• Tiada Hasil Ditemukan

Analisis kuantitif dilakukan untuk menilai dan mengukur setiap kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Analisis kuantitif dilakukan untuk menilai dan mengukur setiap kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar"

Copied!
61
0
0

Tekspenuh

(1)

BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN

4.0 Pengenalan

Bab ini adalah mengenai analisis dapatan kajian daripada responden Pelajar Bahasa Jepun Indonesia (PBJI) dan Pelajar Bahasa Jepun Malaysia (PBJM) dalam penggunaan konsep kata hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Dapatan kajian akan dibahagi kepada dua bahagian yang berbeza, iaitu bahagian soal selidik soalan objektif (Bahagian I), dan bahagian soal selidik penyelesaian ayat (Bahagian II). Kedua bahagian ini akan memberikan gambaran mengenai kemahiran PBJI dan PBJM dalam mengenal pasti ~tekara, ~toki dan ~tara secara menyeluruh.

4.1 Analisis Data dan Dapatan

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini dianalisis mengikut kaedah kuantitatif dengan mengambil kaedah daripada Brown, D and Rodgers, S (2002), untuk menganalisis maklumat yang diperolehi daripada soal selidik Bahagian I, dan soal selidik Bahagian II. Analisis kuantitif dilakukan untuk menilai dan mengukur setiap kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar. Peratus hasil yang diperolehi dalam kajian ini mencerminkan tahap pembelajaran pelajar dalam mengenal pasti konsep tepat kata hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Kajian ini menggunakan sistem pemarkahan yang diusulkan oleh Swovelin (2012) bagi mengkategorikan jawapan pelajar. Mengikut Swovelin (2012), skala kedudukan bagi kejayaan pelajar ialah:

(2)

Jadual 4.1: Panduan Skala Penarafan (Swovelin, 2012, p. 28-29)

Peratus (%)

Kesan Huraian

10~29 Rendah Menunjukkan konsisten dalam masalah tatabahasa dan struktur ayat kerap ringkas dan tidak imaginatif

30~49 Menengah Rendah

- Kawalan bahasa selalunya tidak matang

- Pelajar terlepas pandang atau mungkin salah dalam membaca idea-idea penting dalam petikan

- Pelajar mungkin meringkaskan idea pada petikan bukannya menganalisisnya

- Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami

50~59 Menengah - Analisis kurang mendalam dan hanya menyebutkan yang ketara sahaja - Lazimnya, idea-idea pelajar dapat diramalkan

- Menunjukkan perkara yang mudah (simplistic) dan penulisan sering mengandungi kesilapan dalam pemilihan kata atau sintak

60~79 Menengah Tinggi

- Dapat melengkapkan topik dengan baik

- Berbanding dengan markah tertinggi, menunjukkan kefahaman tetapi dengan sedikit kekurangan dalam ketepatan, pembangunan dan kejelasan - Mungkin terdapat kesilapan dalam pemilihan kata yang tepat atau bahasa

yang canggih

80~90 Tinggi - Menunjukkan pembangunan yang maju - Memperlihatkan idea yang cerdas - Bunyi dan pengaturan yang logik - Mempunyai bukti yang kukuh

- Mengetahui secara jelas pemilihan kata (artikulasi)

Dapatan daripada soal selidik Bahagian I, dan Bahagaian II, dapat dilihat dalam bentuk rajah-rajah dalam bahagian yang seterusnya.

4.1.1 Analisis Soalan Objektif (Bahagian I)

Terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dalam soal selidik ini dan ianya terbahagi kepada kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, pelajar dikehendaki untuk memilih jawapan yang tepat antara ~tekara/~tara, manakala pada bahagian kedua, pelajar diminta memilih jawapan yang tepat antara ~toki/~tara. Komponen-komponen soalan bagi soal selidik ini dapat dilihat pada Jadual 4.2 berikut.

(3)

Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I: Soalan Objektif)

No.Q Soalan

1 電話を(かけてから、かけたら)、友達のうちへ行ったほうがいいです。

2 日本へ(きてから、きたら)、日本語の勉強を始めました。

3 このボタンを(押してから、押したら)お湯が出ます。

4 今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。

5 10時に(なってから、なったら)、出かけましょう 6 わたしが日本に(きてから、きたら)、1年になります。

7 朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。

8 空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。

9 先週風邪を(ひいてから、ひいたら)、ずっと体調が悪い。

10 ドアを(開けてから、開けたら)目の前にネコがいた。

11 風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。

12 きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。

13 ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使っていました。

14 雨が(降ったとき、降ったら)、行きません。

15 かばんを(あけるとき、あけたら)、教科書がなかった。

16 東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。

17 京都駅に(着いたとき、着いたら)、わたしに電話をください。すぐ迎えに行きます。

18 このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)買いました。

19 毎日水を(やったとき、やったら)、花が咲きました。

20 ニューヨークで(働いていたとき、働いたら)、彼女と会いました。

Peratus jawapan daripada data yang dikumpulkan daripada soal selidik Bahagian I, adalah daripada jawapan tepat yang dipilih oleh PBJI dan PBJM seperti dalam Jadual 4.3 berikut. Dalam seksyen yang seterusnya, dapatan kajian akan dibincangkan secara kuantitatif dengan bantuan gambar rajah mengikut kategori pelajar (PBJI dan PBJM).

(4)

Jadual 4.3: Jumlah Peratus Jawapan Tepat oleh PBJI dan PBJM

Quest no. Kata Hubung

Peratus Jawapan Tepat (%)

PBJI PBJM

Q.1

~tekara

66 54

Q.2 50 65

Q.6 59 60

Q.9 61 46

Q.12

~toki

81 93

Q.13 75 89

Q.16 74 69

Q.18 75 82

Q.20 81 75

Q.3

~tara vs ~tekara

64 71

Q.4 61 37

Q.5 69 82

Q.7 39 20

Q.8 39 28

Q.10 46 42

Q.11

~tara vs ~toki

36 23

Q.14 86 72

Q.15 56 65

Q.17 76 94

Q.19 76 33

4.1.1.1 Penggunaan ~tekara oleh PBJI

Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan peratus jawapan bagi soalan objektif dalam mengenal pasti ~tekara oleh PBJI. Rajah 4.1 yang merujuk kepada soalan;

Q.2 [<日本へ(きてから、きたら)、日本語の勉強を始めました。> Nihon e (kitekara, kitara), nihongo no benkyou o hajimemashita (Saya mulai belajar bahasa Jepang sejak datang ke Jepang)],

menunjukkan peratusan jawapan yang tepat 50%, dan Rajah 4.2 yang merujuk kepada soalan;

Q.6 [<わたしが日本に(きてから、きたら)、1年になります。> Watashi ga nihon ni (kitekara, kitara), ichi nen ni narimasu (Sudah berlalu 1 tahun sejak saya datang ke Jepang)],

(5)

dengan peratus jawapan yang tepat 59%. Jika dilihat Jadual 4.3, peratusan jawapan tepat pada Q.2 dan Q.6, kedua soalan menunjukkan peratusan yang rendah berbanding Q.1 dan Q.9 dalam ujian pemahaman ~tekara. Merujuk kepada panduan skala penarafan Swovelin1, bilangan peratus peratus jawapan tepat dengan kadar 50~59 menunjukkan kelemahan analisis penggunaan ~tekara dalam ayat Q.2 dan Q.6 secara mendalam dan hanya membaca soalan secara ringkas sahaja ketika menjawab soalan.

Ayat Q.2 mempunyai maksud “saya mula belajar bahasa Jepun, semenjak datang ke Jepun”. Kata hubung ~tekara pada ayat tersebut bermakna sebagai ‘semenjak/sejak’

dan bukan bermakna ‘selepas’ yang menunjukkan urutan dua aksi/perbuatan. Justeru, sebahagian daripada pelajar mungkin tidak menyedari makna lain daripada ~tekara sebagai ‘sejak’ dan cenderung menterjemahkan ~tekara kepada ‘selepas’. Penggunaan

‘selepas’ (saya mulai belajar bahasa Jepun selepas datang ke Jepun) juga ‘jika/bila’

(saya mulai belajar bahasa Jepun bila datang ke Jepun) dalam ayat Q.2 tidak memberi sebarang masalah di dalam konteks bahasa Indonesia, keduanya boleh diterima pakai.

Pelajar mungkin berfikir penggunaan ‘bila’ lebih tepat untuk ayat Q.2 berbanding

‘selepas’. Walaubagaimanapun, penggunaan ~tara kepada ayat Q.2 menyalahi kaedah aturan penggunaan ~tara. Hal ini menerangkan peratusan jawapan tepat yang agak rendah berbanding soalan lain.

