• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 312– Teori Kesusasteraan Mutakhir : Perspektif Perbandingan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 312– Teori Kesusasteraan Mutakhir : Perspektif Perbandingan "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

...2/-

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JMK 312– Teori Kesusasteraan Mutakhir : Perspektif Perbandingan

Masa: 3 jam

_________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

...3/- [JMK 312]

- 2 -

1. Berdasarkan teori sosiologi bincangkan secara kritis kekuatan watak dan perwatakan Salina dalam novel Salina oleh A.Samad Said.

(25 markah)

2. Puisi berjudul “Hayat” karya Arifin Arif menitipkan falsafah Abadi. Puisi ini mampu dihayati secara lebih berkesan dengan mengaplikasikan Teori Sastera Islam. Bincangkan. (Lihat Lampiran A).

(25 markah)

3. Berpandukan ciri-ciri Teori Pasca-kolonial, kenalpasti bentuk kebencian anak watan terhadap penjajah yang dipaparkan oleh Keris Mas dalam cerpen “Kejadian Dalam Estet” dan “Mereka Tidak Mengerti”.

(25 markah)

4. Menurut pendapat anda apakah keistimewaan teori-teori kesusasteraan Timur berbanding teori Barat? Bincangkan dengan berlandaskan cerpen “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” karya Keris Mas.

(25 markah)

5. Kesusasteraan Bandingan merupakan disiplin ilmu kesusasteraan yang sangat berpengaruh. Hal ini disebabkan oleh beberapa keistimewaannya. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan secara kritis.

(25 markah)

6. Puisi Melayu Klasik mempamerkan keindahan bahasa dengan maksud yang mendalam dan bermakna. Berdasarkan empat rangkap pantun yang diberi dalam Lampiran B, bincangkan ketepatan penyataan tersebut dengan mengaitkannya dengan Teori Estetika Melayu.

(25 markah)

(3)

...4/- [JMK 312]

- 3 -

Lampiran A

Hayat

Pesawat runduk di sebaik azan puisi-puisi kasih kuhabiskan ini warkah dan kalam rawan kucatat dari awan

daku membawa kabus warna batin bagai kapas debar kasih di kertas

perenggan-peranggan keagungan ilmu menjelajahi rahsia angkasa menemukan rahmat cinta

sayap pesawat mengepakkan hikmah kasih-Nya dalam jambak abid

perjalanan menjaring iktibar mengenangkan hayat

sebagai musafir Kota Kinabalu

(Sewaktu Pesawat Runduk: 2014 : 31)

(4)

...5/- [JMK 312]

- 4 -

Lampiran B

Buah bacang setangkai leset, Mari dikendong dalam kain, Dua dipancing satu tak lekat, Baik beralih tempat yang lain.

Orang belayar ke Majapahit, Sayang sekoci kapal Melayu, Kalau sudah kain tak baik, Bebas sehelai rosak sekayu.

Zaman tatkala raja di Kelang, Sukat diukur tali ulang, Budi sedikit bilakan hilang, Sudah serap di dalam tulang.

Ada satu panglima bukit, Pantas bertikam bagai pelesit, Tuan laksana sutera songket, Saya carik bila terhimpit.

(Hati Mesra, Pantun Melayu Sebelum 1914, Suntingan Hans Overbeck 2004)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Puak-puak yang berkonflik menggambarkan fenomena yang agak ekstrim dan meninggalkan kesan yang amat buruk dalam masyarakat.. Berlandaskan teori Sosiologi, bincangkan

Bincangkan dua (2) daripada tiga (3) teori sastera rakyat di bawah bagi meletakkan kedudukan sastera rakyat yang bernilai estetika.. Terdapat beberapa aspek teori

Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan “Tuhan, Kita Begitu Dekat” oleh Abdul Hadi W.M adalah karya Mistik Islam yang lahir daripada pengalaman cinta

Dengan memilih salah satu teori hubungan etnik, huraikan teori tersebut berpandukan contoh-contoh yang sesuai dalam konteks Malaysia..

Rahman itulah yang bernama wujud Keadaan Tuhan yang sedai ma’bud Kenyataan Islam Nasrani dan Yahud Dari Rahman itulah sekalian maujud. Ma’bud itulah

Berdasarkan pembacaan dan penelitian anda terhadap mana-mana novel tempatan, tulis satu analisis kritis dengan mengaplikasikan satu teori tempatan.. (25 markah) Cerpen

Terangkan Empat Teori Akhbar dan bincangkan dengan contoh-contoh mengapa teori tersebut gagal menerangkan sistem media di Malaysia?. 4 Media memainkan peranan penting dalam

Bahagian KESIMPULAN setiap Bahagian dijelaskan dengan hasil dapatan kajian.. Komen diberi berdasarkan pada teori