• Tiada Hasil Ditemukan

Buletin FPI Bil. 2 • 2016 Futuristik Futuristik Fakulti Pengajian Islam ISSN 2289-9464

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Buletin FPI Bil. 2 • 2016 Futuristik Futuristik Fakulti Pengajian Islam ISSN 2289-9464"

Copied!
28
0
0

Tekspenuh

(1)

Buletin FPI Bil. 2 • 2016 Futuristik Futuristik Fakulti Pengajian Islam ISSN 2289-9464

Jalinan Strategik Melonjakkan UKM di Persada Antarabangsa

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Nozira Salleh & Moktar Hussain

FAKULTI Pengajian Islam telah melangsungkan Majlis Penyerahan Data Penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara kepada pihak Primeworks Studios Sdn.

Bhd. pada 14 Julai 2016 bertempat di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyerahan data penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara kepada pihak Primeworks Studios Sdn. Bhd. merealisasikan maksud kedua belah pihak seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah dimeterai antara kedua belah pihak pada 8 Januari 2015 yang lalu. Data penyelidikan tersebut merupakan hasil gabungan usaha sebelas ahli penyelidik daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang

diketuai oleh Dr. Farid Mat Zain. Primeworks Studios Sdn. Bhd. dalam pembikinan 13 episod dokumentari Ulama Nusantara dijangka akan bersiaran pada bulan Oktober 2016 di TV3, Malaysia dan Metro TV, Indonesia. Hasil daripada jalinan strategik antara UKM dan PWS menyerlahkan lagi kehebatan Fakulti Pengajian Islam di persada antarabangsa, sekaligus menjadi kebanggaan Universiti Kebangsaan Malaysia apabila dokumentari Ulama Nusantara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa World Islamic

bersambung ke halaman 25 Jakarta, 2 Ogos 2016. Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak and

Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar dan tetamu undangan yang lain di majlis pelancaran

Dokumentari Ulama Nusantara sempena The 12th World Islamic Economic Forum di Jakarta Convention Center, Jakarta. Foto oleh NSTP.

(2)

Buletin Fakulti Pengajian Islam Sidang Editor

Penaung

Profesor Dr. Wan Kamal Mujani Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah Penolong Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Latifah Abdul Majid Dr. Muhamad Razak Idris

Setiausaha Noorfariza Baharen Penolong Setiausaha Dr. Nozira Salleh

Sidang Editor

Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali Dr. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

Dr. ‘Adawiyah Ismail Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Dr. Najah Nadiah Amran Dr. Ahmad Dahlan Salleh

Dr. Nozira Salleh Khairuzaman Kadir

Moktar Hussain Mohd Hafiz Safiai Nur Syazwina Mustapa Rabitah Mohamad Ghazali

Rekabentuk Grafik Moktar Hussain

Fotografi Jamaludin Saleh Penerbitan dan Pengeluaran

Hasbi Mat Harun Mohd. Faizal Khatab

Mahmuddin Sabli Diterbitkan oleh:

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E.MALAYSIA

Tel: +603 8921 5350 | Faks: +603 8925 3902 e-Mel: td2fpi@ukm.edu.my Laman web: www.ukm.my/fpi

TERBITAN SEKALI SETAHUN

Assalamualaikum wrm. wbt.

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayah-Nya, buletin Futuristik dapat diterbitkan lagi pada tahun ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada sidang editor yang begitu gigih mengumpul, menulis dan mengedit bahan-bahan Buletin Futuristik meskipun tugasan ini bukanlah semudah yang disangkakan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Dekan Fakulti Pengajian Islam yang sentiasa memberikan sokongan dalam menjayakan penerbitan Buletin Futuristik 2016. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua warga FPI khususnya para pensyarah yang memberikan maklumat sebagai bahan paparan dalam buletin ini.

Penerbitan Buletin Futuristik pada kali ini masih lagi berasaskan kepada key result area (KRA) yang menjadi pemacu kecemerlangan UKM iaitu Graduan Beridentiti Nasional, Berkompeten dan Berdaya Inovasi (KRA1), Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi (KRA2), Perhubungan Strategik dan Perkongsian Pintar (KRA3), Tenaga Kerja Kompeten dan Inovatif (KRA4), Penjanaan Kekayaan Strategik dan Intensif (KRA5) dan Prasarana Ilmu yang Kondusif (KRA6).

Kehadiran Buletin Futuristik di tengah-tengah perjuangan warga FPI melonjak kegemilangan dalam pelbagai aspek dan bidang kepakaran, mempunyai peranan untuk beraksi di arena yang mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan warga FPI dalam meniti galaksi persaingan hebat di peringkat UKM dan global. Futuristik juga diharapkan dapat menjadi wadah yang berupaya membangunkan motivasi untuk meneladani kecemerlangan sesama sendiri seterusnya menerokai kejayaan yang lebih baik dan luar biasa serta mampu pula melalui persaingan sihat demi memacu kecemerlangan dan kompetensi sebagai golongan intelek di persada negara dan antarabangsa.

Futuristik, sesuai dengan namanya yang memandang jauh ke hadapan, mengharapkan kegemilangan ahli bukan sahaja untuk dikongsi, dirai dan diteladani di persada dunia yang sementara ini, malah lebih jauh lagi, mengharapkan keredhaan Allah di akhirat yang abadi. Semoga segala usaha di dunia ini menjadi saham akhirat yang membahagiakan.

Akhir kata, saya mewakili sidang editor memohon kemaafan atas sebarang kekurangan yang terdapat dalam buletin ini. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang penambahbaikan dengan harapan Buletin Futuristik dapat menjadi bahan tatapan yang sentiasa disayangi oleh seluruh warga fakulti bagi mengiktiraf kecemerlangan semua warganya sebagai lambang kesatuan dan kasih sayang.

Wassalam.

PROF. MADYA DR. SALASIAH HANIN HAMJAH

Futuristik Futuristik

Pena Ketua Editor

(3)

Assalamualaikum wrm. wbt.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sidang Editor yang berusaha gigih dalam menerbitkan buletin Futuristik. Kehadirannya setahun sekali berperanan memaparkan pencapaian warga FPI dalam pelbagai aspek termasuklah penyelidikan, penerbitan, mahasiswa yang kompeten, perhubungan strategik, pengajaran, pengiktirafan, perundingan, khidmat masyarakat dan sebagainya.

Sebagai Dekan FPI, bukanlah mudah menerajui kepimpinan fakulti dan membawa fakulti bergerak sederap menuju kegemilangan seiring dengan hasrat dan visi UKM. FPI perlu mengorak langkah mencapai sesuatu yang bukan sahaja membanggakan fakulti tetapi turut melakar kegemilangan yang boleh menjadikan UKM sentiasa terkehadapan dan meniti di setiap bibir masyarakat di Malaysia dan antarabangsa.

Antara isu yang sedang hangat dibincangkan secara dalaman di UKM ialah mengenai penstrukturan semula Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTJ). FPI tidak terkecuali bagi menyahut usaha ini meskipun FPI sedar bahawa pada setiap perubahan pasti ada cabarannya. Saya sebagai Dekan memandang positif perubahan ini dan mengharapkan pengurusan dan pentadbiran UKM dan FPI akan lebih baik dan terancang pada masa hadapan.

Perubahan demi perubahan didepani sejajar dengan tuntutan masa kini. FPI dan UKM telah membelanjakan hampir 2.5 juta bagi menambah baik prasarana pembelajaran dan pentadbiran di fakulti. Perubahan ini dirasakan perlu bagi memberikan keselesaan bukan sahaja kepada kaki tangan fakulti tetapi juga kepada para pelajar.

Perubahan ini diharapkan juga dapat menyemarakkan komitmen kerjaya dalam kalangan warga fakulti di samping memberi keterampilan baru kepada imej fakulti di persada tanah air dan antara bangsa.

Sejajar dengan perubahan global dalam dunia pendidikan, FPI menerusi Timbalan Dekan Pra siswazah iaitu Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek melangkah ke depan dengan menjayakan program mobiliti pelajar dengan memberi peluang

kepada pelajar pra siswazah menimba ilmu pengetahuan di luar negara. FPI juga mengambil berat mengenai jaringan dan jangkauan di peringkat kebangsaan dan antara bangsa. Pelbagai institusi terlibat dalam memperkasa hubungan kerjasama ini termasuklah rakan strategik tersohor industri, agensi kerajaan, NGO, rakan akademik & universiti serta rakan komuniti.

Aspek kecemerlangan pelajar turut digilap dalam bidang media. Sehubungan itu, Dr Rosmawati Mohamad Rasit (Ketua Jabatan Pengajian Dakwah

& Kepimpinan) telah menubuhkan Daie Production pada Julai 2016. Penubuhan Daie Production melalui usaha pertama beberapa orang pelajar tahun akhir berjaya menghasilkan video korporat FPI yang dilancarkan sewaktu majlis ramah mesra pelajar baru sesi 2016/2017 bersama Dekan di Panggung Seni UKM pada 29 Ogos 2016.