1 Sila rujuk Jadual 4.1, muka surat 39

Rajah 4.1: Peratus Jawapan Q.2 (PBJI) Rajah 4.2: Peratus Jawapan Q.6 (PBJI)

(6)

Ayat Q.6 membawa maksud “Sudah berlalu 1 tahun sejak saya datang ke Jepang”. Penggunaan ~tekara merujuk kepada ‘sejak/semenjak’, iaitu tempoh ‘sejak tiba ke Jepun’. Seperti terlihat pada Rajah 4.2, peratus jawapan tepat bagi penggunaan

~tekara dalam Q.6 oleh PBJI ialah 59%. Ini bermakna 41% daripada pelajar telah memilih ~tara sebagai jawapan. Hal ini menggambarkan kekeliruan pelajar dalam memahami konsep penggunaan ~tara yang tepat. Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 2.2, ~tara menunjukkan frasa andaian, iaitu jika perkara pada ayat pertama berlaku, maka ayat setelah ~tara mesti menunjukkan kondisi yang harus berlaku2.

4.1.1.2 Penggunaan ~toki oleh PBJI

Rajah 4.3 berikut menunjukkan peratus dapatan jawapan untuk soalan Q.12~Q.20 merujuk kepada penggunaan ~toki oleh PBJI;

Q.12 [<きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。> Kinoo, (nerutoki, netara), mado o shimemashita (Tadi malam, saya menutup jendela ketika akan tidur)],

Q.13 [<ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使ってい

ました。> Run san wa, kinoo Katoo san to (hanashiteirutoki, hanashiteitara),

keigo o tsukatteimashita (Kemarin, Run menggunakan bahasa formal ketika berbicara dengan Katoo)],

Q.16 [<東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。> Tokyoo e (ittatoki, ittara), hoteru ni tomarimashita (Saya menginap di hotel ketika pergi ke Jepang)], Q.18 [<このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)買いました。> Kono syatsu wa depaato e (ittatoki, ittara), kaimashita (Kaos ini saya beli ketika pergi ke departemen stor)],

Q.20 [<ニューヨークで(働いていたとき、働いたら)、彼女と会いました。> Nyuuyooku de (hataraiteitatoki, hataraiteitara), kanojo to aimashita (Saya bertemu dengan dia (perempuan) ketika bekerja di New York)],

2 Sila rujuk Jadual 2.2 dalam Bab 2 muka surat 28 untuk contoh ayat

(7)

Berdasarkan Rajah 4.3, peratusan jawapan yang tepat bermula daripada 74% sehingga ke 81%. Merujuk kepada skala Swovelin, bilangan peratusan ini menggambarkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti ~toki dalam soalan objektif dengan baik.

Sementara itu, peratusan kesilapan tertinggi dalam bahagian ini dapat dilihat pada Q.16 iaitu 26%.

Q.16 Tookyoo e (itta - toki, it - tara), hoteru - ni tomarimashita.

Tokyo partikel (pergi - ketika, pergi - jika), hotel - partikel menginap - past tense copula

< 東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。>

Ind: (Ketika saya pergi), (Jika saya pergi), ke Tokyo, menginap di hotel.

Mal: (Ketika saya pergi), (Jika saya pergi), ke Tokyo, menginap di hotel.

Sekiranya pelajar membaca soalan ini dengan teliti, pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk memilih ~toki, kerana ia menjelaskan perkara yang telah berlaku. Pelajar mungkin tidak menyedari kaedah aturan penggunaan kala lampau pada ayat ini, iaitu:

< ホテルに泊まりまし た。> hoteru ni tomarimashita (menginap di hotel). Pada asasnya kata kerja kala lampau, ~mashita di akhir ayat, sebagaimana terlihat dalam perkataan tomarimashita (telah menginap) menunjukkan aksi/tindakan daripada kata kerja itu telah berlalu. Walaubagaimanapun, pelajar menganggap kejadian (pergi ke Tokyo dan bermalam di hotel) merupakan ayat yang menunjukkan syarat/andaian. Hal

Rajah 4.3: Peratus Jawapan Q.12, Q.13, Q.16, Q.18 dan Q.20 (PBJI)

(8)

ini boleh diterima pakai dalam bahasa Indonesia, sekiranya pelajar berfikir dalam bahasa ibunda, ‘jika pergi ke Tokyo, menginap di hotel’. Kefahaman dalam bahasa ibunda ini mungkin turut menyumbang kepada peratus ayat silap yang tinggi pada Q.16 berbanding soalan lainnya.

4.1.1.3 Penggunaan ~tara oleh PBJI

Bahagian yang seterusnya, adalah analisis dapatan kajian ke atas PBJI mengenai kemampuan pelajar mengenal pasti perbezaan penggunaan ~tara /~tekara dan

~tara/~toki.

4.1.1.3.a Soalan Objektif ~tara berbanding ~tekara

Rajah 4.4 menunjukkan peratus jawapan daripada soalan Q.7 dan Q.8.

Q.7 [<朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。> Asa, (okitekara, okitara), ame

ga futteita (Pagi, ketika bangun tidur, (saya mendapati) hujan telah turun)], dan

Q.8 [<空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。> Kuukoo e

ryooshin o mukae ni (ittekara, ittara), sensei ni atta (Ketika pergi ke bandara untuk menjemput orang tua, (tanpa diduga) bertemu dengan guru)]

Rajah 4.4 tersebut menunjukkan peratus kesilapan tertinggi dalam bahagian ini dengan peratus kesilapan yang sama, iaitu 61%. Merujuk kepada jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat pada kadar 30~49 menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang kaedah penggunaan ~tara ataupun ~tekara dalam soalan-soalan ini adalah tidak matang, dan pelajar cenderung menyalahtafsir maksud ayat dengan pembacaan yang kurang

Rajah 4.4: Peratus Jawapan Q.7 dan Q.8 (PBJI)

(9)

teliti dan membawa kepada pengabaian peraturan penggunaan ~tara ataupun ~tekara dalam ayat Q.7 dan Q.8.

Sebahagian besar pelajar memilih ~tekara sebagai jawapan untuk Q.7 dan Q.8, membawa kepada penghasilan ayat yang tidak tepat dari segi nahunya. Soalan Q.7 dan Q.8 merujuk kepada penggunaan ~tara yang menunjukkan ‘kondisi yang didapati’, dan

‘perkara yang tidak dijangkakan’3. Walaubagaimanapun, pelajar menterjemahkan ~tara kepada ‘bila/jika’ dan ~tekara kepada ‘selepas’. Mereka cenderung berfikir dalam bahasa ibunda mereka ketika menjawab soalan-soalan ini yang mana penggunaan

‘selepas’ lebih lazim digunakan. Hal ini menjelaskan kekeliruan pelajar dalam memilih

~tekara sebagai jawapan kepada Q.7 dan Q.8.

Seterusnya, Rajah 4.5 berikut menunjukkan keputusan peratus jawapan tepat tertinggi dalam bahagian ini dalam soalan Q.5.

Q.5 [<10 時に(なってから、なったら)、出かけましょう。> Jyuu ji ni (nattekara, nattara), dekakemashoo (Mari berangkat bila jam menunjukkan pukul 10)]

Jawapan tepat bagi soalan Q.5 ialah 69%. Merujuk kepada panduan skala penarafan Swovelin4, bilangan peratus jawapan tepat pada kadar 60~79 menunjukkan sebahagian besar daripada pelajar dapat menjawab dengan baik, dan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai kata hubung ~tara dan ~tekara. Hal ini telah dijangkakan

3 Sila rujuk Bab 2 muka surat 28 4Sila rujuk Jadual 4.1 muka surat 39

Rajah 4.5: Peratus Jawapan Q.5 (PBJI)

(10)

memandangkan kekerapan penggunaannya sebagai contoh ayat yang menjelaskan kaedah penggunaan ~tara di dalam buku-buku teks bahasa Jepun.

Pada dasarnya, Q.5 menggambarkan bahawa ‘apabila waktu menunjukkan pukul 10, subjek mengajak untuk pergi’. Walaubagaimanapun, terjemahan ke dalam bahasa Indonesia (Mari berangkat setelah jam menunjukkan pukul 10) membolehkan penggunaan ~tekara untuk ayat tersebut.

4.1.1.3.b ~tara berbanding ~toki

Rajah 4.6 berikut ini menunjukkan peratus dapatan daripada ~tara berbanding

~toki dalam;

Q.11, [<風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。> Kaze o (hikutoki, hiitara), kusuri o nonde, hayaku nemasu (Jika masuk angin, minum obat dan cepat tidur)],

Rajah 4.6 di atas menunjukkan, peratus kesilapan yang agak tinggi dalam bahagian ini, iaitu 64%, dan 36% jawapan tepat. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang kaedah penggunaan ~tara ataupun

~toki dalam soalan ini tidak matang dan pelajar tidak membaca soalan dengan teliti membawa kepada pengabaian peraturan penggunaan ~tara ataupun ~toki dalam ayat Q.11.

