• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 213 - Kesusasteraan Afrika Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 213 - Kesusasteraan Afrika Moden "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama

Sidang Akademik 200312004 Septem berloktober 2003

HKB 213 - Kesusasteraan Afrika Moden

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

1. Jelaskan maksud Negritude dengan menyentuh aspek-aspek penting yang lazimnya dibincangkan oleh para sarjana kulit hitam Afrika.

Berasaskan maksud tersebut jelaskan pula bagaimana asas-asas pergerakan Negritude ini menjadi bahan utama dalam penghasilan puisi- puisi awal Afrika.

2. Baca petikan berikut yang dinukil dari novel Okonkwo karya Chinua Achebe:

"Mengapa kamu sendiri tidak menurunkan- nya"? Dia bertanya.

"Sebab perbuatan itu bertentangan dengan adat kami". Jawab salah seorang dari mereka.

"Adalah satu kehinaan seseorang itu mengambil nyawanya sendiri. Itu satu kesalahan terhadap Bumi, dan orang yang melakukannya tidak akan dikebumikan oleh kaumnya sendiri. Jasadnya jahat dan hanya orang asing saja yang boleh menyentuhnya.

ltulah sebabnya kami meminta orang-orang tuan untuk menurunkan mayat itu, kerana tuan semua orang asing." [hal. 2141

(2)

- 2 - [HKB 2131

Berdasarkan petikan di atas, sejauhmana anda bersetuju dengan pernyataan bahawa kematian watak utama novel ini telah dimatikan secara hina.

3. Telitikan petikan berikut:

"Dalam dunia seperti ini, sambung Biko lagi,

"sukar untuk tidak mempercayai bahawa seseorang itu rendah martabatnya apabila dilahirkan sebagai kulit hitam." [hal. 411

Berdasarkan petikan di atas jawab soalan-soalan berikut:

[a] Apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh watak utama novel Laungan Kebebasan ?

[b] Pada pandangan anda sejauhmana novel ini masih unggul sebagai sebuah karya sastera memandangkan setiap ruang dan episodnya diwarnai dengan fakta sejarah.

4. Bincang secara kritis keunikan dan kelainan tema yang ingin diungkapkan oleh Amos Tutuola dalam cerpennya "Feather Woman of the Jungle"

dengan cerpen "Resurrection" karya Richard Rive.

5. Menerusi novel Yang lndah Belum Menjelma Lagi karya Ayi Kwei Armah, beliau melihat bumi Ghana sebagai "a land of spiritually dead"

dan watak "lelaki itu" sebagai seorang "victim of the history". Berdasarkan pernyataan tersebut bincangkan sejauhmanakah elemen sejarah mempengaruhi gaya kepengarangan Armah dalam novel tersebut?

6. Berdasarkan drama The Swamp Dwellers karya Wole Soyinka, bincangkan secara kritis peranan dan akibat modernisasi yang melanda kampung tersebut terhadap "golongan yang terpengaruh", "golongan yang tertipu" dan "golongan yang menjadi mangsa" .

7 . Kemukakan secara kritis persamaan dan perbezaan mesej yang ingin

dipersembahkan oleh Christina Ama Ata Aidoo dalam cerpen "In the Cutting of a Drink dengan Catherine Obianuju Acholonu menerusi cerpennya "Mother was a Great Man".

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan bentuk-bentuk bencana alam yang dihadapi oleh golongan petani di Kampung Banggul Derdap yang tergambar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad7.

1) HKB 112: Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kurus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan

Huraikan dengan contoh-contoh peristiwa yang sesuai mengapa “dia sangat agung” dianggap “lelaki yang akan sentiasa dikenang oleh dunia.”.. Bincangkan secara kritis

Bincangkan secara kritis bagaimana Karl Man dan George Simmel menganalisa peranan konflik dalam masyarakat berserta dengan contoh-contoh yang relevan. [25

Bentangkan satu analisis terhadap kekuatan dan kelemahan unsur-unsur fiksyen yang terdapat dalam drama Matinva Seoranq Pahlawan-Jebat karya Usman Awang dan drama Malam Jahanam

Sitti Nurbaya karya Marah Rusli membicarakan bagaimana adat dimanupulasi oleh golongan-golongan oportunis dan rnembelenggu golongan-golongan yang berpendidikan

Bincangkan secara kritis pandangan Garratt (1990) dan Dell (1986) mengenai "kesan bias leksikal”; dan sejauh manakah kesan tersebut berjaya menjelaskan bahawa pemprosesan selari

Achebe telah menyangkal bahawa novel Yang Indah Belum Menjelma Lagi [terj.] yang dikarang oleh Ayie Kwei Armah sebagai “a sick book”, manakala Kingsley Amis berpandangan bahawa