Pencapaian demi pencapaian FPI akan terus dipaparkan dalam siri keluaran Futuristik pada masa hadapan. Semoga Futuristik akan terus menyerlahkan kejayaan dan kegemilangan warga FPI yang menjadi mekanisme kesatuan ahli di mana pada setiap kejayaan ada rasa kebanggaan yang dapat dirasai oleh semua, pada setiap kecemerlangan ada rasa ingin diteladani dan pada setiap kebanggaan ada rasa persaingan yang sihat dan beretika. Kesemua ini dipadukan menuju hasrat yang satu iaitu membina kecemerlangan fakulti secara bersama dan tersemat padu dalam ingatan setiap diri bahawa setiap warga adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain ibarat sebuah bangunan yang kukuh dan tidak dapat dipecahkan ukhuwwah dan kerjasamanya.

Semoga warga FPI akan terus cemerlang di dunia dan akhirat selari dengan nama Futuristik yang sentiasa optimistik memandang ke hadapan dan berani menyahut apa jua cabaran pada masa menjelang.

Salam hormat daripada saya. Wassalam.

PROFESOR DR. WAN KAMAL MUJANI

Sekilas Bicara Dekan

(4)

Cabaran Membangun Mahasiswa Unggul

Muhamad Razak Idris

BANYAK cabaran dalam pengurusan dan

pembangunan mahasiswa FPI yang unggul. Ini semakin bertambah dengan fenomena lambakan graduan dalam pasaran dan tren majikan hari ini yang tidak lagi memilih graduan yang mendapat pointer yang tinggi dalam peperiksaan, sebaliknya graduan yang mempunyai nilai tambah seperti kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran nilai keusahawanan. Ikuti temu bual khas oleh Dr Muhamad Razak Idris, Editor Futuristik bersama Prof. Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Bagaimanakah tahap sambutan permohonan pelajar terhadap program pra siswazah FPI hari ini?

Untuk permohonan peringkat awal, FPI menerima lebih kurang 4000 permohonan daripada seluruh negara. Permohonan ini datang daripada

pelbagai kategori calon sama ada lulusan STAM, STPM mahupun Diploma. Semasa proses rayuan pula, FPI menerima 800 permohonan sama ada menerusi e-rayuan

UPU, emel mahupun

permohonan yang dihantar semasa Karnival Jom Masuk FPI yang diadakan pada 13 Ogos 2016.

Jumlah permohonan yang banyak ini menunjukkan permintaan terhadap bidang pengajian Islam tidak pernah surut. Jumlah ini juga menjadi bukti bahawa FPI UKM kekal bersaing dalam bidang ini meskipun program serupa turut ditawarkan oleh banyak Universiti Awam dan Universiti Swasta lain di dalam dan luar Negara.

Mengapa FPI menjadi antara pilihan utama pelajar menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi?

Sejak kebelakangan ini, promosi yang dijalankan oleh FPI untuk menarik minat bakal pelajar difokuskan kepada kelainan yang ditawarkan oleh kesemua program di FPI. Promosi ini dilakukan menerusi lawatan daripada mana-mana sekolah ke FPI ataupun promosi menerusi program Jawhar FPI4School serta

menerusi media elektronik. Kelainan yang ditonjolkan meliputi dua perkara utama.

Pertama, kedudukan FPI UKM sebagai Fakulti Pengajian Islam tertua di Malaysia ternyata menarik minat bakal pelajar untuk menjadi sebahagian daripada warga FPI. Fakulti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 serentak dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia sebenarnya berasal daripada Kolej Islam Malaya di Klang yang ditubuhkan pada tahun 1955.

Kementerian Pelajaran kemudiannya telah bersetuju untuk menaiktaraf kolej ini kepada Kolej Universiti pada tahun 1968. Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970, Kolej ini telah diletakkan di bawah naungan universiti ini dan ditukar nama kepada Fakulti Pengajian Islam. Sejak tahun 1974 hingga kini, FPI UKM telah mengeluarkan ribuan graduan yang bergelar alumni. Mereka juga ingin anak-anak mereka menjadi sebahagian daripada

warga FPI UKM. Hasrat alumni ini telah menyebabkan FPI UKM kekal menjadi pilihan utama pelajar untuk

melanjutkan pengajian.

Kedua, mobiliti ke luar negara.

Untuk tahun 2016, UKM sendiri mensasarkan untuk menghantar

250 pelajar ke luar negara. Oleh itu, FPI menggunakan sasaran

ini untuk menawarkan peluang belajar ke luar negara bagi

bakal pelajar yang berminat.

Selama inipun FPI telah menghantar pelajar ke luar

negara untuk menjalani proses pembelajaran

selama 1 semester dengan pemindahan kredit.

Saudari Najwa Huda Mohd Shahidin yang

merupakan pelajar Tahun 2 dari Jabatan

Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah menyertai program mobiliti ke Marmara University, Istandul, Turki pada semester 2 sesi 2015- 2016. Beliau menamatkan pengajian di sana dengan membawa pulang 13 kredit. Pada semester 1 sesi 2016- 2017 pula, FPI menghantar 5 pelajar ke Yarmouk University, Jordan untuk mengikuti pengajian selama 1 semester dengan pemindahan kredit. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 Jabatan Syariah dan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah iaitu Afifah binti Abdullah, ‘Awatif ‘Iffah Ismail,

Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek

(5)

Nuramaliya binti Mohamad Rosman dan kembarnya Nuramalina binti Mohamad Rosman serta Nur Hidayah Israh binti Ismawi.

Ketiga, kewujudan selebriti media massa dan media elektronik dari FPI. Selebriti FPI telah mendominasi media di Malaysia sama ada Astro, rangkaian televisyen Media Prima mahupun RTM. Nama-nama seperti Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dr.

Fadlan Mohd Othman, En. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman, Prof.

Madya Dr. Fariza Md Sham dan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kekerapan wajah-wajah ini menemui penonton rangkaian tersebut dengan membawa nama FPI telah berjaya menarik minat bakal pelajar untuk memohon ke FPI. Ini dibukti menerusi luahan bakal pelajar yang menjalani proses temuduga untuk memasuki FPI. Rata- rata calon akan mengatakan bahawa mereka memilih FPI UKM kerana ingin menjadi murid kepada selebriti FPI.

Apakah cabaran utama dalam pembangunan akademik mahasiswa FPI hari ini?

Mahasiswa hari ini ialah generasi Y. Mereka merupakan generasi pintar gajet. Usaha membangunkan mereka tentunya akan berdepan cabaran yang besar. Cabaran utama ialah jurang generasi yang wujud antara generasi akademia dengan generasi mahasiswa. Generasi 60an dan 70an yang kehidupannya berinteraksi dengan alam melawan generasi 90an yang kehidupan hariannya berinteraksi dengan gajet.

Dunia pendidikan hari ini yang berubah secara pantas kepada Pendidikan Alaf 21 turut memberikan cabaran dalam membangunkan akademik mahasiswa.

Mereka bukan hanya perlu mendapat ilmu tentang bidang akademik yang dipilih tetapi juga perlu disokong dengan ilmu teknologi pendidikan terkini untuk membolehkan mereka kekal berdaya saing.

Lambakan graduan dalam pasaran juga memberikan cabaran dalam membangunkan akademik mahasiswa.

Pasaran kerja tidak lagi memilih graduan yang mendapat pointer yang tinggi dalam peperiksaan.

Sebaliknya, majikan lebih gemar memilih graduan yang mempunyai nilai tambah seperti kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran nilai keusahawanan.

Inilah cabaran kepada kita semua, bagaimana untuk membangunkan mahasiswa yang lengkap dengan pelbagai nilai tambah ini.

Apakah misi dan cita-cita utama FPI dalam agenda pembangunan mahasiswa?

FPI meletakkan dua misi dalam agenda pembangunan mahasiswa. Pertama ialah misi membangunkan mahasiswa berfikiran global. Misi ini dilaksanakan menerusi pengantarabangsaan pelajar dengan membuka ruang yang luas kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara.

Menerusi misi ini, FPI berhasrat untuk menempatkan

pelajar prasiswazah FPI di serata pelusuk dunia. Kita telah melakukannya dengan Turki, diikuti Jordan dan Indonesia. Brunei akan menyusul dalam masa tersebut.

Projek Road to UAE juga telah digerakkan sejak awal tahun 2016. Untuk projek ini, FPI cuba meneroka peluang di University of Sharjah dan University of Al- Qasimia. Projek ini bukan hanya melibatkan program pertukaran pelajar selama 1 semester, tetapi juga membabitkan program jangka pendek seperti Arabic Camp. Projek Road to Europe and US pula akan menyusul pada tahun 2017.

Kedua, melahirkan pelajar yang mempunyai nilai keusahawanan yang membolehkan mereka mendapatkan kemahiran tertentu dan sudah mempunyai pekerjaan walaupun masih berstatus pelajar. Kerjasama dengan Akademi Mutawwif Training and Consultancy telah dirintis sejak tahun 2015. Kerjasama ini akan membolehkan pelajar FPI menjalani latihan untuk bergelar Mutawwif bertauliah dan seterusnya boleh menjadi Mutawwif kepada mana-mana agensi pelancongan yang ingin membawa kumpulan jemaah umrah. Minat rakyat Malaysia untuk menjalankan ibadah umrah sepanjang tahun pula sangat membantu dalam memperkembangkan lagi potensi kerjaya sebagai Mutawwif. Malah tidak mustahil satu hari nanti, Mutawwif ini akan membuka agensi pelancongan dan menjadi job creator kepada graduan lain pula.

