• Tiada Hasil Ditemukan

Di dalam masyarakat Barat misalnya, ia membawa kepada sekularisasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Di dalam masyarakat Barat misalnya, ia membawa kepada sekularisasi"

Copied!
128
0
0

Tekspenuh

(1)

Bab 4: Pemikiran tentang Sains Islam oleh Beberapa Pemikir Islam Kontemporari Terpilih: Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-Faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-Attas

4.0 Pengenalan:

Secara amnya, konsep modeniti telah berjaya membentuk dan mempengaruhi pembangunan Barat dan menjadi contoh kepada pembangunan negara-negara membangun yang lain, termasuklah negara-negara yang mempunyai penduduk majoriti yang beragama Islam seperti Malaysia. Di dalam arus pemikiran kontemporari, sains dilihat menjadi asas yang menjayakan modeniti, dan kemunculan modeniti sangat berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh prinsip-prinsip yang ada di dalam sains moden seperti rasional, sekular dan objektif menjadi suatu konsep yang dianggap universal. Demi mencapai pembangunan melalui usaha modenisasi, sains dan teknologi dianggap alat yang terbaik bagi mencapai matlamat ini.

Oleh itu, usaha modenisasi yang telah tersebar luas berjaya membawa perubahan yang besar contohnya di dalam bidang politik, ekonomi mahupun pemikiran.

Modenisasi juga merupakan satu proses yang akan mempengaruhi struktur dan sistem sosial melalui peningkatan kefahaman ilmu sains dan teknologi, serta akan membawa perubahan kepada kefahaman masyarakat moden akan peranan agama dan norma tradisi. Di dalam masyarakat Barat misalnya, ia membawa kepada sekularisasi. Oleh itu, di dalam mencapai taraf negara maju yang moden melalui usaha modenisasi, terdapat cabaran yang timbul bagi masyarakat Islam, antaranya dari segi epistemologi.

Di dalam tesis ini, respons terhadap modeniti dilihat dari dua sudut; iaitu sudut pemikiran mengenai pengislaman ilmu sains yang melibatkan epistemologi, dan pergerakan sosial ke arah pengislaman ilmu oleh organisasi tertentu. Babak ini akan

(2)

menumpukan kepada aspek pertama iaitu respons terhadap modeniti oleh pemikir Islam, dilihat dari sudut pemikir Islam, iaitu dari sudut pemikiran yang telah dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam mengenai pengislaman ilmu sains. Kefahaman tentang pemikiran mereka mengenai pengislaman ilmu sains adalah penting bagi mengkaji dan menilai sifat dan bentuk respons intelektual tersebut di dalam menangani isu hubungan di antara sains, Islam dan modeniti.

Babak ini akan menjelaskan pemikiran empat orang tokoh pemikir Islam kontemporari yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan wacana pengislaman sains di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah Seyyed Hossein Nasr, seorang ahli falsafah yang berasal dari Iran, diikuti Ismail al-Faruqi, seorang sarjana yang berasal dari Palestin, Ziauddin Sardar, seorang penulis yang berasal dari Pakistan tetapi telah menetap di Britain, dan tokoh sarjana tempatan terawal di dalam wacana sains Islam iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas. Keempat-empat tokoh ini dipilih berdasarkan kepada penglibatan mereka yang sangat meluas di dalam wacana pengislaman ilmu sains ini. Banyak penulisan dan hasil karya serta idea pemikiran mereka mempengaruhi perkembangan sains Islam serta menjadi rujukan yang utama di dalam wacana sains Islam ini. Pemikiran sains Islam yang diutarakan dihuraikan mengikut perspektif pemikir tersebut, bagi mengekalkan elemen dasar dan corak utama pemikiran yang boleh menonjolkan identiti pemikiran masing-masing. Selain itu, kekuatan dan pengaruh sarjana Islam yang terpilih berdasarkan kejayaan mereka mempengaruhi wacana sains Islam dan prospek masa depan wacana ini. Empat sarjana antarabangsa yang terpilih bukan sahaja menghuraikan kefahaman tentang sains Islam, tetapi mereka juga cuba meletakkan wacana sains Islam ini di dalam konteks yang lebih global. Pemikir-pemikir ini juga dipilih kerana kepentingan idea-idea mereka yang telah tersebar luas di kalangan orang Islam dan pengaruh mereka amat kuat sehinggakan nama mereka sangat dikenali di dalam wacana

(3)

ini. Selain itu, buku dan hasil penulisan mereka banyak di pasaran dan membolehkan pemikiran sains Islam mereka dikaji berdasarkan penulisan mereka. Idea-idea mereka juga disebarkan melalui persidangan dan mereka dikenali sebagai tokoh utama di dalam wacana ini serta aktif di dalam dunia akademik dan penulisan akademik.

Di dalam babak ini, penulis akan cuba mengupas idea utama pemikiran mereka berdasarkan kepada hasil karya mereka. Dapat diperhatikan bahawa, walaupun mereka menyokong sains Islam dan berkongsi matlamat yang sama di dalam memartabatkan dan meninggikan kedudukan sains Islam sebagai wacana alternatif bagi sains moden, namun begitu, idea-idea yang ditonjolkan oleh setiap daripada mereka mempunyai kelainan. Sungguhpun demikian, tidak dinafikan, masih juga terdapat persamaan idea di antara tokoh-tokoh ini. Babak ini akan cuba menyelami buah fikiran mereka yang diterjemahkan di dalam bentuk penulisan bagi memahami mesej di dalam wacana sains Islam yang cuba disampaikan oleh tokoh-tokoh ini.

4.1.0 Tokoh Pemikir Islam Pertama: Seyyed Hossein Nasr

Seyyed Hossein Nasr dilahirkan pada 7 April 1933 di Tehran. Bapanya, Seyyed Valiallah merupakan seorang doktor kepada keluarga diraja Iran dan merupakan orang yang penting di dalam menanamkan minat yang mendalam terhadap pendidikan dan pembelajaran di dalam jiwa Nasr. Keluarga Nasr juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mempunyai sebuah perpustakaan yang mempunyai banyak hasil karya-karya penting contohnya dari Parsi, Arab, dan Perancis.

Nasr mula belajar, menulis dan mengingat puisi dan syair karya agung Parsi dari seawal umur tiga tahun, dan bapanya merupakan insan yang penting yang mendedahkan beliau kepada dunia intelektual dan wacana kefalsafahan yang begitu bermakna.

Pendidikan awal beliau secara formal didapati daripada pelbagai sumber seperti

(4)

pendidikan kurikulum Parsi di sekolah, mata pelajaran Islam dan Parsi diajar di rumah, dan begitu juga sesi tutorial yang diajar di dalam bahasa Perancis.

Namun begitu, Nasr kehilangan bapanya yang merupakan sumber moral dan intelektual beliau yang utama sewaktu usia beliau menjangkau empat belas tahun.

Kehilangan bapanya ini memberikan tamparan hebat di dalam hidupnya dan mengubah hidup beliau dengan begitu mendadak sekali. Selepas itu, keluarga beliau mengambil keputusan menghantar beliau ke New York pada Disember 1945 dan beliau terpaksa melanjutkan pelajaran beliau di dalam dunia yang berbeza jika dibandingkan dengan waktu sebelumnya.

Beliau merupakan pelajar Iran yang pertama yang ditawarkan biasiswa dan menyambung pengajian beliau di Massachusetts Institute of Technology (M.I.T) di dalam Jabatan Fizik. Peluang ini mendedahkan beliau kepada ilmu mengenai alam tabii dan secara tidak langsung telah menyebabkan beliau menghadapi satu krisis intelektual dan spiritual yang besar sewaktu beliau di dalam tahun kedua pengajian. Walaupun krisis dalaman ini tidak memusnahkan kepercayaan beliau terhadap Tuhan, tetapi krisis ini menggegarkan sesetengah elemen asas di dalam pandangan alam beliau seperti kefahaman terhadap pengertian hidup, kepentingan ilmu untuk mencapai kebenaran.

Walaupun begitu, beliau tetap bertahan di M.I.T sehingga beliau berjaya menamatkan pengajian di situ.

Oleh kerana krisis yang dialami beliau sewaktu di tahun kedua pengajian di M.I.T, beliau mengambil keputusan untuk melihat bidang-bidang pengajian yang lain bagi mencari jawapan kepada persoalan yang sentiasa bermain di minda beliau. Bagi memenuhi tujuan tersebut, beliau mula mengambil banyak kursus berkaitan kemanusiaan, terutamanya kursus yang diajar oleh Professor Giorgio Di Santillana, seorang ahli falsafah dan sejarah sains Itali yang terkenal dan beliaulah yang

(5)

memperkenalkan Nasr kepada penulis tradisionalis, Rene Guenon. Hasil penulisan Rene Guenon dan penulis tradisionalis yang lain seperti Frithjof Schuon, Titus Burckhardt, Marco Pallis and Martin Lings memainkan peranan yang penting di dalam memberikan asas intelektual kepada Nasr daripada perspektif tradisionalis. Menurut Zailan Moris:

According to Nasr, it was the discovery of traditional metaphysics and the philosophia perennis through the works of these figures which settled the crisis he had experience and gained an intellectual certitude which has never left him since. From then on, he was certain that there was such a thing as the Truth and that it could be attained through knowledge by means of the intellect which is guided and illuminated by divine revelation. His childhood love for the attainment of knowledge returned to him but on a higher and deeper plane. The traditional writings of Schuon, with their singular emphasis on the need for the practice of a spiritual discipline as well as theoretical knowledge, were especially instrumental in determining the course of Nasr’s intellectual and spiritual life from that time onward (Zailan Moris 1999: 14).

