• Tiada Hasil Ditemukan

Keusahawanan sosial terbaik institusi masjid dalam membangun modal insan: Kajian kes di daerah Seberang Perai Utara 2014-2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Share "Keusahawanan sosial terbaik institusi masjid dalam membangun modal insan: Kajian kes di daerah Seberang Perai Utara 2014-2019"

Copied!
277
0
0

Tekspenuh

(1)

The copyright © of this thesis belongs to its rightful author and/or other copyright owner. Copies can be accessed and downloaded for non-commercial or learning purposes without any charge and permission. The thesis cannot be reproduced or quoted as a whole without the permission from its rightful owner. No alteration or changes in format is allowed without permission from its rightful owner.

(2)

KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK INSTITUSI MASJID DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN: KAJIAN KES DI DAERAH SEBERANG

PERAI UTARA 2014-2019

MOHD IKHMAL BIN FADZIL

DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2022

(3)

KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK INSTITUSI MASJID DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN: KAJIAN KES DI DAERAH SEBERANG

PERAI UTARA 2014-2019

MOHD IKHMAL BIN FADZIL (903547)

Tesis ini dikemukakan ke Ghazali Shafie Graduate School of Government bagi memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah

Universiti Utara Malaysia

(4)
(5)
(6)

KEBENARAN MENGGUNA

Dalam membentangkang tesis ini bagi memenuhi syarat sepenuhnya untuk ijazah Doktor Falsafah (PhD)/ Sarjana, Universiti Utara Malaysia, saya bersetuju bahawa Perpustakaan Universiti boleh secara bebas membenarkan siapa sahaja untuk memeriksa. Saya bersetuju bahawa penyelia saya atau jika ketiadaannya, Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) diberi kebenaran untuk membuat salinan tesis ini dalam sebarang bentuk, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, bagi tujuan kesarjanaan. Adalah di maklumkan bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau kegunaan tises ini sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya daripadanya bagi tujuan keuntungan kewangan, tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulias dari saya. Juga dimaklumkan bahawa pengiktirafan harus diberi kepada saya dan Universiti Utara Malaysia dalam sebarang kegunaan kesarjanaan terhadap sebarang petikan daripada tesis saya.

Sebarang permohonan untuk menyalin atau menggunakan mana-mana bahan dalam tesis ini, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya hendaklah di alamatkan kepada:

Dekan (Ghazali Shafie Graduate School of Government)

UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman

(7)

ABSTRAK

Keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial dengan imej perniagaan seperti disiplin, inovasi dan penentuan. Selain itu, keusahawanan social menggunakan pendekatan keusahawanan untuk membongkar masalah sosial dan menanganinya dengan cara yang mendatangkan kemenangan kepada kedua-dua pihak. Bidang keusahawanan juga merupakan satu ibadah dan ia mampu menarik lebih ramai ahli masyarakat memakmurkan diri dengan masjid. Kewujudan pusat aktiviti ekonomi di perkarangan masjid memberi nafas baru. Institusi masjid dapat diperkukuhkan lagi peranannya dengan mewujudkan aktiviti bernilai keusahawanan bagi menjana ekonomi masjid di samping membantu kembali institusi masjid dalam melaksanakan program-program berkesan untuk pengimarahan masjid melalui dana daripada aktiviti keusahawanan sosial. Kajian ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang wujud dalam institusi masjid. Antara permasalahan utama yang digariskan dalam pelan strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah pengurusan institusi masjid yang tidak efisien yang memberi gambaran kurang baik kepada pihak pengurusan Institusi Islam dan masalah jumlah pengimarahan masjid. Kajian ini juga adalah untuk menilai peranan pengurusan institusi masjid di Seberang Perai Utara dalam menjayakan keusahawanan sosial untuk menangani persepsi negatif terhadap pihak pengurusan masjid dan menentukan program program keusahawanan sosial terbaik bagi institusi masjid dalam meningkatkan jumlah pengimarahan institusi masjid.Usaha murni institusi masjid dalam membangunkan keusahawanan sosial mampu menaikkan imej positif bukan sahaja kepada pihak pentadbiran masjid malahan pihak pentadbir hal ehwal Islam di negeri Pulau Pinang. Dengan adanya kajian menyeluruh bagi mengenalpasti peranan pengurusan masjid yang terbaik dan program keusahawanan sosial yang terbaik maka ianya dapat digunapakai oleh institusi masjid bagi menambah pendapatan sekaligus meningkatkan capaian modal insan melalui pengimarahan masjid secara menyeluruh.

Kata Kunci : Keusahawanan, Keusahawanan Sosial, Institusi Masjid, Modal Insan, Pengurusan

(8)

ABSTRACT

Social entrepreneurship combines the spirit of social mission with business images such as discipline, innovation and determination. In addition, social entrepreneurship employs an entrepreneurial approach to unraveling social issues and tackles them in a way that brings positive impact to both parties. The area of entrepreneurship is also a way of worship and it is able to attract more members of society to the mosque.

Mosque institutions can be further reinforced by creating entrepreneurial activities to generate positive economy as well as assisting the institution of mosques in implementing effective programs for the mosques through funds from social entrepreneurial activities. This study finds that there are some problems that exist in mosque institutions. Among the major issues outlined in the strategic plan of the Penang Islamic Affairs Department is the inefficient institutional management of the mosque which illustrates the lack of Islamic management and the problem of attracting target members of society to the mosques. This study is also to evaluate the role of mosque institution management in Seberang Perai Utara by using effective social entrepreneurship platform to address the negative perceptions of the mosque management and to determine the best social entrepreneurship programs for mosque institutions in increasing the number of members of society to the mosque institutions. This study will use qualitative method to obtain and analyze data in order to proves the objectives of this study. Social entrepreneurship is capable of raising positive images not only to the administration of the mosque but also the administration of Islamic affairs in the state of Penang. This comprehensive study to identify the best mosque management role and best social entrepreneurship program can be used by mosque institutions to increase income as well as enhance human capital reach through overall mosque administration.

Keywords: Entrepreneurship, Social Entrepreneurship, Mosque Institution, Mosque Institution, Human Capital, Management

(9)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi dengan izin dan berkat-Nya, saya dapat menyiapkan tesis ini. Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada penyelia saya dalam pengajian ini iaitu Prof.Madya Dr.

Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Dr. Kamarul Azman Khamis yang tidak pernah jemu memberi panduan dan motivasi dalam menyiapkan penulisan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Masjid At Taqwa Bertam Indah, Masjid Abdullah Fahim dan Masjid Jamiul Jalal Pajak Song dan ahli-ahli kariah yang terlibat menjayakan kajian ini. Penghargaan juga dipanjangkan kepada Pengerusi Masjid At-Taqwa Bertam Indah merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah memberi sokongan dalam menjayakan penulisan tesis ini sejak dari awal pengajian. Selain itu tidak dilupakan terima kasih kepada semua rakan-rakan di Maybank Islamic, Coopbank Pertama, Kolej SEGI, UiTM dan KITAB Pulau Pinang dan staf-staf di UUM Sintok Kedah.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada isteri yang dikasihi Nurul Nadia Zulkifli dan anak-anak, Muhammad Khalish dan Muhammad Irfan, ayahanda Fadzil Abdullah dan bonda Rafidah Mohd Radzi, Ayahlong Marzuki Sulaiman, mertua di Kelantan dan seluruh keluarga diatas doa dan kesabaran sepanjang menyiapkan kajian ini.

Disedekahkan Alfatihah kepada arwah ibu saudara Rohani Mohd Radzi dan arwah Maktok Hjh.Che Gayah yang telah pergi mengadap Illahi. Terima kasih semua.

(10)

ISI KANDUNGAN

KEBENARAN MENGGUNA i

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

PENGHARGAAN iv

ISI KANDUNGAN v

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB SATU : PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.2.1 Kegemilangan Masjid pada zaman Rasulullah 3 1.2.2 Permulaan Perkembangan Tamadun Islam 9

1.2.3 Pembinaan Institusi Masjid 10

1.2.4 Masjid di Era Kontemporari 16

1.2.5 Sejarah Penubuhan Masjid-Masjid di Seberang Perai Utara, Pulau

Pinang 19

1.2.6 Pengertian Masjid 28

1.2.7 Gerakan Koperasi Di Malaysia 32

1.3 Penyataan Masalah 39

1.4 Objektif Kajian 44

1.5 Skop Kajian 44

1.6 Kepentingan Kajian 45

1.8 Definisi Istilah Operasional 47

BAB DUA : KAJIAN LITERATUR 49

2.1 Kajian Literatur 49

2.2 Aktiviti Keusahawanan Masjid dan Pengimarahan Masjid 49

2.2.1 Pembangunan Masjid Di Malaysia 53

(11)

2.2.2 Kecekapan Pengurusan Institusi Masjid 65

2.3 Keusahawanan 68

2.3.1 Keusahawanan Menurut Perspektif Islam 69

2.3.2 Konsep Keusahawanan Islam 71

2.3.3 Konsep Keusahawanan Sosial 72

2.3.4 Keusahawanan Sosial Islam 73

2.3.5 Teori Pembangunan Keusahawanan 75

2.4 Koperasi Masjid 78

2.5 Pembangunan Modal Insan 82

2.5.1 Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Insan 83

BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 91

3.1 Pendahuluan 91

3.2 Rekabentuk Kajian 91

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 91

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 93

3.5 Kaedah Temubual 93

3.6 Fokus Kumpulan 94

3.7 Pendekatan kualitatif 94

3.7.1 Persampelan 95

3.7.2 Kaedah Kajian 96

3.7.3 Kaedah temu bual mendalam 98

3.7.4 Kumpulan Berfokus 99

3.7.5 Analisis kandungan 100

3.8 Merekodkan Data 100

3.8.1 Merekod temu bual mendalam dan kumpulan berfokus 100 BAB EMPAT : PERANAN PENGURUSAN INSTITUSI MASJID DI SEBERANG PERAI UTARA DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN SOSIAL UNTUK MEMBANGUN MODAL INSAN 2014-