Dalam masa yang sama juga, FPI telah menubuhkan Daie Production yang bertanggunggjawab membangunkan nilai keusahawanan pelajar menerusi kemahiran dalam aspek penerbitan skrip/drama/filem pendek patuh syariah. Produksi ini bakal menjalin kerjasama dengan produksi tersohor untuk memberi latihan berupa kemahiran penerbitan kepada pelajar.

Apakah harapan pihak kedekanan terhadap warga akademik FPI dalam menjayakan misi dan cita2 ini?

Pihak kedekanan FPI amat berharap agar warga akademik dan staf pelaksana memberi sokongan padu kepada fakulti bagi merealisasikan misi yang digariskan. Para pelajar juga harus diberi sokongan agar mereka berani menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan berani bersaing di peringkat global.

Apakah harapan pihak kedekanan terhadap

mahasiswa FPI dalam menjayakan misi dan cita-cita yang digariskan.

Pihak kedekanan FPI amat berharap agar mahasiswa bergerak seiring dengan hasrat FPI. Aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan oleh Kelab-Kelab Jabatan dan Persatuan Mahasiswa Fakulti haruslah selari dengan agenda Fakulti. Mahasiswa juga perlu mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran berada di tahap global dengan menguasai bahasa antarabangsa dan seterusnya mencabar diri menjadi seorang job creator yang kemudiannya boleh membina empayar perniagaan sendiri dengan membuka peluang pekerjaan kepada graduan lain pula.

(6)

Najah Nadia Amran & A’dawiyah Ismail

Program Mobiliti Memacu Kejayaan Pelajar di Peringkat Global

SALAH satu amalan pembelajaran berimpak tinggi termasuklah pembelajaran tentang kepelbagaian dan global (Diversity and Global Learning). Kebanyakan universiti tersohor memberi penekanan kepada kursus dan program yang dapat membuka peluang kepada para pelajar membuat

eksplorasi budaya, bahasa, pengalaman dan ilmu serta paradigma yang baharu lagi relevan.

Program mobiliti ataupun pertukaran pelajar UKM memberikan peluang ini kepada pelajar menjelajah suasana, budaya, kehidupan intelektual, masyarakat dan persekitaran di luar kebiasaan yang mencabar kelaziman budaya belajar dalam budaya setempat di negara sendiri.

Tahun 2016 membuka lembaran kejayaan

baru bagi FPI dengan kejayaan pelajar mendapat tajaan untuk mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara. Nur Iffah Idris dan Norain Azlan, pelajar Tahun

2 Jabatan Pengajian al-Quran dan al- Sunnah, telah berjaya dianugerahkan EU SHARE Scholarship (European Union Support to Higher Education in the ASEAN Region bagi mengikuti program pertukaran pelajar selama satu semester d i U n i v e r s i t a s Indonesia bermula Ogos 2016.

Selain itu, Nuramaliya Mohamad

Rosman dan ‘Awatif

‘Iffah Ismail, juga

pelajar dari Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Nuramalina Rosman dan Afifah Abdullah, pelajar Jabatan Syariah dan Nur Hidayah Israh Ismawi pelajar

Jabatan mendapat anugerah Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor bagi mengikuti program pertukaran pelajar selama 1 semester di Yarmouk University, Jordan pada semester 1 sesi 2016-2017.

Antara kejayaan yang membanggakan, apabila Nur Fitrah Hanani Mat Arshad, Nurul Farhana bt Hussain, Nur’ Ain Natasha Darus Zaman, N u r d i n i e N a j i h a h Badrul Hisham, Nur Farah Afrina Amran, Nur Adilla Mohd Yusof, Nasibah Ummu Amarah Asli dan Wan Azman bin Wan Mohammad dianugerahkan Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor bagi mengikuti program pertukaran pelajar selama 1 semester di Marmara University, Turki pada semester 1 sesi 2016-2017. Mereka merupakan pelajar Tahun 1, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Pelajar Tahun 2, Najwa Huda Mohd Shahidin dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Marmara University bermula dari 8 Februari sehingga 30 Jun 2016. Beliau mendapat Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor. Pengalaman yang diperolehi semasa program

pertukaran ini memberi peluang bermakna kepada pelajar bagi melengkapkan lagi atribut graduan UKM berkompeten, berdaya saing, tahan cabaran, pintar sosial dan budaya serta berpengalaman di peringkat global.

Najwa dan rakan-rakan di Marmara University, Turki Pelajar yang mengikuti program pertukaran pelajar selama

satu semester di Yarmouk University, Jordan

(7)

A‘dawiyah Ismail, Najah Nadiah Amran & Ermy Azziaty Rozali

Kecemerlangan Pelajar dalam Akademi Pendakwah Muslimat

14 MEI 2016 – Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan Program Pentas Akhir Akademi Pendakwah Muslimat 2016 di Dewan Teater, Pusat Bandar, Seksyen 14 Shah Alam bermula jam 8.00 malam. Hampir 1000 orang hadir memenuhi dewan teater bagi menyaksikan pentas akhir tersebut.

Fakulti Pengajian Islam, UKM berbangga kerana seramai tiga daripada lima orang finalis merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM. Mereka terdiri daripada Aqidah Suwardi, Nurul Ainie Zawawi dan Ummi Kalsum Mat Lazim. Kelima-lima orang peserta telah memberikan persembahan terbaik berdasarkan tajuk yang diberikan sehingga memukau para penonton serta para juri pada malam tersebut. Tiga orang juri profesional yang terdiri daripada Ustaz Muhammad Zarifi Mohamad Daud, Ustaz Farihin Abdul Fatah dan Ustazah Asni Abu Mansor telah diberi mandat untuk mengendalikan persembahan mereka serta

menentukan Juara dalam program tersebut.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan. Antara orang kenamaan yang hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Dato’ Hj. Othman Mustapha sebagai penyampai hadiah pemenang, Dato’ Dr. Yunus Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Halim Navagani Pengurus Syarikat Halcent Discovery Holiday Sdn Bhd penaja pakej umrah bagi juara APM 2016, Ustaz Hj. Ahmad Zaki Hj. Arsad Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Ustaz Hj. Mohd Basori Umar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kesemua peserta APM 2016 telah membuat persembahan yang terbaik dan keputusan serta hadiah yang diterima adalah seperti berikut:

Kedudukan Nama Pemenang (APM 2016) Hadiah

Kedua

Nur Aqidah binti Mawardi Wang Tunai RM 4,000.00 berserta Senaskah Al-Quran Tajaan Yayasan Restu, Piala dan Sijil

Ketiga Nurul Ainie binti Nawawi Wang Tunai RM 3,000.00 berserta Senaskah Al-Quran Tajaan Yayasan Restu, Piala dan Sijil

Keempat Ummikalsum binti Mat Lazim Wang Tunai RM 1,500.00 berserta Senaskah Al-Quran Tajaan Yayasan Restu, Piala dan Sijil

Salasiah Hanin Hamjah

Bengkel Penerbitan Artikel Bahasa Melayu dalam Edisi Khas Sains Malaysiana

BAGI melonjak penerbitan di FPI, pihak urusetia Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti mengadakan bengkel penulisan jurnal ISI

pada 25 Februari 2016, di Bilik Mesyuarat 1, FPI pada jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Bengkel ini dikendalikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Sarani Zakaria, Ketua Editor, Sains Malaysiana, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Banyak perkongsian diperolehi sepanjang bengkel tersebut dan lebih istimewanya apabila Prof.

Dr. Sarani memaklumkan bahawa

Sains Malaysiana merancang menerbitkan edisi Khas dalam Bahasa Melayu pada Disember 2016

bagi menggalakkan ahli akademik UKM menulis dalam jurnal tersebut.

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Prof. Dr.

Sarani memberikan pelbagai tips penulisan jurnal untuk dimanfaatkan oleh para peserta bengkel.

Para peserta yang mengikuti Bengkel Penerbitan Artikel Bahasa Melayu anjuran Fakulti

(8)

Salasiah Hanin Hamjah & Latifah Abd. Majid

Penyelidikan Islam Kontemporari di Fakulti Pengajian Islam

KEGIATAN penyelidikan yang dijalankan di universiti berupaya menghasilkan lebih ramai modal insan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai bidang. Usaha itu mampu direalisasikan melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak yang dapat mendorong dan memangkin pembangunan inovasi secara menyeluruh. Hasil penyelidikan yang diperolehi tidak hanya memberi impak atau kelebihan kepada kepentingan penyelidik semata-mata tetapi dapat dikongsi bersama pihak lain melalui pengkomersialan.

Penyelidikan dan penerbitan merupakan perkara penting dalam kerjaya ahli akademik disebuah universiti penyelidikan. Sama ada seseorang ahli akademik itu suka atau tidak, mereka perlu terlibat dengan penyelidikan bagi menyahut cabaran bekerja di sebuah universiti penyelidikan.

Hakikatnya banyak kebaikan diperolehi apabila bekerja di sebuah universiti penyelidikan kerana ahli akademik didedahkan dengan pelbagai cabaran. Jika dahulu kerjaya ahli akademik hanya memberi kuliah, memasuki kelas tutorial dan menyelia pelajar menulis tesis di peringkat pra siswazah dan pasca siswazah, namun kini ruang lingkup tugas seorang ahli akademik di sebuah universiti penyelidikan menjadi

semakin luas. Mereka bukan sahaja perlu mengajar dan menyelia, tetapi juga perlu menjalankan penyelidikan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.

