterbatasan nya yang tersendiri. Walaupun fokus utama kajian adalah pada tahap tekanan guru, kajian akan dibuat menggunakan beberapa pemboleh ubah kajian lain seperti penggunaan faktor pengalaman mengajar guru dan juga penggunaan pemboleh ubah seperti jantina untuk melihat dengan lebih luas keberadaan tahap tekanan di kalangan guru-guru Bahasa Melayu di era pendidikan yang semakin mencabar ini.

2. Pernyataan Masalah

Pada era globalisasi yang semakin mencabar kini, guru perlu memenuhi bermacam-macam tuntutan dari pelbagai pihak. Tuntutan terbesar sudah pastilah daripada KPM yang memberikan banyak panduan pelaksanaan kepada seluruh anggota pendidik di Malaysia untuk mencapai objektif pendidikan utama negara. Selain itu, pelbagai permintaan serta tuntutan juga boleh datang daripada pihak pengurusan sekolah, ibu bapa murid dan juga masyarakat. Atas sebab itu, guru haruslah mempertingkatkan kemahiran diri dengan cara memperbaiki diri dengan menjadi lebih kreatif dan berinovasi serta menguasai kemudahan-kemudahan atau teknologi- teknologi terkini yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kritikan terhadap guru juga tidak pernah habis dan tidak berpenghujung. Jika guru gagal ataupun kurang produktif dalam memberikan pengetahuan dan perkhidmatan, banyak pihak yang boleh mengkritik guru. Disiplin murid juga menjadi salah satu aspek yang memberikan tekanan kepada guru. Isu gengsterisme, buli, vandalisme, budaya samseng, dan gangguan dalam kelas dalam kalangan murid atau murid menjadi penambah tekanan dan mengganggu guru dalam melaksanakan tugas yang pelbagai, khususnya pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Terdapat ramai penyelidik yang telah membuat kajian dan penulisan mengenai tekanan dalam kalangan guru di Malaysia. Antaranya oleh Russel (2000), dengan tajuk penulisannya ‘Tekanan free teaching. London: Kogan Page Limited’, Jaafar (2003) dengan penulisannya yang bertajuk

‘kelakuan Organisasi’, Raja Maria (2010) dengan kajiannya yang bertajuk ‘Faktor-faktor yang menjadi pendorong tekanan kerja (tekanan) di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh’, dan juga Amalina dan Azita (2015) dengan kajian yang bertajuk ‘Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Tekanan Guru Pendidikan Khas’. Kajian-kajian yang berfokus terhadap tahap tekanan dalam kalangan guru ini walau bagaimanapun tidak memberikan hasil kajian yang sama, malah menunjukkan perbezaan yang agak ketara. Salah satu faktornya adalah kerana kajian yang telah pun dijalankan adalah menggunakan pemboleh ubah yang berlainan, serta mempunyai persekitaran atau keadaan sekolah yang mempunyai demografi yang berbeza di negeri-negeri yang tidak sama selain kumpulan sasaran yang dikaji adalah berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang diinginkan oleh penyelidik.

Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan kajian yang dijalankan berkenaan dengan tahap tekanan guru adalah bersifat umum dari segi mata pelajaran yang diajar di mana tahap tekanan dibuat ke atas guru tanpa melihat mata pelajaran yang diajar. Seiring dengan

(4)

status penyelidik yang merupakan guru Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bahasa (SJKC), ingin mengkaji sama ada guru Bahasa Melayu khasnya di SJKC menghadapi tekanan ataupun tidak. Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah cina mempunyai kekangan yang agak ketara. Murid-murid di sekolah jenis kebangsaan majoritinya adalah daripada kaum bukan Melayu seperti Cina dan India. Kefasihan murid di sekolah jenis kebangsaan dalam berbahasa Melayu sudah pasti tidak sehebat murid-murid di sekolah kebangsaan yang kebanyakan muridnya adalah daripada kaum Melayu.

Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa penyelidikan terhadap tahap tekanan dalam kalangan guru Bahasa Melayu khususnya haruslah dilihat dengan lebih teliti. Untuk memartabatkan bahasa Melayu ke tahap yang maksimum pengajaran bahasa Melayu terutamanya di sekolah yang kebanyakan muridnya adalah daripada kaum bukan Melayu perlulah diperhebat supaya semua kaum di Malaysia dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik sesuai dengan keberadaan dan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Sekiranya guru bahasa Melayu tekanan mengajar di sekolah cina, kualiti pengajaran pasti akan berkurang dan murid yang kurang fasih berbahasa Melayu akibat faktor bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu tidak akan dapat menguasai bahasa kebangsaan ini di tahap yang terbaik.

3. Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan yang tertentu. Antaranya adalah untuk mendapatkan data berkenaan tekanan dalam kalangan guru yang mengajar bahasa Melayu khusus di SJKC. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengukur tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan bebanan kerja.

2) Mengukur tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan disiplin murid.

3) Mengukur tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan hubungan interpersonal.

4) Mengukur tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan pengajaran.

5) Mengukur tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan pengiktirafan profesional.

4. Soalan Kajian

Berdasarkan lima objektif kajian, sebanyak lima soalan kajian dibentuk seperti berikut:

1) Apakah tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan bebenan kerja?

2) Apakah tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan disiplin murid?

3) Apakah tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan hubungan interpersonal?

4) Apakah tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan pengajaran?

5) Apakah tahap tekanan guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berdasarkan pengiktirafan professional?

(5)

5. Reka Bentuk Kajian

Penyelidik melalui kajian ini telah memilih reka bentuk kajian yang dikira sesuai untuk mencapai objektif kajian yang telah dikenal pasti. Reka bentuk kajian yang digunakan penyelidik adalah kaedah kuantitatif, di mana penyelidik akan mengedarkan soal selidik kepada guru-guru Bahasa Melayu sahaja di beberapa buah SJKC di sekitar negeri Johor.

Bentuk kajian yang dilaksanakan adalah kajian tinjauan. Tujuan di dalam penyelidikan kuantitatif adalah untuk mengkaji atau mencari perkaitan di antara satu pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah yang lain. Reka bentuk kajian kuantitatif adalah dalam bentuk deskriptif atau eksperimen. Walau bagaimanapun dalam kajian ini, pendekatan deskriptif yang digunakan penyelidik, dengan itu subjek hanya akan diukur sekali dengan faktor dan kesan terhadap tahap tekanan kerja antara kedua-dua jenis pemboleh ubah.

6. Sampel Kajian

Responden yang dilibatkan dalam kajian ini ialah guru-guru di SJKC yang mengajar bahasa Melayu sahaja kerana kajian ini khusus untuk mengetahui tahap tekanan guru bahasa Melayu di SJKC apabila PBD mulai dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Seramai 128 orang guru Bahasa Melayu telah terlibat dalam kajian ini yang mana melibatkan sebanyak 13 buah Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sekitar negeri Johor.

7. Instrumen Kajian

Melalui kajian yang dijalankan ini, penyelidik memilih borang soal selidik untuk sebagai instrumen kajian bagi tujuan mendapatkan data daripada responden. Penyelidik mengedarkan soal selidik ke beberapa buah sekolah dengan harapan jumlah yang dikehendaki penyelidik untuk jumlah responden yang dikehendaki iaitu sekurang-kurangnya 100 orang tercapai. Soal selidik yang diedarkan mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan demografi responden. Umur, jantina, status, dan pengalaman mengajar diminta di bahagian ini. Bahagian B pula untuk mengukur tahap tekanan guru-guru bahasa Melayu. Bahagian B soal selidik ini akan mengandungi 25 soalan di mana setiap 5 soalan adalah mewakili satu pemboleh ubah tidak bersandar yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu bebanan kerja, disiplin murid, hubungan interpersonal, pengajaran bahasa Melayu dan pengiktirafan profesional. Skala Likert 5 mata telah digunakan bagi bahagian B dalam instrumen ini berdasarkan skala [1] = Sangat Tidak Setuju (STS), [2] = Tidak Setuju (TS), [3] = Tidak Pasti (TP), [4] = Setuju (S), dan [5] = Sangat Setuju (SS).

