PERANAN WAKAF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM : KAJIAN DI NEGERI PERAK
INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
PAIZ BIN HASSAN
MOHD ZAHIRWAN HALIM BIN ZAINAL ABIDIN AHMAD FAUZEE BIN ABDULLAH
JULAI 2011
ii Paiz Bin Hassan
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak 32610 Bandar Baru Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan
Tarikh : 1 Ogos 2011/1 Ramadan 1432
Rujukan : 600-KPK(PJI.5/2/2/4)(35)
YBhg. Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Research Management Institute (RMI) Universiti Teknologi MARA
Shah Alam 40450 Selangor
YBhg. Prof.,
Assalamualaikum wrt. wbt.
PENYERAHAN LAPORAN DANA KECEMERLANGAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN JAWATAN
Perkara di atas dengan sukacitanya dirujuk.
Disertakan laporan penuh projek Dana Kecemerlangan yang bertajuk “PERANAN WAKAF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM : KAJIAN DI NEGERI PERAK” dalam bentuk hardcopy dan softcopy CD sebanyak dua salinan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
PAIZ BIN HASSAN Ketua Projek
vi
ISI KANDUNGAN
1. Surat Penghantaran Laporan ... ii
2. Surat Tawaran Penyelidikan ... iii
3. Penghargaan ... v
4. Kandungan Laporan ... 1
4.1 Ringkasan Eksekutif Cadangan ... 1
4.2 Ringkasan Eksekutif Dapatan ... 2
4.3 Pendahuluan ... 3
4.4 Ringkasan Kajian Literatur ... 6
4.5 Metodologi Kajian ... 9
4.6 Hasil Kajian ... 11
4.7 Kesimpulan dan Cadangan ... 18
4.8 Rujukan/Bibliografi ... 26
5. Hasil Penyelidikan ... 28
6. Lampiran ... 30
2 4.2 Ringkasan Eksekutif Dapatan (Abstrak)
Wakaf adalah salah satu aktiviti ekonomi yang terdapat dalam Islam. Aktiviti wakaf banyak membantu umat Islam dalam pembangunan ekonomi serta memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Amalan wakaf juga tidak terhad untuk manfaat dunia, tetapi ganjaran akan terus berterusan di akhirat nanti. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai pemegang amanah bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan pembangunan hartanah wakaf.
Pembangunan ini sangat penting untuk meningkatkan ekonomi umat Islam terutama di kawasan bandar yang dimonopoli oleh orang bukan Islam dan untuk menambah bilangan umat Islam yang merupakan golongan minoriti di kawasan bandar. Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana harta wakaf memainkan peranan dalam membangunankan ekonomi umat Islam di negeri ini serta mengenalpasti usaha- usaha dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak majlis dalam membangunkan hartanah wakaf di negeri Perak.
3 4.3 Pendahuluan
Pelaksanaan ibadah wakaf bukanlah sesuatu yang baru di negeri Perak bahkan ianya telah diamalkan seiring dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu.
Sebelum penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada tahun 1949, pentadbiran harta wakaf tidak diuruskan oleh satu entiti atau organisasi khusus. Ianya diuruskan oleh pemimpin setempat yang mendapat kepercayaan oleh masyarakat setempat. Dengan perkataan lain, seseorang yang hendak mewakafkan sesuatu akan menyerahkan pengurusannya kepada pemimpin di wilayah pentadbirannya. Lantaran itu, kita dapat lihat pentadbiran harta wakaf pada masa tersebut tidak mempunyai sistem dan prosedur pengurusan yang sistematik dan tersusun.
Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 23 Oktober 1949 oleh kerajaan Perak mengorak langkah ke arah mengorganisasikan pentadbiran harta wakaf secara lebih tersusun. MAIPk telah diberi autoriti untuk mengambil alih dan mentadbir semua jenis wakaf yang terdapat di negeri Perak.
Kuasa mentadbir urus hartanah wakaf ini dapat dilihat dengan pengenalan Enakmen Kawalan Wakaf 1951 (Control Of Wakaf Enactment 1951) yang dikuatkuasa pada 1 Mei 1952 dan Peraturan Kawalan Wakaf 1959 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1959. Pengenalan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1965 bagi menggantikan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1951 telah mengukuhkan lagi peranan MAIPk khasnya dalam pentadbiran hartanah wakaf di negeri Perak (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, 2010).
Pentadbiran wakaf di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Seksyen 78 jelas menyatakan bahawa MAIPk sebagai Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf yang membawa maksud segala pentadbiran wakaf tidak boleh diuruskan oleh individu perseorangan atau mana-mana organisasi. Ianya hanya boleh diurus tadbir oleh MAIPk sahaja. Seksyen 78 menyatakan (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak), 2004):
“walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan , mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal-
a. Semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas b. Semua nazr `am; dan
c. Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang- orang Islam mengikut hukum syarak, setakat mana-mana harta yang