Walaupun mungkin terdapat banyak rungutan bahawa bidang tugas ahli akademik semakin bertambah, namun semuanya ini jika dilihat secara positif ia merupakan satu latihan berbentuk ‘multi task’. Ini kerana ia memberi latihan secara tidak langsung kepada ahli akademik melakukan anjakan paradigma dalam menghadapi arus globalisasi. Signifikannya, mereka bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang mempunyai nilai keilmuan yang tinggi tetapi juga peka terhadap keperluan semasa masyarakat menerusi penyelidikan yang diceburi dan khidmat masyarakat yang disumbangkan.

Fakulti bertekad ke arah kecemerlangan dalam usaha memupuk dan menyebarluaskan penyelidikan yang selari dengan keperluan dan kepentingan ummah, maka ahli akademik turut menyahut cabaran menyertai dan mengharungi dunia penyelidikan Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Universiti Penyelidikan (GUP), Dana Pembangunan Penyelidikan (DPP), Dana Luar dan Dana Top-down.

Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)

Tajuk Ketua Projek Peruntukan (RM)

The Development of Forward Sale-based Islamic Personal Financing Model Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff 47,500.00 Pembinaan Parameter Syariah Prinsip Pemilikan Bermanfaat (Beneficial

Ownership) dalam Kewangan Islam Nik Abdul Rahim Nik Abdul

Ghani 80,000.00

Model Tadbir Urus: Analisis Amalan Terbaik Pentadbiran Rasulullah SAW Ermy Azziaty Rozali 51,600.00

Geran Galakan Penyelidik Muda

Tajuk Ketua Projek Peruntukan (RM)

Pembinaan Garis Panduan Penawaran Produk Hibah Patuh Syariah Dalam

Industri Perancangan dan Pengurusan Harta Umat Islam di Malaysia Noor Lizza Mohamed Said 15,000.00 Geran Universiti Penyelidikan

Tajuk Ketua Projek Peruntukan (RM)

Pelestarian Sebuah Pemerintahan Stabil Berasaskan Sistem Ketenteraan dan

Ekonomi Kerajaan Nasriyyah di Granada Ezad Azraai Jamsari 10,000.00

Pemerkasaan Keusahawanan Islam dalam Konteks Pembangunan Negara Salmy Edawati Yaacob 10,000.00 Pengubahsuaian Astrolab Mengikut Standard Malaysia Untuk Kegunaan al-

Miqat di Alam Melayu Ibnor Azli Ibrahim 10,000.00

Implikasi Pembangunan Teknologi Robotik kepada Perkembangan Sains dan

Teknologi dalam Tamadun Islam Roziah Sidik @ Mat Sidek 10,000.00

Teori Terjemahan Arab-Melayu Dalam Karya Asli Dan Karya Terjemahan

Ulama Melayu Nusantara Suhaila Zailani @ Ahmad 10,000.00

(9)

Dana Luar

Tajuk Ketua Projek Peruntukan (RM)

Kajian Lanjutan Hudud Menurut Perundangan Islam dan Kerelevanannya di

Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd. Nasran Mohamad 67,900.00 Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyah: Kajian Perkembangan dan Amalannya di

Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Faudzinaim Badaruddin 41,391.68 Kajian Undang-Undang Bertulis Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Abdul Basir Mohamad 130,000.00 Kajian Indeks Syariah Malaysia (Bidang Pendidikan) 2015 Wan Kamal Mujani 90,000.00

Dana Pembangunan Penyelidikan (DPP/KPPU)

di bawah Nic Pendidikan & Peradaban dan Nic Membina Negara Bangsa

Tajuk Ketua Projek Peruntukan (RM)

Pemerkasaan Kajian Perundangan Islam dan Muamalat Muhammad Adib Samsudin 9,000.00 Lonjakan Bidang Kebudayaan Arab & Peradaban Islam Dalam Penerbitan dan

Sitasi UKM Wan Kamal Mujani 9,000.00

Lonjakan Penerbitan Dalam Kajian Asia Barat Ermy Azziaty Rozali 9,000.00

Penyelidikan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam A’dawiyah Ismail 9,000.00 Pemerkasaan Penyelidikan Ilmu Wahyu dan Turath Islam Yang Berimpak

Tinggi Mazlan Ibrahim 9,000.00

Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2016

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Nozira Salleh & Moktar Hussain

FAKULTI Pengajian Islam bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Persatuan Kaunseling Syarie Malaysia (PAKSI) dan Projek Arus Perdana (AP-2014- 020) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2016 pada 10-11 Mei 2016 bertempat di Klana Resort, Seremban. Seminar ini membawa kelainan apabila menjadikan pendekatan Islam dalam kaunseling sebagai fokus dalam perbincangan, sedangkan kebiasaan seminar kaunseling yang lain lebih menekankan kepada pendekatan kaunseling konvensional. Sebanyak 59 kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai tema seperti Kaunseling Islam dalam Komuniti, Pendekatan Kaunseling Islam, Kaunseling Islam dalam Keluarga, Intervensi dan ‘Ilaj Syarie dalam Kaunseling, Psikologi Islam, Isu-isu Sosial

dalam Komuniti, Maqasid Syariah dalam Kaunseling serta Kaunseling Islam dalam Pendidikan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin. Seramai 202 orang peserta terdiri daripada kalangan kaunselor berdaftar, pegawai badan kerajaan, NGO, pensyarah, pelajar sarjana dan orang awam yang dating dari seluruh Malaysia.

Antara pembentang jemputan dalam seminar ini ialah seorang tokoh tersohor dalam bidang kaunseling di Malaysia iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Amir Awang.

Liputan media juga berlangsung pada hari tersebut dan sambutan peserta dalam seminar ini sangat menggalakkan malah ada permintaan supaya seminar seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Ahli jawatankuasa penganjur bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

(10)

Najah Nadiah Amran & A‘dawiyah Ismail

Kelab Pelajar Lahirkan Modal Insan Berkompeten

MELAHIRKAN modal insan yang berkompeten dan holistik dengan acuan dan jati diri kebangsaan yang tersendiri merupakan usaha berterusan Fakulti Pengajian Islam. FPI memberikan tumpuan khusus bagi membina jati diri graduan Pengajian Islam yang unik agar mereka dibentuk

menjadi graduan berkarektor mulia, menguasai ilmu- ilmu teras pengajian Islam dan pada masa yang sama memiliki pengetahuan dan kemahiran terkini m e m b o l e h k a n mereka menyumbang kepada negara dan masyarakat.

Para pelajar pengajian Islam dalam pelbagai jurusan digalakkan

untuk merekabentuk aktiviti kurikulum dan ko- kurikulum di peringkat jabatan, fakulti, persatuan, kelab, kolej dan badan beruniform. Kelab-kelab jabatan seperti Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH),

Kelab Mahasiswa Jabatan Syariah (AL-

HUJJAH), Kelab

Mahasiswa Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA)

dan Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian al- Quran dan al-Sunnah (JANNAH) proaktif dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar fakulti melalui perbagai program dan aktiviti sepanjang sesi.

Pelajar Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik contohnya program Hayya Natakallam bi al-Lughah al-’Arabiyyah wa al-Lughah al-Injiliziyyah (18 September sehingga 18 Disember, 2015 dan 4 Mac sehingga 13 Mei 2016). Mereka juga menganjurkan pertandingan debat bahasa Arab dan bengkel-bengkel kemahiran. Antara usaha berimpak jabatan ini juga

dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) menganjurkan Mu’askar Lughawi IV pada Jumaat-Ahad (6-8 Mei 2016) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Peserta terdiri daripada Pelajar Tahun 3 JPATI.

Penganjuran program k e c e m e r l a n g a n ini telah memberi pengalaman yang bermakna kepada para pelajar. Antara impak positif, sebagai bakal graduan UKM pelajar mendapati mereka berasa yakin untuk membawa diri dan berani untuk bertutur dalam bahasa Arab dan Inggeris di lokasi awam.

Latihan pengucapan awam ini juga telah mencungkil bakat debat di kalangan mereka yang tiada pengalaman debat dalam Bahasa Arab. Selain itu, program Forum Sejarah di jabatan telah merancakkan lagi budaya intelektual dan inkuiri di kalangan para pelajar.

N i l a i

kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh pelajar FPI merentas samudera membawa mereka ke negara Asean yang lain. Contohnya, Program Jelajah Ilmu Islam dan Interaksi Universitas Islam, Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung Indonesia pada 12 sehingga 16 April 2016. Selain mewujudkan jaringan melalui diskusi ilmiah antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, pelajar jabatan Syariah melalui kelab AL-HUJJAH. Mereka ini menjalankan misi kemanusiaan ke rumah anak yatim di Pesantren al-Fathonah, Bandung. Penganjuran aktiviti ini merupakan contoh kecelikan budaya yang tinggi bakal graduan FPI dalam memasyarakatkan peranan FPI serantau Asia.