8. Analisis Data

Bagi penganalisisan data di dalam penyelidikan ini, penyelidik melakukan proses analisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0 kerana perisian ini akan membuat penyelidik dapat menjalankan penganalisisan, pengukuran, pengesahan serta penyusunan maklumat dalam bentuk yang mudah difahami. Walaupun begitu, penyelidik membuat analisis tahap tekanan bagi setiap aspek untuk melihat bilangan peratusan responden yang terletak pada tahap rendah, tahap sederhana dan juga tahap tinggi bagi setiap aspek. Kemudian barulah dibuat analisis faktor yang dominan. Dapatan hasil daripada analisis bagi tahap tekanan dari aspek bebanan kerja, hubungan interpersonal, masalah disiplin murid, peraturan sekolah dan pengiktirafan profesional dilakukan dengan meletakkan kategori rendah, sederhana dan tinggi.

Min daripada jawapan responden dikategorikan kepada tiga skala berikut: 1.00 – 2.33 (Rendah, 2.34 – 3.66 (Sederhana) dan 3.67 – 5.00 (Tinggi).

(6)

9. Dapatan Kajian.

Data demografi responden.

PERKARA CATATAN

1 Sekolah Jenis Kebangsaan 13 buah sekolah 2 Jumlah responden terlibat 128 orang responden 3 Jumlah responden mengikut jantina 96 orang guru perempuan

32 orang guru lelaki

4 Gred jawatan responden GRED (DG) JUMLAH

29 2

32 4

34 1

38 4

41 63

42 24

44 29

48 1

52 54

5 Umur responden UMUR JUMLAH

25 tahun ke bawah 9

26-30 33

31-35 29

36-40 32

41-45 12

46-50 3

51-55 10

56-60

6 Pengalaman mengajar KATEGORI (tahun) JUMLAH

1 - 3 16

4 - 5 31

6 - 10 34

11 - 15 27

16 tahun / lebih 21 Jadual 1: Data Demografi responden

Jadual 1 menunjukkan data demografi responden berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan. Sebanyak 13 buah sekolah telah mendapat soal selidik ini dan memberikan respon.

Daripada kesemua sekolah itu seramai 128 orang responden telah terlibat yang mana 96 orang adalah guru perempuan dan 32 orang guru lelaki. Responden-responden yang terlibat adalah berumur di antara 25 tahun ke bawah hinggalah 55 tahun. Tiada responden bermur dalam lingkungan 56 hingga 60 tahun telah terlibat dalam kajian ini. dari segi gred jawatan pula, responden yang memegang gred jawatan DG 29 hingga DG 48 sahaja yang terlibat. Tiada responden yang memegang gred DG52 dan ke atas yang telah terlibat dalam kajian ini.

Analisis Tahap Tekanan Berdasarkan Aspek Bebanan Kerja

Jadual 2 dibawah menunjukkan bahawa kebanyakan guru menghadapi tahap tekanan sederhana iaitu 44.53% daripada keseluruhan responden. Walaupun begitu, dari aspek bebanan kerja ini, kedudukan kedua tertinggi adalah guru yang menghadapi tekanan pada tahap tinggi iaitu sebanyak 35.15% daripada keseluruhan responden yang mana lebih tinggi berbanding guru yang menghadapi tahap tekanan rendah yang hanya sebanyak 20.31% daripada keseluruhan responden. Ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu menghadapi tekanan yang agak serius dari segi bebanan kerja apabila PBD dilaksanakan.

(7)

Jadual 2: Taburan responden berdasarkan aspek bebanan kerja

Tahap Bilangan Guru Peratus

Rendah 26 20.31 %

Sederhana 57 44.53 %

Tinggi 45 35.15 %

Jumlah 128 100

Analisis Tahap Tekanan Berdasarkan Aspek Disiplin Murid

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian mengenai peratusan ataupun jumlah guru bahasa Melayu yang tertekan melalui aspek ataupun faktor disiplin murid. Jadual 3 menunjukkan bahawa seramai 62 orang responden berada pada tahap tekanan tinggi iaitu sebanyak 48.43 peratus.

Seramai 41 orang guru pula berada pada tahap tekanan sederhana iaitu 32.03 % daripada keseluruhan responden dan hanya 19.53% guru yang berada di tahap tekanan yang rendah iaitu seramai 25 orang. Aspek ataupun faktor tekanan disiplin murid ini menunjukkan bahawa guru- guru Bahsa Melayu berada dalam situasi tertekan. Kawalan disiplin murid menjadi lebih sukar apabila PBD dilaksanakan.