2019 103

4.1 Pengenalan 103

4.2 Pengurusan Masjid yang Efektif 103

(12)

4.3 Temubual Dengan Pengurusan Masjid 107 4.3.1 Komponen Motivasi Pengurusan Masjid Terhadap Aktiviti

Keusahawanan Sosial Masjid 107

4.4 Kesimpulan 114

BAB LIMA : KEBERKESANAN PENGLIBATAN AHLI KARIAH DALAM AKTIVITI KEUSAHAWANAN SOSIAL INSTITUSI MASJID DI SEBERANG PERAI UTARA DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN 2014-2019 120 5.1 Kepentingan Penglibatan Ahli Kariah dalam Aktiviti Keusahawanan Sosial

Institusi Masjid 120

5.1.1 Temubual Ahli Kariah Berkenaan Keberkesanan Pelaksanaan

Aktiviti Keusahawanan Sosial Masjid. 121

5.2 Temubual Penglibatan Ahli Kariah dalam aktiviti keusahawanan Sosial

Institusi Masjid. 126

5.3 Kesimpulan 132

BAB ENAM : AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK YANG BERJAYA DILAKSANAKAN INSTITUSI MASJID DI SEBERANG PERAI UTARA DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL

INSAN 2014-2019 134

6.1 Senarai Aktiviti-aktiviti berbentuk keusahawanan sosial di Masjid Abdullah

Fahim Kepala Batas 2014 - 2019 134

6.1.1 Pengunjung ke Laman Facebook Masjid Abdullah Fahim setakat

31 Disember 2019 135

6.1.2 Perbandingan jumlah pengunjung ke laman Facebook Masjid di Kepala Batas Seberang Perai Utara setakat 31 Disember 2019 137 6.2 Aktiviti-Aktiviti Keusahawanan Sosial Masjid Abdullah Fahim 2014 - 2019

138 6.2.1 Karnival Keilmuan dan Kesenian Islam 2014 138 6.2.2 Kuliah di Masjid Abdullah Fahim 2014 141 6.2.3 Islamic Bike Festival Masjid Abdullah Fahim 2015 142 6.2.4 Program Khatan Perdana 2015 Masjid Abdullah Fahim 147

6.2.5 Majlis Tilawah Alquran 148

6.2.6 Kuliah-Kuliah Bulanan Masjid Abdullah Fahim 149

(13)

6.2.7 Kuliah Perdana Personaliti Televisyen 2016 151

6.2.8 Forum Hijrah First Class 2016 152

6.2.9 Kuliah-Kuliah Bulanan Masjid Abdullah Fahim 2016 153 6.2.10 Kuliah Khas Kesihatan Jantung 2016 154 6.2.11 Program Halaqah Kaseh Muslimat 2016 155 6.2.12 Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pengajian Tinggi 2017 156

6.2.13 Kuliah-Kuliah Bulanan 2017 157

6.2.14 2nd Islamic Bike Festival 2017 158

6.2.15 Program Khatan Perdana 2017 159

6.2.16 Karnival Ijtimak Huffaz 2017 160

6.2.17 Jelajah Ibrah Bulan-Bulan Al Quran 2017 161

6.2.18 Kayuhan Silaturrahim 2017 162

6.2.19 Ibadah Korban dan Aqiqah 2017 163

6.2.20 Kursus Pengurusan Stress 2017 164

6.2.21 Islamic Bike Festival 2.0 (2017) 164

6.2.22 Kempen Kita Kongsi Rezeki 2017 165

6.2.23 Bantuan Persekolahan 2017 untuk Anak-anak Kariah yang

Terpilih 166

6.2.24 Kursus Kesihatan Wanita 2017 167

6.2.26 Forum Perdana Hal Ehwal Islam 168

6.2.27 Karnival Mahabbatul Rasul 2018 169

6.2.28 Kursus Kepimpinan Pelapis Imam Cilik 2019 170 6.2.29 Karnival Zakat Pulau Pinang 2019 171

6.2.30 Seminar Keibubapaan 2019 172

6.2.31 Program Impianku Setinggi Angkasa 2019 172

6.2.32 Program Khatan Perdana 2019 173

6.3 Aktiviti Keusahawanan Sosial Masjid At Taqwa Bertam 2014-2019 176 6.3.1 Bantuan Kepada Ahli Kariah yang Kesusahan 2014 176

6.3.2 Bazar Ramadhan Masjid 2014 177

6.3.3 Program Kongsi Rezeki 2014 178

6.3.4 Mesyuarat Jawatankuasa Masjid 2014 178 6.3.5 Program Tazkirah dan Pengijazahan Sanad Al Fatihah oleh

Syeikh Kurayyim Rajih 2015 179

(14)

6.3.7 Jelajah Kemerdekaan Tanah melayu 2015 181 6.3.9 Program Kitar Semula Masjid At Taqwa 2016 182

6.3.10 Islamic Taqwa Festival 2016 183

6.3.11 Bengkel Pengenalan Asas Tarannum Murattal 184

6.3.12 Pasar Coop Masjid At Taqwa 2017 185

6.3.13 Cabutan Tapak Bazar Ramadhan 2018 186

6.3.14 Kem Mukmin Transformers 2018 187

6.3.15 Majlis Anugerah Akademik kepada Anak-Anak Kariah 2018 dan

2019 187

6.3.16 Kem Pemantapan Syabab Junior 2018 188

6.3.17 Hari Terbuka Masjid At Taqwa 2019 189 6.3.18 Seminar Bacaan Hafs’ An Asim 2019 190 6.4 Komponen Keusahawanan Sosial Utama Masjid At Taqwa 190 6.4.1 Gerakan Koperasi Masjid At Taqwa (Kotaqwa) 190

6.4.2 At Taqwa Inn 192

6.4.3 Produk Hiliran Masjid At Taqwa 193

6.4.4 Pusat Dialisis At Taqwa 194

6.5 Aktiviti Keusahawanan Sosial Masjid Jamiul Jalal Pajak Song 2014-201 195

6.5.1 Program Kongsi Pek Daging Lembu 195

6.5.2 Jualan Online Melalui Laman Facebook 196 6.5.3 Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang 196

6.5.4 Program Sumbangan Pek Rezeki 198

6.5.5 Program Apresiasi Jamaah Masjid 199

6.5.6 Program Bicara Santai Keluarga Bahagia 200

6.5.7 Kuliah Maghrib Perdana 200

6.5.8 Kem Anak Soleh 201

6.5.9 Program Malam Untukmu Ya Rasulullah 202

6.5.10 Program Kongsi Rezeki 2017 203

6.5.11 Program Kerjasama Dengan Usahawan Muslim 2016 204

6.5.12 Program Sehari Bersama Muslimah 205

6.5.13 Program Karnival Merdeka Masjid 205

6.6 Impak Keusahawanan Sosial Institusi Masjid 207

6.7 Kesimpulan 209

(15)

BAB TUJUH : RUMUSAN DAN CADANGAN 210

7.1 Rumusan 210

7.2 Rumusan Objektif 1 211

7.3 Rumusan Objektif 2 213

7.4 Rumusan Objektif 3 215

7.5 Cadangan dan Penambaikan 218

7.6 Kesimpulan 225

RUJUKAN 228

LAMPIRAN 235

(16)

SENARAI RAJAH

Rajah 1. 1 Latar belakang ringkas Rasulullah S.A.W 3 Rajah 1. 2 Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W. 11

Rajah 1. 3 Masjid Camii Tokyo Jepun 18

Rajah 1. 4 Lima teras strategik bagi menjayakan pelan strategik Jabatan Hal

Ehwal Agama Islam 43

Rajah 2. 1 Model Keusahawanan Sosial (Sumber : Hardy dan Shahimi, 2015) 74 Rajah 2. 2 Model Keusahawanan Sosial bagi Institusi Masjid 76 Rajah 2. 3 Taburan Koperasi Kariah Masjid di Malaysia 2015 78 Rajah 2. 4 Isu dan Cabaran Koperasi Masjid 2015 79

Rajah 2. 5 Kerangka Konsep 86

Rajah 6. 1 Pengunjung ke Laman Facebook Masjid Abdullah Fahim setakat 31

Disember 2019 131

Rajah 6. 2 jumlah pengunjung ke laman Facebook Masjid di Kepala Batas Seberang Perai Utara setakat 31 Disember 2019 132 Rajah 6. 3 Islamic Bike Festival anjuran Masjid Abdullah Fahim dengan

kerjasama 136

Rajah 6. 4 Borang Tempahan Tapak Pameran Islamic Bike Fest

2015(Lampiran 1) 137

Rajah 6. 5 Borang Tempahan Tapak Pameran Islamic Bike Fest 2015

(Lampiran 2) 138

Rajah 6. 6 Susun atur Islamic Bike Fest Masjid Abdullah Fahim 139 Rajah 6. 7 Program Khatan Perdana 2015 Masjid Abdullah Fahim 141