Sesi percambahan fikiran di kalangan pemimpin-pemimpin kelab pelajar di Fakulti Pengajian Islam

Peserta program Jelajah Ilmu Islam dan Interaksi Universitas Islam Negeri Sunan Djati, Bandung Indonesia

(11)

Najah Nadiah Amran & A‘dawiyah Ismail

Kemeriahan Aktiviti Kesarjanaan Pengajian Islam

DUA aspek penting bagi sebuah universiti penyelidikan ialah lonjakan angka penerbitan, sitasi dan penyelidikan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, universiti awam termasuklah UKM menunjukkan peningkatan penerbitan dan sitasi yang besar. Selain geran penyelidikan yang diterajui oleh akademik fakulti, jumlah enrolmen pelajar pascasiswazah di peringkat sarjana dan Phd menyumbang kepada merancakkan lagi budaya menerbit dan penyelidikan fakulti. Peningkatan enrolmen pelajar siswazah ini menuntut tanggungjawab besar yang harus digalas oleh FPI khususnya dalam menghasilkan pakar dan sarjana dalam bidang pengajian Islam mengisi keperluan semasa dan

pakar rujuk masyarakat dan negara.

Bagi menyediakan graduan sarjana pengajian Islam yang b e r p e n g e t a h u a n tinggi, jabatan-jabatan telah menganjurkan pelbagai aktiviti kecemerlangan dan keilmuan contohnya wacana, forum, bengkel, seminar dan kolokium yang merupakan sebahagian kaedah pembelajaran berimpak tinggi. FPI sangat menggalakkan program seumpama

ini kerana ia menyubur budaya intektual, percambahan idea dan pengembangan ilmu dan kajian terkini dalam bidang melalui penghasilan artikel dan kertas kerja.

Demi meningkatkan mutu penyelidikan sesuai dengan hasrat UKM sebagai universiti penyelidikan, Jabatan Syariah telah menganjurkan secara bersama Kolokium Siswazah Syariah Peringkat Kebangsaan (KOSIS) pada 24 November 2015, bertempat di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kolokium ini turut dijayakan secara bersama oleh Kumpulan Penyelidikan Perundangan Islam dan Muamalat (KUPIM), Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Projek Penyelidikan FRGS/1/2013/

SS07/UKM/02/0, Projek Peyelidikan GGP-2014-010 dan Projek Penyelidikan FRGS/2/2013/SS103/UKM/03/02.

Kolokium ini telah berjaya mengumpul penyertaan seramai 100 orang peserta dalam kalangan pelajar pascasiswazah (sarjana dan PhD). Antara objektif kolokium ini adalah untuk menyuburkan lagi perbincangan ilmiah dalam kalangan para pelajar pasca siwazah jabatan sekaligus membantu mereka

meningkatkan mutu penulisan dan penyelidikan.

Kolokium ini telah memberi impak besar kepada graduan UKM peringkat pascasiswazah khususnya pelajar siswazah berpeluang berkongsi hasil-hasil penyelidikan dan membahas isu-isu semasa dalam bidang pengajian Islam. Sebanyak 54 artikel dan kertas kerja telah berjaya dihasilkan.

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah menganjurkan seminar peringkat Kebangsaan untuk pelajar sarjana dan PhD. Objektif yang dicapai selain membantu dan memantau perkembangan penyelidikan pelajar pasca siswazah, adalah pelajar

berjaya menghasilkan penulisan artikel jurnal yang menjadi pra-syarat graduasi. Bertemakan Penyelidikan Terpimpin Siswazah Cemerlang, Seminar Siswazah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah berjaya diadakan pada 22- 24 April 2016, bertempat di Pusat Penyelidikan L a n g k a w i G e o p a r k d e n g a n p e n y e r t a a n seramai 50 orang.

Kertas-kertas kerja yang dibentangkan dibukukan sebagai prosiding seminar dan bab dalam buku.

Jabatan Pengajian al- Quran dan al-Sunnah turut menganjurkan seminar Siswazah JPQS pada 19 April 2016 dengan penyertaan seramai 50 orang peserta dari kalangan pelajar sarjana dan PhD. Hasilnya kertas kerja yang dibentangkan diterbitkan dalam bentuk Buku Prosiding. Seterusnya pada 23 Jun 2016, bertempat di bilik Mesyuarat 2, Bengkel Kosa Ilmu Pelajar Siswazah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah diadakan dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar sarjana dan PhD jabatan. Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan Encik Burhan Che Daud, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Siswazah, Pusat Bahasa dan Kemahiran Insaniah, UMK. Bengkel ini telah memberikan latihan praktikal bagi menghasilkan tinjauan literatur sekaligus mengukuhkan kemahiran menyelidik dan berinteraksi dengan sumber yang pelbagai. Pelajar-pelajar yang menyertai bengkel ini mendapati terdapat kaedah-kaedah menghasilkan tinjauan literatur yang bersistematik. Melalui kaedah tersebut mereka telah dibimbing untuk menghasilkan penyelidikan bermutu.

Peserta Seminar Siswazah JPATI di Langkawi

(12)

Mohd Hafiz Safiai

Astrofiqh dan Kosmofiqh Terokai

Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam

ILMU falak syarie telah wujud dan diamalkan di Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi. Walau bagaimanapun, ilmu tersebut dilihat mula berkembang pada tahun 1980-an sehingga kini. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah sebuah universiti awam yang berusaha membangunkan ilmu tersebut selain Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Fakulti Pengajian Islam, UKM telah memberi nafas baru dengan memperkenalkan istilah Astrofiqh dan Kosmofiqh sebagai menggantikan falak syarie yang mendapat kritikan daripada sudut istilahnya.

Meskipun ia adalah cabang kepada Fiqh Dunia Moden, namun keluasan skop, teori dan amalinya secara praktis memerlukan ia berdiri dengan sendiri. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah.

Menurut beliau yang juga merupakan salah seorang daripada Ahli Panel Pakar Falak di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Astrofiqh dan Kosmofiqh

ialah sebuah ilmu yang membahaskan mengenai alam semesta tentang kedudukan dan pergerakan objek- objek samawi untuk menentukan takwim, mencari arah dan menetapkan waktu yang berkaitan dengan hukum-hukum dalam aspek ibadah, akidah serta akhlak berlandaskan hukum syarak. Terdapat dua kursus yang ditawarkan iaitu PPPG2293 Falak Syarie di Jabatan Syariah dan PPPG2962 Pengantar Astrofiqh dan Kosmofiqh sebagai subjek CITRA. Pembangunan ilmu tersebut diperhebatkan lagi menerusi kewujudan Bilik Operasi Astrofiqh & Kosmofiqh (ANCOR) yang mengendalikan pelbagai aktiviti berasaskan astronomi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah cerapan hilal bulanan, jejak gerhana matahari dan bulan, cerapan langit malam, perkhidmatan pengukuran arah kiblat, ceramah, bengkel, dan pameran. Aktiviti yang dijalankan ini adalah satu usaha dalam membantu kerajaan meningkatkan kemajuan ilmu falak di Malaysia, sekali gus mengembalikan kegemilangan tamadun Islam pada masa kini.

Kem Astrofiqh di Kompleks Falak al-Khawarizmi,

Tanjung Bidara, Melaka Khidmat pengukuran arah kiblat di surau

kolej kediaman UKM

Bengkel Rubu’ Mujayyab dan cerapan hilal

di Bukit Melawati, Selangor Lawatan ilmiah ke Planetarium Negara, Kuala Lumpur

(13)

baru, kepimpinan, pengurusan, pentadbiran, psikologi, kaunseling dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan dakwah Islamiah.

Menurut pengarah program ini, tema Maqasid Syariah telah dipilih kerana ia tidak boleh diasingkan daripada dakwah bahkan ia merupakan tunjang dan dasar bagi para pendakwah untuk merealisasikan tujuan syarak dan bukan sekadar berdakwah tanpa tujuan. Matlamat utama dakwah ialah untuk membawa mesej Islam di dalam masyarakat. Menurut beliau lagi, dengan cara melihat kepada aspek maqasid di dalam dakwah, maka, jurang antara para pendakwah sama ada di peringkat organisasi atau individu akan dapat dirapatkan. Maqasid syariah juga dapat meningkatkan strategi untuk pembangunan dan kelestarian para pendakwah dan sasaran dakwah.

Hasanah Abd. Khafidz

Bicara Dakwah Ke-17 Kupas Maqasid Syariah

PADA 12 Mei 2016 yang lalu, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan telah menganjurkan Program Bicara Dakwah kali ke-17 dengan membawa tema “Maqasid Syariah Dasar Kepada Dakwah”. Program tahunan JPDK ini telah mendapat sambutan lebih 200 orang peserta dalam kalangan pelajar, ahli akademik dan orang awam. Program ini merupakan usaha yang baik lantaran ia membincangkan pelbagai isu dakwah yang perlu menjadi perhatian semua pihak. Menurut Pengarah program, Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, setiap isu dibicarakan secara ilmiah bagi memahami realiti dakwah di lapangan, menilai gerak kerja dakwah yang sedia ada dan membincangkan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Isu-isu dakwah ini meliputi isu yang berkaitan perubahan sosio budaya, media, komunikasi Islam, keluarga, kesenian, saudara

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad , Latifah Abdul Majid & Moktar Hussain

Program Hala Tuju Graduan Persiap Mahasiswa ke Alam Pekerjaan

PROGRAM Hala Tuju Graduan Fakulti Pengajian Islam telah diadakan pada 25 Mei sehingga 27 Mei 2016 di Dataran Canselori, DK 1.102 ATMA, DK 2.102 ATMA, Makmal Komputer FPI dan di Dewan Kuliah Tun Abdullah Mohd Salleh. Fakulti Pengajian Islam menganjurkan program ini dengan kerjasama Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier), Projek Penyelidikan GUP-2015-0012, Persatuan Mahasiswa

Fakulti Pengajian Islam, Kelab JANNAH, NAHDAH, KUFAH, JAKMA, HUJJAH Fakulti Pengajian Islam.

Program ini diharapkan dapat memperkasa kualiti graduan FPI di samping membantu mereka mempersiapkan diri sebaik mungkin bagi menempuh alam pekerjaan. Program ini memberikan pendedahan kepada bakal graduan dengan

pelbagai sektor pekerjaan yang boleh mereka ceburi termasuk keusahawanan. Ini kerana graduan FPI biasanya melihat profesion guru agama dan pegawai hal ehwal Islam di jabatan-jabatan kerajaan sebagai kerjaya yang sinonim dengan mereka. Bakal graduan juga didedahkan kepada realiti persaingan kebolehgajian yang menuntut

mereka supaya memiliki nilai tambah selain ciri-ciri versatil, berbanding dengan graduan pengajian Islam dari institusi-institusi yang lain.

Ekoran daripada program ini, FPI menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan beberapa agensi seperti Mutawwif Training and Consultancy Academy (AMTC). Kedua-dua pihak mencapai sepakat

menentukan kerjasama dan program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Antaranya, penempatan dua orang pelajar FPI menjalani Latihan Amali Industri di pejabat AMTC bermula 11 Julai hingga 9 September 2016.

Mereka juga bersetuju menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LoI) pada 6 September 2016 di samping preview kepada program Sijil Asas Mutawwif dan beberapa bentuk inisiatif lain yang ditawarkan kepada pelajar untuk diterokai. Kursus Sijil Asas Mutawwif anjuran bersama FPI UKM-AMTC akan diadakan pada 23 hingga 25 September 2016 sebagai inisiatif bagi meningkatkan nilai keusahawanan pelajar dalam industri perkhidmatan haji dan umrah.

Majlis Perasmian Program Halatuju Graduan Fakulti Pengajian Islam 2015 di Bilik Senat, UKM

(14)

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Nozira Salleh

Latihan Amali dan Industri Membentuk Pelajar Berdaya Saing

BAGI sesi akademik 2015/16, seramai 314 orang pelajar menjalani kursus PL1992 Latihan Amali/Industri di agensi/syarikat/industri bermula 11 Julai 2016 sehingga 9 September 2016. Ia

berlangsung selama 9 minggu.

314 pelajar tersebut telah ditempatkan di 191 agensi di dalam negara dan luar negara seperti Selatan Thailand, Singapura dan Indonesia.

Menerusi kursus ini, pelajar FPI ditempatkan di pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta, Badan Bukan Kerajaan dan industri yang merupakan rakan strategik utama Fakulti Pengajian Islam. Antara agensi

tersebut ialah Primeworks Studios (TV3), Media Prima Berhad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia, Andalusia Travel &

Tours Sdn. Bhd., Mutawwaf Academy Training &

Consultancy, Bursa Malaysia Berhad, World Assembly of Muslim Youth, Pusat Serenti, Mahkamah Syariah negeri-negeri dan Jabatan agama Islam negeri-negeri.

Kepelbagaian penempatan pelajar FPI menjalani Latihan Amali dan Industri menunjukkan kesediaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk dan pengalaman kerja.

Ini menunjukkan pelajar- pelajar FPI berani keluar daripada ‘kepompong’ dan membuktikan keupayaan FPI melahirkan pelajar yang proaktif, kompeten dan berdaya saing.

Salasiah Hanin Hamjah & Moktar Hussain

Bengkel Penulisan Popular

BENGKEL ini dianjurkan bagi menggalakkan ahli akademik menulis dalam terma penulisan popular.

Penulisan popular adalah merupakan bacaan ilmiah yang ringan dan disampaikan

dalam bentuk santai serta boleh dikategorikan sebagai sumbangan ahli dalam khidmat kepada masyarakat.

Ahli akademik bukan sahaja perlu menulis bahan ilmiah yang sarat dengan maklumat berat dan dicatat dalam lembaran jurnal antarabangsa, yang kebanyakannya tidak dibaca oleh masyarakat awam, tetapi ahli akademik

perlu juga menulis bagi menyampaikan maklumat berkaitan kepakaran masing-masing untuk dikongsikan dengan masyarakat. Menyedari kepentingan ini, bengkel Penulisan Popular telah diadakan oleh Fakulti Pengajian Islam pada 19 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat 1.

Fasilitator yang menyumbang ilmu dan pengalaman dalam bengkel tersebut ialah Dr. Muhamad Razak Idris, Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam penulisan popular dan kini merupakan kolumnis Berita Harian dan

beberapa majalah tempatan.

Dalam bengkel tersebut, Dr. Muhamad Razak berkongsi mengenai gaya penulisan popular yang terdiri daripada kupasan teori ilmu, ulasan artikel atau buku, analisis peristiwa, laporan peristiwa, periwayatan tokoh, komentar sosial, hebahan maklumat, catatan pengalaman, berita kegiatan, surat kepada pengarang. Pelbagai contoh artikel beliau yang telah diterbitkan dalam akhbar tempatan dipaparkan sebagai panduan. Bengkel ini sangat bermanfaat kepada ahli akademik FPI kerana perkongsian ilmu dilakukan secara hands on.

Diharapkan dengan bengkel ini, ahli akademik lebih bermotivasi untuk menulis dalam akhbar dan penulisan popular kerana banyak ruang yang disediakan ini memerlukan sentuhan idea ahli akademik.

Pelajar Fakulti Pengajian Islam sedang menjalani Latihan Amali dan Industri di Primeworks Studios (TV3)

Dr. Muhamad Razak berkongsi sedang berkongsi pengalaman dalam bengkel penulisan anjuran fakulti.

(15)

Nozira Salleh, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Moktar Hussain

Semarak 46 Tahun JUF Warnai Dunia Akademik

SEMPENA 46 tahun mewarnai dunia akademik, Jabatan Usuluddin dan Falsafah mengadakan Program Semarak 46 Tahun JUF yang disambut selama setahun bermula pada 30 Mei 2016. Majlis perasmian program ini diadakan pada 30 Mei 2016, di perkarangan Jabatan Usuluddin dan Falsafah dan dirasmikan oleh dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof.

Dr. Wan Kamal Mujani. Tema program ini ialah

‘menghargai warisan, melakari wawasan’, dengan objektifnya untuk meraikan ulang tahun ke-46 tahun Jabatan Usuluddin dan Falsafah, menyingkap sejarah dan perkembangan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, memperkukuh kerjasama jabatan dengan pemegang taruh (stakeholders) serta alumni, menyediakan forum

bagi golongan intelektual untuk membentangkan hasil kajian serta pemikiran semasa dan akhir sekali menghargai usaha para alumni, para ahli akademik serta pelajar jabatan. Sepanjang program ini berlangsung, pihak Jabatan telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Minggu Falsafah Islam, Pameran 46 Tahun JUF dalam Sejarah dan Wacana Akidah yang bertajuk

‘Natrah dan Penyatuan Ummah’. Pelbagai program lain turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang program seperti Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan pada 4-5 Oktober 2016, Simposium Agama Falsafah Islam pada 17 November 2016, Hari Interaksi Terbuka JUF, Bicara Tokoh JUF, JUF dan Pelajar Berpisah Tiada.

Nozira Salleh, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Moktar Hussain

Seminar Tangani Isu Syiah di Malaysia

FAKULTI Pengajian Islam memanfaatkan hubungan dengan NGO untuk berganding tenaga dalam usaha menangani isu Syiah di Malaysia. Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya terhadap Dunia Islam pada 21 April 2016 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki ketika m e r a s m i k a n seminar tersebut m e n e g a s k a n bahawa gerakan m e n a n g a n i p e m e s o n g a n akidah perlu d i p e l o p o r i c e n d e k i a w a n seperti ahli akademik dan p e r t u b u h a n bukan kerajaan (NGO). Seminar sehari ini menghimpunkan tokoh akademik dan pengkaji fahaman

Syiah dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Iraq. Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan, bermula dengan ucaptama bertajuk ‘Syiah menurut pertimbangan al-Quran dan al- Sunnah’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ahamad

Asmadi Sakat. Seminar tersebut yang telah berlangsung di DECTAR telah dihadiri lebih 1,000 orang peserta dari seluruh negara dengan pembentangan kertas kerja oleh para ilmuan tempatan dan antarabangsa. Seminar ini telah melabuhkan tirainya dengan mengemukakan resolusi yang disampaikan oleh saudara Burhanuddin

Lukman, iaitu P e n g e r u s i J a w a t a n k u a s a Ulama IKRAM. Sebelas resolusi telah dikemukakan bagi menangani penularan ajaran Syiah, mendidik umat Islam dan m e m p e r l u a s hebahan mengenai kesesatan Syiah.

Beliau turut m e n y a t a k a n

hasratnya agar semua pihak dapat bekerjasama dan memainkan peranan

m a s i n g - m a s i n g untuk menjayakan resolusi yang dikemukakan supaya gerakan Syiah dapat dibendung dalam masyarakat khususnya di Malaysia. Seminar ini turut mendapat liputan yang meluas dalam akhbar- akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Datuk Asyraf Wajdi Datuk Dusuki dan Timbalan Naib Canselor UKM di Majlis Perasmian Seminar

(16)

Penerbitan Berimpak Memacu Kecemerlangan Fakulti

Latifah Abdul Majid & Salasiah Hanin Hamjah

PERKEMBANGAN global menunjukkan lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh dunia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajian tinggi.

Usaha berterusan dilaksanakan meliputi kajian semula program pengajian, inisiatif ke arah pengiktirafan dan akreditasi serta penawaran program pengajian baru untuk memenuhi keperluan pemegang taruh serta mencapai daya saing. Pelbagai kriteria pengukuran prestasi pengajian tinggi diperkenalkan sama ada di peringkat kebangsaan atau global. Secara asasnya, indikator yang digunakan menjurus kepada kriteria yang boleh diukur dengan fakta dan data (Webhern, 2009). Kecemerlangan penyelidikan merupakan salah satu daripada indikator prestasi pengajian tinggi. Pengukuran prestasi penyelidikan kebiasaannya berasaskan kepada ernpat (4) kriteria utama iaitu nilai geran penyelidikan, peruntukan penyelidikan, ouput penyelidikan dan reputasi ahli akademik atau penyelidik (Thomson Reuters, 2008). Selain itu, prestasi penyelidikan juga dinilai melalui penerimaan geran penyelidikan antarabangsa sebagaimana kriteria yang digunakan oleh Projek Agenda Kritikal atau Critical Agenda Projects (CAPS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) rnelalui Pejabat Pengurusan Projek (PMO). Walau bagaimanapun, data penerbitan rnerupakan kaedah meluas yang digunakan untuk mengukur prestasi penyelidikan di

IPT seluruh dunia. Pengukuran ini dibahagikan kepada dua (2) peringkat iaitu output penyelidikan dan impak penyelidikan. Data bilangan penerbitan dimanfaatkan untuk rnengukur prestasi output penyelidikan. lmpak penyelidikan pula diukur rnenggunakan data bilangan sitasi yang diterirna oleh hasil penerbitan berkaitan.

Dewasa ini, keupayaan menerbitkan hasil penulisan melalui jurnal berimpak menjadi sasaran para penyelidik di seluruh dunia termasuklah di IPT. Dalam usaha meningkatkan kualiti penyelidikan, bilangan artikel jurnal yang diterbitkan melalui jurnal berimpak menjadi kriteria penting dalam menentukan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau KPI. Ini memandangkan bahawa penetapan nilai Impact factor (IF) jurnal adalah berdasarkan kepada nilai sitasi yang diterima oleh artikel yang diterbitkan oleh sesuatu jurnal sama ada dalam format bercetak, elektronik atau melalui platform akses terbuka (open access).

Penerbitan biasanya merupakan ‘out put’ kepada penyelidikan. Tidak mungkin penerbitan dapat dihasilkan jika tiada penyelidikan dijalankan. Hal ini berjalan secara selari. Aspek penerbitan memang perlu diambil berat oleh mana-mana ahli akademik lebih-lebih lagi apabila kriteria kenaikan pangkat adalah banyak bergantung kepada penerbitan seseorang ahli akademik.

Pencapaian Fakulti Pengajian Islam (FPI) dalam aspek Jumlah hasil penerbitan di Fakulti Pengajian Islam dalam tahun 2014-2016

Jenis Penerbitan Pencapaian 2014 Pencapaian 2015 Pencapaian 2016

Jurnal 165 155 208

Prosiding / Pascasidang 125 168 150

Buku 46 30 60

Bab dalam Buku 126 120 130

Monograf 0 0 1

Laporan Teknik 6 11 8

Kertas Seminar / Persidangan 42 66 80

Ulasan Buku 0 1 4

Pakej Pengajaran 0 1 1

Filem / Video / Slaid / Multimedia 60 91 70

Penerbitan Tak Berkala 0 6 3

Makalah Terjemahan 0 0 1

Penulisan Popular 53 129 70

Buku Terjemahan 0 0 1

Kertas Dasar/Polisi 0 1 1

Lain-lain 37 42 50

Jumlah 662 769 838

(17)

penerbitan artikel di dalam jurnal pada tahun 2015, tidaklah terlalu memberangsangkan tetapi tidak juga sangat mengecewakan. Pencapaian ini adalah sederhana dan boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Jika ditinjau pada pencapaian penulisan tersebut di dalam jurnal, ahli akademik didapati berlaku sedikit penurunan iaitu daripada 167 artikel pada tahun 2014 kepada 155 artikel sahaja pada tahun 2015. Pengurangan sebanyak 12 artikel ini menunjukkan kecenderungan ahli akademik menulis artikel jurnal sedikit berkurangan. Salah satu faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah kebanyakan jurnal SCOPUS yang dipilih untuk diterbitkan seperti Mediterranean Journal of Social Sciences, Asian Social Sciences, The Social Sciences dan sebagainya telah dikategorikan sebagai jurnal predatory. Hal ini dipercayai menyebabkan ahli akademik hilang sedikit motivasi untuk terus meneroka jurnal baru yang diiktiraf sebagai jurnal SCOPUS atau ISI. Untuk mengenalpasti jurnal lain yang tidak dikategorikan sebagai jurnal predatory juga mengambil masa. Nampaknya ahli akademik perlu mencuba dan terus mencuba untuk menghantar artikel mereka ke jurnal lain.

Sungguhpun pencapaian penulisan artikel jurnal ahli akademik fakulti sedikit merosot, tetapi penerbitan buku sangat membanggakan daripada 30 buah buku meningkat kepada 45 buah buku berjaya diterbitkan. Ini menjelaskan bahawa ahli akademik tetap menjalankan aktiviti penulisan walaupun bukan dalam bentuk penulisan artikel jurnal. Buku juga memberi impak yang baik kepada pembangunan masyarakat terutamanya dalam meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang pengajian Islam yang rasanya diperlukan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Selain penulisan buku, pencapaian penerbitan ahli akademik FPI yang turut membanggakan adalah dalam penulisan popular. Peningkatan secara mendadak daripada 53 kepada 129 sudah cukup membuktikan bahawa ahli akademik FPI menyahut cabaran dan misi universiti ke arah manifestasi 3R iaitu Relevant, Referred, n Respected yang menginginkan ahli akademik UKM tersohor di persada negara dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, walaupun penerbitan ahli akademik FPI kurang membanggakan dalam penulisan

jurnal bagi membantu ranking UKM, tetapi ahli akademik FPI menyumbang banyak dalam penulisan popular dan buku yang mana sumbangan ini tidak boleh dinafikan memberi manfaat kepada masyarakat. Jika diteliti secara keseluruhan item yang terdapat dalam E-rep, pencapaian pada tahun 2015 iaitu sebanyak 769 jumlah penerbitan berbanding sebanyak 662 sahaja jumlah penerbitan pada tahun 2014. Ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa ada peningkatan dalam jumlah penerbitan ahli akademik pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya.

Seiring dengan hasrat UKM yang menginginkan ahli akademiknya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti perdana UKM, ahli akademik fakulti turut menyertai pertandingan Poster K-Novasi yang berlangsung pada 16-18 Februari 2016. Beberapa orang ahli akademik FPI telah membanggakan fakulti apabila berjaya memenangi pingat emas dan perak dalam pertandingan tersebut.

Sebagai Pengerusi KRA 2 dan Timbalan Pengerusi KRA 2, kami faham dan sedar bahawa memantau perkembangan dan kemajuan ahli akademik di FPI dalam bidang penyelidikan dan penerbitan bukanlah mudah.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan penerbitan ahli akademik FPI seperti mengadakan Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Penerbitan dan Penyeliaan yang diadakan pada 10 Ogos 2015, bertempat di Puri Pujangga UKM, Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Korikulum Bahasa Arab UIN Syarif Hidayatullah Jakarta dan Fakulti Pengajian Islam (08 Oktober 2015) di FPI, Seminar Kurikulum Bahasa Arab UIN Syarif Hidayatullah Jakarta dan Fakulti Pengajian Islam (09 Oktober 2015) di Bilik Seminar Pusat Islam, UKM, Bengkel Penerbitan Buku ISI Fakulti Pengajian Islam (05 November 2015) di Bilik Majlis Bangunan Canselori, UKM, Bengkel Pengenalan Penulisan Bahan Bacaan Popular: Perkongsian Pengalaman FPI (19 Februari 2016) di Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bengkel Penerbitan Artikel Bahasa Melayu Penyelidikan di Dalam Edisi Khas Sains Malaysiana (25 Februari 2016) di Bilik Mesyuarat 1, FPI, UKM, Penerbitan buku Fakulti Pengajian Islam yang dilancarkan dalam majlis Malam Amal Alumni FPI, Buku Laporan Penyelidikan Kontemporari dalam Pengajian Islam dan bengkel penyuntingan Jurnal Islamiyyat.