Selepas beliau menamatkan pengajian di M.I.T, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran beliau di Harvard University di dalam bidang geologi dan geofizik. Beliau memperolehi ijazah sarjana di dalam bidang geologi dan geofizik pada tahun 1956, dan kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ph.D di dalam sejarah sains di Harvard. Disertasi beliau di bawah penyeliaan tiga orang profesor iaitu I. Bernard Cohen bagi sejarah sains di Barat, Hamilton Gibb yang mempunyai kepakaran di dalam sejarah dan tamadun Islam dan Harry Wolfson di dalam falsafah dan teologi Greek, Islam, Yahudi dan Kristian pada zaman pertengahan. Beliau berjaya menamatkan ijazah kedoktoran pada usia 25 tahun dan tajuk disertasi kedoktoran beliau ialah “Conceptions of Nature in Islamic Thought” yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Harvard University Press dengan tajuk yang lain iaitu, An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines. Beliau terdedah dengan pelbagai falsafah kerana beliau selalu bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan minat.

Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan tugas di Faculty of Letters di Tehran University, Iran sebagai profesor madya di dalam bidang falsafah dan sejarah

(6)

sains. Pada tahun 1968 sehingga 1972, beliau dilantik menjadi dekan fakulti, dan kemudian telah dilantik sebagai Naib Canselor Akademik di Universiti Tehran. Beliau telah banyak memberi sumbangan yang penting untuk menguatkan dan meluaskan program kemanusiaan secara umumnya dan falsafah secara khususnya.

Walaupun begitu, pada akhir 1970an, revolusi Iran berlaku di Iran dan disebabkan itu, Nasr dan keluarga terpaksa berhijrah ke Amerika. Disebabkan revolusi tersebut juga, rumah kediamannya dan yang paling penting, perpustakaan yang diwarisi keluarganya sejak turun temurun musnah. Beliau terpaksa meneruskan kerjaya beliau di University of Utah dan universiti-universiti yang lain, seperti Temple University. Pada ketika itulah, seorang sarjana dari Malaysia, Osman Bakar menjadi pelajar di bawah penyeliaannya dan secara langsung mewarisi sebahagian besar pemikiran Nasr. Pada tahun 1984, beliau menerima jemputan dari George Washington University di Washington D.C. bagi meneruskan kerjaya beliau di sana dan akhirnya, sehingga sekarang beliau masih lagi bertugas di universiti tersebut sebagai seorang profesor yang berwibawa di dalam bidang pengajian Islam (Zailan Moris 1999).

Penulisan tentang latar belakang Nasr walaupun ringkas diharap dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang perkara-perkara penting yang mempengaruhi dunia akademik dan keintelektualan beliau dan bagaimana hubungan beliau dengan sarjana- sarjana tertentu membantu di dalam mempengaruhi corak pemikiran keintelektualan beliau, di samping dapat membantu memahami evolusi perkembangan dunia kerjaya beliau yang mempunyai pelbagai fasa dan tahap tertentu.

4.1.1 Gambaran Umum Pemikiran Seyyed Hossein Nasr.

Nasr merupakan tokoh falsafah dan sejarah sains yang amat berpengaruh.

Pendekatan yang diambil oleh beliau terhadap sains adalah dari perspektif keagamaan dan tradisional kerana beliau merupakan sarjana yang cuba mempertahankan sains

(7)

tradisi dan kepercayaan terhadap sains kudus atau sacred science dengan menggunakan kerangka metafizik untuk mempersoalkan dan mengkritik asas falsafah di dalam sains moden. Beliau cenderung menggunakan pendekatan keagamaan di tahap metafizikal bagi membolehkan kedudukan asas falsafah di dalam sains moden dipersoalkan seterusnya dikaji semula bagi memahami sifat-sifat asas di dalam sains moden itu sendiri. Pendekatan beliau berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh sarjana Islam yang lain di dalam membincangkan wacana sains dan agama atau sains dan Islam.Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan, pandangan beliau terhadap sains Islam kelihatan terlalu menjurus kepada aspek keagamaan dan metafizikal. Namun begitu, pendekatan beliau ini membolehkan beliau mempunyai kedudukan dan kekuatan untuk mengkaji sains Islam berdasarkan ilmu tradisi.

Sebagai seorang yang dianggap tradisionalis, beliau mempertahankan sains tradisi dan ini jelas dapat dilihat menerusi hasil penulisan dan pemikiran beliau yang mempersoalkan mengenai sains moden. Beliau mengkritik sains moden dengan menggunakan hujah-hujah menerusi susur galur asal sejarah sains itu sendiri, premis- premis falsafah dan juga kesan-kesan negatif yang disumbangkan oleh sains dan teknologi moden. Selain itu, beliau juga menterjemahkan pemikiran beliau dengan memberikan pandangan alternatif terhadap sains moden dan pandangan ini berdasarkan perspektif tradisional. Hasil kerja beliau tentang sains tradisional, metafizikal dan prinsip-prinsip kosmologi membantu beliau di dalam memberi penilaian dari segi kefalsafahan terhadap sains tradisional dan sains moden.

Beliau juga menekankan bahawa krisis yang dialami oleh tamadun kita hari ini merangkumi krisis yang disebabkan ilmu falsafah dan keagamaan yang memerlukan penyelesaian berdasarkan kepada pendekatan spiritual terutama terhadap masalah alam sekitar.

(8)

4.1.2 Seyyed Hossein Nasr dan Kritikannya Terhadap Sains Moden.

Sains seperti yang kita fahami hari ini adalah berbeza dengan ciri-ciri sains sebelum revolusi saintifik yang berlaku pada abad ke-17. Nasr menganalisa sains moden dari sudut sejarah dan memberikan kritikan kefalsafahan dari perspektif Islam.

Di dalam penulisannya beliau mengkritik sains dikembangkan sejak abad ke-17 yang mempunyai definisi yang berbeza berbanding definisi al-ilm yang difahami dari kaca mata tamadun Islam dan tradisi Islam. Sains yang dikritik oleh Nasr adalah ilmu sains moden tentang alam tabii yang mana telah terpisah daripada ilmu ketuhanan yang merujuk kepada tahap ilmu yang lebih tinggi berbanding tahap ilmu tentang alam tabii.

Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami masalah dan situasi yang berlaku di dalam dunia Islam yang disebabkan penggunaan sains dan teknologi moden, kita haruslah memahami dan menganalisa terlebih dahulu latar belakang dan sifat sains moden itu sendiri sebelum kita merancang strategi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh- negara-negara Islam.

Kritikan pertama Nasr terhadap sains moden adalah dari konteks paradigma dan beliau memberikan kritikan tersebut dari sudut perkembangan sejarah sains moden itu sendiri. Menurut beliau mendapati, terdapat perubahan paradigma atau anjakan paradigma sewaktu revolusi saintifik. Perubahan yang bersifat dasar ini telah membawa perubahan besar kepada identiti dan wajah sains yang menyebabkan sains selepas abad ke-17 itu lebih bersifat sekular terutama apabila dikaitkan dengan pandangan sains terhadap alam tabii dan pemikiran sekular ini benar-benar mempengaruhi kerangka utama pemikiran sains moden. Perubahan paradigma ini menyebabkan perubahan yang ketara kepada kerangka pemikiran dan akhirnya menyumbang kepada perubahan yang mempengaruhi corak tindakan manusia (Nasr 1994a).

(9)

Ciri utama sains moden adalah pemisahan di antara ilmu dan kekudusan di dalam pandangan alam sains yang sekular. Oleh itu, dapat dilihat bahawa saintis moden mampu mengkaji alam tanpa sebarang ilmu yang berdasarkan kepada ilmu ketuhanan, dan saintis moden juga perlu memisahkan aktiviti saintifik mereka dengan kepercayaan dan amalan keagamaan. Akhirnya, sains moden yang dihasilkan pada hari ini tidak lagi mempunyai nilai simbolik dan makna metafizikal kerana asas sains moden berdasarkan falsafah moden memberi penekanan terhadap pemisahan antara ilmu dan Tuhan.

Sebagai seorang saintis, mereka boleh menjadi saintis yang hebat tanpa perlu mengetahui ilmu ketuhanan yang biasanya merujuk kepada konsep dan ilmu yang kudus. Walaupun tidak dinafikan, terdapat penemuan saintifik mereka yang mempunyai nilai simbolik dan makna metafizikal, namun bagi pandangan saintis moden, mereka lebih rela mengabaikan unsur-unsur sebegitu di dalam penyelidikan sains dan menafikan makna simbolik yang terdapat di dalam penemuan sains itu sendiri kerana nilai simbolik dan metafizikal adalah bertentangan dengan asas sains moden yang dianuti oleh mereka.

Kritikan sains moden yang kedua yang diketengahkan oleh Nasr adalah dari segi hubungan antara sistem nilai dan sains moden. Sistem nilai memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia untuk memberi panduan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh manusia, serta apakah tindakan yang sebaiknya yang perlu diambil oleh manusia. Andaian dan anggapan bahawa sains moden tidak dipengaruhi oleh mana-mana sistem nilai disangkal dengan sekerasnya oleh Nasr. Menurut pandangan Nasr, asas falsafah sains moden itu sendiri adalah berdasarkan kepada sistem nilai pandangan alam moden yang jauh berbeza dengan asas falsafah di dalam sains tradisional sebelum revolusi saintifik pada abad ke-17. Sistem nilai sains moden menafikan kebarangkalian terdapatnya ilmu yang sebenar dan tulen dan oleh itu Nasr

(10)

mencadangkan bahawa kita perlu mengkaji asas falsafah sains moden ini dari sudut pandangan Islam.

Selain itu, Nasr juga mengkritik tindakan tidak beretika yang disumbangkan oleh sains moden yang menyebabkan terjadinya banyak bencana buruk, contohnya seperti krisis alam sekitar dan penghakisan warisan etika. Beliau melihat keadaan ini memerlukan satu kritikan berdasarkan ilmu dan etika Islam.