Rajah 6. 8 Majlis Tilawah Alquran 142

Rajah 6. 9 Kuliah-Kuliah Bulanan Masjid Abdullah Fahim 143

Rajah 6. 10 Kuliah Maghrib 144

Rajah 6. 11 Kuliah Perdana Personaliti Televisyen 2016 144

Rajah 6. 12 Forum Hijrah First Class 2016 145

Rajah 6. 13 Kuliah-Kuliah Bulanan Masjid Abdullah Fahim 2016 146 Rajah 6. 14 Kuliah Khas Kesihatan Jantung 2016 147 Rajah 6. 15 Program Halaqah Kaseh Muslimat 2016 148

(17)

Rajah 6. 16 Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pengajian Tinggi 2017 149

Rajah 6. 17 Kuliah-Kuliah Bulanan 2017 150

Rajah 6. 18 2nd Islamic Bike Festival 2017 151

Rajah 6. 19 Program Khatan Perdana 2017 152

Rajah 6. 20 Karnival Ijtimak Huffaz 2017 153

Rajah 6. 21 Jelajah Ibrah Bulan-Bulan Al Quran 2017 154

Rajah 6. 22 Kayuhan Silaturrahim 2017 155

Rajah 6. 23 Ibadah Korban dan Aqiqah 2017 156

Rajah 6. 24 Kursus Pengurusan Stress 2017 157

Rajah 6. 25 Islamic Bike Festival 2.0 (2017) 157

Rajah 6. 26 Kempen Kita Kongsi Rezeki 2017 158

Rajah 6. 27 Bantuan Persekolahan 2017 untuk Anak-anak Kariah yang Terpilih 159

Rajah 6. 28 Kursus Kesihatan Wanita 2017 160

Rajah 6. 29 Islamic Bike Fest Fun Ride 2018 160

Rajah 6. 30 Forum Perdana Hal Ehwal Islam 161

Rajah 6. 31 Karnival Mahabbatul Rasul 2018 162

Rajah 6. 32 Kursus Kepimpinan Pelapis Imam Cilik 2019 163

Rajah 6. 33 Karnival Zakat Pulau Pinang 2019 164

Rajah 6. 34 Seminar Keibubapaan 2019 165

Rajah 6. 35 Program Impianku Setinggi Angkasa 2019 165

Rajah 6. 36 Program Khatan Perdana 2019 166

Rajah 6. 37 Islamic Bike Fest 3.0 (2019) 167

Rajah 6. 38 Karnival Khaira Ummah 2019 168

Rajah 6. 39 Bantuan Kepada Ahli Kariah yang Kesusahan 2014 169

Rajah 6. 40 Bazar Ramadhan Masjid 2014 170

Rajah 6. 41 Program Kongsi Rezeki 2014 171

Rajah 6. 42 Mesyuarat Jawatankuasa Masjid 2014 171 Rajah 6. 43 Program Tazkirah dan Pengijazahan Sanad Al Fatihah oleh Syeikh

Kurayyim Rajih 2015 172

Rajah 6. 44 Kem Generasi Al Fateh 2015 173

Rajah 6. 45 Jelajah Kemerdekaan Tanah melayu 2015 173 Rajah 6. 46 Program Kitar Semula Masjid At Taqwa 2016 174

(18)

Rajah 6. 48 Bengkel Pengenalan Asas Tarannum Murattal 176

Rajah 6. 49 Pasar Coop Masjid At Taqwa 2017 177

Rajah 6. 50 Cabutan Tapak Bazar Ramadhan 2018 178

Rajah 6. 51 Kem Mukmin Transformers 2018 179

Rajah 6. 52 Majlis Anugerah Akademik kepada Anak-Anak Kariah 2018 dan

2019 179

Rajah 6. 53 Kem Pemantapan Syabab Junior 2018 180

Rajah 6. 54 Hari Terbuka Masjid At Taqwa 2019 181

Rajah 6. 55 Seminar Bacaan Hafs’ An Asim 2019 182

Rajah 6. 56 Gerakan Koperasi Masjid At Taqwa (Kotaqwa) 182 Rajah 6. 57 Demografi Koperasi Masjid At Taqwa (Kotaqwa) 183 Rajah 6. 58 Halatuju Koperasi Masjid At Taqwa (Kotaqwa) 183 Rajah 6. 59 Aktiviti-Aktiviti Koperasi Masjid At Taqwa (Kotaqwa) 184

Rajah 6. 60 Kompleks At Taqwa Inn 184

Rajah 6. 61 Produk Hiliran Masjid At Taqwa 185

Rajah 6. 62 Pusat Dialisis At Taqwa 186

Rajah 6. 63 Program Kongsi Pek Daging Lembu 187

Rajah 6. 64 Jualan Online Melalui Laman Facebook 188 Rajah 6. 65 Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang 189

Rajah 6. 66 Program Sumbangan Pek Rezeki 190

Rajah 6. 67 Program Apresiasi Jamaah Masjid 191

Rajah 6. 68 Program Bicara Santai Keluarga Bahagia 192

Rajah 6. 69 Kuliah Maghrib Perdana 192

Rajah 6. 70 Kem Anak Soleh 193

Rajah 6. 71 Program Malam Untukmu Ya Rasulullah 194

Rajah 6. 72 Program Kongsi Rezeki 2017 194

Rajah 6. 73 Program Kerjasama Dengan Usahawan Muslim 2016 195

Rajah 6. 74 Program Sehari Bersama Muslimah 196

Rajah 6. 75 Program Karnival Merdeka Masjid 196

Rajah 6. 76 Jualan makanan dan pelbagai perniagaan muslim meriah di

perkarangan masjid sempena karnival kemerdekaan di masjid. 197

Rajah 6. 77 Program Jualan Anak Muda Masjid 197

(19)

SENARAI JADUAL

Jadual 1. 1 Prestasi Jualan bagi program keusahawanan sosial Masjid At Taqwa

menerusi Koperasi At Taqwa. 21

Jadual 1. 2 Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid At- Taqwa yang melibatkan ahli kariah dari tahun 2014 hingga 2019. 22 Jadual 1. 3 Senarai kajian-kajian lalu berkenaan keusahawanan sosial. 46 Jadual 6. 1 Tentatif Karnival dan Kesenian Islam 2014 134 Jadual 6. 2 Kuliah di Masjid Abdullah Fahim 2014 135

(20)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 Temubual Bersama Pengerusi Masjid At Taqwa merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Di Dewan Undangan

Negeri Pulau Pinang 229

Lampiran 2 Pelancaran Aktiviti Keusahawanan Sosial Masjid dengan Islamic

Bike Fest Masjid Abdullah Fahim 230

Lampiran 3 Kayuhan Silaturahim Masjid Abdullah Fahim 233 Lampiran 4 Temubual dengan Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Ahli

Kariah Masjid Abdullah Fahim) 234

Lampiran 5 Temubual dengan En.Zulhilmi bin Roslan (Peniaga Bazar

Ramadhan Masjid At Taqwa) 234

Lampiran 6 Temubual dengan Ustaz Zulkhairi (Imam Besar Masjid Abdullah

Fahim) 235

Lampiran 7 Borang-borang 236

Lampiran 8 Garis Panduan 4 (Permohonan Pelantikan Jawantankuasa Surau) 242 Lampiran 9 Garis panduan 5 (Permohonan Penyelenggaraan dan Menaiktaraf

Masjid dan Surau 244

Lampiran 10 Garis Panduan 7 (Kebersihan Tandas Masjid) 247 Lampiran 11 Karnival Merdeka Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song 249 Lampiran 12 Kem Tahfiz Anak Soleh Masjid Pajak Song 252 Lampiran 13 Surat Cadangan Masjid Bagi Kajian Keusahawanan Sosial Institusi

Masjid 253

Lampiran 14 Surat Pengesahan Sokongan Kajian daripada Timbalan Ketua

Menteri Pulau Pinang 254

Lampiran 15 Borang Soal Selidik 255

(21)

SENARAI SINGKATAN

KITAB Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang MAF Masjid Abdullah Fahim

IBF Islamic Bike Fest

JHEAIPP Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang MAINPP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang NVOG Northern Versys Owner’s Group

ZPP Zakat Pulau Pinang PDRM Polis Di Raja Malaysia

MPSP Majlis Perbandaran Seberang Perai SPU Seberang Perai Utara

SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

(22)

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Kini, populasi masyarakat beragama Islam dijangka mengalami pertumbuhan ketara dengan anggaran 32.7juta penduduk Islam di Malaysia menjelang 2050. Hal ini akan berkait rapat dengan institusi masjid sebagai sebuah medium terpenting sebagai pusat keagamaan masyarakat Islam.

Institusi masjid tidak hanya dilihat menjalankan aktiviti keagamaan semata-mata tetapi juga sebagai sebuah pusat komuniti, pusat pentadbiran, pusat pendidikan, pusat kegiatan ekonomi ummah dan lain-lain.

Pada era ini, institusi masjid masih dikatakan kurang dari sudut pengimarahannya, jika dibandingkan dengan pembangunan masjid yang semakin banyak dengan pelbagai reka bentuk tetapi pengisiannya masih belum memberangsangkan.

Walaupun usaha-usaha dan penulisan yang pelbagai bentuk digerakkan bagi meningkatkan peranan institusi masjid di Malaysia, namun institusi masjid sebagai hub komuniti Islam khususnya dalam bidang keusahawanan sosial dan ekonomi masih kurang dihidupkan. Melihat kepada keberkesanan dan kejayaan beberapa institusi masjid di negeri Pulau Pinang menerusi keusahawanan sosial, kajian ini

(23)

merupakan sebuah cadangan untuk meningkatkan pengimarahan institusi masjid menerusi aktiviti keusahawanan sosial dalam membina kekuatan ummah dari sudut ekonomi dan juga sosial yang juga dapat melengkapi keperluan masyarakat Islam era baru di Malaysia.