Pemenang Tajuk Pingat

Dr. Suhaila Binti Zailani @ Hj. Ahmad Aplikasi Papan Permainan Al-Mushtaqqat Emas Prof. Madya Hajah Salmah Ahmad Metode Tahqiq Timur Tengah Dalam Kajian Manuskrip Alam Melayu Emas Rabitah Binti Mohamad Ghazali Aplikasi Peta Dalam Pengajaran Kursus Sejarah Dan Tamadun Islam (Sti) Emas Prof. Madya Dr Fariza Md Sham Kaedah P&P Pendidikan Jarak Jauh Melalui Itunes U Perak Dr.A’dawiyah Ismail Kaedah Penilaian Program Pelajar Dalam Latihan Amali Dakwah Non

Muslim Di Kampung Orang Asli Perak

Dr. Rosmawati Mohamad Rasit Ujian Modul Efektif Pelajar (Mep) Jabatan Pengajian Dakwah Dan

Kepimpinan, Fpi Perak

Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah Model Pengukuhan Personaliti Bapa Menurut Perspektif Islam Ke Arah

Kesejahteraan Keluarga Perak

Senarai Pemenang Pertandingan Poster K-Novasi UKM yang berlangsung pada 16-18 Februari 2016.

(18)

Khiruzzaman Kadir & Hasbi Mat Harun

PBJJ Tingkatkan Taraf Pendidikan Masyarakat

KEWUJUDAN UKM pada mata masyarakat negara dan antarabangsa sudah tidak asing lagi, ramai di kalangan para pelajar dari dalam dan luar negara yang telah mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran mereka di UKM, sama ada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falfasah (PhD). UKM juga telah menyediakan pelbagai bidang pendidikan yang memenuhi tuntutan serta keperluan segenap lapisan masyarakat, sama ada dalam bidang sosial, sains, teknologi dan sebagainya. Di atas asas ini, maka UKM telah mendapat perhatian dan kepercayaan masyarakat untuk melahirkan intelektual negara dan menjadikan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara (Guardian of the Nation).

Bagi memertabatkan keberadaan UKM di persada kebangsaan dan antarabangsa, UKM telah berusaha gigih memperkukuhkan tahap daya saing dengan mempersiapsiagakan dirinya melalui perancangan multi-strategik yang merangkumi pelbagai aspek. Pihak pengurusan tertinggi UKM telah memperkenalkan serta mengaplikasikan konsep KRA yang meliputi 6 sasaran utama. Antaranya ialah KRA 5 iaitu Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik. Ia dapat diinterpretasikan sebagai ‘Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap yang disokong oleh akitviti penjanaan kekayaan secara optimum & strategik berdasarkan kepakaran, aset intelektual dan aset hakiki’.

Konsep Pembelajaran Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) telah diaplikasikan oleh UKM sejak beberapa tahun yang lalu demi menunaikan tanggungjawab kepada tuntutan

kontemperori masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan dan memenuhi keperluan profesionalisme kerjaya masing-masing. Visi utama PBJJ adalah untuk Menjadi Peneraju dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Misi PBJJ ialah Terkehadapan dalam penawaran Pembelajaran Sepanjang Hayat yang berkualiti melalui mod pembelajaran yang fleksibel, berinovasi dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Selain daripada itu, PBJJ telah mendominasikan beberapa objektif utama iaitu: Pertama, Menyediakan peluang pembelajaran dan latihan kepada masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kearah pembangunan modal insan; Kedua, Menawarkan program-program akademik dan profesional yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa; Ketiga, Penambahbaikan berterusan kualiti program-program yang ditawarkan melalui PKP; dan Keempat, Menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam memenuhi keperluan pelanggan.

PBJJ memberi peluang kepada individu bagi meningkatkan taraf pendidikan. Ia menawarkan ijazah Sarjana Muda melalui lima jabatan iaitu Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Syariah dan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Oleh yang demikian, PBJJ mampu menjana ekonomi UKM secara berterusan. Pada semester 2 sesi 2015/2016, seramai 841 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi mengikuti pembelajaran berkonsepkan PBJJ di FPI dalam pelbagai bidang.

Taburan bilangan pelajar program PBJJ mengikut jabatan dan pusat pengajaran untuk Semester 2 Sesi Akademik 2015/2016

Pusat Pengajaran Syariah Usuluddin dan

Falsafah Pengajian Arab dan

Tamadun Islam Pengajian Dakwah

dan Kepimpinan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

Alor Setar, Kedah 25

UKM Bangi, Selangor 291 139 128 34 44

Bukit Merah, Perak 21

Johor Bahru, Johor 46

Kota Bharu, Kelantan 39 1

Kota Kinabalu, Sabah 47 1 1 1

Kuching, Sarawak 23

Jumlah 469 163 129 35 45

(19)

bekerjasama, komited terhadap matlamat kerja dan bersedia mengambil tanggungjawab secara bersama.

Menerusi kursus ini, pelbagai strategi dibincangkan bagi memantapkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan. Kursus tersebut dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Profesor Dr.

Wan Kamal Mujani.

Antara pengisian aktiviti sepanjang kursus tersebut ialah ceramah motivasi, acara team-building, dan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang disasarkan.

Ahmad Dahlan Salleh

Inovasi Penyelidikan dalam Diet Pemakanan Berasaskan Sunnah

DR. WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH ialah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian al-Quran dan Sunnah, graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau juga berkelulusan Sarjana dalam bidang al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya dalam bidang Tafsir Perbandingan.

Bidang kepakaran beliau ialah Ulum al-Quran, Tafsir, Tafsir Perbandingan, Hadis dan Ulum Hadis. Beliau terlibat dalam bentuk khidmat perundingan dan kepakaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti dilantik menjadi penasihat Korporat Mekaray.

Disamping itu, beliau juga aktif dalam memberikan syarahan, bimbingan, penulisan buku dan jurnal serta penilai dan pemeriksa tesis.

Dr. Wan Nasyrudin merupakan penulis buku

“Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam” yang mengupas tentang penyembuhan penyakit dengan memanfaatkan farmakologi alam. Menerusi kajian yang melebihi 10 tahun bersama kumpulan penyelidikan R&D UKM, pelbagai perkongsian ilmu terhasil dan mengaplikasikan penemuan-penemuan hasil kajian yang dijalankan berlandaskan amalan diet dan

pemakanan sunnah. Antara produk yang dihasilkan ialah penggunaan Meka Viniga(hasil gabungan bahan serin dalam perubatan Islam iaitu cuka kurma, habbatussauda, minyak zaitun, madu dan lain-lain) yang boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan, menurunkan paras kolesterol yang tinggi, meningkatkan HDL, meningkatkan stamina dan kecerdasan badan, merawat dan mengurangkan masalah gastrik, anti kanser dan anti penuaan, merawat dan mengurangkan migrain, menyingkir toksik, melancarkan peredaran darah, merawat dan mengurangkan masalah senggugut.

Produk Talbinah (biji syaeer bersama madu dan susu) boleh membantu menenangkan hati pesakit, membantu menghilangkan stres dan kemurungan (depression), merawat penyakit pada sistem penghadaman, membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, mengatasi penyakit tekanan darah, mengawal daripada penyakit kronik dan melambatkan penuaan, mengatasi penyakit kesukaran tidur (insomnia) dan menguatkan sistem ketahanan tubuh.

Melalui penyelidikan ini, satu inovasi diet pemakanan sunnah telah dihasilkan untuk manfaat masyarakat.

Mohd Hafiz Safiai, Ahmad Dahlan Salleh & Muhamad Razak Idris

Pemantapan Prestasi dan Transformasi Kakitangan Pelaksana

PADA 15 hingga 17 April 2016 Fakulti Pengajian Islam telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan untuk Kecemerlangan kakitangan pelaksana Fakulti Pengajian

Islam bertempat di Pusat Penyelidikan (LESTARI) Langkawi, Kedah. Kursus yang bertemakan “Menjana Pemikiran Optimis dan Realistik” ini dianjurkan bagi meningkatkan kualiti organisasi dan pentadbiran kepada para pegawai dan kakitangan pelaksana di Fakulti Pengajian Islam. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk menerapkan sikap

Peserta Kursus Pengukuhan Pasukan sedang menjalankan aktiviti di Langkawi

(20)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi memudahkan perbincangan tentang tajuk-tajuk yang diutarakan dalam fatwa zakat, ia boleh dipecahkan kepada 5 kumpulan yang besar iaitu pertama, kewajipan zakat dan kedudukannya

Terdapat pelbagai agensi yang memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan tanah termasuk tanah pertanian kerana salah satu aspek penting dalam pembangunan

Menyahut seruan UKM dalam mencapai hasrat baharu dalam Pelan Strategik UKM 2019- 2021, Institut Islam Hadahri (IIH) UKM telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik dan Hala Tuju IIH

Saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Unit Pengajian Tinggi Siswazah dan Perpustakaan Universiti Malaya yang telah mengadakan pelbagai kursus-kursus yang berguna

Kajian ini memfokuskan kepada sejauh mana usaha-usaha bahagian penerbitan kerajaan dan swasta menerbitkan buku hadith dan masalah- masalah yang dihadapi. Ia juga

Pelajar lulusan Diploam Pengajian Islam dari IPTA/IPTS yang mendapat gred A dalam dua gabungan kursus (Akhlak dan Tasawuf) boleh diberi pengecualian kursus

Komitmen dan kesarjanaan yang telah ditonjolkan oleh pensyarah atau ahli jawatankuasa syariah ini telah membawa kepada hubungan yang serius dalam pelbagai aspek dengan

Secara amnya, UiTM Pahang dalam SKT telah menetapkan kakitangan akademik menulis satu penulisan atau penerbitan. Penetapan ini boleh diperbaharui dengan objektifnya yang lebih nyata