• Tiada Hasil Ditemukan

SISTEM ‘ADNAN’ BANTU PESAKIT DIALISIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SISTEM ‘ADNAN’ BANTU PESAKIT DIALISIS"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

TOT CKD

KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta sistem atau rangkaian aplikasi untuk 50,000 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di Malaysia yang berupaya merekod maklumat pusat dialisis dan data pesakit serta berfungsi secara ‘offline-online’ yang boleh diakses di mana sahaja untuk persediaan jika berlaku bencana seperti banjir.

Aplikasi yang dicipta pada awal 2013 dikenali sebagai sistem ‘ADNAN’ atau ‘Advance Dialysis Nephrology Application Network’ adalah hasil usaha sama kepakaran USM dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan digunakan di Kelantan sebagai permulaan dan akan dikembangkan ke seluruh Malaysia sedikit masa lagi.

1 1

Menurut Ketua Unit Chronic Kidney Disease (CKD), Profesor Madya Dr. Azreen Syazril Adnan, objektif utama adalah memastikan pesakit dialisis menerima rawatan semasa bencana, membolehkan semua perkhidmatan dialisis diselaras dengan cekap dan penyelidikan untuk penambahbaikan dapat dibuat berdasarkan data-data yang diterima.

“Pesakit akan diberi gelang yang mempunyai cip data yang berfungsi sama seperti ‘punch card’ yang perlu diletakkan pada alat supaya doktor atau staf bertanggungjawab akan dapat melihat maklumat pesakit di dalam komputer,” katanya.

2 1

Tambahnya lagi, setiap data yang disimpan secara maya adalah lebih selamat serta dilindungi kerana telah diperakui oleh Cyber Security Malaysia.

“Untuk jangka masa panjang, sistem ini akan dikembangkan ke Thailand dan Brunei sekaligus menjana pendapatan kepada USM,” katanya lagi.

Pelancarannya akan diadakan pada 17 November 2015 oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr.

Omar Osman dan pada hari berikutnya pula akan diadakan bengkel cara penggunaan sistem ‘ADNAN’

kepada peserta yang terlibat.

20151013 091007 (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

SISTEM ‘ADNAN’ BANTU PESAKIT DIALISIS

12 OCT

(2)

Yang turut memberi penerangan tentang cara penggunaan sistem tersebut ialah pensyarah Fakulti Komputeran UTM, Profesor Madya Dr. Mohd Yazid Idris.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria

Foto: Wan Ahmad Nizamuddin Wan Mohd Sukri

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dengan terciptanya alat ini, masa rawatan berjaya dikurangkan dengan mengekalkan kualiti rawatan yang sama, lebih ramai pesakit dapat menjalani rawatan, pemulihan yang lebih cepat,

KUBANG KERIAN, 18 Mei 2015 - Menyedari kepentingan penjagaan Paliatif Pediatrik (Palliative Care) yang menawarkan rawatan serta sokongan untuk pesakit dan keluarga, Jabatan Anaesthesia

KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2015 – Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Jabatan Psikiatri Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Perubatan Psikologi

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mei 2015 - Kepakaran yang ada di Universiti Sains Malaysia (USM) adalah untuk masyarakat seluruhnya, misalnya dengan menubuhkan Makmal Molekular

KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2015 – Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Universiti Sains Malaysia (KSSUSM) yang dianjurkan oleh Sekretariat Laktasi dengan kerjasama

KUBANG KERIAN,13 Oktober 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengisytiharkan Kampus Kawasan Bebas Tembakau sejak 1 Januari 2012 yang lalu mengukuhkan usaha ini

KUBANG KERIAN, 9 Ogos 2015 – Menyedari penggunaan alat senaman bagi rawatan pemulihan pesakit artritis, kecederaan sukan, strok dan kes kepatahan sedia ada agak

PULAU PINANG, 30 Oktober 2015 - Kumpulan pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengharumkan nama universiti apabila muncul juara dalam pertandingan