Masjid merupakan institusi yang dekat dengan umat Islam sebagai pusat kegiatan dan pentadbiran kehidupan. Perpaduan umat Islam bermula daripada institusi masjid.

Seiring dengan peranannya, masjid dilihat sebagai hub kesatuan ummah dan tempat menjalankan aktiviti harian umat Islam sekelilingnya.

Menurut Ahmad Fauzi M.S. dan Muhammad Yusuf Marlon A. (2016) menyatakan bahawa terdapat pentadbiran masjid yang hanya memfokuskan pengisian keagamaan sehaja. Justeru pandangan sebegini perlulah diubah agar peranan masjid dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas. Transformasi kepimpinan masjid perlu untuk pemerkasaan fungsi masjid. Kualiti kepimpinan masjid perlu dipertingkat kerana ia adalah nadi penting melahirkan modal insan yang cemerlang.

Institusi masjid boleh menjana aktiviti ekonomi dan keusahawanan dengan menyediakan ruang kedai atau tapak bazar di luar masjid bagi usahawan yang berminat menjual barangan keperluan masyarakat Islam (Nor Azlina A.W., Norafifah A.H., dan Norajila C.M., 2016) . Menurut Amran (2009) bahawa budaya menerima sumbangan derma perlulah seiring dengan garapan pelbagai aktiviti ekonomi yang berteraskan keusahawanan.

(24)

Keusahawanan sosial kini merupakan satu fenomena baru yang menjadi perhatian serta menarik minat para penyelidik, penggiat bisnes, penggubal polisi dan institusi yang tidak berasaskan keuntungan. Keusahawanan sosial ini semakin menjadi perhatian bukan sahaja di Malaysia malahan di arena antarabangsa apabila penerima anugerah Nobel Muhammad Yunus melalui Grameen Bank memperkenalkan keusahawanan sosial menerusi pinjaman mikro untuk golongan miskin bagi mengubah kehidupan mereka (Hendrati D.M.,2014).

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.1 Kegemilangan Masjid pada zaman Rasulullah

Rajah 1. 1 Latar belakang ringkas Rasulullah S.A.W

a. Rasulullah berumur Lima tahun

Peristiwa yang berkaitan dua malaikat membedah dada Rasulullah SAWuntuk mengeluarkan unsur tidak baik seperti syaitan di dalam hati baginda

b. Rasulullah berumur Enam tahun

Bonda kepada Rasulullah SAW iaitu Aminah binti Wahab telah sakit dan kembali ke Rahmatullah di Al-Abwa‘iaitu sebuah kampung yang berada di antara Makkah dan

(25)

Madinah. Selepas itu, baginda dijaga oleh Ummu Aiman iaitu merupakan hamba kepada ayahanda Rasulullah dan juga diuruskan oleh datuk baginda Abdul Muttalib.

c. Rasulullah berumur Lapan tahun

Selepas kematian datuk, baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib.

d. Rasulullah berumur Sembilan tahun

Abu Talib dan Rasulullah SAW bermusafir ke Syam untuk urusan perniagaan. Di kota Busra, seorang ilmuan Nasrani iaitu Buhaira telah berjumpa beberapa orang ketua kabilah untuk menkhabarkan behawa seorang nabi bakal lahir daripada bangsa Arab.

e. Rasulullah berumur Dua puluh tahun

Rasulullah menyertai perang di Fijar . Baginda terlibat dengan peperangan tersebut sehingga beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak panah. ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ merupakan perjanjian aman bertujuan menghulurkan bantuan kepada golongan yang dizalimi di Makkah.

f. Rasulullah berumur dua puluh lima tahun

Ketika ini Rasulullah SAW sekali lagi bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya dan orang suruhan Khadijah atas urusan perniagaan. Selain itu, mereka juga berjumpa dengan bapa saudara Khadijah untuk urusan peminangan ke atas Khadijah.

g. Rasulullah berumur tiga puluh lima tahun

Apabila berlaku bencana banjir di Makkah sehingga dinding kaabah runtuh maka para pemimpin dan penduduk setempat berusaha membangunkan semula Makkah.

Rasulullah ketika itu diberi kepercayaan menempatkan semula ‘batu Hajarul- Aswad ‘ke posisi asal sekaligus menamatkan persengketaan beberapa puak berkenaan isu meletakkan batu itu ke tempat asal.

(26)

h. Rasulullah berumur empat puluh tahun

Baginda SAW mendapat wahyu. Peristiwa ini berlaku di sebuah gua iaitu gua Hira .Ketika ini juga Baginda SAW dilantik menjadi sebagai Nabi dan juga Rasul untuk akhir zaman.

i. Rasulullah berumur lima puluh tiga tahun

Baginda SAW bersama sahabat Saidina Abu Bakar R.A. melakukan hijrah ke Madinah Al-Munawwarah dan mereka selamat tiba di Madinah pada dua belas haribulan Rabiulawal

j. Rasulullah berumur Enam puluh tiga tahun

Rasulullah SAW kembali ke Rahmatullah bersamaan dua belas haribulan Rabiulawal pada tahun ke sebelas hijrah.

Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab jahiliah mempunyai beberapa ciri dalam kehidupan mereka seperti dari sudut sosial,ekonomi,agama dan pegangan hidup.

Mereka mengamalkan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral seperti melakukan zina, bermain judi dan meminum arak. Mereka percaya bahawa seorang lelaki yang mabuk dari meminum arak adalah sempurna. Mereka juga mengamalkan penindasan terhadap kaum wanita dan menanam hidup-hidup bayi perempuan kerana dianggap sebagai kecelakaan maruah kepada keluarga.

Semua jenis perniagaan yang dijalankan pada zaman ini adalah berunsurkan riba dan tiada keadilan. Perniagaan berasaskan penindasa menjadi amalan masyrakat arab

(27)

jahiliah ketika itu. Golongan ini juga terlibat dalam aktiviti rompakan dan mencuri barangan kabilah-kabilah yang lain.

Zaman kegelapan merupakan konotasi yang sinonim bagi mengambarkan zamanarab jahiliah mereka menyembah berhala, mengamalkan animisme dan tidak menyembah Allah SWT.

Berdasarkan pemahaman umum, terdapat dua kategori kaum arab jahiliah iaitu kaum Badwi dan kaum Hadhari. Kaum Badwi merupakan kaum yang berpindah-randah yang tinggal di kawasan pedalaman tengah Semenanjung Arab. Kaum Hadhari menjadikan tempat tinggal mereka di pesisir pantai semenanjung arab. Faktor-faktor demografi kedua-dua kaum ini juga mempengaruhi cara kehidupan mereka.

Tamadun Islam Muncul di Makkah

Berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah Al-Hajr. Rasulullah SWT melakukan dakwah berperingkat-peringkat. Peringkat pertama mengambil masa 3 tahun dengan melakukannya secara senyap dan diikuti dakwah secara terbuka yang mengambil masa 10 tahun.

Strategi Rasulullah dalam Mengembangkan Tamadun Islam di Makkah

1. Fasa dalam perkembangan dakwah. Terdapat tiga fasa yang terlibat dalam proses perkembangan dakwah oleh Rasulullah SAW iaitu fasa secara rahsia, fasa dakwah dalam kalangan ahli keluarga dan fasa dakwah terus kepasa masyarakat arab Makkah. Pembangunan Akidah. Baginda SAW menyuruh

(28)

masyarakat arab mereka beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya.

Baginda menyeru supaya penyembahan berhala ditinggalkan dan memfokuskan memberi ilmu berkenaan keimanan kepada Allah SWT, rasul, kitab, malaikat,akhirat dan juga qada’ dan qadar.

2. Pembangunan Modal Insan Islamiah. Rasulullah SAW memberi tunuk ajar tatacara ibadat kepada Allah SWT dan tatacara dakwah kepada masyarakat di Makkah.

3. Pembentukan akhlak Islamiah. Rasulullah SWT menganjurkan agar masyarakat arab melakukan amar makruf nahi munkar. Baginda juga memberi tunujk ajar agar umat Islam menunjukkan pekerti mulia seperti bantu-membantu, berterima kasih dan lain-lain pekerti yang baik.

4. Mendepani tentangan musuh Islam. Terdapat banyak sebab yang menjadi tentangan musuh Islam seperti perbezaan taraf diantara hamba dan tuannya manakala dari sudut ekonomi mereka beranggapan Islam telah menyekat perniagaan berhala kerana Islam menganjurkan mengesakan Allah dan meninggalkan sembahan berhala. Selain itu juga wujud pertelingkahan merebut untuk menjadi ketua-ketua kabilah Quraisy dan juga mereka beranggapan Islam menjatuhkan maruah mereka sebagai kaum yang menjaga Kaabah.

5. Usaha Melindungi Umat Islam. Rasulullah SAW seorang yang bijak dan amat sayangkan umatnya dengan mencari perlindungan buat umat Islam dengan menyuruh mereka melakukan hijrah ke Habsyah. Ketika itu Habsyah ditadbir oleh Raja Najashi yang bersikap saksama. Selain itu hijrah yang paling berjaya adalah hijrah ke Madinah untuk melindung umat Islam dengan termeterainya Perjanjian Aqabah satu dan Perjanjian Aqabah Dua.

(29)

Tamadun Islam merupakan tamadun yang lengkap dengan memfokuskan keseimbangan aspek kemajuan spiritual mahupun aspek material untuk kemajuan umat Islam. Tamadun Islam dibangunkan oleh orang-orang muslim dari abad ke tujuh sehingga abad ke lapan belas masihi.