Rajah 4.6: Peratus Jawapan Q.11 (PBJI)

(11)

Pada dasarnya soalan Q.11 mengandungi makna seperti berikut:

Q.11 Kaze o (hiku - toki, hii - tara), kusuri - o nonde, hayaku nemasu.

Angin partikel (menjadi - ketika, menjadi - jika), ubat - partikel minum, cepat - tidur present tense

< 風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。>

Ind :(Ketika masuk angin), (Jika masuk angin), minum ubat dan cepat tidur.

Mal :(Ketika mendapat selsema), (Jika mendapat selsema), ambil ubat dan tidur awal.

Untuk menghasilkan ayat yang tepat, pelajar seharusnya memilih ~tara yang sesuai dengan ayat seterusnya, iaitu ‘ambil ubat dan tidur awal’ sebagai rawatan ‘jika mendapat selsema’. Walaubagaimanapun, kemungkinan sebahagian besar daripada pelajar tidak memahami peraturan nahu ayat ini dan berfikir bahawa ayat untuk menggambarkan ‘selsema’ dalam bahasa Jepun ialah:

Q.11a Kaze o hiki-masu.

Angin partikel menjadi – present tense copula

< 風邪をひきます。>

Mal : Mendapat selsema Ind : Masuk angin

Pada asasnya, kata kerja kala kini, <ま す> masu menunjukkan bahawa aksi/keadaan daripada kata kerja tersebut belum dimulakan. Ayat kaze o hikimasu menggambarkan ‘akan mendapat selsema’. Seterusnya, pengubahsuaian daripada ayat kaze o hikimasu dengan menggunakan kata hubung ~toki ialah <風邪をひく> kaze o hiku, menyebabkan sebahagian pelajar berfikir <風邪をひくとき> kaze o hikutoki adalah jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, ayat yang tepat untuk menggambarkan ‘mendapat selsema’ ialah:

(12)

Q.11b Kaze o hiki-mashita.

Angin partikel menjadi - past tense copula

< 風邪をひきました。>

Mal : Mendapat selsema Ind : Masuk angin

Bentuk kata kerja kala lampau, <ひきました> hikimashita pada ayat tersebut menunjukkan keadaan sudah terjadi, iaitu ‘mendapat selsema’. Bagi konteks ayat Q.11, keadaan selsema yang dimaksudkan hanya boleh digambarkan ‘apabila telah mendapat selsema’. Justeru dalam hal ini, pengubahsuaian ayat <風邪をひきました> kaze o hikimashita ialah <風邪をひいた> kaze o hiita, dan ayat ini lebih natural dalam bentuk andaian ~tara. Oleh itu, jawapan yang tepat untuk Q.11 ialah:

Q.11c Kaze o hiitara, kusuri o nonde, hayaku nemasu.

< 風邪をひいたら、薬を飲んで、早くねます。>

(Jika mendapat selsema, ambil ubat dan pergi tidur awal).

4.1.1.4 Penggunaan ~tekara oleh PBJM

Rajah berikut, 4.7 dan 4.8 menunjukkan peratus dapatan bagi soalan objektif dalam mengenal pasti ~tekara oleh PBJM. Jika merujuk kepada Jadual 4.3, bilangan peratus jawapan tepat pada rajah-rajah ini menunjukkan peratusan yang rendah berbanding Q.2 dan Q.6. Rajah 4.7 menunjukkan peratus dapatan penggunaan ~tekara daripada Q.1.

(13)

Melalui Rajah 4.7, dapat diketahui bahawa peratus jawapan tepat Q.1 adalah pada kadar 54%. Hampir separuh daripada pelajar (46%) telah memilih jawapan ~tara berbanding ~tekara. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat pada kadar 50~59 menjelaskan penganalisaan yang kurang tepat oleh pelajar dan pembacaan secara ringkas ketika menjawab soalan.

Ayat Q.1 ialah:

Q.1 Denwa o (kake - tekara, kake - tara), tomodachi -no uchi-e itta hou-ga iidesu.

Telefon-partikel (membuat-selepas, membuat-jika), kawan-partikel rumah-partikel pergi lebih baik-

copula

< 電話を(かけてから、かけたら)、友達のうちへ行ったほうがいいです。>

Mal: (Selepas membuat panggilan telefon), (Jika membuat panggilan telefon), sebaiknya kamu pergi ke rumah kawan tersebut.

Kata hubung yang bersesuaian bagi Q.1 ialah ~tekara yang menggambarkan aksi urutan pada ayat kedua, iaitu <友達のうちへ行ったほうがいいです。> tomodachi no uchi e itta hooga ii desu (sebaiknya pergi ke rumah kawan)

Kesilapan dalam menterjemahkan ayat <電話をかけたら、> denwa o kaketara (membuat panggilan telefon) juga mungkin menyebabkan pelajar melakukan kesilapan sehingga memilih ~tara sebagai jawapan bagi Q.1. Hal ini desebabkan oleh bentuk kata kerja daripada ayat <電話をかけたら、> denwa o kaketara adalah kata kerja kala lampau. Pelajar berfikir aksi pada ayat tersebut telah dilakukan, iaitu ‘bila panggilan

Rajah 4.7: Peratus Jawapan Q.1 (PBJI)

(14)

telefon sudah dilakukan’. Hal ini telah memberi kesan bagi beberapa pelajar hingga memilih ~tara sebagai jawapan.

Pada masa yang sama, bentuk ayat <~たほうがいいです。> ~ta hooga iidesu (sebaiknya~) yang digunakan ketika memberikan cadangan untuk melakukan perbuatan pada kata kerja yang ada di akhir soalan Q.1 turut menyumbang kepada peratus jawapan silap. Walaubagaimanapun penterjemahan soalan Q.1 ke dalam bahasa Melayu, ‘bila telah membuat panggilan telefon, sebaiknya kamu pergi ke rumah kawan’

sememangnya tidak membawa sebarang masalah, ianya terdengar natural.

Rajah 4.8 berikut, adalah soalan daripada soalan Q.9, menunjukkan peratus jawapan tepat sebanyak 46% sahaja. Menurut skala Swovelin (Jadual 4.1), hal ini menggambarkan bahawa kefahaman pelajar tentang kaedah penggunaan ~tekara dalam soalan ini tidak matang. Pelajar tidak membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tekara dalam ayat Q.9.

Q.9 [<先週、風邪を(ひいてから、ひいたら)、ずっと体調が悪い。> Senshuu, kaze o (hiitekara, hiitara), zutto taichoo ga warui (Sejak mendapat selsema minggu lepas, kondisi badan terjejas)],

Sebahagian besar pelajar tidak dapat memahami makna penggunaan ~tekara bagi soalan ini. Pelajar cenderung untuk berfikir bahawa makna ~tekara dalam ayat Q.9 adalah sebagai ‘selepas’. Perkataan yang menunjukkan kata masa seperti <先週>

Rajah 4. 8: Peratus Jawapan Q.9 (PBJM)

(15)

senshuu ‘minggu lepas’ di awal ayat turut mempengaruhi pemahaman pelajar, kerana menganggap ayat ini mesti diakhiri dengan perkataan dalam bentuk kala lampau juga.

Oleh sebab itu, pelajar lebih cenderung memilih <風邪をひいたら、> kaze o hiitara (jika mendapat selsema) yang menunjukkan nuansa ayat bersyarat yang mana ayat penghujungnya boleh berada dalam bentuk semasa, berbanding ayat <風邪をひいてか ら、> kaze o hiitekara (sejak mendapat selsema) .

Walaubagaimanapun, kata hubung yang bersesuaian untuk Q.9 ialah ~tekara.

~tekara di dalam ayat ini bermaksud ‘sejak’, yang menggambarkan ‘kondisi fizikal daripada subjek yang mula menjadi teruk sejak ia mendapat selsema minggu lepas. Pada masa yang sama hampir sebahagian dari PBJM juga keliru dengan bentuk ayat <~たほ うがいいです。> ~ta hooga iidesu (sebaiknya~) yang membawa nuansa cadangan untuk melakukan perbuatan pada kata kerja di akhir soalan Q.1, iaitu ‘pergi ke rumah kawan’. Pelajar berfikir bahawa bentuk ayat <~たほうがいいです。> ~ta hooga iidesu (sebaiknya~) lebih sesuai kepada peraturan penggunaan ~tara.