Jadual 3: Taburan responden berdasarkan aspek disiplin murid

Tahap Bilangan Guru Peratus

Rendah 25 19.53 %

Sederhana 41 32.03%

Tinggi 62 48.43 %

Jumlah 128 100

Analisis Tahap Tekanan Berdasarkan Aspek Hubungan Interpersonal

Jadual 4 menunjukkan dapatan tahap tekanan dalam kalangan guru Bahasa Melayu melalui aspek ataupun faktor hubungan interpersonal. Jadual menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, majoriti atau ramai responden berada pada tahap tekanan sederhana, iaitu seramai 69 orang. Diikuti dengan tekanan tahap rendah seramai 35 orang dan yang paling rendah adalah yang mengalami tekanan tahap tinggi iaitu seramai 24 orang. Hubungan interpersonal dilihat tidak terganggu secara serius dalam pelaksanaan PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SJKC.

Jadual 4: Taburan responden berdasarkan aspek hubungan interpersonal

Tahap Bilangan Guru Peratus

Rendah 35 27.34 %

Sederhana 69 53.90 %

Tinggi 24 18.75 %

Jumlah 128 100

Analisis Tahap Tekanan Berdasarkan Aspek Pengajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan jadual 5 di bawah, ditunjukkan dapatan tahap tekanan dalam kalangan guru Bahasa Melayu melalui aspek pengajaran bahasa Melayu setelah dilaksanakan PBD di sekolah.

Seramai 64 orang guru bersamaan dengan 50% daripada jumlah keseluruhan responden menunjukkan bahawa mereka berada pada tahap tekanan sederhana apabila mengajar Bahasa Melayu menggunakan PBD. Seramai 42 orang guru pula berada di tahap tekanan tinggi dan pada tahap rendah, hanya 22 orang guru sahaja yang berada pada tahap tekanan rendah. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden berada pada tahap tekanan yang sederhana dan tinggi. PBD boleh dikatakan memberikan tekanan kepada guru-guru di bahasa Melayu di SJKC.

(8)

Jadual 5: Taburan responden berdasarkan aspek pengajaran bahasa Melayu

Tahap Bilangan Guru Peratus

Rendah 22 17.19 %

Sederhana 64 50 %

Tinggi 42 32.81 %

Jumlah 128 100

Analisis Tahap Tekanan Berdasarkan Pengiktirafan Profesional

Jadual 6 merupakan analisis tahap tekanan berdasarkan pengiktirafan profesional terhadap guru Bahasa Melayu di SJKC. Dapatan ini menunjukkan bahawa seramai 70 orang atau 54.69 % daripada responden berada pada tahap tekanan yang tinggi. Diikuti dengan seramai 55 orang guru berada pada tahap tekanan sederhana dan hanya 3 orang responden yang berada pada tahap tekanan rendah dalam aspek ini. Melalui dapatan ini, dapat dilihat bahawa pengiktirafan profesional memberi tekanan yang tinggi terhadap para guru Bahasa Melayu di SJKC.

Jadual 6: Taburan responden berdasarkan aspek pengiktirafan profesional

Tahap Bilangan Guru Peratus

Rendah 3 2.34 %

Sederhana 55 42.97 %

Tinggi 70 54.69 %

Jumlah 128 100

Min Keseluruhan Tekanan Guru Bahasa Melayu SJKC dalam Melaksanakan PBD Jadual 7 menunjukkan min bagi setiap faktor tekanan. Hasil kajian mendapati faktor yang paling mempengaruhi tekanan adalah faktor pengiktirafan profesional. masalah disiplin murid dengan nilai min 3.74, diikuti faktor Disiplin murid dengan nilai min 3.33, faktor Pengajaran Bahasa Melayu dengan nilai min 3.19, faktor Bebanan Kerja dengan min 3.02 dan faktor hubungan interpersonal dengan min 2.76. Hanya faktor pengiktirafan Profesional yang berada di tahap tekanan tinggi dan kesemua empat faktor lain berada pada tahap tekanan sederhana.

Min keseluruhan ialah 3.21 yang berada pada tahap sederhana.