Martabat manusia telah berjaya diangkat oleh tamadun Islam secara fitrah melalui anggapan bahawa setiap manusia itu adalah khalifah di muka bumi ini. Tamadun Islam memimpin manusia daripada jalan yang batil kepada jalan kebenaran.

Tamadun Islam tidak hanya tertumpu di tanah arab malahan seluruh dunia.

Tamadun Islam membuktikan bahawa kemajuan umat Islam terbentuk daripada beberapa asas iaitu akidah, akhlak dan syariat yang meliputi pelbagai sudut seperti material, kerohanian dan pemikiran intelek yang sempurna.

Selepas beberapa abad zaman kegemilangan Islam muncullah zaman kemundurannya pada abad ke tiga belas Masihi. Walaupun umat Islam mempunyai jumlah penganut yang ramai di pelusuk dunia tetapi hakikatnya kini umat Islam berada dalam penindasan akibat kelemahan dan banyak kebergantungan kepada negara-negara Barat.

Kegemilangan tamadun Islam tidak boleh dinafikan dan umat Islam pada hari ini perlu bangkit menjulang kembali tamadun ini agar ianya tidak terus berada di dalam kegelapan.

(30)

1.2.2 Permulaan Perkembangan Tamadun Islam

Kejayaan tamadun Islam ditunjangi oleh dua komponen utama iaitu komponen kerohanian dan komponen material. Tamadun Islam menekankan bahawa kejayaan sudut kerohanian akan menunjangi kejayaan sudut material.

Zaman kegemilangan Islam tidak dapat dinafikan lagi dengan zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan setiap umat Islam yang ingin meneladani kegemilangan ini perlu menyingkap semula sejarah pemerintahan tamadun Islam yang dibina Rasulullah SAW.

Tamadun Islam yang dipimpin Rasulullah SAW adalah zaman yang mesti diteladani oleh setiap umat Islam pada era ini dalam mencari semula kegemilangan Islam yang sebenar-benarnya.

Permulaan Tamadun Islam Madaniyyah Definisi Hijrah

Definisi umumnya hijrah membawa maksud perpindahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Secara tersiratnya hijrah membawa erti meninggalkan adat tidak baik yang telah biasa dilakukan oleh kaum arab jahiliah ataupun dengan kata lain amar makruf nahi munkar. Selain itu, hijrah turut difahami sebagai perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah.

(31)

Pembangunan masyarakat

Baginda SAW membina masyarakat di Madinah dengan persaudaraan yang kukuh umpama sebuah keluarga.Baginda SAW tidak mengira bangsa dan agama dalam menyatukan kesemua masyarakat di Madinah.

Masyarakat Madinah terdiri daripada tiga kaum yang penting iaitu:

• Muhajirin, yang merupakan golongan yang mengikut Rasulullah yang berhijrah dari Makkah ke Madinah

• Ansar, yang merupakan golongan masyarakat asal di Madinah dan juga memeluk agama Islam dan mengalu-alukan kedatangan kaum Muhajirin.

• Yahudi

1.2.3 Pembinaan Institusi Masjid

Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah bersama kaum Muhajirin, tindakan pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW ialah membina masjid kerana masjid merupakan hub untuk memajukan aktiviti seharian penduduk setempat seperti aspek ibadat, ekonomi dan sosial.

Pada zaman Rasulullah SAW masjid berperanan sebagai :

(32)

Rajah 1. 2 Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W.

Masjid pertama yang dibangunkan Baginda SAW adalah Masjid Quba’. Masjid ini dinamakan diatas nama sebuah kampung iaitu kampung Quba’. Masjid ini dibina ketika Baginda SAW hampir sampai ke Madinah.

Pada zaman Rasulullah SAW institudi masjid telah mempunyai pelbagai peranan penting. Justeru peranan institusi masjid pada zaman Baginda SAW perlu diteladani oleh institusi masjid era ini untuk mencapai kegemilangan yang dikehendaki.

Kini institusi masjid dianggap hanya sebagai tempat melakukan ibadah semata-mata namun sebenarnya institusi masjid ketika zaman kegemilangan tamadun Islam dijadikan tempat pentadbiran kerajaan Islam yang meliputi pelbagai aspek.

Sebaliknya, kini kebanyakan peranan institusi masjid telah diambil alih oleh pelbagai organisasi lain yang diwujudkan oleh kerajaan.(Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009).

(33)

Justeru, kegemilangan institusi masjid pada masa kini wajar dikaji semula agar kegemilangan yang pernah dikecapi pada zaman Rasulullah SAW dahulu dapat dikembalikan dan menjadikan institusi masjid sebagai sebuah institusi yang sempurna dalam meninggikan martabat Islam.

Peranan Masjid Berdasarkan Al-Quran Dan Al-Sunnah

Sumber daripada Al-Quran dan Sunnah yang jelas telah menyenaraikan beberapa peranan masjid iaitu :

a. Masjid sebagai tempat meningkatkan nilai Taqwa dan menolak kemaksiatan

Perkara asas dalam pembentukan modal insan masyarakat baru oleh Rasulullah SAW apabila berpindah dari Makkah ke Madinah adalah dengan membangunkan Masjid Quba’ yang didirikan atas dasar ketaqwaan (S. M. Darsh et. al.,1996).

Ayat sembilan dalam surah Al-Taubah menyatakan bahawa masjid hendaklah dibina diatas nilai ketaqwaan kepada Allah SWT. Pembinaan masjid yang lari daripada jalan ketaqwaan dan keikhlasan sama sekali tidak diterima oleh ALLA SWT.

b. Masjid sebagai tempat menegakkan Syiar Islam

Masjid sebagai sebuah institusi yang menjunjung syiar agama Tauhid, maka masjid-masjid hendaklah bebas daripada kesyirikan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat seratus dua puluh lima dengan memerintahkan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS agar membuang semua berhala yang disembah oleh kaum musyrikin di Baitullah.

(34)

c. Masjid sebagai sumber keamanan

Melalui ayat sembilan puluh enam dalam surah Ali Imran, Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang yang mendapat keamanan adalah orang-orang yang memasuki Masjid al-Haram. Maka dengan ini dapat difahami bahawa masjid merupakan kawasan yang aman dan semestinya perlu dipertahankan oleh setiap umat Islam. Perkara-perkara yang tidak selari dengan etika Islam seharusnya dilarang di masjid (Abdullah Mat, 2003).

d. Masjid lambang perpaduan ummah.

Masjid adalah tempat yang mulia yang digunakan untuk menunaikan tanggungjawab manusia kepada khaliqnya, sama ada ibadah fardhi atau jama’i.

Perbuatan makmum yang mengikuti imam ketika solat berjamaah, melambangkan kepada kita satu hubungan yang erat antara kelompok yang memimpin dan dipimpin. Demikian itulah inti ajaran Islam yang sentiasa dikumandangkan melalui mimbar-mimbar masjid, menyeru dan mengajak umat Islam supaya menghayati erti perpaduan.

e. Masjid Memartabat Modal Insan

Setiap masyarakat beranggapan bahawa masjid merupakan gedung ilmu yang terbuka luas bagi mereka yang ingin memanfaatkan setiap ilmu di masjid.

Menurut Nasoha Saabin, (2001) Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan amalan.

Para Sahabat r.a. secara purata berada di Masjid Nabawi selama lapan hingga dua belas jam setiap hari. Sebahagian daripada waktu siang dibahagikan untuk bekerja di kebun atau berniaga, dan sebahagiannya lagi diperuntukkan bagi memakmurkan masjid. Demikian juga pada waktu malam, mereka

(35)

membahagikan sebahagian untuk ahli keluarga dan sebahagian untuk memakmurkan Masjid Nabawi.

f. Masjid menyuburkan penghayatan amal jama’i dan amal ijtima’i.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, amal jama’i dan amal ijtima’i adalah menjadi sebahagian daripada kegiatan yang tidak dapat dipisahkan. Konsep pengurusan masjid yang bersifat sukarela, telah menjadikan masjid pencetus amal jama’i dan amal ijtima’i di kalangan anggota masyarakat. Sifat kesukarelawanan ini adalah selari dengan semangat keusahawanan sosial.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat dua menganjurkan umat Islam yang bersaudara saling tolong menolong dalam perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk. Oleh itu jika tolong menolong dan persaudaraan kita diarah kepada aktiviti masjid maka ia akan menjadi lebih baik dan bermanfaat.

g. Masjid Menguatkan Ekonomi Umat Islam dan Menyuruh Berbuat Kebajikan. (Keusahawanan Sosial)

Menurut Muslim Kelana, (2008) suku kaum Quraisy tahan lasak, mereka suka mengembara, baik dalam musim dingin mahupun musim panas. Kegiatan mengeksport barangan dilakukan oleh suku Quraisy pada musim panas, manakala mereka berdagang ke Yaman pada musim dingin.

Ayat di atas mengaitkan sifat suka mengembara dan berniaga kaum Quraisy dengan suruhan Allah S.W.T untuk menyembah Allah pemilik rumah ini iaitu Kaabah. Oleh

(36)

itu, Allah mengaitkan rahmat yang diberikan kepada kaum Quraisy Kaabah yang berada di dalamnya Masjid al-Haram.