Sebahagian besar PBJM didapati dapat mengenal pasti ~tekara dengan makna

‘sejak/semenjak’ pada soalan Q.2 dan Q.6. Walaubagaimanapun, hanya sebahagian dari PBJM yang memilih ~tekara sebagai jawapan tepat untuk soalan Q.9 dan Q.1. ~tekara pada Q.9 dan Q.1 juga turut membawa maksud ‘sejak/semenjak’, dan sebahagian pelajar gagal untuk mengenal pasti maksud ini. Walaupun penggunaan ~tara dalam kedua ayat Q.1 dan Q.9 adalah menyalahi peraturan penggunaan ~tara, ia tidak memberi sebarang masalah sekiranya pelajar menggunakannya dalam konteks bahasa Melayu sebagai ‘jika/bila’. Hal ini menjelaskan kegagalan sebahagian dari PBJM dalam mengenal pasti ~tekara dalam Q.1dan Q.9.

(16)

4.1.1.5 Penggunaan ~toki oleh PBJM

Rajah 4.9 di bawah ini menunjukkan peratus jawapan pada soalan Q.12, Q.13 dan Q.18, oleh PBJM.

Q.12 [<きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。> Kinoo, (nerutoki, netara), mado o shimemashita (Semalam, (ketika akan tidur, jika tidur) menutup tingkap)],

Q.13 [<ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使ってい

ました。> Run san wa Katoo san to (hanashiteirutoki, hanashiteitara), keigo o tsukatteimashita (Semalam, En. Run, (ketika bercakap, jika bercakap) dengan En.

Katoo menggunakan bahasa formal] dan

Q.18 [<このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)、買いました。> Kono syatsu wa depaato e (ittatoki, ittara) kaimashita (Baju T ini saya beli ketika pergi pusat membeli belah)]

Berdasarkan Rajah 4.9, bilangan peratus jawapan tepat untuk setiap soalan melebihi 80%. Merujuk kepada panduan skala penarafan oleh Swovelin (Jadual 4.1), peratusan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti penggunaan kata hubung ~toki dengan baik. Pelajar mempunyai kefahaman yang kukuh tentang kaedah penggunaan ~toki, dan tidak menghadapi masalah untuk menggunakan

~toki.

Manakala Rajah 4.10 di atas menunjukkan peratus jawapan pada soalan Q.16, yang lebih rendah berbanding Q.12, Q.13 dan Q.18.

Rajah 4.9: Peratus Jawapn Q.12, Q.13 dan Q.18 (PBJM)

Rajah 4.10: Peratus Jawapan Q.16 (PBJM)

(17)

Q.16 [<東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。> Tookyoo e (ittatoki, ittara), hoteru ni tomarimashita (Ketika saya pergi ke Tokyo, saya tinggal di hotel]

Merujuk kepada Rajah tersebut, peratus jawapan tepat adalah 69%. Peratus kesilapan sebanyak 31% adalah peratus kesilapan yang tertinggi bagi PBJM dalam bahagian ini.

Hal ini menunjukkan hanya sebahagian kecil daripada pelajar melakukan kesilapan ketika menjawab Q.16 berbanding soalan-soalan lain. Soalan Q.16 menunjukkan perkara yang telah berlaku, dan hanya sesuai menggunakan kata hubung ~toki.

Walaubagaimanapun, 31% daripada pelajar beranggapan bahawa Q.16 adalah ayat andaian, iaitu ‘jika pergi ke Tokyo, saya menginap di hotel’, di mana ayat ini boleh diterima pakai dalam bahasa Melayu.

4.1.1.5 Penggunaan ~tara pada PBJM

Analisis dapatan kajian mengenai kemampuan PBJM mengenal pasti perbezaan penggunaan ~tara untuk soal selidik soalan objektif (Bahagian I) dibahagi kepada dua bahagian, iaitu: ~tara berbanding ~tekara dan ~tara berbanding ~toki.

4.1.1.6.a Soalan Objektif ~tara berbanding ~tekara

Rajah 4.11 di bawah ini menunjukkan peratus jawapan bagi soalan Q.5 di kalangan PBJM.

Q.5 [<10 時に(なってから、なったら)、出かけましょう。> Jyuu ji ni (nattekara, nattara), dekakemashoo (Mari berangkat bila waktu menunjukkan pukul 10],

Rajah 4.11: Peratus Jawapan Q.5 (PBJM)

(18)

Berdasarkan Rajah 4.11, peratus jawapan tepat ialah 82%, menjadikan Q.5 sebagai soalan yang mendapat peratus jawapan tepat tertinggi dalam bahagian ~tara berbanding

~tekara. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti penggunaan ~tara dalam ayat Q.5 dengan baik. Pelajar mempunyai kefahaman yang kukuh tentang kaedah penggunaan ~tara dalam ayat ini.

Ayat Q.5 merupakan ayat bersyarat yang bermaksud ‘penutur menggalakkan untuk pergi apabila waktu menunjukkan pukul 10’. Ayat Q.5 ini kerap digunakan sebagai contoh ayat untuk menjelaskan kaedah penggunaan ~tara di dalam buku-buku teks bahasa Jepun. Faktor ini juga mungkin turut menyumbang kepada bilangan peratus jawapan tepat yang tinggi berbanding soalan lain.

Di sisi lain, sebahagian besar daripada pelajar tidak dapat mengenal pasti penggunaan ~tara dalam soalan Q.4, Q.7 dan Q.8.

Q.4 [<今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。> Ima totta shashin ga (dekitekara, dekitara), watashi nimo ichi mai kudasai (Sila bagi saya satu keping, jika gambar yang diambil ini sudah siap)],

Q.7 [<朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。> Asa, (okitekara, okitara), ame ga futteita (Pagi, ketika saya bangun tidur, (saya mendapat tahu) hujan telah turun)], dan

Q.8 [<空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。> Kuukoo e ryoushin o mukaeni (ittekara, ittara), sensei ni atta (Ketika saya pergi ke lapangan terbang untuk mengambil ibu bapa, (tanpa dijangkakan) bertemu dengan guru)].

Rajah 4.12: Peratus Jawapan Q.4, Q.7 dan Q.8 (PBJM)

(19)

Sebagaimana yang dapat dilihat pada Rajah 4.12, bilangan peratus kesilapan bagi Q.4, Q.7 dan Q.8 masing-masing adalah 63%, 80% dan 72%. Secara langsung ia menunjukkan peratus jawapan tepat yang rendah pada kadar 20%~37%. Merujuk kepada takrifan Swovelin, bilangan peratus jawapan tepat kurang daripada 37%

menunjukkan bahawa kefahaman yang tidak matang oleh pelajar mengenai penggunaan

~tekara ataupun ~tara. Pelajar tidak membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tekara ataupun ~tara.

Dalam ayat Q.4:

Q.4 Ima totta shashin ga (deki - tekara, deki - tara) watashi ni mo ichimai kudasai.

Telefon-partikel (membuat-selepas, membuat-jika), kawan-partikel rumah-partikel pergi lebih baik-

copula

<今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。>

Mal: (Selepas gambar yang diambil ini sudah siap), (Jika/Kalau gambar yang diambil ini sudah siap), sila bagi saya satu keping.

Penggunaan kata hubung bersyarat ~tara akan menghasilkan ayat tepat untuk Q.4.

Walaubagaimanapun, terjemahan ayat ini ke dalam bahasa Melayu mengesahkan

~tekara lebih tepat berbanding ~tara sehingga pelajar memilih jawapan yang silap dari segi peraturannya dalam bahasa Jepun. Pelajar juga tidak memberi perhatian kepada makna dan peraturan asas daripada kata kerja sebelum kata hubung ~tekara/~tara, iaitu

< で き ま す > dekimasu (boleh/dapat). Kata kerja ini menunjukkan kesanggupan/kebolehan dan ianya tidak sesuai bagi peraturan penggunaan ~tekara.

Kata hubung ~tekara digunakan untuk menunjukkan dua perkataan kata kerja yang menunjukkan aksi/kegiatan5 secara berturutan.

5 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

(20)

Seterusnya, bilangan peratus 20% dalam Q.7 dan 28% dalam Q.8 menunjukkan pelajar mempunyai masalah kefahaman nahu mengenai ~tekara ataupun ~tara. Secara gramatis ayat Q.7 bermaksud:

Q.7 Asa (oki - tekara, oki - tara) ame ga futte-ita.

Pagi (bangun-selepas, bangun-jika), hujan-partikel turun – kala lampau

< 朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。 >

Mal: Pagi (selepas bangun tidur), (ketika bangun tidur), saya mendapat tahu bahawa hujan telah turun.

Manakala ayat Q.8 ialah:

Q.8 Kuukoo e ryooshin o mukae ni (it - tekara, it - tara) sensei ni atta.

Lapangan terbang - partikel – ibu bapa - partikel - ambil - partikel (pergi-selepas, pergi-ketika), guru -

partikel jumpa - past tense

< 空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。 >

Mal: (Ketika saya pergi), (Selepas saya pergi) ke lapangan terbang untuk mengambil ibu bapa, (tanpa dijangkakan) bertemu dengan guru.