Kritikan lain yang diutarakan oleh Nasr adalah merujuk kepada sikap neutral sains moden terhadap peranan sains dan agama. Peranan kewujudan Tuhan di dalam sistem sains moden diabaikan dan terus dipinggirkan menyebabkan pemutusan pertalian antara hubungan sains dan agama. Sewajarnya, satu analisis yang mendalam dan kritikan terhadap sains moden dari perspektif keagamaan perlu dibuat.

Ciri sains moden lain yang dikritik oleh Nasr adalah berkaitan dengan konsep sebab dan bukti empirikal yang merupakan syarat utama di dalam penerimaan ilmu saintifik yang mampu dijadikan kriteria utama di dalam mendedahkan dan membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Namun sebaliknya, menurut perspektif Islam, sains tidak hanya bergantung kepada sebab dan bukti empirikal serta ciri-ciri kuantitatif semata-mata sebagai kriteria utama dan terakhir untuk menentukan kebenaran. Islam juga mempunyai konsep ilmu yang berbeza dengan sains moden yang mana mengambil kira kepentingan ilmu ketuhanan yang merupakan inti pati di dalam setiap bidang ilmu yang ada (Nasr 1968).

Nasr juga menekankan perhatian beliau terhadap sains tradisional yang memaparkan sistem hierarki. Setiap hierarki ilmu mempunyai bentuk ilmu yang selaras dengan tahap realiti yang digambarkan. Oleh itu, semua bentuk ilmu adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan juga berkaitan dengan ilmu wahyu. Namun begitu, perlu diberi perhatian bahawa Islam begitu menekankan ilmu tertinggi iaitu ilmu

(11)

kesatuan yang memperlihatkan kesinambungan dan hubungan setiap bentuk ilmu. Ilmu ketuhanan menduduki hierarki tertinggi di dalam sistem hierarki ilmu Islam.

Sungguhpun demikian, sains moden tidak dapat menerima sistem hierarki sebegini kerana pandangan alam sains moden tidak dapat menerima bentuk ilmu yang tertinggi seperti yang ada di dalam sistem hierarki ilmu Islam iaitu ilmu yang merujuk kepada hubungan ilmu ketuhanan dan metafizik.

Pada masa yang sama, sains moden juga menggalakkan dan menganjurkan reduktionisme yang menurunkan ilmu yang lebih tinggi kepada ilmu yang lebih rendah.

Akibatnya, ia membantu kepada kelahiran teori evolusi yang secara terang-terangan memisahkan sains dengan peranan Tuhan yang mencipta alam ini. Tambahan pula, ciri sains moden menekankan kepada pengkotakan disiplin-disiplin ilmu yang pelbagai dan memusnahkan hubungan harmoni di antara semua jenis ilmu di samping penafian terhadap sistem hierarki ilmu. Nasr menggambarkan bahawa pengkotakan ini hanya akan menghadkan tumbesaran dahan pokok dan akhirnya akan memusnahkan kehidupan sepohon pokok itu sendiri. Walaupun begitu, keadaaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan sains tradisi yang menggalakkan satu bentuk sains yang berbeza dan Nasr juga melihat bahawa pengkotakan ini hanya akan membunuh satu-satu tamadun itu sendiri kerana tidak dipayungi dengan doktrin ketauhidan (Nasr 1982, 1968).

Perspektif Islam terhadap ilmu mengikut pandangan Nasr adalah ilmu sekarang ini lebih bersifat sekular, iaitu terpisah dari landasan dan semangat keagamaan. Antara sifat-sifat ilmu yang sekular ini adalah penumpuannya terhadap kuantiti, empirisisme, logik dan matlamatnya yang bersifat utilitarian. Menurut Nasr, kita harus kembali ke perspektif agama terhadap ilmu, demi keselamatan dan kesejahteraan umat manusia.

Nasr, walaupun menekankan tentang kebaikan Islam, tidak mengenepikan hikmah yang terdapat di dalam ajaran tulen agama-agama lain seperti Hinduisme, Buddhisme,

(12)

Taoisme, Judaisme dan Kristianiti. Pendirian ini jelas kelihatan di dalam bukunya Knowledge and the Sacred, yang merupakan bahan dari siri kuliah Gifford Lectures yang beliau sampaikan di Universiti Edinburgh pada tahun 1981. Beliau berpendapat bahawa wujud apa yang dikatakannya Sophia Perennis, atau ilmu tradisi, yang datang dari sumber Ilahi yang sama, tetapi mengambil bentuk yang berbeza. Di dalam hal ini, pandangan Nasr bersifat universal.

Di dalam Knowledge and the Sacred, tulisan Nasr (1989), beliau mempertahankan tradisi-tradisi pelbagai keagamaan dari Timur mahupun Barat yang perennial dan universal tentang ilmu yang kudus (sacred). Ini merupakan pendekatan beliau yang simpatetik terhadap tradisi-tradisi lain yang berkait rapat dengan sophia perennis, termasuklah tradisi Kristian, Hindu, Buddha, Cina dan lain-lain. Kehilangan sifat kekudusan ilmu disebabkan perubahan kepada falsafah moden, menjejaskan dimensi sapientia (wisdom) yang mempunyai makna yang asas yakni untuk menuju ke arah kesempurnaan spiritual manusia. Martabat ilmu kudus tinggi adalah di dalam semua tradisi, contohnya di dalam tradisi agama Budhha, ilmu menggambarkan pencerahan, di dalam tradisi Cina (Confucianisme dan Taoisme), peranan ilmu membantu kesempurnaan manusia dan ilmu kudus membantu mereka melihat Tuhan walau di mana-mana sahaja, dan melalui perspektif agama Yahudi, ilmu kudus membantu keupayaan intelek manusia. Semua tradisi menggambarkan ilmu kudus yang mempunyai pelbagai peringkat realiti daripada perspektif sapientia (wisdom). Namun begitu, ilmu kudus semakin hilang sifatnya bermula daripada tradisi Greek yang mula menekankan rasionalisasi dan kemunculan masyarakat antitradisional, sehingga mempengaruhi tradisi Kristian selepas zaman pertengahan. Scientia sacra adalah ilmu kudus yang menjadi asas di dalam semua tradisi, juga ditolak oleh Barat dan menyebabkan ilmu hanya dapat dikaji secara ontologi daripada faktor horizontal, tanpa merujuk faktor vertikal lagi. Struktur hierarki realiti yang terdapat di dalam semua

(13)

tradisi diabaikan. Namun begitu, pelbagai tahap realiti alam ini tidak boleh dijelaskan sepenuhnya tanpa mengambil kira scientia sacra. Scientia sacra menggambarkan ilmu di peringkat luaran, malah juga merupakan sumber pencahayaan dalam jiwa manusia atau hati. Tempat sebenar kebijaksanaan manusia itu terletak pada hati dan bukan di kepala, dan pandangan ini dikongsi oleh semua agama tradisi. Perkataan hati dirujuk sebagai hrdaya di dalam bahasa Sanskrit, Herz di dalam bahasa Jerman, kardia di dalam bahasa Greek, cor/cordis di dalam bahasa Latin. Oleh itu, hati merupakan tempat keimanan (faith) dan intelek (intelligence atau aql daripada perspektif Islam) manusia bertemu dan bersatu. Oleh itu, setiap tradisi menekankan bahawa kebenaran metafizikal sebenar perlu menekankan hubungan yang rapat di antara keimanan dan keintelektualan. Scientia sacra merupakan kebijaksanaan sepenuhnya dari hati, dan termasuklah di minda. Semua tradisi menentang kepada pemisahan aktiviti di minda dengan hati. Sehubungan dengan itu, metafizik tradisional atau scientia sacra bukan sahaja mengandungi pendedahan teori tentang realiti, malah memberi panduan, pencerahan, dan membenarkan manusia mencapai tahap ilmu yang kudus.

Mengikut perspektif tradisi tentang kosmos yang merangkumi semua domain kosmik, iaitu dari kajian bintang sehinggalah mineral, tetapi kesemua kajian adalah berdasarkan prinsip metafizik. Semua kosmologi tradisional merupakan hasil pengaplikasian prinsip metafizik terhadap pelbagai peringkat realiti yang berdasarkan kebijaksanaan, dan bukanlah berdasarkan pengalaman empirikal semata-mata.

Matlamat sains tradisi bukanlah menghasilkan ilmu di dalam sistem yang tertutup, tetapi juga mengaitkannya dengan persoalan yang merujuk kepada peringkat ilmu yang lebih tinggi. Sains tradisional daripada banyak tradisi juga menekankan aspek simbolik atau cosmology perennis sebagai analogi yang juga merujuk kepada pelbagai peringkat realiti. Cosmology perennis ini pelengkap kepada sophia perennis yang dikaitkan dengan metafizik. Oleh itu, tahap kesempurnaan spiritual daripada perspektif sapientia

(14)

juga menggambarkan ilmu metafizik segala objek dan kejadian yang merupakan aspek yang penting bagi membolehkan kesedaran kewujudan Tuhan walaupun di mana-mana sahaja. Berdasarkan tradisi yang mempunyai kitab-kitab tertentu, kosmos melambangkan ayat-ayat Tuhan dan mengandungi pelbagai peringkat makna di dalam ayat-ayatnya. Perspektif ini boleh dilihat di dalam Islam (al-Quran) dan agama Yahudi (kitab taurat). Di dalam tradisi lain seperti American Indians, Plains dan Shinto, haiwan dan tumbuhan melambangkan kualiti ketuhanan dan manifestasi prinsip-prinsip ketuhanan di dalam pemujaan (Nasr 1989).

Banyak kritikan terhadap sains moden diutarakan dan kritikan-kritikan ini termasuklah daripada aspek ekologi, demografi sehinggalah kepada aspek epistemologi dan teologi. Namun kritikan-kritikan ini termasuklah daripada perspektif tradisi, bukanlah berdasarkan kepada sentimen tertentu, sifat fanatik atau ego dan sebagainya, tetapi kritikan daripada perspektif tradisi berdasarkan kepada kriteria intelektual yang dipandu oleh kebenaran metafizik yang dianggap merupakan ilmu yang sempurna tentang alam. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pengkritik daripada perspektif tradisional tidak menafikan kepentingan sains moden, tentang apa yang ditekankan oleh mereka adalah aspek limitasi atau batasan sains moden untuk berfungsi dengan baik. Sains moden menolak aspek autoriti ketuhanan yang membataskan aktiviti saintifiknya. Sains moden dengan jelas menolak aspek metafizik (Nasr 1989).

Bagi Nasr, pertentangan dan polariti ilmu yang beliau dirikan ialah di antara ilmu agama dan ilmu sekular. Beliau telah menghuraikan tradisi ilmu di dalam Islam, dengan merujuk kepada sejarah Islam di dalam bukunya Science and Civilization in Islam. Menurut beliau, sains seperti yang diamalkan di dalam tamadun Islam tidak bersifat sekular kerana berlandaskan semangat dan ajaran keagamaan. Malahan al- Quran sendiri menyeru manusia supaya mencari ilmu dan mengenali kebesaran Allah dengan mengenali ciptaanNya.

(15)

Bagi Nasr, konsep akal dan intelek seperti yang terdapat di dalam falsafah dan pemikiran moden, adalah berbeza dari apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut oleh sarjana-sarjana Islam. Di dalam pemahaman moden, akal dan intelek manusia dilihat hanya dari segi logik dan pemikiran rasional, yang menggubal konsep- konsep secara konsisten. Di dalam fahaman keagamaan, akal juga tidak terpisah dari aspek kerohanian, malahan ilmu di peringkat yang tinggi, memerlukan ‘penyucian minda’, supaya dapat diterangi oleh cahaya Ilahi. Di dalam perspektif Islam, ilmu tidak hanya terbatas kepada yang bersifat logik dan empirikal, seperti yang dikatakan oleh Positivis Logikal, tetapi mengandungi lebih dari itu.

Nasr menekankan ilmu yang bersifat Gnostic atau ma’rifah di dalam Islam.

Pencapaian ilmu ini mempunyai kaedahnya yang tersendiri, yang berlandaskan ajaran dan tradisi agama. Di sini, epistemologi tidak dipisahkan dari etika, kerana pencapaian ilmu tersebut memerlukan seseorang itu mematuhi hukum-hukum etika yang tertentu demi menyucikan hati dan diri. Matlamat ilmu tersebut adalah untuk mengenali Tuhan dan menghampirkan diri dengan Tuhan, yang jauh berbeza dari matlamat ilmu sekular yang bertujuan untuk memahami alam ini demi untuk mendapatkan keuntungan material darinya.

Di dalam buku Nasr yang bertajuk Man and Nature: The Spiritual Crisis of Modern Science (1968) memperlihatkan isu tertentu berkaitan dengan hubungan antara manusia dan alam. Di dalam buku ini, beliau dengan jelas menunjukkan tentang pengeksplotasian alam sebagai satu sumber kuasa dan dominasi manusia yang menyebabkan berlakunya krisis di dalam alam sekitar. Dominasi terhadap alam tabii ini yang dibantu oleh pengaplikasian sains dan teknologi moden telah menimbulkan krisis antara manusia dan alam tabii. Alam tabii dilihat bukan lagi satu komponen alam yang kudus, tetapi alam tabii hanya dilihat bermanfaat untuk memenuhi keperluan manusia moden tanpa ada perasaan tanggungjawab dan mempunyai kuasa yang tidak terhad

(16)

terhadap alam tabii yang menggambarkan ciri-ciri pemisahan dengan prinsip-prinsip ketuhanan.

Oleh kerana kemusnahan hubungan yang harmoni antara manusia dan Tuhan, secara langsung juga memusnahkan hubungan antara manusia dan alam. Keadaan ini telah mencalarkan warisan intelektual dan keagamaan manusia. Di samping kemusnahan hubungan harmoni antara manusia dan alam, analisis harus dibuat dengan melihat kembali kepada falsafah, kepentingan teologi dan pandangan tentang sains alam tabii dan limitasi yang wujud di antara entiti-entiti ini yang menyebabkan krisis di dalam hubungan antara manusia dan alam. Penggunaan sains di dalam bentuk teknologi atau penyatuan di antara sains dan teknologi serta penerimaan pandangan alam saintifik yang menekankan ciri-ciri kuantitatif telah menyumbangkan kepada krisis alam sekitar.

Selain itu, Nasr yang juga seorang tradisionalis mempunyai pandangan dan idea tentang kekudusan yang boleh dikaitkan dengan agama. Menurut beliau, alam ini mempunyai aspek kekudusan dan kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya.

Pandangan alam sains moden menyebabkan alam ini hilang aspek kekudusannya dan ini menyumbang kepada sekularisasi terhadap alam tabii dan akhirnya menyebabkan alam tabii ini tidak lagi dilihat mempunyai unsur spiritual yang tersendiri serta tidak menggambarkan realitinya yang sebenar. Oleh itu, Nasr menerangkan konsep kudus di dalam alam tabii adalah seperti berikut:

The cosmos speaks to man and all of its phenomena contain meaning. They are symbols of a higher degree of reality which the cosmic domain at once veils and reveals. The very structure of the cosmos contains a spiritual message for man and is thereby a revelation coming from the same source as religion itself. Both of the manifestations of the Universal Intellect, the Logos, and the cosmos itself is an integral part of that total Universe of meaning in which man lives and dies. (Seyyed Hossein Nasr 1968: 21).

Kemusnahan hierarki di dalam realiti dan mengabaikan metafizik menyumbang kepada kehilangan konsep kosmologi yang sebenar. Nasr cuba untuk memperbaiki kekurangan ini dan cuba memperlihatkan bahawa alam tabii ini mempunyai ilmu metafizikal dan makna simbolik yang tertentu. Ini dapat membantu memberikan satu

(17)

interpretasi dan penterjemahan baru terhadap alam di samping dapat mengembalikan nilai kudus dan ciri simbolik yang ada padanya. Pada masa yang sama mendedahkan bahawa pendekatan saintifik juga mempunyai had dan limitasi tertentu di dalam memahami alam tabii dengan memberikan hujahan-hujahan berbentuk kefalsafahan.

Usaha ini dapat menunjukkan hubungan antara sains, falsafah dan teologi pada peringkat dasar, dan hasil hubungan ini mampu menjadi jambatan spiritual yang menghubungkan antara manusia dan alam. Kepentingan menghubungkan dan membentuk semula sikap manusia terhadap alam tabii mampu meningkatkan kesedaran bagi memelihara dan memulihara di samping menjaga alam tabii ini supaya tidak terhakis makna spiritual yang ada bersama-samanya. Ringkasnya, Nasr menekankan bahawa sikap manusia terhadap alam sekitar harus selari dengan perspektif keagamaan yang melihat bahawa alam tabii ini perlu dilayan sebagai satu entiti yang mengandungi unsur-unsur atau simbol ketuhanan.

4.1.3 Seyyed Hossein Nasr dan Sains Islam.

Nasr mengkaji sains Islam dari perspektif sejarah dan beliau melambangkan pendekatan ini seolah-olah sebagai satu sumber yang sebenar untuk mengkaji sains Islam. Pendekatan ini boleh menyediakan penilaian yang mendalam terhadap apa yang dimaksudkan dengan sains Islam di dalam pengertian yang sebenar dan dari sumber yang asas tanpa mengabaikan dan menafikan kepentingan sains daripada tamadun sebelum tamadun Islam. Oleh itu, secara ringkasnya, sains Islam daripada perspektif Nasr adalah sains yang merujuk kepada sains yang ada di dalam tamadun Islam dan sains tradisi lain yang dikaji daripada perspektif sejarah. Pendekatan yang diambil oleh beliau di dalam mengkaji sains Islam ini berbeza dengan sarjana Islam yang lain terutamanya di dalam wacana pengislaman ilmu ini yang memberikan perspektif yang berlainan di dalam memperkembangkan lagi wacana sains Islam ini (Nasr 1994b).

(18)

Sains Islam mewarisi aspek tertentu ilmu sains dari tamadun sebelumnya dan kemudiannya sains tiba di Barat, seterusnya dikembangkan oleh tamadun Barat.

Sungguhpun begitu, perlu disedari bahawa sewaktu abad ke-16, terutamanya sewaktu Renaissance, satu bentuk wajah sains yang baru lahir di Barat. Nasr menerangkan bahawa tradisi sains Barat dan sains Islam lahir dari sumber yang sama walaupun akhirnya kedua-dua bentuk sains ini mengembangkan konsep sama yang diwarisi dengan cara yang berbeza. Oleh itu, terdapat perbezaan di dalam kaedah, kosmologi dan idea falsafah tentang benda, pergerakan dan objektif kajian mereka di dalam mengkaji alam tabii. Pada abad ke-11, aktiviti penterjemahan yang aktif berlaku di Toledo dan juga pada masa yang sama, sains Islam juga wujud di dunia Latin Barat. Sehingga abad ke-13, sains pertengahan Eropah dikembangkan berdasarkan sains Islam. Pada abad ke- 14, falsafah Kristian terhakis secara berperingkat dan membentuk wajah dan penampilan sains Barat yang baru yang hanya cenderung mengkaji elemen kuantiti alam tabii, dan mengabaikan dimensi spiritual alam dan pandangan alam tradisional (Nasr 1994b).

Situasi ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan situasi perkembangan sains di dalam dunia Islam. Pandangan alam tradisional sains menekankan ilmu ketuhanan dan saintis Islam masih lagi mempertahankan dan melindunginya. Nasr (1987) menerangkan dengan lebih lanjut bahawa sains di Barat dan dunia Islam berkembang dan hidup di dalam cara yang berbeza walaupun pada peringkat awal, kedua-dua sains ini dikembangkan dengan menggunakan sumber yang sama dan untuk mencapai matlamat dan tujuan yang sama. Penerangan beliau ini menunjukkan bahawa terdapat satu perubahan yang besar pada peringkat dasar antara pandangan alam dan falsafah di antara sains Islam dan sains Barat. Kajian beliau boleh dijadikan landasan untuk memahami perbezaan sifat dan ciri di antara sains Islam dan sains Barat dan masalah yang dibawa oleh sains Barat.

(19)

Sains Islam berpunca dari al-Quran dan memandu ke arah doktrin kesatuan atau tauhid. Sains Islam juga mendedahkan bahawa kerangka Islam harus diberi penekanan kepada prinsip kesatuan sebagai prinsip ketuhanan dan membentuk satu kerangka kepada konsep-konsep tentang alam tabii, ilmu dan sebagainya. Sains Islam juga mengkaji alam tabii ini sebagai ciptaan Tuhan tanpa melupakan konsep ilmu di dalam Islam yang berdasarkan ketuhanan dan rujukan yang utama adalah ilmu ketuhanan (Nasr 1994b).

Selain itu, sains Islam juga harus sesuai dengan realiti, dan mendedahkan aspek keobjektifan di dalam realiti. Hubungan antara sains dan realiti ini mesti wujud dan hubungan ini adalah benar untuk semua sains tradisional secara umumnya. Nasr (1994b:

14) menulis bahawa ‘the goal of any science which can be characterized as being Islamic must be study the nature of things, or some level of reality in its ontological sense and not only accidents and phenomena’. Ini menunjukkan bahawa sains Islam menggalakkan objektiviti di dalam ilmu tanpa mengabaikan peranan Pencipta atau ilmu ketuhanan sebagai rujukan yang utama di dalam menerangkan aspek tertentu di dalam fenomena semulajadi dan proses-proses di dalam tahap realiti yang tertentu. Ilmu yang difahami dari perspektif Islam sebagai al-ilm mempunyai definisi yang berbeza dari konsep ilmu yang diketengahkan dari perspektif Barat. Al-ilm tidak boleh terpisah dari konsep ilmu yang mempunyai tahap realiti yang berbeza iaitu tahap realiti daripada alam ruh kepada alam fizikal yang mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

Disebabkan konsep ilmu ini, sains Islam amat menentang konsep reduktionisme yang didukung oleh sains moden kerana konsep ini mempunyai kecenderungan di dalam merendahkan dan mengurangkan ilmu yang lebih tinggi di dalam realiti, kepada ilmu yang lebih rendah dan tidak lagi merujuk kepada ilmu yang tertinggi iaitu ilmu ketuhanan. Akhirnya keadaan ini akan memusnahkan hubungan antara semua cabang ilmu dengan ilmu ketuhanan, dan secara langsung memutuskan hubungan antara Tuhan

(20)

dan ciptaan-Nya. Bagi mengetahui kebenaran alam ini dengan menggunakan sains, ilmu ketuhanan tidak boleh dinafikan bagi membantu menghubungkan kepada semua cabang ilmu dan asas ilmu yang paling utama iaitu mencari kebenaran alam ini bagi membantu mencapai kepada ilmu yang tertinggi di dalam hierarki iaitu ilmu ketuhanan.

Sains Islam dari perspektif kosmologi Islam adalah teleologi iaitu mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu. Ini dapat dikaitkan dengan tahap matlamat yang tertinggi iaitu mencapai sains yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan sains ketuhanan dan ini adalah berbeza dengan sains moden. Tujuan utama sains Islam adalah untuk memenuhi keperluan spiritual manusia terlebih dahulu, dan kemudian barulah keperluan fizikal manusia. Di dalam tradisi Islam, tidak terdapat andaian sains untuk kepentingan sains, malah sains diperlukan bagi memenuhi keperluan bukan sekadar keperluan fizikal manusia, malah juga keperluan spiritual dan keintelektualan manusia.

Salah satu ciri sains moden adalah pemisahan antara sains dan kekudusan, dan oleh itu saintis boleh melakukan aktiviti saintifik mereka tanpa memikirkan konsep kekudusan di dalam sains. Hasilnya, penemuan saintifik tidak mempunyai makna simbolik dan metafizikal dan penemuan mereka hanya dilihat dari aspek keduniaan semata-mata. Di dalam sains Islam, kita tidak boleh memisahkan antara konsep kudus dan alat bagi memperolehi ilmu. Tambahan pula, al-aql tidak boleh dipisahkan dari konsep kudus dan wahyu. Ilmu kudus boleh dilihat dari pandangan holistik yang merangkumi realiti luaran dan dalaman, dan tidak menyokong bahawa pengkotakan realiti atau cabang ilmu yang tidak akan mencapai matlamat doktrin kesatuan. Namun begitu, sains Islam tidak menolak kaedah saintifik di dalam mencari ilmu tentang alam tabii, tetapi sains Islam mengambil kira metodologi saintifik dari perspektif yang lebih luas yang mengambil kira kaedah pemerhatian, induksi, penjelasan dari minda, deduksi, bukti empirikal dan rasional serta kaedah yang lain seperti intuisi sebagai kaedah untuk mencari kebenaran tentang alam. Sains Islam sedar bahawa kaedah saintifik mempunyai

(21)

had dan limitasi di dalam pencarian ilmu tentang alam, dan sains moden yang menganggap bahawa kaedah saintifik merupakan satu-satunya cara mencari kebenaran mampu mencalarkan dan menjejaskan hubungan pelbagai tahap antara hierarki ilmu tentang ciptaan Tuhan.

Menurut pandangan Nasr, sains Islam merujuk kepada sains daripada perspektif sejarah iaitu sains di dalam tamadun Islam dan berdasarkan ilmu tradisi. Selain itu, sains Islam menerima konsep sebab dan akibat sebagai sebahagian daripada pandangan alam Islam. Manusia boleh mengkaji sebab fenomena alam tabii dengan melihat kepada pertalian sebab secara mendatar/melintang (horizontal) dan menegak (vertical).

Pertalian secara mendatar merujuk kepada sebab bagaimana fenomena alam tabii berlaku mengikut hukum alam. Sementara menurut perspektif Islam, kita tidak boleh mengabaikan satu lagi jenis pertalian sebab di dalam mengkaji fenomena alam iaitu pertalian menegak. Pertalian menegak merujuk kepada fenomena alam tabii yang tidak boleh dipisahkan dari campur tangan dan penglibatan Yang Maha Kuasa, iaitu kehendak Tuhan. Nasr menekankan bahawa sains Islam amat bertentangan dengan sains moden. Ini kerana sains moden hanya menerangkan fenomena alam dengan menggunakan pertalian sebab dan akibat secara mendatar/melintang tanpa merujuk kepada pertalian menegak yang merujuk kepada takdir dan kehendak Tuhan yang merupakan kebenaran yang hakiki yang menjadi punca utama di dalam sesuatu sebab fenomena atau kejadian itu berlaku. Namun begitu, sains Islam masih lagi boleh bertolak ansur dengan penemuan di dalam sains moden selagi penemuan tersebut tidak menafikan dan boleh dikaitkan dengan ilmu ketuhanan.

Nasr di dalam artikelnya yang bertajuk The Islamic Worldview and Modern Science (1994a) menerangkan bahawa sains Islam masih lagi boleh mengambil kira peranan sains moden. Walaupun begitu, kita perlu kritikal terhadap persoalan bagi menyerapkan sains moden ke dalam sains Islam dan kita perlu bersikap selektif yakni

(22)

mengambil kira aspek penyerapan mahupun penolakan terhadap sains moden. Sikap ini diperlukan bagi mengelakkan penyerapan berlaku secara keseluruhan dan membuta tuli sehingga tanpa disedari membawa bersama pandangan alam sains moden yang bertentangan dengan pandangan alam Islam dan juga mengelakkan elemen asing sains moden daripada sains Islam.

Usaha penyerapan dan membawa sains moden Barat ke dunia Islam melibatkan persoalan-persoalan seperti:

i) banyak pemimpin Islam yang membawa masuk sains moden Barat, menambah beberapa ciri penting bagi menggabungkan dengan matlamat untuk penjagaan dan pemeliharaan etika-etika Islam di dalam sains tersebut;

ii) ini dianggap perlu untuk kebaikan masyarakat Islam;

iii) walaubagaimanapun, persoalan penyerapan sains moden hanya berlaku secara lengkap, sekiranya kita pada masa yang sama menyerap pandangan alam Barat, dan apabila keadaan ini berlaku, ianya hanya membawa keburukan kepada Islam terutamanya kepada pandangan Islam terhadap realiti, termasuk pandangan kosmik dan metakosmik;

iv) Oleh itu, penyerapan yang disifatkan ‘bijak’ perlu dilakukan yakni berdasarkan kepada prinsip dan keadaan sebenar alam ini;

v) Oleh itu, apa yang diperlukan bagi penyerapan sebegini wujud? Perlunya penyelidikan semula dan formulasi semula dalam pandangan alam Islam.

Contohnya, sains moden perlu dikaji, dikritik, dicerna dan seharusnya elemen-elemen asing yang bertentangan pandangan alam Islam wajib ditolak;

(23)

vi) Namun, langkah ini bukanlah hanya diekstrak atau dicedok dari shariah, kalam, atau fiqh, tetapi haruslah diwujudkan dari haqiqah berdasarkan al-Quran dan sunnah;

vii) Hanya melalui tradisi intelektual ini boleh mengembalikan dan menghidupkan semula pandangan Islam yang tulen dan sebenar tentang ilmu mengenai alam dan persoalan tentang tahap-tahap ilmu.

Di dalam artikel ini juga, Nasr (1994a) mencadangkan lima langkah yang perlu di dalam pembentukan sains Islam yang tulen iaitu:

1) Pengkajian semula sains;

Sains moden mesti dikaji semula dari perspektif Islam dari segi pandangan alamnya, asas falsafah, dan aplikasi sains moden dan lain-lain yang menyebarkan fahaman saintisme dan positivisme yang boleh mempengaruhi keintelektualan Islam. Menurut Nasr, langkah pertama adalah menghentikan sikap mengagungkan sains moden (Nasr 1994a: 42) dan mengkaji tamadun Islam serta pandangan alam Islam bagi mengelakkan perasaan kurang keyakinan di kalangan cerdik pandai Islam.

2) Mengkaji secara mendalam sains moden dan sains tradisional;

Kedua, bagi membentuk sains Islam yang tulen memerlukan kajian yang mendalam terhadap sumber tradisional Islam iaitu al-Quran dan sunnah, dan membentuk konsep Islam di dalam pandangan alam Islam mengenai konsep Islam tentang alam dan sains alam tabii. Nasr juga menekankan kepentingan ijtihad dan penginterpretasian al-Quran dengan menggunakan akal fikiran yang dipandu dengan ilmu ketuhanan. Nasr juga menambah bahawa kajian pandangan alam tradisional dengan berpandukan kepada Tuhan amat berguna bagi memberikan satu alternatif yang baik bagi pandangan alam sains moden.

(24)

Namun begitu malangnya, terdapat ramai orang Islam yang mengkaji sejarah sains, tetapi telah dipengaruhi oleh kefahaman Barat dan merujuk sejarah sains dari perspektif Barat. Sains Islam dan pencapaiannya seharusnya dikaji dari perspektif Islam dan menjadi inspirasi kepada orang Islam untuk menyelesaikan masalah kelesuan Ummah di dalam negara-negara Islam (Nasr 1994a: 44).

Sains Islam bukan sahaja penting untuk dilihat dari perspektif sains seperti yang difahami di dalam pengertian sains pada masa kini, namun sains Islam juga harus difahami mempunyai kepentingan spiritual dan intelektual yang tersendiri. Kajian dan kefahaman adalah penting bagi membina satu jambatan yang mampu menghubungkan antara minda orang Islam dan sains Barat yang kini rata-ratanya dipelajari oleh orang Islam sendiri dan di samping mengekalkan prinsip-prinsip Islam yang dikuasai dan difahami sepenuhnya.

3) Membuka satu babak baru di dalam sains;

Langkah ketiga yang perlu diambil di dalam membentuk sains Islam yang tulen seperti yang diterangkan oleh Nasr adalah membuka satu bahagian yang baru di dalam sains.

Nasr menekankan bahawa pelajar Islam perlu dibenarkan mempelajari apa jua bidang di dalam sains moden terutamanya di peringkat yang tertinggi. Ini membolehkan mereka menguasai kepakaran di dalam bidang-bidang sains moden yang tertentu, dan kemudian mengkritik asas teori dan falsafah di dalam bidang tersebut. Kemudian, menurut Nasr, menerusi penguasaan terhadap sains moden, kita perlu cuba mengislamkan sains dengan mengambil langkah seterusnya berdasarkan pandangan alam Islam dan membezakan dengan apa yang berdasarkan fakta saintifik dan bagaimana fakta tersebut diterjemah secara falsafah (Nasr 1994a: 45). Orang Islam tidak akan mampu memahami, mengkritik, menghubungkan atau menjadi lebih maju dari sains moden tanpa menguasai bidang-bidang di dalam sains moden itu sendiri. Nasr menerangkan

(25)

bahawa saintis Islam yang bekerja di dalam ruang lingkup sains moden dan mempunyai ilmu tentang pandangan alam Islam mampu mengubah bentuk sains selaras dengan sains yang dianjurkan oleh sains Islam. Nasr menambah bahawa, dengan membuka satu bahagian baru di dalam sejarah sains Islam dengan menghubungkannya dengan sains moden yang telah diasingkan bahagian buruk sains moden seperti limitasi teori sains, bahaya saintisme, pemisahan sains moden dengan etika, dan krisis antara manusia dan alam disebabkan oleh penggunaan sains moden yang membuta tuli tanpa penilaian yang kritikal, mampu menyelesaikan masalah Ummah.

Aplikasi sains dan teknologi moden secara membuta tuli, pemisahan sains moden daripada etika, dan penafian terhadap peranan Tuhan menjadi ancaman kepada alam dan menyumbangkan kepada kemusnahan alam tabii. Seperti yang ditegaskan oleh Nasr, sains moden merupakan satu alat serampang dua mata yang boleh menghasilkan keajaiban contohnya di dalam dunia perubatan, pertanian tetapi pada masa yang sama, boleh juga menyebabkan tragedi seperti penghasilan bahan-bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran yang teruk. Walaupun begitu, dengan adanya kebangkitan semula sains Islam yang tulen mampu mengelakkan kesan negatif daripada aplikasi sains dan teknologi.

4) Menghidupkan semula sains Islam tradisional;

Satu lagi langkah yang disebutkan oleh Nasr adalah menghidupkan semula sains Islam tradisional, contohnya di dalam pertanian dan perubatan. Ini dapat meningkatkan keyakinan di kalangan orang Islam untuk menghargai budaya mereka sendiri dan menghindarkan monopoli sains dan teknologi moden dan langkah ini harus dimulakan dengan mengambil sains Islam tradisional secara serius dan kritikal. Kebangkitan semula sains Islam tradisional membolehkan kita membina jambatan bagi menghubungkan di antara sarjana tradisional dan pengamal sains moden.

(26)

5) Penyatuan semula antara sains dan etika;

Seperti yang diterangkan di atas, pemisahan etika di dalam sains moden telah menyebabkan kemusnahan alam dan langkah yang penting adalah membentuk sains Islam yang tulen dengan menyatukan sains dan etika menerusi struktur teori dan asas falsafah di dalam sains. Penyatuan semula sains dan etika akan menentukan bentuk sains yang dihasilkan. Islam menolak pemisahan antara agama, sains dan falsafah, begitu juga dengan sains dan etika yang mampu membawa kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan keseluruhan umat manusia.

Isu di dalam Islam dan sains moden telah menarik perhatian dan minat pelbagai sarjana Islam untuk turut serta memberi sumbangan dalam wacana pemikiran yang berkaitan dengan isu-isu tersebut. Timbul juga minat pada negara-negara Islam untuk menggunakan dan mengambil sains dan teknologi moden dengan niat dan tujuan untuk meningkatkan ekonomi, ketenteraan dan kuasa politik tanpa membuat perhitungan secara kritikal terlebih dahulu. Walaupun begitu, sains dan teknologi moden sepatutnya perlu dianalisa dari perspektif Islam, tradisi Islam dan memberi kritikan terhadap sains moden mengikut pandangan Islam kerana:

i) keengganan mengkaji dan belajar sains Barat secara kritikal akan menyebabkan orang Islam berpandangan bahawa sains Barat merupakan kesinambungan dari sains Islam tanpa menyedari sebenarnya terdapat anjakan paradigma pada zaman pertengahan dan zaman sains moden yang mengubah sifat sains Barat pada masa kini.

ii) terdapatnya hubungan di antara sistem nilai dan sains moden itu sendiri.

Perlu diakui bahawa sains moden itu sarat dengan nilai yang berbeza dari pandangan alam Islam dan perkara ini perlu dianalisa dan dikaji secara kritikal. Perlu juga disedari bahawa sains moden itu tidak universal,

(27)

tetapi dilahirkan dan diasaskan oleh faktor-faktor tertentu yang merujuk kepada sifat kedaerahan yakni merujuk kepada falsafah Eropah pada zaman tertentu.

Merujuk kepada persoalan tentang nilai, secara langsung ini juga merujuk kepada persoalan etika. Walaupun seorang saintis mungkin orang yang beretika, tetapi ciri-ciri dalam aktiviti sains moden yang dijalankan itu sendiri dianggap tidak beretika.

Contohnya dalam pembuatan, pembinaan, penciptaan bom nuklear oleh ahli-ahli fizik.

Sarjana Islam haruslah dapat mempertahankan tradisi intelektual Islam untuk meneruskan pandangan Islam tentang alam tabii yang juga mencerminkan etika Islam, tanpa meminggirkan kedudukan sains moden yang juga dapat dilihat daripada perspektif Islam.

Kosmologi agama ditolak dan dipinggirkan di dalam sains moden dan ini membahayakan sains itu sendiri. Pemikiran Nasr yang mengandungi unsur neo- Platonisme berpendapat bahawa alam ini ada kaitan dengan kerohanian, tetapi pendapat ini sama sekali bertentangan dengan sains moden yang menolak ciri kerohanian di dalam sains moden. Sains haruslah dianalisa secara kritikal dari perspektif Islam dan bukan hanya semata-mata apabila ingin menerima sesuatu teori sains atau hipotesis sains, dan ingin menentukan kebenaran dalam kes-kes tertentu, ayat-ayat al-Quran yang berkaitan diterjemah untuk menyokong kebenaran ilmu sains moden tersebut. Daripada pandangan Islam, rujukan utama haruslah datang daripada al-Quran dan hadis, tetapi bukan sains sebagai sumber rujukan utama menentukan kebenaran. Kritikan-kritikan Islam terhadap sains moden adalah perlu kerana sains moden mendakwa dirinya mengkaji realiti alam ini seperti mengkaji ciptaan-ciptaan tuhan.

Ringkasnya, Nasr menganalisa sains moden dengan memberi kritikan berdasarkan perspektif tradisional Islam dan sains. Beliau menekankan empat kritikan utama terhadap sains moden (Nasr 1994a: 33-50). Pertama, berkaitan dengan perubahan

(28)

paradigma di dalam sains moden sewaktu revolusi saintifik telah menyebabkan satu falsafah baru berkaitan alam tabii dan sains. Kedua, tentang hubungan di antara sistem nilai dan sains moden. Beliau menerangkan bahawa sains berdasarkan kepada satu sistem nilai dan pandangan alam tertentu, dan oleh itu, Nasr menegaskan bahawa sains moden mencerminkan dan menggambarkan pandangan alam Barat. Ketiga, tentang sifat tidak beretika sains moden yang membawa kesan negatif. Sains moden boleh diibaratkan seperti serampang dua mata yang boleh membawa kebaikan, dan pada masa yang sama boleh membawa keburukan. Di dalam menangani persoalan penggunaan sains Barat memerlukan satu penilaian kritikal yang melibatkan penyerapan dan penolakan elemen-elemen tertentu di dalam sains moden berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Keempat, sikap neutral sains moden yang menafikan peranan dan kewujudan Tuhan di dalam sistem sains moden.

Sains Islam berasal daripada al-Quran dan mengandungi doktrin tauhid. Seperti yang diterangkan di atas, Nasr menerangkan empat ciri dan sifat utama sains Islam (Nasr 1994b: 9-20). Pertama, konsep kesatuan merupakan syarat utama di dalam sains Islam dan kerangka kerjanya. Prinsip kesatuan merujuk kepada prinsip ketuhanan, dan sumber rujukan yang paling penting dan utama adalah ilmu ketuhanan. Kedua, hubungan di antara sains dan realiti mesti wujud dan matlamat tertinggi sains Islam adalah untuk mengenali tanda-tanda kewujudan Tuhan. Sains Islam mestilah mempunyai aspek teleologi yang mengandungi tujuan dan matlamat, serta untuk mencapai keperluan untuk kesempurnaan spiritual terlebih dahulu berbanding dengan keperluan dari segi fizikal. Ketiga, sains Islam tidak boleh memisahkan instrumen ilmu di dalam sains dengan konsep kudus. Sebagai contoh, al-aql tidak boleh dipisahkan dari konsep kudus dan cahaya wahyu. Sains Islam tidak menghadkan kaedah pencarian ilmu, tetapi menerima semua metodologi di dalam usaha mendapatkan ilmu, dan oleh itu, sains Islam boleh berkongsi dan menerima metodologi saintifik sebagai sebahagian

(29)

metodologi di dalam sains Islam. Sains Islam menolak limitasi atau had di dalam metodologi kerana limitasi ini boleh menjejaskan hubungan di antara sains dan Tuhan, sains dan alam, sains dan manusia dan sebagainya. Keempat, sains Islam mesti menerima sebab dan akibat di dalam dua pertalian yang utama dan saling berkaitan iaitu pertalian melintang dan menegak. Pertalian mendatar/melintang mampu menjelaskan kronologi sesuatu fenomena atau kejadian alam yang biasanya boleh dikaji menggunakan kaedah sains, dan pertalian menegak merujuk kepada kehendak Tuhan yang menyebabkan sesuatu fenomena atau kejadian berlaku dan oleh itu, kedua-dua pertalian ini dapat membantu manusia memahami kejadian alam tanpa melupakan dan menafikan campur tangan Tuhan di dalam menguruskan alam ini.

Sains Barat juga dikaitkan dengan sains moden membawa banyak kesan kepada dunia Islam. Pada peringkat awal penyerapan sains Barat ke dunia Islam, dapat dilihat terdapat dua sikap utama yang ditonjolkan dikalangan orang Islam di negara-negara Islam (Nasr 1988: 45-57). Pertama, kebanyakan sarjana Islam seperti Jamal al-Afghani menerima sains Barat tanpa menilai secara kritikal terhadap falsafah dan metodologi sains. Walaupun begitu, terdapat kumpulan kedua yang terdiri daripada sarjana Islam kelas tradisional yang cuba mengkritik sains Barat, tetapi tidak mampu untuk menyediakan satu penilaian yang kritikal terhadap sains moden berdasarkan kriteria Islam dan mereka mengambil sikap menolak dan tidak mahu mempelajari sains Barat.

Selepas perang dunia kedua, sebilangan orang Islam berhijrah ke Barat, dan pada masa yang sama, krisis yang disumbangkan oleh sains Barat juga meningkat. Satu kesedaran baru mula tumbuh dikalangan mereka dan mendorong mereka untuk mengambil langkah memeriksa dengan rapi sistem pengajaran sains moden dan cuba mengislamkan sains. Sains perlu dinilai secara kritikal dan diperiksa dengan rapi untuk digunakan di dalam negara-negara Islam.

(30)

Nasr menjelaskan bahawa untuk mengambil dan menghadapi cabaran situasi semasa, saintis Islam dan intelektual Islam perlu menguasai sains moden secara mendalam, mempunyai keimanan yang kuat dan menggunakan kerangka kerja Islam bagi memulakan langkah baru di dalam memandu dan mengarahkan sains mengikut paradigma Islam. Mereka juga perlu menguasai secara mendalam falsafah dan metodologi sains dan mesti mengetahui pelbagai corak pemikiran di dalam tradisi keintelektualan Islam daripada segi epistemologi, konsep Islam tentang alam tabii dan falsafah Islam tentang sains. Ringkasnya, kita perlu menguasai sains moden, mengkritiknya, membentuk paradigma baru berdasarkan sumber Islam, membina lembaran baru di dalam sejarah sains Islam berdasarkan kepada tradisi sains Islam dan akhirnya membentuk satu sains Islam yang secara idealnya mampu menghubungkan semua elemen positif sains moden ke dalam pandangan alam Islam. Oleh itu, Nasr melihat bahawa pengislaman sains melibatkan integrasi kritikal, penyerapan dan penolakan di dalam sains moden dan menggunakan hasil integrasi pengekstrakan elemen-elemen positif di dalam sains moden untuk digunakan di dalam kerangka kerja Islam.

4.2.0 Tokoh Pemikir Islam Kedua: Ismail al-Faruqi.

Ismail Raji al-Faruqi atau juga dikenali dengan Ismail al-Faruqi merupakan tokoh penting yang secara langsung dikenali sebagai perintis dan ideologis di dalam wacana pengislaman ini. Beliau seorang sarjana Palestin telah berhijrah ke Amerika Syarikat, dan merupakan individu yang telah menghasilkan satu panduan mengenai pengislaman ilmu. Hasil karya beliau telah menjadi asas dan sumber utama dalam meluaskan lagi perbincangan dalam pengislaman ilmu ini.

(31)

Beliau dilahirkan di Palestin pada tahun 1921 dan mendapat pendidikan awal di dalam asas pendidikan agama tradisional, dan kemudian menyambung pengajian di French Dominican College of the Freres of St. Joseph pada tahun 1926, dan selepas itu di American University of Beirut, Lebanon dan telah dianugerahkan ijazah sarjana muda di sana. Setahun selepas itu, beliau diterima masuk ke Indiana University’s Graduate School of Arts and Sciences dan memperolehi ijazah sarjana di dalam bidang falsafah pada tahun 1949. Sejurus selepas itu, beliau mendalami lagi bidang falsafah ini di jabatan falsafah di Harvard University dan beliau memperolehi ijazah sarjana yang kedua di dalam bidang falsafah pada tahun 1951 dengan tesis yang bertajuk Justifying the Good: Metaphysics and Epistemology of Value. Walaupun begitu, beliau kembali ke Indiana University dan menghantar tesis beliau di jabatan falsafah. Pada tahun 1952, beliau menerima ijazah doktor falsafah dari Indiana University, USA. Oleh itu, dapat dilihat asas pendidikan dan latar belakang akademik beliau menjurus kepada latar belakang yang mendalam terhadap falsafah klasik dan pemikiran tradisi Barat.

Beliau menyambung pengajian di dalam bidang pengajian Islam di al-Azhar, Cairo (1954-1958) untuk membuat penyelidikan post-doctoral dalam bidang pengajian Islam dan di antara 1959-1961, beliau mengkaji Judaism dan Christianity di Faculty of Divinity di McGill University di Montreal, Kanada. Selain mendapat pendidikan formal di dalam pelbagai bidang pengajian falsafah, beliau juga terlibat di dalam pengajaran akademik di beberapa institusi contohnya di Pakistan di Central Institute for Islamic Research, serta termasuklah institusi-institusi lain seperti Institute of Islamic Studies di McGill University, Central Institute of Islamic Research di Karachi, Institute of Higher Arabic Studies of the league of Arab States, Cairo University, al-Azhar University, dan Syracuse University. Akhirnya, beliau telah dilantik sebagai profesor di Department of Religion di Temple University pada tahun 1968 sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 27 Mei 1986. Selama tiga tahun di Pakistan, telah memberi

(32)

banyak peluang kepada beliau untuk mengaplikasikan falsafahnya kepada agama, atau lebih mudahnya mengaplikasikan agama terhadap falsafah sekular moden dan memberi peluang kepada beliau untuk memulakan platform bagi menjana wacana intelektual berdasarkan pertembungan di antara Islam dan Barat. Selepas di Pakistan, beliau kembali ke Amerika Syarikat dan menjadi professor pelawat di Department of Religion di Syracuse University dan membantu dalam program pengajian Islam di sana. Tempat terakhir beliau bertugas adalah di Department of Religion, di Temple University sebagai profesor di Philadelphia dari tahun 1968 sehingga 1986. Ringkasnya, sumbangan beliau dalam pelbagai bentuk termasuklah mengajar, penasihat, dan membantu di dalam membuat program pengajian Islam di dalam beberapa negara termasuklah Pakistan, India, Malaysia, Egypt, Iran, Libya dan Arab Saudi (Leif Stenberg 1996: 154).

Di dalam menceritakan kehidupan al-Faruqi, terdapat perubahan yang nyata terhadap falsafah hidup beliau yang pada awalnya banyak dipengaruhi oleh nasionalisme Arab, dan kemudian falsafah Eropah dan Amerika, kepada seorang yang menumpukan kepada penekanan keimanan sebagai seorang Islam. Menurut Ba-Yunus, perubahan penting ini jelas kelihatan sewaktu perpindahan beliau dari Syracuse ke Temple University di Philadelphia, dan dipengaruhi ketika penglibatan beliau di dalam Muslim Students Association (MSA) yang mengubah secara drastik konsep hidup al- Faruqi sendiri. Di Amerika, al-Faruqi menumpukan perhatiannya kepada bidang pengajian Islam dan terlibat di dalam pengasasan Islamic Studies Group of the American Academy of Religion dan memegang jawatan sebagai pengerusi, selain menjadi timbalan presiden untuk Inter-Religious Peace Colloquium dan Muslim- Jewish-Christian Conference. Menurut Ba-Yunus (Leif Stenberg 1996: 154-155), penglibatan beliau di dalam MSA banyak mengubah sifat dan karakter organisasi tersebut daripada sebuah organisasi yang ketat dan konservatif, kepada organisasi yang menganjurkan Islam dengan wajah yang lebih bersifat rasional dan berpengetahuan.

(33)

Latar belakang pendidikan dan latihan beliau di dalam bidang falsafah serta pengalaman beliau sebagai profesor membantu di dalam membina komitmen baru beliau terhadap Islam. Beliau berkeupayaan menjelaskan prinsip-prinsip Islam dari segi pemikiran dan

‘bahasa Barat’ bagi memperlihatkan kepada orang ramai kerelevanan dan kepraktikalan Islam di dalam zaman moden ini sebagai satu ideologi yang universal.

Selain daripada aktiviti-aktiviti itu, beliau merupakan individu yang utama dalam penubuhan International Islamic University di Kuala Lumpur dan Islamabad, dan sebuah Department of Revealed Knowledge yang bertujuan untuk meneruskan agenda program pengislaman ilmu (Mona Abaza 2002: 80). Beliau juga sarjana yang terkenal aktif dalam wacana pengislaman, dan beliau juga telah menulis, menyunting, dan menerbitkan serta menterjemah 25 buku, dan lebih seratus artikel, seperti yang dijelaskan oleh Mona Abaza (2002: 78) yang memperlihatkan minat dan kesungguhan beliau di dalam masalah budaya dua dunia yakni Islam dan Barat serta mempertahankan kedudukan Islam bagi mencari benteng yang kukuh dalam menangani kemasukan budaya Barat menerusi sains dan teknologi. Wacana pengislaman ilmu ini didirikan atas dasar matlamat yang ideal bahawa Islam merupakan agama yang bersifat praktikal dan bukan semata-mata berfungsi untuk acara ritual dan spiritual seperti yang diamalkan di madrasah-madrasah atau institusi pendidikan bersifat tradisional, malah lebih daripada itu.

4.2.1 Gambaran Umum Pemikiran Ismail al-Faruqi

Dengan berbekalkan latar belakang dalam falsafah klasik dan pemikiran tradisi Barat, membolehkan beliau cuba membina pandangan alam yang menjadi asas dalam ilmu berdasarkan perspektif Islam. Perubahan sikap beliau daripada Arabism kepada keprihatinan terhadap masalah umat Islam di dunia dapat dilihat daripada penulisan beliau. Selain itu, penekanan kandungan utama penulisan beliau adalah masalah utama

(34)

umat Islam iaitu dominasi ilmu Barat dan keimanan umat Islam yang lemah untuk menghalang daripada dominasi ilmu ini terus berlaku, di samping hanya menjadi pengguna sains dan teknologi Barat tanpa menilainya secara kritikal.

Bagi pandangan beliau, ilmu tidak boleh dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu, malah ianya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Sains dan teknologi adalah pemacu utama kepada modeniti dan kekuasaan. Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa di dalam proses menuju kepada kemajuan sains dan teknologi, tidaklah semestinya kita menolak peranan Tuhan dan metafizik, dan idea pemikiran ini jelas digambarkan oleh beliau di dalam artikel yang bertajuk The Causal and Telic Nature of the Universe (Miriam Abdul Halim 2007, dipetik daripada al-Faruqi 1983:90). Beliau juga menekankan bahawa sains, teknologi dan Islam amat berkait rapat di dalam perspektif orang Islam dan merupakan keperluan yang penting di dalam kehidupan (Miriam Abdul Halim 2007). Oleh itu, melalui pengislaman ilmu, integrasi ini mampu dicapai untuk mengatasi masalah kemunduran ummah.

Pemikiran al-Faruqi tentang tauhid melambangkan bahawa konsep tauhid ini merupakan intipati Islam dan asas bagi tamadun Islam. Namun demikian, konsep tauhid ini mampu diterjemahkan di dalam pencarian ilmu pengetahuan. Oleh itu, al-Faruqi amat menekankan bahawa orang Islam mesti menguasai semua ilmu disiplin moden, dan kemudian mengintegrasikan dengan pandangan alam Islam. Beliau percaya bahawa di dalam hubungan antara sains dan modenisasi, terdapat satu jurang kekosongan yang memerlukan penghayatan intelektual yang tinggi bagi membolehkannya diamalkan di dalam kehidupan manusia, dan kekosongan itu perlu diisi oleh Islam. Islam memberikan asas yang kukuh berdasarkan kepada rasionaliti dan pendekatan yang kritikal yang boleh dibuktikan melalui perspektif sejarah kejayaan tamadun Islam. Di dalam Islam and Other Faiths (1978), Islam memberikan asas yang kukuh bagi suatu dialog yang konstruktif yang membolehkan kesedaran untuk mewujudkan dunia yang

(35)

baru yang berdasarkan kepada kepatuhan kepada Tuhan dan kepentingan untuk manusia sejagat.

4.2.2 Pemikiran Ismail al-Faruqi tentang Islam dan Kritikan Terhadap Sains.

Al-Faruqi mengabdikan sepenuh kehidupannya untuk membawa kembali umat Islam kepada kefahaman sebenar tentang Islam, kesatuan ketuhanan dan implikasinya terhadap kehidupan ummah. Intipati Islam adalah tauhid, yang mewakili keseluruhan intisari dan asas beragama Islam. Di dalam penulisannya al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life (al-Faruqi 1992) cuba menjelaskan tentang doktrin asas Islam yang dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang saling berkaitan, termasuklah sejarah, perbandingan agama, antropologi, falsafah, etika, epistemologi dan arkeologi. Beliau menerangkan konsep tauhid sebagai satu pengalaman beragama dan satu pandangan alam.

Di dalam pengalaman beragama, nama Tuhan, “Allah” mengisi tempat utama di dalam kehidupan, tindakan serta pemikiran setiap orang Islam, pada setiap masa dan ketika (al-Faruqi 2000). Bagi mengenali Allah, manusia diberi wahyu dan dianugerahkan dengan deria, kemampuan untuk pentaakulan dan kefahaman, gerak hati dan lain-lain bagi memudahkan manusia menemui ketetapan Ilahi. Ketetapan ini termasuklah dalam alam semulajadi, perasaan dan hubungan. Alam semulajadi memerlukan peraturan sains alam untuk memahaminya, sementara perasaan dan hubungan pula memerlukan daya deria moral dan etika (al-Faruqi 2000: 8). Tauhid sebagai satu pandangan alam pula ialah merasa yakin dan saksi bahawa “tiada tuhan melainkan Allah”, dan kenyataan ini merupakan kenyataan paling bermakna dan lengkap dalam agama Islam, dan menggambarkan keseluruhan budaya, tamadun, sejarah, ilmu pengetahuan dan lain-lain (al-Faruqi 2000: 11). Tauhid juga merupakan

(36)

pandangan umum tentang kebenaran, kenyataan, dunia, ruang dan masa, sejarah dan takdi

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi negara kita Malaysia, hasrat membantu mengembalikan kegemilangan tamadun Islam cuba dipugar dengan penumpuan kepada membentuk ciri-ciri masyarakat bertamadun (mujtama’

Namun, hanya selang beberapa baris kemudian, kita dikejutkan dengan perubahan yang agak mendadak pada diri Bentara – daripada seorang penyokong Jeumaloi Alam yang amat setia

Berhadapan dengan dominasi penguasaan dunia barat ini, khususnya yang membabitkan kajian terhadap ajaran Islam, IPTA umat Islam perlu membangunkan disiplin occidentalismee

Pendidikan Untuk Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar Bagi Orang Awam dalam Persidangan Penerapan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Masyarakat: Universiti

Kecanggihan zaman sains dan teknologi telah membawa berbagai-bagai peralatan yang moden untuk merawat pesakit yang kronik atau sebaliknya. Namun permasalahan masih lagi

dengan pembinaan semula teori merupakan fasa yang amat sukar, telah dilakukan oleh ASASI (contohnya Shaharir Mohamad Zain) 13. Terdapat banyak usaha pengislaman pada tahun

Daripada ujian Anova sehala yang dijalankan di antara umur dengan pandangan masyarakat Pasir Mas tentang syarat-syarat untuk menjadi pemimpin dalam parti menurut

Dalam Program Sains Sekitaran, penekanan diberikan kepada kefahaman pelajar terhadap asas sains alam sekitar, isu berkaitan yang melibatkan pelbagai pihak