Seterusnya dalam banyak ayat yang lain Allah S.W.T telah menggandingkan perkataan solat dan diikuti dengan zakat. Contohnya “…Dirikanlah solat dan tunaikan zakat…”. Ini menunjukkan bahawa solat yang biasa didirikan di dalam masjid mempunyai kaitan yang amat dekat dengan ibadah menunaikan zakat atau pun sedekah. Dengan kata lain, selepas menunaikan solat kita disuruh untuk menyucikan hidup kita dengan menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

Menurut Muslim Kelana, (2008) Nabi Muhammad S.A.W memberikan panduan berniaga kerana perniagaan adalah jalan bagi memperjuangkan kekayaan. Namun dalam perniagaan juga terdapat hal-hal yang dapat menggelincirkan seseorang ke dalam dosa.

Dalam hal ini Rasulullah SAW memberi peringatan dalam sabdanya:

“Tempat yang dicintai Allah dalam satu negeri adalah masjidnya dan tempat yang tidak disukai Allah dalam satu negeri adalah pasarnya” (Riwayat Muslim).

Walau pun semua peranan yang telah dinyatakan di atas belum mencukupi dan menyeluruh sifatnya, namun diharapkan semua peranan tersebut boleh mewakili peranan-peranan asas bagi sesebuah masjid.

(37)

1.2.4 Masjid di Era Kontemporari

Masjid Besar Sheikh Zayed sebagai ikon pelancongan di Abu Dhabi

Masjid Besar Sheikh Zayed yang ikonik Abu Dhabi menarik 5,790,101 pengunjung pada tahun 2017, angka yang lebih tinggi daripada purata 5 juta pengunjung yang dipetik kepada The National pada tahun lepas.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Masjid Besar Sheikh Zayed, penghitungan itu termasuk 1,400,965 jemaah, 3,417,130 pelawat, 857,510 peserta hadis dan 2,496 pelajar kelas pemikiran Quran, dan selebihnya adalah orang yang menghadiri hidangan dan jamuan amal kepada yang memerlukan.

Ahmed Al Zaabi, Timbalan Menteri Hal Ehwal Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Masjid Besar Sheikh Zayed, berkata pusat itu bertujuan untuk mempromosikan mesej toleransi dan memperluas jambatan komunikasi antara budaya dan tamadun yang pelbagai.

Pada tahun 2016, masjid ikonik yang menjadi daya tarikan itu menduduki tempat kedua paling terkenal di seantero dunia berdasarkan TripAdvisor, di belakang Angkor Wat, Kemboja.

Pencapaian tempat kedua, dua tahun berturut-turut, sebagai salah satu monumen seni bina yang paling penting di dunia, menunjukkan usaha terbaik dan perkhidmatan yang luar biasa ditawarkan Masjid Agung Sheikh Zayed kepada pelawat dari semua lapisan masyarakat.

(38)

Masjid Besar Sheikh Zayed menyoroti legasi Bapa Pengasas Sheikh Zayed dan memperingati nilai-nilai, penglihatan, ingatan, kualiti dan sumbangannya kepada manusia.

Masjid ini telah menarik beberapa pelawat terkenal dunia sejak bertahun-tahun. Pada tahun 2007, Putera Charles dari UK dan Duchess of Cornwall melawat dan pada tahun 2010, Ratu Elizabeth II melawat dan memberi penghormatan di kubur Sheikh Zayed. Putera Charles melawat semula pada tahun 2016.

Selena Gomez, Gigi Hadid dan Kendall Jenner melawat pada 2014, juara Formula satu Lewis Hamilton dalam lawatannya pada 2015. Ini memberikan pulangan ekonomi berasaskan pelancongan bukan sahaja kepada pihak masjid tetapi secara amnya kepada negara Abu Dhabi.

Masjid Camii,Tokyo Jepun.

Masjid Tokyo Camii terletak di Yoyogi, Tokyo Jepun. Masjid ini juga mempunyai unsur keusahawanan sosial dengan aktif mengadakan aktiviti berbentuk lawatan pelancongan Islam dan aktiviti lain yang bermafaat untuk masyarakat umum setiap masa.

(39)

Rajah 1. 3 Masjid Camii Tokyo Jepun

Merujuk kepada Prof.Tanada (2017) , Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita (pengukuran biasa digunakan untuk menentukan kuasa beli individu) negara majoriti Muslim seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi semuanya jauh mengatasi Jepun. Justeru, peningkatan populasi penduduk Islam pada masa akan datang berkemungkinan mempunyai kesan yang kuat terhadap komuniti dan ekonomi global, terutamanya di Asia, yang didiami 70% umat Islam di dunia.

Justeru, peranan institusi masjid di Jepun perlu dipertingkatkan selaras peningkatan populasi masyarakat muslim yang berkunjung ke Jepun.

Peranan Masjid-masjid di Amerika Syarikat

Profil masjid di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mereka menjadikan institusi masjid dengan dipenuhi pelbagai fungsi dan peranan bagi masyarakat Islam. Masjid- masjid di Amerika Syarikat berfungsi sebagai tempat untuk perhimpunan sosial,

(40)

masyarakat dan penglibatan politik, sumber masyarakat (iaitu undang-undang, kewangan, sosial, budaya) pendidikan (Ghanea Bassiri 2010).

Sebenarnya, banyak masjid Amerika menawarkan sekolah-sekolah Islam sepenuh masa dan hujung minggu. Lebih daripada 20% masjid Amerika mempunyai sekolah Islam sepenuh masa, dengan majoriti (73%) sekolah sepenuh masa untuk gred sekolah rendah sahaja. Tambahan pula, kira-kira dua pertiga daripada semua masjid di Amerika Syarikat mempunyai sekolah hujung minggu (Bagby, Perle, & Froehle 2001)

Masjid Komuniti (Oldham) United Kingdom

Institut Madina - Hub & Masjid Komuniti (Oldham) terletak di Clarksfield dan membuka pintu kepada orang ramai pada Disember 2016. Ia bertujuan untuk menjadikan masjid berkenaan sebagai masjid abad ke 21 yang mengambil contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad SAW sebagaimana baginda membina Hub Komuniti fizikal pertama ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Masjid berkenaan dibina atas dasar memupuk kasih sayang, keterbukaan dan kecemerlangan dengan membawa masyarakat bersama-sama dan menawarkan kemudahan yang memenuhi keperluan "Akademik, Sosial dan Spiritual "seluruh masyarakat.

1.2.5 Sejarah Penubuhan Masjid-Masjid di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Masjid At-Taqwa Bertam Indah

Kewujudan At-Taqwa Inn di Masjid At Taqwa Bertam , Kepala batas, seberang Perai Utara Pulau Pinang boleh dijadikan contoh untuk menjadikan masjid sebagai salah satu pusat penginapan para pelancong muslim sekaligus memudahkan para musafir

(41)

untuk beribadah dan memberi pulangan kembali kepada pendanaan masjid menerusi keusahawanan sosial ini.

Masjid At Taqwa Bertam Kepala batas bermula penubuhannya sebagai Surau At Taqwa pada Januari 1998. Kemudian pada tahun 2004 dicadangkan penubuhan Qaryah Taman Bertam Indah dan direalisasikan penubuhan pada Januari 2005. Pada 11 Februari 2005, solat jumaat yang pertama telah diadakan di Surau At Taqwa Bertam.

Tanggal 16 Jun 2007 surau At Taqwa telah disytiharkan sebagai Masjid At Taqwa Bertam dengan bangunan baru yang dibina bagi menggantikan surau At Taqwa.

Pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Agama Daerah Kepala Batas Ustaz Yusof Ahmad dan disusuli dengan solat Jumaat berjemaah.

Setelah disytiharkan sebagai Masjid, Pengurusan serta sokongan karyah Masjid At Taqwa terus mengorak langkah untuk menjadikan Masjid tersebut sebagai sebuah masjid contoh. Pada tahun 2008 Masjid At Taqwa telah dianugerahi Masjid Terbaik Pulau Pinang bagi kategori Pengimarahan Masjid dan Khidmat Masyarakat sempena Sambutan Maal Hijrah 2008 peringkat negeri Pulau Pinang.

Tanggal 29 Mac 2009 menjadi tarikh yang diingati seluruh karyah Masjid At Taqwa apabila masjlis perasmian masjid berkenaan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

(42)

Seterusnya, pada tahun 2011 Masjid At Taqwa dianugerahkan pula sebagai Masjid Madani peringkat Pulau Pinang. Pada tahun 2015 dan 2018 Masjid At Taqwa Bertam turut mendapat anugerah Masjid Lima bintang sempena Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pulau Pinang.

Selain itu juga, pada tahun 2014 Masjid At Taqwa mendapat pengiktirafan tertinggi peringkat kebangsaan apabila mendapat anugerah Masjid Qaryah ketiga terbaik di Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Pengiktirafan peringkat kebangsaan itu turut disandang oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Saidina Abu Bakar Bangsar. (Buletin Mutiara,2015)

Jadual 1. 1

Prestasi Jualan bagi program keusahawanan sosial Masjid At Taqwa menerusi Koperasi At Taqwa.

(Sumber : http://kotaqwabertam.com/kewangan/ diakses pada 19 April 2019)

(43)

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid At- Taqwa yang melibatkan ahli kariah dari tahun 2014 hingga 2019.

Jadual 1. 2

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid At-Taqwa yang melibatkan ahli kariah dari tahun 2014 hingga 2019.