Pada asasnya, ~tara dalam ayat Q.7 dan Q.8 digunakan untuk menyambungkan ayat yang menunjukkan kejadian perkara yang tidak dijangkakan. Pelajar gagal untuk mengenal pasti ~tara dalam soalan ini dan mengambil ~tara sebagai frasa andaian dan menterjemahkannya kepada ‘bila/jika’, manakala ~tekara diterjemahkan kepada

‘selepas’. Secara amnya, penggunaan kata hubung ‘selepas’ dan ‘bila’ bagi Q.7 dan Q.8 boleh diterima pakai di dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bentuk dan makna ayat setelah kata hubung ~tekara dan ~tara pada Q.7, <雨が降っていた。 > ame ga futteita (hujan turun) dan ayat Q.8, < 先生に会った。 > sensei ni atta (bertemu dengan guru) menunjukkan kondisi yang tidak dijangkakan (~tara) dan bukan ayat yang menunjukkan urutan aksi/perbuatan (~tekara).

(21)

4.1.1.6.b Soalan Objektif ~tara berbanding ~toki

Rajah yang seterusnya adalah merujuk kepada soalan Q.14 dan Q.11. Rajah 4.13 adalah merujuk kepada Q.14 dengan peratus jawapan tepat ialah 72%.

Q.14 [<雨が(降っ たとき、降った ら)、行き ません。> Ame ga (futtatoki, futtara), ikimasen (ketika hujan turun, jika hujan turun, tidak jadi pergi)]

Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti penggunaan ~tara dan ~toki dalam soalan ini.

Selain daripada itu, ayat yang digunakan dalam Q.14 juga kerap digunakan di dalam buku-buku teks bahasa Jepun untuk menjelaskan kaedah penggunaan ~tara, dan ini turut menyumbang kepada bilangan peratus jawapan tepat yang tinggi.

Walaubagaimanapun, dalam konteks penggunaan yang sama, seperti dapat dilihat dalam Rajah 4.14 di bawah, peratus jawapan bagi soalan Q.11 hanyalah 23%

sahaja

Q.11 [<風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。> Kaze o (hikutoki, hiitara), kusuri o nonde, hayaku nemasu (ketika mendapat selsema, jika mendapat selsema), ambil ubat dan tidur awal)],

Bilangan peratus jawapan tepat ini menjadikan soalan Q.11 menunjukkan bilangan peratus jawapan tepat paling rendah untuk bahagian ~tara berbanding ~toki. Bilangan

Rajah 4.13: Peratus Jawapan Q.14 (PBJM)

Rajah 4.14: Peratus Jawapan Q.11 (PBJM)

(22)

peratus jawapan tepat tersebut menunjukkan bahawa kefahaman sebahagian besar pelajar mengenai kaedah penggunaan ~tara ataupun ~toki dalam soalan ini adalah tidak matang. Pelajar gagal untuk membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tara ataupun ~toki.

Pada dasarnya, ayat Q.11 menunjukkan andaian/persyaratan, iaitu ‘apabila mendapat selsema, ambil ubat dan tidur awal’. Pelajar semestinya memilih ~tara bagi menghasilkan ayat yang tepat, tetapi kecenderungan menterjemahkan ayat Q.11 ke dalam bahasa Melayu menyebabkan pelajar lebih mudah memilih ~toki berbanding

~tara.

4.1.2 Soal Selidik Penyelesaian Ayat

Bahagian soal selidik ini mengandungi 11 soalan berbentuk penyelesaian ayat yang perlu dilengkapkan oleh pelajar. Pelajar perlu melengkapkan ayat menggunakan

~tekara, ~toki dan ~tara yang terdiri daripada ayat kata hubung ~tekara 3 ayat, ayat kata hubung ~toki 3 ayat, dan 5 ayat menggunakan kata hubung ~tara. Soalan-soalan bagi penyelesaian ayat dapat dilihat dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.4. Soalan Soal Selidik (Bahagian II: Penyelesaian Ayat)

No Questions

1.a お酒をたくさん飲んでから、__________

1.b お酒をたくさん飲んだら、___________

2.a スーパーへ行ったとき、____________

2.b スーパーへ行ったら、____________

3.a 本を読むとき、____________

3.b 本を読んでいたら、____________

4.a ごはんを食べてから、____________

4.b ごはんを食べたら、____________

5.a 日本語を勉強してから、____________

5.b 日本語を勉強するとき、____________

5.c 日本語を勉強したら、____________

(23)

Ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar dalam bahagian ini dikategorikan berdasarkan dapatan kajian daripada Ichikawa (1997, 2005), iaitu ayat tepat, ayat silap dan ayat keliru. Dalam kajian ini, ayat yang dikategorikan sebagai ayat silap tidak akan dibincangkan kerana kesilapan yang jelas, contohnya kesilapan partikel, kesilapan dalam pemilihan perkataan, kesilapan dalam merubah bentuk kata kerja atau kata sifat dan kesilapan dalam penulisan Hiragana dan Katakana.

Seterusnya, kecekapan pelajar dalam menyelesaikan ayat-ayat bagi soalan selidik daripada kajian ini dipaparkan pada jadual dan rajah-rajah di bawah ini.

Keseluruhan peratus dapatan bagi soalan penyelesaian ayat dipaparkan dalam Jadual 4.5 di bawah ini.

Jadual 4.5. Peratus Jawapan Keseluruhan bagi Soal Selidik (Bahgaian II: Penyelesaian Ayat) No

Soalan

Kata Hubung

Peratus (%)

Tepat Silap Keliru

IJLL MJLL IJLL MJLL IJLL MJLL 1.a

~tekara

26 47 24 12 50 41

4.a 53 77 14 4 34 19

5.a 54 65 25 16 21 19

2.a

~toki

75 87 16 5 9 8

3.a 33 45 31 6 36 49

5.b 19 15 20 17 61 69

1.b

~tara

44 77 24 18 33 5

2.b 65 88 31 6 4 6

3.b 3 1 38 17 60 82

4.b 55 86 35 12 10 2

5.c 54 82 34 16 12 2

Perincian daripada pemerolehan PBJI dan PBJM dalam memahami ~tekara,

~toki and ~tara akan dijelaskan dalam bahagian masing-masing berdasarkan Jadual 4.5.

4.1.2.1 Penggunaan ~tekara oleh PBJI

Rajah 4.15 di bawah menunjukkan peratus jawapan ayat tepat, ayat silap dan peratus ayat keliru yang dihasilkan oleh PBJI dalam soalan Q.1.a.

(24)

Q.1.a [<お酒をたくさん飲んでから、____ > Osake o takusan nondekara, __

(Selepas minum banyak Sake (alkohol), __)] .

Merujuk kepada Rajah 4.15, 50% daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar adalah ayat keliru, berbanding 26% ayat tepat dan 24% ayat silap. Soalan ini menunjukkan peratus ayat keliru tertinggi dalam bahagian ini. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar untuk melengkapkan kata hubung ~tekara bagi Q.1.a, secara amnya dapat difahami walaupun tidak menepati peraturan pengunaannya.

Pada peringkat awal dan pertengahan pembelajaran bahasa Jepun, pelajar mempelajari ~tekara sebagai kata hubung menunjukkan urutan dua aksi/tindakan.

Contohnya:

(19). Kono shigoto - o zenbu yat - tekara, biiru - o nomimasu.

Ini kerja - partikel semua - selepas, bir - partikel minum.

< この仕事を全部やってから、ビールを飲みます。 >

Ind : Setelah menyelesaikan semua pekerjaan ini, saya minum bir.

Mal : Selepas saya siapkan semua kerja ini, saya minum bir.

(Tomomatsu, 2007: 173)

Tetapi, ketika melengkapkan Q.1.a [<お酒をたくさん飲んでから、____ > Osake o takusan nondekara, __ (Selepas minum banyak Sake (alkohol), __ ], sebahagian daripada

Rajah 4.15: Peratus Jawapan Q.1.a (PBJI)

(25)

pelajar membuat ayat yang tidak tepat dengan kaedah penggunaan ~tekara. Pada dasarnya, ayat ini menunjukkan perbuatan/aksi, iaitu ‘minum banyak Sake (alkohol)’.

Mengikut peraturan penggunaan ~tekara, pelajar seharusnya menghasilkan ayat yang menunjukkan perbuatan yang berbeza selepas aksi pada ayat <お酒たくさんを飲んで から、___ > osake o takusan nondekara, __, (selepas minum banyak Sake), seperti ayat di bawah:

Q.1.a` <お酒たくさんを飲んでから、車を運転してはいけません。 >

Osake o takusan nondekara, kuruma o untenshite wa ikemasen (Selepas minum banyak Sake (alkohol), tidak boleh memandu kereta).

Walaubagaimanapun, pelajar cenderung membuat ayat yang menggambarkan akibat ataupun dapatan daripada perbuatan/aksi bagi ayat pertama, iaitu ‘selepas minum banyak Sake’. Kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan ayat yang menunjukkan akibat ataupun dapatan daripada perbuatan/aksi ayat pertama ialah ~kara (kerana). Ayat (20) menunjukkan kekeliruan dalam melengkapkan Q.1.a yang dihasilkan oleh pelajar.

(20). Takusan osake o non - dekara, atama - ga itai- desu.

Banyak Sake (alkohol) partikel minum - selepas, kepala - partikel sakit - copula

< お酒たくさんを飲んでから、{ 頭が痛いです。} (?) > Ind : Setelah saya banyak minum Sake , sakit kepala.

Mal : Selepas saya banyak minum Sake, sakit kepala.

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar untuk melengkapkan soalan Q.1.a ialah <頭が痛い です。 > atama ga itai desu (sakit kepala). Dari segi nahunya, atama ga itai desu ialah ayat yang betul. Apabila ayat ini dijadikan ayat pelengkap kepada ayat <お酒たくさん を飲んでから、___ > osake o takusan nondekara, __, (selepas minum banyak Sake) ia menghasilkan ayat yang tidak tepat dari segi nahunya. Ayat atama ga itai desu (sakit kepala) menunjukkan akibat ataupun hasil daripada tindakan ayat pertama.

(26)

Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini boleh diterima sekiranya kata hubung ~kara (kerana) digunakan.

(20.a). Takusan osake o non - dakara, atama - ga itai- desu.

Banyak Sake (alkohol) partikel minum - kerana, kepala - partikel sakit - copula

< お酒たくさんを飲んだから、頭が痛いです。 (✓) > Ind : Karena saya banyak minum sake , sakit kepala.

Mal : Disebabkan saya banyak minum Sake, sakit kepala.

Kajian Ichikawa (2005), menyebutkan bahawa kebanyakan pelajar bahasa Jepun melakukan kesilapan dengan menggunakan kata hubung ~tekara menggantikan ~kara kerana pelajar sering keliru dan beranggapan ~tekara dan ~kara adalah perkara yang oleh kerana sama penulisan dan sebutan yang sama. Hal ini menyokong pendapat bahawa pelajar mudah keliru dan menganggap <飲 んで か ら、___ > nondekara (selepas minum) dan <飲んだから、___ > nondakara (kerana minum) adalah ayat yang sama dan menghasilkan ayat-ayat yang mengelirukan.

Pada masa yang sama, kebanyakan pelajar dapat menghasilkan ayat tepat ketika diminta untuk melengkapkan soalan Q.4.a dan Q.5.a.

Q.4.a [<ごはんを食べてから、____ > Gohan o tabetekara, __

(Selepas makan nasi, __)] dan Q.5.a [<日本語を勉強してから、____ > Nihongo o benkyooshitekara, __

(Selepas belajar bahasa Jepun, __)].

Rajah 4.16 berikut ini menunjukkan peratus jawapan Q.4.a oleh PBJI.

Sebagaimana yang dapat dilihat pada rajah tersebut, bilangan pelajar yang menghasilkan ayat tepat adalah agak tinggi, dan hanya 34% daripada jawapan pelajar dikategorikan sebagai ayat keliru. Ayat-ayat keliru yang dihasilkan oleh PBJI, kebanyakannya boleh diterima dari segi nahunya, tetapi tidak gramatis apabila digabungkan dengan ayat ~tekara Q.4.a. Ayat seterusnya harus menunjukkan

(27)

perbuatan/aksi seterusnya setelah perbuatan dalam ayat soalan “makan nasi” telah dilakukan. Contoh ayat untuk melengkapkan ayat Q.4.a adalah seperti berikut:

Q.4.a` <ごはんを食べてから、テレビを見ます。>

Gohan o tabe tekara, terebi o mimasu (Selepas makan nasi, nonton tv).

Kebanyakan daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar menggambarkan kondisi sebagai akibat dari perbuatan/aksi ‘setelah makan nasi’. Dalam hal ini, kata hubung

~kara (kerana) lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan kondisi sebagai akibat dari perbuatan/aksi dalam ayat awal. Contoh pada ayat (21) berikut menunjukkan kekeliruan pelajar dalam melengkapkan ayat Q.4.a:

(21). Gohan o tabe - tekara, onaka - ga ippai – desu.

Nasi partikel makan - selepas, perut – partikel penuh - copula

<ご飯を食べてから、{ おなかがいっぱいです。} (?) > Ind : Setelah saya makan nasi, perut kenyang.

Mal : Selepas saya makan nasi, perut kenyang.

Ayat < お な か が い っ ぱ い で す 。 > onaka ga ippai desu (perut kenyang) yang dihasilkan oleh pelajar menunjukkan kondisi akibat daripada aksi/tindakan daripada ayat <ご飯を食べてから、___ > gohan o tabetekara (selepas makan nasi). Ayat kurang tepat untuk digunakan sebagai penyambung ayat ~tekara pada ayat <ご飯を食べてか

Rajah 4.16: Peratus Jawapan Q.4.a (PBJI)

(28)

ら、___ > gohan o tabetekara (selepas makan nasi) kerana menunjukkan dua aksi ataupun tindakan yang tiada kaitan6. Walaubagaimanapun, ayat ini boleh diterima dan tepat penggunaannya sekiraya ~tekara digantikan kepada ~kara, seperti berikut:

(21.a) Gohan o tabeta - kara, onaka - ga ippai – desu.

Nasi partikel makan - kerana, perut – partikel penuh - copula

< ご飯を食べたから、おなかがいっぱいです。 (✓) > Ind : Perut saya kenyang, karena makan nasi.

Mal : Perut saya kenyang sebab makan nasi.

Rajah 4.17 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat keliru untuk soalan Q.5.a.

Q.5.a [<日本語を勉強してから、____ > Nihongo o benkyooshitekara, __

(Selepas belajar bahasa Jepun, __)].

25% daripada ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar pada Q.5.a dikategorikan sebagai ayat keliru. Walaupun ayat-ayat keliru itu dapat difahami maksudnya, tetapi ianya tidak sesuai dari segi peraturan penggunaan ~tekara yang tepat. Pada asasnya,

ayat Q.5.a menunjukkan perbuatan/aksi, iaitu ‘selepas belajar bahasa Jepun’, dan harus dilengkapkan dengan urutan ayat yang menunjukkan perbuatan/aksi yang dilakukan

6 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Rajah 4.17: Peratus Jawapan Q.5.a (PBJI)

(29)

‘selepas belajar bahasa Jepun’, seperti ayat berikut:

Q.5.a` <日本語を勉強してから、日本語の歌を聞きます。>

Nihongo o benkyooshitekara, nihongo no uta o kikimasu (Selepas belajar bahasa Jepun, mendengarkan lagu Jepun).

Dalam ayat keliru, pelajar menghasilkan ayat yang menggambarkan andaian/persyaratan yang merujuk kepada peraturan penggunaan ~tara berbanding dengan ~tekara. Contohnya ayat (22) berikut:

(22). Nihongo o benkyou - shi-tekara, nihongo - ga dekimasu.

Bahasa Jepun partikel belajar - selepas, bahasa Jepun - partikel dapat.

< 日本語を勉強してから、{ 日本語ができます。} ( ? ) >

Ind : Saya bisa berbahasa Jepang setelah saya belajar bahasa Jepang,?

Mal : Saya boleh berbahasa Jepun selepas saya belajar bahasa Jepun?

Ayat <日本語ができます。> nihongo ga dekimasu (boleh berbahasa Jepun) yang dihasilkan oleh pelajar menunjukkan ‘keupayaan untuk bercakap bahasa Jepun’.

Manakala soalan Q.5.a, <日本語を勉強してから、__ > nihongo o benkyoushitekara, __, (selepas belajar bahasa Jepun) seharusnya diikuti dengan aksi ataupun perbuatan,

‘selepas belajar bahasa Jepun’. Merujuk pada Jadual 2.2, tentang aturan penggunaan

~tekara yang tepat, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini, (boleh bahasa Jepun) tidak bersesuaian bagi ~tekara. Walaubagaimanapun, ayat ini boleh diterima dari segi nahunya sekiranya kata hubung ~tara digunakan.

(22.a) Nihongo o benkyou - shi-tara, nihongo - ga dekimasu.

Bahasa Jepun partikel belajar - bila, bahasa Jepun - partikel dapat.

< 日本語を勉強したら、日本語ができます。 ( ✓ )> Ind : Jika saya belajar bahasa Jepang, bisa berbahasa Jepang.

Mal : Bila (saya) belajar bahasa Jepun, (saya) boleh berbahasa Jepun.

(30)

Pelajar cenderung menghasilkan ayat-ayat yang menunjukkan kondisi sebagai hubungan sebab akibat yang lebih merujuk kepada peraturan penggunaan kata hubung

~kara (kerana) ketika melengkapkan ayat ~tekara pada Q.1.a, Q.4.a dan Q.5.a. Pelajar juga didapati menghasilkan ayat yang menggambarkan andaian/persyaratan, yang mana ianya lebih sesuai bagi peraturan penggunaan ~tara berbanding ~tekara. Secara umum, kemungkinan perlajar berfikir dalam bahasa ibunda mereka ketika melengkapkan ayat Q.1.a, Q.4.a dan Q.5.a dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tekara memandangkan tidak ada kaedah aturan penggunaan yang khusus bagi kata ‘selepas’ di dalam bahasa Indonesia.

Selain daripada itu, berbanding dengan maksud ayat pada Q.4.a dan Q.5.a, maksud ayat Q.1.a bukanlah perkara normal yang biasa dilakukan dalam masyarakat Indonesia. Oleh itu, pelajar senang merumuskan kondisi yang berlaku bagi orang yang telah minum banyak Sake (alkohol) berbanding dengan berfikir tentang urutan perbuatan/aksi yang dilakukan apabila telah minum banyak Sake (alkohol).

4.1.2.2 Penggunaan ~toki oleh PBJI

Rajah 4.18 di atas menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat keliru bagi soalan Q.3.a mengenai kata hubung ~toki.

Rajah 4. 18: Peratus Jawapan Q.3.a (PBJI)

(31)

Q.3.a [<本を読むとき、____ > Hon o yomu toki, __

(Ketika akan baca buku, __)].

Merujuk pada rajah 4.18, jawapan tepat bagi soalan ini adalah 33% sahaja, dan 36% daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar dikategorikan sebagai ayat keliru.

Ayat Q.3.a menggunakan kata hubung ~toki yang diikuti dengan kata kerja bentuk masa kini/masa datang, iaitu:

Q.3.a Hon o yomu - toki,

Buku partikel baca - ketika,

<本を読むとき、__ >

Ind : Ketika saya akan membaca buku Mal : Ketika saya membaca buku

Pelajar mungkin memahami makna asas daripada ~toki, iaitu ‘ketika’ tetapi, kemungkinan terlepas pandang bentuk kata kerja yang digunakan sebelum ~toki, lalu mengabaikan peraturan penggunaan ~toki. Kata hubung ~toki yang diikuti dengan kata kerja bentuk kala kini menunjukkan aksi ataupun perkara pada kata kerja itu belum lagi dilakukan7. Bentuk kata kerja sebelum ~toki pada ayat Q.3.a di atas ialah < 読む>

yomu (baca), iaitu kata kerja dalam bentuk masa kini yang menggambarkan

aksi/tindakan pada kata kerja belum lagi dilakukan. Contoh ayat tepat bagi melengkapkan Q.3.a ialah:

Q.3.a` <本を読むとき、電気をつけます。 >

Hon o yomu toki, denki o tsukemasu

(Saya membuka lampu, ketika akan membaca buku).

Kebanyakan jawapan pelajar menunjukkan kefahaman bahawa bentuk perkataan yomu (baca) sama seperti <読んでいる> yondeiru (sedang membaca). Bentuk kata kerja yondeiru (sedang membaca) menunjukkan bahawa aksi pada kata kerja sedang

7 Sila rujuk jadual 2.2, muka surat 28 untuk makna dan contoh ~toki

(32)

dilakukan. Pelajar menghasilkan ayat yang menggambarkan aksi yang dilakukan ataupun kondisi yang terjadi ketika aksi pada ayat sebelumnya sedang berlangsung, seperti contohnya pada ayat (23) berikut:

(23). Hon - o yomu - toki, takusan – ji – ga – yome - masen.

Buku - partikel baca - ketika, banyak huruf aksara - partikel – dapat baca - tidak.

<本を読むとき、{ たくさん字が読めません。} (?)>

Ind : Ketika saya akan membaca buku, banyak huruf tidak bisa saya baca Mal : Ketika saya membaca buku, banyak huruf aksara yang tidak boleh saya

baca

Pelajar menghasilkan ayat <たくさん字が読めません。> takusan ji ga yomemasen (banyak huruf aksara yang tidak dapat saya baca) untuk melengkapkan soalan Q.3.a, < 本を読むとき、__> hon o yomu toki (ketika membaca buku). Ayat yang dihasilkan oleh pelajar menggambarkan kondisi yang tidak boleh membaca huruf aksara Jepun, bertentangan dengan kondisi ayat awal Q.3.a yang menunjukkan aksi membaca buku belum lagi dilakukan. Justeru, ayat yang dihasilkan oleh pelajar merujuk kepada penggunaan kata kerja yondeiru (sedang membaca buku). Ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut boleh diterima pakai dengan menggunakan kata hubung ~toki sekiranya kata kerja sebelum ~toki, yomu diubah menjadi yondeiru, seperti:

(23.a) Hon - o yonde - iru - toki, takusan – ji – ga – yome - masen.

Buku - partikel baca - ketika, banyak leter - partikel – dapat baca – tidak

<本を読んでいるとき、たくさん字が読めません。 (✓)>

Ind : Ketika saya sedang membaca buku, banyak huruf tidak bisa saya baca.

Mal : Ketika saya sedang membaca buku, banyak huruf aksara yang tidak dapat saya baca.

Ayat (23.a) di atas menunjukkan perkara yang sedang berlaku, iaitu ‘banyak huruf aksara yang tidak boleh dibaca ketika sedang membaca buku’.

(33)

Seterusnya, PBJI juga menghasilkan ayat yang mengelirukan ketika melengkapkan ayat Q.3.a, seperti ayat (24).

(24). Hon - o yomu - toki, ongaku - o - kikimasu.

Buku - partikel baca - ketika, music – partikel mendengar.

<本を読むとき、{ 音楽を聞きます。} (?)>

Ind : Ketika saya akan membaca buku, saya mendengar musik.

Mal : Ketika saya membaca buku, saya mendengar muzik.

Ayat (24) menunjukkan dua aksi berbeza yang dilakukan pada masa yang sama dan menjadi ayat silap kerana menggunakan kata hubung ~toki. Ini boleh menjadi ayat tepat sekiranya kata hubung ~toki digantikan dengan ~nagara (sambil). Pada asasnya, kata hubung ~nagara (sambil) digunakan untuk menyatakan subjek melakukan dua aksi/perbuatan pada satu masa yang sama8. Contohnya:

(24.a) Hon - o yomi – nagara, ongaku - o - kikimasu.

Buku - partikel baca - sambil, muzik – partikel mendengar

<本を読みながら、音楽を聞きます。 (✓)>

Ind : Saya membaca buku, sambil mendengar musik.

Mal : Saya baca buku, sambil mendengar muzik.

Manakala penggunaan kata hubung ~toki untuk ayat Q.3.a adalah mengelirukan kerana penyambungan ayat, <音楽を聞きます。> ongaku o kikimasu (mendengar muzik) dalam soalan ini menyebabkan penghasilkan ayat yang tiada kaitan secara langsung.

Penggunaan kata hubung ~nagara (sambil) pada ayat (24.a) menunjukkan bahawa aksi ‘membaca buku’ dilakukan pada masa yang sama dengan aksi ‘mendengar muzik’.

8 Tomomatsu dan Miyamoto (2007:266)

(34)

Terdapat beberapa kes di mana PBJI menghasilkan ayat yang lebih memenuhi syarat peraturan penggunaan kata hubung ~tara (bila/jika) berbanding ~toki. Ayat (25) berikut menunjukkan ayat yang dihasilkan oleh pelajar ketika melengkapkan ayat ~toki dalam Q.3.a.

(25). Hon - o yomu - toki, nemuku - narimasu.

Buku - partikel baca - ketika, mengantuk – jadi.

< 本を読むとき、{ 眠くなります。} (?) >

Ind : Ketika saya akan membaca buku, jadi ngantuk.

Mal : Ketika saya membaca buku, saya jadi mengantuk.

Walaupun ayat yang dihasilkan oleh pelajar < 眠 く な り ま す 。 > nemuku narimasu (jadi mengantuk) tepat dari segi nahunya, tetapi ianya tidak sesuai untuk digunakan bagi melengkapkan ayat <本を読むとき、__ > hon o yomu (ketika baca buku). Hal ini disebabkan oleh ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut menggambarkan kondisi ataupun akibat yang terjadi disebabkan oleh aksi membaca buku, sedangkan ayat sebelum ~toki pada menunjukkan aksi membaca buku belum lagi dilakukan. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut boleh menjadi ayat yang tepat sekiranya kata hubung ~toki digantikan dengan ~tara (jika/bila) yang menggambarkan andaian, seperti ayat berikut:

(25.a) Hon - o yon - dara, nemuku - narimasu.

Buku - partikel baca - bila, mengantuk – jadi.