Jadual 7: Min tahap tekanan guru Bahasa Melayu SJKC dalam melaksanakan PBD secara keseluruhan

Tahap Min Tahap

Bebanan kerja 3.02 Sederhana

Disiplin murid 3.33 Sederhana

Hubungan interpersonal 2.76 Sederhana

Pengajaran guru 3.19 Sederhana

Pengiktirafan profesional 3.74 Tinggi

Jumlah 3.21 Sederhana

10. Perbincangan Kajian

Melalui kajian ini, penyelidik dapat mengenal pasti tahap tekanan guru Bahasa Melayu yang mengajar khusus di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau singkatnya dikenali sebagai SJKC apabila PBD diterapkan di semua sekolah rendah. Dapatan kajian setelah analisis dijalankan terhadap setiap faktor tekanan mencatat nilai skor min yang berada pada tahap yang sederhana bagi empat faktor dan satu faktor berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan majoriti Bahasa Melayu di SJKC mengatakan ‘Ya’ bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan. Dapatan kajian ini menunjukkan data bahawa majoriti guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu mempunyai tahap tekanan di paras sederhana. Para guru Bahasa Melayu masih dikira berada dalam keadaan yang tertekan walaupun dapatan menunjukkan tahap tekanan guru pada tahap

(9)

yang sederhana secara umumnya. Dapatan melalui kajian ini didapati selari dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Hanapi (2004), di mana kajian beliau menunjukkan bahawa tahap tekanan ataupun stres yang dialami guru-guru adalah pada tahap sederhana.

Selain itu, kajian luar negara oleh Kyriacou dan Chien (2004), juga selari dengan dapatan kajian ini, di mana mereka menjalankan kajian terhadap guru sekolah rendah di negara Taiwan dan mendapati bahawa tahap tekanan guru berada pada tahap sederhana, walaupun penyelidikan mereka bukanlah berfokus kepada Bahasa Melayu.

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu berdasarkan Bebanan Kerja

Berdasarkan aspek ataupun faktor bebanan kerja, hasil kajian menunjukkan faktor bebanan kerja merupakan faktor yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru Bahasa Melayu di SJKC apabila PBD diterapkan. Dalam kajian ini, bebanan kerja dilihat berada pada kedudukan keempat yang paling memberikan terkanan kepada guru. Perkara ini menjadi petunjuk bahawa guru berasa tertekan dan terbeban dengan perubahan yang dibuat iaitu pengaplikasian PBD di sekolah rendah walaupun tahap tekanan guru hanya berada pada tahap yang sederhana. PBD sememangnya membawa banyak perubahan dari segi proses dan cara pengajaran guru. Bagi murid tahap 1 di sekolah rendah, walaupun murid tidak lagi perlu menduduki peperiksaan, murid perlu dinilai pada setiap hari sama ada mencapai standard ataupun tidak. Penilaian yang dibuat pula lebih teliti. Dalam kajian ini juga, dapatan menunjukkan bahawa guru-guru menyatakan bahawa PBD menambahkan beban tugas guru di sekolah. Peningkatan beban tugas ini telah memberikan tekanan kepada para guru dan ini sesuai dengan dapatan Naylor (2001) yang juga menyatakan bahawa, beban tugasan guru adalah antara punca yang menjadikan guru berada pada paras tekanan yang tinggi. Kajian Naylor adalah ke atas seramai 644 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah di British Columbia. Nurul Shafinaz (2013) juga ada mengatakan dalam kajiannya bahawa 14 peratus responden dalam kajiannya mengalami tekanan yang tinggi atau amat tinggi.

Faktor bebanan kerja atau beban tugas telah ditentukan sebagai punca tekanan yang paling memberi kesan atau paling ketara. PBD yang dilihat benar menambahkan tekanan guru dapat disokong dengan kajian yang dibuat oleh Asraf (2013) berkenaan beban tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan sebelum PBD di sekolah yang juga menyatakan bahawa analisis data kajian beliau mendapati bahawa para guru secara keseluruhannya memikul beban tugas dalam pelaksanaan PBS yang agak tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bebanan tugas guru semakin bertambah apabila PBD dilaksanakan dan perkara ini memberikan lebih tekanan kepada guru.