NO NAMA AKTIVITI TAHUN CATATAN

1. Program Prihatin Anak Kariah 2019 Kariah terlibat 150 orang

2. Pusat Dialisis Masjid At Taqwa 2019 25 orang pesakit terdiri ahli kariah

3. Tapak Bazar Ramadhan 2014-2019 Diadakan setiap ramadhan yang menarik kira-kira 3000 pengunjung

4. Hijab Event 2019 Muslimat

5. Program Magnet for Rezeki 2019

6. Pasar Coop di At Taqwa 2018 -menjual barangan asas pada harga lebih murah menyasarkan kepada 1500 ahli kariah

7. Program Gotong royong 2018 150 orang ahli kariah 8. Program Skor A pelajar UPSR 2018 Dengan kerjasama

Coopbank Pertama Kepala batas

9. Seminar dalam Hati ada Taman 2018 Muslimat 10. Kursus Kepimpinan

Jawatankuasa Kariah

2018 11. Seminar Teknik Mudah Ingat

Makna Bacaaan Solat

2018 12. Keusahawanan Sosial Institusi

Luar kepada Masjid- Sumbangan Cermin Mata bacaan untuk kegunaan Jemaah di dalam masjid.

2018 Matahari Optometri

(44)

13. Kuliah Maghrib Perdana-Ustaz Azhar Idrus

2018 Terdapat gerai jualan 14. Muzakarah Kepimpinan

Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah P.Pinang

2018

15. Program Epistemologi dan Tasawur Islam

2018 16. Kembara Muamalah Bank

Islam

2018 17. Anugerah Kecemerlangan

Pelajaran Peperiksaan untuk Kariah

2018

18. Karnival Sedekad Masjid At Taqwa

2018 19. Keusahawanan sosial-

Sumbangan masjid kepada pihak luar

2018

Masjid Abdullah Fahim

Masjid Abdullah Fahim merupakan sebuah masjid terbesar di Daerah Seberang Perai Utara. Ianya merupakan sebuah binaan yang indah dari semua sudut. Pembinaannya bermula pada 2009 menelan belanja RM 26 juta. Masjid ini siap dibina tanggal 28 September 2012.

Majlis penyerahan masjid ini diadakan di perkarangan masjid dengan disempurnakan oleh ketua ketiga-tiga agensi yang terlibat seperti Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada tanggal 1 Oktober 2012.

(45)

Masjid ini merupakan hasil idea bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah bin Ahmad Badawi yang ingin menjadikan masjid berkenaan sebagai suatu simbol pembangunan di Kepala Batas. Masjid yang luas ini mempunyai kapasiti sehingga enam ribu jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini diberi nama Abdullah Fahim sebagai mengenangkan jasa seorang ulamak tersohor dahulu iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan di Shuib Ali Makkah pada tahun 1870 berdekatan Masjidil Haram. Sheikh Abdullah Fahim merupakan datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

Masjid Abdullah Fahim merupakan masjid yang cakna kepada kemajuan teknologi maklumat. Institusi masjid ini merupakan masjid yang mesra teknologi. Masjid ini banyak berhubung dengan ahli kariah mahupun para pengunjung masjid dengan menggunakan aplikasi seperti facebook, blog, mobile app masjid dan sistem e- qaryah. Sistem e-qaryah umpamanya membolehkan setiap ahli kariah mendaftar hanya melalui aplikasi yang dibangunkan secara online.

Jadual 1. 3

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Abdullah Fahim yang melibatkan ahli kariah dari tahun 2014 hingga 2019.

NO NAMA AKTIVITI TAHUN CATATAN

1. Karnival Khaira Ummah 2019 Melibatkan20,000

pengunjung selama 4 hari Islamic Bike Fest 2019 Melibatkan 10,000

pengunjung selama 2 hari 3. Majlis Pelancaran Mobile

Apps Masjid Abdullah Fahim

2019 Dimanfaatkan oleh 2500 ahli kariah

(46)

4. Tuisyen Smart dan

Awesome Masjid Abdullah Fahim

2019 Keutamaan: kariah asnaf -pendapatan bawah RM2000 - Bahasa Inggeris/Matematik (UPSR/PT3)

- 20 orang setiap kelas 5. Kelas Asas Memanah 2019

6. Islamic Bike Fest-Fun Ride 2018 Kayuhan basikal sekitar kariah masjid yang

melibatkan 500 ahli kariah 7. Karnival Mahabbatur Rasul 2018

8. Majlis Takrim-Hamalatil Quran

2018

9. Forum Perdana 2018 Perawatan Kanser menurut Perspektif Islam dengan kerjasama USM

10. Program Bicara Santai Tahun Baru

2018 11. Diskusi Berpantang selepas

Bersalin

2017 12. Islamic Bike Fest 2017 13. Program Bicara Pengurusan

Stress

2017 14. Kem Smart Sahsiah 2015 15. Program Muzakarah

Mutawwif

2015 16. Program celik Muamalah 2015 17. Program Jom Semarak

Iman

2014 18 Karnival Keilmuan dan

Kesenian Islam

2014

Sumber : https://www.facebook.com/MasjidAbdullahFahimSpu/

(47)

Masjid Jamiul Jalal Pajak Song

Berdasarkan perkongsian lisan yang diperolehi daripada warga emas dalam kariah Pajak Song, masjid yang terawal telah dibina di kawasan sekolah agama Pajak Song pada tahun 1866. Bangunan yang berdinding kayu papan dan berbumbung atap yang diperbuat daripada daun nipah sahaja sudah mencukupi untuk menampung bilangan penduduk kariah Pajak Song suatu ketika dulu. Kerja-kerja pembinaan masjid berkenaan merupakan usaha dan keringat penduduk kariah sendiri tanpa mendapat mana-mana bantuan dari pihak lain. Sumber kewangan yang diperolehi merupakan sumbangan ikhlas daripada warga kariah untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan ini.

Seterusnya, pada tahun 1876, kapasiti masjid Pajak Song ini tidak dapat menampung Peningkatan jumlah penduduk di situ keran keadaan masjid yang usang dan kecil.Bertitik-tolak daripada keadaan itu perbincangan yang membawa muafakat telah dicapai bagi membangunkan sebuah masjid baru yang lebih besar dan sempurna. Sekali lagi semua ahli kariah menunjukkan semangat kebersamaan samada qariah lelaki dan perempuan dengan berkorban apa-apa sahaja terutama dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk pembinaan masjid berkenaan.

Masjid ini telah dibangunkan di atas tapak masjid yang ada sekarang , ianya direka bentuk dan dibangunkan sendiri oleh tukang-tukang Melayu beragama Islam. Kariah masjid ketika itu bekerjasama dengan pelbagai cara membawa tanah dari kampung masing-masing bagi tujuan pembinaan masjid ini.

(48)

Sesungguhnya usaha dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan berkenaan amat besar demi kesempurnaan pembinaan masjid dan ketika itu pembinaan masjid ini tidak menggunakan peralatan moden sebaliknya hanya tulang empat kerat.

Hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa masjid berkenaan pembinaan masjid yang baru, maka telah diwujudkan satu jawatankuasa untuk mengelolakan pembinaannya.

Sekali lagi ahli kariah dan orang-orang awam bekerjasama menyalurkan sumbangan derma. Dimaklumkan bahawa sasaran kutipan awalnya ialah RM200,000 sahaja tetapi sumbangan yang diterima adalah di luar jangkaaan iaitu melebihi RM700,000.

Selain sumbangan ini , Jawatankuasa Masjid turut menerima dana daripada kerajaan negeri sebanyak RM800,000, Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebanyak RM500,000, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM30,000, tabung masjid lama sebanyak RM77,000 dan juga keuntungan pelaburan yang dijana sebanyak RM41,000. Ini menjadikan jangkaan perolehan untuk membina masjid berkenaan sebanyak RM2.1 juta. Sementara menanti masjid yang baru dibina ini siap, ahli kariah telah berpindah ke masjid sementara yang dibangunkan berhadapan dengan Pejabat JKR Pajak Song.

Pihak jawatankuasa telah melawat,menilai dan melakukan pemerhatian ke atas beberapa buah masjid yang terdapat dalam negara bagi mendapatkan kesesuaian rekabentuk bagi masjid pajak song ini.Justeru itu, setelah dipersetujui mengikut citarasa, nila kewangan dan keluasan tanah yang ada, maka terbina reka bentuk masjid seperti hari ini. Ianya dapat menampung sehingga dua ribu jemaah jika ruangan di tingkat satu dan dua digunakan sepenuhnya.

(49)

1.2.6 Pengertian Masjid

Menurut Suwarto (2012) menyatakan perkataan masjid berasal daripada bahasa arab

‘sajada’ yang bermaksud sujud atau tempat menyembah Allah.

Menurut Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipetik daripada Utusan online 18 Oktober 2009 menyatakan bahawa institusi masjid disaran menceburi bidang keusahawanan.Bidang keusahawanan juga merupakan satu ibadah dan ia mampu menarik lebih ramai ahli masyarakat mendekatkan diri dengan masjid.

Institut keusahawanan Negara juga pernah menganjurkan seminar pembangunan usahawan kariah masjid untuk memberi pendedahan kepada kariah masjid mengenai perancangan dan potensi serta memupuk semangat dalam bidang perniagaan.

(Utusan online,18 Oktober 2009)

Institusi masjid juga memerlukan pengimarahan bukan sahaja dari aspek ibadah semata-mata tetapi juga mampu menarik minat ahli kariha memakmurkan masjid dengan aktiviti berbentuk muamalat dan ekonomi. Kiosk atau ruangan jualan dapat dibangunkan secara teratur membuka peluang kepada ahli kariah yang ingin menambah pendapatan mahupun mencari punca pendapatan berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang menambah nilai sesebuah institusi masjid.

Selain itu juga, masjid-masjid di Malaysia perlulah menjalani proses transformasi seiring perkembangan masyarakat Islam kontemporari.Kewujudan pusat penginapan muslim di perkarangan masjid memberi nafas baru kepada aktiviti keusahawanan masjid.