< 本を読んだら、、眠くなります。 (✓) >

Ind : Jika saya akan membaca buku, jadi ngantuk.

Mal : Bila saya membaca buku, jadi mengantuk.

Rajah 4.19 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat menjadi yang tertinggi pada soalan Q.2.a;

(35)

Q.2.a [<スーパーへ行ったとき、____ > Suupaa e ittatoki, __

(Ketika saya pergi ke pasaraya, __)].

Merujuk kepada rajah berikut, peratus ayat tepat 75% adalah pada kadar 60~79 yang menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti

penggunaan ~toki dan dapat melengkapkan ayat dengan kata hubung ~toki dengan tepat pada Q.2.a.

Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pelajar masih melakukan kesilapan dan keliru dalam menghasilkan ayat yang tepat dengan peraturan penggunaan ~toki, walaupun ayat-ayat yang dihasilkan adalah gramatis.

Pada asasnya, ayat Q.2.a menunjukkan semasa aksi pada ayat ini dilakukan, iaitu

‘ketika pergi ke pasaraya’ dan untuk melengkapkannya pelajar harus menghasilkan ayat yang menunjukkan ‘aksi yang dilakukan ataupun kondisi yang berlaku semasa aksi pada kata keja ~toki dilakukan9, seperti contoh berikut:

Q.2.a` <スーパーへ行ったとき、野菜を買いました。>

Suupaa e itta toki, yasai o kaimashita.

(Saya membeli sayur ketika pergi ke pasaraya).

9 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk peraturan penggunaan ~toki

Rajah 4.19: Peratus Jawapan Q.2.a (PBJI)

(36)

Walaubagaimanapun, kebanyakan ayat keliru yang dihasilkan pelajar ketika melengkapkan Q.2.a lebih merujuk kepada penggunaan kata hubung ~tekara berbanding ~toki, seperti ayat (26) berikut:

(26). Suupaa - e itta - toki, sanposhimasu.

Pasaraya – partikel pergi - ketika , bersiar-siar.

< スーパーへ行ったとき、{ 散歩します。} (?) >

Ind : Ketika saya pergi ke Super market, saya jalan-jalan.

Mal : Ketika saya pergi ke pasaraya, saya bersiar-siar.

Kata kerja sebelum ~toki pada soalan ayat <スーパーへ行ったとき、__ > suupaa e itta toki, __ (ketika pergi ke pasaraya) ialah berbentuk kala lampau yang menggambarkan kondisi di mana subjek telah berada di pasaraya. Manakala ayat yang dihasilkan oleh pelajar <散歩します。 > sanposhimasu (bersiar-siar) dengan kata kerja kala kini yang menggambarkan aksi berikutnya yang akan dilakukan, iaitu ‘bersiar-siar’. Kata kerja bentuk kala lampau itta (sudah pergi) sebelum ~toki mungkin telah memberi kesan kepada pelajar bahawa aksi pergi ke pasaraya telah pun dilakukan hingga pelajar cenderung menghasilkan ayat yang menggambarkan aksi yang dilakukan setelah pergi ke pasaraya. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini menjadi ayat yang gramatis sekiranya kata hubung ~tekara digunakan, seperti ayat (26.a) berikut:

(26.a) Suupaa - e it - tekara, sanposhimasu.

Pasaraya – partikel pergi - selepas , bersiar-siar.

< スーパーへ行ってから、散歩します。(✓) >

Ind : Setelah saya pergi ke Super market, jalan-jalan.

Mal : Setelah/Selepas saya pergi ke pasaraya, bersiar-siar.

Ayat ini menunjukkan bahawa kata kerja/aktiviti sanposhimasu (bersiar-siar) hanya berlaku setelah kata kerja/aktiviti ‘pergi ke pasaraya’ selesai dilakukan.

(37)

Rajah 4.20 menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat keliru bagi soalan Q.5.b dalam kalangan PBJI.

Q.5.b [<日本語を勉強するとき、____ > Nihongo o benkyoosurutoki, __

(Ketika akan belajar bahasa Jepun, __)]

Merujuk kepada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan bagi soal selidik (bahagian II:

penyelesaian ayat)), peratus ayat keliru untuk soalan Q.5.b adalah yang tertinggi

berbanding dengan Q.2.a dan Q.3.a, iaitu sebanyak 61%. Manakala peratus ayat tepat yang dihasilkan pelajar hanyalah 19%.

Kata kerja <勉強する> benkyoosuru (belajar) sebelum ~toki pada soalan Q.5.b, ialah kata kerja kala kini yang bermaksud berlakunya aksi yang berbeza ataupun wujudnya suatu kondisi semasa akan belajar bahasa Jepun. Pelajar seharusnya melengkapkan ayat ini dengan menggunakan ayat yang menunjukkan aksi yang berbeza ataupun suatu kondisi yang berlaku semasa ‘belajar bahasa Jepun’ akan dimula, seperti ayat berikut:

Q.5.b` <日本語を勉強するとき、教室のドアをしめます。>

Nihongo o benkyoosuru toki, kyooshitsu no doa o shimemasu

(Saya menutup pintu kelas ketika belajar bahasa Jepun akan bermula).

Rajah 4.20: Peratus Jawapan Q.5.b (PBJI)

(38)

Walaubagaimanapun, kebanyakan ayat yang dihasilkan oleh pelajar tidak bersesuaian dengan peraturan penggunaan ~toki dengan kata kerja kala kini, sebaliknya lebih tepat kepada peraturan penggunaan ~tara. Ayat (27) adalah ayat yang dihasilkan oleh pelajar yang tidak memenuhi kaedah aturan ~toki, bagi soalan Q.5.b.

(27). Nihongo - o benkyousuru - toki, bunkei - wa ichiban muzukashii desu.

Bahasa Jepun - partikel belajar-ketika, bentuk ayat - partikel paling - susah.

< 日本語を勉強するとき、{ 文型は一番難しいです。} (?) >

Ind : Pola kalimat adalah yang paling sulit ketika saya belajar bahasa Jepang.

Mal : Bentuk ayat adalah yang paling susah semasa saya belajar bahasa Jepun.

Ayat <文型は一番難しいです。> bunkei wa ichiban muzukashii (bentuk ayat adalah yang paling susah) adalah ayat gramatis, tetapi tidak tepat untuk melengkapkan ayat < 日本語 を勉強するとき、__> nihongo o benkyousuru toki (ketika belajar bahasa Jepun).

Penggabungan kedua ayat tersebut menggambarkan perkara yang dihadapi oleh subjek ketika belajar bahasa Jepun. Walaupun penggunaan ‘ketika’ bagi menyambungkan kedua ayat tersebut merupakan kata hubung yang lazim digunakan dalam bahasa Indonesia, ianya tidak memenuhi aturan penggunaan ~toki yang tepat. Ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini boleh menjadi ayat tepat nahunya sekiranya ~tara (ketika) digunakan menggantikan kata hubung ~toki, <~勉強する> ~benkyoosuru (akan belajar) diubah suai kepada kata kerja bentuk<~勉強していた> ~benkyooshiteita (sedang belajar) dan perkataan muzukashii desu (susah) diubah suai kepada bentuk kala lampau juga, iaitu muzukashikatta (susah), seperti ayat (27.a).

(27.a) Nihongo - o benkyoushitei - tara, bunkei - wa ichiban muzukashikatta.

Bahasa Jepun – p

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[b] Bincangkan masalah yang mungkin dihadapi oleh penterjemah semasa menterjemahkan ayat-ayat dalam perenggan-perenggan berikut dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil

iv pelajar-pelajar bukan hanya diajar tentang kata-kata bahasa Jerman yang bersinonim malah juga ayat-ayat yang bersinonim dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah

Berlandaskan isu yang dikemukakan, objektif kajian ini ialah menganalisis secara deskriptif kedudukan keterangan dalam ayat dan mengemukakan contoh ayat daripada data korpus

Dapatan kajian mendapati bahawa penukaran kod dalam ayat merupakan bentuk percampuran kod paling tinggi yang dilakukan oleh murid iaitu sebanyak 49 ayat daripada 53 ayat yang

perkataan menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan imbuhan (Pl) didapati paling tinggi, manakala analisis kesalahan ayat menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan susunan

Penyelewengan penafsiran dan penterjemahan ayat-ayat Mutasyabihat ini jelas dapat diperhatikan oleh golongan yang mendakwa Salaf (Salafi, Salafiyyah, Mutasallif) yang

i) Membaca ayat 190-191 surah āli-ʿImrān sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika memerhati ke langit. ii) Kandungan dan maksud setiap ayat al-Quran akan

[a] Terjemahkan ayat-ayat yang berikut kepada bahasa Malaysia dan terangkan cara anda menterjemah perkataan bergaris dalam setiap ayat tersebut.. [i] Did you play the piano as