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu berdasarkan Disiplin Murid

Dari segi disiplin murid pula, faktor ini menjadi faktor kedua yang paling memberikan tekanan kepada guru bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa PBD menjadikan kawalan guru menjadi lebih sukar. Sama ada proses pembelajaran itu yang memerlukan murid lebih beriknteraksi, memberi pandangan, bekerja dalam kumpulan dan sebagainya atau kaedah pengajaran guru yang perlu diubah sesuai dengan penerapan PBD ini. Abel et al., (1999) menyatakan bahawa masalah disiplin murid menjadi faktor yang tidak pernah putus atau terhenti terhadap tahap tekanan seseorang guru. Benmansour serta Pithers dan Soden pada tahun 1998 juga telah mendapati penyebab utama tekanan kerja dalam diri guru adalah menjaga disiplin dan tinkah laku murid. Kajian Ahmad Azahari (1998), mendapati bahawa masalah murid adalah punca tekanan yang lebih dominan. dapatan kajian turut menunjukkan wujud hubungan antara tahap tekanan dengan faktor kerenah murid. Fazura (2013) dalam kajiannya juga menekankan bahawa kerenah murid sememangnya adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada tekanan dalam diri guru. Amalina dan Azita (2015) dalam kajian mereka juga mendapati bahawa karenah

(10)

murid yang seiring dengan disiplin murid adalah antara faktor yang sering menjadi penghalang dalam proses pembelajaran dan seterusnya menyebabkan guru tertekan. Kajian-kajian ini memberikan dapatan yang selari dengan dapatan kajian tahap tekanan guru Bahasa Melayu di SJKC ini.

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu berdasarkan Pengiktirafan Profesional

Dalam kajian yang dijalankan oleh Amalina dan Azita (2015) pula, dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa guru yang diberi tanggungjawab sekiranya murid gagal dalam peperiksaan yang diikuti murid dan situasi pentadbir tidak mengambil berat mengenai kebajikan guru serta tugasan-tugasan guru kurang dihargai oleh pentadbir menjadi punca tekanan guru. Royo dan Fun (2010) juga manyatakan tahap tekanan bagi item-item dari segi faktor penghargaan mempunyai nilai skor min yang paling tinggi. Dapatan kajian-kajian tersebut selaras dengan dapatan kajian ini yang mana menunjukkan min tertinggi serta membawa kepada tahap tekanan tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SJKC.

Penyelidik berpendapat hal ini kerana kurangnya kepekaan pentadbir terhadap guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu.

Selain itu, keadaan kurang galakan dan sokongan membina daripada pihak pentadbir menyebabkan tahap tekanan guru meningkat. Guru yang menerima sokongan dan galakan sosial positif yang tinggi akan mengalami tahap tekanan yang rendah. Winefield (2003), menyatakan sokongan sosial memberikan kesan secara langsung di mana akan dapat mengurangkan tahap tekanan berkaitan kerja dan membaiki kesejahteraan emosi dan fizikal.

Fazura dan Mohd Burhan (2013) juga ada menyatakan bahawa sebarang jenis sokongan dan penghargaan terutama dari guru-guru penolong kanan, guru besar atau pihak pentadbir secara amnya harus dipertingkatkan lagi bagi menzahirkan satu suasana atau keadaan yang harmoni di sekolah dan dalam diri guru.

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu berdasarkan Pengajaran Guru

Faktor pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan PBD pula berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam memberikan tekanan kepada guru melalui kajian ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru berasa tertekan dengan pendekatan PBD yang diterapkan di dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah pada masa kini. Walau bagaimanapun, penyelidik berpendapat, ada kemungkinan tekanan ini hanyalah pada peringkat awal pelakasanaan PBD sahaja kerana pelaksanaan PBD baharu sahaja dimulai pada tahun 2016 dan masih banyak perubahan demi perubahan yang dibuat terhadap pelaksanaan PBD ini. Jika dilihat dapatan kajian oleh Hamimah dan Rohaya (2014), dikatakan bahawa guru melalui pelaksanaan PBS pada masa itu, perlu menghadapi banyak cabaran sama ada dari segi masa, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kompetensi guru dan sistem pelaksanaan PBS. Penyelidik berpendapat bahawa, kajian demi kajian perlu terus dilaksanakan berkenaan dengan PBD agar dapat diketahui sama ada PBD memberi tekanan dan impak negatif ataupun tidak terhadap guru.

Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu berdasarkan Hubungan Interpersonal

Faktor yang mendapat nilai min terendah dalam kajian ini adalah faktor hubungan interpersonal guru bahasa Melayu. Walaupun berada pada kedudukan terendah, nilai skor min bagi faktor ini masih berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, hubungan interpersonal guru Bahasa Melayu apabila dilaksanakan PBD di sekolah adalah tidak terjejas, dan faktor ini tidak memberi kesan yang terlalu ketara terhadap tahap tekanan guru Bahasa Melayu. Keadaan di SJKC yang membahagikan guru kepada dua kumpulan berbeza iaitu guru kelas dan guru mata pelajaran mungkin menjadi faktor penyumbang tekanan kepada guru. Selain itu, faktor lain

(11)

juga seperti bebanan kerja dan disiplin murid mungkin menjadikan guru perlu mengurus lebih banyak hal sehingga hubungan interpersonal terganggu dan memberikan tekanan. Dapatan kajian Baharin dan Mariam (2010) juga selari dengan dapatan kajian ini di mana dikatakan bahawa guru-guru beranggapan bahawa faktor hubungan interpersonal bukanlah sesuatu yang menjadi penyebab untuk mereka tekanan.

11. Implikasi Kajian

Pengajaran guru di sekolah sudah pasti akan terganggu sekiranya guru berada dalam keadaan tekanan ataupun tertekan. Oleh itu, melalui dapatan kajian ini yang mendapati guru Bahasa Melayu di SJKC menghadapi tekanan, semua pihak hasruslah saling berganding bahu untuk mengurangkan tahap tekanan guru ke tahap yang paling minimal. Dapatan kajian ini dapat menyedarkan para guru dan juga para pentadbir sekolah bahawa guru-guru Bahas Melayu berada dalam keadaan tertekan. Oleh itu tindakan sewajarnya haruslah diambil oleh semua pihak untuk menjadikan pengajaran guru semakin baik.

Dari segi motivasi guru pula, sudah pasti motivasi guru akan terjejas sekiranya tekanan ataupun tertekan. Motivasi guru berkait rapat dengan pengajaran guru. Guru yang tidak bermotivasi pasti akan mengajar sambil lewa dan memberi impak yang minimal sahaja kepada murid.

Kajian ini sepatutnya boleh membangkitkan motivasi guru kerana kajian ini menyedarkan bahawa guru berada dalam keadaan tertekan. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlulah bertindak menjaga diri, membangkitkan motivasi diri dan cuba sedaya upaya untuk meminimalkan tekanan.

Kajian ini juga boleh menjadi alat untuk membantu pentadbir mengurus pentadbiran sekolah menjadi lebih baik. Pentadbir dapat disedarkan bahawa guru-guru dibawah pentadbirannya berada dalam keadaan apa pada masa kini. Dapatan Kajian yang mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu berada dalam keadaan tekanan apabila PBD dilaksanakan boleh dijadikan sebab untuk pentadbir sekolah menjadikan pengurusan sekolah menjadi lebih praktikal sesuai dengan perubahan yang berlaku.

KPM pula boleh disalurkan maklumat bahawa pelaksanaan PBD memberi lebih takanan kepada guru melalui faktor-faktor yang telah dikaji. Walau bagaimanapun kajian yang lebih meluas yang melibatkan semua mata pelajaran perlu dilaksanakan supaya dapatan yang lebih baik boleh diperoleh. Ini kerana kajian ini hanya berfokus kepada kumpulan guru bahasa Melayu sahaja. Namun begitu, kajian yang khusus seperti ini dapat memberi maklumat yang khusus juga kepada KPM. Dapatan kajian ini memberitahu KPM bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan PBD memberikan lebih tekanan kepada guru-guru bahasa Melayu khususnya. Oleh itu, diharapkan agar dengan dapatan seperti ini, KPM akan mengambil langkah untuk mencari jalan supaya tekanan guru dapat dipastikan sentiasa berada pada tahap yang minimal.

12. Kesimpulan

Kesimpulan bagi kajian ini, penyelidik bersetuju bahawa kajian ini berjaya mencapai objektif dan dapat menjawab persoalan utama kajian ini. Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan menyatakan dengan jelas bahawa tahap tekanan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD di SJKC berada di tahap yang sederhana secara umumnya. Guru Bahasa Melayu yang mempunyai cabaran tinggi untuk menjadikan murid-murid yang mempunyai bahasa ibunda bukan Bahasa Melayu menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Melayu.

(12)

Pelaksanaan PBD dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat memberi tekanan di tahap sederhana pada masa kini. Walaupun begitu, kajian demi kajian perlu terus dilaksanakan agar KPM dapat mengetahui dan membina serta menstrukturkan pendidikan di negara ini supaya sesuai dan baik bukan sahaja untuk murid tetapi juga baik untuk guru yang menjadi agen merealisasikan objektif pendidikan di negara ini.

Rujukan

Abu, Baharin and Aziz, Mariam. (2010). Tekanan Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. pp. 1-7.

Ahmad Azhari (1998). Tahap Dan Punca Tekanan di Kalangan Guru-guru yang Mengajar Kemahiran Hidup di Negeri Perlis. Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Amalina Razali & Azita Ali. (2016). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Tekanan Guru Pendidikan Khas . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4756 [5 Julai 2020].

Asraf Mubarak. (2014). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan Pbs Di Sekolah Kebangsaan Bandar Dan Luar Bandar Di Daerah Muar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

Azizi yahaya & nik diana hartika binti nik husain. (2010). Tahap tekanan dan faktor - faktor yang mempengaruhinya di kalangan guru-guru sekolah menengah di negeri johor, melaka, negeri sembilan dan selangor. Http://eprints.utm.my/id/eprint/2254/ [ 25 jun 2020 ].

Baharin bin abu & mariam binti aziz. 2010. Tekanan dalam kalangan guru di dua buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan skudai. Http://eprints.utm.my/id/eprint/11410/ [ 22 jun 2020].

Futurity, Cailin Riley-Missouri. 2018. Lots Of Teacher Are Super Tekanan. Retrieved on 1 Julai 2020. Doi: https://www.futurity.org/teachers-tekanan-1739832

Hanina h. Hamsan, tan poh mae & jumali hj. Selamat. (2010). Tekanan dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di universiti putra malaysia. Jurnal personalia murid bil. 13 jun/june 2010 (57 - 72).

Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nor’azian Binti Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa Kamal Mohammad. (2005). Hubungan punca tekanan dan tahap tekanan di kalangan guru-guru di sebuah sekolah menengah agama Johor Bahru. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, Utm.

Hidayat, Zainul. (2016). Pengaruh Tekanan dan Kelelahan Kerja terhadap Kinerja Guru SMPN 2 Sukodono di Kabupaten Lumajang. WIGA: Jurnal Penelitian Ilmu Ekonomi, vol. 6, no.

1, pp. 36-44.

Jaafar Muahamad. (2003). Kelakuan Organisasi (Edisi Kelima). Selangor: Leed Publications, 2003.

Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar & Abdul Rashid Razzaq. (2009). Kajian tekanan dalam kalangan murid wanita program sarjana muda kejuruteraan di universiti tun Hussein onn Malaysia (uthm). Doi:

Http://eprints.uthm.edu.my /id/eprint/2033/1/kajian tekanan dalam kalangan murid wanita mohamad zaid mustafa 2009.pdf [15 jun 2020].

Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan. Universiti Sarawak Malaysia.

Russel Joseph. (2000). Tekanan Free Teaching. British Library Cataloguing In Publication Data. Stylus Publishing Inc.

(13)

Tyler ChristineTeacher $ Rosenberg. (2010). Tekanan: An assessment of teachers' need for and receptiveness towards a tekanan reduction program within one rural school system. Educational Specialist. 98. Doi: https:// commons. lib.jmu. edu/ edspec 201019/98

Ummi Kalsom, Zakaria. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

Winefield, Helen. (2003). Work Stress and its Effects in General Practitioners.

10.1201/9780203422809.ch7.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil dapatan ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Hulu Langat mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pendekatan didik hibur tetapi

Guru-guru bahasa Melayu di Klang sangat menguasai Pengetahuan Pedagogi dengan kebolehan untuk menerapkan elemen-elemen penting yang terdapat di dalam Pengetahuan

Oleh itu, objektif kajian ini adalah menilai tahap pengetahuan guru melayu dalam aspek sintaksis Bahasa Arab, dan mengenalpasti tajuk sintaksis yang menjadi

Dari segi jenis KBT yang digunakan, guru-guru Bahasa Melayu ini banyak menggunakan kemahiran belajar cara belajar, kemahiran berfikir, pembelajaran konstruktivisme,

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu dalam penggunaan Enam Topi Pemikiran sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan

Hasil kajian menunjukkan walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi namun masih terdapat sebilangan guru yang

Hasil analisis kuantitatif dalam kajian ini menunjukkan kebanyakan guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi mencatat apa-apa yang diajar oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas manakala di