(50)

Masjid merupakan satu institusi yang amat penting dalam perkembangan masyarakat. Peranan masjid bukan sekadar tempat mendapatkan ilmu dalam pelbagai ruang lingkup keimanan semata-mata tetapi juga merupakan platform

pembangunan sosial dan ketamadunan masyarakat.

Terdapat beberapa penafsiran berkenaan institusi masjid. Masjid secara istilah bermakna khudu’ yang memberi maksud merendah diri dan tunduk. Menurut Ibn Manzur pula, perkataan masjid membawa makna sujud padanya atau di dalamnya.

(Jamal al-Din Muhammad bin Makram Ibn Manzur al Afriqi,1990).

Definisi masjid menurut Islam bukan hanya tempat mendirikan solat sahaja malahan masjid menurut pandangan Islam memegang maksud dan tujuan yang lebih luas.

Masjid bukan sahaja tempat ibadat, tetapi juga sebagai tempat untuk menyelesaikan urusan keagamaan dan keduniaan bagi umat Islam.

Memakmurkan masjid masjid menurut pandangan Yusuf Al-Qardawi ialah mendirikan sembahyang di dalamnya, berdoa, berzikir dan menegakkan syiar- syiarnya (Yusof Al Qardawi, 1990)

Kini terdapat lebih kurang 5490 buah masjid di seluruh negara samada kedudukannya sebagai masjid negara, masjid negeri, masjid jamek daerah, masjid institusi, masjid kariah, masjid mukim atau surau Jumaat. Jika diteliti aspek

peruntukan dana bagi tujuan pembinaan dan membaik pulih masjid, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM71 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Berasaskan kenyataan tersebut membuktikan bahawa betapa luas dan pentingnya

(51)

peranan institusi masjid dalam konteks pembangunan Insan yang memerlukan perancangan serta pengurusan masjid yang sistematik dan professional.

(Roslan Mohamed 228:4-5)

Profesor Dr. Muhammad al-Zuhaili melalui kitabnya Mausu’ah Qadaya Islamiyyah Mu’asirah antara lain menyatakan: “Masjid pada asalnya setiap tempat untuk sujud kemudian diitlaqkan tempat binaan khusus untuk ibadat dan menunaikan risalah khusus iaitu tempat solat berjemaah. Masjid mempunyai pelbagi jenis dan nama, antaranya:

Pertama: Masjid Utama yang tiga yang mempunyai hukumnya yang tersendiri, iaitu:

Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah.

Masjidil al-Nabawi di Madinah al-Munawwarah.

Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Kedua: Masjid al-Jamek. Iaitu masjid didirikan solat jemaah, jumaat dan solat-solat seperti khusuf, istisqa’ dan lain-lain. Ia dikenali juga dengan lafaz al-Jamek kerana tempat berhimpun. Kadang-kadang digelar sebagai al-Jamek al-Kabir bagi masjid yang terbesar di satu-satu bandar utama.

Ketiga: Musalla. Ia merangkumi dua jenis:

Musalla al-‘Id. Iaitu tempat lapang yang didirikan solat dua hari raya. Biasanya di padang yang boleh memuatkan seramai mungkin penduduk negeri untuk melakukan ibadat solat.

Musalla al-Hay. Iaitu masjid yang kecil yang didirikan solat dengan jemaah yang sedikit di sesebuah tempat aau kampong. Ini bertujuan bagi menghidupkan solat

(52)

berjemaah dengan mudah di samping meninggikan suara azan dan dua kalimah syahadah serta tauhid padanya. Mungkin di tempat kita dikenali sebagai surau.

Realiti di Malaysia pula menunjukkan pembahagian masjid atau tempat ibadat umat Islam dibahagikan kepada beberapa nama.

Antaranya,

• Masjid Negara yang mewakili masjid utama bagi Negara ini.

• Masjid utama Negara seperti Masjid Putrajaya dan Masjid Sultan Mizan.

• Masjid Negeri seperti Masjid Wilayah Jalan Duta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dan lain-lain.

• Masjid Daerah yang biasanya setiap daerah mempunyai masjid utama.

Ghalibnya terletak di pekan atau bandar kecil.

• Masjid kampung sesetengah tempat dibahagikan kepada masjid jamek dan masjid kampung biasa. Sedangkan sebahagian yang lain hampir sama.

• Surau Solat Jumaat dimana statusnya adalah surau tetapi diberi kebenaran untuk didirikan solat Jumaat kerana maslahah tertentu.

• Surau atau musalla dan sebahagian tempat digelar sebagai balasah. Ia hanya untuk solat Jemaah di kampung kecil atau di tempat yang tertentu.

• Mutakhir ini banyak juga tempat-tempat seperti bangunan kerajaan, institusi kewangan dan lain-lain telah membina sebuah ruang untuk solat yang dikenali sebagai musalla atau surau.

Antaranya:

Surau al-Barakah, Bank Rakyat, Kuala Lumpur

Surau Ahmad Dawjee Dadabhoy di Menara Bank Islam Surau Al-Insaf, Menara Maybank, Kuala Lumpur

(53)

Surau An-Nur, di Bank RHB, Kuala Lumpur dan lain-lain.

1.2.7 Gerakan Koperasi Di Malaysia

Koperasi ialah pertubuhan manusia yang berautonomi yang mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi. Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai- nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.

Gerakan Koperasi bermula dan berkembang di atas kesedaran sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang dieksploitasi atau ditindas bagi membela nasib serta hak mereka dalam kehidupan. Sejarah gerakan formal ini bermula pada kurun ke-18 di saat tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

Lahirnya tokoh-tokoh perindustrian seperti Hargreaves (pencipta alat penyulaman), Richard Artwright (pencipta rangka air yang menggunakan kuasa air), Samuel Cromption, James Watt (pencipta jentera wap) dan Edmund Cartwright (pencipta perkakasan penenunan) telah menggalakkan pertumbuhan bandar-bandar industri.

Perkembangan ini telah menarik ramai tenaga pekerja terutama dari sektor pertanian yang sememangnya telah dieksploitasi oleh tuan-tuan tanah untuk beralih arah bekerja di sektor perindustrian. Transformasi pekerjaan dari sektor pertanian ke sektor perkilangan telah menyebabkan pemilik-pemilik kilang pula mengambil

(54)

peluang mengeksploitasi kebanjiran tenaga buruh ini menerusi bayaran upah rendah, masa bekerja yang panjang dan kemudahan atau keadaan bekerja yang amat menyedihkan.

Senario ini diburukkan lagi dengan suasana politik di waktu itu di mana kerajaan dikawal oleh tuan-tuan tanah serta pemilik-pemilik kilang yang kaya raya.

Kebanyakan dasar-dasar yang digubal, bertujuan memihak kepada golongan hartawan ini dan secara tidak langsung menindas dan menghimpit kehidupan rakyat.

Antaranya, dalam tahun 1815, Parlimen England telah meluluskan Corn Law yang mencegah pengimportan jagung. Penggubalan undang-undang ini telah menyebabkan kenaikan harga roti yang mendadak dan secara tidak langsung meletakkan paras kemiskinan yang sangat tinggi di kalangan rakyat.

Tekanan dan situasi buruk yang dihadapi rakyat terutamanya di kalangan buruh- buruh kilang telah membuatkan mereka mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah tersebut. Maka muncullah tokoh iaitu Robert Owen (1771-1858) yang dikenali sebagai ‘Bapa Koperasi’ sebagai penjana idea kepada gerakan koperasi moden bagi mengurangkan kesan-kesan ketidakadilan dan penindasan ketika itu. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pekerja kilang, dan seterusnya menjadi usahawan sehingga berjaya memiliki kilang tekstil, dan kemudian menjadi pemimpin masyarakat, beliau menyedari akan perlunya suatu sistem masyarakat yang lebih dinamik diwujudkan dan layanan yang lebih adil diberikan kepada golongan pekerja. Beliau bercita-cita mahu mewujudkan perkampungan di seluruh negaranya yang dinamakan Dunia Baru Yang Bermoral bagi menggantikan suasana kehidupan semasa yang dianggapnya penuh penyelewengan dan penindasan. Dengan fahaman atau kepercayaan bahawa

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kewujudan perundangan berkaitan alam sekitar dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjadi panduan utama proses pembangunan negara yang selari dengan usaha penjagaan

Walaupun program ini dilaksanakan secara sukarela, terdapat beberapa pihak berkuasa tempatan yang berinisiatif untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh bagi

Kajian ini juga mengkaji medium promosi yang digunakan masyarakat untuk mendapatkan fatwa berkaitan zakat pendapatan dan juga mengkaji keberkesanan institusi masjid

This paper is based on a presentation made at The Penang Story Seberang Perai Lecture held at the Penang Public Library Corporation, Seberang Perai, Penang on 23

Dalam konteks dasar, dapatan kajian ini dapat meningkatkan kecekapan pekerja sosial di institusi pemulihan untuk melakukan perkhidmatan pada pelbagai tahap intervensi sesuai

- Projek ini bertujuan untuk mencegah kehilangan struktur pengairan di kawasan Skim Pengairan Sungai Muda dengan menukar rekabentuk daripada bahan struktur besi kepada bahan

Matlamat utama kajian ini dijalankan ialah untuk menghasilkan bahan penjerap komposit yang mampu menyingkirkan bahan-bahan pencemar utama dalam larut lesapan seperti

Dalam kajian ini, institusi-institusi yang terpilih ialah Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Wilayah yang mewakili institusi peribadatan; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia